PANDUAN MENDIDIK ANAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI Diantara ramai ahli falsafah dan ahli fikir Islam, hanya Imam Al-Ghazali sahaja yang telah mengkhususkan dalam penulisan beliau satu bab untuk kanak-kanak diberi nama ”Ayyuh Al-Walad” bermaksud ”Wahai Anak”. Di dalam bab itu Imam Al-Ghazali telah membentangkan dengan jelas prinsip-prinsip asas yang penting untuk mendidik anak. Menurut beliau, hati kanak-kanak adalah suci.Kemudian hati itu akan dicorak oleh setiap apa yang menjadi cenderung kepadanya. Sabda Nabi Muhammad(S.A.W) yang bermaksud: ” Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci bersih); ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi,Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari) Pendidikan kanak-kanak pada umumnya adalah berasaskan pada dua bahagian iaitu apa yang ditiru daripada orang yang rapat sama ada ahli keluarga ataupun rakan dan apa yang diperolehi secara asuhan. Oleh itu, keluarga dan sekolah menjadi dua institusi terpenting dalam memupuk keperibadian kanakkanak.
INSTITUSI KELUARGA Anak merupakan anugerah Allah SWT yang amat berharga kepada sesuatu keluarga dan menjadi amanah Allah SWT kepada ibubapa. Dengan itu, peranan mendidik anak itu menjadi tanggungjawab yang penting bagi mereka. Imam Al-Ghazali menyebut ayat Al-Qur’an daripada Surah At-Tahrim(66) :6, yang bermaksud: ” Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkanlah diri kamu serta keluarga kamu daripada api neraka...” Dan Nabi Muhammad (SAW) pula telah bersabda yang bermaksud : ” Adalah menjadi hak seseorang anak untuk mendapat nama yang baik dan pendidikan yang betul daripada ayahnya” (Riwayat Bukhari) Oleh kerana kanak-kanak meniru kelakuan ibubapanya,maka adalah perlu ibubapa menunjukkan contoh kelakuan yang sopan. Dalam institusi keluarga, kanak-kanak perlu dididik dalam tiga aspek: • Sebagai Individu • Sebagai Ahli Masyarakat • Sebagai Seorang yang Beragama Sebagai Individu Pendidikan sebagai individu boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu: i) Pendidikan zahir ii) Pendidikan batin. i) Pendidikan zahir Pendidikan zahir adalah untuk memastikan pembentukan tubuh badan yang sihat. Dalam hal ini Al-Ghazali memberikan nasihat berikut:
Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak
1
2/14/2014
• •
•
•
Kanak-kanak memerlukan latihan jasmani setiap hari untuk mengelakkan mereka daripada menjadi bosan dan malas. Tabiat tidur pada waktu siang perlulah dihindarkan kerana kanak-kanak menjadi bodoh dan malas. Tetapi, mereka jangan diganggu daripada tidur awal pada waktu malam. Jangan biarkan kanak-kanak tidur atas tilam yang terlalu lembut(empuk) kerana ini akan menganggu pertumbuhan tubuh dan serta pembentukan otot-otot yang sihat. Selepas menyiapkan kerja rumah atau sekolah,kanak-kanak mestilah dibiarkan bermain. Dengan cara begini, diharapkan tubuh badan dan daya pemikiran kanak-kanak akan berkembang dengan baik. ii) Pendidikan Batin
Pendidikan batin bermaksud mengajar nilai hidup yang murni seperti kebijaksanaan, tabah hati,kesederhanaan,keadilan,kasih saying,kebaikan,menjauhkan diri daripada kejahatan dan sebagainya. Cara yang paling berkesan untuk menerap nilai-nilai ini adalah dengan contoh amalan daripada ibu bapa itu sendiri. Menurut Imam Al-Ghazali,kanak-kanak mula mempelajari nilai-nilai ini dan membezakan antara yang baik dengan yang buruk pada lima dan enam tahun. Pendapat ini dipersetujui oleh pendidik moden masakini. Malah tertulis dalam sebuah buku berjudul Early Childhood Education oleh Love dan Osborne satu kenyataan yang berbunyi: “Sesetengah pihak menyatakan bahawa seorang kanak-kanak berumur enam tahun telah mempelajari 75% daripada apa yang ia akan belajar sepanjang hayat” Untuk memastikan nilai murni yang diajar diamalkan selalu,ibubapa digalakkan sekali-sekala memuji anak-anak dan memberi hadiah. Pada masa yang sama, ibubapa mestilah mengajar anak-anak supaya tidak mementingkan perhiasan diri yang melebihi batas. Contohnya pakaian yang mahal-mahal dan mainan yang banyak. Mereka juga perlu diasuh supaya tidak berada dalam keadaan keseronokan yang berlebihan dan juga tidak dikelilingi oleh kemewahan. Sekiranya anak meningkat dewasa dan tidak mendapti keadaan sepertimana yang telah dibiasakan dengan keadaan keluarganya, ia akan menjadi kecewa dalam hidup. Renungilah kata-kata Imam Al-Ghazali ini : “ Adalah seperti memasukkan kanak-kanak ke dalam api neraka di dunia apabila ibubapa terlalu membiasakan mereka hidup dalam kemewahan dan kecintaan pada harta benda”
•
Sebagai Ahli Masyarakat Untuk mendidik kanak-kanak supaya dapat bergaul di dalam masyarakat secara bertimbang rasa serta harmoni, Al-Ghazali memberi nasihat begini: Ibubapa mesti duduk makan bersama-sama anak-anak mereka. Ini dapat membantu pergaulan mereka dan mereka dapat mempelajari nilai bertimbang rasa serta pengorbanan diri.
Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak
2
2/14/2014
•
•
•
•
Kanak-kanak dilatih supaya tidak meminta daripada orang. Jika keluarganya kaya, dia perlu dinasihatkan supaya tidak kedekut untuk mendermakan hartanya kepada orang miskin. Jika keluarganya miskin pula, dia perlu diajar supaya tidak meminta-minta kerana sifat ini memalukan. Malah dia perlu dibimbing supaya berusaha mencari harta sendiri secara yang jujur. Kanak-kanak mestilah dilatih supaya tidak membangga diri. Dia juga perlu diajar supaya tidak membazir dari segi makanan serta pakaian dan keperluan-keperluan lain. Apabila berhadapan dengan orang,dia haruslah diajar bersopan-santun, berlemah-lembut serta merendah diri. Ibubapa mestilah menjauhkan anak-anak daripada bergaul dengan orang yang berakhlak buruk. Anak-ank perlulah dihindarkan daripada bercakap kosong, mengatakan sesuatu yang tidak senonoh atau lucah. Dalam mendidik anak, yang terpenting sekali ialah menjauhkan anak daripada bergaul dengan mereka yang di gelar sebagai sampah masyarakat. Ibubapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati orang-orang tua serta mengikuti nasihat mereka yang baik dan berguna. Mereka mesti bersopan-santun dan tidak mempermainkan orang tua. Orang yang beragama
Ibubapa bertanggungjawab mengajar agama kepada anak-anak. Setelah berusia enam atau tujuh tahun,kanak-kanak mestilah diberi tunjuk ajar serta kefahaman mengenai puasa, sembahyang,mengerjakan haji dan lain-lain. Apabila mereka meningkat dewasa dan meningkat keupayaan membezakan antara baik dengan buruk,mereka mesti diajar sekali lagi berkenaan amal ibadat secara lebih mendalam serta memberikan sebab-sebab dan kelebihan mengerjakan amal ibadat itu. Imam Al-Ghazali juga menyatakan bahawa ibubapa bukan sahaja menjadi model dan teladan yang boleh ditiru oleh anakanak, malah mereka mesti jugalah bertindak sebagai penasihat terhadap kelakuan anak-anak. Untuk membetulkan kelakuan yang buruk, Imam Al-Ghazali memberikan petunjuk berikut: • Ibubapa mestilah memaafkan apa jua perkara yang tidak baik yang dilakukan oleh kanak-kanak pada pertama kali ia dilakukan. • Oleh yang demikian, ibubapa seharusnya bercakap dengan anak-anak dengan penuh perasaan dan belas kasihan. Terangkan kepada mereka mengapa kelakuan mereka salah atau mengapa perbuatan mereka dikatakan tidak elok. Kemudian, jelaskan apa yang patut mereka lakukan. • Kanak-kanak yang selalu dimarahi atau selalu dipukul dan didenda akan menjadi susah untuk diasuh dan dididik. Malah, mereka akan menyimpan perasaan dendam dan akan memusuhi ibubapa mereka sendiri. • Jangan membiarkan kanak-kanak melakukan sesuatu kegiatan tanpa pengetahuan ibu-bapa. Anak-anak harus dilatih supaya bersikap telus dengan ibubapa tentang setiap kegiatan mereka. Dengan tabiat telus, mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak diingini. Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak
3
2/14/2014
INSTITUSI SEKOLAH Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa kanak-kanak perlu dihantar ke sekolah di mana mereka akan diajar ilmu agama dan ilmu sains yang berguna. Seperti ibubapa, guru juga mempunyai tanggungjawab dan kewajipan terhadap pendidikan kanak-kanak. Al-Ghazali telah menerangkan kewajipan guru seperti berikut: • •
•
•
•
•
•
•
Seorang guru berkewajipan mempunyai perasaan belas kasih terhadap kanak-kanak dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Guru mestilah bertindak sebagai seorang yang memberikan hukumhakam. Guru janganlah menganggap bahawa kanak-kanak bertanggungjawab kepadanya walaupun perasaan bertanggungjawab itu disemaikan padanya. Guru wajib memberi apa jua bentuk nasihat yang berguna kepada kanakkanak. Guru juga perlu memastikan kanak-kanak tidak melakukan sesuatu yang mereka masih belum layak untuk melakukannya.Mereka juga perlu diasuh supaya memahami asas sesuatu ilmu dengan jelas sebelum mereka meneroka ke bidang ilmu yang lebih mendalam. Kewajipan yang keempat bagi seorang guru merupakan suatu aspek yang memerlukan ketabahan dan kesabaran, iaitu menasihati kanak-kanak supaya mengelakkan daripada berkelakuan buruk. Cara paling berkesan memberi teguran kepada kanak-kanak adalah secara individu, berterusterang bukan dikhalayak ramai. Teguran pula perlulah disampaikan dengan nasihat yang lemah-lembut serta penuh belas kasih. Kecaman secara terbuka tidak akan berkesan menghindarkan kelakuan buruk, malah ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi ingkar dan menyimpan perasaan dendam. Apabila guru menyampaikan sesuatu ilmu Agama atau ilmu Sains, janganlah dia memperlekehkan bidang ilmu lain dihadapan kanak-kanak yang diajarnya. Guru mestilah memastikan bahawa penyampaiannya jelas dan tidak mengelirukan kanak-kanak. Guru juga hendaklah memastikan bahan pengajarannya tidak terlalu tinggi bagi pemahaman peringkat umur kanakkanak yang diajarnya. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak tidak mengalami kebuntuan fikiran yang akan membuat mereka bosan dengan apa yang diajar. Bagi kanak-kanak yang lemah daya pemikirannya, guru dan ibubapa hendaklah berganding bahu serta memberi perhatian dan penumpuan yang lebih demi untuk memastikan pencapaian mereka tidak tergugat. Peranan kelapan seorang guru adalah amat penting sekali. Guru hendaklah mengamalkan apa sahaja yang diajarnya dan jangan membiarkan perbuatan atau kelakuannya bercanggah dengan nasihatnya. Ini adalah kerana contoh melalui teladan dikuasai oleh apa yang dilihat olih pancaindera.
Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak
4
2/14/2014
Daripada apa yang telah dibentangkan,jelaslah bahawa prinsip yang diutarakan oleh Imam Al-Ghazali untuk mendidik anak adalah berasaskan kebijaksanaan serta pengalaman beliau sebagai pendidik. Beliau amat mementingkan cara mendidik yang lemah-lembut serta penuh belas kasih dan timbang rasa. Beliau tidak menggalakkan kekerasan atau ugutan bagi membentuk keperibadian anak. Malah, lebih suka anak dinasihatkan secara berbincang dan diterangkan dengan jelas mengapa perasaan atau perbuatan mereka itu dikatakan baik atau buruk. Semoga nasihat Imam Al-Ghazali menjadi pedoman dan amalan kita bersama untuk mengasuh dan mendidik generasi kita masa kini dan akan datang. Diterjemah dan diubahsuai daripada penulisan asal Dr.M. Bayrakdar bertajuk ” Al-Ghazali on Child Education” yang diterbitkan dalam Majalah The Muslim(London)May-June,1980 dan pernah diterbitkan dalam majalah UMMI Mei 1991.
Nasihat LUQMAN •
• •
• •
•
• •
Bersyukurlah kepada Allah, kerana bersyukur itu adalah untuk dirimu sendiri dan jika tiada sesiapa yang bersyukur, sesungguhnya Allah itu Maha kaya lagi Maha Terpuji Jangan kamu mempersekutukan Allah kerana mempersukutukan Allah itu adalah satu kesalahan dan dosa yang amat besar. Berbuat baiklah kepada kedua ibubapa kerana kesusahan mereka menjaga kamu dan penderitaan ibumu mengandungkanmu dan menyusukanmu selama 2 tahun Jangan kamu ikuti perintah kedua ibubapa jika perintah itu memaksa kamu mempersekutukan Allah tetapi pergaulilah mereka dengan baik. Buatlah kebaikan kerana kebaikan itu walaupun sebesar biji sawi atau tersembunyi di dalam batu, di langit atau di bumi, akan di perhitungkan oleh Allah kerana Allah Maha Mengetahui Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat baik(amal makruf) serta cegahlah berbuat buruk(kemungkaran) dan teguhkan hati dalam apa jua yang menimpa kamu. Janganlah kamu bersikap sombong, dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh kerana Allah tidak menyukai sikap sombong dan angkuh. Bersederhanalah dalam berjalan dan lembutkanlah suaramu kerana contoh suara yang buruk itu ialah seperti suara keldai.
Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak
5
2/14/2014
Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak
6
2/14/2014