. SALBUTAMOL (i)
Tujuan/ Kegunaan Ubat
Sebagai bronkodilator (meluaskan saluran pernafasan) untuk laluan pernafasan yang tersekat sama ada bagi rawatan penyakit asma atau COPD. Kontraindikasi
Maklumkan doktor anda dahulu jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, degupan jantung tidak teratur, kegagalan jantung atau lain-lain penyakit jantung, masalah thyroid, glaukoma atau epilepsi (kekejangan)
(ii)
(iii)
Cara Penggunaan
Administrasi Sila ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jangan mengambil lebih atau kurang daripada yang diarahkan oleh doktor anda. Teruskan mengambil ubat ini walaupun anda sudah berasa sihat.Jangan berhenti mengambilnya melainkan diperintahkan oleh doktor anda. Keadaan penyakit anda boleh menjadi lebih teruk jika ubat dihentikan secara tiba-tiba.
Oral
Ambil dengan air semasa perut kosong, 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan. Kekalkan hidrasi yang cukup (2-3 L cecair/ hari) kecuali diarahkan oleh doktor supaya menghadkan pengambilan cecair.
Cuba
Untuk ubat jenis pelepasan terkawal, telan keseluruhan pil dengan segelas air. Jangan potong, kunyah atau hancurkan pil . Lapisan luar pil jenis ini tidak di serap dan mungkin akan dijumpai dikeluarkan bersama najis.
untuk
mengambilnya
pada
masa
yang
sama
setiap
hari.
Larutan untuk nebulizer
Basuh tangan sebelum dan selepas rawatan. Buka vial unit dos dan masukkan larutan tersebut ke dalam takungan nebulizer. Sambungkan takungan nebulizer ke corong sedut atau face mask.
Sambungkan nebulizer kepada pemampat (compressor). Duduk secara menegak, letakkan face mask dan hidupkan compressor. Sekiranya menggunakan face mask, elakkan kebocoran kerana titisan cecair tersebut boleh menyebabkan masalah mata. Bernafas dengan tenang dan secara dalam sehingga tiada titisan cecair yang terbentuk di dalam nebulizer (lebih kurang 5 minit). Basuh dan keringkan alat nebulizer selepas setiap kali rawatan.
Inhalasi
Tanggalkan penutup corong sedut daripada alat penyembur.
Goncang inhaler sebelum setiap semburan
Pegang inhaler di mana corong sedut menghala ke bawah
Hembus nafas sebanyak yang mungkin untuk mengeluarkan udara daripada paru-paru. Letak corong sedut di dalam mulut dan tutup mulut supaya ia meliputi corong sedut tersebut Tekan hujung kanister ke bawah sehingga habis sambil menarik nafas dengan dalam dan perlahan-lahan melalui mulut.
Berhenti menekan kanister sebaik sahaja selepas ubat keluar dari corong sedut. Selepas menarik nafas sepenuhnya, keluarkan inhaler dan tutup mulut . Tahan nafas selama yang boleh, sehingga sepuluh saat kemudian bernafas seperti biasa. Sekiranya perlu mengambil dos yang seterusnya, tunggu 1 minit dan goncang inhaler tersebut sekali lagi . Ulang langkah yang sama seperti di atas. Pasangkan semula penutup pada corong sedut setiap kali selepas menggunakan inhaler.
Penjagaan alat
Pastikan alat penyembur plastik sentiasa bersih supaya ubat tidak terkumpul dan menghalang semburan. Jangan cuci atau membasahkan kanister logam. Basuh alat penyembur plastik sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kaedah mencuci Keluarkan kanister daripada alat penyembur plastik dan tanggalkan penutup corong sedut. Basuh alat penyembur plastik melalui hujung atas dengan air suam selama 30 saat .
Kemudian basuh sekali lagi melalui corong sedut pula.
Goncang alat penyembur plastik untuk membuang sebanyak mungkin air yang masih ada. Biarkan alat penyembur plastik kering sepenuhnya . Apabila alat penyembur plastik telah kering sepenuhnya, masukkan kembali kanister ke dalam alat penyembur .
Goncang inhaler, lepaskan satu semburan ke udara (jauh daripada muka) kemudian tutup corong sedut dengan penutup
Nasihat semasa penggunaan ubat inhalasi
Jangan dibekukan ubat ini dan pastikan ianya bersuhu bilik sebelum menggunakannya. Duduk apabila menggunakan ubat ini. Tutup mata semasa penggunaan untuk mengelakkan semburan memasuki mata. Jika perlu menggunakan lebih daripada satu jenis ubat inhalasi, gunakan ubat inhalasi salbutamol terlebih dahulu dan tunggu 5 minit di antara penggunaan ubat-ubat berkenaan. Bagi penggunaan inhaler kali pertama atau apabila ia telah tidak digunakan lebih daripada 2 minggu atau ianya telah jatuh, inhaler tersebut perlu di selaraskan agar amaun ubat yang betul dikeluarkan pada setiap semburan. Untuk selaraskannya,goncang inhaler tersebut dan lepaskan semburan ke udara (jauh daripada muka) sebanyak 4 kali semburan. Jika anda menggunakan ubat ini untuk melegakan asma disebabkan oleh senaman, gunakan inhaler 15-30 minit sebelum memulakan senaman
Jika terlupa
Ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja anda ingat. Tetapi sekiranya telah hampir waktu untuk dos seterusnya, tinggalkan dos tersebut dan kembali kepada jadual asal. JANGAN sekali-kali gandakan dos.
Penyimpanan
Simpan ubat di dalam bekas yang tertutup pada suhu bilik, jauh daripada haba, cahaya matahari dan kelembapan. Jangan dibekukan. Simpan ubat di tempat yang jauh dari capaian kanak-kanak. Jangan menyimpan ubat yang telah melewati tarikh luput. Jangan menyimpan ubat di dalam kereta. Untuk cecair inhalasi : Simpan pada suhu 2°C to 30°C. Jangan guna sekiranya larutan telah bertukar warna atau menjadi keruh. Untuk inhaler Simpan dengan corong sedut menghala ke bawah
Jangan menebuk lubang pada kanister atau membuangnya ke dalam api , walaupun kanister telah kosong. Peringatan
Jika anda mempunyai penyakit diabetes, pastikan anda memantau paras gula darah dengan tetap kerana ubat ini boleh menyebabkan paras gula darah meningkat. Jika anda mengambil ubat antiinflamatori seperti steroid bersama ubat ini, jangan berhenti mengambilnya walaupun keadaan penyakit anda semakin baik kecuali diarahkan oleh doktor supaya berhenti. Berhenti menggunakan ubat ini sekiranya anda mengalami sebarang reaksi alergi seperti ruam kulit, gatal-gatal atau bengkak. Hipokalemia boleh terjadi semasa menggunakan ubat ini. Maklumkan kepada doktor anda sekiranya anda mempunyai salah satu atau lebih gejala-gejala berikut: kekejangan, air kencing berkurang, mulut kering, peningkatan rasa haus, denyutan jantung tidak teratur, hilang selera makan, perubahan mood, sakit atau kejang otot, loya atau muntah, kebas pada tangan, kaki atau bibir, sesak nafas atau keletihan yang luarbiasa. Maklumkan doktor anda sekiranya sesak dada yang anda alami menjadi lebih teruk atau jika ubat yang digunakan tidak berkesan seperti sebelumnya. Maklumkan doktor anda jika anda sedang menyusu , hamil atau merancang untuk hamil. Salbutamol boleh menyebabkan pening kepala. Elakkan daripada memandu dan melakukan kerja-kerja merbahaya. Interaksi
(iv)
Drug – Drug
Maklumkan doktor anda sekiranya anda mengambil ubat-ubatan lain terutamanya yang tersenarai dibawah:
Ubat lelah lain Ubat jantung seperti digoxin, metoprolol, atenolol, propranolol, hydrochlorothiazide, frusemide Ubat pencegah kemurungan(antidepressants) Atomoxetine (Diuretik, kortikosteroid dan kumpulan xanthines boleh meningkatkan kesan hipokalemia. Kesan kardiovaskular ditingkatkan oleh penggunaan MAOIs, TCAs dan sympathomimetics. Peyerapan sulfamethoxazole ditingkatkan apabila digunakan bersama. Boleh mengakibatkan peningkatan
yang ketara pada degupan jantung dan tekanan darah apabila digunakan bersama atomoxetine. Mengurangkan paras darah digoxin. Hypokalaemia disebabkan oleh salbutamol meningkatkan risiko toksisiti digitalis. Tekanan darah harus dipantau dengan teliti jika linezolid digunakan bersama salbutamol.) Elakkan pengambilan alcohol
Drug - Makanan
Cuba hadkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sesetengah minuman bergas/ringan kerana dapat meningkatkan sesetengah kesan sampinagn salbutamol.
(v) Kesan Ubat
Kesan Terapeutik
Bertindak sebagai B2 agonis tindak pantas yang selektif Meregangkan otot bronki pada laluan pernafasan, seterusnya laluan pernafasan menjadi luas
Kesan Sampingan
Kerap: Terketar-ketar (terutama tangan), rasa berdebar-debar, jantung berdegup pantas, rasa cemas dan stress, pening (dizziness), sakit kepala(headache), keletihan,loya dan mulut kering. Jarang: Kekejangan otot, susah membuang air kecil, masalah untuk tidur, hipokalemia, laluan pernafasan menjadi sempit (bronkospasma), angioedema, tekanan darah rendah dan pitam.