1
METOD SEJARAWAN ISLAM ZAMAN AWAL DAN PERTENGAHAN ZURIANI BINTI IBHRIM
PENGENALAN Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji tentang persejarahan Islam terbahagi kepada tiga peringkat pertama di peringkat Pra atau sebelum Islam, kedua awal Islam dan ketiga peringkat pertengahan Islam. Kita akan dapat melihat tentang sejauh mana perkembangan persejarahan Islam, faktor-faktor penulisan sejarah berlaku serta pengaruh dan perbandingan penulisan sejarah di zaman awal dan pertengahan. Skop kajian ini akan diterangkan lebih terperinci berkaitan dengan Persejarahan Islam diperingkat awal, iaitu lebih menumpukan Sirah al-Maghazi Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, dan persejarahan di zaman Bani ‘Umayyah iaitu penulisan yang disebut juga sebagai penulisan Madrasah Ahl al-Madinah. Berbeza pula dengan Madrasah al-Iraq di zaman pertengahan, mereka lebih menekankan perbahasan berbentuk umum samada perkembangan itu berlaku disekitar wilayah mereka semasa futuhat ataupun kisah-kisah sejarah tempatan sebelum kemasukan Islam. Pensejarahan Madinah pada peringkat awal berorientasikan sistem penyampaian dan penulisan Hadith yang mengutamakan aspek Matan dan Isnad yang kebanyakan di ambil daripada Ahl al-Hadith di al-Madinah. Hal ini boleh dilihat persejarahan Madinah seperti Ibn Ishak, Ibn Hisham yang jelas menggunakan sistem penulisan Hadith sebagai sumber sejarah. Manakala di Iraq al-Duri, menggangap pendekatan sejarawan Iraq lebih mirip kepada orientasi kedaerahan dan berqabilahan. Jelasnya orang Iraq bukan sahaja terpengaruh dengan sejarah tempatan malahan mereka juga kurang mahir dengan peristiwa yang berlaku di Madinah. Penulisan Ahl Iraq lebih menumpukan keprihatinan sejarah yang berlaku di kawasan sekitar mereka sahaja selepas kemasukan Islam. Mereka lebih menjelajahi aspek yang lebih luas daripada aspek Sirah dan Maghazi. Ini bermakna metod persejarahan Madinah tidak lagi dianggap normatif yang mesti dipatuhi oleh sejarawan Iraq kerana cakupan persejarahan mereka sudah menjangkaui aras makro (Robinson, 2003: 18) yang meliputi aspek-aspek pentadbiran dan pembangunan Islam di negara-negara yang ditakluki serta persoalan sosial
2
budaya dan juga warisan anak tempatan. Justeru itu, semua perbahasan ini memerlukan metodologi baru lantaran ianya sudah memasuki kategori Tarikh al-‘Am (Ahmad Ramadhan Ahmad, 1989: 165).
1.1 Konsep Sejarah Mengikut Perspektif al-Qur’an dan Hadith Sejarah yang dipaparkan kepada kita untuk baca dan dihayati telah diceritakan di dalam alQur’an. Al-Qur’an al-Karim telah memperlihatkan kepada kita mengenai sejarah dan persejarahan yang mempunya hubungan dengan tamadun manusia melalui cerita atau peristiwa lampau yang berlaku kepada umat terdahulu (Mahayudin Haji Yahaya, 2009). Peristiwa-peristiwa sejarah di dalam al-Qur’an yang telah di wahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan kepada kita tentang kisah-kisah yang benar-benar berlaku, berbeza dengan kisah-kisah yang dicipta manusia yang penuh dengan khayalan seperti cereka dan cerpen. Antara peristiwa sejarah yang dimuatkan dalam alQur’an yang berjumlah kira-kira 1000 ayat daripada lebih kurang enam ribu ayat kesemuanya merupakan kisah-kisah nabi dan rasul sejak Nabi Adam a.s hingga zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan kisah-kisah kaum seperti kaum cAd, Thamud dan Firaun serta kerajaan seperi kerajaan Sabak dan sebagainya (Mahayuddin Yahaya, 2009: 7-8). Tujuan dan matlamat tersebut adalah untuk manusia menjadikan pengajaran, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 3 yang bermaksud:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Qur’an ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya”.
3
1.2 Metodologi Pensejarahan Islam Secara umum, perkataan metodologi (methodology) merujuk kepada sistem atau cara untuk mengkaji sesuatu perkara secara sistematik. Kamus Websters mentakrifkan metodologi sebagai; the processes, techniques or approaches employed in the so-lution of a problem or in doing something. (New International Dictionary, Jld.2, Hlm 1423). Sementara dalam kamus bahasa
c
Arab pula, ianya dianggap seerti dengan perkataan al-Manhaj yang
bermaksud; jalan yang jelas (tariq wadhih) atau; wasilah Muhadithin tuwasilu ilyya ghayah mainah, seperti manhaj al-bath, manhaj al-ilm dan (Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi, 1234). Seperti di dalam surah al-Ma’idah ayat: 48
“Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu”. Jika penjelasan al-Qur’an ini dijadikan asas dalam membina sesuatu, maka ianya sudah tentu termasuk dalam umur ad-Din yang akan mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak. Berdasarkan hakikat ini, tidak hairanlah kalau sepanjang sejarah umat Islam, kita dapati pelbagai usaha dilakukan oleh para ulama untuk membina manahij al-ta’lim sebagai satu cara untuk memahami ilmu yang hakiki (Ismail Bakar 2012).
Sehubungan itu, metodologi sejarah adalah suatu ilmu yang membahaskan tentang pendekatan yang digunakan oleh para sejarawan dalam mencari dan menganalisis fakta yang berlaku dalam suatu peristiwa sebelum ianya diterima dan dihebahkan kepada umum, samada dalam bentuk ungkapan mahupun tulisan. Pendekatan yang digunakan oleh seseorang ahli sejarah atau sekumpulan sejarawan itu mungkin sama dan mungkin juga tidak sama di antara atau sama lain.
Hakikat ini adalah lumrah kerana faktor latar belakang serta suasana
persekitaran yang berbeza di antara Hijjaz, Sham dan Parsi. Selain itu, faktor style dan
4
approach juga memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan cara penulisan sejarah Islam. Ini bermakna, dalam penulisan sejarah Islam (Ismail Bakar, 2012). 1.3 Persejarahan Arab di zaman pra Islam (Jahiliyyah) Persejarahan pada zaman pra Islam merupakan sebahagian daripada ilmu pengetahuan am yang berkait rapat dengan ilmu kesusasteraan. Persejarahan pra Islam mempunyai dua sumber penting, Pertama sumber al-Ayyam (the battle-days narratives), kedua sumber alAnsab (geneologi atau keturunan). Al-Ayyam merupakan cerita-cerita atau kisah-kisah kegiatan sesuatu suku seperti peperangan dan penaklukan. Segala kegiatan dan tanggungjawab terhadapnya adalah dimiliki sepenuhnya oleh suku-suku yang terlibat. Ceritacerita al-Ayyam disampaهkan dalam bentuk puisi dan dipindahkan menerusi lisan atau dari mulut ke mulut (al-Duri, 1960: 16-18). Penyampaian sejarah secara lisan meruapakana saru ciri persejarahan cArab sebelum Islam. Pembawa-pembawa riwayata atau cerita sejarah sendiri tidak berminat untuk menyampaikan maklumat-maklumat sejarah secara serius, seperti berita peperangan misalnya. Mereka lebih berminat dan berhasrat untuk menghiburkan hati para pendengar (F. Rosenthal, 1968: 21). Kisah-kisah al-Ayyam ada mengandungi ciri-ciri sejarah, tetapi pada dasarnya ianya tidak dirancang untuk menghasilkan bahan sejarah. Tujuan utama dalam penulisan al-Ayyam ialah untuk memperkembangkan ilmu kesusasteraan. Kebanyakan ahli sejarah Islam dan Barat menerima al-Ayyam sebagai fakta sejarah kerana ia adalah berbentuk puisi dan lagenda dan dipindahkan secara lisan (oral) yang banyak dipengaruhi unsur-unsur kedaerahan dan kesukuan (al-Duri, 1960: 18) dan kesan pengaruh al-Ayyam dan penulisan sejarah. Sesungguhnya pengaruh al-Ayyam dalam karya sejarah adalah besar dan berterusan hingga ke zaman Islam, dan pengaruh it terus wujud hingga abad ke-2 Hijrah atau abad ke-8 Masihi (al-Duri, 1960: 8). Ramai di antara ahli-ahli bahasa cArab, ahli keturunan dan sejarawan Islam seperti Abu ‘Ubaidah , Ibn Qutaibah al-Mada’ini, al-Isfahani, Ibn al-Athir dan lain-lain telah dipengaruhi oleh al-Ayyam. Haji Khalifah dalam kitabnya ada menyatakan bahawa al-Ayyam adalah salah satu sumber yang terpenting bagi sejarah Islam (Haji Khalifah, 1943:204), (Ismail Bakar, 2009).
5
1.4 Sumber –Sumber Persejarahan Zaman Jahiliyyah al-Ayyam Dari segi bahasa al-Ayyam bermaksud hari-hari, iaitu kata jama’kalimah al-yawm tetapi apa yang dimaksudkan adalah cerita-cerita peperangan yang tercetus dikalangan Qabilah-Qabilah ‘Arab di zaman Jahiliyyah. al-Ayyam al-cArab merupakan sumber penting dalam bidang sejarah dan sastera cArab. Al-Ruah dikalangan Qabilah yang mendiami di bahagaian Utara Semenanjung cArab begitu mementingkan riwayat-riwayat al-Ayyam dan disampaikan dari satu generasi ke generasi secara lisan. Bilangan al-Ayyam begitu banyak jumlahnya dan tidak mungkin dapat dihitung kesemuanya, begitu juga urutann yang sukar untuk disusun. Haji Khalifah yang mencatatkan bahawa Abu Ubaydah Macmar bin Muthanna telah menghimpunkan sebanyak 1,257 al-Ayyam al-cArab di dalam dua buah buku yang beransingan. Sementara iti Abu Faraj al-Asfahani telah menyebut sebanyak 1,700 Ayyam alc
Arab di dalam karya beliau (Wan Kamal Mujani 1997:4), (Mahayudin Haji Yahaya, 2009). al-Ayyam al-cArab diriwayatkan dalam bentuk al-She’r atau al-Nathr yang diselangi
dengan al-She’r. al-Ash’ar yang bertemakan Kemegahan, Semangat Perjuangan, Ratapan dan Kejian atau Cercaan jika diperhatikan ada hubungannya dengan al-Ayyam. Meskipun alAyyam merupakan sebahagian daripada bahan-bahan sejarah yang ada kaitannya dengan zaman Jahiliyyah tetapi ianya menyukarkan kerana tidak tersusun dari segi kronologi (urutan masa) dan tiada kesinambungan di antara peristiwa-peristiwa. Menurut Franz Rosenthal, alAyyam pada dasarnya tidak dirancang untuk menghasilkan bahan sejarah dan tujuan utama riwayat-riwayat tersebut hanyalah untuk menghiburkan hati para pendengar (Wan Kamal Mujani 1997: 7), (Mahayudin Haji Yahaya, 2009). Menurut Wan Kamal Mujani faktor utama yang berlakunya pengurangan nilai riwayatriwayat al-Ayyam ialah bahan-bahan sejarah yang sering bercampur aduk dengan mitos serta tidak dicatat tarikh tepat ianya berlaku. Tambahan pula al-Ayyam yang tersebar secara lisan sudah pasti ada unsur-unsur penambahan atau pengurangan yang telah dilakukan oleh alRuwah untuk kepentingan-kepentingan tertentu. Meskipun demikian kepentingan al-Ayyam dalam bidang persejarahan tidak dinafikan kerana ianya mengadungi maklumat-maklumat sejarah. Seterusnya memainkan peranan penting dalam penulisan sejarah setelah kedatangan Islam (Wan Kamal Mujani 1997: 7).
6
1. Al-Ansab (genealogi) Al-Ansab ialah kata jama’ bagi kalimah al-Nasab, membawa pengertian yang memaksudkan salasilah hubungan atau pertalian dalam sesebuah Qabilah (Ibn Mansur, t.th: 44). Dalam konteks sejarah, al-Ansab ialah ilmu yang membahaskan tentang hubungan individu-individu berdasarkan keturunan. Bangsa ‘Arab begitu menitikberatkan hal-hal keturunan atau Ansab mereka dan penghafalan mengenainya dianggap salah satu ciri-ciri keistimewaan yang dimiliki berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Keprihatinan bangsa-bangsa cArab terhadap genaelogi tidak terhad kepada Ansab al-Qaba’il sahaja tetapi termasuk juga Ansab haiwan seperti jenis-jenis kuda dan bakanya (Wan Kamal Mujani, 1997: 7). Bentuk Ansab yang dibentuk oleh an-Nassabun mengenai Qabilah-Qabilah ‘Arab dihafal secara teliti melalui peringkat-peringkat dan urutan yang tersusun. Contohnya: a) Al-Shacb: Nasab terawal yang mana Qabilah–qabilah dinisbahkan keadanya seperti Adnan b) Al-Qabilah: Pecahan daripada al-Shacb seperti Rabicah dan Mudar. c) Al-Imarah: Rangkaian daripada al-Qabilah seeprti Qurasyh dan Kinanah. d) Al-Batn: Urutan daripada al-Imarah seperti Bani Abd. Manaf dan Bani Makhzum. e) Al-Fakhz: Urutan daripada al-Batn seperti Bani Hashim dan Bani Umayyah. f) Al-Fasilah: Urutan terakhir daripada al-Fakz seeprti keturunan al-‘Abbas dan keturunan Abi Talib. Ketika penghafalan al-Ansab inilah diselitkan cerita-cerita atau pun al-cAsh’ar yang berkaitan dengan seseorang atau Qabilah tertentu (Wan Kamal Mujani, 1997: 8). Masyarakat ‘cArab samada yang menetap di kawasan yang pendalaman (Badwi) mahupun di kota-kota (Hadari) yang berkomuniti berasaskan Qabilah dari situ sentimen ‘Asabiyyah lahir berdasarkan asal keturunan yang sama dan hubungan mereka bertambah erat dengan keperluan sosial dan kebendaan yang mengikat antara mereka. Dengan ini dapat diperhatikan bahawa al-Ansab bagi masyarakat cArab Jahiliyyah mempunyai perasaan dan makna yang besar kerana ia melibatkan nama, status dan kemegahan bagi sesebuah Qabilah. Oleh sebab itu, aktiviti mengumpul, menyusun dan mengingati alAnsab menjadi tugas penting bagi setiap ketua Qabilah dan anggotanya (Wan Kamal Mujani, 1997: 8).
7
2. Al-Ashcar (Syair-Syair) Al-‘Ash’ar merupakan sumber penting untuk mengetahui persejarahan ‘Arab dan ketamadunan mereka. Dinamakan Diwan al-cArab kerana mengadungi hal-hal yang berkaitan dengan sosial, adat resam, pemikiran, keperibadian dan penggunaan bahasa c
Arab ( al-Aziz Salim, t.th: 38). Al-She’r yang berbentuk al-Qisasi lebih banyak
memuatkan al-Akhbar, cerita-cerita rakyat dan kisah-kisah peperangan (al-Darwish, 1971: 113-115) berbanding dengan al-She’r al-Ghina’i (Ata Bakry, 1967: 18) dan alShe’r al-Tamsili (al-Darwish, t.th: 114-115). Penyair-penyair mu’allaqat al-Sab yang terkenal di zaman Jahiliyyah banyak meninggalkan himpunan al-Ashcar yang penting dalam bidang persejarahan. Mereka ialah Ibn Amru al-Qays, Tarfah bin al-‘Abd., Zubayr bin Abi Salma, Antarah bin Shidad, Amru bin Kalthum, Labid bin Rabi’ah dan al-Harith bin Halzah ( al-Hufi, t.th: 143). Mu’allaqat al-Sab (al-Tunji, 1980: 51-52) yang ditulis dan digantung pada Ka’bah menunjukkan bahawa masyarakat cArab Jahiliyyah telah pun mengetahui kaedah penulisan (Dr. Husin Nassar, 1966: 22) serta kepentingannya dalam kehidupan mereka. Al-‘Ash’ar tidak dapat ditentukan kesahihanya seperti Qisas kerana ada unsur-unsur pemalsuan dan terdedah kepada luput atau hilang dan kadang-kadang digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keagamaan, politik dan perqabilahan. Meskipun demikian al-‘Ashcar dianggap sebagai sumber penting dalam menggambarkan kehidupan masyarakat cArab (Dr Muhammad, 184). Maka disini dapatlah disimpulkan bahawa idea-idea atau pemikiran tentang sejarah telah wujud di kalangan masyarakat cArab di zaman Jahiliyyah. Namun begitu, pengertian sejarah tidak dapat ditentukan secara jelas kerana penulisan mengenainya adalah terhad.
8
1.5 Sumber –Sumber Persejarahan Zaman Awal dan Pertengahan 1. Al-Qur’an
Di peringkat awal Islam ilmu sejarah lebih dikenali dengan nama Ilmu al-Akhbar wa Tarikh, dan kemudian digabungkan pula dengan sejarah Nabi Muhammad s.a.w dengan sirah Maghazi. Rentetan daripada ini maka idea sejarah mula berkembang diperingkat pertengahan. Kedatangan Islam ke Semenanjung cArab adalah merupakan titik tolak di mana sejarah orang-orang cArab di rantau ini telah memasuki sautu era baru. Islam telah membawa membawa pembaharuan dalam catatan atau sumber persejarahan. Kitab suci al-Qur’an merupakan sumber utama sejarah Islam. Menurut artikel yang ditulis oleh Muhayidin Haji Yahaya dalam artikel beliau yang bertajuk Sejarah Persejarahan Islam, menurut beliau al-Qur’an adalah berbentuk asli dan tulin dan kitab petunjuk bagi setiap Muslim sebagai panduan. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah S.w.t dalam Surah alBaqarah ayat 1-2 yang bermaksud “Kitab al-Qur’an ini tidak ada keraguan padanya: petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”. Ternyata dalam ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang suci menjadi petunjuk kepada hamba yang bertaqwa. Kesahihan dan ketulenan al-Qur’an tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luar atau dalam manusia. Di dalam al-Qur’an terdapat beberapa kisah yang dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada umat manusia, seperti terdapat kaedah pengajaran dari sudut kaedah penceritaan. Terdapat beberapa kisah yang digambarkan alQur’an kepada kita seperti kisah Nabi-nabi dan Rasul-rasul, kerajaan Saba’, Kaum Ad, Thamud, Fir’aun dan sebagaianya (Rosenthal, 23). Sebenarnya cara atau manhaj yang digambarkan oleh al-Qur’an merupakan metod yang tidak bercanggah dengan persejarahan moden. Ia tetap mempamerkan kisah sesuatu kejadian itu selaras dengan kisah yang terdapat dalam al-Qur’an tersebut. Ianya mempelihatkan kepada kita bahawa la-Qur’an merupakan sebuah kitab yang memaparkan tentang sikap manusia yang mempunyai pelbagai ragam ada yang berakhlak dan ada yang tidak berakhlak dan mempunyai pelbagai persepsi samada soal agama mahupun moral (Ismail Bakar, 2012: 121). Sebagai kesimpulan berkaitan dengan al-Qur’an bahawa metod persejarahan alQur’an tidak boleh bandingkan dengan mana-mana metod persejarahan yang diasaskan oleh manusia samada klasik ataupun moden. Ini kerana al-Qur’an adalah kalam Allah
9
s.w.t. dan semua yang disampaikan itu adalah mempunyai tujuan khusus iaitu untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada manusia supaya tidak melakukan perkara yang boleh menjerumuskan mereka ke arah kesesatan dan kebatilan (Ismail Bakar 2012). 2. Al-Sunnah Sumber yang kedua dalam persejarahan Islam ialah Hadith Nabi. Segala amalan percakapan dari setiap gerak geri yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w., telah diteliti dan diambil contoh oleh para sejarawan Islam. Hadith nabi telah dijadikan sebagai sumber utama di dalam pentafsiran al-Qur’an dan dijadikan sebagai testimoni di dalam perkaedahan sejarah. Ini adalah satu-satunya kelainan perkaedahan Barat. Akidah atau kepercayaan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih nyata dan jelas dan mudah difahami jika dibandingkan dengan kepercayaan oleh agama Yahudi dan Kristian. Sebagai contoh yang dibawa oleh Kitab Taurat dan Injil yang berbeza dari segi sejarah nabi dan rasul. Ini mmebuktikan kepada kita bahawa maklumat yag disampaikan oleh Nabai Muhammad s.a.w. adalah asli dan tulin. Sebagai contoh tentang ketulinan tersebut dapat dilihat dari segi jangkamasa sejarah itu sendiri. Sejarah, menurut Islam, akan berkahir dihari kiamat. Hari kiamat adalah suatu yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. bagi menghitung segala amalan manusia di dunia samada baik mahupun buruk (Muhayudin Hj. Yahaya:101). Kesimpulannya ialah Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengasas kepada persejarahan Islam, dan baginda sendiri adalah seorang yang berminat dalam pengkajian sejarah. Di suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud “Wahai umatku sekalian, janganlah kamu semua abaikan pentarikhan (dalam penulisan sejarah) kerana pertarikhanlah yang boleh mendorong kamu kepada kebenaran sejarah samada alam atau baru (Muhayadin Hj. Yahaya:102). Menurut Muhayudin Hj. Yahaya, sewaktu pemerintahan Khalifah cUmar b. alKhattab (13/634-23/644) berbagai perubahan telah berlaku, terutama dalam bidang persejarahan. Walaupun terdapat ciri-ciri sejarah dan minat ke arah pembelajaran sejarah sebelumnya namun demikian pengertian sejarah masih lagi kabur sehinggalah ke tahun 17/638 dimana Khalifah cUmar telah menentukan tahun Hijrah (622) sebagai permulaan tahun Islam. Perubahan kedua semasa zaman Khalifah cUmar ialah penubuhan sebuah Diwan, senarai nama-nama Islam yang menerima elaun mengikut sistem keturunan, genealogical system. Bertitik tolak dari sini, penulisan sejarah Islam diperingkat awal
10
telah terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Islam dan keturunan. Aliran Islam lebih menekankan peristiwa penentuan tahun hijrah dan dipelopori oleh ulama-ulama yang berpusat di Madinah. Dalam aliran sejarah Islam banyak menekankan faktor agama, politik, sosial dan ekonomi serta para sahabat. Aliran keturunan pula menekankan aspek asal-usul dan salasilah suku-suku Arab serta memahami kesusasteraan pra Islam secara mendalam (Donnar, 1975: 15). 1.6 Metod Persejarahan Madinah Mengikut Abdul Wahab Fadl, objektif utama metodologi persejarahan Islam ialah untuk mencapai hakikat sebenar sejarah berdasarkan kepada kajian serta analisis segala catatan peristiwa sejarah untuk dihebahkan kepada umum. Proses ini samada diperolehi secara lisan ataupun tulisan adalah tidak mutlak sifatnya. Dengan itu, ia memerlukan kajian yang menyeluruh dan mencapai kepastian yang hakiki. Para sejawaran selalunya berbeza pandangan atau pendekatan dalam mencari kepastian sejarah agar tidak tersasar dari matlamat sejarah sebagai teladan dan ibrah. Sekiranya maklumat yang disampaikan itu tidak tepat pada faktanya maka ibarahnya juga akan menyesatkan. Oleh itu kita akan menemui terdapat menulisan sejawan Islam di awal Islam iaitu metodologi persejarahan Madinah. Metod persejarahan Madinah lebih tertumpu kepada alSirah al-Maghazi Rasulullah s.a.w. Mereka juga turut membicarakan tentang peristiwaperistiwa sebelum Islam, perihal para sahabat, kemegahan al-Qaba’il seperti Quraysh di Makkah, Tamin di Yamamah dan Thaqif al-Ta’if. Ini termasuklah Hurub di Riddah dan perluasan kawasan Islam di Iraq dan Syria. Selain itu, Penulisan sejarawan Madrasah Ahl alMadinah ini juga menumpukan zaman awal kerajaan Bani Umayyah. Hal ini boleh dilihat persejarahan Madinah seperti Ibn Ishak, Ibn Hisham yang jelas menggunakan sistem penulisan hadith sebagai sumber sejarah. Hal ini terjadi disebabkan oleh sistem pendidikan di Madinah yang lebih menumpukan pendidikan yang berbentuk pengajian Hadith. Jelaslah apa jua bidang sekali pun yang dipelajari oleh mereka ini seperti ilmu Fiqh dan lain-lain perlulah berasaskan kepada pendekatan ilmu Hadith. Dengan itu, pendekatan ini tentunya mencengkam lebih erat ke atas ilmu sejarah lantaran bidang sejarah, terutamanya sejarah Rasulullah s.a.w amat releven dengan Sunnah kerana ia membicarakan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.
11
1.7 Ciri-ciri Metod Persejarahan Madinah Pensejarahan Madinah pada peringkat awal berorientasikan sistem penyampaian dan penulisan Hadith yang mengutamakan aspek Matan dan Isnad. Kedua-dua aspek ini tidak boleh dipisahkan kerana matan merupakan inti berita ataupun fakta yang ingin disampaikan. Manakala isnad pula wasilah yang merujuk kepada proses penyampaian dan juga individu yang menyampaikan sesuatu berita itu. Malah bagi Ahl al-Hadith ketulenan matan terletak kepada kerelevenan isnad dan kewibawaan sanadnya. Ini kerana jika terdapat kecacatan pada sanad atau isnadnya, maka matan Hadith tersebut akan di tolak (Ismail Bakar, 2012: 96). Namun bagi ahli sejarah mereka menggangap bahawa perkara yang paling penting untuk dilihat ialah matan atau isi berita yang disampaikan, adapun isnad atau sanad bukanlah suatu yang asas buat mereka. Ianya sekadar supplementary sahaja. Mereka tidak akan mengenepikan sesuatu berita semata-mata kerana kecatatan sanad dan isnadnya. Hakikat ini menyebabkan ahli Hadith sentiasa meragui kredebiliti ahli sejarah dan juga berita yang disampaikan mereka. Para sejarawan Madinah amat mementingkan penulisan Hadith, yang menjadikan isnad dan sanadnya sebagai asas yang utama dan sejarawan sejarah pula tidak begitu. Mereka iaitu sejarawan sejarah tidak mensyaratkan sesuatu sanad itu berbentuk muttasil, bagi mereka matan itu menjadi suatu objektif yang utama, ini kerana matan itu merupakan inti dan objektif sejarah, dan isnad serta sanad merupakan landasan atau wasilah sahaja. Dengan itu, ahli sejarah menerima hadith berstatus munqati’ asalkan mempunyai nilai berita yang bermakna dan informatif. Dalam perkara lain juga ahli Madinah tidak keberatan untuk menggunakan isnad al-jam’i sebagai asas pengetahuan sejarah yang yang berlaku pada zaman awal Islam. Namun begitu , bagi golongan Hadith mereka tidak menyenangi sikap sejarawan sejarah kerana menggunakan isnad jama’i, tetapi golongan sejarawan sejarah mereka akan terus menggunakan isnad tersebut selagi ianya memberi informasi dan khazanah maklumat tentang yang berlaku kepada masyarakat Islam.dengan itu, segala maklumat akan diambil untuk dinilai keaslian dan keautoritiannya terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada umum. Tidakkan ini bersesuaian dengan objektif sejarah iaitu mengumpul sebanyak banyak maklumat daripada pelbagi sumber (Ismail Bakar, 2012: 98). Selain itu, bagi golongan ahli Hadith di Madinah mereka akan menggunakan proses al-Jarah wa al-Ta’dil, dan kaedah seperti ini juga turut digunakan oleh golongan sejarawan sejarah ke atas sumber sejarah yang diperolehi namun cara penekanannya agak longgar
12
berbanding ahli Hadith yang begitu serius dalam menyelongkar semua aspek termasuk matan dan akhlak dan latar belakang perawi hadith. Sebaliknya para sejarawan pula tidak begitu regid dalam menilai bahan berita yang diperolehi (Ismail bakar, 2012:98). Sejarawan mengutamakan maklumat mengenai perkembangan yang berlaku dalam masyarakat samada zaman Rasulullah s.a.w atau selepas kewafatan baginda. Terjadinya perkara ini disebabkan objektif sejarawan dan Hadith yang tidak sama. Golongan muhaddithin perlu meneliti semua aspek berkaitan Hadith agar tidak berlaku salah faham hal yang berkaitan dengan soal hukum hakam dan lain-lain prosedur agama yang dianggap penting. Manakala golongan sejarawan tidak melihat aspek perundangan atau hukum. Konsep sejarawan mementingkan ibrah yang dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam surah Yusuf ayat 111.
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam AlQur’an) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”. Selain itu, terdapat juga perbezaan daripada struktur di mana kebanyakkan Hadith yang diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w adalah ringkas, jelas dan instruktif, maka ianya tidak perlu kepada sebarang saringan kecuali para perawinya sahaja yang mungkin tertakluk kepada proses al-Jarah wa al-Tacdil. Manakala persejarahan pula memerlukan kepada periwayatan
yang
berbentuk
cerita
mungkin
panjang
atau
bersambung-sambung.
Periwayatannya tidak perlu kepada perawi yang sama, dan ianya di ambil daripada perawi yang berbilang asalkan tidak menjejaskan kelancaran cerita. Maka isnad al-Jama’i diperlukan untuk menyumbang sektor persejarahan Islam. Mengikut al-Duri tokoh yang pertama menggunakan proses isnad al-Jama’i ialah al-Zuhri dengan mengumpulkan sejumlah sanad yang berkaitan bagi mendapatkan cerita yang jelas (Huda Muhsin, t.th: 94).
13
Biarpun sejarawan megambil sikap yang terbuak dalam sola memilih Hadith dan isnadnya, namun pada asasnya mereka tetap prihatin dengan metod ahli Hadith terutama hal yang berkaitan dengan metod Hadith yang berkaitan dengan Sirah dan Maghazi Rasulullah s.a.w serta para sahabat baginda. Semua fakta tersebut diambil daripada golongan ahli hadith dan cara pengambilannya agak berbeza keran ahli sejarawan tidak mengikut metod ahli Hadith secara seratus peratus (Ismail Bakar, 2012:100). Namun demikian, kebanyakkan karya mereka masih lagi mengikut style penulisan sejarah seperti penggunaan isnad dan sanadnya yang masih memaparkan fakta yang telus dan lurus tanpa banyak campurtangan penagarang samada dalam bentuk ulasan atau kritikan. Berbeza dengan penulisan ahli Iraq. 1.8 Metod Penulisan Sejarawan Islam Zaman Awal : Tokoh dan Karya
Siapakah Ibn Ishak? Nama sebenarnya Muhammad bin Ishaq bin Yasar bin Khiyar al-Madani adalah bekas hamba kepada keluarga Qays bin Makhramah bin Muttalib bin cAbd Manaf bin Qusay (al-Mizzi 1992:405). Terdapat pendapat yang berbeza pada nama moyang beliau, iaitu sama ada Khiyar atau Kuthan. Ada pendapat lain mengatakan nama moyangnya Kutan dan ada pendapat mengatakan Kuman (al-Dhahabi 1988/1409,7:33). Namun, menurut Muhammad Hamidullah (m.2002), kedua-dua nama tersebut adalah tepat kerana Kuthan telah ditawan dalam peperangan pada tahun 12H (Wan Kamal Mujani, 1997). Apabila dia memeluk Islam, namanya ditukar kepada Khiyar (Muhammad Hamidullah, 1967, 2). Al-Baghdadi (m. 463H) menukilkan beberapa riwayat yang menjelaskan tentang kunyah lbn Ishaq. Ada pendapat yang mengatakan kunyah beliau ialah Abu Bakr manakala pendapat lain mengatakan Abu 'Abd Allah (al-Baghdadi 2001/1422,2:9ll). Beliau dilahirkan pada tahun 80H (al-Dhahabi 1988/1409, 7:33) atau 85H di Madinah. Menurut Mustafa al-Saqa dan lain-lain, tahun 85H adalah yang paling tepat (Ibn Hisyam t.th., jil. 1: 14; Muhammad Surur 1988/1408, 88; Sizkin l991/l411,jil.1: 87). Keturunan Ibn Ishaq telah ditawan dalam Peperangan cAyn al-Tamar (al-Dhahabi 1988/1409, 7:33-34; Ibn Khallikan t.th., 4: 276.) yang berlaku semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq pada tahun 12H (Ibn Hisyam t.th.,jil. 1: 14). Perselisihan berlaku antara ulama tentang individu yang ditawan dalam peperangan tersebut. Ibn Sa'd (m. 230H), Ibn Khallikan (m. 681H), alDhahabi (m. 748H) dan lain-lain berpendapat bahawa individu yang ditawan itu adalah Yasar (al-Dhahabi 1988/1409, 7 :33 Ibn Khallikan t.th.,4:276; al-Zuhri 1968,7:321), manakala
14
menurut al-Baghdadi (2001/l422,2: 9), individu berkenaan adalah Khiyar (Wan Kamal Mujani:1997 Menurut Muhammad Hamidullah, pendapat yang lebih tepat adalah Khiyar kerana beliau telah ditawan dalam peperangan tersebut pada tahun 12H semasa masih kanak-kanak. Kemudian, beliau dikurniakan anak bernama Yasar pada tahun 20H, seterusnya Yasar mendapat anak bernama Ishaq pada tahun 53H, dan Ibn Ishaq dilahirkan pada tahun 85H. Sekiranya Yasar telah ditawan pada tahun 12H, maka beliau harus menunggu sehingga tahun 53H untuk mendapat anak bernama Ishaq, ayah kepada Ibn Ishaq (Muhammad Hamidullah 1967:,2). Sejak usia yang masih muda lagi, Ibn Ishak telah menumpukan perhatian mempelajari dan meriwatkan Hadith. Sebahagian besar daripada masanya diperuntukkan mendampingi ayah serta dua orang bapa saudaranya, iaitu Musa bin Yasar dan cAbd al-Rahman bin Yasar. Meraka adalah ulama yang terkenal dalam pelbagai bidang keilmuan seperti Puisi, Fekah, Hadith, Maghazi, perihal bangsa ‘Arab dan keturunannya (al-Hamawi,1938:5).Ibn Ishak juga belajar daripada tokoh-tokoh sejarawan Madinah yang terkemuka seperti Abban bin ‘Uthman bin cAffan, al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr, cAsim bin cUmar bin Qatadah, Muhammad bin Muslim al-Zuhri, Yazid bin Ruman, ‘Abd Allah bin Abi Bakr bin Hazm, Musa bin cUqbah dan al-Mughirah bin Labid. Keadaan ini secara langsung telah membentuk beliau menjadi seorang yang arif dalam pelbagi ilmu pengetahuan terutama dalam Sirah dan Maghazi Rasulullah s.a.w. (Lewis & Pellat 1971:810). Selepas tinggal di Madinah selama lebih kurang 30 tahun, Ibn Ishak berhijrah ke beberapa tempat lain. Pada tahun 115H beliau telah ke Iskandariyyah dan di situ beberapa tokoh ulamak Mesir seperti Yazid bin Abi Habib dan Qays bin Abi Yazid telah meriwayatkan Hadith-hadith daripadanya (Ibn Hisham t.th..14). Ibn Ishak seterusnya berpindah ke Kufah, Jazirah, Rayy dan akhir sekali ke Baghdad. Kekerapan penghijrahan Ibn Ishak menyebabkan periwayat-periwayat beliau lebih ramai di luar Madinah. Hanya Sacd sahaja dari Madinah yang meriwayatkan Sirah al-Maghazi daripada beliau. Ibn Ishak juga mempunyai hubungan yang baik dengan salah seorang pemerintah kerajaan cAbbasiyyah, iaitu khalifah Abu Jacfar al-Mansur (Ibn Khallikan 1972: 277). Ibn Ishaq telah meninggal dunia di Baghdad, Iraq. Ada pendapat menyatakan beliau meninggal pada tahun 144H, (al-Baghdadi 2001/l422,2: 34), 149H (Ibn Qanfadh alQasnatini, 184/1403: 128) 150H, 151H, l52H (al- Dhahabi 1988/1409,7: 55) dan 153H (Ibn Khallikan t.th., 4: 288). Walau bagaimanapun, Ibn Khallikan berpendapat bahawa tahun 151H adalah lebih tepat. Jenaznh Ibn Ishaq telah dikebumikan di sebuah tempat di Baghdad
15
bernama al-Khayzuran.
Karya Ibn Ishak Beberapa maklumat tentang karya-karya Ibn Ishaq telah diambil, antaranya daripada tulisan Dr.Fuad Sizkin. Beliau telah menyenaraikan beberapa karya Ibn Ishaq termasuk karya-karya lain yang dinisbahkan kepada Ibn Ishaq. Karya-karya berkenaan ialah : kitab as-Sirah anNabawiyyah Tulisan awal mengenai perjalanan hidup (sirah) Rasulullah SAW yang sampai kepada tangan kita ditulis Ibn Ishaq. Melalui kitabnya, Ibn Ishaq dengan sangat baik telah mendokumentasikan riwayat hidup Rasulullah SAW kisah bergabungnya orang-orang lemah dan tokoh-tokoh besar Quraisy ke dalam barisan Islam, serta pelbagai perkara yang berlaku kepada Nabi Muhamad s.a.w sehingga urusan rumah tangganya. Di antara karya Ibn Ishaq yang lain adalah kitab Tarikh al-Khulafa` dan as-Siyar wa al-Maghazi yang merupakan rujukan dan sumber primer Kitab as-Sirah an-Nabawiyyah-nya Ibn Hisyam. Jadi, tanpa Ibn Ishaq, Ibn Hisyam belum tentu dapat melahirkan kitab Sirah-nya yang tersohor itu dan menjadi rujukan primer bagi generasi setelahnya. Di samping Ibn Hisyam, masih ramai lagi ulama-ulama besar yang mengambil pengetahuan atau sumber terawal dari Ibn Ishaq sebagaimana dikemukakan oleh Abu az-Zarcah ad-Dimasyqi (Wan Kamal Mujani,1997). Kitab al-Maghazi : Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu al-Mubtada al Mabcath dan al- Maghazi. Karya ini merupakan naskah daripada riwayat Yunus bin Bukayr (m. 199H). Manuskrip karya ini terletak di al-Maktabah al-Qarawiyyin di Faz, Maghribi bernombor 202, sebanyak 150 halaman. Selain itu, terdapat di al-Maktabah al- Zahiriyyah, Syria bernombor 150, sebanyak 157 hingga 173 halaman. Ibn Hisyam (m. 183H) telah melakukan semakan pada Sirah Ibn Ishaq yang diriwayatkan daripada murid Ibn Ishaq iaitu Ziyad bin cAbd Allah al-Bakka’i (m. 187H). Ibn Hisyam (m. 183H) telah menyaring kembali riwayat-riwayat serta syair-syair yang terdapat pada riwayat Ibn Ishaq. Ini menepati apa yang dikemukakan oleh Ibn Hisyam (m. 183H) di dalam manhaj beliau terhadap penulisan kembali karya ini. Beliau berkata: “Insya Allah saya memulakan buku ini dengan menyebut Isma'il bin Ibrahim, dan orang yang melahirkan Rasulullah s.a.w. daripada anaknya (Ismacil) dan anak-anak mereka dan keturunan mereka. Pertama sekali adalah (tentang) daripada Isma'il (hingga) kepada Rasulullah s.a.w. dan apa yang berlaku (dalam kalangan) mereka. (Saya) meningggalkan kisah tentang orang lain dalam kalangan anak-anak Isma'il adalah untuk meringkaskan (tulisan ini) kepadakisah sirah Rasulullah s.a.w. dan
16
(saya) tinggalkan sebahagian daripada kenyataan Ibn Ishaq di dalam buku ini daripada apa yang bukan daripada Rasulullah s.a.w. yang disebutnya. (Terrnasuk) apa-apa peristiwa yang tidak diturunkan al-Quran mengenai peristiwa berkenaan. Serta tidak ada sebab (yang wajar) yang terkandung dalam buku ini, tiada penafsiran padanya dan tidak ada hujah (yang kuat) padanya. Penyataan saya ini adalah untuk meringkas (sahaja). Syairsyair yang terkandung di dalamnya, saya dapati tiada seorang pun dalam kalangan ahli ilmu yang mengetahuinya, sebahagiannya tidak sesuai dibincang, sebahagian yang lain menghina orang lain, sebahagiannya tidak diakui oleh al-Bakka'i dalam periwayatannya. Saya (hanya) mengemukakan -insya Allah - riwayat yang lain adalah diakui (oleh Ibn Ishaq) adalatr hasil periwayatan dan keilmuan (beliau) dengannya” (Wan Kamal Mujani, 1997).
Menurut al-Khatib al-Baghdadi (t.th.,221), Ibn Ishak mengarang kitab ini untuk al-Mahdi dengan perintah Khalifah al-Mansur yang mengarahkannya berbuat demikian. Josef Horovits (1927,172-174) pula berpendapat Ibn Ishak menulis kitab tersebut bukanlah disebabkan arahan Khalifah al-Mansur tetapi beliau menulis ketika berada di Madinah lagi. Ini berdasarkan keseluruhan riwayat yang diambil oleh Ibn Ishak adalah sumber Madinah serta Mesir dan tiada satu pun riwayat daripada Iraq. Kitab yang dihasilkan oleh Ibn Ishak ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu pertama al-Mubtada’, kedua al-Mabcah dan ketiga al-Maghazi: al-Mubtada’: Meliputi sejarah pra Islam bermula daripada kejadianalam. Bahagian ini boleh dibahagikan kepada tiga fasal iaitu: 1) Fasal pertama: Sejarah perutusan nabi-nabi dan penciptaan alam sehingga Nabi Isa a.s.. Ibn Ishak turut mencatatkan kisah-kisah umat Islam terdahulu seperti kaum cAd, Thamud, Tasm dan Jadis. 2) Fasak kedua: Sejarah Yaman pada zaman Jahiliyyah. Catatan ini dititikberatkan oleh Ibn Ishak kerana terdapat beberapa maklumat mengenainya yang disebut dalam alQur’an seperti Ashab al-Ukhdud dan Ashab al-Fil. Ibn Hisyam dan al-Tabari telah mencatat dan merekodkan sebahagian daripada fasal kedua ini.(Nassar,1966:226) 3) Fasal ketiga: sejarah suku-suku cArab dan penyembahan berhala oleh mereka sebelum kedatangan Islam. 4) Fasal keempat: cataran tentang keturunan Nabi Muhammad s.a.w. serta anutan kefahaman dan bidang keagamaan penduduk Makkah.
17
Kebayakkan maklumat daripada al-Mubtada’ tidak diambil oleh Ibn Hisyam tetapi alTabari mencatatkan sebahagian besar daripadanya terutama riwayat-riwayat yang berkaitan dengan sejarah para nabi. Dalam bahagian ini, Ibn Ishak tidak begitu prihatin terhadap kaedah isnad terutamanya dalam fasal pertama (Wan Kamal Mujani, 1999:2425). Al-Mabcath : Bahagian ini meliputi riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah sehingga tahun pertama Hijrah. Ibn Ishak turut mencatatkan senarai nama tertentu, seperti golongan para sahabat yang awal memeluk Islam, para sahabat yang turut berhijrah ke Habsyah, para sahabat yang menghadiri perjanjian al- cAqabah dan para sahabat dari golongan Muhajirin dan Ansar yang dipersaudarakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam bahagian ini, Ibn Ishak lebih menitik beratkan isnad dan kebanyakkan riwayat diambil daripada sumber Madinah. Beliau turut merujuk kepada sumber-sumber bertulis seperti surat perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan suku-suku cArab yang lain yang menetap di Madinah untuk mengadakan pakatan kerjasama ini disusun secara kronolgi (Horovits, 1927:175), (Wan Kamal Mujani, 1999:24-25). Al-Maghazi: bahagian ini meliputi riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w.di Madinah sehingga kewafatan baginda termasuk peperangan yang disertai olehnya.Turut dicatatkan ialah senarai nama mereka yang terlibat dalam beberapa peperangan seperti golongan Ansar dan Muhajirin yang menyertai perang Badr, golongan Musyrikin yang di tawan dalam peperangan tersebut, tentera Islam yang syahid dalam peperangan Uhud dan tentera Musyrikin yang terbunuh dalam peperangan tersebut (Guillaume, t.th: 327-320). Kebanyakan riwayat disebut isnadnya. Ibn Ishak mengambil riwayat-riwayat tersbut dari sumber Madinah terutamanya daripada Asim bin Umar bin Qatadah, al-Zuhri dan Abd. Allah bin Abi Bakr bin Hazm. Beliau menyusun peristiwa –peristiwa dalam bahagian ini secara kronologi. Secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa Ibn Ishak telah mengaplikasi gaya bahasa penulisan para ahli hadis yang mementingkan sebutan isnad dan para pengisah yang tidak menitikberatkan isnad (Abu Dayf, 1987: 54). Beliau turut menggabungkan di antara riwayat-riwayat Hadith dan riwayat-riwayat yang berunsur Israiliyyat serta kisah-kisah rakyat dan menyelangnya dengan puisi. Dengan ini penulisan Ibn Ishak lebih komprehensif kerana merangkumi pelbagai maklumat daripada sumber Islam dan bukan Islam (al-Duri, 1960: 28).
18
Ibn Ishak juga menyusun peristiwa-peristiwa berdasarkan kronolgi dan di antaranya wujud kesinambungan plot penceritaan (Amin t.th:332), (Wan Kamal Mujani, 1999:24-25).
Al-Waqidi Muhammad b. cUmar b. Waqid adalah Mawla Bani Sahm iaitu salah satu suku daripada Bani Aslam. Kunyahnya ialah Abu cAbd Allah dan beliau dilahirkan di Madinah pada awal tahun 130H/747M.21 Terdapat sumber yang melaporkan bahawa keluarga daripada sebelah ibunya adalah berketurunan Farsi. Al-Waqidi merupakan tokoh ilmuwan Madinah yang terkenal dalam bidang Sirah dan Maghazi dan mengajar ilmu tersebut di masjid Madinah. Peranan dan sumbangan al-Waqidi dalam bidang pensejarahan Islam ialah al-Waqidi dianggap sebagai sejarawan Madinah walaupun beliau telah menetap di Baghdad selama hampir 30 tahun sehinggalah kewafatannya di situ. Beliau dilaporkan banyak meluangkan masa dalam usaha mengumpul maklumat-maklumat sejarah dan mempunyai kaedah atau metod tersendiri ketika menulis peristiwa-peristiwa tersebut. Ketika menilai sesuatu maklumat sejarah, beliau akan meneliti dan menganalisanya untuk memastikan maklumat tersebut benar dan tepat. Beliau sendiri akan meninjau tempat sesebuah peristiwa berlaku dan membuat pemerhatian serta kajian. Al-Waqidi juga dianggap sebagai seorang sejarawan yang berwibawa dalam penulisan Maghazi. Ini ditambah pula dengan penulisannya yang mengikut kaedah kronologi, mempunyai catatan tarikh bagi sesuatu peristiwa, menggunakan gaya bahasa yang baik dan menjelaskan dengan detail tentang sesebuah Ghazwah. Selain itu, beliau juga memberi penerangan daripada sudut geografi bagi sesebuah tempat di mana sesuatu peristiwa itu berlaku (Ibn Sayyid al-Nas, 1974: 18), (al-Baghdadi, t.th. 6). Ibn al-Nadim telah mencatatkan karya al-Waqidi sebanyak 28 buah kitab yang dihasilkan oleh al-Waqidi yang kebanyakannya berkisar tentang sejarah iaitu: pertama Kitab al-Adab, kedua Kitab Akhbar Makkah, ketiga Kitab al-Ikhtilaf, keempat Kitab Azwaj alNabiyy (S.A.W.), kelima Kitab cAmr al-Habshah wa al-Fil, keenam Kitab Tarikh al-Fuqaha’ ketujuh Kitab al-Tarikh al-Kabir, kelapan Kitab al-Tarikh wa al-Maghazi wa al-Mabcath dan lain-lain. Kitab al-Maghazi karya al-Waqidi iaitu Kitab al-Maghazi yang sampai kepada generasi hari ini memperlihatkan perkembangan penulisan Sirah dan Maghazi pada akhir kurun kedua Hijrah. Beliau didapati begitu banyak mengambil riwayat-riwayat daripada mereka yang meriwayatkan daripada al-Zuhri dan tidak mengambil langsung riwayat-riwayat
19
Ibn Ishaq. Dalam hal ini, Josef Horovitz dan Julius Wellhausen mendakwa bahawa al-Waqidi telah memplagiat penulisan Ibn Ishaq kerana beliau tidak menyebut nama Ibn Ishaq sebagai salah seorang daripada sumbernya dalam Kitab al-Maghazi. Tambahan pula terdapat beberapa maklumat di dalam Kitab al-Maghazi yang menyamai kandungan Kitab alMubtada’ wa al-Mabcath wa al-Maghazi yang ditulis oleh Ibn Ishaq. Lebih daripada itu, Horovitz juga berpendapat bahawa setiap perkataan ( قالواmereka berkata) yang digunakan oleh al-Waqidi menunjukkan beliau memplagiat tulisan Ibn Ishaq (Horovitz, 1927: 518-519). c
Abd al-‘Aziz al-Duri pula menyatakan faktor al-Waqidi tidak mengambil riwayat-
riwayat Ibn Ishaq ialah kerana pandangan serta penilaian Ahl al-Madinah yang negatif terhadap Ibn Ishaq dan wujud perbezaan di antara mereka berdua dari aspek tema penulisan. Dalam menghuraikan hal ini, pendapat yang tepat ialah Ibn Ishaq telahpun meninggalkan Madinah dan berhijrah ke tempat lain (iaitu ke Iskandariyyah pada tahun 115H/733M dan diikuti ke beberapa tempat lain) sebelum al-Waqidi dilahirkan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan: لم یرو عنھ منھم غیر، ورواتھ من أھل البلدان أكثر من رواتھ من أھل المدینة...... وكان خرج من المدینة قدیما إبراھیم بن سعد Ibn Ishaq telahpun keluar meninggalkan Madinah sejak dahulu lagi. Perawi-perawi beliau daripada kalangan penduduk negeri-negeri lain lebih ramai daripada perawi-perawinya dari Madinah. Hanya Ibrahim bin Sacd sahaja daripada penduduk Madinah yang meriwayatkan daripada beliau. Kitab al-Maghazi membicarakan serta memfokuskan Saraya dan Ghazawat yang berlaku pada zaman Madinah sehinggalah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Pada bahagian pendahuluan kitab ini, al-Waqidi menyebut nama 25 orang perawi yang menjadi sumber penulisannya yang majoritinya adalah terdiri daripada Ahl al-Madinah yang banyak meriwayatkan peristiwa-peristiwa Sirah dan Maghazi seperti Muhammad b. Yahya b. Sahl b. Abi Hathmah, Muhammad b. Salih b. Dinar, ‘Abd al-Rahman b. Abi alZinad, Abu Macshar al-Madani dan Ismacil bin Ibrahim b. ‘Uqbah. Ini diikuti dengan senarai Ghazawat dan Saraya yang lengkap dengan tarikh. al-Waqidi menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah menyertai sebanyak 27 Ghazwah, sementara jumlah Saraya yang tidak disertainya pula ialah sebanyak 47. Beliau kemudiannya mencatat namanama para sahabat yang dilantik mentadbir kota Madinah semasa baginda keluar memimpin sesebuah Ghazwah (Wan kamal Mujani, 1997).
20
Sebagai contoh, al-Waqidi menyatakan bahawa Ibn Umm Maktum al-Ma‘isi telah dilantik menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 14 kali iaitu semasa berlakunya Ghazwah al-Kudr, Ghazwah Buhran, Ghazwah Uhud, Ghazwah Hamra’ al-cAsad, Ghazwah Bani al-Nadir, Ghazwah al-Khandaq, Ghazwah Bani Qurayzah, Ghazwah Bani Lihyan, Ghazwah al-Ghabah, Ghazwah al-Hudaybiyyah, Ghazwah al-Fath, Ghazwah Hunayn, Ghazwah al-Ta’if dan Ghazwah Tabuk. Ini jelas menunjukkan bahawa al-Waqidi juga memberi perhatian serius mengenai aspek-aspek pentadbiran di dalam penulisannya. Ketika mengakhiri pendahuluan kitabnya, al-Waqidi mencatatkan tentang kata-kata perangsang yang dilaungkan oleh tentera Islam semasa peperangan seperti ucapan ( أمت منصور یاWahai Mansur, syahidkanlah aku) dalam Ghazwah Badr dan ucapan ( ینصرون ال حمHa Mim, Mereka tidak akan diberi kemenangan) ketika Ghazwah al-Khandaq. Ini kemudian diikuti dengan kandungan kitab yang memaparkan Ghazawat dan Saraya satu persatu secara lengkap sehinggalah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.(Wan Kamal Mujani, 1997). Seperti sejarawan awal Islam yang lain, al-Waqidi juga menyelitkan puisi-puisi yang berkaitan dengan sesebuah Ghazwah, tetapi dengan kadar yang terhad dengan menyatakan sumber-sumbernya. Sebagai contoh, ketika mencatatkan puisi Ka‘b b. al-Ashraf yang mencerca golongan Islam dan meratapi tentera Mushrikin yang terbunuh dalam Ghazwah Badr, al-Waqidi menyebut sumberya dengan Puisi tersebut: أماله عل ّى على بن عبد العزیز ومحمد بن صالح وابن أبى الزناد Menyatakan telah dibacakan kepadaku olehcAli b. cAbd al-cAziz dan Muhammad b. Salih dan Ibn Abi al-Zinad). Ini menunjukkan bahawa al-Waqidi begitu teliti dalam penulisannya dengan menyatakan sumber maklumatnya. Di samping itu, ketika membicarakan peperangan yang penting seperti Ghazwah Badr, Uhud, Khandaq, Bani Qurayzah dan Ghazwah Hunayn, al-Waqidi akan mencatatkan senarai namanama tentera Islam yang gugur syahid dan pihak musuh pihak yang terbunuh. Selain itu, al-Waqidi turut memberi perhatian terhadap fakta yang berkaitan dengan geografi sesebuah kawasan. Umpamanya, beliau menjelaskan kedudukan beberapa tempat seperti Rabigh, Buwat, Jamum, al-Taraf, Hisma, Umm Qirfah, Turbah, al-Mayfa‘ah, al-Kudayd, ‘Atlah dan Khadirah. Penjelasan geografi ini memperlihatkan keautoritian serta kepakaran beliau yang mendalam dalam bidang Sirah dan Maghazi (Ismail Bakar 2012). Ia juga dianggap penulisan awal yang membahasakan tentang aspek tersebut sebelum dikembangkan oleh sejarawan berikutnya seperti Muhammad b. Sacd, al-Baladhuri dan al-
21
Ya‘qubi. Dalam pada itu, al-Waqidi juga tidak hanya sekadar bergantung kepada sumber lisan sahaja tetapi turut merujuk kepada sumber bertulis atau meriwayatkan daripada perawi yang merujuk kepada bahan-bahan bertulis. Persoalan yang timbul ialah sejauh mana kewibawaan dan keautoritian al- Waqidi kerana tidak semua ulama menolak beliau. Malah, sebahagian
daripadamereka
didapati
memihak
dan
mempertahankannya.
Hal
ini
sememangnya memerlukan kajian dan analisis kerana sekiranya tidak, ia pasti akan meletakkan al-Waqidi di tempat yang tidak sepatutnya. Secara umumnya, mereka yang menolak al-Waqidi adalah terdiri daripada ulama hadis yang begitu peka terhadap konsep ‘Ilm Naqd al-Hadith. Untuk menerima sesebuah riwayat, mereka telah meletakkan syaratsyarat tertentu seperti kaedah Riwayah dan Dirayah yang mewajibkan beberapa perkara seperti setiap Isnad mestilah bersambung (tidak terputus), setiap perawi hendaklah diketahui latar belakangnya dan riwayat yang disampaikan itu mestilah lengkap. Mereka juga tidak menerima sebarang cara meriwayat yang bercanggah dengan kaedah mereka dan menganggap riwayat tersebut tidak boleh dipercayai. Ukuran terhadap kewibawaan dan keautoritian seseorang perawi dengan riwayatriwayatnya adalah berdasarkan sejauh mana kepatuhannya kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bertitik tolak dari sinilah ahli-ahli hadis telah menolak kebanyakan ahli sejarah kerana mereka tidak mempraktikkan syaratsyarat tersebut (Wan Kamal Mujani,1997). Apapun, ketokohan al-Waqidi dalam bidang Sirah dan Maghazi tidak dapat dipertikaikan kerana beberapa orang ulama yang mengkritiknya seperti Imam Muhammad b. Idris al-Shafici telah merujuk riwayat-riwayat beliau tentang Ghazawah di dalam karyanya, Kitab al-cUmm. Ini termasuklah Ibn Hajar al-‘Asqalani yang mencatatkan riwayat-riwayat beliau di dalam kitabnya, Fath al- Bari.78 Shams al-Din al-Dhahabi juga mengiktiraf kepakaran al- Waqidi dengan menyatakan: كان إلى حفظھ المنتھى فى األخبار والسیر والسیر والمغازى والحوادث وأیام الناس والفقھ وغیر،ھو رأس فى المغازى ذلك (Beliau ialah ketua dalam bidang Maghazi dan Siyar dan dalam riwayat yang lain: (Kepada penghafalannya terhenti cerita-cerita, Siyar, Maghazi, peristiwa-peristiwa, hari-hari yang dilalui oleh manusia, fikah dan sebagainya). Adalah jelas di sini bahawa kritikan yang ditujukan kepada al-Waqidi ialah kerana beliau tidak mempraktikkan kaedah-kaedah meriwayatkan hadis sebagaimana yang dikehendaki oleh ahli Hadith. Walau bagaimanapun, ini tidaklah menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya kerana beliau mempunyai alasan
22
tersendiri dalam hal tersebut. Hampir keseluruhan kitab Tarajum mengakui ketokohan dan keunggulan al-Waqidi sebagai seorang sejarawan. Muhammad b. Sacd menyatakan:
وكان عالما بالمغازى والسیرة والفتوح وباختالف الناس فى الحدیث واألحكام واجتماعھم على ما اجتمعوا علیھا Beliau ialah seorang yang berpengetahuan luas tentang Maghazi, Sirah, Futuh, Khilaf ulama mengenai hadis, hukum hakam dan apa yang disepakati oleh mereka. Ibn al-Nadim pula menyebut: كان عالما بالمغازى والسیر والفتوح واختالف الناس فى الحدیث والفقھ واألحكام واألخبار Beliau ialah seorang yang berpengetahuan luas tentang Maghazi, Siyar, Futuh, Khilaf ulama tentang Hadith, Fekah, hukum-hakam dan cerita-cerita. Riwayat-riwayat yang menyatakan bahawa al-Waqidi berpegang kepada fahaman Syiah juga adalah tidak benar kerana dakwaan tersebut hanyalah berdasarkan kepada dua buah kitab yang ditulis oleh beliau iaitu Kitab Maqtal al- Husayn dan Kitab Mawlid al-Hasan wa al-Husayn wa Maqtal al-Husayn. Penelitian kepada penulisan al-Waqidi memperlihatkan terdapat banyak riwayat beliau yang tidak menaikkan atau mengagungkan martabat serta kedudukan cAli b. Abi Talib seperti: 1. Muhammad b. Ishaq menyatakan bahawa cAli b. Abi Talib telah membunuh Tu‘aymah b. c
Adi daripada Bani Nawfal b. cAbd Manaf dalam Ghazwah Badr, tetapi, al-Waqidi
menafikannya dan menyatakan bahawa Hamzah b. cAbd al-Muttalib ialah orang yang telah membunuh Tu‘aymah. 2. al-Waqidi telah mentarjihkan bahawa Quzman telah membunuh Su‘ab iaitu budak suruhan Bani cAbd al-Dar dalam Ghazwah Uhud dan menafikan cAli b. Abi Talib ialah orang yang membunuhnya. 3. al-Waqidi telah meriwayatkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. kepada cAli b. Abi Talib setelah selesai Ghazwah Uhud yang membayangkan bahawa para Sahabat yang lain juga mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri: وسیف، فقد أحسن عاصم بن ثابت والحارث بن الصمة وسھل بن حنیف، إن كنت قد أحسنت القتال أبى دجانة غیر مذموم (Sekiranya engkau telah berperang dengan baik, maka cAsim b. Thabit juga begitu, begitu dengan al-Harith b. al-Summah dan Sahl b. Hanif, dan pedang Abi Dujanah juga tidak tercela). Selain itu, al-Tusi iaitu seorang penulis Syiah, juga tidak menyenaraikan dua buah kitab yang ditulis oleh al-Waqidi dalam bukunya, al-Fihrist. Berkemungkinan dakwaan Syiah terhadap al-Waqidi adalah lahir dan tercetus daripada penulisannya yang sering mencatatkan
23
kata-kata atau pandangan golongan tersebut, tetapi ini sebenarnya tidaklah menggambarkan fahaman sebenar yang dipegang oleh beliau kerana penulisan sejarah sememangnya tidak akan terlepas daripada mcmbicarakan hal-hal yang sedemikian (Wan kamal Mujani, 1997).
1.9 Metod Persejarahan Iraq Sesungguhnya apabila Islam berjaya masuk ke Parsi pada abad ke 6 Hijrah perkembangan sektor persejarahan telah berubah dan ramai di antara para sahabat telah berhijrah ke Parsi atas pelbagai sebab. Pada awalnya, di zaman khalifah cUmar al-Khattab telah melarang para sahabat besar Rasulullah s.a.w meninggalkan Kota Madinah, sebaliknya di zaman khalifah Uthman bin Affan telah memberi kebebasan kepada umat Islam untuk memilih destinasi masing-masing tanpa campurtangan oleh pihak kerajaan. Kesempatan itu telah memberi peluang kepada umat Islam untuk berhijrah ke Parsi seperti Kufah dan Basrah dan ianya menjadi pusat pengajian sejarah yang termasyhur dan terpenting selepas Madinah (Wan Kamal Mujani, 1997: 222). Perubahan dalam penulisan sejarah berbeza dengan sejarawan ahli Madinah yang mengutamakan Sirah dan Maghazi Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Namun penulisan ahli Iraq lebih melihat penulisan sejarah itu berbentuk umum samada perkembangan itu berlaku disekitar wilayah mereka semasa futuhat ataupun kisah-kisah sejarah tempatan sebelum kemasukan Islam. Al-Duri, menggangap pendekatan sejarawan Iraq lebih mirip kepada orientasi kedaerahan dan berkabilahan. Jelasnya orang Iraq bukan sahaja terpengaruh dengan sejarah tempatan malahan mereka juga kurang mahir dengan peristiwa yang berlaku di Madinah (Ibid). Akan tetapi, apa yang penting adalah mereka lebih menumpukan keprihatinan sejarah yang berlaku di kawasan sekitar mereka sahaja selepas kemasukan Islam. Abdul Wahab Fadl berpendapat bahawa ianya bukannya berbeza dari aspek sejarah, tetapi sebaliknya suatu perkembangan persejarahan yang berterusan dengan menjelajahi aspek yang lebih luas daripada aspek Sirah dan Maghazi (Abdul Wahab Fadl, 1988: 88). Ini bermakna metod persejarahan Madinah tidak lagi dianggap normatif yang mesti dipatuhi oleh sejarawan Iraq kerana cakupan persejarahan mereka sudah menjangkaui aras makro (Robinson, 2003: 18) yang meliputi aspek-aspek pentadbiran dan pembangunan Islam di negara-negara yang ditakluki serta persoalan sosial budaya dan juga warisan anak tempatan. Justeru itu, semua
24
perbahasan ini memerlukan metodologi baru lantaran ianya sudah memasuki kategori Tarikh al-cam (Ahmad Ramadhan Ahmad, 1989: 165). 1.10 Ciri-ciri Metod Persejarahan Iraq Sejarawan Iraq Abdullah bin Salam merupakan di antara sejarawan Iraq yang terawal telah menerajui sejarah makro Tarikh al-cam yang telah berjihrah ke Iraq semasa zaman khalifah c
Umar al-Khattab.Tokoh kedua pula ialah Jabir bin Yazid al-Jacfi iaitu anak tempatan Kufah.
Ibn Salam menumpukan tarikh al-‘am, manakala Jabir bin Yazid menumpukan aspek tempatan. Kemudian penumpuan yang di buat oleh Jabir telah diikuti oleh sejarawan Iraq yang lain seperti Awanah bin al-Hakam al-Kufi, Abu Mikhnaf Lut bin Yahya al-Azdi, Sayf bin cUmar al-Tamimi dan Abu Hassan cAli bin Muhammad al-Madacini. Awanah, Mikhnaf dan Sayf lebih menumpukan kedaerahan dan kekabilahan mereka sahaja berbeza dengan Mada’ini yang mana beliau masih tertumpu kepada sistem isnad seperti diamalkan oleh sejarawan Madinah. Apabila ramai sejarawan banyak membincangkan hal yang berkaitan dengan kedaerahan dan kekabilahan menyebabkan pendekatan mereka dikenali sebagai akhbariyyin, nasabiyyin dan lughawiyyin (Wan Kamal Mujani, 1997:222). a)
Akhbariyyin Istilah akhbariyyin berasal daripada kata dasar akhbari yang bermaksud periwayat cerita atau chronicler. Secara khusus, bermaksud individu yang meriwayatkan kisah-kisah samada lama atau baru yang mungkin benar atau sebaliknya. Menurut ilmu persejarahan Islam, istilah akhbariyyin merujuk kepada kumpulan pencerita yang katif meriwayatkan segala bentuk cerita yang didengari dan juga kisah-kisah yang dikatahui samada baru, lama, panjang atau pendek. Maklumat ini sering digunakan oleh masyarakat cArab sejak pra Islam lagi. Kegiatan ini banyak berkembang di Kufah dan Basrah. Komuniti Arab terdiri daripada etnik dan kabilah yang pelbagai dan mereka akan cuba menyampaikan kisah dan cerita mereka atas pelbagai alasan dan kebanyakan kisah yang disampaikan itu adalah kemungkina di tokok tambah atau berunsur tahyul (Ibid). Pada peringkat awal pada zaman tersebut cerita yang disampaikan adalah bersifat oral syafawiyat seperti di majlis-majlis karamaian atau majlis rasmi yang diadakan di istana khalifah sempena festival. Cerita atau kisah yang disampaikan berkait dengan berbahasan samada perihal qabilah mahupun kedaerahan. Ciri utama yang mendasari pemikiran sejarawan kategori akhbariyyin ialah sikap
25
fanatik kumpulan yang boleh dikesan melalui persejarahan mereka. Hakikat ini boleh dilihat oleh Awanah bin al-Hakam yang lebih memihak kepada golongan Umawi dan aktif berkarya bagi menyokong kerajaan Bani Umayyah (Syakir Mustafa, 1983: 172). Manakala Mikhnaf pula mengikut jejak langkah datuknya menyokong kuat khalifah cAli bin Abu Talib dan berkarya bagi menentang pentadbiran pemerintah Umayyah. Kedua-dua tokoh ini lebih membicarakan persoalan yang berkaitan politik yang meruncing di pertengahan abad pertama Hijrah, khususnya di zaman khalifah cAli bin Abi Talib dan Muawiyyah bin Abu Sufyan. Seterusnya ialah Sayf bin cUmar yang dikatakan lebih mengutamakan riwayat melalui isnad Banu Tamim iaitu kabilahnya sendiri daripada isnad kabilah lain. Namun demikian, Sayf dianggap lebih cenderung melaporkan perkembangan futuhat dan permasalahan negara secara umum seperti penentangan golongan alRiddah dan peristiwa al-Jamal. Sayf lebih pro Iraq kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan Abbasiyyah (Ibid). Persejarahan Akhbariyyin menggunakan bahasa yang mudah di fahami dan sering menggunakan jalan bahasa yang puitis dan mengemukakan contoh-contoh yang releven dan terkini. Penyampaian mereka terdapat syair-syair, berdialog dengan para hadirin dalam sesuatu majlis atau kuliah. Sifat terbuka mereka ini degemari oleh umum. Dalam perkara yang berkaitan dengan pentadbiran mereka akan mengemukakan bukti yang sahih seperti surat perjanjian, surat rasmi kerajaan atau catatan keputusan dan peraturan yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan seperti Diwan al-Kharaj Diwan al-Jund dan lain-lain diwan yang berautoriti (Abdul Waahab Fadl, 1988: 150).
b)
Nasabiyyin Perkataan nasab diambil daripada perkatan nasab yang asal-usul, salasilah atau genealogy dalam bahasa Inggeris. Kepentingan nasab bagi orang cArab adalah sesuatu yang asasi dan merupakan sebahagian daripada budaya dan kebanggaan mereka. Antara istilah yang digunakan seperti istilah al-Tamimi, al-Azdi dan alKalbi dan lain-lain. Istilah Nasabiyyin secara khusus, merujuk kepada beberapa kumpulan sejarawan yang mahir dalam aspek salasilah keturunan kabilah cArab (Abdul Wahab fadl, 1988:157). Menurut Rosenthal, keutamaan aspek ansab bagi umat Islam juga bermula seiring dengan perkembangan Islam itu sendiri, khususnya apabila golongan
26
nasabiyyin berlumba-lumba meriwayatkan nasab Bani Hashim dan menjadi tonggak kepada keturunan Rasulullah s.a.w dan juga nasab kaum Qurasyh secara umum lantaran mereka merupakan golongan elit cArab yang mendasari sektor pemerintahan dan pentadbiran Islam (Rosenthal, 2003:95). Perkembangan ini menjadi rancak selepas tiada larangan yang dikeluarkan oleh pemerintah Islam berhubung dengan kegiatan nasabiyyin ini, sebaliknya menggalakkan pula kajian mengenai salasilah keturunan demi kepentingan aspek wirasah, khususnya yang berkaitan dengan harta pusaka dan juga kepentingan urusan perkahwinan. Kemunculan nasabiyyin berlaku di semua wilayah umat Islam samada dalam politik, pentadbiran, sosiol, mahupun ekonomi. Mereka lebih meminati dan mengemari aspek nasab kerana mempunyai aspek historiografi dan nasab yang menyumbang kepada fakta yang berguna terutama yang berkaitan dengan kabilah. Antara tokoh nasabiyyin ialah Muhammad bin Sacib al-Kalbi, seorang ulama di Kufah, yang pertama meriwayatkan kisah al-nasab tetapi tidak menghasilkan beberapa karya.Kepakaran beliau diwariskan oleh anaknya Hisham yang hidup sezaman khalifah al-Macmun dengan karya Tarikh al-Islam al-cAm, Kutub alNasab. Seterusnya Aamir bin Hafs lebih dikenali dengan nama Abu Yaqzan alNasabah (Rosenthal, 2003:97).
c)
Lughawiyyin Perkataan Lughawiyyin berasal daripada kata dasar lughawi bermaksud ‘tahu banyak bahasa (Qamus Idris al-Marbawi, 97) atau lexicologists dalam bahasa Inggeris. Istilah ini secara khusus merujuk kepada golongan ahli bahasa yang menjadi fakta sejarah dan syair-syair yang bertemakan sejarah sebagai bahan kajian mengenai ilmu tatabahasa Arab. Mengikut al-Duri golongan lughawiyyin memainkan peranan penting dalam sektor sejarahan bertindak sebagai mengumpul pelbagai bahan yang dimiliki masyarakat cArab yang menetap di Iraq (Ismail Bakar, 2012: 110). Selain itu golongan lughawiyyin yang mengkaji aspek metod penulisan sejarah mereka telah menggunakan pendekatan yang sama dilakukan oleh golongan akhbariyyin dan nasabiyyin dalam mengumpukan sumber kajian. Mereka mengambil syair-syair dan kisah-kisah tertentu untuk mengetahui latar belakang serta objektif pengucapan syair dan kisah tersebut. Kajian mereka bukan
27
hanya tertumpu kepada bahasa sahaja malahan menjalar kepada aspek yang terpengaruh dengan maklumat yang terkandung dalam kajian itu. Terdapat juga golongan bahasa ini menjadi sejarawan sejarah akibat terlalu asyik mengkaji bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah. Golongan lughawiyyin akan mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk mengenal pasti dialek pukapuak Arab yang tinggal di sekitar Iraq. Perubahan dialek mendorong kepada wujudnya perbezaan budaya dan cara hidup masyarakat terbabit. Semua penagalaman itu akan dirakam oleh lughawiyyin untuk diterima sebagai fakta sejarah dan menjadi aset penting dalam aspek persejarahan Islam (Qasim Yazbek, 1990: 52). Komuniti cArab yang tinggal di Iraq terdiri daripada pelbagai qabilah yang mempunyai lahjah atau dialek yang berbeza. Hal ini menyukarkan proses pembelajaran bahasa cArab di negara parsi itu, Untuk tujuan penyelarasan dialek itulah ahli bahasa berusaha mengumpul segala bahan yang dimiliki oleh setiap etnik untuk dibuat kajian. Oleh sebab itu Kufah dan Basrah muncul sebagai pusat tatabahasa cArab yang unggul (Isma’il Bakar, 2012: 111). Antara tokoh uatama di kalangan sejarawan kategori lughawiyyin ialah Abu c
Ubaydah Macmar bin al-Muthanna (m.209H/824M). Beliau merupakan anak
tempatan Basrah yang berkhidmat dengan pendatang cArab yang berasal dari kabilah Banu Tamim. Akibat asimilasi itu, Abu ‘Ubaydah dikatakan begitu mahir dalam bidang ilmu tatabahasadan kesusasteraan cArab, sehingga menarik minat khalifah Harun ar-Rasyid untuk mendengar taklimat beliau mengenai bidang ilmu tersebut. Antara karya Abu ‘Ubaydah dalam bidang sejarah ialah Kitab al-Ayyam al-Saghir dan Kitab al-Ayyam al-Kabir yang merakamkan pelbagai maklumat mengenai kehidupan masyarakat Acrab di Iraq. Manakala tokoh yang kedua pula ialah Abu Sacid cAbd. Malik bin Qurayb al-Asma’i (m. 216H/831H) iiatu anak tempatan Kufah yang berhijrah ke Baghdad di zaman pemerintahan khalifah alMacmun. Beliau merupakan seorang yang mahir dalam aspek al-Akhbar dan alNawadir (Syakir Mustafa, 1983: 200), setelah megambil sumber daripada golongan Badwi semasa menjalankan kajian mengenai kaedah tatabahasa di beberapa penempatan cArab di Iraq. Periwayatan beliau diiktiraf oleh Ibn Jarir alTabari yang mengambil beberapa laporan beliau tentang peristiwa peperangan Dzi al-Qar dan lain-lain.
28
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa ciri metodologi persejarahan Iraq berlaku menerusi pertembungan budaya antara penduduk tempatan dan pendatang komuniti cArab ke Parsi persejarah Iraq seolah-olah terpengaruh dengan style penulisan golongan sejarawan cArab begitu juga golongan sejarawan cArab yang dikatakan turut terpengaruh budaya Parsi yang banyak menghasilkan karya yang berkaitan dengan sejarah Parsi kuno, dan ianya memberi impak yang besar dalam persejarahan di Iraq dalam menghasilkan karya-karya sejarah dalam sektor persejarahan (Syakir Mustafa,1983: 200).
1.11 Faktor-faktor yang mempengaruhi Persejarahan Islam Sejarah atau persejarahan adalah suatu bidang ilmu yang penting untuk dikaji bagi setiap kaum, bangsa, negara dan agama. Sejarah memberi gambaran kepada kita tentang sesuatu perkara yang telah berlaku, dan al-Quran sendiri telah memperlihatkan kepada kita beberapa ciri penting mengenai sejarah dan persejarahan dan hubungannya dengan tamadun manusia melalui peristiwa-peristiwa dan contoh-contoh umat yang terdahulu (Wan Kamal Mujani, 1997: 240). Sebahagian daripada Orientalis sering mengaitkan kemunculan persejarahan Islam adalah kerana dipengaruhi oleh persejarahan bangsa-bangsa asing. Mereka menyatakan masyarakat Arab mengorak langkah memulakan persejarahan berpandukan Kitab Khuday Namah yang diterjemahkan dalam bahasa cArab dan berdasarkan kepada kitab-kitab Rom yang ditulis oleh bangsa tersebut.Kedatangan Islam memberi sumber inspirasi ke arah pembentukan pelbagai bidang seperti Tafsir, Hadith , Fekah dan sejarah yang menujukkan tidak mungkin bangsa cArab tidak mungkin merujuk kepada bangsa asing. Catatan awal banyak menekankan kepada sandaran isnad atau sanad yang menguatkan lagi hujah atau fakta mereka dalam penulisan. Kedatangan Islam telah membawa perubahan yang besar dalam persejarahan Islam (Ibid). Kegiatan perterjemahan buku-buku asing dianggap lewat untuk memberi rasangan dalam mencetuskan permulaan persejarahan Islam. Catatan al-Sirah dan al-Maghazi yang dimulakan oleh para sahabat di kurun pertama juga telah mendahului Kitab Khuday Namah yang hanya diterjemahkan oleh Ibn Muqaffa (w.139H) pada kurun kedua Hijrah yang terpengaruh dengan persejarahan bangsa asing (Ibid).
29
Faktor-faktor yang mempengaruhi persejarahan Islam begitu banyak seperti cenderung sejarawan terhadap kabilah masing-masing dan sikap mereka yang sering menyebelahi golongan-golongan tertentu. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada persejarahan kerana mereka akan menghasilkan karya-karya sealiran dan kehendak pemikiran mereka. Persejarahan Iraq melihat fenomena ini terjadi kepada sebilangan sejarawan yang mewakili kabilah masing-masing. Contoh Mikhnaf dan al-Ya’qubi yang menyokong kuat terhadap golongan Shi’ah (Ibid). 1.12 Metod Perbandingan Sejarawan Madinah dan Iraq a. Golongan sejarawan Madinah lebih memberi penumpuan dan topik-toppik yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w. kecederungan para sejarawannya yang menekankan penulisan mereka tentang riwayat hidup nabi Muhammad s.a.w. termasuk al-Maghazi yang disertai oleh baginda. Faktor seperti kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah s.w.t. dan perjalanan hidup yang dapat diteladani disamping kejayaan yang dicapai telah menjadikan maklumat-maklumat ini penggerak utama dalam memberi inspirasi ke arah permulaan persejarahan ahli Madinah. Bertitik tolak dari sinilah riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w mula dikumpul dan dicatatkan berdasarkan kepada Hadith-hadith baginda yang begitu banyak berfungsi memberi keterangan yang berkaitan (Wan Kaml Mujani, 1997, Ismail Bakar, 2012), (Abdul Kader Ismail Tayob,1993:4,29,30,37). Catatan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w kemudian berkembang kepada penulisan tentang Khulafa’ ar-Rashidin dan zaman awal kerajaan Bani Umayyah tetapi dengan kadar yang tidak begitu banyak (Ali al-Aribi, 1991: 22-23). Golongan Madrasah Madinah yang bermula dari Sa’id bin Musayyib al-Makhzumi sehingga alTabari menjadikan Sirah al-Maghazi Nabi Muhammad s.a.w. sebagai topik utama persejarahan mereka.sebagai contoh Urwah bin Zubayr dengan jawapan yang bertulis, Macmar bin rashid pula melalui Kitab al-Maghazi dan Ibn Ishak karyanya Kitab alsirah wa al-Mubtada’ wa al-Maghazi masing-masing telah menulis topik ini. Penghasilan karya-karya al-Sirah dan al-Maghazi kemudiannya diikuti oleh Najim bin c
Abd al-Rahman al-Sindi yang mengarang Kitab al-Maghazi. Manakala al-Waqidi
menulis Kitab al-Sirah dan kitab al-Tarikh wa al-Maghazi wa al-Mabcath. Ibn Sacd turut menghasilkan Kitab Akhbar al-Nabi dan Ibn Hisyam menulis Kitab al-Sirah alNabawiyyah. Ini memperlihatkan pengaruh Islam dalam aliran ahli Madinah
30
membawa penulisan yang bercirikan nilai-nilai tersebut seperti al-Sirah dan alMaghazi Nabi Muhammad s.a.w. (Ibn al Nadim, 184). Berbanding dengan sejarawan ahli Iraq didapati tidak lagi menjadikan al-Sirah alMaghazi
sebagai topik utama persejarahan mereka seperti mana sejarawan ahli
Madinah terdapat golongan sejarawan ahli Iraq yang tidak menulis kitab khusus tentang tajuk tersebut seperti Awanah bin al-Hakam, Abu Mikhnaf, Sayf bin cUmar, Muhammad bin Sacid, Abu al-Yaqzan al-Nasabah, al-Haytam bin Ady, Abu Ubaydah dan al-Asmaci.Sejarawan-sejrawan ahli Iraq lebih menekankan penulisan mereka kepada topik-topik yang lebih luas lagi yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa seperti al-Riddah, al-Futuh dan lain-lain (Ibid). Sejarawan ahli Iraq turut mengalihkan perhatian mereka terhadap topik-topik yang berkiatan dengan Ayyam al-cArab dan al-Ansab. Sebagai contoh, Abu Yaqzan alNassabah telah menulis Kitab Nasab Khindif wa al-Akhbariha dan Hisham bin Muhammad bin Sacid telah menghasilkan karya seeprti Kitab al-Nasab al-Kabir, Kitab Nasab Abi Talib dan Kitab Bani Tamim bin Murrah. Khalifah bin Khayyat turut menulis Kitab al-Tabaqat, sementara al-Baladhuri pula menghasilkan Kitab Ansab al-Ashraf. Abu cUbaydah Macmar bin Muthanna telah menulis Kitab al-Ayyam dan Kitab al-Ayyam Bani Mazin wa Akhbariha, al-Zubayr bi Bakkar menghasilkan karya-karya seperi Kitab Akhbar al-cArab wa Ayyamihim, Kitab al-Aws wa alKhazraj dan Kitab Nasab Quraysh wa al-Akhbariha. Ini jelas menunjukkan pengaruh unsur-unsur perkabilahan yang berteraskan dari kebudayaan dan tradisi zaman Jahiliyyah dalam persejarahan Madrasah ahli Madinah (Ibid). b)
Penggunaan isnad dalam persejarahan Madinah adalah lebih rapi dan diberi
perhatian jika dibandingkan dengan persejarahan Iraq. Meskipun begitu, tidak dinafikan terdapat dikalangan sejarawan ahli Madinah menggunakan Isnad Jama’i. Kebanyakkan sejarawan Madinah terdiri daripada perawi-perawi thiqah yang diiktiraf oleh ahli hadith seperti Urwah bin Zubayr , al-Zuhri , Musa bin cUqbah, Mac’mar bin Rashid, Ibn Hisham, Ibn Sac’id dan al-Tabari. Mereka keseluruhan menunjukkan sikap keprihatinan terhadap penggunaan isnad atau sanad dalam mencatatkan sesebuah riwayat (Ibid). Sejarawan-sejarawan ahli Iraq kebanyakan mereka ini tidak menitik beratkan isnad atau sanad. Seperti Awanah bin al-Hakam, Sayf bin cUmar, abu Mikhnaf, Nasr
31
bin Muzahim, al-Haytam bin Day, Ibn Qutaybah al-Dinawari dan al-Ya’qubi. Hanya sejarawan sahaja yang mendapat pengiktirafan daripada ahli Hadith. Di antaranya ialah al-Asmaci, Mus’ab al-Zuhayri dan al-Madacini (Wan Kamal Mujani, 1997: 235). Dengan ini ternyata bahawa persejarahan ahli Madinah adalah lebih mengikuti metod ahli-ahli hadith yang menekankan ketelitian isnad dalam menyampai atau mencatatkan riwayat-riwayat (Abdul Jabbar Naji, 1983: 201). c)
Bagi sejarawan Madinah mereka lebih bersifat berkecuali daripada
menyokong mana-mana pihak atau gerakan yang bersengketa seperti Bani Umayyah dan Shi’ah. Secara umumnya sejarawan Madinah tidak melibatkan penulisan mereka dengan topik-topik yang menunjukkan kecenderungan kepada pihak tertentu atau menyentuh konflik semasa yang berlaku. Sebaliknya mereka memberi liputan yang meluas terhadap penulisan al-Sirah dan al-Maghazi Rasulullah s.a.w. Ini bersesuaian dengan suasana di Madinah yang menjadi tempat tinggal serta pusat pentadbiran Rasulullah s.a.w dan kebnayakan peristiwa-peristiwa al-Sirah al-Maghazi berlaku di situ. Memandangkan suasana di Madinah yang agak tenang dan tidak banyak berlaku konflik (Wan Kamal Mujani, 1997: 236). Sebahagian besar daripada persejarahan Iraq lebih memperlihatkan sikap menyokong pihak-pihak tertentu dan ini dapat dilihat berdasarkan topik yang ditulis atau bahan-bahan yang terkandung dalam penulisan mereka. Sebagai contoh Awanah bin al-Hakam yang begitu mengutamakan riwayat-riwayat bani Kalb telah menulis Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Sirah Muawiyyah wa Bani Umayyah yang memuatkan perihal kerajaan tersebut. Abu Mikhnaf pulah telah menulis kisah yang memihak kepada cAli bin Abi Talib yang berkaitan dengan Kitab Siffin, Kitab al-Jamal dan kitab Maqtal Ali (k.w), Kitab Maqtal al-Husayn (r.a) dan Kitab Maqtal Hujr bin Ady. Ini diikuti dengan Nasr bin Muzahim yang menulis beberapa kitab yang hampir sama tajuk dengan kitab Mikhnaf. Abu cUbaydah yang yang terlibat dalam gerakan alShucubiyyah telah menulis kitab-kitab yang berkaitan dengan Kitab al-Mawali, Kitab al-Mathalib dan lain-lain lagi. Manakala al-Ya’kubi pula cenderung untuk menulis buku yang berkaitan dengan Syiah dan telah memberi liputan yang meluas kepada alAkhbar yang berkaitan dengan golongan tersebut seperti Kitab al-Tarikh. Hasil-hasil penulisan Iraq ini lebih menekankan kepada qabilah dan pihak tertentu serta konflik yang kerap kali berlaku (Wan Kamal Mujani, 1997: 237).
32
d)
Hasil-hasil penulisan sejarawan Madinah adalah tertumpu kepada skop sejarah
sahaja seperti maklumat-maklumat al-Sirah dan al-Maghazi di samping beberapa peristiwa yang berlaku di zaman Khulafa’ ar Rashidin dan awal zaman kerajaan Bani Umayyah. Mereka telah menulis topik-topik baru dan telah keluar dari skop ini dan menulis topik yang berkaitan dengan geografi. Geografi sememangnya mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah serta persekitaran disekeliling yang memberi pengaruh yang hebat dalam penulisan sejarah (Wan Kamal Mujani, 1997: 237). Hisyam bin Muhammad Kabli ialah di antara sejarawan ahli Iraq yang arif tentang geografi dan banyak mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan. Beliau dianggap sebagai penulis awal yang menulis karya yang berkaitan dengan geografi. Sebanyak 10 buah buku berkenaan geaografi yang ditulis oleh beliau dan diantaranya ialah Kitab al-Aqalim, Kitab al-Anhar, Kitab al-Buldan al-Saghir dan Kitab al-Buldan alKabir dan Kitab al-Qismah al-Ardin. Kitab-kitab ini menyentuh hal yang berkaitan dengan Tanah Semenanjung cArab dan lain-lain tempat yang semulajadi, cuaca, tumbuh-tumbuhan, struktur ekonomi dan sosial penduduk kawasan-kawasan tersebut. Manakala cUbaydah pula menulis buku yang berkaitan dengan maklumat geografi, seperti Kitab al-Basrah, Kitab al-Sawad wa Fathihi dan Kitab Makkah al-Haram. Begitu juga dengan al-Asmaci, menulis perbahasan tentang geografi seperti Kitab alNabat wa al-Shajar. Abu Hanifah al-Dinawari juga telah menulis Kitab al-Anwa dan Kitab al-Nabat. Selain geografi sejarawan lain menulis tentang al-Kharaj seperti yang dihasilkan oleh al-Haytam bin Ady, al-Asmaci dan al-Ya’qubi (Ibid). 1.13 Metod Penulisan Sejarawan Islam Zaman Pertengahan : Tokoh dan Karya
Al-Mada’ini Nama sebenar beliau ialah Ali bin Muhammad bin cAbd Allah bin Abi Sayf alMadacini Maula Samurah bin Habib bin cAbd. Shams ibn. cAbd. Manaf dan Kunyahnya ialah Abu al-Hassan (Yaqut al-Hamawi, 124). Lahir pada tahun 135H di Basrah dan dibesarkan di situ. Al-Mada’ini berhijrah ke sebuah kawasan yang bernama al-Madacini untuk beberapa ketika, dan beliau telah dinisbahkan dan dikenali dengan nama al-Mada’ini. Kemudia beliau berhijrah pula ke Baghdad dan bermustautin di situ. Beliau hidup di zaman khalifah cAbbasiyyah di bawah lapan orang khulafa’ kerajaan cAbbasiyyah. Namun beliau hanya mempunyai hubungan
33
dengan khalifah Abu Ja’afar dan al-Ma’mun sahaja. Al-Madacini wafat pada tahun 225H semasa zaman pemerintahan al-Muctasim ketika berusia 90 tahun (Wan Kamal Mujani, 1997). Di dalam kajian (tesis) Wan Kamal bin Mujani 1997, beliau menyatakan antara guru-guru al-Madacini ialah terdiri daripada Qurrah bin Khalid, Juwariyyah bin Asma’, Awanah bin al-Hakam, Mubarak bin Fadalah, Hamad bin Salamah, Sallam bin Miskin, Mucammar bin cAbbad al-Sulami dan Ja’afar bin Hilal. Manakala anak murid beliau pula ialah terdiri daripada al-Zubayr bin Bakkar, Ahmad bin Abi Khaythamah, Ahmad bin al-Harith al-Khazzaz, al-Harith bin bai Usamah, al-Hassan bin cAli bin al-Mutawakkil dan Ahmad bin Zubayr. Wan Kamal bin Mujani 1997 menyatakan bahawa al-Madacini merupakan seorang sejarawan Islam ahl al-Iraq dalam kategori al-Akhbariyyun yang terkemuka dan terulung. Pengetahuan beliau dalam bidnag sejarah memang diakui oleh ulama Islam. Al-Khatib al-Baghdadi mencatatkan bahawa beliau merupakan seorang yang alim dalam Ayyam al-Nass, Akhabar al-cArab, Ansabuhum, dan ilman bi futuhu wa alMaghazi wa riwayat al-Syacir wa Suduq. Ibn al-Taghri Bardy telah mengkitiraf beliau dengan menyatakan beliau merupakan seorang yang thiqah dan beliau merupakan seorang tahib al-Tarikh, dan tarikhi ahsan al-tawarikh wa annhu akhuz al-nass tawarikhim. Al-Madacini telah menghailkan karya beliau sebanyak 200 buah kitab . Beliau merupakan seorang yang terbanyak menulis kitab di zaman kerajaan Bani c
Abbasiyyah. Bentuk karangan yang ditulis di atas helaian kertas yang terhad. Namun
sebahgaian penulisan beliau ini tidak sampai kepada generasi kita pada hari ini. Terdapat beberapa petikan riwayta beliau yang dicatatkan oleh al-Baladhuri, alTabari, al-Mas’udi, Abu al-Faraj al-Asfahani. Al-Madacini mengambil sumber daripada riwayat-riwayat Ibn Ishak, Abu Mikhnaf dan al-Waqidi. Beliau juga telah meluaskan skop penulisannya dengan mencatatkan riwayat-riwayat Ahl- al-Madinah dan riwayat Ahl al-Iraq. Ketika mencatatkan riwayat beliau sangat berhati dalam menulis dan beliau juga banyak menggunakan isnad seperti Ahl Al-Madinah yang lain (Syakir Mustafa, 118). Persejarahan al-Madacini ini banyak menceritakan peristiwa zaman Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah zaman kerajaan cAbbasiyyah. Besar kemungkinan juga kitab Tarikh al-Khulafa’ yang ditulis oleh beliau adalah kitab yang sama dengan kitab yang bertajuk Akhbar al-Khulafa’al-Kabir iaitu catatan mengenai hal ehwal Khulafa’
34
ar-Rashidin, Khulafa’ bani Umayyah dan Khulafa’
c
Abbbasiyyah. Ibn Nadim
mencatatkan bahawa al-Madac’ini telah menghasilkan kitab sebanyak 240 buah. Ianya meliputi beberapa topik seperti Akhbar al-Nabi s.a.w., Akhbar Quraysh, Akhbar Manakih, al-Ashraf wa Akhbar al-Nisa’, dan Akhbar al-Khulafa’, Akhbar al-cArab, Akhbar al-Shu’ara dan al-Futuh (Dr. Abdul Jabbar Naji, 201). Secara keseluruhan hasil karya beliau memperlihatkan yang pertama kecenderungan al-Madacini menulis tajuk yang pelbagai, komprohensif dan menyentuh pelbagai aspek. Kedua usaha al-Madacini yang begitu besar dalam menerajui pengumpulan dan penulisan riwayat yang sebelum ini kebanyakan riwayat tersebut dipendahkan secara lisan. Ketiga pengetahuan al-Madacini yang mendalam dalam bidang persejarahan disamping keupayaan merekod maklumat sejarah tanpa campur aduk mengikut topik yang tertentu. Mengikut pendapat ulama ramai diantara mereka tidak menolak riwayat alMadacini. Yahya bin Ma’in menyebut bahawa al-Madacini adalah seorang yang thiqah. Al-Tabari menyatakan beliau seorang pakar dalam Ayyam al-Nass Suduq Zalik. Termasuk al-Baghdadi yang mengiktiraf beliau, ini bermakn secara tidak langsung riwayat beliau ini diterima dan dipercayai (Ibid). Namun bagi pendapat sejarawan Barat atau Orientalis terhadap al-Madacini seorang sejarawan Islam yang mentik beratkan penggunana isnad sebagaimana kaedah Madrasah Ahl al-Madinah. Munurut Hamilton Gibb, sebahagian besar persejarahan al-Madacini adalah merupakan penulisan semula Kitab-kitab Abu c
Ubaydah Macmar bin al-Muthanna Wan kamal Mujani,1997: 164-165).
Ibn Qutaybah Nama sebenar beliau ialah cAbd, Allah bin Muslim bin Qutaybah al-Dinawari dilahirkan di Kufah pada tahun 213H. Keluarga beliau berasal dari Khurasan yang menetap di Marw. Ayahnya merupakan seorang ahli Hadith dan berpengetahuan tinggi dalam bidang keilmuan Islam. Ibn Qutaybah dibesarkan di Bahgdad dah disitulah beliau menimba ilmu pengetahuan dalam apelbagai bidang Hadith, Fiqh, Tatabahasa cArab, kesusasteraan dan Sejarah sehingga menjadi seorang tokoh ilmuan yang terkenal. Beliau sezaman dengan tokoh ulama yang terkenal seperti Abu Abd. Allah bin Salam al-Jumahi (w.231H), Abu Ya’qub Ishak bin Ibrahim (w. 231H, Abu Ishak Ibrahim bin Sufyan al-Ziyadi (w. 249H) dan Abu Hatim Sahl bin Muhammad
35
al-Sijistani
(w.
248H)
bnayak
membantu
serta
membuka
ruang
untuk
memperdalamkan pengetahuannya dalam bidang-bidang tersebut. Abu Qutaybah wafat di Kufah pada bulan Rejab tahun 276H dalam zaman pemerintahan Abu alc
Abbas Ahmad al-Mu’tamid (Ibn Khallikan,42). Antara guru Ibn Qutaybah ialah Muslim bin Qutaybah, Ahmad bi Sacid,
Yahya bin cUthman, Muhammad bin Ziyad bin Ucbayd, cAbd, Allah Muhammad bin Yahya, Abu Ya’qub Ishak Ibrahim dan ramai lagi. Manakala murid beliau pula ialah Ahmad bin Marwan al-Maliki, Abu al-Qasim Ibrahim bin Muhammad Ayyub, Abu Muhammad bin cUbayd Allah bin cAbd. Rahman, Abu al-Qasim cUbayd Allah bin c
Abd. al-Rahman bin Muhammad bin cIsa dan ramai lagi (Ibn Qutaybah, 20). Persejarahan Kitab al-Tarajim mencatatkan bahawa Ibn Qutaybah merupakan
tokoh ulama yang arif dalam bidang pelbagai bidang al-Qifti menyebut beliau merupakan seorang pakar Lughah, Nahw, Gharib al-Quran, Mu’aniyyah, al-Shayr dan al-Fiqh. Al-Khatib al-Baghdadi menyatakan beliau seorang Racsan fil Al-cArabiyyah wal Lughah wa al-Akhbar wa Ayyam al-Nass. Karya yang dihasilkan oleh beliau adalah sebanyak 31 buah kitab. Antara kitab yang dikarang oleh beliau ialah Kitab alMacarif dan Kitab Uyun al-Akhbar. Kitab al-Ma’arif merangkumi pelbagai maklumat ringkas yang bermula dari Bad al-Khaliqah sehinggalah ke zaman pemerintahan Khalifah Abu al-Abbas Ahmad al-Mu’tamid Ibn Qutaybah (Ibid). Mencatatkan Qisas al-Anbiya’ yang meliputi zaman, tempat, umur dan keturunan mereka. Ibn Qutaybah merujuk kepada riwaya-riwayat lisan dan bahanbahan bertulis sebagai sumber penulisannya. Beliau mengambil riwayat-riwayatIbn. Ishak, al-Waqidi dan Ibn al-Kalbi yang dianggap berautoriti dalam bidang masingmasing. Kitab ‘Uyun al-Akhbar yang membicarakan sejarah ketamdunan Islam tidak mengkhususkan isu-isu politik dan peristiwa semasa sebagai objektif utama penulisan. Kitab ini mengandungi 10 tajuk kecil lain seperti Kitab al-sultan yang mencatatkan prihal riwayat hidup Khulafa’, dasar pemerintah, gabenar-gabenor dan bidang kehakiman dalam sesebuah kerajaan. Ini termasuklah Kitab al-Harb yang membicarakan strategi-strategi peperangan, tipu muslihat dan bidang tungangan yang digunakan dalam peperangan (Wan Kamal Mujani,1997). Para ulama sejarawan kebanyakan meragui Kitab al-Imamah wa al-Siyasah sebagai salah satu hasil penulisan Ibn Qutaybah. Ianya mengandungi maklumat
36
sejarah Khilafah yang bermula dari zaman Rasulullah s.a.w sehingga ke zaman Khalifah Abu Jacafar al-Mansur cAbd Allah al-Ma’mun. Karaguan ini timbul berdasarkan dari beberapa faktor iaitu pertama keseluruhan penulis yang mencatatkan perihal Ibn Qutaybah seperti Ibn al-Nadim al-Ya’qut al-Hamawi tidak menyebutkan kitab ini sebagai karya Ibn Qutaybah melainkan al-Qadi Abu cAbd. Allah al-Tuzi di dalam kitabnya Silah al-Simt. Kedua Nama Ibn Qutaybah seperti di dalam Kitab alMacarif dan ‘Uyun al-Akhbar tidak disebutkan langsung dalam kitab ini (Ibid). Ketiga pengarang Kitab al-Imamah wa al-Siyasah mencatatkan dibeberapa bahagian bahawa beliau mengambil bahan-bahan penulisannya dari mereka yang hadir dalam pembukaan al-Andalus pada tahun 92H sedangkan Ibn Qutaybah lahir pada tahun 213H (Ibid). Manakala pandangan dari Orientalis pula seperti Wustenfeld mengaggap Kitab al-Macarif yang ditulis oleh Ibn Qutaybah sebagai persejarahan tulin masyarakat c
Arab. Ianya menjadi rujukan terpenting mengenai geneologi dan biografi tokoh-
tokoh terkemuka. Menurut J. Fueck kitab ini memperlihatkan idea pemikiran Ibn Qutaybah yang luas melalui pembicaraannya tentang sejarah dunia. Sebahagian besar Orientalis turut meragui Kitab al-Imamah wa Siyasah sebagai salah satu hasil penulisan Ibn Qutaybah, di antara mereka ialah De Gayangos, Dozy dan De Goeje (Ishak Musa Hussien, 55). Menurut Ismail, 2012 dalam penulisan buku beliau menyatakan bahawa secara umumnya Ibn Qutaybah boleh dianggap sebagai seorang yang genius kerana memiliki pelbagai kemahiran, bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan tetapi juga dalam aspek kerjaya lain. Ini terbukti apabila dilantik memegang jawatan Qadi di Dinawar yang menyebabkan beliau dikenali sebagai gelaran al-Dinawari. Selepas itu belia bertugas sebagai guru utama di salah sebuah institusi pendidikan tinggi milik kerajaan Baghdad.tuga ssebagai guru telah memberi banyak mada kepada beliau untuk menumpukan perhatian tehadap bidang penulisan. Hasilnya beliau telah berjaya mengahsilkan hampir 300 buah buku, namun yang dapat dikedan sekrang ni hanya 14 buah sahaja yang berjaya diterbitkan oleh pelbagai egensi penerbitan (Ismail Bakar, 2012).
37
1.14 Kesimpulan
Dapatlah disimpulkan bahawa persejarahan Madinah dan Iraq sebenarnya telah menyumbang penulisan sejarah Islam yang besar dalam penulisan mereka kepada masyarakat atau generasi hari ini. Kedua-dua pusat persejarahan ini telah sama-sama menyumbang kearah pembangunan persejarahan Islam. Perkembangan ini diangggap positif dalam membantu untuk memperkayakan aspek metodologi dalam penulisan sejarah Islam. Para sejarawan terkemudian telah mendapat banyak manfaat daripada penulisan kedua-dua aliran ini. Walaupun terdapat perbezaan dalam kedua-dua aliran ini namun sebahagiannya terdapat pendekatan diambil sama seperti pengambilan puisi dan prosa dalam penulisan mereka. Penggunaan kedua-dua pola ini jelas ada kaitan dengan budaya masyarakat cArab yang ratarata meminati bidang itu, walaupun tidak banyak kaitan dengan fakta sejarah yang dipaparkan.
38
1.15 Rujukan c
Abbas, Ihsan. 1992. Fan al-Sirah. Ed ke-6. cAmman: Dar al-Shuruq.
c
Abbas, Ihsan. 1990. Tarikh Bilad al-Sham Min al-Qal al-Islam Hatta Bidayah al-cAsr al- Umawi. c
c
Amman: Al-Matba’at al-Jamaciah al-Urduniyyah.
Abd. al-Karim cAbd al-cAziz bin Muhammad. 1993.Wad al-Mawali fi al-Dawlah al-Umawiyyah. Ed ke-4. Beirut: Mu’assasat al-Risalah.
c
Abd. Karim al-Muwaffak bin cAbd. Allah. 1993. Tawthiq al-Nusus wa Dabtuha Ind al-Muhaddthin. Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah.
c
Abd. Rahman cAbd. al-cAlim. 1993. Al-Muslimun wa Kitabat al-Tarikh. U.S.A: al-Machad al-cAlami lil Fikr al-Islami.
c
Abd. Jabbar Naji & cAbd. Hussain al-Mubaraq. 1983. Famous Scholars of Basrah (A Study of the
City’s Cultural Constributions). University al-Basrah: Center for cArab Gulf Studies Publications. Abu Rayyah, Muhammad. 1976. Adwa ala al-Sunnah al-Muhammadiyyah aw-Difa’ an al-Hadith. Ed ke-4. Misr: Dar al-Ma’ruf. Abu Syuhbah, Muhammad bin Muhammad. 1992. Al-Sirah al-Nabawiyyah fi Daw’ al-Daw al-Qur’an wa al-Sunnah. JId 1. Ed ke 2. Dimishq: Dar al-Qalam. Abu Si’dah, Shafiq cAbd. al-Raziq. 1990. Fi Malamih al-cAdab al-cArabi fi Zilal al-Umawiyyun. t.tp: t.tp. Abu Zayd, Bakr. 1987. Tabaqat al-Nassabin. Ed ke 2. Al-Riyad: dar al-Ruhd. Al-Abyari, Ibrahim. 1984. Al-Mawsucah al-Qur’aniyyah. Jil 1. T.tp: Mu’assasat al-Sijl al-cArab. Al-Abyari, Ibrahim. T.th. Tarikh al-Qur’an. Beirut: Dar al-Shuruq. Adham, Ali. 1974. Bacd Mu’arrikhi al-Islam. T.tp: al-Mu’assasat al-Arabiyyah. Al-Adwi, Ibrahim Ahmad. 1963. Ibn cAbd. al-Hakam Ra’id al-Mu’arikhi al-cArab. Al-Qaherah: Maktabah al-Anglo al-Misriyyah. Ahmad, Ahmad Ramadan. 1989. Tatawwur ‘Ilm al-Tarikh al-Islami al-Nihayat al-Usur al-Wusta. AlQaherah: al-Hay’ah al-Misriyyah al-Arab lil Kitab.
39 c
Abdul cAziz, Salim.1997. Al-Tarikh wa al-Mu’arikhun al-cArab, Mu’assasah Syabab al-Jamicah. Mesir: Iskandariyah.
Ahmad Ramadhan Ahmad. 1989. Tatawwur cIlm al-Tarikh al-Islami. Cairo: Hai’ah al-Misriyyah alAmmah li al-Kitab. Al-Tabari, Abi Jacafar al-Jarir. 1999. Tafsir Jamice al-Bayan. Beirut: Dar al-Kutubal-‘Ilmiyyah. Al-Tabari, Abi Ja’afar al-Jarir. T.t. Tarikh al-Rusul wa al-Muluk. Beirut: Dar Suwaydan. Al-Ya’qubi, Ahmad Abi Yacqub. 1962.: Mushakalat al-Nas li- Zamanihim. Beirut : W Willward (ed.). Armstrong, K. 1993. A History of God. New York: Ballantine Books. Chase Robinson. 2003. Islamic Historiografi. London: Cambridge Universiti Press. Hitti, P.K. 1964. History of the cArabs. New York: Mac Millan & Co. Ltd. Ismail Bakar. 2012. Sejarah Historiografi Islam. Bangi: UKM
Ibn Qutaybah al-Dinawari. 1990. Al-Imamah wa al-Siyasah al-Makruf bi Tarikh al-Khulafa’. Jil 1. Beirut: Dar al-Adwa’. Ibn Sayyid al-Nas. 1974. cUyun al-Athar fi Funun al-Maghazi wa al-Shama’il wa al-Siyar, jil. 1. Beirut: Dar al-Jayl. Ibn Qutaybah al-Dinawari. 1963. cUyun al-Akhbar. Jil 1. Al-Qaherah: al-Mu’assat al Sijl al-cArab. Muhammad Abdul Wahab Fadl. 1988. Al-Tarikh wa Tatawwuruhu fi Diyar al-Islam. Mesir: Matba’ah al-Amanah.Misriyyah al-Ammah.
Muhayudin Hj. Yahaya. 1984. Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya. Bangi: Sarjan (M) Sdn Bhd. Qasim Yazbik.1990. Karya Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan bahasa & Pustaka. Tarif Khalidi. 1975. Islamic Historiografi, the Histories of Mas’udi. Albany: State University of New York Press. Syakir Mustafa. 1983. Al-Tarikh al-cArabi wa al-Mu’arikhun. Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayeen. Rosenthal, F. 1968. A History of Muslim Historiografi. Leiden: E.J. Brill. Smith, F. 1964. The Historian and History. New York: Alfred A. Knopf.
Wan Kamal Mujani. 1997. Persejarahan Islam sehingga 310 Hijrah/923 Masihi: Satu Kajian Perbandingan antara Metodologi Aliran al-Madinah dan al-Iraq. Bangi: UKM