PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek Setiap projek / program yang ingin dilaksanakan merupakan usaha yang dibuat untuk menangani sesuatu isu. Ia perlu melalui proses Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan yang berstruktur. LANGKAH 1 Memilih Masalah Dan Menentukan Pernyataan Masalah (daripada Analisis Keperluan / Analisis Persekitaran) [Kajian; Percambahan Fikiran; Pemetaan Minda; Matriks ‘Adalah / Bukanlah’; Diagram Kesamaan dan Saling Berhubungan; Teknik Kumpulan Nominal; Perbandingan Berpasang] Masalah: Pelaksanaan Pedagogi Abad Ke-21 masih tidak menyeluruh. Pernyataan Masalah (Justifikasi Pemilihan Masalah): Kami mahu semua guru dapat melaksanakan Pedagogi Abad Ke-21 (PAK21), di mana murid boleh membangunkan kemahiran yang diperlukan oleh mereka di tempat kerja apabila berada di pasaran kerja nanti. (Visi). Hari ini kami menemui banyak kekurangan yang menyebabkan pelaksanaan PAK21 tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Jika kita mengabaikan masalah ini, kita gagal menyediakan murid menjadi ahli yang produktif di tempat kerja abad ke-21, mereka mesti bergerak di luar kemahiran abad ke-20 dan menguasai perkara-perkara di abad ke-21. (Pernyataan Isu). Kami akan mengupayakan guru-guru yang diamanahkan dengan penguasaan kemahiran ini, juga dengan menjadi model kepada kemahiran ini di dalam kelas. Ciri-ciri bilik darjah abad ke-21 akan menjadi sangat berbeza daripada dalam bilik darjah yang lalu kerana tumpuan diberikan kepada melahirkan murid yang mempunyai produktiviti yang tinggi, komunikator yang berkesan, pemikir kreatif, dan mahir teknologi. (Kaedah) Kajian Literatur: Rujuk Lampiran ___ Nota: (a) Masalah Berfokus; Jelas; Kritikal; Semasa; Relevan Masa, Keadaan, Kos & Sumber. (b) Keperluan (Jurang adalah keperluan. Keadaan Sebenar dan Keadaan Dikehendaki) (c) Kajian Literatur tentang masalah yang ingin diselesaikan. Pernyataan masalah adalah penerangan sesuatu isu yang ringkas serta jelas yang perlu ditangani (oleh pasukan penyelesaian masalah). Ia digunakan untuk (pasukan) bagi memusatkan dan menumpukan pada permulaan, menjaga agar (pasukan) berada di landasan yang betul dalam usaha tersebut dan digunakan untuk mengesahkan bahawa usaha memberikan hasil yang akan menyelesaikan sesuatu masalah. Ia mempunyai bentuk spesifik:
Visi - apakah yang dapat dilihat jika kita menyelesaikan masalah tersebut? Kenyataan Isu - satu atau dua ayat yang menerangkan masalah menggunakan isu spesifik. Ia bukan pernyataan "tidak mempunyai penyelesaian". Sebagai contoh, masalah kita ialah kita tidak mempunyai sistem pemantauan. Kaedah – proses yang akan dapat diikuti untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, Kaizen.
1
LANGKAH 2 Menentukan hasil yang diingini – matlamat dan objektif (ukuran kejayaan) [Percambahan Fikiran; Pemetaan Minda; Teknik Kumpulan Nominal] Matlamat: Melaksanakan Pedagogi Abad Ke-21 Objektif (SMART – Specific; Measurable; Attainable; Reasonable; Timeline): a. Selepas intervensi tahap persepsi guru terhadap kesediaan Pedagogi Abad Ke-21 meningkat daripada 2.5 kepada lebih daripada 3.0 (1.0 Amat Tidak Bersedia; 5.0 Amat Bersedia). b. … LANGKAH 3 Menyenaraikan punca masalah yang berpotensi. [Percambahan Fikiran; Diagram Sebab_Akibat; Pemetaan Minda; Perbandingan Berpasang; Diagram Kesamaan dan Saling Berhubungan; Teknik Kumpulan Nominal] Punca Masalah: a. Persekitaran bilik darjah kurang produktif bagi membolehkan murid membangunkan kemahiran yang diperlukan mereka di tempat kerja di abad ke-21 b. Keupayaan murid untuk berfikir aras tinggi pada tahap sederhana c. Kefahaman guru terhadap PAK21 masih rendah (skor 2.5/5.0) d. … LANGKAH 4 Mengenalpasti halangan dan rintangan yang berpotensi. [Percambahan Fikiran; Analisis Force Field] Halangan dan Rintangan a. Tiada guru yang boleh menjadi fasilitator PAK21 b. … LANGKAH 5 Mengenalpasti tindakan untuk menangani punca masalah dan menyelesaikan masalah. [Percambahan Fikiran; Pemetaan Minda; Diagram Pokok; Teknik Kumpulan Nominal; Matriks Keputusan] Punca Masalah
Inisiatif / Strategi
Persekitaran bilik darah kurang produktif bagi membolehkan murid membangunkan kemahiran yang diperlukan mereka di tempat kerja di abad ke-21
Mencipta persekitaran bilik darjah yang produktif (di mana murid boleh membangunkan kemahiran yang diperlukan mereka di tempat kerja)
Keupayaan murid untuk berfikir aras tinggi pada tahap sederhana
Mengupayakan murid untuk memperolehi kemahiran berfikir aras tinggi
Punca Masalah
Inisiatif / Strategi
Kemahiran komunikasi yang berkesan di kalangan murid perlu dipertingkatkan
Membolehkan murid untuk memperoleh kemahiran komunikasi yang berkesan
Kefahaman guru sebagai fasilitor (bukan sebagai pensyarah) di kalangan guru amat rendah
Mengupayakan guru sebagai fasilitor (bukan sebagai pensyarah)
Keupayaan guru untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP masih perlu dipertingkatkan
Meningkatkan keupayaan guru untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi
Keupayaan guru berkemahiran komunikasi secara berkesan perlu dipertingkatkan
Meningkatkan keupayaan guru berkemahiran komunikasi secara berkesan
Tahap pengetahuan teknologi (di tempat kerja dalam abad ke-21) di kalangan guru perlu diperkayakan
Meningkatkan tahap pengetahuan teknologi (di tempat kerja dalam abad ke-21) di kalangan guru
Keupayaan guru bagi melaksanakan secara kolaboratif kurikulum berasaskan projek agak rendah
Melaksanakan secara kolaboratif kurikulum berasaskan projek
Keupayaan guru untuk mengaitkan kurikulum agar relevan dengan apa yang murid akan alami di tempat kerja di abad ke-21 masih rendah
Mengupayakan guru untuk mengaitkan kurikulum agar relevan dengan apa yang murid akan alami di tempat kerja di abad ke-21
Pelaksanaan bilik darjah berpusatkan murid (tidak berpusatkan guru) masih ada ruang untuk diperbaiki
Melaksanakan bilik darjah berpusatkan murid (tidak berpusatkan guru)
PdP menggunakan kaedah siasatan (inkuiri) masih tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan guru semua mata pelajaran
Menggalakkan PdP menggunakan kaedah siasatan (inkuiri)
Kerjasama dengan orang lain dalam PdP masih pada tahap rendah
Bekerjasama dengan orang lain dalam PdP
Buku-buku teks masih lagi sebagai sumber utama maklumat. Murid masih berada pada tahap rendah dalam menggunakan pelbagai sumber, termasuk teknologi untuk mencari dan mengumpul maklumat yang mereka perlukan
Disamping buku-buku teks sebagai sumber utama maklumat. Murid digalakkan menggunakan pelbagai sumber, termasuk teknologi untuk mencari dan mengumpul maklumat yang mereka perlukan
PdP berasaskan kumpulan murid tidak dibentuk secara fleksibel mengikut keperluan individu adalah norma
PdP berasaskan kumpulan murid dibentuk secara fleksibel mengikut keperluan individu adalah norma
Punca Masalah
Inisiatif / Strategi
Guru menilai keperluan pengajaran kepada murid dan gaya pembelajaran dan kemudian memanfaatkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku dengan baik
Memantapkan keupayaan guru menilai keperluan pengajaran kepada murid dan gaya pembelajaran dan kemudian memanfaatkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
Tidak berlaku murid belajar dengan cara melakukan (berasaskan projek)
Menggiatkan murid belajar dengan cara melakukan (berasaskan projek)
Guru menggunakan pelbagai penilaian berasaskan prestasi hanya berdasarkan ujian dan peperiksaan ditetapkan
Mengupayakan guru menggunakan pelbagai penilaian berasaskan prestasi
Guru kini bersama-mengajar, mengajar secara pasukan tidak lagi menjadi budaya
Membudayakan guru bersama-mengajar, mengajar secara pasukan
Nota: (a) Penjanaan dan Pemilihan Strategi Inisiatif / Strategi
Aktiviti
PdP menggunakan kaedah siasatan (inkuiri)
Kursus PdP menggunakan kaedah siasatan (inkuri) kepada fasilitator Bengkel kerja PdP menggunakan kaedah siasatan (inkuri) Pemantauan berfokus Video kritik
Nota: (a) Penjanaan dan Pemilihan Aktiviti
LANGKAH 6 Membangunkan garis masa pelaksanaan dan menugaskan tanggungjawab untuk tindakan. [Percambahan Fikiran; Diagram Pokok] Inisiatif / Strategi
PdP menggunakan kaedah siasatan (inkuiri)
Bil
Tanggung jawab
Aktiviti
Tempoh/ Hari
Kos/ Sumber
Output / Outcome
Kursus PdP menggunakan kaedah siasatan (inkuri) kepada fasilitator Bengkel kerja PdP menggunakan kaedah siasatan (inkuri) Pemantauan berfokus Video kritik
SU PAK21
PELAN OPERASI Nama Aktiviti (Projek)
:
Objektif Aktiviti (Projek)
:
Tanggungjawab
:
Tempoh / Hari
:
Tempat
:
Sasaran
:
Kos / Anggaran Perbelanjaan
:
Sumber
:
Jawatankuasa
:
Video kritik
KPI
Sasaran
Pelan Kontingensi
Ringkasan Aktiviti (Projek) Langkah 1
:
Proses Kerja
Tanggungjawab
KPI
Sasaran
Status/Pelan Kontigensi
Mesyuarat Jawatankuasa: - Bentang kertas kerja - Lantikan J/Kuasa - Tetapkan tarikh - Anggaran kos - Agihan tugas
2
Taklimat terlibat
kepada
yang
3
Mempromosikan Aktiviti - surat pemberitahuan - surat jemputan
4
Penyediaan bahan
5
Penyediaan tempat dan peralatan
6
Pelaksanaan Program [Pra Ujian dan Post Ujian]
7
Penilaian, Pelaporan dan Post Mortem
LANGKAH 7 Melaksanakan, memantau kemajuan, dan menyemak semula rancangan. [Percambahan Fikiran; Diagram Sebab_Akibat] Nota: (a) (b) (c) (d)
Alat atau cara yang sesuai untuk mengumpul data Bukti menunjukkan data dikumpulkan Rumusan mengenai keberkesanan strategi Refleksi Keseluruhan Pelaksanaan Aktiviti (Projek) Aspek Kepimpinan Kekuatan Kelemahan Syor penambahbaikan
PANDUAN INI DICADANGKAN DIGUNA BERSAMA DENGAN PANDUAN PENYELESAIAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN (nota). Koleksi:
[email protected] (2015)