BUKU PANDUAN
PERTANDINGAN NASYID DAN SENI KHAT
ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS
PADA 08 – 09 OKTOBER 2016
DISEDIAKAN OLEH JAWATANKUASA PENGELOLA FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2016
Tema: “ISLAM DAN SAINS”
HARI KESENIAN ISLAM 2016 PERINGKAT NEGERI PERLIS
PERATURAN UMUM
1. Syarat Penyertaan
1.1. Terbuka kepada semua pelajar Islam yang sedang mengikuti kursus di Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Institut Pendidikan Guru, sekolah menengah di Perlis. 1.2. Peserta dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam satu acara sahaja.
1.3. Peserta hendaklah berumur dalam lingkungan 18-25 tahun sahaja. 2. Bilangan Peserta 2.1. Bahagian Pertandingan Seni Khat diwakili oleh seorang peserta sahaja samada lelaki atau perempuan. 2.2. Bahagian Pertandingan Nasyid diwakili oleh sekumpulan peserta lelaki atau sekumpulan peserta perempuan yang terdiri daripada tidak melebihi 9 orang.
3. Pengundian 3.1. Urusetia kehakiman bertanggungjawab menjalankan undian peserta bagi setiap acara yang dipertandingkan. 3.2. Undian giliran peserta dibuat semasa taklimat oleh urusetia di tempat acara. 3.3. Cabutan undian dilakukan oleh peserta atau wakil. 3.4. Nombor giliran peserta yang diperolehi tidak boleh ditukar. 3.5. Undian peserta yang lewat akan dibuat oleh urusetia. 4. Pakaian dan Penampilan Peserta 4.1. Pakaian yang sesuai dengan nilai-nilai Islam seperti menutup aurat, labuh dan tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan.. 4.2. Baju kebaya, jeans, sandal, selipar dan seumpama dengannya adalah dilarang sama sekali. 4.3. Peserta dikehendaki untuk memakai stokin dan kasut (berwarna hitam). Bagi peserta perempuan pula hendaklah memakai sarung kaki dan kasut bertumit (court shoes). 4.4. Rambut bagi peserta lelaki hendaklah kemas, rapi dan pendek.
5. Kehakiman 5.1. Jawatankuasa Kehakiman diketuai oleh seorang Pengerusi Jemaah Hakim. 5.2. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Hakim dan dibantu oleh panel hakim mengikut bidang yang ditetapkan.
6. Tugas-tugas Jemaah Hakim 6.1. Pengerusi Jemaah Hakim 6.1.1. Mempengerusikan mesyuarat Jemaah Hakim. 6.1.2. Memantau perjalanan penghakiman Hari Kesenian Islam 2016. 6.1.3. Mempengerusikan mesyuarat pengesahan keputusan Hari Kesenian Islam 2016. 6.1.4. Memberi ulasan keseluruhan penghakiman dan prestasi para peserta . 6.1.5. Mengumumkan keputusan Hari Kesenian Islam 2016.
6.2. Ketua Hakim 6.2.1.
Memberi taklimat penghakiman (peraturan am dan peraturan kehakiman) kepada peserta dan pengiring sebelum majlis bermula.
6.2.2. Mengedarkan borang penghakiman kepada para hakim. 6.2.3. Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan panel hakim bagi setiap bahagian. 6.2.4. Menentukan tugas hakim mengikut bidang yang dihakimi. 6.2.5. Berada di bilik hakim mengawasi penghakiman berjalan dengan lancar dan teratur. 6.2.6. Menyemak dan mengesahkan borang-borang markah Hari Kesenian Islam 2016. 6.2.7.
Menyediakan keputusan, ulasan dan rumusan keseluruhan penghakiman untuk diserahkan kepada Pengerusi Jemaah Hakim.
6.2.8. Melaporkan sebarang masalah kepada Pengerusi Jemaah Hakim. 6.3. Hakim 6.3.1. Melapor diri kepada Ketua Hakim. 6.3.2. Menghadiri mesyuarat dan taklimat jemaah hakim. 6.3.3. Menghakimi bidang yang ditentukan oleh Ketua Hakim. 6.3.4. Mencatat setiap kesalahan/bonus dalam borang Penghakiman. 6.3.5. Mencatat dan menjumlahkan markah bidang yang dihakimi.
6.3.6.Menandatangani setiap borang markah yang dihakimi dan menyerahkannya kepada Ketua Hakim. 6.3.7. Menjaga etika profesionalisme kehakiman.
7. Keputusan Hari Kesenian Islam 2016 7.1. Keputusan rasmi bagi setiap bahagian diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim. 7.2. Keputusan Jemaah hakim adalah muktamad. 7.3. Sebarang bantahan hendaklah dibuat sebelum keputusan rasmi diumumkan dengan memohon borang bantahan daripada pengerusi jemaah hakim. 8. Juru Kira, Penjaga Masa dan Pengumpul Markah. 8.1. Jemaah Hakim bagi setiap bahagian dibantu oleh juru kira, penjaga masa dan pengumpul markah yang dilantik oleh pihak urusetia.
BAHAGIAN KHAT JAWI
1.
LATAR BELAKANG
Seni khat merupakan simbol identiti masyarakat Melayu Islam dan dianggap sebagai salah satu kesenian tradisi serta khazanah kebesaran seni Islam yang tersohor sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, khususnya di Kepulauan Borneo. Namun begitu, seni khat ini seolah-olah terpinggir dan diabaikan.
Oleh itu pertandingan anjuran DBP dan KUIPs ini dengan bantuan serta diselenggarakan oleh Para Pakar dan Penggiat Khat Jawi yang ada di kawasan persekitaran, adalah sebagai usaha dan langkah yang diambil bagi memelihara dan mengembangkan semula kesenian ini agar terus diminati dan berkembang seiring dengan perkembangan Kemajuan Negara.
Pertandingan Seni Khat sempena Hari Kesenian Islam 2016 pada kali ini merupakan pertandingan yang julung kali diadakan secara terbuka sempena Hari Kesenian Islam 2016 dan ianya diharap dapat memberi impak yang besar bagi memartabatan seni khat terutamanya di kalangan Bakal Pendidik serta para belia yang akan kembali kepangkuan masyarakat awam suatu masa nanti.
1.
OBJEKTIF
Untuk memashyurkan yang mana jawi dan khat merupakan identiti terbaik bagi masyarakatnya. Melahirkan pengkarya-pengkarya baru dalam bidang seni visual khususnya seni khat dengan idea-idea yang lebih baik dan terbuka dalam menghasilkan karya khat. Dapat menyumbang kepada kemajuan seni di Perlis khasnya yang beridentiti tersendiri. Karya terbaik dari pertandingan ini akan dipemerkan di Galeri KUIPs. 2.
SYARAT PERTANDINGAN
3.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Islam yang sedang mengikuti kursus di Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Institut Pendidikan Guru, sekolah menengah di Perlis yang berminat dengan seni khat dan tulisan Jawi.
3.2. Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan pertandingan sendiri seperti berikut: Dakwat hutam (Indian Ink) Pen khat / Calligraphy Pen 3.0. Pembaris, pensel, getah pemadam dan liquid. Lain-lain alat keperluan sendiri. Tulisan berukuran sederhana kerana ayat panjang. 3.3. Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh penganjur pertandingan. i.Ayat 27 Surah Al Fathir- Khat Nasahk ii.Ayat 255 Surah Al Baqarah- Khat Thuluth iii.Ayat 1-5 Surah Al Alaq- Khat Riq’ah
3.4. Setiap peserta dikehendaki membawa kad pengenalan dan melaporkan diri kepada Urusetia Pertandingan pada jam 8.30 pagi (setengah jam sebelum pertandingan dimulakan). 3.5. Pihak penganjur menyediakan kertas bagi pertandingan ini. Para peserta dikehendaki menggunakan kertas yang disediakan oleh urusetia sahaja. 3.6. Peserta akan diberikan masa selama 3 jam untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing. 3.7. Karya-karya yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hakmilik penganjur. 3.8. Yuran Penyertaan sebanyak RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA) bagi setiap peserta (penyertaan) dan pembayaran hendaklah dibuat semasa sesi pendaftaran.
4.
PENGHAKIMAN HASIL KARYA
4.1 Satu panel pengadil akan mengadili pertandingan ini. 4.2. Tulisan akan diadili dari segi ketepatan kaedah jenis khat yang muktabar mengikut jenis khat yang dipertandingkan. 4.3. Setiap karya akan dinilai dari segi kemahiran, kreativiti dan kebersihan serta penyusunan huruf dan kalimah di antara satu dengan yang lain sehingga melahirkan seni khat yang indah dan menarik. 4.4. Penggunaan zuhruf atau ukiran sebagai perhiasan tulisan adalah dialu-alukan memperindahkan lagi karya yang dihasilkan. 5.
HADIAH PERTANDINGAN
5.1
Hadiah yang MENARIK akan disediakan kepada Para Pemenang :iiiiiiiv-
5.2
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA HADIAH SAGUHATI .
Sijil penyertaan dan cenderamata akan diberikan kepada setiap penyertaan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Urusetia Jawatankuasa Pengelola :
Kolej Universiti Islam Perlis No. Tel: 04-9493000 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 01/10/2016
bagi
Kaedah Penghakiman Pertandingan Seni Khat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Bahagian Kaedah Khat (50 %)
Teks yang hendak ditulis seharusnya lengkap dengan syakal I’rabiah serta tidak tertinggal sebahagian ayat atau huruf. Syakal Tajmiliah hanya untuk jenis khat Thuluth sepenuhnya dan hanya sedikit penggunaannya bagi khat Nasakh. Manakala khat Riq’ah tidak memerlukan syakal Tajmili. Pembentukan huruf perlu mengikut kaedah penulisan muktabar merujuk kepada jenis- jenis khat tertentu.
Kaedah susunan ayat yang seimbang. Tidak terlalu padat dan tidak terlalu jarang.
Bahagian Gabungan Kreativiti (30 %)
Khat Nasakh dan khat Riq’ah hanya sesuai ditulis memanjang dan tidak boleh secara bertindanan. Khat Thuluth boleh ditulis mengikut kesesuaian (bulat, bujur telur, segi empat, kubah dan sebagainya) tanpa mengabaikan kaedah pembentukan huruf.
Bahagian Hiasan dan kekemasan (20 %)
Di benarkan peserta untuk membuat seni kerawang mengikut motif yang bersesuaian (asas geometri boleh digunakan). Persembahan tulisan seharusnya kemas dan mempunyai kemahiran mengendalikan dakwat.
Hal-Hal Lain
Peserta hanya dibenarkan menulis teks yang telah di agihkan. Setiap penambahan teks tidak mengurangkan markah dan tidak juga membantu untuk menambah markah bagi karya yang telah disiapkan.
BORANG PERMOHONAN PENYERTAAN
1.
Nama Peserta : ______________________________________________
2.
No. KP/Passport : ______________________________________________
3.
Tarikh Lahir
: ______________________
4.
Umur : _______________
5.
IPG/IPTA/IPTS/SEKOLAH : ______________________________________________
6.
No. Tel/HP
:
______________________________________________ 7.
Yuran (RM50) : ___________________
8.
No. Resit : _________________
*** -Sertakan SALINAN Kad Pengenalan / Kad Matrik Pelajar -Pastikan ANDA mendapatkan SALINAN RESIT selepas PEMBAYARAN.
PENGESAHAN / AKUAN PESERTA Dengan ini adalah disahkan bahawa __________________________________________________ No. KPT / No Matrik : __________________________ adalah (pelajar) Yang sedang menuntut pengajian di __________________________________________________ di bawah seliaan pihak kami. Terima kasih.
Tandatangan Nama Pegawai
COP RASMI :
: __________________________ : ____________________________________________
Jawatan
: ____________________________________________
Tarikh
: ___________________________