PERLEMBAGAAN PERSATUAN SISWAZAH WANITA MALAYSIA (Pindaan 2016) Fasal 1
NAMA 1.1 1.2
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. Selepas ini disebut “Pertubuhan”. Takrif Nama: P–Persatuan; S–Siswazah; W–Wanita; M– Malaysia. Lembaga/Jawatankuasa ialah badan pengelola tertinggi. Kumpulan Khas ialah yang ditubuhkan menurut Fasal 19. Pegawai ialah Ahli Lembaga/Jawatankuasa. Siswazah ialah mereka yang berkelulusan Universiti atau yang setaraf dengannya ialah mengikut pengiktirafan kerajaan. Peraturan ialah susunan peraturan-peraturan yang menentukan tanggungjawab dan tatatertib ahli-ahli.
Fasal 2
Bahasa Persatuan ialah Bahasa Melayu dan bahasa yang sesuai apabila berhubung di peringkat antarabangsa. TEMPAT URUSAN 2.1
Fasal 3
Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah: PEJABAT PSWM, ARAS 17, WISMA R & D, UNIVERSITI MALAYA, JALAN PANTAI BAHARU 59990 KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR dan alamat untuk surat-menyurat adalah: PEJABAT PSWM, ARAS 17, WISMA R & D, UNIVERSITI MALAYA, JALAN PANTAI BAHARU 59990 KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. 2.2 Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. TUJUAN/MATLAMAT 3.1
Fasal 4
Memberi perangsang dan dorongan kepada siswazah wanita ke arah kesedaran dan penerimaan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; 3.2 Menggunakan kemahiran dan dan pengetahuan ahli membantu siswazah khasnya dan masyarakat amnya; 3.3 Menggalakkan persefahaman dan persahabatan di kalangan siswazah wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, tanpa mengira kaum, agama, dan bangsa. KEAHLIAN 1
4.1
4.2 4.3
4.4
Tanpa mengira kaum, agama dan bangsa ahli Persatuan hendaklah terdiri daripada siswazah-siswazah wanita seperti berikut:4.1.1 Ahli Biasa ialah seorang siswazah wanita Warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Persatuan untuk menjadi ahli. 4.1.2 Ahli Bersekutu ialah seorang yang memenuhi syaratsyarat sebagai ahli biasa tetapi bukan Warganegara Malaysia. 4.1.3 Ahli Kehormat ialah seorang wanita yang dipilih oleh Jawatankuasa oleh sebab sumbangan istimewa dalam usaha pembangunan; 4.1.4 Persatuan Bergabung ialah sesuatu pertubuhan berdaftar yang menyokong matlamat Persatuan; 4.1.5 Ahli Seumur Hidup ialah seorang ahli biasa yang telah menjadi ahli selama tidak kurang setahun dan diluluskan permohonannya untuk menjadi Ahli Seumur Hidup dengan dibayar yuran yang tetapkan. Jawatankuasa boleh menentukan Persatuan bergabung dengan mana- mana persatuan lain yang mempunyai tujuan yang serupa, di dalam Malaysia dan peringkat antarabangsa. Permohonan Keahlian 4.3.1 Tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh Persatuan dan hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli penganjur atau ahli biasa dan dihantar kepada Setiausaha yang perlu mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. 4.3.2 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah dikemukakan mengikut Fasal 4.3.1 dan telah diluluskan hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang tertentu, diterima menjadi ahli Persatuan tertakluk kepada hak keahlian mengikut Fasal 4.4. 4.3.3 Setiap pemohon yang telah diluluskan menjadi Ahli Seumur Hidup akan diberi Kad Keahlian. Hak Ahli 4.4.1 Ahli Penganjur akan mempunyai hak bersuara dan mengundi dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas dan boleh dilantik menjadi ahli Jawatankuasa. 4.4.2 Ahli Biasa/Ahli Sumur Hidup yang telah diluluskan menjadi ahli sekurang-kurangnya selama tiga (3) bulan mempunyai hak bersuara dan mengundi dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas dan boleh dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa. 4.4.3 Ahli Bersekutu/Ahli Kehormat/Persatuan Bergabung boleh menghadiri Mesyuarat Agung Dwi-tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dan mempunyai hak bersuara tetapi tidak boleh mengundi atau menjadi Ahli Jawatankuasa. 2
Fasal 5
PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 5.1
Fasal 6
Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi Ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan yang bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menyelesaikan segala hutanghutangnya kepada Persatuan. 5.2 Jawatankuasa berhak melucutkan keahlian seseorang ahli yang:5.2.1 didapati melakukan apa-apa perkara yang bertentangan dengan kepentingan Persatuan; 5.2.2 tidak membayar yuran selama 2 tahun berturut-turut. 5.3 Sebelum Jawatankuasa melucutkan keahlian seseorang ahli, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab pemecatannya secara bertulis dan juga hendaklah diberi peluang untuk menerang dan mempertahankan diri sendiri. Ahli tersebut bolehlah merayu kepada Mesyuarat Agung Dwi-tahunan dan keputusan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan adalah muktamad. SUMBER KEWANGAN 6.1
Fasal 7
Sumber kewangan persatuan terdiri daripada: 6.1.1 Yuran pendaftaran/masuk 6.1.2 Yuran keahlian seumur hidup 6.1.3 Yuran tahunan keahlian biasa 6.2 Bayaran pendaftaran/masuk RM50.00 6.2.1 Yuran keahlian seumur hidup RM200.00 6.2.2 Yuran keahlian biasa RM30.00 6.3 Selain dari sumber-sumber tersebut di atas, persatuan boleh mendapat sumber kewangan daripada sumber-sumber lain yang tidak diisytiharkan selagi mana tidak melanggar undang-undang negara. 6.4 Persatuan ini dibenar untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang/barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dan dilaporkan dalam Penyata Tahunan persatuan. 6.5 Persatuan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memilik harta alih/tak alih serta lain kegiatan ekonomi. MESYUARAT AGUNG 7.1
7.2
7.3
Pengelolaan pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam mesyuarat dan mencukupi korum untuk bermesyuarat. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih dari 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan. Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan perlu diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan terakhir. 3
7.4
7.5
7.6
7.7
7.8
7.9
7.10
Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhir tahun kewangan iaitu pada 31 Disember dwi-tahunan yang dikenalpasti, pada masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Dalam keadaan tertentu kuasa diberi kepada Jawatankuasa untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan kepada suatu tarikh, tetapi tidak lewat daripada 31 Mac pada tahun dimana Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan diadakan. Tanggungjawab Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan: 7.4.1 Menerima Minit Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan yang lalu. 7.4.2 Menerima Laporan Persatuan berkenaan kegiatan yang dijalankan bagi dwi-tahunan yang lalu. 7.4.3 Menerima Laporan dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi dwi-tahunan yang lalu. 7.4.4 Melantik Ahli Jawatankuasa dan dua (2) orang Juruaudit (jika berkenaan). 7.4.5 Membincangkan perkara lain yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan itu. Pemberitahuan untuk Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat; Agenda Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dan panggilan untuk memberikan cadangan yang hendak dibentangkan, cadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan untuk perlantikan Jawatankuasa, hendaklah dikirim oleh Setiausaha kepada tiap-tiap ahli tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat. Korum untuk Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ialah dua kali jumlah Ahli Jawatankuasa. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada masa yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada tarikh lain (tidak lebih 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Jika korum tidak cukup juga dalam mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahliahli yang hadir menjalankan mesyuarat, tetapi tidak berkuasa mengubah undang-undang Persatuan dan membuat keputusankeputusan yang melibatkan semua ahli. Pencalonan untuk perlantikan Jawatankuasa dan cadangan untuk diberitahu di dalam Mesyuarat Agung Dwi-tahunan hendaklah diterima oleh Setiausaha Jawatankuasa tidak lewat daripada 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Dwi-tahunan. Mereka yang dicalonkan hendaklah menandatangani pengesahan penerimaan pencalonan. Setiausaha akan menghantar melalui surat/e-mel, Agenda, salinan minit Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan yang lepas dan Laporan Aktiviti sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan. Penyata Kira-kira Persatuan bagi dwi-tahun yang baru berakhir yang telah diaudit akan diedarkan kepada Ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan. Sekiranya di dalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan didapati penarikan diri oleh seseorang calon di saat akhir dan tiada calon lain maka pencalonan baru boleh dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Dwi-tahunan tersebut. Semua keputusan di Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan hendaklah dibuat berasaskan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga 4
Fasal 8
daripada ahli yang hadir. 7.11 Mesyuarat Agung Khas 7.11.1 Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan di atas: i) Permintaan daripada Jawatankuasa bila difikir mustahak; ii) Permintaan beramai-ramai kepada Setiausaha secara bertulis oleh sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang berhak dengan menerangkan tujuan mengadakannya. Jawatankuasa hendaklah menetapkan tarikh Mesyuarat Agung Khas ini pada satu tarikh yang tidak lewat daripada 30 hari selepas penerimaan permintaan bertulis itu. 7.11.2 Pemberitahuan dan Agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedar kepada semua ahli oleh Setiausaha sekuarang-sekurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 7.11.3 Fasal 7.1 dan 7.2 di dalam Perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika kerana tidak mencukupi korum selepas 30 minit dari waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan Ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 7.11.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada semua ahli salinan minit Mesyuarat Agung Khas tidak lewat daripada 30 hari selepas Mesyuarat diadakan. JAWATANKUASA 8.1
8.2 8.3 8.4 8.5
Jawatankuasa ialah badan pengelola tertinggi Persatuan yang terdiri tidak lebih daripada tujuh belas (17) orang pegawai, dilantik empat (4) tahun sekali didalam Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan seperti berikut:8.1.1 Seorang Yang Dipertua 8.1.2 Dua orang Naib Yang Dipertua 8.1.3 Seorang Setiausaha 8.1.4 Seorang Penolong Setiausaha 8.1.5 Seorang Bendahari 8.1.6 Seorang Penolong Bendahari 8.1.7 Sepuluh (10) orang Ahli Lembaga. Enam (6) orang daripadanya dilantik di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan dan empat (4) orang dipilih oleh Yang Dipertua setelah berunding dengan Jawatankuasa persatuan. Jawatankuasa persatuan berhak menubuhkan apa jua biro yang dianggap perlu dan melantik Pengerusi biro-biro tersebut. Semua Pegawai Jawatankuasa akan berkhimat selama empat (4) tahun dan berhak dicalonkan bagi penggal yang berikutnya. Semua pegawai Jawatankuasa boleh dilantik semula tiap-tiap penggal kepada jawatan yang sama. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekuarang-kurangnya sekali di dalam tempoh masa tiga (3) bulan dan Pegawai 5
8.6 8.7 8.8 8.9
8.10
8.11
8.12
Jawatankuasa hendaklah dimaklumkan secara bertulis sekurangkurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan. Yang Dipertua dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua orang pegawai lain boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa pada bilabila masa. Bagi mesyuarat Jawatankuasa tersebut sekurang-kurangnya 9 orang daripada bilangan keahlian Jawatankuasa hendaklah hadir bagi memenuhi korum mesyuarat. Keputusan Jawatankuasa hendaklah dengan suara terbanyak. Keputusan yang didapati melalui Surat Pekeliling seperti berikut hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk dicatatkan di dalam minit mesyuarat:8.9.1 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, Setiausaha boleh menerima kelulusan daripada Jawatankuasa melalui Surat Pekeliling. Syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima. 8.9.2 Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam Surat Pekeliling yang dihantar kepada Jawatankuasa. 8.9.3 Sekurang-kurangnya 9 orang daripada keahlian Jawatankuasa mestilah mencatatkan persetujuan mereka secara bertulis kepada cadangan itu. 8.9.4 Keputusan hendaklah dengan undian terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit. Pegawai Jawatankuasa yang gagal menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. Jika seorang pegawai meninggal dunia atau meletakkan jawatan, atau disingkir, Yang Dipertua dengan persetujuan sekurangkurangnya dua (2) orang pegawai berkuasa melantik ganti untuk memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan yang berikut diadakan. Calon yang mendapat undian ke2 terbanyak dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhi kekosongan itu. Yang Dipertua dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua orang pegawai, boleh mengarahkan Setiausaha dan pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan dan melantik mana-mana ahli Persatuan kepada apa-apa jawatan sementara yang difikirkan mustahak. Yang Dipertua dengan persetujuan sekurangkurangnya 2 orang pegawai boleh menggantung atau melucutkan pengurus/Jawatankuasa/pegawai atau kakitangan kerana cuai di dalam perkerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan 6
Fasal 9
boleh menjejaskan perjalanan dan kepentingan Persatuan. 8.13 Jawatankuasa dengan suara undi terbanyak boleh melulus atau menolak sesuatu permohonan keahlian tanpa memberikan apaapa sebab. Keputusan Jawatankuasa adalah muktamad. 8.14 Jawatankuasa berhak membuat ketetapan dalam perkara-perkara berkaitan dengan disiplin ahli dan ketetapan ini adalah muktamad. 8.15 Jawatankuasa hendaklah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Dwi-tahunan. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan. Jawatankuasa hendaklah membuat laporan berkenaan kegiatan bagi tahun lalu untuk tiaptiap Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan. 8.16 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa. 8.17 Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan penyata tahunan, surat-surat maklum balas, buku-buku akaun, buku-buku bank, cek dan resit, dan geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 9.1
9.2 9.3
Yang Dipertua hendaklah menjadi Pengerusi di Mesyuarat Agung Dwi-tahunan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua Mesyuarat Persatuan, mempunyai undi pemutus, menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan dan menandatangani semua cek, Laporan Kewangan dan Akaun Persatuan bersama dengan Bendahari. Naib-Naib Yang Dipertua hendaklah membantu Yang Dipertua dalam tugas-tugasnya dan memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaanya. Setiausaha hendaklah: 9.3.1 menjalankan kerja Persatuan mengikut Perlembagaan dan Perintah Mesyuarat Agung Dwi-tahunan dan Jawatankuasa mengikut Peraturan Persatuan. 9.3.2 bertanggungjawab menguruskan surat-menyurat dan menyimpan semua buku berkaitan Urusetia termasuk Daftar Ahli, surat dan kertas dari semasa ke semasa kecuali yang berkaitan dengan buku-buku akaun dan dokumen kewangan. 9.3.3 Setiausaha hendaklah menyimpan buku Daftar Ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti: i) Bilangan Siri ii) Nama Ahli 7
Fasal 10
iii) Tarikh menjadi ahli iv) Nombor Ahli v) Tempat dan Tarikh Lahir vi) Nombor Kad Pengenalan vii) Perkerjaan, Nama dan Alamat Majikan; dan viii) Alamat rumah kediaman tiap ahli. 9.3.4 Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. 9.3.5 Ia juga bertanggungjawab ke atas Laporan Dwi-Tahunan dan membentangkannya di Mesyuarat Agung DwiTahunan, menulis dan menyimpan Minit Mesyuarat Jawatankuasa dan Minit Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan serta mengemaskinikan Laporan Tahunan ke dalam Sistem eRoses. 9.4 Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha dalam tugasnya dan memangku jawatan Setiausaha di masa ketiadaannya. 9.5 Bendahari hendaklah: 9.5.1 Menguruskan akaun Persatuan 9.5.2 Membentangkan Penyata Laporan Kewangan Tahunan di Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan 9.5.3 Membentangkan Laporan Kewangan pada bila-bila masa yang dikehendaki 9.5.4 Menandatangani semua cek, Laporan Kewangan dan Akaun Persatuan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha 9.5.5 Mengendalikan pelaburan wang Persatuan yang tidak diperlukan pada satu-satu masa 9.5.6 Membuat bayaran atas semua perbelanjaan yang telah diluluskan. 9.6 Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari dalam tugasnya dan memangku jawatan Bendahari di masa ketiadaannya. 9.7 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarah olehnya. KEWANGAN 10.1 10.2 10.3
10.4 10.5
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagan, wang Persatuan boleh digunakan untuk urusan semua rasmi Persatuan. Wang Persatuan tidak boleh digunakan untuk membayar apa-apa denda yang telah dikenakan oleh Mahkamah ke atas seorang ahli. Wang tunai boleh disimpan oleh Bendahari tidak lebih daripada RM500/- (Ringgit Lima Ratus sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mesti disimpan didalam akaun bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa, dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan. Akaun Bank itu hendaklah di atas nama Persatuan. Segala pengeluaran wang dari Akaun Bank Persatuan hendaklah ditandatangani Yang DiPertuan dan Bendahari/Setiusaha. Perbelanjaan yang lebih daripada RM1000/- (Ringgit Satu Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibuat tanpa diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa. Perbelanjaan yang kurang 8
Fasal 11
daripada RM1000/-(Ringgit Satu Ribu sahaja) bagi sesuatu masa bolehlah dibuat dengan kelulusan Yang Dipertua. 10.6 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berserta Kunci Kira-kira pada akhir tahun Kewangan hendaklah disediakan dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira mengikut Perlembagaan dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata Kirakira Tahunan yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan yang berikutnya, dan salinannya hendaklah disediakan supaya dapat diperoleh oleh ahli dari alamat yang berdaftar atau dari tempat mesyuarat Persatuan. 10.7 Persatuan boleh menerima/mengutip wang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mencapai matlamatnya. 10.8 Persatuan boleh menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi termasuk berniaga, membeli, memiliki dan menjual harta-harta alih dan tidak alih; membuat pelaburan dalam bentuk saham, bon dan sebagainya; mengadakan usahasama perniagaan; dan membuat pinjaman kewangan daripada institusi kewangan berdaftar. 10.9 Persatuan boleh menubuhkan tabung kewangan yang akan digunakan untuk melanjut, memaju dan menjalankan tujuantujuan Persatuan ini. 10.10 Tahun Kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. JURUAUDIT 11.1
Fasal 12
Dua orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa Pertubuhan hendaklah dilantik dala Mesyuarat Agung Dwi-tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama 2 tahun boleh dilantik semula. 11.2 Juruaudit hendaklah dikehendaki memeriksa Penyata Kewangan dan Penyata Tahunan bagi 2 tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangani Penyata Kewangan dan Tahunan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung DwiTahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit Penyata Kewangan persatuan pada bila-bila masa didalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. PENTADBIR HARTA 12.1
12.2
Segala harta tidak alih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan dan segala surat cara perlaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat suratcara itu disempurnakan oleh 3 orang Ahli Jawatankuasa persatuan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui Sijil Perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri pertubuhan. Pentadbir Harta tidak boleh menjual, menggadai, menarik balik atau menukar harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan. 9
Fasal 13
TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 13.1
Fasal 14
Di antara Mesyuarat Agung Dwi-tahunan, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan. 13.2 13.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Dwitahunan, Keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan. PENASIHAT / PENAUNG 14.1
Fasal 15
Penasihat ialah siswazah-siswazah wanita yang berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat dan negara serta yang boleh memberi bimbingan dan nasihat untuk mencapai matlamat Persatuan. Perlantikan Penasihat akan dibuat oleh Jawatankuasa. 14.2 Penaung ialah siswazah wanita yang berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat dan negara serta yang boleh memberi bimbingan dan nasihat untuk mencapai matlamat Persatuan dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu. Perlantikan Penaung akan dibuat oleh Jawatankuasa. LARANGAN 15.1
Fasal 16
Semua Ahli Jawatankuasa yang menjalankan tugas-tugas pemerintah di dalam Persatuan tidak terdiri dari bukan warganegara Malaysia. PINDAAN PERLEMBAGAAN 16.1
Fasal 17
Perlembagaan Persatuan tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. PEMBUBARAN 17.1
17.2
17.3
Persatuan boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/4 jumlah semua ahli dan diluluskan dalam satu Mesyuarat Agung Dwi-tahunan. Pembubaran ini akan dilaksanakan selepas tempoh dua bulan daripada tarikh keputusan pembubaran itu dibuat. Sekiranya Persatuan dibubarkan mengikut Fasal 17.1 maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undangundang hendaklah dijelaskan dan baki wang atau harta benda Persatuan yang tinggal, dengan persetujuaan Mesyuarat Agung Dwi-tahunan hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat yang berkenaan. Kenyataan pembubaran Persatuan yang ditandatangani oleh seorang Pegawai utama dan tujuh orang ahli pengajur atau ahli 10
biasa, hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran. Fasal 18
BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 18.1 18.2
18.3
Bendera - tiada Lambang 18.2.1 Keterangan - Lambang Persatuan menunjukkan gambar wanita memakai mota dan memegang skrol, semuanya berwarna merah dengan latar belakang putih. Warna merah mencerminkan kegigihan dan warna putih mencerminkan kejujuran. Lencana 18.3.1 Keterangan - Lencana Persatuan menunjukkan gambar wanita memakai mota dan memegang skrol, semuanya berwarna merah dengan latar belakang putih. Warna merah mencerminkan kegigihan dan warna putih mencerminkan kejujuran.
11