HIKMAH HUKUMAN BUNUH KE ATAS MURTAD: KONTEKS KEBEBASAN BERAGAMA DAN PAKSAAN DALAM AGAMA Muhamad Zuhaili Saiman Dahlan Ahmad Salleh
ABSTRAK Hukuman bunuh yang dikenakan ke atas golongan yang murtad menjadi hujah yang digunakan oleh pihak musuh Islam bahawa hak asasi manusia dalam menganuti agama selain Islam adalah dihalang. Hujah ini bagi menggambarkan bahawa Islam merupakan satu agama yang berbentuk paksaan yang tidak meraikan kebebasan. Hujah ini perlu dijawab dengan hujah yang matang dalam memastikan masyarakat tidak terkeliru dan seterusnya yakin akan hikmah di sebalik hukuman tersebut yang terdapat melalui nas al-Quran dan hadith Nabi Muhammad SAW. Kepentingan hukuman ini berdasarkan hikmah yang dikaji mampu menjaga soal perpaduan di kalangan masyarakat yang pelbagai khususnya di negara kita Malaysia. Bahkan ia menjadi hujah ke atas golongan yang melampau dalam memperjuangkan hak asasi manusia secara mutlak. Metode perpustakaan digunakan sepenuhnya di dalam kajian ini. Hasil penelitian yang dilakukan akan memberikan kefahaman berkenaan hikmah hukuman bagi menjaga maslahat umat Islam serta menjernihkan kefahaman yang seakan melihat pertembungan antara nas yang menyatakan tiada paksaan dalam Islam dengan nas hukuman bunuh ini. Kesimpulan awal yang didapati dalam kajian ini ialah konsep kebebasan di dalam Islam tanpa menafikan hikmah hukuman tersebut berbentuk pencegahan dan penjagaan dari sebarang kerosakan ke atas umat Islam. PENDAHULUAN Kesalahan jenayah murtad termasuk dalam kategori hukuman jenayah dalam Islam yang dijatuhkan hukuman hudud. Hukuman hudud ke atas orang murtad menjadi isu yang besar apabila manusia yang tidak memahami Islam dengan baik membangkitkan soal kebebasan dalam beragama merupakan hak asasi manusia.Apatah lagi apabila hukuman hudud yang melibatkan jiwa atau nyawa menjadikan dakwaan ke atas agama Islam merupakan agama yang melakukan paksaan dan kekerasan dengan hukuman yang dikenakan ke atas orang yang murtad. Bahkan jenayah murtad ini jelas telah melanggar 5 perkara asas yang merupakan dharuriyat iaitu penjagaan ke atas agama. Hukuman hudud yang ditetapkan oleh Allah mempunyai objektif yang jelas yang melibatkan 5 perkara asas ini. Maka menjadi kewajipan kita mengimani apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan berusaha memahami hikmah di sebalik perundangan yang ditetapkan itu agar mampu memberikan pencerahan kepada manusia terhadap keraguan yang timbul. KEBEBASAN BERAGAMA Perkara pertama yang peru dijelaskan ialah berkaitan soal kebebasan beragama. Hal ini demikian kerana orang yang murtad ialah orang yang percaya akan keperluan manusia kepada agama daam kehidupan. Namun atas keterbatasan ilmu dan keyakinan yang goyah menjadikan seseorang tersebut meragui akan Islam dan mencari agama yang lain selari dengan keinginan hawa nafsu.Taisir Baiyudh alTamimi (2011) menyatakan kebebasan beragama merupakan salah satu daripada hak
asasi manusia disebabkan itu mana-mana pihak tidak boleh melakukan paksaan ke atas seseorang untuk menganuti agama selain apa yang ia rela dan berkehendak. Namun begitu apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan bergama? Adakah ia merupakan ruang untuk manusia menguji setiap agama yang dianuti tanpa sempadan dan batasan? Bagaimanakah Islam meraikan kebebasan beragama ini dalam masa yang sama melarang dengan tegas akan jenayah murtad? Kebebasan Beragama Dari Perspektif Islam Kebebasan beragama dalam kehidupan adalah diraikan oleh Islam. Bahkan Islam tidak menerima sebarang bentuk paksaan yang dilakukan ke atas manusia untuk manusia menganuti agama Islam. Dengan erti kata lain, paksaan ke atas non-Muslim untuk mereka memeluk Islam merupakan satu tindakan yang salah.Hal ini jelas berdasarkan kepada nas al-Quran dan al-Sunnah berkaitan dengan kebebasan beragama yang dirai oleh Islam. Ditambah lagi bahawa peranan para rasul dan mereka yang membawa seruan dakwah adalah menyampaikan kebenaran agar manusia mampu berfikir dan menilainya namun bukan dengan cara paksaan. Firman Allah yang bermaksud: Tidaklah menjadi kewajipan ke atas Rasul melainkan menyampaikan apa yang nyata (kebenaran). Surah al-Nur: 54 Begitu dengan firman Allah yang bermaksud: Maka sekiranya mereka berhujah akan kamu maka katakanlah kepada mereka bahawa: Aku menyerah diri kepada Allah dan begitu juga orang yang mengikutiku. Dan katakanlah kepada orang yang diberikan al-Kitab dan golongan yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis): adakah kamu menyerah diri (memeluk Islam)? Maka sekiranya mereka memeluk Islam seseunggahnya mereka telah mendapat hidayah namun sekiranya mereka berpaling (enggan) maka kewajipan ke atas kamu hanya menyampaikan yang nyata (kebenaran). Surah Ali Imran: 20 Ini merupakan peranan ke atas para Rasul dan umat Islam dalam menyampaikan kebenaran kepada manusia. Peranan ini menjadi hujah bahawa paksaan tidak diterima dalam Islam. Hal ini berdasarkan kepada ayat ke-256 dalam Surah al-Baqarah berkenaan tidak ada paksaan dalam Islam adalah merujuk kepada paksaan memeluk Islam sebagaimana merujuk kepada penafsiran para ulama berkenaan ayat tersebut.Sehubungan itu, non-Muslim bebas menganut apa yang mereka sedang anuti serta mengamalkan apa yang dipercayainya seperti merayakan hari kebesaran mereka, melaksanakan ibadah mereka dan sebagainya. Inilah kebebasan agama dari sudut perspektif Islam. Non-Muslim diberikan ruang dalam konteks keagamaan mereka mengikut apa yang mereka anuti. Paksaan ke atas mereka menjadikan manusia hidup dalam keadaan dijajah dan memberikan imej yang buruk ke atas Islam.Sebabkan itulah, kebebesan agama ini dirai oleh Islam bagi membolehkan non-Muslim berfikir dan menilai akan maklumat dan informasi yang mereka terima. Paksaan menjadikan manusia tidak menggunakan akal dalam menilai dan akhirnya menjadikan manusia yang pasif iaitu menurut secara buta tuli tanpa memahami akan kehendak kebenaran yang sebenar menurut Islam.
161
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Adakah kamu mahu memaksa manusia (untuk menerima Islam) sehingga mereka beriman. Surah Yunus: 99 Dakwah Merupakan Kewajipan, Paksaan Merupakan Satu Kesalahan Maka perintah ke atas menyampaikan dakwah yang merupakan kewajipan1 menjadikan kebebasan beragama bukan sebagai satu alasan membiarkan manusia yang non-Muslim terus sesat dalam kejahilan mereka. Kewajipan berdakwah tersebut demi menyelamatkan manusia daripada jalan yang sesat dan dalam masa yang sama kebebasan beragama merupakan ruang tolak ansur yang diberikan dalam Islam supaya dakwah yang disampaikan kepada non-Muslim adalah untuk dikaji dan menerima dengan sepenuh hati yang ikhlas terhadap agama Islam. Perkara ini diingatkan sekali lagi oleh Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud: Maka berikanlah peringatan. Maka sesungguhnya kamu hanya pihak yang menyampaikan peringatan. Kamu bukanlah pihak yang menekan (memaksa dan menjajah). Surah al-Ghashiyah: 21-22 Dr Abdullah Naseh Ulwan (2004) menyatakan bahawa paksaan ke atas non-Muslim dalam memeluk Islam akan menyebabkan beberapa perkara: -
Paksaan menyebabkan jiwa manusia tertekan dan terasa dihina (kerana hilang naluri semulajadi manusia yang mahu kebebasan) Merosakkan nilai kemanusiaan dan membunuh perasaan manusia Merosakkan imej seruan dakwah Islam
Khadijah al-Nabrawi (2006), membawakan bukti melalui sirah Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu al-Kathir bahawa Baginda SAW memberikan ruang kepada rombongan Nasrani yang datang ke Madinah untuk melakukan ibadah mereka walaupun berdekatan dengan Masjid al-Nabawi.Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Ibnu Qudamah menjelaskan kebebasan agama yang diraikan oleh Islam dapat dilihat kepada pembukaan-pembukaan yang dilakukan oleh tentera Islam tanpa menghancurkan dan memusnahkan rumah-rumah ibadah yang sedia ada di tempat atau negara tersebut walaupun pembukaan tersebut berlaku dengan tercetus peperangan.Dr Yusuf al-Qardahwi (2005) berkata bahawa antara hak kafir zimmi iaitu non-Muslim yang bernaung di bawah Negara Islam ialah kebebasan agama. Mereka berhak menganut apa yang mereka percayai dan mengamalkan apa yang terdapat dalam ajaran agama mereka. Justeru, sebagaimana yang dijelaskan di atas kebebasan agama dari sudut perspektif syarak ialah Islam meraikan kebebasan agama kerana Islam tidak menerima paksaan ke atas seseorang non-Muslim untuk memeluk Islam. Paksaan ini bercanggah dengan kewajipan dalam berdakwah. Hasilnya, non-Muslim diberikan ruang untuk mereka menganuti apa yang mereka percayai dan dalam masa yang sama kebebasan agama ini merupakan medium kepada umat Islam untuk menyampaikan maklumat mengenai kebenaran Islam agar mereka mampu berfikir. Sekiranya mereka menerima maka ia
1
Fatwa Syeikh Soleh ibn Fauzan. Lihat : http://ar.islamway.net/fatwa/5384
162
merupakan hidayah daripada Allah ke atas mereka namun sekiranya mereka terus enggan maka kewajipan ke atas umat Islam adalah menyatakan kebenaran tanpa sebarang paksaan. Batasan Dalam Meraikan Kebebasan Beragama Sehubungan itu, toleransi dalam kebebasan beragama tidaklah sampai mencakupi konteks akidah apatah lagi membenarkan setiap ajaran selain Islam. Hal ini demikian kerana kebenaran hanyalah satu tanpa ada yang lain. Memperakui terdapat kebenaran selain apa yang dibawa oleh Islam menjadikan secara tidak langsung ternafinya kebenaran mutlak yang dibawa oleh Islam.Disebabkan itu, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia memutuskan bahawa pluralisme merupakan fahaman yang sesat dan bertentangan dengan akidah Islam bahkan ia merupakan bentuk shirik kontemporari2 dengan menyama ratakan setiap agama dengan membenarkan setiap ketuhanan yang didakwa oleh agama selain Islam. Justeru, dalam akidah Islam apabila penyaksian diberikan ketika memeluk Islam maka awal-awal lagi umat Islam mesti menafikan wujudnya tuhan selain Allah. Hal ini bermaksud kebenaran yang mutlak dan sebenar adalah datang daripada Allah berdasarkan agama Islam yang diturunkan dan disampaikan oleh utusan-Nya. Firman Allah SWT: Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam. Surah Ali „Imran: 19 Sehubungan itu, tiada istilah kebenaran selain daripada apa yang dibawa oleh Islam. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT: Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agamanya, maka ia tidak akan sesekali diterima dan ia di akhirat kelak ia tergolong daripada kalangan orang yang rugi. Surah Ali „Imran: 85 Sekalipun hubungan antara umat Islam dan non-Muslim dibenarkan dalam konteks kemanusiaan namun dari konteks akidah adalah tetap jelas dan tiada kompromi sebagaimana yang dibincangkan di atas. Hal ini dapat dilihat kepada sirah Nabi Muhammad SAW berkenaan hadis yang diriwayatkan mengenai seorang lelaki mushrik bernama Qazman yang mengikuti peperangan bersama-sama dengan sahabat Nabi Muhammad SAW. Dia berjaya membunuh 3 orang daripada pihak musuh daripada Bani al-Dar yang berperang membawa panji musyrikin. Sehubungan itu Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT akan membantu agama ini (Islam) dengan lelaki yang tidak beriman.3 Walaupun begitu, Baginda SAW tetap menegaskan lelaki tersebut tempatnya di akhirat kelak adalah di neraka kerana akidahnya adalah bukan akidah Islam. Ini
2
Muhamad Arifin bin Ismail, Panel Jawatankuasa Isu Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Kertas kerja “Isu Kalimah Allah Dan Kaitannya Dengan Pluralisme 3
Al-Bukhari no 2897
163
menguatkan lagi bahawa dalam konteks akidah, maka kebenaran yang mutlak adalah datang dari Islam sahaja. HUKUMAN KE ATAS KESALAHAN MURTAD MENURUT PERSPEKTIF SYARAK Jenayah Murtad Kesalahan Dalam Konteks Hukuman Hudud Para ulama khususnya imam yang empat bersepakat bahawa orang yang murtad dikenakan hukuman hudud iaitu bunuh setelah diberikan tempoh masa untuk bertaubat agar kembali kepada Islam namun enggan.Walaupun terdapat pandangan dari Mazhab Hanafi yang membezakan wanita yang murtad dengan hanya memenjarakan sepanjang hayat selagi ia tidak bertaubat tanpa hukuman bunuh, para ulama telah menjelaskan kembali bahawa tiada bezanya antara lelaki dan wanita yang murtad kerana sudah ada sejarah yang dilakukan bahawa kedua-dua dihukum dengan hukuman bunuh berdasarkan hadis-hadis yang berkaitan hukuman hudud ke atas murtad.4 Ia jelas berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Sesiapa yang menukar agamanya (murtad) maka bunuhlah ia.5 Pandangan Lain Dalam Konteks Hukuman Ke Atas Jenayah Murtad Jurnal Zulkifli Hassan dan Norfadhilah Mohd Ali6 menerangkan pembahagian pendapat ulama berkenaan hukuman ke atas kesalahan murtad. Terdapat pandangan daripada kalangan ulama kontemporari seperti Abd al-Mutaali al-Saidi, Ibrahim alNakhai, Muhammad Abduh, Mohamad Hashim Kamali dan lain-lain lagi yang berpandangan bahawa pada dasarnya hukuman murtad bukanlah hudud tetapi hanya takzir.Tambahan lagi, hukuman bunuh pada kesalahan murtad bukanlah kerana kemurtadan mereka akan tetapi faktor pemberontakan meraka menentang Islam. Seterusnya pandangan ini membawa kritikan terhadap kesahihan dan darjat hadis “sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh”. Hadis ini adalah hadis ahad dan tidak kuat untuk dijadikan hujah kepada sesuatu hukum. Ini juga sebagaimana fatwa yang diberikan oleh Syeikh Ali Jumuah (2005), mantan Mufti Mesir yang mengambil semula fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Syaltut bahawa hukuman bunuh yang dimaksudkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW ialah mereka yang memerangi Islam dan melakukan usaha untuk memecahkan kesatuan jemaah umat Islam. Disebabkan itu, dalam hadis yang lain Nabi Muhammad SAW menyebutkan bahawa antara darah yang halal dibunuh ialah orang yang murtad iaitu yang keluar dari jemaah Islam. Hadis tersebut ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Mas‟ud:
4
Said Ibrahmin (mantan Mufti Sabah), Jenayah Murtad Dari Sudut Hukum Syarak Dan Perundangan Islam 5
Al-Bukhari no 3-17, al-Tirmidzi no 1458, al-Nasai no 4060, Abu Daud 4351, Ibn Majah no 2535 dan Ahmad 6
Tajuk jurnal “Kedudukan Murtad Menurut Perspektif Undang-undang Di Malaysia”
164
Tidak halal darah seseorang muslim melainkan 3 golongan: janda yang berzina, jiwa dibalas bunuh dengan jiwa (qisas), dan orang yang meninggakan agamanya (murtad) yang berpecah dari jemaah.7 Jawapan Balas Berbentuk Ilmiah Menolak Pandangan Yang Berlainan Dr Yusuf al-Qardhawi (1996) menegaskan bahawa para ulama telah berijmak akan hukuman bagi golongan yang murtad. Mereka mengatakan bahawa golongan ini wajib dijatuhkan hukum bunuh. Itulah pendapat imam yang empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali), bahkan mazhab yang lapan.Bahkan terdapat beberapa hadis yang menguatkan lagi hujah bagi pelaksanaan hukuman bunuh tersebut seperti yang diriwayatkan oleh para sahabat, antaranya Ibn Abbas, Abu Musa, Muaz, Ali, Uthman, Ibn Mas‟ud, Anas, Aisyah, Abu Hurairah dan Mu‟awiyah. Walaupun hadis yang didatangkan dalam bentuk lafaz yang berbeza-beza namun kesemua memberikan makna yang satu. Contoh seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud: Sesiapa yang menukarkan agamanya (murtad) maka bunuhlah ia.8 Dan hadis daripada Ibn Mas‟ud yang bermaksudnya: Tidak halal darah seorang muslim yang menyaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku (Muhammad) pesuruh Allah kecuali 3 sebab, jiwa dibalas dengan jiwa (qisas), janda yang berzina dan orang yang keluar daripada agama, yang berpecah daripada jemaah.9 Dalam hadis yang sama, terdapat juga lafaz yang berlainan daripada Saidina Uthman yang bermaksud: ......lelaki yang kufur selepas Islam, atau berzina selepas berkahwin atau membunuh jiwa (manusia tanpa hak).10 Berkata Ibn Rajab bahawa hukum membunuh bagi 3 golongan yang telah disebutkan di dalam hadis sebentar tadi adalah perkara yang telah disepakati di kalangan umat Islam. Saidina Ali radiallahu ‘anhu telah melaksanakan hukum bunuh terhadap satu kaum yang telah murtad11 dengan mencampak mereka ke dalam api selepas menasihati dan memberi amaran kepada mereka, namun mereka tetap juga tidak mahu bertaubat. Maka dicampakkan mereka ke dalam api sebagai hukum bunuh.Namun Ibn Abbas tidak sependapat dengan pelaksanaan Saidina Ali atas hukuman bunuh bagi orang yang murtad dengan mencampakkan ke dalam api kerana ada hadis lain yang menyebut, makusnya:
7
Al-Bukhari no 6878 dan Muslim no 1676
8
Al-Bukhari no 3-17, al-Tirmidzi no 1458, al-Nasai no 4060, Abu Daud 4351, Ibn Majah no 2535 dan Ahmad 9
Al-Bukhari no 6878 dan Muslim no 1676
10 11
Al-Nasai no 3978 dan Abu Daud no 71 http://www.mezan.net/sayed_ameli/books/s_imamali/26/05.html#_ftn1
165
Janganlah kamu menyeksa dengan seksaan azab Allah.12 Bagi Ibn Abbas hukuman ke atas orang yang murtad ialah bunuh tetapi bukan dengan cara membakar mereka. Namun, Ibn Abbas tetap bersependapat dengan Saidina Ali radiallahu ‘anhu mengenai hukuman bagi orang yang murtad iaitu bunuh cuma cara perlaksaannya yang berbeza. Jelas sekalipun terdapat kritikan terhadap hadis “sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh”, namun hadis tersebut disokong oleh hadis-hadis yang lain. Bahkan sirah para sahabat telah menunjukkan kepada perlaksaan bagi hukuman ke atas kesalahan murtad. Pembahagian Golongan Murtad Berkenaan pandangan ulama kontemporari berkenaan tidak dikenakan hukuman hudud iaitu hukuman bunuh adalah perlu difahami dari segi perlaksanaan hukuman bukan dari segi dasarya. Bermaksud dasar hukuman hudud adalah bunuh namun berbeza dari sudut tempoh ruang untuk bertaubat. Maka ruang tempoh inilah yang dijadikan sebagai pembahagian di antara peringkat orang yang murtad. Pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi (1995) yang membahagikan golongan yang murtad kepada 2 bahagian iaitu golongan yang murtad kepada al-murtaddin ad-da'iyah (golongan yang menyebarkan jenayah murtad) dan al-murtaddin ghaira ad-da'iyah (golongan yang tidak menyebarkan jenayah murtad). Golongan Murtad Yang Menyebarkan Dakyah Maka golongan yang menyebarkan jenayah murtad seperti Salman al-Ruyhdi, yang menyebarkan jenayah murtad kepada individu lain melalui percakapan dan penulisannya, maka memang layak untuk dikenakan hukuman yang berat dengan mengambil hukuman yang disepakati oleh jumhur ulama dan zahir hadis bagi membendung jenayah yang disebarkan dan menutup ruang-ruang fitnah.Sesungguhnya orang murtad yang menyeru manusia lain kepada jenayah murtad, mereka bukanlah semata-mata murtad daripada Islam, bahkan mereka seolaholah memerangi umat Islam. Maka, mereka tergolong di dalam kalangan orang yang memerangi Allah SWT. dan rasul-Nya. Malah, melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya balasan bagi mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya serta melakukan kerosakan di atas muka bumi itu dibunuh, disalib, dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang atau di buang keluar dari tempat mereka. Surah al-Maidah: 33 Maka golongan ini bukan sahaja mengeluarkan dirinya dari kesatuan umat Islam bahkan melakukan serangan bagi memecahkan kesatuan umat Islam yang sedia ada dengan cara memurtadkan umat Islam yang lain. Maka ini jelas golongan yang berat dengan sifat mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya.
12
Al-Bukhari no 2854
166
Golongan Yang Tidak Menyebarkan Dakyah Murtad Adapun golongan yang tidak menyebarkan dakyah murtad ini dapat dipecahkan kepada 2 iaitu: 1. Kemurtadannya tidak diketahui umum. Bermaksud hukuman tidak dapat dijalankan kerana ia tidak disabitkan dengan kesalahan murtad pada zahirnya. 2. Kemurtadannya diketahui namun tidak memberikan kesan dengan menyebarkan dakyah murtad. Ia hanya mengamalkan agama selain Islam pada dirinya sahaja Maka golongan yang pertama ini tidak dapat dijatuhkan hukumannya kerana kemurtadannya tidak diketahui. Hal ini demikian kerana hukuman yang dijatuhkan berdasarkan zahir tidak ke atas batin. Bermaksud jika tidak ada bukti yang kukuh daam pensabitan kemurtadannya maka hukuman hudud tidak akan dijatuhkan. Namun apabila kemurtadannya diketahui setelah kematiannya maka jenazahnya mestilah diuruskan dengan cara non-Muslim iaitu tidak dikebumikan dalam tanah perkuburan orang Islam.Inilah yang disebutkan oleh Allah ke atas golongan yang murtad iaitu amalannya sepanjang hidupnya terhapus. Firman Allah yang bermaksud: Sesiapa yang murtad dari agamanya (Islam) maka kemudian dia mati dalam keadaan kafir. Mereka adalah golongan yang dihapuskan amalannya di dunia dan akhirat Dan merekalah penghuni neraka.Mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah: 217) Manakala golongan yang kedua tersebut ditahan dan dipenjarakan bagi diberikan tempoh yang lama agar mereka kembali kepada Islam. Maka Islam bukan sekadar mahu menghukum akan tetapi untuk mengubati. Jelas mereka sebegini sebenarnya terkeliru dan terperangkap dengan permainan akidah. Maka peranan para pendakwah meyakinkannya semula untuk kembali ke pangkal jalan.Dan tempoh bertaubat diberikan adalah untuk meyakinkan semula akan akidah Islam yang dinauti sebelum ini. Segala kecelaruan dan keraguan yang timbul menyebabkan ia murtad mestilah dibersihkan dalam tempoh ini. Namun sekiranya ia masih enggan maka hukuman hudud tetap dijatuhkan kerana kemurtadannya merupakan suatu jenayah iaitu mengkhinati janjinya ketika dia melafazkan syahadah dahulu. Maka golongan ini walaupun tidak seperti golongan yang jelas memerangi Islam dengan menyebarkan dakwah namun kemurtadannya tersebut merupakan memecahkan kesatuan yang sedia ada dengan pengkhianatan yang dilakukan. Bahkan dirinya yang murtad akan menimbulkan fitnah ke atas umat Islam yang lain terutama keluarganya, kawan-kawannya dan masyarakat sekelilingnya.Justeru, jelas hukuman hudud dijatuhkan ke atas mereka yang menzahirkan peperangan dan pengkhianatan seumpama kafir harbi dan kafir yang melakukan pengkhianatan dalam perjanjian. Had Tempoh Bertaubat Ke Atas Golongan Yang Murtad Majoriti ulama berpendapat bahawa tempoh yang diberikan selama 3 hari. Manakala terdapat juga pendapat daripada Ibrhim al-Nakhaei bahawa tempoh tidak ditetapkan dan ia bergantung kepada pemerintah melihat kemungkinan peluang orang yang murtad tersebut untuk kembali bertaubat. Maka selama mana dilihat ada peluang 167
maka selagi itulah usaha mendidikanya mesti diteruskan.Bahkan terdapat juga pendapat dari Mazhab al-Zahiriyyah yang menyatakan bahawa tidak diberikan tempoh bertaubat namun dijatuhkan terus hukuman hudud ke atas golongan yang murtad.13 Maka merujuk kepada perbezaan pendapat para ulama ini, pemerintah boleh melihat kepada kondisi golongan murtad dalam memberikan maslahat kepada Islam. Namun apa yang muktamad ialah hukuman hudud tetap dijatuhkan ke atas golongan yang sudah tamat tempohnya dan tidak mempunyai peluang untuk dia kembali bertaubat.Justeru tempoh tidak terhad kepada 3 hari kerana tempoh adalah perbezaan para ulama. Maka disebabkan dibenarkan untuk ditahan dengan tempoh yang panjang, ia seakan-akan menafikan hukuman hudud ke atas kesalahan murtad. Padahal tidak, kerana apabila hakim atau pemerintah merasakan bahawa sudah tiada jalan penyelesaian dan ia terus berdegil maka hukuman hudud iaitu bunuh boleh dilaksanakan bagi mencegah kerosakan akidah masyarakat Islam yang lain ekoran kemurtadan yang berlaku. PAKSAAN DALAM AGAMA DAN KAITANNYA DENGAN HUKUMAN HUDUD KE ATAS GOLONGAN MURTAD Menjadi dakwaan ke atas hukuman hudud ke atas jenayah murtad bahawa ia merupakan salah satu bentuk paksaan dalam agama. Maka ternafilah sebagaimana yang disebutkan bahawa tiada paksaan dalam agama.Bagi menjawab dakwaan yang ditimbulkan ini mesti melihat kepada hikmah hukuman bunuh ke atas golongan murtad dan menilai maksud paksaan yang sebenar. Tiada Paksaan Dalam Menganuti Agama Islam Para ulama bersepakat bahawa maksud bagi kehendak ayat al-Quran dalam Surah alBaqarah pada ayat ke-256 ialah tiada paksaan dalam menganuti agama Islam. Manusia tidak boleh dipaksa untuk menganuti Islam. Bahkan para pendakwah juga dilarang memaksa non-Muslim menerima apa yang disampaikan kerana tugas menerima wahyu bukan urusan mereka.Selain itu banyak ayat yang berkaitan Islam tidak menerima paksaan dalam memaksa manusia menganuti Islam sebagaimana dalam bab 1 yang lepas. Bahkan secara jelas Islam meraikan kebebasan beragama dan memberikan laluan kepada non-Muslim untuk mereka mengamakan ibadah dan upacara dalam agama mereka selama mana mereka tidak memerangi Islam dan mengkhianati perjanjian bersama-sama dengan Islam. Hukuman Disebabkan Meluputkan Kewajipan Maka apabila seseorang tadi menganuti agama Islam, maka dia telah melakukan perjanjian untuk menyerahkan diri kepada Allah untuk menerima suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Akur janji atas penyaksian yang diberikan menjadikan kewajipan dipundakkan ke atas umat Islam.Dan dalam prinsip syariat Islam, adanya hukuman hasil kelalaian meninggalkan kewajipan sehingga terluput. Maka hukuman
13
Said bin Ibrahim. 1998. Jenayah Murtad Menurut Perspektif Syarak Dan Perundangan Islam
168
yang dikenakan bukan suatu perkara yang datang secara asing dan tiba-tiba. Ia ekoran kewajipan yang sedia ada luput disebabkan kelalaian yang berlaku. Disebabkan itu, non-Muslim tidak dikenakan hukuman yang berbentuk syarak di dunia ini kerana tidak ada di atas mereka kewajipan disebabkan mereka tidak mempunyai akur janji atas penyaksian keislaman mereka. Maka jelas tidak wujud unsur paksaan ke atas non-Muslim.Bagi umat Islam pula, sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi hukuman tersebut merupakan satu perkara yang mendatang bersama-sama dengan kewajipan yang dipertanggungjawabkan atas penyaksian yang diberikan. Bahkan tiada paksaan untuk memberikan penyaksian keislaman tersebut melainkan kerelaan mereka. Justeru, tidak timbul juga paksaan disebabkan hukuman yang ada kerana bila mereka sudah rela memikul tanggungjawab bermaksud mereka juga rela menerima hukuman jika melakukan perkara yang boleh meluputkan kewajipan itu. Hukuman Hudud Merupakan Batasan Bagi Mencegah Mudarat Dalam konteks displin ilmu Maqasid Syariah, objektif sesuatu pensyariatan ini adalah untuk mendatangkan maslahat dan menolak kemudaratan. Ia dapat direalisasikan dengan 2 bentuk: 1. mewujudkan dan mendatangkan 2. menghilangkan dan menjaga Maka berdasarkan ini, hukuman hudud merupakan satu bentuk menghilankang mudarat yang mendatang dan menjaga maslahat yang sedia ada14. Hal ini bertepatan dengan seruan Allah yang menyuruh ke atas umat Islam menyuruh ke arah perkara makruf dan menegah kemungkaran. Firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah ada daripada kalangan kamu akan satu umah yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kea rah perkara makruf dan menegah kemungkaran. Dan merekalah golongan yang berjaya. (Surah Ali Imran: 105) Disebabkan antara hikmah hukuman bunuh ke atas golongan murtad ialah: 1. Menjaga maslahat ke atasumat Islam yang sedia ada iaitu menjaga akidah umat Islam yang lain agar tidak terpengaruh dengan jenayah murtad yang berlaku. 2. Menolak mudarat yang mendatang dari golongan murtad iaitu melemahkan kesatuan umat Islam dengan peluang mengambil kesempatan masuk agama Islam dengan tujuan mengkucar-kacirkan kesatuan umat Islam dengan penukaran agama yang akan dilakukan. Justeru, seruan dakwah merupakan mendatangkan maslahat dengan menambahkan bilangan umat Islam yang sedia ada. Dalam masa yang sama, hukuman hudud merupakan menolak mudarat yang mendatang dengan cara menjaga maslahat umat
14
Al-Jumali, Thoriq. Tatbiq Nusus al-Hudud Fi Dhaui Mutaghaiyirat al-„Asr
169
Islam yang sedia ada. Ini kesemua adalah merujuk kepada 5 perkara asas iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Hikmah Hukuman Bunuh Ke Atas Golongan Murtad Dr Yusuf al-Qaradhawi (1996) menyatakan 3 hikmah utama bagi hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas golongan murtad kerana jenayah murtad merupakan stau bentuk pencerobohan ke atas 3 perkara utama iaitu: 1. Menjaga perpaduan masyarakat Islam 2. Anutan akidah agama Islam 3. Ketaatan kepada pemimpin Islam Kesan pencerobohan ini akan menjadikan umat Islam berhadapan dengan serangan sama ada dalam bentuk zahir atau batin yang menggugat kesatuan, keselamatan dan kesucian agama Islam. Dr Abdullah Naseh Ulwan (2004) menyatakan bahawa antara hikmah tersebut ialah: 1. Supaya tidak memberikan kesan dan pengaruh kepada umat Islam yang lemah dari sudut material dan kepentingan dunia terutamanya untuk menganuti agama selain Islam disebabkan kepentingan peribadi berbentuk material. 2. Supaya tidak memberikan kesempatan peluang ke atas golongan munafikin untuk menganuti Islam kemudian keluar dari Islam sehingga berlaku fitnah dengan bermudah-mudah berlakunya kemurtadan. 3. Supaya tidak membuka ruang kepada golongan kafir untuk menambahkan kekuatan dengan murtadnya umat Islam dengan mudah untuk menyertai pihak mereka dalam mencari peluang yang sesuai memerangi umat Islam Kondisi Taubat Dalam Keadaan Terpaksa Untuk Terlepas Dari Hukuman Seseorang yang telah murtad kemudian bertaubat secara zahir untuk menyelematkan diri dari dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya maka taubatnya dikira sah kerana manusia berhukumkan dengan apa yang zahir15 memandangkan apa yang batin tidak diketahui dan diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Maka dia tidak dikenakan hukuman bunuh berdasarkan taubatnya yang zahir namun niat yang sebenar akan dikira oleh Allah. Ini berdasarkan kepada hadis yang Nabi Muhammad SAW menegur seorang sahabat yang membunuh pihak musuh walaupun di saat akhir musuh tersebut mengucapkan penyaksian. Walapun sahabat tersebut beranggapan pihak musuh tersebut hanya mengeluarkan penyaksian untuk menyelamatkan dirinya namun Baginda SAW tetap berhukumkan dengan apa yang zahir kerana di sebaliknya tidak diketahui dan itu diserahkan kepada Allah.Bahkan kondisi taubat sebegini yang hanya ada zahir sahaja namun hati mereka masih kufur termasuk dalam firman Allah yang bermaksud:
15
Al-Qaradhawi, Yusuf. Al-Riddah Wa „Uqubatuha. Kaherah : Maktabah Wahbah
170
Sesiapa yang murtad dari agamanya (Islam) kemudian dia mati dalam keadaan kafir. Mereka golongan yang terhapus amalan di dunia dan akhirat. Merekalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah: 217) Antara faedah kondisi taubat ini diterima secara zahir ialah: 1. Tidak melaksanakan hudud dalam keadaan syubhah. 2. Hukuman dari Allah tetap ada iaitu dengan matinya dalam keadaan kufur walau terepas hukuman hudud di dunia 3. Menepati kehendak hikmah hukuman bunuh iaitu tereihara kesatuan umat Islam dari pencerobohan golongan murtad walau secara zahir 4. Serta masih menutup ruang ke atas kekuatan pihak musuh dari penyertaan golongan murtad 5. Terus membuka ruang ke atasnya untuk bertaubat dengan sebenar-benarnya PENUTUP Hikmah hukuman bunuh ke atas golongan yang jelas kemurtadan mereka yang tidak mahu kembali bertaubat jelas merupakan satu bentuk penjagaan ke atas umat Islam dari terpengaruh dan membentuk kemudaratan dari segi bertambahnya bilangan pihak musuh Islam.Ia menjadi satu bentuk pencegahan awal dari sudut orang yang mahu memasuki Islam atas niat bermain-main atau menimbulkan fitnah dengan secara apabila merancang untuk murtad sewaktu memasuki Islam. Sebab itu, Islam membuka ruang bertaubat kepada mereka yang telah murtad. Selama tempoh diberikan maka menjadi kewajipan ke atas pemerintah untuk menghantar para pendakwah yang mampu merungkai persoalan yang melanda agar kefahaman menjadi murni dan hilang segala tanggapan negatif. Dalam konteks kemasyarakan pula, Islam melarang sama sekali umatnya melakukan paksaan apatah lagi memerangi nonMuslim atas sebab ketidak islaman mereka. Peperangan yang berlaku sebelum ini bukan kerana ketidak islaman mereka namun kerana wujudnya permusuhan yang dilakukan ke atas umat Islam. Sebab itu, hukuman bunuh ke atas murtad tidak boleh dianggap sebagai senjata paksaan namun ia adalah kawalan bagi menjaga akidah umat Islam agar tidak terpengaruh dengan pihak yang telah murtad. RUJUKAN BUKU/KITAB Al-Quran al-Karim Ali Jumuah. 2005. Al-Bayan Lima Yashghulu al-Adzhan. Al-Qahirah: Muqattam Li al-Naysr Wa al-Tauzik Al-Qardhawi, Yusuf Abdullah. 1996. Jarimah al-Riddah Wa ‘Uqubatuha. AlQahirah: Maktabah Wahbah Al-Qardhawi, Yusuf Abdullah. 2005 . Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama’ Islami. AlQahirah: Maktabah Wahbah
171
Al-Tamimi, Taisir Baiyudh. 2011. Al-Ta’adudiyyah al-Diniyyah Wa al-Madzhabiyyah Wa Qaumiyyah. Al-Qahirah: Dar al-Salam Al-Nabrawi, Khadijah. 2006. Mausu’ah Huquq al-Insan Fi al-Islam. Al-Qahirah: Dar al-Salam Ulwan, Abdullah Naseh. 2004. Hurriyyah al-I’tiqad Fi al-Shari’ah al-Islamiyyah. AlQahirah: Dar al-Salam Ulwan, Abdullah Naseh. 2011. Al-Islam Shariah al-Zaman Wa al-Makan. AlQahirah: Dar al-Salam Jabatan Agama Islam Selangor. Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998 Zaini Nasohah. Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia Sebelum Dan Menjelang Kemerdekaan Said Ibrahim. 1998. Jenayah Murtad Menurut Perspektif Syarak Dan Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Darul Ma‟rifah Al-Zuhaily, Wahbah. 1986. Usul al-Fiqh al-Islami, Dimashq: Dar al-Fikr Al-Luwaihiq, Abdul Rahman bin Mu‟alla. 2006. Mushkilah al-Ghuluw Fi al-Din Fi ‘Asr al-Hadhir, Beyrut: Muassasah al-Risalah Ziyad Muhamadan Hamidan. 2004. Maqasidal-Shariah al-Islamiah, Beirut: Muassasah al-Risalah KERTAS KERJA / JURNAL / TESIS Khadijah Mohd Khambali @ Hambali dan Mohd Herzali Mohd Haled. 2008. Toleransi Beragama Dan Amalannya Di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. (Jurnal Usuluddin, Bil 27 (2008) 81-92 ) Al-Jumali, Thoriq. Tatbiq Nusus al-Hudud Fi Dhaui Mutaghaiyirat al-„Asr. (Kertas kerja yang dibentang di Seminar Keilmuan: Memahami Nas-nas Menurut Ulama Kontemporari, di Kuliah Shariah, Universiti Jordan) Farahwahida Mohd Yusuf. Kaedah Penyelesaian Dalam Menangani Masalah Pertukaran Agama Dalam Kalangan Masyarakat Melayu-Islam Di Johor, Selangor Dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(Kertas Kerja Kajian Universiti Teknologi Malaysia) Muhamad Arifin bin Ismail, Panel Jawatankuasa Isu Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.Isu Kalimah Allah Dan Kaitannya Dengan Pluralisme. (Kertas kerja yang dibentang di dalam Program Pemantapan Fatwa 2/2010 di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Pusat Islam Kuala Lumpur). INTERNET / WEB islam.gov.my myais.fsktm.um.edu.my 172
e-fatwa.gov.my ukm.my/juum dar-alifta.org islamstory.com islamonline.net qaradawi.net.
173