NUR MUHAMMAD DARI SUDUT HADIS Oleh: Prof.Madya Dr. Udah bin Mohsin Universiti Kebangsaan Malaysia
PENDAHULUAN Salah satu perkara yang biasa disebut oleh kitab-kitab agama ialah mengenai Nur Muhammad. Sesetengah pengarang menganggap bahawa hadis mengenai Nur Muhammad ini hadis sahih. Oleh itu mereka berhujah dengan hadis ini dan menjadikan hadis ini sebagai asas bahawa asal kejadian manusia dan juga semua makhluk-makhluk yang lain adalah dari Nur Muhammad. Di dalam tulisan ini penulis akan menjelaskan kedudukan hadis ini menurut ulama', khususnya ulama' hadis dan akhirnya penulis akan memberikan pendapatnya mengenai hadis ini sama ada is boleh dijadikan hujah atau tidak. NUR MUHANIMAD Di dalam memperkatakan Nur Muhammad ini akan disentuh beberapa perkara: Nas-nas mengenai Muhammad itu sebagai nur. ii. Nos-nos mengenai kejadian / kenabian Muhammad (s.a.w) iii. Nas-nas mengenai nur Muhammad Muhammad Itu Nur Di antara nas-nas yang menyatakan Muhammad itu nur. Firman Allah (S.W."):
Al - Ma'idah 5 : 15
143
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah kitab (Al-Qur" an) yang jelas nyata keterangannya ". Maksud cahaya (nur) di sini ialah Muhammad".2 Menurut tafsiran ini bahawa Muhammad itu nur sabit dari ayat di atas. Nas-Nas mengenai Kejadian / Kenabian Muhammad Terdapat beberapa nas mengenai kejadian / kenabian Muhammad s.a.w yang ianya berlaku sebelum Nabi dilahirkan. Di dalam bahagian ini hanya akan dibawakan nas-nas mengenai kejadian / kenabian Muhammad s.a.w yang tidak dikaitkan dengan nur. Adapun yang berkaitan dengan nur akan diperkatakan kemudian. Di antara nas mengenai perkara ini; 4L ' j LI 1,3 Li :
;„4.11 Maksudnya: "Daripada Abu Hurairah r.a katanya; Mereka (para sahabat) bertanya; Wahai Rasulullah, bilakah engkau ditetapkan menjadi nabi? Jawabnya; Adam di antara ruh dan jasad". Hukum hadis di atas menurut al-Tirmidhi ialah Hasan sahih gharib4 .
= Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad, al-Janzi' Li Ahkain al-Quran, Dar al-Kitab al-`Arabi, Kahirah,1968, jil. 12, hlm 257 Al-Tirmidhi, Abu Isa, Muhammad bin Surah, al-Sunan, al-Manaqzb, 1, Mustafa al-Halabi, Kahirah, 1965, Ji1.5,h1m.585. Ibid. 144
NUR MUHAMMAD DARI SUDUT HADIS
Sabda Rasulullah s.a.w: 41JH Lac c5ij A: •
Malcsudnya: " Bahawasanya aku di sisi Allah pada awal kitab adalah kesudahan para anbiyya' (ketika itu) Adam masih diletakkan di dalam tin(tanah)". Hadis ini menurut al-Hakim sahih sanadnya5dan diakui oleh al-Dhahabi.6 Hadis ini merupakan ketentuan Muhammad (s.a.w) sebagai Nabi adalah dari sejak Adam masih tanah lagi. Daripada Qatadah secara mursal: L.„ci
Ly,Li Jit
Maksudnya: "Aku adalah manusia yang pertama dari segi kejadian dan yang akhir dari segi kebangkitan". Dari segi hukum hadis, di dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang bernama Sa'id bin Bashir C beliau dihukumkan dhaif oleh Ibn Ma'in dan lain-lain.' Dengan ini hadis ini dhaif. Menurut Ibn Taymiyyah mengenai hadis:
s Al-Hakim, Muhammad bin Abdullah, al-Mustadrak, Wa Bi Dhilih al-Talhis, alMatbu'at al Islamiyyh, Bayrut, t.t. ji1.2, hlm.600 6 Ibid Al-Sayuti, Abd.Rahman bin Abu Bakr, al-Jami' al-Saghir, Mustafa al-Halabi, Kahirah,t.t. ji1.2,h1m 97. Al-Manawi, Muhammad, Abd. Al-Ra'uf, Fayd al-Qadir, Mustafa Muhammad, Kahirah, 1938, ji1.5, 53. 145
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM Maksudnya: Aku telah menjadi Nabi sedangkan Adam di antara air dan tanah, dan aku telah menjadi nabi sedangkan Adam tidak air dan tidak tanah". Mengenai hadis ini beliau berkata maksudnya; Segala puji bagi Allah. Lafaz ini dusta dan batil, tetapi lafaz yang ma'thur yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan lain-lain, bahawasanya dikatakan wahai Rasulullah bila engkau menjadi Nabi, jawab baginda: Adam di antara ruh dan jasad.9 Sama dengan pendapat Ibn Taymiyyah ini ialah al-Shakawi.1° Hadis:5k-ill c.:-.16;-1-.-I LW Kata al-Saghani, hadis ini palsu.' 2 Maksudnya "Kalau tidak kerana engkau nescaya Aku tidak jadikan cakerawala'. L17. 7.1_,
•- L.
j? I J1
Maksudnya: "Daripada Ibn Abbas r.a katanya; Allah mewahyukan kepada Nabi Isa a.s wahai Isa berimanlah kepada Muhammad s.a.w dan suruhlah orang yang bertemu dengannya dari kalangan umatmu supaya beriman dengannya. Kalau tidak kerana Muhammad Aku tidak jadikan syurga dan Aku tidak jadikan neraka".
Ibn.Taymiyyah, Majmu' Fatawa, i'll. 18, hlm.380 I° Al-Shakawi, Muhammad bin Abd. Rahman, al-Magasid al-Hasanah, dar al-Kutub al'Ilmiyyah, Bayrut, 1979, hlm.327. " al-Shawkani, Muhammad bin 'Ali, al-Fawai d al-Majmu'ah Fi al-Ahadiah al-Mawdu'ah, Maktabah al-Sunnah al-Muhammadiyyah, Kahirah, 1960, hlm.326. 12 Ibid 13 al-Hakim, al-Mustadrak Wa Bi Dhilih al-Talhkis Li al-Dhahabi, ji1.2 , hlm.615
146
NUR MUHAMMAD DART SUDUT HADIS Hadith ini kata al-Dhahabi: Pada pandanganku hadis ini palsu 14 Lc...".„ ,u1,s
Dari keterangan di atas apa yang sabit kesahihannya ialah tentang penentuan kenabian Muhammad s.a.w. Baginda ditentukan menjadi nabi sejak awal lagi iaitu Adam a.s masih di antara ruh dan jasad. Ada pun hadis mengenai kalau tidak kerana Muhammad s.a.w Allah tidak jadikan alam ini juga syurga dan neraka adalah tidak sahih. Nas-nas Mengenai Nur Muhammad Terdapat banyak nas mengenai Nur Muhammad, di antaranya; Kata al-Qastallani di dalam kitabnya: lc) y._11
jiiyh
c
j t,:z3y
et
: c
(.51,6 41.J1 L.,„ j Li c yi
ux s;J-62-1t,"
L5tx:, 41J'
L.5'1a
J
Ly'opYi
3.61.4 Jj L5LA3 CeciLj e ■
qui csAtJt L.yai L.):1,f x.111114_,-
(.5:41?
cy.sk i
.4A-) jc 72; ,z_<.551_.,J1
Lp .-iLth LD-A9 aux •D
193 J,5 11 Lie
I Lei 41j L., Zi ei ati
461J
JURN AL PENYELIDIKAN ISLAM r—j1 iLti I ,LrA L? f x,,11 15 IIQ.0 -,9--
I1
Maksudnya: "Abd. al-Razzaq meriwayatkan dengan sanadnya daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari katanya; Aku bertanya wahai Rasulullah, demi bapaku, engkau dan emakku; Khabarkan kepadaku mengenai sesuatu yang paling awal dijadikan oleh Allah sebelum sesuatu yang lain. Jawab baginda, wahai Jabir, bahawasanya Allah Ta'ala telah menjadikan sebelum sesuatu yang lain ialah nur Nabi engkau dari nurNya...." A1-Ajluni di dalam kitabnya ada menyebut hadis ini yang juga dinukil dari walau bagaimanapun beliau tidak menyebut hukum hadis ini.'6 Dalam memperkatakan nur Muhammad, al-Amiri di dalam kitabnya t-9 1 :ttjt.ii Lka.1I a ada menyebut hadis ini yang dia ir.zahu kepada Abd. al-Razzaq di dalam musnadnya. Katanya sanadnya mustaqim." Hadis ini juga ada disebut oleh al-Laknawi dalam kitabnya 's Lci Beliau `aza hadis ini (01.)s- ) kepada Abd. al-Razzak di dalam musnafnya. Beliau juga menukil hadis ini dari a.; I i.J119
1 ' al-Qastallani, Ahmad bin Muhammad, al-Mawahib al-Ladunniyyah Bi al-Minch alMuhammadiyyah, al-Maktab al-Islami, Bairut, 1991,ji1.1, hlm.71-72 al-Ajluni, Ismail bin Muhammad, Kashfal-Khafa' Wa Muzil al-Ilbas, Dar al-Turath, Kahirah, t.t.ji1.1, hlm.311. 17 Yahya bin Abu Bakr, Bahjah al-Mahafil Wa Bughyah al-Amathil, Muhammad Sultan, al-Maidah al-Munawwarah, t.t.,1,h1m.15. is A1-Laknawi, Abd.A1-Hayi bin Muhammad Abd. Al-Hakim, al-A thar al-Mcnfu'ah Fi al-A khbar al-Mawdu'ah, Tahqiq Abu Hajir Basyuni, Dar al-Kutub, Bayrut, 1984, hlm.42. 1. 9 Ibid 16
148
NUR MUHAMMAD DART SUDUT HADIS Hukum hadis. Menurut al-cAmiri sanad hadis ini (riwayat Abd.Razzaq) ialah mustaqim. Ini menunjukkan hadis ini termasuk di dalam hadis yang boleh diterima (maqbul). Menurut zahir tulisan al-Laknawi yang menyalahkan golongan yang memahami zahir hadis tersebut" menampakkan beliau menerima hadis ini. Selain itu ungkapan beliau:
" Maksudnya: "Sesungguhnya telah sabit daripada riwayat Abd. al-Razzaq mengenai awal nur Muhammad dari segi kejadian mendahului makhluk-makhluk lain" Ini menunjukkan bahawa hadis itu menurutnya termasuk di dalam hadis yang diterima (maqbul). Kata al-Zabidi ji.J1 L.51.c 22 ci.23 Lhiti
Maksudnya: " Sesuatu yang paling awal ialah nur Muhammad kemudian air kemudian `Arasy kemudian Qalam" Pendapat al-Zabidi ini jelas menunjukkan hadis di atas menurutnya sahih sekurang-kurangnya termasuk di dalam kategori maqbul. 20 Ibid, hlm.42. Kata beliau:
1 9 -1*
4, 4,--h J.L, 0.L6
ai Loy is
al pi
21Ibid, 43 22
al-Zabidi, Muhammad, Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin, Bi Sarh Ihya"Ulum al-Din, Dar al-Kutub Bayrut, 1989, ji1.8, hlm.281.
149
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM Setelah dikemukakan pendapat-pendapat di atas yang menghukumkan hadis di atas sebagai maqbul maka dikemukakan pula pendapat yang mengatakan hadis di atas sebagai tidak boleh dijadikan hujah. Al-Albani di dalam memperkatakan sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim: *E)t..4 23
Maksudnya :" Dijadikan malaikat dari nur dan dijadikan jin dari jalang api dan dijadikan manusia dari apa yang telah disifatkan kepada kamu". Kata beliau lagi, hadis ini memberi isyarat bahawa hadis yang masyhur diperkatakan oleh orana ramai iaitu hadis: dan seumpamanya yang mengatakan bahawa Nabi (s.a.w) dijadikan dari nur adalah batal, kerana malaikat sahaja yang dijadikan dari nur bukan Adam dan anak-anaknya.24 Dari perkataan al-Albani ini jelas menunjukan hadis nur Muhammad ini palsu. Ibn Taymiyyah di dalam memperkatakan mengenai nur yang merupakan kejadian para anbiya' dan Nabi sebagai bintang sedangkan alam dijadikan daripadanya, kedua-dua hadis beliau yang akan datang, menjelaskan: J113 L, L5 ‘2. .L1
1..tA 19
c,3 erIC 25
- 9 `4. ,LC ••
aUI
" Muslim bin al-Hajjaj, al-Sahih, al-Zuhud, 10, `Isa al-Halabi, Kaherah, 1955, ji1.4, hlm.2294. Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din, Silsilah al -Ahadith al-Sahihah, al-Maktab alIslami, Bayrut, hadis no. 459. Majmu' Fatawa, jam' Abd. Al-Rahman bin 25 Ibn Taymiyyah, Ahmad bin Taymiyyah, Muhammad al-Hambali, t.t. Maktabah Ibn Taymiyyah, Kahirah, jil. 18, hlm.367 150
NUR MUHAMMAD DARI SUDUT HADIS Maksudnya: " Perkara-perkara yang seumpama ini adalah dusta yang direka-reka dengan muwafakat ulama' yang mengetahui sirah Rasul. Para anbiyya' semua tidak dijadikan daripada nabi s.a.w bahkan mereka semua dijadikan dari ibubapa mereka. Kemudian ditiupkan roh". Perkataan Ibn Taymiyyah ini menunjukkan hadis ini menurutnya palsu. Menurut al-Sayuti bahawa hadis nur Muhammad ini adalah: 26
I 4-1 LI-
Maksudnya: " Tidak mempunyai sanad yang boleh dipegang kepadanya". Dengan ini menurut Sayuti hadis ini palsu. Setelah dipaparkan pendapat-pendapat ulama' mengenai hadis ini iaitu ada yang menerima dan ada yang menolak maka di sini penulis mengemukakan pendapatnya mengenai hadis ini. Dari keterangan-keterangan di atas bahawa sumber hadis ini adalah dari Abd. al-Razzaq. Menurut Laknawi hadis ini berada di dalam Musannaf Abd. al-Razzaq. Penulis telah cuba mencari hadis ini di dalam al-Musannaf tetapi tidak menemuinya, manakala al-Musnad Li Abd. al-Razzaq dikatakan masih di (Nam manuskrip yang belum diperolehi oleh penulis. Setakat yang ditemui oleh penulis hanya al-Qastallani dan al`Amiri sahaja yang nampaknya mengambil hadis ini secara langsung dari Abd. al-Razzaq, kerana kedua-duanya telah aza kepada Abd. alRazzaq. A1-Qastallani tidak menerangkan sama ada dia mengambil hadis ini dari Musannaf Abd. al-Razzaq atau dari Musnadnya. Laknawi dan al'-Ajluni mereka berdua mengambil hadis ini dari al-Mawahib alLadunniyyah oleh al-Qastallani. Mereka yang`Aza hadis ini kepada Abd. al-Razzaq atau yang menukil dari yang`aza hadis ini kepada Abd. Razzaq setakat yang ditemui oleh penulis tidak ada satu pun yang membawa " Al-Sayuti, al-Hawi Lil Fatawa, dar al-Kutub Bayrut, 1975, ji1.1, hal.323325
151
JLTRNAL PENYELIDIKAN ISLAM sanad hadis ini. Oleh itu penulis tidak dapat menilai hadis ini melalui sanadnya. Pandangan Penulis
Pada pandangan penulis yang lemah ini dari segi uslub hadis ini nampaknya agak janggal jika dinisbahkan kepada uslub Nabi. Dari segi kandungan hadis ini pula, adalah telah dimaklumi bahawa semua manusia berketurunan dari Adam dan Adam dijadikan dari tanah, yang dijadikan dari nur adalah malaikat. Satu perkara penting mengenai masalah ini ialah perkara ini mengenai akidah. Aqidah hanya sabit melalui al-Quran, hadis mutawatir atau hadis ahad yang sahih. Hadis yang kita bincangkan ini adalah hadis ahad gharib. Ia dihukumkan gharib kerana Sahabat yang meriwayatkan hadis ini hanyalah Jabir. Menurut iaitu salah seorang yang menenm . a hadis ini sebagaimana yang diperkatakan dahulu sanad hadis ini mustaqim. Istilah ini tidaklah menunjukkan hadis ini hadis yang benar-benar kuat sekalipun is termasuk di dalam kategori hadis maqbul. Kandungannya pula bertentangan dengan al-Quran dan hadis sahih. Ibn Taymiyyah ada menyebut:
j".; cyaAlI JI
I Le LC a A11 31j L,; .‘; Aic )1.j LC a.; l j (, L
j a.;Lc 4111
L51,,,
c,..11.,J j 1_C,S" Ju"till a
■
j 01 I 3.64.4JI i hey 3L.S. 4:31j
Maksudnya: "Bahawasanya Allah telah menggenggam satu genggaman dari cahaya mukaNya. Allah melihat kepadanya lalu iapun berpeluh maka Allah menjadikan dari 152
NUR MUHAMMAD DARI SUDUT HADIS setiap peluh seorang nabi. Genggaman itu ialah Nabi s.a.w. Nabi itu merupakan bintang yang bergemerlapan. Semua alam ini dijadikan daripadanya. Bahawa Nabi itu telah ada sebelum kedua ibu bapanya dijadikan. Bahawa Nabi itu menghafaz al-Quran sebelum Jibrail datang kepadanya". Hadis yang seperti ini hukumnya adalah palsu yang direkareka, para anbiya' tidak dijadikan dari Nabi s.a.w.27 Ibn Taymiyyah ada menyebut: 41.5" (,..J1JJ I v ti iai.c 4111 (541 j t j LS- 4-..; t
j.1,4. . 4 vi ,e3.4 LS- ,61 i t jI
II
Maksudnya: "Bahawa Nabi (s.a.w) adalah bintang, alam semuanya dijadikan daripadanya, nabi wujud sebelum kedua-dua ibu bapanya dijadikan dan Nabi menghafaz alQuran sebelum Jibrail datang kepadanya". Hukum hadis ini sama dengan sebelumnya." Ibn al-Kathir telah memetik satu riwayat yang panjang dari Ibn `Ashakir di dalamnya ada menyebut: cc'
;I) j- 1 1
u;').91 ,J,21 294--4' Ls'
47'
L"-1
"Ibn Taymiyyah, Fatawa, ji1.18, hlm.366-367 " Ibid, hlm.367. 29 Ibn al-Kathir, Ismail bin `Umar, al-Bidayah Wa al-Nihayah, Maktabah al-Ma'arif, Bayrut, 1981, ji1.2, hlm.258-259
153
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM Maksudnya: "Allah telah mengambil dengan kenabian itu mithaq ku dengan Islam itu perjanjianku, disebut dengan banyak namaku di dalam Taurat dan Injil. Sifatku terdapat di antara setiap nabi, bercahaya bumi dengan nurku dan bercahaya tumbuh-tumbuhan dengan mukaku, Allah telah mengajar aku kitabNya dan Allah telah menambah kemuliaanku di langitNya". Kata Ibn Kathir Kata Ibn al-Ashakir.
.1,,t
Lebih kurang dengan hadis di atas apa yang disebut oleh alSayuti:
Di dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang bernama Ali bin Muhammad bin Bakar, yang mana beliau menurut al-Dhahabi 12 dan di dalam sanadnya juga terdapat perawi yang bernama Khalaf bin Muhammad bin Isma'il, beliau menurut al-Khalili : 13 LL-11. D ari keterangan-keterangan di atas ternyata bahawa hadis-hadis mengenai nur Muhammad ini adalah palsu, kecuali hadis yang diriwayatkan oleh Jabir iaitu hadis yang menjadi tajuk utama perbahasan kita, tetapi hadis ini tidak sepakat ulama' mengenai hukumnya, ada yang menerima dan ada yang menolak. Bagi yang menerima hadis ini pun ianya bukanlah termasuk di dalam hadis yang tinggi nilai kesahihannya. Menurut penilaian penulis yang lemah ini dilihat dari sudut uslub dan kandungannya menampakkan is tidak sabit dari Rasulullah (s.a.w). Apatahlagi perkara ini mengenai akidah yang '° Ibid, 259 A1-Sayuti, Abd Al-Rahman, al-Lalali' al-Masnu'ah, Dar al-Ma' arif, Bayrut, 1981, ji1.1, hlm.264-265 a1-Dhahabi, Muhammad bin Ahmad, Mizan al Itidal , Isa al-Halabi, Kahirah, t.t. ji1.3,h1m.156 " al-Sayuti, al-Lalali', ji1.1, 265 31
154
NUR MLTHAMMAD DART SUDLTT HADIS mesti sabit melalui al-Quran, hadith mutawatir atau sekurang-kurangnya hadis ahad yang jelas sahih. RUJUKAN Al-Quran al-Karim. aPAmiri, Yahya bin Abu Bakr, Bahjah al-Mahafil Wa Bughyah al-Amathil, fi Talkhis al-Mujizat Wa al-Siar Wa Shamail, t.t. al-Maktabah al`ilmiah, al-Madinah al-Munawwarah al-Dhahabi, Muhammad bin Ahmad bin Othman, Mizan al-7tidal Fi Naqd al-Rzjal, 4 jil. T.t `Isa al-Halabi, Kahirah. al-Hakim, Abu `Abd, Allah, Muhammad bin Abd. Allah, al-Mustadrak Ala al-Sahihayn wa bi Dhailih al-Talkhis Li al-Dhahabi, 4 jil. T.t. al-Mathu'ah al-Ma'arif , Bayrut. Ibn Kathir, Ismail bin `Umar, al-Bidayah Wa al-Nihayah, 14 jil. 1981/ 1401, Maktabah al-Ma'rifat, Bayrut. Ibn Taymiyyah, Ahmad bin Taymiyyah. Majmu' Fatawa,Jam wa Tartib Abd. Rahman bin Muhammad, t.t Maktabah Ibn Taymiyyah, Kahirah. al-Laknawi, Abd. Haiy bin Muhammad Abd. Al-Halim, al-Athar alMatfu'ah fi al-Akhbar al-Maudu'ah, tahqiq Abu Hajir Muhamad al-Sa/id bin Basyuni Zaghlul, 1984/1404, Dar al-Kutub al`Ilmiyyah, Bayrut. al-Manawi, Muhammad, Abd, Rauf,Faid al-Qadir,, 6 jil. 1937/1356, Mustafa Muhammad, Kahirah Muslim bin al-Hajjaj, as-Sahih , tahqiq Muhammad Fuad Abd. Al-Baqi, 5 jil. `Isa al-Halabi Kahirah al-Qastallani, Ahmad bin Muhammad, al-Mawahib al-Laduniyyah Bi al155
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM Minah al-Muhammadiyyah, 4 1991/1412. al-Maktab al-Islami, Bayrut. al-Qurtubi, Abu Abdullah, Muhammad bin Ahmad, al-Jami' Li Ahkam al-Quran. 2 jil. 1967/1387, Dar al-Kitab al-`Arabi, Kahirah al-Shawkani, Muhammad bin 'Ali. Al-Fawaid al-Majmu'ah Fi al-Ahadith al-Mawdu'ah, tahqiq Abd. al-Rahman bin Yahya, 1960/1380, Matba'ah al-Sunnah al-Muhammadiyyah, Kahirah. al-Sakhawi, Muhammad bin Abd. Rahman, al-Maqasid al-Hasanah , tashih, Abd. Allah Muhammad al-Siddiq,1979/1399, Dar alKutub al-`11miyyah, Bayrut. al-Suyuti, Abd Rahman, al-Lalali' al-Masnu'ah Fi al-Ahadith al-Mawdu'ah, 2 jil. 1981/1401, Dar al-Ma'arf, Bayrut. al-Tirmidhi, Abu Isa, Muhammad bin Surah, al-Sunan, 5 jil. 1965/ 1385, Mustafa al-Halabi, Kahirah.
156