Anak dipangkuan diletakkan, beruk dirimba disusui Orang yang mengabaikan tugas menjaga kepentingan keluarga sendiri tetapi mengutamakan kepentingan orang lain
Ada ubi ada batas, ada masa dapat balas Perbuatan yang tidak baik akan menerima balasan pada masa yang sesuai Ayam terlepas, tangan bau tahi Orang yang ingin mencari keuntungan tetapi akhirnya terpaksa menerima malu Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak mirip perangai ibu bapanya
18
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar Kita mestilah berhati-hati apabila menceritakan sesuatu perkara penting Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian Kesusahan yang dialami pada peringkat awal akan membawa kesenangan pada akhirnya Berani kerana benar, takut kerana salah Orang yang tidak bersalah akan berani menerima kenyataan tetapi orang yang bersalah akan takut Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Kesusahan dan kesenangan dihadapi bersama-sama
19
Biar putih tulang, jangan putih mata Tidak mudah mengaku kalah kerana maruah lebih penting Buang yang keruh, ambil yang jernih Perkara jahat yang sudah berlaku perlu dibiarkan manakala perkara yang baik perlu dikekalkan Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam Setiap orang mempunyai kehendak hati mereka Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Sebarang kebaikan yang hendak dilakukan mestilah berhati-hati tetapi perbuatan jahat tidak boleh dilakukan sama sekali Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Pergaduhan adik-beradik tidak akan berpanjangan kerana mereka akan berbaik semula
20
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat Orang yang diam dan bodoh tidak membawa sebarang perubahan yang baik
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Kita mestilah memastuhi peraturan tempat yang baru kita pergi Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Seseorang yang mempunyai cita-cita tentu akan berusaha untuk mencapainya Ditelan mati emak, diluah mati bapa Keadaan serba salah dalam membuat keputusan atau tindakan Enggang sama enggang, pipit sama pipit Pergaulan yang melibatkan kedudukan status yang sama
21
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah Apabila dua pihak yang berkuasa bergaduh, orang yang lemah atau miskin akan menerima kesan buruknya Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Orang yang baik apabila mati akan meninggalkan nama yang baik, sebaliknya mereka yang jahat akan meninggalkan nama yang buruk
Harapkan pagar, pagar makan padi Seseorang yang kita harapkan akan membantu tetapi dia pula yang memusnahkannya Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan walaupun orangnya sudah meninggal dunia
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Kesusahan dan kesenangan dihadapi bersama
22
Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati Hutang budi tidak dapat dibayar seumur hidup Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu supaya tidak mengalami masalah
Jika kerbau dipegang pada talunya, jika manusia dipegang pada janjinya Kita mesti menepati janji yang telah dibuat kepada orang lain Kalah jadi abu, menang jadi arang Keadaan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak yang bertelingkah Kalau pandai makan, pandailah simpan Kita mestilah pandai menyimpan rahsia Kalau tak ada angin bertiup, masakan pokok bergoyang Sesuatu perkara yang berlaku itu mesti mempunyai sebab-sebab tertentu
23
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa Kemampuan atau kebolehan seseorang tidak terletak pada usia atau saiz seseorang Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan Perasaan gembira yang digambarkan oleh seseorang yang memang mengharapkan sesuatu pertolongan itu Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh Seseorang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak Kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, kita nampak tetapi kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan lebih bahaya tidak disedari Kais pagi, makan pagi, kasi petang, makan petang Orang miskin yang terpaksa bekerja sepanjang masa untuk hidup
24
Lembu punya susu, sapi dapat nama Orang lain yang berusaha kerasa tetapi orang lain yang menerima pujian Lain di mulut, lain di hati Sesuatu yang dikatakan tidak sama dengan apa yang terdapat di hati
Lepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya Seseorang yang mendapat nasib malang satu demi satu
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri Orang yang tidak mendengar nasihat orang lain
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Kita hendaklah menyesuaikan diri dengan adat tempat yang kita pergi
25