MS 1S0 9002
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SEMAMBU 25350 KUANTAN (Tel. 09-5655300/429/430 ; Faks 09-5663104) www.polisas.edu.my
BUKU PANDUAN PENDAFTARAN
Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:a) Maklumat Am b) Maklumat Pendaftaran c) Borang-borang Pendaftaran ARAHAN: 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. 2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1 – HEP 6) yang diperolehi semasa pengesahan penerimaan tawaran dibuat dan borangborang pendaftaran asrama yang disediakan (BHHP7, BHHP8 & BHHP9 untuk yang ditawarkan asrama sahaja). 3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada hari pendaftaran.
PERINGATAN:
1. YURAN PENGAJIAN & YURAN KAMSIS Cara bayaran melalui Perkhidmatan Kaunter/ Perkhidmatan Perbankan Internet (bankislam.biz)/ Mesin ATM. Bank : No. akaun:
2.
BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB). 16018010017541
YURAN PENDAFTARAN Cara bayaran melalui Slip Wang Tunai Masuk. Bank: MALAYAN BANKING BERHAD Nama akaun: KOPERASI POLISAS BHD. No. akaun: 556169000438 TULIS NAMA, NO. K.P. DAN KURSUS PADA SLIP WANG TUNAI MASUK. DAN KREDITKAN KE DALAM AKAUN DI ATAS .
SILA BAWA SEMUA DOKUMEN BAYARAN SEBAGAI BUKTI PADA HARI PENDAFTARAN.
Nota:
Jangan diposkan Semua dokumen bayaran tersebut
A.
MAKLUMAT AM Baca dengan teliti maklumat/arahan berikut dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran anda berjalan lancar dan anda dapat memulakan pengajian di POLISAS dengan selesa. 1. PANDUAN UNTUK KE POLISAS Sila rujuk pelan lokasi POLISAS yang disertakan di muka belakang Buku Panduan ini. Peringatan penting bagi pelajar yang datang dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Politeknik. 2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN a. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak MENARIK BALIK tawaran kemasukan ke Politeknik ini sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke Politeknik. b. Lengkapkan semua borang pendaftaran (Borang HEP & BHHP) sebelum diserahkan kepada POLISAS semasa melapor diri.
3. YURAN & BAYARAN LAIN Semua pelajar PERLU membuat bayaran di bank berkenaan sebelum melapor diri pada hari yang telah ditetapkan. Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftaran tidak dibenarkan. 1. Jumlah bayaran adalah seperti jadual di muka surat sebelah. a.
b.
c.
Pelajar perlu membuat 3 (tiga) jenis bayaran meliputi Bayaran 1 iaitu Yuran Pengajian, Bayaran 2 iaitu Yuran Asrama (jika ditawarkan) dan Bayaran 3 iaitu Pendaftaran. Sila rujuk jadual di muka surat selanjutnya. Dokumen Pembayaran perlu dibawa dan ditunjukan sebagai bukti semasa melapor diri nanti. Anda tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal menjelaskan sebarang bayaran. Semua pembayaran dalam bentuk Tunai, Cek, Kiriman Wang (Money Order), Wang Pos (Postal Order) dan Draf Bank tidak akan diterima. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta, DIMESTIKAN membawa satu salinan surat atau salinan dokumen dari pihak penaja hendaklah diposkan / difaxkan ke POLISAS dengan segera ditalian 09-5663104 untuk membenarkan calon mendaftar secara atas talian (on-line). Surat atau dokumen asal penaja hendaklah dibawa bersama semasa melapor. Pelajar yang tidak ditanggung oleh penaja atau dalam proses permohonan, hendaklah menjelaskan bayaran seperti biasa.
YURAN PENGAJIAN & ASRAMA DAN BAYARAN PENDAFTARAN 3.1 PELAJAR BARU KURSUS SIJIL DAN DIPLOMA SEMESTER 1 (LULUSAN SPM, LULUSAN SIJIL POLITEKNIK KPT DAN LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI) KURSUS
BAYARAN 1
BAYARAN 2
BAYARAN 3
YURAN PENGAJIAN
YURAN ASRAMA (jika ditawarkan)
BAYARAN PENDAFTARAN
DKA, DSB, DUT, DKE, DKM, DAD, DTK, DEP, TKA, TKE, TTK, TUT, TSB, TKM, BTK, BAD, BKM
RM200.00
RM60.00
RM538.00
DAT, DLS, DEC, DSK, TAT
RM200.00
RM60.00
RM598.00
DTM, TTM, BTM
RM200.00
RM60.00
RM548.00
CARA BAYARAN
Cara Bayaran 1 melalui Perkhidmatan Kaunter/ Perkhidmatan Perbankan Internet (bankislam.biz)/ Mesin ATM di Bank BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB).
Cara Bayaran 2 melalui Perkhidmatan Kaunter/ Perkhidmatan Perbankan Internet (bankislam.biz)/ Mesin ATM di Bank BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB).
Cara Bayaran 3 Bank-in ke dalam akaun nombor 556169000438 atas nama “Koperasi Polisas Berhad” di Malayan Banking Berhad (MBB)
Nama Kursus : LULUSAN SPM DKA – Diploma Kejuruteraan Awam DSB – Diploma Seni Bina DUT – Diploma Ukur Tanah DKE – Diploma Kejuruteraan Elektronik DTK – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) DKM - Diploma Kejuruteraan Mekanikal
DAT – Diploma Akauntansi DEC- Diploma eDagang DLS – Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan DSK - Diploma Sains Kesetiausahaan DTM – Diploma Teknologi Makanan DAD- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
LULUSAN SIJIL POLITEKNIK TKA, – Diploma Kejuruteraan Awam TSB – Diploma Seni Bina TUT – Diploma Ukur Tanah TKE – Diploma Kejuruteraan Elektronik
TTK – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) TKM – Diploma Kejuruteraan Mekanikal TAT – Diploma Akauntansi TTM – Diploma Teknologi Makanan
LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI BTK – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) BAD – Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) BKM – Diploma Kejuruteraan Mekanikal BTM – Diploma Teknologi Makanan Diploma (Lulusan Sijil Politeknik KPT) – Sila rujuk kod kursus pada surat tawaran NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran dan bayaran pendaftaran mereka.
3.2
KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
1. Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad. 2. Tarikh kuatkuasa : Sesi Disember 2011 Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut: a. Perkhidmatan Kaunter BIMB b. Perkhidmatan Perbankan Internet (bankislam.biz) c. Mesin ATM BIMB
Pembayaran di Kaunter BIMB
1 2 3
5
4
1. Calon boleh membuat bayaran di mana-mana kaunter cawangan BIMB dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran Bil seperti berikut: 1.
Nama Pelajar
: AISY QAYYUM BIN MUHD ZAKI
2.
No. KP
: 110510-16-0037
3.
Bayar Kepada
: POLITEKNIK KPT
4.
Jenis Bayaran
: YURAN PENGAJIAN/ YURAN ASRAMA/ YURAN PENGAJIAN + ASRAMA
5.
Amaun
: RM200/RM60/RM260
(Sila simpan salinan pendua Borang Slip Pembayaran Bil yang akan dikembalikan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran. Caj perkhidmatan sebanyak RM 1.50 dibayar oleh kerajaan Malaysia)
Pembayaran Di mesin ATM BIMB (Pembayar mempuyai akaun BIMB) Pilihan menu: 1. Lain-lain 2. Pembayaran Bil/Yuran IPT 3. Yuran IPT 4. Masukan NO KAD PENGENALAN pelajar 5. Pilih bil bayaran yuran 6. Masukkan amaun pembayaran yang betul 7. Transaksi selesai, ambil resit. (Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 dibayar oleh kerajaan Malaysia. Sila simpan resit anda sebagai bukti pembayaran)
Pembayaran Melalui Perbankan Internet 1. Calon perlu mempunyai akaun BIMB dan ID untuk mengakses perbankan internet Bank Islam. Sila layari www.bankislam.com.my a)
Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security Alerts".
b)
Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.
c)
Pilih "Bill Presentment" pada menu "Bill Payment".
d)
Pilih “Politeknik KPT” pada senarai payee corporation.
e)
Masukkan “No Kad Pengenalan” pada ruang IC/Passport number dan klik "next".
f)
Klik ‘select’ pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran
g)
Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account" yang hendak di debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik "pay"
h)
Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan varifikasi. Klik ‘confirm’ untuk pengesahan pembayaran.
i)
Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran.
(Calon adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan. Caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 dibayar oleh kerajaan Malaysia). 4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL Tempat kediaman di KAMSIS POLISAS adalah terhad. Bagi pelajar yang tidak ditawarkan untuk tinggal di Kamsis, adalah menjadi tanggungjawap pelajar sendiri untuk mencari tempat tinggal dan berurusan terus dengan pengusaha berkenaan mengenai kemudahan-kemudahan dan kadar sewaan. Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa mendaftar di KAMSIS POLISAS sila bawa: a. Kain selimut. b. Kain cadar untuk tilam berukuran 1m x 2m (2 helai). c. Sarung bantal berukuran 60 cm x 45 cm (2 helai). d. Baju Melayu (lengkap dan bersampin) bagi pelajar lelaki beragama Islam. e. Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP/HITAM, baju-T dlln. f. Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 6 – Rupadiri, untuk pakaian ke kuliah) g. 1 keping gambar berukuran kad pengenalan. h. Borang BHHP7 (2 salinan), BHHP8 dan BHHP9 yang diisi dengan lengkap. i. 1 bakul sampah, 1 penyapu, 1 cermin muka, dan 1 baldi untuk kegunaan anda semasa di kamsis. j. Kasut kulit/kanvas bewarna hitam. 5. BANTUAN KEWANGAN POLISAS TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat berkaitan.
6. RUPADIRI Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di POLISAS. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam). Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di muka sebelah), seluar trek (track bottom) bewarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa aktiviti kokurikulum. Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di Kampus: Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkan berpakaian menutup aurat.
6.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI 6.1.1 a. b.
Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal
f. g.
Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam. Berseluar ‘slack’. Berkasut dan berstokin.
h.
Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.
i.
Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.
c. d. e.
6.1.2
Rambut
a.
Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.
b.
Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan. RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK
TIDAK MELEBIHI KOLAR BAJU
6.2
TIDAK MENUTUPI TELINGA
TIDAK MENUTUPI DAHI
RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN 6.2.1
Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal a.
Pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan.
b.
Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lutut.
c. d. e.
6.2.2
Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan.
Kasut yang
Rambut a. b.
6.2.3
Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan. Berseluar yang tidak ketat.
Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan. Pelajar Islam digalakkan memakai tudung.
Perhiasan Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan. Penampilan Rupadiri Pelajar Lelaki/Pelajar Perempuan LELAKI
BAJU JENIS T-SHIRT BERKOLAR DAN BERLENGAN PENDEK
KEMEJA BERLENGAN PENDEK/PA NJANG
PEREMPUAN
BAJU MELAYU
BAJU KURUNG
BAJU KURUNG MODEN
PAKAIAN KASUAL
CONTOH ETIKA PERPAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN
CALON SISWA
CALON SISWI MUSLIM
CALON SISWI BUKAN MUSLIM
CALON SISWI BUKAN MUSLIM
7. HAL-HAL LAIN 7.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syaratsyarat pakaian seperti dijelaskan dalam bahagian 6. 7.2 Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (mesin kira boleh juga dibeli dikedai koperasi). 7.3 Anggaran Perbelanjaan Pelajar (setahun).
Berikut adalah anggaran kos perbelanjaan seorang pelajar setahun bagi mengikuti pengajian di POLISAS. Tempoh pengajian bagi kursus sijil adalah selama 2 tahun (4 semester) dan kursus diploma selama 3 tahun (6 semester). Manakala kursus diploma integrasi, bagi lepasan sijil politeknik adalah selama 1 tahun (2 semester). Perkiraan dibuat kepada dua kategori, tinggal di asrama dan di luar asrama. Penginapan di asrama adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar baru (lepasan SPM/SPMV sahaja). Butiran YURAN a. Yuran Pengajian RM200/semester b. Bayaran Lain (sepanjang pengajian) i. Kursus Diploma/Sijil Lepasan SPM/SPMV ii. Kursus Diploma Lepasan Sijil Politeknik PENGINAPAN (Bagi Luar Asrama:10 orang berkongsi sebuah rumah dengan purata sewa RM400.00/bulan) PENGANGKUTAN (Bagi Luar Asrama: RM30.00/bln X 9 MAKAN RM8.00/hari X 9 bulan *BUKU & ALAT TULIS JUMLAH
Anggaran Perbelanjaan Setahun (RM) Asrama Luar Asrama 400.00
400.00
500.00
500.00
60.00/sem 120.00
350.00 40 X 12 480.00 270.00
2160.00
2160.00
150.00
150.00
3330.00
3690.00
3540.00
Perkiraan di atas adalah berdasarkan kepada pelajar mengikuti kursus/berada di Politeknik selama 9 bulan bagi setahun, tidak termasuk cuti semester. Makanan yang disediakan di asrama adalah secara kafetaria. * Kebanyakan sumber buku rujukan pelajar adalah dari perpustakaan dan nota pensyarah. Jumlah untuk pelajar diploma integrasi (kursus diploma bagi lepasan sijil politeknik).
B.
P AN D U AN P E N D AF T AR AN P E L AJ AR B AR U Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi. 1. HARI PENDAFTARAN Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar POLISAS pada hari dan waktu seperti yang dinyatakan dalam surat iringan. Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini. 2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN:2.1
Dokumen-dokumen ASAL yang berikut:a. Kad Pengenalan, b. Surat Tawaran ke Politeknik, c. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V), d. Sijil Berhenti Sekolah, e. Dokumen kokurikulum yang berkaitan (terutamanya yang mewakili negara dan negeri), f. Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan), g. Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:(i) (ii) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
Borang Maklumat Peribadi Pelajar – HEP 1; Laporan Pemeriksaan Doktor– HEP 2; Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan – HEP 3; Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung – HEP 4; Akuan Pelajar – HEP 5; Aku Janji Pelajar – HEP 6; Borang Kamsis BHHP7, BHHP8 dan BHHP9.
(Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL untuk semakan, anda tidak layak didaftarkan) 2.2
Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang ke POLISAS dan bawa semua salinan slip Wang Tunai Masuk semasa hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran. Bagi salinan slip yang hanya dicop sahaja tidak dicetak komputer, perlu dapatkan pengesahan dari pihak bank berkenaan. SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda berhenti dari menjadi pelajar POLISAS. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan yang asal beserta satu salinan semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran.
2.3
Enam keping gambar warna yang terbaru berukuran kad pengenalan tidak termasuk gambar pada borang BHHP. Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak mendedahkan bahagian bahu dan pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. Sila catatkan nama dan kursus anda di belakang setiap keping gambar.
3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN a) Pelajar-pelajar lelaki hendaklah memakai seluar panjang slack dan baju kemeja . Pelajarpelajar perempuan (Islam) hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat. Bagi pelajarpelajar bukan Islam hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan tidak menjolok mata. Pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang adalah tidak dibenarkan. b) Berkasut* serta berstokin.
Rambut* mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi. d) Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan (track bottom) adalah dilarang. ( * Sila rujuk Maklumat Am – Bahagian 6 – Rupadiri). c)
3. PROSEDUR PENDAFTARAN Untuk urusan pendaftaran, pelajar dikehendaki bergerak mengikut turutan. Sekiranya pelajar ditawarkan tinggal di Asrama anda hendaklah membuat pendaftaran di Kamsis. Mana-mana pelajar yang tidak ditawarkan asrama, sila daftar pada tempat yang telah ditetapkan. 3.1
Pendaftaran Pengajian dan Asrama (Di Kamsis)
MULA
KAUNTER INDUK Pastikan semua dokumen ASAL seperti berikut dapat dikemukakan kepada urusetia.
Semakan Dokumen
a. b. c. d. e. f. g.
Lengkap
-
Ambil Kunci (jika berkaitan) Serahan borang BHHP
TAMAT
h.
Kad Pengenalan. Semua salinan slip Bayaran Surat Tawaran ke Politeknik. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V). Sijil Berhenti Sekolah. Dokumen ko-kurikulum yang berkaitan (terutamanya yang mewakili negara dan negeri). Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan). Dokumen cetakan daftar on-line (eDaftar & eEnrol)
5. HAL-HAL LAIN 5.1
Pelajar lelaki dikehendaki membawa SELUAR SLACK HITAM dan pelajar perempuan membawa KAIN SARUNG HITAM untuk digunakan semasa mengikuti Program Minggu Suai Kenal.
5.2
Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program Minggu Suai Kenal (MSK). Sila rujuk aturcara Minggu Suai Kenal seperti yang terdapat di dalam Buku Panduan Pelajar POLISAS. (Akan diberikan kepada setiap pelajar pada hari pendaftaran)
ARAHAN 1.
Lalu-lintas dan Tempat Letak Kenderaan Peringatan penting bagi calon yang datang dengan kenderaan sendiri, sila ke tempat letak kereta yang disediakan. Anda dilarang membawa kenderaan masuk ke setiap kamsis supaya tidak berlakunya kesesakan lalulintas di kawasan kampus. Calon juga digalakkan membawa satu kenderaan sahaja dan mematuhi arahan pegawai lalu-lintas yang bertugas.
2.
Yuran Pengajian dan Yuran Asrama Yuran Pengajian dan Yuran Asrama (jika ditawarkan Asrama) dibayar di mana-mana cawangan BIMB berhampiran sebelum melapor diri. Ingat! sebarang bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan apabila calon telah mendaftar.
3.
Borang BHHP. Calon dikehendaki melengkapkan semua borang BHHP yang disediakan sebelum hadir melapor diri. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan di kaunter yang disediakan semasa melapor diri.
4.
Daftar Secara Atas Talian. (Rujuk Manual “DAFTAR SECARA ON-LINE”) Sila layari website POLISAS, www.polisas.edu.my untuk pendaftaran secara atas talian (on-line). Pendaftaran ini boleh dibuat selepas satu hari dari tarikh pembayaran yuran pengajian, asrama (jika ditawarkan) dan yuran pendaftaran yang telah dibuat di bank-bank berkenaan.
5.
Yuran Pendaftaran. Sila buat bayaran yuran pendaftaran melalui Slip WANG TUNAI MASUK Maybank yang disertakan di mana-mana cawangan Maybank dengan jumlah wang mencukupi sepertimana yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan Pendaftaran.
6.
Dokumen Pendaftaran Calon-calon hendaklah memastikan semua dokumen yang dikehendaki dibawa semasa lapor diri. Sila patuhi masa dan tarikh Pendaftaran yang telah ditetapkan. Kepada ibu/bapa/penjaga yang mengiringi calon, bolehlah meninggalkan kampus setelah calon selesai mendaftarkan diri ke asrama.
7.
Calon Tajaan Mana-mana calon yang menerima tajaan, sila poskan/faxkan salinan surat tajaan ke POLISAS sebelum melapor diri untuk membolehkan calon mendaftar secara atas talian (on-line).
8.
Kerjasama calon-calon sepanjang hari pendaftaran amat-amat dihargai. Sekian terima kasih.
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda, sebelum bertolak ke POLISAS untuk mendaftar diri. 1.
Dokumen-Dokumen Asal (PERINGATAN: Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK) 1.1
Kad Pengenalan
1.2
Surat Tawaran ke Politeknik
1.3
Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)
1.4
Dokumen-dokumen/Sijil-sijil Kokurikulum (jika berkaitan terutamanya yang mewakili negari dan negera)
1.5
Sijil Berhenti Sekolah
1.6
Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)
1.7
Borang-Borang Pendaftaran telah lengkap diisi a) b) c) d) e) f) g) h) i)
1.8 2.
HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG HEP 5 : AKUAN PELAJAR HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR BHHP7 : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan) BHHP8 : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3 ORANG SE BILIK BHHP9 : IKRAR KAMSIS
Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bagi tujuan permohonan pinjaman/biasiswa
Salinan Slip Wang Tunai Masuk berjumlah RM200.00 atas nama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. (Yuran Pengajian sahaja) Salinan Slip Wang Tunai Masuk berjumlah RM60.00 atas nama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.(Yuran Asrama Sahaja) Slip Wang Tunai Masuk MALAYAN BANKING BERHAD untuk Yuran Pendaftaran & MSK
3.
Gambar warna terbaru (saiz kad pengenalan) 10 keping
PELAN LALUAN KE TEMPAT LETAK KERETA POLISAS HARI PENDAFTARAN
/B