Diari Seorang "Guru Pelatih" Hairul Nizam Ismail
Mesyuarat guru sekolah yang pertama tahun 1999 dijadualkan pada pagi ini. Hari ini juga merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki saya di Sekolah Menengah "Citra Pulau". Saya akan menjalani "latihan mengajar" di sini bagi memenuhi syarat untuk menjadi tenaga pengajar di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Saya berkenalan dengan ramai guru dalam mesyuarat ini. Saya juga mula mengenali Puan Pengetua dan Penolong-penolong Kanannya. Ketegasan mereka terserlah dalam mesyuarat ini. Saya rasakan ini timbul daripada keperihatinan mereka demi tanggungjawab terhadap sekolah dan pencapaian pelajarnya. Mata pelajaran Psikologi Pendidikan, iaitu bidang pengkhususan saya di universiti, tidak ditawarkan di sekolah ini. Jadi saya diminta mengajar mata pelajaran Sejarah untuk tingkatan empat. Nampaknya sepanjang tahun ini saya terpaksa bekerja keras mempelajari semula salah satu mata pelajaran kegemaran saya ketika di bangku sekolah yang telah saya tinggalkan kira-kira 16 hingga 17 tahun yang lalu. Namun saya berkeyakinan yang segala-galanya akan berjalan lancar. Lagi pula saya mempunyai latar belakang psikologi pendidikan yang mantap. Saya juga memiliki ijazah tinggi; sudah bergelar "Dr.". Saya berkeyakinan pelajar akan menyukai diri dan pengajaran saya. Tetapi kini saya tidak lagi seyakin dahulu. Pengalaman yang telah saya tempuhi selama sebelas bulan di sekolah ini cukup menyedarkan dan membuka mata saya tentang betapa pengetahuan "content" dan pedagogi yang tinggi tidak memadai untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Pengalaman merupakan satu lagi komponen yang amat penting; sesuatu yang tidak dapat dijual beli. Untuk mengetahui pengalaman itu, ikuti kisah saya; pengalaman seorang "guru pelatih" . Penggal Pertama Hari ini ialah hari pertama persekolahan pada abad barn. Seperti yang saya jangka, banyak perkara di sekolah ini yang masih belum teratur. Perhimpunan pagi agak lama kerana banyak maklumat perlu 59
disarnpaikan kepada pelajar. Yang jelas, rarnai pelajar dan guru masih berada dalarn "mood" percutian. Narnpaknya banyak cerita di sepanjang cuti yang ingin dikongsi sesarna rakan. Selepas perhimpunan, pelajar dan guru kelihatan sibuk tanpa tujuan. Di eelah-celah ratusan pelajar yang kebanyakannya bertubuh lebih besar dan tinggi, saya tereari-cari letaknya bilik darjah yang perlu saya masuki. Saya diberi dua kelas tingkatan empat yang disusun berdasarkan keputusan PMR yang lalu. Kelas pertama ialah kelas yang agak baik peneapaiannya, manakala kelas yang kedua agak terkebelakang. Walaupun banyak kajian menunjukkan pengetahuan tentang tahap kognitif pelajar adalah penting untuk peraneangan pengajaran yang berkesan, narnun saya berhasrat untuk cuba tidak membenarkan "penglabelan" ini mempengaruhi persepsi dan cara saya mendekati pelajar-pelajar ini. Saya menetapkan lima matlarnat utama yang ingin saya capai pada semester pertama ini, iaitu: • mengenali semua pelajar saya berdasarkan tahap kognitif, di sarnping minat dan kecenderungan masing-masing; • mendapatkan kepercayaan (trust) pelajar dengan menunjukkan yang saya mengambil berat tentang diri mereka; • meneuba berbagai-bagai kaedah dan aktiviti pengajaran walaupun saya sudah mempunyai pendirian tentang kaedah yang paling berkesan; • cuba membentuk kawalan kendiri (self-regulation) dan keyakinan diri pelajar tentang potensi diri masing-masing; dan • menimba sebanyak mungkin pengalarnan tentang pelbagai aspek sekolah dan pengurusannya. Usaha untuk mencapai matlarnat kelima menjadi lebih saya diberi temp at di dalarn bilik disiplin (yang juga bersebelahan bilik PK) kerana bilik guru yang telah sesak. Kehadiran saya tersebut mendedahkan saya kepada pelbagai maklumat tentang
kerana dengan di bilik sekolah
uu,
Ketika melangkah masuk ke kelas yang pertarna, saya berasa agak kekok berhadapan dengan pelajar yang jauh perbezaaan usianya dengan pelajar saya di universiti. Narnun, perasaan itu hilang serta-merta apabila berlaku satu peristiwa lueu. Sebaik sahaja saya berada di dalam kelas tersebut, seorang pelajar yang pada agakan saya ialah ketua tingkatan,
60
datang ke depan dan berkata kepada saya dengan sopan,"Maaf sekarang ni waktu subjek Sejarah. Pendidikan Islam selepas nil"
ustaz,
Tetapi apabila saya memberitahu beliau bahawa sayalah yang akan mengajar mata pelajaran Sejarah untuk kelasnya, pelajar tersebut kelihatan kebingungan dan tersipu-sipu malu. Mungkin disebabkan saya bersongkok, saya disangkanya seorang ustaz. Seterusnya, pada hari pertama tersebut saya turut mengalami kejanggalan untuk menulis pada papan hitam dengan menggunakan kapur. Mungkin kerana saya sudah biasa dengan papan putih dan pen "marker", banyak kapur yang patah setiap kali saya cuba menulis. Walaupun perkara ini nampaknya kecil, namun keadaan ini sedikit sebanyak menggangu keberkesanan pengajaran kerana kadang-kadang saya cuba mengelak daripada menulis pada papan hitam. Tidak banyak perkara yang saya dapat lakukan di sepanjang dua minggu pertama "Iatihan mengajar" kerana urusan penempatan pelajar di dalam kelas belum muktamad. Ada pelajar memohon bertukar ke sekolah lain (terutama sekolah teknik); ada yang bertukar ke kelas lain yang menawarkan bidang pengkhususan yang mereka ingin ambil untuk SPM. Tambahan pula, ramai yang masih menunggu untuk mendapat buku teks pinjaman. Saya cuba berkenalan dengan pelajar di dalam kelas dan cuba mengetahui minat dan kecenderungan mereka melalui beberapa aktiviti berkumpulan dan perbincangan yang saya rancangkan, misalnya menyenaraikan ciri-ciri manusia prasejarah berdasarkan pembacaan dan pengetahuan am mereka. Pada peringkat awal, terdengar banyak keluhan daripada ramai pelajar bila saya meminta mereka memasuki kumpulan kecil masingmasing. Umumnya, mereka tidak gemar mengambil bahagian dalam aktiviti, selain duduk diam dan mendengar sahaja. Mereka seperti tidak tahu apa yang perlu dibuat walaupun arahan yang jelas telah diberikan. Mereka kelihatan tenggelam punca ketika melakukan aktiviti yang memerlukan mereka berfikir.
[Rejleksi: Jelaslah pelajar kita terlalu biasa disuap (spoon-fed). Mereka tidak biasa berdikari dan tidak dapat melaksanakan sesuatu tugas tanpa arahan satu persatu. Saya berasa agak kecewa dengan keadaan ini, tetapi tidak bercadang untuk menukar pendekatan mengajar. Pelajar masih belum biasa dengan pendekatan yang saya gunakan. Saya beryakinan pelajar memerlukan masa untuk berubah).
61
Alhamdulillah, pad a minggu ketiga (awal Februari) pelaksanaan aktiviti berkumpulan agak lebih teratur dengan bertambah ramai pelajar memahami arahan dan lebih bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbincangan. Saya tidak tahu setakat mana pemahaman mereka. ~ •..... r~ ~J~ ~ \~ Namun, saya gembira melihat kurangnya / wajah-wajah faham, namun saya r F' . (\ gembira melihat kurangnya wajah~~~) wajah yang berasa "bosan dan mengantuk". Sungguhpun begitu, masih ada yang mengeluh dan cuba mengelakkan diri daripada mengambil bahagian dalam aktiviti. Ini merupakan sesuatu yang saya jangkakan. Sebagai induksi set untuk kelas pada minggu hadapan, saya memilih empat orang pelajar sebagai pencerita tentang empat tamadun awal manusia. Pad a kali ini saya membekalkan mereka dengan bahan-bahan bacaan tentang tajuk yang ditetapkan.
r:;~~\
,,----PUtt;
1\<~-;:\\~tY1(lZ~i .
x: ~
r .r~ .
Bagi melaksanakan aktiviti ini, saya membawa pelajar ke taman bunga sekolah. Pencerita diminta berdiri di atas tembok dan memulakan cerita. Bagi menghidupkan suasana, kaset lagu irama Mozart dimainkan ketika pelajar bercerita. Tetapi tidak seperti yang saya harapkan, iaitu pelajar memahami dan mengingati cerita, saya dapati pencerita hanya membacakan cerita pada kertas. Kebanyakan pelajar memberi perhatian, walaupun terdapat sebilangan lagi yang berbual-bual. Selepas sesi cerita tamat, kami masuk semula ke dalam kelas untuk mengadakan perbincangan berasaskan tajuk yang sarna. [Rejleksi: Saya agak berpuas hati dengan perjalanan kedua-dua kelas setelah empat minggu menjalani "latihan mengajar". Daripada maklum balas secara individu yang saya terima, pelajar mahukan dua perkara, iaitu lebih banyak nota disediakan, dan kedua mereka meminta saya bertegas dan garang terhadap mereka!] Bertentangan dengan prinsip saya tentang pengajaran berkesan, saya mula "bercakap banyak" di dalam kelas beberapa minggu selepas itu. Ada kemungkinan ini disebabkan keprihatinan saya terhadap pelajar yang mahukan banyak nota. Jadi, setiap hari saya mengusung sebuah OHP lama yang saya pinjam dari universiti. Nampaknya saya terikut-ikut dengan cara mengajar di universiti. Mungkin juga saya sanggup berbuat demikian bagi menutup kelemahan sendiri kerana kurang mahir menulis
62
dengan kapur. Akibatnya, pelajar menjadi kurang aktif. Mereka sibuk menyalin nota daripada transparensi. Ramai juga pelajar yang tidak berbuat apa-apa, sebaliknya asyik berbual sesama mereka. Ada kalanya saya menjadi begitu kecewa dan marah dengan kelakuan pelajar-pelajar ini lalu bertindak menutup OHP dan duduk diam. Selepas itu barulah pelajar memberikan sedikit perhatian terhadap pengajaran saya. Namun, perhatian itu sekejap sahaja. Saya seterusnya memikirkan tentang aktivitiaktiviti lain, misalnya kuiz, pertandingan dan perbincangan untuk menimbulkan minat dan menarik perhatian pelajar! Daripada pemerhatian dan perbincangan dengan guru-guru di sekolah ini, saya dapati ramai pelajar belum menguasai kemah iran belajar, misalnya mengambil nota, membaca dengan berkesan, mengurus masa, dan lain-lain. Tanpa kemahiran-kemahiran asas ini, mereka mengalami kesukaran untuk belajar dengan cekap dan berkesan. Sekiranya ada kesempatan, saya bercadang untuk mendedahkan mereka dengan kemahiran-kemahiran as as ini pada suatu masa akan datang. Minggu seterusnya ialah Minggu Bahasa peringkat sekolah. Perhimpunan pagi diisi dengan persembahan deklamasi sajak, lawak jenaka, pantun, syair, boria, kompang dan lain-lain oleh pelajar dan guru. Saya tertarik dengan persembahan pelajar yang bersemangat dan bersungguh-sungguh. Seorang pelajar saya yang begitu pendiam dan kelihatan tidak bersemangat di dalam kelas, telah membuat persembahan bergaya di atas pentas; begitu berbeza dengan individu yang saya kenali sebelum ini. [Refleksi: Jika minat dan kecenderungan pelajar ini dapat diesksploitasi di dalam bilik darjah, pastilah pembelajaran akan menyeronokkan dan bermakna bagi mereka. Saya berazam untuk terus mencubaJ Hari ini, ketika berada di dalam bilik disiplin, saya mengikuti bagaimana dua kes disiplin dikendalikan. Dalam kes pertama, seorang pelajar mencabar guru untuk bergaduh di luar sekolah. Seorang pelajar dengan kasar telah mencabar guru disiplin tersebut untuk bergaduh kerana tidak berpuas hati dan marah apabila ditegur tentang seluar sekolahnya yang panjang dan lebar. Daripada pemerhatian saya, emosi pelajar itu dalam keadaan tertekan. Ada kemungkinan ia menghadapi masalah keluarga di rumahnya. Dia seolaholah tidak mampu berfikir tentang akibat tindak-tanduknya.
63
Kes kedua berkenaan bapa saudara seorang pelajar tingkatan tiga yang datang ke sekolah untuk berbincang dengan guru tentang anak saudaranya yang selalu ponteng sekolah serta mempunyai pelbagai masalah disiplin yang lain. Dia begitu risaukan tingkah laku anak saudaranya itu. Walaupun banyak usaha telah dilakukan untuk membantu anak saudaranya, misalnya melalui nasihat guru tingkatan, kaunseling, dendaan dan hukuman gantung sekolah, namun semuanya tidak berkesan. Dia bimbangkan kemungkinan anak saudaranya itu terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah. Pelajar berkenaan juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bapanya. Di dalam salah sebuah kelas saya, ada satu kumpulan antara sembilan hingga sepuluh orang pelajar yangjelas terasing daripada pelajar yang lain. Mereka seolah-olah tidak mahu berbuat apa-apa di dalam kelas. Kebanyakannya tidak membawa buku atau alat tulis. Mereka selalu membuat bising dengan berbual-bual kosong atau bermain sesuatu. Bila rakan kumpulan mereka yang lain tidak berada di dalam kelas, mereka lebih suka tidur di belakang kelas. Mereka jelas tidak bermotivasi untuk belajar dan besar kemungkin kedatangan mereka ke sekolah atas paksaan ibu bapa. Namun, saya nampak potensi setiap pelajar dalam kumpulan ini. Dalam kalangan mereka ada yang berkebolehan. Tetapi pengaruh dan tekanan rakan sekumpulan menjadi halangan yang amat kuat untuk mereka meninggalkan "comfort zone". Misalnya, mereka berani mencuba dalam sesuatu aktiviti bila suasananya sesuai. Dalam aktiviti kuiz ala "roda-roda impian", mereka telah melibatkan diri secara aktif. Saya bercadang untuk mencari jalan agar potensi yang mereka miliki itu dapat dicungkil agar mereka sedar tentang kebolehan dan bakat masing-masing. Yang menjadi masalahnya ialah mereka sering ponteng sekolah. Atas keprihatinan terhadap mereka, pada suatu pagi saya membawa semua pelajar kelas saya ke kantin sekolah dan menjamu mereka dengan nasi lemak. Saya menggunakan kesempatan terse but untuk bercakap dari hati ke hati dengan mereka. Pertemuan di kantin pada pagi itu menampakkan kesan awal. Mereka menginsafi perbuatan mereka selama ini dan berjanji akan berusaha untuk mengambil bahagian lebih aktif dalam aktiviti pelajaran. Saya be rasa amat gembira dan lega dengan pengakuan mereka dan berdoa agar mereka benar-benar berubah. Dengan mengimbangi aspek peneguhan dan hukuman (mengikut teori psikologi tingkah laku). saya berharap dapat melakukan modifikasi terhadap tingkah laku mereka. 64
Bulan Mac tiba. Saya diminta oleh beberapa orang guru untuk menjadi ketua guru rumah sukan Hang Tuah. Saya mengagak tawaran berkenaan dibuat kepada saya setelah beberapa orang guru rumah sukan berkenaan menolaknya. Namun, bila memikirkan pengalaman yang bakal diperoleh daripada tanggungjawab tersebut, di samping dapat mengembalikan kenangan manis ketika bersekolah dahulu, dengan hati terbuka saya bersetuju untuk menerima pelantikan terse but. Pada bulan ini juga saya meminta pelajar memulakan satu projek melalui kajian. Pelajar bebas memilih tajuk mereka sendiri asalkan berkaitan dengan skop sejarah bagi tingkatan empat. Saya merancang supaya mereka menganggotai kumpulan projek mengikut tajuk dan minat masing-masing. Dalam perbincangan dengan mereka, saya dapati pelajarpelajar ini begitu bersemangat dan berminat untuk melakukan projek berkenaan. Tetapi seperti biasa, ada juga pelajar yang kelihatan tidak bersemangat dan tidak mengetahui minat mereka sendiri. Mereka tercaricari kawan supaya dapat bersama di dalam satu kumpulan. Ini merupakan satu lagi cabaran untuk saya. Namun saya berpendapat, kebaikan dan manfaat yang bakal diperoleh oleh sebilangan besar pelajar daripada sesuatu aktiviti tidak patut dikorbankan hanya kerana segelintir pelajar tidak berminat untuk menyertainya. Saya mula sibuk dengan tugas sebagai ketua guru rumah Hang Tuah, misalnya mengadakan perjumpaan dengan guru-guru rumah, berbincang dengan pentadbir, menghadiri sesi latihan olahraga pad a setiap pagi dan petang hari Selasa serta mengawasi sesi latihan perbarisan yang diadakan antara 2-3 kali seminggu. Walaupun kehadiran pelajar pad a umumnya tidak menggalakkan, namun semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru dan beberapa orang pelajar yang mengambil bahagian melegakan hati dan mengekalkan semangat saya sendiri. Sekolah sibuk dengan persiapan Hari Milenium peringkat sekolah pada hari Ahad, 12 Mac. Kelab-kelab dan persatuan sibuk mengadakan aktiviti sehingga hanya beberapa orang pelajar sahaja berada di dalam kelas. Mereka sibuk sarna ada membuat persiapan persembahan atau menguruskan penjualan makanan mengikut kelab masing-masing. Pengajaran yang sempurna tidak dapat dijalankan selama beberapa hari. Saya sebenarnya lebih risaukan ujian bulanan yang akan diadakan pada minggu hadapan. Ini menyebabkan saya menghabiskan beberapa hari selepas itu untuk mengulang kaji keseluruhan Bab Satu buku teks Sejarah yang merupakan skop dalam ujian bulanan nanti. Kerisauan saya bertambah apabila mengenangkan ramai pelajar tidak berminat untuk 65
mengulang kaji pelajaran. Ramai pelajar lelaki yang lebih suka menghabiskan masa dengan berbual-bual kosong, tidur, atau mengganggu pelajar lain. Saya berasa kecewa dengan keadaan tersebut. Kekecewaan saya bukan sahaja kerana sikap sambil lewa pelajar terhadap pelajaran, tetapi juga dengan kekurangan diri saya sendiri yang ternyata tidak dapat mengawal dan mengurus kelas dengan berkesan. Saya mengalami dilemma, iaitu sama ada meneruskan hasrat untuk menjadi guru yang baik, bertimbang rasa serta berlemah-Iembut dengan pelajar, atau menjadi guru yang tegas, garang serta betul-betul mengikut peraturan. Pada masa yang sama saya berpendapat sikap dan tingkah laku pelajar tidak boleh diubah mendadak, sebaliknya pelajar sendiri akan mengubahnya jika guru dapat "menawarkan" sesuatu yang menarik perhatian mereka. Tetapi nampaknya ada pelajar yang tidak "makan saman". Sungguhpun banyak nasihat dan pelbagai kaedah pengajaran telah saya cuba dalam pengajaran, pelajar-pelajar ini masih berminat dengan "dunia" mereka sendiri. Walaupun hukuman seperti mendenda dan menghantar mereka kepada guru disiplin atau pengetua dapat saya laksanakan, tetapi apabila memikirkan tentang kesan buruk, misalnya pembentukan perasaan benci pada guru, sekolah, atau pelajaran menyebabkan saya membatalkan niat untuk menggunakan hukuman-hukuman tersebut. Sekurang-kurangnya, dengan membenarkan mereka terus berada di dalam kelas, mereka dapat mempelajari satu dua perkara yang saya sampaikan. [Refleksi: Timbul juga kekesalan apabila memikirkan pelajar-pelajar yang ingin belajar sering menjadi mangsa kumpulan pelajar yang bermasalah ini.. Saya mula bertanya pada diri sendiri, iaitu adakah keputusan saya ini betul? Mungkinkah hukuman merupakan jalan penyelesaian terbaik? Mungkinkah saya telah menghantar mesej yang salah kepada mereka? Bermacam-macam perkara timbul dalam fikiran saya. Persoalan ini terus menghantui fikiran saya sehingga disedari oleh rakan-rakan pensyarah dan keluarga saya. Mujurlah saya mempunyai seorang isteri yang sudi mendengar keluhan saya setiap hari}. Tetapi pada suatu hari, berlaku satu peristiwa yang benar-benar menguji kesabaran saya. Dua orang pelajar telah bergaduh di dalam kelas ketika saya mengajar. Berbeza daripada sifat saya yang susah untuk marah, keadaan itu membuatkan darah saya mendidih. Muka saya terasa seperti dibius, sementara tangan saya betul-betul "ringan". Alhamdulillah, bagaimanapun, saya masih dapat mengawal perasaan. Saya hanya
66
bertindak menengking dan menyuruh mereka berdua berdiri di luar kelas. Sejak peristiwa itu saya dapati agak mudah untuk mengawal kelas tersebut.
[Refleksi: Sesuatu yang dapat saya pelajari ialah untuk menjadi guru yang baik, bertimbang rasa dan pada masa yang sama bersifat tegas bukanlah semudah yang diucap. Pembinaan kualiti-kualiti ini memerlukan masa dan pengalamanJ Ada beberapa buah berita "hangat' di dalam bilik disiplin hari ini: • Pada hari pertama milenium baru, seorang pelajar perempuan terpaksa dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan kerana meminum air coca-cola bersama Panadol akibat kekecewaan putus cinta. • Seorang nenek datang ke sekolah untuk berjumpa guru disiplin kerana begitu risaukan cucunya yang sering menghadapi masalah disiplin di sekolah. Si nenek menangis teresak-esak ketika mengadu tentang cucunya, memandangkan bapa pelajar berkenaan sedang menjalani hukuman penjara. • Pelajar yang dirotan, bila dipanggil semula untuk berbincang, akan mengakui kesalahan mereka dan memohon maaf. Saya berasa pendekatan ini dapat diterima oleh pelajar yang melakukan kesalahan dan mungkin meninggalkan kesan positif terhadap pelajar berkenaan. • Seorang guru meminta pertolongan guru disiplin untuk menghukum pelajar-pelajar di dalam kelasnya yang disifatkannya "macam monyet".
[Refleksi: Walaupun saya memahami pernyataan "macam monyet" ini dibuat dalam keadaan kecewa dan marah, namun bila memikirkan katakata tersebut datangnya daripada seorang guru, saya tidak dapat menahan perasaan sedih di hati .j Bulan April disambut dengan pengumuman keputusan SPM. Ramai bekas pelajar dan ibu bapa datang ke sekolah untuk mengetahui keputusan tersebut. Ada yang gembira, sedih dan tidak kurang bilanganya yang tidak menunjukkan sebarang perasaan. Ramai juga pelajar yang berjumpa guru-guru untuk mengucapkan terima kasih atas tunjak ajar yang diberikan. Ini menggembirakan saya. Saat inilah sebenamya yang membawa kepuasan dan kegembiraan seorang guru, iaitu bila pelajar
67
'R~ mengucapkan "terima kasih" atas daya usaha dan penat lelah guru mengajar. Ramai pelajar yang mengakui kesilapan mereka ketika menjadi pelajar. Mereka mengakui kenakalan dan kesilapan berkenaan disebabkan tindak-tanduk mereka sendiri. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar sebenarnya insan yang baik. Cuma suasana dan tahap kematangan menyebabkan mereka berkelakuan dan bertindak melulu. Saya mendapat iktibar supaya sentiasa mengambil kira "kebaikan" tersembunyi pelajar serta latar belakang masing-masing setiap kali berhadapan dengan masalah disiplin pelajar. r'
Hari sukan tahunan akhirnya tiba. Menjelang ketibaannya, banyak persiapan yang dibuat oleh semua warga sekolah, terutamanya bagi acara perbarisan dan perhiasan rumah. Kehadiran ibu bapa dan pelajar pad a sebelah pagi tidak begitu baik. Tetapi yang lebih menyedihkan saya adalah kerana ramai peserta tidak muncul. Di sepanjang hari, saya dan beberapa orang guru rumah kami terpaksa berkejar ke sana-sini untuk menguruskan penyertaan ahli rumah. Namun kepenatan dan kesungguhan itu rasanya terbalas dengan kejayaan rumah Hang Tuah menjadi johan keseluruhan Hari Sukan, di samping menjadi johan perhiasan rumah dan naib johan acara perbarisan. Saya juga berasa gembira kerana teringatkan hari-hari man is pada sukan tahunan ketika saya menjadi pelajar. Selepas hari sukan, saya terpaksa mengambil cuti selama tiga minggu untuk menghadiri kursus induksi di universiti bagi tujuan pengesahan jawatan. Bila saya kembali semula bertugas ke sekolah, peperiksaan penggal pertama sudah bermula. Ini diikuti dengan cuti persekolahan penggal pertama. Akhirnya, saya dapat berehat seketika dan membuat persediaan untuk menghadapi dua penggal "latihan mengajar" seterusnya. PenggaJ Kedua Kedatangan penggal kedua ini saya nantikan dengan semangat baru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran saya berdasarkan pengalaman semester pertama. Saya berharap pelajar juga dapat meningkatkan kesungguhan dan penumpuan terhadap pelajaran. Hari
68
pertama menyaksikan beberapa orang pelajar bertukar atau berhenti sekolah. Saya dimaklumi tentang dua pelajar berkenaan berhenti sekolah kerana ingin menumpukan perhatian pada perniagaan makanan keluarga masing-masing. Kelas saya turnt menerima beberapa orang pelajar yang bertukar sekolah pada hari ini. Saya bertekad untuk meningkatkan dan menernskan penggunaan kaedah pembelajaran berkumpulan / kolaboratif berstrnktur pada semester ini kerana saya berasa pelajar mula menyukainya. Kemahiran pelajar dalam melakukan perbincangan dan bekerjasama juga telah meningkat. Saya menghabiskan Bab Dua (Tamadun Islam) dan mula mas uk ke Bab Tiga (Masyarakat Eropah dan perkembangannya) dengan menggunakan kaedah ini. Namun saya dapati penyertaan pelajar tertentu tidak banyak bernbah. Ketika pelajar yang berminat terns melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif, antara 10-15% lagi masih tidak mahu menukar sikap dan tingkah laku mereka. Walaupun saya berasa kecewa dengan keadaan ini, masih terlalu awal untuk saya menyerah kalah atau mengabai pelajarpelajar berkenaan. Pada minggu ini saya diminta untuk melaksanakan satu lagi tugas luar bilik darjah. Apabila Penolong Kanan mengetahui saya aktif dalam permainan rngbi ketika bersekolah dulu, beliau terns meminta saya mengambil alih tugas melatih pasukan rngbi sekolah bawah 15 dan 18 tahun daripadanya. Walaupun pada mulanya saya agak keberatan kerana bimbang tidak dapat meluangkan masa yang secukupnya untuk melatih pemain, namun bila memikirkan kesempatan ini membolehkan saya menyumbang bakti kepada sekolah, saya membuat keputusan untuk menerimanya. Saya juga berpeluang untuk mengenali pelajar dengan lebih rap at. Masalah paling besar yang saya hadapi di sepanjang tempoh menjadi jurnlatih pasukan ragbi sekolah ini ialah bagi memastikan kehadiran pemain dalam latihan dan mengajar mereka peraturan dan kemahiran permainan yang begitu asing bagi kebanyakan mereka. Rarnai antara mereka tidak pernah memegang bola rngbi. Saya bernsaha untuk mencurah sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman saya tentang permainan ini kepada para pemain. Saya amat gembira dan bersyukur dengan kesempatan ini. Walaupun menghadapi masalah ketiadaan padang latihan, ketiadaan jersi dan masa latihan yang amat singkat, keadaan ini tidak menghalang kebanyakan pemain daripada mencuba sedaya upaya untuk mempelajari permainan ini dan bermain dengan bersemangat.
69
Sungguhpun kami tewas dalam semua perlawanan yang kami sertai, saya berasa amat puas hati dengan dedikasi dan peningkatan yang ditunjukkan oleh semua pemain saya dalam setiap perlawanan. Dalam pengajaran pula, pada bulan ini saya membuat keputusan untuk mencuba teknik lakonan. Pelajar di dalam kedua-dua buah kelas diagih mengikut kumpulan kecil dan mereka diminta memilih satu tajuk (peristiwa) dalam Bab Tiga untuk dipersembahkan lakonannya di hadapan kelas. Seperti biasa, pada mulanya kebanyakan pelajar amat keberatan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang baharu, terutamanya bila penglibatan aktif daripada mereka diperlukan. Namun lama-kelamaan, bila mereka mula merasai keseronokan berlakon, kebanyakan pelajar perlahan-Iahan menunjukkan minat dan kesungguhan. Seorang guru Sejarah lain turut saya jemput untuk menyaksikan lakonan dan memberi maklum balas tentang persembahan mereka. Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pelajar saya, walaupun ada aspek tertentu yang boleh dipertingkatkan. Saya dapati walaupun kaedah ini memerlukan persiapan awal yang rapi dan memakan masa yang agak panjang, namun kesannya mendalam. Saya dapati pelajar berasa seronok dan menumpukan perhatian penuh terhadap aktiviti, dapat memahami serta mengingati maklumat dalam bab ini dengan baik. Malah seorang pelajar berkata, "Cikgu, kita buat macam ini tiap-tiap minggulah.... saya suka dan saya boleh faham dan ingat banyak benda!". Pada penghujung bulan Julai dan awal Ogos, ayah saya mula sakit kuat kerana serangan penyakit buah pinggang. Fikiran dan penumpuan saya agak terganggu, lebih-Iebih lagi kerana saya terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu untuk berada di sampingnya. Keadaan ini memberi kesan pada persiapan dan perancangan pengajaran saya. Mujurlah bila sekolah merancang untuk mengadakan Peperiksaan Khas pada pertengahan bulan untuk mernilih pelajar yang layak diberi hadiah pada hari kecemerlangan pelajar, pengajaran hanya tertumpu pada aktiviti ulang kaji sahaja. Ayah meninggal dunia pada 28 Ogos. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang amat besar dalam hidup saya dan keluarga. Namun kami reda dengan takdir Ilahi. Di samping kaum keluarga dan jiran, jenazah ayah diziarahi oleh sangat ramai rakan dan bekas-bekas
70
pelajarnya dari sepanjang tempoh 25 tahun beliau menjadi seorang guru agama di beberapa buah sekolah menengah. [Refleksi: Peristiwa ini menyedarkan saya betapa mulianya kerjaya pendidik. Pendidik yang ikhlas tidak mengharapkan sebarang balasan. Tetapi anak-anak didiknya terns menghargai dan mengenang jasa guru yang telah mencurahkan ilmu untuk dijadikan pedoman hidup. Benarlah usaha mendidik merupakan amal jariah yang amat menguntungkan dan mempunyai nilai yang tinggi di dunia dan akhirat] Penggal Ketiga Pembukaan tirai penggal ketiga persekolahan menyaksikan hakikat bahawa walaupun saya masih bersemangat, namun semangat itu jauh lebih rendah daripada sebelumnya. Pemergian ayah kembali ke rahmatullah, beban kerja di universiti yang semakin bertambah (dipertanggungjawabkan untuk mengajar 3 kursus), dan menyedari bahawa tempoh "latihan mengajar" di sekolah ini hampir tamat telah sebanyak sedikit memudarkan kesungguhan bertugas seratus peratus yang saya berikan sebelum ini. Namun saya menyedari masih ada tanggungjawab bagi kira-kira enam minggu lagi sebelum peperiksaan bulanan / akhir tahun diadakan mulai pertengahan Oktober. Disebabkan peperiksaan tersebut hanya mencakup hingga Bab 4, saya bercadang untuk menghabiskan bab tersebut dalam beberapa beberapa minggu lebih awal. Kesuntukan waktu telah menyebabkan saya membuat keputusan memberikan banyak nota kepada pelajar untuk melicinkan aktiviti pengajaran dan ulang kaji. Walaupun aktiviti perbincangan dalam kumpulan tetap diadakan, namun faktor mas a seringkali memaksa saya menggunakan teknik syarahan sahaja untuk menyampaikan pelajaran (ini sekali lagi bertentangan dengan kepercayaan saya tentang kaedah pengajaran berkesan). Aktiviti berbentuk projek kajian sejarah yang saya rancangkan pada awal tahun nampaknya tidak sempat hendak diselesaikan. Kelemahan perancangan mungkin menjadi sebab utama kegagalannya. Di samping itu, faktor peribadi dan kesibukan tugas di universiti turut mengurangkan tumpuan dan usaha saya bagi menjayakan projek ini. Saya berasa amat terkilan dengan kegagalan ini kerana berdasarkan pengalaman dan kajian akademik yang telah saya jalankan, aktiviti berbentuk projek seperti ini sangat berkesan bagi meningkatkan pembelajaran. Aktiviti projek juga dapat mengubah persepsi dan sikap pelajar terhadap mata 71
pelajaran sejarah yang sering dipandang mudah. Tanpa pandangan yang positif terhadap sesuatu mata pelajaran, tidak mungkin pelajar menumpukan masa dan kesungguhan untuk mempelajarinya. Sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar begitu meriah. Yang menarik perhatian saya ialah ibu bapa pelajar yang berjaya diminta menyampaikan hadiah dan sijil kecemerlangan kepada anak masing-masing. Sebagai balasan, si anak akan memberikan sejambak bunga kepada ibu atau bapa masing-masing sebagai tanda terima kasih. Keadaan ini amat jelas dapat menggembirakan setiap individu yang terbabit. Saya sendiri tidak dapat menahan sebak di dada, lalu menitiskan air mata, terutamanya bila mengenangkan jasa ibu dan arwah ayah yang telah banyak berjasa sehingga saya berjaya sekarang ini. Peperiksaan bulanan / akhir tahun dipercepatkan tarikhnya bagi mengelakkan pertembungan dengan Penilaian Menengah Rendah. Pelajarpelajar saya pada umurnnya jelas tidak lagi bermotivasi untuk belajar selepas berlalunya Hari Kecemerlangan Pelajar. Persediaan untuk mengambil peperiksaan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ini mungkin kerana mereka baharu sahaja selesai menghadapi peperiksaan penting sebelum cuti penggal kedua yang lalu. Lagi pula, peperiksaan ini dianggap peperiksaan bulanan sahaja. Ramai pelajar sudah mula tidak hadir ke sekolah. Ini menambahkan kerumitan saya untuk mengajar dan menyediakan mereka untuk menghadapi peperiksaan. Saya bimbang sikap sambil lewa ini akan terbawa-bawa hingga tahun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (tingkatan 5) pada tahun hadapan.
[Refleksi: Saya menyaksikan bagaimana sistem pendidikan kita yang berteraskan peperiksaan telah meragut makna sebenar kepuasan dan keseronokan menuntut ilmu. Natijahnya, terlalu banyak tekanan yang diletakkan pada pelajar dan guru. Bagi pelajar, keutamaannya adalah mendapat keputusan pepriksaan yang cemerlang, tanpa mengira sebanyak mana ilmu yang dapat diteroka. Manakala tekanan pada guru pula adalah untuk menghasilkan peratusan (statistik) keputusan cemerlang yang tinggi agar tidak dipersalahkan oleh pihak atasan dan ibu bapa) Dua minggu terakhir persekolahan sepatutnya saya gunakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang belum sempat disentuh. Namun, dengan kedatangan pelajar pada kadar sekitar 50 peratus sahaja atau 72
kehadiran hanya pada jasadnya sahaja, tidak banyak perkara produktif berkaitan dengan pelajaran Sejarah yang dapat saya lakukan. Saya mengadakan beberapa aktiviti pennainan, di samping banyak menasihati dan memberikan mereka semangat supaya belajar demi masa depan . . masmg-masmg. Hari ini, 8 November 2000 merupakan hari terakhir saya "bertugas" di sekolah ini. Bila tiba masa untuk meninggalkan kawasan sekolah pada tengah hari nanti, saya akan membawa bersama pelbagai pengalaman ketika berkhidmat selama sebelas bulan di sini. Imbasan kembali pengalaman saya berkhidmat sejak Januari untuk sudah cukup menyedarkan saya kadangkala kita tidak sedar bahawa profesion keguruan merupakan suatu pekerjaan yang benar-benar memenatkan badan dan otak kita. Oleh itu, saya kini tidak teragak-agak untuk menyatakan sanjungan atau "mengangkat topi" kepada guru-guru yang telah berkhidmat berpuluh-puluh tahun. Tanpa dedikasi dan "passion" terhadap usaha mendidikmanusia, amat sukar bagi seseorang guru itu bertahan. •
Dalam perhimpunan pagi tadi, saya diminta berucap kepada pelajar. Saya menggunakan kesempatan itu untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ramai individu yang telah menjadikan pengalaman saya di sekolah ini sesuatu yang sungguh berharga dan berguna. Saya menyatakan penghargaan khusus kepada lebih kurang 78 orang pelajar kelas saya yang telah "mengajarkan" saya erti sebenar tugas dan tanggungjawab seorang guru. Saya memohon berbanyak kemaafan bagi kelemahan dan kekurangan diri saya serta kegagalan saya untuk menyempurnakan semua rancangan yang saya susun untuk mereka. Saya menasihati mereka dan juga pelajar-pelajar lain agar menggunakan kesempatan yang ada sepenuhnya untuk belajar sebelum melangkah kaki ke "dunia sebenar". Saya mengakhiri ucapan dengan menceritakan suatu peristiwa untuk direnungi bersama. Peristiwa tersebut berkaitan dengan pengalaman saya berada di hospital bersalin kerana menemani isteri saya beberapa minggu terdahulu. Kebetulan pada hari itu seorang ibu telah melahirkan sepasang bayi kembar dengan seorang daripadanya memiliki kecacatan anggota. Saya berkata pada diri sendiri, bahawa ketidaksempurnaan anggota tubuh badan seperti mata, tangan atau kaki bukanlah menjadi masalah atau kekurangan baginya hinggalah ketika dia keluar ke "dunia sebenar". Tetapi pada waktu itu tidak ada apa yang boleh dilakukan, kecuali rasa kesal yang tidak terhingga. 73
Walaupun saya berasa sedih untuk meninggalkan pelajar clan rakan guru, namun saya juga berasa gembira kerana dapat kembali ke "reban" untuk memenuhi potensi diri sebagai penyelia, pengajar clan penyelidik. Namun, saya menyimpan hasrat untuk kembali ke sekolah ini, bukan sebagai "guru pelatih", tetapi sebagai "peminat". Saya telah menjadi peminat proses pengajaran clan pembelajaran clan peminat individu-individu bergelar "guru" yang mengabdikan diri kepada usaha murni untuk mendidikdan membentuk insan pelajar.
74