PERALATAN MENGUTIP 51PUT-51 PUT LAUT DAN KERANG
'. "
'<,
• '.
Jabatan Perikanan Kementerian Pertanian Malaysia, . 50628 Kuala Lumpur. '.
PERALATAN Mengutip Siput-Siput Laut dan Kerang
HAMID BIN REJAB, INSTITUT LATIHAN PERIKANAN MALAYSIA,
PULAU PINANG.
JABATAN ,PERIKANAN KEMENT~AlP~ .wl
l-
SEA~ R~GGA~
\ .
Siput-siput laut dan k~rang adalah merupakan salah satu sumbet mata pencarian nelayan-nelayan di negara kita dan telah diusahakan sejak dahulu lagi. Pada masa itu nelayan-nelayan hanya bergantung kepada taburan semulajadi tetapi semenjak kebelakangan ini telah ada langkah-Iangkah untuk menternak seperti ternakan kerang dan ternakan siput sudu. Kertas ini membincangkan beberapa peralatan yang digunakan untuk mengutip lima jenis siput laut dan kerang di negeri Perlis, Kedah dan- Perak: .Janya adalah kerang, lokan, siput lala, siput belitong, siput retik seribu dan siput sudu.
PERPUST AKAAN
DPPSPM ~{fJA~DE.C TERENGGANU
l
_
]
Pendahuluan Kandungan Senarai rajah-rajah dan gambar-gambar Kerang Lokan Siput Lala Siput Belitong Siput Retak Seribu Siput Sudu Lampiran A (Gambarajah Keiang) Lampiran B (Gambarajah Siput Retak Seribu) Lampiran C (Gambarajah Siput Sudu) Penghargaan
11 III
1 6 7 11
12 17
18 19 20 21
Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 Rajah 4 Rajah 5 Rajah 6 Gambar 1 Gambar Gambar Gambar Gambar
2 3 4 5
Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar
6 7 8 9 10:
Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar
12 : 13 : 14: 15 : 16 : 17 :
l__ -
Rupabentuk sauk/tangguk tangan. Rupabentuk tangguk bergalah. Rupabentuk pengayak kerang. Tangguk besar. Tangguk kecil. . Rupabentuk tangguk tunda. Kerang-kerang yang ditangguk di longgokkan di atas bot. Rupabentuk tangguk bergalah. Operasi mengayak kerang. Kerang-kerang yang 'bersih' diasingkan. Kerang-kerang bersih dimasukkan ke dalam guni untuk pasaran. Lokan dikorek dengan pisau atau alat besi yang sesuai. Longgokan lokan yang telah dipungut. Cara menangguk siput lala. Cara menangguk siput lala. Siput lala yang telah ditangguk dimasukkan ke dalam gum. Jenis sampan yang digunakan untuk mengutip siput laIa. Mengutip siput belitong di batang pokok api-api. Mengutip siput belitong yang merayap di atas lumpur. Rupabentuk tangguk tunda. Operasi menunda tangguk tunda. Tangguk tunda di tarik naik ke atas bot. Siput-siput yang ditangguk dicurahkan di pelantar buritan bot. Siput-siput yang bersih dimasukkan ke dalam bakul.
Operasi mengutip kerang boleh dibahagikan kepada dua iaitu. mengutip benih dan kerang dewasa. Mengikut Akta Perikanan 1985, ukuran kerang yang boleh diambil adalah 0.6 em (Y+") untuk benih dan 3.2 em (1 y+") bagi kerang dewasa. 1.1 Operasi mengutip benih kerang. Benih-benih kerang dikutip dengan tangguk yang merupakan alat tradisi (lihat rajah 1). Alat ini diperbuat daripada jalinan atau lingkaran dawai halus atau besi halus dengan ukuranukuran seperti berikut: Panjang 38 em Lebar mulut 15 em Labuh (Tinggi) Jarak dawai atau bilah besi
46 em 18 em
20 em 0.3 em PEMEGANG KAYU
1
DAWAI-DAWAI RAJAH
1: RUPABENTUK
SAUKITANGGUK
HALUS TANGAN.
Operasi menangguk/mengutip benih-benih kerang dilakukan semasa air surut dan ianya dijalankan selama 20 hari dalam sebulan. 1.2 Operasi mengutip kerang dewasa. Bagi mengutip kerang dewasa, tangguk yang mempunyai
L
_
tangkai kayu digunakan (lihat rajah 2). Ukuran -alat ini adalah seperti berikut: Panjang Lebar mulut Labuh (tinggi) J arak antara bilah besi Panjang kayu galah
92 em 25 em 46 em 2.5 em 4 - 5 m.
Operasi mengutip dilakukan samaada dengan menggunakan bot-bot berenjin dalam dengan kekuatan antara 4 - 5 kuasa kuda atau sampan yang berenjin sangkut. Panjang bot at au sampan di antara 4.0 m - 8.0 m dan diusahakan oleh seorang atau dua orang pekerja. Pekerja akan berdiri dibahagian tengah bot dan kerang-kerang di tangguk semasa bot sedang berjalan. Kayu kemudi panjang digunakan bagi mengawal perjalanan bot. Masa yang diambil bagi sekali menangguk adalah di antara 2 hingga 3 minit pada waktu kerang banyak dan antara 6 hingga 7 minit bila kerang berkurangan.
Kerang-kerang yang ditangguk daripada kawasan ternakan atau semulajadi dibawa balik ke pangkalan. Di sini kerangkerang perlu diayak bagi mengasingkan daripada kulit-kulit kerang atau kotoran-kotoran lain. Untuk melakukan ini sejenis alat yang dipanggil "pengayak kerang" digunakan. (Lihat rajah 3).
l_---
Gambar 5: Kerang-kerang bersih dimasukkan ke dalam guni untuk pasaran.
l__
-
Lokan merupakan sejenis siput hutan bakau yang mempunyai saiz antara 7 - 10 em. Kawasan semulajadi lokan ini ialah di pantai hutan bakau Kuala Kurau. Waktu yang paling sesuai untuk meneari lokan adalah semasa air mati. 2.1 Operasi mengutip lokan. Kerja-kerja mengutip lokan bukanlah merupakan suatu pekerjaan yang mudah. Ini oleh kerana kebiasaannya lokan-Iokan ini hidup seeara terbenam di dalam lumpur. Untuk mengenali kawasan taburan lokan adalah dengan eara memerhatikan permukaan tanah. Biasanya jika terdapat lokan maka kulitnya akan menonjol di permukaan tanah atau pun terdapat banyak tahi eaeing di kawasan tersebut. Kadangkala kekuningan air juga dapat memberi tanda akan adanya lokan di kawasan tersebut. Biasanya nelayan-nelayan menggunakan pisau atau besi untuk mengorek keluar lokan daripada lumpur.
Kawasan tabu ran siput lala adalah di tempat-tempat lumpur berair. Ia hidup seeara terbenam di dalam lumpur antara 30 45 em. Ukuran siput ini adalah antara 10 14 em. Kebanyakan siput-siput lala boleh didapati di kawasan pantai Bagan Panehor hingga Pantai Remis, Perak. 3.1 Operasi mengutip siput lala. Alat yang digunakan untuk mengutip siput lala ini adalah dikenali sebagai 'tangguk'. Alat ini diperbuat daripada jalinan besi halus. 'Tangguk keeil' digunakan bagi mengutip sipuisiput yang hidup di permukaan lumpur manakala 'tangguk besar' untuk mengutip siput-siput y~ng terbenam dalam lumpur. Ukuran-ukuran berikut:
Panjang Lebar mulut Labuh (tinggi)
l__
-
bagi kedua-duajenis
Tangguk keeil 38.1 - 45.7 an 17.8 - 20.3 an
20 -32
em
tangguk adalah seperti
Tangguk besar 91.4 em 25.4 em 30.5 em
).3 Cm x 2.5 Cm
Waktu yang paling sesuai untuk mengutip siput lala ialah semasa air surut. Pada kebiasaannya nelayan menggunakan sampan lepap yang panjangnya antara 4.3 m - 4.6 m dan menggunakan enjin sangkut. Setelah sampai di kawasan taburan siput berkenaan, pekerja-pekerja akan turun ke dalam lumpur hingga ke paras lutut. Kadangkala mereka menggunakan 'tongkah' (papan gelunsur) untuk membantu mereka bergerak di atas lumpur. Siput-siput yang telah dikutip dimasukkan ke dalam guni. Kebanyakan pengusahapengusaha adalah terdiri daripada nelayari-nelayan pantai.
l
_
Gambar 10: Siput lala yang telah ditangguk dimasukkan ke dalam guni.
Kawasan siput belitong adalah di kawasan pokok-pokok bakau dan api-api. Siput ini merayap di permukaan tanah semasa air surut dan "memanjat" pokok semasa air pasang. Untuk mengutip siput ini, tidak ada peralatan yang diperlukan hanya bot untuk ke tempat taburan siput dari pangkalan.
l__
-
Siput retak seribu tidak mempunyai musim yang tetap dalam edaran hidupnya. Ia boleh didapati di sepanjang tahun. Walau bagaimanapun musim tangkapan yang elok dilakukan semasa siput-siput mencapai umur antara 8 bulan hingga 1 tahun. Musim tangkapan biasanya berakhir di antara 3 hingga 4 bulan. Bilangan bot mengusahakan tangkapan siput ini bergantung kepada kuantiti siput di mana pernah terdapat sehingga 60 buah bot beroperasi pada waktu dan di kawasan yang sarna. Setiap buah bot mengandungi antara 4 hingga 6 orang pekerja dan bot yang selalu diguna!l:an adalah daripada jenis bot pukat tunda kecil. 5.1 Alat Tangguk Tuncla. Alat ini diperbuat daripada batang besi dengan ukuran-ukuran seperti di rajah 6 dan gambar 14.
5.2 Operasi menangguk tunda siput retak seribu. Tali penarik (tali tunda) diikat pada teraju "tangguk tunda" dan dilepaskan ke dalam air sehingga tangguk sampai ke dasar laut dan panjang tali tunda bergantung kepada kedalaman air. Kemudian bot tersebut akan menunda alat ini di kawasan tangkapan. Masa menunda adala:hdi antara 3 hingga 4 minit di kawasan yang ban yak siput dan di kawasan yang kurang adalah di an tara 10 hingga 12 minit. Siput-siput akan dibasuh setelah naik ke atas bot dan kemudian dimasukkan ke dalam petak bot. Sesampai di pangkalan siput-siput 'akan dipilih bagi merigasingkan siput-siput daripada yang mati sebelum dimasukkan ke dalam guni atau bakul untuk dipasarkan.
l__ --
Gambar 17: Siput-siput yang ditangguk dicurahkan di pelantar buritan bot.
Siput sudu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu yang hidup seeara semulajadi dan yang diternak. Bagi yang hidup seeara semulajadi, pada kebiasaannya siput ini melekat di tungul-tunggul kayu yang terpaneang di laut dan ada juga yang melekat di tiang-tiang jeti di tepi laut. Panjang siput semasa didaratkan adalah lebih kurang 7 10 em dan berwarna kehijau-hijauan. (Siput in juga dipanggil kupang). Kebanyakansiput -siput yang diternak den'ganeara membina rakit terapung. Pada kayu-kayu rakit ini pula diikatkan serabut tali yang telah dipintalkan sepanjang 2 hingga 4 m. Benih-benih siptit sudu yang melekat pada tali tersebut akan dibiarkan membesar sehingga peringkat yang boleh dipasarkan. Siput sudu dikutip dengan tangan samaada yang hidup semulajadi atau yang diternak.
NAMA SAINTIFIK: Anadara granosa NAMA TEMPATAN: KERANG NAMA INGGERIS: BLOOD COCKLE
NAMA SAINTIFIK: Paphia unduJata NAMA TEMPATAN: SIPUT RETAK NAMA INGGERIS: CARPET CLAM
l
_
SERIBU
NAMA SAINTIFIK: Perna viridis NAMA TEMPATAN: SIPUT SUDU; KUPANG NAMA INGGERIS: GREEN MUSSEL
Pengarang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, En. Shahrom b. Abd. Majid di atas kebenaran menerbitkan risalah ini, Pengarah Institut Latihan Perikanan Malaysia (ILPM), En. B. Balachandran dan En. Junaidi Che Ayub di atas dorongan mereka. Penghargaan juga ditujukan kepada En. Johari Ramli dan Eh. Fauzi Abd. Rahman (ILPM) bagi kerja-kerja penyuntingan dan penyusunan semula teks. Akhir sekali, kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) dalam mengizinkan penggunaan gambar-gambar siput adalah dihargai.
l__
".