BULETIN KUMPULAN HAL EHWAL PESERTA KEWAJIPAN MELAKSANAKAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DALAM KELUARGA
Isu
pembahagian harta pusaka yang
masih belum diselesaikan bagi tanah yang dimajukan oleh FELCRA Berhad setelah peserta meninggal dunia menyebabkan perjanjian dengan waris peserta tidak dapat dilaksanakan. Ini mengakibatkan dividen tertangguh berjumlah RM2,293,884.99 melibatkan 3,961 kes bicarakuasa sehingga 31 Mei, 2013. Didapati ramai di kalangan masyarakat yang masih tidak memahami hukum pembahagian harta pusaka, tidak mengetahui bagaimana menguruskan harta orang yang telah meninggal dunia. Persoalan mengenai siapakah yang berhak mendapat pusaka dan bahagian masing-masing tidak ramai yang dapat menjawabnya, apatah lagi cara menyelesaikan pertelingkahan yang berbangkit akibat salah faham dan sebagainya. Justeru, berlakulah kelewatan dalam urusan pembahagian pusaka yang membawa pelbagai implikasi buruk kepada waris-waris dari segi hukum, undang-undang, ekonomi dan sosial.
Pegawai Unit Pembahagian Pusaka Kecil Pejabat Tanah Daerah sedang memberikan penerangan berkaitan Pembahagian Harta Pusaka
Peserta dan waris-waris sedang mendengar penerangan Pembahagian Harta Pusaka yang disampaikan
MENGAPA PERLU DISEGERAKAN Adalah menjadi kewajipan peserta, waris dan PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA pengurusan FELCRA Berhad melaksanakan i. Memenuhi tuntutan ugama pembahagian harta pusaka milik peserta yang telah ii. Mengelakkan bilangan waris meninggal dunia dengan segera agar dividen yang bertambah ramai akibat berlaku terhak dapat diagihkan kepada waris yang layak. kematian waris berlapis iii. Membolehkan harta pesaka dimanfaatkan dengan segera bagi semua waris. iv. Mengelakkan wang simpanan si mati dalam mana-mana institusi kewangan atau koperasi, saham-saham atau bon, daripada dipindahkan kepada Pentadbir Wang Tak Dituntut (Amanah Raya Berhad). v. Mengelakkan berlakunya memakan dan menguasai harta dengan cara batil vi. Pengganti si mati dapat dilantik Peserta dan waris-waris FELCRA Berhad Kawasan Redang secara sah dari segi undangPunggur sedang mendengar penerangan Pembahagian Harta undang. Pusaka yang disampaikan vii. Mengelakkan harta tidak
terurus dan terbiar. TAKRIF HARTA PUSAKA 1. Harta pusaka ialah mana-mana harta sama ada harta alih atau harta tidak alih yang dimiliki oleh si mati (peserta) setelah diyakini dan disahkan kematiannya. 2. Harta alih adalah harta yang boleh dipindahkan seperti wang ringgit, saham, kenderaan dan peralatan rumah. Manakala harta tidak alih adalah harta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan rumah. 3. Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh si mati yang mempunyai ciri-ciri berikut :3.1 Si mati tidak meninggalkan wasiat (bagi si mati bukan Islam) 3.2 Harta itu terdiri daripada: i. Harta Tak Alih/Tanah sahaja, atau ; ii. Harta Tak Alih /Tanah dan harta alih seperti wang tunai, saham, KWSP, ASN, ASB, dan sebagainya; dan 3.3 Jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat. 4. Sekiranya harta bernilai lebih daripada RM 2 juta atau tidak mengandungi harta tak alih atau mempunyai wasiat (bagi bukan Islam), maka bukanlah ia pusaka kecil dan hendaklah diselesaikan oleh Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi mengikut bidang kuasa masing-masing.
PERANAN WARIS PESERTA
Waris peserta sedang mengisi Borang Permohonan Harta Pusaka
Peserta dan waris-waris FELCRA Berhad Kawasan Seri Gala sedang mendengar penerangan Pembahagian Harta Pusaka yang disampaikan
1. Waris peserta dikehendaki menghubungi Pengurus Kawasan atau pergi ke Pejabat Kawasan dengan segera sekiranya berlaku kematian peserta dengan membawa dokumen-dokumen berikut: a) Dua (2) salinan sijil kematian. b) Dua (2) salinan kad pengenalan si mati. c) Salinan harta tak alih seperti hak milik serta resit cukai tanah d) Salinan kad pengenalan waris yang memohon atau surat beranak bagi waris di bawah umur 12 tahun. e) Bayaran RM10.00 untuk pendaftaran atau kadar yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah. 2. Mengisi Borang Permohonan Pembahagian Harta Pusaka (Borang A) yang boleh didapati di Pejabat Kawasan dan menyerahkannya kepada Pengurus Kawasan. 3. Menyemak dan menentukan baki hutang si mati dengan FELCRA Berhad sehingga tarikh mati. 4. Menghubungi waris-waris yang lain sekiranya ada untuk hadir ke perbicaraan di Pejabat Tanah Daerah. 5. Mendapatkan keputusan perbicaraan dan mendaftarkan hakmilik tanah seterusnya menyerahkannya ke Pejabat Kawasan. 6. Menandatangani perjanjian peserta dengan membawa salinan kad pengenalan dan salinan geran hakmilik.
SIAPAKAH YANG BERHAK MEMBUAT PERMOHONAN PUSAKA i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.
Salah seorang daripada waris si mati. Pemiutang dan pengkaveat. Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah. Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah si mati. Penghulu atau pegawai Penempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah. Amanah Raya Berhad. Majlis Agama Islam (Baitulmal). Pengurus Kawasan bagi pihak FELCRA Berhad sebagai pihak yang berkepentingan berkewajipan mengemukakan permohonan pihak waris si mati termasuk bagi kes-kes di mana si mati meninggalkan waris di bawah umur.
Pegawai Unit Pembahagian Pusaka Kecil Pejabat Tanah Daerah Slim River sedang memberikan penerangan berkaitan Pembahagian Harta Pusaka
PERANAN PENGURUS KAWASAN FELCRA BERHAD 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
Mendapatkan sesalinan dokumen si mati (sijil kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan simati dan pemohon (waris)) Kemaskini maklumat rekod peribadi peserta (simati) dalam Sistem PPPLS Memberikan penjelasan harta pusaka kepada waris simati. Melantik wakil sementara di kalangan waris. Menyemak baki hutang dan tabungan simati dengan FELCRA Berhad Mengenalpasti waris simati (peserta) Membantu menyelesaikan tuntutan harta sepencarian si mati. Menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka kecil di Unit Pembahagian Pusaka Kecil, Pejabat Tanah Daerah untuk diadakan bicara kuasa bagi melantik pengganti si mati. Membantu waris simati (pemohon) untuk memastikan semua waris si mati yang berhak mengikut hukum syara’ dihubungi dan dikesan untuk dimaklumkan bahawa permohonan telah dibuat dan akan diadakan perbicaraan. Mendapatkan keputusan Perbicaraan Harta Pusaka Kecil.
11.
12. 13. 14.
Menasihatkan dan membantu waris supaya mengemukakan permohonan ulang bicara sekiranya berlaku keadaan berikut: i. Ada harta yang tertinggal dalam permohonan awal. ii. Apabila perlu dilantik Pentadbir yang baru bagi menggantikan pentadbir sebelumnya. iii. Bagi membatalkan Surat Kuasa Mentadbir dan pembahagian pesaka dibuat secara terus kepada seorang waris si mati apabila telah mendapat persetujuan semua waris yang lain. Merujuk kepada Unit Pembahagian Pusaka Kecil Pejabat Tanah Daerah dari masa ke semasa bagi mendapatkan ulasan dan keterangan lanjut berhubung dengan hal pusaka sekiranya terdapat sebarang masalah. Memajukan naskah perjanjian peserta baru bersama-sama dengan salinan dokumen Borang E, Borang F, Hakmilik baru dan salinan Kad Pengenalan ke Bahagian Tanah dan Institusi. Mengemaskini maklumat peserta baru melibatkan maklumat asas dan pemilikan dalam Sistem PPPLS.
Sila berhubung dengan Pejabat FELCRA Berhad yang terdekat untuk maklumat lanjut