1
KARYA DAN KETOKOHAN IBN ISHAQ DALAM SIRAH RASULULLAH S.A.W ZURIANI BINTI IBHRIM
1.0 Pengenalan Kajian ini dibuat untuk melihat apakah karya yang telah dihasilkan oleh Ibn Ishaq dalam penulisan persejarahan Islam di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat, serta mengkaji sejauhmana hasil karya Ibn Ishaq diiktiraf oleh ulama dan pandangan mereka terhadap karya yang dihasilkan oleh Ibn Ishaq . Metod yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kualitatif. Dapatan kajian ini penulis mendapati terdapat sedikit percanggahan daripada ulama, ada yang menerima dan mengiktiraf karya Ibn Ishaq dan ada yang bersikap sederhana dan ada juga yang mengkritik dan menolak karya Ibn Ishaq kerana menyifatkan beliau (Ibn Ishaq ) tidak thiqah dan berfahaman Syiah dan ada juga mengelar beliau berfahaman Qadariah. Namun selepas penulis mengakaji tentang penulisan Ibn
Ishak penulis mendapati bahawa
Muhammad bin Ishaq atau Ibn Ishaq adalah seorang tokoh sejarawan yang terkenal dan terkemuka dalam dunia pensejarahan awal Islam. Keupayaan Ibn Ishaq lebih terserlah jika dibandingkan dengan sejarawan-sejarawan terdahulu
dari
perspektif
pengetahuannya
yang
lebih
universal,
kemampuannya
menghimpunkan maklumat-maklumat daripada pelbagai sumber dan kebolehannya menyusun dengan baik data-data yang telah dikumpulkan. Penulisan beliau yang bertajuk Kitab al-Mubtada’ wa al-Mabcath wa al-Maghazi memperlihatkan hasil pemahamannya yang lebih luas mengenai Sirah dan Maghazi berbanding dengan karya-karya yang lebih awal dan sezaman. Ini kerana ia merangkumi sejarah para nabi sebagai pendahuluan dan perihal para sahabat yang disusun berdasarkan metodologi penulisan yang lebih terancang dan menarik. Meskipun Ibn Ishaq menerima kecaman hebat daripada sebilangan ulama Hadith tetapi sumbangan dan peranan beliau dalam
perkembangan bidang pensejarahan Islam
adalah sesuatu yang tidak dinafikan apabila mendapat pengiktirfan Muhammad bin Muslim al-Zuhri dan Muhammad bin Idris al-Shafice. Dakwaan dan tohmahan yang mempertikaikan kewibawaan Ibn Ishaq juga memerlukan kepada penilaian semula kerana sebahagian besar tokoh ulama Hadith yang lain telah mengambil sikap memihak dan mempertahankan beliau.
2
Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang sejarah malahan belaiu juga mahir dalam bidang Hadith. Apabila berlaku perselisihan pendapat oleh ulama samada
ahli sejarah
mahupun ahli Hadith, ini telah menyebabkan pelbagai pihak yang menyokong atau memihak penulisan beliau dan ada sebahagian yang lain pula bersikap sederhana menyokong dan ada sebahagian ulama yang lain adalah terus menolak kethiqahan Ibn Ishaq . Ibn Ishaq hidup diantara tahun 80H hingga 151H.Ini bermakna beliau sempat merasai zaman dua khilafah iaitu Khilafah Bani Umayyah dan Bani cAbbasiah. Beliau juga sempat bersama dengan zaman 12 orang khalifah iaitu cAbdul Malik Marwan, al-Walid bin cAbd. Malik, Sulaiman bin cAbd. Malik, Sayyidina cUmar bin cAbd cAziz, Yazid bin cAbd. Malik, Hisyam bin cAbd. Malik, al-Walid bin Yazid, Yazid bin al-Walid, Ibrahim bin al-Walid, Marwan bin Muhammad, Abu al-cAbbas al-Saffah dan Abu Jacafar al-Mansur.
1.1 Siapakah Ibn Ishaq ? Nama sebenarnya Muhammad bin Ishaq bin Yasar bin Khiyar al-Madani adalah bekas hamba kepada keluarga Qays bin Makhramah bin Muttalib bin cAbd Manaf bin Qusay (alMizzi 1992:405). Terdapat pendapat yang berbeza pada nama moyang beliau, iaitu sama ada Khiyar atau Kuthan. Ada pendapat lain mengatakan nama moyangnya Kutan dan ada pendapat mengatakan Kuman (al-Dhahabi 1988/1409,7:33). Namun, menurut Muhammad Hamidullah (m.2002), kedua-dua nama tersebut adalah tepat kerana Kuthan telah ditawan dalam peperangan pada tahun 12H (Ahmad Saifuddin Yusof, 2013: 9).
Apabila dia memeluk Islam, namanya ditukar kepada Khiyar (Muhammad Hamidullah,1967: 2). Al-Baghdadi (m.463H) menukilkan beberapa riwayat
yang
menjelaskan tentang kunyah lbn Ishaq. Ada pendapat yang mengatakan kunyah beliau ialah Abu Bakr manakala pendapat lain mengatakan Abu cAbd. Allah (al-Baghdadi 2001/1422, 2: 9-ll). Beliau dilahirkan pada tahun 80H (al-Dhahabi 1988/1409, 7:33) atau 85H di Madinah. Menurut Mustafa al-Saqa dan lain-lain, tahun 85H adalah yang paling tepat (Ibn Hisyam t.th., jil. 1: 14; Muhammad Surur 1988/1408, 88; Sizkin l991/l411,jil.1: 87). Keturunan Ibn Ishaq telah ditawan dalam Peperangan 'Ayn al-Tamar (Al-Dhahabi 1988/1409, 7:33-34; Ibn Khallikan t.th., 4: 276.) yang berlaku semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakr al-Siddiq pada tahun 12H (Ibn Hisyam t.th., jil. 1: 14). Perselisihan berlaku antara ulama tentang individu
3
yang ditawan dalam peperangan tersebut. Ibn Sacd (m. 230H), Ibn Khallikan (m. 681H), alDhahabi (m. 748H) dan lain-lain berpendapat bahawa individu yang ditawan itu adalah Yasar (al-Dhahabi 1988/1409, 7 :33 Ibn Khallikan t.th.,4:27) manakala menurut al-Baghdadi (2001/ l422,2: 9), individu berkenaan adalah Khiyar (Ahmad Saifuddin Yusof, 2013: 10). Menurut Muhammad Hamidullah, pendapat yang lebih tepat adalah Khiyar kerana beliau telah ditawan dalam peperangan tersebut pada tahun 12H semasa masih kanak-kanak. Kemudian, beliau dikurniakan anak bernama Yasar pada tahun 20H, seterusnya Yasar mendapat anak bernama Ishaq pada tahun 53H, dan Ibn Ishaq dilahirkan pada tahun 85H. Sekiranya Yasar telah ditawan pada tahun 12H, maka beliau harus menunggu sehingga tahun 53H untuk mendapat anak bernama Ishaq, ayah kepada Ibn Ishaq (Muhammad Hamidullah 1967:,2). Sejak usia yang masih muda lagi, Ibn Ishaq telah menumpukan perhatian mempelajari dan meriwayatkan Hadith. Sebahagian besar daripada masanya diperuntukkan mendampingi ayah serta dua orang bapa saudaranya, iaitu Musa bin Yasar dan cAbd. al-Rahman bin Yasar. Meraka adalah ulama yang terkenal dalam pelbagai bidang keilmuan seperti puisi, fekah, Hadith, Maghazi, perihal bangsa cArab dan keturunannya (al-Hamawi, 1938: 5). Ibn Ishaq juga belajar daripada tokoh-tokoh sejarawan Madinah yang terkemuka seperti cAbban bin c
Uthman bin cAffan, al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr, cAsim bin cUmar bin Qatadah,
Muhammad bin Muslim al-Zuhri, Yazid bin Ruman, cAbd. Allah bin Abi Bakr bin Hazm, Musa bin cUqbah dan al-Mughirah bin Labid. Keadaan ini secara langsung telah membentuk beliau menjadi seorang yang arif dalam pelbagi ilmu pengetahuan terutama dalam Sirah dan Maghazi Rasulullah s.a.w. (Lewis & Pellat 1971:810).
Selepas tinggal di Madinah selama lebih kurang 30 tahun, Ibn Ishaq berhijrah ke beberapa tempat lain. Pada tahun 115 H beliau telah ke Iskandariyyah dan di situ beberapa tokoh ulamak Mesir seperti Yazid bin Abi Habib dan Qays bin Abi Yazid telah meriwayatkan Hadith-Hadith daripadanya (Ibn Hisham t.th. 14). Ibn Ishaq seterusnya berpindah ke Kufah, Jazirah, Rayy dan akhir sekali ke Baghdad. Kekerapan penghijrahan Ibn Ishaq menyebabkan periwayat-periwayat beliau lebih ramai di luar Madinah. Hanya Sacd sahaja dari Madinah yang meriwayatkan Sirah al-Maghazi daripada beliau.Ibn Ishaq juga mempunyai hubungan yang baik dengan salah seorang pemerintah kerajaan cAbbasiyyah, iaitu khalifah Abu Jacfar al-Mansur (Ibn Khallikan 1972: 277).
4
Ibn Ishaq telah meninggal dunia di Baghdad, Iraq. Ada pendapat menyatakan beliau meninggal pada tahun 144H, (al-Baghdadi 2001/l422,2: 34), 149H (Ibn Qanfadh alQasnatini, 184/1403: 128) 150H, 151H, l52H (al- Dhahabi 1988/1409,7: 55) dan 153H (Ibn Khallikan t.th., 4: 288). Walau bagaimanapun, Ibn Khallikan berpendapat bahawa tahun 151H adalah lebih tepat. Jenazah Ibn Ishaq telah dikebumikan di sebuah tempat di Baghdad bernama al-Khayzuran (al-Hamawi, 1938: 411).
Antara murid Ibn Ishaq yang terkemuka dan telah meriwayatkan sirah daripada beliau ialah Ibrahim bin Sacd al-Zuhri (m: 183H): Yunus bin Bukayr al-Syaybani (m. 199H), Salamah bin Fadl al-Razi (m. 191H), Muhammad bin Salamah al-Harrani (m. 191H), Ziyad bin cAbd. Allah al-Baka’i (m.187H), cAbd Allah bin Idris al-Awdi (m. 192H), Yahya bin Sacid bin cAban al-Umawi (m. 194H), Jarir bin Hazim bin Zayd al-Azdi (m. 170H) dan Harun bin Abi ‘Isa al-Syami (m. 190H) (al-Tarabisyi 1994/l4l4, 57; Muhy al-Din Dib Mastu 2000/1420, 261,-264). Selain itu, ramai lagi murid-murid beliau seperti yang dikemukakan oleh al-Mizzi dan al-Dhahabi (al-Dhahabi 1988/1409, 7:35; al- Mizzi 1982/ 1402, 24 410-41) (Ahmad Saifuddin Yusof, 2013: 15).
1.2 Karya Ibn Ishaq Beberapa maklumat tentang karya-karya Ibn Ishaq telah diambil, antaranya daripada tulisan Dr.Fuad Sizkin. Beliau telah menyenaraikan beberapa karya Ibn Ishaq termasuk karya-karya lain yang dinisbahkan kepada Ibn Ishaq. Karya-karya berkenaan ialah: kitab as-Sirah anNabawiyyah tulisan awal mengenai perjalanan hidup (sirah) Rasulullah s.a.w. yang sampai kepada tangan kita ditulis Ibn Ishaq. Melalui kitabnya, Ibn Ishaq dengan sangat baik telah mendokumentasikan riwayat hidup Rasulullah SAW kisah bergabungnya orang-orang lemah dan tokoh-tokoh besar Quraisy ke dalam barisan Islam, serta pelbagai perkara yang berlaku kepada Nabi Muhamad s.a.w sehingga urusan rumah tangganya. Di antara karya Ibn Ishaq yang lain adalah kitab Tarikh al-Khulafa` dan as-Siyar wa al-Maghazi yang merupakan rujukan dan sumber primer kitab as-Sirah an-Nabawiyyah-nya Ibn Hisyam. Jadi, tanpa Ibn Ishaq, Ibn Hisyam belum tentu dapat melahirkan kitab sirah-nya yang tersohor itu dan menjadi rujukan primer bagi generasi setelahnya. Di samping Ibn Hisyam, masih ramai lagi ulama-ulama besar yang mengambil pengetahuan atau sumber terawal dari Ibn Ishaq sebagaimana dikemukakan oleh Abu az-Zar’ah ad-Dimasyqi (Ahmad Saifuddin Yusof, 2013: 24-25).
5
Kitab al-Maghazi Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: i)
al-Mubtada
ii)
al-Mabcath
iii)
al-Maghazi
Karya ini merupakan naskah daripada riwayat Yunus bin Bukayr (m. 199H). Manuskrip karya ini terletak di al-Maktabah al-Qarawiyyin di Faz, Maghribi bernombor 202, sebanyak 150 halaman. Selain itu, terdapat di al-Maktabah al- Zahiriyyah, Syria bernombor 150, sebanyak 157 hingga 173 halaman. Ibn Hisyam (m. 183H) telah melakukan semakan pada Sirah Ibn Ishaq yang diriwayatkan daripada murid Ibn Ishaq iaitu Ziyad bin cAbd. Allah alBakka’i (m. 187H). Ibn Hisyam (m. 183H) telah menyaring kembali riwayat-riwayat serta syair-syair yang terdapat pada riwayat Ibn Ishaq Ini menepati apa yang dikemukakan oleh Ibn Hisyam (m. 183H) di dalam manhaj beliau terhadap penulisan kembali karya ini (Ahmad Saifuddin Yusof, 2013: 19-20), Beliau berkata: “Insya Allah saya memulakan buku ini dengan menyebut Isma'il bin Ibrahim, dan orang yang melahirkan Rasulullah s.a.w. daripada anaknya (Isma'il) dan anakanak mereka dan keturunan mereka. Pertama sekali adalah (tentang) daripada Isma'il (hingga) kepada Rasulullah s.a.w. dan apa yang berlaku (dalam kalangan) mereka. (Saya) meningggalkan kisah tentang orang lain dalam kalangan anak-anak Isma'il adalah untuk meringkaskan (tulisan ini) kepada kisah sirah Rasulullah s.a.w. dan (saya) tinggalkan sebahagian daripada kenyataan Ibn Ishaq di dalam buku ini daripada apa yang bukan daripada Rasulullah s.a.w. yang disebutnya. (Terrnasuk) apa-apa peristiwa yang tidak diturunkan al-Quran mengenai peristiwa berkenaan. Serta tidak ada sebab (yang wajar) yang terkandung dalam buku ini, tiada penafsiran padanya dan tidak ada hujah (yang kuat) padanya. Penyataan saya ini adalah untuk meringkas (sahaja). Syairsyair yang terkandung di dalamnya, saya dapati tiada seorang pun dalam kalangan ahli ilmu yang mengetahuinya, sebahagiannya tidak sesuai dibincang, sebahagian yang lain menghina orang lain, sebahagiannya tidak diakui oleh al-Bakka'i dalam periwayatannya. Saya (hanya) mengemukakan -insha Allah - riwayat yang lain adalah diakui (oleh Ibn Ishaq) adalah hasil periwayatan dan keilmuan (beliau) dengannya” Ibn Hisham (1998/1418, jil.1 :64-65). Menurut al-Khatib al-Baghdadi (t.th. 221), Ibn Ishaq mengarang kitab ini untuk al-Mahdi dengan perintah Khalifah al-Mansur yang mengarahkannya berbuat demikian. Josef Horovits (1927, 172-174) pula berpendapat Ibn Ishaq menulis kitab tersebut bukanlah disebabkan arahan Khalifah al-Mansur tetapi beliau menulis ketika berada di Madinah lagi. Ini
6
berdasarkan keseluruhan riwayat yang diambil oleh Ibn Ishaq adalah sumber Madinah serta Mesir dan tiada satu pun riwayat daripada Iraq. Kitab yang dihasilkan oleh Ibn Ishaq ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu pertama al-Mubtada’, kedua al-Mabcah dan ketiga al-Maghazi (Wan Kamal Mujani, 1999:24-25), (Anon 2009: 37-38).
i)
al-Mubtada’ Meliputi sejarah pra Islam bermula daripada kejadian alam. Bahagian ini boleh dibahagikan kepada tiga fasal iaitu:
1) Fasal pertama: Sejarah perutusan nabi-nabi dan penciptaan alam sehingga Nabi Isa a.s..Ibn Ishaq turut mencatatkan kisah-kisah umat Islam terdahulu seperti kaum cAd,Thamud, Tasm dan Jadis. 2) Fasak kedua: Sejarah Yaman pada zaman Jahiliyyah. Catatan ini dititikberatkan oleh Ibn Ishaq kerana terdapat beberapa maklumat mengenainya yang disebut dalam alQur’an seperti Ashab al-Ukhdud dan Ashab al-Fil. Ibn Hisham dan al-Tabari telah mencatat dan merekodkan sebahagian daripada fasal kedua ini.(Nassar,1966:226) 3) Fasal ketiga: sejarah suku-suku cArab dan penyembahan berhala oleh mereka sebelum kedatangan Islam. 4) Fasal keempat: cataran tentang keturunan Nabi Muhammad s.a.w. serta anutan kefahaman dan bidang keagamaan penduduk Makkah. Kebayakkan maklumat daripada al-Mubtada’ tidak diambil oleh Ibn Hisham tetapi al-Tabari mencatatkan sebahagian besar daripadanya terutama riwayat-riwayat yang berkaitan dengan sejarah para nabi. Dalam bahagian ini, Ibn Ishaq tidak begitu prihatin terhadap kaedah isnad terutamanya dalam fasal pertama (Wan Kamal Mujani, 1999:2425).
ii)
Al-Mabcath
Bahagian ini meliputi riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah sehingga tahun pertama Hijrah. Ibn Ishaq turut mencatatkan senarai nama tertentu, seperti golongan para sahabat yang awal memeluk Islam, para sahabat yang turut berhijrah ke Habsyah, para sahabat yang menghadiri perjanjian
al-cAqabah dan para sahabat dari golongan
Muhajirin dan Ansar yang dipersaudarakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam bahagian ini, Ibn Ishaq lebih menitik beratkan isnad dan kebanyakkan riwayat diambil daripada sumber Madinah. Beliau turut merujuk kepada sumber-sumber bertulis seperti surat
7
perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan suku-suku cArab yang lain yang menetap di Madinah untuk mengdakan pakatan kerjasama ini disusun secara kronologi (Horovits, 1927:175), (Wan Kamal Mujani, 1999:24-25).
iii)
Al-Maghazi
Bahagian ini meliputi riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah sehingga kewafatan baginda termasuk peperangan yang disertai olehnya.Turut dicatatkan ialah senarai nama mereka yang terlibat dalam beberapa peperangan seperti golongan Ansar dan Muhajirin yang menyertai perang Badr, golongan Musyrikin yang di tawan dalam peperangan tersebut, tentera Islam yang syahid dalam peperangan Uhud dan tentera Musyrikin yang terbunuh dalam peperangan tersebut (Guillaume, t.th: 327-320). Kebanyakan riwayat disebut isnadnya. Ibn Ishaq mengambil riwayat-riwayat tersebut dari sumber Madinah terutamanya daripada Asim bin Umar bin Qatadah, al-Zuhri dan ‘Abd. Allah bin Abi Bakr bin Hazm. Beliau menyusun peristiwa–peristiwa dalam bahagian ini secara kronologi (Wan Kamal Mujani, 1999: 25).
Secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa Ibn Ishaq telah mengaplikasi gaya bahasa penulisan para ahli Hadith yang mementingkan sebutan isnad dan para pengisah yang tidak menitik beratkan isnad. Beliau turut menggabungkan di antara riwayat-riwayat Hadith dan riwayat-riwayat yang berunsur Israiliyyat serta kisah-kisah rakyat dan menyelangnya dengan puisi. Dengan ini penulisan Ibn Ishaq lebih komprehensif kerana merangkumi pelbagai maklumat daripada sumber Islam dan bukan Islam (al-Duri, 1960: 28). Ibn Ishaq juga menyusun peristiwa-peristiwa berdasarkan kronologi dan di antaranya wujud kesinambungan plot penceritaan (Amin t.th:332), (Wan Kamal Mujani, 1999:24-25).
8
1.3 Kitab As-Sirah An-Nabawiyyah-Nya Ibn Hisyam Kitab as-Sirah an-Nabawiyyah merupakan sebuah kitab yang ditulis anak murid Ibn Ishak iaitu Ibn Hisyam yang menulis perjalanan hidup (sirah) Rasulullah s.a.w. yang sampai kepada tangan kita. Apa yang dibahaskan dalam kitab tersebut adalah berkaitan dengan Peristiwa Isra’ Mi’raj. Di dalam bab 74 dan 75. Hadits Riwayat Ummu Hani' tentang Peristiwa Isra' Ibn Hisham melalui Kitab Sirah Nabawiyyah dalam Jilid II
Ibnu Hisyam berkata bahawa seperti disampaikan kepadaku dari Ummu Hani' binti Abdul Muththalib Radhiyallahu Anha (nama aslinya Hindun) tentang isra' Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam di-isra'-kan ketika beliau sedang berada di rumahku. Pada malam itu, beliau tidur dirumahku. Beliau solat Isya', kemudian tidur dan kita (Ummu Hani) juga tidur. Menjelang Subuh, beliau mengejut aku (Ummu Hani). Setelah beliau solat Subuh dan setelah aku solat Subuh bersamanya, beliau berkata: 'Wahai Ummu Hani', sungguh aku telah solat Isya' akhir di lembah ini seperti yang sedang engkau lihat, kemudian aku datang ke Baitul Maqdis dan solat di dalamnya, kemudian aku mengerjakan solat Subuh bersama kalian sekarang seperti yang kalian lihat.'( Umar Abd Salam Tadmuri, 1991: 52)
Kemudian Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam keluar dan aku tarik ujung pakaiannya hingga perut beliau terlihat dan perut beliau seperti kain Mesir yang dilipat. Aku berkata kepada beliau: 'Wahai Nabi Allah, jangan ceritakan peristiwa ini kepada manusia, sebab nanti mereka mendustakanmu dan menyakitimu.' Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, 'Demi Allah, aku pasti menceritakan peristiwa ini kepada mereka.' Ketika Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bertemu dengan manusia, beliau bercerita kepada mereka dan mereka merasa kehairanan. Mereka berkata: 'Hai Muhammad, apa buktinya, sebab kami tidak pernah mendengar cerita seperti ini sebelumnya ( Umar Abd Salam Tadmuri, 1991: 52)
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: 'Buktinya, aku melawat kafilah Bani Fulan di lembah ini dan di lembah itu. Mereka lari lintang-pukang karana mendengar suara haiwan. Aku panggil mereka ketika aku sedang berjalan ke arah Syam. Aku terus
9
berjalan hingga tiba di daerah Dhajanan, aku melawat kafilah Bani Fulan dan mendapati kafilah tersebut sedang tidur. Mereka mempunyai tempat berisi air dan menutupinya dengan sesuatu, kemudian aku buka tutupnya, minum air yang ada di dalamnya dan menutupinya lagi seperti semula. Bukti lain, bahawa kafilah tersebut sekarang singgah di Baidha' di Tsaniyyatun Tan'im. Mereka didahului unta berwarna abu-abu dan di unta tersebut terdapat dua karung; satu karung berwarna hitam dan karung satunya bersinar (putih)’ ( Umar Abd Salam Tadmuri, 1991: 53)
Orang-orang segera pergi ke Tsaniyyah dan mereka mendapatkan apa yang telah dijelaskan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kepada mereka. Mereka bertanya kepada kafilah tersebut tentang bejana air, kemudian kafilah tersebut menjelaskan bahwa mereka mengisinya penuh dengan air dan menutupnya setelah itu tidur. Ketika mereka bangun tidur didapati bejana tersebut tertutup seperti semula, namun mereka tidak mendapatkan air di dalamnya. Mereka juga bertanya kepada orang-orang lain di Makkah, kemudian orang-orang yang ditanya tersebut menjawab, 'Demi Allah, dia berkata benar. Sungguh, kita lari kelang kabut di lembah seperti yang dia sebutkan, kemudian kami mendengar suara orang memanggil dan kami datang kepadanya."( Umar Abd Salam Tadmuri, 1991: 53).
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Menyuruh Ali bin Abu Thalib Radhiyallahu Anhu Tidur di Ranjang Beliau bab 75 Kesetiaan para sahabat
Abdullah bin Abbas berkata, "Malaikat Jibril datang kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan berkata kepada beliau. 'Pada malam ini engkau jangan tidur di katil yang biasa engkau tidur.' Pada pertengahan malam, para pemuda pilihan Quraisy berkumpul di pintu rumah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam untuk mengintip bila beliau tidur. Jika beliau telah tidur, mereka akan menyerang beliau dengan tiba-tiba. Ketika Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengetahui tempat mereka, beliau berkata kepada Ali bin Abu Thalib, 'Tidurlah di katilku dan kenakan selimutku dari Al-Hadhrami yang berwarna hijau ini,karana sesungguhnya
tindakan
mereka
yang
engkau
benci
tidak
akan
menimpamu.' Biasanya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengenakan selimut tersebut jika beliau tidur." '( Umar Abd Salam Tadmuri, 1991: 125)
10
Ibn Ishaq berkata bahawa Yazid bin Ziyad berkata kepadaku dari Muhammad bin Ka'ab Al-Quradzi yang berkata, "Ketika para pemuda Quraisy berkumpul di depan pintu rumah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, mereka ditemani Abu Jahal. Abu Jahal berkata kepada mereka, 'Sesungguhnya Muhammad mengesyaki bahawa jika kalian mengikutinya, kalian akan menjadi pemimpin bagi orang-orang Arab dan orang-orang nonArab, kalian dibangkitkan setelah kematian kalian dan kalian diberi syurga seperti taman Yordania. Jika kalian tidak mengikutinya, kalian akan disembelih, kalian dibangkitkan setelah kematian kalian, kalian diberi neraka dan dibakar olehnya'." '( Umar Abd Salam Tadmuri, 1991: 126)
Kritikan: Namun menurut Ustaz Muhammad Asri Yusoff 2011 pula telah mengkritik Ibn Ishak di dalam bukunya bahawa Muhammad bin Ishaq dianggap oleh kebanyakan orang sebagai ‘Bapa Sirah’ dan ‘Ketua Ahli-ahli Sejarah’. Beliau terbilang di antara orang-orang yang pertama menulis buku maghazi dan sirah, lantaran itu segolongan orang menganggap katakata dan pendapat-pendapat Ibn Ishaq sebagai kata pemutus. Terlalu banyak riwayat Ibn Ishaq yang di muatkan oleh muridnya Ibnu Hisyam dalam kitab ‘ Sirah Ibnu Hisyam’ yang mengandungi unsur-unsur fahaman syiah seperti, Pengkhianatan terhadap Nabi saw. Antaranya Kisah Isra’ & Mikraj di mana Ibn Ishak berkata Nabi saw. di isra’kan daripada rumah Ummu Hani Bt Abd Talib yang suaminya memusuhi Islam pengkhianatan terhadap Nabi saw. Manakala yang kedua pula Ustaz Muhammad Asri Yusoff menyatakan bahawa Ibn Ishak Mengagungkan Saidina Ali Kisah Hijrah di mana Saidina Ali mengganti tempat tidur Nabi saw. sedangkan riwayat Imam Bukhari mengatakan bahwa Nabi saw. berhijrah daripada rumah Abu Bakar pada waktu tengah-hari.
Namun bagi penulis kita perlu mengkaji terlebih dahulu apa yang cuba disampaikan Ibn Ishak kepada masyarakat Islam amnya, mereka harus mengkaji sedalam dalamnya perkara yang tidak pasti dan janganlah mencerca dan mempertikaikan tentang kehebatan penulisan Muhammad bin Ishak . Biar lah ilmu yang diperolehi benar dan disampaikan itu benar juga benar, jitu, asli dan dipercayai sumbernya. Adalah begitu tidak tepat penuduh Ibn Ishaq tidak menitik beratkan isnad dalam periwayatan beliau Kerana sesungguhnya keunggulan ilmu dan pengetahuan beliau dalam bidang tersebut telah mendapat pengiktirafan daripada al-Zuhri, Iman Shafi’e, Sufyan bin ‘Uyaynah dan ramai lagi.
11
1.4 Hadith-Hadith Riwayat Ibn Ishaq Menurut penulisan yang ditulis oleh Ahmad Saifuddin Yusof (2013, 32-37), beliau menyatakan bahawa Ibn Ishaq sebagai seorang tabicin yang banyak meriwayatkan Hadith daripada kibar al-tabi’in lain sudah tentu Hadith beliau banyak terdapat di dalam karya-karya Hadith. Karya-karya Hadith berkenaan termasuk al-Sunan al-“rbacah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Sunan al-Kubra karya al-Bayhaqi (m. 458H) dan sebagainya.
Hadith Riwayat Ibn Ishaq di Dalam al-Kutub alSittah Hadith-Hadith yang diriwayatkan di dalam al- Kutub al-Sittah direkodkan dalam pelbagai bentuk. Ini disebabkan manhaj muhaddithin bagi setiap karya Nota: al-Kutub al-Sittah adalah merujuk kepada enam kitab Hadith utama iaitu, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan “Abu Dawud, Jami’ al-Tirmizi, Sunan al-Nasa’i dan Sunan Ibn Majah. berkenaan adalah berbeza. Bagi al-Bukhari (m. 256H), riwayat-riwayat Ibn Ishaq dinukilkan hanya dalam bentuk Hadith mu’allaq dan mutaba’at. Ini menunjukkan riwayat Ibn Ishaq tidak mencapai tahap piawaian yang ditetapkan oleh al-Bukhari menurut penilaian beliau yang tersendiri. Berikut adalah senarai jumlah Hadith di dalam al-Kutub al-Sittah. Senarai Hadith ini telah disemak oleh Dr. Huda cAli Jawad al-Syamri di dalam kajian beliau (Ahmad Saifuddin Yusof, 2013: 32)
Karya Hadith Bil. Hadith
Hadith Riwayat Ibn Ishaq Selain al-Kutub al-Sittah Jumlah Hadith-Hadith riwayat Ibn Ishaq yang direkodkan di dalam kitab Hadith selain daripada al- Kutub al-Sittah telah dikenal pasti. Karya-karya tersebut ialah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Sunan al- Darimi dan Sunan alBayhaqi. Berikut adalah jumlah Hadith riwayat Ibn Ishaq yang direkodkan di dalam Peratusan riwayat Ibn Ishaq di dalam al-Kutub al-Sittah adalah seperti graf di bawah;
Nama Hadith
Jumlah
Sahih al-Bukhari (Mu’allaq & Mutaba’at)
17
Sahih Muslim (Syawahid dan Mutaba’at)
6
Sunan al-Tirmidhi
50
Sunan Abu Dawud
165
12
Sunan al-Nasa’i
39
Sunan Ibn Majah
78
Jumlah
354 (Ahmad Saifuddin Yusof, 2013: 33)
Jumlah 17 Hadith bagi Sahih al-Bukhari di atas adalah semakan daripada Dr. cAwwad alKhalaf di dalam tesis Ph.D beliau diterbitkan berbanding semakan Dr. Huda cAli Jawad alSyamri yang menyatakan sebanyak 16 Hadith. Dr. cAwwad membahagikan jumlah berkenaan kepada dua bahagian, iaitu lima (5) Hadith adalah riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) dengan lafaz Simac yang jelas dan dua belas (12) Hadith adalah riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) secara ‘Ancanah. Semua riwayat ini dinukilkan secara mu’allaq dan mutaba’at. (Awwad al-Khalaf (1421H), Riwayat al-Mudallisin fi Sahih al-Bukhari Jamcuha, Takhrijuha, al- Kalam cAlayha, t.c., t.t.p.: Dar al-Basyacir al-Islamiyyah, h. 579-582; Huda cAli Jawad al-Syamri (2004) op. cit., h. 83-85).
Berdasarkan jadual di atas, jumlah keseluruhan riwayat Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq termasuk Hadith yang berstatus mucallaq atau sebagai syawahid dan mutaba’at adalah 354 Hadith. Peratusan riwayat Ibn Ishaq di dalam al-Kutub al-Sittah adalah seperti graf di bawah;
Hadith Riwayat Ibn Ishaq Selain al-Kutub al-Sittah
Nama
Peratus
Sunan Abu Dawud
47%
Sunan Ibn Majah
22%
Sunan al-Tirmidhi
14%
Sunan al-Nasa'i
11%
Sahih al-Bukhari (Mucallaq & Mutabacat)
4%
Sahih Muslim (Syawahid dan Mutabacat)
2%
13
Jumlah Hadith-Hadith riwayat Ibn Ishaq yang direkodkan di dalam kitab Hadith selain daripada al- Kutub al-Sittah telah dikenal pasti. Karya-karya tersebut ialah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Sunan al- Darimi dan Sunan al-Bayhaqi. Berikut adalah jumlah Hadith riwayat Ibn Ishaq yang direkodkan di dalam karya-karya tersebut. Jumlah ini telah disemak oleh Dr. Huda ‘Ali Jawad al-Syamri(Ahmad Saifuddin Yusof, 2013: 34-35) : Karya Hadith Bil. Hadith
Nama Musnad Ahmad bin Hanbal
Jumlah 593
Sunan al-Darimi
66
Sunan al-Bayhaqi
478
Jumlah
1137
Keseluruhan riwayat Ibn Ishaq yang terdapat di dalam tiga karya ini adalah sebanyak 1137 Hadith. Jurang bilangan Hadith yang jauh berbeza adalah disebabkan jumlah riwayat yang terkandung di dalam karya-karya tersebut. Maka, jumlah keseluruhan Hadith riwayat Ibn Ishaq di dalam Musnad Ahmad bin Hanbal adalah lebih banyak berbanding Sunan alBayhaqi dan Sunanal-Darimi. Bagi Musnad Ahmad bin Hanbal, banyak Hadith-Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq daripada tokoh-tokoh terkemuka, seperti al-Zuhri (m. 124H), ‘Abd Allah bin Bakr bin ‘Amru bin Hazm (m. 135H), Hisyam bin cUrwah (m.145H) dan ramai lagi. Sebagai contoh, banyak terdapat di dalam riwayatriwayat daripada ‘Aisyah r.a. Hampir semua riwayat ini dinilai sahih oleh pentahqiq (Ahmad Saifuddin Yusof, 2013: 35)
1.5 Pandangan Ulama Terhadap Ibn Ishaq Apabila diteliti di dalam kitab-kitab rijal, perbincangan tentang kedudukan Ibn Ishaq menjadi kontroversi dalam kalangan para ulama' al-Jarh wa al-ta'dil'. Ini kerana wujud pelbagai pandangan yang bercanggah sesama mereka, bahkan pandangan daripada ulama yang sama juga kelihatan bercanggah pada waktu yang berbeza. Pandangan para ulama al-jarh wa alta'dil terbahagi kepada tiga kelompok iaitu pujian dan sanjungan, kritikan dan tuduhan serta penerimaan bersyarat (Fauzi Deraman, 2010: 119).
14
1.6 Pandangan ulama yang menerima dan memihak Ibn Ishaq Terdapat para ulama yang mengiktiraf ketokohan Ibn Ishaq dalam bidang sejarah dan periwayatan Hadith. Selain daripada pujian dan sanjungan, banyak pendapat yang dikemukakan adalah untuk menjawab kritikan terhadap Ibn Ishaq. Berikut adalah beberapa pujian dan sanjungan para ulama kepada Ibn Ishaq. Ibn Ma’in (m.223H) menyatakan Ibn Ishaq sebagai, "Thiqah dan hasan al-Hadith" (alDhahabi 1988/1409, 7: 35; al-Mizzi 1982/1402, 24: 411). Abu Zur’ah, al-Dimasyqi (m. 281H) telah bertanya kepada Yahya bin Ma’in, "Jika sekiranya seseorang berkata bahawa Muhammad bin Ishaq individu yang boleh dijadikan hujah adakah dia salah dalam pendapatnya itu?" Ibn Ma’in menjawab, '"Tidak, beliau merupakan seorang yang thiqah" (alNuri et al. 1992/1412, 2: 449). 'Ali bin al-Madini (m.234H) berkata, "Hadith Rasulullah s.a.w. tersebar di kalangan enam orang." Lalu beliau memberitahu nama-nama mereka yang berkenaan. Beliau menyambung, "Ilmu enam orang tersebut tersebar di kalangan 12 orang dan salah seorang dalam kalangan mereka adalah Ibn Ishaq" (al-Dhahabi 1988/1409, 7: 36; al-Mizzi I982/1402, 24: 412; al-Baghdadi 2001/1422, 2: 13; al-Asqalani 1995/ 1416, 3: 504).
Ibn al-Madini berkata lagi, "Saya telah mendengar Sufyan berkata, bahawa Ibn Syihab telah ditanya tentang Maghazinya Ibn Ishaq. Lalu Ibn Syihab menjawab, "Orang ini adalah orang yang paling alim tentang Maghazi” (al-Dhahabi 1988/1409, 7: 36; al-Mizzi 1982/1402, 24: 412-413; al-Baghdadi 2001/1422, 2: l4).'Asim bin 'Umar bin Qatadah berkata, “Tiada sesiapa dalam kalangan manusia yang mencapai ilmu seperti Ibn Ishaq "(al-Dhahabi 1988/1409, 7:36; al-Mizzi, 1982/1402, 24: 413; al-Baghdadi 200I/1422, 2: 15). Al-Bukhari (m. 256H) berkata, "Saya telah melihat mendapati 'Ali bin 'Abd Allah berhujah dengan Hadith Ibn Ishaq ' (al-Dhahabi 1988/1409, 7: 39; al-Bukhari t.th., 36- 37). Selain itu, AlBukhari juga berkata, "Ibrahim bin Hamzah telah berkata kepada saya, "Di sisi riwayat Ibrahim bin Sa'ad daripada Ibn Ishaq adalah sebanyak 17,000 Hadith merangkumi Hadith ahkam termasuk Maghazi". Al-Dhabi (1988/1409, 7:39-40) menambah," jumlah Hadith riwayat Ibrahim bin Sa'ad daripada Ibn Ishaq adalah pengulangan turuq Hadith-Hadith tersebut, manakala matan-matan berkaitan hukum-hakam yang diriwayatkan oleh Ibrahim Sa'ad hanya merangkumi satu per sepuluh sahaja lebih kurang 1,700 Hadith". Al-Syaf’i (m. 204H) berkata "sesiapa yang ingin luas ilmunya tentang Maghazi, maka dia akan terhutang budi dengan Muhammad bin Ishaq" (al- Dhahabi 1988/1409) 'Ali bin alMadini pula berkata, "Hadith beliau (Ibn Ishaq) di sisi saya adalah sahih" (al-Dhahabi
15
1995/1416, 6: 57). Manakala Syu'bah (m.160H) berkata, "Ibn Ishaq adalah amir al-mu'minin fi al-Hadith" (al- Baghdadi 2001/1422, 2: 26; al-Dhahabi 1995/1416, 6:57). Selain itu, Syu'bah juga berkata, "Beliau adalah
saduq" (al-Dhahabi 1995/1416, 6: 57). Al-'Ijli
(m.261H) di dalam Tarikh al-Thiqat telah mengklasifikasikan Ibn Ishaq sebagai thiqah (1985/1405: 400). Muhammad bin cAbd Allah bin Numayr (m.234H) berkata, "(Ibn Ishaq) telah dituduh sebagai Qadariyah, tetapi tuduhan itu adalah tidak berasas" (al-Dhahabi 1995/1416, 6: 57; al-Baghdadi 2001/1422, 2: 23). Kenyataan ini disokong oleh keterangan sufyan bin 'Uyaynah katanya, "Saya tidak melihat seorang pun menuduh Ibn Ishaq dengan apa-apa tuduhan. Kenyataan Sufyan bin 'Uyaynah ini dilihat bercanggah dengan keterangan beliau yang lain. "Saya telah melihat Ibn Ishaq di dalam masjid al-Khayf, saya berasa malu jika seseorang melihat saya bersamanya. Mereka menuduh beliau berfahaman Qadariyah". Tuduhan yang dilemparkan oleh Sufyan bin 'Uyaynah adalah tidak berasas dan sangsi yang dilemparkan kepada Ibn Ishaq. Namun tetap beliau berasa malu sekiranya dilihat bersama Ibn Ishaq kerana bimbang sekiranya tuduhan yang dilemparkan itu adalah benar. Tetapi kenyataan di atas menggambarkan bahawa Sufyan bin 'Uyaynah benar-benar yakin bahawa Ibn Ishaq bersih daripada tuduhan berkenaan (Al-Dhahabi 1995/1416, 6: 57; al-Mizzi 1982/1402, 24: 416; al-Baghdadi 2001/1422, 2: 25).
Manakala Imam Ahmad bin Hanbal (m.24lH) berkata, "Beliau iaitu (Ibn Ishaq) adalah hasnul al-Hadith" (al Dhahabi 1995/1416, 6: 57; al Baghdadi 2001/1422, 2:20). Tetapi di tempat lain, Imam Ahmad menyatakan pendapat yang bercampur-campur. Antara kenyataannya, beliau mengatakan Ibn Ishaq seorang da'if. Beliau juga berkata, "Beliau (Ibn Ishaq adalah Salih al-Hadith dan dibolehkan berhujah dengannya juga" (al-Nuri etal.1997/l4l7, 3: 236). Selain itu, apabila diminta membuat pilihan antara Musa bin 'Ubaydah (m.153H) dan Muhammad bin Ishaq, Imam Ahmad memilih Muhammad bin Ishaq (al-Mizzi 1982/1402, 24: 421; al-Baghdadi 2001/1422, 2: 29; al-Asqalani 1995/1416, 3: 506). Apabila ditanya tentang riwayat Muhammad bin Ishaq daripada al-Zuhri, Imam Ahmad bin Hanbal menjawab, "Beliau thiqah, tetapi Ma'mar dan Malik, kedua-duanya lebih thiqah daripada beliau (Ibn Ishaq)" (al-Nuri l997/l4l7 3: 240). Banyak lagi pendapat Imam Ahmad yang bercampur iaitu antara menerima atau menolak periwayatan Ibn Ishaq. Walaupun terdapat banyak pendapat para ulama yang memberi pujian dan sanjungan ke atas kredibiliti
16
Ibn Ishaq terhadap periwayatan Hadith, tetapi rata-rata ulama memberi sanjungan atas keilmuan beliau terhadap Sirah dan Maghazi.
1.7 Penerimaan Bersyarat Pada bahagian ini dilihat bercampur-campur sama ada ia adalah kritikan atau sebaliknya. Contohnya kenyataan daripada Imam Ahmad bin Hanbal tentang kriteria periwayatan Ibn Ishaq yang dilihat kontradik dengan kenyataan sebelum ini. Antara keterangannya, "Beliau (Ibn Ishaq) sangat banyak (melakukan) tadlis, tetapi Hadith beliau baik (hasan) di sisi saya (sekiranya) beliau berkata akhbarani dan sami'tu"- Imam Ahmad juga berkata, "Ibn Ishaq (melakukan) tadlis, kecuali (daripada) tulisan Ibrahim bin Sacd jika sekiranya (dengan lafaz) Simac (iaitu) lafaz, haddathani, jika berlaku sebaliknya (beliau menggunakan) lafaz qala" (alNuri et al. 1997 / 14I7, 3 : 238 -239). Antara kenyataan yang jelas ialah daripada anak Imam Ahmad iaitu cAbd Allah bin Ahmad (m. 290H), "Ayah saya telah menyelidiki Hadith beliau (Ibn Ishaq dan banyak menulisnya Hadith daripada sanad cAli dan Nazil' Beliau Ahmad bin Hanbal memasukkan di dalam al-Musnad dan saya tidak lihat beliau menafikan Hadith riwayatnya sekalipun." Kemudianditanya kepada beliau cAbd. Allah, "Adakah boleh dijadikan hujah dengannya (Hadith)?" c'Abd. Allah berkata, "Tidak boleh sekali-kali berhujah –dengannya (Hadith) dalam soal al-sunan (Hadith-Hadith hukum)" (al-Baghdadi 2001/|1422, 2: 29; al-Nuri et al. 1997 14l7, 3: 239).
Selain kenyataan Imam Ahmad, terdapat beberapa keterangan daripada ulama lain berkenaan sempadan penerimaan riwayat Ibn Ishaq , antaranya Muhammad bin cAbd Allah bin Numayr (m. 281H) berkata, "Apabila beliau (Ibn Ishaq ) mendengar Hadith daripada kalangan orang yang dikenali, maka ia adalah Hadith yang baik (hasan al-hadith; dan benar (saduq)' Sekiranya (Hadith berkenaan) dibawa daripada kalangan yang tidak dikenali maka HadithHadith (berkenaan adalah) batil" (al-Baghdadi 2001/1422,2:24-25; al-Dhahabi 1988/1409,7:43). Daripada kenyataan tersebut, dapat disimpulkan batrawa para ulama al-jarh wa al-ta'dil bukan menerima periwayatan Ibn Ishaq secara total. Tetapi, mereka meletakkan beberapa syarat seperti lafaz simac yang jelas, tidak tafarrud pada riwayat dan sebagainya.
17
1.8 Pandangan ulama yang sederhana dan menolak Ibn Ishaq
Sebahagian ulamak yang terkemuka yang lain ramai menerima dan mengakui kewibawaan Ibn Ishaq dalam bidang sejarah dan Hadith. Namun, terdapat sebahagaian ulamak yang lain pula bersikap sederhana terhadap Ibn Ishaq, dan sebahagian yang lain menolak kredibiliti Ibn Ishaq. Ini kerana mereka menuduh Ibn Ishaq merupakan seorang tokoh yang diragui kewibawaannya dalam bidang Hadith, dan ramai dikalangan ulama al-Jarh wa al-Ta’dil mengkritik beliau. Antara ulamak yang bersikap sederhana terhadap Ibn Ishaq ialah Abu al-Hassan alDar Qutni yang mengatakan “Dia (Ibn Ishaq) merupakan seorang yang Salih al-Hadith”. Berdasarkan riwayat Ibn al-Jawzi (1986,41) yang diperhatikan bahawa pendirian Wuhayb Ibn Khalid yang menolak Ibn Ishaq hanyalah sebagai ikutan kepada dua orang tokoh ulamak besar Madinah yang dikatakan mempunyai persengketaan dengan Ibn Ishaq iaitu Hisham bin Urwah dan Malik bin Anas. Dengan ini dapat dinyatakan bahawa sebahagian daripada mereka yang tidak menerima Ibn Ishaq adalah terdiri daripada pengikut serta penyokong Hisham bin cUrwah dan Anas bin Malik yang merupakan ahli Hadith yang berpengaruh (Wan Kamal bin Mujani, 1999: 29). c
Abd al-Rahman bin Mahdi (m.198H) pula berkata, "Bahawa Yahya bin Sa’id al-
Ansari dan Malik mengkritik Ibn Ishaq" (al-Dhahabi 1995/1416, 6: 57). Selain itu, Ibn Ishaq juga didakwa berfahaman Muktazilah (al-Nuri et al. et al. 1992/1412, 6: 446) dan Qadariyah (al-Baghdadi 2001/1422,2: 23). Manakala Abu Hatim al-Razi (m. 277H) mengklasifikasikan Ibn Ishaq sebagai da'if (al Nuri et al.1997/1417, 3: 446). Imam Ahmad bin Hanbal pula berkata' "Ibn Ishaq laysa bi hujjah" (al-Nuri et al. l997/l4l7, 3: 239; al-Baghdad 200l/l422, 2: 29). Selain itu, Ibn Ishaq juga dilihat mengambil kisah dan riwayat daripada ahl al-kitab. AlDhahabi (1988/1409, 7: 52) menyatakan bahawa mengambil kisah dan riwayat daripada ahl al-kitab dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan tiada larangan dalam soal ini, tetapi dengan syarat riwayat tersebut tidak melibatkan hukum-hakam.
Al-Khatib al-Baghdadi mengatakan bahawa Ibn Ishaq berfahaman Syiah' Qadariyah dan mengamalkan tadlis pada Hadith (al-Mizzi 1982/1402, 24: 416). Menurut Muhammad Hamidullah (1967,4-5), pendapat yang mengatakan bahawa Ibn Ishaq seorang Syiah adalah kerana beliau berpendapat cAli bin Abi T-alib r.a. adalah individu yang lebih layak berbanding cUthman bin cAffan r.a' bagi jawatan khalifah selepas cUmar bin al-Khattab r.a..
18
Pendapat ini sudah cukup untuk beliau dikatakan sebagai seorang Syiah. Tambahan pula, ketika itu adalah pemerintahan Bani Umayyah yang dilihat berselisih antara pihak penyokong 'Ali. Manakala Muhammad bin Isma'il al-Bukhari telah berkata "Ibn Ishaq mempunyai sebanyak seribu Hadith yang beliau riwayatkan bersendirian dan tidak diriwayatkan benama dengan riwayat orang lain". Maksudnya Ibn Ishaq tafarrud dalam periwayatan dengan meriwayatkan secara bersendirian tanpa sokongan daripada riwayat orang lain pada Hadith yang ama (al-Baghdadi 2001/1422, 2:25; al-Mizzi l982/1402, 24:419) (Fauzi Deraman, 2010: 122). Oleh kerana itu, Iman Ahmad bin Hanbal telah ditanya sama ada beliau menerimanya atau tidak, sekiranya Ibn Ishaq tafarrud bersendirian ketika meriwayatkan Hadith. Imam Ahmad menjawab, "Tidak, demi Allah, sesungguhnya saya telah melihat (Hadith beliau) yang diriwayatkan daripada sekumpulan (perawi) dengan meletakkan di dalam satu Hadith. Tidak dinyatakan ucapan perawi dengan perawi yang lain (al-Baghdadi 2001/1422, 2:30; alMizzi 1982/1402, 24: 422).
Yahya bin Ma'in telah ditanya beberapa kali tentang kedudukan Ibn Ishaq. Beliau memberi kenyataan yang pelbagai, antara kenyataan beliau ialah, 'Muhammad bin Ishaq laysa bihi ba's," (al-Dhahabi 1995/1416,6: 57). "Laysa bidhaka, da’if," "Muhammad bin Ishaq di sisi (pada pandangan) saya saqim (dusta) laysa bi al-qawi," "Mufammad bin Ishaq da'if," if","Muhammad bin Ishaq thiqah, wa laysa bi hujjah,"(al-Mizn 1982/1402,24: 423) dan 'Janganlah kamu bergantung sedikitpun daripada Hadith Ibn Ishaq kerana sesungguhnya Ibn Ishaq laysa huwa bi al-qawi fi al-Hadith" (al-Jarjani 1988/1409, 6: 104). Majoriti kenyataan Yahya bin Ma'in tidak menerima Ibn Ishaq sebagai perawi Hadith yang berautoriti. Yahya bin Sa'id al-Qattan (m. 189H) telah bertanya kepada 'Ubayd Allah. "Anda mahu ke mana?" Beliau menjawab, "Saya mahu menuju ke tempat Wahb bin Jarir, saya mahu menulis alSirah". Yahya berkata, "(Maka akan) ditulis pendustaan yang banyak". Al- Dhahabi membuat penjelasan atas kenyataan Yahya bin Sa'id itu, "Bahawa Wahb meriwayatkan daripada bapanya, (dan) daripada Ibn Ishaq.
Yahya al- Qattan mahu mengisyaratkan kepada apa yang terkandung di dalam Sirah (Ibn Ishaq) berkenaan nukilan yang lemah berkaitan syair dan daripada sebahagian athar yang munqati' dan munkar, jika sekiranya nukilan tersebut dibuang daripadanya al-sirah, maka kandungan al-sirah itu menjadi elok" (al-Dhahabi 1988/1409, 7: 52). Yahya al-Qattan menegaskan lagi bahawa beliau tidek menerima riwayat Ibn Ishaq, "Saya tidak tinggalkan
19
Hadith beliau (Ibn Ishaq) kecuali kerana Allah, (dan) saya bersaksi bahawa beliau seorang pendusta (kadhdhab)" (Jamal al-Din Abi al-Farraj 'Abd al-Rahman 1986/1406, 3:41). Hammad bin Salamah (m. 167H) pula berkata, "Saya tidak meriwayatkan (Hadith) daripada Ibn Ishaq kecuali (dalam keadaan) terpaksa" (al-Dhahabi 1988/1409, 7:52).
Selain daripada kenyataan di atas, masih banyak pendapat daripada ulama al-jarh wa al-ta'dil yang mengkritik kredibiliti dan autoriti Ibn Ishaq dalam periwayatan Hadith sama ada Sirah, Maghazi dan sebagainya. Keterangan daripada para ulama dalam hal ini dilihat banyak bercanggah antara satu sama lain. Justeru, satu kriteria pendapat-pendapat yang lain dikelaskan sebagai penerimaan bersyarat. Ini kerana wujud keterangan yang lebih jelas tentang kedudukan Ibn Ishaq dalam periwayatan dengan meletakkan syarat-syarat tertentu bagi membentuk satu penanda aras dalam menerima atau menolak riwayat daripada Ibn Ishaq (Fauzi Deraman, 2010: 123). Lihat Jadual:
Mu'tadil
Mutasyaddid
Sufyan al-Thawri (m. 161H)
Syu'bah bin al-Hajjaj (m. 160H)
'Abd al-Rahman bin Mahdi
Yuhya bin Sa’id al-Qattan
Ahmad bin Hanbal
Yahya bin Ma’in
Al-Bukhari
Abu Hatim al-Razi (Sumber Faruq Hamadah 1989/1409, 36)
1.9 Penilain ulama terhadap kredibilti Ibn Ishaq
1. Ibn Ishaq memang tokoh yang kontroversi menurut ilmu Jarh wa ta'dil, namun seluruh ahli ilmu bersepakat akan ketokohan Ibn Ishaq dalam sejarah terutamanya sejarah Perang (Maghazi) dan Imam Ibn Hajar Asqalani menggelarkan beliau sebagai Imam al-Maghazi. 2. Walaupun seteruk mana penilaian orang ke atas kewibawaan Ibn Ishaq, beliau adalah perawi Penyusun Kutub Sittah antaranya Bukhari-Muslim yang meriwayatkan Hadith dari Ibn Ishaq. Ini menunjukkan Ibn Ishaq ada makna dalam ilmu Hadith. (al -Bukhari meriwayatkan dari Ibn Ibn Ishaq secara ta'aliq (sanadnya hilang, maka ia jatuh da'if)
20
3. Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ibn Ishaq dalam pengumpulan sejarah bukanlah suatu yang perlu dilihat dengan negatif, malah kita berhutang budi dengan usaha-usaha awal beliau mengumpul bahan bukti sejarah kerana itulah asas yang baik utk kita memulakan projek mega memurnikan sejarah kita sendiri. Inilah pendirian yang adil kepada Ibn Ishaq. Inilah pendirian yang adil kepada Ibn Ishaq (Wan Kamal Mujani, 1999: 28-29), 4. Wan Kamal Mujani dalam artikelnya Pandangan Ulama Terhadap Karya dan Ketokohan Ibnu Ishaq telah menulis bahawa: Persengketaan antara Malik bin Anas dan Ibn Ishaq bermula apabila Ibn Ishaq menafikan Malik bin Anas berasal daripada keturunan salah seorang raja Yaman iaitu Dhu Asbah. Ibn Ishaq menyatakan bahawa hubungan keluarga Malik bin Anas dengan raja tersebut hanyalah melalui ikrar taat setia sahaja dan bukannya pertalian darah. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Malik bin Anas. Perang mulut antara mereka berterusan sehinggalah sampai kemuncaknya setelah Malik menulis Kitab al-Muwatta’ dan mendapat kritikan daripada Ibn Ishaq Bagaimanapun, hubungan mereka berdua terjalin semula setelah Malik bin Anas mendengar berita bahawa Ibn Ishaq berhasrat untuk meninggalkan Madinah dan berhijrah ke Iraq (Wan Kamal Mujani, 1999: 29), Malik bin Anas telah memberi sebanyak 50 Dinar kepada Ibn Ishaq untuk menampung perbelanjaannya di sana (Ibn Ishaq 1981, 23). Malik bin Anas juga tidaklah menolak keseluruhan hadis Ibn Ishaq. Beliau hanya sekadar tidak menerima riwayatriwayat Ibn Ishaq mengenai beberapa peperangan Rasulullah s.a.w. yang bersumberkan masyarakat Yahudi (Ibn Ishaq 1981, 23). Ibn Ishaq pula mempunyai hujah tersendiri ketika mencatatkan riwayat-riwayat tersebut kerana beliau mengambilnya daripada periwayat periwayat Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berpandangan bahwa mereka adalah diantara sumber yang paling hampir dengan peristiwa peristiwa tersebut dan mempunyai kaitan yang rapat dengannya. Adapun tentang persengketaan dengan Hisyam bin Urwah telah dijelaskan oleh Al Dazahabi dalam Mizan Al Itidal jilid 4 hal 469, bahawa penolakan sebenarnya Hisham bin Urwah terhadap Ibn Ishaq kerana beliau tidak menyetujui perbuatan Ibn Ishaq menemui isterinya Fatimah binti al Mundhir dan meriwayatkan Hadith-Hadith daripadanya. Dalam hal ini beberapa ulama telah memepertahankan kedudukan Ibn Ishaq seperti Yahya bin Ma’in dan Ali bin Al Madini.
21
Wan Kamal Mujani dalam artikelnya Pandangan Ulama Terhadap Karya dan Ketokohan Ibnu Ishaq telah menulis “Jelas bahawa peristiwa ini berlaku disebabkan perasaan terlalu cemburu Hisham bin Urwah, sedangkan isterinya lebih tua (37 tahun) daripada Ibn Ishaq. Pertemuan Ibnu Ishaq dengan Fatimah binti al-Mundhir hanyalah sekadar untuk mengambil hadis-hadis sahaja, kerana Fatimah berkesempatan meriwayatkan daripada beberapa sahabat nabi. Di samping itu, beliau menganggap Fatimah sebagai salah seorang gurunya”. Oleh kerana itulah banyak ulamak yang lebih menguatkan ta’dil terhadap Ibn Ishaq dan tidak menerima Jarh terhadap Ibnu Ishaq. Hal ini seperti dikemukakan oleh Al-Hafizh Abul Fath Ibnu Sayyidin Nas dalam kitabnya ‘Uyunul Atsar fi Fununil Maghazi was Siyar yang telah menyebut seluruh kritikan terhadap Ibn Ishaq kemudian membatalkannya satu-persatu. Beliau lebih cenderung untuk menguatkan Ibn Ishaq dan kekredibilitinya dan berkata”Ibn Ishaq adalah pegangan dalam Maghazi (sirah) bagi kami dan bagi orang lain”. Selain itu Al Hafizh Abu Ahmad bin Adiy dalam kitabnya Al Kamil telah meneliti tentang Ibn Ishaq dan berkata ”Aku telah memeriksa Hadith Ibn Ishaq yang begitu banyak .Tidak ku dapati sesuatu yang kelihatannya dapat dipastikan daif terkadang ia salah atau keliru dalam sesuatu sebagaimana orang lain juga dapat keliru” .
1. 10 Pandangan Orientalis Terhadap Ibn Ishaq
Kajian yang dibuat oleh Wan Kamal Mujani di dalam artikelnya menyebut bahawa kebanyakan orientalis telah mengiktiraf dan mengaku ketokohan serta kewibawaan Ibn Ishaq dalam bidang persejarahan Islam kisah Rasulullah s.a.w.) termasuk Josef Horovitz (1927,169) yang berpendapat bahawa Kitab al-Mubtada wa al-Mab’ath wa al-Maghazi Rasulullah s.a.w. Kitab ini merangkumi sejarah para nabi sebagai pendahuluan dan perihal para sahabat serta keseluruhan isi kandungannya yang ditulis mengikut kaedah yang bersistematik. Namun bagi H.A.R Gibb (1981, 57), dan William Montgomery Watt (1990, 22) menafikan karya Ibn Ishaq berdasarkan pangaruh persejarahan Parsi dan fahaman Syiah dan Qadariah. Sementara itu Francesco Gabrieli (1979, 83) menyatakan pensejarahan Ibn Ishaq adalah berautoriti.
22
1.11 Justifikasi pandangan Ulama Terhadap Ibn Ishaq
Dalam Kitab Tahzib Al Kamal karangan Ibn Zakki Al Mizzi, terdapat ulama-ulama yang menta’dilkan Ibn Ishaq: a. Muhammad bin Muslim Al- Zuhri menyatakan “Madinah berada dalam ilmu selama ada Ibn Ishaq orang yang paling tahu tentang Sirah”. b. Ibn Hibban menyatakan bahawa Ibn Ishaq adalah thiqah dapat dipercayai. c.
Yahya bin Ma’in menyatakan Muhammad bin Ishaq itu thiqah dan hasanul Hadith tetapi di tempat lain Beliau menyatakan bahawa Ibn Ishaq adalah daif.
d. Muhammad bin Idris As Syafici (Imam Mazhab Syafici) memuji Ibn Ishaq dan menyatakan bahawa Ibn Ishaq adalah sumber utama sirah. e.
Syu’bah bin Al Hajjaj berka'ta tentang Ibn Ishaq “Dia adalah amirul mu’minin dalam Hadith”.
f. Ali bin Al- Madini menyatakan bahwa “Ibn Ishaq adalah sumber Hadith, Hadithnya disisiku adalah shahih”. g.
‘Asim bin ‘Umar bin Qatadah menyatakan bahawa Ibn Ishaq adalah sumber utama ilmu.
h. Salih bin Ahmad bin ‘Abd.Allah bin Salih Al Ajiliy menyatakan bahawa Ibn Ishaq seorang yang thiqah. i. Abu Muawiyah menyatakan bahwa Ibnu Ishaq termasuk diantara orang yang paling kuat ingatannya. j. Muhammad bin Saad menyatakan Ibn Ishaq thiqah. k. Abd. Allah bin Mubarak menyatakan Ibn Ishaq saduq. l.
Abu Zur’ah juga menyatakan Ibnu Ishaq saduq.
m. Abu Ya’la Al-Khalili menyatakan Ibn Ishaq thiqah.
23
n. Al-Busyanji menyatakan Ibn Ishaq thiqah-thiqah. Muhammad bin cAbd. Allah bin Numaiy menyatakan “Ibn Ishaq adalah hasanul Hadith walaupun kadangkala meriwayatkan Hadith-Hadith batil yang diambil dari orang yang majhul. Beliau Ibn Ishaq juga dituduh penganut Qadariyah sedangkan beliau amat jauh dari hal itu”. o. Menurut Muhammad Hamidullah (m. 2002M), pendapat yang mengatakan bahawa Ibn Ishaq (m. 151H) seorang Syiah adalah kerana beliau berpendapat cAli bin Abi Talib r.a. adalah individu yang lebih layak berbanding cUthman bin cAffan r.a. bagi jawatan khalifah selepas cUmar bin al-Khattab r.a. Pendapat ini sudah cukup untuk beliau dikatakan sebagai seorang Syiah. Tambahan pula, pada ketika itu adalah pemerintahan
Bani
Umayyah
yang
mana
dilihat
berselisih
antara
pihak
penyokong ‘Ali pada ketika itu. (Muhammad Hamidullah (1967) op. cit.: 4-5. p. Sebenarnya apa yang boleh membuat membuat justifikasi berkaitan Ibn Ishaq ialah keadaan sebenar beliau antara penilaian madrasah ahli Hadith dan madrasah ahli sejarah. Ilmu sejarah dan ilmu Hadith mempunyai disiplin ilmu yang berlainan dan yang pasti ilmu Hadith lebih ketat pensyaratannya berbanding ilmu sejarah kerana Hadith digunakan dalam pembinaan hukum-hakam. Dari ilmu Jarh wa ta'dil, Ibn Ishaq memang tokoh sejarah yang kontroversi kerana mendapat kritikan parah dari Dua Imam Madinah yang besar: Imam Malik dan Hisham Bin Urwah bin al-Zubair (cucu Abu Bakar atau anak saudara kepada Aisyah, Ummul Mukminin). q. Namun Ibn Ishaq merupakan perawi semua Imam Hadith yang enam, terutamanya Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan Hadith darinya. Keenam-enam penyusun kitab Sunan Sittah meriwayatkan Hadith dari Ibn Ishaq. Bagaimana menghadapi kontroversi yang ditimbulkan oleh Imam Malik, Hisham bin Urwah dan laman web al-Kautsar yang menolak total akan kethiqahan (kewibawaan) Ibn Ishaq? Prof alImam Dr al-Qardhawi dalam kitabnya Tarikhuna al-Muftara alaih (kecelaruan sejarah kita) berpendapat Ibn Ishaq adalah termasuk dalam golongan akhbariyun atau reporter akhbar yang melapurkan apa saja yang ditemuinya tanpa penelitian terlebih dahulu. Sebab itu Dr Qardhawi mahukan sejarah Islam terutamanya Seerah Nabawiyah disusun semula dengan memasukkan pendekatan tahqiq dan takhrij sumbernya untuk menapis cerita-cerita yang dibawa oleh Ibn Ishaq terutamanya. Pendirian kami:
24
1. Ibn Ishaq memang tokoh yang kontroversi menurut ilmu Jarh wa ta'dil, namun seluruh ahli ilmu bersepakat akan ketokohan Ibn Ishaq dalam sejarah terutamanya sejarah Perang (Maghazi) dan Imam Ibn Hajar Asqalani menggelarkan beliau sebagai Imam al-Maghazi. 2. Walaupun seteruk mana penilaian orang ke atas kewibawaan Ibn Ishaq, beliau adalah
perawi
Penyusun
Kutub
Sittah
antaranya
Bukhari-Muslim
yang
meriwayatkan hadith dari Ibn Ishaq. Ini menunjukkan Ibn Ishaq ada makna dalam ilmu hadith. (al-Bukhari meriwayatkan dari Ibn Ibn Ishaq secara ta'aliq (sanadnya hilang, maka ia jatuh dha'if) 3. Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ibn Ishaq dalam pengumpulan sejarah bukanlah suatu yang perlu dilihat dengan negatif, malah kita berhutang budi dengan usaha-usaha awal beliau mengumpul bahan bukti sejarah kerana itulah asas yang baik untuk kita memulakan projek mega memurnikan sejarah kita sendiri. 1.12 Penutup Setiap manusia tiada lepas daripada kesalahan. Semuanya pasti punya kelemahan, tidak dinafikan Ibn Ishaq juga turut dikritik oleh sebahagian ulama Hadith. Ada yang menerimanya sebagai sandaran hujah dan ada yang tidak menerimanya. Apa yang boleh disimpulkan disini ialah masyarakat Islam amnya harus mengkaji sedalam dalamnya perkara yang tidak pasti dan janganlah mencerca dan mempertikaikan tentang kehebatan penulisan Muhammad bin Ishak . Biar lah ilmu yang diperolehi benar dan disampaikan itu benar juga benar, jitu, asli dan dipercayai sumbernya. Adalah begitu tidak tepat penuduh Ibn Ishaq tidak menitik beratkan isnad dalam periwayatan beliau.kerana sesungguhnya keunggulan ilmu dan pengetahuan beliau dalam bidang tersebut telah mendapat pengiktirafan daripada al-Zuhri, Iman Shafi’e, Sufyan bin ‘Uyaynah dan ramai lagi. 1.13 Rujukan Al-Asqalani, Abi al-Fadl Ahmad Ibn 'Ali Ibn Hajar Syihab al-Din. 1995. Tahdhib alTahdhib, Jil. 3. Beirut: Mu'assasah al-Risalah. Al-Baghdadi, Abi Bakr Ahmad Ibn'Ali Ibn Thabit al-Khatib. 2001. Tarikh Madinah al-Salam wa Akhbar Muhaddithiha wa Dhikr Quttaniha al-'(Jlama' min Ghayr Ahliha wa Waridiha, Jil. 2. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.
25
Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma'il. t.th.. Khayr al-Kalamfi al-Qira'ah Khalf al-Imam. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma'il al-Bukhari. 2000. Mawsu'ah al- Hadith al-Syarif alKutub al-Sittah. Riyad: Dar al Salam. Al-Dhahabi, Syams al-Din Muhammad ibn Ahmad. l995. Mizan al i'tidal fi Naqd al-Rijal, Jil.6. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. Al-Dhahabi, Syams al-Din Muhammad ibn Ahmad Ibn 'Uthman, 1988., Siyar A'lam alNubala', Jil. 7. Beirut: Mu’assasat al-Risalah.
Al-Dhahabi, Syams al-Din Abi'Abd Allah Muhammad Ibn Ahmad Ibn'Uthman Ibn Qaymaz. 2004. Tadhhib al-Tahzib al-Kamal fi Asma' aI- ' Rijjar. Jil.8. Kaherah: al-Fazuq alHadithah. Al-Duri, 'Abd al-'Aziz. 1993. Bahth Nasy'ah 'IIm al-Tarikh 'ind al-'Arab. Beirut: Dar alMasyriq. Al Jarjani, Abi Ahmad 'Abd Allah Ibn Adi, 1988. Al-Kamil Du'afa' al-Rijal. Jil.6.Beirut: Dar al-Fikr. Al-'Ijli, Ahmad ibn 'Abd Allah ibn Salih Abi al-Hasan. 1985. Tarikh al-Thiqat. Beirut: Dar al Kutub al-'Ilmiyyah. Al-Madani, Muhammad Ibn Ishaq Ibn Yasar al-Matlibi. 2004. Al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Ishaq. Beiruf Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. Al-Nuri, al-Sayyid Abu Ma'ati et al, I992. Al-Jami' fi Jarh wa al' Ta'dil. Jil. 2. Beirut: 'Alam al-Kutub. Al-Tarabisyi, Muta' .1994. Ruwwat Muhammad bin Ishaq bin Yasar fi al- Maghazi wa alSiyar wa Sa'ir al-Marwiyyar. Dimasyq: Dar al-Fikr.
Al-Syarif Hatim ibn 'Arif al-'Awni. l4l2. Khulasah al-Ta'sil Ii 'Ilm al-Jarh wa al-Ta'dil. Mekah: Dar'Alam al-Fawa'id. Fauzi Deraman, Ahmad Saifuddin Yusof. 2010. Muhammad bin Ibn Ishaq Menurut Perspektif Nuqqad dan Muhaddithin. Jil, 3 (115-133) Jurnal Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Faruq Hamadah, 1989. Al-Manhai al-Islami fi al-Jarh wa al-Ta'dil Dirasah Manlniiyyah fi 'UIum al-Hadith. al-Rabat: Dar li Nasyr al-Ma'rifah. Horovitz, J..1928. The earliest biographies of the prophet and their authors", Islamic culture. Jil.2. Hyderabad: t.pt. Lewis, B., menage, V.L.,Pellat C.H & Schacht J.1971. The encyclopedia of Islam. Jil.3. Laiden: E.J. Brill.
26
Ibn Hisyam, t.th. Al-Sirah al-Nabawiyah, Jil. 1. t.tp.: Turath al-Islam.
Ibn Ishaq. 1981. Sirah lbn Ishaq al-Musamma bi Kitab al-Mubtada' wa al- Mab'ath wa alMaghazi. Konya: Khidmah al-Khayriyyah-
Ibn Khallikan, Abi al- 'Abbas Syams al-Din Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Khallikan. t.th.. Wafayat al-A'yan wa Anba' Abna' al-Zaman, Jil. 4.Beirut Dar al-Sadir. Muhammad Hamidullah. 1967. Muhammad lbn Ishaq the Biographer of the Holy Prophet. Karachi: Pakistan Historical Society Muhammad Faisal Ismail. 2003. Keprihatinan Ulama Hadith terhadap Sanad Hadith: Suatu Kajian terhadap Aplikasinya dalam Kitab al-Sirah al-Nabawiyyah Karya Ibn Hisyam. Tesis Sarjana Jabatan al-Quran dan Hadith. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ibn al-Qaysarani al-Syaybani, Abi al-Fadl Muhammad IbnTahir Ibn 'Ali al- Maqdisi. 1405H. Kitab Ii Jam' Bayn Kitabay Abi Nasr al-Kalabadhi wa abi Bakr al-Asfahani Rahimahuma Allah Ta'ala fi Rijal al-Bukhari wa Muslim. Jil. 2. Beirut: Dar al Kutub al 'Ilmiyyah. Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad Ibn Abi Bakr bin Ayyub. t.th.. JiIa' alAfham fi Fadl al-Salah wa al-Salam'ala Khayr al-Anam s.a.w. t.tp.: Dar 'Ilm al-Fawa'id. Sedeant, R. 8.. 1985. Professor A. Guillaume's Translation of the Sirah, Bulletin of School of Oriental and African Studies, J1l.2l: I-1.4. Sizkin, Fuad.1991. Tarikh al-Turath al-'Arabi. Jil. 1. Riyad: Idarah al-Thaqafah wa al-Nasyr bi al-Jami'ah. Ahmad Saifuddin Yusof. 2013. Ibn Ishaq Fakta dan Analisis: T.tp: T.tp. Wan Kamal Mujani. 1999. Pandangan Ulama Terhadap Karya dan Ketokohan Muhammad Ibn Ishaq, Islamiyyat (20). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.