CORAK SENI KHAT UKIR NUSANTARA: Kajian Perbandingan Karya Ukiran Kayu Terengganu (Malaysia) dan Jepara (Indonesia)
MAKMUR HAJI HARUN MUHAMMAD BUKHARI LUBIS
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 35900 TANJONG MALIM, PERAK
2014
0
CORAK SENI KHAT UKIR NUSANTARA: Kajian Perbandingan Karya Ukiran Kayu Terengganu (Malaysia) dan Jepara (Indonesia)
MAKMUR HAJ HARUN Email :
[email protected] MUHAMMAD BUKHARI LUBIS Email :
[email protected] Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.
Abstrak Kepelbagaian bentuk dan model karya seni khat ukiran kayu di Terengganu (Malaysia) dan Jepara (Indonesia), merupakan hasil seni pertukangan kayu yang cantik, dihasilkan melalui proses pemahatan kayu menggunakan peralatan ukir disokong dengan bakat dan kemahiran pengukirnya. Model karya-karya seni khat ukiran di kedua tempat tersohor ukiran kayu ini terus meluas ke seluruh wilayah nusantara yang tidak hanya sekadar sebagai hiasan indah dan perabot semata-mata, bahkan sudah menjadi karya ukiran Islami yang dapat menjadi media hiasan mimbar, pintu, istana, masjid, rumah dan lain sebagainya berbentuk karya artistik dan estetik seni budaya tempatan. Karya ukiran kayu memiliki corak, simbol dan falsafah tersendiri yang mencerminkan kehidupan dan kebudayaan individu atau masyarakatnya. Selain itu, seni khat ukir di Terengganu dan Jepara telah dijadikan sebagai gambaran artistik seni yang unik diekspresikan melalui budaya, adat dan alam sekitar yang mendasari kewujudan falsafah seni ukiran kayu. Kesimpulannya, bahawa kajian ini memaparkan analisis karya-karya ukiran kayu pengukir seni khat Terengganu dan Jepara sebagai penghasil pelbagai karya ukiran seni khat Islami di Malaysia dan Indonesia, selain mampu menjadi salah satu wacana ilmu yang dapat mengungkapkan kekayaan khazanah dan warisan seni khat Islami masyarakat Islam di Nusantara. Kata Kunci: Seni Khat ukir, Ukiran kayu, Terengganu dan Jepara. 1.
Latar Belakang
Karya-karya seni khat ukiran kayu yang dihasilkan di negeri Terengganu (Malaysia) dan kabupaten Jepara (Indonesia) banyak menjadi warisan khazanah seni kraf Melayu dan berkembangan meluas ke seluruh pelosok Asia Tenggara, menjadikan seni khat semakin mudah dijumpai dalam pelbagai tulisan yang teradaptasi dengan bentuk-bentuk seni lainnya termasuk seni ukiran kayu tanpa menghilangkan ciri dan nilai kerohanian dalam Islam. Penyatuan budaya Arab ini dengan budaya tempatan boleh menjadikan tulisan khat mengalami corak asimilasi dalam sama ada model, bentuk, warna mahupun tulisannya berasaskan ayat-ayat al-Quran. Penyatuan seni khat ke dalam pelbagai seni dan budaya termasuk seni ukiran kayu menjadikan ia sebagai lambang kesenian unggul dalam budaya dan tamadun Islam yang dapat setanding dengan kesenian lainnya di dunia. Dalam hal yang sama, perkembangan ini dapat
1
menjadikan seni khat menjadi simbol-simbol asas penting untuk membentuk pelbagai corak dan bentuk seni khat ukiran kayu di Alam Melayu. Oleh itu, melalui tulisan ini berharap semoga seni khat ukiran kayu dapat dijadikan sebagai gambaran artistik seni yang diekspresikan melalui pelbagai model, bentuk, corak dan motifnya yang berkembang di nusantara melalui karya-karya ukiran kayu dihasilkan di negeri Terengganu (Malaysia) dan kabupaten Jepara (Indonesia) yang dapat dijadikan sebagai wasilah pemantapan keimanan, kepercayaan dan ketakwaan kepada Allah SWT melalui tulisan dan ukiran. Berikut paparannya secara terperinci. 2.
Makna dan Erti Seni Khat Ukiran Kayu
Pengertian seni dapat di lihat dalam dua pengertian makna, dari segi hahasa iaitu halus (kecil, elok), nipis dan halus. Dalam bentuk karya (sajak, lukisan, musik) yang diciptakan melalui bakat kepandaian dari sesuatu ciptaan. Orang yang memiliki kemahiran untuk mencipta sesuatu yang luar biasa. Dalam bahasa Inggrisnya ialah ‘Art’ bermakna halus, nipis dan damai. Kesenian merupakan aktiviti seni yang berkaitan dengan seni, keindahan dan kehalusan. Semua ini tidak ada lain melainkan membawa maksud nilai halus, indah, suci, berguna dan bermanfaat bagi manusia (Kamus Dewan, 1989: 318). Sedangkan pengertian istilah iaitu segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, adakah ia merupakan hasil ciptaan Allah SWT mahupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imajinasi dan perbuatan sosok manusia. Secara umumnya kesenian ditafsirkan sebagai sesuatu hasil ciptaan manusia yang memiliki nilai estetika bagi penciptanya, peryataan dan hiasannya yang paling menonjol dan dominan dalam hal tertentu mengambil kira aspek penggunaannya (Kamus Besar Bahasa Indonesia, 1988: 379-380). Pengertian seni kaligrafi Islam atau seni khat juga dapat dilihat dalam dua pengertian, iaitu pengertian secara etimologi dan terminologi (Kamus Dewan, 1989: 319). Pengertian etimologi, kata kaligrafi merupakan penyederhanaan daripada kata calligraphy. Arti kaligrafi iaitu “…seni menulis dengan indah, tulisan tangan yang menghasilkan huruf atau tulisan indah sebagai suatu seni; khat.” Sedangkan seni khat adalah “…seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan jawi dengan gaya yang khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan indah” (Kamus Dewan, 1997: 1245). Pengertian lain seni kaligrafi iaitu “…seni menulis indah dengan pena” (Kamus Besar Bahasa Indonesia, 1988: 380). Seni khat ukiran kayu pula merupakan salah satu bidang seni Islam yang dikenal dengan ukiran kayu di mana ianya dapat menjadi simbol kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni. Simbol dan identiti ditonjolkan pada ukiran kayu mencerminkan jati diri masyarakat Melayu. Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewikili watak dan budaya masyarakat Melayu... (Norhaiza Nordin, 2009: 9). 3.
Falsafah Seni Khat Ukiran Kayu
Seni khat adalah rekabentuk berupa geometrik. Ukuran-ukuran tertentu menurut kadar tegak, tebal, nipis, panjang, pendek, miring, bulat, lonjong serta bentuk-bentuk anatomi hurufnya yang seimbang, kesemua itu merupakan ciri dan sifat tersendiri dimiliki oleh seni khat di pelbagai tempat. Falsafah seni khat ini juga dapat dilihat dalam makna secara umum dan secara Islami. Pertama, makna umum dapat dilihat sebagai asal perkataan Yunani iaitu Philos “kecintaan terhadap sesuatu” sedangkan perkataan Shopia “kebijaksanaan” atau “pengetahuan”. Sementara makna philoshopia memberi erti “mencintai akan kebijaksanaan.” Kedua, makna falsafah seni secara Islami dapat diterjemahkan menjadi suatu ekspresi akan kecintaan dan keindahan. Keindahan pula lahir dari kejujuran seni, sedangkan sesuatu 2
berseni itu hanya dapat dilahirkan melalui kesabaran dan ketekunan di samping ketelitian. Seterusnya tumbuh rasa ingin mengagungkan pencipta, kerana seni dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan tidak memandang apakah seni tersebut berbentuk visual mahupun audio. Kemudian akan melahirkan hubungan baik antara manusia dengan Allah SWT dan dapat menjalinkan keakraban antara sesama manusia. Menurut Norhaiza Nordin dalam bukunya Ukiran Kayu Warisan Melayu (Norhaiza Nordin, 2009: 33), menyatakan bahawa “Ukiran dua dimensi ialah ukiran yang dihasilkan dalam bentuk yang hanya dapat dihayati dari satu sudut permukaannya sahaja. Ukiran dua dimensi biasanya ditemukan dalam bentuk hiasan dinding, daun pintu, kekisi, tebar layar dan sebagainya. Ukiran tiga dimensi adalah ukiran yang dibuat dalam bentuk yang dapat dihayati dari pelbagai sudut. Ukiran tiga dimensi biasanya ditemui dalam bentuk arca, peralatan pertanian, peralatan rumah tangga, congkak, tiang larik dan sebagainya.” Norhaiza Nordin menambahkan lagi bahawa kemahiran membuat `silat` dalam proses ukiran merupakan elemen asas untuk menjadikan sesuatu hasil ukiran lebih menarik. Silat merupakan ekspresi “liuk lentuk” motif ukiran yang dibuat. Biasanya jenis ukiran kayu di Malaysia ditentukan daripada teknik pembuatannya. Antara jenis ukiran kayu yang sering dibuat oleh pengukir-pengukir Melayu adalah ukiran timbul tanpa silat, ukiran timbul bersilat, ukiran tebuk tembus dan ukiran tebuk tembus bersilat. Sementara hasil ukiran khat yang biasanya dihasilkan oleh pengukir khat tetap mengekalkan elemen asas ukiran dengan menambahkan jenis-jenis khat tertentu yang sengaja dipilih untuk mengindahkan ukiran kayu dihasilkan. Hal ini juga menunjukkan bahawa ukiran khat tetap berbentuk ukiran timbul bermotif khat, ukiran timbul berhias khat atau ukiran tebuk tembus atau ukir kerup dengan kerangka hiasan khatnya dipelbagaikan. Sementara makna seni khat ukir menjadi hal sangat mendominasi dalam mengubah bentuk dan konsep kesenian Islam termasuk seni ukiran kayu. Hasil karya dan kreativiti ukiran kayu ini selalu dikaitkan dengan ajaran dan kepercayaan agama Islam, bahkan mendapat tempat sangat istimewa dalam penerapannya. Menurut Abdul Halim Nasir menyatakan bahawa kesan daripada agama Islam ini juga telah mengubah bentuk dan konsep hasil kraftangan di Malaysia. Secara konseptual, nilai ke-Islaman diterapkan dalam hasil kraftangan. Motif fauna digantikan dengan motif tumbuh-tumbuhan atau stilisasi serta ukiran kaligrafi Islam (Abdul Halim Nasir, 1987: 34). 4.
Bentuk Seni Khat Ukiran Kayu Terengganu dan Jepara
Bentuk dan corak warisan seni khat ukiran kayu di Terengganu dan Jepara yang menjadi sorotan dalam kajian ini bermacam-macam adanya. Antara huraian tersebut seperti berikut:
Khat Kūfi
Khat kūfi merupakan jenis seni khat tertua dalam dunia Islam. Jenis ini selalu digunakan untuk hiasan seni arkitek, berbentuk kaku, ditambah dengan hiasan flora atau dedaunan (foliated kūfic), tulisan ini banyak memiliki sudut dan siku-siku serta bersegi, mengandungi garis-garis vertikal pendek dan garis horizontal yang memanjang (Shaharuddin, 2001: 29). Khat kūfi berkembang di Bandar Kūfa, dan skrip ini menjadi lebih halus berhias dan sangat berpengaruh dalam seni kaligrafi Islam atau seni khat di merata tempat di kemudian hari. Khat kūfi juga disebut khat muzawwā iaitu salah satu jenis tulisan Arab berbentuk siku, tulisan ini berasal dari khat Hieri (Hira). Tulisan kūfi sering disebut Jazm. Ada dua jenis tulisan yang berkembang di Makkah dan Madinah pada masa perkembangan khat kūfi iaitu khat mā`il dan khat mashāq. Kedua-dua jenis tulisan ini memiliki persamaan bentuk dengan huruf-huruf kūfi yang akhirnya kedua tulisan tersebut melebur menjadi bentuk tulisan jenis
3
kūfi. Kūfi ini cirinya halus dan direka pada akhir abad ke-10. Ciri-ciri yang sangat ketara ialah coretan memanjang ke atas. Jenis khat ini akan lebih menarik jika dipilih oleh pengukirnya untuk menjadi hiasan utama dalam menghasilkan karya ukiran kayu. Hal tersebut dapat digambarkan betapa khat kūfi dapat mengisi ruang-ruang kosong empat segi atau empat segi panjang dengan hiasan tulisan bersudut mahupun bersiku (Contoh ukiran khat ini dalam LAMPIRAN A, Gambar 1).
Khat Nasakh
Tulisan jenis ini dikenali juga sebagai nasakh atau naskhi. Merupakan jenis tulisan tangan berbentuk cursif iaitu tulisan bergerak berpusing (rounded) dan sifatnya mudah serta jelas untuk dibaca (C. Israr, 1985: 83). Menurut Didin Sirojuddin AR., “…kata nasakh diambil daripada akar kata nuskhah atau naskah.” (Didin Sirojuddin AR, 1985: 103). Khat ini merupakan tulisan asas yang paling banyak digunakan oleh umat Islam kerana mudah untuk dibaca dan dipelajari. Pada umumnya tulisan cursif ini lebih berperanan sebagai tulisan mushaf al-Qur’an jika dibandingkan dengan jenis khat kūfi. Tulisan nasakh pada awalnya kurang berperanan, tetapi semenjak al-Wazir Abū Ali al-Shadr Muhammad ibnu al-Hasan ibnu Muqlah atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Muqlah, beliau telah menyempurnakannya dengan menyusun formula-formula penting dalam penulisan khat nasakh ini pada abad ke-10 (Yasin Hamid Safadi, 1979: 64). Tulisan ini diperindah oleh Ibnu al-Bawwāb sehingga menjadi tulisan al-Qur’an mushaf Uthmani. Sejak itulah al-Qur’an banyak ditulis dalam tulisan nasakh jika dibandingkan dengan tulisan khat lainnya. Tulisan ini menjadi popular dan banyak diminati para khattat lainnya sehingga menjadi salah satu jenis tulisan yang sangat ramai peminatnya. Dengan semakin sempurnanya tulisan nasakh ini, telah membawa pengaruh positif terhadap penulisan mushaf al-Qur’an sehingga banyak digunakan dalam penulisan mushaf di pelbagai negara termasuk Malaysia dan Indonesia. Demikian juga penggunaanya terhadap ukiran kayu di mana jenis khat nasakh dijadikan sebagai hiasan penting ukiran kayu yang banyak mendominasi karya-karya pengukir di Nusantara, selain ia memiliki ciri-ciri mudah dibaca dan bahkan senang untuk diukir di atas pelbagai jenis kayu kerana tidak memiliki banyak hiasan atau harakat. Ukiran khat nasakh tersebut sangat mudah didapati dalam masyarakat Islam di Nusantara (Contoh ukiran khat ini dalam LAMPIRAN A, Gambar 2).
Khat Thuluth
Khat thuluth banyak digunakan untuk tujuan hiasan di pelbagai manuskrip, khususnya dalam pembuatan tajuk-tajuk buku atau sub-sub bab dan nama-nama kitab. Jenis ini juga digunakan sebagai tulisan hiasan pada dinding-dinding binaan dan hiasan dalaman. Jenis khat ini sesuai dengan karakter hurufnya yang artistik (menyangkut tentang seni dan kebudayaan). Thuluth lebih berwibawa bila dilengkapi dengan tashkīl (harkat) dan tazyīn (hiasan) sehingga tidak ada lagi cela-cela dan ruang kosong tidak terisi melainkan penuh dan padat dengan hiasan sebagai pelengkap seri dan keindahannya. Tulisan ini telah dikembangkan sepenuhnya mejelang abad ke-9 dan menjadi sangat popular penggunaannya sebagai hiasan dan tulisan di masjid-masjid pada abad ke-10 dan ke-11 (Muzium Kesenian Islam Malaysia, 24 Julai 2004). Penggunaan khat thuluth sebagai motif hiasan banyak dikembangkan oleh Ibnu alBawwāb dan Yaqut al-Musta`shimi. Kedua tokoh kaligrafer tersebut banyak berjasa dalam mengembangkan jenis tulisan cursif Arab ini. Penggunaan khat thuluth terbahagi kepada dua jenis iaitu thuluth thāqīl (bentuk thuluth yang tebal dan berat) dan thuluth khāfīf (bentuk thuluth yang nipis dan ringan). Teknik penulisan ini sama dengan khat nasakh, tetapi perbezaannya terletak pada ukuran tebal dan nipis huruf-hurufnya yang ditulis berdasarkan pena (kalam) yang digunakan. Khat thuluth selalu ditulis dengan teratur, kemas, indah dan 4
menarik. Thuluth dapat digabungkan dengan pelbagai bidang dan ruang guna menempatkan komposisi hiasan yang cantik dan indah. Oleh sebab itu, keindahan khat thuluth akan semakin terserlah ketika menjadi hiasan utama atau hiasan tambahan dalam ukiran kayu. Jenis khat ini memiliki harkat dan baris yang penuh, hal tersebut dapat memenuhi ruang kayu yang diukir oleh pengukirnya. Sama ada tulisan tersebut di ukir timbul, atau diukir tebuk mahupun diukir tebuk tembus. Ukiran jenis khat thuluth tersebut sangat padat dan menarik untuk dijadikan sebagai hiasan dalam ukiran (Contoh ukiran khat thuluth dapat dilihat dalam LAMPIRAN A, Gambar 3).
Khat Ta`līq atau Fārisi
Sesuai dengan namanya, jenis khat ta`līq atau fārisi banyak berkembang di Parsi (Iran), Pakistan, India dan Turki. Perkembangan khat ini bermula dari Parsi pada masa pemerintahan Dinasti Safavid (1500-1800 M). Pada masa pemerintahan Shah Ismail dan Shah Tahmas, perkembangan khat ta`līq sehingga mengalami kemajuan amat pesat kerana tulisan ini menjadi satu tulisan rasmi yang digunakan di seluruh wilayah Parsi ketika dulu. Menurut sejarahnya, khat ta`līq berasal daripada tulisan jenis kūfi yang dibawa oleh penguasa-penguasa Arab di masa penaklukan Parsi. Bentuk dan corak tulisan ini nampak seperti tergantung di awan, oleh itu maka disebut nas al-ta`līq. Perkembangannya mencapai puncak kejayaan pada awal abad ke-15. Tokohtokoh penting pengembang tulisan ini adalah Abdul Havy, menurut sebahagian pendapat mengatakan bahawa Mir Ali Sultan al-Tabrizi adalah penemu pertama formula-formula tulisan nas al-ta`līq ini. Tokoh pengembang lain khat ini adalah Abdurrahman al-Khawārizmi, sebagai tokoh cemerlang di abad ke-15. Kemudian dilanjutkan oleh kedua puteranya Abdurrahim Anisi dan Abdul Karim Padshah. Kaligrafer-kaligrafer Parsi yang mempunyai nama harum dalam pengembangan khat ta`līq dan nas al-ta`līq ini adalah Qāsim Shadi, Shah Kabīr ibn Uways al-Ardabili, Kamaluddin Hirāti, Ghiyathuddin al-Asfahānī dan Imaduddin al-Husayni (Ali Akbar, 1995: 86). Sementara pengembangan jenis tulisan ini terus merentasi bumi Parsi, Pakistan, India, Cina kemudian berkembang ke dunia-dunia Islam lainnya termasuk ke Nusantara. Penggunaan jenis khat ini di nusantara juga tidak ketinggalan digunapakai oleh para pengukir dalam menambah keindahan khat ta`līq tersebut ketika menjadi hiasan ukiran kayu. Jenis khat ini tidak memiliki harkat dan baris seperti khat nasakh dan thuluth melainkan huruf-hurufnya boleh ditulis dan diukir panjang mahupun pendek, hal tersebut dapat menjadi hiasan ukiran kayu yang lebih istimewa. Ukiran jenis khat ta`līq juga sangat unik kerana huruf-huruf melengkungnya seperti nun, sin atau lam boleh diukir memanjang ke bawah (Contoh ukiran khat ta`līq (farisi) dapat dilihat dalam LAMPIRAN A, Gambar 4).
Khat Riq`ah
Khat riq`ah disebut juga khat riq`ie atau riqā`, khat ini merupakan jenis tulisan cepat dan hampir sama dengan cara menulis stenografi (Ilmu trengkas, Kamus Dewan, 1989: 1226). Corak ini banyak digunakan untuk tulisan tangan biasa yang bersifat ringkas dan cepat kerana tidak banyak memiliki lekukan. Dikatakan bahawa khat riq`ah berasal daripada tulisan nasakh dan thuluth yang dipadukan antara keduanya, yang membezakan hanyalah cara penulisan khat riq`ah lebih cepat daripada keduanya, sebab ia tidak memerlukan banyak lekukan pada ujungujung setiap hurufnya. Pada umumnya tulisan ini banyak berkembang di Negara Turki Uthmani. Tulisan riq`ah mengalami kemajuan pesat sesudah mendapat penyempurnaan daripada seorang kaligrafer terkemuka Turki iaitu Syeikh Hamdullah al-Amāsi (1520 H). Seterusnya tulisan ini semakin sempurna melalui para kaligrafer Arab lainnya sehingga tulisan ini terpakai luas di 5
seluruh semenanjung Arab. Sementara penggunaan jenis khat ini dalam ukiran kayu tidak terlalu lazim, kerana hiasannya dianggap tidak terlalu menarik dan tidak cukup lengkap ketika dijadikan ukiran di atas kayu. Akan tetapi ianya sering digunakan sebagai ayat-ayat panjang yang akan ditulis mahupun diukir sebagai melengkapi jenis khat lainnya (Contoh ukiran khat riq`ah dapat dilihat dalam LAMPIRAN A, Gambar 5).
Khat Dīwāni
Khat dīwāni sangat berbeza dengan khat nasakh dan thuluth. Khat dīwāni berbentuk melingkar-lingkar, condong bersusun-susun, hurufnya tumpang tindih, lentur dan bebas. Namun ukuran dan bentuk huruf-hurufnya dalam satu ayat tidak bermacam-macam dan penulisannya pun sangat tergantung kepada kemahiran, kecakapan, kreativiti atau minat daripada penulisnya. Khat dīwāni merupakan suatu corak tulisan Uthmani yang sejajar perkembangannya dengan tulisan syikasteh fārisī. Tulisan ini berkembang pada penghujung abad ke-15 dari hasil usaha gigih salah seorang kaligrafer Turki bernama Ibrahim Munif. Melalui kepakarannya menulis, jenis tulisan dīwāni ini banyak digunakan sebagai tulisan-tulisan rasmi di pejabat-pejabat kerajaan Uthmani (Oloan Situmorang, 1986: 93). Khat dīwāni seterusnya berkembang dan membentuk suatu corak yang unik berupa tulisan hias bernama dīwāni jali (khat humayuni atau khat muqaddas). Jenis ini banyak disempurnakan oleh Syeikh Hamdullah al-Amāsi. Ciri-ciri dīwāni jali pula memiliki corak hiasan berlebihan sehingga hiasannya lebih tampak daripada tulisannya. Sementara penggunaan jenis khat ini dalam ukiran kayu tidak terlalu banyak, kerana hiasannya dianggap terlalu sukar untuk dijadikan sebagai ukiran kayu. Apatah lagi huruf-hurufnya yang melingkar-lingkar dan bulat-bulat sangatlah menyukarkan para pengukir untuk mengukirnya. Akan tetapi ia juga masih didapati sebagai tulisan cantik di atas karya-karya ukiran kayu (Contoh ukiran khat dīwāni dalam LAMPIRAN A, Gambar 6). Demikian beberapa contoh bentuk dan jenis ukiran khat yang menjadi pencetus berkembangnya kesenian dan kebudayaan Islam di Terengganu dan Jepara khasnya dan di rantau ini amnya. Selain ianya dapat menjadi salah satu realisasi tamadun yang unggul di dalam lipatan sejarah peradaban di Alam Melayu. Ini juga boleh dijadikan sebagai babak baru dalam meniti kecemerlangan umat Islam dan sekaligus wacana yang senantiasa perlu mendapat perhatian dunia sehingga tidak boleh diketepikan kewujudannya dalam masyarakat Islam khususnya dan masyarakat dunia umumnya. 5.
Pelbagai Teknik Menghasilkan Seni Khat Ukiran Kayu Terengganu dan Jepara
Ukiran khat dihasilkan oleh para pengukirnya melalui beberapa teknik dan langkah yang digunakan. Menurut Norhaiza Nordin bahawa “Keindahan sesuatu ukiran bergantung kepada olahan, gaya, dan teknik mengukir sesebuah karya itu. Teknik ukiran memerlukan ketajaman minda untuk mengolah dan membuat susunan motif disamping kemahiran dan kebolehan tangan untuk memahat dan menyobek kayu menjadi ukiran” (Norhaiza Nordin, 2009: 56). Demikian juga dengan ukiran khat dimana seorang pengukir perlu dituntut agar mampu untuk menghasilkan karya ukiran dengan seni khatnya sekali bersamaan dengan tetap menjaga kaedahnya ketika dilakar dan diukir di atas kayu ukirannya. Ada beberapa teknik dan langkah yang biasanya digunakan untuk menghasilkan seni khat ukir kayu seperti berikut: Memilih Jenis Tulisan Khat, yakni memilih jenis tulisan untuk dihasilkan dalam ukiran adalah langkah penting bagi seorang pengukir, sebab kesalahan dalam memilih jenis huruf atau jenis khat mahupun ayat-ayatnya yang akan di ukir maka ia akan mengakibatkan kesukaran ketika proses pengukiran berlaku. Oleh kerana itu, disarankan kepada pengukir untuk bijak dalam memilih jenis tulisan tersebut sebelum apa-apa proses pengukiran dijalankan. 6
Membuat Lakaran Khat dan Motif, adalah proses membuat lakaran ukiran khat adalah langkah berikut yang perlu diambil oleh pengukir, kerana dengan lakaran inilah tulisan akan terlihat jelas dan sekaligus menghindari dari kesalahan ketika mengukir. Lakaran ini sebaiknya dibuat di atas kertas yang meliputi hiasan seni khat yang sudah dipilih. Lakaran khat ini kemudian akan dipindahkan ke atas permukaan kayu ukiran yang sudah disediakan. Memilih Kayu Ukiran, hal tersebut selain mempersiapkan lakaran, pengukir khat juga perlu memilih kayu ukiran yang akan diukir nantinya. Kayu ukiran akan bergantung keinginan pelanggan atau keinginan pengukir. Biasanya kayu jati selalu menjadi pilihan jika dibandingkan dengan jenis-jenis kayu lainnya kerana ianya boleh bertahan lama dan sangat mudah untuk diukir. Menyiapkan Asas Ukiran Khat, setelah kayu ukiran dipilih, sebaiknya asas kayu tersebut perlu diperhalusi permukaan yang akan diukir dengan sebaik-baiknya, selain ianya akan menjadi dasar utama tulisan khat sebelum dilakarkan pelbagai bentuk dan corak yang dikehendaki semasa dipahat. Menebuk Huruf Ukiran Khat, Proses seterusnya adalah menebuk huruf adalah proses membuang bahagian dasar ukiran yang tidak diperlukan, dan tetap mengekalkan bahagian tulisan khat dan hiasannya yang dikehendaki. Proses ini boleh menggunakan peralatan ukir yang semestinya seperti gergaji, pahat, pelubang kayu, tukul kayu dan sebagainya. Memahat Dasar Ukiran, setelah huruf-huruf ditebuk, langkah seterusnya adalah memahat huruf-huruf khat yang akan dijadikan sebagai ukiran, ditebuk sesuai dengan jenis khat yang dipilih, membentuk bunga di sekelilingnya sebagai hiasan dan membuang dasar di sekelilingnya yang bukan menjadi bahagian hurufnya. Proses pemahatan ini adalah proses yang agak rumit, oleh itu diperlukan kesabaran dan ketelitian pengukirnya untuk mendapatkan hasil permukaan ukiran khat yang cantik dan tetap menjaga kaedah khat yang diinginkan. Setelah hasil ukiran khatnya dianggap meyakinkan, maka perlu hiasan samping reka bentuk bunga ukir yang dijadikan sebagai frame ukiran khat. Mengukir Dasar dan Tulisan, proses pengukiran ada beberapa bentuk yang akan dihasilkan tergantung bentuk alat pahat dan pisau yang digunakan ketika mengukir. Pengukir perlu memastikan setiap huruf khat yang diukir memerlukan ketelitian satu persatu agar tidak tertinggal satu huruf pun ketika mengukir, sama ada huruf alif atau ba misalnya, perlu baris atau tidak, perlu bunga atau tidak semuanya perlu ketelitian. Selain itu, pengukir juga perlu kemahiran tersendiri ketika menghasilkan karya ukiran khat ini kerana ia menjadi titik tolak untuk menghasilkan karya ukiran seterusnya. Menghaluskan Ukiran Khat, setelah proses ukiran khat dihasilkan akan tetapi masih dalam keadaan kasar, maka langkah seterusnya adalah penghalusan dengan melihat sambungan huruf, titik, harakat, bunga mahupun daun yang dijadikan sebagai hiasan. Proses ini juga diikuti dengan menggunakan kertas pasir dan boleh menggunakan kikir sekiranya diperlukan untuk menghaluskan hasil karya tersebut. Membersihkan Ukiran Khat, setelah proses penghalusan dibuat, seterusnya adalah proses pembersihan lubang-lubang huruf atau bunga ukiran yang telah dipahatkan. Hal ini boleh menggunakan kikir atau berus untuk menyapu bersih kotoran atau habuk yang masih tertinggal dalam sela-sela huruf dan bunga yang telah dihasilkan. Menggilap Ukiran Khat, proses ini adalah pemeriksaan terakhir sebelum pengemasan. Langkah ini bertujuan untuk pemeriksaan terakhir pada bahagian-bahagian ukiran atau bahagian-bahagian huruf atau mana-mana bahagian ukiran yang dianggap perlu yang belum lagi sempurna seperti baris atau titik huruf khat. Atau mana-mana bahagian 7
sekiranya perlu diteliti sebelum semua bahagian ukiran khat tersebut disapu dengan varnis atau pengilap untuk mencantikkan lagi hasil ukiran tersebut. Mengemaskan Ukiran, proses terakhir adalah pengemasan, langkah ini merupakan langkah paling terakhir di mana hasil karya akan di bungkus, dibalut atau dimasukkan dalam kotak yang sudah disediakan sebagai langkah akhir sebelum penjualan atau penghantaran kepada pelanggan. Biasanya proses ini memerlukan kepakaran khusus untuk menjamin kualiti karya yang telah dihasilkan tetap terjaga sekaligus untuk menjaga kepuasan pelanggan. 6.
Pelbagai Peralatan Seni Khat Ukiran Kayu Terengganu dan Jepara
Ada beberapa peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan ukiran khat. Peralatan tersebut berguna untuk memudahkan kerja-kerja ketika mengukir. Peralatan ini merupakan peralatan asas yang mesti ada untuk menghasilkan karya-karya seni khat ukiran kayu yang lebih teliti dan berkualiti, hurainnya adalah seperti berikut: Kayu Ukiran, yakni kayu yang merupakan bahan asas mesti ada sebelum memulakan kerja-kerja pengukiran. Biasanya kayu yang menjadi pilihan para pengukir adalah kayu jati, cengal, meranti dan lain sebagainya. Pahat, yakni peralatan penting untuk mengukir. Alat ini terbuat daripada besi yang sebelah hujungnya tajam digunakan sebagai alat untuk menebuk atau mengukir kayu. Pahat ini terdapat berbagai-bagai bentuk yang digunakan sesuai dengan bentuk ukiran yang dikehendaki. Pisau Wali iaitu pisau yang bermata tajam, pisau ini digunakan untuk mengukir pada ukiran yang tidak boleh dipahat. Pisau ini justeru banyak digunakan dalam menyilat, sama ada membuat bentuk-bentuk rumit seperti abajad, bunga, daun, tangkai mahupun huruf-huruf khat, dan ia juga digunakan untuk pengemasan terakhir termasuk hiasan ukiran khat seperti baris, titik dan harakatnya. Kikir, merupakan perlatan pelengkap ukiran bermata keluli yang bergeriji, halus pada permukaan dan sebelah tepinya. Peralatan ini digunakan untuk melicinkan, merata, mengikis dan bahkan menajamkan bahagian-bahagian kasar karya ukiran. Tukul Kayu, yakni merupakan peralatan pelengkap juga yang perlu ada ketika mengukir. Tukul kayu ini digunakan untuk mengetuk pahat semasa kerja-kerja ukiran dijalankan. Tukul dibuat daripada kayu yang keras, kuat dan mempunyai daya ketahanan dan pantulan yang kuat. Biasanya tukul kayu yang dipilih adalah kayu dari pokok jambu, ciku atau kayu limau. Gergaji, peralatan ini juga merupakan peralatan yang perlu ada ketika dalam membuat ukiran. Gergaji ini merupakan bila besi yang mempunyai banyak mata tajam bergerigi, ini banyak digunakan untuk memotong dan membentuk pola-pola dasar ukiran yang akan dibuat, atau gergaji ini juga digunakan untuk menebuk bahagian-bahagian ukiran yang diperlukan. Kertas Pasir, juga merupakan peralatan yang diperlukan ketika penghalusan karya ukiran. Kertas pasir ini mempunyai kekesatan yang berbeza-beza seperti bahagian yang halus, sederhana atau bahagian yang kasar. Kertas pasir ini digunakan untuk melicinkan dan menghaluskan hasil ukiran yang masih agak kasar, dan biasanya penghalusan ini ketika kerja di akhir, guna menghasilkan hasil karya yang cantik dan menarik. Varnis adalah sejenis cat pengilat, varnis ini terdiri dari berbagai warna sesuai dengan selera pengukir dan pelanggannya. Biasanya varnis ini berbentuk cecair yang memiliki warna
8
agak gelap atau cerah dan sifatnya mengkilap. Bau varnis ini biasanya sangat menusuk dan perlu pengeringan di bawah sinar matahari ketika digunakan. Pada amnya tidak banyak kajian di Terengganu (Malaysia) dan Jepara (Indonesia) yang memperkatakan seni khat ukir kayu. Bagaimanapun Norhaiza Nordin (2009) seorang pengukir Terengganu yang sudah lama berkreasi dalam ukiran kayu sudah pun mula membuat buku rujukan mengenai ukiran kayu ini bertajuk “Ukiran Kayu Warisan Melayu”, diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63 Jalan Conlay 50450, Kuala Lumpur, Malaysia. 10.
Kaedah Kajian Seni Khat Ukiran Kayu Terengganu dan Jepara
Untuk menghasilkan kajian yang menarik dan sistematik, maka pengkaji menggunakan beberapa pendekatan kaedah kajian sebagai langkah memantapkan hasil penyelidikan ini, seperti huraian berikut:
Reka Bentuk Kajian
Kaedah kajian ini dibuat terdiri daripada beberapa aspek dan langkah penting yang digunakan untuk menghasilkan kajian lebih mendalam. Huraiannya seperti berikut: Kajian Kepustakaan, dalam perbahasan ini tentang sejarah pertumbuhan dan perkembangan seni khat ukir kayu secara umum, kami membuat rujukan di pelbagai perpustakaan di Malaysia dan Indonesia, termasuk merujuk ke Perpustakaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu; Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM; Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI; Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Kuala Lumpur dan Perpustakaan Daerah Jepara, dan lain sebagainya. Untuk meninjau aneka karya perhiasan ukiran seni khat kayu di galeri-galeri ukiran, masjid-masjid, pusat-pusat ukiran, pejabat, kedai perabot termasuk Taman Tamadun Islam Terengganu, Rumah Ukiran Kayu Jepara, dan lain sebagainya, kami terpaksa melakukan lawatan hampir ke seluruh tempat dan kawasan di negeri Terengganu dan kabupaten Jepara untuk menyempurnakan kajian ini. Kajian Lapangan Secara Umum: Mengumpul Data (Mengambil Gambar Karya-karya Ukiran Kayu di Terengganu). Hal ini setelah kami dapati maklumat yang diperoleh dari Pengarah Kraftangan negeri Terengganu, Kuala Terengganu, ketika lawatan kami, pada tarikh 10 Jun 2012, dinyatakan bahawa ada empat besar pembahagian karya kraf pengrajin-pengrajin di negeri Terenggannu, iaitu kain batik, anyaman, ukiran kayu, dan logam atau tembaga. Berdasarkan ungkapan ini, ternyata landasan kami memang tepat, kalau kajian ini mengambil aspek-aspek tersebut sebagai bahan kajian agar dapat memberikan gambaran jelas mengenai karya-karya seni khat ukiran atas pelbagai bahan di negeri Terengganu dengan mengambil lokasi kajian di beberapa pusat, sentra, dan galeri ukiran kayu tersebut, di antaranya ialah:
“Perbadanan Kraftangan Terengganu,” di Kuala Terengganu. “Taman Tamadun Islam,” TTI Management Sdn Bhd di Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Darul Iman, Malaysia. “Muzium Negeri Terengganu” adalah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, di Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. “Masjid Kayu” di Jalan Besut-Jerteh, 22000 Besut, Terengganu. Pusat kraf batik “Noor Arfah” di Kuala Terengganu.
Kajian Lapangan Secara Umum: Mengumpul Data (Mengambil Gambar Karya-karya Ukiran Kayu di Jepara). Pengumpulan data ini setelah kami dapati maklumat yang diperoleh dari beberapa karya di Jepara, ketika lawatan kami, pada tarikh 29 April 2013, dinyatakan bahawa ada tiga besar pembahagian karya kraf pengrajin-pengrajin di kabupaten 9
Jepara, iaitu kain tenun, ukiran kayu, dan kulit. Berdasarkan pengamatan kami, ternyata kehendak kami memang tepat untuk mengkaji bidang ukiran kerana aspek tersebut sebagai penyumbang terbesar masyarakat Jepara dalam memberikan pendapatan masyarakatnya, terutama karya-karya ukiran ukiran kayu atas pelbagai jenis kayu dengan mengambil kira juga lokasi di beberapa kedai, pusat, sentra, dan galeri ukiran kayu tersebut, di antaranya ialah:
“Kedai-kedai ukiran kayu,” sepanjang Jl. Hos Cokroaminoto, Jl. Ahmad Yani, Jl. RA. Kartini, di bandar dan perkampungan Jepara. “Rumah kaligrafi kayu,” di Jl. Hos Cokroaminoto, bandar Jepara. “Rumah berhias kaligrafi kayu” dalam bandar Jepara. “Kilang kaligrafi kayu” di kampung pinggiran bandar Jepara. “Perpustakaan Daerah Kabupaten Jepara” di Jl. Hos Cokroaminoto, bandar Jepara.
Kajian Lapangan Secara Khusus: Mengumpul Data (Mengambil Gambar Karya-karya Ukiran Seni Khat di Terengganu dan Jepara). Untuk melengkapkan kajian dan penyelidikan ini, kami perlu mengambil gambar karya-karya ukiran seni khat secara khusus yang diambil gambarnya sebagai bahan pelengkap keunikan dan kreativiti karya ukiran kayu di Terengganu dan Jepara. Hal ini, sesuai dengan pemenuhan kehendak dalam memperdalam pemahaman tentang karya-karya ukiran kayu yang diukir oleh pengukir-pengukir hebat dan berbakat di kedua tempat kajian ini. Pengambilan gambar di beberapa lokasi tersebar di Terengganu dan Jepara untuk mengungkap secara jelas kekayaan khazanah seni ukiran khat ini. Kajian Lapangan dalam Pertandingan dan Pameran: Mengumpul Data (Mengambil Gambar Karya-karya Ukiran Seni Khat di Terengganu dan Jepara). Selain karya-karya ukiran khat umum dan khusus tersebut, sebagai kajian lain untuk melengkapkan lagi kajian dan penyelidikan ini, kami juga mengambil gambar karya-karya ukiran seni khat ukiran kayu dari hasil pertandingan dan pameran yang diambil sebagai bahan pelengkap keunikan karya ukiran kayu di Terengganu dan Terengganu tersebut. Hal ini, sesuai dengan pemenuhan kehendak dalam memperdalam pemahaman mengenai karya-karya ukiran kayu yang diukir di negeri ini dan dari negeri lainnya yang didatangkan khas untuk mengikuti pertadingan. Hal ini, selalunya dilaksanakan oleh Taman Tamadun Islam (TTI) dalam program Terengganu International Islamic Art Festival (TIIAF) yang pertama adalah pada tahun 2011, kedua 2012 dan ketiga 2013. Di Jepara pula karya-karya ukiran khat ini banyak di pamerkan dengan tujuan jualan dan pegkomersilan. Pengambilan gambar hasil karya pertandingan dan pameran ini, dimaksudkan agar dapat memberikan gambaran tambahan dalam memperkaya khazanah ukiran kayu yang tersebar luas di seluruh Malaysia dan Indonesia melalui negeri Terengganu dan Jepara sebagai tempat pengumpulan karya-karya tersebut. Sementara pengambilan gambar karya-karya ukiran seni khat kayu tersebut diharapkan dapat membatu penelitian kami dalam merungkai kehebatan khazanah ukiran Melayu di Asia Tenggara dari masa ke masa. Kajian Lapangan: Menemu Bual Tokoh dan Pengukir Terengganu dan Jepara. Sebagai langkah yang tidak kalah pentingnya untuk melengkapkan kajian kami ini, kami perlu berbincang dengan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pengukir, pengrajin dan penggiat seni ukiran kayu di negeri Terengganu dan Jepara mengenai pengukiran seni khat. Oleh itu, perlu kami paparkan tokoh yang terlibat aktif menumbuh kembangkan seni khat ukir tersebut. Adapun tempat dan tokoh tujuan penemu bualan dijalankan adalah seperti berikut:
Tuan Hj. Zakaria bin Daud di “Balai Seni Wampo-(Khazanah Seni Warisan)” Jalan Balai Seni, Alur Lintang, 22200 Besut, Terengganu. En. Muhammad Nasir di “Perbadanan Kraftangan Terengganu,” di Kuala Terengganu. 10
En. Muhammad Borhan di “Desa Ukir Kayu Istana Tengku Long” PA 1043, Pusat Kraf Jalan Tengku Long, Kampong Raja, 22000 Besut, Terengganu. En. Norhaiza Nordin di galeri ukiran kayu “Tunjang Bakawali Sdn. Bhd.” No. 79 Jalan Jerteh, Kampong Raja, 22000 Besut, Terengganu. En. Abdul Rahim di galeri ukiran kayu “Ledang” di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. En. Muhammad Aris, Jalan Jepara-Kudus, Kabupaten Jepara, Jawa Tengah. En. Arif, kilang kaligrafi kayu, di kampung pinggiran Jepara, Jawa Tengah.
Hasil pertemuan kami dengan mereka, kami banyak mendapat maklumat penting sekitar pertumbuhan, perkembangan, peranan, cabaran, kemudahan, sistem, cara, proses, peruntukan, pemasaran, gaya, corak dan jenis seni ukiran kayu dan seni khat ukir di galeri-galeri ukiran kayu mereka di kedua tempat kajian ini dijalankan. Selain itu, mereka juga banyak membantu kami dalam menjelaskan pertumbuhan dan perkembangan seni khat ukiran kayu dan pemasarannya. Dari temu bual kami ini juga bersama tokoh-tokoh ini, kami juga mendapatkan banyak maklumat penting mengenai penggunaan seni khat, pembinaan seni bina Islam berasaskan kayu dan ukiran, masalah dana, cabaran, pembiyaan dan penyelesaiannya sekitar seni ukiran kayu, dan lain sebagainya.
Penganalisisaan Data
Sebagai langkah berikut iaitu penganalisisan data, setelah kami menemu bual tokoh dan pengukir serta mengambil gambar seni khat ukiran kayu yang terdapat di galeri-galeri atau pusat-pusat mengusahakan ukiran kayu terpilih di seluruh negeri Terengganu dan kabupaten Jepara. Pertama-tama kami mengambil karya ukiran seni khat kayu di “Balai Seni Wampo (Khazanah Seni Warisan)” Jalan Balai Seni, Alur Lintang, 22200 Besut; “Perbadanan Kraftangan Terengganu,” di Kuala Terengganu; “Desa Ukir Kayu Istana Tengku Long” PA 1043, Pusat Kraf Jalan Tengku Long, Kampong Raja, 22000 Besut. Kajian juga dibuat di “Taman Tamadun Islam (TTI),” TTI Management Sdn Bhd di Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu; Galeri ukiran kayu “Tunjang Bakawali Sdn. Bhd.” No. 79 Jalan Jerteh, Kampong Raja, 22000 Besut; Galeri ukiran kayu “Ledang” di Kuala Terengganu; “Masjid Kayu” di Jalan Besut-Jerteh, 22000 Besut, negeri Terengganu; dan Pusat kraf batik “Noor Arfah” di Kuala Terengganu; “Kedai-kedai ukiran kayu,” sepanjang bandar dan kampung di Jepara; “Rumah kaligrafi kayu,” di bandar Jepara; “Rumah berhias kaligrafi kayu” dalam bandar Jepara dan “Kilang kaligrafi kayu” di kampung pinggiran bandar Jepara. Kemudian kami pilih karya yang bertulisan pelbagai jenis khat pada ukiran kayu termasuk bertulisan Jawi, kami mengambil gambar ukiran yang tertera seni khat di dalamnya walaupun hanya sedikit, kami juga mengambil gambar seni khat ukir di atas mimbar, rihal, batu bersurat, menara, mihrab atau tiang masjid, papan tanda, dan lain sebagainya. Seterusnya kami abadikan gambar karya ukiran bertulisan seni khat di pelbagai peralatan, karya seni, tingkap, pintu, perhiasan dan lain sebagainya. Setelah semua gambar karya telah dihasilkan lalu kami seleksi, kami kelompokkan dan kami asingkan sesuai dengan kategori masing-masing, maka hasilnya dapat kami huraikan sesuai dengan model, bentuk, motif, dan kreativiti yang mencorakkan ukiran tersebut, sama ada yang dihasilkan di Terengganu (Malaysia) atau di Jepara (Indonesia). Berikut paparannya secara terperinci: 11.
Corak atau Model Kreasi Seni Khat Ukiran Kayu Terengganu dan Jepara
Gambaran corak dan model karya seni khat ukiran kayu tersebut telah dikelompokkan dalam 50 karya ukiran Terengganu dan 50 karya ukiran Jepara. Kemudian kami analisis mengikut
11
model, corak dan bentuknya sesuai kriteria-kriteria tertentu dalam jumlah 100 karya ukiran. Seperti huraian berikut:
Jenis/Model/bentuk/ Motif/Kreativiti
Jumlah/Peratusan
Model Bulat Model Bulat Telur Motif Empat Segi Motif Empat Persegi Panjang Motif Tiga Segi Motif Enam Segi Motif Bersegi-segi Model Berpola dan Tidak Berpola Bentuk Mimbar Bentuk Menara Bentuk Mihrab Bentuk Rehal Coral Logo dan Lambang Motif Pintu Gerbang Bentuk Papan Tanda Model Dinding Pembatas Corak Pelbagai Gaya Seni Jumlah
11 10 8 16 1 2 1 6 7 1 6 3 2 6 3 3 14 100 Karya
Jadual 1:
Analisis model, bentuk, motif, dan kreativiti yang digunakan untuk mencorakkan hasil karya ukiran kayu Terengganu dan Jepara.
Untuk kelompok bentuk, motif, dan kreativiti yang digunakan oleh pengukir-pengukir Terengganu dan Jepara, kami juga menganalisis sebanyak 100 (seratus) karya yang kami abadikan dalam gambar. Analisis ini mengandungi tentang gaya bulat, gaya bulat telur, motif empat segi, motif empat persegi panjang, motif tiga segi, motif enam segi, motif bersegi-segi, gaya berpola dan tidak berpola, bentuk mimbar, bentuk menara, bentuk mihrab, bentuk rehal, bentuk pintu gerbang, bentuk papan tanda, bentuk dinding pembatas, bentuk haiwan, benda dan makhluk, corak berseni campuran dan corak berseni abstrak. Setelah dikaji ternyata analisis kami menunjukkan bahawa penggunaan karya yang bermotif empat persegi panjang sangat mendominasi bentuk dan kreativiti pengukir Terengganu dan Jepara dalam menghasilkan karya mereka jika dibandingkan dengan bentukbentuk lainnya. Hal ini, dikeranakan pemilihan bentuk ini masih termasuk bentuk yang mudah untuk dilakarkan dalam menghasilkan karya ukiran kayu tradisional atau moden. Selain itu, bentuk karya ini termasuk ringkas dan tidak sukar untuk diukirkan di atas pelbagai jenis bahan kayu ukiran. Perincian huraian kajian ini adalah seperti berikut:
Model Bulat ( 11 Karya )
Hasil kajian kami ini mendapati bahawa ada pelbagai model yang dapat membentuk ukiran para pengukir Terengganu dan Jepara. Salah satu gaya yang kami dapati adalah berbentuk bulat, hal ini menggambarkan dari semua bahan karya yang kami teliti, hanya terdapat sebelas karya diukir dalam bentuk dan corak bulat. Bentuk ini, juga sering muncul dalam karya-karya ukiran tempatan kerana menjadi salah satu corak digemari para pengukir, selain ramai
12
peminatnya, selain ianya juga dapat dijadikan sebagai hiasan pelengkap corak ukiran kayu lainnya (Contoh gaya bulat ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 1).
Model Bulat Telur ( 10 Karya )
Kajian kami ini juga mendapati model bulat telur sebagai salah satu gaya yang kami dapati dalam karya ukiran Terengganu dan Jepara. Hal ini menunjukkan dari semua bahan karya yang kami teliti, hanya terdapat sepuluh karya yang diukir dalam bentuk dan corak bulat telur ini. Bentuk ini, juga sering muncul dalam karya-karya ukiran tempatan dalam mengiringi corak digemari para pengukir dan peminat lainnya, selain ianya juga dapat dijadikan sebagai hiasan tambahan bantuk gaya bulat ukiran kayu (Contoh gaya bulat telur ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 2).
Motif Empat Segi ( 8 Karya )
Selain bentuk bulat dan bulat telur, kajian kami ini juga mendapati pelbagai gaya bersegi dalam ukiran di kedua tempat kajian. Salah satu gaya yang kami dapati adalah bermotif empat segi, hal ini menggambarkan dari semua bahan karya yang kami teliti, ada juga lapan karya yang diukir dalam bentuk dan corak empat segi. Bentuk ini, juga sering kita lihat dalam karya-karya ukiran tempatan kerana menjadi salah satu corak cukup mudah dihasilkan oleh para pengukir tempatan, selain ianya juga ramai peminat, selain juga dapat dijadikan sebagai hiasan berwibawa ketika menjadi corak dalam ukiran kayu (Contoh motif empat segi ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 3).
Motif Empat Persegi Panjang ( 16 Karya )
Selain bentuk di atas, kajian kami ini juga mendapati motif bersegi lainnya dalam ukiran Terengganu dan Jepara, iaitu bermotif empat persegi panjang, hal ini menggambarkan dari semua bahan karya yang kami teliti bentuk ini termasuk banyak, kerana ada 16 karya yang diukir dalam bentuk dan corak empat persegi panjang. Motif ini, sangat sering kita lihat dalam pelbagai karya ukiran tempatan, kerana ia menjadi salah satu corak yang mudah disesuaikan dengan kayu ukiran oleh para pengukirnya, selain itu ia juga didapati ramai peminatnya, selain menjadi hiasan berwibawa dalam motif ukiran kayu (Contoh motif empat segi panjang ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 4).
Motif Tiga Segi ( 1 Karya )
Selain motif empat persegi panjang di atas, kajian kami ini juga mendapati gaya bersegi tiga dalam karya ukiran Terengganu dan Jepara, hal ini menggambarkan dari semua bahan karya yang kami teliti bentuk ini termasuk sedikit, kerana hanya ada satu karya sahaja diukir dalam bentuk dan corak tiga segi. Motif ini, jarang kita lihat dalam pelbagai karya ukiran tempatan, kerana ia menjadi salah satu corak yang agak rumit untuk dihasilkan dalam kayu ukiran oleh pengukirnya (Contoh motif tiga segi ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 5).
Motif Enam Segi ( 2 Karya )
Selain motif tiga segi di atas, kajian kami ini juga mendapati motif enam segi dalam karya ukiran kayu, hal ini menggambarkan dari semua bahan karya yang kami teliti bentuk ini termasuk sedikit, kerana hanya ada dua karya sahaja diukir dalam bentuk dan corak enam segi ini. Motifnya juga jarang kita jumpai dalam pelbagai karya ukiran tempatan, kerana ia menjadi salah satu corak sukar diukir sama dengan ukiran tiga segi dalam karya ukiran kayu (Contoh motif enam segi ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 6).
Motif Bersegi-segi ( 1 Karya ) 13
Selain motif-motif tiga, empat, enam segi dalam pelbagai ukiran kayu, kajian kami ini juga mendapati gaya bersegi-segi dalam karya ukiran kayu di Terengganu dan Jepara, hal ini menggambarkan dari semua bahan karya yang kami teliti bentuk ini termasuk sedikit, kerana hanya ada satu karya sahaja diukir dalam bentuk dan corak bersegi-segi. Motif ini, juga jarang kita lihat dalam pelbagai karya ukiran tempatan, kerana ia menjadi salah satu corak yang agak rumit dan sukar untuk dihasilkan dalam karya ukiran kayu (Contoh motif bersegi-segi ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 7).
Model Berpola dan Tidak Berpola ( 6 Karya )
Selain motif-motif tiga, empat, enam segi dalam pelbagai ukiran kayu, kajian kami ini juga mendapati model ukiran kayu berpola dalam karya ukiran di Terengganu dan Jepara, hal ini menggambarkan dari semua bahan karya yang kami teliti bentuk ini termasuk sedikit, kerana hanya ada enam karya sahaja sempat diukir dalam bentuk dan berpola ini. Motif ini, biasanya dihiasai dengan pola bunga sebagai hiasan mengelilingi tulisan khat dan Jawinya. Karya ini juga sering kita lihat dalam pelbagai karya ukiran tempatan, kerana ia menjadi salah satu corak yang agak ramai peminatnya (Contoh gaya berpola dan tidak berpola ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 8).
Bentuk Mimbar ( 7 Karya )
Selain motif-motif bersegi dan berpola atau tidak berpola dalam pelbagai ukiran kayu, kajian kami ini juga mendapati bentuk ukiran yang bertulisan seni khat dalam karya ukiran mimbar. Mimbar biasanya menjadi hiasan pelengkap utama dalam masjid-masjid kecil dan besar yang ada di Terengganu dan Jepara. Hal ini menggambarkan dari semua karya yang kami teliti bentuk mimbar ini termasuk banyak kami dapati, kerana hampir semua masjid ada mimbarnya akan tetapi yang berukiran khat hanya ada tujuh karya sahaja yang sempat kami rekodkan. Bentuk mimbar ini, biasanya dihiasai dengan pola bunga sebagai hiasan mengelilingi mimbar, bertulisan seni khat dan Jawi sebagai pelengkap hiasannya, ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith yang mengandungi peringatan bagi jemaah masjid. Karya ini, juga sering kita lihat di pelbagai karya ukiran tempatan hampir di semua masjid di Semenanjung dan Jawa, kerana mimbar inilah yang dapat memperluas penggunaan ukiran kayu tempatan di Alam Melayu (Contoh gaya mimbar ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 9).
Bentuk Menara ( 1 Karya )
Selain bentuk mimbar, kajian kami juga mendapati bentuk ukiran yang bertulisan seni khat di atas menara masjid, menara menjadi pelengkap utama masjid sebagai tempat azan bagi masjid-masjid kecil dan besar yang ada di Terengganu dan Jepara. Hal ini menggambarkan dari semua karya yang kami teliti bentuk menara ini termasuk kurang yang kami dapati, kerana tidak semua masjid ada menaranya berukiran kayu. Bentuk menara juga, biasanya dihiasai dengan pola bunga sebagai hiasan yang mengelilinginya sebagai pelengkap hiasannya, tetapi sayang karya ini agak jarang kita lihat di pelbagai menara hampir di semua masjid di semenanjung Malaysia atau di pulau Jawa (Contoh bentuk menara ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 10).
Bentuk Mihrab ( 6 Karya )
Selain bentuk menara dalam karya ukiran kayu, kajian kami ini juga mendapati bentuk ukiran yang bertulisan seni khat dalam karya ukiran mihrab masjid, mihrab menjadi hiasan utama tempat imam dan bahagian hadapan masjid-masjid kecil dan besar yang ada di Terengganu dan Jepara. Hal ini menggambarkan dari semua karya yang kami teliti bentuk mihrab ini termasuk kurang yang kami dapati, kerana tidak semua masjid ada mihrab yang berukiran kayu dan berbeza dengan mimbar yang biasanya sengaja diukirkan dengan seni khat dan Jawi. Bentuk mihrab ini, biasanya juga dihiasai dengan pola bunga sebagai hiasan yang 14
mengelilinginya dan tulisan seni khat/Jawi sebagai pelengkap hiasannya. Kandungan ukiran mihrab biasanya mengandungi ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith mengenaai seruan solat dan lain sebagainya, karya ini juga sering kita lihat dalam pelbagai karya ukiran tempatan hampir di semua mihrab masjid di semenanjung Malaysia termasuk di pulau Jawa (Contoh bentuk mihrab ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 11).
Bentuk Rehal ( 3 Karya )
Selain bentuk mimbar, menara, dan mihrab. Kajian kami ini juga mendapati bentuk ukiran yang bertulisan seni khat di atas rehal. Rehal ini menjadi alat untuk tempat membaca al-Quran. Hal tersebut digambarkan dari semua karya yang kami teliti bentuk rehal ini termasuk kurang yang kami dapati, kerana hanya tiga karya sahaja yang kami dapati berukiran kayu di kedua temapt kajian ini. Walaupun tidak kita nafikan, bahawa masih banyak lagi karya ukiran rehal ini di Alam Melayu. Bentuk rehal ini, biasanya juga dihiasai dengan ukiran bunga sebagai hiasan yang mendasari rehal sebagai pelengkap hiasannya tersebut, kandungan ukiran rehal biasanya mengandungi ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith mengenai seruan membaca dan lain sebagainya (Contoh bentuk rehal ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 12).
Corak Logo dan Lambang ( 2 Karya )
Selain bentuk di atas kajian kami ini juga mendapati ada bentuk ukiran dalam corak logo atau lambang. Ia berbentuk tulisan seni khat, rumi dan Jawi dicorakkan mengikut logo atau lambang. Hal ini menggambarkan dari semua karya yang kami teliti bentuk ini termasuk kurang banyak kerana hanya dua karya sahaja yang kami jumpai, tetapi ada yang kami dapati di masjid, pejabat, rumah, sekolah yang diukir dengan corak ini. Bentuk ini, kebanyakannya juga dihiasi dengan pola tertentu sesuai dengan tempahan. Kandungan ukiran logo atau lambang ini, biasanya juga mengandungi ayat, pepatah, nama dan lain sebagainya, karya ini agak jarang kita lihat dalam karya ukiran tempatan kerana agak sukar pengukirannya (Contoh corak logo dan lambang ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 13).
Motif Pintu Gerbang ( 6 Karya )
Selain bentuk mimbar, mihrab dan rehal dalam karya ukiran kayu, kajian kami ini juga mendapati bentuk ukiran pintu gerbang bertulisan seni khat, rumi dan Jawi yang ada di Terengganu dan Jepara. Hal ini menggambarkan dari semua karya yang kami teliti bentuk pintu gerbang ini termasuk tidak banyak kami dapati, walaupun tidak semua masjid, pejabat, sekolah ada pintu gerbangnya berukiran kayu, apatah lagi diukirkan dengan seni khat dan Jawi tetapi ada enam karya sahaja yang sempat kami rekodkan. Bentuk pintu gerbang ini, kebanyakannya juga dihiasai dengan pola bunga sebagai hiasan yang mengelilingi tiang dan atapnya, tulisan seni khat dan Jawinya pula sebagai pelengkap hiasan utama pintu gerbang tersebut, kandungan ukiran pintu gerbang juga sering mengandungi ayat, pepatah, nama dan lain sebagainya. Karya ini juga sering kita lihat dalam pelbagai karya ukiran pintu gerbang tempatan hampir di semua binaan-binaan utama seperti masjid, sekolah, muzium, universiti, dan lain sebagainya di semenanjung Malaysia dan pulau Jawa (Contoh motif pintu gerbang ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 14).
Bentuk Papan Tanda ( 3 Karya )
Karya-karya berbentuk mimbar, mihrab, rehal dan pintu gerbang dalam ukiran kayu pernah menjadi satu khazanah yang agung dan berjaya di nusantara ketika dulu. Kajian kami ini juga mendapati bentuk ukiran di atas papan tanda bertulisan seni khat, rumi dan Jawi ada dikembangkan di Terengganu dan Jepara. Hal ini menggambarkan dari semua karya yang kami teliti bentuk papan tanda ini termasuk tidak banyak kami dapati, walaupun tidak semua masjid, pejabat, sekolah ada papan tanda yang berukiran kayu, dalam bentuk ini ada tiga 15
karya sahaja yang sempat kami rekodkan. Bentuk papan tanda ini, kebanyakannya juga dihiasai pola bunga sebagai hiasan mengelilingi bidang dan papannya, tulisan seni khat dan Jawi pula dijadikan hiasan utamanya, kandungan ukirannya juga kebanyakan mengandungi nama dan maklumat sekolah, pondok, pejabat dan lain sebagainya. Karya ini juga sering kita lihat dalam pelbagai karya ukiran papan tanda tempatan hampir di semua binaan-binaan ternama seperti masjid, sekolah, muzium, universiti, dan lain sebagainya di nusantara (Contoh papan tanda ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 15).
Model Dinding Pembatas ( 3 Karya )
Ada juga temuan kajian kami ini berupa karya ukiran kayu dalam bentuk dinding pembatas, dinding pembatas ini diukir dengan seni khat dan bercorak bunga. Pembatas ini menjadi alat untuk membatasi dinding atau ruangan yang dikehendaki. Gambaran ini, menunjukkan dari semua karya yang kami teliti berbentuk dinding pembatas ini termasuk karya banyak kami jumpai, tetapi hanya tiga karya sahaja sempat kami rekodkan sebagai ukiran kayu di kedua tempat kajian ini. Walaupun tidak kita pungkiri, bahawa masih banyak lagi karya-karya ukiran sejenis ini di Alam Melayu terutamanya di Terengganu dan Jepara. Bentuk dinding pembatas ini, biasanya juga dipakai di masjid-masjid untuk membatasi antara dewan solat lelaki dengan perempuan, hiasannya selalunya berukiran bunga sebagai hiasan yang mendasari dindingnya. Seni khat dan Jawi sebagai hiasa utamanya, dan kandungan ukirannya ada yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith atau pepatah Arab, dan lain sebagainya (Contoh dinding pembatas ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 16).
Corak Pelbagai Gaya Seni ( 14 Karya )
Selain temuan di atas, ada juga temuan kami dalam kajian ini berupa pelbagai corak karya seni dari ukiran kayu ini. Ada yang berbentuk seperti haiwan, benda, buah, makhluk dan sebagainya. Pelbagai bentuk ini diukir dengan seni khat dan ukiran yang mencorakkan bentuk tersebut. Gambaran pelbagai ukiran ini, menunjukkan adanya kepelbagaian bentuk karya yang dicipta oleh pengukir-pengukir Terengganu dan Jepara yang sempat kami teliti. Kelompok ini termasuk banyak kami temui iaitu ada 14 karya yang sempat kami rekodkan sebagai khazanah ukiran kayu di kedua tempat kajian ini dijalankan, walaupun tidak kita nafikan, masih banyak lagi karya-karya ukiran lainnya sejenis ini tersebar luas di nusantara. Adanya pelbagai bentuk ukiran ini, corak pelbagai seni ini, biasanya juga didapati dalam hiasan seni khat di pelbagai bentuk, dalam ukiran bunga, seni lukisan, dan ukiran sebagai pelengkap hiasannya. Kandungan ukiran jenis pelbagai seni ini juga biasanya ada yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, al-Hadith, pepatah Arab, dan lain sebagainya seperti karya-karya ukiran kayu lainnya di nusantara (Contoh corak pelbagai gaya seni ini dapat dilihat dalam LAMPIRAN B, Gambar 17). Demikian perincian beberapa model dan jenis khat yang dilakarkan di atas karya ukiran khat tersebut oleh pengukir-pengukir di Terengganu dan Jepara khasnya dan di Asia Tenggara amnya dengan perinciannya masing-masing. Selain itu, karya ini dapat dijadikan sebagai titik pijak kecemerlangan karya seni ukiran kayu umat Islam, dan sekali gus kayu ukur untuk meningkatkan hasil karya kraf dalam masyarakat Islam khususnya dan masyarakat dunia umumnya. Berikut jumlah peratusan yang dapat kami paparkan:
16
Jumlah/Peratusan Model bulat
Model bulat telur
Morif empat segi
Motif empat persegi panjang
Motif tiga segi
Morif enam segi
Motif bersegi-segi
Model berpola dan tidak berpola
Bentuk mimbar
Bentuk mihrab
Bentuk rehal
Corak logo dan lambang
Motif pintu gerbang
Bentuk papan tanda
Model dinding pembatas
Corak pelbagai gaya seni
3%
11%
14%
3%
10% 6%
8%
2% 6% 3%
16% 7%
6%
1% 1% 2% 1%
Jadual 2:
11.
Chart gambaran kelompok model dan gaya yang digunakan dalam ukiran Terengganu (Malaysia) dan Jepara (Indonesia).
Perbincangan dan Cadangan
Berikut beberapa perbahasan sebagai dapatan kajian yang perlu pengkaji kemukakan sebagai perbincangan untuk dijadikan sebagai bahan dalam memajukan seni khat ukir kayu di Asia Tenggara, seperti berikut:
Perbincangan
Hasil kajian kami secara keseluruhannya, dalam hal ini dapat kami katakan bahawa penggunaan jenis khat thuluth, kami dapati yang paling banyak digunakan untuk hiasan tulisan karya. Kayu jati pula, menjadi bahan kayu pilihan utama dalam menghasilkan ukiran khat kayu. Motif empat persegi panjang pula, dalam pilihan model telah menjadi bentuk terbanyak yang dipilih oleh pengukir-pengukir kayu di Terengganu dan Jepara. Seperti yang kita ketahui, bahawa memang sukar mendapatkan tenaga mahir untuk menuliskan seni khat thuluth ini, namun jenis khat ini tetap diutamakan juga oleh pengukir-pengukir tempatan kerana pengaruh kecendrungan peminatnya yang ramai di Alam Melayu terhadap jenis tulisan khat tersebut jika dibandingkan dengan jenis-jenis khat lainnya. Khat thuluth ini dipengaruhi kehalusan seni khat dari Asia Barat, selain bentuknnya berwibawa, coraknya bersusun-susun, memiliki segi estetik menarik, memaparkan motif keindahan kaedah yang mengagumkan. Betapapun indah khat thuluth, ia mendatangkan kesulitan kepada orang yang tidak biasa dengan selok belok khat ukiran kayu. Demi memasyarakatkan penggunaan tulisan khat di atas kayu ukiran, maka tidak hairanlah pengukir banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith sebagai bahan tulisan mereka. Selain khat thuluth, khat kufi dan nasakh juga 17
digunakan sebagai jenis khat untuk ukiran kayu, kerana kekerapannya di katakan banyak karya ukiran kayu Terengganu dan Jepara memaparkan perhiasan khat jenis ini. Selain khat nasakh, khat riq’ah juga biasa bagi orang Islam Malaysia dan Indonesia, demi menambahkan lagi variasi khat yang dapat membantu para pembaca untuk membaca karya-karya ukiran kayu dan menggunakan khat yang sukar dibaca. Untuk tujuan estetik juga, kayu jati banyak digunakan untuk menghasilkan karya ukiran di Terengganu dan Jepara. Kayu jati merupakan kayu keras dan tahan lama untuk sesebuah ukiran, namun mudah untuk diukir. Perhiasan di kayu ukiran jati tidaklah sesukar kayu tembesu, atau cendana. Oleh itu, ada beberapa pengukir lebih memilih kayu jati ini sebagai bahan utama dalam karya ukiran mereka, walaupun harga kayu jati ini lebih mahal jika dibandingkan dengan jenis kayu-kayu lainnya seperti cengal, belian, punak dan lain sebagainya. Selain itu, pengukir lebih suka mencuba untuk memasyarakatkan jenis kayu jati ini sebagai bahan kayu yang istimewa dan bernilai tinggi serta berkualiti tinggi. Karya ukiran seni khat yang banyak memaparkan jenis-jenis seni khat terpilih, biasanya tertulis ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith sebagai aspek terpenting hiasan ukiran kayu tersebut. Sayang sekali karya ukiran ini masih tidak ramai peminatnya dalam masyarakat tempatan, terutama yang mau menjadikannya sebagai hiasan utama di pejabat dan rumah kediaman mereka. Padahal karya-karya ukiran tersebut sudah memilih jenis khat yang baik, petikan ayatnya daripada al-Quran dan al-Hadith, bentuknya sangat menarik, coraknya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan ciri khas seni budaya tempatan. Selain itu, karya-karya ukiran khat yang menampilkan seni warisan tempatan ini, menjadi satu khazanah perlu dilestarikan sehingga bila-bila masa, sama ada dalam bentuk ukiran di dinding-dinding masjid, sekolah, pejabat, mimbar, mihrab, rehal, dan lain sebagainya. Dalam hal ini kesan atau faedah seninya semakin terasa dalam masyarakat Islam yang menjunjung tinggi seni dan budaya tempatan, walaupun terkadang menggunakan perbelanjaan besar dan banyak. Pengukir khat tidak semestinya mengetengahkan karya-karya mereka yang mahal semata-mata, tetapi perlu juga memunculkan karya-karya mereka yang agak murah selama terjaga kualiti dan kuantitinya. Selain itu, perlu tetap terus menjaga ketelitian tulisan khatnya dan senantiasa menjaga kaedah khat yang digunakan dalam karya ukiran mereka. Barangkali dengan menjaga ini semua akan terhasilkan karya-karya ukiran kayu di Alam Melayu yang berwibawa di masa akan datang. Sementara para pengukir khat yang telah berjasa mencipta karya-karya ukiran cantik dan indah adalah pembuat sejarah dalam hidup mereka dan masyarakatnya. Walaupun pengukir ini, ada yang sebahagian sederhana, ada yang terkenal dan ada pula yang kurang tersohor, malah mungkin banyak lagi yang tidak kita ketahui siapa pengukirnya. Gejala ini berlaku mungkin disebabkan oleh ketidak kecakapan para pengukir tersebut dalam memperkenalkan dan menjual karya-karya ukiran mereka di kalangan umum.
Cadangan
Berikut beberapa perbahasan lanjut sebagai temuan kajian yang perlu pengkaji kemukakan sebagai cadangan untuk dijadikan sebagai bahan dalam memajukan seni khat ukir Melayu di Asia Tenggara, iaitu:
Melalui kajian ini, dapat dinyatakan bahawa hampir semua negeri tidak hanya Terengganu (Malaysia) dan Jepara (Indonesia), kalau mengikut rancangan pengrajin dan peminat ukiran kayu, maka tidak mustahil akan dapat melahirkan seni ukiran kayu bercirikan orang Melayu di Asia Tenggara. Penerapan seni khat dan Jawi atas ukiran kayu di beberapa tempat negeri Terengganu (Malaysia) dan kabupaten Jepara (Indonesia) diharapkan dapat diikuti oleh negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia sehingga termasuk Sabah dan Sarawak serta provinsi-provinsi lain di Indonesia sehingga negara ASEAN lainnya.
18
12.
Penerapan seni khat dan jawi di pelbagai jenis ukiran kayu, dapat menjadikan seni khat semakin berharga dan bernilai tinggi untuk dijadikan sebagai perhiasan di pelbagai tempat. Dan bantuan kewangan yang sewajarnya hendaklah dihulurkan untuk lebih memajukan lagi bidang ukiran ini. Jabatan Agama Islam Terengganu (JAIT) dan Departemen Agama RI, diharapkan dapat memantau kegiatan pengukiran khat kayu supaya perhiasan tulisan khat ini dibuat dengan betul dan menarik sehingga mampu memberikan kesan luaran dan dalaman bagi pecintanya. Harus dielakkan karya-karya tersebut daripada ‘asal jadi’. Untuk ini juga, Jabatan Agama Islam Terengganu (JAIT) dan Departemen Agama Indonesia, atau persatuan pengukir Terengganu dan Jepara, diminta juga menubuhkan persatuan seni khat atau mencari penulis-penulis khat dan pengukir yang betul-betul berbakat. Melalui kajian penyelidikan ini, meminta kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, untuk membuat sukatan pelajaran di Sekolah Menengah dalam mengajarkan kemahiran ukiran kayu ini dengan menggunakan kemahiran seni khat dan tulisan Jawi. Meminta kepada para pengukir dan peminat ukiran muda untuk lebih meningkatkan lagi keterampilan mengukir dan menulis seni khat dan jawi, bermula daripada peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sehingga dewasa. Pilihan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith perlu dipelbagaikan lagi pengukiran khatnya. Sekiranya menggunaan ejaan Jawi, penggunaannya pastikan betul, khususnya menyangkut nama masjid, universiti, sekolah dan lain sebagainya. Aktiviti ukiran kayu perlu terus dilestarikan, sekiranya terdapat juga ukiran berseni abstrak, berseni campuran, atau berbahasa Melayu dan bahasa lain yang dipaparkan sentiasa dipantau supaya ia gramatis dan menarik selain menghindarkan segala kesalahan. Untuk masa jangka panjang, semua institusi sentiasa berusaha memberi kursus-kursus penting yang dapat melahirkan pengukir-pengukir khat warga Terengganu dan Jepara yang berbakat. Wajar sekali diadakan selalu pertandingan seni ukiran kayu semua peringkat untuk mencapai matlamat ini. Melalui hal tersebut, maka dalam kontek ukiran kayu ini agar ada kerja sama dari semua pihak untuk membuat aktiviti dan program, jika bersepakat tentu dapat membuat pelbagai kegiatan yang dapat memantapkkan penguasaan seni khat ukiran kayu di sekolah, pejabat, universiti dan lain sebagainya. Kesimpulan
Sebagai kesimpulan perlu di renungi bahawa seni khat ukir merupakan kemahiran menulis yang unik dengan dipelbagaikan dalam segala hal, kerana adanya dukungan daripada al-Quran dan al-Hadith sebagai konsep tulisan yang ditulis mahupun diukir. Selain itu, adanya seni khat ukiran menggunakan pelbagai jenis model dan bentuk yang berkembang di Terengganu (Malaysia) serta Jepara (Indonesia) juga dapat dijadikan sebagai titik tolak kemajuan seni ukiran kayu yang dapat berpengaruh terhadap ketamadunan Islam di nusantara. Selain itu, seni khat merupakan salah satu bidang seni Islam yang menjadi sumber kraftangan dan menjadi identiti jati diri mewakili watak dan budaya masyarakat Terengganu dan Jepara khususnya dan masyarakat Asia Tenggara umumnya. Hal ini tidak terlepas daripada makna, falsafah, jenis, model, motif, bentuk dan corak yang telah digambarkan melalui seni khat ukir yang tumbuh dan berkembang di kedua tempat tersebut sehingga menyebar ke seluruh Asia Tenggara. Pelbagai teknik dan peralatan digunakan di Terengganu dan Jepara untuk menghasilkan keindahan sesuatu ukiran khat dengan di lengkapi proses olahan, model, gaya dan teknik pengukiran yang sempurna oleh pengukir-pengukirnya. Selain itu, semoga melalui 19
ukiran khat kayu ini mampu menterjemahkan kehendak dan minat masyarakat Muslim di nusantara, selain fungsi karya seni ini juga diharapkan dapat hadir di tengah-tengah masyarakat yang majemuk sebagai obor penerang dalam merealisasikan peradaban manusia yang bertamadun dan bermartabat dari masa ke masa.
Bibliografi Al-Quran dan Terjemahannya. 1974 dan 1986. Jakarta: Departemen Agama Republik Indonesia. Abdul Gani Samsudin, dkk. 2001. Seni dalam Islam. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication. Abdul Kadir. 1979. Risalah dan kumpulan data tentang perkembangan seni ukir Jepara. Jepara: BAPPEDA Jepara. Al-Baba, Kamil. 1992. Terj. Didin Sirojuddin, AR. Dinamika kaligrafi Islam. Jakarta: Darul Ulum Press. Ali Akbar. 1995. Kaedah menulis kaligrafer dan karya-karya master. Cet. III. Jakarta: Pustaka Firdaus. Analisis ekonomi makro kabupaten Jepara tahun 2008. 2007. Jepara: BAPPEDA Kabupaten Jepara. Didin Sirajuddin, AR. 1985. Seni kaligrafi Islam. Jakarta: Pustaka Panjimas. Gustami, SP. 1999. Seni kerajinan mebel ukiran Jepara. Yogyakarta: Penerbit ASRI. Ismail Said, A. Saifuddin Abdullah. 2005. Spesies-spesies kayu dalam seni ukiran Melayu. Johor Baharu: UTM Press. Isma’il Raji al-Farūqi dan Lois Lamya` al-Farūqi. 1986. The cultural atlas of Islam. New York: Macmillan Publishing Company. Kamus besar bahasa Indonesia. 1988. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kamus dewan edisi baru. 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. KeKKWa. 1991. Seni rupa Islam Malaysia tradisional dan sezaman. Kuala Lumpur: Okid Sdn. Bhd. KeKKWa dan Jabatan Muzium Malaysia. 2006. Manifestasi tulisan ”Jawi”. Kuala Lumpur: Darsani Kraftangan Malaysia. 2009. Ukiran kayu warisan Melayu. Kuala Lumpur: Mantera Communications Sdn. Bhd. Manja Mohd. Ludin, A. Suhaimi Hj. Mohd. Nor. 1995. Aspek-aspek kesenian Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohammad Bohari Lubis, dkk. 2004. Laporan penyelidikan Pelestarian tulisan Jawi: manifestasi khat Islami di masjid-masjid negeri Perak. Tajong Malim: Penerbit UPSI. Muhammad Quraish Shihab. 1996. Membunikan al-Qur’an. Jakarta: Lentera Hati. Norhaiza Nordin. 2009. Ukiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noraini A. Shariff. 2010. Seni kraf pilihan Terengganu (selected handicrafts). Kuala Terengganu: Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM). Terengganu International Islamic Arts Festival 2012. 2012. Kuala Terengganu: TTI Management Sdn. Bhd. Seni rupa Islam Malaysia tradisional dan sezaman. 1991. Kuala Lumpur: Departemen Kesihatan. Sutartono Kartodirdjo. 1987. Kebudayaan pembangunan dalam perspektif sejarah. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
20
Lampiran A:
Gambar 1 1.
2.
Gambar 2
Contoh ukiran timbul bermotif khat kūfi. Karya hiasan tingkap diukir di galeri Balai Seni Wangpao Terengganu, bertulis Bismillāhi al-rahmani al-rahīmi (Balai Seni Wangpao, 10 Jun 2012). Contoh ukiran timbul menggunakan khat nasakh yang diukir agak kecil dengan bertuliskan qa’atul solat al-raisiyyah (Dewan solat utama), ukiran seperti ini biasa dijumpai dalam masjid-masjid di nusantara (Masjid Jamik Kuala Lumpur, 13 September 2012).
Gambar 3 1.
3.
Gambar 4
Contoh ukiran tebuk khat thuluth (bersusun) diukir secara teliti oleh pengukirnya yang mengandungi ayat kursi dari lafaz Allāhu laa ilaaha sehingga akhir ayat. Karya seperti ini dapat dijumpai dalam pelbagai koleksi galeri di Jepara Jawa Tengah (Jepara, 4 April 2013). Contoh ukiran tebuk terus berbentuk khat ta`līq (farisi) diukir sangat simetris diukir secara teliti dengan latar belakang kali bersilang dan sekelilingnya dilengkapi hiasan corak, tulisan ini mengandungi kalimat “Lā Ilāha IllaAllah”, karya koleksi galeri Balai Seni Wangpao Terengganu (Balai Seni Wangpao, 10 Jun 2012).
Gambar 5 4.
Gambar 6
Contoh ukiran khat jenis riq`ah yang menghiasi bahagian hadapan mimbar surau kampung Kerling Hulu Selangor. Ukiran tersebut mengandungi hadith peringatan 21
5.
larangan bercakap ketika khatib berkhutbah di atas mimbar (Masjid Kerling, Hulu Selangor, 14 September 2013). Contoh ukiran timbul khat dīwāni yang berciri melingkar-lingkar, halus dan lembut memiliki keseimbangan huruf kemudian disapukan dengan varnis. Khat ini terkadang digunakan untuk penulisan hal-hal berharga, puisi, ungkapan-ungkapan, kata-kata hikmah yang panjang atau pendek dan sebagainya. Tulisan ini berbunyi Bismillāhi al-Rahmāni al-Rahīmi (Desa Ukiran Kayu, 10 Jun 2012).
Lampiran B
Gambar 1 1.
2.
Gambar 2
Contoh ukiran tebuk tembus dalam khat diwani. Karya ukiran ini berbentuk bulat diukir dengan dikelilingi hiasan bunga bersilet. Ukiran khat ini bertulis surah al-Ikhlas (Jepara, 4 April 2013). Contoh ukiran kerub dalam khat thuluth. Karya ukiran ini berbentuk bulat telur diukir dengan hiasan bunga berframe rantai. Ukiran khat ini merupakan hasil pertandingan dalam Terengganu International Islamic Arts Festival II (TIIAF 2012) 14-17 September 2012, bertulisan Wallazina hājaru wa jā hadu bi amwālihim… (Dewan Besar Taman Tamadun Islam, 17 November 2013).
Gambar 3 3.
4.
Gambar 4
Contoh ukiran kerub berbentuk khat kūfi empat segi. Karya ini merupakan hasil pertandingan dalam Terengganu International Islamic Arts Festival III (TIIAF 2013) 16-17 November 2013 di Taman Tamadun Islam. Khat ini berbunyi Fa izā faragta fansob, wa ilā rabbika farghab (Dewan Besar Taman Tamadun Islam, 17 November 2013). Contoh ukiran tebuk tembus berbentuk khat kūfi magribi, halus dan lembut dengan gaya bunganya, tetapi ia memiliki keseimbangan huruf dengan frame empat seginya. Khat ini terkadang digunakan untuk penulisan pepatah Arab, kata-kata hikmah dan lain sebagainya. Kandungan tulisan ukiran ini adalah Umar Bahrisoh (Jepara, 4 April 2013). 22
Gambar 5 5.
6.
Gambar 6
Contoh ukiran timbul berbentuk khat kūfi tiga segi. Karya ini juga merupakan hasil pertandingan dalam Terengganu International Islamic Arts Festival III (TIIAF 2013) 16-17 November 2013 di Taman Tamadun Islam. Khat ini bertuliskan Fa izā faragta fansob, wa ilā rabbika farghab (Dewan Besar TTI, 17 November 2013). Contoh ukiran enam segi dalam khat kūfi. Karya ukiran ini merupakan hasil pertandingan dalam Terengganu International Islamic Arts Festival II (TIIAF 2012) 14-17 September 2012, bertulisan Surah al-Anfal ayat 13-14 (Dewan Besar Taman Tamadun Islam, 17 November 2013).
Gambar 7 7.
8.
Gambar 8
Contoh ukiran timbul bersegi-segi dalam khat thuluth, ukirannya halus dan lembut dengan gaya sangat berwibawa, tetapi ia memiliki tingkat kesukaran yang tinggi kerana huruf-hurufnya diukir dengan kepakaran semulajadi. Khat ini terkadang digunakan untuk penulisan pepatah Arab, kata-kata hikmah dan lain sebagainya. Kandungan tulisan ukiran ini adalah Ayat Kursi (Jepara, 4 April 2013). Contoh ukiran tebuk tembus dalam khat thuluth. Karya ukiran ini gaya tidak berpola diukir semula dari hiasan istana Terengganu, ukiran ini dikelilingi hiasan bunga bersilet. Ukiran khat ini bertulis Allāh hayyu al-somad … (Galeri ukiran “Ledang”, 9 Jun 2012).
Gambar 9
Gambar 10 23
9.
10.
Contoh ukiran tebuk tembus, berukir khat thuluth dan berbunga silet. Mimbar yang berukir indah ini dikelilingi hiasan bunga bersilet. Ukiran khat ini bertulis ayat-ayat al-Quran dan lafaz La ilāh illaAllah … (Kuala Terengganu, 10 Jun 2012). Contoh ukiran hiasan menara berbentuk khat thuluth dengan bersisi-sisi mengikut bulatan menara. Karya ini juga merupakan hiasan salah satu masjid dalam Taman Tamadun Islam Terengganu (Taman Tamadun Islam Terengganu, 17 November 2013).
Gambar 11 11.
12.
Gambar 12
Contoh ukiran timbul, berukir khat thuluth berbunga. Karya mihrab sangat menakjubkan dari karya pengukir Terengganu, karya ini berukir indah dikelilingi hiasan bunga raya dengan kayu jati. Ukiran khat ini bertulis ayat-ayat lafaz al-insān, wa al-‘abd (Masjid al-Hadori, Besut, 9 Jun 2012). Contoh ukiran kerup di atas rehal menggunakan khat nasakh yang diukir agak kecil dengan tulisan “bismillah” dan “do’a.” Ukiran ini dapat menjadi koleksi galeri Balai Seni Wangpao Terengganu (Balai Seni Wangpao, 10 Jun 2012).
Gambar 13 13.
14.
Gambar 14
Contoh ukiran khat bentuk logo/lambang, bentuk ini memiliki keseimbangan huruf antara logo dengan ukirannya. Logo ini dijumpai di atas pintu masuk rumah di Jepara dan fi tempat-tempat lain pengikut Nahdatul Ulama (NU) di Indonesia. Logo ini bertulisan rumi dan Jawi Nahdu Long (Desa Ukiran Kayu, 9 Jun 2012). Contoh ukiran timbul bertulisan rumi, memiliki keseimbangan huruf antara satu dengan lainnya. Tulisan ini dijumpai di pintu gerbang masuk ke Desa Ukiran Kayu Kampung Raja, Besut. Tulisan ini berbunyi Desa Ukiran Kayu Istana Tengku Long (Desa Ukiran Kayu, 9 Jun 2012).
24
Gambar 15 15.
16.
Gambar 16
Contoh ukiran timbul bertulisan Jawi, tulisan ini menghuraikan tentang galeri desa ukiran kayu berbentuk papan tanda, karya ini dapat dijumpai berdekatan pintu gerbang masuk ke Desa Ukiran Kayu Kampung Raja, Besut (Desa Ukiran Kayu, 9 Jun 2012). Contoh ukiran tebuk terus di atas dinding pembatas bertulisan khat thuluth, ukirannya halus dan lembut dengan gaya berwibawa di atas kayu jati, ia memiliki khat agak sukar kerana huruf-hurufnya diukir tebuk terus. Khat ini terkadang digunakan menjadi pembatas rumah dan sebagainya. Kandungan tulisan ukiran ini adalah Surah al-Fatihah, ayat 1-7 (Rumah Habiburrahman El-Sirazy, Semarang, 5 April 2013).
Gambar 17 17.
Contoh ukiran tebuk terus dalam bentuk perahu bertulisan khat thuluth, ukirannya halus bergaya dan berwibawa di atas kayu jati, ia memiliki khat agak unik kerana huruf-hurufnya diukir tebuk terus membentuk perahu. Karya ini bertuliskan ayat Laa haul wa laa kuwwata illaa billah (Kilang Kaligrafi, di kampung pinggiran, Jepara 4 April 2013).
25