RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
___________________________________________________________________ i
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.
PENGENALAN
1
2.
KUASA UNDANG-UNDANG
1
3.
APA ITU AUDIT CUKAI?
3
4.
OBJEKTIF AUDIT CUKAI
4
5.
TAHUN TAKSIRAN YANG DILIPUTI
4
6.
PEMILIHAN KES
5
7.
BAGAIMANA AUDIT CUKAI DILAKSANAKAN
5
7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 8.
Tempat Audit Permulaan Audit Lawatan Audit Semakan Rekod Tempoh Lawatan Audit Luar Penyelesaian Audit
5 5 7 8 11 11
HAK DAN TANGGUNGJAWAB
14
8.1 8.2 8.3
14 15 17
LHDNM Pembayar Cukai Ejen Cukai / Wakil Pembayar Cukai
9.
KERAHSIAAN MAKLUMAT
19
10.
KESALAHAN DAN PENALTI
19
11.
PENGADUAN
21
12.
PROSEDUR BAYARAN
21
13.
RAYUAN
22
14.
TARIKH KUAT KUASA
22
___________________________________________________________________ ii
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 1.
2.
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
PENGENALAN 1.1
Pentadbiran sistem percukaian yang adil, telus dan saksama akan dapat mempertingkatkan kepercayaan orang awam terhadap sistem percukaian tersebut. Pematuhan terhadap undang-undang percukaian hendaklah dikuatkuasakan dengan tegas dan kesalahan percukaian seperti ketidakpatuhan dan pengelakan cukai hendaklah diambil tindakan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP).
1.2
Di bawah Sistem Taksir Sendiri, audit cukai adalah aktiviti utama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela. Seseorang pembayar cukai boleh dipilih untuk diaudit pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, sekiranya seorang pembayar cukai telah dipilih untuk diaudit ini tidak bermaksud pembayar cukai tersebut telah melakukan kesalahan.
1.3
Rangka kerja audit cukai yang dikeluarkan oleh LHDNM bertujuan untuk memastikan audit cukai dilaksanakan dengan adil, telus dan saksama. Rangka kerja ini menggariskan hak serta tanggungjawab pegawai audit, pembayar cukai dan ejen cukai. Secara umumnya, rangka kerja ini bertujuan untuk: (a)
membantu pegawai audit menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap dan berkesan; dan
(b)
membantu mereka.
pembayar
cukai
memenuhi
tanggungjawab
KUASA UNDANG-UNDANG 2.1
Peruntukan undang-undang di bawah ACP yang diguna pakai dalam audit cukai adalah:
a)
Subseksyen 39(1A)
Potongan tidak dibenarkan jika maklumat yang diminta oleh KPHDN : mengikut notis di bawah seksyen 81 ACP tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan.
1
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
b)
Seksyen 78
Kuasa meminta penyata khusus dan : pengemukaan buku-buku tertentu.
c)
Seksyen 79
Kuasa untuk meminta penyata akaun : bank dan sebagainya.
d)
Seksyen 80
:
e)
Seksyen 81
: Kuasa untuk meminta maklumat.
f)
Seksyen 82
:
g)
Seksyen 99
: Hak untuk merayu.
h)
Seksyen 100
: Lanjutan masa bagi rayuan.
i)
Seksyen 101
: Kajian semula oleh Ketua Pengarah.
j)
Seksyen 102
: Penyelesaian rayuan.
k)
Seksyen 113
: Penyata yang tidak betul.
l)
Seksyen 116
: Kesalahan menghalang pegawai.
m)
Seksyen 119A
: Kegagalan menyimpan rekod.
n)
Seksyen 120
: Kesalahan-kesalahan lain.
o)
Seksyen 138
:
p)
Seksyen 138A
: Ketetapan umum.
q)
Seksyen 140
Kuasa untuk tidak mengambil kira : transaksi-transaksi tertentu.
r)
Seksyen 141
:
Kuasa untuk mengakses bangunan, dokumen dan sebagainya.
Kewajipan penyimpanan rekod dan mengemukakan resit.
Perkara-perkara tertentu sebagai rahsia.
dianggap
Kuasa mengenai transaksi-transaksi tertentu oleh bukan pemastautin.
2
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 2.2
3.
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
Kuasa undang-undang berkenaan dengan audit cukai tidak hanya terhad kepada peruntukan undang-undang tersebut di atas. Ia juga meliputi keseluruhan ACP, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan akta-akta lain yang ditadbir oleh LHDNM.
APA ITU AUDIT CUKAI? 3.1
Audit cukai ialah semakan / pemeriksaan rekod perniagaan dan hal ehwal kewangan pembayar cukai bagi memastikan pendapatan yang sepatutnya dilaporkan dan cukai yang sepatutnya dikira serta dibayar adalah mengikut undang-undang dan peraturan percukaian. LHDNM menjalankan dua (2) jenis audit, iaitu audit meja dan audit luar. (a)
Audit Meja (i)
Audit meja dijalankan di pejabat LHDNM. Ia melibatkan isu-isu atau pelarasan cukai yang boleh diselesaikan melalui surat menyurat. Pembayar cukai mungkin dipanggil ke pejabat LHDNM untuk ditemuduga sekiranya maklumat lanjut diperlukan.
(ii)
Secara umum, audit meja melibatkan semakan / pemeriksaan ke atas semua maklumat pendapatan dan perbelanjaan serta pelbagai jenis tuntutan yang dibuat oleh pembayar cukai dalam borang nyata cukai pendapatan.
(iii)
Bagi kes-kes tertentu, kes audit meja boleh dirujuk untuk tindakan audit luar. Dalam keadaan tersebut, pembayar cukai akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan lawatan audit sebagaimana proses biasa permulaan sesuatu tindakan audit luar dijalankan.
3
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (b)
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
Audit Luar Audit luar dijalankan di premis pembayar cukai, pejabat LHDNM atau mana-mana tempat yang dipersetujui oleh pembayar cukai dan LHDNM. Ia melibatkan semakan rekod perniagaan. Bagi kes perniagaan milik tunggal dan perkongsian, sekiranya rekod perniagaan tidak disimpan dengan lengkap, semakan boleh melibatkan semakan / pemeriksaan rekod bukan perniagaan pembayar cukai seperti penyata bank persendirian dan sebagainya.
3.2
4.
5.
Secara umum, rangka kerja audit cukai ini terpakai bagi kedua-dua jenis audit iaitu audit meja dan audit luar.
OBJEKTIF AUDIT CUKAI 4.1
Objektif utama audit cukai ialah untuk menggalakkan pematuhan secara sukarela terhadap undang-undang dan peraturan percukaian dan memastikan kadar pematuhan cukai yang lebih tinggi dicapai di bawah Sistem Taksir Sendiri. Sehubungan dengan itu, pegawai audit perlu memastikan bahawa pendapatan yang betul telah dilaporkan dan cukai telah dibayar mengikut undang-undang dan peraturan percukaian.
4.2
Bagi mencapai matlamat pematuhan cukai secara sukarela, aktiviti audit cukai adalah salah satu pendekatan LHDNM untuk memberi pendidikan serta pendedahan kepada pembayar cukai terhadap tanggungjawab dan kewajipan mereka di bawah peruntukan ACP.
TAHUN TAKSIRAN YANG DILIPUTI 5.1
Audit cukai yang dijalankan meliputi tiga tahun taksiran dan dibuat secara menyeluruh.
5.2
Walau bagaimanapun, tahun-tahun taksiran yang diliputi untuk membangkitkan taksiran boleh dilanjutkan sehingga 5 tahun taksiran kebelakangan bergantung kepada isu-isu audit yang ditemui. Tempoh liputan ini tidak terpakai bagi kes audit yang melibatkan penipuan (fraud), keingkaran sengaja (wilful default) atau kecuaian (negligence) seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 91(3) ACP. 4
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 6.
7.
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
PEMILIHAN KES 6.1
Pemilihan kes audit cukai dijalankan melalui sistem komputer berasaskan kepada kriteria penilaian risiko. Pemilihan kes audit tidak terhad kepada pemilihan melalui sistem komputer sahaja, di mana pemilihan boleh juga dilakukan berasaskan kepada pelbagai punca maklumat yang diterima.
6.2
Antara asas yang digunakan dalam pemilihan kes audit cukai adalah seperti berikut: a)
pemilihan melalui kriteria penilaian risiko;
b)
maklumat yang diterima daripada pihak ketiga;
c)
pemilihan berasaskan industri-industri tertentu;
d)
pemilihan berasaskan isu-isu khusus kumpulan pembayar cukai tertentu; dan
e)
pemilihan berasaskan lokasi dan sebagainya.
bagi
kumpulan-
BAGAIMANA AUDIT CUKAI DILAKSANAKAN 7.1
Tempat Audit 7.1.1 Audit meja dilaksanakan di pejabat LHDNM. 7.1.2 Audit luar dilaksanakan di premis perniagaan pembayar cukai atau mana-mana pejabat LHDNM. Sekiranya premis perniagaan tidak sesuai untuk menjalankan audit, pembayar cukai dan LHDNM boleh mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai.
7.2
Permulaan Audit 7.2.1 Bagi audit luar, permulaan audit adalah pada: (a)
dalam keadaan Surat Memohon Dokumen dikeluarkan kepada pembayar cukai, tarikh Surat tersebut; atau
5
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (b)
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
dalam keadaan tiada Surat Memohon Dokumen dikeluarkan, hari pertama lawatan dilakukan di manamana premis berkaitan pembayar cukai.
7.2.2 Audit meja dianggap bermula pada tarikh pembayar cukai dihubungi melalui CP 800 atau CP 800A. 7.2.3 Pembayar cukai dikehendaki memberikan maklum balas dalam tempoh 21 hari dari tarikh Surat Memohon Dokumen / CP800 / CP800A. Sekiranya pembayar cukai gagal mengemukakan maklum balas dalam masa yang ditetapkan, LHDNM boleh membuat lawatan ke premis pembayar cukai atau mana-mana premis berkaitan dengannya tanpa sebarang notis. 7.2.4 Pembayar cukai yang dipilih untuk diaudit akan dimaklumkan melalui Surat Pemberitahuan Lawatan Audit yang dikeluarkan kepada pembayar cukai sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh lawatan. Walau bagaimanapun, lawatan audit ke atas pembayar cukai juga boleh dijalankan tanpa sebarang makluman kepada pembayar cukai. 7.2.5 Liputan audit boleh dipanjangkan ke atas syarikat / perniagaan berkaitan yang mempunyai pengarah yang sama tanpa pemakluman kepada pembayar cukai. 7.2.6 Sekiranya Surat Pemberitahuan Lawatan Audit dikeluarkan, pembayar cukai boleh membuat permohonan untuk menangguhkan tarikh lawatan audit atas sebab-sebab yang munasabah dan tidak dapat dielakkan. 7.2.7 Selain dari tarikh lawatan, Surat Pemberitahuan Lawatan Audit juga mencatatkan rekod-rekod yang perlu disediakan oleh pembayar cukai untuk diaudit, tahun taksiran yang akan diaudit dan juga nama pegawai-pegawai audit yang akan menjalankan pengauditan serta jangka masa lawatan audit. 7.2.8 Pembayar cukai boleh menghubungi Pengurus Audit atau Pengarah Cawangan LHDNM yang berkenaan bagi tujuan pengesahan lawatan audit tersebut. 7.2.9 Walau apa pun yang dinyatakan di atas, LHDNM boleh, dalam apa jua keadaan, mengadakan lawatan ke mana-mana
6
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
premis pembayar cukai atau berkaitan pembayar cukai tanpa memaklumkan kepada pembayar cukai terlebih dahulu. 7.3
Lawatan Audit 7.3.1 Lawatan audit hanya terpakai bagi aktiviti audit luar sahaja. 7.3.2 Semasa lawatan audit, pegawai audit akan: a)
memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa yang memaparkan nama dan gambar pegawai berkenaan atau surat kuasa yang dikeluarkan oleh LHDNM;
b)
memberitahu tujuan lawatan kepada pembayar cukai di peringkat awal lawatan;
c)
memaklumkan kepada pembayar cukai / wakil cukai bahawa di bawah seksyen 80 ACP pegawai berkenaan pada setiap masa mempunyai kuasa-kuasa berikut : (i)
mengakses sepenuhnya dengan bebas serta menggeledah segala tanah, bangunan dan tempat; dan
(ii)
mengakses sepenuhnya dengan bebas segala buku, dokumen, objek, artikel, material dan barang serta memeriksa, mengambil, membuat salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen tanpa membuat apa-apa bayaran.
d)
memberitahu skop dan tempoh semakan / pemeriksaan dokumen yang perlu diambil untuk audit;
e)
memberitahu nama, nombor telefon pejabat pegawai dan pegawai kanan yang mengawasi pengauditan;
f)
memberitahu hak dan tanggungjawab pembayar cukai semasa pengauditan dijalankan;
g)
membuat semakan / pemeriksaan dokumen di tempattempat yang dilawati;
7
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
7.4
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
h)
mengakses, memuat turun dan mengambil maklumat yang berkaitan daripada sebarang peralatan media elektronik; dan
i)
menemuduga pembayar cukai serta orang-orang yang berkenaan di premis yang dilawati.
Semakan Rekod 7.4.1 Semasa proses pengauditan, pegawai audit hendaklah dibenarkan menyemak semua rekod perniagaan termasuk melihat stok dan juga peralatan perniagaan secara fizikal bagi mengesahkan tuntutan yang dibuat oleh pembayar cukai. Semakan tidak akan melibatkan rekod bagi tahun taksiran yang telah luput tempoh masa. 7.4.2 Dalam keadaan tertentu pegawai audit juga perlu menyemak rekod-rekod selain daripada rekod perniagaan pembayar cukai bagi kes pengauditan perniagaan milik tunggal dan juga perkongsian. 7.4.3 Pegawai audit dibenarkan mengakses sepenuhnya rekodrekod pembayar cukai di bawah peruntukan seksyen 80 ACP. Semakan rekod dilakukan di premis pembayar cukai / manamana premis berkaitan pembayar cukai / pejabat LHDNM. Sekiranya perlu pegawai audit hendaklah dibenarkan membuat salinan rekod dan dokumen yang berkaitan. 7.4.4 Pegawai audit akan menyediakan senarai dan akuan terimaan pengambilan dokumen dan rekod yang ditandatangani oleh pegawai dan pembayar cukai atau wakil cukai. Pembayar cukai boleh menyemak dokumen dan rekod tersebut serta membuat salinan ke atas senarainya (jika perlu). 7.4.5 Sekiranya buku dan rekod perakaunan disimpan secara elektronik, pegawai audit dibenarkan mengakses sistem komputer, server atau gajet serta memuat turun data-data perakaunan tersebut ke dalam pita, cakera padat, disket, pemacu pena (pen drive), cakera keras mudah alih (portable hard disk) atau sebarang media penyimpanan lain.
8
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
7.4.6 Pegawai audit akan menjalankan semakan ke atas semua dokumen dan rekod yang berkaitan bagi menentukan amaun pendapatan yang betul telah dilaporkan. Rekod-rekod tersebut secara umumnya adalah seperti berikut: a)
Rekod Perniagaan Pembayar cukai boleh mendapatkan panduan berhubung dengan simpanan rekod melalui buku-buku panduan dan juga ketetapan umum yang dikeluarkan oleh LHDNM. Menurut Seksyen 138A ACP, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) diberi kuasa untuk mengeluarkan ketetapan umum bagi menjelaskan interpretasi sesuatu peruntukan yang terkandung dalam ACP. Ketetapan umum dan buku panduan berhubung dengan penyimpanan rekod telah dikeluarkan seperti berikut:
b)
(i)
Ketetapan Umum LHDNM No. 4/2000: Penyimpanan Rekod Yang Mencukupi (Syarikat dan Koperasi) (Pindaan);
(ii)
Ketetapan Umum LHDNM No. 5/2000: Penyimpanan Rekod Yang Mencukupi (Individu dan Perkongsian) (Pindaan);
(iii)
Ketetapan Umum LHDNM No.6/2000: Penyimpanan Rekod Yang Mencukupi (Orang Selain Daripada Syarikat, Koperasi atau Individu) (Pindaan); dan
(iv)
STS-BK4: Taksiran Sendiri Panduan Penyimpanan Rekod Bagi Perniagaan.
Rekod Selain Daripada Rekod Perniagaan Bagi kes-kes audit selain syarikat di mana rekod tidak mencukupi seperti perniagaan milik tunggal dan 9
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
perkongsian, pegawai audit perlu menyemak rekodrekod perniagaan sedia ada dan juga rekod/maklumat tambahan seperti berikut:
7.4.7
(i)
penyata bank;
(ii)
penyata kad kredit;
(iii)
pemilikan harta;
(iv)
perbelanjaan peribadi/keluarga;
(v)
perkara-perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 79 ACP.
Peruntukan seksyen 82 dan 82A ACP menghendaki pembayar cukai menyimpan rekod yang mencukupi dan lengkap bagi membolehkan pendapatan atau kerugian daripada perniagaan ditentukan. Rekod dan dokumen adalah termasuk: a)
buku akaun yang merekod penerimaan dan pembayaran atau pendapatan dan perbelanjaan;
b)
penyata Kewangan;
c)
invois, baucer, resit dan sebarang dokumen lain yang perlu untuk mengesahkan mana-mana perkara yang direkodkan dalam buku akaun;
d)
dokumen, objek, bahan-bahan, artikel dan benda yang dikendalikan dan disimpan dalam bentuk medium elektronik;dan
e)
sebarang rekod lain yang ditetapkan oleh KPHDN.
7.4.8 Kegagalan mematuhi subseksyen 82 (1), 82 (3) dan 82 (5) ACP untuk menyimpan rekod yang mencukupi dan lengkap adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 119A ACP. Sehubungan dengan itu, pegawai audit akan menggunakan kaedah atau pendekatan alternatif yang terbaik bagi menentukan sesuatu pendapatan tersebut telah dilaporkan dengan betul dan sepatutnya.
10
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 7.5
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
Tempoh Lawatan Audit Luar 7.5.1 Tempoh masa yang diambil untuk mengaudit adalah antara 1 hingga 3 hari. Walau bagaimanapun, tempoh tersebut mungkin dilanjutkan bergantung kepada faktor-faktor berikut: a)
saiz dan kerumitan dijalankan;
transaksi
perniagaan
yang
b)
bentuk rekod yang disimpan; atau
c)
tahap kerjasama yang diberikan oleh pembayar cukai.
7.5.2 Tempoh masa yang dinyatakan adalah bagi tujuan audit luar sahaja. 7.6
Penyelesaian Audit 7.6.1 Selepas kerja pengauditan, pegawai audit akan menyediakan laporan dan mendapatkan kelulusan daripada Pengurus Audit Cawangan berkenaan isu-isu audit yang ditemui. 7.6.2 Jika keadaan memerlukan, pembayar cukai dikehendaki hadir ke pejabat LHDNM bagi membincangkan isu-isu pelarasan cukai yang terlibat. Pegawai audit akan disertai oleh sekurang-kurangnya seorang pegawai kanan di dalam sesi perbincangan tersebut. 7.6.3 Pembayar cukai boleh hadir ke pejabat LHDNM tanpa diminta untuk berbuat demikian bagi mendapatkan penjelasan berkenaan perkembangan proses audit atau memberikan maklumat lanjut bagi mempercepatkan penyelesaian audit. 7.6.4 Pembayar cukai akan dimaklumkan mengenai penemuan audit yang meliputi perkara-perkara berikut: a)
isu-isu audit yang dibangkitkan;
b)
sebab dan rasional tentang isu-isu yang dibangkitkan; dan
11
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA c)
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
jumlah cadangan pelarasan cukai (jika ada) dan tahuntahun taksiran yang terlibat.
7.6.5 Sekiranya terdapat pelarasan cukai, surat pemberitahuan cadangan pelarasan cukai yang terperinci dan sebab-sebab pelarasan dibuat akan dikeluarkan. Pembayar cukai akan diberi peluang untuk memberi pandangan dan penjelasan berkenaan dengan penemuan audit dan cadangan pelarasan cukai yang dikemukakan. 7.6.6 Jika pembayar cukai tidak berpuashati dengan cadangan pelarasan cukai yang dibangkitkan, pembayar cukai boleh membuat bantahan secara rasmi dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat pemberitahuan pelarasan dengan mengemukakan maklumat tambahan dan bukti-bukti untuk menyokong bantahannya. 7.6.7 Jika tiada bantahan diterima dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat pemberitahuan cadangan pelarasan cukai, pembayar cukai dianggap telah bersetuju dengan cadangan pelarasan cukai tersebut atau sekiranya bantahan yang dikemukakan tidak mempunyai asas mengikut peruntukan ACP, pembayar cukai akan dimaklumkan sewajarnya. 7.6.8 Seterusnya notis taksiran cukai tambahan berserta dengan penalti yang berkaitan di bawah peruntukan subseksyen 113(2), 112(3), perenggan 44B(7)(b) ACP atau pemberitahuan tidak kena cukai akan dikeluarkan. Sekiranya tiada pelarasan dibuat, surat memaklumkan tentang penyelesaian audit tanpa pelarasan akan dikeluarkan. 7.6.9 Kes audit cukai perlu diselesaikan dalam tempoh 4 bulan (120 hari kalendar) dari permulaan tarikh lawatan audit. Sekiranya terdapat kes yang melebihi 4 bulan untuk diselesaikan, pembayar cukai akan dimaklumkan oleh LHDNM. 7.6.10 Kes audit yang telah diselesaikan tidak akan diaudit semula bagi tahun taksiran dan isu yang sama. Walau bagaimanapun jika terdapat isu-isu yang lain atau maklumat baru yang diterima bagi tahun taksiran berkenaan, pengauditan semula boleh dijalankan.
12
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 7.7
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
Pemantauan Pembayar Cukai Gagal Patuh (PPGP) 7.7.1
Program PPGP diperkenalkan bagi memperkasa dan menambahkan keberkesanan aktiviti audit cukai yang sedia ada.
7.7.2
Program ini diwujudkan bagi memantau pembayar cukai yang dikenalpasti gagal mematuhi undang-undang serta peraturan cukai yang berkuat kuasa. Gagal patuh bermaksud pembayar cukai yang didapati melakukan kesalahan dalam melaporkan maklumat di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) mereka. Kes yang disenaraikan di bawah PPGP adalah melibatkan kes pembayar cukai yang telah diambil tindakan audit seperti berikut: a)
terdapat penemuan audit dan dikenakan penalti melibatkan fail syarikat, selain syarikat dan penggajian. Penemuan audit bagi kedua-dua fail selain syarikat dan penggajian tidak termasuk pelepasan atau rebat;
b)
rekod tidak mencukupi bagi fail syarikat dan selain syarikat; atau
c)
gagal memasukkan kod perniagaan yang betul atau tidak memasukkan kod perniagaan di dalam BNCP bagi fail syarikat dan selain syarikat.
7.7.3
Selain itu, ia turut bertujuan menggalakkan pematuhan cukai secara sukarela melalui aktiviti pendidikan dan pemantauan yang berterusan.
7.7.4
Konsep dan pelaksanaan Program PPGP adalah seperti berikut: (a)
hasil daripada aktiviti audit, pembayar cukai yang didapati gagal patuh akan disenaraikan dalam PPGP untuk tujuan pemantauan berterusan;
(b)
pembayar cukai akan diberikan surat makluman rasmi mengenai penyenaraian nama mereka dalam senarai PPGP; dan
13
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (c)
8.
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
pembayar cukai akan dikeluarkan daripada senarai PPGP apabila pemantauan mendapati mereka tidak lagi melakukan kesalahan dalam tahun-tahun taksiran berikutnya.
HAK DAN TANGGUNGJAWAB 8.1
LHDNM 8.1.1 Pegawai audit dikehendaki mematuhi peraturan dan kod etika yang digariskan oleh LHDNM seperti berikut dalam menjalankan tugasnya: a)
profesional, bersopan, bersikap amanah, jujur dan berintegriti;
b)
sentiasa bersedia pengauditan dan pembayar cukai;
c)
berpengetahuan dan melaksanakan undang-undang percukaian dengan adil dan saksama;
d)
bekerjasama dan sedia memberi nasihat dan bimbingan kepada pembayar cukai;
e)
memastikan kelicinan pelaksanaan audit dengan gangguan yang minimum kepada pembayar cukai;
f)
meminta dokumen, buku akaun dan maklumatmaklumat yang berkaitan sahaja;
g)
memberi penjelasan ke atas cadangan pelarasan cukai serta memberi peluang kepada pembayar cukai memberi penjelasan dan maklumbalas ke atas isu-isu yang dipertikaikan di dalam tempoh yang munasabah; dan
h)
memastikan hak dan kepentingan pembayar cukai, ejen cukai dan dokumen-dokumen pembayar cukai terpelihara;
14
menerangkan tujuan kerja hak serta tanggungjawab
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
8.1.2 Pengenalan diri pegawai audit: a)
setiap pegawai audit diberikan kad kuasa yang tertera nama dan gambar. Kad ini juga mengandungi kenyataan bahawa pegawai berkenaan diberi kuasa menyemak buku-buku akaun, dokumen serta rekod di premis pembayar cukai;
b)
pembayar cukai dinasihatkan untuk melihat kad kuasa bagi mengesahkan kesahihan identiti pegawai audit; dan
c)
pembayar cukai juga boleh menyemak dengan Pengarah Cawangan LHDNM yang berkenaan jika merasa sangsi terhadap kesahihan identiti pegawai audit.
8.1.3 Pegawai audit dilarang:
8.2
a)
mempunyai kepentingan peribadi atau kewangan terhadap perniagaan pembayar cukai yang diaudit;
b)
mengesyorkan kepada pembayar cukai untuk melantik ejen cukai tertentu sebagai ejen cukai bagi sesuatu kes audit ; dan
c)
menyalahgunakan kedudukan atau kuasa yang ada dalam menjalankan tugas, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 118 ACP.
Pembayar Cukai 8.2.1 Tanggungjawab pembayar cukai: a)
memberikan kerjasama, bersopan, berlaku adil, jujur dan berintegriti;
b)
menyediakan kemudahan dan bantuan yang munasabah bagi membolehkan pegawai audit menjalankan tugas sebagaimana yang digariskan dalam Ketetapan Umum No. 7/2000 yang antaranya adalah seperti berikut:
15
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
c)
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
(i)
membenarkan pegawai audit memasuki premis perniagaan, memberi maklumat dan menyediakan dokumen-dokumen dan rekodrekod untuk disemak;
(ii)
memberi penerangan berhubung dengan perniagaan, sistem perakaunan dan maklumat;
(iii)
memberi kebenaran menyemak dan menyalin rekod, dokumen dan buku akaun sama ada dalam bentuk fizikal dan / atau elektronik;
(iv)
membantu menyediakan dan / atau mengakses rekod, dokumen, buku akaun yang disimpan secara fizikal dan / atau elektronik; dan
(v)
membenarkan penggunaan mesin penyalin, telefon atau alat komunikasi yang lain, peralatan elektrik, ruang pejabat, perabot dan kemudahan sistem salinan elektronik seperti pita, cakera padat atau disket.
Memberi kerjasama untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan: (i)
sekiranya soalan yang dikemukakan adalah kurang jelas, pembayar cukai boleh memohon penjelasan lanjut daripada pegawai audit;
(ii)
kebanyakan soalan adalah berhubung dengan perniagaan. Walau bagaimanapun, bagi kes perniagaan tunggal atau perkongsian, pembayar cukai akan disoal mengenai soalansoalan peribadi berhubung perbelanjaan, simpanan, akaun bank, aset-aset dan lain-lain; dan
(iii)
sekiranya pembayar cukai gagal bekerjasama dalam memberikan maklumat yang diperlukan, ia telah melakukan satu kesalahan di bawah peruntukan ACP.
16
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
8.2.2 Pembayar cukai adalah dilarang:
8.3
a)
memberi sebarang bentuk hadiah kepada pegawai audit dan berurusniaga dengan pegawai audit sepanjang tempoh pengauditan dijalankan;
b)
membuat sebarang bentuk bayaran kepada pegawai audit; dan
c)
menghalang pegawai audit daripada menjalankan tugas. Halangan tersebut adalah satu kesalahan di bawah seksyen 116 ACP. Halangan tersebut melibatkan perkara-perkara berikut: (i)
menghalang atau enggan membenarkan pegawai audit memasuki mana-mana tanah, bangunan dan tempat menurut seksyen 80 ACP;
(ii)
menghalang pegawai audit untuk menjalankan fungsi-fungsi dan tugas di bawah ACP;
(iii)
enggan mengemukakan apa-apa buku akaun atau dokumen lain dalam jagaannya atau di bawah kawalannya apabila diminta berbuat demikian oleh pegawai audit;
(iv)
gagal memberikan bantuan yang munasabah kepada pegawai audit dalam menjalankan tugasnya; atau
(v)
enggan menjawab apa-apa soalan yang berkaitan semasa audit dijalankan.
Ejen Cukai / Wakil Pembayar Cukai 8.3.1 Pembayar cukai boleh meminta supaya ejen cukai hadir bersama semasa sesi temuduga dijalankan. Pembayar cukai juga dibenarkan menggunakan khidmat jurubahasa semasa sesi temuduga atau perbincangan sekiranya pembayar cukai tidak fasih berbahasa Malaysia atau Inggeris.
17
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
8.3.2 Sekiranya ejen cukai baru dilantik untuk tujuan audit, pembayar cukai dikehendaki mengemukakan surat perlantikan. 8.3.3 Ejen cukai adalah tertakluk kepada kod etika yang telah dikeluarkan oleh LHDNM yang berasaskan kepada prinsipprinsip berkaitan dengan integriti, akauntabiliti, ketelusan dan tanggungjawab sosial. 8.3.4 Dalam melaksanakan tugas mereka, ejen cukai hendaklah: a)
profesional, berpengetahuan undang-undang dan amalan berintegriti;
b)
bersikap jujur, amanah, telus dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pembayar cukai dan juga LHDNM, seperti memaklumkan pemberhentian mereka sebagai ejen cukai serta sentiasa mengikuti prosedur dan garispanduan yang telah ditetapkan oleh LHDNM;
c)
tidak menggunakan maklumat yang diperoleh atau kedudukan mereka sebagai ejen cukai bagi tujuan kepentingan peribadi;
d)
sentiasa memberikan maklumbalas yang tepat berkenaan perkembangan proses pengauditan dan menasihati pembayar cukai berdasarkan kepada fakta yang tepat dan betul; dan
e)
memelihara kerahsiaan sesuatu maklumat dan memastikan supaya tidak berlaku kebocoran maklumat kepada pihak lain (subseksyen 138(5) ACP).
18
tinggi terhadap percukaian dan
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
8.3.5 Ejen cukai adalah dilarang:
9.
a)
memberikan nasihat yang salah serta bekerjasama dengan pembayar cukai untuk mengurangkan amaun cukai yang sepatutnya;
b)
melengahkan proses penyelesaian audit cukai atau melepaskan tanggungjawab yang telah diamanahkan; dan
c)
memberi sebarang bentuk hadiah kepada pegawai audit .
KERAHSIAAN MAKLUMAT LHDNM akan memastikan semua maklumat yang diperoleh daripada pembayar cukai sama ada melalui temuduga, perbincangan, surat menyurat atau semakan rekod adalah rahsia dan hanya digunakan bagi tujuan cukai pendapatan sahaja.
10. KESALAHAN DAN PENALTI 10.1
Sekiranya terdapat kekurangan atau ketinggalan sebarang pendapatan berikutan daripada penemuan audit, penalti akan dikenakan di bawah subseksyen 113(2) bersamaan dengan amaun cukai yang terkurang (100%). Walau bagaimanapun, KPHDN boleh menggunakan budibicara bagi mengenakan penalti di bawah subseksyen 124(3) pada kadar 45% atas cukai yang terkurang.
10.2
Kadar penalti konsesi boleh dikenakan bagi kes-kes di mana pengakuan secara sukarela dibuat oleh pembayar cukai. Pembayar cukai tidak layak membuat pengakuan sukarela apabila audit bermula. Semua pengakuan sukarela hendaklah dibuat secara bertulis atau media elektronik kepada Pengarah Cawangan LHDNM yang berkenaan.
19
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 10.3
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
Di mana pembayar cukai yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) pada atau sebelum tarikh dibenarkan dan taksiran telah sifatkan (deemed) di bawah subseksyen 90(1) ACP, kemudiannya pembayar cukai membuat pengakuan secara sukarela selepas tarikh dibenarkan kadar penalti adalah seperti berikut:
Jadual I Tempoh membuat pengakuan secara sukarela
Kadar
Dalam tempoh 60 hari dari tarikh dibenarkan pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan
10%
Lebih daripada 60 hari hingga akhir bulan keenam dari tarikh dibenarkan pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan
15.5%
10.4 Kadar penalti yang melibatkan kes-kes pengakuan secara sukarela selain perenggan 10.3 adalah seperti jadual di bawah : Jadual II Tempoh membuat pengakuan secara sukarela
10.5
Kadar
Sehingga enam bulan
Jadual l terpakai
Melebihi enam bulan
35%
Bagi kes PPGP, sekiranya pembayar cukai masih gagal patuh semasa audit kali kedua walaupun Surat Pemantauan Pembayar Cukai Gagal Patuh telah dikeluarkan, penalti akan dikenakan menurut subseksyen 113(2) ACP iaitu 100% daripada amaun cukai yang terkurang.
20
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
11. PENGADUAN 11.1
Pembayar cukai boleh membuat pengaduan jika tidak berpuas hati berhubung dengan cara-cara pengendalian audit cukai termasuk masalah sikap pegawai audit kepada Pengarah Cawangan / Pengarah Negeri / Pengarah Jabatan Pematuhan / Timbalan Ketua Pengarah / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
11.2
LHDNM akan mengambil tindakan dan pendekatan yang objektif, adil dan saksama dalam menangani aduan yang diterima.
11.3
LHDNM tidak akan melayan sebarang aduan yang tidak berasas serta mempunyai unsur-unsur atau niat yang tidak baik.
11.4
LHDNM akan mengambil tindakan sewajarnya dan juga membuat aduan terhadap ejen cukai kepada pihak berkuasa berkenaan seperti Kementerian Kewangan / Institut Percukaian Malaysia / Institut Akauntan Malaysia / Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia / Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia / Majlis Peguam, jika ejen cukai atau wakilnya tidak memberi kerjasama atau bersikap tidak professional yang bertentangan dengan kod etika.
12. PROSEDUR BAYARAN 12.1
Sekiranya ada bayaran cukai dan penalti berbangkit daripada pelarasan audit, bayaran tersebut hendaklah dibuat melalui bank yang dilantik atau mana-mana Cawangan Pungutan LHDNM.
12.2
Pembayar cukai adalah dikehendaki untuk membuat bayaran penuh terhadap cukai tambahan dan penalti berbangkit daripada pelarasan audit.
12.3
Sekiranya pembayar cukai tidak berkemampuan, LHDNM boleh mempertimbangkan permohonan pembayar cukai untuk menjelaskan bayaran cukai tambahan dan penalti secara bayaran ansuran bagi tempoh yang ditetapkan.
12.4
Permohonan bayaran ansuran perlu dikemukakan kepada Pengarah Cawangan LHDNM yang berkenaan untuk kelulusan.
21
RANGKA KERJA AUDIT CUKAI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
(Pindaan 1/2017) Tarikh kuat kuasa : 01 Mei 2017
12.5 Sekiranya pembayar cukai gagal mematuhi peraturan bayaran yang telah dipersetujui, penalti lewat bayar ke atas baki cukai yang tidak dibayar akan dikenakan. 13. RAYUAN Seksyen 99 hingga 102 ACP menyediakan ruang kepada pembayar cukai untuk membuat rayuan berhubung dengan taksiran yang dibangkitkan oleh LHDNM. 13.1
Pembayar cukai boleh membuat rayuan ke atas taksiran yang berbangkit daripada audit cukai.
13.2
Pembayar cukai boleh membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dalam tempoh 30 hari selepas penyampaian notis taksiran tambahan.
13.3
Sekiranya masih ada pihak yang tidak berpuas hati, sama ada di pihak LHDNM atau pembayar cukai berkenaan dengan keputusan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, pihak yang tidak berpuas hati boleh memohon kes untuk didengar oleh Mahkamah Tinggi dan seterusnya Mahkamah Rayuan.
14. TARIKH KUAT KUASA Rangka kerja audit ini berkuatkuasa mulai 01 Mei 2017. Dengan penguatkuasaan rangka kerja audit ini, rangka kerja audit cukai bertarikh 01 Februari 2015 adalah terbatal.
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1 Mei 2017
22