BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP
7.1 Pengenalan
Seperti dihuraikan sebelum ini, bahawa kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks desentralisasi pendidikan di Indonesia. Selain itu, untuk mengetahui pengaruh pemerkasaan guru di bandar Malang yang terdiri daripada enam dimensi terhadap kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi dan untuk mengetahui hubungan antara kepuasan kerja dan komitmen organisasi sekolah sebagai tempat berkhidmat menjalankan tugas dalam konteks desentralisasi pendidikan di bandar Malang, Indonesia. Sehubungan dengan itu, berikut dihuraikan ringkasan dapatan kajian, implikasi dan penutup.
7.2 Ringkasan Dapatan Kajian
Bahagian ini menjelaskan ringkasan dapatan kajian menggunakan kedua-dua pendekatan iaitu kualitatif dan kuantitatif.
7.2.1 Ringkasan Dapatan Kajian dengan Pendekatan Kualitatif
Daripada dapatan kajian diperoleh ringkasan untuk menjawab soalan kajian berikut: 1) Bagaimanakah mekanisme dan rangkaian peranan agensi dan autoriti serta bidang tugas mereka dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang, Indonesia? 347
2) Bagaimanakah pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam dimensi di enam buah sekolah di bandar Malang, Indonesia ? 3) Apakah kekangan dan kesan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di Malang, Indonesia?
Adapun ringkasan dapatan kajian adalah seperti berikut:
1) Mekanisme dan Rangkaian Peranan Agensi dan Autoriti serta Bidang Tugasnya dalam Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru di bandar Malang Indonesia
Agensi pelaksana polisi pemerkasaan guru terdiri daripada lima lembaga iaitu Parlimen Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah, ‘Dewan Pendidikan’, ‘Komite Sekolah’ dan sekolah. Berikut ialah ringkasan dapatan kajian tentang fungsi dan peranannya dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru.
a) Parlimen Daerah ialah lembaga perwakilan rakyat yang ahlinya dipilih melalui pilihan raya dan berkedudukan di daerah. Fungsinya adalah untuk membuat peraturan daerah, iaitu suatu peraturan yang boleh digunakan sebagai landasan untuk melaksanakan tugas pemerintah daerah. Parlimen Daerah juga mempunyai autoriti melakukan pembahasan dengan pimpinan daerah tentang anggaran pendapatan dan perbelanjaan daerah, memberikan persetujuan terhadap rancangan yang dijalankan, mempunyai tugas menyampaikan kehendak masyarakat untuk disampaikan kepada pemerintah daerah sebagai landasan pengambilan keputusan, dan mempunyai kewajipan mengawal program-program yang dilaksanakan oleh pemerintah daerah. Daripada keempat-empat fungsi ini didapati fungsi membuat peraturan daerah, menyusun, dan mengesahkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan daerah dan pengawalan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru belum
348
boleh wujud secara maksimum. Fungsi menyampaikan kehendak masyarakat pula boleh dilaksanakan, meskipun belum ada lanjutannya. b) Pejabat Pelajaran Daerah mempunyai tugas utama melaksanakan kegiatan urusan rumah tangga daerah dalam bidang pendidikan yang meliputi perancangan, penyelenggaraan, perkhidmatan, pembinaan, pemeliharaan kemudahan, serta pengawalannya agar sesuai dengan polisi pimpinan daerah. Dapatan kajian menjelaskan bahawa fungsi Pejabat Pelajaran Daerah yang berkaitan dengan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ialah aspek kerja sama untuk melaksanakan pemerkasaan guru. Sementara fungsi dan peranan yang lain dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru belum terlaksana secara maksimum. c) ‘Dewan Pendidikan’sebagai badan mandiri yang ahlinya adalah masyarakat yang prihatin terhadap pendidikan berperanan membantu Pejabat Pelajaran Daerah tentang urusan pendidikan dan boleh berkoordinasi dengan Parlimen Daerah dan ‘Komite Sekolah’. Dalam kajian ini fungsi daripada ‘Dewan Pendidikan’ adalah memberikan pertimbangan, sokongan, melakukan pengawalan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dan sebagai perantara antara masyarakat dengan pelaksana polisi pemerkasaan guru di peringkat daerah. Dari segi pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, fungsi dan peranan ‘Dewan Pendidikan’ boleh dilaksanakan, namun disebabkan tidak adanya autoriti, maka fungsi dan peranan tersebut sebahagian besarnya terhad kepada perancangan, dan hanya sebahagian kecil yang boleh dilaksanakan. d) ‘Komite Sekolah’ yang terdapat di setiap sekolah ialah badan mandiri yang dianggotai oleh ibu bapa, tokoh masyarakat, dan peniaga yang prihatin terhadap pendidikan. Dalam melaksanakan polisi pemerkasaan guru, ‘Komite Sekolah’ mempunyai fungsi dan peranan memberikan pertimbangan, sokongan, pengawalan, dan perantara antara sekolah dengan masyarakat. Dapatan kajian menjelaskan 349
bahawa fungsi dan peranan ‘Komite Sekolah’ sebahagian besarnya berkaitan dengan urusan kewangan, sama ada untuk pembinaan dewan mahupun dalam hal pengawalan program. Bagaimanapun dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, belum terlihat peranannya untuk mewujudkan hal ini. e) Sekolah sebagai pelaksana pemerkasaan guru yang secara langsung berhubungan dengan aktiviti guru, mempunyai autoriti penuh untuk melaksanakan pemerkasaan guru dan boleh berkoordinasi dengan ‘Komite Sekolah’. Dalam melaksanakan pemerkasaan guru, secara umum sekolah telah melaksanakan fungsi dan peranannya, meskipun sebahagian dipandang belum terlaksana secara maksimum.
Daripada lima agensi tersebut, dua agensi mempunyai hubungan hierarki, iaitu Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. Pejabat Pelajaran Daerah boleh memberikan tugasan kepada sekolah dan kedua-dua juga mempunyai hubungan konsultatif, iaitu pihak sekolah boleh berkoodinasi dengan Pejabat Pelajaran Daerah dalam melaksanakan tugas. Sementara Parlimen Daerah merupakan wakil daripada masyarakat yang mempunyai tugas untuk membuat peraturan daerah sebagai landasan bagi pemerintah daerah melaksanakan tugas, membahas dan mengesahkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan daerah, melakukan pengawalan terhadap tugas yang dilakukan oleh pemerintah daerah, dan juga menyampaikan kehendak masyarakat untuk disampaikan kepada pemerintah daerah sebagai landasan untuk membuat polisi. Sementara ‘Dewan Pendidikan’ dan ‘Komite Sekolah’ ialah badan mandiri yang boleh membantu pelaksanaan pendidikan bagi Pejabat Pelajaran Daerah, dan sekolah. Keduadua badan ini tidak mempunyai hubungan hierarki, namun boleh melaksanakan koordinasi dalam menjalankan tugas.
350
2) Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru dalam Enam Dimensi di Enam buah Sekolah di bandar Malang
Daripada penyelidikan kualitatif tentang pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi, diperoleh ringkasan dapatan kajian seperti yang berikut.
a) Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan
Penglibatan guru dalam membuat keputusan tergambar melalui perancangan program sekolah, iaitu Rancangan Pengembangan Sekolah (RPS), Rancangan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Sekolah (RAPBS), serta mengundi penolong pengetua. Ditinjau daripada aspek keberkesanan, guru di sekolah A01 memberikan rasa kepuasan kerja dalam melaksanakan tugas di sekolah, manakala di sekolah A02, A05, dan A06 guru berasa berpeluang untuk meningkatkan kualiti sekolah, sedangkan guru di sekolah A03 dan A04, berasa kurang terlibat dalam membuat keputusan, namun akhirnya menyokong dan boleh menerima tugas yang diberikan. Daripada aspek efisien pula, sekolah A01, A05, dan A06 menggunakan sistem perwakilan, iaitu melibatkan guru mata pelajaran untuk mengkaji dan membahas suatu perancangan, sedangkan sekolah A02, dan A03 menggunakan kelompok perancang penyusunan RAPBS, dan RPS yang melibatkan pelbagai guru mata pelajaran.
Untuk aspek kecukupan, sekolah A01 memberikan impak bahawa guru berasa kehadirannya dihargai, manakala sekolah A02 pula memberikan impak kepada peningkatan motivasi kerja guru. Berlainan pula guru di sekolah A05 dan A06, impaknya ialah adanya kejayaan program yang dirancang. Di sekolah A03 dan A04
351
penglibatan guru dalam membuat keputusan telah menimbulkan rasa pemuafakatan dan tanggungjawab guru terhadap program yang telah disepakati bersama.
Daripada aspek purata, semua sekolah yang menjadi kajian dalam penyelidikan ini telah memberikan peluang kepada semua guru untuk terlibat dalam membuat keputusan, meskipun dengan perwakilan penglibatan dalam penyusunan sesuatu program seperti yang dilakukan di sekolah A01, A02, A05, A06, dan A03. Berbeza dengan sekolah A04, penyusunan program dilakukan oleh pengetua dan penolong pengetua, namun dalam sidang pleno untuk memberikan cadangan dan maklum balas terhadap perancangan program, semua guru dilibatkan.
Ditinjau daripada aspek responsiviti, di semua sekolah tempat kajian guru berasa terpanggil untuk melaksanakan kewajipannya, keprihatinan dan bersama-sama dalam mengawal program sekolah. Daripada aspek kesesuaian pula didapati, sekolah A01 mempunyai pandangan bahawa sekolah merupakan tempat mengabdikan diri bekerja sama dan saling membantu. Dengan adanya sikap ini, matlamat meningkatkan kualiti sekolah dapat diwujudkan. Manakala di sekolah A02, A05, dan A06 didapati penglibatan guru dalam membuat keputusan terhadap perancangan program sekolah, mempunyai impak bahawa guru berasa memiliki tanggungjawab dalam mengawal pelaksanaan program, sedangkan untuk sekolah A04 penglibatan guru dalam perancangan program-program sekolah, belum memberikan impak kepada peningkatan aktiviti guru bagi meningkatkan kualiti sekolah
b) Peningkatan Profesionalisme Guru
Ditinjau daripada aspek keberkesanan, pelaksanaan peningkatan profesionalisme boleh memberikan manfaat kepada guru ketika melaksanakan tugas. Namun secara umum peningkatan profesionalisme terhad kepada formaliti sahaja, iaitu terletak kepada 352
sijil yang diperoleh setelah guru mengikuti pelaksanaan bengkel. Sijil tersebut bermanfaat sebagai salah satu syarat untuk mengikuti program ‘sertifikasi’.
Sementara daripada aspek efisien pelaksanaan peningkatan profesionalisme, secara umum usaha telah dilakukan bagi meningkatkan prefesionalisme guru. Antaranya termasuklah melaksanakan kegiatan MGMP, MGMPS dan bengkel. Untuk kegiatan MGMP di semua sekolah tempat kajian boleh dilaksanakan sesuai dengan rancangan, namun tidak digiatkan secara berterusan. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan MGMP seringkali statik tanpa inovasi. Untuk kegiatan MGMPS hanya beberapa sekolah yang boleh terlaksana iaitu sekolah A01, A05 dan A06. Bagaimanapun, kegiatan ini hanya terhad kepada beberapa mata pelajaran.
Untuk aspek kecukupan, di sekolah A01 didapati pelaksanaan peningkatan profesionalisme menjadikan guru berasa lebih percaya diri di hadapan murid-murid dengan peningkatan kemampuannya. Demikian juga di sekolah A02 dan A06, peningkatan profesionalisme mempunyai impak kepada meningkatnya pengetahuan dan kemampuan guru-guru dalam menyampaikan mata pelajaran. Manakala di sekolah A05, guru sangat percaya diri dalam pembelajaran, tambahan pula setelah mereka memperoleh maklumat daripada internet. Namun untuk sekolah A03, belum boleh memberikan manfaat bagi guru untuk melaksanakan tugas mengajar.
Daripada aspek purata, di sekolah A01, A02, dan A06 semua guru memperoleh peluang untuk mengikuti pelaksanaan peningkatan profesionalisme secara bergantiganti, sedangkan untuk sekolah A03, A04, dan A05 ada sebahagian guru yang enggan untuk mengikuti kegiatan peningkatan profesionalisme, meskipun sekolah sudah memberikan peluang untuk mengikutinya.
353
Manakala aspek responsiviti, di semua sekolah didapati pelaksanaan peningkatan profesionalisme guru boleh memberikan nilai pemuafakatan bagi guru. Keadaan ini dapat diwujudkan melalui kegiatan perbincangan mata pelajaran antara guru sama ada semasa memperoleh bahan mata pelajaran baharu mahupun adanya permasalahan tentang mata pelajaran.
Daripada aspek kesesuaian pula, peningkatan profesionalisme yang diikuti guru memberikan impak kepada meningkatnya motivasi guru dalam melaksanakan tugas sehingga kualiti pembelajaran meningkat dan memberikan impak kepada meningkatnya kualiti pendidikan. Situasi seperti ini berlaku di sekolah A01, A02, A04, A05, dan A06. Untuk sekolah A03, peningkatan profesionalisme guru belum menjadikan guru lebih bermotivasi
untuk
meningkatkan
kemampuannya
dalam
melaksanakan
tugas
pembelajaran
c) Status
Daripada pandangan masyarakat, guru mempunyai status sosial yang baik dan boleh berperanan dalam aktiviti masyarakat, iaitu sebagai pemimpin Rukun Tetangga (RT), dan pemimpin Rukun Warga (RW). Hal ini wujud di sekolah A01, A02, A05, dan A06, demikian juga di sekolah A04, namun di sekolah A03 terdapat sebahagian guru yang belum sedar akan statusnya.
Manakala ditinjau daripada aspek efisien, usaha yang dilakukan bagi meningkatkan status guru, dilaksanakan melalui pelaksanaan polisi kenaikan gaji guru dengan program ‘sertifikasi’. Daripada dapatan kajian didapati, bahawa mereka yang mengajukan program ‘sertifikasi’ ialah mereka yang mempunyai kualiti sebagai guru di sekolah A01, A02, A05, A06, A03, dan A04, dan maklumat diperoleh juga bahawa mereka sudah lulus ‘sertifikasi’. 354
Ditinjau daripada aspek kecukupan, iaitu setakat mana status guru boleh memberikan manfaat bagi peningkatan kualiti pendidikan, didapati peningkatan kualiti pendidikan di sekolah dipengaruhi oleh beberapa faktor dan salah satu faktor ialah peranan guru dalam mewujudkan keadaan persekitaran kondusif untuk belajar dan hal ini boleh dilaksanakan di sekolah A01,A02, A05 dan A06. Bagaimanapun di sekolah A03 dan A04, peranan tersebut masih belum dilaksanakan secara optimum.
Aspek yang berikutnya ialah purata. Daripada dapatan kajian di sekolah A01, A02, A05, dan A06 didapati bahawa setiap guru memperoleh peluang bagi meningkatkan statusnya, seperti progam ‘sertifikasi’ guru. Namun terdapat sebahagian guru yang berkhidmat di sekolah A03 dan A04 mempunyai motivasi yang rendah bagi meningkatkan kualitinya.
Sementara daripada aspek responsiviti, di seluruh sekolah tempat kajian didapati bahawa dengan statusnya sebagai guru yang mempunyai perasaan senasib dan seperjuangan, menjadikan mereka mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap sesama mereka dan nilai-nilai pemuafakatan boleh wujudkan.
Daripada aspek kesesuaian pula, iaitu setakat mana kehadiran guru boleh memberikan impak kepada peningkatan autonomi dalam usahanya untuk peningkatan kualiti pendidikan, didapati di sekolah A01, A02, A05, dan A06 guru boleh meningkatkan kualiti pembelajaran. Hal ini mempunyai impak kepada peningkatan kualiti prestasi murid dan hasil yang diperoleh ialah peningkatan kualiti sekolah. Namun di sekolah A03 dan A04, terdapat sebahagian guru yang belum boleh meningkatkan kualiti pembelajarannya, mereka mengajar hanya untuk melaksanakan kewajipan.
355
d) Kepercayaan Diri
Ditinjau daripada aspek keberkesanan, di sekolah A01, A02, dan A05 diperoleh keputusan kajian bahawa semua guru berasa yakin akan kehadiran dirinya, sehingga pelaksanaan kewajipan boleh dilaksanakan sepertimana sepatutnya. Namun demikian, terdapat sebahagian guru di sekolah A03, A04, dan A06 yang berasa kurang yakin akan dirinya, sehingga pelaksanaan tugas sering terabaikan dan mereka lebih mengutamakan pekerjaan di luar sebagai guru.
Manakala aspek efisien pula, usaha yang dilakukan bagi meningkatkan kepercayaan diri, didapati sekolah A01 memberikan contoh dan motivasi kepada sesama rakan, terutama dengan melakukan penyelidikan, meningkatkan kesejahteraan dan peningkatan kemampuan guru bagi meningkatkan kepercayaan diri guru. Di sekolah A02, A04, A05, dan A06 usaha yang dilakukan adalah dengan mengadakan bengkel bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru, di sekolah A03 usaha yang dijalankan lebih menitikberatkan soal keprihatinan terhadap sesama rakan dan pemuafakatan bagi meningkatkan kepercayaan diri sebagai guru.
Untuk aspek kecukupan pula dapatan kajian membuktikan bahawa dengan kemampuan yang dimiliki dan peranan sekolah bagi meningkatkan kepercayaan diri guru mempunyai impak kepada motivasi guru yang tinggi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Hal ini ditemukan di sekolah A01, A02, A04, A05, dan A06, sedangkan di sekolah A03 implementasinya belum boleh meningkatkan motivasi guru bagi meningkatkan kualiti tugas pembelajaran.
Sedangkan ditinjau daripada aspek purata, didapati bahawa di semua sekolah tempat kajian, setiap guru mempunyai hak dan peluang yang sama bagi meningkatkan kepercayaan diri mereka. Bagaimanapun, tidak semua guru mempunyai kemahuan dan 356
kemampuan untuk melaksanakannya. Sementara daripada aspek responsiviti, didapati semua sekolah tempat kajian menunjukkan adanya nilai-nilai pemuafakatan dan keprihatinan yang tinggi. Di sekolah A03 dan A04, nilai-nilai tadi adalah sangat tinggi.
Adapun ditinjau daripada aspek kesesuaian, di semua sekolah tempat kajian didapati bahawa kepercayaan diri sebagai guru sangat diperlukan bagi meningkatkan kemampuan untuk melaksanakan tugas mengajar. Hal ini boleh memberikan motivasi bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru.
e) Autonomi
Dapatan kajian menjelaskan bahawa guru-guru di sekolah A01, A02, dan A05 telah menggunakan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan kegiatan belajar dan mengajar. Mereka memanfaatkan kemudahan yang ada di sekolah bagi membantu murid-murid memahami pelajaran. Namun sebahagian daripada mereka yang berada di sekolah A03, A04, dan A06 tetap menggunakan cara yang lama, iaitu tidak ada kreativiti mahupun inovasi dalam pembelajaran.
Ditinjau daripada aspek efisien, di sekolah A01, A02, A05, dan A06 usaha yang dilakukan adalah dengan memberikan tugas kepada guru-guru untuk mengikuti bengkel, sehingga guru-guru memperoleh interaksi antara guru dengan mata pelajaran yang sama. Selain itu, mereka yang sudah melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran boleh memberikan contoh bagi yang belum melaksanakannya. Demikian juga di sekolah A03. Guru-guru yang berprestasi dalam proses pembelajaran menjadi guru berprestasi dalam inovasi pembelajaran di peringkat bandar. Untuk sekolah A04, secara am kreativiti dan inovasi guru dalam pembelajaran didapati masih kurang.
357
Berikutnya adalah aspek kecukupan, di sekolah A01, A05, dan A06, didapati pemberian autonomi dalam pembelajaran boleh memberikan peluang kepada guru untuk melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran. Hal ini mempunyai impak kepada model pembelajaran yang menjadikan murid berasa gembira. Di sekolah A02, A03, dan A04, sebahagian daripada guru belum boleh meningkatkan kualiti pembelajaran kerana tidak ada inovasi dan kreativiti dari segi kaedah mengajar, terutamanya bagi mereka yang hampir bersara.
Untuk aspek purata dapatan kajian menjelaskan bahawa guru-guru di semua sekolah memperoleh peluang bagi melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran. Sedangkan untuk aspek responsiviti, didapati bahawa di semua sekolah, pemberian autonomi kepada guru untuk melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran memberikan impak bahawa antara guru saling membincangkan masalah pembelajaran dengan guru yang sama mata pelajarannya. Keadaan ini memberikan nilai pemuafakatan antara guru.
Aspek terakhir ialah kesesuaian. Di dapati semua sekolah menjelaskan bahawa pemberian autonomi kepada guru untuk kreatif dan inovatif dalam melaksanakan pembelajaran akan memudahkan murid mengerti dan memahami mata pelajaran sehingga kualiti prestasi murid semakin meningkat. Hal ini menyebabkan kualiti sekolah meningkat dan boleh dikatakan bahawa dengan pemberian autonomi kepada guru untuk kreatif dan inovatif sangat bermanfaat bagi peningkatan kualiti pendidikan, namun terdapat sebahagian guru yang belum melaksanakannya secara maksimum.
f) Pengaruh Guru dalam Membentuk Persekitaran Sekolah yang Kondusif untuk Belajar
Aspek pertama ialah keberkesanan. Di sekolah A01, A02, A05, dan A06 didapati guru-guru boleh mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang kondusif 358
untuk belajar, namun sebahagian daripada mereka yang berkhidmat di sekolah A03 dan A04 tidak boleh melaksanakan pangaruhnya bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar.
Berikutnya ialah aspek efisiensi. Didapati di semua sekolah telah dijalankan usaha agar guru-guru boleh mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar. Usaha tersebut antara lain adalah dengan mengadakan interaksi yang berterusan antara guru-guru bagi membincangkan segala permasalahan pembelajaran. Selain itu, sekolah memberikan peluang kepada guru untuk membincangkan segala hal yang berkaitan dengan pembelajaran dengan cara menempatkan guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran yang sama mempunyai tempat duduk yang berhampiran di bilik guru.
Daripada aspek kecukupan, dapatan kajian menjelaskan bahawa di semua sekolah, pengaruh guru bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar mempunyai manfaat ke arah meningkatkan kualiti pembelajaran. Namun sebahagian daripada aktiviti guru tidak boleh memberikan impak bagi peningkatan kualiti pembelajaran.
Aspek keempat ialah purata. Daripada dapatan kajian didapati bahawa di semua sekolah guru memperoleh peluang yang sama bagi meningkatkan kualiti sekolah. Berbeza daripada aspek responsiviti, tinjauan yang dijalankan mendapati bahawa pemberian autoriti kepada guru bagi mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar memberikan impak kepada keprihatinan dan pemuafakatan yang tinggi antara guru yang berkhidmat di semua sekolah tempat kajian.
Sedangkan ditinjau dari aspek kesesuaian, didapati di sekolah A01, A02, A05, dan A06, sebahagian daripada guru mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi 359
untuk berperanan dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar. Namun motivasi tersebut bersifat sementara, kerana motivasi tersebut boleh menurun bahkan tidak ada sama sekali, keadaan ini juga berlaku di sekolah A03 dan A04.
3) Kekangan dan
kesan
dalam
pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ‘Sekolah
Menengah Pertama Negeri’ di Malang, Indonesia
a)
Kekangan dan Kesan Pelaksana Polisi Pemerkasaan Guru
Kekangan pelaksana polisi dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru adalah seperti berikut:
Daripada empat autoriti yang dimiliki parlimen, hanya satu tugas yang boleh terlaksana dengan baik iaitu menyampaikan kehendak masyarakat untuk disampaikan kepada pemerintah daerah, sedangkan ketiga-tiga fungsi dan peranan yang lain belum terlaksana. Fungsi perancangan anggaran untuk pendidikan belum terlaksana, hal ini kerana belum disahkannya peraturan daerah tentang penyelenggaraan pendidikan di bandar Malang yang sesuai dengan amanat reformasi pendidikan, sedangkan pelaksanaan pengawalan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru belum terlaksana pula disebabkan prioriti pembangunan bidang pendidikan adalah penyediaan kemudahan dan pembinaan fizikal.
Manakala fungsi dan peranan Pejabat Pelajaran Daerah, daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kekangan dalam membahas rancangan peraturan daerah tersebut sudah selesai pada tahun 2006, demikian pula, masalah anggaran untuk pelaksanaan polisi pemerkasaan guru juga masih terhad. Hal ini menunjukkan bahawa pihak eksekutif dalam melaksanakan polisi pendidikan belum sepenuh hati, dan prioriti yang dilaksanakan adalah pembinaan kemudahan.
360
Sedangkan fungsi dan peranan ‘Dewan Pendidikan’ sudah dilakukan sesuai dengan tugas utama dan fungsinya, namun belum berjalan secara maksimum, hal ini disebabkan bahawa kewujudan Dewan Pendidikan menurut pihak eksekutif sepertinya hanya untuk memenuhi amanat daripada reformasi pendidikan, sehingga peranannya belum memberikan makna bagi peningkatan kualiti pendidikan. Hal ini terbukti dengan peranan yang telah dijalankan oleh Dewan Pendidikan untuk merancang perbaikan peraturan daerah tentang penyelenggaraan pendidikan di bandar Malang, namun pihak eksekutif belum meneruskan rancangan tersebut untuk dibahas dan ditetapkan sebagai peraturan daerah.
Selanjutnya fungsi dan tugas ‘Komite Sekolah’ memberikan pertimbangan, sokongan, melakukan pengawalan berkaitan dengan peningkatan kualiti sekolah dan sebagai perantara antara masyarakat dengan sekolah. Dalam penyelidikan ini diperoleh penjelasan bahawa peranan ‘Komite Sekolah’ sesuai dengan fungsi dan tugasanya belum boleh terlaksana dengan baik. Hal ini disebabkan sebahagian besar fungsi yang dilaksanakan oleh ‘Komite Sekolah’ adalah pengumpulan dana daripada ibu bapa untuk membantu meningkatkan kualiti sekolah. Dalam kenyataannya, dana yang terkumpul daripada ibu bapa sebahagian besar dimanfaatkan oleh sekolah untuk membina kemudahan sekolah seperti pembinaan bilik darjah, perbaikan kemudahan untuk sukan, dan belum mengarah kepada pelaksanaan pemerkasaan guru.
Berikutnya adalah agen yang mempunyai autoriti penuh bagi menyelenggarakan pendidikan, iaitu sekolah yang majoritinya telah melaksanakan polisi peningkatan kualiti pendidikan melalui pembinaan kemudahan dan bilik darjah. Hal ini dilaksanakan kerana keadaan bilik darjah dan kemudahan untuk kegiatan belajar mengajar sememangnya belum memadai.
361
Kemudian jika ditinjau daripada pemboleh ubah yang mempengaruhi pelaksanaan polisi sepertimana dikatakan oleh Van Meter dan Van Horn (1975), boleh dikatakan bahawa dalam pelaksanaan polisi pendidikan, komunikasi dan koordinasi antar agensi adalah sangat kurang, sehingga mempengaruhi kejayaan pelaksanaan progam.
Sedangkan kesan daripada agensi pelaksana polisi dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru boleh dihuraikan seperti berikut:
Daripada dapatan
kajian diperoleh penjelasan bahawa ahli parlimen daerah
bandar Malang seramai 30 peratus berasal dari guru, sehingga usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah sesuatu yang sangat diutamakan, meskipun belum berjaya. Selain itu, fungsi untuk menerima aspirasi masyarakat khususnya guru boleh terlaksana, meski polisi untuk meningkatkan kualitinya belum wujud dengan maksimum.
Agensi berikutnya adalah Pejabat Pelajaran Daerah, meskipun anggaran yang dimiliki untuk melaksanakan polisi pemerkasaan guru sangat terhad, namun agensi ini mempunyai strategi untuk melaksanakan pemerkasaan guru melalui kerja sama dengan beberapa lembaga yang berkaitan dengan pendidikan, sehingga usaha itu boleh wujud meskipun belum maksimum.
Manakala fungsi dan peranan ‘Dewan Pendidikan’, iaitu pemberian sokongan, pengawalan dan sebagai perantara antara masyarakat dengan Pejabat Pelajaran Daerah boleh terlaksana sesuai dengan perancangan. Adapun untuk ‘Komite Sekolah’ diperoleh penjelasan bahawa fungsi dan peranan ‘Komite Sekolah’ adalah membantu sekolah untuk memperoleh dana yang boleh dimanfaatkan untuk peningkatan kualiti pendidikan,
362
dalam hal ini yang dilakukan adalah sebagai perantara antara masyarakat dan sekolah untuk bersama-sama membantu meningkatkan kualiti sekolah.
Daripada dapatan kajian diperoleh penjelasan bahawa sekolah, sebagai agen yang mempunyai autoriti penuh bagi menyelenggarakan pendidikan, sudah mempunyai perancangan bagi meningkatkan kualiti guru dan hal ini sesuai dengan RPS yang dimiliki setiap sekolah.
b)
Kekangan dan Kesan Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Daripada dapatan kajian boleh dijelaskan, bahawa dimensi status dan kepercayaan diri mempunyai kekangan yang paling besar dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. Hal ini disebabkan polisi daripada pemerintah untuk meningkatkan status guru masih dalam proses, selain itu pemerintah mempunyai kesukaran terutamanya dalam meningkatkan gaji guru sebagai sarana untuk meningkatkan kepercayaan diri dan statusnya. Pada masa sekarang keadaan perekonomian Indonesia mengalami permasalahan yang kritikal, sehingga usaha meningkatkan gaji guru pada khasnya, masih dalam proses pelaksanaan, iaitu dengan program sertifikasi. Manakala dimensi yang lain, iaitu peningkatan profesionalisme, penglibatan dalam membuat keputusan, autonomi dan pengaruh, kekangan diperolehi daripada guru itu sendiri sebagai objek sasaran pelaksanaan polisi. Sebahagian daripada guru berasa enggan untuk mengikuti dan melaksanakan beberapa program yang berkaitan dengan dimensi tersebut.
Sedangkan kesan yang diperoleh dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, terutamanya dimensi peningkatan profesionalisme, autonomi dan pengaruh telah memberikan peluang kepada guru untuk melaksanakan tugas pembelajaran dengan penuh inovasi dan kreatifiti. Manakala dimensi penglibatan dalam membuat keputusan 363
menjadikan guru berasa bahawa dirinya bermanfaat dalam usahanya meningkatkan kualiti sekolah, sedangkan sebahagian daripada guru berasa bahawa dengan adanya program sertifikasi boleh meningkatkan status dirinya sebagai seorang guru dan meningkatkan kepercayaan dirinya pula. Sedangkan jika dilihat secara am, bahawa pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam rangka desentralisasi pendidikan telah menjadikan guru berasa memperoleh peluang untuk meningkatkan profesionalismenya dan impaknya adalah peningkatan kesejahteraan, jika dibandingkan dengan sebelum adanya program pelaksanaan polisi pemerkasaan guru.
7.2.2 Ringkasan Dapatan Kajian dengan Pendekatan Kuantitatif
Kajian penyelidikan dengan pendekatan kuantitatif digunakan untuk menjawab soalan kajian yang berikut:
1) Bagaimanakah persepsi guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di Malang, Indonesia terhadap pelaksanaan polisi ditinjau daripada pemerkasaan guru, kepuasan kerja, dan komitmen organisasi? 2) Bagaimanakah pengaruh pemerkasaan guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di Malang, Indonesia dalam enam dimensi terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi, dan hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi?
Adapun ringkasan daripada dapatan kajian adalah seperti yang berikut:
1) Persepsi Guru terhadap Pemerkasaan, Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi
Persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi boleh ditinjau daripada pemerkasaan guru, kepuasan kerja, dan komitmen organisasi seperti yang berikut:
364
a) Persepsi Guru terhadap Pemerkasaan Guru
Persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam dimensi di ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di Malang Indonesia, jika disusunkan berdasarkan markat min skor didapati ringkasan keputusan kajian adalah seperti Jadual 7.1 berikut: Jadual 7.1 Markat Persepsi Guru terhadap Dimensi Pemerkasaan Guru
No
Dimensi
Min Skor
1
Autonomi
3.429
2
Peningkatan Profesionalisme
3.419
3
Kepercayaan Diri
3.398
4
Status
3.363
5
Membuat Keputusan
3.069
6
Pengaruh
3.069
Berdasarkan Jadual 7.1, didapati keputusan bahawa daripada enam dimensi pemerkasaan guru, pemberian autoriti kepada guru untuk merancang dan melaksanakan pembelajaran sesuai dengan inovasi dan kreativitinya menduduki markat pertama. Seterusnya usaha yang dilakukan untuk peningkatan profesionalisme menduduki markat berikutnya. Sementara kepercayaan diri guru menduduki markat ke-3, dan dimensi status terletak pada markat ke-4. Selanjutnya penglibatan dalam membuat keputusan dan pengaruh guru untuk mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar berada pada markat terakhir. Meskipun demikian, berdasarkan nilai min skor yang diperoleh, semua dimensi pemerkasaan guru termasuk dalam kategori
365
memuaskan. Ini bermakna guru berasa puas hati terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di Malang, Indonesia.
b) Persepsi Guru terhadap Kepuasan Kerja
Berdasarkan markat min skor, didapati ringkasan keputusan kajian persepsi guru terhadap kepuasan kerja adalah seperti Jadual 7.2 berikut:
Jadual 7.2
Markat Persepsi Guru terhadap Dimensi Kepuasan Kerja
No
Dimensi
Min Skor
1
Kemajuan dan Peluang untuk berkembang (d)
3.902
2
Pencapaian (d)
3.893
3
Hubungan dengan rakan sekerja (l)
3.780
4
Pekerjaan itu sendiri (d)
3.739
5
Kehidupan peribadi (l)
3.680
6
Suasana tempat kerja dan Prosedur organisasi (l)
3.609
7
Jaminan kerja (l)
3.606
8
Pengiktirafan (d)
3.521
9
Status (l)
3.517
10
Tanggungjawab (d)
3.433
11
Penyeliaan (l)
3.400
12
Hubungan staf dengan pengetua (l)
3.375
13
Gaji (l)
3.158
Daripada Jadual 7.2, didapati lima dimensi pertama, iaitu pemberian peluang kepada guru untuk meningkatkan profesionalisme, pencapaian, hubungan dengan rakan 366
sekerja, pekerjaan itu sendiri dan kehidupan peribadi menunjukkan persepsi ‘sangat memuaskan’, manakala dimensi yang lain mempunyai persepsi ‘memuaskan’. Namun demikian didapati masalah gaji dipersepsi oleh guru sebagai hal yang paling rendah memberikan kepuasan kepada guru dalam melaksanakan tugas. Hal ini bermakna bahawa gaji guru perlu diberikan perhatian oleh pemerintah dalam usahanya untuk meningkatkan kualiti guru.
c) Persepsi Guru terhadap Komitmen Organisasi
Persepsi guru terhadap komitmen organisasi boleh diringkaskan berdasarkan markat min skor seperti Jadual 7.3 berikut:
Jadual 7.3 Markat Persepsi Guru terhadap Dimensi Komitmen Organisasi
No
Dimensi
Min Skor
1
Normatif
3.539
2
Afektif
3.280
3
Kelangsungan
3.254
Jadual 7.3 menunjukkan ringkasan dapatan kajian persepsi guru terhadap komitmen organisasi yang terdiri daripada tiga dimensi, iaitu normatif, afektif, dan kelangsungan. Dimensi normatif menduduki markat pertama. Ini bermakna sikap atau moral guru yang tinggi terhadap organisasi telah memberikan keselesaan dan kepakaran kepadanya dalam menjalankan aktiviti dalam organisasi, sedangkan keterikatan emosi guru, wujud keterlibatan dan penglibatannya dalam sesebuah organisasi berada pada peringkat berikutnya.
367
Manakala komitmen terhadap kelangsungan, iaitu bentuk keterikatan psikik guru dalam sesebuah organisasi yang mencerminkan pandangan tentang kerugian yang akan diperoleh jika guru memutuskan untuk meninggalkan organisasi berada pada persepsi terakhir. Meskipun demikian, ketiga-tiga dimensi daripada komitmen organisasi mempunyai pentafsiran komitmen dengan kategori tinggi.
2) Pengaruh Pemerkasaan Guru dalam Enam Dimensi terhadap Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi dan hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi
Ringkasan daripada dapatan kajian tentang pengaruh pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi, iaitu membuat keputusan, peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi dan hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi adalah seperti yang berikut.
a) Pengaruh Pemerkasaan Guru dalam Enam Dimensi terhadap Kepuasan Kerja
Daripada dapatan kajian tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi guru terhadap kepuasan kerja yang dianalisis dengan menggunakan analisis regresi linear berganda dengan bantuan program SPSS versi 15.0 diperoleh ringkasan seperti yang berikut:
i) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu penglibatan dalam membuat keputusan terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu kepuasan kerja. ii) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu peningkatan profesionalisme terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu kepuasan kerja. 368
iii) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu status terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu kepuasan kerja. iv) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu kepercayaan diri sebagai seorang guru terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu kepuasan kerja. v) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu autonomi terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu kepuasan kerja. vi) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu pengaruh terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu kepuasan kerja.
Secara keseluruhannya semua pemboleh ubah bebas yang terdiri daripada enam dimensi pemerkasaan guru, secara bersama-sama mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu kepuasan kerja, dengan koefisien determinasi yang disesuaikan = 0.595. Koefisien determinasi ialah koefisien yang menyatakan peratus pelbagai pemboleh ubah tidak bebas Y boleh dijelaskan oleh pemboleh ubah bebas X (Yusuf, 2005). Ini bermakna bahawa perubahan kepuasan kerja boleh dijelaskan oleh dimensi pemerkasaan guru dalam enam dimensi. Perubahan ini disifatkan sebesar 59.5 peratus dan sebesar 40,5 peratus lagi boleh dijelaskan oleh faktor yang tidak dikaji dalam penyelidikan ini.
b) Pengaruh Pemerkasaan Guru dalam Enam Dimensi terhadap Komitmen Organisasi
Pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi terhadap komitmen organisasi telah dianalisis dengan menggunakan analisis regresi linear berganda dengan bantuan program SPSS versi 15.0. Daripada analisis ini, diperoleh dapatan kajian seperti yang berikut:
369
i) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas iaitu penglibatan dalam membuat keputusan terhadap pemboleh ubah tidak bebas iaitu komitmen organisasi. ii) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu peningkatan profesionalisme terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu komitmen organisasi. iii) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu status terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu komitmen organisasi. iv) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu kepercayaan diri terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu komitmen organisasi. v) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu autonomi terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu komitmen organisasi. vi) Terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah bebas, iaitu pengaruh terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu komitmen organisasi.
Secara keseluruhan didapati bahawa semua pemboleh ubah bebas yang terdiri daripada enam dimensi pemerkasaan guru, secara bersama-sama mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pemboleh ubah tidak bebas, iaitu komitmen organisasi dengan koefisien determinasi yang disesuaikan = 0.613. Hal ini bermakna bahawa perubahan komitmen organisasi boleh dijelaskan oleh dimensi pemerkasaan guru dalam enam dimensi sebesar 61.3 peratus dan sebesar 38.7 peratus lagi boleh dijelaskan oleh faktor yang tidak dikaji dalam penyelidikan ini.
c) Hubungan Kepuasan Kerja dengan Komitmen Organisasi
Daripada analisis data dengan menggunakan analisis korelasi Pearson dengan bantuan program SPSS versi 15.0, diperoleh koefisien korelasi sebesar 0.748 dan jika
370
merujuk kepada pentafsiran kekuatan hubungan ini terletak pada selang 0.7<x≤ 0.9. Daripada keputusan ini, dapatlah ditafsirkan bahawa kekuatan hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi tergolong dalam kategori kuat. Pentafsiran daripada koefisien korelasi ini hanya sekedar menunjukkan keeratan hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi dan tidak mencerminkan suatu hubungan sebab akibat.
7.3. Perbincangan Dapatan Kajian
Bahagian ini akan membincangkan keputusan kajian yang didapati daripada analisis dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif seperti yang berikut:
7.3.1 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian Kualitatif
Untuk dapatan kajian dengan pendekatan kualitatif, dibincangkan tentang rangkaian agensi dan autoriti pelaksana polisi pemerkasaan guru dan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di enam buah sekolah.
1) Perbincangan Rangkaian Agensi dan Autoriti Pelaksana Polisi Pemerkasaan Guru
Seperti yang dihuraikan sebelum ini, terdapat lima pelaksana polisi pemerkasaan guru yang berlaku di Indonesia, iaitu Parlimen Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah, ‘Dewan Pendidikan’, ‘Komite Sekolah’ dan sekolah. Perbincangan untuk setiap agensi adalah seperti berikut:
a) Peranan dan fungsi daripada Parlimen Daerah dalam masa reformasi pendidikan belum bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amanat Undang-undang No. 20 Tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional dan Undang-undang No. 14 Tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (Pensyarah). Hal ini ditunjukkan apabila tiada
371
perbahasan dan pengesahan peraturan daerah yang menjadi landasan undang-undang bagi Pejabat Pelajaran Daerah bandar Malang dalam melaksanakan urusan pendidikan oleh Parlimen Daerah, walaupun yang mempunyai kewajipan menyerahkan rancangan peraturan daerah kepada Parlimen Daerah tersebut ialah Pejabat Pelajaran Daerah. Namun usaha Parlimen Daerah untuk membahaskan peraturan daerah tersebut didapati kurang bersungguh-sungguh, padahal rancangan tersebut sudah diselesaikan pada tahun 2006. Sementara peranan dan fungsi Parlimen Daerah tentang pengawasan pelaksanaan urusan pendidikan, sebahagian besar berkaitan dengan urusan kewangan, didapati hanya sebahagian kecil melakukan pengawasan terhadap pelaksanaan polisi yang berkaitan dengan pendidikan. b) Dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, peranan dan fungsi Pejabat Pelajaran Daerah secara amnya telah terlaksana, iaitu sesuai dengan tugas utama dan fungsinya, namun landasan undang-undang yang digunakan bagi melaksanakan tugas tersebut belum mencerminkan berlakunya reformasi pendidikan yang berlangsung di Indonesia, iaitu masih menggunakan peraturan daerah No. 13 Tahun 2001 tentang sistem penyelenggarakan pendidikan yang
mendasarkan kepada
undang-undang No. 2 Tahun 1989 tentang sistem pendidikan nasional dan belum berdasarkan kepada Undang-undang No. 20 Tahun 2003 sistem pendidikan nasional dan Undang-undang No. 14 Tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (pensyarah). Dengan demikian, pembangunan pendidikan sebahagian besarnya berurusan dengan masalah pembinaan kemudahan dan belum membuat prioriti bagi meningkatkan profesionalisme guru. Demikian juga tentang kesejahteraan guru yang masih belum menjadi program prioriti. Keadaan ini boleh dilihat daripada besarnya anggaran pendidikan dalam APBD bandar Malang tahun 2007 yang masih relatif kecil. Hanya 10 peratus daripada keseluruhan anggaran dan itu pun sebahagian besar digunakan 372
untuk pembinaan fizikal, program prioriti bagi peningkatan kualiti sumber daya insan belum dilaksanakan.
Semasa reformasi berlaku di Indonesia, masyarakat mempunyai peluang untuk memberikan pengawasan terhadap segala aktiviti daripada pemerintah, sama ada melalui lembaga wakil rakyat iaitu Parlimen Daerah mahupun melalui Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM/NGO). Masalah anggaran pendidikan yang masih relatif kecil menunjukkan bahawa pemerintah daerah belum bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Untuk itu masyarakat selalu menyuarakan keinginannya sama ada melalui Parlimen Daerah mahupun lembaga swadaya masyarakat agar pemerintah daerah meningkatkan anggaran pendidikan. Usaha yang dilakukan oleh masyarakat tersebut ternyata membuahkan hasil. Hal ini terlihat bahawa untuk tahun 2008 anggaran bagi pendidikan meningkat sekitar 11 peratus daripada keseluruhan APBD bandar Malang.
c) Penglibatan masyarakat dalam urusan pendidikan disalurkan melalui badan mandiri iaitu ‘Dewan Pendidikan’ dan ‘Komite Sekolah’. Daripada dapatan kajian ini diperoleh keputusan bahawa peranan dan fungsi ‘Dewan Pendidikan’ didapati belum mencapai tahap maksimum, kerana ‘Dewan Pendidikan’ hanya boleh menyampaikan usul dan saranan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan. d) Peranan dan fungsi ‘Komite Sekolah’ sebagai badan mandiri yang terdiri daripada ibu bapa dan masyarakat yang prihatin terhadap pendidikan, belum menunjukkan hasil yang maksimum. Sebahagian besar peranan dan fungsi yang dilakukan berkaitan dengan masalah kewangan, terutamanya pada masa penerimaan murid baharu.
373
e) Sekolah mempunyai autoriti penuh untuk melakukan pengurusan masalah pendidikan. Sebahagian besar daripada rancangan tentang pembinaan yang dilakukan adalah berkaitan dengan pembinaan kemudahan dan hanya sebahagian kecil untuk pemerkasaan guru.
2) Perbincangan Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Untuk mengetahui pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di enam buah sekolah di Malang Indonesia digunakan ciri-ciri pelaksanaan polisi sebagaimana dikemukakan Dunn (2003) yang terdiri daripada enam aspek, iaitu keberkesanan yang boleh ditafsirkan sebagai pencapaian hasil yang diinginkan, efisiensi iaitu cara yang dilakukan dalam melaksanakan polisi, kecukupan yang bermakna setakat mana hasil yang telah tercapai boleh menyelesaikan permasalahan, aspek purata yang bermakna manfaat didistribusikan kepada semua kelompok yang berbeza, aspek responsiviti yang bermaksud manfaat daripada polisi memberikan nilai kelompok dan boleh memuaskan mereka dan yang terakhir ialah aspek kesesuaian, iaitu hasil yang diperoleh bermanfaat bagi peningkatan kualiti pendidikan.
Berdasarkan enam aspek tersebut, perbincangan tentang pelaksanaan polisi pemerkasaan guru adalah seperti yang berikut:
a) Keberkesanan Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Keberkesanan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru bermaksud hasil yang diinginkan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi boleh berjaya. Huraian yang berikut membincangkan tentang enam dimensi pemerkasaan guru ditinjau daripada aspek keberkesanan.
374
Dimensi pertama daripada pemerkasaan guru ialah penglibatan guru dalam membuat keputusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan memberikan rasa berpuas hati bagi guru dalam melaksanakan tugas mendidik dan mengajar di sekolah. Seorang guru yang berasa puas hati dalam melaksanakan tugas belajar dan mengajar mempunyai impak kepada kesungguhan dalam melaksanakan tugas. Keadaan ini memberikan impak kepada keadaan persekitaran sekolah agar menjadi lebih baik untuk belajar, sehingga guru berasa terlibat dalam usaha meningkatkan kualiti sekolah.
Sementara dimensi peningkatan profesionalisme pula boleh memberikan manfaat kepada guru dalam melaksanakan tuga belajar dan mengajar. Namun secara am bahawa peningkatan profesionalisme terhad kepada formaliti sahaja, iaitu berkaitan dengan sijil yang diperoleh setelah guru mengikuti pelaksanaan bengkel. Sijil yang diperoleh daripada mengikuti bengkel boleh digunakan sebagai bukti pelaksanaan kegiatan akademik dan merupakan bahagian daripada syarat untuk kenaikan gred jawatan dan boleh digunakan bagi memenuhi syarat program ‘sertifikasi’ guru.
Untuk status guru, masyarakat masih memandang bahawa guru mempunyai status sosial yang baik dan boleh berperanan dalam aktiviti masyarakat, namun masyarakat juga beranggapan bahawa guru merupakan pekerjaan yang mempunyai gaji kecil. Kenyataan ini dikuatkan berdasarkan dapatan kajian kuantitatif, bahawa tentang gaji, belum memberikan rasa berpuas hati bagi guru-guru dalam melaksanakan tugas, meskipun pihak sekolah telah memberikan tambahan gaji, namun jumlahnya tidak signifikan. Sebahagian daripada faktor yang menjadi penyebab, ialah sekolah masih mempunyai prioriti pembinaan dewan, kemudahan, bilik darjah, dan peningkatan gaji guru belum menjadi program prioriti.
375
Sementara dimensi kepercayaan diri sebagai seorang guru pula, semua guru berasa yakin akan kehadirannya, sehingga pelaksanaan kewajipan sebagai guru boleh dilaksanakan seperti mana sepatutnya. Namun, terdapat sebahagian guru yang berasa kurang yakin akan dirinya sehingga pelaksanaan tugas sebagai guru kadang-kadang diabaikan kerana lebih mengutamakan pekerjaan selain guru. Hal ini disebabkan sebahagian daripada guru di beberapa sekolah tempat penyelidikan ini dilaksanakan, mempunyai aktiviti di luar tugasnya sebagai guru. Mereka melakukan kerja selain guru dengan tujuan untuk memperoleh tambahan gaji, kerana gaji sebagai guru tidak mencukupi untuk keperluan hidupnya.
Manakala berkait dengan autoriti melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan kegiatan belajar dan mengajar, memberikan semangat dan motivasi kepada guru untuk melaksanakan pembelajaran dengan memanfaatkan kemudahan yang terdapat di sekolah bagi membantu murid-murid memahami pelajaran. Meskipun demikian, terdapat sebahagian guru yang melaksanakan kegiatan belajar mengajar dengan menggunakan cara yang lama, tidak ada kreativiti mahupun inovasi dalam pembelajaran, terutamanya mereka yang mendekati masa bersara.
Dimensi terakhir ialah pengaruh guru dalam mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian kecil daripada guru belum boleh melaksanakan pengaruhnya bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar.
Daripada huraian tersebut boleh diringkaskan bahawa pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ditinjau daripada aspek keberkesanan boleh memberikan manfaat, kepuasan, meningkatkan profesionalismenya, sehingga tujuan untuk meningkatkan kualiti guru agar menghasilkan murid yang mempunyai kualiti dapat dicapai, walaupun
376
tidak maksimum. Hal ini disebabkan keterlibatan guru dalam meningkatkan kualiti sekolah belum mencapai tahap maksimum. Rancangan program yang disusun oleh sekolah belum memberikan prioriti untuk peningkatan profesionalisme guru sama ada kesejahteraan mahupun peningkatan kemampuan guru.
b) Efisiensi Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Efisiensi dalam bahagian ini bermakna cara yang dilakukan dalam melaksanakan polisi pemerkasaan guru. Dapatan kajian menjelaskan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan terbahagi kepada dua model, iaitu dengan menggunakan sistem perwakilan guru mata pelajaran dan menggunakan kelompok perancang penyusunan program yang melibatkan pelbagai guru mata pelajaran. Namun dalam kenyataannya, penglibatan guru dalam membuat keputusan masih mempunyai peringkat formaliti sahaja. Hal ini sebagai cara untuk memberikan kepuasan kerja bagi guru dan belum menyentuh substansi permasalahan.
Untuk dimensi peningkatan profesionalisme, secara am usaha yang dilakukan adalah melalui kegiatan MGMP, MGMPS dan bengkel. Kegiatan MGMP boleh dilaksanakan sesuai dengan rancangan, namun tidak dijalankan secara rutin disebabkan pelaksanaannya tiada inovasi. Kegiatan MGMPS ini boleh dilaksanakan di beberapa sekolah dan terhad pada beberapa mata pelajaran sahaja. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan peningkatan profesionalisme boleh terlaksana, namun belum menuju kepada substansi peningkatan profesionalisme, yang mempunyai impak kepada kegiatan belajar dan mengajar agar menjadi lebih berkualiti.
Manakala usaha yang dilakukan bagi meningkatkan status guru boleh dilaksanakan dengan peningkatan gaji. Dalam proses pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, usaha peningkatan gaji guru dilaksanakan melalui program ‘sertifikasi’. Daripada 377
kajian ini didapati bahawa guru-guru yang mengikuti program ‘sertifikasi’ di sekolah tempat kajian ialah mereka yang mempunyai kelayakan. Semuanya memenuhi syarat dan telah dinyatakan lulus ‘sertifikasi’. Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan kepercayaan diri sebagai guru dilaksanakan dengan memberikan motivasi untuk melakukan penyelidikan, peningkatan profesionalisme dan juga pemberian tambahan gaji daripada sekolah. Selain itu, adanya keprihatinan terhadap sesama rakan dan nilai pemuafakatan boleh meningkatkan kepercayaan diri sebagai guru.
Dimensi terakhir ialah pengaruh guru dapat mewujudkan keadaan persekitaran sekolah agar menjadi lebih baik untuk belajar. Bagi merealisasikan dimensi ini, usaha yang dilakukan dengan memberikan tugas kepada guru-guru supaya mengikuti bengkel. Implikasinya, diperoleh interaksi antara guru-guru dengan mata pelajaran yang sama untuk saling bertukar pikiran dalam mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar. Selain itu, mereka yang sudah melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran boleh memberikan contoh yang boleh diikuti bagi mereka yang belum melaksanakannya. Dengan bertambahnya pengetahuan dan kemahiran, guru akan berpeluang mewujudkan keadaan persekitaran sekolah menjadi lebih baik untuk belajar, terutamanya keadaan pembelajaran di bilik belajar.
Daripada kajian ini boleh diringkaskan bahawa cara yang dilakukan bagi melaksanakan polisi pemerkasaan guru didapati belum diselenggarakan secara maksimum, hal ini disebabkan pelaksanaan kegiatan bersifat statik, sehingga diperlukan inovasi dan kreativiti pelaksanaan kegiatan. Begitu juga dengan pelaksanaan peningkatan profesionalisme yang didapati belum lagi terlaksana. Keadaan ini terjadi disebabkan tugas-tugas guru dalam melaksanakan kegiatan belajar mengajar sangat banyak, iaitu 24 jam belajar untuk seminggu. Jika dalam seminggu ada enam hari bekerja, maka secara purata dalam sehari kewajipan mengajar guru ialah enam jam. 378
Memandangkan tugas guru dalam melaksanakan kegiatan belajar mengajar sangat padat, maka perlu dilakukan tinjauan terhadap beban tugas mengajar sebagai guru, agar guru mempunyai peluang untuk meningkatkan profesionalismenya.
c) Kecukupan Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Kecukupan dalam kajian ini bermakna setakat mana hasil daripada pelaksanaan polisi pemerkasaan guru boleh memecahkan permasalahan yang berkaitan dengan peningkatan kualiti pendidikan.
Daripada kajian didapati bahawa dimensi pertama daripada pelaksanaan polisi pemerkasaan guru memberikan impak bahawa guru berasa kehadirannya dihargai, adanya peningkatan motivasi kerja guru, kejayaan program yang dirancang, dan sebahagian sekolah boleh menimbulkan rasa pemuafakatandan tanggungjawab terhadap program yang telah disepakati bersama.
Untuk peningkatan profesionalisme, boleh menjadikan guru berasa lebih percaya diri di hadapan murid-murid dengan peningkatan kemampuannya. Namun terdapat sekolah yang belum boleh memberikan manfaat kepada guru dalam melaksanakan tugas mengajar. Sebagaimana yang diketahui bahawa peningkatan kualiti pendidikan di sekolah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang utama ialah peranan guru. Hal ini boleh dilaksanakan di sekolah, namun sebahagian daripada sekolah belum melaksanakannya secara optimum.
Manakala dimensi kepercayaan diri sebagai guru, yang berkaitan dengan kemampuan yang dimiliki guru dan peranan sekolah bagi meningkatkan kepercayaan diri, mempunyai impak kepada motivasi yang tinggi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Sementara itu, didapati sebahagian daripada sekolah tempat
379
kajian dilaksanakan mewujudkan kepercayaan diri sebagai guru telah mengalami peningkatan. Namun dari segi implementasi belum boleh meningkatkan motivasi bagi meningkatkan kualiti tugas pembelajaran.
Untuk dimensi pemberian autonomi dalam pembelajaran, didapati dimensi ini boleh memberikan peluang kepada guru bagi melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran. Hal ini mempunyai impak kepada model pembelajaran yang menjadikan murid gembira untuk belajar. Didapati motivasi murid-murid meningkat untuk belajar dan hal ini boleh meningkatkan kualiti prestasi murid. Bagi dimensi pengaruh didapati bahawa di semua sekolah, pengaruh guru mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar mempunyai manfaat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran, namun sebahagian guru tidak boleh memberikan impak bagi peningkatan kualiti pembelajaran Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa aspek kecukupan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, iaitu setakat mana pemerkasaan guru yang berlangsung boleh memberikan penyelesaian bagi peningkatan kualiti pendidikan, secara am boleh dikatakan boleh wujud, namun belum terlaksana secara maksimum dan boleh dikatakan bahawa hal ini merupakan langkah awal bagi meningkatkan kualiti pendidikan.
d) Purata Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Purata dalam huraian ini mempunyai erti sejauh mana manfaat daripada pelaksanaan polisi pemerkasaan guru boleh diterima oleh semua guru yang berkhidmat di sekolah. Untuk dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan, daripada penyelidikan didapati bahawa dimensi ini telah memberikan peluang kepada semua guru terlibat dalam membuat keputusan, sama ada secara langsung mahupun dengan cara perwakilan. 380
Manakala untuk dimensi peningkatan profesionalisme, semua guru memperoleh peluang mengikutinya, bengkel dilakukan dengan cara berganti-ganti, bagaimanapun terdapat sebahagian guru yang enggan untuk mengikuti kegiatan peningkatan profesionalisme meskipun sekolah sudah memberikan peluang untuk mengikutinya.
Untuk dimensi status, didapati bahawa setiap guru memperoleh peluang meningkatkan statusnya, seperti progam ‘sertifikasi’ guru, namun terdapat sebahagian guru yang tidak boleh mengikuti program tersebut, dan sebahagian daripadanya malas untuk memenuhi syarat ‘sertifikasi’. Didapati juga bahawa di semua sekolah tempat kajian ini dilaksanakan, setiap guru mempunyai hak dan peluang yang sama bagi meningkatkan kepercayaan dirinya. Manakala untuk kreativiti dan inovasi yang seharusnya dilakukan oleh guru, didapati bahawa guru-guru memperoleh peluang melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran.
Sementara untuk dimensi pengaruh guru untuk mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar. Dapatan kajian menjelaskan bahawa semua guru memperoleh peluang yang sama untuk meningkatkan kualiti sekolah. Secara am boleh diringkaskan bahawa pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di Malang, boleh diterima oleh sebahagian besar guru dan hanya sebahagian kecil sahaja yang belum boleh menerimanya, yang disebabkan oleh faktor individu daripada guru tersebut.
e) Responsiviti Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Aspek responsiviti dalam bahagian ini mempunyai erti setakat mana hasil pelaksanaan polisi pemerkasaan guru memenuhi nilai kelompok dan boleh memberikan manfaat dan juga berasa puas kepada guru dalam melaksanakan kewajipannya.
381
Ditinjau daripada dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan, diperoleh keputusan bahawa di semua sekolah tempat kajian, guru-guru berasa terpanggil untuk melaksanakan kewajipannya, serta boleh menjadikan keprihatinan dan pemuafakatan dalam mengawal program sekolah. Sedangkan untuk pelaksanaan peningkatan
profesionalisme, memberikan nilai pemuafakatanantara guru dengan
kegiatan perbincangan mata pelajaran antara kelompok guru, sama ada memperoleh bahan mata pelajaran baharu mahupun terdapat masalah tentang mata pelajaran.
Dimensi yang berikutnya ialah status guru. Daripada semua sekolah tempat kajian didapati bahawa dengan statusnya, guru-guru mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap sesama dan nilai-nilai pemuafakatanboleh wujud. Bagi dimensi kepercayaan diri, daripada dapatan kajian diperoleh penjelasan bahawa semua sekolah menunjukkan adanya nilai-nilai pemuafakatandan keprihatinan yang tinggi.
Untuk dimensi autonomi, dapatan kajian menunjukkan bahawa pemberian autonomi kepada guru untuk kreatif dan inovatif dalam pembelajaran memberikan impak bahawa antara guru saling membincangkan masalah pembelajaran dengan guru yang sama mata pelajaran. Keadaan ini boleh memberikan nilai pemufakatan, dengan cara saling bertukar maklumat cara pembelajaran. Sementara daripada dimensi pengaruh didapati bahawa pemberian autoriti kepada guru untuk mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar memberikan impak adanya keprihatinan dan pemuafakatan yang tinggi di antara guru-guru yang berkhidmat di semua sekolah tempat kajian.
Impak yang ditimbulkan dengan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ialah adanya rasa puas bagi guru dalam melaksanakan kewajipannya. Namun, terdapat satu
382
faktor yang belum memberikan kepuasan, iaitu masalah gaji. Meskipun demikian, guru mempunyai harapan dengan adanya program ‘sertifikasi’, gaji guru dapat ditingkatkan.
f) Kesesuaian Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Daripada aspek kesesuaian pula, yang bermaksud manfaat yang diperoleh dengan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru bagi meningkatkan kualitinya.
Dengan adanya penglibatan guru dalam membuat keputusan, terdapat pandangan yang sama, iaitu sekolah merupakan tampat mengabdikan diri dengan pemufakatan, kerja sama saling membantu, agar manfaat meningkatkan kualiti sekolah dapat dicapai. Didapati juga bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan dalam penyusunan RAPBS dan RPS mempunyai impak bahawa guru berasa bertanggungjawab dalam mengawal pelaksanaan program. Namun setengah daripada guru-guru memandang bahawa penglibatan guru dalam perancangan program-program sekolah, belum memberikan impak kepada peningkatan aktiviti guru dalam meningkatkan kualiti sekolah
Untuk
dimensi
peningkatan
profesionalisme
yang
diikuti
oleh
guru
menunjukkan impak kepada peningkatan motivasi guru dalam meningkatkan kemampuannya sehingga kualiti pembelajaran menjadi meningkat dan mempunyai impak kepada meningkatnya kualiti pendidikan. Namun sebahagian kecil peningkatan profesionalisme guru belum boleh menjadikan guru lebih bermotivasi bagi meningkatkan kemampuannya dalam melaksanakan tugas pembelajaran
Manakala dimensi status guru, didapati bahawa dengan statusnya, guru boleh meningkatkan kualiti pembelajaran. Hal ini memberikan impak kepada peningkatan kualiti prestasi murid dan juga hasil yang diperoleh ialah meningkatnya kualiti sekolah.
383
Namun
terdapat
pembelajarannya.
sebahagian Mereka
guru
yang
mengajar
belum
kerana
boleh
hanya
meningkatkan
melaksanakan
kualiti
kewajipan.
Kepercayaan diri sebagai guru sangat diperlukan bagi meningkatkan kemampuan dalam bidang pengajian yang menjadi tugas mengajar. Hal ini boleh memberikan motivasi bagi meningkatkan profesionalisme guru.
Pemberian autonomi kepada
guru untuk kreatif dan inovatif dalam
melaksanakan pembelajaran boleh membantu murid untuk mengerti dan memahami mata pelajaran sehingga kualiti prestasi murid meningkat dan hal ini juga menyebabkan kualiti sekolah turut meningkat. Didapati juga bahawa dengan pemberian autonomi kepada guru kreatif dan inovatif sangat bermanfaat bagi peningkatan kualiti pendidikan. Namun terdapat sebahagian guru di semua sekolah yang belum melaksanakan hal ini secara maksimum
Ditinjau daripada dimensi pengaruh, sebahagian guru mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi untuk berperanan dalam mewujudkan persekitaran yang baik untuk belajar. Namun motivasi tersebut bersifat sementara yang kemudian motivasi tersebut boleh menurun, bahkan tidak ada sama sekali.
Daripada kajian ini diperoleh keputusan bahawa pelaksanaan polisi pemerkasaan guru boleh meningkatkan kualiti guru. Namun peningkatan kualiti yang diperoleh adalah minimum. Hal ini disebabkan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam beberapa dimensi masih dalam perancangan dan baharu dimulai pelaksanaannya sehingga hasilnya belum jelas, seperti peningkatan profesionalisme dan peningkatan kesejahteraan melalui program ‘sertifikasi’ guru.
384
3) Perbincangan Kekangan dan Kesan Pelaksanaan Polisi Pemerkasaan Guru
Kejayaan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dipengaruhi oleh enam pemboleh ubah sebagaimana dikatakan oleh Van Meter dan Van Horn (1975), iaitu 1) sumberdaya, 2) standard dan sasaran polisi, 3) hubungan antar organisasi, 4) persekitaran politik, ekonomi dan sosial, 5) disposisi pelaksana, 6) ciri-ciri agensi pelaksana.
Dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang, ditinjau daripada pemboleh ubah pertama iaitu sumber daya, boleh dikatakan bahawa sumberdaya yang dimaksud dalam kajian ini adalah guru sebagai sumberdaya insan dan kemudahankemudahan yang tersedia dalam pelaksanaan polisi. Untuk faktor guru sebagai objek yang menjadi sasaran polisi, majoritinya adalah menerima dan mendukung pelaksanaan polisi, bahkan hal tersebut merupakan suatu harapan yang diinginkan guru agar boleh wujud. Hal ini kerana jika pelaksanaan polisi pemerkasaan guru wujud mempunyai impak kepada peningkatan profesionalisme guru dan juga kepada peningkatan kesejahteraan.
Untuk standard dan sasaran polisi pemerkasaan guru adalah sesuai dengan ketentuan dalam undang-undang dan peraturan yang menjadi asas pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. Manakala hubungan antara agensi pelaksana polisi pemerkasaan guru yang terdiri daripada lima lembaga, boleh dikatakan bahawa untuk agensi eksekutif hubungan antara kedua lembaga boleh dikatakan tidak terjadi permasalahan, namun antara eksekutif iaitu Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak legislatif iaitu Parlimen Daerah, hubungan antara keduanya kurang harmonis, hal ini boleh dilihat semasa Dewan Pendidikan telah selesai membuat rancangan peraturan daerah tentang penyelenggaraan pendidikan. Seharusnya, setelah rancangan selesai disusun segera
385
disampaikan kepada pihak Parlimen Daerah untuk dilakukan pembahasan dan diteruskan dengan penetapan sebagai peraturan daerah yang boleh digunakan sebagai asas untuk melaksanakan pembangunan pendidikan. Kenyataanya pihak Pejabat Pelajaran Daerah tidak segera menyampaikannya kepada legislatif, hal ini menjadikan hubungan antara eksekutif dan legislatif menjadi kurang harmonis.
Sementara berkaitan dengan persekitaran keadaan politik, ekonomi dan sosial boleh dikatakan bahawa untuk urusan persekitaran politik dann sosial dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru tidaklah menjadi permasalahan, namun untuk keadaan ekonomi sepertinya menjadi beban bagi pemerintah untuk mewujudkannya. Apalagi dengan dilaksanakannya program sertifikasi, menjadikan pemerintah harus menyediakan dana yang cukup untuk menaikkan gaji guru yang sudah lulus program sertifikasi.
Pemboleh ubah berikutnya adalah disposisi pelaksana, dalam hal ini tentang respon agensi pelaksana terhadap polisi yang akan mempengaruhi kehendak untuk melaksanakan polisi, kognisi, iaitu pemahaman pelaksana terhadap polisi dan intensiti, iaitu pilihan nilai yang dimiliki oleh pelaksana. Ketiga-tiga pemboleh ubah disposisi pelaksana dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru tidaklah menjadi permasalahan, sehingga pemboleh ubah disposisi adalah sangat mendukung dalam pelaksanaan polisi ini.
Adapun pemboleh ubah yang terakhir adalah ciri-ciri organisasi. Dalam hal ini lembaga Dewan Pendidikan, Komite Sekolah dan Sekolah telah melaksanakan fungsi dan peranannya, sedangkan Pejabat Pelajaran Daerah dan Parlimen Daerah kurang maksimum dalam pelaksanaan polisi ini. Hal ini kemungkinan bahawa pihak Parlimen kurang bersungguh-sungguh melaksanakan fungsi dan peranannya dalam bidang
386
pendidikan, demikian juga Pejabat Pelajaran Daerah, fokus yang dilaksanakan adalah pembinaan kemudahan dan belum membuat prioriti untuk pemerksaan guru.
7.3.2. Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian Kuantitatif
Perbincangan dapatan kajian bahagian kuantitatif menghuraikan tentang persepsi guru terhadap pemerkasaan, kepuasan kerja, komitmen organisasi, pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja, komitmen organisasi, dan yang terakhir ialah membincangkan hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi.
1) Perbincangan Persepsi Guru terhadap Pemerkasaan, Kepuasan Kerja, dan Komitmen Organisasi
Perbincangan tentang persepsi guru terhadap pemerkasaan, kepuasan kerja, dan komitmen organisasi boleh dihuraikan seperti yang berikut:
a) Perbincangan Persepsi Guru Terhadap Pemerkasaan
Salah satu daripada implementasi desentralisasi pendidikan ialah pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. Aktiviti tersebut dipersepsi oleh guru dengan pelbagai perkara. Sebahagian daripada mereka memberikan penilaian positif dan yang lain memberikan penilaian negatif terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. Didapati beberapa perkara diberikan penilaian positif, dalam erti guru berasa berpuas hati kerana pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, iaitu peningkatan profesionalisme, kemampuan dan kepakaran sesuai dengan bidang tugasnya semakin meningkat. Tambahan lagi hubungan antara rakan menjadi lebih baik, sehingga memberikan peluang kepada guru untuk saling bertukar maklumat tentang pembelajaran yang menjadi bidang tugasannya.
387
Meskipun demikian, beberapa perkara yang menjadikan guru kurang berpuas hati dalam melaksanakan tugas, ialah perkara yang berhubungan dengan masalah peningkatan kesejahteraan dan kemudahan dalam proses kegiatan belajar dan mengajar yang masih terhad. Jika dilihat daripada dimensi pemerkasaan guru, dimensi peningkatan profesionalisme memperoleh persepsi yang baik daripada guru, sedangkan status dan kepercayaan diri guru kurang memperoleh persepsi yang menjadikan guru berpuas hati. Hal ini disebabkan bahawa kedua-dua dimensi tersebut berkaitan dengan kesejahteraan guru yang relatif rendah.
b) Perbincangan Persepsi Guru Terhadap Kepuasan Kerja
Daripada beberapa perkara yang termasuk dalam dimensi kepuasan kerja, dipersepsi sangat berpuas hati oleh guru-guru, kecuali masalah gaji yang sangat rendah, guru kurang berpuas hati dalam menjalankan tugas. Sebahagian daripada guru menjadikan status guru hanya sebagai pekerjaan sampingan berbanding pekerjaan selain guru. Hal ini kerana pekerjaan selain guru memberikan pendapatan yang lebih besar jika dibandingkan dengan gaji yang diterimanya sebagai guru. Gaji guru di Indonesia jika dihitung dengan ringgit Malaysia antara RM 500.00 hingga RM 1,200.00. Sehingga tidaklah salah jika guru kurang berpuas hati terhadap gaji yang diterimanya. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambahkan gaji guru, iaitu tambahan pendapatan daripada sekolah dan hal ini tergantung kepada sekolah. Selain itu, pelaksanaan program ‘sertifikasi’ memberikan harapan kepada guru untuk memperoleh kenaikan gaji. Untuk itu, dalam usaha meningkatkan kualiti guru, salah satu hal yang perlu diberikan prioriti ialah kenaikan gaji. Oleh sebab itu, jika hal ini boleh dilaksanakan, maka guru akan menjadi lebih fokus dalam melaksanakan tugas mengajar.
388
c) Perbincangan Persepsi Guru Terhadap Komitmen Organisasi
Meskipun gaji guru di Indonesia adalah sangat rendah, komitmen guru-guru untuk tetap melaksanakan tugas dan tetap berkhidmat di sekolah sebagai tempat untuk mengabdikan dirinya masih wujud. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai komitmen yang tinggi untuk tetap berkhidmat demi menjalankan tugas mengajar. Perkara yang menjadikan guru tetap berkhidmat di sekolah bukanlah disebabkan oleh gaji yang diterimanya, tapi berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya termasuklah peluang untuk meningkatkan profesionalisme, sehingga kemampuan guru menjadi meningkat. Demikian juga autoriti diberikan untuk melaksanakan pembelajaran sesuai dengan situasi dan keadaan di tempat guru menjalankan tugas. Semua perkara ini merupakan perkara yang memperoleh persepsi positif daripada komitmen guru.
Sebagai usaha untuk meningkatkan komitmen guru terhadap organisasi adalah dengan meningkatkan kepuasan guru dalam menjalankan tugas. Salah satunya ialah masalah gaji seperti yang dihuraikan sebelum ini. Selain itu, penglibatan guru dalam pelbagai aktiviti sekolah seperti penyusunan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah, penyusunan program tahunan sekolah, rancangan pengembangan sekolah, adalah perkara-perkara tersebut boleh meningkatkan kepuasan kerja guru
2) Perbincangan Pengaruh Pemerkasaan Guru terhadap Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi dan Hubungan antara Kepuasan Kerja dengan Komitmen Organisasi.
Dalam bahagian ini dibincangkan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi serta hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi.
389
a) Perbincangan Pengaruh Pemerkasaan Guru terhadap Kepuasan Kerja
Daripada dapatan analisis pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja didapati setiap daripada dimensi pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi iaitu penglibatan guru dalam membuat keputusan, peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi dan pengaruh, mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepuasan kerja.
Dimensi peningkatan profesionalisme dan pengaruh guru bagi mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar mempunyai peringkat signifikan yang paling tinggi, iaitu 0.000. Hal ini menunjukkan bahawa dua dimensi ini mempunyai peringkat kesalahan yang relatif kecil terhadap kepuasan kerja dan mempunyai peringkat kebenaran yang tinggi sebagai faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja. Namun untuk mengetahui setakat mana sumbangan dua dimensi tersebut terhadap kepuasan kerja boleh dilihat melalui kuadrat daripada koefisien korelasi parsialnya. Dimensi peningkatan profesionalisme mempunyai r2 sebesar 0.32 yang bermakna perubahan kepuasan kerja boleh diterangkan oleh dimensi peningkatan profesionalisme sebesar 32 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada, sementara dimensi pengaruh mempunyai r2 sebesar 0.34 yang bermakna bahawa perubahan kepuasan kerja boleh diterangkan oleh dimensi pengaruh sebesar 34 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada.
Untuk dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan, status, dan autonomi mempunyai peringkat signifikan sebesar 0.001. Hal ini menunjukkan bahawa dimensi tersebut mempunyai peringkat kesalahan yang relatif kecil terhadap kepuasan kerja, iaitu sebesar 1 peratus dan bermakna mempunyai peringkat kesesuaian yang tinggi sebagai faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja, iaitu sebesar 99 peratus.
390
Untuk mengetahui setakat mana sumbangan daripada tiga dimensi tersebut terhadap kepuasan kerja boleh dilihat melalui kuadrat daripada koefisien korelasi parsialnya. Dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan mempunyai r2 sebesar 0.37 yang mempunyai erti bahawa perubahan kepuasan kerja boleh diterangkan oleh dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan sebesar 37 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada. Dimensi status mempunyai r2 sebesar 0.29 yang bermakna perubahan kepuasan kerja boleh diterangkan oleh dimensi status sebesar 29 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada. Dimensi autonomi pula mempunyai r2 sebesar 0.36 yang bermakna bahawa perubahan kepuasan kerja boleh diterangkan oleh dimensi autonomi sebesar 36 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada.
Bagi dimensi yang terakhir, iaitu dimensi kepercayaan diri, mempunyai peringkat signifikan sebesar 0.004. Hal ini menunjukkan bahawa dimensi tersebut mempunyai peringkat kesalahan yang relatif kecil terhadap kepuasan kerja, iaitu sebesar 4 peratus. Dimensi ini mempunyai peringkat kebenaran yang tinggi sebagai faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja iaitu sebesar 96 peratus. Namun untuk mengetahui setakat mana sumbangan dimensi kepercayaan diri terhadap kepuasan kerja boleh dilihat melalui kuadrat daripada koefisien korelasi parsialnya. Dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan mempunyai r2 sebesar 0.35 yang mempunyai erti bahawa perubahan kepuasan kerja boleh diterangkan oleh dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan sebesar 35 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada.
Secara bersama-sama, keenam-enam dimensi pemerkasaan guru, didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kepuasan kerja dengan koefisien determinasi yang disesuaikan sebesar 0.595. Koefisien ini bermakna bahawa perubahan kepuasan kerja guru dalam melaksanakan tugas boleh dijelaskan oleh dimensi pemerkasaan guru dalam enam dimensi secara bersama-sama sebesar 59.5 peratus dan 391
sebesar 40,5 peratus kepuasan kerja guru boleh dijelaskan oleh faktor lain yang tidak dikaji dalam penyelidikan ini.
b) Perbincangan Pengaruh Pemerkasaan Guru terhadap Komitmen Organisasi
Daripada dapatan analisis pengaruh pemerkasaan guru terhadap komitmen organisasi diperoleh penjelasan bahawa setiap dimensi pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi iaitu penglibatan guru dalam membuat keputusan, peningkatan profesionalisme, status, kepercayaan diri, autonomi dan pengaruh, mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap komitmen organisasi.
Dimensi peningkatan profesionalisme dan pengaruh guru bagi mewujudkan keadaan persekitaran sekolah yang kondusif untuk belajar mempunyai peringkat signifikan yang paling tinggi iaitu 0.000. Hal ini menunjukkan bahawa dua dimensi tersebut mempunyai peringkat kesalahan yang relatif kecil terhadap komitmen organisasi dan mempunyai peringkat kebenaran yang tinggi sebagai faktor yang mempengaruhi komitmen organisasi. Namun untuk mengetahui setakat mana sumbangan dimensi tersebut terhadap komitmen organisasi boleh dilihat melalui kuadrat daripada koefisien korelasi parsialnya. Dimensi peningkatan profesionalisme mempunyai r2 sebesar 0.36 yang mempunyai erti bahawa perubahan komitmen organisasi boleh dijelaskan oleh dimensi peningkatan profesionalisme sebesar 36 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada. Demikian juga dimensi pengaruh mempunyai r2 sebesar 0.36 yang bermakna bahawa perubahan komitmen organisasi boleh diterangkan oleh dimensi pengaruh sebesar 36 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada.
Dimensi kepercayaan diri pula mempunyai peringkat signifikan sebesar 0.001. Hal ini menunjukkan bahawa dimensi tersebut mempunyai peringkat kesalahan yang 392
relatif kecil terhadap komitmen organisasi iaitu sebesar 1 peratus dan bermakna mempunyai peringkat kebenaran yang tinggi sebagai faktor yang mempengaruhi komitmen organisasi iaitu sebesar 99 peratus. Untuk mengetahui setakat mana sumbangan dimensi kepercayaan diri terhadap komitmen organisasi boleh dilihat melalui kuadrat daripada koefisien korelasi parsialnya. Dimensi kepercayaan diri mempunyai r2 sebesar 0.35 yang mempunyai erti bahawa perubahan komitmen organisasi boleh diterangkan oleh dimensi kepercayaan diri sebesar 35 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada.
Dimensi kelima iaitu autonomi, mempunyai peringkat signifikan sebesar 0.002. Hal ini menunjukkan bahawa dimensi autonomi mempunyai peringkat kesalahan yang relatif kecil. Dimensi ini mempunyai pengaruh terhadap komitmen organisasi iaitu sebesar 2 peratus. Ini bermakna mempunyai peringkat kebenaran yang tinggi sebagai faktor yang mempengaruhi komitmen organisasi iaitu sebesar 98 peratus. Manakala untuk mengetahui setakat mana sumbangan dimensi autonomi terhadap komitmen organisasi boleh dilihat melalui kuadrat daripada koefisien korelasi parsialnya. Dimensi autonomi mempunyai r2 sebesar 0.35 yang mempunyai erti bahawa perubahan komitmen organisasi boleh diterangkan oleh dimensi autonomi sebesar 35 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada.
Untuk dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan dan status mempunyai peringkat signifikan sebesar 0.003. Hal ini menunjukkan bahawa dua dimensi tersebut mempunyai peringkat kesalahan yang relatif kecil terhadap komitmen organisasi iaitu sebesar 3 peratus dan mempunyai peringkat kebenaran yang tinggi sebagai faktor yang mempengaruhi komitmen organisasi iaitu sebesar 97 peratus. Sedangkan untuk mengetahui setakat mana sumbangan dimensi tersebut terhadap komitmen organisasi boleh dilihat melalui kuadrat daripada koefisien korelasi 393
parsialnya. Dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan mempunyai r2 sebesar 0.35 yang mempunyai erti bahawa perubahan komitmen organisasi boleh diterangkan oleh dimensi penglibatan guru dalam membuat keputusan sebesar 35 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak ada. Sementara dimensi status mempunyai r2 sebesar 0.29 yang bermakna bahawa perubahan komitmen organisasi boleh diterangkan oleh dimensi status sebesar 29 peratus jika dimensi yang lain dianggap tidak
Sedangkan secara bersama-sama daripada keenam-enam dimensi pemerkasaan guru, mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap komitmen organisasi dengan koefisien determinasi yang disesuaikan sebesar 0.613. Koefisien ini bermakna bahawa perubahan komitmen organisasi boleh dijelaskan oleh dimensi pemerkasaan guru dalam enam dimensi secara bersama-sama sebesar 61.3 peratus dan sebesar 38.7 peratus komitmen organisasi guru boleh dijelaskan oleh faktor lain yang tidak dikaji dalam penyelidikan ini.
c) Perbicangan Hubungan kepuasan kerja dengan komitmen organisasi
Hubungan antara dua pemboleh ubah yang membentuk garis lurus disebut korelasi linear. Arah hubungan antara keduanya dapat bernilai positif, sifar mahupun negatif. Dua pemboleh ubah dikatakan mempunyai hubungan positif jika dua pemboleh ubah tersebut cenderung berubah dalam arah yang sama, namun jika keduanya mempunyai hubungan yang saling berlawanan, maka hubungan tersebut dikatakan hubungan negatif. Manakala hubungan antara kedua pemboleh ubah tidak pasti, maka dikatakan bahawa kedua pemboleh ubah berkorelasi sifar.
Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi adalah hubungan positif dengan kategori kuat, iaitu sebesar 0.748. Meskipun demikian bukan bermakna bahawa komitmen yang tinggi 394
daripada guru-guru dipengaruhi oleh kepuasan kerja. Hubungan tersebut menunjukkan bahawa kenaikan kepuasan kerja daripada guru diikuti dengan kenaikan komitmen guru terhadap organisasi, dalam erti bahawa kedua-duanya mempunyai hubungan positif yang searah.
7.4. Implikasi Kajian
Dapatan kajian ini menjelaskan tentang pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam dimensi, yang ditinjau daripada enam aspek pemantauan polisi iaitu keberkesanan, efisiensi, purata, kecukupan, responsiviti dan kesesuaian, sementara agensi pelaksana polisi pemerkasaan guru ditinjau dari segi fungsi dan peranannya dalam melaksanakan tugas. Dapatan ini memberikan implikasi kepada beberapa pihak yang terlibat dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di Malang Indonesia.
7.4.1. Implikasi kepada Parlimen Daerah
Daripada dapatan kajian memberikan implikasi kepada Parlimen Daerah, sebagai wakil daripada masyarakat yang mempunyai autoriti untuk membuat peraturan daerah, membahaskan dan mengesahkan rancangan anggaran pendapatan dan perbelanjaan daerah, menyampaikan kehendak masyarakat untuk disampaikan kepada Pemerintah Daerah sebagai landasan untuk membuat polisi serta melakukan pengawalan terhadap pelaksanaan kegiatan pemerintah.
Dalam pelaksanaan desentralisasi pendidikan, Parlimen Daerah seharusnya mengutamakan fungsi dan peranannya untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Namun, dapatan kajian ini didapati bahwa Parlimen Daerah kurang memberikan fokus kepada peningkatan kualiti pendidikan, sama ada dalam bentuk landasan undang-undang,
395
anggaran, penyampaian kehendak mahupun pengawalan terhadap motivasi kerja pemerintah daerah. Berdasarkan undang-undang No. 20 Tahun 2003 tentang sistem pendidikan nasional yang memberikan amanat untuk memberikan anggaran pendidikan sebesar 20 peratus dan juga undang-undang No. 14 Tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (Pensyarah), maka sudah masanya bagi Parlimen Daerah melaksanakan amanat reformasi pendidikan sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti manusia Indonesia melalui pendidikan yang berkualiti. Jika Parlimen Daerah mempunyai kemampuan dan kemahuan untuk membahas dan menetapkan peraturan penyelenggaraan pendidikan yang sehala dengan reformasi pendidikan, maka pihak Pemerintah Daerah dalam hal urusan pendidikan yang dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah akan menjalankan tugasnya sesuai dengan landasan peraturan yang telah ditetapkan oleh Parlimen Daerah.
7.4.2. Implikasi kepada Pejabat Pelajaran Daerah
Dalam masa desentralisasi pendidikan, pemerintah daerah memperoleh autoriti untuk merancang, mengawal dan menilai pelaksanaan pendidikan sesuai dengan situasi dan keadaan daerah serta sumber daya yang dimilikinya. Pejabat Pelajaran Daerah, sebagai badan yang mempunyai tugas dalam urusan pendidikan, seharusnya merancang program-program yang mempunyai fokus dalam meningkatkan kualiti sekolah melalui peningkatan kualiti guru dengan cara melaksanakan pemerkasaan guru. Dapatan kajian menjelaskan bahawa fungsi dan peranan Pejabat Pelajaran Daerah dalam peningkatan kualiti pendidikan, sebahagian besarnya melaksanakan pembinaan kemudahan dan pembinaan fizikal. Selain itu, pelaksanaan peningkatan kualiti pendidikan belum mengutamakan substansi dan hanya formaliti sahaja. Pelaksanaan pembinaan sekolah diarahkan kepada target monumental bagi pemimpin, seperti prioriti pembinaan yang berlebihan pada sekolah cemerlang yang cenderung mengabaikan pelbagai keperluan sekolah yang kurang cemerlang. 396
Terdapat beberapa faktor penyumbang untuk meningkatkan kualiti pendidikan, iaitu murid, kurikulum, kemudahan, dan guru (Abd Rahim, 2005; Piet A, 1994; Ibrahim, 2004). Guru adalah faktor utama dalam proses pendidikan dan salah satu bahagian yang sangat penting dalam proses belajar mengajar (Fasli & Dedi, 2001; Syaiful, 2000; Ibrahim, 2004). Guru yang berkualiti boleh melakukan pembelajaran yang berkualiti. Implikasinya akan diperoleh murid yang berkualiti dan hal ini memberikan impak kepada sekolah yang berkualiti. Untuk itu sebagai usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan, seharusnya Pejabat Pelajaran Daerah perlu merancang suatu program yang betul-betul boleh meningkatkan kualiti pendidikan melalui peningkatan kualiti sekolah dan hal ini boleh dicapai melalui peningkatan kualiti guru.
7.4.3. Implikasi kepada ‘Dewan Pendidikan’
‘Dewan Pendidikan’ sebagai badan mandiri yang ahlinya ialah masyarakat yang prihatin terhadap pendidikan dan mempunyai tugas dan fungsi sebagai pendorong, pendukung,
memberi
pertimbangan
dan
melakukan
pengawalan
pelaksanaan
pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa fungsi dan peranan ‘Dewan Pendidikan’ dalam masa desentralisasi pendidikan belum terlaksana secara maksimum. Hal ini disebabkan beberapa ahli daripada ‘Dewan Pendidikan’ kurang aktif untuk melaksanakan program-program yang sudah dirancang dan terhadnya anggaran untuk melaksanakan kegiatan. Beberapa fungsi dan peranan sudah dilaksanakan, namun sesuatu yang sudah dihasilkan tidak boleh diteruskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah, seperti penyusunan rancangan sistem penyelenggaraan pendidikan di bandar Malang. Hal ini menjadi penyebab adanya halangan bagi peningkatan kualiti pendidikan. Untuk itu ‘Dewan Pendidikan’ perlu mempertimbangkan usaha untuk mengadakan perubahan tentang fungsi dan peranannya untuk memberikan maklum balas kepada pihak parlimen dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan. Selain itu koordinasi dengan ‘Komite 397
Sekolah’ perlu dilakukan secara berterusan agar fungsi dan peranan ‘Komite Sekolah’ boleh dilaksanakan sesuai dengan rancangan yang dijalankan.
7.4.4. Implikasi kepada ‘Komite Sekolah’
‘Komite Sekolah’ sebagai badan mandiri yang ahlinya adalah ibu bapa dan masyarakat yang prihatin terhadap pendidikan dan bertugas membantu meningkatkan kualiti sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa fungsi dan peranan ‘Komite Sekolah’ sebagai agensi pelaksana polisi pemerkasaan guru, sebahagian besar mengurusi masalah kewangan. Fungsi dan peranan yang lain belum dilaksanakan secara maksimum. Dalam penyusunan rancangan pengembangan sekolah dan juga rancangan pendapatan dan perbelanjaan sekolah, ‘Komite Sekolah’ juga terlibat dalam proses membuat perancangan tersebut. Namun keterlibatannya sekedar formaliti sahaja, belum kepada substansi sebagai partner daripada sekolah dalam meningkatkan kualiti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan ‘Komite Sekolah’ tidak jauh beza dengan peranan BP3 yang tugasnya berhubungan dengan pencarian dana untuk keperluan sekolah.
Untuk itu, fungsi dan peranan ‘Komite Sekolah’ perlu ditingkatkan, terutamanya tentang peningkatan kualiti guru. Guru yang berkualiti boleh menjadikan murid berkualiti dan hal ini mempunyai impak kepada peningkatan kualiti sekolah. Secara am boleh dikatakan bahawa jika kualiti guru meningkat maka kualiti pendidikan dengan sendirinya akan meningkat juga.
7.4.5. Implikasi kepada Sekolah
Sekolah, sebagai agensi pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang mempunyai autoriti penuh, seharusnya mengutamakan program pemerkasaan guru, sesuai dengan
398
amanat reformasi pendidikan semasa desentralisasi pendidikan yang berlaku di Indonesia dan mengurangkan program yang tidak berkaitan dengan pemerkasaan guru seperti pembinaan kemudahan. Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa program sekolah untuk meningkatkan kualiti adalah melalui pembinaan kemudahan dan alat-alat kelengkapan pembelajaran dan belum mempunyai prioriti kepada peningkatan kualiti guru. Pengetua seringkali merancang sebuah program monumental yang boleh mengukir sejarah pengetua dengan melakukan pembinaan kemudahan dan bilik darjah.
Untuk itu sekolah sebagai agen utama pelaksana polisi pemerkasaan guru yang mempunyai autoriti penuh melalui pengurusan berasaskan sekolah, seharusnya mengutamakan program peningkatan kualiti melalui pemerkasaan guru yang terdiri daripada enam dimensi seperti yang dihuraikan sebelum ini.
7.4.6. Implikasi kepada Guru
Guru sebagai subjek yang menjadi pelaksana peningkatan kualiti pendidikan merupakan faktor utama yang perlu diberikan perhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, secara psikologi menunjukkan adanya kepuasan dalam pelaksanaanya, seperti penglibatan dalam membuat keputusan pelbagai progam sekolah, pelaksanaan peningkatan profesionalisme sama ada melalui MGMP mahupun MGMPS, dan bengkel. Namun dari segi ekonomi, sesungguhnya guru juga manusia biasa yang memerlukan keperluan sehari-hari untuk diri dan keluarganya. Dengan gaji yang kecil seperti yang diterimanya menjadikan suatu beban kepada guru untuk mengurus diri dan keluarganya. Dengan adanya undang-undang No. 14 Tahun 2005 tentang guru dan dosen (pensyarah), terdapat sedikit harapan bagi guru untuk memperoleh peningkatan gaji melalui program ‘sertifikasi’. Untuk itu diharapkan guru melengkapkan diri untuk benar-benar melaksanakan tugasnya dengan meningkatkan
399
kemampuannya sehingga tugas untuk meningkatkan kualiti pendidikan menjadi prioriti utama.
Dalam masa desentralisasi dengan pelaksanaan pengurusan berasaskan sekolah, dinyatakan bahawa salah satu tugas guru adalah untuk mewujudkan suasana belajar yang menyenangkan bagi murid, memastikan suasana bilik darjah tidak lagi menakutkan dan cara guru sentiasa membangunkan ruang dialog untuk memberikan motivasi dan minat belajar kepada murid. Meskipun belum mencapai tahap maksimum, hubungan antara guru dengan murid telah berubah. Guru tidak lagi menjadi orang yang serba dominan, dan kegiatan pembelajaran pun juga telah berubah dari pola lama yang lebih menekankan keaktifan guru kepada pola pembelajaran yang lebih menekankan peranan aktif murid untuk mengembangkan diri dan mengembangkan pengetahuan mereka. Untuk itu, dengan terlaksananya program ‘sertifikasi’, terdapat suatu harapan bahawa usaha untuk meningkatkan kualiti guru dengan meningkatkan kesejahteraan dan profesionalismenya boleh memberikan impak kepada peningkatan kualiti pelaksanaan tugas sebagai sarana untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
7.5 Cadangan Kajian Lanjut
Kajian tentang pelaksanaan polisi pemerkasaan guru menerangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dan impaknya terhadap kepuasan kerja, dan komitmen organisasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru boleh meningkatkan kualiti guru dan memberikan kepuasan dalam melaksanakan tugas pembelajaran serta guru mempunyai komitmen yang tinggi terhadap sekolah tempat mereka berkhidmat. Berikut ialah beberapa cadangan berkaitan dengan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja, dan komitmen organisasi.
400
1) Pelaksanaan polisi pemerkasaan guru boleh dilaksanakan dengan baik jika agensi pelaksana polisi benar-benar menjalankan fungsi dan peranannya. Daripada kajian ini didapati bahawa fungsi dan peranan agensi pelaksana polisi belum menjalankan tugasnya secara maksimum. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan polisi ini dijalankan dalam masa yang relatif pendek. Untuk itu, dicadangkan pelaksanaan penyelidikan tentang fungsi dan peranan agensi pelaksana polisi pemerkasaan guru setelah beberapa program polisi pemerkasaan seperti program ‘sertifikasi’ dilaksanakan. 2) Penyelidik juga mencadangkan untuk melaksanakan penyelidikan longitudinal terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di Malang Indonesia. Kajian yang demikian dapat memberikan perbezaan yang wujud dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru mengikut masa yang berbeza. 3) Kajian ini dilaksanakan kepada guru-guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’, oleh itu dicadangkan satu kajian yang mendalam dilakukan bagi guru-guru sama ada ‘Sekolah Rendah’ mahupun ‘Sekolah Menengah Atas’. Kajian ini boleh dijalankan untuk mengkaji pelaksanaan polisi pemerkasaan serta impaknya terhadap kepuasan kerja, dan komitmen organisasi dengan menggunakan dua pendekatan kuantitatif dan kualitatif seperti yang telah dilaksanakan. Daripada kajian ini akan dapat diketahui permasalahan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di pelbagai peringkat pendidikan
dan
analisis
yang
digunakan
boleh
dikembangkan
dengan
membandingkan pelaksanaan di peringkat sekolah yang berbeza. 4) Dicadangkan suatu kajian lanjutan untuk mengkaji pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dengan membandingkan sekolah yang terdapat di bandar dan luar bandar. Daripada kajian ini didapati keputusan kajian dengan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru yang berkhidmat di bandar dan di luar bandar, sehingga dicadangkan kemungkinan ke arah penyelesaiannya. 401
5) Dicadangkan
suatu
kajian
lanjutan
dengan
mengkaji
pelaksanaan
polisi
pemerkasaan guru dengan cara membandingkan pelaksanaannya di bandar yang berbeza. Daripada kajian ini diperoleh dapatan tentang permasalahan pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di suatu bandar dan membandingkannya dengan bandar yang lain sehingga diperoleh penjelasan tentang permasalahan dan pemecahan yang boleh dibuat.
Beberapa kajian yang dicadangkan adalah perlu dalam membantu pihak-pihak yang berkepentingan seperti pihak Parlimen Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah, ‘Dewan Pendidikan’, ‘Komite Sekolah’, sekolah dan juga lembaga yang prihatin terhadap peningkatan kualiti pendidikan.
7.6 Penutup
Model pelaksanaan polisi Van Meter dan Van Horn (1975) menyatakan bahawa prestasi pelaksanaan polisi bergantung kepada enam pemboleh ubah, iaitu 1) sumberdaya, yang bermakna bahawa pelaksanaan polisi perlu dukungan sumber insan dan sumber daya non-insan 2) standard dan sasaran polisi, iaitu ukuran dan sasaran pelaksanaan polisi ditentukan dengan jelas, 3) hubungan antara organisasi, yang ertinya bahawa antara agensi pelaksana harus mempunyai hubungan yang baik dan ada koordinasi dalam pelaksanaan polisi 4) persekitaran politik, ekonomi dan sosial, dalam erti bahawa situasi dan keadaan tempat pelaksanaan polisi sangat mempengaruhi kejayaan suatu polisi 5) disposisi pelaksana, yang ertinya bahawa pemahaman dan penerimaan suatu polisi hendaknya dimiliki oleh objek dan subjek pelaksanaan polisi dan 6) ciri-ciri agensi pelaksana, iaitu bahawa pelaksanaan polisi diasaskan kepada peraturan dan struktur agensi.
402
Keenam-enam pemboleh ubah tersebut saling berkaitan dalam proses pelaksanaan polisi. Dapatan kajian pelaksanaan polisi pemerkasaan guru SMPN di bandar Malang menjelaskan bahawa pemboleh ubah yang pertama adalah asas dalam melaksanakan polisi, iaitu undang-undang atau peraturan. Asas dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru adalah UU No. 22 Tahun 1999 tentang Pemerintah Daerah, UU No. 20 Tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional, UU No. 14 Tahun 2005 tentang Guru dan Dosen (pensyarah), dan Peraturan Daerah No. 13 Tahun 2001 tentang Sistem Penyelenggaraan Pendidikan di bandar Malang. Berikutnya adalah sumberdaya, iaitu sumber kewangan untuk mewujudkannya, yang juga dipengaruhi oleh keadaan politik, sosial dan ekonomi. Dari segi politik, pelaksanaan polisi pemerkasaan guru merupakan terbitan reformasi pendidikan, demikian juga dari persekitaran sosial sangat dikehendaki oleh masyarakat, namun keadaan ekonomi Indonesia yang rendah menjadi halangan.
Pemboleh ubah yang lain adalah kesiapan kelompok sasaran objek pelaksanaan polisi pemerkasaan guru. Kajian ini mendapati hanya sebahagiannya belum siap menerima polisi ini. Sedangkan hubungan dan koordinasi antara agensi sangat mendukung kejayaan pelaksanaan polisi. Dapatan kajian menjelaskan bahawa peraturan daerah sistem penyelenggaraan pendidikan di bandar Malang perlu perbaikan bagi menyesuaikan dengan reformasi pendidikan sebagai amanat undang-undang tersebut. Hal ini belum dilaksanakan oleh pihak yang mempunyai autoriti untuk membahaskan dan mengesahkannya, iaitu pihak Pejabat Pelajaran Daerah yang mempunyai autoriti menyampaikan rancangan peraturan, dan pihak Parlimen Daerah yang mempunyai autoriti untuk membahaskan dan mensyahkan menjadi peraturan daerah. Keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan dan koordinasi kurang harmonis antara agensi pelaksana polisi.
403
Memperhatikan dapatan kajian dalam penyelidikan ini, boleh dikatakan bahawa Teori Van Meter dan Van Horn adalah sesuai untuk mencapai kejayaan proses pelaksanaan polisi pemerkasaan guru SMPN di Malang, Indonesia. Namun untuk mengetahui pelaksanaan dan impaknya tidak cukup dengan teori ini. Dengan menggunakan aspek-aspek pelaksanaan polisi sebagaimana dikemukakan oleh Dunn (2003), iaitu keberkesanan, efisiensi, kecukupan, purata, responsiviti dan kesesuaian, kemudian disilangkan dengan teori keperluan Maslow dan teori dua faktor Herzberg, boleh diaplikasikan untuk mengetahui pelaksanaan dan impaknya. Dapatan kajian menyebutkan bahawa pelaksanaan polisi pemerkasaan guru SMPN di Malang, Indonesia adalah sesuai ditinjau daripada aspek-aspek pelaksanaan polisi model Dunn, sedangkan impaknya diperoleh kepuasan dalam melaksanakan tugas dan terdapat komitmen kepada lembaga sekolah dan hal ini mempunyai impak kepada peningkatan kualiti pembelajaran.
Pelaksanaan suatu polisi adalah untuk memenuhi keperluan manusia sesuai tahapan keperluan sepertimana dikemukakan oleh Maslow, namun tidak semua tahap keperluan boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru SMPN di Malang, Indonesia. Motivasi sebahagian guru dalam melaksanakan tugas tidak hanya untuk memperoleh kesejahteraan, namun terdapat suatu pandangan bahawa tugas sebagai guru adalah pekerjaan mulia untuk menyampaikan ilmu. Meskipun demikian, secara am boleh dikatakan bahawa aspek-aspek pelaksanaan polisi Dunn, teori keperluan Maslow dan teori dua faktor Herzberg boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, meskipun sebahagian tahap keperluan Maslow tidak boleh diaplikasikan. Hal ini disebabkan adanya pendekatan nilai dalam pelaksanaan tugas mengajar dan ini tidak dibincangkan dalam tahap keperluan Maslow dan teori dua faktor Herzbeg. Pemboleh ubah yang tidak dibahaskan dalam teori Dunn, Maslow dan
404
Herzberg, ialah situasi dan keadaan sosial Indonesia yang menjunjung tinggi nilai-nilai budaya, dan hanya terdapat dalam teori Van Meter dan Van Horn iaitu persekitaran sosial.
Faktor nilai-nilai sosial budaya sangat dihormati oleh masyarakat Indonesia, termasuklah kegiatan mengajar sebagai tugas mulia, sehingga dalam melaksanakan tugas tidak semata-mata didasarkan kepada pendapatan berupa kesejahteraan sebagai standard, namun motivasi nilai yang berkaitan dengan sosial budaya masyarakat menjadi salah satu pemboleh ubah yang perlu perhatian untuk memperoleh kejayaan proses pelaksanaan polisi.
Daripada dapatan kajian ini juga memperkuat pendapat Short dan Rinehart (1992) tentang enam dimensi pemerkasaan guru yang sesuai dengan keadaan Indonesia dan boleh disampaikan bahawa pemerkasaan guru yang meliputi enam dimensi boleh meningkatkan kualiti guru.
405