5 S JABATAN BENDAHARI
PENGENALAN
Amalan 5S merupakan satu pendekatan bersistematik amalan penjagaan kebersihan tempat kerja dengan menyusun, membersih, membangunkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang produktif. Pelaksanaan Amalan 5S yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja serta dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja. Konsep asas Amalan 5S adalan Sisih (Seiri), Susun (Seiton), Sapu (Seiso), Seragam (Seiketsu) dan Sentiasa Amal (Shitsuke).
AJK Pengerusi
: Pn Juriah bt Mohamad
Ketua Promosi
: En Mohd Saipun bin Manshor
Ketua Audit
: Cik Norhaniza bt Hakim
Ketua Latihan
: Pn Suriani bt Suhaimi
Ajk Promosi
: En Mohamad Fadzli Hisyam bin Abdul Hidayah
Ajk Audit :
1) Pn Rahimah bt Che Ramli 2) Pn Siti Esah bt Sulaiman
Ajk Latihan :
Pn Nur Umiraihan bt Mohd Rozaidi
Amalan-amalan 5S (QE) SEIRI SISIH Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya
SEITON SUSUN Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
SEISO SAPU Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas
SEIKETSU SERAGAM Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
SHITSUKE SENTIASA AMAL Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya
JK PROMOSI Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal promosi Amalan 5S (QE) Universiti.
Fungsi dan Tanggungjawab 1.Merancang dan melaksanakan perancangan aktiviti Promosi bagi setiap tahun (milestone) 2.Membuat perancangan belanjawan bagi menjalankan aktiviti promosi Amalan 5S Jabatan 3.Memastikan usaha-usaha promosi pelaksanaan Amalan 5S dilakukan secara aggresif dan berkesan 4.Memastikan semua staf menyedari tentang pelaksanaan amalan 5S 5.Menyediakan laporan dan membantu Pengerusi JK Kerja Promosi Peringkat Induk dalam merancang dan melaksana aktiviti Promosi bagi keseluruhan UMP
JK LATIHAN
Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal latihan Amalan 5S (QE) Universiti
Fungsi dan Tanggungjawab 1.Merancang dan melaksanakan perancangan aktiviti Promosi bagi setiap tahun (milestone) 2.Membuat perancangan belanjawan bagi menjalankan aktiviti promosi Amalan 5S Jabatan 3.Memastikan usaha-usaha promosi pelaksanaan Amalan 5S dilakukan secara aggresif dan berkesan 4.Memastikan semua staf menyedari tentang pelaksanaan amalan 5S 5.Menyediakan laporan dan membantu Pengerusi JK Kerja Promosi Peringkat Induk dalam merancang dan melaksana aktiviti Promosi bagi keseluruhan UMP
JK AUDIT Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal audit Amalan 5S (QE) Universiti
Fungsi dan Tanggungjawab 1. 1.Merancang dan melaksanakan perancangan aktiviti Audit bagi setiap tahun (milestone) 2.Membuat perancangan belanjawan bagi menjalankan aktiviti audit Amalan 5S Jabatan 3.Memastikan audit Amalan 5S dijalankan secara berkala pada jangkamasa yang bersesuaian 4.Memastikan kaedah pengauditan yang bersesuaian dan berkesan dilaksanakan 5.Menyediakan laporan dan membantu Pengerusi JK Kerja Promosi Peringkat Induk dalam merancang dan melaksana aktiviti Promosi bagi keseluruhan UMP
Amalan 5S @ UMP
UMP telah melaksanakan Amalan 5S semenjak tahun 2006 berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kualiti dan Produktiviti (yang kemudiannya ditukar kepada Majlis Kualiti UMP pada 2007).
Bagaimana pun skop Amalan 5S sehingga kini adalah terhad kepada skop `Persekitaran Berkualiti' sahaja.
Walaupun arahan pengamalan melibatkan kesemua PTJ di UMP, di atas sebab logistik dan kekangan sumber, proses pensijilan oleh pihak MPC cuma terhad kepada beberapa PTJ terpilih sahaja.
Ini menyebabkan hasrat pembudayaan Amalan 5S, sekurang-kurangnya dalam skop `Persekitaran Berkualiti' tidak tercapai sepenuhnya. Itu belum termasuk lagi pencapaian elemen lain seperti pengurangan kos, keberkesanan proses kerja, `Lean Management' dan lain-lain.
Selain dari itu, perbincangan dengan pihak PTJ mendapati pengamalan 5S sepertimana sedia ada lebih dirasakan sebagai bebanan kerja yang tidak menyumbang secara berkesan
terhadap produktiviti kerja.
Maka, untuk proses penambahbaikan, bermula pada 2012, PPKPK selaku Pengerusi dan Sekretariat J/K Induk Amalan 5S universiti merancang untuk mengkaji semula pelaksanaan 5S melalui beberapa siri perbincangan, prabengkel dan bengkel.
Falsafah Amalan 5S (QE)
Objektif Amalan 5S (QE)
Konsep Amalan 5S (QE) Konsep asas Amalan 5S adalah seperti berikut: 1. SISIH (SEIRI) Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.
SUSUN (SEITON)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
SAPU (SEISO)
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
SERAGAM (SEIKETSU)
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.
SENTIASA AMAL (SHITSUKE)
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.
Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti secara berterusan.
Proses Pelaksanaan Amalan 5S (QE)
Rasional Amalan 5S (QE)
Penampilan persekitaran tempat kerja yang cemerlang dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan
Amalan 5S merupakan satu teknik pengurusan persekitaran yang dapat membantu meningkat imej UMP selain daripada meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Menurut Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), konsep Amalan 5S adalah mudah difahami oleh semua kakitangan Jabatan kerana: -terminologi yang diguna pakai adalah mudah; -konsepnya logik dan bersifat semula jadi terhadap perilaku manusia; -ia boleh diguna pakai oleh semua jenis Jabatan/Agensi.
Faedah Pelaksanaan amalan 5S (QE) Pelaksanaan Amalan 5S akan menghasilkan pelbagai faedah dan kesan positif kepada pengurusan organisasi termasuk dalam aspek pengurangan kos, kawalan st ok/inventori, urusan penyelenggaraan serta sistem dan proses kerja.