LAMPIRAN A
BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012) 1.
Nama Organisasi: PEJABAT KETUA PENDAFTAR, MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
2.
Nama Projek/Sistem/Inisiatif OSS Yang Dicalonkan: SISTEM MAKLUMAT LAPORAN HARIAN (eDaily Report)
3.
Tarikh (bulan & tahun) projek/system/inisiatif yang dicalonkan mula beroperasi: 15 APRIL 2011
4.
Maklumat pegawai yang membuat pencalonan: Nama:
DATO’ HASHIM BIN HAMZAH
Jawatan:
KETUA PENDAFTAR
Agensi:
MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
Alamat:
ARAS 3, ISTANA KEHAKIMAN, PRESINT 3, 62506 PUTRAJAYA
5.
Telefon:
03-88803782
Faks:
03-88803886
E-mel:
[email protected]
Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut: Nama:
NURUL HUSNA BINTI AWANG
Jawatan:
TIMBALAN PENDAFTAR, MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Telefon:
03-88803887
Faks:
03-88803779
E-mel:
[email protected]
LAPORAN PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)
1.
Nama Projek/Sistem/Inisiatif SISTEM MAKLUMAT LAPORAN HARIAN (eDaily Report)
2.
Profil Kementerian / Jabatan / Institusi (maksimum 200 patah perkataan)
Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMPM) merupakan ibu pejabat yang bertanggungjawab atas pentadbiran Mahkamah di seluruh Malaysia selaras dengan misi PKPMPM iaitu memastikan Pentadbiran Badan Kehakiman dilaksanakan dengan adil dan efisien. 3.
Sinopsis Projek/Sistem/Inisiatif (maksimum 150 patah perkataan) Bagi projek/sistem/inisiatif: # Ringkasan / Keterangan # Faedah kepada orang awam / Kerajaan # Kelebihan / keistimewaan projek/sistem/inisiatif # Mengapa projek/sistem/inisiatif layak memenangi Anugerah MYGOSS
Sistem e-Daily Report merupakan satu sistem pemantauan laporan harian bagi Mahkamah Rendah yang terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di seluruh Malaysia. Objektif utama sistem eDaily Report ini adalah untuk memudahkan pihak pengurusan tertinggi di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMPM) dan Hakim Pengurus membuat pemantauan mengenai urusan dan aktiviti harian Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret. Inisiatif
ini
secara
tidak
langsung
telah
meningkatkan
kadar
keberkesanan dan kebertanggungjawaban pengguna sistem ini di seluruh Malaysia dalam mengendalikan urusan dan aktiviti harian Mahkamah. Setiap Mahkamah dikehendaki untuk mengisi urusan dan aktiviti harian seperti perbicaraan kes dan urusan pentadbiran yang berlangsung di Mahkamah tersebut. Sistem ini layak untuk memenangi Anugerah MYGOSS adalah kerana Sistem ini merupakan satu sistem yang dapat memudahkan pihak PKPMP dalam penyediaan statistik bagi tujuan pemantauan yang bukan sahaja digunakan oleh pihak PKPMP malahan juga sebagai sumber
rujukan utama bagi agensi luar seperti Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Majlis Peguam. 4.
Teknologi yang digunakan (maksimum 150 patah perkataan) Penggunaan development tools, pangkalan data, language, teknologi, platform, dan lain-lain
Sistem e-Daily Report telah dibangunkan dengan menggunakan kod yang dihasilkan sendiri oleh PKPMP dan juga sumber kod yang terdapat di internet. Berikut adalah perisian dan perkakasan yang digunakan di dalam pembangunan sistem ini. 1) Development Tools : Notepad++, Dreamweaver CS4, PHPMyadmin 2.11.9.2 2)
Pangkalan Data : MySQL 5.0.67
3) Bahasa Pengaturcaraan : PHP 5.2.6, HTML, JavaScript 4) Platform : ClearOS 5.2 Pihak kami memilih ClearOS 5.2 sebagai Sistem Operasi (OS) sebagai Pelayan sistem ini memandangkan kesesuaian OS tersebut untuk berfungsi sebagai pelayan Sistem serta menyokong pangkalan data dan bahasa yang digunakan untuk membangunkan sistem ini. 5.
Kelebihan / Keunikan (maksimum 350 patah perkataan) # Faedah kepada orang awam / Kerajaan # Kelebihan projek/sistem/inisiatif berbanding projek/sistem/inisiatif lain # Kelainan konsep dan idea bagi projek/sistem/inisiatif # Peningkatan keberkesanan (termasuk mengurangkan birokrasi) # Perkongsian maklumat # Lain-lain
Dengan adanya Sistem ini, Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret dapat menjimatkan masa yang diluangkan dalam menyediakan laporan harian
untuk
diserahkan
kepada
PKPMP.
Sebelum
sistem
ini
diwujudkan, setiap Mahkamah dikehendaki menghantar laporan harian menggunakan format Microsoft Word/Microsoft Excel melalui emel kepada
pihak
PKPMPM.
Ini menyukarkan
pihak PKPMP untuk
memantau dan memastikan laporan harian telah dihantar oleh semua Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret. Di samping itu, pihak PKPMP perlu menggunapakai sumber tenaga yang ramai bagi menjayakan tugasan ini. Setelah sistem ini dibangunkan, hanya beberapa orang pegawai sahaja diperlukan untuk memantau penggunaan sistem. Kini,
setelah setahun beroperasi, hanya seorang pegawai sahaja ditugaskan untuk memantau sistem ini secara keseluruhan. Selain itu, tempoh masa yang panjang diambil perlu diperuntukkan bagi menyediakan statistik yang dipohon oleh pihak pengurusan tertinggi. Ini adalah kerana data yang diperlukan untuk menyediakan statistik tersebut perlu disemak terlebih dahulu secara manual dan satu persatu menerusi statistik keseluruhan kes Mahkamah. Namun dengan hanya satu data di dalam Sistem e-Daily Report, ia dapat digunakan untuk menghasilkan statistik seperti statistik penangguhan kes, statistik waktu persidangan dan sebagainya. Data yang diperolehi daripada Sistem tersebut telah dijadikan sebagai rujukan utama semasa mesyuarat di antara pihak Mahkamah dengan Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan PDRM. Sistem
ini
bukan
sahaja
memudahkan
pihak
PKPMPM
untuk
mengakses laporan harian Mahkamah Rendah seluruh Malaysia malahan pegawai di setiap Mahkamah dapat menyemak laporan harian masing-masing dengan lebih praktikal dan cepat. Pindaan laporan juga boleh dilakukan secara terus di dalam sistem tersebut. Sistem ini adalah satu usaha dalam mengalakkan penjimatan penggunaan kertas dimana semua urusan pengisian maklumat dibuat di atas talian.
6.
Inovasi (maksimum 350 patah perkataan) # Penggunaan teknologi atau metodologi secara inovatif # Keaslian atau penambahbaikan # Keaslian konsep atau pelaksanaan (reka bentuk / pembangunan dan/atau pemasaran) # Ciri-ciri / fungsi yang ketara # Teknik pembangunan, penyelidikan atau pemasaran yang kreatif # Teknologi enabling # Menggunakan pelbagai teknologu untuk menghasilkan inovasi dan penyelesaian yang berkesan
Sistem e-Daily Report ini telah berkuatkuasa secara rasminya pada 15 April 2011 dan telah melalui beberapa penambahbaikan dalam memastikan kelancaran fungsi sistem tersebut. Penambahbaikan dilakukan secara berperingkat dari masa ke masa berdasarkan cadangan yang diberikan oleh pengguna Sistem tersebut sendiri. Antara penambahbaikannya adalah dua (2) statistik utama iaitu statistik data jatuh hukum dan statistic data penangguhan kes-kes jenayah yang dahulunya perlu diisi dan dikumpul secara berasingan dan manual
dapat dibangunkan bersama di dalam satu sistem utama iaitu e-Daily Report.
Dalam
kata
lain,
penjimatan
masa
dan
tenaga
dapat
dilaksanakan dalam menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi di mana pengguna iaitu Mahkamah hanya perlu mengisi laporan di dalam satu sistem sahaja setiap hari. Pemantauan oleh pihak PKPMPM juga dapat dijalankan dengan lebih efisien dan teratur tanpa melibatkan prosedur dan aliran kerja yang panjang. Justeru, hasil daripada pemantauan yang berkesan dan peningkatan hasil kerja tersebut, ia secara tidak langsung telah meningkatkan kadar kepuasan pelanggan menerusi servis yang pantas dan teratur. Aplikasi ini telah melalui dua kali penambahbaikan utama semenjak sistem ini mula dikuatkuasakan iaitu versi pertama dan versi kedua dalam memastikan keberkesanan kelancaran aplikasi e-Daily Report. Selain itu, pelayan sistem e-Daily Report sentiasa dikemaskini bagi memastikan pengguna menerima capaian sistem yang pantas dan lancar. 7.
Kualiti / Pengiktirafan (maksimum 350 patah perkataan) # Piawaian kebangsaan atau antarabangsa yang digunakan # Metodologi projek/sistem/inisiatif # Keberkesanan kos # Peningkatan produktiviti dan keberkesanan # Kepakaran kakitangan # Keberkesanan projek/sistem/inisiatif # Tahap bantuan dan sokongan projek/sistem/inisiatif # Kejayaan pelaksanaan # Pengikitirafan oleh pelanggan / pengguna # Diakui oleh pakar bidang yang berkaitan projek/sistem/inisiatif # Pengiktirafan komuniti atau media # Pengiktirafan atau pencapaian dalam industri dan Kerajaan # Pencapaian pengiktirafan antarabangsa
Sistem e-Daily Report dibangunkan sepenuhnya oleh PKPMP tanpa melibatkan sebarang kos. Semua perisian dan perkakasan digunapakai adalah
daripada
sumber-sumber
yang
sedia
ada.
Sepanjang
pembangunan sistem ini, seramai tiga orang pegawai dari Bahagian Pentadbiran Kehakiman dan tiga orang pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah terlibat. Pemilihan pegawai yang terlibat di dalam projek ini adalah berdasarkan pengalaman dan penglibatan secara langsung para pegawai tersebut dengan sistem yang sedia ada. Semenjak ianya dilancarkan, terdapat peningkatan jumlah serahan
laporan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret hasil daripada pemantauan yang dilakukan oleh PKPMPM dan Hakim Pengurus. Hasil daripada maklumbalas yang diterima daripada semua pengguna, majoriti bersetuju bahawa penggunaan sistem ini lebih mudah dan cepat berbanding sebelum sistem lama.
8.
Potensi (maksimum 350 patah perkataan) # Potensi projek untuk diekspot, menghasilkan peluang pekerjaan atau meningkatkan ekonomi # Pelaksanaan yang lebih luas # Faedah kepada industri lain pada masa hadapan # Strategi pembangunan dan menerajui persaingan # Bidang-bidang yang dikenalpasti untuk peluasan/penambahbaikan
Dengan wujudnya sistem e-Daily Report, setiap aktiviti dan perjalanan kes
Mahkamah
meningkatkan
Rendah
kualiti
dapat
serta
mutu
dipantau. kerja
Ini
sekaligus
pegawai
di
dapat
Mahkamah.
Kebanyakan masalah dan aduan dari orang awam berhubung dengan perjalanan kes-kes dapat dijawab dan diselesaikan berdasarkan rekodrekod yang ada di dalam sistem ini. Hasil daripada kejayaan tersebut, pihak Mahkamah telah merancang untuk memperluaskan fungsi sistem ini kepada Modul Data Jatuh Hukum. Modul ini bertujuan untuk memudahkan Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret untuk merujuk kepada hukuman-hukuman yang telah diberikan berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah bagi kes-kes yang pernah dibicarakan di Mahkamah. Pada masa ini, pihak PKPMPM sedang mempertingkatkan keupayaan Sistem ini dengan membangunkan versi kedua yang memasukkan Modul Data Jatuh
Hukum sebagai
modul terbaru di samping
menaiktaraf keupayaan modul sedia ada. Versi terbaru ini dijangkakan akan digunapakai selewat-lewatnya pada 1 November 2012.
9.
Kandungan Tempatan (maksimum 350 patah perkataan) # Dibangunkan sepenuhnya di Malaysia atau # Dibangunkan sebahagian di Malaysia (nyatakan peratusan pembangunan di Malaysia) # Sekiranya pembangunan sebahagian di Malaysia, nyatakan modul yang dibangunkan di Malaysia # Sumbangan dan/atau penyelidikan yang dijalakan di Malaysia # Tambah nilai di Malaysia
Sistem e-Daily Report dibangunkan dengan kerjasama Bahagian
Pentadbiran Kehakiman, Bahagian Pengurusan Kes dan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan
Malaysia
dibangunkan
adalah
(PKPMPM). untuk
Objektif
memudahkan
utama
dan
Sistem
ini
memaksimumkan
penghantaran Laporan Harian oleh semua Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret melalui penggunan media elektronik. Aplikasi e-Daily Report dibangunkankan berdasarkan aspirasi Y.Bhg Dato’ Ketua
Pendaftar,
PKPMP
yang
berhasrat
agar
PKPMPM
menggunakan segala kemudahan teknologi pada masa kini dalam membantu PKPMPM memantapkan lagi Badan Kehakiman di Malaysia. Sistem e-Daily Report terdiri daripada tiga Modul Utama seperti berikut 1) Modul Penghantaran Laporan •
Modul ini digunakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret untuk menghantar aktiviti harian
yang dilakukan yang terdiri
daripada Aktiviti Persidangan, Aktiviti Mediasi dan Aktiviti Pentadbiran. 2) Modul Pentadbiran •
Modul ini digunakan untuk Pentadbir Sistem mengemaskini maklumat Data Utama aplikasi termasuk maklumat Pengguna dan Maklumat Lokasi Pengguna Bertugas.
3) Modul Laporan •
Modul ini digunakan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) dan Hakim-Hakim Pengurus membuat pemantauan penghantaran laporan bagi semua Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang di bawah seliaan masingmasing.