Camping Learning Islam Ukhuwwah Journey Ikatan Persaudaraan Islam Jepun
②
Hari Pertama(Ahad 8 Ogos 2004) 1400 - 1600 Pendaftaran Peserta , Persiapan tempat perkhemahan dan solat Asar 1600 - 1700 Sesi Taaruf dan Pembahagian Kumpulan 1700 - 1800 LDK 1 1800 - 1900
Minum Petang dan Persiapan Diri
1900 - 2000
Solat Maghrib Kuliah Maghrib - Hadis 5 :Menghapuskan Kemungkaran dan Bidaah
2000 - 2030 Makan Malam 2100 - 2300 Majlis Perasmian – "Mukmin Seimbang Aset Utama Kebangkitan Islam" Bacaan Al-Quran dan Ucapan Perasmian 2315 - 0015 Malam Burung Hantu 0015 - 0030 Minum Malam 0030 -
Tidur
Hari Kedua(Isnin 9 Ogos 2004) 0330 - 0400
Solat Subuh,Bacaan ma`thurat
0400 - 0500
Kuliah Subuh - Saya Mestilah Muslim di Sudut Ibadah dan Akhlaq
0500 - 0730
Istirehat
0730 - 0830
Sarapan, Persiapan Diri dan Solat Dhuha
0850 - 1020
Pengisian 1 : Sirah : Perjanjian Aqabah & Hijrah
1020 - 1030
Rehat
1030 - 1200
LDK 2
1200 - 1400
Rehat, solat, makan tengahari
1400 - 1530 1530 - 1600
Pengisian 2 : Taubat Solat Asar, Rehat
1600 - 1800
Riadhah (Muslimin: Treasure Hunt, Muslimat: Sukaneka)
1800 - 1900
Minum Petang dan Persiapan Diri
1900 - 1930
Solat Maghrib
1930 - 2100
Kuliah Maghrib - Tafsir : Surah Al-Ikhlas, 112 : 4 ayat Surah An-Nas, 114 : 6 ayat
2110 - 2300
Makan Malam : BBQ
2300 - 2400
LDK 3 (Muslimat : Slot Muslimat)
2400 -
Tidur
②
③
Hari Ketiga(Selasa 10 Ogos 2004) 0330 - 0400 Solat Subuh dan Bacaan Ma`thurat 0400 - 0500 Kuliah Subuh - Sirah : Perang Badar 0500 - 0730
Istirehat
0730 - 0830 Sarapan , Persiapan diri dan Solat Dhuha 0850 - 1020 Pengisian 3 : Peranan wanita Islam dalam masyarakat masa kini 1020 - 1030
Rehat
1030 - 1200
Pengisian 4 : Forum - Fitnah Terhadap Umat Islam di Akhir Zaman
1200 - 1400
Solat Zuhur, Makan Tengahari dan Rehat.
1400 - 1530
Pengisian 5 : Perkara2 Yang Membatalkan Iman : Kufur, Syirik, Riddah & Nifaq
1530 - 1600 LDK 4 1600 - 1615 Solat Asar dan Rehat 1615 - 1800 Riadhah 1800 - 1830 Persiapan Diri 1830 - 1900 Solat Maghrib 1900 - 1945 Makan Malam 2000 - 2200 Unggun Api dan Malam Kebudayaan Islam 2200 - 2220 Minum Malam 2220 -
Tidur
Hari Keempat(Rabu 11 Ogos 2004) 0200 - 0215 Qiamullail : Solat Sunat Tahajud 0215 - 0315 Muhasabah Diri 0315 - 0336 Qiamullail : Solat Sunat Taubat dan Witir 0340 - 0400 Solat Subuh (Qunut Nazilah) 0400 - 0430
Kuliah Subuh - Sirah : Perang Uhud
0430 - 0630 Istirehat dan Persiapan Diri 0630 - 0700 Sarapan 0700 - 0800 Muhasabah Program 0800 - 0900 Majlis Penutup 0930 - 1100 Kemas Tapak Perkhemahan 1100 -
Bersurai
③
④
Assalamualaikum wbt. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengasih. Dia yang mengutuskan Rasul-Nya SAW dengan petunjuk dan kebenaran utk memenangkan Islam ke atas agama-agama yang lain, sekalipun dibenci oleh orang-orang musyrikin. Selawat dan salam ke atas kekasih-Nya, junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dan para sahabat radhiAllahu-anhum yang bersama-sama baginda berjuang menegakkan Islam sehingga sinarnya sampai kepada kita di hari ini. Dan seterusnya kepada para tabi’in, tabi’ tabiin, ulama’-ulama’ dan mereka yang ikhlas berjuang atas landasan menegakkan kebenaran Islam di atas muka bumi ini, sehingga ke hari ini. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan hidayah-Nya kepada kita, dapat sama-sama kita berkumpul di bumi Shirakawa ini, hanya dengan tujuan yang satu, iaitu mencari redho Allah, dengan cara berkumpul merapatkan ukhwah, dan menimba ilmu-ilmu Islam. Semoga perhimpunan kita pada kali ini, mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt. Pada Summer Camp 2004 Anjuran IPIJ ini, kita bukan sahaja dapat menimba ilmu daripada ustaz-ustaz, malah kita juga akan dapat menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah, di samping beriadhah, sesuai dengan tema program kita pada kali ini, iaitu Mukmin Seimbang Aset Utama Kebangkitan Islam. Semoga kita semua dapat mencapai matlamat utama program, iaitu utk mewujudkan satu generasi mukmin yang bukan sahaja terjamin dari aspek ukhrawinya malah dari aspek duniawinya juga. Dengan generasi yang bakal wujud inilah, kita akan dapat melihat masa depan Islam akan kembali cerah dan gemilang, dan kebangkitan Islam akan dapat dijana, sehingga memastikan Islam berjaya mengatasi agama-agama, fahaman-fahaman dan cara hidup lain di muka bumi ini. Saat itu akan tiba sekiranya kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu ukhrawi dan duniawi dan dalam masa yang sama sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah Rabbul Izzati. Inilah dia keseimbangan yang dimaksudkan dan diharapkan
④
⑤
tertanam pada diri umat Islam amnya dan pemuda-pemudi Islam khususnya. Akhir kata dari saya, marilah kita bersama-sama membulatkan niat dan azam kita hadir ke program kali ini, semata-mata untuk menambah ilmu dan mencari keredhaan Allah. Semoga kecintaan kita kepada Allah akan bertambah selepas program dan semoga ukhwah yang dibina akan kekal berterusan. Selamat berprogram kepada semua. Wassalam.
⑤
⑥
Wirid Selepas Solat
⑥
⑦
Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah : 255)
Doa Nabi Nuh Ketika Di Dalam Perut Ikan (Surah Al-Anbiya’:87)
Doa Qunut Nazilah
⑦
⑧
⑧
⑨
Syair Taubat
Banyak berlaku perselisihan, perpecahan dan buruk sangka kerana seseorang itu memandang kepada sesuatu perkara sebagai bidaah yang diharamkan, sedangkan orang lain pula memandang perkara itu tidak mengapa. Ini terjadi kerana berbezanya penafsiran Bidaah itu di kalangan orang ramai? Dari segi bahasa, bid'ah ini membawa erti INOVASI atau RekaCipta. Manakala antara pengertian yang diberikan oleh Ulama ialah:
⑨
⑩
BIDAAH : DEFINASINYA MENURUT IMAM ASY-SYATIBI (RH) : ( I ) Takrif Yang Tidak Mengkategorikan Adat itu termasuk di dalam maksud Bidaah , tetapi hanya mengkhususkan Ibadat sahaja :
ﻃﺮﻳﻘﺔ ﻓﻲ اﻟﺪﻳﻦ ﻣﺨﺘﺮﻋﺔ ﺗﻀﺎهﻲ اﻟﺸﺮﻋﻴﺔ ﻳﻘﺼﺪ ﺑﺎﻟﺴﻠﻮك ﻋﻠﻴﻬﺎ اﻟﻤﺒﺎﻟﻐﺔ ﻓﻲ اﻟﺘﻌﺒﺪ ﻟﻠﻪ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ Ertinya : Bid’ah itu adalah satu jalan atau cara yang diada-adakan di dalam agama yang menyerupai hukum syariat, tujuan dikerjakannya ialah untuk berlebih-lebihan di dalam mengabdikan diri ( ibadat ) kepada Allah Yang Maha Sucilah Dia . ( II ) Takrif yang turut mengkategorikan Bidaah itu termasuk juga di dalam perkara-perkara adat , bukan semata-mata di dalam ibadah semata-mata : Terdapat nas-nas tentang perkara ini. Telah pun diriwayatkan daripada Rasulullah saw " Setiap perkara baharu dalah bida'ah, dan setiap bida'ah adalah sesat" (Hadith riwayat Ibn Majah). Sepertimana juga yang disebut dalam hadith lain yg maksudnya " Sesiapa yang mengadakan perkara baru dalam urusan Agama ini sedang ia bukanllah dari agama, maka ia adalah ditolak " (Hadith riwayat Muslim). Segolongan kaum muslimin cenderung bersandarkan hadith ini dan selainnya untuk melebarkan lagi makna bida'ah. Bagi mereka hampir-hampir kesemua perkara baru, yang meliputi semua urusan dunia dan akhirat adalah bida'ah. Meskipun ada sebahagian besar dari kalangan mereka yang membataskannya pada urusan Agama. Sebenarnya jika lihat skop BID'AH yang lebih luas, daripada kita tumpukan perhatian melakukan inovasi keatas ibadat yang sedia ada, elok lagi kita tumpukan kepada bid'ah-bid'ah yang menguntungkan masyarakat. Bid'ah atau Inovasi ini perlu bagi mempertingkat masyarakat Islam. Research and development keatas hal-hal dunia amat diperlukan
bagi
mempertahankan
maruah
dan
kemuliaan
Islam.
Islam
cuma
mengharamkan BID'AH didalam ibadat! Hal-Hal dunia, digalakkan melakukan bid'ah atau inovasi. Didalam hal ibadat, kreativiti tidak diperlukan! Kenapa? Kerana ibadat itu sudah cukup dan sempurna apabila Nabi saw meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu. Mungkin ada yang bertanya, seperti yang saudara keutarakan, NABI TAK LARANG PUN. Islam membezakan antara perkara ibadat dan bukan ibadat. Kita ulangi kembali kedua-kedua perbezaan prinsip ini:-
⑩
⑪
(1) Ibadat khusus
اﻷﺹﻞ ﻓﻲ اﻟﻌﺒﺎدات اﻟﺘﻮﻗﻒ "Asal sesuatu ibadat itu diberhentikan". Maknanya, setiap perkara yang dilakukan didalam ibadat mesti ada dalil! Jika tidak ada dalil, hukumnya adalah terhenti yakni dilarang. Adalah menjadi sunnah untuk kita meninggalkan apa yang Nabi saw tidak buat didalam soal-soal ibadat. Contoh yg sdr bawa seperti azan untuk solat eid, Nabi saw tidak melakukan, maka adalah menjadi sunnah untuk kita tidak melakukannya, dengan alasan setiap ibadat mesti ada dalil, kalau tidak ia terhenti disitu! Segala ibadat yang telah dilakukan oleh Nabi saw, adalah menjadi sunnah untuk mengekalnya sebagaimana sedia adanya. Ibadat mesti bersifat original atau authentik. Ia tidak boleh ditokok tambahkan. Ibnu Mas'ud berkata :-
ﻓﻘﺪ آﻔﻴﺘﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﺑﺎﻷﻣﺮ اﻟﻌﺘﻴﻖ،اﺗﺒﻌﻮا وﻻ ﺗﺒﺪﻋﻮا "Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)" (2) Bukan ibadat khusus
اﻷﺹﻞ ﻓﻲ اﻷﺵﻴﺎء اﻹﺑﺎﺡﺔ "Asal sesuatu perkara itu harus (dibenarkan)" Maknanya, setiap perkara yang bukan ibadat khusus adalah HARUS hukumnya kecuali terdapat nas yang melarangnya. Sebagai contoh, Minum air sirap, Milo, nescafe dibenarkan tanpa dalil dari Al-Quran atau pun hadith, kecuali ada pengharaman, seperti ARAK. Dapatlah kita simpulkan bahawa tidak ada bid'ah hasanah didalam soal-soal ibadat kerana persoalan ibadat ini telah pun dilengkapkan oleh Nabi saw, Wujud bid'ah didalam soal-soal keduniaan, kerana urusan dunia ini tidak terhenti sehinggalah ke hari kiamat. Islam menggalakkan R&D, Inovasi (bid'ah) didalam hal-hal keduniaan. Tidak perlu lagi kita menilai semula atau melakukan sesuatu yang baru didalam soal-soal ibadat! BerBid'ahlah didalam soal-soal keduniaan, agar kita dapat melahirkan banyak saintis-saintis dan membawa kembali zaman kegemilangan Islam yang silam diabad ini. wallahu'alam.
⑪
⑫
Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Begitu juga dengan ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian 'ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi 'ibadah dan taat kepada Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Allah: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58) Firman Allah seterusnya: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An'am 6: Ayat 162) 1- Saya mestilah memastikan 'ibadah saya mempunyai hubungan dengan Tuhan yang disembah. Inilah apa yang dikatakan martabat "keihsanan dalam 'ibadah". Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditanya (oleh malaikat Jibril) tentang martabat "ihsan" ini, lalu baginda menjawab:
⑫
⑬
"Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau (Hadis Muttafaqun 'Alaih). 2- Saya mestilah melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga saya dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatan kepada saya untuk berterusan mengerjakannya. 'Aisyah r.a mengatakan: "Adalah Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara dengannya tetapi bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak mengenali kami dan kami pula tidak mengenalinya." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Azdi) 3- Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya. Beribadat dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya: "Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya." 4- Saya mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak merasa cukup dan tidak kenyang. Saya perlu menghampirkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunat sebagai menyahut seruan Allah, di dalam sebuah hadis qudsi: "Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia membenci maut sedang Aku tidak menyakitinya." (Hadis oleh Al-Bukhari)
⑬
⑭
5- Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Ini adalah kerana qiamullail itu adalah sumber kekuatan yang memantapkan iman. Sungguh benar firman Allah: Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6) Allah s.w.t juga menerangkan sifat hamba-hambanya yang mukmin: Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. 18- Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (Surah Al-Zariat 51: Ayat 17-18) 6- Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha kerana Allah berfirman: Saya mesti membacanya dengan penuh tadabbur, berfikir, merenunginya dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah s.a.w: "Sesunguhnya Al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut" (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Abu Nu'aim). "Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk kamu di bumi dan perbendaharaan untuk di langit." (Riwayat Ibnu Hibban) 7- Saya mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah. Untuk itu saya mestilah memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya benar firman Allah bila Ia mengatakan: "Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".
⑭
⑮
PENGENALAN -
Madinah terletak di utara Makkah dan merupakan kota yang paling penting bagi pedagang Arab sebelum kemunculan Islam.
-
Kedudukanya yang strategik iaitu di tengah-tengah perjalanan di antara Makkah dan Syam.
-
Terdapat tiga golongan utama iaitu Nasrani, Yahudi, dan Arab.
-
Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Qunaiqa’ dan Bani Nadhir.
-
Golongan Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.
-
Suasana di Madinah tidak aman kerana pergeseran yang berlaku di kalangan suku Arab dan penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi.
Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua. -
Semasa dakwah Islamiah disebarkan oleh Nabi Muhammad SAW di kota Makkah, baginda telah dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah yang terdiri daripada suku Khazraj.
-
Mereka menemui baginda di Aqabah dan kemudian memeluk Islam. Sekembalinya mereka ke Madinah , mereka telah menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Madinah.
-
Pada musim haji berikutnya sekumpulan lagi datang ke Makkah iaitu terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Pertemuan itu telah menjalinkan satu perjanjian iaitu Perjanjian Aqabah Pertama.
PERJANJIAN AQABAH PERTAMA -
Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah SWT dan rasul.
-
Suku-suku ini hendaklah membantu perjuangan nabi Muhammad SAW
-
Masyarakat Madinah hendaklah meninggalkan amalan jahiliah.
-
Selepas perjanjian itu, baginda menghantar Mus’ab bin Umair ke Makkah untuk menyebarkan Islam.
-
Pada tahun 622M, satu perjanjian lagi dibuat antara Nabi Muhammad SAW dengan suku Aus dan Khazraj dan perjanjian itu dikenali dengan Perjanjian Aqabah Kedua.
⑮
⑯
PERJANJIAN
AQABAH KEDUA
-
Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
-
Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad
-
Menjemput baginda dan orang Islam berhijrah ke Madinah
-
Mereka dengan sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan keselamatan
untuk
baginda
dan
orang
Islam
Makkah
serta
menjanjikan kesediaan
mempertahnkan Islam. Hijrah -
Hijrah bermaksud berpindah
-
Hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah dalam usah untuk memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan agama Islam.
-
Hijrah juga beerti perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan kemungkaran.
-
Orang Barat berpendapat hijrah sebagai satu yang negatif iaitu diibaratkan seperti pelarian . Islam mengandungi hujah yang yang sangat kuat untuk menentrang pendapat itu dan antara hujahnya ialah
-
Penghijraha orang Islam ini adalah jemputan daripada orang Arab Madinah seperti dalam Perjanjian AqabahKedua. Ketibaan orang Islam ke Madinah disambut dengan rela hati dan sambutan yang sangat meriah oleh orang Madinah
Ketinggian dan kemuliaan seseorang manusia menurut Islam bukan diukur berdasarkan kekayaan, pangkat atau keturunan yang dimilikinya. Akan tetapi ia dilihat dari sudut ketakwaannya kepada Allah disamping melihat kepada kesucian hatinya yang bebas daripada segala sifat mazmumah. Seseorang yang tipis dan tidak kuat imannya akan mudah dihinggapi penyakit hati,
⑯
⑰
kerana penyakit ini muncul dari dorongan hawa nafsu yang kuat dan iman kita yang lemah inilah memudahkan syaitan mendorong kita melakukan sifat2 mazmumah ini..Di antara contoh-contoh sifat mazmumah ialah riya`, takabbur, marah dan dendam. SIFAT RIYA` Riya’ adalah sifat yang juga sangat merbahaya kerana boleh menghapuskan segala kebajikan atau amal soleh yang telah dikerjakan oleh seseorang sehingga tidak bernilai disisi Allah. Orang yang riya’ membuat ibadah atau apa sahaja amalan bukan untuk mengharapkan keredhaan Allah bahkan kerana mengharapkan pujian dan penilaian dari manusia. Firman Allah ta’ala : Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang
lalai dari solatnya, orang-orang yang berkeadaan riya’ Dalam mengerjakan apa jua bentuk amal soleh atau beribadat kepada Allah subhanahua ta’ala jika didasarkan kepada riya’ maka akan sia-sialah ibadat itu. Sesungguhnya Allah subhanahua ta’ala memerintahkan hambanya agar beribadat dengan penuh ikhlas. Firman Allah subhanahua ta’ala :-
“Pada hal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya (ikhlas) dalam menjalankan agama dengan lurus dan supaya mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus “ Maka jelaslah, amalan yang didasarkan kepada riya’ itu tadi tidak akan mendapat pahala. Apa yang nyata ‘ riya’ tidak akan meninggalkan kesan positif kepada pelakunya. Orang riya’ yang tidak ikhlas biasanya amalannya atau budinya tidak kemana. Apabila tiada manusia yang memuji atau tidak mendapat pujian, orang yang riya’ itu akan berhenti dari beramal. SIFAT TAKABBUR Takbur dan sombong adalah sifat yang sangat tercela dan dibenci oleh Allah s. Ulama’ tasawuf menggolongkan sifat ini sebagai syirik kecil. Ini adalah kerana orang takbur itu merasa dirinya terlalu tinggi atau lebih hebat dari orang lain. Seseorang yang memiliki sifat takbur dan sombong akan membuat dirinya terlupa sebagai makhluk Allah yang serba lemah lagi banyak kekurangan. Perlu kita memahami, kalau sekiranya kita mempunyai ada kelebihan zahiriah pun, ia adalah diberikan oleh Allah dan hanya untuk kehidupan yang sementara sahaja di atas muka bumi ini. Pada asalnya sifat sombong adalah sifat iblis yang dahulu tidak mahu sujud kepada nabi Adam di dalam syurga. Hal ini lantaran iblis beranggapan dirinya memiliki sifat kemuliaan
⑰
⑱
iaitu iblis dijadikan dari api manakala Adam dari tanah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud : ‘ …
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu bahaya kebinasaan dengan sikap bakhil, dan baikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya’ SIFAT MARAH Tidak disangsikan bahwa manusia sesuai dengan fitrahnya memiliki sifat marah, dan kita tidak disuruh untuk memusnahkan karunia Allah itu. Karena, ketika hak-hak telah diperkosa, kemanusiaan dilecehkan, atau agama kita dihina, kita diperintahkan untuk marah. Sebab, membiarkan kesewenang-wenangan macam itu berarti tanda kelemahan jiwa, dan itu tidak dibenarkan oleh Islam. Firman Allah SWT: Orang-orang beriman itu keras terhadap orang kafir dan berkasih
sayang di antara mereka (QS: 48: 29) Muhammad Husein Haekal dalam bukunya tentang Nabi Muhammad menulis bahwa, ''Rasulullah berperangai halus tanpa kelemahan dan kekerasan. Beliau tidak pernah marah karena tersinggung. Beliau marah karena soal-soal hak dan keagamaan. Dan, bila sudah demikian tidak akan ada yang kuasa untuk menghadapi amarah beliau itu.'' Yang diperintahkan oleh agama kepada kita adalah untuk mengendalikan kemarahan itu, apalagi dalam masalah-masalah yang tidak prinsip, misalnya berbeda partai, berbeda pendirian atau pendapat. ''... (Allah mencintai) orang-orng yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan)
orang lain...''(QS Ali Imran: 134). Ayat ini mengingatkan kita tentang kesan negatif dari kemarahan.. Jika kita tidak dpt mengawal sifat ini munkgin akan timbul pual sifat2 mazmumah yang lain contohnya dendam dan sbgnya. Allah sungguh mencintai orang-orang yang dapat menahan marahnya dan bersabar jika mereka marah, sebagaimana conoth paling dekat iaitu Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda. SIFAT DENDAM Hadis yang diriwayatkan Abdu Daud, Tarmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi,
⑱
⑲
"Barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia salah, maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar surga. Dan barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia benar, maka akan dibangun untuknya rumah di lantai tengah surga. Sedang barangsiapa yang membaguskan akhlaknya, akan dibangun baginya rumah di tingkat paling atas surga." Pendendam adalah suatu sifat yang paling tidak digalakkan dalam Islam. Jika kita merenung hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa sifat dendam itu adalah sifat yang tidak elok dan patut kita jauhi. BukanKah lebih elok jika kita gantikan sifat dendam dalam diri kita itu dgn sifat mahmudah sepeti pemaaf , toleransi dan cuba menerima pendapat orang lain. Hadis Rasulullah..
"Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam permusuhan." (HR Bukhari dan Muslim). Itulah sebabnya Islam selalu menjunjung tinggi keluhuran akhlak dan budi baik bagi penganutnya. Dimana Islam itu hanya mahukan ketenangan, perdamaian dan keamanan.
Seseorang dikatakan bertaubat jika ia mengakui dosa-dosanya, menyesal, berhenti dan berusaha tidak mengulangi perbuatannya. Perintah taubat merupakan perintah wajib yang harus segera dilaksanakan sebelum ajal tiba. Allah berfirman : “Bertaubatlah kalian
kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An Nur: 31) “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang benar (ikhlas).” (At Tahrim: 8) Tidak ada kata terlambat dalam bertaubat, pintu
taubat selalu terbuka sampai
matahari terbit dari barat. Sabda Rasulull Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“ Sesungguhnya Allah Ta'ala selalu membuka tangan-Nya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan di siang hari, dan Ia membuka tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat salah di malam hari. Begitulah hingga matahari terbit dari arah barat.” (H.R. Muslim)
⑲
⑳
Syarat-syarat Taubat Para ulama menjelaskan syarat-syarat taubat yang di terima Allah sebagai berikut : 1. Orang yang berbuat dosa itu harus berhenti dari perbuatan dosa dan maksiat yang selama ini ia lakukan. 2.Dia harus menyesali perbuatan tersebut. 3. Dia harus berazam (mempunyai tekad bulat) tidak mengulangi perbuatan itu. Jika perbuatan dosa itu ada hubungannya dengan orang lain maka di samping tiga syarat terdahulu, ada satu syarat lagi yaitu: 4. Harus ada pernyataan bebas dari hak kawan yang dirugikan. Jika yang dirugikan itu hartanya maka harta itu harus dikembalikan. Jika berupa tuduhan jahat maka dia harus minta maaf. Demikian seterusnya. Janji Allah kepada orang yang bertaubat dan istiqamah dengan taubatnya 1.
Taubat menghapuskan dosa-dosa seolah-olah ia tidak berdosa
“Orang yang bertaubat dari dosa seolah-olah ia tidak berdosa” (H.R.Ibnu Majah, Shahih Jami’us Shaghir 3005) Allah berfirman : “Kecuali orang-orang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal shalih, maka Allah akan ganti kejahatan mereka dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Q.S. 25: 70) 2.
Allah berjanji menerima taubat mereka.
Allah berfirman : “ Tidakkah mereka mengetahui bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” 3.
(Q.S. 9: 104)
Orang yang istiqamah dalam taubatnya adalah sebaik-baik manusia.
Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “ Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah yang bertaubat.” (H.R.Ahmad 3: 198. Shahih Jami’us Shaghir 4391) “Seandainya hamba-hamba Allah tidak berbuat dosa, niscaya Allah akan menciptakan makhluk yang berbuat dosa kemudian “mereka istighfar” (minta ampun kepada Allah), lalu Allah mengampuni dosa mereka. Dan dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (H.R. Hakim 4: 246) Ubat Mujarab Agar Istiqamah Dalam Taubat 1.
Mengingat ayat-ayat Allah yang menakutkan dan mengerikan tentang siksa yang
pedih bagi orang-orang yang berbuat dosa dan maksiat seperti membaca Juz Amma dan
⑳
21
artinya dan sebaiknya dihafalkan. 2. Membaca hikayat nabi-nabi para salafus shalih serta musibahmusibah yang menimpa mereka dan umatnya akibat dosa yang mereka lakukan. 3.
Selalu mengingat bahwa setiap dosa dan maksiat mempunyai akibat buruk di dunia
maupun di akhirat. 4.
Senantiasa mengingat ayat-ayat dan hadist-hadist yang mengisahkan tentang
siksa-siksa dari satu persatu dosa, seperti dosa minum khamar, riba, zina, ghibah dan lain-lain. 5.
Membaca istighfar dan sayyidul istighfar setiap hari.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada kita, menuntun kita untuk segera bertaubat serta memberi kita kesudahan yang baik, khusnul khatimah.
Amin
Rujukan http://www.jdci.org/publications/segeralah.htm
SURAH AL IKHLAS Surah ke 112: 4 ayat, terdiri dari kalangan Surah Makkiyah,diturunkan sesudah Surah An-Nas, dinamakan Al-Ikhlas kerana ia menegaskan kemurnian keesaan Allah SWT. Pokok-pokok isinya adalah penegasan tentang keesaan Allah SWT dan menolak segala
macam kemusyrikan dan menerangkan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamainya. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. [2] Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. [3] Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan [4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. Sebab turunnya Surah Al-Ikhlas
21
22
Imam Ahmad meriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab bahawa orang-orang yang musyrik telah mengatakan kepada Nabi SAW, Hai Muhammad,terangkanlah nasab tuhanmu kepada kami!lalu Allah menurunkan wahyu :
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Keutamaan Surah Al-Ikhlas Diriwayatkan seorang lelaki Ansar pernah menjadi imam dimasjid Quba. Setiap kali dia hendak membuka surah yang akan dibacakan kepada makmum semasa solat ,dia selalu memulai dengan membaca qul huallahu ahad. Setelah selesai membacanya, barulah dia membaca surah yang lain. Dia melakukan itu disetiap rakaat. Maka dengan itu terjadilah satu perbincangan dikalangan para sahabat. Kemudian sahabat mengadukan kepada Rasulullah. Maka Rasulullah pun bersabda,
Hai fulan apakah sebabnya engkau tidak mahu meninggalkan surah itu dalam setiap rakaat?Maka jawab orang itu, aku sangat menyukainya .Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi, kecintaanmu terhadap surah ini akan memasukkanmu kedalam syurga. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Abu Sa’id , Ada seseorang mendengar orang lain membaca surah alikhlas ini dan mengulang-ulangnya. Ketika waktu pagi tiba ,dia ceritakan hal itu kepada Nabi SAW. Seolah –olah laki-laki itu merasa kurang puas dengan satu kali baca. Maka Nabi pun bersabda, Demi jiwaku yang berada dalam
genggamannya, Surah itu sama dengan sepertiga AlQuran.
Dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Aishah bahawa apabila Nabi hendak tidur pada
setiap malamnya ,beliau menyatukan kedua telapak tangannya,kemudian meniupnya surah al-ikhlas dan al-muaw’wadzatain, lalu mengusapkan keduanya kesekujur tubuhnya yang terjangkau. Pengusapan itu dimulai dengan kepala, wajah dan tubuh bahagian depannya. Beliau lakukan itu sebanyak tiga kali. Hadis ini diriwayatkan oleh para penyusun kitab sunan dari hadis Uqail.
22
23
SURAH AN-NAS Surah ke 114: 6 ayat, terdiri dari kalangan Surah Makkiyah,diturunkan sesudah Surah An-Falaq, dinamakan An-Nas sempena dengan perkataan an-nas yang berulang kali disebut yang bermaksud manusia . Pokok-pokok isinya adalah perintah kepada manusia
agar berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan yang datang kedalam jiwa manusia dari jin dan manusia. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [1] Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. [2] Yang Menguasai sekalian manusia. [3] Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. [4] Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. [5] Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. [6] (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. Surah ini mengandungi tiga sifat Allah SWT: Rububiyah, Mulkiyah, dan Uluhiyah. Dia adalah Pengurus, Raja dan Ilah segala sesuatu. Semua perkara adalah makhlukNya, dibawah kerajaanNya dan mengabdi kepadaNya. Maka, Allah SWT memerintahkan kepada siapa saja yang hendak memperlindungkan diri
agar memperlindungkan diri kepada Zat yang mempunyai tiga sifat agung ,dari segala macam bisikan al-khannas, iaitu Syaitan yang diwakilkan kepada manusia. Sebab tidak ada satu pun keturunan Adam melainkan dia akan disertai kawan yang akan selalu menjadikan indah segala macam
tindakan keji bagi pandangannya. Dan,dia tidak akan disertai kawan yang akan selalu menjadikan indah segala macam tindakan keji bagi pandangannya. Dan ,dia tidak akan pernah merosaknya. Sedangkan ,al-ma’shum adalah orang yang memperoleh pemeliharaan yang ketat dari Allah. Ditegaskan dalam sebuah hadis sahih, Tidak ada seorang pun dari kalian melainkan
disertai pendamping. Mereka bertanya dan anda sendiri ya Rasulullah ?Rasulullah SAW menjawab, Ya, betul. Akan tetapi Allah telah menolong aku sehingga pendampingku masuk Islam dan ia tidak pernah memerintahkan kepadaku kecuali kepada kebaikan. Ditetapkan pula dalam hadis Bukhari dan Muslim dari Anas bahawa Rasulullah SAW
23
24
bersabda, Syaitan itu mengalir dalam tubuh anak Adam pada saluran darah. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanadnya yang dari Abu Tamimah yang meriwayatkan dari seseorang yang pernah membonceng Nabi SAW, katanya
Keledai Nabi SAW terjatuh lalu aku mengatakan celakalah syaitan, lalu dibalas oleh Nabi,janganlah kamu katakan celakalah syaitan, sebab bila Kamu mengatakannya maka syaitan akan menjadi besar tubuhnya dan dan mengatakan ,Dengan kekuatanku,aku akan mengalahkannya. Namun apabila kamu katakan bismillah maka dia akan mengecil sehingga menjadi sekecil lalat. Hadis ini hanya diriwayatkan oleh Imam Ahmad,namun begitu sanadnya baik dan ia menjadi dalil bahawa hati itu bilamana berzikir kepada Allah maka syaitan akan mengecil
dan kalah. Namun bila tidak berzikir kepada Allah maka syaitan akan menjadi besar dan menang.
ERANAN WANITA PADA MASA NABI MUHAMMAD SAW. Adapun peranan wanita pada masa hidupnya Nabi Muhammad saw. yang kita kenal ialah yang memelihara Nabi saw, yaitu Aminah ibu beliau; yang menyusuinya, Halima As-Sa'diyah; dan yang menjadi hadina (pengasuh) bagi beliau, Ummu Aiman r.a. dari Habasyah. Nabi saw. telah bersabda, "Bahwa dia adalah ibuku setelah ibuku sendiri." Kemudian kita kenal Siti Khadijah binti Khuwailid r.a, wanita pertama yang beriman dan membantunya, Siti Aisyah, Ummu Salamah, dan lain-lainnya, dari Ummahaatul Mukmtniin (ibu dari kaum Mukmin), istri-istri Nabi, dan istri-istri para sahabat Rasulullah saw.
24
25
PERANAN
WANITA MASA KINI
Sebenarnya, usaha kaum wanita cukup luas meliputi berbagai bidang, terutama yang berhubungan dengan dirinya sendiri, yang diselaraskan dengan Islam, dalam segi akidah, akhlak dan masalah yang tidak menyimpang dari apa yang sudah digariskan atau ditetapkan oleh Islam. Wanita Muslimat mempunyai
kewajiban
untuk
memperkuat hubungannya
dengan Allah dan menyucikan pikiran serta wataknya dari sisa-sisa pengaruh pikiran Barat. Harus mengetahui cara menangkis serangan-serangan kebatilan dan syubuhat terhadap Islam. Harus
diketahui
dan
disadari
hal-hal
yang melatarbelakanginya,
mengapa dia harus menerima separuh dari bagian yang diterima oleh kaum laki-laki dalam masalah hak waris? Mengapa saksi seorang wanita itu dianggap separuh dari laki laki? Juga harus tiada
keraguan
memahami hakikatnya, sehingga iman dan Islamnya bersih,
lagi
yang menyelimuti benak dan pikirannya.
Dia harus menjalankan secara keseluruhan mengenai akhlak dan perilakunya, sesuai dengan yang dikehendaki oleh Islam. Tidak boleh terpengaruh oleh sikap dan perilaku wanita non-Muslim atau berpaham Barat.
Karena mereka bebas dari
pikiran dan peraturan-peraturan sebagaimana yang ada pada agama Islam. Mereka Tidak terikat pada perkara halal dan haram, baik dan buruk. Banyak diantara kaum wanita yang meniru mereka secara buta, misalnya memanjangkan kuku yang menyerupai binatang buas, pakaian mini, tipis (transparan), atau setengah telanjang, dan sebagainya. Cara yang demikian itu adalah meniru orang yang buta akan hal-hal terlarang. Nabi saw. telah bersabda: "Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, 'Aku ikut saja seperti orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat, aku pun jadi jahat.' Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahwa jika orang-orang melakukan kebaikan, maka aku akan mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan kejahatan, maka aku tidak akan mengerjakan."
25
26
PERANAN WANITA DALAM KELUARGANYA Di dalam Al-Qur'an telah ditetapkan, semua penetapan dan perintah ditujukan kepada kedua pihak, laki-laki dan wanita, kecuali yang khusus bagi salah satu dari keduanya. Maka, kewajiban bagi kaum wanita di dalam keluarganya ialah menjalankan apa yang diwajibkan baginya. Jika dia sebagai anak, kemudian kedua orangtuanya atau salah satunya menyimpang dari batas yang telah ditentukan oleh agama, maka dengan cara yang sopan dan bijaksana, dia harus mengajak kedua orangtuanya kembali ke jalan yang baik, yang telah menjadi tujuan agama, disamping tetap menghormati kedua orangtua. Wajib bagi setiap wanita (para istri), yaitu membantu suaminya dalam menjalankan perintah agama, mencari rezeki yang halal, menerima dan mensyukuri yang dimilikinya dengan penuh kesabaran, dan sebagainya. Wajib pula bagi setiap ibu, mengajar anak-anaknya taat kepada Allah, yakni dengan menjauhi taat
kepada
larangan-Nya
dan menjalankan
perintah-Nya,
serta
kedua orang tuanya.
Kewajiban bagi setiap wanita terhadap kawan-kawannya yang seagama, yaitu menganjurkan untuk membersihkan akidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam; menjauhi paham-paham yang bersifat merusak dan menghancurkan sendi-sendi Islam dan akhlak yang luhur, yang diterimanya melalui buku, majalah, film, dan sebagainya. Dengan
adanya
tindakan-tindakan
di luar Islam, yang ditimbulkan oleh
sebagian kaum Muslimin terhadap wanita yang kurang bijaksana dan insaf, maka hal inilah yang menyebabkan terpengaruhnya mereka pada peradaban Barat dan paham-pahamnya. Harus diakui, bahwa hak-hak wanita di sebagian masyarakat Islam belum diberikan secara penuh. Harus diketahui pula, bahwa suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad saw. ialah suara Khadijah binti Khuwailid r.a. kepada Rasulullah saw.:
26
27
"Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau bersilaturrahmi, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang tidak punya, menerima dan memberi (menghormati) kepada tamu, serta menolong orang-orang yang menderita." Orang pertama yang berperan sebagai syuhada ialah Ummu Amr binti Yasir Ibnu Amar yang bernama Samiah, dia bersama suaminya disiksa, agar
mereka keluar
dari agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya. Ketika Rasulullah saw. melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan disiksa, lalu Rasulullah saw. berkata kepada mereka, "Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti akan bertemu di surga."
“Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya.”(QS: Ali-imran:123) Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah s.a.w sendiri yang mengetuai pasukan tentera Islam seramai 313 orang telah menuju ke Badar bertujuan untuk menyekat qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb yang baru pulang dari Syam menuju ke Mekah. Jumlah tentera Islam tidak begitu ramai kerana ia pada asalnya merupakan suatu operasi dalam menyekat qabilah tersebut dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak meramalkan akan berlakunya suatu peperangan terbuka yang besar dan bersejarah. Oleh itu ramai di kalangan sahabat tidak menyertai gerakan ini. Rasulullah s.a.w ini telah mengetahui tentang qafilah Abu Sufian telah berjaya menyelamatkan diri disamping bala tentera kafir Quraisy yang besar iaitu seramai 1300 orang dan lengkap bersenjata telah tiba di Badar. Oleh itu tentera Islam tidak boleh mengelak lagi daripada bertempur kerana jika mereka berundur bererti kafir Quraisy akan mendapat kemenangan moral dari segi politik dan tentera serta mendapat kedudukan yang kuat di Semenanjung Arab dan memungkinkan mereka bermaharajalela sesuka hati. Walau pun dengan jumlah yang sedikit dan kelengkapan yang tidak mencukupi namun semangat jihad demi mempertahankan Islam terus membara dalam diri
27
28
tentera Islam Selepas itu Rasulullah s.a.w telah membentuk 2 pasukan pengintip dalam meninjau kekuatan musuh dan tentera Islam telah membina markaz disebuah tempat yang terletaknya mata air paling dekat dengan musuh di mana di situ mereka telah membina kolam disamping menimbus tempat-tempat air yang lain. Dengan cara ini musuh akan keputusan bekalan air. Pada malam itu juga Allah menurunkan hujan sebagai pertolongan kepada tentera Islam dan bencana kepada tentera musuh. Kedua-dua belah pihak bertempur Pertempuran bermula dengan Rasulullah s.a.w meminta agar Ubaidah bin Harith, Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali mara untuk menentang tiga pemimpin Quraisy yang telah mencabar tentera Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam telah berjaya membunuh musuh mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam menyemarakkan lagi semangat jihad. Selepas itulah berlakunya pertempuran di mana pada peringkat pertama tentera Islam mengambil tindakan bertahan di mana tentera musuh berjaya dilumpuhkan dengan kehilangan banyak jiwa
Pada peringkat kedua
tentera Islam mula mengambil tindakan menyerang di mana serangan ini turut dibantu oleh tentera daripada kalangan malaikat di mana antara yang dapat disaksikan ialah bagaimana terputusnya kepala dan tangan musuh tanpa dapat dilihat sesiapa yang memancungnya.
Iblis yang menyerupai dirinya sebagai Suraqah bin Malik merasa
gementar apabila melihat penyertaan malaikat. Dia terus lari dan terlanggar Al-Harith bin Hisyam sehingga rebah. Apabila ditanya mengapa dia cuba lari lalu dia menyatakan bahawa dia nampak apa tidak mampu dilihat oleh tentera kafir dan dia begitu takut kepada Allah yang amat pedih siksaanNya. Kemudian dia lari sekuat hatinya dan mencampakkan dirinya ke laut Abu Jahal sendiri berjaya dibunuh apabila Mu’adz bin Amru telah mere mpuh lapisan lembing dan tombak yang mengelilingi Abu Jahal sehingga dia berjaya menetak di tengah betisnya. Tiba-tiba Ikramah anak Abu Jahal menetak ke leher pemuda itu lalu terkena tangannya sehingga hampir putus dan hanya tergantung d ikulitnya sahaja. Dia meneruskan serangan terhadap Abu Jahal dengan mengheret tangannya yang terkulai di mana ketika terasa sakit lalu dia memijak tangan itu d engan kakinya supaya putus. Kemudian Mu’adz berjaya menetak Abu Jahal sehingga hampir maut. Abdullah bin Mas’ud yang mencari-cari Abu Jahal telah menjumpainy a lalu terus memancung lehernya di mana kepalanya telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menyatakan bahawa inilah dia Firaun umat ini.
28
29
Peperangan yang bersejarah ini berakhir dengan kemenangan yang nyata kepad a tentera Islam di mana 70 orang musyrikin terbunuh dan 70 orang lagi berjaya d itawan. Manakala 14 orang tentera Islam telah gugur syahid. Kemenangan ini terus diberitahu kepada penduduk Madinah melalui 2 orang utusan yang dihantar oleh R asulullah s.a.w bagi menafikan berita bohong yang disampaikan oleh puak munafik d an yahudi yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Berita kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang menjadi lambang kep ada keagungan Islam yang bakal menguasai dunia. Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Anfal yang bermaksud : Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. Firman Allah dalam ayat 16 surah as-Sajadah yang bermaksud : Lambung mereka jauh daripada tempat tidurnya sedangkan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan mengharap dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka
Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda: Yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak". Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah s.a.w menyatakan:
29
30
Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. (Hadis riwayat Ad-Dailami). Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq). Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). Di dalam Islam akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil dari berbagai ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini, tinggallah ibadat-ibadat itu sebagai upacara dan gerak-geri yang tidak memiliki apa-apa nilai dan tidak membawa apa-apa faedah. Berhubung dengan sembahyang contohnya, Allah s.w.t menyebut di dalam Al-Quran: Yang bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 45). Rasulullah menjelaskan perkara ini dengan sabdanya: Yang bermaksud: Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah (dirinya) dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah. (Hadis riwayat Tabrani). Sifat-sifat Akhlak Seorang Muslim Di antara ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan supaya dia menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlak-akhlak yang berikut: 1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat.
30
31
Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan ajaran dari hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Yang bermaksud: Sesungguhnya yang hala itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam kesamaran, jatuhlah ia ke dalam yang haram, seperti seorang penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkannya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim). Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat wara' adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda: Yang bermaksud: Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk di dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah dia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan. 2. Memelihara Penglihatan: Seseorang muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan merupakan faktor yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat. Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan orang-orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah. Allah s.w.t berfirman:
31
32
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram). (Surah An-Nur, Ayat: 30). Rasulullah s.a.w pula bersabda: Yang bermaksud: Pandangan itu ada satu penahanan dari penahanan iblis. 3. Memelihara Lidah: Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahullah mengatakan: Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang. Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas yang empunya diri: Yang bermaksud: Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi). 4. Bersifat Pemalu: Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara
32
33
pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya. Diceritakan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir. Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman. (Hadis riwayat Baihaqi). 5. Bersifat Lemah-lembut dan Sabar: Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialah sifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para petugas amal Islami, sehingga hemah mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah. Semua ini sudah pasti memerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah-lembut. Oleh itu kita dapati banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menganjurkan dan mengarahkan agar seseorang da'ie itu itu berakhlak dengan sifat sabar, lemah-lembut dan berhati-hati. A. Arahan-arahan Dari Al-Quran: Di antara arahan-arahan Al-Quran ialah: 1. Firman Allah: Yang bermaksud:
33
34
Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (Surah Asy-Syura, Ayat: 43). 2. Firman Allah: Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar, Ayat: 10). B. Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi ialah: 1.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud: Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya. 2. Sabda Rasulullah s.a.w: Yang bermaksud: Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu. C. Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi: 1. Anas r.a telah berkata: Yang bermaksud: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah memasuki sebuah masjid. Ia memakai kain selendang buatan Najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang
34
35
dari arah belakang baginda lalu menarik kain tersebut dari belakang sehingga meninggalkan kesan di leher baginda. Badwi tersebut berkata: "Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami harta Allah yang ada di sisimu, lalu Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya dengan wajah yang tersenyum dan baginda bersabda: "Perintahkan kepada yang berkenaan supaya berikan kepadanya. 2. Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Kamu dari Bani Abd. Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang". Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir-hampir memenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik". 6. Bersifat Benar dan Jujur. Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seseorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti dia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya. Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu-daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa besih, mulia dan terhindar dari tipu-daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang laknat. Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta". (Muttafaqun Alaih).
35
36
7. Bersifat Rendah Diri Seseorang muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberikan layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Rasulullah s.a.w sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda: Yang bermaksud: Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbut". (Hadis riwayat Muslim). Di dalam Hadis Qudsi pula Allah berfirman: Yang bermaksud: Kemuliaan itu ialah pakaian-Ku dan membesarkan diri itu ialah selendang-Ku. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari kedua-duanya pasti Aku akan menyeksanya". (Hadis Qudsi riwayat Muslim). 8. Menjauhi Sangka Buruk dan Mengumpat: Menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seseorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah: Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah Al-Hujuraat, Ayat: 12). 9. Bersifat Pemurah.
36
37
Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus terhadap mata benda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah. Yang bermaksud: Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikuran. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 272). 10. Qudwah Hasanah (Suri Teladan Yang Baik) Selain dari sifat-sifat yang dinyatakan di atas, seorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. (Kitab-kitab yang membicarakan secara khusus mengenai tajuk ini yang dapat dijadikan sebagai renungan oleh para pembaca di antaranya ialah Kitab Riadhus Salihin karangan Imam Nawawi, Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) karangan Muhammad Al-Ghazali, Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali dan Hayat As-Sahabah karangan Al-Kandahlawi).
Dalam tajuk ini kita akan bincangkan tentang fahaman2 dalam islamseperti yg berikut…syiah,khawarij,murji’ah,jabbariyah,qadariyah,muktazilah, dan Ahlus Sunnah
37
38
Wal Jamaah. Syiah Syiah adalah selompok Islam yang paling tua. Pada asalnya mereka adalah golongan yang berpendapat keutamaan kaum keluarga Nabi s.a.w. (ahlul bait) terhadap jawatan khalifah. Dan ahlul bait yang paling berhak ialah Ali bin Abi Talib r.a.Mazhab mereka ini zahir pada akhir zaman pemerintahan Usman bin Affan r.a. I berkembang dan tersebar pada zaman pemerintahan Ali r.a. Di mana, apabila Ali r.a. menduduki tempat yang tertinggi (memeruntah) golonganSyiah mengambil kesempatan untuk menyebarluaskan ajaran mereka di kalangan manusia..Apabila tiba pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah telah berlaku kezaliman ke atas penyokong-penyokong Ali.Umat Islam pula melihat bagaimana Ali dan anak-anaknya terkorban sebagai syuhada' dari kezaliman yang berlaku.Faktor kezaliman ini menyebabkan mazhab Syiah semakin tersebar dan mempunyai ramai penyokong. Khawarij Mereka adalah kelompok Islam yang paling kuat mempertahankan iktikad mereka dan begitu bersemangat terhadap pendapat mereka. Sikap taksub terhadap pemikiran ini mendorong mereka ke arah perlakuan yang memberi mara bahaya dan bersikap keras hati terhadap orang yang menentangnya. Murji'ah Kemunculan Para pengikut Ali berpecah kerelaannya menerima Tahkim kepada Khawarij dan Syiah. Di mana Khawarij mengkafirkan Ali, Usman dan jurucakap Tahkim. Manakala Syiah pula sebahagiannya mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Usman dan pendokong-pendokong mereka. Dan kedua-dua aliran ini pula sama-sama mengkafirkan bani Umaiyah dan melaknat mereka. Bani Umaiyah pula mengatakan bahawa kaum muslimin ialah mereka yang berada di bawah panji-panji mereka, tunduk patuh samada suka ataupun benci.Ini menjadi sebab sekumpulan dari kalangan para sahabat membenci perselisihan yang berlaku. Lalu merekamengambil jalan tengah hingga benar-benar nyatafitnahberkenaan.Keranainilah mereka enggan mencampuri urusan orang-orang yang berselisih. Mereka tidak membebankan diri mereka untuk membahaskan mengenai siapa yang benar dari kalangan dua kelompok yang berselisih dan berperang. Mereka mengembalikan hukum tentangkeadaan mereka kepada Allah s.w.t. Sebab itulah mereka digelar sebagai al-Murji'ah. Jabbariyah (Jahmiyah) Makna `al-jabar' ialah menafikan perbuatan hamba dan menyandarkan perbuatan itu kepada Allah Taala. Pemikiran `al-jabar' bukanlah berasal dari pemikiran Arab. Ia telah
38
39
dikemukakan oleh al-Ja'd bin Dirham darikalangan Yahudi, kemudian telah di kemukakan pula dari al-Ja'd oleh Jahm bin Safwan. Pemikiran ini tersebar pada awal pemerintahan Banai Umaiyah, hingga akhirnya menjadi sebuah mazhab. Kelompok Jabbariyah ini meinsbahkan diri mereka kepada Jahm bin Safwan, kerana beliau dianggap sebagai pendakwah besar aliran ini. Oleh itu, mazhab ini dinamakan juga dengan al-Jahmiyah. Qadariyah Iraq merupakan tempat berkumpulnya banyak anasir yang terdiri dari beberapa umat yang menganut pelbagai agama. Basrah pula merupakan lautan yang membawa ombak-ombak pemikiran dan aliran.Ma'bad bin Khalid al-Juni (salah seorang dari yang duduk di majlis pengajian Hasan al-Basri) telah mendengar orang yang mengatakan bahawa maksiat itu telah dilakukan kerana telah ditakdirkan. Lalu beliau berdiri dan menolak pendapat mereka dengan menafikan keadaan takdir itu menafikan ikhtiar. Beliau telah bersikap keterlaluan di dalam mempertahankan pendapatnya sehingga masyhur kata-katanya: "Tiada takdir, dan setiap perkara itu baru bermula. Muktazilah Kemunculan Muktazilah adalah berasaskan kepada perselisihan yang berlaku di antara Washil bin Atho' dengan gurunya Hasan al-Basri mengenai hukum orang yang melakukan dosa besar. Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi. Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah danorang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka.
Beberapa Masalah Berhubung Dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadah Menurut Risalah Al-Imlaa’ terdapat empat jenis manusia yang mempunyai masalah ketika mengucap Dua Kalimah Syahadah.
39
40
1.
Orang yang berucap dengan kalimah Tauhid dan menyaksikan Kerasulan Nabi
Muhammad SAW kemudian dia tidak beri’tiqad (percaya) dengan apa yang diucapkan, tanpa pengetahuan dan tidak tergambar difikirannya dari segi sah atau tidak ucapannya itu, benar atau dusta, betul atau salah, kerana dia tidak mengambil berat untuk mengkajinya. Tidak mahu membebankan diri dengan tanggungjawab kalau dia mengetahuinya. Jikalau tidak beriltizam dengan dua kalimah syahadah itu maka rehatlah badannya. Lalu bergelumanglah hidupnya kelazatan tanpa batas lagi. Kalau ditanya, apakah maksudnya? Dia akan berkata, ‘saya seperti orang lain juga.’ Inilah barangkali apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘Dan jika simati itu munafiq, ia akan menjawab soalan Malaikat (di dalam kuburnya) dengan berkata: ‘aku mendengar orang ramai berkata begitu, maka akupun berkatalah seperti mereka, aku tidak tahu sama ada benar atau tidak.’ Lalu kedua-dua Malaikat itu berkata: ‘Memang kami tahu engkau berkata demikian.’ (menurut riwayat Abu Daud) Lalu diseru oleh penyeru dari langit: ‘sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari neraka, dan pakaikan dia pakaian dari neraka serta bukakan untuknya pintu neraka.’ 2.
Orang yang berucap dengan dua kalimah syahadah tetapi disertai dengan
perkara-perkara yang tidak menghasilkan iman atau perkara-perkara yang membatalkan dua kalimah syahadahnya dengan ucapannya tidak memberi makna iman dan Tauhid seperti golongan Assobiyyah yang bertuhankan sayyidina Ali RA. Bahkan terdapat dikalangan orang-orang yang murtab selepas wafatnya Rasulullah SAW, mereka yang mengucap dua kalimah syahadah disamping itu mempercayai juga kepada Musailamah al Kazzab dan Tulaihah sebagai Nabi – sesungguhnya mereka itu diperangi oleh para sahabat RA walaupun mereka mengucap dua kalimah syahadah. Demikian juga dengan orang-orang yang menganut ideologi moden di zaman kita. 3.
Orang yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi beri’tiqad lain daripada itu,
dengan cara berpura-pura, apabila bertemu dengan orang-orang yang beriman mengucap Syahadahlah ia tetapi apabila bersama-sama orang-orang kafir, berucap pula dengan kalimah-kalimah kufur dan mempersendakan Islam dan penganutnya, mereka itulah orang-orang munafiq yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
40
41
Maksudnya: Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman mereka mengatakan: ‘kami telah beriman, dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: ‘sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok sahaja.
Allah
akan
membalas
olok-olok
mereka
dan
membiarkan
mereka
terumbang-ambing di dalam kesesatan. 4.
Gulungan yang tidak mengerti makna Tauhid dan tidak mengenali orang-orang
yang ahli di dalam bidangnya dan tidak mendampingi mereka, tetapi apabila mereka datang menemui ahlinya dan diberitahu tentang syahadah itu dan tuntutannya mereka mengaku dan mengucap, mereka redha dengan ucapan itu tetapi masih jahil dan bebal tentang hakikat syahadahitu. Orang-orang seperti ini kita mengharapkan Allah memberi rahmat kepada mereka dan tidak harus bagi kita menghukumkan mereka dengan kafir dan neraka kerana terdapat orang-orang yang diberi syafaat pada hari Qiamat itu orang-orang yang masih mempunyai syahadah walaupun bergelumang dengan dosa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah akan memberi keistimewaan kepada seseorang dari kalangan umatku dengan
memanggilnya
di
hadapan
khalayak
ramai
pada
hari
Qiamat
serta
membentangkan kepadanya sembilan puluh sembilan gulung suratan amalnya. Tiap-tiap satu gulung panjangnya sejauh mata memandang, kemudian Tuhan bertanya kepadanya: ‘Adakah engkau hendak menafikan sesuatu dari apa yang ada di dalam suratan ini? Adakah penulis-penulis-Ku yang Aku tugaskan menjaga amalmu itu telah menzalimi kamu?’ Orang itu menjawab: ‘Tidak, wahai Tuhanku.’ Tuhan bertanya lagi: ‘Kalau demikian, maka adakah mempunyai sebarang alasan atau kebaikan untuk engkau melepaskan diri?’
41
42
Ia menjawab: ‘ Tidak ada juga wahai Tuhanku.’ Tuhan bertanya lagi: ‘Kalau demikian, maka adakah mempunyai sebarang alasan datau kebaikan untuk engkau melepaskan diri?’ Ia menjawab: ‘Tidak ada juga wahai Tuhanku.’ Tuhan berfirman: ‘Ya! Ada, sebenarnya engkau ada mempunyai satu kebaikan yang tersimpan pada Kami, dan sebenarnya engkau tidak akan menanggung sebarang kezaliman pada hari ini, lalu dikeluarkan untuknya sehelai kertas kecil yang tertulis padanya:
Maka Tuhan berfirman kepadanya: ‘Pergilah hadir melihat timbangan amalmu.’ Lalu ia berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah nilai kertas yang secebis ini berbanding dengan suratan jahat amalku yang bergulung-gulung itu?’ Maka Tuhan berfirman kepadanya: ‘Walau bagaimanapun engkau tidak akan dizalimi sekali-kali.’ Nabi SAW bersabda lagi: ‘Kemudian suratan amalnya yang bergulung-gulung itu diletakkan pada sebelah neraca dan kertas kecilnya diletakkan pada daun neraca yang sebelah lagi, lalu suratan amalnya buruknya itu terangkat ringan dan kertas kecil yang secebis itu berat menurun, kerana tidak ada suatu bendapun boleh menjadi berat berbanding dengan apa yang mengandungi nama Allah. Petikan : Muqaddimah Aqidatul Muslimin ; Hj Hadi 20 PEMBATAL SYAHADAH 1. Tawakkkal atau bergantung harap kepada sesuatu selain daripada Allah. 2. Mengengkari nikmat Allah samada yang terang atau tersembunyi, sesuatu yang mudah
42
43
difikir atau yang memerlukan kajian. Bukanlah menjadi bidang kuasa manusia dalam urusan memberi dan menahan rezeki seseorang tetapi ia merupakan hak Allah. 3. Beribadat khusus, berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana segala yang kita lakukan mestilah selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. 4. Menggubal undang-undang ata peraturan mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah sedangkan hanya Allah sahaja yang berhak menentukan peraturan manusia. 5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukaiNya. 6. Menjalankan hukuman yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujukkan kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara. 7. Membenci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau pun membenci agama Islam secara keseluruhannya. 8. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat di mana dia menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam kehidupannya. 9. Menghina sesuatu daripada al-Quran atau hadis atau pun kitab orang alim yang menegakkannya atau pun mempersendakan hukum daripada hukum Allah. 10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharam apa yang dihalalkan oleh Allah 11. Tidak beriman kepada semua sumber hukum daripada al-Quran dan hadis. 12. Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang yang beraqidah Islam dan beriman. 13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w di mana bagi mereka yang datang selepas kewafatannya mesti beradab dalam percakapan, penulisan dan syarahan.
43
44
14. Rasa takut dan gentar dalam menegakkan Islam dan rasa lapang, riang dalam menegakkan perkara syirik. 15.Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu dan juga menyatakan bahawa isi yang terkandung dalam ayat al-Quran hanya boleh difahami oleh setengah orang melalui ilham. Begitu juga bagi mereka yang menuduh perkara demikian terhadap Sunnah nabi. 16. Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengenalan yang jelas serta mengengkari sifat ketuhananNya atau nama-nama Allah. 17. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan bahawa adanya sifat yang terpuji yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat kepujian atau tidak beriktikad bahawa baginda adalag sebagai contoh ikutan utama bagi umat manusia. 18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah sahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah engkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka. Suatu kaedah : Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin maka ia menjadi kafir, sebaliknya sesiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka dia menjadi kafir. Sesiapa yang syak tentang kekafiran orang kafir maka dia juga menjadi kafir. 19. Membuat sesuatu pekerjaan(ibadat) bukan kerana Allah seperti sembelih binatang bukan kerana Allah, sujud dan tawaf pada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah. 20. Melakukan syirik khafi atau kecil di mana ia tidak membatalkan syahadah dan ia juga boleh boleh diubati dengan doa seperti solat kerana pujian manusia dan sebagainya. ------------------------------------------------------------------------------Petikan Iman dan 20 perkara yang membatalkan syahadatain, Maududi, Said Hawa & Syed Qutub, ABIM KB, Percetakan al-Ahliah
44
45
Perang Uhud
berlaku selepas Perang badar pada 15 Syawal tahun ketiga
hijrah.Peperangan ini meletus kerana terdapat sebahagian orang-orang Quraisy yang tidak terbunuh dalam Perang Badar ingin menuntut bela di atas kematian pejuang-pejuang mereka Usaha mengumpulkan harta, senjata dan tenaga dilancarkan secara besar-besaran oleh kaum Quraisy untuk menghadapi perang menentang muslimin. Berita persiapan besar-besaran ini sampai ke pengetahuan Rasulullah lalu baginda pun bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya untuk menetapkan sama ada kaum musimin bertempur di luar Madinah atau menunggu kedatangan kaum Quraisy di Madinah. Mereka akhirnya bersetuju untuk keluar bertempur di luar Madinah menentang kaum Quraisy. Dalam mengatur strategi perang, Rasulullah telah membahagikan bala tentera Islam kepada 3 pasukan iaitu; i.
Pasukan Muhajirin- benderanya dibawa oleh Mus’ab bin Umair
ii.
Pasukan ‘Aus – Benderanya dibawa oleh Asid bin Hudhir
iii.
Pasukan Khazraj – benderanya dibawa oleh al-Habbab bin Munzir
Maka pada hari Sabtu, 7 Syawal, 32 bulan selepas hijrah ke Madinah, Rasulullah kemudian bersama-sama dengan seribu orang para sahabat bergerak ke Bukit Uhud. Walaupun begitu, di tengah-tengah perjalanan, seramai 300 orang munafiq yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai menarik diri dari medan perang dan menghasut kaum muslimin untuk melemahkan semangat kaum Musimin yang masih utuh tetapi Allah telah menyelamatkan mereka engan menanamkan iman di dalam hati mereka. “ Ingatlah ketika dua golongan dari kalangan kamu ingin berundur kerana takut, padahal Allah adalah penolong kepada kedua-dua golongan itu, kerana itu orang-orang mu’min bertawakkal kepada Allah sahaja”
(Ali-Imran, 122)
Dengan baki tentera Islam seramai 700 orang, Nabi saw menyusun barisan tentera Muslimin membelakangi bukit, mengadap kota Madinah. 50 orang pemanah ditempatkan di atas bukit di belakang kaum muslimin dengan dipimpin oleh oleh ‘Abdallah bin Jabir.
45
46
Rasulullah sebelum itu telah berpesan; “ Lancarkanlah serangan panah kepada tentera berkuda bagi mengelakkan serangan dari belakang. Kamu hendaklah tetap ebrada di sini sama ada kami kalah atau menang sehingglah diperintahkan kepada kamu” Pertempuran mula memarak dan semakin sengit. Barisan kaum muslimin menunjukkan kemaraan yang sangat mengkagumkan. Mus’ab bin Umair terbunuh di hadapan mata Rasulullah sendiri, lalu bendera disambar oleh Ali bin Abi Talib. Dengan pertolongan Allah, akhirnya kaum Musyrikin lari bertempiaran meninggalkan harta-harta mereka. Orang Islam memburu dari belakang dan menawan apa yang ada. Apabila melihat tentera Islam berebut mengambiil harta, pasukan pemanah yang berada di atas bukit tidak dapat mengawal perasaan dan tidak mempedulikan pesanan Rasulullah saw lalu meninggalkan bukit Uhud. Khalid al-Walid yang mengetuai tentera berkuda Musyrikin mengambil kesempatan membuat serangan kilat. Pertempuran tercetus kembali dan bendera tentera musyrikin kembali dinaikkan. Serangan dari pihak musyrikin datang bertubi-tubi untuk membunuh Rasululullah dan menewaskan kaum muslimin. 9 orang sahabat mengawal Nabi saw dan 7 daripada mereka syahid dengan menjadikan diri mereka perisai terhadap panah-panah yang ditujukan kaum musyrikin kepada Rasulullah. Keadaan sangat mencemaskan dan Rasulullah sendiri patah gigi depannya, pipinya luka dan darah berhambur keluar dari kepala Rasulullah akibat serangan itu. Di saat-saat genting inilah pihak musuh telah menyebarkan berita palsu yang megnatakan Rasulullah telah wafat. Ada antara sahabat yang kebingungan, namun begitu, Anas bin Nadhir memulihkan kembali semangat kaum muslimin dengan berkata; “ Apa gunanya hidup selepas ini? Mari kita bersama-sama syahid bersama Rasulullah” Anas bangkit menentang musuh dan akhirnya gugur syahid. . Tiba tiba terdengar Ka'ab bin Malik berteriak mengatakan Nabi masih hidup, dan sedang berjuang bermati-matian. Dari segenap penjuru, tentera Islam bangkit semula dan menyerbu ke arah tempat Nabi berada. Nabi yang sedang terkepung dari segala penjuru, dapat mereka pertahankan. Kaum muslimin lalu merebut kembali celah bukit yang strategik yang telah dikuasai musuh menyebabkan musuh terkepung ditengah tengah. Tentangan musuh akhirnya dapat dipatahkan dengan dengan ramai sahabat-sahabat besar yang terkorban.
46
47
Antara pengajaran yang boleh didapati dari Perang uhud: 1.
Lantaran kesalahan beberapa orang anggota tentera yang ingkar arahan Nabi saw telah mengakibatkan bencana yang besar ke atas seluruh pasukan. Rasulullah saw sendiri tidak terlepas dari bencana ini. Inilah sunantullah bahawa kita tidak dapat menolak dari ditimpa bencana termasuk Rasululullah saw sendiri yang merupakan kekasih Allah.
2. Rasulullah membuat keputusan berdasarkan syura dan tidak mengikut pendapat sendiri sahaja walaupun pendapat awal rasulullah bertentangan dengan majoriti. Keengganan Rasulullah menarik balik keputusan syura yang telah dibuatnya menunjukkan
bahawa
pentingnya
mematuhi
prinsip
syura.
Bahkan,
urusan
peperangan bukanlah satu perkara kecil dan penarikan semula keputusan syura kerana takut dan waspada yang tidak berasas menunjukkan kepincangan pentadbiran. 3. Khabar angin tentang kewafatan Rasulullah bertujuan untuk menyedarkan kaum muslimin dan percubaan kepada hati mereka agar mereka menanamkan di dalam hati bahawa mereka mesti cekal dan tidak berundur ke belakang meskipun jika Rasululah saw benar-benar wafat. Firman Alalh swt: “ Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Jika dia wafat atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik ke belakang?....” (Ali-Imran 144) 4. Kesanggupan sahabat-sahabat mempertahankan nyawa Rasulullah sehingga ke titisan darah terakhir menunjukkan keimanan mereka yang teguh kepada Allah swt dan cinta yang sejati kepada rasulullah saw. Setiap Muslim perlu memiliki roh dan semangat sebegini, tidak hanya mendakwa telah beriman dengan segala tuntutan agama bahkan hati juga perlu dilimpahi dengan kecintaan sebenar terhadap Allah swt dan kekasihNya, Muhammad Rasulullah.
47
48
Adab Makan 1. Makanan dan minuman dari sumber halal, bukan dari sumber haram atau syubhat. 2. Hendaklah seorang itu berniat makan dan minum untuk menguatkan badan kerana Allah. 3. Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan. Hadis: “Berkat makanan itu ialah dengan berwuduk sebelumnya dan sesudahnya” 4. Membaca bismillah ketika makan dan membaca Alhamdullilah setelah makan. Doa makan:
5. Hendaklah meletakkan hidangan makanan itu diatas hamparan di atas lantai kerana ini lebih menampak tawaduk dan kerendahan diri. 6. Duduk ketika makan, makan dengan tangan kanan dan dahulukan yang kanan. 7. Makan bersama-sama dengan ahli keluarga, atau tetamu tidak makan keseorangan. 8. Sunat bercakap ketika makan. 9. Jangan sekali-kali memulakan sehingga dimulakan oleh orang yang tua. 10. Jangan mensia-siakan makanan. Hadis: “Adalah Rasullah s.a.w setelah makan, selalu menjilat ketiga-tiga jarinya, seraya berkata:” Jika terjatuh suapan seseorang kamu hendaklah dia mengutipnya dan dijauhikan daripada menyusahkannya serta hendaklah dimakannya, dan janga ditinggalkan untuk dimakan oleh syaitan.
48
49
11. Berhenti sebelum kenyang. 12. Berkumur-kumur mencuci mulut sesudah makan. Adab Tidur 1. Jangan tidur Sebelum Isyak. 2. Berwuduk sebelum tidur. 3. Jangan tidur meniarap. 4. Membaca zikir berikut sebelum tidur: a. Subhanllah-33kali. b. Al-hamdullilah-33kali c. Allahuakbar-33kali d. Baca Qulhuwa Allahu Ahad. e. Baca Qulauzubirabil falaq f. Baca Qulauzubirabin nas g. Baca ayat-kursi. h. Doa sebelum tidur.
5. Bila bangun tidur baca doa.
49