Panduan Lengkap Solat 1. WUDUK
Cara/Langkah Berwuduk Dengan Betul Dan Sempurna !
2. Cara/Langkah Berwuduk Dengan Betul Dan Sempurna ! 1. Membersihkan kedua tangan.(3x) 2. Berkumur-kumur.(3x) 3. Membersihkan hidung.(3x) 4. Membasuh muka(3x), Berniat(dalam hati) :- Sahaja Aku Mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala. 5. Membasuh tangan kanan dan kiri hingga ke siku.(3x) 6. Menyapu air ke kepala.(3x) 7. Menyapu telinga kanan dan kiri.(3x) 8. Membasuh kaki kanan dan kiri hingga ke buku lali.(3x) 9. Doa :- Muhammadan abduhu warasuluh,Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii minalMutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin
ADZAN 1. Bacaan Azdan
Pada azan subuh pula ditambah kalimah
selepas kali yang kedua. Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang sunat hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa
sebanyak dua kali
hendak menunaikannya dengan lafaz tarawih diucap
atau pada sembahyang .
2.
Menjawab Azdan
Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan ada baiknya jika setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa. Terlebih dahulu hendaklah dibaca 1 – 3 kali selawat sebelum membaca doa selepas azan:
Kemudian bacalah doa selepas azan berikut:
Iqamat Iqamah bertujuan untuk memberitahu bahawa solat akan dimulakan dan mengajak mereka yang telah hadir supaya bersedia memasuki saf untuk melakukan solat. Hukum melafazkan Iqamah ialah sunat Muakkad.
.
Kita disunatkan menyahut, mengikuti bacaan atau menjawab lafaz Iqamat, sama sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin dengan perlahan satu persatu hingga akhir kecuali pada 2 kalimah berikut: 1. Apabila bilal atau muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :
. Hendaklah dijawab dengan lafaz:
. 2. Apabila muazzin mengucapkan lafaz Iqamah:
. Maka hendaklah dibalas dengan ucapan:
.
Atau boleh dijawab Iqamah dengan lafaz yang lebih lengkap : .
. . Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah ﷺbersabda, “Apabila kamu mendengar Iqamah, maka pergilah solat (berjemaah). Hendaklah kamu bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Apa yang kamu dapati, solatlah kamu bersama mereka; dan mana yang terlambat (ketinggalan), maka sempurnakanlah.”
Cara menunaikan sembahyang waktu Zuhur, Asar & Isyak
1. Berdiri tegak dan niat. [ NIAT ]
2. Takbiratul Ihram. [ TAKBIRATUL IHRAM ]
3. Membaca doa iftitah [ DOA IFTITAH ]
4. Membaca surah Al-Fatihah dan surah [ AL_FATIHAH ]
5. Takbir untuk rukuk bagi rakaat pertama [ TAKBIR ]
6. Menunaikan rukuk bagi rakaat pertama [ RUKUK ]
7. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud [ IKTIDAL ]
8. Sujud pertama bagi rakaat pertama [ SUJUD ]
9. Duduk antara dua sujud dalam rakaat pertama [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
10. Sujud kedua bagi rakaat pertama [ SUJUD ]
11. Kembali ke rakaat kedua dimana membaca surah Al-Fatihah dan surah [ AL-FATIHAH ]
12. Takbir untuk rukuk bagi rakaat kedua [ TAKBIR ]
13. Rukuk bagi rakaat kedua [ RUKUK ]
14. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi rakaat kedua [ IKTIDAL ]
16. Sujud pertama bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
17. Duduk antara dua sujud dalam rakaat kedua [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
18. Sujud kedua bagi rakaat kedua [ SUJUD ]
19. Membaca tahiyat awal [ TAHIYAT AWAL ]
20. Kembali ke rakaat ketiga dimana membaca surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]
21.Takbir untuk rukuk bagi rakaat ketiga [ TAKBIR ]
rukun_2.gif
22. Rukuk bagi rakaat ketiga [ RUKUK ]
23. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi rakaat ketiga [ IKTIDAL ]
24. Sujud pertama bagi rakaat ketiga [ SUJUD ]
25. Duduk antara dua sujud dalam rakaat ketiga [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
26. Sujud kedua bagi rakaat ketiga [ SUJUD ]
27. Kembali ke rakaat keempat dimana membaca surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]
28.Takbir untuk rukuk bagi rakaat keempat [ TAKBIR ]
29. Rukuk bagi rakaat keempat [ RUKUK ]
30. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud bagi rakaat keempat [ IKTIDAL ]
31. Sujud pertama bagi rakaat keempat [ SUJUD ]
32. Duduk antara dua sujud dalam rakaat keempat [ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]
33. Sujud kedua bagi rakaat keempat [ SUJUD ]
34. Membaca tahiyat akhir [ TAHIYAT AKHIR ]
35. Memberi salam [ SALAM ]
1. Niat Solat NIAT SEMBAHYANG SUBUH
Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*Sila rujuk) tunai kerana Allah Ta'ala. Rujukan:* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah
NIAT SEMBAHYANG ZOHOR
Bacaan dalam bahasa rumi:Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*Sila rujuk)tunai kerana Allah Ta'ala. Rujukan:* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
NIAT SEMBAHYANG ASAR
Bacaan dalam bahasa rumi:Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*Sila rujuk) tunai kerana Allah Ta'ala. Rujukan:* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
NIAT SEMBAHYANG MAGHRIB
Bacaan dalam bahasa rumi:Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala Ertinya:Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*Sila rujuk)tunai kerana Allah Ta'ala. Rujukan:* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
NIAT SEMBAHYANG ISYAK
Bacaan dalam bahasa rumi:Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat rakaat (*Sila rujuk)tunai kerana Allah Ta'ala. Rujukan:* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah
2. Takbiratul Ihram BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR Melafazkan "Allahu Akhbar":-
(Allah Maha Besar) Mengangkat takbiratul ihram sambil melafazkan"Allahu Akbar"
Mengangkat takbiratul ihram bagi lelaki
Mengangkat takbiratul ihram bagi perempuan
Di bawah menunjukkan perbezaan antara cara perempuan dan lelaki semasa mengangkat takbiratul ihram:BAGI LELAKI Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.
Bagi lelaki, kedua - dua belah tangan di angkat di paras telinga. Lintaskan di dalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir sambil berniat untuk bersembahyang
BAGI PEREMPUAN Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.
Bagi perempuan, kedua - dua belah tangan tidak melebihi paras bahu. Lintaskan di dalam hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir sambil berniat untuk bersembahyang
3. Doa Iftitah Tangan diletakkan di atas perut (pusat)
Maksudnya:Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekalikali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
Cara - cara berdiri tegak dan kedudukan tangan di antara lelaki dan perempuan:-
Membaca doa iftitah
Perbezaan antara lelaki dan perempuan (kedudukan tangan):-
Lelaki - Tangan memegang
Perempuan - Tangan di atas
Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).
3.
Bacaan Al Fatihan
BERDIRI TEGAK DAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH SERTA SEBARANG SURAH
Bacaan dalam bahasa rumi:-A'uzubillahi minassyaitanir rajim. Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.
SURAH AL-FATIHAH
Amin (*Sila Rujuk).
KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH
4. Do'a Qunut Bacaan doa Qunut dan cara - caranya:Doa qunut di baca dalam rakaat akhir sembahyang Subuh di mana ia dilakukan selepas rukuk dan sebelum sujud. Mengangkat kedua - dua tangan seperti gambarajah yang ditunjukkan
bagi lelaki
bagi perempuan
5. Rukuk TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH
Bacaan dalam bahasa rumi:Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali mengulangi bacaan) Maksudnya:Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
BAGI LELAKI Gambarajah di bawah menunjukkan cara rukuk bagi lelaki:-
Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.
BAGI PEREMPUAN Gambarajah di bawah menunjukkan cara rukuk bagi perempuan:Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan kebadan.
Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.
6. IK'TIDAL Ik'tidal (kembali berdiri selepas rukuk)
Bacaan dalam bahasa rumi:-Sami'allahu liman hamidah. Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya.
Perbezaan antara lelaki dan perempuan semasa mengangkat takbir dan melakukan ik'tidal
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga dan baca ayat diatas.
BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD
Bacaan dalam bahasa rumi:Rabbana lakalhamdu. Maksudnya: Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji. * Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).
Bacaan dalam bahasa rumi:Allahu Akbar Seeloknya mata hendaklah memandang ke arah ke bawah (sejadah)
Maksudnya: Allah Maha Besar
Teruskan dari kedaan diatas menuju sujud
7. Sujud TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI Bacaan bagi sujud dan cara - cara melakukan sujud:-
Bacaan di dalam bahasa rumi:-Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali mengulangi bacaan). Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.
Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah berkeadaan seperti di sebelah.
8. Duduk antara dua sujud DUDUK SEPERTI MELUTUT
Antara bacaan dan cara - cara duduk antara dua sujud:-
Bacaan dalam bahasa rumi:-Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni. Maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Cara duduk bagi duduk antara dua sujud bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti gambarajah di bawah:-
Cara duduk antara lelaki dan perempuan adalah sama
Kedudukan kaki
Kedudukan tangan
KEMUDIAN LAKUKAN SUJUD KEDUA SEBELUM ITU BACA
Melafazkan "Allah Akhbar" ketika melakukan sujud kedua selepas duduk antara dua sujud
Allahu Akhbar Maksudnya: Allah Maha Besar
9. Tahiyat Awal DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL Bacaan tahiyat awal dan cara duduknya:-
Cara duduk bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti gambarajah di atas
Cara mengangkat jari telunjuk:-
kedudukan jari dan tangan
Apabila bacan sampai kepada"Asyhadualla ilaha illallah"dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan
Cara kedudukan bagi lelaki dan perempuan adalah sama dari segi cara duduk dan cara mengangkat jari telunjuk semasa membaca"Asyhadualla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah" dalam tahiyat awal.
10.Tahiyat Akhir DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR
Cara duduk bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti gambarajah di atas
Cara kedudukan tangan dan cara mengangkat jari telunjuk:-
kedudukan jari dan tangan
Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk sebelah kanan
11.Memberi Salam SALAM KE KANAN Bacaan dan cara meberi salam
Maksudnya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.
Memalingkan wajah ke kanan sambil memberi salam Salam hendaklah diberikan selepas selesai mengerjakan semua rukun - rukun solat dengan di dahului salam ke kanan dan diikuti salam ke kiri.Cara memberi salam antara lelaki dan perempuan adalah sama.
Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam.
Jika sembahyang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu.
SALAM KE KIRI Bacaan dan cara meberi salam
Maksudnya:Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.
Memalingkan wajah ke kiri sambil memberi salam Salam hendaklah diberikan selepas selesai mengerjakan semua rukun - rukun solat dengan di dahului salam ke kanan dan diikuti salam ke kiri.Cara memberi salam antara lelaki dan perempuan adalah sama.
Hendaklah berpaling ke arah kiri sambil memberi salam.
Jika sembahyaang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu.
Sujud Sahwi. Sujud sahwi adalah sujud kerana lupa atau ragu-ragu dalam sembahyang. Hukum sujud sahwi adalah sunat. Ia dilakukan setelah membaca tahiyat akhir tetapi sebelum memberi salam. Ada juga pendapat yang membolehkan melakukan sujud sahwi setelah salam (jika terlupa melakukannya sebelum salam). Merasa ragu-ragu atau was-was dalam ibadah adalah salah satu sebab ibadah itu ditolak. Ia adalah kerja Syaitan untuk melalaikan manusia dalam ibadahnya itu. Kerana dilalaikan Syaitan, kita sering terlupa dan tidak khusyuk ketika sedang bersembahyang. Maka cara untuk menutup kekurangan dalam sembahyang, kita disunatkan untuk membuat sujud sahwi di akhir sembahyang itu. Sujud sahwi hanya boleh dibuat jika berlaku perkara-perkara berikut ini:** Terlupa atau syak pada bilangan rakaat. Seringkali kita akan terlupa tentang rakaat yang sedang dilakukan kerana kita khayal dan tidak kusyuk. Cara mengatasinya ialah dengan segera menetapkan rakaat yang sedang kita berada di dalamnya itu. Contoh; kita tidak ingat sama ada kita sedang dalam rakaat kedua atau ketiga, maka tetapkan bahawa ia adalah rakaat kedua dan teruskan sembahyang itu sehingga selesai dan ditutup dengan sujud sahwi. Jangan lagi diingat-ingatkan sama ada rakaat itu betul atau salah kerana ia akan mendatangkan rasa ragu-ragu atau was-was. Sembahyang akan menjadi tidak sah dan batal jika ada rasa ragu-ragu dan was-was. (Jika terlupa bilangan rakaat adalah lebih selamat untuk memilih rakaat yang yang terdahulu atau yang sedikit). ** Terlupa tahiyat awal. Banyak kali juga kita akan terlupa untuk duduk tahiyat awal dalam rakaat kedua. Hanya apabila telah berdiri untuk rakaat ketiga baharu kita sedari bahawa kita terlupa untuk duduk tahiyat awal. Duduk tahiyat awal dan membaca tahiyat awal adalah sunat ab'ad dalam sembahyang maka jika terlupa melakukannya, ia tidak akan membatalkan sembahyang itu.. Maka tidak perlu untuk mengulangi rakaat tersebut. Hendaklah diteruskan sembahyang itu sehingga selesai lalu ditutup dengan sujud sahwi. ** Terlupa membaca doa Qunut. Hukum membaca doa Qunut menurut mazhab Syafiee adalah sunat ab'ad dalam sembahayang fardu Subuh. Terlupa membacanya tidaklah membatalkan atau merosakkan sembahyang. Tutup kekurangan itu dengan sujud sahwi di akhir
sembahyang sebelum memberi salam. ** Terlupa atau syak pada rukun sembahyang. Rukun sembahyang tidak boleh ditinggalkan dan tidak boleh ada syak padanya. Jika rasa ragu-ragu atau tersilap kerana terlupa, hendaklah diperbaiki rukun sembahyang itu dengan segera. Tidak boleh teruskan sembahyang dalam keadaan ragu-ragu atau was-was dalam sembahyang. Sembahyang yang tidak yakin pada rukun-rukunnya adalah sembahyang yang tidak sah. Contoh 1 - jika ketika sujud, merasa ragu-ragu dan tidak ingat sama ada dia telah melakukan rukuk atau tidak. Maka ketika itu dia wajib mengulangi semula rakaat tersebut kemudian teruskan sembahyang sehingga selesai dan ditutup dengan sujud sahwi. Contoh 2 - membaca surah al-Fatehah bukan pada tempatnya kerana berkhayal dan tidak kyusuk. Apabila dia tersedar hendaklah diberhentikan bacaan itu dengan segera lalu teruskan sembahyangnya seperti biasa. Buat sujud sahwi sebelum memberi salam. Tetapi jika rasa syak pada bacaan al-Fatehah sedangkan dia masih dalam rukun berdiri, ulanglah bacaan al-Fatehah itu pada masa itu juga dan tidak perlu mengulang rakaat itu dan tidak perlu buat sujud sahwi. Selain dari perkara-perkara ini, sujud sahwi juga sunat dibuat jika kita melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang kerana terlupa. Seperti bergerak 3 kali beturut-turut atau melafazkan sesuatu yang bukan bacaan sembahyang. Sujud sahwi adalah hanya untuk kesilapan atau terlupa pada rukun-rukun dan sunatsunat ab'ad sahaja. Bagi kesalahan pada sunat hai'at tidak disunatkan buat sujud sahwi maka tidaklah perlu kita buat sujud sahwi di akhir sembahyang andainya kita terlupa untuk membaca surah selepas al-Fatehah, terlupa membaca doa iftitah, tidak mengangkat tangan ketika bertakbir, tidak membaca tasbih ketika rukuk atau sujud dan seterusnya. Cara-cara sujud sahwi. Setelah selesai membaca tahiyat akhir, hendaklah duduk iftirasy (seperti tahiyat awal) lalu berniat sujud sahwi. Buat dua kali sujud diselangi dengan duduk antara dua sujud. Setiap pergerakan bacalah takbir intiqalat (ALLAHUAKBAR). Kemudian duduk kembali seperti dalam tahiyat akhir. Beri salam pertama dan kedua tanpa perlu membaca tahiyat akhir lagi. Selesailah sembahyang itu dengan sempurna.
Bacaan sujud sahwi. Bacaan dalam sujud sahwi adalah sunat. Tidak ada bacaan tertentu yang ditetapkan. Boleh saja baca tasbih seperti dalam sujud rukun biasa atau jika suka bolehlah baca tasbih seperti di bawah ini sebanyak 3 kali:-
Maha Suci Tuhan Yang tidak tidur dan tidak lupa. Perhatian:* Tidak boleh buat sujud sahwi jika tiada apa-apa kesilapan atau terlupa dalam sembahyang. Hukumnya sembahyangnya akan batal kerana menambah perbuatan sembahyang tanpa sebab. Wajib mengulangi sembahyang itu. * Jika buat sujud sahwi dengan niat andai ada apa-apa kesilapan di dalam sembahyang yang tidak disedari dapatlah ditutup, maka sembahyangnya juga batal kerana itu tanda ragu-ragu dan was-was. Wajib mengulangi sembahyangnya sehingga datang rasa yakin. * Jika setelah buat sujud sahwi kerana ada kesilapan atau terlupa, tetapi tetap ada rasa ragu-ragu setelah selesai sembahyang itu, maka sembahyang itu menjadi batal kerana tidak boleh ada rasa ragu-ragu dan was-was dalam ibadah sembahyang. Wajib mengulangi sembahyang itu. * Jangan sekali-kali hentikan sembahyang secara mendadak kerana merasa telah melakukan kesilapan. Hukum membatalkan atau keluar dari sembahyang dengan sengaja adalah berdosa. Jika telah tersilap dalam sembahyang, perbaikilah kesilapan itu dalam sembahyang itu juga lalu ditutup dengan sujud sahwi. Jika terpaksa batalkan atau hendak keluar dari sembahayang kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (seperti perut yang memulas), maka segeralah bersujud dan beri salam dan niat untuk keluar dari sembahyang itu. * Hukum sujud sahwi di dalam sembahyang berjemaah adalah wajib atas makmum mengikut imam seperti berikut:1) Jika imam buat sujud sahwi sebelum salam, wajib atas makmum untuk sujud juga
walau pun makmum tidak mengetahui apakah kesilapan imam. Jika makmum tidak buat sujud sahwi, sembahyangnya menjadi batal dan perlu diulang sendirian. 2) Jika imam tidak buat sujud sahwi walau pun makmum tahu dia telah melakukan kesilapan, makmun tidak boleh buat sujud sahwi itu. Jika dilakukan, maka sembahyang makmum akan batal. Sujud sahwi bagi imam adalah sunat ab'ad.
Kaedah : Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Selawat (Tahiyaat Akhir), tepatnya sebelum mengucapkan salam. Apakah sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi? Ada 3 perkara iaitu: (1) Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya. (2) Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat. (3) Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat. Hadis yang berkenaan dengan Sujud sahwi di antaranya yang diriwayatkan Abu Sa’id AlKhudri, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang di antara kalian ragu di dalam solatnya sehingga ia tak tahu lagi apakah ia sudah melakukan solat sebanyak tiga rakaat atau empat rakaat, hendaklah dibuangnya keraguan itu dan yang ia yakini, kemudian hendaknya ia sujud sebanyak dua kali sebelum melakukan salam. Sekiranya ia telah melakukan solat 5 Rakaat, bererti solatnya telah digenapkan dengan Sujud sahwinya itu. Dan sekiranya ia solat tepat empat rakaat, dua sujud itu menghinakan bagi Syaitan.” (HR. Ahmad dan Muslim). Diriwayatkan pula dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya setan itu masuk di antara anak Adam dan Nafsunya, sehingga ia tidak tahu sudah berapa rakaat ia melakukan solat. Maka bila seorang di antara kalian mengalami hal demikian, hendaklah ia sujud dua kali sebelum memberi salam.” (HR. Abu Ahmad dan Ibnu Majah). Apakah yang harus dibaca ketika sujud sahwi? Ada perbezaan pendapat tentang bacaan. Yang umumnya kita telah diajar untuk membaca:
ُﺳ ْﺒﺤَﺎنَ ﻣَﻦْ ﻻَ ﯾَﻨَﺎ ُم َوﻻَ ﯾَ ْﺴﮭُﻮ (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa) Tetapi hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda SAW tidak pernah mengajar bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa:
ُﺳ ْﺒﺤَﺎنَ َرﺑﱢ َﻲ اﻷَ ْﻋﻠَﻰ َوﺑِ َﺤ ْﻤ ِﺪ ِه Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.
Kita juga dibolehkan melakukan dua kali sujud itu sahaja tanpa membaca apa-apa jika dipandukan dengan hadis Nabi SAW.
Wirid dan Doa selepas Sembahyang
DOA RINGKAS SELEPAS SEMBAHYANG
Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Solat Jenazah
Panduan Solat Jenazah
Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar. Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?
Persediaan solat jenazah:
Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah: 1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama ( dengan membaca surah Al-Fatihah. 3. Mengangkat takbir kedua ( Rasulullah s.a.w seperti berikut.
4. Mengangkat takbir ketiga (
) )
berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan
kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar
) kemudian membaca doa seperti berikut.
5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (
) kemudian membaca doa berikut.
6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri. Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
————————Panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah. 1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (
) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala. Kemudian baca surah Al-Fatihah. 2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi. Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad. 3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut. Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki) Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan) Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. 4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
ﺻ ﱢﻞ َﻋﻠَﻰ ﻣُﺤَ ﻤﱠﺪ َو َﻋﻠَﻰ آلِ ﻣُﺤَ ﱠﻤ ٍﺪ َ اﻟﻠﱠﮭُ ﱠﻢ
.
Melaksanakan Solat Jenazah secara berjemaah adalah yang paling diutamakan dalam agama Islam dan menjadi sunnah untuk meramaikan jemaahnya sehingga Solat Jenazah ini dihukumkan Fardhu Kifayah sepertimana dalam hal menguruskannya. Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi ﷺbersabda: “Tidaklah seorang lelaki Muslim yang meninggal dunia, maka didirikan solat pada jenazahnya oleh seramai empat puluh lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, melainkan Allah SWT akan memberikan syafaat padanya.” (Hadis riwayat Muslim.) Tentang untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat-tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah didirikan dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih. Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti solat jenazah berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah selepas disolatkan oleh orang lelaki. . .
A. Rukun Solat Jenazah . Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
1. 2. 3. 4.
Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan Berdiri bagi yang berupaya Bertakbir empat kali Salam . .
B. Persediaan Solat Jenazah . 1. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris. Susunan jenazah yang paling hampir dengan imam adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4.
Jenazah lelaki dewasa Jenazah kanak-kanak lelaki Jenazah perempuan dewasa Jenazah kanak-kanak perempuan .
2. Kedudukan Ketika Melakukan Solat Jenazah
Kedudukan Jenazah Jenazah Lelaki 1. Imam berdiri bersetentangan dengan kepala, dada atau bahu jenazah. 2. Kepala jenazah berada di kiri imam.
Jenazah Perempuan 1. Imam berdiri bersetentangan dengan pinggang jenazah. 2. Kepala jenazah berada di kanan imam. .
3. Dalam saf (barisan) solat jenazah berjemaah, makmum disunatkan membentuk tiga saf. Sekurang-kurangnya harus dijadikan tiga saf dengan setiap satu saf dua orang. Daripada Malik bin Hurairah r.a. katanya, Rasulullah ﷺbersabda: “Tidaklah orang mukmin yang meninggal dunia itu didirikan solat padanya oleh tiga saf dari kalangan orang Islam, melainkan jenazah itu diberikan pertolongan dan diampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.)
. .
C. Niat Solat Jenazah . 1. Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki/perempuan:
. .
2. Lafaz niat untuk solat jenazah yang ramai:
. .
.
D. Cara Melakukan Solat Jenazah . Cara melakukan solat ini adalah dengan berdiri betul, rapat dan berniat melakukan solat sunat jenazah serta terus berkeadaan berdiri sambil melafazkan bacaan tertentu sehingga salam, tanpa melakukan rukuk dan sujud.
1. Niat Dan Takbir Pertama Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu takbir pertama.
2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Takbir Kedua.
.
.
4. Membaca Selawat;. Berselawat ke atas Nabi ﷺ.
. Lebih afdhal jika dapat dibaca Selawat Ibrahimiyah (Klik Di Sini).
5. Takbir Ketiga.
.
6. Membaca Doa: Contohnya seperti doa ringkas berikut:
. .
7. Takbir Keempat.
.
.
8. Doa untuk si mati ialah: Sebelum memberi salam, boleh juga dibaca doa berikut:
. .
9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri. .
ِﷲ ﺴﻼَ ُم َﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ َورَﺣْ َﻤﺔُ ﱠ اَﻟ ﱠ Salam sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya. .
10. Bacaan Sesudah Salam . 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Surah Al-Ikhlas 3 kali. Surah Al-Falaq 1 kali. Surah An-Nas 1 kali. Surah Al-Fatihah 1 kali. Surah Al-Baqarah ayat 1-5. Ayat Kursi 1 kali. Membaca doa Solat Jenazah. .
11. Contoh Doa Solat Jenazah:
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa Nabi ﷺbersabda: “Apabila kamu solat ke atas mayat, maka ikhlaskan doa untuknya.” (Riwayat Abu Dauud dan dianggap sahih oleh Ibnu Hibban.)