PEMBANGUNAN POTENSI REMAJA MELALUI INSTITUSI MASJID: SATU TINJAUAN DI LIMA BUAH MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Oleh: Nurul Husna Mansor1#, Nursyazrin Nazee Mudeen2, Siti Aishah Abu Bakar2, Siti Nor Shuhada Mohamad2, Fakhrul Adabi Abdul Kadir P.h.d 3, Mohd Afifuddin bin Mohamad4
Abstrak
Proses pembangunan potensi remaja masa kini seharusnya bermula di masjid dan tidak hanya tertumpu di institusi-institusi pendidikan formal sahaja. Ini kerana, kepelbagaian fungsi dan peranan masjid sememangnya sudah tidak boleh dinafikan lagi semenjak zaman permulaan Islam. Hakikatnya, masjid bukan sekadar tempat untuk peribadatan serta melakukan aktiviti kerohanian semata-mata tetapi fungsinya jauh lebih luas dari itu dan merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat. Namun begitu, realiti hari ini memaparkan masyarakat seolah-olah memandang peranan masjid itu dari perspektif yang agak terbatas. Segala aktiviti dan program pengimarahan masjid hanya tertumpu kepada pelaksanaan solat wajib sahaja dan ia hanya dipelopori oleh golongan dewasa dan vateran. Walhal, tenaga dan potensi golongan muda dan remaja sebagai mata rantai perjuangan Islam itulah yang perlu digilap dan ditarbiah agar mereka dapat lahir menjadi insan rabbani. Remaja sebagai golongan yang masih kuat fizikal dan segar pemikirannya mesti diberi perhatian sepenuhnya supaya mereka tidak terus terabai dan terlibat dengan aktiviti tidak bermanfaat yang akan merugikan masa depan. Oleh itu, pihak pengurusan atau pentadbiran masjid mestilah bijak memainkan peranan bagi menarik golongan remaja agar turut serta dalam program pengimarahan masjid. Justeru, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran masjid yang tertumpu di 5 buah masjid terpilih di bandaraya Kuala Lumpur bagi menawan hati golongan remaja mendampingi masjid di samping bertujuan mengemukakan cadangan penambahbaikan untuk pelaksanaan program masjid pada masa hadapan. Kata Kunci: Remaja, modul aktiviti, Lima Masjid, Cadangan Penambahbaikan
1
Pelajar P.h.D, Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, # Corresponding email:
[email protected] 2 Pelajar Sarjana, Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Email :
[email protected] 3 Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Email:
[email protected] 4 Pensyarah, Kluster Sains Gaya hidup Sihat, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia, Email:
[email protected]
1
1.0
PENDAHULUAN
Masjid adalah sumber kekuatan, keunggulan dan kegemilangan umat Islam. Ini bermaksud, umat yang gemilang pada zaman awal Islam mendapat sumber kekuatan mereka daripada masjid. Malah tamadun Islam yang mula bertapak di Madinah juga memperlihatkan bahawa masjid boleh menjadi satu institusi yang mampu menyatukan ummah berlainan bangsa di bawah naungan Islam. Namun realiti pada hari ini menyaksikan kegemilangan dan keunggulan masjid dalam menjana kekuatan ummah semakin pudar lantaran begitu banyak pusat-pusat kegiatan masyarakat diwujudkan secara khusus. Dengan demikian, peranan masjid seakan-akan menjadi semakin sempit. Kefahaman masyarakat terhadap fungsi sebenar masjid juga turut berubah terutamanya dari kaca mata golongan remaja atau belia. Akhirnya membuatkan remaja jauh dari masjid dan hanya mengenali masjid secara zahir, tidak secara hakikat.
2.0
MASJID DAN REMAJA
Dalam membicarakan isu masjid dan remaja, perlu diketahui bahawa pada hari ini persepsi sesetengah remaja Islam terhadap fungsi masjid jauh tersasar dari matlamat penubuhan dan tujuan asal pembinaan masjid itu sendiri. Secara umumnya, pada hari ini masjid lebih difahami sebagai tempat yang dibina khusus untuk ibadat-ibadat tertentu sahaja seperti solat, beriktikaf dan perkara keagamaan. Sebaliknya sebahagian besar aktiviti ummah terpisah daripada masjid 5
Sedangkan masjid adalah segala-galanya bagi umat Islam, manakala remaja adalah golongan terpenting yang menjadi harapan masyarakat dalam meninggikan syariat Islam lantaran kekuatan tenaga, kesegaran minda serta keupayaan mereka dalam bersuara berbanding golongan berusia jika potensi mereka benar-benar digilap dan diserlahkan.
5
Abd. Hamid Othman, Islam Hadhari : Kekuatan Masjid dalam Menjana Masyarakat Gemilang, (2007), Putrajaya : Yayasan
Islam Hadhari, h. 214.
2
Menurut Ezhar Tamam dan Azimi Hamzah (1994), “Masyarakat belia adalah khazanah dan harta negara yang perlu diserlahkan potensinya ke arah kecemerlangan, berlandaskan nilai-nilai murni sejagat. Gesaan ini bukan perkara baru bagi kita, perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Ini kerana golongan belia adalah anggota masyarakat yang paling terancam dalam negara menghadapi cabaran ekoran daripada kemajuan yang dicapai sekarang, sedangkan golongan ini merupakan tunggak kepada pembangunan negara”.6 Pada masa yang sama, umat Islam dewasa ini telah dilanda pelbagai cabaran-cabaran hidup
yang terkadang sukar untuk diselesaikan, termasuk di antaranya masalah pembangunan dan pembinaan generasi muda Islam. Islam telah mengajarkan betapa pentingnya menatap hari esok (masa hadapan) dan umat Islam dituntut untuk memikirkan bagaimana masa hadapan serta menghadapi cabaran-cabaran zaman yang semakin hari semakin terasa dalam kehidupan umat manusia. Umat Islam digesa agar mencari jalan keluar dari permasalahan tersebut sesuai dengan ajaran dan akidah yang dianutinya supaya penyelesaian tersebut dapat memuaskan jiwa, menenangkan perasaan dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.7
Justeru, adalah menjadi kewajaran masjid dijadikan sebagai mekanisme pembangunan potensi remaja. Ianya adalah medan terbaik disebabkan kesucian dan keagungannya sebagai rumah Allah. Institusi masjid mesti digerakkan kembali untuk mengulangi sejarah kegemilangan umat terdahulu. Fahaman bahawa masjid hanya berfungsi sebagai tempat ibadah khusus sahaja atau sebagai tempat pembersih rohani semata-mata hendaklah dibuang. Kemelut remaja kini, akan mudah diatasi jika fungsi masjid tidak diketepikan.8
6
Mohd Ismail Mustari, (2005), Menjadi Belia Cemerlang, Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, h. 16. 7 Syamsul Bahri Andi Galigo, (2002), “Membangun Generasi Muda Islam Di Era Globalisasi”, dalam Isu Dakwah Dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi, Selangor: Fakulti Dakwah Dan Pengurusan Kolej Universiti Islam Malaysia, h. 98. 8 Idris Ahmad, (2000), “Pengurusan Dakwah di Kalangan Remaja”, dalam Abdul Ghafar Don et al. (eds.), Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia: Konsep dan Pelaksanaan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 147.
3
Justeru, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:
1. Mengenal pasti usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran masjid yang tertumpu di 5 buah masjid terpilih di Bandaraya Kuala Lumpur bagi menawan hati golongan remaja mendampingi masjid. 2.
Mengemukakan cadangan penambahbaikan untuk pelaksanaan program masjid pada masa hadapan.
Kajian ini juga menumpukan kepada lima buah masjid di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah dikenalpasti bergiat aktif dalam program pembinaan potensi remaja, iaitu: 1. Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya9 2. Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar10 3. Masjid Usamah b. Zaid, Wangsa Maju11
9
Masjid Ar Rahman terletak di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Masjid ini dibina di atas keperihatinan BEKAS Perdana Menteri Malaysia iaitu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj terhadap penduduk lembah Pantai pada tahun 1962. Masjid Ar Rahman adalah masjid utama kawasan Lembah Pantai bagi penduduk sekitarnya menunaikan solat fardu Jumaat kerana tiada lagi masjid yang dibina di kawasan tersebut. 10
Usaha untuk mendirikan sebuah masjid di kawasan Bangsar telah disuarakan oleh penduduk tempatan pada tahun 1976 dan dipersetujui oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam mesyuaratnya pada 25hb Julai, 1977. Berikutan dengan itu, satu mesyuarat telah diadakan di Masjid Negara pada 27hb November 1977 di antara penduduk tempatan dengan YB Dato’ Othman bin Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu. Hasil dari perjumpaan tersebut sebuah Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bangsar telah dilantik bagi mengendalikan pembinaan masjid ini. Pada 23hb November, 1980, upacara perletakan batu asas masjid telah disempurnakan oleh YB Dato’ Amar Hj Abdul Taib bin Mahmud, Menteri Wilayah Persekutuan. Bangunan masjid ini telah disiapkan pembinaannya pada bulan Mac, 1982 dan diterima dengan rasminya daripada pihak kontraktor oleh Yg Berbahagia Pemangku Dato’ Bandar Kuala Lumpur yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan pada 29hb Mac, 1982. Pada 14 Julai 1982, masjid yang dinamakan Masjid Saidina Abu Bakar AsSiddiq, Bangsar telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. 11
Masjid Usamah bin Zaid terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Masjid ini mula dibina oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 12 Mac 2004 dan telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk ditadbir pada 12 Ogos 2008. Masjid ini berupaya menampung seramai 8,000 orang jemaah dalam satu masa. Masjid Usamah b. Zaid telah memulakan operasinya secara rasmi pada 16 Oktober 2008 Masjid ini mempunyai 4 orang pegawai lantikan JAWI secara tetap, 3 orang imam ratib, 2 orang pembantu bilal dan seorang
4
4. Masjid As-Syakirin, KLCC12 5. Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan13
3.0
Pembangunan Potensi Remaja Di Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur
MASJID
AKTIVITI /PROGRAM Kelas Agama Khusus Untuk Remaja
Masjid ar-Rahman,
Kem Praktikal Ibadah (Smart Solat)
Universiti Malaya
Seminar Motivasi Skor A Peperiksaan Ar-Rahman Smart Camp Imam Muda Qaryah
Jadual 1 : Jadual Program Pembangunan Remaja Masjid Ar-Rahman
Analisis: Masjid Ar-Rahman telah menganjurkan beberapa program atau aktiviti khusus untuk remaja seperti Kem Praktikal Ibadah (Smart Solat). Program-program untuk remaja di Masjid Ar-Rahman didapati bermula dengan memberi penumpuan kepada aspek kekuatan akidah melalui ibadah seperti Kem Praktikal Solat.
noja. Masjid ini juga berperanan sebagai pejabat pentadbiran Pusat Zon yang mentadbir masjid-masjid, surau-surau Jumaat dan surau-surau biasa di bawah Zon 4. 12
Masjid Asy-Syakirin telah didaftarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 12 Julai 1999 bersamaan 28 RabiulAwal 1420 H. Pada asalnya, masjid ini merupakan sebuah surau untuk kegunaan warga kerja Petronas di bangunan KLCC. Namun, lama kelamaan fungsinya diperluaskan dan para jemaah semakin bertambah. Apabila sembahyang jumaat turut diadakan di sini, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengambil alih sekaligus menaikkan taraf surau kepada masjid. Tugas-tugas pentadbiran masjid telah diambil alih oleh pihak JAWI sementara kerja-kerja menyelenggaraan masih lagi di bawah penyeliaan Petronas. 13
Masjid al-Rahimah ini telah didaftarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di zon 3 Kuala Lumpur dan berada ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
5
Potensi Asas Akidah dan Syariah
Kelas Agama Khusus Untuk Remaja
Kem Praktikal Ibadah (Smart Solat)
Matlamat Memberi kefahaman dan praktikal kepada perkara asas agama
Rajah i: Program Pembinaan Potensi Berasaskan Kefahaman Asas dan Praktikal
Potensi Otak
Seminar Motivasi Skor A
Intelek Dan Sahsiah
Matlamat Mmembangunakan potensi akal dan sahsiah diri
Ar-Rahman Smart Camp
Rajah : Program Pembinaan Potensi Berasaskan Pembangunan Intelek
Setelah pembangunan potensi asas, masjid ini turut merangka program susulan iaitu program pembangunan intelek remaja dengan menganjurkan Seminar Motivasi Skor A dan diikuti dengan program pengukuhan sahsiah serta jati diri seperti menganjurkan ArRahman Smart Camp kedua-dua aktiviti ini amat signifikan untuk diterapkan bersama kerana pembangunan intelek dan sahsiah perlu diterapkan bersama-sama kepada remaja.
6
3.1
Kaedah Pendekatan Menarik Remaja Yang Digunakan Oleh Masjid Ar-
Rahman
Dari aspek pendekatan, selain menyediakan kemudahan untuk remaja beriadah seperti gelanggang badminton, pihak masjid juga menggunapakai pendekatan psikologi dalam memahami serta mendalami jiwa golongan remaja. Disebabkan Masjid ini berada berdekatan dengan Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Malaya maka inisiatif dan pendekatan diambil bagi setiap program dengan menampilkan fasilitator atau pembimbing dari golongan muda sendiri iaitu dari kalangan mahasiswa Universiti Malaya. Hal ini kerana golongan muda lebih memahami kehendak dan keperluan remaja seusia mereka. Selain memberi bimbingan, kehadiran golongan mahasiswa dianggap bakal menjadi ikon atau sebagai pendorong kejayaan kepada remaja yang masih di alam persekolahan supaya lebih bersungguh-sungguh mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
3.2
Keunikan Masjid Ar-Rahman
Antara keunikan masjid Ar-Rahman yang tidak terdapat di masjid-masjid selainnya ialah dengan kewujudan Klinik Metadon. Klinik Metadon menawarkan perkhidmatan rawatan kepada bekas-bekas penagih dadah yang kebanyakkannya adalah remaja. Jadi, ianya merupakan bonus bagi masjid ini jika dilihat dari aspek pendekatan dakwah. Sebelum berdakwah dan membangunkan potensi remaja, pihak masjid akan merawat dan melakukan sesi pemulihan terlebih dahulu.
3.3
Kritikan dan Cadangan Penambahbaikan Program Remaja di Masjid ArRahman
Program-program keremajaan di masjid ini dirasakan perlu dipergiatkan lagi secara berterusan. Program-program keremajaan tidak hanya dianjurkan pada musim-musim tertentu seperti cuti sekolah dan musim peperiksaan. Aktiviti untuk remaja juga tidak begitu banyak. Hasil pemerhatian juga mendapati masjid ini kurang mesra remaja. Antara 7
faktor kurangnya sambutan juga adalah disebabkan masjid ini tidak mempunyai qaryahnya yang tersendiri, sebahagian besar peserta datang dari qaryah lain. Di samping halamannya yang agak terhad.
Justeru, pihak masjid disarankan agar memperbanyakkan lagi program-program untuk remaja. Modul-modul program bagi remaja perlu dicambahkan lagi agar masjid tidak hanya menjadi tempat tumpuan golongan dewasa dan tua, di samping meluaskan lagi promosi dan hebahan setiap kali program berlangsung selain menyediakan kawasan yang mencukupi untuk kegunaan program.
4.0. Program Pembangunan Potensi Remaja Di Masjid Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur
MASJID
AKTIVITI /PROGRAM Kelas Bimbingan Dwi Mingguan Seminar Ibu Bapa dan Anak Soleh,
Masjid Saidina Abu Bakar
Kem Motivasi,
As-Siddiq, Bangsar
Lawatan Sambil Belajar Solat Hajat Peperiksaan Quran, Kelas Komputer Seminar Peperiksaan Acara Sukaneka Majlis Khatam Al-Quran Imam Muda Qaryah.
8
Analisis:
Antara aktiviti yang telah dijalankan khusus untuk remaja di masjid ini seperti, Seminar Ibu Bapa dan Anak Soleh, Kem Motivasi, Acara Sukaneka, Lawatan Sambil Belajar, Solat Hajat Peperiksaan, Tadarrus Ramadan dan Majlis Khatam al-Quran, Kelas Bimbingan Dwi Mingguan, Seminar Peperiksaan dan sebagainya. Program-program yang dirancang menggabungkan ilmu ukhrawi dan duniawi. Contohnya, kelas bimbingan Dwi Mingguan yang diadakan 2 minggu sekali. Ia berlangsung dalam 2 sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pagi dikhususkan kepada penguasaan ilmu akademik seperti penguasaan matematik dan sains. Manakala di sebelah petang, kelas difokuskan kepada pembinaan sahsiah dan ilmu fardhu ain secara teori dan praktikal. Cara-cara pelaksanaan solat, memperbaiki bacaan alQuran dan ilmu-ilmu lain diberi penekanan dan pendedahan. Pihak pengurusan telah menyediakan sukatan pelajarannya yang tersendiri dan menampilkan tenaga pengajar atau pembimbing yang telah dipilih secara khusus. Penyertaan juga dibuka kepada semua remaja Muslim di kalangan penduduk tempatan.
4.1
Pendekatan Pihak Masjid Dalam Menarik Remaja
Masjid ini dilihat menggunakan pendekatan yang lebih realistik dan relevan bersesuaian dengan citarasa remaja dan tuntutan zaman. Contohnya, dengan menyediakan kelas kemahiran komputer. Ianya dilihat memenuhi keperluan zaman kini yang sangat menuntut golongan muda supaya celik IT dan tidak hanya membazir masa dengan aktiviti tidak bermanfaat. Selain itu, pihak pengurusan masjid mengambil pendekatan harmoni dan bersikap terbuka asalkan ianya masih di dalam batasan syari’at Islam. Pada hari-hari sambutan hari Valentine umpamanya, pihak masjid mendapatkan kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (PERKID) mengadakan kempen kesedaran kepada remaja-remaja dan pasangan yang sedang bercinta agar tidak terlibat dalam gejala dan budaya yang tidak selari dengan ajaran Islam. Remaja diingatkan bahawa perasaan cinta itu
9
tidak salah tetapi perlu disalurkan kepada yang berhak iaitu mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW.
4.2
Kritikan dan Cadangan Penambahbaikan Program Remaja
Walaupun pelbagai program remaja telah dikenalpasti, namun hasil kajian dan tinjauan mendapati sebahagian besar program tidak dijalankan secara konsisten dan kurang mendapat komitmen dari sesetengah pihak. Bagi kelas komputer umpamanya, ia kerap kali terpaksa ditangguhkan lantaran tenaga pengajar terpaksa memberi komitmen yang begitu banyak pada satu-satu masa. Para peserta juga dikenalpasti jarang hadir ke masjid kecuali untuk program tertentu. Jadi, ini menyukarkan pihak masjid mengesan dan menjejaki prestasi remaja selepas program. Oleh itu, pihak pentadbir masjid dicadangkan supaya mendapatkan tenaga pembimbing yang mampu memberi komitmen dan menjalankan kerja secara tetap bukan separuh masa dalam kerangka membina potensi remaja di samping membina hubungan baik dengan remaja sekalipun program telah berlalu. Aktiviti-aktiviti susulan perlu digiatkan seperti mengadakan pertemuan pada setiap hujung minggu dengan remaja dan melakukan riadah bersama-sama.
5.0 Pembangunan Potensi Remaja Di Masjid Usamah b. Zaid, Wangsa Maju
MASJID
AKTIVITI/PROGRAM Main Pingpong Dan Badminton
Masjid Usamah b. Zaid,
Silat Sendeng Untuk Melatih Anak-Anak
Wangsa Maju
Qaryah dan Remaja, Menganjurkan Futsal Antara Masjid, Kempen Pengharaman Sambutan Hari Valentine Imam Muda Qaryah.
10
Analisis:
Masjid ini tidak terkecuali dalam menganjurkan aktiviti bermanfaat kepada golongan muda. Antara program atau aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti bermain ping pong dan badminton seminggu sekali, latihan silat melalui Persatuan Silat Sendeng untuk melatih anak-anak qaryah dan remaja, menganjurkan futsal antara masjid di samping program-program outdoor lain contohnya; ketika tiba hari Valentine, pihak masjid dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di kawasan Wangsa Maju mengedarkan risalah-risalah berkaitan pengharaman sambutan Valentine sebagai salah satu usaha untuk menjauhkan remaja dari meraikan hari-hari yang tidak mendatangkan manfaat.
5.1
Pendekatan Pihak Masjid bagi Menarik Minat Remaja
Masjid ini menggunakan pendekatan yang lebih halus dalam menawan golongan remaja. Contohnya: pihak pengurusan masjid membina hubungan akrab dengan remaja terlebih dahulu, mendapatkan maklumat latar belakang remaja seperti nama, nombor telefon dan alamat. Justeru, ia memudahkan pihak pengurusan masjid untuk membuat hebahan setiap kali program bakal berlangsung. Dengan ini, remaja tidak akan ketinggalan dalam setiap program.
5.2
Kritikan dan cadangan Penambah baikan
Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti di atas, didapati bahawa program untuk remaja di masjid ini lebih banyak menjurus kepada pembinaan kekuatan fizikal sahaja tetapi pembangunan kerohanian tidak begitu memuaskan. Hakikatnya, proses pembinaan potensi remaja itu seharusnya berjalan secara seimbang antara kekuatan jasmani dan rohani. Penumpuan kepada aspek fizikal sahaja tidak akan meninggalkan apa-apa kesan seandainya asas-asas agama kurang dihayati. Ini kerana, penghayatan kepada ajaran Islam itu sendiri yang akan menyerlahkan potensi remaja agar menjadi lebih cemerlang. 11
Oleh itu, pihak pentadbir masjid digalakkan agar meneliti semula serta memperkukuhkan modul-modul yang telah dirancang untuk remaja. Penganjuran program-program yang bersifat outdoor itu tidak salah diperbanyakkan tetapi matlamat dan pengisian program perlu seiring antara tuntutan dunia dan akhirat.
6.0 Pembangunan Potensi Remaja Di Masjid Asy-Syakirin, KLCC MASJID
AKTIVITI/PROGRAM Kem Hafazan Remaja, Klinik Hafazan Al-Quran,
Masjid asy-Syakirin, KLCC
Seminar Keibubapaan Qiamullail Merdeka, Program Smart Solat Imam Muda Qaryah. Ihya' Ramadhan, Analisis:
Masjid As-Syakirin, KLCC dilihat sebagai masjid yang berpotensi besar dalam menarik para remaja berbanding masjid-masjid lain kerana lokasinya yang begitu strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Antara aktiviti dan latihan yang telah dijalankan seperti Klinik Hafazan pada setiap kali cuti sekolah, Program Sambutan Ambang Tahun Baru secara besar-besaran, Malam Munajat Merdeka, Kem Bina Insan serta mewujudkan Kelab remaja masjid. Berbanding masjid-masjid yang lain, Masjid As-Syakirin dilihat lebih banyak menganjurkan program yang mendekatkan remaja dengan al-Quran. Hal ini kerana menguasai ilmu al-Quran diyakini mampu memberikan pengaruh dan kesan yang begitu besar dalam proses pembinaan peribadi remaja Muslim yang kamil. Selain itu setiap program yang dirancang tidak hanya melibatkan hubungan pihak masjid dan remaja, malah turut melibatkan ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 12
6.1
Pendekatan Masjid dalam Menarik Remaja Mendampingi Masjid
Pendek kata, pihak pentadbiran masjid ini lebih cenderung memanipulasikan kuasa atau pengaruh serta gemar mengaplikasikan teknologi moden dalam setiap program yang dilaksanakan. Program-program yang dirancang juga lebih bersifat kontemporari tetapi masih di dalam batasan syari’at Islam. Kebanyakan program dianjurkan secara besarbesaran dengan mendapat kerjasama dari pertubuhan-pertubuhan yang berautoriti seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM), ABIM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan banyak lagi. Mereka juga menampilkan pendakwah-pendakwah hebat yang dikenali.
6.2
Kritikan Dan Cadangan Penambahbaikan
Walaupun masjid ini dilihat begitu istimewa dan mudah menarik ramai penyertaan dari kalangan masyarakat lantaran keunikannya yang tersendiri. Namun, hasil pemerhatian dan kajian mendapati penglibatan remaja secara umumnya masih kurang dan tidak mencapai sasaran. Masjid ini sebagaimana masjid Ar-Rahman juga tidak memiliki qaryahnya sendiri. Jadi peserta bertukar ganti dan datang tidak menentu. Selain itu, kekurangan tempat parking juga membuatkan kawasan masjid menjadi sesak dan menyulitkan pergerakkan jemaah. Pengisian program pembangunan fizikal juga dilihat agak kurang.
Jadi, pihak kakitangan masjid dicadangkan supaya membina hubungan yang baik dengan para remaja. Pendekatan psikologi perlu diberi keutamaan agar hati remaja terikat dengan masjid dan tidak sekadar meminati keunikan senibina dan keindahan masjid semata-mata. Di samping itu, modul-modul pembangunan kemahiran dan fizikal perlu diperbanyakkan lagi. Keselesaan jemaah juga perlu diberi perhatian serius dengan menampung segala kelemahan masjid yang sedia ada agar jemaah dapat mengunjungi masjid dengan hati yang lapang dan senang.
13
7.0
Pembangunan Potensi Remaja Di Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan
MASJID
AKTIVITI/PROGRAM Program Smart Solat Seminar Keibubapaan
Masjid Masjid Al-Rahimah
Program Remaja Bijak Jauhi Zina, Ziarah Hospital Program Bersama NGO Belia Program Qurban. Program Motivasi Remaja Imam Muda Qaryah
Analisis: Masjid Al-Rahimah menganjurkan beberapa program atau aktiviti khusus untuk remaja seperti Kem Praktikal Ibadah (Smart Solat). Program-program untuk remaja di Masjid ArRahimah didapati bermula dengan memberi penumpuan kepada aspek kekuatan akidah melalui ibadah seperti Kem Praktikal Solat.
Komunikasi
Bersama NGO Belia
Jauhi Zina
Perhubungan Sosial
Matlamat Memasyarakatkan Remaja
Program Qurban
Ziarah Hospital
Rajah iii: Program Pembinaan Potensi Berasaskan Pembangunan Sosial
14
Setelah pembangunan potensi asas, masjid ini turut merangka program susulan iaitu dengan perlaksanaan pembangunan komunikasi remaja bersama masyarakat dengan menganjurkan Program bersama NGO belia seperti belia 4B, program bijak jauhi zina yang lebih bersifat motivasi dan praktikal dan digabung dengan program pengukuhan dengan perlaksanaan program Qurban dan Ziarah Hospital.
7.1
Pendekatan Pihak Masjid dalam Menarik Minat Remaja
Menurut Imam Utama masjid ini program ini berjaya menarik bilangan kehadiran yang menggalakkan remaja supaya datang ke masjid kerana kaedah dan pendekatannya aktiviti ini amat signifikan dan disukai oleh remaja. Sebahagian besar program yang dirangka seakan-akan memahami jiwa dan kehendak golongan muda.
7.2 Kritikan dan Cadangan Penambahbaikan
Hasil Kajian mendapati, kebanyakan program hanya dihadiri oleh remaja/peserta yang sama berulang kali. Sebaliknya, sukar dikenalpasti muka-muka baru yang tertarik untuk menyertai program tersebut.
Justeru, pihak pengurusan masjid disarankan agar memperhebatkan promosi dan berusaha meningkatkan penyertaan dari kalangan remaja dari semasa ke semasa melalui peningkatan mutu atau kualiti modul bagi setiap aktiviti. Hal ini akan menjamin kejayaan dan keberkesanan program pada masa akan datang.
15
8.0
Imam Muda Qaryah 14
Program Imam Muda Qaryah (IMQ) merupakan rentetan dan kemuncak kepada programprogram pembangunan potensi remaja yang telah sedia dijalankan di masjid-masjid. Secara umumnya, kelima-lima masjid yang dikaji terlibat secara langsung dalam program ini.
Masjid Ar-Rahman sendiri umpamanya, meskipun tidak mempunyai qaryahnya sendiri namun ia tetap berfungsi mencari dan mengumpulkan para remaja dan belia yang berminat dari qaryah lain, kemudian menyerahkan urusan seterusnya kepada pihak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Setelah itu, peserta akan mengikuti beberapa fasa latihan selama 7 bulan.
Bagi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, para peserta IMQ akan mengikuti 4 kelas yang meliputi 4 subjek iaitu akidah, ibadah, dakwah dan al-Quran. Para peserta juga ditetapkan syarat tertentu untuk menyertai program IMQ iaitu telah memiliki pengetahuan asas berkaitan ilmu agama Islam. Pembahagian kelas kepada peserta adalah mengikut zon masing-masing, di mana terdapat 6 zon di Wilayah Persekutuan. Di setiap zon pula telah ditetapkan sebuah masjid sebagai pusat utama pengurusan.
14
Penganjuran Program IMQ oleh pihak JAWI merupakan tindakan proaktif dalam melahirkan imam-imam pelapis di kalangan generasi muda di samping memaparkan kepada masyarakat berkenaan kepentingan ilmu duniawi dan ukhrawi serta ilmu-ilmu berkaitan yang wajar dikuasai untuk menjadi seorang imam yang terbaik. Program ini dijalankan dengan kerjasama MAIWP, pusat-pusat pentadbiran masjid zon, masjid-masjid, surau-surau jumaat dan surau-surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Penyertaan terbuka kepada warganegara berusia antara 18 hingga 40 tahun, bermastautin tetap, bekerja atau belajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Putrajaya serta mendapat pengesahan daripada Penyelaras Pusat Pentadbiran Zon. Manakala peserta yang bermastautin di Putrajaya pula boleh mendapat pengesahan daripada Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Kariah, Cawangan Putrajaya.Pemilihan peserta dibuat berdasarkan penguasaan ilmu pengetahuan Islam, syariat dan penampilan asas di samping memenuhi syarat-syarat menyertaan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.Para peserta terlebih dahulu dikehendaki menjalani sesi latihan di pusat-pusat zon pentadbiran masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Purajaya sebelum terpilih ke peringkat seterusnya bagi merebut gelaran juara Imam Muda Qaryah. Modul program ini juga tidak melibatkan penyingkiran dan lebih menumpukan kepada sesi pembelajaran dan latihan. Antara modul pengajaran dan penilaian dari segi teori serta praktikal yang akan dimuatkan dalam program keagamaan ini ialah kemahiran ilmu akidah, ilmu fekah dan mazhab, ilmu tajwid dan taranum, penulisan dan penyampaian khutbah. Peserta IMQ juga bakal diuji dan akan diberikan beberapa tugasan berkaitan oleh tenaga pengajar IMQ termasuk menyampaikan khutbah serta mengimamkan solat jumaat secara langsung, menguruskan jenazah, mengikuti program dakwah dan sesi kaunseling.
16
Seterusnya Masjid Usamah b. Zaid. Masjid ini merupakan pusat bagi zon 4 untuk program IMQ dijalankan setiap minggu. Ia juga berperanan melatih 48 orang peserta yang terdiri dari kelompok remaja sebagai pelapis imam masa hadapan mengikut qaryah masing-masing. Usia peserta juga terbuka kepada mereka-mereka yang berusia 40 tahun ke bawah. Pada setiap minggu peserta akan diajar tentang ilmu-ilmu Islam, latihan fizikal serta aktiviti-aktiviti lain berbentuk outdoor.
Manakala Masjid Asy-Syakirin, imam besarnya sendiri dilantik sebagai pemangku pengerusi bagi zon 3. Pelbagai latihan diberikan kepada peserta agar dapat menguasai ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah di samping melatih mereka supaya mampu menjadi imam bagi masyarakat.
Bagi Masji ar-Rahimah Kampung Pandan pula, penyertaan bagi Imam muda ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan iaitu seramai 60 peserta menawarkan diri untuk menyertainya.
Ringkasnya, kesemua masjid tidak ketinggalan dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar terhadap remaja menerusi program IMQ yang diperkenalkan demi memastikan potensi mereka sentiasa menyerlah bukan sahaja untuk manfaat diri sendiri bahkan untuk manfaat masyarakat setempat.
9.0
Kesimpulan:
Hasil kajian mengenai pembinaan potensi remaja melalui institusi masjid dapat dirumuskan bahawa kelima-lima masjid yang dikaji dikenalpasti telah memainkan peranan dalam membina dan menyerlahkan potensi remaja. Pelbagai aktiviti yang dijalankan berbentuk indoor dan outdoor tidak hanya memberi penekanan terhadap aspek pengukuhan kerohanian bahkan turut menekankan aspek pembangunan kemahiran, keupayaan diri dan sebagainya. Para remaja turut dilatih dan dibimbing supaya tidak 17
hanya menguasai ilmu secara teori tetapi mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian. Aktiviti-aktiviti pembangunan remaja meliputi syakhsiyyah, akhlak dan ibadah didapati menjadi keutamaan. Selain aktiviti khusus untuk golongan remaja. Programprogram utama juga dilaksanakan oleh kesemua masjid seperti kuliah agama (Majlis Ilmu), majlis sambutan hari kebesaran Islam dan sebagainya. Majlis tersebut berjalan dalam bentuk harian, mingguan, bulanan dan tahunan serta dijalankan secara berkala dan terkawal mengikut modul-modul yang telah ditetapkan. Pendekatan yang digunakan juga begitu relevan dan bersifat profesional walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang kadangkala akan menganggu kelancaran program. Meskipun kelimalima masjid tersebut mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri, namun tidak dinafikan masing-masing memiliki kekurangan tersendiri pada aspek tertentu. Akan tetapi kewujudan begitu banyak masjid dipercayai mampu menampung kelompongan yang ada pada masjid selainnya. Kemampuan masjid kini dalam membina potensi remaja berada di tahap yang agak memuaskan dan usaha murni pihak masjid selayaknya dipuji. Namun usaha tersebut masih perlu dipertingkatkan. Hal ini kerana, kebejatan sosial yang semakin membarah pada hari ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa usaha pihak bertanggungjawab seperti masjid masih belum mencukupi. Justeru, untuk melihat generasi pelapis negara pada masa hadapan berpotensi besar dalam memimpin negara, kita perlu sentiasa menyematkan azam serta tekad, seterusnya merancang tanpa jemu dalam merangka modul-modul pembangunan remaja yang lebih berkesan. Akhirnya, kerjasama dari semua pihak sangat penting dalam dalam usaha memperkasakan peranan masjid terutamanya dalam aspek pembinaan potensi remaja, semua pihak mesti memainkan peranan dan tanggungjawab. Sokongan penuh dari pihak ibu bapa, remaja sendiri, dan pihak kerajaan terutamanya tidak kira dalam bentuk material, tenaga dan sebagainya sangat diperlukan.
18
BIBLIOGRAFI
Abd. Hamid Othman, Islam Hadhari: Kekuatan Masjid dalam Menjana Masyarakat Gemilang, (2007), Putrajaya : Yayasan Islam Hadhari.
Idris Ahmad, Pengurusan Dakwah Di Kalangan Remaja, Dalam Dakwah Dan Pengurusan Islam Di Malaysia: Konsep Dan Pelaksanaan, disunting oleh Abdul Ghafar Don, Burhanundin Abdullah Dan Zulkiple Abd. Ghani, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Ismail Mustari, (2005), Menjadi Belia Cemerlang, Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Syamsul Bahri Andi Galigo, (2002), “Membangun Generasi Muda Islam Di Era Globalisasi”, dalam Isu Dakwah Dan Kemanusiaan Dalam Era Globalisasi, Selangor: Fakulti Dakwah Dan Pengurusan Kolej Universiti Islam Malaysia
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, http://www.jawi.gov.my/, 22 Februari 2011.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, http://www.islam.gov.my/, 19 Februari 2011.
Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya, www.masjidarrahmanum.com, 19 Februari 2011
Masjid Asy-Syakirin, KLCC, http://masjidklcc.com, 10 Februari 2011.
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, http://masjidbangsar.blogspot.com, 13 Februari 2011.
Masjid Usamah b. Zaid, Wangsa Maju, http://masjidusamahbinzaid.blogspot.com/, 17 Februari 2011. 19
Temubual
Amin b. Che Amat, Imam 1 Masjid Al-Rahimah, Kampung Pandan, Temubual pada 25 Februari 2011, pukul 11.00 tengah hari.
Mohd. Akmal Iman b. Abdul Aziz, Imam Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya, Temubual pada 22 Februari 2011, pukul 2.30 petang.
Ustaz Hj. Hazman b. Hashim, Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Temubual pada 22 Februari 2011, 5.00 petang.
Ustaz Mohd. Hilmee b. Omar, Imam Masjid Asy-Syakirin, KLCC, Temubual pada 24 Februari 2011, pukul 2.00 petang.
Ustaz Mursyidi b. Hj. Abdul Hamid, Ketua Imam (JAWI) Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Temubual pada 23 Februari 2011, pukul 10.30 pagi.
20