Membawa Anda Menjelajah Dunia Tanpa Sempadan
Tulis Sekali, Untung Berkali-kali
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (849277-U) 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel: (+6) 03 4149 2560 / 4131 4082 Faks: (+6) 03 4149 3560 Emel:
[email protected] Web: www.akademipenulis.com
Mengenai Kami Mewarnai Dunia Penulisan & Penerbitan Malaysia Akademi Penulis bermula daripada hanya sebuah blog yang berkongsi input penulisan dan penerbitan buku pada tahun 2004. Blog di www.akademipenulis.com mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jumlah pengunjung laman blog ini meningkat dari hari ke hari. Ia mencetuskan idea pengwujudan sebuah organisasi berdaftar untuk membangun dan melahirkan penulis berkualiti dalam pelbagai bidang dan sektor di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Akademi Penulis Sdn. Bhd. diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada tahun 2009. Ia diasaskan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, seorang tokoh pengamal penerbitan dan penulisan buku di Malaysia. Beliau berpengalaman selama 12 tahun memperkasa idea untuk mengembangkan lagi dunia penulisan Malaysia supaya setaraf dengan pengamalan dunia penulisan di peringkat antarabangsa. Daripada hanya satu program dikendalikan hingga sekarang Akademi Penulis mempunyai lebih daripada 10 program pembangunan penulis. Antaranya penulisan buku, penulisan buletin, penulisan iklan jualan, penulisan novel dewasa, penulisan novel kanak-kanak, penulisan minit mesyuarat, penulisan surat rasmi, penulisan kertas dasar untuk agensi kerajaan, penulisan laporan tahunan, penulisan skrip drama dan penulisan autobiografi.
Program praktikal yang penuh info, tip dan amat mengujakan. Mendapat maklum balas yang baik daripada para pelanggan.
Satu demi satu organisasi memberikan kepercayaan dan memilih Akademi Penulis menjadi perunding pembangunan penulisan untuk organisasi mereka. Sejak tahun 2009, Akademi Penulis sudah melatih lebih 200 kementerian, agensi kerajaan dan swasta termasuk institusi pengajian tinggi di Malaysia, Indonesia dan Brunei dengan jumlah peserta melebihi 5,000 orang. Akademi Penulis memperkasa para pesertanya daripada peringkat asas hinggalah peringkat advance dalam pelbagai bidang penulisan sama ada penulisan buku, penulisan artikel, penulisan teknikal dan penulisan web portal Antara hasil karya yang dihasilkan oleh para ALUMNI Akademi Penulis sudah diterbitkan adalah: ★
Azura Ibrahim dan pasangan telah menulis dan menerbitkan buku ertajuk “Mistikal Mistik” yang mendapat paparan di majalah dan akhar nasional.
★
Md Ali Ibrahim dengan bukunya yang bertajuk “Sembuhkan Virus-Virus Bisnes” berjaya mendapat tempat di pasaran.
★
Buku “Panduan Memborong Di China” hasil karya Puan Nur Hafizah Shaarani dan Muhammad Nizar.
★
Buku “21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris” hasil gabungan idea Coach Sha dan Coach Ridz.
★
dan ramai lagi....
Setiap peserta dilatih oleh para jurulatih yang terlibat secara langsung dalam industri dan menjadi rujukan utama industri.
Visi Kami Akademi Penulis membangunkan modul-modul latihan dan pembangunan penulis yang berkualiti tinggi dan mengikut standar industri penerbitan Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kami percaya bahawa melahirkan kumpulan penulis yang dapat menyumbang kepada dunia ilmu adalah pemangkin kepada kemajuan negara dan kecemerlangan ketamadunan ummah. Akademi Penulis amat komited menyampaikan input terbaik dengan solusi terbaik pada masa tepat untuk memperoleh keputusan yang tepat.
Misi Kami Menyediakan program pembangunan penulis berkualiti tinggi berstandard antarabangsa dengan pendekatan tempatan
Apakah Kelainan Akademi Penulis? Setiap program anjuran kami disertakan dengan pakej lengkap yang komprehensif. Kami berusaha menyediakan yang terbaik buat anda. Memastikan anda akan mendapat input maksimum sebelum, semasa dan selepas program. 1. Jurulatih dan fasilitator bertauliah. 2. Sijil penyertaan. 3. Manual kursus untuk para peserta. 4. Perkhidmatan selepas program. 5. Kepuasan dijamin seratus peratus. 6. Khidmat pelanggan terbaik. 7. Surat berita (newsletter) percuma. Akademi Penulis membangunkan potensi peserta dan organisasi melalui: 1. Mengenal pasti kehendak organisasi dan individu. 2. Menukarkan pengalaman dan pengetahuan peserta menjadi maklumat yang lebih berpengaruh. 3. Menunjukkan imej positif melalui hasil akhir peserta.
Konsep & Pendekatan Bengkel Pihak Akademi Penulis menggunakan pendekatan, teknik dan konsep pengajaran & pembelajaran yang efektif dan efisien bagi memastikan para peserta mendapat impak maksima. Pihak Akademi Penulis menerapkan dua prinsip asas dalam bengkel iaitu: ★ Belajar daripada pengalaman (experiental learning). ★ Belajar dengan hati gembira (learn with fun).
Pendekatan dan teknik yang digunakan adalah: ★ Pembentangan perunding. ★ Aktiviti. ★ Dinamika kumpulan, perbincangan dan persembahan. ★ Penilaian diri pra dan pasca latihan. ★ Pelan tindakan, pemantauan dan penilaian.
Pandangan Peserta Program Kendalian Akademi Penulis Bengkel anjuran Akademi Penulis membuka dimensi baru dalam pola pemikiran saya sebagai individu yang cuba berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Saya rasa teruja dan tercabar untuk memenuhi potensi diri sebagai penulis selepas menghadiri bengkel kendalian Akademi Penulis. -Dr. Syed Najmuddin Syed Hassan, Pengarah Pusat Pengajian & Pembelajaran UTEM
Amat memuaskan. Banyak cara-cara dan teknik-teknik penulisan yang disampaikan sehinggakan keinginan saya untuk menulis buku memuncak. Kursus ini sangat baik dan perlu diteruskan bagi semua pendidik dan semua yang berminat untuk menulis -Yufiza Mohd Yusof, Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak
Bengkel anjuran Akademi Penulis membuka minat kepada suatu bidang kerjaya yang boleh menjamin masa hadapan. Selain daripada itu program ini menjelaskan perkara-perkara penting dalam bidang penulisan dan penerbitan. Terima kasih Akademi Penulis -Farrid Jamaluddin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya
Program Kendalian Kami 1.
Bengkel Mengalihkan Tesis kepada Buku Mendedahkan rahsia dan teknik memindahkan tesis kepada manuskrip yang sedia ada untuk diterbitkan. Program ini sesuai untuk individu yang mempunyai tesis di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan juga doktor falsafah. Buku-buku yang terhasil daripada transformasi tesis ini dapat memasuki pasaran umum dengan pakej persembahan penulisan terbaik.
2.
Bengkel Penulisan Buku Membongkar rahsia penulis buku bestseller tempatan dan antarabangsa serta anda juga diberitahu trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku. Di dalam program ini anda dapat menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan KJ Metode.
3.
Penulisan Dokumen Rasmi (Surat Rasmi, Nota, Memorandum, Minit Mesyuarat, Kertas Dasar dan Kertas Cadangan) Program pembangunan penulisan berformat menjadi pilihan setiap organsasi sama ada agensi kerajaan atatupun swasta. Melalui bengkel ini anda akan diberikan curahan pengalaman, teknik, rahsia, dan tip dalam penulisan bersesuaian dengan pekeliling kerajaan berkaitannya yang terkini.
4.
Bengkel Penulisan Laporan Tahunan Program yang mendedahkan rahsia dan teknik penghasilan sebuah laporan tahunan yang mencerminkan imej positif organisasi, yang menjadi alat penjenamaan berkuasa tinggi dengan kaedah penceritaan yang sedap dibaca oleh kumpulan sasar utama.
5.
Bengkel Penulisan Buletin (Berita, Artikel dan Rencana) Program yang membentuk pemahaman dan kemahiran penulisan majalah dan akhbar yang diamalkan oleh para pengamal media komersial dan non komersial dalam menguasai cara menulis gaya majalah dan akhbar nasional dengan menggunakan maklumat organisasi. Ia membantu organisasi untuk mereka konsep terbaik buletin bersesuaian dengan imej yang mahu dibawah oleh organisasi tersebut.
6.
Bengkel Penulisan Jurnal Anda akan mempelajari teknik menulis jurnal dan prosiding berimpak tinggi bagi memantapkan penulisan jurnal menggunakan kaedah yang ‘hands on’ berdasarkan amalan semasa.
7.
Bengkel Penulisan Web Portal dan Fotografi Program yang memberikan pendedahan cara enjin carian mencari maklumat dan artikel di internet dan membantu membentuk strategi terbaik untuk menulis artikel mesra enjin carian. Anda juga turut didedahkan kaedah menyusun sinergi kerja editor dan penulis serta belajar memahami gaya bahasa majalah dan akhbar mengikut standard industri.
8.
Bengkel Penulisan Novel Program yang memberikan strategi menghasilkan penulisan novel ataupun karya kreatif pertama anda yang akan dibaca orang ramai dengan menukarkan harta paling bernilai dalam diri anda menjadi harta yang membawa pulangan yang berkali ganda, dalam bentuk wang ringgit dan pastinya pahala serta menukarkan imaginasi dan pengalaman menjadi sebuah karya yang sedap dibaca dan diikuti ramai.
9.
Bengkel Penulisan Iklan Jualan Di dalam program ini anda akan didedahkan bagaimana cara untuk mengetahui apakah kaedah iklan jualan berpengaruh ke atas pelanggan. Anda juga diajar cara untuk menaikkan peratusan dihubungi pelanggan kesan daripada iklan jualan di internet serta tahu merancang, menyusun dan menggerakkan kempen iklan jualan di internet secara tersusun dan berstrategi.
10.
Bengkel Strategi Penerbitan Buku Program ini memberikan pengetahuan komprehensif mengenai amalan penerbitan yang diguna pakai dalam industri penerbitan Malaysia khususnya dan dunia amnya. Ia meliputi penubuhan organisasi penerbitan, sistem penerbitan, sistem produksi dan percetakan.
Antara Para Pelanggan Kami
Individu yang Anda Wajib Hubungi PENGURUS JUALAN DIVISYEN A Alizan Nasyran Mohd Shaufi No. Telefon: (+6) 016 2605 504 Emel:
[email protected]
PENGURUS JUALAN DIVISYEN B Mustaffa Mohammed Kassim No. Telefon: (+6) 016 2605 506 Emel:
[email protected]
PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM & KORPORAT Nur Atiqah Abdul Rahman No. Telefon: (+6) 016 2605 509 Emel:
[email protected] Ataupun hubungi TALIAN HOTLINE AKADEMI PENULIS Talian 1: (+6) 03 4149 2560 Talian 2: (+6) 03 4131 4082
Perincian
Bengkel Mengalihkan Tesis Kepada Buku Sebenarnya kita mempunyai jumlah manuskrip yang cukup banyak untuk diterbitkan menjadi buku. Manuskrip yang dimaksudkan ini adalah tesis. Saban tahun kita melahirkan beribu-ribu graduan pasca sarjana dan ratusan pelajar ijazah doktor falsafah. Daripada jumlah itu, tesis yang terhasil sudah tentu mampu memenuhi permintaan pembaca buku jika ia diterbitkan. Namun, ia kembali kepada persoalan yang paling asas, adakah manuskrip tesis itu sesuai untuk diterbitkan? Adakah ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi? Adakah ia dapat memenuhi kehendak pembaca di pasaran buku Malaysia? Adakah ia mampu menjadi karya bestseller? Bengkel Daripada Tesis kepada Buku Bestseller ini dibentuk hasil daripada pengamatan dan pengalaman bertahun-tahun dalam mengendalikan penerbitan buku di pasaran buku Malaysia. Sememangnya tidak mustahil untuk menghasilkan buku-buku bestseller daripada tesis asalkan ia dialihkan dengan sistem yang betul. Namun ramai yang kecundang dalam proses mengalihkan tesis kepada buku hanya kerana kurangnya pengalaman dan sokongan daripada pihak yang berpengalaman. Durasi Bengkel
Modul yang Dibentangkan
1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance.
✦ Modul 1: Motivasi penulisan. ✦ Modul 2: Hak penulis & hak cipta. ✦ Modul 3: Penarafan universiti dunia dan penyelidikan & penulisan. ✦ Modul 4: Memahami bestseller & anatomi buku bestseller. ✦ Modul 5: Proses penerbitan buku. ✦ Modul 6: Teknik pemindahan tesis kepada buku bestseller. ✦ Modul 7: Membedah buku bestseller yang asalnya tesis. ✦ Modul 8: Membedah tesis untuk dijadikan Bbku bestseller. ✦ Modul 9: Pengubahsuaian awalan, isi dan akhiran tesis kepada buku. ✦ Modul 10: Pengubahsuaian pakej tesis kepada pakej buku bestseller. ✦ Modul 11: Memahami ekonomi penerbitan tesis kepada buku bestseller.
Apa yang Peserta Akan Peroleh? Program ini akan: ✓
✓
✓
Mendedahkan rahsia dan teknik memindahkan tesis kepada manuskrip yang sedia untuk diterbitkan kepada individu yang mempunyai tesis pasca sarjana mahupun ijazah doktor falsafah. Melatih individu yang mempunyai tesis pasca sarjana mahupun ijazah doktor falsafah bagi menaik taraf tesis menjadi buku bestseller. Melatih editor memahami anatomi memindahkan tesis pasca sarjana mahupun ijazah doktor falsafah menjadi buku yang sedia untuk diterbitkan.
Jurulatih Bengkel ‣ Tuan Fauzul Na’im Ishak ‣ Tuan Ikram Wazir
Bengkel Diadakan Secara Publik
Latihan dalaman organisasi
Atas talian
Perincian
Bengkel Penulisan Buku Penulisan adalah gabungan dua unsur iaitu unsur seni dan unsur bisnes. Kedua-duanya adalah sinergi dan saling berkait rapat. Buku yang baik tidak akan memberikan manafaat kepada para pembaca jika diterbitkan dan tidak dirancang pengedarannya dengan baik. Begitu juga jika mempunyai pasukan penerbitan dan pengedaran buku yang baik tetapi tidak mempunyai produk buku berkualiti. Bengkel yang wajib disertai oleh anda apabila anda ingin melihat penulisan dan penerbitan buku secara sinergi. Apabila anda menyertai program ini, anda akan didedahkan mengenai apakah mitosmitos dan faktor penghalang kepada seorang penulis. Di sini anda akan memecahkan belenggu yang bermain di minta kebanyakan penulis. Bukan itu sahaja, anda akan didedahkan kaedah untuk melindungi hak cipta, menjaga harta intelek anda yang amat berharga itu. anda juga akan diberikan pendedahan teknik langkah demi langkah menghasilkan sebuah penulisan buku yang memenuhi kehendak pasaran. Daripada bagaimana memilih bidang, mencerna idea hinggalah menumpahkan idea anda ke atas kertas. Di samping itu juga anda akan mengetahui keseluruhan proses penerbitan buku, percetakan hinggalah kepada memasarkannya ke pasaran. Durasi Bengkel
Fasa-Fasa Latihan
1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance.
➡ ➡ ➡ ➡
Fasa 1: Fasa pra penulisan Fasa 2: Fasa penulisan Fasa 3: Fasa pasca penulisan Fasa 4: Fasa penerbitan dan pemasaran buku
Apa yang Peserta Akan Peroleh? Di akhir bengkel ini anda sebagai peserta akan: ✓ Mengetahui trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku. ✓ Mengenal pasti permasalahan undang-undang yang sering dihadapi oleh pengarang. ✓ Menjaga hak-hak penulis yang termaktub dalam perundangan Malaysia dan dunia. ✓ Mengetahui fasa-fasa dalam menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca. ✓ Menyediakan pemikiran strategik seorang pengarang. ✓ Menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan KJ Metode. ✓ Mengetahui rahsia kejayaan pengarang bestseller terdahulu. ✓ Mendalami setiap proses penerbitan buku daripada suntingan hinggalah ke pasaran. ✓ Mengetahui apakah rahsia sebuah penerbitan buku berjaya.
Modul yang Dibentangkan ✦ Modul 1: Dunia penulisan & penerbitan : motivasi & pengalaman. ✦ Modul 2: Pengarang & undang-undang : kenali hak anda. ✦ Modul 3: Anatomi buku. ✦ Modul 4: Memulakan langkah sebagai seorang pengarang ✦ Modul 5: Teknik menulis efektif dan efisien : tulis, rakam & susun ✦ Modul 6: Teknik adaptasi : Teori & praktikal ✦ Modul 7: Proses penerbitan buku ✦ Modul 8: Pemasaran buku Jurulatih Bengkel ‣ Tuan Fauzul Na’im Ishak ‣ Tuan Ikram Wazir
Bengkel Diadakan Secara Publik
Latihan dalaman organisasi
Atas talian
Perincian
Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi
(Surat Rasmi, Nota, Memorandum, Minit Mesyuarat, Kertas Dasar, Kertas Cadangan & Kertas Laporan) Sama ada pihak swasta mahupun kerajaan menghadapi cabaran dalam melatih ahli organisasi khususnya yang baru dalam aspek dokumentasi teknikal. Antara yang dikenal pasti adalah melibatkan penyediaan dokumen penting pengurusan seperti dokumen-dokumen rasmi melibatkan laporan, memorandum, kertas projek dan kertas konsep, minit mesyuarat dan sebagainya. Isu yang berbangkit adalah kekurangan pegawai yang benar-benar memahami konsep dan format yang sebenar dalam pengendalian dokumen-dokumen rasmi ini. Ini secara tidak langsung membawa kepada isu kualiti dalam penyediaan dokumen yang terbabit. Kadangkala ditambah pula dengan penguasaan bahasa yang lemah, ia menyebabkan penyediaan dokumen yang boleh dipersoalkan kredibilitinya. Dokumentasi yang bersesuaian diselarikan dengan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan amat penting bagi memastikan kelancaran segala urusan pentadbiran. Durasi Bengkel Pihak penganjur boleh memilih untuk mengadakan bengkel mengikut keperluan organisasi. Durasi cadangan di antara 3 ke 5 hari. Apa yang Peserta Akan Peroleh? ✓ Membantu dalam menambahkan maklumat, pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai pentadbiran dan pengurusan organisasi dalam bidang penulisan dokumen rasmi seperti minit mesyuarat. ✓ Membantu dalam memastikan dokumendokumen rasmi yang dihasilkan oleh pegawaipegawai pentadbiran dan pengurusan organisasi yang berkualiti tinggi. ✓ Membantu dalam memastikan imej, reputasi dan jenama organisasi ditingkatkan melalui penguasaan kemahiran penulisan dokumen rasmi seperti minit mesyuarat yang berkesan. Modul yang Dibentangkan ✦ Memahami penulisan surat rasmi dan memo ✦ Amali penulisan surat rasmi dan memo
✦ Pembentangan dan refleksi penulisan surat rasmi dan memo ✦ Memahami penulisan kertas dasar ✦ Amali penulisan kertas dasar ✦ Pembentangan dan refleksi penulisan kertas dasar ✦ Memahami penulisan kertas laporan ✦ Amali penulisan kertas laporan ✦ Pembentangan dan refleksi penulisan kertas laporan ✦ Memahami garis panduan mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat ✦ Simulasi mesyuarat dan amali penulisan minit mesyuarat ✦ Pembentangan & refleksi penulisan minit mesyuarat ✦ Tatabahasa dalam penulisan teknikal
Jurulatih Bengkel ‣ Tuan Ikram Wazir ‣ Dato’ Nadzim Shaari ‣ Tuan Ahmad Dan Setafa
Bengkel Diadakan Secara Publik
Latihan dalaman organisasi
Atas talian
Perincian
Bengkel Penulisan Laporan Tahunan Bengkel Penulisan Laporan Tahunan Berwibawa ini adalah bengkel komprehensif mengenai laporan tahunan berdasarkan kajian dan pengalaman mengendalikan latihan dalam bidang penerbitan buku di pasaran buku Malaysia. Sememangnya tidak mustahil untuk menghasilkan laporan tahunan yang berkualiti tinggi dan berwibawa asalkan ia dipandu dengan teknik dan langkah yang betul. Laporan tahunan sewajarnya tidak dipandang remeh kerana ia adalah bentuk penerbitan tahunan yang dapat membantu meningkatkan kualiti penjenamaan organisasi seandainya ia dimanfaatkan sebaik mungkin. Durasi Bengkel
Modul yang Dibentangkan
1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance
✦ Modul 1: Motivasi Penulisan Laporan Tahunan ✦ Modul 2: Memahami Psikologi Pembaca Laporan Tahunan ✦ Modul 3: Pengenalan Kepada Laporan Tahunan ✦ Modul 4: Pelan Operasi Penulisan Laporan Tahunan ✦ Modul 5: Teknik Menulis KJ Method untuk Penulisan Laporan Tahunan ✦ Modul 6: Teknik Menulis – Menstrukturkan Penulisan Laporan Tahunan ✦ Modul 7: Pasca Penulisan Laporan Tahunan ✦ Modul 8: Memahami Pakej Penerbitan laporan Tahunan ✦ Modul 9: Hak Penulis & Hak Cipta
Apa yang Peserta Akan Peroleh? Di akhir bengkel ini Anda sebagai peserta akan: ✓ Mendedahkan rahsia dan teknik penghasilan sebuah laporan tahunan yang mencerminkan imej positif organisasi, menjadi alat penjenamaan yang berkuasa dan bahan penceritaan yang sedap dibaca oleh kumpulan sasaran utama. ✓ Melatih pihak yang berkenaan untuk melihat proses penghasilan laporan tahunan secara menyeluruh dan komprehensif menggunakan pendekatan yang praktikal mengikut kapasiti dan kemampuan organisasi. ✓ Memberikan panduan langkah demi langkah daripada proses percambahan idea dan pengumpulan bahan berkaitan sehingga proses askhir sebelum laporan tahun dihantar kepada percetakan.
Jurulatih Bengkel ‣ Tuan Ikram Wazir
Bengkel diadakan secara Publik
Latihan dalam organisasi
Atas Talian
Perincian
Bengkel Penulisan Buletin (Berita, Artikel & Rencana) Apabila anda menulis sesuatu rencana untuk dalam mana-mana ruangan penulisan, ia bukan sahaja akan menaikkan imej diri anda tetapi juga organisasi tempat anda berfungsi serentak. Penulisan artikel dan rencana dapat memperkenalkan organisasi kepada khalayak dalam situasi yang terbaik dan berimej positif di mata pembaca. Kaedah ini digunakan oleh organisasi sebagai cara mendorong kepada para kakitangan organisasi bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada kakitangan dalaman ataupun kepada orang luar. Menyusun maklumat dari awal Organisasi yang memberi pendedahan kepada setiap kakitangan teknik menulis berita dan rencana akan membantu setiap jabatan mendokumentasi perkembangan mereka dan dijadikan bahan cetak seperti buletin, buku sambutan ulang tahun dan bahan sebaran umum. Mendorong sikap sayang dan hormat organisasi Amalan organisasi antarabangsa mendorong kakitangan menulis berita dan rencana mencetuskan perasaan hormat, sayang dan menjaga nama organisasi. Ini adalah Kesan daripada melibatkan mereka dalam perkembangan organisasi secara dalam diam. Durasi Bengkel
Modul yang Dibentangkan
1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance Apa yang Peserta Akan Peroleh? Di akhir bengkel ini anda sebagai peserta akan:
✓ Memahami
bagaimana teknik penulisan majalah dan akhbar diamalkan oleh para pengamal media komersial dan non komersial ✓ Menguasai cara menulis gaya majalah dan akhbar ke atas maklumat organisasi. ✓ Merancang kaedah mencipta kejayaankejayaan menyiarkan rencana organisasi ke dalam buletin, akhbar dan majalah. 3 Komponen Bengkel ➡ KOMPONEN 1: Penulis ➡ KOMPONEN 2: Penulisan
✦ Modul 1: Motivasi penulisan. ✦ Modul 2: Hak penulis & hak cipta. ✦ Modul 3: Cara bekerja seorang penulis berita & rencana. ✦ Modul 4: Bedah siasat gaya majalah dan akhbar di Malaysia. ✦ Modul 5: Mahir kaedah jana idea. ✦ Modul 6 : Kaedah mencari bahan 2.0. ✦ Modul 7 : Membangunkan rencana berpengaruh. ✦ Modul 8: Dunia penulisan berita. ✦ Modul 9 Merancang pelan tindakan jabatan dan individu. Jurulatih Bengkel ‣ Tuan Zamri Mohamad ‣ Cik Salina Ibrahim
➡ KOMPONEN 3: Pemasaran Bengkel Diadakan Secara Publik
Latihan dalaman organisasi
Atas talian
Perincian
Bengkel Penulisan Jurnal Kemahiran menulis makalah jurnal tidak dapat dipisahkan dengan kerjaya sebagai ahli akademik. Kursus ini mendedahkan asas penulisan bagi ahli akademik baru dan lama. Ia menjadi platform bagi mereka menulis dan menerbitkan makalah berkualiti bagi diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Seterusnya organisasi juga berpeluang menerbitkan jurnal mereka sendiri. Durasi Bengkel 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance Apa yang Peserta Akan Peroleh? Di akhir bengkel ini Anda sebagai peserta akan: ✓ Dengan menguasai teknik menulis yang betul, peserta dapatvmengetahui ciri-ciri makalah buletin dan jurnal berkualiti. ✓ Dengan aktiviti praktikal dan hands-on, peserta dapat menulis makalah dan mendapat komen dan reviu daripada fasilitator dan rakan (peer-review), supaya hasil tulisan mereka lebih mantap. ✓ Dengan mengetahui selok-belok proses penerbitan makalah buletin dan jurnal, peserta dapat memulakan inisiatif menerbitkan buletin dan jurnal jabatan mereka.
✦ Modul 3: Gaya penulisan ilmiah ✦ Modul 4: Seksyen metodologi kajian ✦ Modul 5: Seksyen hasil kajian dan perbincangan ✦ Modul 6: Seksyen kajian literatur ✦ Modul 7: Seksyen kesimpulan dan kajian lanjutan ✦ Modul 8: Seksyen pengenalan ✦ Modul 9: Seksyen rujukan dan petikan ✦ Modul 10: Seksyen abstrak ✦ Modul 11: Memilih tajuk yang ampuh ✦ Modul 12: Hubungan penulis dengan penerbit ✦ Modul 13: Menguruskan penerbitan dan editorial ✦ Modul 14: Penyuntingan, pewasitan dan pemasaran jurnal ✦ Modul 15: Pemasaran dan pengantarabangsaan jurnal Malaysia Jurulatih Bengkel ‣ Tuan Syahrul Nizam Junaini
Modul yang Dibentangkan ✦ Modul 1: Mencari idea menulis ✦ Modul 2: Memahami proses menulis makalah jurnal Bengkel Diadakan Secara Publik
Latihan dalaman organisasi
Atas talian
Perincian
Bengkel Penulisan Web Portal Menulis rencana untuk tujuan cetakan dan di web portal adalah berbeza. Apabila ia tidak dikendalikan dengan betul, maklumat tidak sampai, pelanggan tidak berpuas hati dan kesan berantai berlaku kepada keseluruhan organisasi. Penulisan berita dan rencana di web portal memperkenalkan organisasi kepada khalayak dalam situasi yang terbaik dan berimej positif di mata pembaca. Ia bermula dengan mengetahui apakah gaya penulisan yang mesra mata di skrin dan mesra mata pada bahan cetak. Kaedah ini digunakan oleh organisasi sebagai cara mendorong kepada para kakitangan organisasi bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada kakitangan dalaman atau pun kepada orang luar. Durasi Bengkel 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance Apa Kelainan Program Ini? ✓ Bengkel ini dikendalikan oleh pengamal dalam dunia penulisan. Beliau menekankan 80 peratus praktikal dan 20 peratus teori ✓ Pengalaman organisasi dan penerbitan komersial digabungkan. Ini menjadi nilai tambah kepada peserta dalam bengkel. ✓ Result orientation yang tinggi ditekankan berdasarkan keperluan penganjur apabila diperlukan melalui saranan selepas bengkel. Fasa-Fasa Latihan
➡ Fasa Kedua : Penulisan ➡ Fasa Ketiga : Pemasaran Modul yang Dibentangkan ✦ ✦ ✦ ✦ ✦ ✦ ✦ ✦ ✦
Modul 1: Motivasi penulisan Modul 2: Hak penulis & hak Cipta Modul 3: Bedah siasat web 2.0 Modul 4: Memahami konsep penulisan untuk online Modul 5: Menstruktur rencana mesra pembaca Modul 6: Pembentangan, analisa dan penstrukturan Modul 7: Mahir kaedah jana idea Modul 8 : Kaedah mencari bahan 2.0 Modul 9: Dunia penulisan berita Jurulatih Bengkel
‣ Tuan Zamri Mohamad
➡ Fasa Pertama : Penulis
Bengkel Diadakan Secara Publik
Latihan dalaman organisasi
Atas talian
Perincian
Bengkel Penulisan Novel Adakah anda mempunyai salah satu ataupun semua harta bernilai di bawah ini? ★ Pengalaman kerja ★ Pengalaman hidup ★ Cerita peribadi ★ Cerita rakan-rakan ★ Peristiwa suka dua ★ Imaginasi dan khayalan ★ Angan-angan ★ Impian Adakah anda berminat untuk menambah nilai harta paling berharga dalam diri anda dengan hanya menjadikan ia sebuah karya kreatif yang enak dibaca, diulang cetak dan memberi inspirasi kepada orang lain? Nilai sebenar cerita yang dianggap biasa-biasa ini sebenarnya nilainya lebih tinggi daripada apa yang disangka. Ini kerana ia tidak didedahkan oleh mereka yang pakar kepada umum. Sehinggalah hari ini…. Kisah benar daripada penulis prolifik Malaysia yang menulis lapan buah novel dengan hanya menukar aset diri kepada karya yang diulang cetak sehingga hari ini. Durasi Bengkel
Fasa-Fasa Latihan
1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance
➡ Fasa 1: Fasa Pra Penulisan ➡ Fasa 2: Fasa Penulisan ➡ Fasa 3: Fasa Pasca Penulisan
Apa yang Peserta Akan Peroleh? Program ini akan: bagaimana untuk ✓ Menceritakan melakukannya meskipun ia adalah penulisan pertama yang anda hasilkan ✓ Mendedahkan semua cara yang dapat dilakukan bagi menghasilkan penulisan novel ataupun karya kreatif pertama anda yang akan dibaca orang ramai. ✓ Menukarkan harta paling bernilai dalam diri anda menjadi harta yang membawa pulangan yang berkali ganda, dalam bentuk wang ringgit dan pastinya pahala. ✓ Menukarkan imaginasi dan pengalaman menjadi sebuah karya yang sedap dibaca dan diikuti ramai.
Modul yang Dibentangkan ✦ ✦ ✦ ✦ ✦ ✦
Pengenalan Penulisan Fiksyen Proses Pra Penulisan Proses Penulisan Elemen Penting Penulisan Proses Pasca Penulisan Bahasa Dalam Penulisan Novel dan Karya Kreatif ✦ Etika Penulisan Jurulatih Bengkel ‣ Cik Salina Ibrahim
Bengkel Diadakan Secara Publik
Latihan dalaman organisasi
Atas talian
Perincian
Bengkel Penulisan Iklan Jualan Lapan puluh peratus kejayaan jualan bermula apabila pelanggan membaca lima patah perkataan awal dalam iklan. Baki 20 peratus daripada teks penerangan produk selepas itu. Mempunyai produk yang baik tidak menjamin pelanggan mahu memilikinya. Kajian menunjukkan, iklan jualan produk dan perkhidmatan menjadi jurujual yang meyakinkan pelanggan agar berkata YA sebelum membayarnya. Kejayaan iklan jualan terbukti melalui pesanan secara pos dan pembelian di internet yang tidak memungkinkan pelanggan melihat produk terlebih dahulu. Di sepanjang seminar ini, peserta kursus akan didedahkan kepada dua elemen penting iklan jualan, iaitu: ★ Psikologi pelanggan melihat iklan jualan ★ Mendorong jualan melalui visual kepercayaan Para peserta juga akan didedahkan dengan input-input: ★ Teori iklan jualan yang digunakan oleh gergasi bisnes ★ Mendorong pembelian dan tempahan segera oleh pelanggan Durasi Bengkel 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance Apa yang Peserta Akan Peroleh? Di akhir bengkel ini Anda sebagai peserta akan: ✓ Mengetahui apakah kaedah iklan jualan berpengaruh ke atas pelanggan ✓ Menaikkan peratusan dihubungi pelanggan kesan daripada iklan jualan di internet ✓ Merancang, menyusun dan menggerakkan kempen iklan jualan di internet secara tersusun dan berstrategi. Fasa-Fasa Latihan Dalam bengkel ini, peserta didedahkan dengan teknik dan kaedah yang menjadi kunci iklan jualan produk dan perkhidmatan. Kunci-kunci rahsia itu adalah:
➡ Meniru strategi big boy yakni pengiklanan perniagaan komersial ke bisnes kecil ➡ Menaikkan rasa mahu dan tahu pelanggan melalui teks dan foto yang tepat. ➡ Menggerakkan urgency atau rasa segera bertindak membeli oleh pelanggan. Modul yang Dibentangkan ✦ Modul 1: Apa yang dicari oleh pelanggan ✦ Modul 2: Unsur ketakutan dan kesamaan dalam pengiklanan ✦ Modul 3: Menjadikan produk unsur wajib ada pada pelanggan ✦ Modul 4: Susun, jelas dan ikat pelanggan ✦ Modul 5: Psikologi foto, harga dan warna ✦ Modul 6: Teks berpengaruh dalam jualan ✦ Modul 7: Mencetus pendahuluan mengikat perhatian
✦ Modul 8: Pembentangan dan analisa Jurulatih Bengkel ‣ Tuan Zamri Mohamad
Bengkel Diadakan Secara Publik
Latihan dalaman organisasi
Atas talian
Perincian
Bengkel Strategi Penerbitan Buku Dunia perbukuan Malaysia berkembang pada kadar yang amat pesat. Pertumbuhan syarikat-syarikat penerbitan buku di Malaysia umpama cendawan tumbuh di waktu pagi. Syarikat lama dan baru bertanding mengeluarkan produk terbaru bagi menunjukkan merekalah pengeluar produk bacaan terbaik dalam pasaran.Apa yang membezakan antara satu syarikat dan syarikat lain adalah strategi penerbitan, konsep produk dan kaedah pemasaran. Adakah anda ingin mengetahui konsep produk terbaru yang memenuhi citarasa pelanggan? Adakah anda seorang individu ataupun mewakili organisasi yang ingin menghasilkan buku bukan sahaja bagus daripada sudut isi tetapi dapat menyerap masuk ke dalam pasaran dengan baik? Adakah anda ingin memastikan strategi penerbitan anda memenuhi standard semasa industri penerbitan di Malaysia dan antarabangsa? Adakah ingin produk terbitan anda dapat dipasarkan kepada golongan sasar dengan baik? Bengkel Strategi Penerbitan Buku ada jawapannya. Apabila anda menghadiri bengkel ini, anda akan dibawa menjelajah setiap pelosok industri buku terkini, mengetahui amalannya, proses penerbitannya dan bagaimana mengaplikasikannya. anda juga akan mengetahui trend terkini penerbitan di Malaysia dan antarabangsa. Anda juga dapat mengalihkan teknologi penerbitan terbaru ke dalam organisasi anda. Durasi Bengkel
3 Komponen Bengkel
1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance Apa yang Peserta Akan Peroleh? Di akhir bengkel ini anda sebagai peserta akan: ✓ ✓ ✓ ✓
✓
Mengetahui trend semasa penerbitan buku Malaysia khususnya dan dunia amnya. Mengetahui amalan penerbitan yang bersesuaian dengan organisasi semasa. Mengalihkan teknologi penerbitan ke dalam organisasi. Menjelajah ruang-ruang baru penerbitan untuk diaplikasikan ke dalam amalan penerbitan. Merancang program pemasaran dan jualan bersesuaian dengan musim penerbitan semasa.
➡ KOMPONEN 1: Pembangunan produk ➡ KOMPONEN 2: Gerak kerja editorial ➡ KOMPONEN 3: Pemasaran dan jualan
Modul yang Dibentangkan ✦ Modul 1: Amalan penerbitan yang baik. ✦ Modul 2: Amalan editorial mengikut standard industri semasa. ✦ Modul 3: Anatomi buku. ✦ Modul 4: Gerak kerja produksi. ✦ Modul 5: Daripada stor kepada pelanggan.
Jurulatih Bengkel ‣ Tuan Fauzul Na’im Ishak
Bengkel Diadakan Secara Publik
Latihan dalaman organisasi
Atas talian
Jurulatih Bengkel & Pakar perunding FAUZUL NA’IM ISHAK Master trainer dan pengasas Akademi Penulis Sdn. Bhd.. Beliau juga adalah sebagai Pengarah Penerbitan di PTS Media Group Sdn. Bhd. Seorang jurulatih program latihan bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia dan GEM International. Beliau sudah mengendalikan lebih daripada 300 bengkel penulisan dan pembangunan potensi diri di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. DATO’ NAZIM MOHAMAD SHAARI Pernah memegang beberapa jawatan penting kerajaan. Beliau pernah menjadi pegawai anggota Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (Malaysian Administrative and Diplomatic Service) selama 30 tahun. Berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Kemudian beliau dinaikkan menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri II Perak Darul Ridzuan sebelum bersara daripada perkhidmatan. Jurulatih dan perunding kanan dalam bidang pengurusan strategik dan penulisan teknikal. ZAMRI MOHAMAD Pengarah Eksekutif di Akademi Penulis Sdn. Bhd.. Merupakan jurulatih dan perunding kanan yang aktif mengendalikan bengkel penulisan di dalam dan luar negara. Seorang penulis sepenuh masa dan rakan strategik pembangunan imej organisasi melalui penulisan dan kempen media online serta offline. Beliau sudah menulis 20 buah buku dalam pasaran. Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, Majalah-I dan Mutiara Minda. Seorang jurulatih bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad. IKRAM WAZIR Pengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Kumpulan Penerbitan PTS. Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini bermula daripada menjadi seorang editor peroleh di PTS Millennia Sdn Bhd, membangunkan produk-produk buku bestseller di sana. Beliau sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan teknikal dan bengkel mengalihkan tesis kepada buku bestseller di institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya buku bestseller PTS, Anggun Di Luar Serlah Pesona dari Dalam.
AHMAD DAN SETAFA Beliau pernah berkhidmat di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (BKPP), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA). Mulai 2010 telah dilantik menjadi resource person dalam bidang 5s, MPK, FM, SKT, ReOrg, Pengurusan Mesyuarat, Penulisan Minit Mesyuarat dan PKPA yang lain. (Modul MAMPU). Beliau bergerak aktif sebagai penceramah dan jurulatih dalam aspek Protokol Majlis Rasmi, Pengurusan Majlis, Etiket Sosial, Makan Beradab, Penyediaan Teks Ucapan, Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis. SALINA IBRAHIM Seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang penulisan fiksyen. Seorang lulusan sarjana muda syariah dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Menceburi bidang editorial dan penerbitan sejak 15 tahun lalu. Bermula sebagai editor di Sasbadi Sdn. Bhd. sebelum berpindah ke Kumpulan Karangkraf dengan jawatan yang sama. Jawatan terakhir beliau adalah Editor Kumpulan Majalah Islam di Kumpulan Karangkraf. Baru dilantik sebagai Munsyi Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka. AZREE HANIFIAH Seorang yang berpengalaman selama 3 tahun sebagai fotografer rasmi bagi sebuah badan NGO antarabangsa WAMY (World Assembly of Muslim Youth) yang berpusat di Arab Saudi. Beliau sering mengadakan bengkel fotografi bagi tujuan bisnes kecil, pendidikan dan korporat. Juga menjadi pengasas untuk Yosh Fotografi iaitu satu komuniti remaja Muslim yang berdakwah melalui foto. Merupakan trainer khusus dalam bidang pembangunan laman web, fotografi dan editing untuk individu, agensi swasta, badan kerajaan dan universiti. SYAHRUL NIZAM JUNAINI Pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak. Pakar perunding latihan dan motivasi dalam bidang komunikasi dan penulisan. Sering dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel persembahan hebat melalui Power Point, bengkel penulisan jurnal dan buku, bengkel kemahiran memperkukuhkan dan memperkasakan pengaruh. Sudah menghasilkan dua buah buku yang diterbitkan di PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. iaitu Seni Pengaruh dan Persembahan Hebat dengan Power Point.