DASAR PENGURUSAN KURIKULUM 1. Ahli Jawatankuasa
Jawatankuasa Kurikulum diketuai oleh Guru Besar Penolong Kanan 1 (Kurikulum), Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum menjadi Urusetia Ketua-ketua panitia, guru cemerlang serta guru SPBT, GPM dan Setiausaha peperiksaan adalah ahli tetap Ahli Jawatankuasa Kurikulum akan terdiri daripada semua Ketua Panitia bagi setiap mata pelajaran dari TahunSatu hingga Tahun Enam
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum akan diadakan 4 kali setahun Tarikh mesyuarat akan ditetapkan dalam takwim sekolah Minit mesyuarat akan diedarkan 5 hari selepas mesyuarat diadakan
3. Penilaian dan Peperiksaan
Untuk Tahun Satu hingga Enam, peperiksaan semester secara wajib diadakan sekurangkurangnya 4 kali setahun. Pakej ini akan terdiri daripada 2 Ujian Pertengahan Semester, 2 Ujian Akhir Semester. PBS dilaksanakan sepanjang tahun. Markah PBS dimasukkan ke dalam Sistem PBS secara „offline‟ dua kali setahun. Tarikh Ujian Pertengahan Semester dan Akhir Semester akan ditetapkan dalam takwim sekolah Tarikh ujian topikal ditetapkan oleh guru mata pelajaran Instrumen penilaian / kertas ujian serta skema pemarkahan akan diselaraskan dan penyediaannya akan mengikut giliran yang ditetapkan dalam mesyuarat panitia Rekod keputusan setiap ujian topikal akan disimpan oleh guru mata pelajaran masingmasing Rekod keputusan Ujian Pertengahan Semester serta Akhir Semester akan diserahkan kepada Guru Besar melalui guru kelas Rekod keputusan harus dilengkapkan dengan analisis trend turun atau naik individu, kelemahan kelas (sama ada kelemahan dalam penguasaan asas atau pengetahuan) dan cadangan untuk mengambil tindakan susulan iaitu proses penambahbaikan. Kedudukan pelajar dalam Ujian Pertengahan Semester atau Akhir Semester dari Tahun Satu hingga Enam akan ditentukan oleh kelulusan dalam semua mata pelajaran dan markah purata bagi semua mata pelajaran
4. Instrumen Penilaian (Kertas Ujian)
Soalan-soalan sedia ada dalam buku rujukan / kerja tidak boleh diambil secara en total tanpa pindaan Segala ujian yang dirancang mesti dalam bentuk penilaian. Konsep penilaian membawa implikasi tindakan susulan secara pembetulan dan pembaikan akan dilaksanakan. Guru yang menyediakan kertas soalan khususnya untuk setiap mata pelajaran dikehendaki memastikan masa sekurang-kurangnya tiga hari diberi kepada pencetak kemudian mesti memastikan kertas soalan mencukupi, distaple dan disimpan dalam keadaan selamat
5. JPU/JSU
Jadual Penentuan (spesifikasi) ujian mesti disediakan oleh semua guru bagi setiap mata pelajaran mengikut kelas Soalan yang terdapat dalam Bank Soalan mesti diklasifikasikan mengikut tahap kesukaran, umpamanya Taksonomi Bloom Analisis prestasi pelajar mesti dilakukan selepas setiap ujian
6. Kerja Bertulis / Kerja Rumah
Latihan bertulis serta latih tubi secara lisan mesti diberi sebagai pengukuhan dan pengayaan dalam setiap pelajaran Untuk memenuhi keperluan individu jumlah kerja bertulis mesti melebihi tahap minimum, pelajar yang rajin serta lebih cerdas digalakkan membuat lebih daripada tahap minimum itu Semua kerja bertulis harus disemak secara teliti, konstruktif dan pembetulan harus dibuat oleh pelajar berkenaan Kerja bertulis bagi setiap mata pelajaran dalam setiap kelas akan dipantau sekali sebulan oleh Guru Besar / Penolong Kanan / Ketua Panitia Kerja bertulis yang dibuat dalam helaian atau lembaran harus disemak dan dikembalikan kepada pelajar
7. Urusan Panitia
Fokus ditumpukan kepada masalah-masalah proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran asas dan pengetahuan. Kelemahan-kelemahan umum akan dikenal pasti serta disenaraikan. Pelan Tindakan yang disatukan (consolidated Action Plan) akan disediakan. Di peringkat Panitia Pelan Tindakan akan mengandungi aktiviti-aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan serta pengalaman guru. Segala aktiviti yang dijalankan harus berkesan serta membawa impak dari segi peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran. Instrument penilaian / kertas ujian harus diselaraskan dan penyediaannya harus mengikut giliran. Fail-fail yang diwujudkan seperti pada masa kini perlu disenggarakan. Fail-fail harus mempunyai rujukan yang selaras dengan sistem fail sekolah. Panitia akan berjumpa sekurang-kurangnya 4 kali setahun:a. Mesyuarat awal tahun akan menyediakan rancangan aktiviti tahunan serta pelan tindakan di samping menetapkan sasaran kerja tahunan. Keputusan UPSR akan dibincangkan bersama. b. Mesyuarat pertengahan tahun akan membuat analisis terhadap kemajuan pelajar serta menambahbaikkan segala aktiviti / program yang masih kurang membawa impak yang diharapkan. Keputusan UPSR akan dibincangkan secara mendalam. c. Mesyuarat ketiga akan mengkaji semula aktiviti / program dalam pelan tindakan serta menilai sejauh mana ia telah membolehkan pelajar mencapai sasaran yang telah ditetapkan pada awal tahun (Gap Analysis / Analisis Lompang). d. Mesyuarat keempat pada penghujung tahun akan diadakan untuk menyediakan laporan tahunan di samping itu membuat rancangan untuk tahun akan datang khususnya dari segi:
Pemilihan buku kerja; Penentuan buku / bahan rujukan; Merancang aktiviti serta anggaran untuk tahun akan datang; Kecukupan tenaga pengajar dan Rekod persediaan mengajar.
Aktiviti/ program yang dicadangkan ialah:Sesi pengayaan / pemulihan bagi kumpulan sasaran Latihan latih tubi bertulis - proses pengukuhan Ulangkaji Format kertas ujian yang strategik Penilaian secara berkesan Tugas-tugas ikhtisas Panitia akan dibahagikan kepada ahli-ahlinya mengikut pengalaman serta kebolehan. 8. Program Ulangkaji Guru mata pelajaran Tahun Enam dikehendaki menghabiskan sukatan pelajaran (rancangan mengajar) lebih awal untuk persediaan UPSR. Ulangkaji „overlapping‟ bagi sukatan pelajaran tahun / tahun-tahun lepas mesti dijalankan secara terancang, beransur maju serta berterusan dari bulan Januari hingga Ujian Percubaan kali ke-2. Guru mata pelajaran akan mengenal pasti topik untuk dinilai dan menetapkan tarikh untuk mengadakan ujian. Mengikut konsep “Mastery Learning” sekiranya prestasi pelajar tidak mencapai tahap kelulusan yang ditetapkan oleh guru, topik-topik berkenaan harus diajar semula. Kemudian penilaian akan diadakan semula bagi topik-topik yang sama. Usaha ini akan diulang sehingga pelajar-pelajar menunjukkan prestasi yang boleh diterima. Program kelas tambahan yang berjadual mesti disediakan. Pelaksanaan program ini akan dipantau oleh Guru Besar dan Penolong Kanan (Pentadbiran). 9. Pencerapan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Setiap orang guru mesti dicerap sekurang-kurangnya dua kali dalam satu tahun akademik oleh Guru Besar / Penolong Kanan / Ketua Panitia. Borang pencerapan yang lengkap diisi mesti diserahkan kepada PK(Pentadbiran) Semua guru digalakkan membuat cadangan untuk sesi perkembangan staf. Mengamalkan developmental supervision.
10. Perkembangan Staf & Latihan Dalaman (In-House Training)
Setiap panitia akan mengemukakan cadangan perkembangan staf sekiranya perlu. Seseorang pakar sama ada dalam kalangan staf atau dari luar boleh dijemput untuk menjalankan sesi perkembangan staf. Latihan dalaman perlu diadakan sebaik sahaja seorang ahli panitia telah menghadiri kursus atau taklimat yang berkaitan dengan mata pelajaran atau profesionnya.
11. Pusat Sumber
Pusat Sumber Sekolah terdiri daripada Perpustakaan, Bilik APD dan Bilik Mesyuarat. Bilik Sumber akan digunakan untuk menyimpan serta mengesan penggunaan alat / bahan Bantu mengajar, dokumen-dokumen asas PdP seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, Warta Kerajaan, modul-modul serta bukubuku rujukan. Bahan-bahan ikhtisas asal yang diterima oleh setiap Ketua Unit (kurikulum), kokurikulum, panitia, pejabat am dan lain) akan disimpan dalam Bilik Sumber. Salinan fotostat boleh dibuat untuk diedarkan / digunakan. Guru-guru digalakkan menggunakan Bilik Sumber. Bilik Mesyuarat akan digunakan untuk kursus, ceramah, mesyuarat staf serta aktivitiaktiviti yang dibenarkan oleh pejabat.
12. Penetapan Sasaran & Tindakan Susulan
Sebelum setiap penilaian/ ujian/ peperiksaan, guru mata pelajaran dikehendaki menetapkan sasaran bagi setiap orang pelajar. Tujuannya ialah untuk menggalak pelajar berusaha dengan bersungguh-sungguh agar potensinya dapat direalisasikan. Sasaran dalam bentuk gred atau markah mestilah munasabah supaya ia tidak akan jadi tekanan oleh setiap guru dan pelajar. Guru mata pelajaran akan menentukan sasaran yang harus dicapai oleh setiap orang pelajar bagi setiap mata pelajaran. Tindakan susulan harus diambil oleh Guru Kelas selepas setiap penilaian / ujian / peperiksaan secara konstruktif terhadap pelajar yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan oleh guru. Pelajar yang tidak memperlihatkan perubahan sama ada dari segi sikap, prestasi atau minat mesti dirujuk kepada Guru Besar dan Guru B&K. Tindakan-tindakan yang dicadangkan adalah seperti berikut:a) Membuat semula penilaian yang serupa; b) Ditahan selepas waktu terakhir untuk membuat pembetulan; c) Ibu bapa / penjaga dipanggil untuk berbincang dan; d) Tindakan-tindakan lain yang konstruktif.
13. Prestasi dan sasaran dalam UPSR Ketua Bidang dan Ketua Panitia mata pelajaran mestilah membuat analisis tentang prestasi pencapaian peperiksaan awam dan seterusnya menjadikan suatu perkara perbincangan dalam mesyuarat:; mengkaji kekuatan, kelemahan dan merancang strategi peningkatan keputusan peperiksaan di setiap peringkat.
14. Linus Ketua Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahun Satu hingga Tahun Tiga mestilah membuat analisis tentang keputusan ujian saringan 1 dan seterusnya menjadikan suatu perkara perbincangan dalam mesyuarat; mengkaji kekuatan, kelemahan dan merancang strategi peningkatan keputusan ujian saringan 2.
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahun Satu hingga Tahun Tiga dan Guru Pemulihan a) pelbagaikan kaedah untuk menarik minat murid untuk belajar. Contohnya, permainan. b) memikirkan cara untuk meningkatkan keyakinan murid. c) cuba memahami latar belakang, perasaan murid untuk mengetahui pemikiran murid. d) mengadakan kelas tambahan selepas waktu sekolah e) membuat lembaran kerja berdasarkan konstruk yang belum dikuasai untuk latihtubi murid
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahun Satu hingga Tahun Tiga perlu menyediakan 2 buah fail a) Fail data murid
Surat/Rekod Pemeriksaan Doktor (jika ada) Data Maklumat Murid Linus Keputusan Saringan Murid Analisis Saringan Hal-hal lain
b) Fail konsep Manual pentadbiran linus Instrumen saringan 15. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) PENTAKSIRAN SEKOLAH ( PS )
Guru mata pelajaran : mestilah memantau, menilai dan melapor perkembangan pembelajaran setiap murid. Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid dalam pembelajaran untuk tindakan susulan yang berkesan mendapatkan profil kelas atau gambaran tentang perkembangan pembelajaran murid untuk guru merancang pengajaran yang lebih berkesan memberikan maklumat yang segera tentang perkembangan pembelajaran murid kepada guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa dan mana-mana pihak berkepentingan sebagai asas perbincangan untuk tindakan meningkatkan prestasi murid. memberi maklum balas tentang keberkesanan suatu intervensi pengajaran yang dilaksanakan.
merancang dan menetapkan sasaran pencapaian murid pada awal tahun secara individu dan kolaboratif
Guru mata pelajaran perlu merekod pencapaian murid dalam Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid secara „offline‟ atau manual mengikut kesesuaian masa. Guru mata pelajaran merekod menggunakan sistem stand alone atau secara manual menggunakan cetakan daripada sistem dan mengisi dalam buku rekod pengajaran harian
16. ProtTiM Ketua Panitia Bahasa Malaysia dan Matematik serta guru ProTiM mestilah membuat analisis tentang prestasi pencapaian ujian PraProTiM dan seterusnya menjadikan suatu perkara perbincangan dalam mesyuarat; mengkaji kekuatan, kelemahan, mengadakan kelas ProTiM dan merancang strategi peningkatan ujian PascaProTiM. Guru ProTiM
a) Merancang dan melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun 4 hingga Tahun 6 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. b) Menyediakan rancangan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia dam Matematik. c) Menjadikan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia dan Matematik murid Tahun 4 hingga Tahun 6 sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru. d) Memastikan dan merekodkan kehadiran murid ke Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia dan Matematik sepenuhnya. e) Memastikan data murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun 4 hingga Tahun 6 dihantar kepada Guru Besar pada waktu yang ditetapkan. f) Melaporkan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada Guru Besar secara berterusan. g) Menyediakan pelan alternatif untuk murid yang tidak mencapai sasaran. h) Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru Pemulihan a) Menjadi ahli jawatankuasa b) Menjalankan PdP di luar waktu PdP c) Memberi khidmat bimbingan kepada guru ProTiM d) Menyediakan rancangan pengajaran