LAMPIRAN B PANDUAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI LUAR NEGARA BAGI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.
PENDAHULUAN Tujuan peraturan ini diwujudkan adalah untuk membolehkan pelajar UTHM diberikan peluang menjalani latihan industri di luar negara dan ia tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh universiti.
2.
DEFINISI LATIHAN INDUSTRI 2.1
Latihan Industri (LI) LI merujuk kepada kursus Hadir Wajib (HW) Universiti yang menempatkan pelajar di sesebuah organisasi sama ada di dalam atau di luar negara untuk menjalani latihan
praktikal
sebelum mereka dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
3.
KELAYAKAN MEMOHON Kelayakan pemohon adalah: 3.1
Pelajar UTHM yang memperolehi CPA/PNGK 3.00 dan ke atas.
3.2
Memperolehi sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET atau mana-mana yang setara dengannya.
3.3
4.
Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh universiti.
PENDAFTARAN PERMOHONAN Pendaftaran permohonan untuk menjalani latihan industri di luar negara mengambil kira peraturan dan proses yang sama dengan
latihan industri dalam negara. Walaupun begitu, terdapat perbezaan pendaftaran permohonan seperti dinyatakan di bawah: 4.1
Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI) Penempatan melalui Organisasi Malaysia yang beroperasi di luar negara (Dengan kerjasama organisasi kerajaan dan swasta di luar negara).
5.
PROSES PERMOHONAN 5.1
Permohonan menjalani latihan industri di luar negara perlu dibuat 6 hingga 12 bulan lebih awal sebelum tarikh latihan industri.
5.2
Pelajar
boleh
mendaftar
dengan
melengkapkan
borang
Permohonan Latihan Industri Luar Negara (Lampiran B1) dan PHI akan memaklumkan penerimaan borang tersebut. 5.3
Selepas melepasi proses saringan, pelajar perlu menghadiri sesi
temuduga pertama yang dikendalikan oleh PHI dan ia
bergantung kepada negara yang dipilih oleh pelajar. 5.4
Pelajar yang berkelayakan perlu mendapat kelulusan daripada Naib Canselor UTHM.
5.5
Pelajar
terpilih
perlu
menghantar
surat
pengesahan
penerimaan menjalani latihan industri di luar negara melalui PHI. 5.6
Surat makluman ke Wisma Putra akan dihantar oleh PHI dan satu salinan surat akan dihantar ke Pejabat Antarabangsa UTHM.
5.7
Pelajar
diwajibkan
menghadiri
taklimat
lengkap
tentang
Latihan Industri Luar Negara yang dikendalikan oleh PHI.
5.8
Pelajar dikehendaki memohon VISA/Permit Kerja/ pasport antarabangsa dengan kerjasama agensi, PHI dan Pejabat Antarabangsa.
5.9
PHI akan mengeluarkan surat penempatan latihan industri dan surat lepas tanggung kepada pelajar.
5.10
Pelajar dikehendaki mendaftarkan diri di agensi latihan industri.
5.11
Carta
alir
proses
permohonan
dan
penempatan
latihan
industri di luar negara ditunjukkan di Lampiran B2.
6.
TEMPOH LATIHAN INDUSTRI 6.1
Latihan
industri
perlu
dijalankan
mengikut
spesifikasi
program yang telah ditawarkan. 6.2
Tempoh minimum latihan industri luar negara adalah sama dengan tempoh minimum latihan industri dalam negara.
7.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Sepanjang tempoh penempatan latihan industri, pelajar layak untuk menerima elaun, sekiranya diberi oleh pihak agensi luar Negara semasa menjalani latihan industri di luar negara.
8.
PENYELIAAN 8.1
Penyeliaan pelajar bagi latihan industri luar negara akan mengambil kira keadaan dan lokasi penempatan pelajar.
8.2
Lawatan penyeliaan menggunakan prosedur penyeliaan seperti yang terkandung di dalam Buku Panduan Latihan Industri.
8.3
Jika lawatan dan penyeliaan fizikal tidak dapat dibuat, kaedah penyeliaan secara atas talian (online), teleconferencing dan penyeliaan oleh pihak agensi akan dibuat.
9.
PERATURAN 9.1
Pelajar yang akan menjalani latihan industri luar negara adalah tertakluk kepada Peraturan Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan kaedah-kaedah serta panduan pelaksanaan
yang
dilaksanakan
di
bawah
peraturan
berkenaan. 9.2
Negara yang terlibat dengan peperangan dan tiada hubungan diplomatik termasuk Israel adalah tidak dibenarkan menjadi tempat untuk latihan industri.
10.
INSURAN PERUBATAN / PERLINDUNGAN DIRI 10.1
Pelajar
yang
terpilih
digalakkan
memiliki
insuran
perubatan/perlindungan diri tambahan untuk melindungi mereka
daripada
sebarang
kecelakaan
atau
kemalangan
semasa di luar negara.
11.
PERBELANJAAN KEWANGAN 11.1
Perbelanjaan bagi menjalani latihan industri di luar negara adalah
ditanggung
oleh
pelajar.
Pihak
universiti
hanya
mengurus dan meluluskan permohonan penempatan dan dokumentasi sahaja.
LAMPIRAN B2
Pejabat Hubungan Universiti dan Industri
Carta Alir Permohonan dan Penempatan LI Pelajar UTHM ke Luar Negara
Mula
Tindakan
Mendapatkan maklumat jumlah kredit dapat pelajar
PLIF
Menyalurkan maklumat jumlah kredit dapat pelajar
PPA
Menyemak pendaftaran pelajar dan kenal pasti bidang serta tarikh LI
PLIF
Mendapatkan maklumat tempat latihan
PLIF
Taklimat pertama LI kepada pelajar
PLIF
Mempamerkan senarai industri untuk pemilihan pelajar
Memohon penempatan LI
PHI
PHI
Tidak
Persetujuan industri ?
PHI
Ya
Penerimaan permohonan
PHI
Tidak
Proses saringan kelayakan dan temuduga
FAKULTI
Ya
Tidak Saringan temuduga
Ya A
B
PHI/ FAKULTI/PAB
B
A
Kelulusan Naib Canselor
Tidak
PHI
Ya
Pengesahan tempat LI
PHI
Surat makluman kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Wisma Putra dan Pejabat Antarabangsa UTHM
PHI
Surat Makluman Penolakan
Tidak
Saringan kelayakan
Ya Taklimat kepada pelajar
PHI
Permohonan Visa/Pasport Antarabangsa/Permit Kerja
PHI/ AGENSI/ PAB
Surat penempatan LI dan surat lepas tanggung
PHI
Perjalanan ke Negara yang dipohon
PELAJAR
Melapor diri di agensi yang telah ditetapkan untuk LI
PELAJAR
Selesai
*PAB - Pejabat Antarabangsa *PHI - Pejabat Hubungan Industri *PLIF – Penyelaras Latihan Industri Fakulti
Jawatankuasa LI Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) – Pengerusi Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) – Ahli Ketua Jabatan PHI
PROSES SARINGAN KELAYAKAN DAN TEMUDUGA DI PERINGKAT FAKULTI
Perkara terlibat untuk semakan/saringan di peringkat Fakulti: 1) Kelayakan Pelajar Memohon a) CGPA Pelajar (3.00 dan ke atas) b) Keputusan MUET Pelajar/Peperiksaan Bahasa Inggeris (Minimum Band 3) c) Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh universiti
2) Hubungan Organisasi Latihan Industri - UTHM Semakan maklumat hubungan kerjasama UTHM dengan pihak luar boleh dilakukan melalui Total Campus Integrated
System (TCIS) di bawah sub
maklumat umum. Setelah itu, boleh merujuk kepada Pegawai Pemantau Sistem Kerjasama Universiti (SKU) di Fakulti/PHUI bagi memperolehi maklumat Pegawai Penyelaras MoU/MoA yang telah dilantik oleh universiti. Senarai Pegawai Pemantau Fakulti/PTJ adalah seperti berikut : Bil
Nama Pegawai Pemantau
Fakulti
1
Prof. Madya Dr. Ahmad Jais bin Alimin
FKMP
2
En. Rodziman bin Saad
FKEE
3
Prof. Madya Dr. Ismail bin Abdul Rahman
FKAAS
4
Dr. Nureize Arbaiy
FSKTM
5
Prof. Madya Dr. Tay Kim Gaik
FSTPi
6
En. Mohd Lotfi bin Solihin
FPTP
a) MoU dengan UTHM •
PLIF mendapatkan nama Pegawai Tanggungjawab/Penyelaras MoU daripada Pemantau di Fakulti/PHUI.
•
PLIF berbincang dengan Pegawai Penyelaras untuk berhubung dengan Penyelia institusi/organisasi LI luar negara terlibat.
•
Perbincangan tentang permohonan penempatan latihan industri, kaedah penyeliaan, kemudahan pelajar yang diterima sepanjang dari segi tempat tinggal dan sebagainya
b) Tiada MoU dengan UTHM •
PLIF perlu mendapatkan pengesahan bahawa organisasi latihan industri luar negara yang dicadangkan pelajar itu adalah sah dan sesuai dengan program yang dijalani pelajar.
•
Perbincangan tentang permohonan penempatan latihan industri, kaedah penyeliaan, kemudahan pelajar yang diterima sepanjang dari segi tempat tinggal dan sebagainya
•
Pengesahan penempatan boleh dibuat secara email, surat, atau faks oleh organisasi terlibat
•
Surat pengesahan penempatan ini perlu disertakan bersama borang permohonan menjalani latihan industri di luar negara yang akan diperakukan oleh Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) dan diluluskan oleh Naib Canselor UTHM.
3) Maklumat Penyeliaan Latihan Industri a) PLIF perlu memastikan bahawa proses penyeliaan latihan industri pelajar boleh dilaksanakan. Kaedah penyeliaan termasuklah: •
Lawatan penyeliaan oleh Staf UTHM yang sedang cuti belajar atau
terlibat
dengan
program
sangkutan
pengajian
di
institusi/organisasi terlibat. (Maklumat boleh diperolehi daripada Unit Cuti Belajar) •
Teleconferencing (Skype, Yahoo Chat dan yang setaraf)
b) Pengesahan kaedah penyeliaan oleh Penyelia boleh dibuat secara email, surat atau faks c) Surat tawaran penempatan perlu disertakan
bersama borang
permohonan menjalani latiahn industri luar negara yang akan diperakukan oleh Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) dan diluluskan oleh Naib Canselor UTHM