Siap sedia hadapi cabaran ekonomi 2015 PERCUMA 19 - 26 Disember 2014, 26 Safar - 4 Rabiulawal 1436 www.selangorkini.net
Lebih murah dari PR1MA
Rumah Mampu Milik dibina anak syarikat Kerajaan Selangor sedangkan Kerajaan Persekutuan membeli projek perumahan untuk PR1MA, menyebabkan harganya, mahal. LAPORAN LANJUT di muka 2
52 pembeli rumah terbengkalai lega terima RM5.6 juta
ADUN MUDA... Seorang peserta dikenali sebagai Iman
Nabila rancak berbahas di Dewan Negeri Selangor dalam program Adun Muda Selangor pada 15 dan 16 Disember lalu. Ia disertai 38 mahasiswa anak Selangor dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara. BERITA DI MUKA 3
Gambar oleh Asrie Sapfie
Oleh NAEEM RAFFI SHAH ALAM - Pembeli rumah Taman Bukit Impian, Seksyen U10, Bukit Cherakah yang terbengkalai sejak 2005, lega apabila menerima sagu hati Kerajaan Negeri bernilai RM5.6 juta. (gambar di muka 8) Pembeli, Kala Devi A/P Thanjappan, 54, mahu menggunakannya untuk melunas pinjaman perumahan sekaligus membersih nama yang disenarai hitam bank. “Malang menimpa-nimpa, sudahlah rumah tidak siap, bank pula senarai hitam. Kehidupan dan urusan saya terjejas selama ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Cek Bayaran Saguhati kepada Pembeli Projek Perumahan Taman Bukit Impian, Seksyen U10, Bukit Cherakah, 17 Disember lalu. Sekurang-kurangnya 52 pembeli projek perumahan terbengkalai Taman Bukit Impian menerima sagu hati dari Kerajaan Selangor. Kerajaan Negeri membangunkan semula projek terbengkalai dengan menyerahkannya kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk dibangunkan semula. Rajasegar A/L Aji, 39, pula terpaksa menyewa rumah lebih enam tahun selepas menghabiskan simpanan untuk membayar pendahuluan rumah. Zulkifli Md Yusuf, 59, pula mahu menyimpan saguhati itu untuk kegunaan masa depan berikutan beliau sudah bersara. “Pemaju projek perumahan itu tidak bertanggungjawab. Nasib baik Kerajaan Negeri sudi membantu memberi sagu hati. “Buat masa ini, tiada perancangan selain menyimpan wang itu,” katanya.
Ada pakar ekonomi negara mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara jauh lebih rendah daripada ramalan BERITA di muka 2
MB: Demokrasi Bugis ilham santuni pembangkang Berilhamkan falsafah Amaradekangeng, pentadbiran patik menyantuni pembangkang kerana mereka sebahagian dari demokrasi. BERITA di muka 4
Dua Exco Selangor terima gelaran Datuk Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Exco Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi menerima anugerah itu. BERITA di muka 4
MB: RM5.5 juta atasi banjir di Kajang Tender bermula segera kerana kita mahu kerja dimulakan seawal 2015 BERITA di muka 6
Tidak tutup premis pada Jumaat Bagaimanapun, kita boleh buat penguatk uasaan terhadap mana-mana majikan yang menghalang pekerja lelaki menunaikan Solat Jumaat. BERITA di muka 7
Utama 2
Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
Oleh NAZLI IBRAHIM BANDAR BARU BANGI - Projek perumahan rumah mampu milik di Selangor lebih murah berbanding Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) berikutan ia dibina anak syarikat Kerajaan Selangor dan pemaju terlibat. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia berbeza amalan Kerajaan Pusat yang membeli projek perumahan tertentu, menyebabkan harganya mahal. “Mereka sasar 80,000 unit rumah PR1MA, mana dia? Tidak
MB: Rumah mampu milik Selangor lebih murah dari PR1MA ada. Apa yang mereka buat? beli projek, bukan bina projek. “Bila dibeli dari sektor komersial, mereka tidak dapat beri harga mampu milik. Maka Kerajaan Negeri perlu ambil peranan. “Bila kita bina rumah, ini mewujudkan aktiviti ekonomi melibatkan 27 industri lain, perbankan, simen, besi yang lainnya menjana
pertumbuhan ekonomi,” katanya. Beliau berkata demikian pada Program Turun Padang Menteri Besar Selangor ke Daerah Hulu Langat, 12 Disember lalu. Mohamed Azmin berkata, pemaju yang menjayakan sasaran pembinaan 15,000 unit rumah mampu milik turut diberi insentif. Antaranya, premium tanah
Siap sedia hadapi cabaran ekonomi 2015 SHAH ALAM - Semua pihak perlu bersedia menghadapi cabaran 2015 yang dijangka getir ekoran kejatuhan nilai mata wang dan ekonomi global dan negara yang tidak menentu. Dato Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia memerlukan kekuatan semua pihak merangka strategi terbaik berhadapan cabaran itu supaya tidak terperangkap dalam kesan negatif cabaran ekonomi. Katanya, beberapa petun-
juk ekonomi termasuk laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi global tumbuh pada kadar 3.8 peratus pada 2015. “Ada pakar ekonomi negara mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara jauh lebih rendah daripada ramalan,” katanya pada Perhimpuan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor, 15 Disember lalu. Kata Mohamed Azmin, ia disebabkan negara dalam
keadaan statik dan tidak dapat keluar dari kemelesetan ekonomi baru-baru ini. “Jepun, negara maju di rantau ini mencatat kemelesetan mulai suku tahun ketiga tahun ini dengan KDNK menguncup pada kadar 1.6 peratus berbanding pertumbuhan disasar 2.2 peratus. “Sudah tentu apabila Jepun mengalami kemelesetan ekonomi, ia beri kesan kepada pertumbuhan ekonomi dalam negara kita,” katanya.
dan caj pembangunan dikurangkan sekaligus membolehkan rumah boleh dijual pada harga mampu milik. “Pemaju beri komitmen bina rumah mampu milik dalam tempoh ditetapkan tetapi mereka mesti memohon kebenaran merancang pada 2015 dan kita ada ‘fast track’ untuk
luluskan,” katanya. Dalam program lawatan seharinya ke Daerah Hulu Langat, Mohamed Azmin sempat meninjau beberapa lokasi bermasalah . Antaranya, Pasar Kajang yang berdepan isu banjir dan Kampung Batu 10 yang berhadapan isu penempatan di tanah rizab jalan.
Kejatuhan nilai ringgit rancakkan pelancongan SHAH ALAM - Kejatuhan nilai ringgit memberi peluang ekonomi apabila kebanjiran tinggi pelancong asing ke negara ini ekoran faktor kuasa berbelanja lebih, dimiliki golongan itu. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Selangor bersedia menghadapi cabaran itu termasuk merangka strategi dinamik. “Yang saya sebut bila nilai
ringgit jatuh, ia bukan suasana ekonomi yang baik tetapi ada juga kebaikannya untuk kita mendapat sokongan industri seperti pelancongan. “Kita harapkan lebih ramai pelancong datang ke Selangor dan Malaysia. Sektor pelancongan harus siap sedia,” katanya. Selangor menjayakan Tahun Melawat Selangor 2015 dengan sasaran tujuh juta pelancong.
Air: Tiada layanan istimewa kepada Splash SHAH ALAM - Tiada layanan istimewa kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dalam isu perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor. “Tidak betul. Kita sudah muktamadkan perjanjian dengan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bulan lalu. “Manakala Splash, berdasarkan perjanjian asal diberi tempoh setahun (sehingga 12 September 2015) untuk memuktamad perjanjian itu.
“Itu ditandatangani sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid,” kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pemberita, 16 Disember lalu. Ia sekaligus menafikan dakwaan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Kerajaan Selangor membuka ruang kepada Splash untuk tidak memuktamad perjanjian itu. Sebelum ini, Abdul Khalid mendakwa Splash diberi layanan istimewa kerana syarikat itu belum tidak memuktamad perjanjian, September lalu.
Gereja terima sumbangan RM332,550 SENGIT... Selangor Cyber Games 2014 yang berlangsung di The Strand, Kota
Damansara 13 dan 14 Disember lalu, mendapat sambutan hangat dari anak muda. Acara yang menawar wang tunai RM30,000 itu sebagai suatu bentuk sokongan dan pengiktirafan Kerajaan Selangor terhadap permainan siber sebagai e-sukan. Ia anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan dengan kerjasama pelbagai pihak.
PETALING JAYA - Sebanyak 31 gereja dan persatuan kebajikan Kristian menerima sumbangan antara RM5,000 hingga RM25,000. Sumbangan keseluruhan RM332,550 itu disampaikan pada program Rumah Terbuka Hari Krismas di Kota Damansara di sini, 14 Disember lalu.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kepelbagaian agama dan budaya antara kekuatan masyarakat majmuk bagi memastikan keharmonian rakyat. “Kita mengamal toleransi dan hendaklah menghormati perbezaan dan sensiviti kepercayaan agama,” katanya depan kira-kira 1,000 hadirin pada majlis itu.
Tempatan Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
3
Perbahasan Adun Muda diambil kira DNS OLEH AFEEQA AFEERA SHAH ALAM - Penganjuran program Adun Muda Selangor kali kedua disertai anak muda mengenai proses perjalanan dalam dewan. Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata, mereka didedah dengan tatatertib bertanya soalan dan prosedur peraturan tetap. Meski hanya lima peratus proses sebenar, katanya, ia membuka ruang kepada belia meneruskan karier politik jika berminat. “Kami mahu menganjurkan program itu tiga kali setahun. Selepas sidang dewan, kita anjurkan bagi memberi peluang anak muda. “Peserta berpeluang berjumpa Dato’ Menteri Besar, malah perbahasan mereka akan diguna pakai dalam membentuk polisi kerajaan. “Ini antara cara kita mendengar suara anak muda,” katanya pada sidang media di Dewan Annex, 16
Disember lalu. Sebanyak 123 permohonan diterima dari mahasiswa anak Selangor dari pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Kata Hannah, beberapa penambahbaikan dibuat, antaranya tambahan masa berbahas dan membuat persediaan berikutan ia berlangsung dua hari. Katanya, peserta juga diberi usul untuk berbahas berhubung strategi pelaksanaan Dasar Belia Selangor bagi sesi pagi manakala sesi petang fokus kepada Skim Pendidikan Percuma. “Mereka juga bertemu Adun Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) seperti Saari Sungib, Yeo Bee Yin, Haniza Talha, R Rajiv dan Shahrum Mohd Sharif. “Tahun lalu, mereka bertemu Ketua Pembangkang tetapi kali ini, sudah meletak jawatan. Ia sebagai jalinan bagi mereka menyertai mana-mana parti politik,” katanya.
Peserta program membahaskan usul yang berikan
Praktikal di Pejabat MB
Curah idea isu belia, pendidikan
SHAH ALAM - Mahasiswa digalak menjalankan latihan praktikal di Pejabat Menteri Besar bagi meraih pengalaman. Mengalu-alu permohonan, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata jawatan baru itu mula diwujudkan pada cuti semester. “Sistem baru ini kita wujudkan untuk mahasiswa yang mahu bekerja semasa cuti semester. “Ini peluang baik untuk mahasiswa memberi pandangan dan membantu Kerajaan Selangor,” katanya pada penutupan
Abu Zar Ahmad Zubir
Program Adun Muda Selangor, 16 Disember lalu. Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga mengalu-alu pandangan mahasiswa untuk membantu wakil rakyat dalam isu bersesuaian untuk dibahas. “Sebelum sidang dewan, kita perlukan maklum balas mahasiswa untuk membantu Adun berhubung soalan dan isu yang perlu dibawa,” katanya. “Bermakna wujud interaksi antara mahasiswa dan pemimpin peringkat negeri,” katanya.
Mohamed Azmin beramah mesra dengan mahasiswa program Adun Muda Selangor
Aisya Bakar
SHAH ALAM - Adun Muda Selangor berpendapat penganjuran itu memberi pengalaman dalam memahami peranan wakil rakyat. Apatah lalgi, mereka berpeluang berhujah bersama dua Exco Selangor, Amirudin Shari dan Nik Nazmi Nik Ahmad. Peserta, Abu Zar Ahmad Zubir, 24, berkata ia memberi peluang kepada anak muda mencurah idea sekali gus membantu proses penyediaan dasar berkaitan belia dan pendidikan. Mewakili Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Selangor, beliau percaya proses pendemokrasian yang baik ialah anak muda dilibat secara langsung dalam proses penggubalan dasar. “Diharapkan pada sesi depan, lebih banyak idea dan Selangor menjadi sebagai tempat berkongsi idea,” katanya. Peserta, Aisya Bakar, 22, dari Univer-
Dinesh Kunasekar siti Malaya menyifatkan program itu memberi gambaran jelas mengenai perjalanan perbahasan dewan. “Selaku mahasiswa jurusan undangundang, saya tahu secara teori tetapi proses membuat dasar tidak semudah yang disangka,” katanya. Bagi Dinesh Kunasekar, 22, program itu perlu dijadikan platform untuk menggalakkan anak muda mengasah bakat kepimpinan. “Di luar, kita hanya tengok dan tidak tahu apa yang berlaku tetapi apabila terlibat, baru tahu kesusahan yang perlu dilalui,” katanya. Peserta, Khairy Hazique Muhammad Asri, 19, menyambut baik usaha memberi peluang kepada anak muda berkongsi pendapat. Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berharap ia membantu belia berani melibatkan diri dalam proses politik.
Tempatan 4
Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
KLANG - Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyantuni Barisan Nasional sebagai pembangkang berdasarkan prinsip tradisi demokrasi Bugis yang menjaga kepentingan rakyat. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, tradisi Bugis menanam benih demokrasi atau istilah Bugisnya Amaradekangeng menjadi ilhamnya untuk merai pembangkang dalam pentadbiran. “Berilhamkan falsafah Amaradekangeng, pentadbiran patik menyantuni pembangkang kerana mereka sebahagian dari demokrasi. “Maksud patik hanya semata-mata untuk memajukan demokrasi dan agar pembangkang turut berkhidmat menjaga kepentingan rakyat Tuanku,” katanya sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-69 hari ini di Istana Alam Shah di sini, 11 Disember lalu. Mohamed Azmin berkata, tradisi keilmuan masyarakat Bugis mempunyai pengaruh besar terhadap tradisi keilmuan Melayu. “Seperti ditampilkan Tuhfat al-Nafis, teks penting pensejarahan dan kebudayaan MelayuBugis yang ditulis Almarhum Raja Ali Haji, pendita agung Me-
MB: Demokrasi Bugis ilham santuni pembangkang
layu berketurunan Bugis di abad ke-19,” katanya. Bahkan, katanya, dunia menemu kembali epik bangsa Bugis bernama I La Galigo, karya yang dikatakan lebih panjang
dari Mahabharata dan dipersembah sebagai muzikal di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Singapura. “Kepelbagaian budaya Melayu bersekutu dengan kosmo-
politanisme Selangor disuburkan sesuai cogan kata Malaysia: Bersekutu Bertambah Mutu,” katanya. Kata Mohamed Azmin, kerajaan Selangor memberi jami-
nan mengamal pembangunan berteras usaha menjana pertumbuhan berkualiti dan keadilan dalam pengagihan. Menerusi falsafah pembangunan itu, katanya, kekayaan negeri diagih saksama dan tidak tertumpu kepada kelompok kaya, selain memelihara kelangsungan dan kesuburan budaya Melayu dengan segala kepelbagaiannya. Beliau berkata, pentadbirannya melipat ganda usaha merancakkan kegiatan kebudayaan dengan mengupayakan dimensi manusiawi dalam pembangunan. “Kepelbagaian agama bukan bertujuan menimbulkan konflik atau prasangka tetapi kepelbagaian itu dijadikan satu kekuatan. “Justeru, pentadbiran patik menjamin keharmonian rakyat Tuanku dipelihara supaya tidak berlaku kekacauan dan konflik dalam masyarakat yang rencam,” katanya.
Dua Exco Selangor terima gelaran Datuk SHAH ALAM - Dua Exco Selangor mendahului senarai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk’ sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Exco Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi menerima anugerah itu. Penerima lain ialah Duta Malaysia Ke London Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar Datuk Rustam Yahaya; Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki. Turut menerima, Panglima Armada merangkap Panglima Bantuan Markas Pemerintahan
Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany. Pengarah Urusan NRY Architects Sdn Bhd Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak; Profesor Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ir Abdul Ghani Hashim. Sementara itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada dua Exco Selangor itu dan percaya pemilihan dibuat atas jasa khidmat kepada negeri dan rakyat Selangor.
“Mereka wajar diberi penghormatan dan penghargaan kerana kedua-dua tokoh itu banyak menyumbang khidmat kepada rakyat Selangor. Tahniah,” katanya ketika ditemui pemberita pada hari sama. Iskandar dan Yunus menyifatkan penganugerahan itu sebagai pengiktirafan dan motivasi untuk bekerja lebih kuat dan menyuntik semangat untuk berkhidmat lebih gigih. “Ia pengiktirafan dan motivasi untuk bekerja lebih keras dalam memastikan Belanjawan 2015 yang dibentang dapat dilaksana dengan jayanya untuk kepentingan rakyat,” katanya. “Saya sedaya upaya memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Selangor dapat terus dijamin,” kata Yunus pula. Mereka berkata demikian selepas Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor di Istana Alam Shah, 11 Disember lalu.
Tempatan Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
3,000 jemputan rai Majlis Jamuan Teh Diraja KLANG - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-69 di Istana Alam Shah, 12 Disember lalu. Turut sama, Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Kerajaan Se-
langor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dan pimpinan Kerajaan Negeri, hadir sama. Kira-kira 3,000 jemputan itu turut menyaksikan acara memotong pulut kuning dan persembahan kebudayaan daripada Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).
Sultan Perak mendahului senarai penerima KLANG - Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah mendahului senarai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sultan Nazrin dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manakala Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II). Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) membawa gelaran Datuk Seri. Turut menerima, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
5
Sultan Nazrin dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manakala Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II) Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) membawa gelaran Datuk Setia.
Seramai 13 penerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita. Memetik Bernama, seramai 14 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) manakala 14 lagi menerima Darjah Kebesaran SetiaSultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S). Seramai 20 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) termasuk tiga pemenang pingat emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan@Krisnamurthy (karate); Ahmad Syukri Abdul Aziz (perahu layar); dan Mohamad Faizal Norizan (perahu layar). Seramai 18 pula menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).
Saya fokus bekerja KLANG - Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tetap fokus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar sekalipun tanpa sebarang kurniaan darjah kebesaran. Malah, beliau menyifatkan tempoh perkhidmatannya yang baru 80 hari terlalu awal untuk dikurnia sebarang bintang kebesaran. “Baru dua bulan,” katanya ketika ditanya mengenai pen-
ganugerahan Darjah Kebesaran daripada DYMM Sultan Selangor sebaliknya mahu fokus masa bekerja dan memberi khidmat terbaik untuk rakyat. “Dalam tempoh dua bulan ini, saya lihat ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian,” katanya yang enggan mengulas pelucutan gelaran ‘Datuk Seri’ terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SIDANG PENGARANG KETUA PENGARANG: Fazallah Pit PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar & Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim WARTAWAN: Afeeqa Afeera:
[email protected], Hafizan Taib:
[email protected], Naeem Raffi:
[email protected], Afix Redzuan :
[email protected], Lizawati Madfa :
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Nazli Ibrahim :
[email protected], Norfarahidayu Baharudin :
[email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Tempatan 6
Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
MB: RM5.5 juta atasi banjir di Kajang Oleh NAZLI IBRAHIM KAJANG - Masalah banjir yang kerap sekitar sini dijangka selesai berikutan Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM5.5 juta bagi mengatasi masalah itu. Keputusan itu dibuat selepas Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meninjau sendiri lokasi yang sering terlibat dengan banjir di Pasar Kajang. “Kita melihat tapak lokasi yang menjadi punca sebahagian masalah banjir Kajang bersama Jabatan Parit dan Saliran (JPS). Selepas dengar taklimat, kita ambil keputusan setuju menerima cadangan JPS menaik taraf sungai di kawasan itu. “Ini melibatkan kos RM5.5 juta. Saya beritahu kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk luluskan peruntukan yang dipohon JPS. “Tender bermula segera kerana kita mahu kerja dimulakan seawal 2015,” katanya selepas mengadakan tinjauan 12 Disember lalu. Mohamed Azmin menjang-
Mohamed Azmin dan Adun Kajang, Wan Azizah sedang meneliti pelan langkah menangani banjir di Kajang ka kerja menaik taraf dimulakan seawal Mac 2015 sebaik selesai proses tender. Katanya, ia melibatkan kerja
melebarkan sungai dari lapan ke 12 meter selepas beberapa gerai di tanah rizab sungai dipindah ke tanah rizab Kera-
jaan Negeri. Kata beliau, kerja penambahbaikan dimulakan dengan mendirikan tembok penahan
banjir di hadapan Pasar Kajang dan mendalamkan sungai bagi mengurangkan kesan bencana alam itu.
Penduduk, MPKj lega terima peruntukan
KREATIF...
TVSelangorku menang Anugerah Media Baru bagi kategori tv internet menerusi segmen Apa Khabar Selangor (AKS) kendalian Allahyarham DJ Mansor. Pemangku Ketua Jurugambar Selangor Kini, Muhammad Asri Sapfie pula menang Anugerah Penghargaan Fotografi. Hadiah disampaikan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad pada Majlis Apresiasi Media Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 17 Disember lalu
KAJANG Pemimpin masyarakat di Kajang menyambut baik pengumuman Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meluluskan RM5.5 juta bagi mengatasi masalah banjir di beberapa tempat di Hulu Langat. Ketua Kampung Sungai Kantan, Khalid Ridhuan, berkata, masalah banjir sekian lama berlarutan wajar diselesaikan secepat mungkin. “Dulu bila mengadu pada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), mereka kata tiada bajet – suatu alasan yang sukar diterima. "Sekarang, Alhamdullilah, peruntukan diluluskan dan saya harap digunakan sepenuhnya RM5.5 juta itu untuk atasi masalah banjir," katanya kepada SelangorKini. Ahli Majlis MPKj, Radhuan Ahmad pula berharap selain isu banjir yang perlu diatasi segera,
Peruntukan diluluskan dan saya harap digunakan sepenuhnya RM5.5 juta itu untuk atasi masalah banjir Khalid Ridhuan
Ketua Kampung Sg Kantan Kerajaan Negeri juga perlu menyelesaikan isu sampah yang semakin buruk di Kajang. “Terima kasih kepada Dato' Menteri Besar baharu kerana walaupun isu ini sepatutnya sudah lama diatasi. "Cuma, saya harapkan bukan masalah banjir sahaja yang jadi masalah di sini tetapi isu sampah juga perlu diatasi segera,” katanya.
Tempatan Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
7
Tidak tutup premis pada Jumaat
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof bersama anak-anak asnaf yang menerima bantuan
1,006 asnaf terima bantuan pendidikan OLEH AFEEQA AFEERA PETALING JAYA - Seramai 1,006 keluarga asnaf dan fakir miskin di daerah Petaling menerima agihan bantuan pendidikan untuk anak-anak mereka bagi sesi persekolahan 2015. Bantuan berjumlah RM845,660 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu berbentuk pembiayaan yuran, peralatan dan pakaian sekolah. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mo-
hamed Izam Mohamed Yusof, berkata program kali keempat itu bertujuan meringankan bebanan ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak. Katanya, anak asnaf bersekolah rendah kebangsaan dan agama menerima bantuan RM150 untuk yuran manakala sekolah menengah kebangsaan dan agama RM250 dan prasekolah RM100. “Lebih 44,000 keluarga asnaf fakir
dan miskin menerima bantuan pendidikan LZS berjumlah RM15 juta,” katanya pada program di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan 10 Disember lalu. Kata beliau, mereka turut menerima bantuan pakaian dan peralatan sekolah bernilai antara RM170 hingga RM200 dalam bentuk baucar. Berdasarkan agihan itu, katanya, setiap keluarga menerima bantuan mengikut jumlah tanggungan hingga maksimum RM2,000 setiap keluarga.
Asnaf, fakir miskin bersyukur PETALING JAYA - Bantuan agihan pendidikan untuk anakanak asnaf fakir dan miskin LZS ternyata membantu meringankan bebanan
golongan berpendapatan rendah. Azizah Nayan, 49, berkata ia membolehkannya menanggung perbelanjaan membeli pakaian dan peralatan sekolah anak. Anggota pasukan Relawan Ikatan Rakyat Malaysia (RELA) itu tiada pendapatan tetap untuk menampung kehidupan bersama tiga anak bersekolah. “Terima kasih atas sumbangan kepada kami untuk membiayai persekolahan anak,” katanya kepada Selangor Kini.
Pembantu operator, Azizah Majid, 48, yang menerima bantuan sama bersyukur atas agihan yang membantunya menampung lima anaknya. Berpendapatan kecil, apatah lagi suami bernia-
ga kecil-kecilan dan tidak tetap. “Dapatlah membeli kelengkapan sekolah. Saya akan gunakan sebaik mungkin bagi memiliki kelengkapan persekolahan yang sempurna,” katanya.
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak bercadang mengadakan undang-undang menutup premis perniagaan dan pasar raya sewaktu solat Jumaat. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Dr Ahmad Yunus Hairi (gambar), berkata, ia sukar dilakukan di negeri yang kepadatan penduduknya berbilang bangsa dan agama. “Bagaimanapun, kita boleh buat penguatkuasaan terhadap mana-mana majikan yang menghalang pekerja lelaki menunaikan Solat Jumaat. “Ada beberapa tempat di Selangor yang menetapkan premis gerai ditutup ketika waktu solat Jumaat,” katanya. Beliau mengulas keputusan Kerajaan Terengganu mengarahkan semua pasar raya ditutup pada Jumaat antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang mulai tahun depan. Di Selangor, beberapa DUN yang mempunyai majoriti penduduk Islam dikatakan menutup premis dan gerai selama dua jam sewaktu solat Jumaat.
Pakej umrah untuk Penolong Pendaftar Nikah SHAH ALAM - Penolong Pendaftar Nikah (PPN) di Selangor berpeluang menikmati pakej menunai umrah tahun depan, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Dr Ahmad Yunus Hairi. Katanya, Kerajaan Selangor sedia mempertimbang mereka yang layak menyertai program Lambaian Kaabah yang sebelum ini dikhusus kepada golongan pendidik seperti guru agama. “Tahun ini tidak sempat kerana kita sudah pilih 60 penerima. Tahun depan, insyaAllah kita akan masukkan PPN. Tetapi perlu memenuhi beberapa kriteria,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup Program Muzakarah Penolong Pendaftar Nikah (PPN) Negeri Selangor, 10 Disember lalu. Hadir sama dalam majlis yang disertai lebih 300 PPN ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Sehingga Disember ini, ada 391 orang PPN dengan sembilan Pendaftar Kanan dan 46 Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk. Selain itu, Yunus juga akan membawa cadangan mengenai pemberian elaun bulanan untuk dipertimbang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Album
8
Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin mewakili Kerajaan Selangor memulangkan kembali sejumlah RM5.6 juta kepada 52 pembeli rumah projek Taman Bukit Impian, Seksyen U10 Bukit Cherakah yang terbengkalai sejak 2005 dalam Majlis Penyampaian Cek Bayaran Saguhati di Hotel De Palma.
Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, dan Kebudayaan, Amirudin Shari merasmikan Temasya #Selangor15 di SACC Mall, SACC Convention Centre, Kompleks PKNS Shah Alam. Pelbagai aktiviti direncanakan meliputi aspek kesenian dan kebudayaan, aktiviti sukan pada 26 hingga 31 Disember ini
Adun Hulu Kelang, Saari Sungip menyampaikan bayaran pertama RM1,000 Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada salah seorang daripada 4 waris di DUN Hulu Kelang
Adun Bangi, Shafie Ngah bersama-sama dalam Kursus Asas Pertolongan Cemas anjuran Pusat Khidmat ADUN Bangi di Pasti Siti Sarah, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Langkah asas yang diajarkan termasuk menyelamatkan mangsa yang lemas, pengsan dan tercekik makanan
Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan hadir dalam Kursus Membuat Roti bersama Chef Ain Kamaludin anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Gombak Setia. Kursus di adakan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia dan dihadiri oleh 20 orang peserta.
Tempatan Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
9
Kekalkan sekolah vernakular - Nik Nazmi Oleh AFIX REDZUAN
SUBANG JAYA - Sekolah vernakular perlu kekal tanpa perlu sekolah satu aliran, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata, persekolahan menggunakan bahasa ibunda memudahkan anak belajar meskipun ada cabaran dari segi perpaduan kaum. “Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan kita hanya perlu ada satu (jenis) sekolah di Malaysia. “Tidak nafikan ada cabaran dari segi perpaduan apabila kita ada sekolah jenis kebangsaan tetapi itulah warisan kita,” katanya.
Beliau berucap demikian pada majlis Program Bantuan Pendidikan Sekolah-sekolah Kerajaan Negeri Selangor Fasa 3 Tahun 2014 pada 12 Disember lalu. Pada majlis itu, Nik Nazmi menyerahkan sumbangan Kerajaan Selangor berjumlah RM830,000 kepada 28 sekolah. Katanya, peranan 97 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor sama penting seperti sekolah lain dalam membina modal insan. Sejak 2009, Kerajaan Selangor memperuntuk RM20 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Turut hadir sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Penolong Setiausaha Unit Pen- Nik Nazmi, Wong Chen dan Siti Syazwani Abdul Latif bersama mock-up cek bantuan Sekolah Jenis didikan Siti Syazwani Abdul Latif. Kebangsaan Tamil
Pelajar 10 DUN terima bantuan sekolah
SHAH ALAM - Seramai 600 pelajar keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan kelengkapan sekolah menerusi pemberian baucer RM100 seorang. Yang Dipertua Pekawanis, Shamshida Taharin, berkata ia bertujuan meringankan beban keluarga miskin membuat persediaan. “Ia membantu ibu bapa mengurangkan kos perbelanjaan bagi penyediaan anak bagi sesi persekolahan,” katanya pada majlis itu di Dewan Megawati, Seksyen 7, 15 Disember lalu. Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali; Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib. Ia melibatkan 10 DUN
antaranya Seri Muda, Pelabuhan Klang, Bukit Lanjan dan Taman Medan serta Parlimen Gombak dan Kuala Langat yang setiap satu disertai 50 pelajar. Baki wilayah lain diadakan berasingan di DUN dan Parlimen masing-masing dalam masa terdekat. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selaku rakan penaja menyumbangkan RM100,000 manakala Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Kumpulan Perangsang Sdn Bhd masing-masing RM50,000. Gedung Textile, Jakel Trading Sdn Bhd pula menaja kasut sekolah manakala Danalis Distributors Sdn Bhd dan AlAmeen Serve Holdings Sdn Bhd menyumbangkan buku bacaan.
Seni 10
Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang
Membunuh kecurigaan kaum Oleh Hazayani Zakaria
Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa Hidup ini sudah terbenam pada persamaan nasib semata Kaum pekerja dan petani dalam satu sumber mengalir Sama-sama menyanyikan lagu terbagus untuk tanah air
P
etikan sajak Pemuda dan Gadis Tionghua karya Sasterawan Negara (SN) Datuk Dr Usman Awang ini cukup kuat bagi menyampaikan mesej perpaduan antara kaum di negara ini. Sajak itu sebahagian puisi perpaduan yang dinukilkan SN Usman Awang sewaktu hayatnya selain Salam Benua, Merpati Putih Jelajahi Dunia Ini, Suasana, Anak Jiran Tionghua, Penjual Pisang di Kaki Lima, Ba-
hasa Bonda dan lain-lain lagi. Terasa damai apabila puisipuisi itu dibaca kembali dalam suasana rakyat Malaysia sering dihangatkan dengan bahang perkauman oleh pihak yang bersifat rasis.
MAAFKAN AKU PENYAIR Maafkan aku penyair aku memilih untuk menemuimu di kafe mahal ini berteman secawan kopi dan menu makanan Barat. Ini zaman bangsa bermartabat kafe ini nyaman dan menyerlahkan darjat. Ini gaya hidup terbaru yang telah sebati dengan diriku. Maafkan aku penyair aku tidak faham mengapa kau menulis tentang setinggan dan kemiskinan mengapa kausibukkan anak siswa yang menanggung hutang Ini zaman nikmat melimpah-ruah apa gunanya kau menulis tentang petani kehilangan sawah atau menegur pemerintah apa gunanya bersajak tentang derita di negara maju keprihatinan hanya merugikanmu. Maafkan aku penyair kita hidup di zaman selesa jiranku berpangkat dan bergelar anak-anak mereka tidak terbiar. Mereka memuatnaik gambar makanan di laman maya untuk bersuka-suka dan berkongsi bahagia. Ini zaman dilimpahi kemewahan mustahil kawan-kawanku kebuluran jika ada yang terpancing selera pasti mereka juga mampu mendapatkannya Maafkan aku penyair kerana membenci sajak-sajakmu aku memusuhimu kerana perbezaan kita berdepan dengan perubahan tiada apa lagi yang hendak diperjuangkan cukuplah menulis tentang keindahan aku mahu terus memetik bintang khayalan dari terluka memijak tanah kebenaran.
RAIHANI MOHD.SAAID Kuala Lumpur.
Puisi-puisi tersebut dibaca dalam Majlis Penyampaian Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2014 di Berjaya Hotel, Kuala Lumpur pada 14 Disember lalu. Lebih menarik apabila puisipuisi itu dibacakan oleh tiga kaum; Melayu, Cina dan India. Bukanlah menjadi perkara asing berada dalam satu majlis yang dihadiri pelbagai kaum namun apabila ia disertai bacaan puisi yang mengangkat tema masyarakat, perasaan menjadi lebih teruja. Dalam pada perpaduan antara kaum cuba dijadikan isu sensitif, Yayasan Usman Awang (YUA) dengan kerjasama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) berjaya menganjurkan Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2014. Penganjuran AINUA 2014 ini julung-julung kali diadakan dan diteruskan setiap dua tahun sekali. Bertema perpaduan, anugerah diberi kepada individu atau organisasi yang memperjuang perpaduan antara kaum dan berusaha memupuk semangat persahabatan dalam masyarakat majmuk di negara ini. AINUA 2014 bertujuan memberi sanjungan dan penghargaan kepada individu atau organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menyumbangkan jasa dalam perpaduan dan integrasi nasional. Anugerah itu juga bagi menggalakkan lebih ramai individu dan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Jabatan Pertubuhan Syarikat (ROC) menyumbang jasa bagi memperkasa perpaduan dan integrasi nasional. Selain itu, ia juga bertujuan memupuk semangat perpaduan dan integrasi rakyat Malaysia. Anugerah terbahagi kepada tiga kategori iaitu Anugerah Salam Benua, Anugerah Merpati Putih dan Anugerah Khas. Anugerah Salam Benua dimenangi penulis buku, Anas Zubedy; Majlis Kebangsaan Sedia Bersahabat Malaysia (National Council of Befrienders Malaysia); dan Datuk Dr. Lam Peng Chong @ Lam Phar. Mereka membawa pulang trofi, sijil penghargaan dan wang berjumlah RM30,000. Anugerah Merpati Putih pula dimenangi Subramaniam Karupayah; Lumat Dadi; Lim Thein Phin; Tan Sri Datuk Seri Yahaya Ibrahim; dan Pergerakan Pemuda Malaysia. Masing-masing menerima sijil penghargaan dan wang RM10,000 manakala penerima Anugerah Khas ialah Jamaluddin Mat Ali dan Gan Leong Piow. Anugerah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup. Turut hadir, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr. Awang Sariyan yang juga mewakili YUA. Hadir sama, Presiden Kehormat Huazong, Tan Sri Ng Teck Fong; Naib Pengerusi Huazong, Lau Chee Boon; Penasihat YUA,
Haslina Usman; Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka Tan Sri Kamarul Ariffin; pelakon teater dan juga ahli jawatankuasa YUA, Datuk Faridah Merican; dan wakil lain dari YUA dan Huazong. Bagi Pengerusi YUA, Dr Syed Husin Ali, SN Usman Awang menganut fahaman Sastera Untuk Masyarakat. Oleh itu katanya, sajaksajak Usman bertunjangkan masyarakat dan banyak memperkatakan nasib rakyat jelata. “Karya Usman penuh dengan nilai kemanusiaan yang diucapkan dengan bahasa yang mudah dan seni yang halus. Idea-idea bernas yang disuarakan dalan ciptaan-ciptaannya bebas daripada unsur propaganda yang kasar,” katanya. Anak Usman, Haslina gembira atas penganjuran AINUA 2014 sekaligus memberi semangat kepadanya untuk meneruskan perjuangan memupuk perpaduan melalui karya-karya Usman. Majlis diacarakan oleh wanita berbangsa Tionghoa yang bukan sahaja fasih berbahasa Melayu, malah kreatif menyelitkan pantun-pantun indah. Seperti petikan sajak Bahasa Bonda; Seribu bahasa kita bicara Manakan sama bahasa bonda Ya, benarlah. Perpaduan, boleh juga dipupuk melalui satu bahasa.
Cerpen Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
Oleh Asyraf Bakti
A
li Batisah bangun pagi dengan tiada beban. Dia baru berhenti kerja kelmarin. Entah kenapa dia boleh hantar surat letak jawatan itu pun dia tidak tahu. Dia duduk lama atas katil fikir sama ada untuk menganggur lama atau cari kerja lain. Dia pandang dinding bilik yang ada poster filem Limitless. Dia cuba juga cari-cari kalau-kalau ada yang nak jual dadah macam dalam filem tu. Dia nak beli sebiji dan dia nak cuba. Mana tahu kalau-kalau boleh jadi broker saham terkemuka. Dia menggeliat dan masih ada atas katil. Dia ada tengok-tengok juga dalam Job Malaysia kerja yang sesuai pukul 4 pagi tadi selepas jerang air panas. Sekarang dah pukul 12 setengah hari. Entah pukul berapa dia terlelap pun dia tak tahu. Tengoktengok dah ada terlentok atas katil. Dia teringat dekat dapur ada cawan isi serbuk Milo yang tak sempat dia bancuh. Tidak apalah. Biarkan dulu. Mujur cerek air elektrik. Kalau tidak, mahunya terbakar rumah dan jiwa raga. Dia capai beg kerja yang ada dekat kaki katil. Keropok lekor yang dia beli dekat pasar malam semalam dia lupa hendak keluarkan. Mungkin
Dia menggeliat dan masih ada atas katil. Dia ada tengok-tengok juga dalam Job Malaysia kerja yang sesuai pukul 4 pagi tadi selepas jerang air panas. Sekarang dah pukul 12 setengah hari. Entah pukul berapa dia terlelap pun dia tak tahu. Tengok-tengok dah ada terlentok atas katil dia terlalu rungsing dan tak mampu fikir secara waras. Dia seluk dalam plastik dan capai keropok lekor. Rasanya boleh makan lagi. Dia gagau lagi dalam beg dan ada botol air mineral yang tinggal separuh isi. Dia isi perut dengan air mineral dan dengan tak basuh gigi, dia kunyah ke-ropok lekor perlahan-lahan. Dia masih lagi ada atas katil. Dia tengok lampu komputer masih lagi berdenyut-denyut. Mungkin dia lupa nak matikan semalam. Baki keropok lekor tak banyak pun, ada lagi 2 jurai saja. Dia bangkit dan pergi ke dapur untuk bancuh air Milo. Dia tekan sekali lagi cerek air yang sudah dimasak air di dalamnya untuk dimasak sekali lagi. Air nak jerang bagi panas sekurang-kurangnya 3 minit setengah. Dia masuk balik bilik dan duduk di atas katil. Dia sebenarnya tak tahu hendak buat apa hari ini. Selalunya hari-hari bekerja, pukul 6 pagi dia dah bangun. Pukul 8 bertolak pergi kerja dan pukul (tak menentu) balik ke rumah balik. Dengan vespa buruk dia yang abang dia bagi itulah dia cari rezeki. Dia kerja di syarikat iklan dekat Damansara Perdana. Sebagai orang iklan dan berjawatan sebagai penulis iklan, dia dah lali dengan kritikan-kritikan klien. Ada klien yang kata Dewan Bahasa tidak lulus laras bahasa yang sebegini. Ada klien yang kata laras bahasa begini terlalu berunsur seksual.
“Kita hendak jual piza, bukan hendak jual bra.” Kalau ikut-ikutkan tarikh dia letak jawatan semalam, tak sampai setahun dia bekerja kutip pengalaman dan kritikan. Kadang-kadang dia hairan dengan syarikat yang dia bekerja. Mereka ini anggap klien itu Tuhan. Dia senyu-senyum juga kalau ada majlis makan-makan bertemu klien. Hendak saja dia menjerit tentang soal bahasa semasa sedang memegang secucuk sate daging ketika bertemu dengan klien syarikat penerbangan (nama syarikat terpaksa dirahsiaka). Klien ini lah yang paling banyak menolak ayat-ayat bahasa yang sering dia usulkan. “Jangan terlalu berbunga-bunga. Kita bukannya nak tulis novel. Kita nak jual tiket penerbangan.” Tidakkah mereka tahu yang sesuatu transaksi yang berlaku itu datangnya dari cinta? Ternyata bahasa salah satu cara memikat dan memujuk manusia untuk terpikat dengannya. Dia lupakan hasrat untuk bersyarah tentang bahasa pada majlis hari itu. Dia bangun dan buang lidi sate dan tuju pula ke arah gerai ais kacang. Pak! Air dah jerang dan dia pun dah habis makan keropok lekor. Sebenarnya memang dah jadi kebiasaan sebelum dia pergi kerja, dia akan periksa dulu kotak emel yang masuk. Dia tekan ENTER dan skrin komputer kembali cerah. Dia tak sempat buka emel dan terasa sakit perut. Mungkin sebab
Dia bangkit dan pergi ke dapur untuk bancuh air Milo. Dia tekan sekali lagi cerek air yang sudah dimasak air di dalamnya untuk dimasak sekali lagi. Air nak jerang bagi panas sekurangkurangnya 3 minit setengah. Dia masuk balik bilik dan duduk di atas katil. Dia sebenarnya tak tahu hendak buat apa hari ini
Pak! Air dah jerang dan dia pun dah habis makan keropok lekor. Sebenarnya memang dah jadi kebiasaan sebelum dia pergi kerja, dia akan periksa dulu kotak emel yang masuk. Dia tekan ENTER dan skrin komputer kembali cerah. keropok lekor tadi. Dia masuk dalam jamban tinggung dan tak fikir apa-apa. Otak dia memang kosong sekarang. Fitrah manusia yang sepatutnya berfikir tidak dia buat hari ini. Dia jadi kaku dan hanya dengar air paip yang bergaduh masuk ke dalam timba sehingga melimpahlimpah. Dia tak tutup paip air dan terus biar air melimpah terkena kaki. Taik tak keluar lagi tapi yakin yang akan keluar sekejap lagi. Dia jentik-jentik air yang ada dalam timba dan terasa dalam perut yang taik akan keluar. Dia fokus dan tak mahu beraknya terbantut. Dia jentik-jentik lagi air yang ada. Plup! Dia rasa lega dan puas. Dia cebokcebok dan tuang selebihnya air yang ada masuk ke dalam kumbah. Sistem pili tarik tu dah lama rosak. Dia dah malas nak baiki. Kali ini masuk 5 kali kalau dia tukar. Dia masuk balik dalam bilik dan buka kotak emel. Ada satu emel baru masuk pukul 8 pagi tadi. “Aku dah masukkan duit dalam bank kau. Terima kasih sebab tolong aku buat kerja tu.” Yang menghantar emel mengguna nama tanpanama. Ini mesti pancing nak tipu orang. Aku padam emel. Aku ambil remote dan buka tivi. Terus-terus baru mula Berita Semasa TV3. Sebuah syarikat Iklan meletup dibom pagi tadi. Aku tengok dapur dan wap air masih lagi keluar daripada corong cerek dan serbuk Milo masih lagi tak dikacau.
11
Tempatan 12
Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
Bantu Putrajaya hapus rumput miang Mexico KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam usaha menghapus rumput miang Mexico (Parthenium hysterophorus) di Selangor. Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata pihaknya menanti laporan Jabatan Pertanian berhubung kewujudan tumbuhan berbahaya itu. “Kita sedia bekerjasama sepenuhnya dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutama di Selangor,” katanya.
Jabatan Pertanian mengumumkan pembentukan jawatankuasa bertindak bagi menghapus rumput miang Mexico yang memberi alahan kulit dan gangguan pernafasan. Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata, rumput itu dikesan merebak ke kawasan seluas 28.28 hektar di enam negeri termasuk Selangor. Negeri itu ialah Perak (lapan hektar), Selangor (0.7 hektar), Kedah (13 hektar), Negeri Sembilan (5.6 hektar), Johor (0.9 hektar) dan Melaka (0.08 hektar).
Zaidy Abdul Talib bertanya sesuatu kepada pemilik gerai di Jelajah Tani 2014
Sasar pendapatan petani RM1,500 Oleh LIZAWATI MADFA
KUALA SELANGOR - Deretan majlis kenduri-kendara di hujung minggu dan cuti persekolahan tidak menghalang pengunjung membanjiri program Jelajah Tani 2014 di Sungai Burong, 14 Disember lalu. Lebih 300 orang seawal jam 8 pagi mengunjungi pekarangan Masjid At- Taqwa di Kampung Sungai Tengi Kanan bagi menyertai pelbagai acara antaranya bowling kelapa, pertandingan memasak dan gubahan. Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata penganjuran Jelajah Tani khusus untuk menghargai petani, penternak dan nelayan di Selangor. “Kita hargai mereka dan mahu mereka menambah pendapatan melalui program pemodenan pertanian dan keluar dari kemiskinan, daripada pendapatan RM800 kepada RM1,500 sebulan,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Jelajah
Kita hargai mereka dan mahu mereka menambah pendapatan melalui program pemodenan pertanian dan keluar dari kemiskinan, daripada pendapatan RM800 kepada RM1,500 sebulan Zaidy Abdul Talib Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani
Tani DUN Sungai Burong. Turut hadir Pengurus Pusat Khidmat DUN, Misran Serman. Zaidy sempat membuat tiga balingan boling kelapa dan meluangkan masa singgah ke gerai pameran serta bermesra dengan pengunjung. DUN Sungai Burong antara tujuh DUN yang dipilih khusus bagi Program Jelajah Tani tahun ini.
Tempatan Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
Cadang temukan cendekiawan agama SHAH ALAM - Kerajaan Selangor disaran menganjurkan program khas yang menemukan semua cendekiawan pelbagai agama bagi membincangkan perbezaan pendapat antara mereka. Mencadangkan demikian ekoran pelbagai isu melibatkan hubungan antara agama di negara ini, Adun Meru, Dr Rani Othman (gambar) berkata, ia membantu meredakan perbezaan pendapat. “Saya cadangkan satu seminar khas yang menemukan cendekiawan dan pemimpin pelbagai agama dan aliran pemikiran berdiskusi secara matang. “Saya sudah hubungi Exco Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus dan kami akan bertemu bagi perbincangan lanjut,” katanya 16 Disember lalu.
Dipetik oleh The Malaysian Insider, Dr Rani mendapati Acheh juga ada masalah sama tetapi diselesaikan melalui dialog dan perbincangan. “Kita perlu berfikiran terbuka untuk terima perbezaan. Semua pihak perlu ditemukan. Sebagai kerajaan yang ada kepelbagaian, Selangor wajar anjurkan majlis ini,” katanya.
13
Selangor patut sediakan tapak pertanian SHAH ALAM - Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah (gambar) mahu Kerajaan Selangor perlu memberi tumpuan dalam aspek pertanian dan bekerjasama memajukan bidang itu. Bercakap kepada SelangorKini, beliau berkata aspek yang perlu diberi perhatian ialah penyediaan dan kebenaran tapak untuk pertanian dan penternakan. “Selangor ada penduduk lebih kurang lima juta orang dan bekalan makanan perlu dipastikan mencukupi setiap masa. “Selain mengimport makanan dari luar negara, kita perlu memperkasa pengeluaran makanan dalam negara bagi menjamin bekalan mencukupi,” katanya. Jakiran mengingatkan Kerajaan Selangor, soal makanan bukan isu politik kepartian kerana
ia keperluan kehidupan semua rakyat di negara ini. “Maka, Kerajaan Negeri perlu serius mendepani masalah ini sepertimana Kerajaan Pusat,” katanya. Bagaimanapun, Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Ab-
dul Talib, berkata, Kerajaan Negeri berusaha meningkatkan hasil pertanian dengan mengekal 12 Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Selangor. “Kita kini kenal pasti beberapa tanah kosong untuk diwarta dan dimajukan sebagai TKPM. “Program Pembangunan Tanah Terbiar pula menjadikan tanah diusahakan lebih produktif dan memberi pulangan kepada pengusaha,” katanya kepada Selangor Kini. TKPM berperanan mengeluarkan hasil tanaman, ternakan dan perikanan untuk rakyat negeri. Antara lokasinya ialah Sungai Batangsi, Semenyih, Hulu Yam, BUkit Changgang, Kundang, Sungai Kelambu, Bistari Jaya, Serdang, Hulu Chuchuh, Sungai Blankan, Batu Arang dan Sungai Panjang.
Tempatan 14
Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
18 kilang haram di Sg Chua Oleh NAEEM RAFFI KAJANG - Penduduk Kampung Kwan Tung Baru, Sungai Chua mahu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tegas menangani kewujudan 18 kilang haram yang menimbulkan pelbagai masalah. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Kwan Tung Baru, Lim Thian Ser, berkata penduduk berdepan pencemaran bunyi dan ancaman keselamatan ekoran kekerapan lori keluar masuk di jalan utama. “Masalah sejak tahun 2000 semakin bertambah. Kami kenal pasti ada dua lagi kilang haram dalam pembinaan. “Jika ia tidak diselesaikan, masalah besar kepada 78 keluar-
ga di kampung ini,” katanya yang beberapa kali membuat teguran kepada pemilik kilang tetapi tidak diendah. Justeru, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah menggesa MPKj bertindak tegas. “Kilang tidak boleh beroperasi di kampung tradisi atau kampung baru. “Kita tidak mahu kes kebakaran di kampung berpunca dari aktiviti kilang haram,” katanya ketika meninjau lokasi kilang haram di Kwan Tung Baru, Sungai Chua di sini, 15 Disember lalu. Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan Timbalan Pengarah Jabatan Per-
Ean Yong (tengah) turun padang meninjau lokasi kilang haram ancangan Pembangunan MPKj, Reduan Idris Reduan berkata, MPKj maklum aduan penduduk dan mengeluarkan notis kepada
pengusaha kilang haram. Jika ingkar, katanya, MPKj akan membawa kes ke mahkamah. “Sehingga kini, sebuah kilang
haram dibawa ke mahkamah dan pengusahanya berdepan tindakan meroboh binaan serta denda RM2,000,” katanya.
Pengguna mahu kemudahan selesa di stesen bas sementara
Peniaga asing didalangi rakyat tempatan
SHAH ALAM - Pengguna mahu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kemudahan mencukupi di stesen bas sementara di Seksyen 13. Ia berikutan MBSA memindah sementara stesen bas di Seksyen 17 ke Seksyen 13 untuk kerja naik taraf. Berdasarkan perbincangan di laman Facebook Shah Alam Resident (SAR) mendapati, mereka menyambut baik inisatif menaik taraf infrastruktur stesen bas Seksyen 17. Namun, mereka bimbang keadaan lalu lintas di Seksyen 13 kerana kedudukannya berhampiran Stadium Shah Alam yang menjadi lokasi pelbagai perlawanan bola sepak. Ia termasuk perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Thailand, 20 Disember ini. Mereka berharap kemudahan asas seperti tandas dan tempat menunggu sesuai disediakan untuk keselesaan pengguna. “Seksyen 13 adalah tempat terbaik. Keluasan tapak cukup baik daripada dibiarkan kawasan tidak digunakan. “Cuma harap pihak berwajib, ambil tanggungjawab dan inisiatif pastikan tapak sementara ada
SHAH ALAM - Kebanjiran peniaga warga asing disyaki didalangi warga tempatan, kata Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Zon 4, Anizan Othman. Katanya, MBSA tidak pernah mengeluarkan lesen penjaja kepada warga asing, sebaliknya sesetengah warga tempatan yang memiliki lesen menyewakannya kepada golongan itu. Beliau tidak menolak kemungkinan warga asing dibayar gaji oleh warga tempatan, malah wujud kes, perniagaan di luar petak didalangi warga tempatan. “Mereka tiada lesen, ambil jalan mudah dengan buka meja dan berniaga di luar pasar dengan mengajikan warga asing,” katanya yang mengakui ia sukar dicegah biarpun berulang kali mengadakan operasi. Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Pekan Subang, Johare Mohammad mengesa
Antara kaunter tiket yang sudah beroperasi fasiliti asas,” kata Nazima Rosli. Azamudin Azam pula berharap stesen bas Seksyen 17 memiliki kemudahan lebih baik berbanding sekarang apabila ia siap kelak. Katanya, pihak berwajib perlu menyediakan ruang letak kenderaan lebih besar terutama motosikal. “Harapan saya agar keadaan jauh lebih baik. Contohnya kedai makan lebih bersih, tandas lebih besar dan selesa, ruang menunggu lebih besar. “Tak lupa juga tempat letak kenderaan. Kalau boleh, biarlah
berbumbung untuk motosikal. Kalau hujan topi keledar ditakungi air,” katanya. Tinjauan mendapati kerja akhir sedang dibuat sebelum beroperasi minggu ini. Beberapa individu dilihat melakukan kerja penurapan jalan selain memasang bumbung. Sebanyak 24 kaunter tiket disediakan untuk memudahkan pengguna membeli tiket bas.
SIAR
MASALAH ANDA!
HANTAR KEPADA KAMI
[email protected]
Gambar hiasan
MBSA meningkatkan penguatkuasaan ke atas perniagaan warga asing di luar kawasan pasar. Ia dimonopoli warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh hingga menjejaskan perniagaan warga tempatan. Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata MBSA tidak akan berkompromi dengan peniaga warga asing dan mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan. “Kami tegas kerana ia melibatkan kebajikan dan nasib perniaga tempatan. Mereka yang didapati bersalah berdepan dengan tindakan kompaun dan sitaan,” katanya. “Biasanya, pelanggan akan membeli barangan di gerai luar yang kebanyakannya diuruskan warga asing, jadi ia menjejaskan perniagaan kami yang berada di dalam,” katanya.
Tempatan Selangorkini 19 - 26 Disember 2014
15
Wajah baru kolam Air Panas Selayang
Oleh AFEEQA AFEERA SELAYANG - Kolam Air Panas Selayang bakal berwajah baru berikutan proses naik taraf dan penambahbaikan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bermula Februari tahun depan. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata RM2.5 juta diperuntuk bagi menaik taraf yang dijangka mengambil kirakira setahun setengah. “Sudah sampai masanya untuk MPS menambah baik kolam air panas supaya menjadi mercu tarikan pelancong di Selangor. “MPS perlu memperbanyak
atau membina kolam air panas lain yang lebih besar, di samping landskap menarik kerana ia aset semula jadi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kolam Air Panas Selayang 2014 peringkat MPS, 13 Disember lalu. Daroyah berkata, penganjuran karnival itu harus dicontohi PBT lain bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk menikmati kemudahan kolam air panas. Selain riadah, beliau menggalakkan pengunjung menikmati khasiat dan manfaat kolam air panas yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kulit dan migrain.
WAKTU SOLAT Selangor 19 - 26 Disember 2014 26 Safar - 4 Rabiulawal 1436H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
19 Jumaat 20 Sabtu 21 Ahad 22 Isnin 23 Selasa 24 Rabu 25 Khamis 26 Jumaat
Imsak 5:41 5:42 5:42 5:43 5:43 5:44 5:44 5:45
Subuh 5:51 5:52 5:52 5:53 5:53 5:54 5:54 5:55
19 Jumaat 20 Sabtu 21 Ahad 22 Isnin 23 Selasa 24 Rabu 25 Khamis 26 Jumaat
Imsak Subuh 5:43 5:53 5:44 5:54 5:44 5:54 5:45 5:55 5:45 5:55 5:46 5:56 5:46 5:56 5:47 5:57
Syuru' 7:14 7:14 7:15 7:15 7:16 7:16 7:17 7:17
Zuhur 1:13 1:13 1:14 1:14 1:15 1:15 1:16 1:16
Asar Maghrib Isyak 4:36 7:09 8:24 4:36 7:10 8:24 4:37 7:10 8:25 4:37 7:11 8:25 4:38 7:11 8:26 4:38 7:12 8:26 4:39 7:12 8:27 4:39 7:13 8:27
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Syuru' 7:16 7:16 7:17 7:17 7:18 7:18 7:19 7:19
Zuhur 1:15 1:15 1:16 1:16 1:17 1:17 1:18 1:18
Asar Maghrib Isyak 4:38 7:11 8:26 4:38 7:11 8:26 4:38 7:12 8:27 4:39 7:12 8:27 4:39 7:13 8:28 4:40 7:13 8:28 4:40 7:14 8:29 4:41 7:14 8:29
Peniaga asing didalangi rakyat tempatan
Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang
Mereka tiada lesen, ambil jalan mudah dengan buka meja dan berniaga di luar pasar dengan mengajikan warga asing,” katanya yang mengakui ia sukar dicegah biarpun berulang kali mengadakan operasi. muka 14
Karya Usman penuh dengan nilai kemanusiaan yang diucapkan dengan bahasa yang mudah dan seni yang halus. Idea-idea bernas yang disuarakan dalan ciptaan-ciptaannya bebas daripada unsur propaganda yang kasar.
muka 10
Talian bebas tol pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK)
1800-88-2824 JUARA Rosnan Hassan, peserta dari Pulau Pinang terjun ke dalam tasik setelah muncul juara kategori ‘Best of the Best’ dalam Kejohanan Perlumbaan Power Boat PJRC 2014. Penganjuran Kejohanan Perlumbaan Power Boat PJRC 2014 kelima itu disertai 121 peserta termasuk dari Thailand, Brunei, Singapura dan Indonesia, anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Taman Tasik Kelana Jaya, 15 Disember lalu, Gambar oleh MBPJ
Temasya #Selangor15 26-31 Disember Oleh LIZAWATI MADFA SHAH ALAM - Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Kebudayaan, Amirudin Shari mengajak orang ramai memeriahkan Temasya #Selangor15 pada 26 hingga 31 Disember ini. Katanya, ia bersempena sambutan Ambang Tahun Baru 2015, sambutan 100 Hari Pentadbiran Dato’ Menteri Besar dan pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015. “Ada pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan, sukan dan sesi memperkenal pemain Selangor FA bagi Liga Super 2015,” katanya pada sidang media, 16 Disember lalu. Amirudin berkata, Temasya #Selangor15 diadakan di SACC Mall, SACC Convention Centre, Kompleks PKNS Shah Alam dan sekitarnya. “Lokasi dipilih berdasarkan inspirasi Kerajaan Selangor untuk menjadikan Shah Alam sebagai Kota Seni yang moden,” katanya. Aktiviti lain ialah pameran kese-
Ada pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan, sukan dan sesi memperkenal pemain Selangor FA bagi Liga Super 2015 nian, pertandingan grafiti, lukisan jalanan dan buskers, Larian SelangorPlus 5 km dan Pertandingan Muay Thai. Kemuncak acara ialah pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015 yang bakal disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
GEMBIRA… Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) muncul juara Kejohanan Liga Futsal Piala Dato’ Menteri Besar selepas menewaskan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Ampang Puteri. MPAJ menggondol wang tunai RM3,000 dan piala iringan manakala KPJ Ampang Puteri membawa pulang RM2,000. Hadiah disampaikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.Pemain MPAJ, Azizi Azman dianugerah pemain terbaik manakala penjaga gol KPJ Ampang Puteri, Muhammad Nasrun penjaga gol terbaik. Kejohanan yang disertai 64 pasukan itu bermula 8 November di Sport Planet, Ampang.
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd (140879-U), No. 8, Jalan Sekinchan 26/9, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-51929800 Faks: 03-51929819