40-Hari Puasa & Doa
1
Berdoa untuk Malaysia
“Dengan sepenuh hati kami percaya bahawa doa membantu menyatukan gereja, denominasi gereja, dan orang beriman, baik lelaki mahupun perempuan, tua atau muda. Apabila kita berdoa tanpa berputus asa, perubahan akan berlaku dalam masyarakat, ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, dan dalam hal-hal lain.”
2
40-Hari Puasa & Doa
Kami Menggesa anda untuk 1. Membaca seluruh fasal 2 Korintus 5 sebagai permulaan. 2. Merenung dan menghafal ayat-ayat yang ditetapkan untuk setiap minggu. 3. Memikirkan bagaimana anda boleh menjadi “duta Tuhan”. 4. Minta Roh Kudus memimpin anda semasa anda berpuasa (dengan bimbingan ibu bapa anda) dan berdoa untuk Malaysia setiap hari. ( Bahan doa yang disediakan adalah panduan sahaja). 5. Tulislah apa perasaan, ilham, suara Tuhan, atau penglihatan, dan sebagainya, dalam diari anda. 6. Kirimkan satu salinan renungan anda tersebut kepada kami selepas 40-hari Puasa & Doa, atau e-mel kepada kami di
[email protected] Kebajikan Serahkan wang yang disimpan semasa berpuasa. ( Kotak kebajikan disediakan ) Berdoa Terus-Menerus Log masuk di www.necf.org.my NOTA: Untuk mendapat maklumat mengenai negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan, sila log masuk di www.necf.org.my For Your Intercession .
Ayat Alkitab untuk Renungan selama 40 hari. 2 Korintus 5
3
Berdoa untuk Malaysia
Minggu 1
Ayat Alkitab untuk Renungan Kami berkata demikian kerana kami tahu bahawa apabila khemah — iaitu tubuh yang kita diami di dunia ini — dirobohkan, Allah akan menyediakan tempat tinggal di syurga bagi kita. Tempat tinggal itu dibuat oleh Allah sendiri, dan tahan selama-lamanya. Dalam keadaan yang sekarang ini, kita mengeluh kerana sangat rindu untuk tinggal di khemah yang baru, yang dari syurga. Kita ingin dipakaikan tubuh yang baru itu, supaya kita tidak telanjang. Selama kita tinggal di dalam khemah di dunia ini, kita mengeluh kerana beban kita berat. Bukannya kita ingin meninggalkan tubuh kita yang di dunia ini, tetapi kita ingin dipakaikan tubuh yang dari syurga. Dengan demikian tubuh kita yang fana akan diubah oleh tubuh yang abadi. Allah sudah mempersiapkan kita untuk perubahan itu, dan Dia mengurniai kita Roh-Nya sebagai jaminan bagi segala sesuatu yang disediakanNya untuk kita. 2 Korintus 5.1-5
4
40-Hari Puasa & Doa
22 Julai 2006, Sabtu: Hendaklah kamu suci Tuhan yang kita sembah ialah Tuhan yang suci. Dia mahu kita suci, dan memanggil kita untuk menjadi suci. “Akulah TUHAN, Allah kamu; berhati-hatilah agar kamu tetap suci, kerana Aku suci”. (Imamat 11.44a)
Doa 1. Akuilah semua kesalahan anda, sama ada fikiran jahat atau perbuatan jahat atau kata-kata jahat. 2. Kekuatan untuk mematuhi Firman-Nya dan melakukan yang benar. 3. Pengawalan diri dan keberanian untuk menolak kejahatan. 4. Mencari Tuhan dengan segenap hati kita. 5. Mengatasi kesukaran hidup, menjadi suci dan tidak bercela apabila Tuhan Yesus Kristus datang.
Sebelum saya tidur atau ketika saya bangun, pertama-tama saya berdoa. Berdoa bererti bercakap kepada Tuhan dan memohon pengampunan atas dosa saya. Gabrial Hardin, 12 tahun
5
Berdoa untuk Malaysia
23 Julai 2006, Ahad: Pastor & Pemimpin Pastor, pemimpin gereja dan bahkan ibu bapa kita membantu Yesus untuk menjaga kita. Mereka memberi masa dan tenaga untuk mengajar, membimbing, menghibur, dan mendisiplinkan kita. Kadang-kadang, orang merungut dan mengkritik mereka. Tidak hairanlah mereka sering penat! Mereka perlu galakan dan doa kita. Apabila mereka gagal, kita perlu mendoakan mereka supaya bangkit semula. Kalau mereka tiada, kita akan sesat. Yesus berkata, “Aku bersatu dengan mereka dan Engkau bersatu dengan Aku, supaya mereka benar-benar menjadi satu. Lalu dunia akan tahu bahawa Engkau mengutus Aku dan bahawa Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi Aku” (Yohanes 17.23).
Doa 1. Berterima kasih kepada Tuhan atas ibu bapa kita, pastor dan pemimpin gereja, guru Sekolah Minggu dan penasihat belia. 2. Agar mereka bijak, kuat dan berani melakukan yang benar. 3. Mereka mengambil masa berehat dan mendapatkan kekuatan daripada Yesus. 4. Ada kuasa Tuhan atas mereka ketika berkhutbah, menghibur dan membimbing orang yang hancur hati. 5. Agar mereka suci dan cekap, dan mampu memimpin walaupun pada masa susah. 6. Agar mereka lebih intim dalam persekutuan dengan Tuhan.
Tuhan menjawab doa saya bila saja saya mohon pertolongan-Nya untuk melalui disiplin daripada ibu bapa saya. Cody Low, 7 tahun
6
40-Hari Puasa & Doa
24 Julai 2006, Isnin Raja
: Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin
Perdana Menteri
: YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri : YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak “Pertama sekali aku menggesa supaya doa permohonan dan ucapan syukur disampaikan kepada Allah untuk semua orang, untuk raja-raja dan semua penguasa. Berdoalah kepada Allah supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram. Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain. Hal ini baik dan menyenangkan hati Allah, Penyelamat kita” 1 Timotius 2.1-3
Doa 1. Bersyukur kepada Tuhan atas para pemimpin negara kita. 2. Tuhan memberi mereka kebijaksanaan dan kejujuran. 3. Tuhan menolong mereka menjadi pemimpin yang berlaku adil, jujur dan murah hati, serta menjadi contoh yang baik kepada orang lain. 4. Tuhan memberi mereka dan keluarga mereka kesihatan yang baik dan perlindungan. 5. Mereka selalu ingat dan melindungi orang miskin dan orang tidak berdaya. 6. Mereka selalu pentingkan kebebasan untuk beribadah dan menggesa masyarakat supaya lebih menghormati satu sama lain.
Tuhan memberkati saya apabila saya berdoa untuk kesihatan dan pelajaran saya. Saya berdoa juga untuk orang lain, dan kerajaan kita supaya negara kita aman. Krystal Tay, 11 tahun
7
Berdoa untuk Malaysia
25 Julai 2006, Selasa Kabinet terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang mengetuai semua jabatan kerajaan. Biasanya, para menteri Kabinet bertemu setiap minggu untuk berbincang dan membuat perancangan bagi negara. “Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang menentukan jalan hidup manusia” Amsal 16.9
Doa 1. Tuhan akan memimpin ahli-ahli Kabinet agar mereka membuat keputusan yang bijak, adil dan jujur. 2. Mereka membenci penipuan, dan menjauhkan diri daripada rasuah dan pencabulan. 3. Kesihatan yang baik, kedamaian dan kerukunan dalam keluarga mereka. 4. Mereka memilih untuk melakukan yang benar dan baik untuk rakyat, dan berkhidmat dengan bersungguh-sungguh kepada negara. 5. Mereka bekerjasama dengan baik. 6. Orang Kristian dalam Kabinet menjadi seperti garam dan cahaya. Sila lihat halaman 52 bagi senarai Ahli Kabinet dan Kementerian Malaysia.
Bagi saya, doa bererti datang lebih dekat, lebih rapat dan memupuk perhubungan yang lebih baik dengan Tuhan. Sama seperti perkataan Ibrani ‘shakah’ yang bererti datang bersemuka dan mengetahui rancangan Tuhan untuk kita. John Tneoh, 15 tahun
8
40-Hari Puasa & Doa
26 Julai 2006, Rabu Badan Kehakiman bererti (a) sistem mahkamah undangundang, dan (b) hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Malaysia. Ketua Badan Kehakiman ialah Hakim Besar Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Penting sekali bagi hakimhakim untuk membuat keputusan yang bijak dan adil menurut undang-undang negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Hal ini penting bagi Tuhan kerana Dia benar dan cinta akan keadilan (lihat Mazmur 11.7).
Doa 1. Hakim-hakim membuat keputusan dengan bijak, tidak pilih kasih, dan menurut undang-undang, bukan menurut keinginan sendiri atau pendapat orang lain. 2. Tuhan memberi mereka kebijaksanaan dan keberanian untuk melakukan yang benar. 3. Mereka menjadi orang yang boleh dipercayai – jujur dan benar. 4. Mereka menghormati hak rakyat Malaysia untuk memilih agama sendiri. 5. Tuhan memberkati mereka apabila mereka menegakkan kebenaran dan keadilan.
Kita boleh bercakap kepada Tuhan mengenai orang yang kita kasihi. Julia Koh, 9 tahun
9
Berdoa untuk Malaysia
27 Julai 2006, Khamis Misi Kementerian Pertahanan (Menteri: Dato’ Sri Najib Tun Razak) adalah melindungi kedaulatan, kestabilan, kepentingan dan hak-hak strategik negara. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (Menteri: Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi) mempunyai tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam agar masyarakat dilindungi daripada bahaya. Satu daripada tugasnya adalah mengeluarkan permit penerbitan dan mengawal bahan-bahan yang diterbitkan. Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri (Menteri: Dato’ Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad) menjaga bahagian ini – imigresen, orang asing masuk ke dalam negara, pendaftaran negara, kewarganegaraan dan penapisan filem.
Doa 1. Tiga orang menteri yang tersebut di atas akan memimpin kementerian mereka dengan bijak. 2. Para pegawai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Dalam Negeri akan menjalankan tugas dengan kebijaksanaan dan kejujuran. 3. Semua jabatan memberikan perkhidmatan awam yang cekap dan jujur. Berdoa agar mereka yang merendah-rendahkan orang yang beragama lain akan berhenti berbuat demikian. 4. Semua ahli Angkatan Tentera (Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara) akan menjalankan tugas dengan cekap dan taat setia, untuk melindungi Malaysia. 5. Orang Kristian yang berkhidmat dalam kementerian-kementerian ini akan menjadi contoh yang baik kepada orang di sekeliling mereka. Saya boleh minta tolong kepada Tuhan bila-bila saya ada kesusahan. Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana memberkati saya dalam doa. Yesus selalu menjawab doa saya. Stephanie Chew, 9 tahun
10
40-Hari Puasa & Doa
28 Julai 2006, Jumaat Kementerian Kewangan (Menteri: Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi; Menteri II: Tan Sri Nor Mohamad Yakcop) menangani cukai, belanjawan dan ekonomi negara. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) (Dato’ Sri Mohd Effendi Norwawi) memberi nasihat kepada kerajaan bagaimana mengurus kesukaran ekonomi dan menangani isu-isu ekonomi yang penting agar negara tetap stabil dan makmur. Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) bertujuan untuk membantu negara bertumbuh secara ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat. Ia terarah kepada Wawasan 2020, iaitu visi Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna diketuai oleh Datuk Mohd Shafie Apdal. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri diketuai oleh Dato’ Seri Rafidah Aziz.
Doa 1. Bersyukur kepada Tuhan atas berkat-Nya yang berlimpah. 2. Peluang pekerjaan dan perkongsian pelaburan dengan adil di seluruh negara. 3. Kerajaan akan ingat orang miskin dan mereka yang kekurangan semasa kerajaan cuba mengukuhkan ekonomi. 4. Kerajaan akan berkhidmat dengan bijak, adil dan terbuka untuk menolong rakyat daripada semua kaum. 5. Sementara kerajaan dan rakyat berusaha meningkatkan standard hidup, mereka tidak akan lupa nilai-nilai murni seperti menghormati orang lain.
Doa berkuasa.
Pearly Tan, 9 tahun
11
Berdoa untuk Malaysia
29 Julai 2006, Sabtu Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (Menteri: Dato’ Seri Ong Ka Ting) bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang sihat, selamat, aman dan indah dan juga standard hidup yang lebih baik. Ia bertanggungjawab atas perancangan bandar dan luar bandar, serta menyediakan perkhidmatan bomba dan pasukan penyelamat. Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi (Menteri: Dato’ Dr Lim Keng Yaik) bertanggungjawab atas tenaga, telekomunikasi, perkhidmatan pos dan air negara. Kementerian Kesihatan (Menteri: YB Dato’ Dr Chua Soi Lek) bertujuan untuk membantu orang supaya sihat dan menikmati kualiti hidup yang baik, dengan menggalakkan gaya hidup sihat. Ia merancang untuk meningkatkan taraf hospital dan memastikan staf perubatan mencukupi.
Doa 1. Tuhan memberkati menteri-menteri dan semua kaki tangan di jabatan-jabatan ini. 2. Menteri-menteri: kebijaksanaan, kejujuran dan kepimpinan yang baik. 3. Pegawai dan majlis tempatan: integriti, dapat menjalankan tugas dengan cekap. 4. Perkhidmatan awam yang baik, bekalan tenaga dan air yang mencukupi, dan perkhidmatan komunikasi. 5. Semua hospital: doktor dan jururawat akan merawat pesakit dengan baik hati, belas kasihan dan kemahiran. 6. Semua rakyat Malaysia menikmati rawatan perubatan yang berkualiti dan baik. 7. Semua perancangan dan projek dijalankan dengan tidak memberi rasuah.
Doa adalah memohon kesihatan dan berterima kasih kepada-Nya. Sarah Chin, 11 tahun
12
40-Hari Puasa & Doa
Minggu 2
Ayat Alkitab untuk Renungan Oleh itu kami sentiasa tabah hati. Kami tahu bahawa selama kami tinggal di dalam tubuh ini, kami jauh dari tempat tinggal yang akan kami diami bersama-sama Tuhan. Hidup kami berdasarkan kepercayaan kepada Kristus, dan bukan berdasarkan apa yang dapat dilihat. Itulah sebabnya kami tabah hati. Kami lebih suka meninggalkan tubuh ini, supaya dapat tinggal bersama-sama Tuhan. 2 Korintus 5.6-8
13
Berdoa untuk Malaysia
30 Julai 2006, Ahad: Duta Kristus 2 Korintus 5.17-20 Ayat-ayat Alkitab ini menerangkan bahawa jika kita percaya kepada Kristus, kita adalah ciptaan baru. Orang Kristian adalah orang baru dalam hati. Kita memulakan hidup baru dengan tuan yang baru. Hidup kita tidak seharusnya sama seperti dahulu. Kelakuan kita sepatutnya berubah dan orang lain melihat perubahan yang berlaku. Orang Kristian disebut duta. Apakah ertinya duta? Duta mewakili negara mereka di negara lain. Sebagai duta Kristus, kita mewakili Pemerintahan Tuhan di negara kita. Kita seharusnya membawa berita tentang kasih Tuhan kepada bangsa kita dan semua bangsa lain. Selain itu, kita adalah duta kepada keluarga dan kawan-kawan kita.
Doa 1. Untuk pertolongan daripada Roh Kudus untuk melakukan semua ini: a. Berdisiplin membaca Alkitab dan berdoa setiap hari. b. Mengajar kita caranya menjadi duta yang baik. c. Memberi kita galakan untuk menceritakan Berita Baik kepada kawan-kawan.
Doa bererti menjalin perhubungan dengan Dia. Tidak semestinya ia berbentuk doa kesyukuran selalu. Kita juga boleh memberitahu darihal kesukaran dan kerisauan kita kepada Tuhan. Dia akan menolong kita untuk menghadapinya dan melalui masa-masa seperti itu perhubungan kita dengan Tuhan dieratkan lagi. Lim Shur, 13 tahun
14
40-Hari Puasa & Doa
31 Julai 2006, Isnin Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (Menteri: Dato’ Seri Azmi Khalid) bertanggungjawab terhadap sumber asli dan alam sekitar Malaysia. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Menteri: Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yasin) membantu petani, penternak dan nelayan. Ia mengurus pengeluaran makanan untuk kegunaan tempatan dan dieksport ke luar negara. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (Menteri: Dato’ Abdul Aziz Shamsuddin) menjaga pembangunan luar bandar dan bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan luar bandar. Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi (Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui) menjaga penanaman, penggunaan dan penjualan minyak kelapa sawit, getah, kayu balak, produk berasaskan kayu, koko, lada hitam dan tembakau. Menteri untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ialah Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Doa 1. Integriti dan kebijaksanaan bagi menteri-menteri yang bertanggungjawab dan ketua-ketua jabatan. 2. Pengawasan yang baik untuk mendatangkan kekayaan dan menghapuskan kemiskinan dengan tidak menjejaskan alam sekitar dan sumber asli. 3. Pekerja ladang diperlakukan dengan adil dalam hal gaji, penjagaan kesihatan dan pendidikan untuk anak-anak mereka. 4. Polisi yang baik dan praktis untuk menolong kelurga miskin, ibu tunggal, warga tua dan orang cacat. 5. Pertumbuhan industri perladangan dan pertanian.
Lebih akrab dengan Tuhan dan mengenal Dia dengan lebih sungguh. Joseph Tneoh Kah Seng, 11 tahun
15
Berdoa untuk Malaysia
1 Ogos 2006, Selasa Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (Menteri: Dato’ Dr Jamaluddin Jaris) bertujuan untuk memajukan bidang sains dan teknologi supaya Malaysia lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (Menteri: Dato’ Mohamed Khaled Nordin) membantu Bumiputera dalam pembangunan usahawan dan menolong mereka memulakan perniagaan pada peringkat persekutuan, negeri dan persendirian.
Doa 1. Semasa mempromosi perkembangan perniagaan dan mendapat keuntungan, kerajaan akan tetap ingat untuk melakukan yang betul. 2. Kaum minoriti, terutamanya Orang Asli, akan juga menerima keuntungan daripada kementerian untuk perniagaan mereka. 3. Dalam dunia perniagaan, orang Kristian akan menyerlah sebagai teladan dalam kejujuran, integriti dan tanggungjawab. 4. Tuhan menolong orang Kristian membuat pilihan yang tepat pada masa-masa sukar.
Saya berdoa kepada Tuhan bila saja saya mahu. Inilah cara berkomunikasi dan memberitahu Dia apa yang istimewa dalam hati saya. Bryan Ee, 11 tahun
16
40-Hari Puasa & Doa
2 Ogos 2006, Rabu Kementerian Sumber Manusia (Menteri: Datuk Wira Dr Fong Chan Onn) bertanggungjawab atas tenaga kerja negara. Ia menghendaki Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan berdaya saing, dan pekerja diperlakukan dengan adil di tempat kerja. Kementerian Kerja Raya (Menteri: Dato’ Seri S. Samy Vellu) merancang dan melaksanakan kerja-kerja seperti pembinaan jalan raya dan jambatan. Kementerian Pengangkutan (Menteri: Dato’ Sri Chan Kong Choy) bertanggungjawab atas projek-projek berkaitan dengan pengangkutan dan pembaikan jalan raya.
Doa 1. Orang Malaysia yang bekerja di luar negara tetapi diperlukan di sini akan kembali. 2. Majikan akan menjaga para pekerja mereka dengan baik. 3. Kerja raya yang dijalankan akan berguna, selamat dan berfaedah. 4. Semua kementerian ini akan menjalankan perkhidmatan untuk kebaikan rakyat dan menggunakan wang dengan bijak untuk meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan awam. 5. Menteri: mempunyai nama baik, jujur dan bijaksana.
Berdoa kepada Tuhan amat baik dan Dia membuat kita gembira. Justine Koh, 6 tahun
17
Berdoa untuk Malaysia
3 Ogos 2006, Khamis Kementerian Pelancongan (Menteri: Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor) bertujuan menjadikan Malaysia destinasi pelancong yang utama. Pelancongan akan memberi pekerjaan dan kekayaan kepada rakyat. Kementerian Kesenian, Kebudayaan & Warisan (Menteri: Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim) ingin membolehkan semua lapisan masyarakat untuk mengalami dan menikmati kesenian dan kebudayaan, dan memelihara serta memulihkan warisan negara (misalnya, bangunan bersejarah). Ia juga berusaha menanamkan nilai-nilai murni. Kementerian Belia & Sukan (Menteri: Datuk Azalina Othman Said) bertujuan untuk membantu para atlit yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa, dan juga menolong kaum belia untuk melibatkan diri dalam kehidupan kebangsaan.
Doa 1. Industri pelancongan: bukan hanya membawa kekayaan, tetapi merapatkan lagi persahabatan dan persefahaman antara rakyat Malaysia dan bangsa dari negara lain. 2. Rakyat Malaysia ada kesedaran sivik, berbudi bahasa dan sopan. 3. Orang Kristian menjadi contoh hidup yang mengamalkan nilai-nilai murni. 4. Gereja mengambil peluang untuk menjangkau golongan belia, dan menunjukkan bahawa mereka boleh mempunyai tujuan, harapan dan masa depan dalam hidup. 5. Pembinaan watak tidak diabaikan di rumah dan di sekolah.
Doa lebih manis daripada apa pun yang lain.
18
Jeremy Tan, 8 tahun
40-Hari Puasa & Doa
4 Ogos 2006, Jumaat Kementerian Luar Negeri (Menteri: Datuk Seri Syed Hamid Albar) berkhidmat untuk mendorong perhubungan baik dengan negaranegara luar, mewakili kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa dan memastikan keselamatan dan kepentingan Malaysia di luar negara. Kementerian Penerangan (Menteri: Datuk Zainudin Maidin) melaporkan perancangan kerajaan dan berita tentang Malaysia, untuk memberikan kefahaman yang lebih baik tentang Malaysia di kalangan rakyatnya dan orang di luar negara. Kementerian ini boleh membantu menyatukan pelbagai kaum dan agama. Kedua-dua kementerian ini bertujuan untuk menegakkan kedaulatan negara.
Doa 1. Kebijaksanaan dan keputusan bijak dibuat oleh para menteri dan ketua jabatan. 2. Malaysia mempunyai perhubungan baik dengan negara-negara luar. 3. Negara bersatu dan kuat. 4. Semua rakyat Malaysia menyambut dan membantu satu sama lain, dan menjaga negara. 5. Maklumat yang disiarkan benar dan tidak berat sebelah, dan membangun negara.
Doa bagaikan telefon bimbit untuk panggilan kecemasan. Phoebe Heng, 13 tahun
19
Berdoa untuk Malaysia
5 Ogos 2006, Sabtu Menteri Dato’ Hishamuddin Tun Hussein bertanggungjawab atas Kementerian Pendidikan. Menteri Dato’ Mustapa Mohamed bertanggungjawab atas Kementerian Pengajian Tinggi, yang memperhatikan pendidikan pelajar selepas sekolah menengah.
Doa 1. Guru dan pensyarah berdedikasi dan berkemampuan, dan benarbenar memperhatikan pelajar mereka. 2. Pelajar daripada semua kaum, agama dan latar belakang diperlakukan dengan adil. 3. Bahan sumber digunakan dengan bijak. 4. Dorongan untuk guru dan pensyarah Kristian apabila mereka cuba menunjukkan kasih dan jalan Tuhan. 5. Sementara para pelajar mengejar pengetahuan, mereka juga mengejar kebijaksanaan, dan berpegang kepada nilai-nilai moral Tuhan.
Berdoa bererti meminta tolong daripada Tuhan dan Roh Kudus akan menjamah saya. Caleb Tan, 9 tahun
20
40-Hari Puasa & Doa
Minggu 3
Ayat Alkitab untuk Renungan Oleh itu kami ingin menyenangkan hati Tuhan, baik selama kami di tubuh ini di sini, ataupun di sana. Hal itu demikian kerana kita semua harus menghadap Kristus, yang akan menghakimi kita semua. Setiap orang akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya di dunia ini — perbuatan baik ataupun jahat. 2 Korintus 5.9-10
21
Berdoa untuk Malaysia
6 Ogos 2006, Ahad: Garam & Cahaya Matius 5.13-14 Yesus memberitahu para pengikut-Nya bahawa mereka adalah “garam di bumi dan cahaya di dunia”. Apakah ertinya menjadi “garam di bumi”? Dalam dunia zaman dahulu kala, garam digunakan untuk menyedapkan makanan. Ia juga ditabur di atas makanan untuk mencegahnya daripada menjadi busuk. Bayangkan diri anda sebagai “garam” di rumah, sekolah, gereja atau negara anda. Sebagaimana garam menambah perisa kepada makanan, anda akan menolong orang lain untuk menjadi orang yang lebih baik. Dan sebagaimana garam dapat menghalang makanan daripada cepat menjadi busuk, anda juga akan menolong orang lain supaya tidak menjadi jahat. Yesus juga memberitahu para pengikut-Nya bahawa mereka adalah cahaya bagi dunia. Cahaya menyinari jalan orang dalam kegelapan. Jika seseorang berjalan dalam kegelapan, mungkin dia akan jatuh, mencederakan diri atau mengikut jalan yang salah. Kita menyembunyikan cahaya apabila kita tidak memberitahu orang lain tentang Yesus dan tidak mempedulikan mereka. Adakah kamu membiarkan cahaya bersinar ataupun menyembunyikan cahaya anda?
Doa 1. Untuk pertolongan Tuhan supaya menjadi seperti “garam dan cahaya” di sekolah, di rumah dan di mana sahaja kamu pergi. 2. Agar Tuhan memberi kamu keberanian dan kelembutan untuk menegur kawan-kawan apabila mereka berbuat salah.
Saya boleh minta tolong daripada Tuhan apabila saya susah. Dia selalu menjawab doa saya. Saya boleh memberitahu Tuhan perasaan saya ketika saya sedih dan Dia akan menghiburkan saya. Carmen Chew, 9 tahun
22
40-Hari Puasa & Doa
7 Ogos, 2006, Isnin: Perpaduan Nasional Apabila semua orang Malaysia daripada berbagai-bagai kaum dan latar belakang agama bersatu dan saling menghormati, negara kita akan aman damai. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Nasional untuk menyatupadukan kita. “Di Yehuda, Allah pun bertindak dan menyatukan hati rakyat supaya sungguh-sungguh taat kepada kehendak-Nya, sehingga mereka rela menurut perintah raja dan pegawai-pegawainya.” 2 Tawarikh 30.12
Doa 1. Agar Tuhan memberi semua rakyat Malaysia keinginan yang kuat untuk bersatu. 2. Agar Tuhan menolong rakyat Malaysia untuk membuang iri hati, kesangsian, kesombongan, prasangka dan semua perkara yang memecahbelahkan kita. 3. Saling menghormati dan mengasihi, bekerjasama untuk menolong orang dalam kekurangan. 4. Semua rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk memilih agama mereka sendiri. 5. Kerajaan akan menolong setiap masyarakat, terutamanya Orang Asli.
Doa mendekatkan kita dengan Tuhan. Ia juga menolong kita membina perhubungan yang kuat dengan Tuhan. Oleh itu, penting sekali untuk berdoa setiap hari. Crystal Chow, 12 tahun
23
Berdoa untuk Malaysia
8 Ogos 2006, Selasa: Polis Apabila kita mempunyai Pasukan Polis yang cemerlang dan gigih menentang kejahatan, kita akan merasa selamat. Tetapi apabila polis menerima rasuah dan membiarkan orang jahat terlepas, kejahatan akan bertambah. Orang tidak akan menghormati undangundang dan mereka akan berbuat salah, seperti mencuri, membunuh, bergaduh dan membuli orang lain. Melawan kejahatan mungkin sesuatu yang menguja tetapi juga berbahaya. Ada beberapa orang polis yang telah terbunuh semasa melawan orang jahat.
Doa 1. Puji Tuhan atas ramai polis yang rela menghadapi bahaya untuk melawan jenayah. 2. Perlindungan, keberanian, ganjaran yang baik dan berkat untuk pasukan polis dan keluarga mereka. 3. Tuhan memberi kebijaksanaan, keberanian, kerelaan untuk belajar dan berjaya untuk menangkap penjenayah. 4. Kepimpinan yang baik daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar dan semua ketua polis negeri. 5. Kebijaksanaan dan kecekapan polis trafik serta pegawai-pegawai untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. 6. Orang awam rela membantu polis untuk menentang jenayah. 7. Lebih ramai kaum belia (terutamanya belia Kristian) untuk menjadi anggota Pasukan Polis.
Doa adalah masa persendirian saya dengan Bapa Tuhan. Saya bercakap dengan Dia mengenai segala sesuatu. Kadang-kadang saya berseru kepada-Nya untuk menyelesaikan masalah saya. Calvin Goh, 12 tahun
24
40-Hari Puasa & Doa
9 Ogos 2006, Rabu: Jenayah Setiap hari, kita membaca dalam surat khabar tentang peragut, pembuli di jalan raya, kes rogol, pembunuhan dan banyak kejahatan lain. Ada orang yang melakukan jenayah kerana mereka tiada pekerjaan (dan tiada wang), atau gaji mereka rendah dan keluarga mereka memerlukan lebih banyak wang. Ada orang yang mencuri atau membunuh untuk mendapatkan wang supaya dapat membeli dadah yang membuat mereka ketagih. Malaysia mempunyai purata 21,000 kes jenayah keganasan dalam satu tahun. Ramai pelajar juga ditangkap kerana jenayah. Pada 2005, seramai 2,889 orang muda yang berumur di antara 7 dan 18 tahun telah ditangkap. Perkara inilah yang menyebabkan Kerajaan dan kita semua berasa khuatir.
Doa 1. Lebih ramai orang mahu bekerjasama dengan polis untuk menentang jenayah. 2. Pertolongan Tuhan untuk mengurangkan jenayah di setiap pekan dan bandar. 3. Lebih banyak pekerjaan dan lebih tinggi gaji untuk orang yang bergaji rendah. 4. Lebih banyak perkhidmatan sosial dan projek untuk membantu orang miskin, penagih dadah, pelacur dan keluarga bermasalah, dan sebagainya.
Saya bercakap dengan Tuhan melalui doa dan saya memanggil Tuhan apabila saya dalam kesusahan. Kelina Chew, 10 tahun
25
Berdoa untuk Malaysia
10 Ogos 2006, Khamis: Radikalisme Menjadi radikal ada kebaikannya jika ia mendatangkan perubahan positif. Tetapi perkataan besar “radikalisme” mempunyai erti yang lain, iaitu ajaran dan amalan yang menuntut perubahan mendadak dalam amalan dan keadaan yang biasa. Seringkali ia membawa kepada kekejaman dan keganasan. Memang menyedihkan kerana ada sebilangan orang yang menggunakan agama untuk mencari keuntungan sendiri dan mencapai matlamat untuk menguasai orang lain.
Doa 1. Menentang pelampau agama dan keganasan. 2. Hikmat dan keberanian untuk pihak berkuasa agar dapat menghalang mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan sendiri. 3. Semua agama untuk saling menghormati dan bekerjasama demi kebaikan bersama dan keadilan bagi semua. 4. Gereja menjadi pendamai. 5. Gereja bersuara untuk menegakkan keadilan dan darihal kasih Tuhan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 6. Keamanan dan keharmonian di Malaysia.
Saya suka bercakap dengan Tuhan kerana saya boleh memberitahu Dia segala sesuatu dalam hidup saya! Tuhan mendengar doa saya dan kebenaran ini menghiburkan saya. Joshua Yip, 11 tahun
26
40-Hari Puasa & Doa
11 Ogos 2006, Jumaat: Rasuah Apabila seorang pemandu disuruh berhenti oleh pegawai polis kerana memandu melebihi had laju, mungkin pemandu itu bercadang untuk memberi wang kepada pegawai polis supaya polis itu membebaskan dia. Perbuatan seperti ini adalah rasuah dan sogokan. Perdana Menteri telah menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk membantu menghentikan perbuatan rasuah dalam segala segi di negara ini. Dia telah membentuk suatu pelan yang disebut Rancangan Keutuhan Negara untuk mencapai matlamat ini. Dia tahu bahawa rasuah adalah penghalang terbesar untuk membina negara yang stabil.
Doa 1. PM mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang jujur dan tulus. 2. Para menteri, hakim, pasukan polis, semua majlis tempatan, kaki tangan kerajaan, agar mereka komited kepada pemerintahan yang bersih, jujur dan terbuka. 3. Agar rakyat membenci perbuatan rasuah. 4. Setiap orang tegas dan bekerjasama menentang pemberian dan penerimaan rasuah. 5. Badan Pencegah Rasuah (ACA), Ketua Pengarah Datuk Seri Zulkipli Mat Noor dan para pegawainya untuk menangkap pesalah tanpa takut atau pilih kasih.
Apabila saya berasa takut atau sunyi, saya akan berdoa kepada Tuhan. Apabila saya memerlukan pertolongan, saya akan berdoa. Dia seperti kawan saya. Apabila saya berbuat salah, saya akan memohon pengampunan daripada Tuhan. Denise Teh, 11 tahun
27
Berdoa untuk Malaysia
12 Ogos 2006, Sabtu: HIV/AIDS HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus yang menyebabkan AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome). Virus ini boleh membunuh kerana ia menyerang sel sistem imun. Orang yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai perlindungan daripada apa pun jenis penyakit sehingga dia akhirnya mati. Ramai orang Malaysia sudah dijangkiti HIV dan banyak juga yang sudah meninggal kerana AIDS. Kanak-kanak pun dijangkiti penyakit ini. “Dia telah menyembuhkan banyak orang. Oleh itu semua orang sakit berasak-asak hendak menyentuh Dia” Markus 3.10
Doa 1. Belas kasihan untuk orang yang dijangkiti HIV/AIDS. Agar Gereja menjadi teladan hidup suatu masyarakat yang mengasihi dan menjangkau mereka dengan kemurahan hati. 2. Mangsa AIDS menghadapi diskriminasi dan prasangka. Berdoa agar mereka mendapat pengharapan di Gereja. 3. Pendekatan yang menyeluruh untuk menghalang dan menghentikan penyebaran HIV, untuk menjaga dan merawat penghidap HIV. 4. Kementerian Kesihatan: hikmat, kemahiran dan tenaga, komitmen dan dedikasi. Agar hospital mempunyai kelengkapan, doktor yang terlatih dengan baik, penyelidik perubatan, dan pakar. 5. Kerjasama yang lebih baik di kalangan organisasi sosial dan rakyat serta melaksanakan program-program yang berkesan untuk menghentikan AIDS daripada merebak. 6. Rakyat Malaysia untuk mentaati hukum Tuhan dan mengejar kemurnian.
Apabila saya gembira, sedih, keseorangan atau takut, saya bercakap kepada Tuhan. Saya merasa lebih baik dan merasa damai. Tuhan menjawab doa saya kerana apabila saya mendoakan kawan-kawan saya, mereka disembuhkan. Clariss Goh, 9 tahun
28
40-Hari Puasa & Doa
Minggu 4
Ayat Alkitab untuk Renungan Kami mengetahui apa ertinya takut akan Tuhan; itulah sebabnya kami berusaha meyakinkan orang lain. Allah mengenal kami dengan sepenuhnya, dan aku juga berharap kamu mengenal kami dengan baik. Kami tidak mahu membanggakan diri di hadapan kamu. Sebaliknya kami hanya mahu memberikan alasan yang baik, supaya kamu boleh bangga dengan kami. Dengan demikian kamu dapat menjawab orang yang mementingkan rupa orang dan bukan sifat mereka. Jika kami nampaknya gila, hal itu untuk kepentingan Allah. Jika kami nampaknya waras, hal itu untuk kepentingan kamu. Kami dikuasai oleh kasih Kristus; kami sedar bahawa satu orang, iaitu Yesus Kristus sudah mati untuk semua orang. Hal ini bererti bahawa semua orang juga sudah mati secara rohani. Kristus mati untuk semua orang, supaya orang yang hidup tidak lagi hidup untuk diri sendiri, melainkan untuk Dia yang sudah mati dan dibangkitkan untuk kebaikan mereka. 2 Korintus 5:11-15
29
Berdoa untuk Malaysia
13 Ogos 2006, Ahad Pemerintahan Tuhan Markus 10.13-15 Semasa Yesus di bumi, Dia mengajar banyak tentang Pemerintahan Tuhan. Apakah Pemerintahan Tuhan itu? Di tempat Yesus menjadi Raja, dan Dia memerintah sebagai raja. Oleh sebab Pemerintahan itu adalah tempat Yesus menjadi Raja, maksudnya, kita harus menyambut Yesus sebagai Raja kehidupan kita. Kita harus taat kepada-Nya dalam segala sesuatu yang kita lakukan. Lagipun, kita menginginkan Tuhan untuk menjadi Raja atas negara kita, Malaysia. Ertinya, kita perlu memberitahu anggota keluarga dan kawan-kawan kita tentang berita Pemerintahan itu, iaitu kasih Yesus Kristus. Dengan itu, mereka akan dapat “menyambut Yesus sebagai Raja” dan menjadi warga Pemerintahan Tuhan.
Doa 1. Hati yang taat untuk melayani Tuhan. 2. Kita harus mengetahui Firman Tuhan agar kita tahu bagaimana untuk mentaati Tuhan. Mintalah Roh Kudus untuk menolong anda mengerti Firman Tuhan bila sahaja anda membacanya.
Saya mendengar suara Tuhan pada pertama kalinya dalam suatu persekutuan doa gereja. Saya merasa sangat dihiburkan kerana Dia berkata, “Aby, jangan khuatir kerana Aku akan menolong awak apabila awak meminta tolong.” Abigail Jeysing, 13 tahun
30
40-Hari Puasa & Doa
14 Ogos 2006, Isnin Sarawak, Bumi Kenyalang Ibu Kota
:
Kuching
Gabenor
:
Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng
Ketua Menteri :
Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud
Penduduk
Kira-kira 2.3 juta orang
:
Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia. Ia dinamai “Bumi Kenyalang”. Kenyalang adalah sejenis burung yang cantik dan berwarna-warni yang terdapat di Sarawak.
Doa 1. Cahaya Tuhan bersinar atas semua orang di Sarawak. 2. Pemerintah akan mengambil langkah-langkah perlu agar Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) yang telah menyebabkan ramai kanak-kanak meninggal di Sarawak, tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. 3. Kaum belia di Sarawak akan menyedari bahawa menghidu gam adalah berbahaya dan mereka berhenti daripada kegiatan ini. 4. Penduduk Sarawak akan mempunyai jalan raya, hospital dan sekolah yang lebih baik. 5. Orang Kristian di gereja-gereja akan bersatu dan mengasihi satu sama lain. 6. Lebih ramai orang Kristian pergi ke kawasan luar bandar dan kampung untuk memberitakan Berita Baik tentang Yesus kepada orang di sana.
Doa bererti bercakap kepada Yesus tentang orang yang sakit. Josh Liew, 7 tahun
31
Berdoa untuk Malaysia
15 Ogos 2006, Selasa Sabah, Negeri di bawah Bayu Ibu Kota
:
Kota Kinabalu (nama lama Jesselton)
Gabenor
:
Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah
Ketua Menteri :
Datuk Musa Haji Aman
Penduduk
Kira-kira 2.9 juta orang
:
Gunung yang tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu, terletak di Sabah. Walaupun negeri ini kaya dengan sumber asli, ia merupakan negeri yang termiskin dengan bilangan orang miskin yang terbanyak.
Doa 1. Roh Tuhan bergerak seperti angin di seluruh Sabah untuk membawa perubahan. 2. Pemimpin-pemimpin yang baik untuk memperhatikan keperluan rakyat Sabah. 3. Wang digunakan untuk membantu mempertingkat hidup orang miskin. 4. Keselamatan bagi penduduk di Sabah terutama yang tinggal di pesisir Laut Sulu kerana di sana ada kegiatan lanun. 5. Polis dapat menangkap orang yang terlibat dalam pembelian dan penjualan dadah. 6. Gereja di Sabah bersatu dan menjangkau kaum belia, anak-anak dan menolong orang miskin.
Yesus memberkati saya waktu saya berdoa.
32
Marilyn Tee, 9 tahun
40-Hari Puasa & Doa
16 Ogos 2006, Rabu Kelantan Darul Naim Ibu Kota
:
Kota Baru (Kota Diraja)
Sultan
:
Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
Ketua Menteri :
Dato’ Haji Nik Aziz Nik Mat
Penduduk
Kira-kira 1.5 juta orang
:
Kelantan dikenali sebagai pusat pendidikan Islam, kerana ramai orang datang ke sini untuk belajar agama Islam. Kota Baru, ibu kota negeri ini, diisytiharkan sebagai “Kota Islam” pada 1hb Oktober 2005. Masjid tertua di Malaysia terletak di Kelantan.
Doa 1. Tuhan akan menunjukkan rahmat dan keindahan-Nya kepada penduduk Kelantan. 2. Pemimpin yang jujur dan bijak untuk memperhatikan rakyat, terutama yang miskin. 3. Orang yang tidak mengenal Yesus agar mereka mengetahui bahawa Yesus mengasihi mereka. 4. Keluarga yang hancur kerana perceraian. Berdoa agar Tuhan menyembuhkan hati kaum bapa, ibu dan anak-anak dalam keluarga terlibat. 5. Orang tidak ketagih pada dadah. Berdoa agar penagih dadah boleh mendapat pertolongan untuk bebas daripada ketagihan dadah. 6. Lebih banyak gereja, lebih ramai pemimpin Kristian dan lebih banyak orang yang memberitakan Berita Baik kepada orang lain.
Doa adalah suatu kemestian. Bagi saya, ia adalah berkomunikasi dengan Tuhan, dan iman tanpa doa adalah sia-sia. Genesis Wong, 17 tahun
33
Berdoa untuk Malaysia
17 Ogos 2006, Khamis Terengganu Darul Iman Ibu Kota
:
Kuala Terengganu (Kota Diraja)
Sultan
:
Sultan Mizan Zainal Abidin
Menteri Besar :
Dato’ Seri Idris Jusoh
Penduduk
Kira-kira 1.5 juta orang
:
Terengganu dikenali sebagai negeri Melayu pertama yang menyambut agama Islam. Kemungkinan negeri inilah tempat orang Cina dari China mula-mula mendarat setelah berlabuh di negara kita.
Doa 1. Berkat Tuhan atas orang yang tinggal di Terengganu. 2. Pemimpin yang baik untuk memperhatikan rakyat terutama orang miskin. 3. Orang tidak menyembah dewa-dewa melainkan mengenal Yesus dan mengikut Dia. 4. Lebih banyak pekerjaan untuk rakyat dan agar nelayan memperoleh pendapatan yang lebih. 5. Tuhan membebaskan ramai orang daripada ketagihan dadah. 6. Gereja-gereja di Terengganu menjadi kuat agar mereka boleh membantu orang yang memerlukan Tuhan dalam hidup mereka.
Doa adalah berdekat dengan Tuhan.
34
Joy Tneoh, 8 tahun
40-Hari Puasa & Doa
18 Ogos 2006, Jumaat Pahang Darul Makmur Ibu Kota
:
Kuantan (Kota Diraja: Pekan)
Sultan
:
Sultan Haji Ahmad Shah
Menteri Besar :
Dato’ Seri Adnan Yaakob
Penduduk
Kira-kira 1.4 juta orang
:
Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan tempat letaknya taman negara yang terbesar – Taman Negara. Dua tasik yang terkenal – Tasik Chini dan Tasik Bera – terletak di negeri ini. Genting Highlands yang terkenal itu terletak di sempadan Pahang dan Selangor.
Doa 1. Berkat Tuhan atas rakyat agar mereka mengenal bahawa Yesus sudah datang untuk memberi hidup kepada mereka. 2. Para pemimpin dan rakyat akan memelihara alam sekitar (hutan, sungai dan tasik). 3. Orang dibebaskan daripada kebiasaan berjudi dan ketagihan dadah. 4. Orang tidak menyembah dewa-dewa melainkan Tuhan yang satu, iaitu Yesus. 5. Kebijaksanaan para pemimpin menggunakan wang untuk membantu rakyat. 6. Gereja-gereja akan membantu orang dan memberitakan Berita Baik.
Doa adalah masa anda bercakap dengan Tuhan.
Vivian Leong, 8 tahun
35
Berdoa untuk Malaysia
19 Ogos 2006, Sabtu Johor Darul Takzim Ibu Kota
:
Johor Baru (Kota Diraja: Pasir Pelangi)
Sultan
:
Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj
Menteri Besar :
Dato’ Haji Abdul Ghani Othman
Penduduk
Kira-kira 3.1 juta orang
:
Nama “Johor” berasal daripada perkataan Arab Jauhar, yang bererti “Batu Permata”. Johor dihubungkan dengan Singapura oleh Tambak Johor.
Doa 1. Orang mengenal Yesus dan menjadi anakanak Tuhan. 2. Polis mengawal keselamatan dan bebas daripada jenayah (contohnya: rompakan, peragut). 3. Persahabatan baik antara Johor dan Singapura. Berdoa agar mereka bekerjasama dan saling menolong. 4. Para pemimpin menolong Orang Asli untuk mendapat tempat baru sebagai tempat tinggal mereka. 5. Para pemimpin menggunakan wang dengan bijak untuk membantu rakyat. 6. Gereja-gereja bersatu, menolong pekerja asing (orang dari negara lain yang datang ke sini untuk bekerja) dan memberitahu orang lain tentang Yesus.
Apa yang saya tahu adalah doa mengubah keadaan; Tuhan menolong kita apabila kita dalam kesusahan dan Dia melindungi kita. Caleb Wong Cayenne, 12 tahun
36
40-Hari Puasa & Doa
Konferensi Doa KanakKanak & Perhimpunan 21-22 Ogos 2006, The Heritage, 3 Jalan 13/6, Petaling Jaya
37
Berdoa untuk Malaysia
Minggu 5
Ayat Alkitab untuk Renungan Oleh itu, kami tidak lagi menilai seseorang menurut penilaian manusia. Dahulu kami memang pernah menilai Kristus menurut penilaian manusia, tetapi sekarang tidak lagi. Apabila seseorang bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi manusia baru. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula. Semua itu dilakukan oleh Allah. Melalui Kristus, Allah sudah mengubah kita daripada musuh menjadi sahabat-Nya. Dia juga menugaskan kita supaya menjadikan orang lain sahabat-Nya juga. Inilah yang kami isytiharkan: Melalui Kristus, Allah menjadikan semua orang sahabat-Nya. Dengan rela hati Allah mengampunkan dan melupakan dosa mereka. Dia sudah menugaskan kami untuk memberitakan hal itu. 2 Korintus 5.16-19
38
40-Hari Puasa & Doa
20 Ogos 2006, Ahad Gereja Tempatan Matius 16.18 Dalam Perjanjian Baru, perkataan “jemaah” (atau “gereja”) berasal daripada perkataan Yunani “ekklesia” yang bererti suatu perhimpunan atau sekumpulan orang percaya yang berkumpul bersama. Gereja bukan terdiri daripada batu bata dan semen tetapi daripada orang yang percaya kepada Yesus. Setiap kali anak-anak Tuhan berkumpul untuk beribadat, berdoa dan mendengar Firman Tuhan di suatu tempat tertentu, kumpulan orang itu menjadi gereja atau jemaah tempatan.
Doa 1. Tuhan menolong kita untuk mengasihi satu sama lain agar “gereja tempatan” kita kuat dan orang di sekeliling kita ingin mengetahui lebih banyak tentang Tuhan kita. 2. Tuhan menunjukkan cara kepada kita untuk saling mengasihi.
Doa adalah komunikasi antara kita dan Tuhan dan juga suatu cara menyembah Dia. James Tneoh, 16 tahun
39
Berdoa untuk Malaysia
21 Ogos 2006, Isnin Melaka, Negeri Bersejarah Ibu Kota
:
Bandar Melaka
Gabenor
:
Tun Datuk Seri Utama Mohamad Khalil Yaakob
Ketua Menteri :
Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam
Penduduk
Kira-kira 700,000 orang
:
Sultan Melayu yang pertama berasal dari Melaka tetapi sekarang negeri ini tidak mempunyai Sultan. Bangsa Portugis adalah orang pertama yang membawa agama Kristian ke Semenanjung Malaysia. Mubaligh Jesuit yang pertama tiba di Melaka adalah St Francis Xavier. Melaka ditawan oleh Portugis pada 1511, oleh Belanda pada 1641 dan oleh British pada 1824.
Doa 1. Agar orang tahu bahawa Yesus tidak berubah kelmarin, hari ini dan sampai selama-lamanya. 2. Tuhan mengampuni apa pun kesalahan yang dilakukan oleh orang Kristian di tempat ini pada masa lalu. 3. Hikmat bagi para pemimpin untuk memelihara tempat ini. 4. Orang akan datang kepada Yesus apabila mereka dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan. 5. Melawan jenayah (contohnya: peragut, rompakan, pembunuhan) di tempat ini. 6. Pelajar di sekolah dan universiti untuk mengenal Yesus.
Doa adalah memuji Tuhan.
40
Leon Tan, 6 tahun
40-Hari Puasa & Doa
22 Ogos 2006, Selasa Negeri Sembilan Darul Khusus Ibu Kota
:
Seremban
Yang Di-Pertuan Besar: Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ketua Menteri :
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan
Penduduk
Kira-kira 900,000 orang
:
Nama “Negeri Sembilan” kemungkinan diberi kerana sembilan daerah atau nagari yang ditubuhkan oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat ketika mereka mula-mula datang ke tempat ini pada kurun ke-15.
Doa 1. Orang akan mengetahui bahawa Tuhan telah mencipta mereka sebagai umat yang istimewa. 2. Agar Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada warga tua. 3. Para pemimpin mencari jalan untuk menolong orang mendapatkan air dengan mudah. 4. Kaum belia menyedari bahaya ketagihan dadah dan mereka menjauhkan diri dari dadah. 5. Semua pelajar yang menuntut di kolej-kolej akan mengenal Yesus. 6. Gereja-gereja bersatu, mempunyai lebih ramai pemimpin dan memberitahu orang lain tentang Yesus.
Memohon apa yang kita perlu daripada Tuhan.
Gloria Chang, 11 tahun
41
Berdoa untuk Malaysia
23 Ogos 2006, Rabu Wilayah-Wilayah Persekutuan Ada tiga kawasan yang dinamai “Wilayah Persekutuan” dan tempat-tempat itu adalah: 1. Kuala Lumpur 2. Putrajaya 3. Labuan Menteri Wilayah-Wilayah Persekutuan: Datuk Zulhasnan Rafique (sejak 14 Februari 2006)
Kuala Lumpur (KL) Datuk Bandar :
Datuk Ruslin bin Hasan
Penduduk
1.5 juta orang
:
Kuala Lumpur secara harfiah bererti ‘kuala sungai berlumpur’ dan dibuka pada 1857 di tempat pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Ia menjadi ibu kota negara pada 1957 dan menjadi Wilayah Persekutuan pada 1974.
Putrajaya Pengerusi Pentadbiran: Tan Sri Dato’ Samsudin Osman Penduduk
:
Kira-kira 45,000 orang.
Putrajaya dibuka pada 19 Oktober 1995 dan dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia menjadi Wilayah Persekutuan pada 2001.
Labuan Presiden Perbandaran Labuan: Datuk Suhaili Abdul Rahman Penduduk
:
Kira-kira 83,000 orang.
Pulau Labuan diperintah oleh Sultan Brunei pada abad ke-14. Labuan menjadi Wilayah Persekutuan pada 1984.
42
40-Hari Puasa & Doa
Doa 1. Orang tahu bahawa Tuhan telah memberkati mereka dengan wang dan kejayaan. 2. Para pemimpin baik dan adil, dan melakukan yang benar di hadapan Tuhan. 3. Semua orang yang bekerja di pejabat kerajaan. Berdoalah agar mereka bekerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. 4. Lebih banyak pusat pemulihan yang dibuka untuk menolong penagih dadah dibebaskan daripada ketagihan. 5. Polis melindungi dan menolong orang awam. 6. Orang berbuat baik kepada pekerja asing (orang dari negara lain yang bekerja di sini) dan memperlakukan mereka dengan adil. 7. Orang yang tiada tempat tinggal dan orang miskin mendapat bantuan. 8. Orang Kristian bersinar seperti cahaya di mana Tuhan telah tempatkan mereka agar orang akan mengenal Yesus.
Doa adalah keintiman yang lebih dalam dengan Tuhan. Joshua Yim, 17 tahun
43
Berdoa untuk Malaysia
24 Ogos 2006, Khamis Selangor Darul Ehsan Ibu Kota
:
Shah Alam (Kota Diraja: Klang)
Sultan
:
Sultan Sharafuddin Idris Shah
Ketua Menteri :
Dato’ Seri Dr. Mohamed Khir Toyo
Penduduk
4.7 juta
:
Selangor adalah negeri yang mempunyai paling ramai penduduk. Ia juga negeri yang paling kaya, dengan paling banyak kilang dan bandar di Malaysia. Dato’ Seri Khir Toyo mengisytiharkan Selangor sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005.
Doa 1. Orang akan tahu bahawa Tuhan mengasihi mereka dan Yesus mati di kayu salib untuk mereka. 2. Wang tidak menjadi dewa yang disembah orang tetapi mereka akan menyembah Tuhan yang benar dan hidup, Tuhan Yesus. 3. Orang baik hati dan adil kepada pekerja asing. 4. Semua pelajar yang menuntut di kolej dan universiti agar Tuhan bekerja dalam hati mereka dan mereka menjadi orang Kristian. 5. Menentang segala jenis jenayah dan masalah (ketagihan dadah, gengster, pembunuhan, rompakan). 6. Orang terus mendapat bekalan air bersih. Berdoalah agar mereka menjaga sungai. Banyak sungai sudah tercemar. 7. Gereja-gereja bersatu dan menjangkau serta menolong orang lain.
Doa bererti mengingati orang yang dekat dengan saya.
44
Serene Tan, 5 tahun
40-Hari Puasa & Doa
25 Ogos 2006, Jumaat Perak Darul Ridzuan Ibu Kota
:
Ipoh (Kota Diraja: Kuala Kangsar)
Sultan
:
Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah
Menteri Besar :
Dato’ Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli Ghazali
Penduduk
Kira-kira 2.2 juta orang
:
Dahulu Perak adalah negeri yang paling kaya di Semenanjung Malaysia kerana perlombongan biji timah di Lembah Kinta. Kuil Buddha Tibet yang terbesar di negara ini terletak di Tambun, di negeri ini.
Doa 1. Tuhan akan menunjukkan kebaikan, rahmat dan belas kasihan-Nya kepada orang. 2. Orang di dalam penjara di Kamunting, agar mereka mengenal Yesus. 3. Keluarga menjadi kuat dan kaum belia menerima kasih di rumah mereka. 4. Hikmat bagi polis untuk menentang jenayah (contoh: dadah, rompakan, pembunuhan). 5. Orang yang sangat miskin, terutamanya keluarga Orang Asli. 6. Gereja akan memberitakan Berita Baik mengenai Yesus kepada kaum Cina yang tinggal di kampung-kampung baru (kira-kira 134 buah kampung baru Cina di Perak).
Doa adalah senjata yang berkuasa.
Eunice Chin, 10 tahun
45
Berdoa untuk Malaysia
26 Ogos 2006, Sabtu Pulau Pinang Ibu Kota
:
Georgetown
Gabenor
:
Tun Dato’ Seri Haji Abdul Rahman Haji Abbas
Ketua Menteri :
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon
Penduduk
Kira-kira 1.4 juta orang
:
Nama “Pulau Pinang” berasal daripada “pulau pokok pinang”. Inilah satu-satunya negeri di Malaysia yang penduduk majoritinya (paling ramai) adalah kaum Cina. Kapten Francis Light tiba di Pinang pada 1786 dan itulah permulaan pemerintahan British di Semenanjung Melayu. Lalu pulau itu diberi nama baru: Pulau Prince of Wales. Sekarang pulau ini dikenali sebagai “Mutiara Timur”.
Doa 1. Orang tidak menyembah tuhan-tuhan lain kecuali Yesus. 2. Para pemimpin mempunyai hikmat untuk mengetahui cara menggunakan wang supaya memberkati rakyat. 3. Tiada lagi kegiatan gengster terutama di kalangan orang Cina. 4. Pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk menghapuskan masalah dadah. (Pinang mempunyai bilangan penagih yang paling ramai di Malaysia). 5. Keluarga-keluarga yang terkena Tsunami. Berdoa agar Tuhan menyembuhkan kesakitan mereka dan menunjukkan kasih-Nya kepada mereka. 6. Kesatuan yang lebih kuat dan kerjasama antara gereja-gereja di Pinang. Berdoa agar orang Kristian bersemangat demi Yesus dan keluar untuk menyelamatkan orang sesat.
Doa adalah cara kita untuk bercakap dengan Tuhan. Benjamin Leong, 15 tahun
46
40-Hari Puasa & Doa
Minggu 6
Ayat Alkitab untuk Renungan Demikianlah kami berkata-kata bagi pihak Kristus, seolah-olah Allah sendiri memohon kepada kamu melalui kami. Kami menggesa kamu bagi pihak Kristus, supaya kamu membolehkan Allah mengubah kamu daripada musuh menjadi sahabat-Nya. Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus. 2 Korintus 5.20-21
47
Berdoa untuk Malaysia
27 Ogos 2006, Ahad Rumah Kekal di Syurga 2 Korintus 5.1-10 Rasul Paulus seorang pembuat khemah dan dia membandingkan tubuh kita dengan “khemah”. Khemah tidak sama kuat dengan bangunan yang kukuh. Dia berkata bahawa apabila tubuh kita di dunia ini rosak (apabila kita meninggal), kita akan mendapat tubuh yang baru. Dia menggambarkan tubuh baru kita seperti berikut, “Allah akan menyediakan tempat tinggal di syurga bagi kita. Tempat tinggal itu dibuat oleh Allah sendiri, dan tahan selama-lamanya”. Apabila kita meninggal, kita akan mempunyai tubuh yang baru yang sempurna. Tubuh baru kita itu kuat, tiada penyakit, kelemahan atau kesakitan. Selepas kita meninggalkan bumi ini, kita mempunyai kehidupan yang tidak berkesudahan. Apa yang kita lakukan semasa di dunia sangat penting kerana menurut Alkitab, kita semua akan berdiri di hadapan Tuhan dan menceritakan semua perbuatan kita semasa di bumi. Oleh itu, kita mesti berhati-hati dengan cara kita hidup dan bertindak setiap hari. Beberapa hal yang kita lakukan mungkin tidak dilihat oleh orang lain, tetapi Tuhan melihat segala sesuatu. Kerana Tuhan sangat mengasihi kita, kita tidak seharusnya berbuat hal-hal yang menyakiti hati atau menyedihkan Dia.
Doa 1. Setiap hari, mintalah Roh Kudus untuk mengingatkan anda bahawa Tuhan sedang melihat anda. 2. Apabila anda digoda untuk berbuat hal yang salah, cepatlah meminta kepada Roh Kudus untuk menolong anda keluar daripada godaan itu. Saya selalu berdoa kepada Tuhan untuk mendapat hidup yang baik dan indah. Andrea Jeysing, 9 tahun
48
40-Hari Puasa & Doa
28 Ogos 2006, Isnin Kedah Darul Aman Ibu Kota
:
Alor Star (Kota Diraja: Anak Bukit)
Sultan
:
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah
Ketua Menteri :
Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Penduduk
Kira-kira 1.8 juta orang
:
Tempat tertua yang kita ketahui sebagai penempatan orang di Semenanjung Malaysia terdapat di Lembah Bujang, Kedah. Ia merupakan kerajaan Hindu-Buddha pada tahun 300 TM. Sultan Muzaffar Shah 1 (abad ke-12) di Kedah diketahui sebagai raja pertama di Semenanjung Melayu untuk menganut agama Islam. Kedah juga dikenali sebagai ‘Periuk Nasi’ Malaysia. Ia menghasilkan satu pertiga daripada jumlah beras yang digunakan di Malaysia.
Doa 1. Orang akan mengenal Yesus sebagai Raja Damai. 2. Para pemimpin mendapat hikmat untuk menolong orang miskin menjalani hidup yang lebih baik. 3. Berkat Tuhan atas petani, agar tanaman mereka (padi) tidak dirosakkan oleh banjir. 4. Keluarga-keluarga yang terkena Tsunami, agar mereka mendapat bantuan dan Tuhan menyembuhkan kesakitan dalam hati mereka. 5. Para pemimpin mendapat hikmat untuk mengurus wang negeri. 6. Gereja mempunyai satu hati dan tidak takut memberitakan Berita Baik kepada orang lain, terutamanya kaum belia.
Doa adalah memuji Tuhan dan menyerahkan masa itu kepada Tuhan. Alicia Tay, 7 tahun
49
Berdoa untuk Malaysia
29 Ogos 2006, Selasa Perlis Indera Kayangan Ibu Kota
:
Kangar (Kota Diraja: Arau)
Raja
:
Raja Syed Faizuddin Putra
Pemangku Raja:
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail
Menteri Besar :
Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim
Penduduk
Kira-kira 224,000 orang
:
Perlis ialah negeri terkecil di Malaysia. Sebelum awal abad ke-19, ia sebahagian negeri Kedah. Syed Hussain Jamalulail ialah Raja Perlis yang pertama. Keturunannya masih memerintah Perlis, tetapi sebagai raja dan bukan sultan.
Doa 1. Agar orang tahu bahawa ada tempat tinggal di syurga untuk mereka yang percaya kepada Yesus. 2. Orang akan taat kepada hukum Tuhan di mana satu orang lelaki akan berkahwin dengan satu orang perempuan sahaja. 3. Agar polis dapat menangkap orang yang terlibat dalam penyeludupan (membawa barang-barang atau orang dari Thailand ke Malaysia dengan tidak mendapatkan kebenaran). 4. Bantuan untuk petani dan agar tanaman padi mereka tidak rosak. 5. Undang-undang diubah supaya membenarkan orang untuk menjadi Kristian. 6. Gereja-gereja tidak takut bersuara untuk menentang hal-hal yang salah. Berdoa agar orang Kristian bekerjasama dalam kasih dan kesatuan.
Apa pun yang anda doakan, jika Tuhan melihat bahawa hal itu sesuai, Dia akan memberikannya kepada anda. Daniel Joshua Charles, 6 tahun
50
40-Hari Puasa & Doa
30 Ogos 2006, Rabu Bersyukur atas Malaysia Hari ini adalah Hari Kesyukuran. Baca Mazmur 136. Kita hendak memuji dan bersyukur kepada Tuhan atas berkat yang dilimpahkan-Nya kepada kita di negara ini.
Doa 1. Terima kasih, ya Tuhan yang Maha Kuasa, atas Malaysia, kemerdekaan dan kebebasan. 2. Terima kasih Tuhan atas Raja, Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Sultan-Sultan, Menteri Besar-Menteri Besar, dan semua pemimpin kami di negara ini, pada masa lalu dan masa sekarang. 3. Terima kasih Tuhan atas berkat berlimpah yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Terima kasih atas pekerjaan, makanan dan rumah; atas kebebasan dan kesihatan untuk menikmati semua berkat ini. 4. Terima kasih Tuhan atas semua bangsa daripada pelbagai kaum dan agama yang tinggal di Malaysia. Terima kasih kerana kami menikmati keamanan dan hidup dengan rukun dengan satu sama lain. 5. Terima kasih Tuhan atas semua orang yang rela berkorban untuk menentang jenayah di negara ini supaya kami dapat hidup dengan aman. Terima kasih Tuhan atas semua orang yang memastikan agar ada keadilan (kesamarataan) dan kejujuran (melakukan perkara yang benar) di negara ini. Kami memberikan segala kemuliaan kepada-Mu, Tuhan dan Raja kami.
Saya bersandar kepada Tuhan apabila saya berdoa.
Joy Lam, 9 tahun
51
Berdoa untuk Malaysia
Senarai Ahli Kabinet dan Kementerian Malaysia Y.A.B. DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri
Y.A.B. DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
Y.B. DATO' SERI ONG KA TING, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan
Y.B. DATO' SERI S. SAMY VELLU, Menteri Kerja Raya
Y.B. DATO' SERI DR. LIM KENG YAIK, Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi
Y.B. DATO' HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN, Menteri Pendidikan
Y.B. DATO' MUSTAPA BIN MOHAMED, Menteri Pengajian Tinggi
Y.B. DATO' SERI RAFIDAH AZIZ, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Y.B. DATUK SERI SYED HAMID BIN SYED JAAFAR ALBAR, Menteri Luar Negeri
Y.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASIN, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Y.B. DATUK WIRA DR. FONG CHAN ONN, Menteri Sumber Manusia
Y.B. DATO' SRI CHAN KONG CHOY, Menteri Pengangkutan
Y.B. DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Y.B. DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Y.B. DATUK DR. ABDULLAH BIN MD ZIN, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Y.B. SENATOR DATO' SRI MOHD. EFFENDI BIN NORWAWI, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Majlis Tindakan Ekonomi Negara
Y.B. TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
52
40-Hari Puasa & Doa
Y.B. DATUK ZAINUDIN BIN MAIDIN, Menteri Penerangan
Y.B. DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM, Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Y.B. DATO' SERI SHAHRIZAT BINTI ABDUL JALIL, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
Y.B. DATO' DR. JAMALUDDIN BIN DATO' MOHD. JARJIS, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi
Y.B. TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP, Menteri Kewangan II
Y.B. DATUK PETER CHIN FAH KUI, Menteri Industri Perladangan & Komoditi
Y.B. DATUK MOHD. SHAFIE BIN HAJI APDAL, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Y.B. DATO' ABDUL AZIZ BIN SHAMSUDDIN, Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah
Y.B. DATO' MOHAMED KHALED BIN NORDIN, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi
Y.B. DATO' HAJI ZULHASNAN BIN RAFIQUE, Menteri Wilayah-Wilayah Persekutuan
Y.B. DATO' SERI MOHD RADZI BIN SHEIKH AHMAD, Menteri HalEhwal Dalam Negeri
Y.B. DATUK DR. CHUA SOI LEK, Menteri Kesihatan
Y.B. DATUK AZALINA DATO' OTHMAN SAID, Menteri Belia & Sukan
Y.B. DATO SERI HAJI AZMI BIN KHALID, Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar
Y.B. DATUK TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR, Menteri Pelancongan
http://www.pmo.gov.my/website/webdb.nsf/vALLDOC/F2DEAE6F39BC5AF048256DAD002EA803
53
Berdoa untuk Malaysia
Adakah Tuhan berkata-kata kepada anda dengan cara yang istimewa? Ambillah masa sekarang untuk menulis apa yang dikatakan-Nya: ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ 54
40-Hari Puasa & Doa
Segala Kemuliaan bagi Tuhan!
Disusun dan disediakan oleh NECF Malaysia sehingga 13 April 2006
55