BuletinIkatan
http://www.ismaweb.net
M e m b i n a
G e n e r a s i
Ikatan Muslimin Malaysia
B e r t a q w a
Untuk Ahli Sahaja
Tahun 4 | Bil. 32 | Harga RM0.20
Ogos 2 0 0 7
Amanat Presiden ISMA Sempena Kemerdekaan
Ust. Abdullah Zaik bin Abd Rahman
MENARIK DI DALAM Pembentukan generasi Pewaris
muka 3
Mahabbah Wanita ISMA ‘07 muka 5 Harta sepencarian mengikut perspektif Islam
muka 7
Ketuanan Melayu Terancam
muka 8
DIARI ISMA MUZAKARAH JKP & KPN Tarikh: 23 OGOS 2007. KURSUS PENGHAYATAN RAMADHAN 2007 Tarikh: 26 OGOS 2007 PERKHEMAHAN BELIA NASIONAL 2007 Tarikh: 30 OGOS 2 SEPTEMBER 2007.
31 Ogos 2007 kita akan menyambut hari jubli emas kemerdekaan Malaysia ke 50 tahun. Hari bersejarah ini berhak disambut dengan penuh kesyukuran dan kemegahan kerana ia adalah tarikh keramat buat penduduk di bumi bertuah ini. Hari di mana tamatnya pendudukan orang putih dan bermulanya pemerintahan sendiri. Walaupun perjuangan mengisi kemerdekaan tidaklah kurang sengsaranya dari perjuangan kemerdekaan itu sendiri, seperti kata Tun Dr Mahathir. Hari yang penuh bermakna ini harus disambut dengan penuh penghayatan terhadap detik-detik perjuangan yang panjang, yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Ia tidak harus dijadikan sekadar publisiti politik murahan atau sebagai hari bersukaria, membeli belah, bercuti dan berkelah, atau hari warna warni untuk promosi pelancongan. Hari kemerdekaan sepatutnya digunakan untuk mengajar generasi baru mengenang keagungan silam. Meniupkan dalam diri mereka jiwa merdeka, jiwa perwira, jiwa perjuangan, jiwa pengorbanan, jiwa agung yang menolak sebarang ketundukan dan ikutan kepada selain dari Allah. Hari kemerdekaan ialah hari kita kita mengisytiharkan kehancuran kepada kuasa thoghut yang mendakwa diri sebagai anak sulung dunia dibangkaitkan untuk memeperbetulkan kesilapan Tuhan. (maksud surah an-Nahl ayat 36). Ini jugalah hari di mana kita sepatutnya merenung sejauhmana usaha-usaha kita selama ini telah membuahkan hasil dan banyak mana lagi pengorbanan yang diperlukan untuk meneruskan perjuangan seterusnya? Kita tidak sepatutnya leka dan berpada dengan kemerdekaan juz’i (terbatas) yang diberikan kepada kita seumpama hadiah yang harus di balas dengan terimakasih. Perjuangan menuntut kemerdekaan dan kebebasan tidak harus berhenti di sini sahaja, dalam keadaan dunia di perintah olah undang-undang rimba di mana bangsa yang kuat membuli bangsa yang lemah. Negara-negara dunia dibahagi mengikut kasta-kasta, ada Negara Pertama dan Negara Ketiga, negara kaya dan negara miskin. Negara kaya mengawal segala sumber kekayaan dan negara miskin diharamkan daripada sebarang peluang. Politik dunia dicorak oleh kepentingan kuasa besar yang penuh dengan konspirasi dan muslihat.. Allahu Akbar! Betapa dunia ini memerlukan kepada khilafah yang akan memberi keadilan sejagat dan menamatkan segala diskriminasi dan penindasan. Memang tentera penjajah telah meninggalkan kebanyakan negara Islam, namun masih terdapat negara Islam yang masih terjajah seperti Palestin, sebahagian hilang identiti oleh dasar pecah perintah seperti Kasymir, Kusrdistan dll., dan ada yang jadi minoriti seperti Fatani, Filipina dan seumpamanya, ada yang masih berjuang seperti negara-negara di Eropah Timur dan ada yang dijajah semula seperti Iraq dan Afghanistan. Dan ada lagi yang sedang diancam untuk campurtangan dan dijajah. Ini menunjukkan perjuangan belum selesai. Perjuangan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan masih berterusan. Kita harus sedar bahawa keluarnya mereka dari negara kita bukan bermakna bahawa kita telah merdeka sepenuhnya, pengunduran mereka hanya pengunduran tektikal. Sistem globalisasi merupakan penjajahan bentuk baru yang memecah sempadan terhadap aliran modal, pasaran terbuka dan tenaga kerja mahir. Globalisasi menjadikan “negara kebangsaan” hanya bertugas untuk memberi khidmat, menyediakan sekolah, menjaga kesihatan dan sebagainya sahaja. Kesedaran kita terhadap maksud kemerdekaan yang sebenar menuntut kita mengambil peluang ini untuk mengukuhkan kedudukan, mengatur rancangan untuk merebut hak yang masih berbaki. Oleh itu, kita mesti meneruskan agenda perjuangan dengan dilatari oleh semangat jihad. Kita perlu mengekalkan “tsaqafah al-muqawamah” (budaya perjuangan bersambung di muka 5 Buletin
Ikatan
1
Tarbiyyah Email Pengarang :
[email protected]
Menjaga Percakapan Salah satu perkara yang wajib kita berikan perhatian adalah perihal lidah. Lidah merupakan anggota yang kecil dan tidak bertulang. Akan tetapi ia mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Lidah boleh mengangkat seseorang. Lidah juga boleh menjatuhkan seseorang. Lidah boleh membawa kejayaan. Lidah juga boleh membawa kebinasaan. Bak kata pepatah: sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Mari kita renung sejenak. Kita perhatikan dan dengar dengan teliti perbualan para remaja dan kanakkanak sekarang ini. Kemudian kita perhatikan pula perbualan kita apabila kita bercakap-cakap dengan kawan rapat kita. Kita perhatikan: adakah perkataan-perkataan yang kita ucapkan tersebut mempunyai unsur umpatan dan pembohongan ataupun sebaliknya. Allah s.w.t berfirman di dalam surah An-Nisaa, ayat 114: Ertinya: Tidak ada gunanya pada kebanyakan dari bisikan-bisikan mereka melainkan sesiapa yang menyuruh memberi sedekah, atau berbuat baik, ataupun mengadakan perdamaian antara bangsa manusia. Dan barangsiapa yang melakukan demikan kerana mengharapkan keredhaan Allah maka Kami (Allah) akan memberinya ganjaran yang besar. Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t dengan tegas mengatakan bahawa perbualan manusia adalah sia-sia kecuali pada tiga perkara: menyuruh orang memberi sedekah, menyuruh orang berbuat baik dan mendamaikan antara dua pihak yang bergaduh. Mari kita dengar apa yang Rasulullah s.a.w. sabdakan dalam hadith ini: “Bukanlah seorang mukmin itu yang jadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut katakata yang hina.” Inilah sifat orang mukmin, orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya. Kita beriman dengan Allah dan RasulNya. Kita adalah orang yang beriman. Maka selayaknya kita meninggalkan perkataan yang kotor, caci maki dan hina menghina.
Menghargai Ahli Agama Manusia ada yang memimpin dan ada yang dipimpin. Yang memimpin mempunyai peranan yang besar dalam membawa mereka yang dipimpin ke arah satu kejayaan. Yang dipimpin pula wajib patuh kepada pemimpin selagi mana ia membawa kebaikan dan tidak bercanggah dengan agama. Pemimpin pula ada berbagai rupa. Ada pemimpin politik. Ada pemimpin organisasi. Ada pemimpin agama dan sebagainya. Pemimpin agama inilah dinamakan ulama dan asatizah. Mereka berkewajipan memimpin umat manusia ke jalan yang benar, ke jalan yang diredhai oleh Allah. Tidak ada nabi dan rasul selepas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Maka siapakah yang berkewajipan memastikan agar agama Islam terus dijunjung? Siapakah yang berkewajipan memastikan agar umat Islam terus di landasan yang benar? Mereka itulah ulama. Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w menyifatkan para ulama sebagai waris para anbiya‘. Mereka mewarisi tugas para nabi dalam memastikan manusia tetap menyembah Allah dan agama Islam tetap dijunjung tinggi. Cuba bayangkan negara tanpa asatizah dan ulama. Siapakah yang akan memikul tanggungjawab memberitahu kita mana satukah yang halal, dan mana satukah yang ditegah. Siapakah yang akan menarik kita apabila kita semakin jauh dari landasan Islam? Siapakah yang akan menegur kita apabila kita semakin leka dengan nikmat dunia? Siapakah yang akan memastikan generasi akan datang terus mampu membaca dan memahami Al-Quran? Ingatlah akan ketetapan Allah. Bahawa jika tiada seorang pun yang menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar, nescaya kemusnahan daripada Allah bakal menimpa kaum tersebut. Untuk melahirkan para ulama bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan ketekunan dan pendidikan agama yang mendalam. Kita melihat bagaimana para ulama dahulu kala dididik. Mereka mula membaca malah menghafal Al-Quran sejak usia kanak-kanak lagi. Mereka didedahkan dengan ilmu agama dari awal lagi. Ini adalah kerana waktu terbaik untuk mendidik seseorang adalah ketika dia masih kecil. Ia akan kekal sehingga dewasa kelak. Pepatah Arab ada mengatakan: “Belajar di waktu kecil seperti mengukir di atas batu. Belajar di waktu besar seperti menulis di atas air.” Kita akur bahawa ulama memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ummat. Oleh itu umat Islam wajib terus menghasilkan ulama. Ia adalah perintah dari Allah dalam surah At-Taubah, ayat 122: Ertinya: Dan tidaklah semua orang Islam itu wajib pergi berperang. Hendaklah segolongan dari mereka yang mendalami agama agar mereka dapat memberi peringatan terhadap kaum mereka apabila mereka pulang kelak supaya mereka berjaga-jaga dari melakukan dosa. Dari itu kita juga hendaklah memelihara dan memperkembangkan institusi yang melahirkan para ulama ini. Hendaklah kita memastikan ia terus berfungsi dengan berkesan bagi melahirkan para ulama dan menjadi institusi yang cemerlang. Namun dalam menekankan peranan ulama, ia tidak pula bermakna orang Islam lain boleh berlepas tangan terhadap agama ini. Setiap orang Islam bertanggungjawab membela dan memartabatkan agama ini mengikut keupayaan mereka. Ibnu Katsir ketika menghuraikan ayat 104 Ali ‘Imran menyatakan: “Perlu ada satu kumpulan daripada umat ini yang menangani perkara ini (melaksanakan dakwah, menyuruh makruf dan mencegah mungkar), sekalipun perkara ini wajib ke atas setiap individu umat. Dan semua mereka (wajib melaksanakannya) mengikut keadaan mereka.” Ya, pada asalnya, perkara ini wajib ke atas setiap individu umat. Kemudian Allah mewajibkan pula ke atas mereka serta pemerintah untuk memastikan sekumpulan ulama dan pendakwah melakukannya secara terancang dan kolektif. Ini kerana usaha individu berbeza dengan usaha sekumpulan pendakwah atau ulama yang melakukannya secara terancang dan kolektif. Ringkasnya setiap umat Islam berkewajipan mendaulatkan Islam ini, di samping berkewajipan melahirkan sekumpulan ulama pendakwah yang memikul tanggungjawab ini. Buletin
Ikatan
2
Keluarga Pembentukan Generasi Pewaris Pentarbiyahan bermula dari rumah lagi, melahirkan seorang dai’e bukanlah merupakan kerja yang mudah. Ianya menuntut pengorbanan yang amat besar bermula dari sebelum sesebuah rumahtangga itu dibina lagi. Halatuju yang jelas merupakan perkara asas yang perlu dibina di dalam sesebuah rumahtangga itu sendiri. Proses ke arah merealisasikan ketuanan islam di muka bumi ini bakal tercapai dengan terlahirnya binaan-binaan yang kukuh ini. Generasi pewaris yang unggul sememangnya menjadi idaman setiap ibu dan bapa. Namun begitu adakah cukup hanya dengan menyediakan segala keperluan mereka seperti pakaian, tempat tinggal yang selesa, persekolahan dan kemewahan mampu merealisasikan hasrat kita ini ? Ketahuilah sesungguhnya anak-anak merupakan kain putih yang bersih, kitalah yang mencorakkan mereka samaada menjadi majusi, nasrani ataupun islam. Perancangan awal dalam sesebuah rumahtangga amatlah penting dalam memastikan pewaris agama ini di kalangan mereka yang bakal memperjuangkannya dengan segala-galanya yang dimiliki. sehari-hari. Menjadikan mereka anak-anak yang sentiasa Peranan yang perlu dimainkan oleh seorang isteri berfikir. mahupun suami perlu dibincangkan bersama diperingkat Disamping itu diajarkan juga kepada mereka sifatawal perkahwinan lagi. Bagaimanakah keluarga yang sifat mahmudah serta erti tanggungjawab menerusi amalan diinginkan? Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan berjadual serta pembahagian tugas di antara adik-adiknya. dalam memastikan diri masing-masing serta anak-anak Dieratkan perhubungan serta perkongsian kemudiannya berkeperibadian dai’e dan permasalahan dan pemberian pedoman sentiasa bangga untuk memikul tugas hidup menerusi usrah mingguan, tasmi’ Alsebagai seorang dai’e? Harapan-harapan quran bersama serta sembahyang yang sering kita pohonkan di dalam doaMengapakah tidak berjemaah. Meluangkan sedikit masa dan doa kita agar tuhan mengurniakan kepada kita pasangan serta anak-anak yang bakal cukup dengan hanya mengambil tahu berkenaan kegiatan menjadi penyejuk mata kita insyaallah menghantar anak-anak seharian dan diri anak-anak walau sesibuk manapun pekerjaan ibu dan bapa. bakal dipermudahkan lagi dengan terlaksananya perancangan-perancangan kita ke sekolah-sekolah Sekurang-kurangnya salah seorang dari tersebut. yang bercirikan Islam bagi pasangan mengambil tahu urusan seharian Mengapakah tidak cukup dengan melahirkan keperibadian anak-anak seandainya pasangannya tidak berkesempatan dan kemudiannya hanya menghantar anak-anak kita ke sekolah-sekolah yang bercirikan Islam bagi yang unggul? Mengapakah dikhabarkan kepada pasangannya itu melahirkan keperibadian yang unggul? perlu dilakukan usaha- diwaktu lain agar mereka berdua sentiasa Mengapakah perlu dilakukan usaha-usaha usaha tambahan selain dekat di hati anak-anak. Contohilah tokoh-tokoh pejuang tambahan selain didikan di rumah dalam didikan di rumah dalam Islam yang telah pergi dan menunaikan mendidik anak-anak memahami janjinya dengan Allah. Biarpun begitu sibuk tanggungjawab serta realiti hidup di hari mendidik anak-anak ...... dengan tugas sebagai da’ie sehinggakan ini? Alihkan pandangan kita sejenak dikatakan bahawa kerja yang mereka kepada realiti masyarakat pada masa kini, lakukan lebih banyak dari masa yang ada, nescaya akan kita temui jawapannya. namun pengabaian didikan mereka terhadap rumahtangga Setiap saat yang dibiarkan kosong, maka syaitan terutamanya anak-anak tidak sekali-kali berlaku. Malah akan berusaha memasukinya. Sehubungan dengan itulah mereka didapati lebih unggul lagi berbanding generasi hari kita perlu sentiasa menyediakan diri serta anak-anak kita ini dalam mentarbiyah anak-anak sebagaimana As-syahid dengan bekalan-bekalan iman sedari mereka kecil lagi. Diajar Imam Hasan Al-Banna serta Dr. Abdullah Azzam. Dengan mereka ayat-ayat suci Al-quran, didendangkan alunan usaha kita yang berterusan serta tidak mengenal jemu ini kenabian serta sirah para nabi di peringkat mereka masih semoga tuhan menggolongkan kita ke dalam golongan bayi lagi. Dibiasakan dengan amalan-amalan sunat serta tenteranya yang terus berjalan di setiap kurun dalam yang wajib apabila mereka sudah mula boleh memahami menegakkan ketuanan islam di muka bumi ini serta meraih dan menuruti. Dibawa mereka berfikir tentang syurganya. Amin. Wallahua’lam. keagungannya serta realiti kehidupan dan masyarakat
“
“
Sidang Redaksi Buletin Ikatan | Penasihat Ustaz Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman | Ketua Pengarang Ustaz Engku Omar Amiruddin Bin Engku Ali | Timbalan Ketua Pengarang Ustaz Awang Suffian Bin Awang Piut | Editor Ahmad Tarmizi Bin Zakaria | Wartawan Mohd Jaini Bin Mohd, Azizuddin, Ahmad Amri Bin Zainal Adnan, Ustaz Nadzri Bin Musnman | Layout Mohd Azizuddin Sahiddin | Edaran Azizuddin | Laman Web www.ismaweb.net | Penerbit Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), No 27-1-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. | Tel 03-89261520 | Fax 03-89262520 | Kepada pembaca Buletin Ikatan, pihak Sidang Redaksi mengalualukan sebarang komen, cadangan dan juga sumbangan berita, iklan, artikel dan sebagainya untuk tujuan disiarkan di buletin ini. Sebarang komen, cadangan dan sumbangan bolehlah dikemukakan kepada pihak kami menerusi pos (Atas nama: Editor Buletin Ikatan) atau emelkan terus kepada editor di alamat
[email protected].
Buletin
Ikatan
3
Berita ISMA Belajar “Power”- Gergasi Minda
Ucapan dari pengarah Program
Tekun mendengar penyampain
Pengerusi & Penceramah
Bandar Baru Bangi - KRIM Hulu Langat telah berjaya menganjurkan program motivasi mirip MAP Training yang diberi nama Program Gergasi Minda pada 21 Julai 2007 yang mensasarkan golongan remaja. Seramai 44 orang remaja mengikuti dengan program ini Program ini juga turut menarik penyertaan remaja dari kawasan lain seperti kawasan Gombak dan Shah Alam. ISMA Gombak telah menghantar seramai 19 orang wakil remaja untuk menyertai program ini. Program dikendalikan oleh pakar motivasi dari utara tanah air iaitu Tn Hj Mohd Arif yang berjaya memberi penyampaian yang padu, menarik dan menyentuh perasaan. Program ini bertujuan bagi membina
kekuatan dalaman remaja dalam menghadapi cabaran kehidupan dan kepentingan pelajaran dalam mencapai kebahagiaan masa depan. Peserta juga di ingatkan tentang betapa pentingnya perasaan hormat dan kasih sayang yang perlu dicurahkan kepada ibubapa mereka. Peserta seterusnya dibayangkan tentang asal kejadian mereka dan pengorbanan yang dicurahkan oleh ibubapa dalam membesarkan dan mendidik mereka. Jasa dan pengorbanan mereka amat tinggi nilainya Selain itu prasyarat yang lain untuk mencapai kecemerlangan ialah hubungan erat setiap pelajar dengan Allah s.w.t. Terutamanya dari sudut solat dan doa. Sesungguhnya tiada
nilainya kecemerlangan tanpa ketaatan kepada Allah. Seterusnya prasyarat yang turut ditekankan ialah berakhlak mulia terutamanya dengan keluarga, guruguru, orang yang lebih tua dan rakan sebaya. Akhlak adalah cerminan kepada keperibadian dan nilaian keilmuan kepada seseorang. Kecemerlangan tanpa akhlak ibarat buah yang cantik tetapi pahit rasanya. Rata-rata peserta yang ditemui selepas program memberi maklum balas yang baik dan mereka merasakan program ini amat bermanfaat. Malah mereka melahirkan hasrat untuk mengikuti program-program seterusnya yang telah dirancang oleh Kelab Remaja ISMA (KRIM)
Santai di Pantai Linggi Bandar Baru Bangi - Alhamdulillah pada 6-8 Julai yang lalu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kawasan Hulu Langat telah menjayakan program yang dirangka untuk merapatkan ukhuwah dikalangan Ahli ISMA kawasan tersebut. Program yang dinamakan “Santai di Pantai Linggi” merupakan yang julung kalinya diadakan telah mengumpul seramai 19 orang peserta. Program bermula pada 6 Julai apabila peserta bertolak dari Bangi ke Linggi, Melaka. Pada keesokannya program dimulakan dengan sesi ta’aruf dan pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan akan bertanding sesama sendiri untuk acara yang telah dirancang iaitu antaranya ialah bola tampar pantai, bola sepak pantai dan
sukaneka. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Kumpulan Satu yang diketuai oleh saudara Azib. Pada sebelah malamnya pula ialah acara yang dinanti iaitu memancing sambil membakar hasil tangkapan secara ‘BBQ’. Malangnya tidak banyak hasil tangkapan yang berjaya didaratkan diakibatkan oleh kurangnya kemahiran dan cuaca yang kurang baik. Walaubagaimanapun semua peserta masih dapat menikmati hidangan BBQ yang telah disediakan lebih awal oleh penganjur. Antaranya ialah ikan Siakap dan daging kambing. Menurut pengarah program iaitu Ust. Abd. Mutalib program ini berjaya mencapai objektifnya iaitu merapatkan ukhuwah dan bersantai. Malah beliau berbangga dengan
Suasana di waktu senja komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta dan urusetia memandang konsep program ini baru kali pertama dilaksanakan. Ust. Mutalib seterusnya membayangkan harapannya supaya program ini dapat diteruskan dan mendapat penyertaan yang lebih ramai.
Buletin
Ikatan
4
Berita ISMA Mahabbah Wanita ISMA ’07 Bandar Baru Bangi - Satu program khusus untuk ahli wanita ISMA bahagian Hulu Langat telah dianjurkan pada hari Sabtu,16 Jun 2007 yang lalu, bertempat di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi. Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang itu telah disertai oleh 39 orang ahli wanita ISMA kawasan. Program yang julung-julung kalinya diadakan ini mengupas mengenai aspek “Fikh wanita terbilang dalam sejarah Islam”. Penceramah pertama iaitu Ustazah Norsaleha bt. Salleh telah membawa peserta-peserta untuk memahami perjalanan hidup Ummu Sulaim; seorang wanita terbilang di zaman Rasululullah SAW. Manakala penceramah kedua iaitu Ustazah Siti Zaharah membincangkan mengenai tafsir surah At-Tahrim yang menjelaskan mengenai peristiwa/
Sesi bengkel
kerenah 2 daripada isteri Rasulullah SAW. Ini disusuli dengan kisah isteri Nabi Lut dan Nabi Nuh serta kisah Asiyah isteri Fir’aun dan Maryam binti Imran. Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para peserta yang rata-rata seronok dengan topik kupasan serta
Sesi ceramah
bersyukur atas peluang untuk menjalinkan ukhuwwah di antara sesama ahli ISMA kawasan. Pihak penganjur berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, dan berharap agar ia menjadi titik-tolak untuk program seumpama ini pada masa akan datang, Insya-Allah
bersambung dari muka hadapan dan tidak menyerah kalah), mendidik ma-syarakat kita dengan selok-belok cara menghadapi “ghazwu al-fikri” (serangan pemikiran) dan “siasah tatbi’” (polisi menjinak dan menormalisasikan bangsa terhadap segala agenda penjajahan). Kemerdekaan sebenar akan berlaku apabila kita benar-benar kembali kepada Allah dan menjadi Islam sepenuhnya. Wahai orang orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam dan jangan kamu mengikut jejak langkah syaitan. Kerana masuk Islam membawa kemerdekaan dan kemuliaan. Sedangkan mengikut syaitan membawa kepada “tab‘iyyah” (kedudukan sentiasa terikut dan tunduk kepada pihak lain) dan kehinaan. Islam mengajar kita kebebasan yang sebenar dari kalimah syahadah itu sendiri; yakni sembahlah Allah dan jauhkan diri dari thoghut. Islam tidak mengenal pemisahan antara kalimah dakwah dan kalimah jihad. Musuh Islam tidak berhenti-henti untuk menghapuskan semangat jihad dari jiwa muslim supaya mereka menjadi jinak dan mengalah. Mereka mentafsirkan jihad dengan berbagai tafsir……tafsiran
yang tidak diredai oleh Allah. Dengan itu senanglah mereka melakukan segala perancangan mereka terhadap umat Islam. Rib’i bin ‘Amir pernah menyebut bila ditanya oleh Rustum: “Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu, daripada menyembah hamba kepada pengabdian diri hanya kepada Allah…” Kalimah merdeka pada lazimnya mengandungi dua sendi; kebebasan dan berdikari. Tapi Islam membawa pengertian yang lebih menyeluruh dan lebih menggarap permasalahan sebenar. Islam mahu kemerdekaan di mana kalimah Allah lebih tinggi dari segala kalimah. Ia bukan sekadar kemerdekaan dari segi pendudukan tentera tetapi kemerdekaan politik, ekonomi, budaya, teknologi dan lebih penting dari itu semua ialah kemerdekaan insan itu sendiri. Kemerdekaan insan adalah muqaddimah kepada segala bentuk kemerdekaan yang lain. Tanpa insan yang merdeka, kemerdekaan sebenar tidak akan tercapai dan perjuangan kemerdekaan hanya akan terhenti separuh jalan seperti apa yang kita lihat hari ini.
Perjuangan kemerdekaan memerlukan jiwa kental yang hanya dapat dibekalkan oleh Islam, jiwa yang memiliki pandangan dan memahami dimensi perjuangan dan beban yang harus dipikul. Mereka yang memahaminya dalam konteks ‘ubudiah dan kewajipan menegakkan Islam secara sempurna sahaja yang sanggup berkorban untuk satu perjuangan yang panjang. Perjuangan untuk kemerdekaan kemanusiaan seluruhnya bukan sekadar perjuangan sebidang tanah, seluas sekangkang kera. Di era globalisasi dan kapitalis, kemerdekaan tanah tidak memberi banyak makna. Kerana negara bangsa yang ditubuhkan atas asas wataniah (tanahair) dan kebangsaan hanya mempunyai kedaulatan terbatas tak ubah seperti pengurus bandaran yang mengurus hal-hal kebajikan rakyat semata-mata. Adapun hal-hal berkaitan politik, keamanan dan ekonomi, maka ia terletak di bawah hegemoni kuasa tunggal dunia. Apalah erti kemerdekaan yang ada ini…jika tidak diringi dengan semangat juang berterusan dengan semangat jihad untuk membawa dakwah sehingga la takuna fitnah wa yakuna ad-din lillah.
Buletin
Ikatan
5
Remaja Remaja Hilang Pedoman
“
Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita semua di negara ini dalam menikmati kesenangan, kemakmuran, keamanan dan banyak lagi mungkin akan hilang perlahanlahan jika ianya diwarnai dengan gejala sosial yang tidak terbatas. Mungkin banyak yang beranggapan ia hanyalah merupakan hiburan ringan. Contohnya, ramai yang berpendapat, kalau setakat nyanyian berkaraoke, pergaulan bebas .......
Kita sebenarnya mudah lupa. Justeru, sentiasa saling ingat-mengingati itu boleh menjadi ubat dan menghindarkan lupa. Hal ini penting apatah lagi kepada belia remaja kerana mereka juga merupakan kelompok yang mudah lupa. Lantaran elemen ini menjadikan kita memerlukan kepada suntikan ingatan berupa nasihat dan pandangan yang boleh menolong menolak kelupaan. Apa pentingnya untuk kita tidak mudah lupa? Memang ia suatu yang amat penting dan berguna. Ingatan ini amat berharga untuk kita renungkan bersama apatah lagi di saat kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan pengaruh budaya baru iaitu gemarkan kepada berhibur dan mengadakan hiburan. Kenapa hiburan itu boleh merosakkan kita apatah lagi kepada generasi muda, belia dan remaja. Hiburan yang tidak dapat dikawal akan menghasilkan virus sosial serta mewujudkan elemen sosial yang negatif. Justeru, belia remaja akan menjadi kelompok yang lebih banyak bilangannya menjiwai suasana sedemikian. Sesungguhnya, gejala-gejala hiburan haram tidak pernah mendatangkan keuntungan. Namun tarikannya terlalu mengasyikkan hinggakan ia merupakan salah satu punca dari berlaku peningkatan masalah sosial belia remaja dalam sesebuah masyarakat. Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita semua di negara ini dalam menikmati kesenangan, kemakmuran, keamanan dan banyak lagi mungkin akan hilang perlahan-lahan jika ianya diwarnai dengan gejala sosial yang tidak terbatas. Mungkin banyak yang beranggapan ia hanyalah merupakan hiburan ringan. Contohnya, ramai yang berpendapat, kalau setakat nyanyian berkaraoke, pergaulan bebas dalam hiburan, pesta tari-menari dan seumpamanya bukanlah satu kesalahan. Namun jika diperhatikan, bukankah perkara sedemikian ini jika bergabung dengan kesempatan yang dikunjungi ramai akan berubah menjadi suatu hiburan yang lebih berani dari matlamat asalnya. Perasaan agresif dan kemahuan yang lebih akan sentiasa bergelora dengan keadaan yang dianggap menyeronokkan. Bermula dari sini akan wujudlah pembawaan salah yang justeru membuahkan perkara-perkara yang menjadi larangan dan tegahan agama. Selalunya kelalaian banyak berlaku dalam kealpaan dengan pelbagai keseronokan. Kealpaan ini pula selalu diseliputi oleh keindahan-keindahan tingkah laku dalam pergaulan yang merosakkan diri dan pengunjungnya. Barangkali belum terlambat untuk kita semua apatah lagi di kalangan belia remaja untuk menilai semula terhadap kesan-kesan negatif dari kemelut ini. Kita perlu belajar mewujudkan rasa lebih bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Kita tidak perlu jadi ‘pak turut’ terhadap keseronokan yang merosakkan dan memusnahkan kehidupan. Kita tidak perlu membiarkan suasana yang ada ini menjadi karat yang akan menjerumuskan diri dan masyarakat kita kepada suatu perubahan sosial yang tidak menguntungkan. Di saat-saat pihak berkuasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab membasmi gejala sedemikian ini, kita sepatutnya bersama-sama berperanan untuk menghentikan dan sekaligus menghapuskan kecenderungan supaya ia bukan onar dalam masyarakat kita. Tidak ada orang yang akan membantu kita dalam menyelamatkan keadaan sosial masyarakat jika kita sendiri tidak mahu berperanan menjadi benteng untuk mencegahnya.
Buletin
Ikatan
6
“
Fatwa Harta Sepencarian Menurut Perspektif Islam
“
Pengertian harta sepencarian disebut dengan jelas di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam iaitu harta yang diperolehi secara bersama oleh suami isteri sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syara’. Termasuk di dalam pengertian ini ialah harta suami atau isteri sebelum mereka berkahwin dan dijadikan modal untuk dimajukan atau dikembangkan secara bersama atau secara bersendirian selepas perkahwinan.
Islam mengiktiraf harta seseorang tanpa mengambil kira jantinanya lelaki atau perempuan, suami atau isteri. Pengiktirafan yang diberikan oleh Islam terhadap pemilikan harta seseorang adalah meliputi hak memiliki, hak berbelanja, hak mengawal, hak melindungi dan hak mengembangkan harta tersebut. Pengikiktirafan ini tidak berlaku kepada golongan wanita yang terdapat di dalam prinsip Common Law Inggeris apabila mereka berkahwin kerana hak pemilikan hartanya akan berpindah kepada pihak suami. Harta sepencarian pada mulanya merupakan amalan/adat dalam masyarakat Melayu yang kini diterima pakai sebagai sebahagian daripada hukum fiqh dan dikuatkuasakan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam. Penerimaannya adalah berdasarkan kepada adat yang tidak bercanggah dengan undang-undang Islam adalah diterima sama seperti hukum syara’. (al-‘Aadah Muhakkamah). Disebabkan penerimaan ini, maka peruntukan undang-undang telah diberikan kepada pihakpihak yang ingin menuntut harta sepencarian sama ada di dalam Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri. Pengertian harta sepencarian disebut dengan jelas di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam iaitu harta yang diperolehi secara bersama oleh suami isteri sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syara’. Termasuk di dalam pengertian ini ialah harta suami atau isteri sebelum mereka berkahwin dan dijadikan modal untuk dimajukan atau dikembangkan secara bersama atau secara bersendirian selepas perkahwinan. Oleh yang demikian di dalam menentukan jumlah harta sepencarian, Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar, membicara dan seterusnya membuat keputusan menentukan bahagian dan hak masing-masing. Sebelum sesuatu keputusan dibuat oleh pihak mahkamah, mahkamah terlebih dahulu akan mengambil kira sumbangan-sumbangan yang dilakukan oleh suami isteri sama ada di dalam bentuk wang ringgit, harta benda, usaha tenaga sehingga terhasilnya sesuatu harta. Dengan yang demikian, seorang suri rumah (yang tidak bekerja) berhak untuk membuat tuntutan harta sepencarian berdasarkan kepada usaha atau tenaga yang telah diberikan sehingga suaminya berjaya mengumpul harta. Persoalan ini dijelaskan di dalam kitab at-Turuq al-Hukmiyyah fi as-Siasah as-Syar’iyyah karangan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah iaitu: Yang bererti: “Di antaranya ialah, di kalangan ahli perundangan Islam telah sepakat berpendapat bahawa di dalam kes tuntutan antara suami isteri yang sama-sama berusaha dalam mendapatkan harta rumah tangga dan berkedai, tuntutan yang sedemikian hendaklah diterima berdasarkan keterangan yang membuktikan tuntutan itu. Sebenarnya di dalam persoalan ini, pemilikan sesuatu harta itu tidak dikira hanya semata-mata berdasarkan nama yang tertera di dalam harta itu. Setakat nama yang tertera di dalam sesuatu harta itu belum tentu membuktikan pemilikannya. Kenyataan sebegini adalah kerana seandainya diambil kira hak milik sesuatu harta semata-mata mengikut nama yang tertera di dalam harta, maka nescaya serban yang dipakai di kepala seseorang yang merampas serban kepunyaan orang lain akan dikira sebagai serban kepunyaan perampas itu, sedangkan pengiktirafan yang sedemikian adalah suatu kezaliman dan tidak diambil kira”. Di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin yang dikarang oleh as-Sayyid as-Syarif Abdul Rahman bin Muhammad bin Hussain bin Umar muka surat 159 ada menyebutkan: Yang bererti: “Telah bercampur harta suami isteri dan tidak diketahui harta siapa yang lebih banyak-tidak ada tanda-tanda yang dapat membezakan harta salah seorangnya-kemudian berlaku perpisahan antara keduanya ataupun mati, maka tidak sah salah seorang dari mereka (suami isteri) atau warisnya memerintah (mengguna) sesuatu daripada harta itu sebelum dapat dibezakan ataupun sebelum dibuat perdamaian (al-Sulh), kecuali bersama-sama dengan pemiliknya sebab tidak ada murajjih (tidak ada tanda yang membezakan)”. .........bersambung di keluaran hadapan
Buletin
Ikatan
7
“
Isu Semasa Ketuanan Melayu Terancam Teguran Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo baru-baru ini kepada pemimpin UMNO yang takut untuk memperjuangkan isu keistimewaan Melayu kerana bimbang kehilangan undi dari orang bukan Melayu adalah realiti yang tidak dapat disangkal lagi. UMNO yang suatu ketika dahulu dilihat dan diharapkan sebagai parti yang memperjuangkan hak orang Melayu telah mula kehilangan taringnya. Beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini seolah-olah mencabar ketuanan Melayu melalui tuntutan yang melampau seperti artikel 11, isu azan, isu murtad Lina Joy dan pembahagian kerusi baru kepada calon bukan Melayu di dalam pilihanraya.
Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo Menteri Besar Selangor
“
Walaupun di asak dengan hebat oleh golongan ini, belum ada kesepakatan dari pemimpin UMNO yang bersungguh-sungguh untuk menentang ancaman ini. Dengan tiadanya tentangan, ia akan memberi semangat kepada golongan ini untuk terus memperjuangkan hak mereka tanpa segan silu dan rasa takut.
“
Dapatkan Naskah Anda Sekarang!
Hubungi 03-8926 1520
Golongan pendesak dan ahli politik komponen bukan Melayu dilihat cuba mempengaruhi dan mendesak kerajaan supaya tunduk dengan permintaan mereka. Walaupun belum berjaya sepenuhnya, kumpulan ini telah berjaya membangkitkan sentimen dan mendapat liputan luas akhbar tempatan serta perhatian dari kuasa luar seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Britain.
Walaupun diasak dengan hebat oleh golongan ini, belum ada kesepakatan dari pemimpin UMNO yang bersungguh-sungguh untuk menentang ancaman ini. Dengan tiadanya tentangan, ia akan memberi semangat kepada golongan ini untuk terus memperjuangkan hak mereka tanpa segan silu dan rasa takut. Masyarakat Melayu dan Islam Malaysia menaruh harapan yang besar kepada UMNO yang menerajui kerajaan untuk melindungi kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam dari ancaman seperti ini. Kegiatan yang cuba memporak peranda masyarakat Malaysia berbilang bangsa perlu dibendung dan setiap kaum harus memahami sensitiviti kaum lain. Tanggungjawab untuk menjaga kepentingan agama dan bangsa juga tidak hanya dipikul oleh UMNO sahaja malahan parti politik pembangkang seperti PAS dan Keadilan (bahkan semua pihak) juga perlu mengambil langkah yang sama. Parti Pembangkang tidak seharusnya berpeluk tubuh apabila kerajaan ditekan oleh parti bukan Melayu, mereka juga wajib bersatu menentang ancaman itu dan tidak menangguk di air yang keruh. Kemungkinan sikap berdiam diri yang diambil oleh parti pembangkan melayu akan dilihat juga sebagai strategi untuk mengambil hati pengundi bukan melayu menyokong mereka semasa pilihanraya. Bangsa Melayu perlu sedar tentang ancaman ini, apatah lagi kemasukkan pendatang tanpa izin (PATI) seolah-olah tidak dapat dikawal lagi. Sekiranya kita tidak mengambil serius hal ini, kita bukan sahaja akan kehilangan maruah malah kuasa juga akan hilang nanti.
Buletin
Ikatan
8