TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)
Penggal 3 Tahun 2016
PERINGATAN: Manual ini adalah khas untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja dan tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.
Manual ini terdiri daripada 33 halaman bercetak. © Hak cipta Majlis Peperiksaan Malaysia 2016
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
KANDUNGAN Perkara
Halaman
BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA 1 2 3
Pengenalan Objektif Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Kerja Kursus
3 3 3 3
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
4
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa 3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
5 5 5
3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta
6
BAHAGIAN II: CALON 3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.6.1 Penulisan esei ilmiah 3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
7 7 7
3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 3.7.1 Penulisan esei ilmiah 3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
8 8 8
3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 3.8.1 Penulisan esei ilmiah 3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
9 9 9
3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus
9
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
10
4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 4.2 Sekolah Swasta 4.3 Calon Persendirian Individu
10 12 16
5
Format Penulisan
18
6
Struktur Penulisan
18
7
Penskoran
19
8
Kerangka Konseptual Penghasilan Kerja Kursus (Penulisan Esei Ilmiah) Bahasa Melayu
20
9
Borang yang Digunakan
21
4
10 Contoh Tajuk Lampiran 1: Lampiran 2: Lampiran 3: Lampiran 4: Lampiran 5: Lampiran 6:
21
Struktur Penulisan Esei Ilmiah Muka Hadapan Kerja Kursus Borang Perakuan Calon Borang Rekod Kerja Kursus Calon Borang Markah Kerja Kursus Calon Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
Tema Kerja Kursus 2016
22 24 25 26 27 31 32
2
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA 1
PENGENALAN Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.
2
OBJEKTIF Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon untuk 2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu 2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini 2.3 menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan pembelajaran sepanjang penggal
3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS 3.1 Arahan Kerja Kursus (a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei ilmiah) wajib dilaksanakan oleh semua calon pada penggal 3. (b) Calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh MPM. (c) Tema penulisan esei ilmiah terdiri daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran. (d) Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi penggal 3 juga boleh dijadikan tema kajian esei ilmiah oleh pihak MPM. Jika demikian, tajuk-tajuk yang berkenaan hendaklah diajarkan pada awal penggal 3. (e) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 3. 3.2 Tanggungjawab Pengetua (a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah (b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat bimbingan daripada guru (c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei ilmiah diserapkan dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan (d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan penulisan esei ilmiah calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon (e) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan (f)
Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan
(g) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM mengikut tarikh yang ditetapkan (h) Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
3
TERHAD
TERHAD
(i)
MANUAL KERJA KURSUS
Memastikan guru menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah
(j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah (k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (l)
Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah (c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh MPM (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah (e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei ilmiah (f)
Mengisi borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4) pada setiap kali sesi pertemuan diadakan
(g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah (h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih (i) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber (j)
Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewatlewatnya pada 19/09/2016 untuk disemak dan dinilai
(k)
Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh kumpulan calon
(l)
Mengadakan sesi pembentangan mulai 3/9/2016 hingga 21/9/2016
(m) Menilai pembentangan calon dan memberikan markah secara individu (n) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3) yang telah ditandatangani oleh calon, borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4), borang markah kerja kursus calon (lampiran 5), dan borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) (o) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (p) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru) (q) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (s) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
4
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu) 3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan (c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan esei ilmiah mengikut jadual yang diberikan oleh guru sekolah swasta (d) Menilai pembentangan calon secara individu (e) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (lampiran 5) dan borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) (f)
Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(g) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewatlewatnya seminggu selepas penghantaran markah. (Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa) (h) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja) (i)
Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja)
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurangnya-kurangnya dua kali, iaitu kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan (c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah (d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah kepada calon (e) Memastikan calon menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang ditetapkan (f)
Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
(g) Merancang jadual pembentangan penulisan esei ilmiah dan memaklumkannya kepada calon (h) Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah (i)
Menilai pembentangan calon
5
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
(j)
Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(k) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3), borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4), borang markah kerja kursus calon (lampiran 5), dan borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) (l)
Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewatlewatnya seminggu selepas penghantaran markah. (Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa)
(m) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (n) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah (c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang diberikan oleh MPM (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah (e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei ilmiah (f)
Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan
(g)
Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah
(h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih (i)
Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewatlewatnya pada 19/09/2016 untuk disemak oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM
(j)
Menyerahkan penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai
(k) Menyusun jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Pembentangan hendaklah diadakan mulai 3/10/2016 hingga 14/10/2016. (l)
Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 3) yang telah ditandatangani oleh calon dan borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 4)
6
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
BAHAGIAN II: CALON 3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.6.1 Penulisan esei ilmiah (a)
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b)
Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c)
Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk melaksanakan penulisan esei ilmiah
(d)
Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan
(e)
Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM
(f)
Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah
(g)
Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)
(h)
Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4)
(i)
Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3)
(j)
Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah
(k)
Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik
(l)
Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada
(m) Melampirkan borang soal selidik, jika ada (n)
Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan
3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah (a)
Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.
(b)
Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap kumpulan.
(c)
Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.
(d)
Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.
(e)
Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja.
(f)
Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
(g)
Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.
(h)
Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah.
7
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 3.7.1 Penulisan esei ilmiah (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah (c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk melaksanakan penulisan esei ilmiah (d) Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan (e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM (f)
Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah
(g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1) (h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4) (i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3) (j)
Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah
(k) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik (l)
Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada
(m) Melampirkan borang soal selidik, jika ada (n) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan 3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah (a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh setiap ahli mengikut bahagian masing-masing. (b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap kumpulan. (c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab. (d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. (e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja. (f)
Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
(g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan. (h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah.
8
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 3.8.1 Penulisan esei ilmiah (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan (c) Mendengar penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah (d) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM (e) Merancang jadual kerja (f)
Menyediakan penulisan esei ilmiah secara individu berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)
(g) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik (h) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi, jika ada (i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3) (j)
Melampirkan borang soal selidik, jika ada
(k) Menghantar penulisan esei imliah (berserta dengan disket atau CD) kepada pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan 3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah (a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara individu perlu dibentangkan pada tarikh dan tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa. (b) Setiap calon dikehendaki membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab. (c) Dalam sesi soal jawab, calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh pemeriksa atau rakan calon yang lain. (d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. (e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja. (f)
Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.
(g) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah. 3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus (a) Calon mestilah menghasilkan penulisan esei ilmiah sendiri, berdasarkan tema yang ditetapkan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada manamana sumber. (b) Perbincangan tajuk dan kaedah penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. (c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan. (d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.
9
TERHAD
TERHAD
4
MANUAL KERJA KURSUS
JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS 4.1
Tarikh
Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Perkara
1/6/16 hingga 12/6/16
Manual kursus
13/6/16 hingga 17/6/16
20/6/16 hingga 18/9/16
Tindakan Guru
Tindakan Calon
Catatan
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
Melayari portal MPM MPM memuat untuk memuat turun naik manual pada Manual Kerja Kursus 31/5/2016. Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
Pengenalan penulisan esei ilmiah
Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan
Mendengar penerangan guru mengenai aspek tugasan yang perlu dilaksanakan Memahami skop tugasan Merancang jadual kerja
Penentuan tajuk penulisan esei ilmiah
Membimbing calon menentukan tajuk penulisan esei ilmiah yang relevan dengan tema yang dipilih
Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan guru berdasarkan tema yang dipilih
P&P dan pelaksanaan penulisan esei ilmiah
Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah tentang penulisan esei ilmiah
Mengikuti sesi P&P dan mempelajari teknik penulisan esei ilmiah
Membimbing calon melaksanakan tugasan
Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang ditentukan Mengadakan pertemuan dengan guru untuk mendapatkan bimbingan
Guru dan calon mesti merekodkan butiran perjumpaan dalam lampiran 4.
Menilai elemen kemahiran insaniah
Mengumpul data dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan Mempersembahkan data dalam bentuk penulisan esei ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan esei ilmiah
Penilaian kemahiran insaniah dilakukan sepanjang pelaksanaan penulisan esei ilmiah.
kerja
10
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
Tarikh
Perkara
Tindakan Guru
Tindakan Calon
Catatan
19/9/16 hingga 30/9/16
Penghantaran, penyemakan, dan penilaian penulisan esei ilmiah
Menerima penulisan esei ilmiah daripada setiap kumpulan calon
Menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang telah ditetapkan kepada guru
Calon boleh menghantar penulisan esei ilmiah sebaik sahaja siap tanpa perlu menunggu tarikh akhir penghantaran.
Menyemak dan menilai kerja kursus setiap kumpulan calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM
Menyediakan bahan untuk pembentangan
Guru hendaklah menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon sebaik sahaja mereka menghantarnya tanpa perlu menunggu sehingga tarikh akhir penghantaran. Guru perlu menyemak penulisan esei ilmiah calon sebelum sesi pembentangan dijalankan.
3/9/16 hingga 21/9/16
Pembentangan oleh calon
Menilai pembentangan penulisan esei ilmiah calon secara individu
Membentangkan penulisan esei ilmiah dalam masa 5 hingga 10 minit seorang pada tarikh dan masa yang ditetapkan
Penilaian oleh guru 26/9/16 hingga 26/10/16
Penghantaran markah keseluruhan kepada MPM
Menghantar markah penulisan dan pembentangan esei ilmiah kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission
Tidak berkenaan
November 2016 hingga Oktober 2017
Penyimpanan evidens
Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat hingga enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan
Tidak berkenaan
11
TERHAD
TERHAD
4.2
MANUAL KERJA KURSUS
Sekolah Swasta
Tindakan Pemeriksa
Tarikh
Perkara
Tindakan Guru
Tindakan Calon
1/6/16 hingga 12/6/16
Manual kerja kursus
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
13/6/16 hingga 17/6/16
Pengenalan penulisan esei ilmiah
Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan
Mendengar Tidak penerangan guru berkenaan mengenai aspek tugasan yang perlu dilaksanakan Memahami skop tugasan Merancang jadual kerja
Penentuan tajuk penulisan esei ilmiah
Membimbing calon menentukan tajuk penulisan esei ilmiah yang relevan dengan tema yang dipilih
Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan guru berdasarkan tema yang dipilih
12
Catatan
Melayari portal MPM memuat MPM untuk naik manual memuat turun pada 31/5/2016. Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
Tarikh
Perkara
Tindakan Guru
Tindakan Calon
20/6/16 hingga 18/9/16
P&P dan pelaksanaan penulisan esei ilmiah
Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah tentang penulisan esei ilmiah
Mengikuti sesi P&P dan mempelajari teknik penulisan esei ilmiah
Membimbing calon melaksanakan tugasan
Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang ditentukan
Tindakan Pemeriksa Tidak berkenaan
Guru dan calon mesti merekodkan butiran perjumpaan dalam lampiran 4.
Mengadakan pertemuan dengan guru untuk mendapatkan bimbingan Menilai elemen kemahiran insaniah
Mengumpul data dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan Mempersembahkan data dalam bentuk penulisan esei ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan
Catatan
Tidak berkenaan
Penilaian kemahiran insaniah dilakukan sepanjang pelaksanaan penulisan esei ilmiah.
Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan esei ilmiah
13
TERHAD
TERHAD
Tarikh 19/9/16 hingga 30/9/16
MANUAL KERJA KURSUS
Perkara Penghantaran, penyemakan, dan penilaian penulisan esei ilmiah
Tindakan Guru
Tindakan Calon
Menerima penulisan esei ilmiah daripada setiap kumpulan calon untuk diserahkan kepada pemeriksa
Menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang telah ditetapkan kepada guru
Tindakan Pemeriksa Menerima penulisan esei ilmiah daripada guru sekolah swasta
Catatan Calon boleh menghantar penulisan esei ilmiah sebaik sahaja siap tanpa perlu menunggu tarikh akhir penghantaran. Pemeriksa hendaklah menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon sebaik sahaja mereka menghantarnya tanpa perlu menunggu sehingga tarikh akhir penghantaran. Pemeriksa perlu menyemak penulisan esei ilmiah calon sebelum sesi pembentangan dijalankan.
3/10/16 hingga 14/10/16
Pembentangan oleh calon Penilaian oleh pemeriksa
Menyediakan jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa
Menyediakan bahan untuk pembentangan
Menyemak dan menilai kerja kursus setiap kumpulan calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM
Tidak berkenaan
Membentangkan penulisan esei ilmiah dalam masa 5 hingga 10 minit seorang pada tarikh dan masa yang ditetapkan
Menilai pembentangan penulisan esei ilmiah calon secara individu
14
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
Tindakan Pemeriksa
Tarikh
Perkara
Tindakan Guru
Tindakan Calon
14/10/16 hingga 28/10/16
Penghantaran markah keseluruhan kepada MPM
Tidak berkenaan
Tidak berkenaan
Menghantar markah penulisan dan pembentangan esei ilmiah kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission
November 2016 hingga Oktober 2017
Penyimpanan evidens
Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat hingga enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang dibenarkan menyimpan evidens penulisan esei ilmiah)
Tidak berkenaan
Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat hingga enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan menyimpan evidens penulisan esei ilmiah)
15
Catatan
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
4.3 Calon Persendirian Individu
Tarikh 1/6/16 hingga 12/6/16
Perkara Manual kerja kursus
Tindakan Pemeriksa Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
Tindakan Calon
Catatan
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
MPM memuat naik manual pada 31/5/2016.
Menghubungi calon persendirian individu yang ditetapkan oleh MPM untuk memaklumkan tarikh, masa, dan tempat untuk bertemu 13/6/16 hingga 17/6/16
20/6/16 hingga 18/9/16
Pengenalan penulisan esei ilmiah
Mengadakan pertemuan dengan calon persendirian individu untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah, dari aspek tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan
Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek tugasan yang perlu dilaksanakan dan tarikh akhir penyerahan tugasan Memahami skop tugasan Merancang jadual kerja
Penentuan tajuk penulisan esei ilmiah
Membimbing calon menentukan tajuk penulisan esei ilmiah yang relevan dengan tema yang dipilih
Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkan tema yang dipilih
Pelaksanaan penulisan esei ilmiah
Tidak berkenaan
Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang ditentukan Mengumpul data dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan Mempersembahkan data dalam bentuk penulisan esei ilmiah mengikut format yang telah ditetapkan
16
TERHAD
TERHAD
Tarikh
MANUAL KERJA KURSUS
Perkara
Tindakan Pemeriksa
Tindakan Calon
Catatan
Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan esei ilmiah 19/9/16 hingga 30/9/16
Penghantaran, penyemakan, dan penilaian penulisan esei ilmiah
Menerima penulisan esei ilmiah daripada setiap calon
Menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang telah ditetapkan kepada pemeriksa
Calon boleh menghantar penulisan esei ilmiah sebaik sahaja siap tanpa perlu menunggu tarikh akhir penghantaran.
Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah setiap calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM
Menyediakan bahan untuk pembentangan
Pemeriksa hendaklah menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon sebaik sahaja mereka menghantarnya tanpa perlu menunggu sehingga tarikh akhir penghantaran. Pemeriksa perlu menyemak penulisan esei ilmiah calon sebelum sesi pembentangan dijalankan.
3/10/16 hingga 14/10/16
Pembentangan oleh calon
Menilai pembentangan penulisan esei ilmiah calon secara individu
Membentangkan penulisan esei ilmiah dalam masa 10 hingga 20 minit seorang pada tarikh, masa, dan di tempat yang ditetapkan
Menghantar markah penulisan dan pembentangan esei ilmiah kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission
Tidak berkenaan
Penilaian oleh pemeriksa 14/10/16 hingga 28/10/16
Penghantaran markah keseluruhan kepada MPM
17
TERHAD
TERHAD
Tarikh
Perkara
November 2016 hingga Oktober 2017
5
MANUAL KERJA KURSUS
Penyimpanan evidens
Tindakan Pemeriksa Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah dari tarikh penyelarasan tamat hingga enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan
Tindakan Calon
Catatan
Tidak berkenaan
FORMAT PENULISAN (a) Panjang esei ilmiah hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, tidak termasuk lampiran dan bibliografi. (b) Jika menggunakan komputer, calon dikehendaki mematuhi format seperti yang berikut: (i) Saiz huruf: 12 (ii) Jenis font: Times New Roman (iii) Langkau: Dua (iv) Margin: Kiri- 1.5"
Atas- 1"
Kanan- 1"
Bawah- 1"
(v) Saiz kertas: A4 (c) Calon juga boleh menghasilkan esei dengan tulisan tangan.
6
STRUKTUR PENULISAN Penulisan esei ilmiah oleh calon perlulah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (Rujuk lampiran 1) 1.
Tajuk kajian
8.
Batasan Kajian
2.
Senarai Kandungan
9.
Kaedah Kajian
3.
Penghargaan
10. Dapatan Kajian
4.
Pengenalan
11. Rumusan Kajian
5.
Objektif Kajian
12. Penutup
6.
Kepentingan Kajian
13. Bibliografi/Nota akhir
7.
Skop Kajian
14. Lampiran
18
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
7 PENSKORAN (a) Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan Pemarkahan penulisan esei ilmiah bagi setiap kumpulan hendaklah dibuat berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut: Bil.
Perkara
1.
Tajuk Kajian
2.
Senarai Kandungan
3.
Penghargaan
4.
Pengenalan
5.
Objektif Kajian
6.
Kepentingan Kajian
7.
Skop Kajian
8.
Batasan Kajian
9.
Kaedah Kajian
10.
Dapatan Kajian
11.
Rumusan Kajian
12.
Penutup
13.
Lampiran
14.
Bibliografi/Nota akhir
15.
Bahasa
(b) Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah Pemarkahan bagi pembentangan esei ilmiah untuk setiap calon hendaklah dibuat berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut: Bil.
Perkara
1.
Kerelevanan
2.
Kelancaran
3.
Keterampilan
4.
Kebahasaan
5.
Penggunaan Alat/Bahan Bantu
19
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
8 KERANGKA KONSEPTUAL PENGHASILAN KERJA KURSUS (PENULISAN ESEI ILMIAH) BAHASA MELAYU
Tema 1: Fonetik dan Fonologi Tema 2: Pragmatik
Calon memilih tema Tema 1: Fonetik dan Fonologi
Calon mengenal pasti isu
Calon menentukan tajuk kajian
Calon menentukan objektif kajian
Calon menentukan kepentingan kajian
Calon menentukan skop kajian
Calon menentukan batasan kajian
Calon menentukan kaedah kajian
Calon menjelaskan dapatan kajian
Calon merumuskan kajian
Calon menutup kajian
20
TERHAD
TERHAD
9
MANUAL KERJA KURSUS
BORANG YANG DIGUNAKAN Terdapat empat jenis borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus ini, iaitu: (i) Muka hadapan kerja kursus (lampiran 2) (ii) Borang perakuan calon (lampiran 3) (iii) Borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4) (iv) Borang markah kerja kursus calon (lampiran 5) (v) Borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
10 CONTOH TAJUK Bidang Kajian Esei Ilmiah Tahun 20XX Bil 1
Skop Kajian Bahasa Melayu Klasik
Contoh Tajuk Kajian Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15 hingga Abad ke-19 Sejarah Perkembangan Ejaan Bahasa Melayu pada zaman Bahasa Melayu Klasik Perkembangan Aksara Jawi pada Zaman Bahasa Melayu Klasik
2
Morfologi
Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam Kalangan Masyarakat Melayu Kosa Kata Asing dalam Dialek Daerah X Kesalahan Morfologi dalam Media Cetak
Catatan: Tajuk kajian boleh merentasi bidang. Contohnya, tajuk Kosa Kata Asing dalam Daerah X boleh juga dikaji dari sudut morfologi, atau dari aspek sejarah perkembangan bahasa Melayu atau gabungan kedua-dua bidang.
21
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
Lampiran 1 Struktur Penulisan Esei Ilmiah Skop kajian: Bahasa Melayu Klasik (a) Tajuk Kajian Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15 hingga Abad ke-16 (b) Senarai Kandungan Menyenaraikan kandungan yang terdapat dalam esei yang ditulis, bermula daripada senarai kandungan hingga bibliografi/rujukan (c) Penghargaan Menyatakan penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan esei (d) 1.0 Pengenalan Menyatakan gambaran khusus tentang aspek penting yang akan dibincangkan dalam esei (e) 2.0 Objektif Kajian Menjelaskan tujuan kajian berdasarkan tajuk esei (f)
3.0 Kepentingan Kajian
(g) 4.0 Skop Kajian (h) 5.0 Batasan Kajian (i)
6.0 Kaedah Kajian Menghuraikan cara untuk melaksanakan kajian secara literatur
(j)
7.0 Dapatan Kajian Memaparkan dan menghuraikan hasil kajian, contohnya: 7.1 Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan dan perdagangan antara kerajaan Melayu dengan pihak Barat, seperti Portugis, Belanda, Inggeris, dan Perancis. −
Buktinya, Sultan Acheh menghantar surat kepada pihak Inggeris dengan menggunakan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.
−
Pihak Barat menggunakan bahasa Melayu dalam surat-menyurat, misalnya surat daripada Harry Middleton kepada Raja Acheh dalam abad ke-17 dengan menggunakan bahasa Melayu.
7.2 Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan pelbagai ilmu pengetahuan. −
Naskhah-naskhah Melayu dalam pelbagai ilmu, seperti perubatan tradisional, hikayat, syair, undang-undang, ketatanegaraan, dan sebagainya.
7.3 Kerajaan-kerajaan Melayu yang ada di Asia Tenggara, seperti Acheh, Melayu, dan Pasai dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Arab. − Kepesatan perdagangan menyebabkan bahasa Melayu menjadi terkenal dan digunakan sebagai bahasa perhubungan utama.
22
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
7.4 Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah menerima bahasa asing. − Penyerapan unsur bahasa asing, seperti bahasa Hokkien, Arab, Portugis, Belanda, dan sebagainya ke dalam bahasa Melayu. 7.5 Tokoh-tokoh Barat turut berminat terhadap bahasa Melayu dan menjalankan pelbagai kajian tentang bahasa Melayu. Lahir tokoh-tokoh Barat yang terkemuka, contohnya: − Sheallabear dan Hooykas dalam bidang sastera − Wilkinson dan Winstedt dalam bidang bahasa − Winstedt dan Skinner dalam bidang budaya (k) 8.0 Rumusan Kajian Menjelaskan kesimpulan yang dibuat, sama ada memenuhi objektif kajian atau tidak (l)
9.0 Penutup
(m) Bibliografi/Nota akhir Menyenaraikan rujukan yang relevan dalam kajian (n) Lampiran Lampiran merupakan bahan sokongan terhadap kajian, seperti foto, salinan naskhah, surat, dan sebagainya.
23
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
Lampiran 2
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2016 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5) TEMA
NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN, DAN ANGKA GILIRAN CALON
1. 2. 3. 4.
ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON
NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH
24
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
MANUAL KERJA KURSUS
Lampiran 3 BPC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) Borang Perakuan Calon Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Makluman kepada Calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan pemeriksa yang dilantik. Calon 1
Calon 2
Calon 3
Calon 4
Tandatangan Calon Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat
25
25
TERHAD
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
MANUAL KERJA KURSUS
Lampiran 4 BRKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 BAHASA MELAYU: PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5) PENGGAL 3 TAHUN 2016 BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
Tarikh
Nama calon
Aktiviti (Untuk diisi oleh calon)
Ulasan Guru
Tandatangan Guru
Catatan
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Saya mengesahkan bahawa kumpulan calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ............................................................ Nama Guru: ...................................................................... Tarikh: ..............................................................................
26
26
TERHAD
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
Lampiran 5 BMKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016 BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON BAHASA MELAYU 910/5
(a)
Senarai Nama Ahli Kumpulan (Untuk diisi oleh calon)
1.
Nama: ………………………………………………….
-
No. Kad Pengenalan:
2.
3.
4.
Tandatangan: …………………
-
Nama: ………………………………………………….
Tandatangan: …………………
No. Kad Pengenalan:
-
Nama: ………………………………………………….
Tandatangan: …………………
No. Kad Pengenalan:
-
Nama: ………………………………………………….
Tandatangan: …………………
No. Kad Pengenalan:
-
27
-
-
-
TERHAD
TERHAD
(b)
MANUAL KERJA KURSUS
Borang Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa dan penyelaras)
Kriteria Penilaian
Markah Penuh
Markah Guru/Pemeriksa
Markah Penyelaras
1. Tajuk Kajian 2. Senarai Kandungan 3. Penghargaan 4. Pengenalan 5. Objektif Kajian 6. Kepentingan Kajian 7. Skop Kajian 8. Batasan Kajian 9. Kaedah Kajian 10. Dapatan Kajian 11. Rumusan Kajian 12. Penutup 13. Bibliografi/Nota akhir 14. Lampiran 15. Bahasa Jumlah markah
28
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
(c) Borang Penilaian Pembentangan Individu dan Kumpulan Calon Perincian Markah Pembentangan 1
2
3
4
Kerelevanan Kesesuaian teknik memulakan pembentangan
[ ]
Ketepatan kandungan dengan kehendak tajuk
[ ]
Keupayaan membentangkan kandungan esei mengikut agihan
[ ]
Kesesuaian teknik mengakhiri pembentangan dan menepati masa JUMLAH Kelancaran Keupayaan membentangkan kandungan kajian tanpa membaca keseluruhan teks
[ ] [ ]
Pertautan idea
[ ]
Kejelasan penyampaian
[ ]
Keberkesanan penyampaian JUMLAH Keterampilan Kekemasan berpakaian
[ ] [ ]
Kesopanan tutur kata
[ ]
Keyakinan diri
[ ]
Keupayaan menarik minat khalayak
[ ]
Keupayaan menjawab soalan secara spontan dan relevan JUMLAH Kebahasaan Kegramatisan ayat
[ ] [ ]
Kepelbagaian kosa kata
[ ]
Ketepatan dan kejelasan sebutan
[ ]
Kesesuaian intonasi
[ ]
Kesesuaian bahasa badan
[ ] [ ]
[ ]
[ ]
JUMLAH Penggunaan Alat/Bahan Bantu Persediaan alat bantu
[ ]
Kesesuaian alat bantu Kecekapan penggunaan alat bantu
[ ]
Kesesuaian teknik paparan bahan Kreativiti JUMLAH JUMLAH MARKAH
[ ] [ ]
29
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
(d) Komen Penilai:
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran atas adalah benar. di atas adalah benar.
……………………………………………………
……………………………… …….……………
Nama: …………………………………………… No. Kad Pengenalan: …………………………… Tarikh: ………………… No. Telefon (sekolah): …………………. (bimbit): ………………….
Nama: ………………………………………….. No. Kad Pengenalan: …………………………. Tarikh: ………………… No. Telefon (sekolah): …………………. (bimbit): ………………….
30
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
Lampiran 6 BRuMKK
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________ MATA PELAJARAN: _______________________________ NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________ (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL.
ANGKA GILIRAN
NO. KAD PENGENALAN
MARKAH
CATATAN
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
PERAKUAN PENGETUA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……...
Tandatangan Pengetua: …………………………..
Nama: ……………………..……………………..
Nama: ………………………………………………..
No. Kad Pengenalan: ………………………..…
No. Kad Pengenalan: ……………………………….
Tarikh: ………………………………………..….
Tarikh: ……………………………………………...
No. Telefon (sekolah) : ……………………….
No. Telefon (sekolah): ……………………………
(bimbit): ………………………….
(bimbit): ………………………………
Nota:
Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.
31
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
32
TERHAD
TERHAD
MANUAL KERJA KURSUS
Pilih satu tema sahaja. Tema 1 Fonetik dan Fonologi
[100]
Tema 2 Pragmatik
910/5
[100]
33
TERHAD