POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017 POLITEKNIK MELAKA, NO. 2, JALAN PPM 10, PLAZA PANDAN MALIM, BALAI PANJANG, 75250 MELAKA.
LAMAN WEB : http://www.polimelaka.edu.my NO. TELEFON : 06-337 6000 / 6118 / 6054 / 6058 NO. FAKS : 06-337 6007
1
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
PERKARA M/S A. PERSEDIAAN HARI PENDAFTARAN 1. Ringkasan Carta Alir Lapor Diri Pelajar Baru Sesi Jun 2017 2. Senarai Semak Dokumen Untuk Di Bawa Semasa Hari Pendaftaran
3 4
B. PANDUAN PENDAFTARAN PENGAJIAN 1. Hari Pendaftaran Pengajian 2. Dokumen Yang Mesti Dibawa Pada Hari Pendaftaran Pengajian 3. Pakaian Dan Rupa Diri Semasa Hari Pendaftaran Pengajian 4. Program Minggu Suai Kenal (MSK)
5 5 6 7
MAKLUMAT AM 1. Panduan ke Politeknik Melaka (PMK) 2. Peta Lokasi ke Politeknik Melaka (PMK) 3. Pelan Lantai Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2017 Politeknik Melaka 4. Bayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai 5. Contoh Pembayaran BAYARAN PELBAGAI Politeknik Melaka (BSN) 6. Pra-pendaftaran Pelajar Baru Secara Dalam Talian (Online) 6.1 Tatacara Pra-pendaftaran Pelajar Baru Secara Dalam Talian (Online) melalui SPMP 7. 8. 9. 10.
Kemudahan Tempat Tinggal Bantuan Kewangan Rupa Diri Pelajar Politeknik Melaka Hal-Hal Lain
C. ARAHAN DAN PANDUAN MENGISI MAKLUMAT SAKSI BORANG BHEP3 - BHEP5 1. Warganegara 2. Jawatan 3. Saksi LAMPIRAN 1 1. Perincian Bayaran Pelbagai 2. Kalendar Akademik Sesi Jun 2017 3. Amanat dari JHEPP - Apakah yang pelajar perlu tahu mengenai Program Pelajar di PMK?
8 9 10 11 12 13
13-14 15 15 16 17
18 18 18
19 20 21 - 22
2
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
A. PERSEDIAAN HARI PENDAFTARAN 1. RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR BARU SESI JUN 2017 KEPUTUSAN PENEMPATAN KEMASUKAN SESI JUN 2017
(boleh mula disemak mulai 20 Mei 2017)
CETAK SURAT TAWARAN DAN BORANG BHEP 1 – 6 DI LAMAN WEB www.politeknik.edu.my
CETAK MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN BAYARAN YURAN DI LAMAN WEB www.polimelaka.edu.my
BAYAR YURAN DAN LENGKAPKAN DOKUMEN PENDAFTARAN (BHEP 1-6)
MEMBUAT PRA-PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN DI URL http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru .jsp
HADIR PADA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN PADA 4 JUN 2017
NOTA : Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 3 hari pembayaran yuran dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian.
3
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
2. SENARAI SEMAK DOKUMEN HARI PENDAFTARAN Sila semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda dan sila bawa bersama dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran berkenaan . 1. PENDAFTARAN PENGAJIAN 1.1
Kad Pengenalan
1.2
Borang Jawapan Tawaran (BJT- JPP) 1.2.1 Borang Jawapan Tawaran (BJT- JPP) 1.2.2 Salinan Surat Tawaran yang Disahkan 1.2.3 Salinan Kad Pengenalan yang Disahkan 1.2.4 Salinan Keputusan SPM/Transkrip Akademik yang Disahkan 1.2.5 Salinan Sijil Ko-Kurikulum yang Disahkan 1.2.6 Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Pengajian yang Disahkan
1.3
Borang-Borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi dan dilekatkan gambar. Sila kepilkan mengikut tertib. 1.3.1 BHEP 1 – Borang Maklumat Peribadi Pelajar 1.3.2
BHEP 2 – Borang Pemeriksaan Kesihatan
1.3.3
BHEP 3 – Borang Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan
1.3.4
BHEP 4 – Borang Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung
1.3.5
BHEP 5 – Borang Akuan Pelajar dan Ibubapa/Penjaga
1.3.6
BHEP 6 – Aku Janji Pelajar (Salinan Pelajar/Salinan JHEPP)
1.4
Salinan slip bayaran BIMB (Yuran Pengajian) bernilai RM200 atas nama POLITEKNIK KPT .
1.5
Salinan slip Wang Tunai Masuk BSN (Bayaran Pelbagai) bernilai RM600 atas nama Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad.
1.6
Gambar warna terbaru (saiz gambar kad pengenalan) 3 keping
1.7
Salinan Slip Pengesahan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) SPMP yang telah dicetak.
PERINGATAN: Sila bawa semua dokumen ASAL ke politeknik untuk tujuan semakan atau permohonan pinjaman sekiranya diperlukan. 4
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
B. PANDUAN PENDAFTARAN PENGAJIAN Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lanc ar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi. 1. HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar PMK pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut : Tarikh : 4 Jun 2017 (Ahad) Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Politeknik Melaka No. 2 Jalan PPM 10 Plaza Pandan Malim 75250 Melaka PERHATIAN :Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini. 2. DOKUMEN YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN 2.1 Dokumen-dokumen asal yang berikut:a) Kad Pengenalan b) Bukti pembayaran Yuran Pengajian RM 200 (BIMB) c) Bukti pembayaran Bayaran Pelbagai RM 600 (BSN) 2.2 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap (sila rujuk lampiran) 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 2.2.6
BHEP1 BHEP2 BHEP3 BHEP4 BHEP5 BHEP6
-
Borang Maklumat Peribadi Pelajar Laporan Pemeriksaan Doktor Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) & Pembedahan lkrar pelajar dan Lepas Tanggung Akuan Pelajar Dan Akuan IbuBapa/Penjaga Akujanji Pelajar
2. 3 TIGA (3) KEPING GA MB AR warna yang terbaru berukuran kad pengenalan. Semua pelajar Ielaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, hendaklah yang tidak mendedahkan bahagian bahu. Sila catatkan nama anda dan kursus anda di belakang setiap keping gambar untuk tujuan ditampal pada muka depan Fail Peribadi Pelajar, BHEP1 dan BHEP2.
5
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
3. PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN PELAJAR
Pelajar Lelaki
Pelajar Perempuan
PEMAKAIAN Baju kemeja lengan panjang/pendek bewarna putih; Seluar slack bewarna gelap; Berkasut/sepatu dan berstokin (kasut sukan tidak dibenarkan); Bertali leher warna gelap. Berambut pendek. Bagi pelajar Islam - Baju kurung tradisional/kebaya labuh/kebarung dan bertudung Bagi pelajar bukan Islam – kemeja/blouse dan seluar slack/mini skirt labuh mestilah melepasi paras lutut; Kasut bertutup atau bertali dan berstokin; Kain hitam (untuk dipakai semasa upacara perasmian dan penutup Minggu Suaikenal)
NOTA : 3.1 Para pelajar DIMESTIKAN BERPAKAIAN SEPERTI PANDUAN DI ATAS bagi memastikan kelancaran proses mengambil gambar bagi tujuan pengambilan gambar untuk kad pelajar. 3.2 Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan. 3.3 Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi (rujuk gambarajah). 3.4 Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan tidak dibenarkan. 3.5 Pelajar lelaki dikehendaki memakai baju korporat Politeknik Melaka dengan seluar slack hitam sepanjang mengikuti Program Suaikenal. Pelajar perempua n dikehendaki memakai baju korporat Politeknik Melaka dan kain hitam.
Jadual 3 : Contoh Pemakaian Semasa Hari Pendaftaran
6
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
4. PROGRAM MINGGU SUAIKENAL (MSK) Semua pelajar baru DIWAJIBKAN mengikuti Program Minggu Suaikenal yang diadakan dan mematuhi semua peraturan yang telah digariskan. (Sila rujuk Buku Program Minggu Suaikenal (MSK) yang diterima semasa hari pendaftaran). NOTA : 1. Semua pelajar diwajibkan mematuhi peraturan rupadiri pelajar Politeknik Melaka sepanjang program Minggu Suaikenal (5 – 9 Jun 2017). 2. Pelajar perempuan dikehendaki menyediakan kain hitam untuk dipakai bersama baju korporat.
7
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
MAKLUMAT AM
1. PANDUAN KE POLITEKNIK MELAKA (PMK) Kampus Politeknik Melaka terletak lebih kurang 5 km dari Pusat Bandar Melaka. Sekiranya anda daripada Muar, sila menuju ke arah Alor Gajah melalui Lebuh AMJ, PMK terletak di sebelah kiri jalan, di belakang Bangunan Wisma Malacca Securities. Jika anda daripada Alor Gajah, sila menuju ke arah Pusat Bandar melalui Lebuh AMJ. PMK terletak di sebelah kanan jalan, di belakang Bangunan Wisma Malacca Securities. Bangunan PMK terdiri daripada 13 unit rumah kedai yang telah dibeli oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1999 dan 12 unit rumah kedai yang disewa. Oleh kerana itu, rumah kedai ini telah diubahsuai sepenuhnya, lengkap dengan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh sebuah institut pengajian tinggi.
8
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
2. PETA LOKASI POLITEKNIK MELAKA (PMK)
30 KM
PETA LOKASI KE POLITEKNIK MELAKA
CHENG
SIEMMA TRAZO
Dari Malim
Restoren Sri Percik
POLITEKNIK MELAKA Dari Malim Dari Malim
10km
9
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
3. PELAN LANTAI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017 POLITEKNIK MELAKA (AHAD, 4 JUN 2017)
JKE BK 5 & 6
BANGUNAN AKADEMIK
JKA BK 7 & 8
JKM BK 9 & 10
BANGUNAN AKADEMIK
2
URUSETIA
3
1
4
TAKLIMAT WARIS
SEKATAN WARIS
LALUAN UTAMA PELAJAR / WARIS
KAD PELAJAR
BANGUNAN AKADEMIK
WAKAF
BARANG MSK
RUMAH SEWA
2
BLOK PENTADBIRAN
SEKATAN LALUAN
JP BK29&30
TEMPAT PENDAFTARAN 1. JABATAN PERDAGANGAN (BK29&30) 2. JAB. KEJ ELEKTRIK (BK5&6) 3. JAB. KEJ AWAM (BK7&8) 4. JAB. KEJ MEKANIKAL (BK9&10)
BANGUNAN AKADEMIK
TURUTAN PENDAFTARAN 1. URUSETIA 2. PENDAFTARAN 3. GAMBAR KAD PELAJAR 4. BARANGAN MSK
PETUNJUK LALUAN PELAJAR SEKATAN TABIR
10
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
4. BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI Pelajar dikehendaki membawa perkara-perkara berikut untuk tujuan bukti pembayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai: Y UR AN P E NG A JI A N : a) Salinan makluman bayaran sekiranya pembayaran dilakukan melalui perbankan internet BIMB atau; b) Resit bayaran sekiranya pembayaran dilakukan d i mesin ATM BIMB, atau; c) Resit bayaran sekiranya pembayaran dilakukan di mesin deposit BIMB. B ay ar an P e l b ag ai :a) Salinan Borang Wang Tunai Masuk Bank Simpanan Nasional (BSN ).
PROGRAM PENGAJIAN
KAEDAH BAYARAN BIL
3.1
JENIS BAYARAN
Yuran Pengajian
Dip. Kejuruteraan Awam Dip. Kejuruteraan Mekanikal Dip. Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) Dip. Akauntansi Dip. Perniagaan Antarabangsa
RM 200.00
Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama POLITEKNIK KPT * Mulai 15 OGOS 2013, BIMB TELAH MENGHENTIKAN KUTIPAN BAYARAN DI KAUNTER bagi Yuran Politeknik dan Bayaran Balik Pinjaman KPT. * Bayaran boleh dibuat mulai 20 Mei 2017. Digalakkan menggunakan Mesin Deposit Tunai (CDM). * Bayaran hanya perlu dibuat atas nama POLITEKNIK KPT, tiada nombor akaun diperlukan. Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank
3.2
Bayaran Pelbagai (Minggu SuaiKenal, Insurans, Kad Pelajar, Aktiviti Pelajar dll.)
RM 600.00
Simpanan Nasional dengan akaun bank bernombor 0410041000152319 atas nama Koperasi Politeknik Kota Melaka Berhad. Gunakan borang Wang Tunai Masuk BSN yang disediakan oleh pihak bank. Sila Rujuk LAMPIRAN 2 sebagai panduan untuk menulis maklumat pada slip bank BSN. * Bayaran boleh dibuat mulai 20 Mei 2017. * Bayaran BSN hanya boleh dibuat di KAUNTER BSN SAHAJA. Anda digalakkan untuk membuat pembayaran di bank bagi mengelak sebarang permasalahan yang akan timbul pada masa hadapan.
11
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
5. CONTOH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK MELAKA (BSN): (SILA BUAT PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI MENGGUNAKAN SLIP DEPOSIT BANK DI MANA-MANA CAWANGAN BSN BERHAMPIRAN)
(A) NUR NADIRAH BINTI AHMAD BD 920612-04-2008 (B) UL BD (C) KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD RA UL (D) 0410041000152319 HI RA BD (E) RM ***.** M HI UL (F) BD BAYARAN PELBAGAI BI M RA UL N BI HI RA RA N *** RM600.00 M HI KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD (G) ZA RA BI M UL (H) LI ZA N BI RA UL LI RA N HI RA ZA RA M HI LI ZA BI M LI N CONTOH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN BI RA N ZA (A) NAMA : NUR NADIRAH BINTI AHMAD RA (B) NO. : 920612-04-2008 LI KP PELAJAR ZA
Nadirah
(C) (D) (E) (F) (G)
NAMA PENERIMA BAYARAN : KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD LI NO. AKAUN PENERIMA BAYARAN : 0410041000152319 JUMLAH BAYARAN : RM***.** PERKARA : BAYARAN PELBAGAI PASTIKAN BANK IN SLIP BERCETAK “ KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD BERJUMLAH **RM600.00 (H) T.T PELANGGAN : TANDATANGAN PELAJAR/PELANGGAN
PENTING : b) Semua bentuk bayaran PERLU DIBUAT SEBELUM HARI PENDAFTARAN. c) Sila pastikan setiap pembayaran adalah yang ditulis ATAS NAMA PELAJAR SENDIRI. d) Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah mendahulukan pembayaran di atas sebelum hari pendaftaran. Tuntutan balik daripada penaja boleh dibuat kemudian. e) Sila pastikan bayaran (Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai) di bayar dengan amaun yang betul dan kaedah yang dinyatakan. f) Maklumat mengenai perincian bayaran pelbagai boleh dilihat di LAMPIRAN 3. g) Kos pengajian yang ditanggung oleh Kerajaan untuk seorang pelajar di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ialah RM5000 setahun. h) Salinan borang Wang Tunai Masuk dianggap sah bila terdapat cetakan komputer oleh manamana cawangan BSN.
12
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
6. PRA-PENDAFTARAN PELAJAR BARU SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) Sila layari laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp untuk membuat pra-pendaftaran pengajian mulai 20 Mei 2017 atau selepas dua (2) hari anda selesai menjelaskan bayaran Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai. Cetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian dan bawa semasa mendaftar pada hari pendaftaran pengajian. 6.1
TATACARA PRA-PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI SPMP 1) Telah membuat semua pembayaran. 2) Login http://spmp.polimelaka.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp selepas 72 jam (3 hari) membuat pembayaran dan paparan berikut akan keluar. 3) Masukkan No Kad Pengenalan. Klik Teruskan.
4) Paparan berikut akan keluar. Klik Langkah ke-4 (Daftarkan Saya) * Sila pastikan ada 4 langkah yang akan terpapar
Daftarkan Saya
13
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
5) Paparan berikut akan keluar. Cetak slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian
6) Contoh Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian dan dibawa semasa mendaftar pada
hari pendaftaran pengajian.
14
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
7. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL
Politeknik Melaka TIDAK MENYEDIAKAN ASRAMA sepertimana kampus Politeknik lain. Walau bagaimana pun anda boleh merujuk senarai terkini MAKLUMAT PENYEDIA PENGINAPAN / RUMAH SEWA SEKITAR POLITEKNIK MELAKA yang disediakan di laman web PMK (www.polimelaka.edu.my). Namun, para pelajar baru disyorkan untuk menyewa di KAMSIS yang disediakan oleh KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD. Untuk pertanyaan boleh dihubungi di talian 013-3989875 (panggilan) atau merujuk senarai terkini MAKLUMAT PENYEDIA PENGINAPAN / RUMAH SEWA SEKITAR POLITEKNIK MELAKA yang disediakan. Tempat penginapan / rumah sewa adalah terhad.
8. BANTUAN KEWANGAN Politeknik Melaka TIDAK MENYEDIAKAN BIASISWA ATAU SEBARANG BANTUAN KEWANGAN tetapi pelajar boleh memohon biasiswa/ bantuan kewangan melalui Politeknik atau memohon sendiri daripada mana-mana penaja. Maklumat berkaitan boleh diperolehi daripada iklan yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan atau maklumat di papan kenyataan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Politeknik Melaka. Pelajar yang berminat untuk memohon PTPTN boleh melayari laman web URL http://www.ptptn.gov.my/gateway/ untuk membuat permohonan. Pelajar juga dinasihatkan melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum membuat permohonan bagi memastikan kelancaran permohonan tersebut; a) b) c) d)
Membeli no PIN PTPTN di Bank Simpanan Nasiaonal (BSN) Membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad Membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Memiliki akaun emel yang sah
Pelajar juga dinasihatkan supaya membuat permohonan biasiswa/ pinjaman dari Yayasan Negeri atau mana-mana Tabung Yayasan, Majlis Agama Islam, Pusat Zakat, Tabung Amanah, Syarikat Swasta atau Badan Berkanun sebelum mendaftar diri di PMK. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon bantuan kewangan dari Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis. Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran dan lain-lain.
15
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
9. RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK MELAKA Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam dimestikan menutup aurat. 9.1 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki 9.1.1 Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. 9.1.2 Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). 9.1.3 Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna. 9.1.4 Pemakaian baju Melayu (baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang beserta samping dan bersongkok hitam). 9.1.5 Seluar slack panjang. 9.1.6 Seluar jeans dilarang. 9.1.7 Berkasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin. 9.1.8 Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan. 9.1.9 Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi. 9.1.10 Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan. 9.1.11 Sebarang bentuk perhiasan tidak dibenarkan. 9.2 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan 9.2.1 Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan tidak dibenarkan. 9.2.2 Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung. 9.2.3 Pelajar bukan Islam dilarang memakai skirt yang lebih pendek dari paras lutut. 9.2.4 Baju T berkolar dan baju T tidak berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik tidak dibenarkan. 9.2.5 Kain hendaklah labuh, longgar dan tidak jarang. 9.2.6 Seluar slack panjang yang tidak ketat. 9.2.7 Seluar jeans dilarang. 9.2.8 Kasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin. 9.2.9 Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi dan seumpamanya tidak dibenarkan. 9.2.10 Pelajar Islam dimestikan memakai tudung. 9.2.11 Rambut berwarna tidak dibenarkan. 9.2.12 Tidak digalakkan memakai barang kemas yang berlebihan. 9.2.13 Tidak dibenarkan mencukur bulu kening dan mengenakan solekan yang berlebihan.
16
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
10. HAL-HAL LAIN 10.1
Semua pelajar dinasihatkan menyediakan pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syaratsyarat berpakaian sepertimana yang dijelaskan dalam bahagian Pakaian dan Rupadiri Pelajar.
10.2 Pelajar digalakkan menyimpan 3 salinan fotostat dokumen-dokumen peribadi yang telah disahkan untuk urusan permohonan biasiswa/ Pinjaman Tabung Pendidikan Pinjaman, PTPTN, termasuklah salinan fotostat (di atas kertas saiz A4) surat tawaran dan kad pengenalan ibu bapa.
17
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
C. ARAHAN DAN PANDUAN MENGISI MAKLUMAT SAKSI BORANG BHEP3 BHEP5 1. WARGANEGARA Semua saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. 2. JAWATAN Saksi yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan, hendaklah menjawat jawatan tetap sahaja dan memegang jawatan pentadbiran ; Bagi saksi yang bukan Pegawai Kerajaan, mereka hendaklah yang telah diberi kuasa perundangan.
3. SAKSI (i) KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (Gred 3 / Kumpulan A ke atas) a) Semua pegawai kerajaan Gred 41 / Kumpulan A dan ke atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah ; b) Saksi mestilah mempunyai cop nama, jawatan dan jabatan yang sah sahaja dan jawatan bagi pihak (b.p) tidak diterima ; (ii) PEGAWAI PENDIDIKAN a) Pensyarah di IPTA / Politeknik / Kolej Komuniti; b) Pegawai Pendidikan Negeri / Daerah ; c) Pengetua / Penolong Kanan Pengetua di Sekolah Menengah Kerajaan/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (DG41).
(iii) PEGAWAI PERKHIDMATAN PERUBATAN / KESIHATAN (a) Semua doktor yang bertugas di hospital dan di Pusat Kesihatan Kerajaan sahaja. (iv) PEGAWAI KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN a) Semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan kerajaan. (Contoh : Hakim, Majistret, Peguam Persekutuan, Penasihat Undang-Undang dan Pendaftar Mahkamah); b) Semua Peguambela dan Peguamcara; c) Jaksa Pendamai.
18
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
1. PERINCIAN BAYARAN PELBAGAI
LAMPIRAN 1 SEMESTER 1 Diploma Kejuruteraan Awam
BIL
PERKARA
Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) Diploma Akauntansi Diploma Perniagaan Antarabangsa
1
2
SUKAN DAN KEBUDAYAAN Sukan
10.00
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
5.00
Majlis Sikan Politeknik
20.00
KEUSAHAWANAN Aktiviti Keusahawanan Pelajar
3
4
5
15.00
PERKHIDMATAN PSIKOLOGI & KERJAYA Perkhidmatan Psikologi
5.00
Perkhidmatan Kerjaya
5.00
HAL EHWAL PELAJAR Majlis Perwakilan Pelajar
15.00
Sukarelawanan YES!
10.00
Kelab dan Persatuan
10.00
Kebajikan Pelajar
25.00
Program Outreach
5.00
Pembangunan Sahsiah
5.00
Insurans Pelajar
110.10
Kelengkapan Minggu Suaikenal
160.00
Pengurusan Minggu Suaikenal
120.00
AKADEMIK Kokurikulum Berkredit
20.00
JABATAN AKADEMIK AKtiviti Jabatan
19.90
Kemahiran dan Inovasi
15.00
JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER
10.00
JABATAN PENGAJIAN AM
6
Program Pendidikan Islam & Moral
5.00
Poly. English Enhancement Programme
5.00
UNIT PEPERIKSAAN Pengurusan Peperiksaan Pelajar
5.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 600.00
19
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
2. KALENDAR AKADEMIK SESI JUN 2017 POLITEKNIK MELAKA TARIKH
MINGGU
AKTIVITI
04/06/2017 – 08/06/2017
1 minggu
11/06/2017 – 22/06/2017
2 minggu
Aktiviti Suaikenal /Pendaftaran Perkuliahan
25/06/2017 – 29/06/2017
1 minggu
Cuti Khas Semester I
02/07/2017 – 10/08/2017
6 minggu
Perkuliahan
13/08/2017 – 17/08/2017
1 minggu
Cuti Pertengahan Semester
20/08/2017 – 12/10/2017
8 minggu
Perkuliahan
15/10/2017 – 19/10/2017
1 minggu
Cuti Khas Semester II
21/10/2017 – 04/11/2017
2 minggu
Peperiksaan Akhir Semester
06/11/2017 – 24/11/2017
3 minggu
Cuti Semester
LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri : 19/06/2017 sehingga 03/11/2017
Penilaian LI : 06/11/2017 sehingga 17/11/2017
*Sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa. CUTI UMUM MELAKA
25 Jun 2017 26 Jun 2017 27 Jun 2017 29 Julai 2017 31 Ogos 2017 1 September 2017 16 September 2017 21 September 2017 13 Oktober 2017 18 Oktober 2017
- Hari Raya Aidilfitri - Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua) - Hari Raya Aidilfitri * - Hari Keputeraan Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong - Hari Kebangsaan - Hari Raya Aidiladha - Hari Malaysia - Awal Muharram - Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka - Deepavali
Nota : Pelajar diingatkan untuk menguruskan sendiri lebih awal urusan pembelian tiket bas dan lain-lain pengangkutan awam lain bagi urusan balik kampung untuk Hari Raya Aidilfitri.
20
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
3. AMANAT JHEPP ASSALAMUALAIKUM SEMUA PELAJAR PMK. APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR DI PMK? 1) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang diadakan di Politeknik Melaka. OBJEKTIF Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa. Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada di Politeknik. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar. Menggalakkan penyertaan aktif pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan. 2) RAKAN MPP RAKAN MPP dipilih dilantik daripada kalangan pelajar Semester 1 yang belum layak menyertai pilihanraya. 3) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Politeknik Melaka iaitu https://www.facebook.com/PoliteknikMelaka 4) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) https://www.facebook.com/MajlisPerwakilanPelajarPoliteknikMelaka/ 5) Sistem Aktiviti Pelajar (SIAP) SIAP merupakan satu sistem yang menggantikan Buku Merah dalam merekodkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pelajar di Politeknik Melaka (PMK). Pelajar yang memperolehi markah tertinggi di peringkat jabatan masing-masing akan dianugerahkan Anugerah Pelajar Aktif manakala pelajar yang paling tinggi markah akan dianugerahkan Anugerah Emas. Pelajar lain yang mendapat antara markah tertinggi dalam sesuatu jabatan ,akan dijemput ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan setiap hujung semester di PMK.(bergantung kepada kekosongan)
21
POLITEKNIK MELAKA
[BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI JUN 2017]
6) Pelajar Hebat Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar politeknik yang menonjol; yakni mempunyai ciri-ciri personaliti unggul (towering personality) dapat mewakili politeknik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebaris dengan wakil dari institusi pengajian tinggi yang lain. 7) Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) Majlis anugerah kecemerlangan pelajar (MAKP) Politeknik Melaka diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik serta bergiat aktif ko-kurikulum, MAKP dapat memberikan pelajar galakan dan motivasi dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan keputusan cemerlang dan sentiasa mengaktifkan diri dalam ko-kurikulum. Setakat sesi Jun 2016, MAKP telah diadakan sebanyak 22 kali dan ianya dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). PERANAN PELAJAR BARU Sentiasa memberi komitmen kepada semua aktiviti yang dijalankan oleh MPP PMK Bersedia untuk membantu MPP dengan memohon untuk menyertai MPP melalui RAKAN MPP (RAKAN MPP sebagai sayap MPP yang dipilih dikalangan pelajar Semester 1 yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen yang sangat tinggi) Menonjolkan diri sebagai bakal pemimpin masa depan yang mempunyai ketrampilan, keyakinan diri, softskill dan gaya kepimpinan yang hebat. Sentiasa berusaha untuk menjadi PELAJAR HEBAT (akan diterangkan semasa Minggu Suai Kenal).
22