|
|
|
|
TERBITAN RASMI KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN MEI/JUN 2011 ISSN 0217-5372 TAHUN KE-37 (04-BIL.03/11) DIEDARKAN SECARA PERCUMA
Allah nilai baik buruk sekalipun dalam hati Oleh MOHD MUSLIM ABDUL RAZAK
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong disambut oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah setibanya Baginda di Lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Seri Paduka Baginda bersama Raja Permaisuri Agong mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Kedah mulai 12 hingga 14 Jun 2011. (Liputan penuh di halaman 12 & 13)
Bijih besi, anugerah untuk rakyat Kedah Oleh AMELIA HASHIM ALOR SETAR - Bijih besi tiba-tiba muncul di bumi Kedah dianggap rezeki rakyat negeri ini oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selepas tiga tahun menerajui pemerintahan sebagai Menteri Besar. Sumber hasil bumi ini dipercayai terdapat di Daerah Kubang Pasu, Pendang dan Kuala Muda. Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas mempengerusikan Mesyarat Mingguan Exco di sini. Justeru itu negeri Kedah bakal memperolehi pendapatan baru hasil bumi yang akan memacu ekonomi Kedah mencecah jutaan ringgit. “Sumber hasil bumi baru ditemui dikenal pasti ada di Daerah Kubang Pasu, Kuala Muda dan Pendang sejak tahun lepas. Mungkin ada juga dalam daerah lain di Kedah ini,” katanya. Ada beberapa pihak yang datang
untuk berunding dengan Kerajaan Negeri menawarkan diri untuk mengusahakan projek tersebut, katanya. “Seperti biasa kita membuka tawaran kepada sesiapa sahaja dan tawaran dibuat menerusi tender terbuka,” ujarnya. Beliau juga memberitahu Kerajaan Negeri akan meneliti sumbangan pihak pengusaha atau syarikat berkenaan yang berminat dengan projek ini. “Ini adalah proses biasa pihak yang menawarkan jumlah tertinggi mempunyai peluang besar memperolehi projek ini,” katanya. Ini tidak mustahil kerana pada zaman yang dikenali sebagai Kedah Tua negeri ini muncul sebagai negeri pengeluar bijih terbesar peringkat antarabangsa menjadikan pelabuhan di kawasan Sungai Merbok sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap hari. Terdapat kesan jeti sepanjang Sun-
gai Merbok dan Sungai Batu yang menjadi bukti adanya pengkalan tempat kapalkapal berlabuh membeli bijih besi keluaran lain dari negeri Kedah. Kajian itu juga telah menemui kilang melebur bijih besi di Jeniang yang beroperasi sebelum abad ke 4 masihi lagi. Justeru itu katanya, tidak mustahil Kedah akan memasuki era baru dalam bidang ekonomi sebagai pengeluar bijih besi untuk pasaran antarabangsa terutama China. Selain itu Kedah merancang untuk membangun Pulau Bunting sebagai pelabuhan dengan memohon kerajaan Pusat menyambung lebuhraya dan landasan berkembar dari Pendang ke Pulau Bunting. Kerajaan Negeri bercadang membangunkan Pulau Bunting sebagai pelabuhan berikutan di pulau tersebut sudah ada jambatan yang bernilai RM10 juta. “Jalan keretapi berkembar akan siap sepenuhnya pada tahun 2013 dan kita mahu produk dari China yang menjadi kegemaran rakyat Afrika dibawa ke Pelabuhan
ALOR SETAR – Sesiapa yang berbuat baik ataupun buruk walaupun sekecil zarah, Allah tetap melihat perbuatan tersebut. Kejahatan itu tidak semestinya perbuatan yang zahir kerana walaupun ianya di dalam hati seperti hasad dengki dan khianat namun tetap dalam pandangan Allah. Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, seringkali pekerja-pekerja merasakan bahawa sikap bertanggungjawab hanyalah kepada ketua mereka sahaja, maka semasa di hadapan ketuanya kerja dapat dijalankan dengan baik. Namun begitu, semasa ketiadaan ketuanya kerja tidak dijalankan dengan rasa tanggungjawab. Beliau berkata demikian ketika berucap di perhimpunan bulanan di Wisma Darul Aman. “Adakah kita tidak sedar bahawa kita juga turut bertanggungjawab terhadap Allah kerana Allah memerhati setiap gerak-geri kita? Contohnya jika dari awal kita berniat untuk tidak mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik maka itu semua dikira oleh Allah. “Selain itu, Islam mengharamkan hasad dengki kerana kerrana manusia manu memang mempunyai sifat hasad dengki
YAB Menteri Besar berucap di perhimpunan pagi Wisma Darul Aman dan orang yang hasad tidak yakin bahawa segala kuasa adalah hak milik Allah. Sifat ini tidak timbul melainkan kepada perkara-perkara yang baik contohnya dalam kebendaan, pangkat dan pengaruh tetapi jika ada saudara kita yang sakit maka tiada siapa pun yang cemburu dengan kesakitannya,” ujaranya. Tambah Dato’ Seri Ustaz Azizan, terdapat manusia yang Allah berikan kesihatan dan ketenangan tetapi dari segi kurang kebendaan dan ada pula yang keluarganya bahagia, boleh hidup senang dan kaya tetapi tiada anak. Itu semua adalah anugerah ilahi maka jangan ada sifat dengki kerana ianya adalah tanda engkar nikmatnikmat Allah. Orang yang mempunyai sifat ini, semua kebajikannya akan dihapuskan oleh sifat tersebut seperti api memakan kayu api. Pulau Bunting sebelum dihantar ke negara tersebut,” katanya. Ujarnya lagi, keretapi ini bertolak dari Ipoh ke Kunming, China dan Kedah akan merebut peluang dengan membangunkan Pulau Bunting sebagai pelabuhan.
02 Editorial
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Bangsa bertamadun bangsa berilmu
SIDANG EDITOR WARTA DARUL AMAN PENGERUSI DAN PENASIHAT YB. Ustaz Abdul Ghani Ahmad Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah KETUA EDITOR Penolong Setiausaha Kerajaan (Jawatankuasa Tetap)
Oleh AMELIA HASHIM ALOR SETAR - Bangsa bertamadun adalah bangsa yang meletakkan ilmu di puncak ketinggian cita-cita bangsanya kerana kekayaan ilmu itulah yang menjana kekuatan intelek, ketinggian budi, penguasaan sains dan teknologi moden berjiwa dinamik serta kreatif. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah berucap demikian pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang Ke- 41 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di sini. “Generasi baru yang berdisiplin, produktif, progresif, berketrampilan, cekap dan mahir dapat dilahirkan melalui pendidikan yang berkualiti,” titah baginda. Berdasarkan hakikat itu, titahnya, guru sebagai tenaga utama sektor pendidikan telah diberi tanggungjawab yang amat berat dalam menyediakan tenaga manusia untuk keperluan masa kini dan masa depan. Baginda menyeru guru-guru supaya lebih komited terhadap profesion perguruan kerana baginda yakin impian negara untuk membina generasi muda yang cemerlang melalui transformasi jiwa dan minda akan tercapai sepenuhnya. “Pihak waris haruslah merapatkan diri dengan lebih optimum dalam pelbagai program sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak dan kecermerlangan sahsiah anak-anak kita,” titahnya. Dalam hal ini baginda menyebut pepatah Melayu yang mengatakan ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’, oleh itu ianya perlulah menjadi pegangan semua agar segala usaha mengekalkan kecemerlangan sekolah dan pelajar
EDITOR ZULKIFLI YAHAYA Pengarah Urusetia Penerangan PENOLONG EDITOR AMELIA HASHIM WARTAWAN SITI ZALEHA ABD RAHIM WADIASSOFI JAAFAR SARINA ISMAIL MOHD MUSLIM ABDUL RAZAK JURUGAMBAR AZRY ZAMRI SITI RAHIMAH ABD RAHMAN
KDYMM Tuanku Sultan Kedah menerima tabik hormat sewaktu berangkat tiba di Majlis Anugerah Cemerlang SMJK (C) Keat Hwa akan berkekalan. Titah baginda lagi, perubahan pantas dunia kini turut mengheret semua ke dunia globalisasi. Antara perkara berkaitan dengan globalisasi adalan kerencaman maklumat yang diterima dan dasar langit terbuka yang sememangnya tidak boleh dikawal. “Walaupun kerencaman maklumat ini petanda positif globalisasi tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh mengenepikan kenyataan bahawa bahan-bahan maklumat dan hiburan import kebanyakan bertentangan dengan nilai budaya dan nilai-nilai ketimuran. “Kita juga menyedari gejala tidak sihat yang menular di kalangan remaja menerusi pencarian maklumat melalui internet seperti perjudian, gejala pornografi dan lain-lain yang menggugat keutuhan nilai-nilai kero-
MINDA EDITOR z KELUARAN MEI / JUN 2011
Kedah terus sejahtera, negeri dilimpahi rezeki
M
enteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang medianya 7 Jun lalu mengatakan ada beberapa syarikat tertentu yang datang menemuinya menawarkan diri untuk meneroka projek lombong bijih besi di Kedah. Bertitik-tolak dari sini, dapat diimbas kembali zaman kegemilangan Kedah Tua dimana negeri ini pernah muncul sebagai pengeluar bijih besi terbesar di dunia antarabangsa. Bumi negeri bertuah ini menyimpan logam ini di beberapa daerah yang dikenalpasti apabila bahan ini timbul di atas bumi. Apakah kegemilangan ini akan berulang di era pemerintahan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan. Menurut Prof Dr Mokhtar Saidin dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang,
kajian menunjukkan 20 daripada 97 tapak yang diekskavasi menemui artifak kesan kegiatan peleburan besi sejak kurun pertama Masihi lagi. Ini bermakna bumi Kedah kaya dengan bijih besi sehingga wujud kilang-kilang meleburnya untuk tujuan perdagangan. Berdasarkan permintaan logam dunia, muncullah pelabuhan entreport sebagai tempat persinggahan kapal-kapal perdagangan dari Timur dan Barat. Menurut kajiannya lagi pelabuhan itu letaknmya di sepanjang Sungai Batu dan Sungai Emas dengan runtuhan jeti serta pelantarnya.Di lembah Bujang semasa perang dunia kedua pernah ada aktiviti peleburan besi di situ. Adakah Perwaja dibina di Gurun itu ada kaitan dengan bijih besi yang tersembunyi dalam bumi setempat. Adakah kerajaan hari ini akan mengambil alih dan menghidupkan
hanian dan minda pelajar. “Untuk menghadapi kesan globalisasi dan dasar langit terbuka ini maka aspek pembangunan insan perlu diutamakan agar pengaruh yang tidak sihat dapat dikawal dan ditangani,” titahnya. Untuk itu baginda nasihatkan para pelajar supaya kembali kepada pendidikan keagamaan dan penerapan nilai-nilai murni dalan jiwa masing-masing bagi menghadapi kesan negatif tersebut. “Jauhi diri dari segala bentuk budaya negatif yang merosakkan diri. Individu yang berkualiti seharusnya mampu membuat anjakan dalam cara berfikir dan bertindak secara berkesan. Individu yang terdidik juga berkeupayaan membezakan antara yang baik dengan yang buruk,” titah Baginda. kembali kilang itu. Hanya masa akan menentukan jawapannya dan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, beliau hanya berusaha mencari lorong menambah pendapatan kerajaan negeri untuk rakyat Kedah. Sama ada dia masih menjadi Menteri Besar lagi ketika itu, dia tidak kisah. Yang penting dia diberi amanah menjalan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat. Sumber bumi ini juga telah dikaitkan dengan tamadun Kedah bermula dengan aktiviti lombong dan peleburan bijih besi ini. Ini kerana penduduk Kedah ketika itu sudah ada kepakaran di pelbagai bidang bagi mengisi keperluan perlombongan dan pembinaan pelabuhannya. Mengikut rekod Arab, Al-Kindi menyatakan tiga besi terbaik di dunia datangnya dari Yemen, Hindi dan Qalai (sebutan Kedah Tua dalam bahasa Arab). Hampir semua rekod awal menyebut besi dari negeri Kedah berkualiti untuk dibuat pedang. Pada sidang media itu juga YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan ada menyebut akan meminta Kerajaan Pusat menyambung lebuhraya dan landasan keretapi berkembar dari Pendang ke Pulau Bunting. Kalau ini benar-benar terjadi kelihatan jelas sejarah kegemilangan Kedah Tua akan berulang semula. Perlombongan dan peleburan bijih besi dan kepesatan pelabuhan Sungai Batu dan Sungai Merbok pada zaman Kedah Tua merupakan dua elemen yang mencetuskan tamadun negeri Kedah pada kurun pertama
REKABENTUK AZMAN AHMAD PENGEDARAN MOHD AZAM AWANG AZHAR HASSAN PENCETAK ANGKATAN EDARAN ENT. SDN. BHD. DITERBITKAN OLEH URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH (PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH) Aras 1, Blok A, Wisma Darul Aman, Jalan Tunku Bendahara, 05530 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel: 04-7744740 Fax : 04-7744741 http://www.wartakedah.net
[email protected] Masihi lagi. Kelebaran Sungai Batu dan Sungai Merbok ketika itu membolehkan kapal-kapal besar menyusuri jauh hingga kebahagian hulu. Tamadun rakyat Kedah ketika itu bukan sahaja pakar dalam perlombongan tetapi senibina bangunan dan jeti pelabuhan. Bahan-bahan yang diguna adalah produk tempatan. Rakyat ketika itu sudah mengusahakan bengkel membuat batu bata, atap genting dan bengkel membuat serta memperbaikki kapal. Berdasarkan penemuan ini satu persoalan timbul. Adakah masih tersisa bijih besi untuk generasi hari ini setelah sekian lama aktiviti itu dilupakan dan bengkelbengkel tersebut tenggelam ditelan bumi. Adakah Pulau Bunting akan muncul semula sebagai pelabuhan setanding dengan kepesatan pelabuhan Pulau Pinang, Kelang dan pasir Gudang di Johor? Pulau Bunting salah sebuah pulau rangkaian dari empat buah pulau iaitu Pulau Bidan, Pulau Songsong dan Pulau Telor terletak dalam Daerah Yan. Pulau ini berukuran 250.2 hektar dan dihubungkan dengan tanah daratan oleh jambatan sepanjang 2.29 kilometer. Walaupun belum ada sebarang projek pembangunan di Pulau Bunting tetapi penduduk tempatan jadikan pulau itu sebagai tempat rekreasi mereka. Setiap petang antara 300 hingga 400 pengunjung datang bersantai sambil mengail ikan di atas jambatan itu.
Berita Semasa 03
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Anak Kedah dipelawa sertai program Mahligai Sejahtera ALOR SETAR – Berita gembira untuk bakal pengantin anak kelahiran Kedah untuk menyertai program Mahligai Sejahtera. Penyertaan dibuka kepada pengantin lelaki anak kelahiran Kedah, berpendapatan RM1000 ke bawah untuk menyertai program perkahwinan beramai-ramai Mahligai Sejahtera anjuran kerajaan negeri. Demikian makluman dari Pengerusi Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Siti Ashah Ghazali. “Kita buka penyertaan untuk perkahwinan kali pertama dan pengantin lelakinya anak Kedah yang pendapatannya RM1000 ke bawah. Penyertaan masih dibuka sekarang dan tarikh akhir mendaftar pada bulan Jun 2011,” terangnya. Selain dari itu katanya lagi, kerajaan negeri juga menyediakan kursus perkahwinan untuk pasangan-pasangan terbabit secara perdana pada bulan Julai selama dua hari berturut-turut. “Kita amat berbesar hati kerana YAB Menteri Besar meluluskan peruntukan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM1000 untuk setiap pasangan,” maklum beliau. Program Mahligai Sejahtera akan diadakan di Dewan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada 20 November 2011. Penyertaan dibuka kepada 50 pasangan pelbagai kaum. Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan MKK kawasan masing-masing.
Tanggungjawab saya membetulkan pentadbiran kerajaan -MB Oleh SARINA ISMAIL ALOR SETAR – Allah memilih manusia sebagai khalifah dan diberi amanah sebagai pentadbir dunia. Walaupun manusia itu suka membuat zalim dan tidak beriman kepada Allah tetapi Allah lebih mengetahui golongan mana yang lebih sesuai diberi amanah sebagai pentadbir dunia. “Allah memilih manusia sebagai khalifah yakni pemimpin dan kita semestinya memimpin dan mentadbir dunia dengan penuh amanah agar menjadi makmur dan sejahtera,” ucap Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dihimpunan bulanan kakitangan Wisma Darul Aman. Beliau menegaskan, menjadi tanggung jawab beliau sebagai ketua kerajaan berjumpa dengan kakitangan untuk memberi nasihat dan bimbingan penambahbaikan agar pentadbiran kerajaan menjadi lebih baik dan terurus. “Kita sebagai pengurus dan pentadbir kerajaan perlu menanamkan sikap bertanggungjawab dan memegang amanah sebagai pemimpin. Orang yang amanah selain dari menyembah Allah, dia juga perlu meninggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah walau pun dosa-dosa kecil. “Segala tindak tanduk kita perlu dikawal oleh iman dan akal yang waras. Allah menilai kerja kita mengikut niat masing-masing,” tambahnya lagi. Beliau mengajak hadirin mengingati semula peristiwa hijrah Rasulullah SAW. Katanya, tidak semua yang berhijrah ke Madinah niatnya semata-mata kerana Allah dan Rasul, ada kerana harta, ganjaran dan
Bantuan JKM dihenti adalah senarai E-Kasih (Pusat) bukan E-Sinar (Negeri) ALOR SETAR – 23 orang dari senarai penerima bantuan di kawasan Parlimen Padang Terap yang ditamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah penerima bantuan E-Kasih (bantuan kerajaan Pusat ) bukan E-Sinar (bantuan kerajaan Negeri). Menurut seorang pegawai JKM Padang Terap, bantuan kepada penerima-penerima tersebut ditamatkan kerana kedudukan mereka telah melepasi garis kemiskinan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JKM. Mereka yang ditamatkan penerimaan bantuan terdiri 11 orang Bantuan Orang Tua, lapan orang Bantuan Ibu Tunggal dan empat orang Bantuan Orang Miskin. Dari jumlah 23 orang tersebut, 16 darinya telah ditamatkan bantuan kerana mempunyai anak-anak yang boleh menyara kehidupan mereka, sementara dua orang didapati mempunyai tanah sawah dan perniagaan sendiri. Dua orang didapati mempunyai suami yang sihat dan masih bekerja dengan pendapatan yang baik dan seorang dipindahkan bantuan kepada anaknya se-
orang OKU. Sementara itu, salah seorang penerima telah berpindah ke Kulim. Status salah seorang dari 23 orang terbabit yang dikatakan telah ditamatkan bantuan sebenarnya masih menerima bantuan tersebut dari JKM. Pegawai terbabit memaklumkan, sekiranya dua orang dalam satu keluarga menerima bantuan, pihak JKM akan menamatkan salah seorang daripadanya. Contoh seperti penerima mempunyai anak OKU yang juga menerima bantuan maka bantuan akan berpindah kepada anaknya yang OKU sahaja. Kaedah yang sama juga dilaksanakan oleh JKM di peringkat negeri, sekiranya mana-mana penerima bantuan didapati melepasi dari garis kemiskinan maka bantuan terbabit akan ditamatkan. Tetapi untuk kes OKU bantuan tetap diteruskan. Sebelum ini ADUN (BN) Kuala Nerang dan ADUN (BN) Pedu mempersoalkan tindakan JKM menghentikan bantuan kepada penerima yang sebelum ini menerimanya.
wanita. Tetapi perlu diingatkan peringatan dari Allah di dalam Al-Quran bahawa sesiapa yang berhijrah kerana dunia maka dia akan dapat dunia tetapi sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, akan ada ganjaran disisi Allah kelak. “Saya bersama kepimpinan Exco merasakan mentadbir kerajaan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab kepada rakyat. Untuk menjayakannya bukan hanya terletak di bahu kami tetapi di bahu semua kakitangan. “Kelembapan pengurusan akan mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan saya berharap semua kakitangan dapat menjalankan tugas dengan cekap, cepat dan pantas agar membuahkan hasil yang baik kepada kerajaan,” tegas Azizan. Beliau mengingatkan hadirin bahawa segala yang dilakukan di dunia ini akan dipertonton oleh Allah SWT di akhirat kelak. Oleh itu beliau berharap semua kakitangan dapat memperbetulkan niat dan berusaha menjadikan diri hamba yang bertaqwa agar
limpahan rahmat dariNya akan berterusan. “Banyak berlaku kejadian seperti gempa bumi, banjir dan tsunami kebelakangan ini. Semua ini telah Allah ceritakan kepada kita dalam Al-Quran, surah Al-Zalzalah. Oleh itu berdoalah kepada Allah agar kita dijauhkan dari bala bencanaNya. “Tapi kalau nak minta Allah makbul doa kita, kita kena jadi hamba yang taat. Buat yang disuruh, tinggal yang dilarang disamping tunaikan amanah dengan bersungguhsungguh,” sambung beliau. Katanya lagi, pembangunan bukan hanya ditafsirkan kepada pembangunan kebendaan dan binaan tapi ia merangkumi sosial, ekonomi dan pentadbiran. Beliau mengambil contoh negara-negara barat yang mempunyai pembangunan fizikal yang tidak terlawan tetapi dalam masa yang sama mempunyai masalah sosial dan pentadbiran yang teruk. Perjumpaan bulanan tersebut diadakan di dataran hadapan Wisma dan dihadiri oleh semua kakitangan dari pelbagai jabatan.
Bekerjalah dengan jujur dan beretika Oleh AMELIA HASHIM ALOR SETAR- Senikata lagu ‘agama asas pegangan’ dan ‘etika kerja kita amalkan’ yang dinyanyikan dalam Perhimpunan Pagi warga Wisma Darul Aman menjadi tarikan kepada YAB Menteri Besar untuk diulas. YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam ucapannya di perhimpunan tersebut berkata, semua kakitangan kerajaan perlulah berkerja dengan jujur dan beretika ke arah meningkatkan prestasi pembangunan. “Ini adalah unsur-unsur yang terkandung dalam ajaran agama yang mengajar kita supaya berkerja dengan jujur dan bukan curi tulang terutama kepada ketua-ketua dan pemimpin kerajaan,” katanya. Tambahnya, sifat-sifat yang ada pada pemimpin ada dua sahaja iaitu yang zalim kerana tidak beriman dan yang beriman. Beliau menceritakan mengenai penciptaan manusia adalah untuk dijadikan khalifah atau pemimpin di bumi di mana pada awalnya mendapat tentangan daripada para malaikat kerana dikatakan manusia ini hanya akan berbuat kemusnahan di dunia. Namun Allah SWT berfirman, Dia lebih tahu apa yang akan dilakukan, justeru itu lahirlah Nabi Adam manusia pertama sebagai khalifah di bumi dan tugas manusia pula adalah menyeru semua manusia supaya menyembah Allah. Sehubungan itu ujarnya lagi, manusia yang dicipta Allah sebagai khalifah di bumi ini dibekalkan dengan akal sehingga dengan kepintaran akal terbentuklah pembangunan rohani dan fizikal yang berkembang maju sehingga hari ini. “Kita dapat lihat pembangunan akal manusia pada peringkat awal tinggal dalam
“
Ini adalah unsurunsur yang terkandung dalam ajaran agama yang mengajar kita supaya berkerja dengan jujur dan bukan curi tulang terutama kepada ketua-ketua dan pemimpin kerajaan
gua-gua sehingga sekarang dalam rumah dan bangunan,” ujarnya. Hujahnya lagi, untuk menuju arah kesempurnaan, pembangunan ini pula perlulah diseimbangkan antara rohani dan jasmani. Beliau memberi contoh ada negara yang hebat dan berjaya dari segi pembangunan fizikal seperti New York di Amerika, Jerman dan Perancis tetapi runtuh sosial serta budayanya. “Apabila sosialnya mundur maka berlakulah peperangan, pembunuhan kerana manusia itu tidak ada nilai-nilai murni serta tidak ada rasa belas kasihan terhadap orang lain,” katanya. Sebaliknya ada negeri yang kaya seperti Egypt tetapi pembahagian kekayaan rakyat tidak seimbang dan gaji seorang pekerja iaitu ketua rumah hanya RM9 sebulan sedangkan harga sebiji roti RM1 dan mempunyai sepuluh anak yang perlu diberi makan.Inilah contoh pembangunan spiritual yang perlu diseimbangkan dengan pembangunan fizikal yang lain termasuklah pendidikan, pertanian, pelancongan dan sebagainya.
04 Berita Semasa
WARTA DARUL AMANWARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
9 syarikat Bumi eksport produk ke Ireland Oleh WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR - Sebanyak sembilan syarikat Bumiputera dipilih bagi pusingan pertama oleh Kedah Agro Sdn Bhd untuk menghantar barangan keluaran syarikat berkenaan ke Ireland pada 17 Mei 2011. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad berkata, manakala empat syarikat lagi diminta menghantar barangan keluaran mereka sebelum tarikh berkenaan untuk tujuan itu. “Bagi empat syarikat berkenaan, produk mereka belum sampai lagi dan mereka diminta menghantar barangan keluaran mereka sebelum 17 Mei 2011 bagi memudahkan urusan penghantaran barangan ke Ireland,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan barangan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terpilih ke pasaran Ireland di Kedah Agro Sdn Bhd, di sini. Menurutnya, barangan yang terpilih itu akan dihantar melalui Pelabuhan Kelang ke Ireland dan barangan yang dihantar itu masih kekal dengan jenama masingmasing.
“Inilah pertama kali kita berurusan dengan pasaran luar negara terutama di Ireland dan secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada usahawan untuk meningkatkan kualiti barangan keluaran mereka,” katanya. YB. Ghani memberitahu, usahawan Bumiputera tidak perlu bimbang untuk mengeluarkan produk keluaran mereka kerana produk itu mampu menembusi pasaran sekiranya diusahakan dengan baik. “Kita ingin melihat golongan usahawan Bumiputera mampu bersaing dengan usahawan bukan Bumiputera dalam bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan,” jelasnya. Tambahnya, Kerajaan Negeri turut membantu usahawan Bumiputera dalam usaha mempromosikan produk keluaran mereka dengan kerjasama Kedah Agro Sdn Bhd terutama di pasaran tempatan dan juga luar negara. YB. Ghani menjelaskan, Kerajaan Negeri turut membeli bangunan asrama lima tingkat di Bandar Kaherah, Mesir dengan harga RM1.2 juta. “Di bawah bangunan itu turut diwujudkan sebuah pasaraya den-
gan menjual produk-produk buatan Malaysia terutama dari negeri Kedah,” ujarnya. Seorang pengusaha Bumiputera, Zarina Abu Bakar, 28 tahun yang kini menjalankan perniagaan menghasilkan jus roselle (jus roselle) di syarikatnya iaitu Arina Food Enterprise di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang berkata, dalam sehari syarikatnya berupaya mengeluarkan sebanyak 3,000 botol jus roselle dalam sebulan. “Untuk pembungkusan sahaja, kita mampu mengeluarkan sebanyak 5,000 botol dalam sehari dan masyarakat hari ini sudah dapat menerima produk ini kerana ia amat berkhasiat dan memang bagus untuk kesihatan,” katanya. Beliau yang juga Pengurus Syarikat Arina Food Enterprise merupakan lulusan Diploma Bahagian Teknologi Pemakanan dari Politeknik Kuantan, Pahang. Tambahnya, beliau berterima kasih kepada Kedah Agro Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri Kedah kerana memilih produk keluaran syarikatnya untuk dihantar ke pasaran Ireland. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro Sdn Bhd, Tuan Haji Hasan Salleh.
Biar kerajaan hilang pendapatan tapi rakyat dapat untung
YAB Menteri Besar menerima dokumen penyerahan tanah dari Pengerusi PKNK Dato’ Haji Abdul Rahman Oleh SARINA ISMAIL SIK – “Kerajaan negeri kehilangan cukai tanah, PKNK kehilangan pendapatan tapi tuan-tuan dan puan-puan menikmati keuntungan berganda, dapat duit pampasan, tanah rumah dan kebun getah yang siap ditoreh.” Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Majlis Penyerahan Tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) kepada kerajaan negeri. “Peristiwa ini amat bersejarah kerana dengan penyerahan ini membolehkan proses pemberian hak milik tapak rumah dan tanah pertanian kepada penduduk ter-
libat disegerakan,” sambungnya lagi. Tambah beliau, walau pun sebelum ini ada aduan yang dikemukakan pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tetapi setelah disiasat didapati aduan tersebut tidak berasas. Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) turut menerima pelbagai surat dari pejabat peguam kononnya penduduk-penduduk kampung teraniaya, namun maklumat sedemikian gagal dikemukakan. “Saya akui pada masa sekarang masih ada pihak yang mengemukakan rayuan kepada kerajaan atas alasan teraniaya, tercicir dan sebagainya. “Semua rayuan diteliti oleh
jabatan-jabatan yang terlibat dan saya difahamkan kelayakan tuantuan dan puan-puan dibuat dengan rapi dan cermat,” terangnya. Jelasnya lagi, penempatan semula Sungai Pau ini merupakan model penempatan yang paling lengkap pernah dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Terdapat banyak model penempatan lain seperti pembinaan Empangan Temenggor, pembangunan insfrastruktor seperti jalanraya, tebatan banjir, pembinaan lapangan terbang di Pulau Pangkor, Projek Landasan Berkembar dan banyak lagi projek yang dilaksanakan di negara kita yang melibatkan penempatan semula penduduk. “Projek Empangan Beris ini amat istimewa kerana selain penduduk terlibat menerima pampasan, mereka juga menerima rumah yang saiz lotnya 10,000 kaki persegi dan diberi pula lot pertanian yang sudah memberikan hasil. “Jangan berterima kasih atau bersyukur pada kerajaan, sebaliknya bersyukur dan berterima kasihlah pada Allah SWT atas apa yang kita perolehi,” sambung Azizan. Beliau mengharap mereka bersabar dan faham bahawa pemprosesan memberi hak milik tanah memerlukan masa pengurusannya.
YB Ustaz Abdul Ghani sedang berbincang dengan pegawai PMBKed sebelum penghantaran produk
10 usahawan Kedah sertai Pameran Antarabangsa ALOR SETAR: Seramai 10 usahawan yang terdiri daripada Jabatan Pe r t a n i a n , U n i t Pe r a n c a n g Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) akan menyertai Pameran Antarabangsa Dunia Muslim anjuran OIC International Business Centre di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari 8 hingga 11 Jun 2011. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad, penganjuran ini merupakan acara tahunan yang mampu memartabatkan pelbagai produk tempatan serta perkhidmatan halal terutamanya produk-produk dari negeri Kedah yang berpotensi untuk dieksport ke luar negara. “Antara produk negeri Kedah yang akan dipamerkan ialah produk industri kecil dan sederhana (IKS) seperti kuih tradisional dan kopi, produk industri asas tani serta produk kraftangan,” ujarnya. Beliau memberitahu, tujuan Kerajaan Negeri Kedah mengambil bahagian dalam program ini adalah untuk memberi peluang kepada usahawan negeri Kedah bagi memperluaskan bidang pemasaran yang lebih besar di Negara Timur Apabila siap proses hak milik dan notis 5A dikeluarkan oleh Pentadbir Pejabat Daerah, pendudukpenduduk terbabit diminta tidak mengambil masa yang lama untuk menjelaskannya. “Kemungkinan rekod pentadbiran tanah sudah berubah atas sebab meninggal dunia atau sebagainya. Dalam hal ini proses penamaan perlu dibuat. Prosesnya nampak mudah namun sekiranya berlaku pertikaian ianya menjadi sukar dan lambat. “Gunalah saluran yang betul untuk berurusan dengan pegawai atau pentadbir tanah sekiranya ada masalah,” nasihat beliau. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Perancang Ekonomi, PTG, Pejabat Daerah Sik, Pejabat Tanah Sik, KEDA, Pejabat Agama dan semua yang terlibat dalam mempastikan projek dan proses penempatan
“
Produk negeri Kedah yang akan dipamerkan ialah produk industri kecil dan sederhana (IKS) seperti kuih tradisional dan kopi, produk industri asas tani serta produk kraftangan
Tengah. “Ia juga adalah sebagai pendedahan kepada usahawan negeri Kedah untuk menyertai pameran yang bertaraf antarabangsa serta peluang untuk mendapatkan hubungan perniagaan yang lebih luas,” katanya. Abdul Ghani menjelaskan, dengan adanya program seperti itu, ia secara tidak langsung mampu memberi pendedahan serta ilmu kepada usahawan untuk mendapatkan pelanggan yang bersifat antarabangasa di dalam pasaran halal. semula penduduk kampung disempurnakan dengan baik. Beliau turut menyaksikan majlis tandatangan penyerahan tanah oleh pihak PKNK kepada kerajaan negeri. Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan geran hak milik tanah kepada 48 penduduk Sik. Seramai 600 orang penduduk kampung terlibat dalam projek penempatan semula ekoran kawasan perumahan dan pertanian mereka terlibat dengan projek Empangan Beris. Majlis tersebut diadakan di Dewan Bandar Baru Beris Jaya, Sungai Pau. Turut hadir, Pengarah PTG Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Noor Rofie, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Haji Abdul Rahman Ibrahim,ADUN Jeneri, YB Yahaya Abdullah dan Ahli Parlimen Sik YB Che Uda Che Nik.
Berita Semasa 05
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
UUM boleh jelas secara ansuran ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sentiasa membuka ruang perbincangan dengan UUM dan bersedia menimbang untuk membenarkan universiti itu membayar cukai tanah secara ansuran. “Sebaiknya janganlah pihak UUM membuat kenyataan yang tidak tepat kepada media,” ujar Menteri besar Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak kepada pihak media. Menurut beliau, pihaknya bersedia menimbang semula permohonan rebat cukai tanah daripada Universiti Utara Malaysia sekiranya universiti itu berhasrat untuk membuat permohonan baru. YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebat pada Jun 2009 namun selepas merujuk kepada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) permohonan itu terpaksa ditolak. “Pihak UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincang dengan PTG dan dibawa masuk mesyuarat Exco permohnan itu tidak berjaya. Jika UUM bercadang buat permohonan semula, kita sedia
timbang,” katanya di Wisma Darul Aman. Beliau berkata, setiap tahun Kerajaan Negeri menerima RM31 juta bayaran cukai tanah daripada Kerajaan Persekutuan meliputi pebagai bangunan milik kerajaan pusat termasuklah UUM. Menurutnya, keluasan tanah tapak UUM ialah 2,155.2 ekar dan cukai yang perlu dibayar oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM1,743,745 setahun atau 20 sen bagi satu meter persegi. “Rebat yang UUM dapat selama dua tahun 2006 hingga 2008 UUM hanya perlu membayar sebanyak RM100,000 setahun dan tindakan oleh kerajaan dahulu menyebabkan rakyat Kedah kerugian RM1.6 juta setahun namun Kerajaan Negeri akur kepada perjanjian. “Hal ini adalah biasa kerana selama ini, menjadi tanggungjawab kita untuk membayar hutang yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. “Selepas ini mereka perlu ikut perjanjian kerana tempoh rebat telah berakhirdan sepatutnya dibayar mengikut nilai asal iaitu RM1.7 juta.” katanya.
3,830 unit rumah ditawar di Pameran Mapex 2011 ALOR SETAR - Seramai 600 ribu penduduk Kedah memerlukan rumah mampu milik. Ini kerana berlaku transformasi corak hidup yang menyebabkan 60 peratus penduduk luar bandar berpindah ke bandar yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan memiliki rumah kediaman. Kerajaan memberi fokus kepada perkembangan ini dan langkah utama yang akan dan telah dilaksanakan ialah menyediakan seberapa banyak rumah untuk rakyat. Ini diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air Sumber Air dan Tenaga YB Ir Dato’ Phahrolrazi Zawawi pada Majlis Perasmian Pameran Mapex 2011 di Alor Setar Mall, Tandop. Pameran ini menawarkan sejumlah 3,830 unit rumah kepada orang ramai dengan nilai RM821 juta iaitu 1,814 unit di Alor Setar, 898 di Sungai Petani dan 1,117 di Kulim. “Peningkatan permintaan rumah berikutan pertambahan penduduk sebanyak 1.9 juta pada tahun 2008 kepada 2.1 juta pada tahun ini,” katanya. Menurutnya pada tahun 2020 nanti penduduk negeri Kedah hanya mampu membeli rumah secara bayaran pin-
Pertemuan dengan Menteri Besar jelaskan kekeliruan A L O R S E TA R – S i k a p terbuka Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak membuahkan hasil yang baik apabila wakil Badan Pe r h u b u n g a n U M N O Kedah melalui Pengerusi Biro Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz Sheikh Fadzir hadir di pejabatnya untuk menyerahkan rayuan pengekalan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM). “Kerajaan negeri akan menimbang semula rayuan itu tapi kita minta ia dibuat terus oleh Kementerian Pengajian Tinggi
YB Dato’ Phahrolrazi bersama tetamu di Majlis Perasmian Mapex 2011 jaman kerana penduduk berkenaan bekerja dengan majikan dan sumber kewangan mengikut bulanan. “Oleh kerana kos hidup semakin tinggi dan pendapatan bulanan tidak membenarkan mereka membeli tanah atau membina kediaman sendiri secara pukal,” katanya. Menyedari hakikat ini, mulai sekarang Kerajaan Negeri merancang membina rumah-rumah mampu milik menerusi Bina Darulaman Realty dan Seri Temim. Namun begitu, Kerajaan Negeri sangat menghargai usaha pihak pemaju perumahan swasta yang secara tidak langsung telah berjaya membangun pekan-pekan baru seperti Bandar Daru-
Tiada kenaikan cukai tanah di UUM Oleh: AMELIA HASHIM
YAB Menteri Besar menerima surat rayuan dari Dato’ Aziz selepas berbincang
kerana kementerian itu bertanggungjawab mentadbir UUM secara langsung,” kata Ustaz Azizan. Tambahnya lagi, walaupun kerajaan negeri menerima kekangan dari kerajaan pusat namun perkara-perkara yang melibatkan pendidikan adalah menjadi keperluan dan sebahagian agenda kerajaan negeri. “Saya memang menerima surat dari pihak UUM mengenai rayuan berkenaan tetapi buat masa sekarang kita belum mendapat sokongan dari Pejabat Tanah dan Galian. Mereka memikirkan pengurangan tersebut akan mengurangkan pendapatan kerajaan negeri hampir RM8 juta. “Walau bagaimana pun mereka bersetuju
membawa perkara tersebut ke peringkat kerajaan negeri untuk dibincangkan,” tegasnya lagi. Pertemuan wakil Perhubungan UMNO Kedah bersamanya juga turut menceritakan agenda-agenda kerajaan negeri yang dilaksanakan untuk kebaikan rakyat Kedah. Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu memperlihatkan sikap keterbukaan YAB Dato’ seri ustaz Azizan selaku Menteri Besar, untuk kebaikan rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik. Dengan penjelasan dari beliau sendiri, secara tidak langsung menolak dakwaan dan spekulasi liar tidak berasas yang dibangkitkan mengenai isu tersebut.
laman sebagai model selain Pokok Sena yang sedang dimajukan. Bagi pihak Kerajaan Negeri beliau mengharapkan Pameran Mapex 2011 berjaya memberikan sesuatu yang terbaik untuk rakyat Kedah khususnya mereka yang belum memiliki rumah idaman bersesuaian dengan tema pameran ‘Rumah Pilihan Hati’. Hadir sama pada majlis itu pengerusinya Encik Rick Cheng Wooi Seong dan Pengerusi Rehda Kedah/Perlis Dato’ Ricque Liew Yin Chew. Pameran yang melibat 24 pemaju dan tiga bank akan bergerak ke Sungai Petani dan Kulim.
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menafikan cukai tanah kawasan kampus Universiti Utara Malaysia di Sintok telah dinaikkan sehingga lebih RM1 juta setahun mulai 2009. Beliau menegaskan, jumlah itu perlu dibayar UUM mengikut perjanjian asal sedangkan bayaran bagi tahun 2006 hingga 2008 sebanyak RM100 ribu setelah mendapat rebat cukai tanah yang dipohon oleh UUM. “Mengikut perjanjian tempoh rebat cukai tanah bagi 2006 hingga 2008 itu sudah tamat jadi mereka kenalah bayar penuh,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Pagi Warga Kerja Wisma Darul Aman. Menurutnya, UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan UUM mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri ketika itu, dengan rebat tempoh dua tahun. “Rebat itu tamat tempoh pada tahun 2008 sebab itu cukai tanah yang dibayar sebelum ini RM100,000. Berbanding sekarang hanya RM1 juta,” katanya apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir. Menteri itu yang juga Ahli Parlimen
Jerlun mendakwa tindakan itu tidak wajar dan membebankan pengurusan UUM kerana sebelum ini cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM sekitar RM100 ribu sahaja. Selain itu YB Dato’ Mukhriz juga mendakwa Kerajaan Negeri tidak wajar menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda membebankan pihak pengurusan UUM. Bagi mengulas kenyataan itu Dato’ Seri Ustaz Azizan menjelaskan, rebat itu telah berakhir mulai tahun 2009 bayaran cukai tanah yang perlu dijelaskan ialah RM1 juta. “Walau bagaimanapun terpulanglah kepada pihak pengurusan UUM hendak bertindak. Ini amalan biasa dalam urus tadbir bila ada pihak minta bantuan, kita beri atas dasar timbang rasa, tetapi janganlah ini dijadikan isu politik pula. UUM ialah institusi pendidikan. Orang-orang di sana semua cedik pandai belaka” katanya. Beliau berharap penjelasan ini membuktikan Kerajaan Negeri tidak menaikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta, UUM bayar RM100,000 antara tahun 2006 hingga 2008 setelah diberi rebat oleh Kerajaan Negeri. Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Mukhriz kerana kemungkinan menteri itu tidak mendapat maklumat tepat daripada pihak pengurusan UUM.
06 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Pemilik mempelam Sala boleh jual buah pada Kedah Agro Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM PENDANG – Rakyat Kedah yang mempunyai pokok mempelam Sala tidak perlu risau apabila berlakunya lambakan buah. Bagi merealisasikan hasrat Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur, Kedah Agro Holdings Berhad dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek pengumpulan mempelam Sala. Ketua Pegawai Operasi Kedah Agro, Wan Kharizal Wan Khazim berkata, projek pengumpulan mempelam Sala ini adalah cetusan idea YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan bagi membantu petani memasarkan buah mempelam sala yang menjadi lambakan apabila tiba musimnya. “Projek pengumpulan ini menjadi jalan penyelesaian kepada isu lambakan. “Ini tak bermakna kita tak benarkan orang kampung jual kepada orang lain, mereka boleh jual jika ada orang yang menawar-
kan dengan harga yang lebih tinggi, kita beli RM1 sekilo,” jelas beliau pada taklimat projek pusat pengumpulan mempelam Sala Kedah di Dewan Majlis Daerah Pendang. Sebanyak sembilan DUN telah dipilih bagi melaksanakan projek ini dan perlu kerjasama Majlis Ketua Kampung/Komuniti untuk memaklumkan kepada penduduk kampung. Kedah Agro juga membekalkan peti sejuk beku di pusat pengumpulan dan semua yang terlibat menjayakan projek akan menerima imbuhan masing-masing. “Pendang merupakan destinasi keempat kami beri taklimat ini, semua yang terlibat menjayakan projek ini akan diberi imbuhan, begitu juga dengan tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat pengumpulan, dan rumahnya turut dibekalkan dengan peti sejuk beku. “Penduduk kampung perlu bawa pelam Sala ke pusat pengumpulan, dicuci, dikupas serta buang biji dan dipekkan dalam beg palstik berisi lima kilogram seterusnya disimpan dalam peti sejuk beku dan Kedah Agro datang
Sila kemuka laporan jika ada kuari pasir haram Oleh: AMELIA HASHIM ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akan pastikan semua syarikat yang terbabit kegiatan pengeluaran pasir ada permit dan jika terbukti ianya dilakukan secara haram mereka akan dikenakan tindakan tegas. “Kita tidak akan berkompromi dalam hal ini. Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang didapati mengeluarkan pasir secara haram di negeri ini,” kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Wisma Darul Aman. Pihaknya sentiasa memantau pengeluaran permit mengorek pasir kerana tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan melakukan operasi secara haram Menurutnya, operasi pengeluaran pasir diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Galian. Terdapat yang telah diluluskan dua tahun lepas atau setahun lalu tetapi kerja-kerja mengorek dibuat tahun ini. “Jika ada pihak dakwa ianya beroperasi
Gambar Hiasan
secara haram, beri bukti kepada saya untuk disiasat,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan MIC Kedah S Nanthan yang mendakwa berlaku pengeluaran pasir secara haram di tebing Sungai Karangan, Taman Desa Kulim dan Padang Serai sejak tiga bulan lalu. S. Ananthan juga menggesa Kerajaan Negeri menghentikan segera operasi terbabit kerana dibuat dalam skala besar dan sekiranya tidak mendapat kerjasama pihaknya tidak teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Sebaliknya Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, sekiranya dakwaaan itu benar MIC diminta mengemukakan laporan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut. Siasatan akan dilakukan apabila menerima bukti adanya operasi secara haram. “Serahkan bukti secara rasmi kepada saya, dan jika benar, siasatan akan dibuat untuk dakwa syarikat atau sesiapa sahaja, jika tak ada bukti macam mana saya nak siasat. Saya harap MIC berilah kerjasama,” katanya.
ambil isi buah dan dibawa ke kilang pemprosesan untuk dijadikan kordial,” ujar beliau. Projek pusat pengumpulan adalah langkah bagi mengelak pembinaan kilang pemprosesan yang menelan YAB Ustaz Azizan dan YB Dato’ Amiruddin melawat pameran buah mempelam belanja jutaan sempena karnival mempelam yang diadakan ringgit. “Memandangkan buah pelam Sala ini dibina kilang ianya digunakan bila ada musim ada mengikut musim, kita melibatkan orang saja, kalau tak ada kilang tak beroperasi,” kampung untuk memprosesnya, kerana jika jelas beliau.
Prestasi E-Idaman meningkat di banyak kawasan Oleh : SARINA ISMAIL A L O R S E TA R – Pr e s t a s i E - I d a m a n keseluruhannya meningkat dan di beberapa tempat, mereka telah berjaya mencapai prestasi sehingga 75 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerjaraya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau perjalanan EIdaman dan setakat ini didapati rungutan dan aduan dari orang ramai juga semakin berkurangan. Beliau berkata lagi, bidang tugas E-Idaman terdiri dari mengutip sampah, potong rumput dan mencuci longkang. Setakat ini tiada sebarang masalah berhubung tugastugas mereka dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa berkerjasama dengan E-Idaman. “Perjanjian antara PBT dan E-Idaman jelas dan tiada sebarang masalah atau
ketidakpuasan hati. E-Idaman menjalankan tugas mereka dan PBT membayar mengikut tempoh yang ditetapkan. Nak mencapai kemajuan 100% memanglah tidak berlaku, samada PBT mahu pun E-Idaman masih ada kelemahan. “Tapi kelemahan tersebut, kita akan berusaha memperbaiki dari semasa ke semasa,” tegasnya. Walau bagaimana pun tambahnya lagi, kelemahan dari segi sikap pekerja E-Idaman sendiri perlu diambil perhatian. “Kebanyakan mereka terbawa-bawa budaya kerja semasa dalam kerajaan dulu. Sekarang dah diswastakan, budaya kerja jadi berlainan. Adakala perlu kerja pada hari cuti tapi setengah daripada mereka tidak mahu bekerja pada hari tersebut. “Sampah tak kira hari, hari-hari ada sampah. Hari-hari kena kutip. Sekiranya tak mahu kerja hari cuti tentulah sampah akan bertambah banyak sementara menunggu hari kutipan,” terang Phahrolrazi.
Kempen derma darah KMC dapat sambutan itu, ianya menjadi landasan pihak KMC Oleh: MUSLIM ABDUL RAZAK ALOR SETAR - Kempen derma darah “Anda mungkin menyambung 1000 nyawa” anjuran Kedah Medical Centre (KMC) dengan kerjasama tabung darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerjanya, syarikat-syarikat swasta, kakitangan kerajaan dan orang awam. Ketua Pegawai Ekskutif, Encik Zabidi Abdul Razak berharap agar kempen seperti ini akan mendapat perhatian orang ramai untuk menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan dan pada masa yang sama mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Beliau berkata demikian ketika sidang media di KMC. “Kempen derma darah kali ini, adalah antara aktiviti yang dirangka oleh Perkhidmatan Perhubungan Awam dan Pemasaran KMC untuk membantu HSB mengisi tabung darah mereka. Selain
mendidik masyarakat mengenai keperluan stok darah yang amat diperlukan di kebanyakkan hospital kerajaan mahupun swasta. “KMC akan menjadikan kempen derma darah sebagai program tahunan dan kempen kali ke dua dijangka diadakan pada penghujung tahun ini,” terangya. Zabidi berkata, kita sudah mempunyai penderma berdaftar seramai 70 orang dan 40 orang daripada penderma tersebut adalah terdiri daripada kakitangan KMC sendiri. Sesiapa yang mendaftar, mereka akan dimaklumkan jika terdapat program derma darah di kawasan mereka. “Dalam perancangan, kita akan ke pusat pengajian tiggi, NGO, dan sektor awam,” katanya. Tambah Zabidi, ini adalah hospital pertama yang mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Malaysian Society for Quality in Healthy (MSQH). Ini dapat membuktikan bahawa KMC dapat menyediakan perkhidmatan yang setaraf dengan antarabangsa.
Berita Semasa 07
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
‘1 Rumah 10 Pokok Buah-buahan’ Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Kerajaan negeri memperuntukan RM300 ribu kepada kempen 1 Rumah 10 Pokok Buah-buahan bagi menggalakkan penduduk kampung menambah pendapatan mereka secara sampingan. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, kempen yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Kedah hanya menumpukan kepada penanaman pokok buah-buahan yang mempunyai nilai komersil untuk dijual semula selepas dituai. “Kempen ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan tanahtanah terbiar yang ada di kampung agar
dapat diusahakan oleh penduduk kampung dengan satu tanaman yang boleh memberikan pulangan semula kepada mereka. “Bagi fasa pertama projek ini, kerajaan negeri memperuntukan RM300 ribu dan ianya akan terus dijalankan di seluruh negeri Kedah,” ujar beliau pada Majlis Pelancaran Kempen 1 Rumah 10 Pokok Buah-Buahan di Masjid Al-Maarif, Kampung Huma, Mukim Padang Hang, di sini. Empat kampung yang terlibat bagi Mukim Padang Hang, iaitu Kampung Huma, Kampung Besar, Kampung Kubang Raja dan Kampung Simpang Tiga. Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau turut menyampaikan benih pokok kepada pegawai-pegawai daerah.
YAB Ustaz Azizan menyiram pokok yang ditanamnya
Guru sandaran hargai pengiktirafan Kerajaan Negeri Oleh SARINA ISMAIL SIK – Pengiktirafan kerajaan negeri terhadap status perguruan guru-guru Maktab Mahmud merupakan satu perkara yang amat berharga buat semua tenaga pengajar di institusi tersebut. Asal hanya berstatuskan guru sandaran tetapi kini telah mendapat status guru tetap. Menurut Pengetua Maktab Mahmud Sik, Puan Rafida Ramli, peningkatan prestasi pelajar pada tahun 2010 meningkat untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “PMR 2010 telah mencapai rekod baru dengan pencapaian tiga orang mendapat 9A dan ianya merupakan tempat ke-3 selepas Maktab Mahmud Alor Setar dan Maktab Mahmud Yan. Untuk SPM pula rekod baru telah berjaya dicapai di mana seorang telah mendapat 9A, seorang 8A dan lima orang 7A. “Dua dari sepuluh mata pelajaran mendapat peratus lulus 100%,” katanya ketika berucap sempena Idul Ilmi ke-8 sekolah berkenaan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru dan ibu bapa di atas
kerjasama yang diberikan sepenuhnya. Sementara itu, Adik Mohd Farhan Haji Mohd Salleh yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar, melahirkan rasa syukur terhadap Allah di atas anugerah yang diperolehinya. Beliau mendapat keputusan cemerlang di dalam PMR dan SPM, juga aktif di bidang ko-kurikulum. Menjawat jawatan selaku Timbalan Ketua Pengawas dan mewakili sukan badminton dan bola sepak sebagai wakil negeri. Di samping itu mewakili sekolah untuk acara nasyid, tilawah Al-Quran dan pidato. “Saya rasa amat terharu dengan anugerah ini dan ini merupakan anugerah yang amat berharga buat kami semua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas tunjuk ajar dari guru-guru dan perhatian yang telah diberikan oleh ibu bapa dan keluarga saya,” katanya. Bila ditanya apakah rahsia beliau sehingga boleh menguasai akademik dan kokurikulum dengan baik, beliau berkata “bila belajar, belajar bersungguh-sungguh, bila main, main sungguh-sungguh.” Beliau yang bercita-cita ingin menjadi seorang pensyarah melahirkan hasrat akan berusaha menggembirakan kedua ibu bapanya suatu hari kelak.
YTM Tunku Puteri Intan Safinaz menyampaikan kerusi roda kepada warga emas
YSB akan buka lagi pusat hemodialisis di Kulim KULIM – Yayasan Sultanah bahiyah (YSB) akan membuka sebuah lagi pusat hemodialisis di daerah Kulim bagi memberi rawatan dialisis kepada pesakit yang kurang berkemampuan. Pengerusi YSB, Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz berkata, pusat yang menelan belanja RM1.5 juta itu akan diadakan di Taman Kota Kenari dan bakal beroperasi Disember tahun ini. “YSB akan buka pusat hemodialisis di Taman Kota Kenari dengan belanja RM1.5 juta dengan kerjasama National Kidney Foundation sebagai penyelenggara pusat. “Tujuan penubuhan pusat rawatan ini adalah untuk memberi rawatan secara percuma ataupun dengan kadar bayaran yang berpatutan. “Dengan wujudnya pusat rawatan ini,
mereka yang sebelum ini perlu ke Sungai Petani ataupun Seberang Perai tidak perlu berulang alik dari Kulim ke sana, dengan ini kos pengangkutan dapat dikurangkan,” ujar beliau pada Majlis Perasmian Kem Integrasi Sukarelawan YSB 2011 yang diadakan di Sedim Eco Theme Park Resort, di sini. Pusat rawatan ini adalah daerah kedua selepas Pusat Hemodialisis Tunku Sarina di Alor Setar. Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan saguhati kepada 15 pelajar yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM serta memberi kerusi roda kepada enam warga emas. Hadir sama pada majlis itu adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Ustazah Siti Ashah Ghazali dan Pegawai Daerah Kulim, Dato’ Mohd Noh Ahmad.
Tunku Puteri Intan Safinaz turut baiki rumah KULIM - Sebati dengan jiwa rakyat, puteri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz tidak kekok menyertai gotong-royong membaiki rumah penduduk di Kampung Jalan Baru, Kampung Tebuan dan Kampung Lindungan Raja, di sini. Aktiviti gotong royong yang dilakukan bersama sukarelawan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dalam usaha memberi bakti kepada penduduk di sekitar mukim Sedim. Seramai 80 sukarelawan berusia antara 16 hingga 20 tahun terlibat bagi menjayakan misi amal YSB. Selain aktiviti gotong royong, peserta turut didedahkan dengan pelbagai program berfaedah sepanjang tiga hari dua malam. Antaranya adalah khidmat masyarakat, aktiviti out-door, team building, ceramah agama serta gotong royong membersih masjid dalam usaha mengimarahkan masjid. Menurut Pengerusi YSB, YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Puteri Intan Safinaz,
aktiviti sukarela ini dapat memupuk sikap yang ikhlas di kalangan para sukarelawan serta peka dan ambil berat terhadap keperluan dan kebajikan masyarakat. Mereka ini berkhidmat tanpa mengira upah, masa dan tenaga dalam mendekati dan berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat. “Seperti berlaku tsunami dan banjir tahun 2005 dan 2010, para sukarelawan ini telah banyak memberi bantuan kepada mangsa, yang mana ada antara mereka tidak pulang ke rumah sepanjang memberi bantuan. “Bagi tahun ini, kunjungan sukarelawan YSB ke daerah Kulim adalah sebagai memberi bantuan atas kejayaan Pejabat Daerah Kulim, Baling dan Bandar Baharu mendapat kutipan amal yang tinggi dalam pertandingan golf amal. “Sebanyak RM144 ribu berjaya dikutip dalam ‘The Royal Challenge 2011’ yang diadakan di Kulim Golf Resort, tahniah saya ucapkan,” ujar beliau.
08 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Status rumah tak jelas jadi punca Oleh SARINA ISMAIL ALOR SETAR – Salah faham serta maklumat yang tidak jelas antara punca penduduk-penduduk Perumahan Taman Kota Nelayan tidak mengetahui status tempat kediaman mereka sekarang. Menurut ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustaffa ketika dihubungi, masalah sebenar berpunca dari Kerajaan yang memerintah dahulu (BN) tidak memberi maklumat yang jelas mengenai status perumahan tersebut kepada penduduk. “Sebenarnya masalah Taman Kota Nelayan ini tidak selesai sejak kerajaan negeri dulu (BN) memerintah lagi. Saya sendiri sejak menjadi wakil rakyat di DUN Kubang Rotan ini sentiasa mengikuti perkembangan masalah penduduk taman ini. Mereka beranggapan rumah yang mereka diami sekarang sebagai ganti rumah yang mereka didiami dulu. “Setengah mereka menganggap ianya percuma, setengah pula beranggapan tanah percuma dan rumah perlu dibayar dan ada pula mengatakan sebaliknya. Tambah Nasir lagi, lebih kurang sebulan yang lalu, beliau bersama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi serta beberapa orang yang lain telah mengadakan perjumpaan dan sesi dialog bersama mereka. Dalam perjumpaan tersebut beliau dan
Phahrolrazi diberi penerangan mengenai masalah yang mereka hadapi. Ekoran dari perjumpaan tersebut kerajaan negeri telah berusaha membuat beberapa tindakan. Antara tindakannya ialah memastikan semua pemilik yang terlibat menandatangi perjanjian dengan kerajaan negeri untuk membuat bayaran ansuran bulanan. Kerajaan negeri akan usahakan semua pemilik rumah di taman terbabit mendapat status hak milik dengan segera. “Kerajaan negeri sekarang ini sedang berusaha menyelesaikan masalah terbabit sebaik mungkin. Kita telah buat semua proses, antaranya menandatangi perjanjian dan mengenal pasti pemilik yang telah selesai membuat bayaran untuk pengurusan hak milik,” terangnya. Sementara itu, YB Dato’ Phahrolrazi ketika dihubungi mengatakan, kerajaan negeri sekarang hanya meneruskan perjanjian lama yang dibuat semasa pemerintahan dahulu. Kerajaan negeri tidak membuat sebarang pindaan ke atasnya. “Kawasan perumahan awam tertakluk dengan perjanjian jual beli. Bagaimana pun sehingga kini beberapa masalah yang dikenal pasti termasuk keengganan pemilik menandatangi perjanjian serta tunggakan bayaran. “Isu ini isu lama, kalau dulu mereka kena bayar, sekarang juga
“
Setengah mereka menganggap ianya percuma, setengah pula beranggapan tanah percuma dan rumah perlu dibayar dan ada pula mengatakan sebaliknya
mereka kena bayar. Kerajaan negeri tidak pernah mengubah dasar yang dibuat oleh kerajaan pusat. “Kerajaan negeri bukan ‘ah long’ seperti yang disifatkan tetapi kami bertindak mengikut peraturan dan prosuder perumahan,” terangnya. Tambah Phahrolrazi lagi, tunggakan perlu dilunaskan samada secara sekali gus atau ansuran mengikut kemampuan masingmasing. Perumahan terbabit dibina atas dana awam bukan dana parti politik dan kutipan bayaran perlu dibayar kepada kerajaan pusat. Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan berlakunya demontrasi penduduk-penduduk Perumahan Taman Nelayan, Kuala Kedah ekoran membantah arahan notis mengarahkan bayaran tunggakan dibuat atau rumah mereka akan disita. Perumahan Taman Kota Nelayan telah mula diduduki pada tahun 2004 ekoran diarahkan pindah dari kediaman asal oleh kerajaan negeri dahulu.
Pelancongan berhubungkait dengan politik, ekonomi dan sosial Oleh WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR - Industri pelancongan di Negeri Kedah Darul Aman sememangnya ada hubungkait dengan keadaan dan struktur politik, ekonomi dan sosial. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB S. Maniukumar berkata, di bawah Kerajaan Negeri, kita mempunyai satu entiti sahaja iaitu Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). “Pada peringkat negeri, kita mempunyai Jabatan Pelancongan Negeri Kedah dan Tourisme Malaysia iaitu di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia,” ujarnya. Menurutnya, Kerajaan Negeri juga turut mempunyai satu unit di bawah Kementerian Kewangan iaitu Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk memberi fokus kepada pembangunan pelancongan di Langkawi. “Apa yang kita boleh lihat secara fokusnya di sini ialah kita tidak mempunyai satu unit peng-
gerak dan pemacu industri pelancongan di Negeri Kedah Darul Aman,” jelasnya. Untuk itu, katanya, telah diwar-warkan satu pengwujudan GLC tourisme (Agensi Pelancongan) dan juga satu unit pemantauan dan pelaksanaan di bawah MBI iaitu Kedah Tourisme Division. “Ini adalah hasil daripada kajian terperinci yang telah dibuat dan kayu pengukurnya adalah kepompong industri pelancongan Negeri Melaka,” katanya. Tambahnya, apa yang dapat kita hayati pada masa kini ialah industri pelancongan di Melaka telah berjaya melebarkan sayapnya kerana mempunyai sistem mekanisme pengurusan pelancongan yang efisein dan efektif. Manikumar memberitahu, lima elemen yang difokuskan ialah pembangunan produk di Sungkai, Ulu Legong, posisikan aset pelancongan, smartpartnership, promosi dan persembahan acara. “Pelan jangka panjang yang kita perlu menggubal satu blue print yang seiring dengan peran-
“
pengwujudan GLC tourisme (Agensi Pelancongan) dan juga satu unit pemantauan dan pelaksanaan di bawah MBI iaitu Kedah Tourisme Division
cangan di bawah draf rancangan struktur 2010-2020 beserta polisi pelancongan negara,” ujarnya. Dengan wujudnya dasar dan polisi menerusi penggubalan blue print tersebut, jelasnya, kita dapat melaksanakan pelan-pelan strategik yang membawa kepada pradigma hala tuju pelancongan yang positif di Negeri Kedah Darul Aman. Antara elemen-elemen yang akan dititikberatkan adalah seperti pengisytiharan tegline pelancongan dan fokus kita adalah berlandaskan kepada permintaan dalam produk pelancongan ekonomi tourisme di mana kita mampu menyediakan atau membekalkan produk-produk yang memenuhi kreteria tagline tersebut.
YB Dato’ Amiruddin menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang Maktab Mahmud Sik
Pencapaian pelajar dihargai dalam Majlis Idul Ilmi SIK – “Jadilah kamu orang-orang rabbani kerana kamu selalu mengajar Al-Kitab yakni AlQuran dan kamu terus dan tetap mempelajarinya.” Demikian seruan dari ucapan Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah. Berucap merasmikan Majlis Idul Ilmi ke 8, Maktab Mahmud Sik, beliau melahirkan harapan agar penekanan kepada kemahiran berfikir serta mengolah perlu dititik beratkan oleh pihak sekolah agar apabila pelajar-pelajar ini berada di dalam masyarakat, mereka dapat merealisasikan apa yang mereka pelajari dan kecemerlangan yang mereka capai di sekolah. “Hari ini adalah hari mengiktiraf kebolehan pelajar-pelajar yang cemerlang di bidang akademik dan ko-kurikulum. Pelajar-pelajar cemerlang perlu diberi penekanan kemahiran dalam menterjemahkan kecemerlangan mereka apabila mereka berada dalam masyarakat. “Kita tidak mahu mereka gunakan kecerdikan dan kebolehan mereka untuk menipu, memperdaya orang lain dan melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak bermaruah. “Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat oleh Allah sekiranya ilmu yang diperolehi dimanafaatkan untuk diri sendiri dan masyarakat,” ujarnya. Tambah beliau lagi, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap pendidikan. Pendekatan yang dilakukan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan sendiri diakui oleh pemimpin besar dunia, antaranya Sheikh Abbas Madani, bekas president Algeria. Kerajaan negeri telah mengikhtiraf guru-guru Maktab Mahmud yang sekian lama kedudukan mereka hanya sebagai guru sandaran. Peruntukan kepada
Maktab Mahmud sendiri dari RM28 juta tahun lalu telah dinaikkan kepada RM30 juta pada tahun ini. Disamping itu elaun perumahan untuk guru-guru Maktab Mahmud juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco. “Tahun ini Maktab Mahmud akan menyambut ulang tahun ke75 (Jubli Intan) dan ini merupakan sejarah yang panjang dalam institusi pendidikan. Maktab Mahmud telah buktikan dalam mewujudkan tokoh-tokoh ternama seperti Menteri Besar kita sendiri, YB Dato’ Dr Hayati, Ahli Parlimen Pendang, YB Dato’ Ir Phahrolrazi, Exco kerajaan negeri dan tak lupa Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor, ADUN Bukit Raya. “Sejarah yang lama ini juga dapat melahirkan manusia yang bukan sahaja dapat mengislahkan dirinya sendiri malah mengislahkan orang lain,” kata beliau. Tambah Amiruddin lagi, pendidikan merupakan pelaburan yang tidak rugi tapi mungkin kesannya memakan masa yang agak panjang. Penekanan dari sudut tarbiyyah secara syumul dan menyeluruh dapat mengisi keperluan melahirkan insan rabbani yang pada suatu hari nanti akan mengisi pentadbiran akan datang. Kemampuan Maktab Mahmud menarik ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di sini perlu diambil manafaat sebaiknya agar institusi ini dapat menjadi pemangkin dalam melahirkan insan cerdik Islam dan cendiakawan Islam yang tersohor. Beliau seterusnya menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah berkenaan. Majlis Idul Ilmi, Maktab Mahmud Sik diadakan di Dewan Budi Gemilang, Keda.Sik. Turut hadir Ahli Parlimen Sik, YB Che Uda Che Nik, Pegawai Daerah Sik, wakil PPD Sik dan pengetua-pengetua Maktab Mahmud cawangan. Majlis dihadiri kira-kira 600 orang termasuk guru-guru, ibu bapa dan para pelajar.
Berita Semasa 09
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
MB lancar Pelan Hala Tuju ICT Negeri Kedah Oleh MUSLIM ABDUL RAZAK SUNGAI PETANI – Penggunaan P sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan betul mampu mempercepat dan memudahkan lagi sektor pelancongan, ekonomi, pertanian serta bidang pendidikan di Negeri Kedah. Menteri Besar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, selaras dengan perkembangan dunia tanpa sempadan masa kini, kerajaan negeri memberi penekanan untuk pembangunan ICT di Negeri Kedah, seiring pembangunan ICT peringkat nasional. Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Pelan Hala Tuju ICT Negeri Kedah 2011-2015 di Hotel Amanpura. “Penggunaan multimedia tidak salah, yang salah adalah manusia yang salah menggunakannya. Maklumat yang diberi adalah betul jika kita guna dengan betul. Kita juga boleh menggunakan ICT dan multimedia untuk membina akhlak remaja dan juga boleh menggunakan ICT untuk rosakkan akhlak remaja,” katanya. Tambah beliau, bagi menjayakan agenda ini, kerajaan negeri telah menyusun beberapa langkah strategik dan telah mula dilaksanakan secara berperingkatperingkat. Langkah pertama, katanya,
Catriona Ross Bahrin bersama dengan ahli panel didalam program motivasi
Mencari makna cinta di Karnival Cinta Dan Cantik Oleh SARINA ISMAIL
YAB Ustaz Azizan merasmikan Plan Halatuju ICT Kedah ialah dengan menubuhkan sebuah GLC iaitu Kedah Information Technology Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Kulim Technology Park Corporation yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park. “Kita sedar bahawa pembangunan ICT bergantung kepada sumber tenaga manusia yang mahir, untuk itu kita telah menubuhkan kuliah multimedia di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) untuk melahirkan tenaga manusia mahir dalam bidang ICT ini. “Penggunaan ICT di negeri ini adalah masih di tahap yang rendah berbanding dengan negeri yang mempunyai pembangunan yang
pesat seperti Pulau Pinang dan Selangor,” tambahnya. Beliau yakin bahawa aplikasi ICT di Negeri Kedah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sains dan Inovasi Negeri Kedah, YB Dr Ismail Salleh, Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDeC) Tan Sri Abdul Halim Ali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Dato’ Bashirudin Abdul Jamil.
SUNGAI PETANI – Persoalan di manakah sebenarnya hak cinta yang sepatutnya diberikan dan apakah erti kecantikan di kacamata Islam menjadi agenda kepada program Karnival Cinta Dan Cantik yang berlangsung di Dewan Besar Institut Kemahiran Mara (IKM), Sungai Petani. Program anjuran Persatuan Belia Merbok (PERELOK) serta kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) mensasarkan penyertaan beliawanis seluruh Negeri Kedah. Antara pengisian di sebelah pagi dalam program tersebut termasuklah pameran gejala sosial dan jenayah feminis, pemeriksaan kesihatan feminis, tayangan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’, deklamasi sajak dan persembahan nasyid oleh anak-anak yatim Wadi Sakinah. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penerangan pendidikan dan kerjaya serta penjagaan kecantikan oleh Muslimah Skincare and Cosmetic Manufacturing (MSCM). Di sebelah petang, diadakan motivasi khas ‘Cinta Dan Cantik’ oleh Pengarah Urusan MSCM, Puan Famiza Zulkifli dan diskusi ‘Cinta Di Bawah Hijab’ oleh Ustazah Faridah Ahmad dari pejabat Mufti Kedah dan Puan Catriona Ross Bahrin (artis Malaysia). Pertunjukan busana muslimah MSCM juga turut menjadi santapan para peserta. Karnival Cinta Dan Cantik disempurnakan majlis penutupannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kebajikan Masyarakat, YB Siti Ashah Ghazali. Kira-kira 400 beliawanis hadir di majlis tersebut yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah, guru-guru pelatih dan Nisa.
MBAS tambah lot parking bandaraya Alor Setar Oleh WADIASSOFI JAAFAR
MBAS giat baiki taman permainan yang rosak ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memandang serius masalah taman permainan yang rosak di sekitar Alor Setar apabila pihaknya sudah memantau beberapa taman permainan yang perlu dibaiki dan taman yang masih boleh digunakan. Dato’ Bandar MBAS, Dato Khazali Din berkata, kira-kira RM500 ribu diperuntukkan untuk memperbaiki kemudahan taman-taman permainan yang rosak dan MBAS juga telah mengenal pasti tamantaman yang akan dibaiki terlebih dahulu.
Beliau berkata demikian ketika berucap di sidang media selepas mesyuarat penuh MBAS. “Taman-taman yang daif akan diberi keutamaan terlebih dahulu berbanding taman yang masih boleh digunakan dan tender juga telah dibuka untuk mengatasi masalah di taman-taman permainan pada tahun ini,” ujarnya. Khazali menyarankan supaya pengguna juga hendaklah samasama menjaga kemudahan taman permainan yang disediakan dan tidak merosakkannya.
ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini dalam proses menaik taraf tempat meletak kenderaan terutama di kawasan bandar dan tumpuan ramai berikutan masalah orang ramai yang mengalami kesulitan setiap kali mahu parkir kenderaan di kawasan pusat bandar. Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, Zamzama Mohd berkata, masalah itu akan dapat diatasi setelah bangunan parkir bertingkat siap sepenuhnya kelak. “Kita sedang merancang untuk menambah bilangan petak meletak kenderaan dengan menaik taraf parkir bertingkat di kompleks MBAS,” ujarnya. Zamzama memberitahu, buat masa ini, hanya paras bawah hingga tingkat enam yang boleh digunakan bagi menempatkan lebih 100 kenderaan. Setelah proses penyelenggaraan dan menaik taraf selesai kelak, ia dijangka dapat menyediakan 300 petak tempat meletak kenderaan. “Saya berpendapat setelah beroperasi kelak, ia mampu menampung jumlah kenderaan dan masalah tidak cukup parkir akan selesai,” katanya. Beliau menjelaskan, kerja-kerja untuk memulakan projek berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh tiga bulan akan datang selepas tawaran tender dibuka kepada kontraktor yang layak. “Ini alternatif terbaik dalam jangka pendek untuk mengatasi masalah parkir kerana pusat bandar ketiadaan kawasan lapang untuk dibangunkan
kawasan parkir,” tambahnya. Bagi perancangan jangka panjang, katanya, MBAS kini dalam proses memohon kelulusan tanah kuarters lama polis di Jalan Kolam Air bagi dibangunkan sebagai kawasan meletak kenderaan. “Kita baru sahaja buat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan dan sehingga kini masih menunggu jawapan sama ada diluluskan atau sebaliknya,” jelasnya. Menurutnya, MBAS kini turut memperluaskan penggunaan parkir berkupon dan antara kawasan yang telah dikenal pasti ialah Simpang Kuala, Jalan Pegawai, Kompleks Taman Perindustrian Kristal, Kompleks Perniagaan Shahab Perdana dan Kompleks Perniagaan Utama Jalan Sultanah Sambungan.
Gambar Hiasan
10 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Pengetahuan agama remaja membimbangkan AYER R Hitam – Hasil dari perkembangan masyarakat syarakat yang tidak seimbang menjadikan pengetahuan getahuan agama di kalangan anak-anak dan remaja khususnya menjadi terbatas, lebih-lebih h-lebih lagi dengan cabaran yang hebat di luar sana. Berucap di hadapan kira-kira 1500 orang hadirin sempena Majlis Penutup Kem Bina Insan (KBI) di sini, Menteri Besar, YAB Dato’
Tambahnya lagi kem seumpama ini telah bermula sejak 2004. Pada masa itu, ianya dilaksanakan di peringkat parti tapi sekarang kerajaan negeri mengambil alih untuk penyertaan yang lebih menyeluruh. Beliau turut berbangga kerana Kedah merupakan satu-satu negeri yang mengadakan kem-kem yang melibatkan pelbagai peringkat umur bermula sekolah rendah hingga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “ Wa l a u p u n kem ini hanya mengambil masa yang agak pendek 4 hari 3 malam sahaja namun ianya boleh menjadi ransangan kepada pendedahan kepada pembangunan insan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan secara tidak formal,” sambungYAB Menteri Besar bersama tetamu jemputan di Majlis Penutup KBI nya. Terangnya lagi, terdapat 2 konsep pemSeri Ustaz Azizan Abdul Razak melahirkan bangunan iaitu pembangunan fizikal dan kebimbangannya terhadap pengetahuan insan. Pembangunan fizikal melibatkan penagama di kalangan remaja kian semakin janaan ekonomi untuk menjadikan sesebuah berkurangan. negeri kaya dan makmur. Sementara pem“Mereka ni, kalau kita tanya nama para bangunan insan untuk membangun manusia Nabi dan Rasul, tak tahu nak jawab. Nabi bersama syaksiah dan akhlak Islam. Isa mereka kata Nabi Mat Isa. Tapi kalau kita “Bangunan tidak bergerak tapi manusia tanya nama artis-artis, mereka cekap. Ini boleh bergerak. Bangunan tak ada otak tapi yang membimbangkan kita,” keluhnya.
manusia ada otak, akal dan perasaan. “Kita nak bentuk manusia mengikut asas aqidah Islam yang boleh membentuk masyarakat. Biarlah tangan-tangan
YAB Ustaz Azizan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta KBI
yang menggunakan pembangunan fizikal yang kita bina terdiri dari tangan-tangan yang takutkan Allah,” tegasnya. Tambahnya, melentur buluh biar dari rebung, kalau sudah menjadi buluh susah hendak dilentur. Pendidikan yang dijana merangkumi pendidikan formal dan tarbiyyah. Anak-anak merupakan aset penting untuk masa yang akan datang. “Saya tertarik kepada sebuah syair arab yang antara maknanya, nilai sesebuah bangsa itu adalah akhlaknya, kalau runtuh akhlak maka generasi akan rosak dan hilang. “Akhlak yang kita pupuk mestilah berdasarkan ajaran Islam dan Rasulullah. “Kalau anak-anak remaja kita rosak, kita tak tahulah apa yang akan terjadi pada masa akan datang, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan aqidah,” katanya. Oleh itu katanya, kerajaan negeri sanggup memperuntukan sejumlah wang sematamata untuk mempastikan remaja masa kini menjadi genarasi cemerlang untuk masa akan datang.Kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak RM3.5 juta dalam belanjawan lalu untuk membina Pusat Belia Sejahtara Kedah di Sungai Petani.
“Kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM3.5 juta untuk pelancaran Pusat Belia Sejahtera Kedah yang melibatkan lepasan SPM. “RM2 juta untuk tempat dan RM14 juta untuk pengurusan kemudahan, pegawai dan kakitangan,” sambung beliau. Kata beliau lagi, Kem Belia Sejahtera Kedah akan diadakan pada bulan Jun di Dusun Resort di Padang Terap. Peserta terhad kepada 150 orang untuk permulaan dan melibatkan 10 orang setiap parlimen. Ini menunjukkan kepada masyarakat bahawa kerajaan negeri meletakkan keutamaan pembinaan insan melalui kem-kem yang dianjurkan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab melaksanakan program tersebut dan berharap usaha itu mendapat pertolongan dan rahmat dari Allah. Majlis Penutup Kem Bina Insan disempurnakan oleh Menteri Besar dan seterusnya beliau menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada para peserta. Majlis penutup tersebut diadakan di Sekolah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam.
Peserta gembira dapat manfaat besar dari Kem Bina Insan AY E R H I TA M – K e s e d i h a n menyelubungi ketika para peserta dan ibu bapa masing-masing berpelukan semasa slot penyerahan anak yang dikendalikan oleh Cikgu Sukarno Abdul Hamid sempena Majlis Penutupan Kem Bina Insan (KBI). Airmata gembira bercampur sedih melambangkan kepuasan di hati ibu bapa melihat perubahan anak-anak mereka setelah dididik dan ditabiyyah selama 4 hari 3 malam dalam kem tersebut. Majlis penutup yang diadakan
Peserta lelaki Kem Bina Insan
di Sekolah Agama Nurul Islam, dimulakan dengan bacaan ayatayat suci Al-Quran oleh salah seorang peserta kem iaitu Adik Azrae Ibrahim. Kemudian para peserta turut menyanyikan lagu tema yang bertajuk ‘Iman Mutiara’. Salah seorang peserta, Adik Abdul Hayyum Abdul Ghani,14 tahun, yang begitu sedih sekali ketika memeluk ayahnya berkata, kem tersebut dapat memberi pengetahuan serta membina dirinya menjadi anak yang soleh. “Sebelum ini saya banyak
buat salah kepada ibu bapa saya, selepas ini saya berjanji akan berusaha menggembirakan hati mereka dan menjadi anak yang soleh,” katanya yang juga merupakan anak kepada YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad. Sementara itu Adik Mohamad Zawir Ali Abdul Latif, 13 tahun, salah seorang penghuni rumah anak yatim di Komplek PAS Kedah turut merasa gembira kerana dipilih mengikuti kem terbabit. “Di sini kami diajar solat, makan bersama, suap kawan. “Kakak dan abang fasi juga semuanya baik-baik dan tak jemujemu memberi tunjuk ajar kepada kami,” katanya. Tambahnya lagi, walau pun dia tidak dapat bersama dengan ibu bapanya dimajlis tersebut, namun ia tetap berazam ingin menjadi anak yang soleh yang menggembirakan hati mereka. Lain pula dengan pelajar tingkatan tiga, Maktab Mahmud Alor Setar, Adik Umi Umairah Ahmad Syukri, baginya pengisian kem tersebut dapat memberi input kepadanya untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber suatu hari nanti. “Saya berasa gembira kerana saya boleh belajar bagaimana
nak jadi seorang pemimpin yang baik, bahagia dan selamat dunia akhirat,” ujarnya. Menurut salah seorang waris peserta, Puan Fatiah Yakkob, program seumpama itu sangat baik kerPeserta perempuan Kem Bina Insan ana pengisiannya berfaedah “Masa mereka dapat diisikan dan dapat membina generasi dengan perkara yang berfaedah bertaqwa. dan berguna untuk diri dan ibu “Kalau dilanjutkan sehingga bapa mereka. Cuma kalau boleh semingga rasanya lebih baik lagi lanjutkan sehingga 7 hari. 4 hari kerana pengisian dapat lagi dita3 malam ni rasa macam singkat mbah,” ujarnya. sangat,” sambungnya. Apabila diminta pandangan Di samping itu, salah seorang mengenai usaha kerajaan negeri peserta kem telah dipilih untuk mewujudkan kem-kem seperti itu, membaca warkah istimewa yang beliau berkata ianya merupakan ditujukan khas untuk Menteri satu perkembangan yang baik dan Besar. semasa pemerintahan kerajaan daSebelum itu, para peserta hulu, perkara-perkara seumpama menerima sijil penyertaan masingini kurang diberi perhatian. masing yang disampaikan oleh Ahmad Yusuf Ibrahim dari Menteri Besar melalui ketua kumKampung Bohor pula mengharappulan masing-masing. kan, dengan adanya kem tersebut Kem terbabit yang berpusat di sekurang-kurangnya dapat mengisi Sekolah Agama Nurul Islam, Ayer masa lapang pelajar-pelajar sekoHitam mempunyai 222 peserta. lah semasa cuti.
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Kompleks Pekan Rabu diserah pada koperasi ALOR SETAR - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan akan menyerahkan Ko m p l e k s Pe k a n Rabu kepada Koperasi Pekan Rabu untuk diurustadbir oleh koperasi itu selama 30 tahun. Demikian diberitahu oleh YAB Dato’ Seri Azizan dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman. Ujarnya lagi, kadar sewaan belum ditentukan lagi dan akan beritahu setelah pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah membuat penilaian. Beliau menyerahkan kepada jabatan itu menilainya walaupun harganya dianggap murah.
Antara variasi mempelam yang terdapat di Negeri Kedah
23 pusat pembelian mempelam Sala atasi lambakan
“Biasalah dalam memberi perkhidmatan kerajaan negeri rugi sikit tak apa. Sepatutnya kita bagi banyak lagi sebab Pekan Rabu adalah pusat pelancongan dan mercu tanda Alor Setar,” katanya. Pekan Rabu yang menjadi mercu tanda Bandaraya Alor Setar tapaknya disewa oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) sudah tamat tempoh pada tahun 2004. Tapak seluas 3,028 meter persegi itu diserah semula kepada Kerajaan Negeri. “Tanah itu sudah tamat sewaan pada tahun 2004 oleh Mara dan diserahkan semula kepada kerajaan negeri untuk tindakan seterusnya,” katanya. Katanya, pelancong yang datang ke Alor Setar akan singgah di Pekan Rabu untuk berbelanja sama seperti Pasar Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu.
Makin ramai golongan belia sertai Terapcare Oleh SARINA ISMAIL PA D A N G T E R A P – Ta b u n g Kebajikan Al-Masakini Padang Te r a p ( Te r a p c a r e ) s e m a k i n mendapat sambutan dan perhatian masyarakat terutama golongan belia. Penaung Terapcare yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap, YB Mohd Nasir Zakaria berkata, Terapcare kini mempunyai 33 cawangan dan 1,400 orang ahli. “Terapcare ini merupakan NGO yang boleh dianggotai oleh semua belia tidak kira fahaman politik asalkan mempunyai semangat tinggi kepada perkara berasaskan kebajikan. “Matlamat Terapcare adalah untuk membantu fakir miskin khususnya di Parlimen Padang Terap,” ujarnya. Tambahnya lagi, penglibatan golongan belia dengan kerja-kerja kebajikan mampu mengekang golongan berkenaan terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Pendedahan aktiviti-aktiviti
Berita Semasa 11
ALOR SETAR – Sebanyak 23 pusat pengumpulan mempelam sala telah wujud di kampung-kampung sejak Kedah Agro Holdings Berhad mengambil langkah untuk membeli mempelam sala daripada penduduk kampung daripada membiarkan ianya menjadi lambakan dan rosak begitu sahaja. Demikian diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Mempelam Kedah 2011 yang diadakan di Perkarangan Pekan Rabu, di sini. Menurut beliau, sehingga ke hari ini Kedah Agro berjaya mengumpul 4100 kilogram isi mempelam sala daripada penduduk kampung. “Kampung-kampung yang terlibat bermula daripada utara Kedah, iaitu Jerlun hingga ke Singkir, termasuk daerah Pendang. “Setakat ini kita berjaya kumpul 4100 kilogram isi pelam, isi yang dikumpul dihantar ke tapak sementara untuk diproses jadi kordial,” jelas beliau. Kedah Agro menawarkan RM1 bagi setiap kilogram buah yang dijual tanpa dikupas, tetapi jika siap dikupas dibeli dengan harga RM2.10 sekilogram. Tambah beliau, projek pengumpulan mempelam sala ini diharap dapat membantu penduduk kampung mengatasi masalah lambakan buah tersebut apabila tiba musimnya di samping memberi pendapatan sampingan kepada
“
Kedah Agro menawarkan RM1 bagi setiap kilogram buah yang dijual tanpa dikupas, tetapi jika siap dikupas dibeli dengan harga RM2.10 sekilogram.
mereka. “Kita harap orang kampung tahu buah pelam sala ini ada harga dan selepas ini mereka akan jaga semula pokok ini yang dapat beri pendapatan sampingan,” ujar beliau. Pesta Mempelam Kedah 2011 dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Terdahulu Pengarah Pertanian Negeri Kedah, YBhg Ismail Salleh berharap pesta ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan bagi mempromosikan buah mempelam yang mempunyai pelbagai jenis untuk maklumat orang ramai. “Kali terakhir pesta mempelam adalah pada tahun 2005, jadi kita berharap pesta ini dapat dihidupkan semula dan dijadikan sebagai acara tahunan agar orang ramai dapat maklumat mengenai mempelam yang mempunyai pelbagai jenis.
Ahli Terapcare mengambil bahagian berkonvoi mengiringi YAB Menteri Besar semasa Program Mesra Rakyat Daerah Padang Terap sedemikian boleh melahirkan sensiviti di hati meraka untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan menjadikan kerja-kerja kebajikan sebagai amalan hidup mereka. “Terapcare ditubuhkan pada tahun 2007 dan berfungsi untuk membantu golongan yang memerlukan. “Daerah Padang Terap ini mer-
upakan kawasan yang terpinggir dan agak mundur berbanding kawasan lain, oleh itu perhatian sewajarnya perlulah diberikan,” tambah beliau lagi. Beliau bersama Pengerusi Terapcare, Mohd Hamizan Hamzah, telah mengadakan pertemuan dengan 126 ahli baru dan turut menyampaikan sumbangan baju Terapcare kepada mereka.
YAB Ustaz Azizan dan YB Dato’ Amiruddin melihat pameran buah mempelam dari pelbagai variasi
Kerjasama erat P bawa faedah besa SPB Yang Di-Pertuan Agong menrima tabik tabik hormat
Keberangkatan pulang SPB Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Tuanku Sultan selepas taklimat di Blok E,WDA
KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan SPB Yang Di-Pertuan Agong di majlis mengadap
KDYMM Tuanku Sultan menyampaikan cenderahati kepada SPB Raja Permaisuri Agong
SPB Yang Di-Per tuan Agong melambai sewaktu kebarangkatan pulang
SPB R Raja aja jaa Permaisuri Permais Agong menziarahi pesakit di HSB Alor A lor Setar
Tetamu Di-Raja bersama YAB Menteri Besar melihat pameran peralatan menuai padi
SPB Yang Di-Pertuan Agong memeriksa perbarisan kawalan kehormat sebelum keberangkatan pulang
SPB Yang Di-Pertuan Agong menerima cenderamata daripada KDYMM Tuanku Sultan
Selepas Majlis Penghadapan di Istana Tetamu Seri Mentaloon
Tetamu Di-Raja berehat sebentar di atas replika titi di Muzium Padi
SPB Raja Permaisuri Agong bersama rombongan menyusuri Sungai Merbok
Oleh: AMELIA HASHIM ALOR SETAR - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berharap keberangkatan Seri Paduka Baginda (SPB) Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Kedah akan merapatkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri Kedah dengan Kerajaan Persekutuan. Baginda percaya dengan kerjasama erat ini kedua-dua belah pihak samasama mendapat faedah bagi tujuan pembangunan negeri Kedah dan negara Malaysia seluruhnya. Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan Malam sempena lawatan rasmi selama tiga hari SPB Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Negeri Kedah di Istana Anak bukit. Aktiviti yang diatur sempena lawatan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan SPB Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dengan rakyat Kedah tetapi turut memperkenalkan keindahan dan keunikan negeri Kedah seperti flora dan fauna yang terdapat di Sungai Merbok dan Gunung Jerai. “Paduka kekanda pecaya bahawa lawatan Seri Paduka Adinda dan Sri Paduka Adinda Raja Permasuri Agong yang singkat ke Kedah akan merapatkan tali silaturrahim antara rakyat negeri Kedah dengan Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Seri Paduka Adinda,” titahnya. Pada majlis itu, KDYMM Tuanku Sultan menarik perhatian para hadirin bahawa asas kekuatan negara adalah berpaksikan pada prinsip demokrasi berparlimen dan sistem Raja Berpelembagaan. Penyerapan nilai-nilai kerjasama dan keharmonian selaras dengan prinsip Rukun Negara telah menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara semenjak ianya ditubuhkan. Oleh yang demikian baginda mengingatkan semua pihak supaya berpegang teguh dan menghormati prinsip bagi menjamin keutuhan negara untuk selamalamanya. Selain itu dalam titah ucapannya, baginda menyentuh isu perpaduan dan semangat g hormat menghormati antara rakyat yang berbilang keturunan, nilai agama haruslah diperkukuhkan di dalam berbagai aspek termasuklah sosial, ekonomi dan politik. p sentiasa memberi perhatian meningkat tahap ekonomi “Kerajaan kekanda k dan sara hidup rakyat supaya setanding dengan negeri-negeri lain di dalam Persekutuan Malaysia. Ma “Walaupun sumber kewangan adalah terhad namun usaha gigih dalam sumber hasil baru serta usaha berjimat cermat senantiasa diamalkan mencari sumbe perbelanjaan dan pengurusan kewangan dibuat secara teratur dan supaya perbela berhemah,” titah tit baginda agar hubungan Kerajaan Negeri dengan kerajaan Pusat Baginda berharap be diteruskan dan semua rakyat dapat menikmati kehidupan seperti diidamkan semenjak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lau. Turut sama pada majlis itu Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Bendahara dan To’ Puan, YTM Tunku Laksamana dan To’ Puan, YTM Tunku Temenggung dan To’ Puan Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri, Tunku Puteri Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz, ketua-ketua jabatan dan dif-dif kehormat.
SPB Raja Permaisuri Agong melawat wad kanak-kanak di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
SPB Raja Permaisuri Agong seda kanak yang menangis semasa
usat dan Negeri ar untuk rakyat Majlis itu diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Dato’ Syeila Majid, Dato’ Khatijah Ibrahim dan Hazami. Manakala Kombo Kesenian Tentera Darat mengiringi persembahan itu. Pada keesokan harinya KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengiringi SPB Yang DiPertuan Agong melawat Muzium Padi di Gunung Keriang. Rakyat sekitar kawasan itu datang beramai-ramai untuk sama-sama meraikan tetamu Diraja ini. Muzium Padi menarik perhatian KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan SPB Yang Di-Pertuan Agong kerana keunikan lukisan pemandangan sawah yang seperti di alam kenyataan. Begitu juga dengan lukisan wajah-wajah pemimpin Kedah yang telah menabur jasa kepada kemajuan negeri Kedah. Pada masa yang sama KDYMM Tuanku Sultanah Kedah mengiringi SPB Raja Permaisuri Agong menaikki bot menyusuri Sungai Merbok yang cantik dengan tumbuhan pokok-pokok bakau kiri dan kanan tebing sungai. Selepas itu baginda berdua dibawa ke puncak Gunung Jerai untuk istiadat santapan tengahari. Jadual asal ialah lawatan ke Muzium Perhutanan tetapi dibatalkan berikutan hujang turun dengan lebatnya. Majlis bersama rakyat diadakan pada sebelah malam di Dewan Wawasan, Jitra dihadiri kira-kira 2,000 rakyat negeri Kedah. Pada hari ketiga lawatan, KDYMM Tuanku Sultan Kedah sekali lagi mengiringi SBP Yang Di-Pertuan Agong ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah untuk mendengar taklimat pembangunan negeri di Bilik Gerakan Wisma Darulaman. Manakalan KDYMM Tuanku Sultanah mengiringi SPB Raja Permaisuri Agong melawat pesakit di wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Majlis santapan tengahari berlangsung di Kelab Kedah Diraja. Sebelum keberangkatan pulang pada jam 5.00 petang baginda berdua berkenan hadir di Majlis Mengadap di Istana Anak Bukit Sesungguhnya lawatan rasmi SPB Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke negeri Kedah selama tiga telah memberi makna besat terhadap hubungan baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.
SPB Yang Di-Pertuan Agong dan YAB Menteri Besar berbual sebelum berangkat pulang selepas Majlis Santapan Rakyat di Dewan Wawasan
ang memujuk seorang kanakketibaan baginda ke HSB
KDYMM Tuanku Sultan menyambut ketibaan SPB Yang Di-Pertuan Agong di LTSAH
SPB Yang Di-Pertuan Agong tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
KDYMM Tuanku Sultan bersama YAB Menteri Besar selepas Majlis Santapan Di-Raja di Istana Anak Bukit
SPB Yang Di-Pertuan Agong bersalaman dengan EXCO Negeri Kedah
SPB Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Tuanku Sultan menandatangani buku lawatan sempena lawatan ke Blok E
KDYMM Tuanku Sultanah menyambut ketibaan SPB Raja Permaisuri Agong
SPB Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Tuanku Sultan melihat pemeran di Blok E
YAB Menteri Besar dan Tuanku Sultan bersama tetamu Di-Raja sewaktu Majlis Jamuan Rakyat di Dewan Wawasan
KDYMM Tuanku Sultan bersama Tuanku Sultanah dan Menteri Besar melambai tetamu Di-Raja
KDYMM Tuanku Sultan bergambar bersama tetamu Di-Raja
KDYMM Tuanku Sultan dan SPB Yang Di-Pertuan Agong bersalaman dengan rakyat semasa Majlis Jamuan Rakyat
SPB Yang Di-Pertuan Agong mencuba kuih karas
Ketibaan KDYMM Tuanku Sultanah bersama SPB Raja Permaisuri Agong di Jeti Semeling
14 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Status tanah akan diselesai segera Oleh SARINA ISMAIL
YAB menteri Besar sedang berucap merasmikan Program Yan Bersih Rakyat Sihat
Jangan biarkan budaya gotong royong pupus YAN – Budaya gotong royong telah diamalkan sejak dahulu lagi dalam masyarakat kita. Sekiranyanya budaya ini tidak diteruskan lama kelamaan ia akan pupus dan timbullah budaya nafsi-nafsi yang hanya memikirkan hal diri masing-masing. Demikian ucapan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak sempena perasmian Majlis Pelancaran Program ‘Yan Bersih Rakyat Sejahtera’ di Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Sala Besar. “Gotong royong ini banyak faedah, antaranya ia boleh mengurangkan kos, mengeratkan silaturahim dan yang paling besar, kita mendapat ganjaran dari Allah kerana tolong menolong terutama dalam kerja-kerja kebajikan. “Buat kebajikan seperti gotong royong ini perlu kerjsama semua tidak mengira fahaman politik. Asalkan atas nama kebajikan lebih-lebih lagi untuk keselesaan orang lain. “Para malaikat akan mendoakan orangorang yang buat kebajikan dan InsyaAllah akan ada ganjaran di sisiNya,” katanya. Tambahnya lagi, budaya gotong royong itu perlu dijadikan program rakyat selain mengadakan kempen kesedaran sayangi alam sekitar. Kawasan luar bandar masih lagi banyak sampah dan kesedaran di peringkat kampung perlu dipertingkatkan. “Kebersihan merupakan satu tuntutan samada untuk diri, rumah atau kampung. Kesedaran sayangi alam sekitar masih kurang di peringkat luar bandar. “Islam mengajar kita menjaga kebersihan. Bersih bermula dengan niat, tubuh badan dan makanan, barulah timbul sejahtera.
“Semua orang suka kepada benda yang bersih terutama benda-benda yang boleh lihat tapi bersih yang tidak boleh dilihat pun ada. Benda halal misalnya, ianya bersih tapi tidak dapat dilihat. Tapi kena ingat benda haram walau pun kadang kalanya nampak bersih tapi jelas ianya tidak bersih di sisi syarak,” jelas beliau. Katanya lagi, Yan merupakan aset bernilai walaupun ia merupakan kawasan luar bandar. Ia mempunyai kawasan strategik untuk tarikan pelancong. Gunung Jerai merupakan tempat terbaik selepas Pulau Langkawi. Gunung Jerai mendapat perhatian negara sebagai tempat pelancongan yang tidak tercemar. Hotel Jerai Regency di bawah kerajaan negeri mempunyai 79 buah bilik untuk menampung kehadiran pelancong. “Kita juga patut rasa bertuah kerana Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong memilih untuk berehat di Gunung Jerai sempena lawatan rasmi mereka ke Kedah. “Ini pertama kali Yang DiPertuan Agong datang ke Kedah. Saya harap masyarakat Yan datang ramai-ramai menyambutnya kedatangannya di kaki gunung,” ujar beliau. Ustaz Azizan berkata lagi, beberapa perkara penting telah dirancang, antaranya mewujudkan landskap bumi Daerah Yan. Tempat-tempat yang menjadi perhatian ialah Gunung Jerai, Titi Hayun, Kampung Raga dan pulau-pulau yang ada di daerah Yan seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Bidan dan lain-lain yang berpotensi. “13 ekar tanah telah dibeli oleh PKNK
YAB Ustaz Azizan dismabut oleh penduduk tempatan
di Titi Hayun untuk program tersebut. Semuanya kita jadikan untuk tarikan pelancong selaras dengan hasrat menjadikan Ya n s e b a gai daerah pelancongan. “ J a g a kebersihan daerah kita elok-elok, bila bersih
PADANG TERAP – Kerajaan negeri sentiasa berusaha memberi hak sewajarnya kepada rakyat sesuai dengan slogan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. Masalah status dan hak milik tanah mendapat perhatian sewajarnya dan langkah-langkah menyelesaikannya sentiasa diberi keutamaan. Berhubung masalah tersebut kerajaan negeri di bawah tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi telah mengadakan perjumpaan menyelesaikan masalah status tanah di Kampung Ragut dan Kampung Kaeng, Padang Terap. “Masalah tanah di kampung terbabit bermula dari kerajaan dahulu lagi, malangnya ianya tidak diselesaikan yang mana lebih kepada masalah status hak milik,” jelasnya. Menurutnya lagi, keluasan tanah Kampung Ragut mencecah 300 hektar dan didiami 600 orang peneroka. Masalah tersebut
telah pun ditengahkan dan dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri. “Sekarang ini, 80 peratus sudah selesai. Kerajaan negeri akan ambil alih dulu urusan tanah tersebut sebelum mengagihkan kepada pemohon. Saya minta peneroka tubuhkan jawatankuasa untuk mendapatkan maklumat penduduk sebelum agihan dibuat,” ujarnya lagi. Tambah beliau lagi, sebarang penerokaan tanah yang melibatkan rizab kerajaan perlu dielakkan pada masa akan datang untuk mengelak masalah sedemikian terus berulang. Satu pertiga tanah negeri perlu dijadikan tanah simpanan untuk mengelakkan terjadinya masalah alam sekitar. Walau bagaimana pun kedudukan tanah di Kampung Kaeng masih dalam penelitian kerajaan negeri. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut Ahli Parlimen Padang Terap, YB Nasir Zakaria dan MKK. Perjumpaan diadakan di Masjid Kubang Palas, Padang Terap.
Yan Bersih Rakyat Sejahtera’ YAN – Pelancaran program ‘Yan Bersih Rakyat Sejahtera’ mendapat sambutan dari pelbagai pihak termasuk MKK, JKKP, PBT, agensi kerajaan dan penduduk setempat. Pegawai Daerah Yan, Encik Zahari Ismail berkata, program tersebut dilancarkan sebagai menyokong wawasan kerajaan menjadikan Yan sebagai daerah pelancongan. Untuk merealisasikan wawasan tersebut pelbagai aktiviti terancang telah disusun terutamanya membersihkan Daerah Yan. “Untuk siri 1 ini, kita mulakan dengan mengadakan gotong royong di Parit Kilik yang bermula dari titi Sarang Semut sehingga titi Batu 18, Guar Chempedak, lebih kurang lapan batu jaraknya. “Gotong royong ini akan dilanjutkan pada 5 Mei ini di kaki Gunung Jerai hingga
pelancong akan datang lagi, hasilnya rakyat Yan juga yang beroleh manfaat,” nasihatnya. Maklumnya lagi, kualiti kebersihan di Negeri Kedah khususnya telah dipertingkatkan. E-Idaman didapati boleh menjalankan tanggung jawab dengan baik dalam tempoh percubaan ini. Kalau hendak dibandingkan semasa kerajaan dahulu, Bandaraya Alor Setar tidak mempunyai lori yang mencukupi untuk mengangkut sampah. “Masalah dulu, Majlis Bandaraya tak ada duit, lori nak angkut sampah pun tak cukup. Kerajaan negeri masa tu nasihat mereka jual tanah hadapan PKNK dengan harga RM2.3 juta untuk bayar hutang. “Kita sekarang melalui E-Idaman dapat menjalankan tugas dengan baik. Lori-lori dan tong-tong sampah kita tambah,” kata YAB Ustaz Azizan. Sambungnya lagi. Kedah merupakan negeri terawal menandatangani perjanjian dengan E-Idaman. Untuk peringkat seterusnya
ke puncak. Ini juga merupakan persediaan menyambut ketibaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 14 Mei ini,” ujarnya. Selain itu, tambahnya, gotong royong yang melibatkan tempat-tempat awam, kawasan perlancongan, medan-medan selera, masjid, surau, kawasan perkuburan, pekan-pekan dan kampungkampung di Daerah Yan akan dilaksanakan untuk peringkat seterusnya. “Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dari semua pihak termasuk E-Idaman yang turut mengambil bahagian dalam program ini,” kata beliau lagi. Sementara itu, Pengawai Khas Kepada Menteri Besar, Encik Muzaini Azizan berkata, program tersebut merupakan program pertama sejak 50 tahun. perjanjian mewujudkan tempat pelupusan sisa pepejal akan ditandatangani. Dengan wujudnya tempat pelupusan tersebut akan mengurangkan budaya masyarakat kampung terutamanya membuang sisa-sisa terbabit di telaga-telaga buruk. “Bila sebut alam sekitar, kualiti air pun kita nak pertingkatkan. Kita dah hantar wakil Exco bersama ketua pegawai eksekutif SADA ke Switzerland untuk melihat keupayaan ‘meter’ yang digunakan untuk keluarkan air yang sempurna. “Kita akan mulakan projek ini dengan segera di loji Padang Sanai untuk memastikan rakyat mendapat bekalan air yang sempurna dan bersih selain dari dapat membekalkan air yang mencukupi menampung keperluan rakyat. “Ada yang tak sabar. 50 tahun boleh sabar, takkan 3 tahun tak boleh sabar,” kata beliau. Seterusnya, beliau melancarkan gimik pelancaran ‘Yan Bersih Rakyat Sejahtera’.
Berita Semasa 15
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Tiada pembaziran sambutan 3TKS Oleh MUSLIM ABDUL RAZAK ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad menyangkal dakwaan ADUN Bakar Bata Dato’ Ahmad Bashah Mat Hanipah kononnya penggunaan wang GLC di bawah kerajaan lalu untuk program pemimpin Pusat di Kedah adalah bersamaan dengan penggunaan wang GLC untuk Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera. “Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera adalah program kerajaan negeri, pengisian sebahagian besar program adalah ke arah memantapkan misi dan visi ‘Kedah Sejahtera’ serta penghebahan maklumat kepada seluruh rakyat berhubung pembangunan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun,” ujarnya. Sedangkan, katanya, program pemimpin Pusat bersama rakyat di bawah kerajaan lalu yang dikatakan oleh Ahmad Bashah itu adalah program kempen politik yang sepatutnya parti politik tersebut yang membiayainya. Menurut YB Ustaz Abdul Ghani lagi, perbelanjaan untuk lima hari program Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera hanya sekitar RM550 ribu. Daripada jumlah terse-
but sebahagiannya ditampung oleh sewa gerai dan penajaan. “Maknanya perbelanjaannya sangat optimum, selaras dengan dasar perbelanjaan berhemah oleh kerajaan negeri,” ujarnya. Datuk Ahmad Bashah membangkitkan isu tersebut ekoran laporan SPRM yang dibuat oleh beberapa individu tertentu terhadap Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) (sebelum Mac 2008) yang didakwa menyumbang kira-kira RM7.5 juta kepada pihak tidak berkepentingan dengan urusniaga syarikat. Antara pihak yang paling banyak menerima sumbangan dari STDC ialah parti politik kerajaan yang memerintah pada masa itu.
Kerajaan beri insentif pengusaha tanah terbiar Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Kerajaan negeri mengalualukan penduduk kampung yang mempunyai tanah terbiar mengusahakannya bagi mendapatkan hasil. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri memberi insentif kepada tuan tanah yang ingin mengusahakannya tetapi kekurangan modal. “Kebanyakan tanah yang ada di Kedah sudah bermilik, ada yang tanam dengan pokok-pokok buah-buahan, ada yang ditinggalkan begitu sahaja. “Jadi tanah terbiar ini, kerajaan negeri dah buat satu polisi, kalau mukim itu ada 10
hektar, bertompok-tompok pun boleh, kita himpun buat satu projek 10 hektar untuk satu mukim. “Maka kerajaan negeri akan beri insentif kepada tanah terbiar ini sebanyak RM20 ribu untuk satu hektar, 70 peratus daripadanya untuk buat infrastruktur seperti longkang dan jalan masuk, lagi 30 peratus untuk beli benih dan baja. “Oleh itu, kerajaan negeri mengharapkan supaya tanah-tanah terbiar yang ada kita usahakan bagi mendapatkan hasil serta suburkan tanah kurniaan Tuhan,” jelas beliau. Tambah beliau, dengan usaha ini dapat memastikan tanah-tanah terbiar yang ada dapat dimanfaatkan, menjamin bekalan makanan negeri serta negara dan juga memberi pendapatan kepada rakyat.
Pejabat cawangan MBAS di Pokok Sena ALOR SETAR – Bagi menghadapi pembangunan yang pesat di Daerah Pokok Sena maka Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memutuskan untuk mewujudkan sebuah cawangan majlis yang lengkap di daerah tersebut dengan menambah jabatan-jabatan dan kakitangan yang baru. Dato’ Bandar Bandaraya Alor Setar, Dato’ Haji Khazali Din Berkata, MBAS perlu menambah di sana seorang Penolong Setiausaha, dan kakitangan teknikal untuk menjalankankan tugas-tugas khas disana. Beliau berkata demikian ketika berucap
di sidang media selepas mesyuarat bulanan MBAS. “Bagi tujuan memberikan perhatian yang lebih kepada cawangan tersebut sebagai satu daerah yang masih lagi di dalam kawasan pentadbiran MBAS, maka akan diwujudkan di sana Bahagian Pembersihan Bandar, Bahagian Perlesenan, Bahagian Pengurusan dan bahagia-bahagian lain. “Dengan adanya kakitangan yang cukup di sana mungkin banyak perkara dapat dilaksanakan contohnya pertumbuhan yang pesat juga dapat dilakukan,” terangnya.
Pelajar baru Insaniah sedang mendaftar
1,086 pelajar baru mendaftar di Insaniah ALOR SETAR - Seramai 1,086 orang mendaftar sebagai pelajar-pelajar baru di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di sini bagi pengambilan Jun 2011. Antara program yang ditawarkan di KUIN ialah Program Asasi iaitu Pengurusan, Pengajian Islam dan Sains. Manakala jurusan Diploma ialah Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Tahfiz Wal Qiraat, Seni Reka Grafik, Kreatif Multimedia, Digital Video, Insurans Islam, Perbankan Islam, Pengurusan Hotel dan Perkhidmatan Halal serta
Kejururawatan. Di samping itu, KUIN juga turut menawarkan Program Ijazah dengan Kepujian iaitu Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Pengurusan Perniagaan, Teknologi Maklumat, Perakaunan, Mutimedia Grafik, Multimedia Kreatif, Web Televisyen, Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Kejuruteraan, Teknologi dengan Kepujian serta Program Perubatan. Program lain yang turut dita warkan ialah Ijazah Sarjana (MA) iaitu Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Kewangan dan Perbankan Islam.
Pelajar baru Insaniah sedang mendaftar
Kerajaan Negeri beri geran kepada pengusaha Felda ALOR SETAR - Seramai 1,249 peserta di empat buah Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan (Felda) di Kedah boleh tersenyum gembira apabila Kerajaan Negeri akan memberi geran kepada individu yang mengusahakan tanah dengan keluasan keseluruhan 3,026 hektar. Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah setuju untuk memberikan geran tanah berkenaan kepada peserta Felda Teloi Timur (2482 hektar), Felda Bukit Tangga (1496.5 hektar), Felda Laka Selatan (378.2 hektar) dan Felda Gunung Bungsu (490.9 hektar). “Kerajaan Negeri dalam mesyuarat telah putuskan untuk beri geran tanah kepada peserta Felda seluas 3026 hektar bagi pen-
eroka felda. Geran sendiri,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini. Katanya, Kerajaan Negeri akan keluarkan geran milik sendiri bagi setiap peserta Felda berkenaan berkuatkuasa sekarang. Beliau memberitahu jumlah peserta yang akan menerima geran tanah berkenaan ialah seramai 610 orang (Felda Teloi Timur), 374 (Felda Bukit Tangga), 85 (Felda Laka Selatan dan seramai 180 dari Felda Gunung Bungsu dengan jumlah keseluruhan 1,249 orang. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan Kerajaan Negeri menghargai usaha mereka yang membantu kerajaan dalam meningkatkan bidang pertanian.
16 Berita Semasa
Ramai tidak tahu kaedah pembuangan sampah Oleh SARINA ISMAIL ALOR SETAR – Sikap orang ramai yang masih kurang memahami cara pembuangan sampah yang betul mengakibatkan masalah sampah tidak dapat diselesaikan dengan sempurna. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrorazi Zawawi berkata ketika ditemui di pejabatnya, orang ramai masih belum memahami cara yang betul pembuangan sampah dan mengakibatkan longgokan sampah di tempat pembuangan sampah. “Kita menghadapi masalah bila orang ramai menggunakan tempat pembuangan sampah untuk membuang barang-barang tidak terpakai seperti tilam-tilam, bantal dan perabut-perabut. Selain itu rumput dan ranting-ranting pokok juga diletakkan bersama dengan sampah-sampah biasa. “Sepatutnya sampah domestik (sampah sisa dapur, makanan dan lain-lain) diletakkan dalam bungkusan yang berasingan dengan botol-botol atau barangan kaca,” ujarnya. Menurutnya lagi, barangan selain dari sisa-sisa makanan akan dikutip seminggu sekali dan apabila orang ramai mencampur aduk benda-benda terbabit maka berlakulah masalah pengutipan kepada pihak yang bertanggungjawab. “Sampah di tempat pengumpulan sampah akan dikutip setiap hari dan dalam kawasan taman perumahan tiga kali seminggu. Yang lain macam rumput, tilam, bantal, botol-botol mereka kutip seminggu sekali sahaja tapi apabila dicampuradukkan akan menimbulkan masalah kepada pekerja dan sekaligus akan terjadi longgokan di tempattempat pembuangan sampah. “Kita juga menerima rungutan, tongtong tidak digunakan, sampah dicampak berselerakan di tepi-tepi jalan. Maknanya orang ramai tidak membuang sampah ke tempat yang disediakan tapi membuang sesuka hati. Maka secara tidak lansung, kelihatan seperti limpahan sampah yang tidak dikutip berhari-hari,” tambahnya lagi. Beliau berkata, tong-tong sampah akan ditambah walau pun sebelum ini telah pun ditambah sebanyak 100 buah. Sementara bilangan lori-lori sampah juga telah ditambah. Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) juga telah menjalankan penguatkuasaan terhadap orang ramai yang membuang sampah merata-rata tempat dan kompaun akan dikenakan mengikut kesalahan yang mereka lakukan.
“
sampah domestik k (sampah sisa dapur,, makanan dan lain-lain) diletakkan n dalam bungkusan yang g berasingan dengan n botol-botol atau u barangan kaca a
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Kampus Insaniah dibangunkan mengikut jadual Oleh WADIASSOFI JAAFAR
KUALA KETIL – Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kampung Pantai Chicar, di sini dalam Daerah Baling kini giat dibangunkan mengikut jadual. Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, tapak kampus berkenaan berkeluasan 832 ekar dan kawasan kampus yang dibangunkan ialah seluas 360 ekar membabitkan pembinaan bangunan pentadbiran termasuk dewandewan kuliah. “Asrama pula akan didirikan di zon dua dan tiga dalam fasa pertama yang boleh memuatkan kapasiti penuntut seramai sehingga 7,000 orang kerana penggunaan tanah secara berhemat,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan ke tapak pembinaan kampus tetap KUIN di sini. Menurutnya, pembinaan kampus tetap ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2013 dan mampu menampung seramai 10,000 penuntut. “Kita turut menerima permintaan seramai lebih 6,000 orang untuk memasuki KUIN dalam pelbagai bidang walaupun kampus tetap di sini belum lagi siap sepenuhnya,” jelasnya. Menteri Besar memberitahu, Kerajaan Negeri akan memastikan Bina Darulaman Berhad (BDB) membina rumah terlebih dahulu sebelum membina kampus dan asrama KUIN bagi memberi kemudahan kepada penuntut KUIN. “KUIN juga turut menyediakan fakulti perubatan dan dengan adanya fakulti ini
YAB Menteri Besar bersama pemimpin negeri melawat tapak Kampus KUIN di Kuala Ketil akan dapat melahirkan pakar dalam bidang perubatan,” katanya. Beliau menjelaskan, Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) diberi tanggungjawab bagi meningkatkan pencapaian penuntut yang menyambung pengajian di Maahad Tahfiz yang melibatkan Bahasa Arab, Usuluddin dan Al-Quran. “Bagi jurusan hafalan ini, tempat yang bersesuaian serta pensyarah turut disediakan di samping ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri,” ujarnya. Tambahnya, KUIN merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Islam di negeri ini yang menjalankan program Pengajian Islam secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir.
“Kini, KUIN terus menaikkan imej Kedah dengan menjadi pusat pengajian Islam yang terulung di rantau ini apabila dianggap oleh Universiti Al-Azhar sebagai cawangannya di Asia Tenggara,” katanya. Hal ini, jelasnya, menarik lebih ramai penuntut asing untuk menyambung pengajian di sini seperti dari Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Republik Rakyat China, Kemboja dan Iraq. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengerusi Bina Darulaman Berhad, Dato’ Paduka Haji Mohd Saad Endut, Rektor KUIN, Profesor Dato’ Wira Dr. Jamil Osman dan Pegawai Daerah Baling, Tuan Haji Ahmad Fisol Haji Md Nor.
Produktiviti dan kualiti penting untuk organisasi Oleh: SARINA ISMAIL LANGKAWI – Kefahaman yang mendalam tentang segala aspek produktiviti dan kualiti adalah penting kerana kebijaksaan pengembelingkan faktor-faktor pengeluaran secara optima boleh membantu organisasi mencapai tahap yang tinggi. Demikian antara ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Siti Ashah Ghazali sempena Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia ke-3 di sini. “Dengan penambahbaikan itu, ianya dapat memastikan nilai tambah yang tinggi dan penjimatan kos operasi dan sekaligus memainkan peranan bermakna untuk mempertingkatkat kecekapan organisasi,” tambahnya lagi. Bercakap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin, beliau berkata lagi, Konvensyen ICC ini juga memberi sumbangan yang bermakna kepada kerajaan untuk melihat tahap daya saing negara lebih baik untuk masa-masa yang akan datang. “Sehubungan itu, pihak Perpustakaan Awam diharapkan dapat memastikan lebih banyak kumpulan-kumpulan ICC yang dapat dibentuk dan diaktifkan di samping mengekalkan kumpulan-kumpulan senior melalui perlaksanaan aktiviti-aktivti mereka,” ujarnya.
Beliau juga berharap, platform yang diberikan oleh Perbadanan Produktiviti Negara (MPC) dalam konvensyen tersebut membolehkan ahli kumpulan saling bertukar fikiran dan pengalaman.Ini juga membuka ruang yang besar kepada semua untuk mempelajari beberapa pendekatan serta pengetahuan baru di antara satu sama lain. “Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan konvensyen ini dan semoga usaha-usaha sebegini diteruskan serta mempertingkatkan lagi prestasi kearah pencapaian yang lebih cemerlang untuk masa yang akan datang. “Selain itu juga ianya boleh membantu organisasi masing-masing meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti serta komitmen pekerja-pekerja kearah usaha tersebut,” sambungnya. Konvensyen ICC diadakan di Hotel City Bayview, Langkawi bermula 9-11 Jun anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Konvensyen tersebut telah disempurnakan Perasmian Penutupannya oleh YB Siti Ashah Ghazali. Sementara itu, persembahan projek yang bertajuk Pelanggan Kad Profil Tokoh Rendah telah berjaya menarik minat para juri menobatkan Kumpulan WHOPEDIA dari Perpustakaan BERNAMA mewakili kumpulan khusus sebagai johan sempena konvensyen
tersebut. Tiga kumpulan telah dipilih untuk anugerah khas iaitu INSPIRASI dari perpustakaan awam Perak, SMART LAYER dari perpustakaan awam Terengganu dan SMART ACQLIB dari UPM, Kedah telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menjayakan konvensyen tersebut kali ini. Konvensyen terbabit telah diadakan bermula 9 hingga 11 Jun dan dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seraja Setia Dato’ Paduka Haji Rasli Basir. Sebanyak dua belas kumpulan dari perpustakaan awam seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut. Antaranya empat dari perpustakaan awam, lima perpustakaan akademik dari universiti tempatan dan satu dari perpustakaan khusus di bawah jabatan. Pertandingan tersebut diadakan dua tahun sekali dan antara ciri-ciri yang diambil kira oleh pihak juri termasuklah dari segi pengurusan dan teknikal. Kumpulan-kumpulan lain yang mengambil bahagian ialah, i-SOLUTION dari UNIMAS, PRODIGY 6 dan TITANUM dari UITM, MONSOPIAD dari perpustakaan awam Sabah, iSMART dari UIAM, KLIK dan PANTAS 3 dari UKM. Johan kumpulan menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM3 ribu, piala dan sijil penyertaan.
Berita Semasa 17
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Peruntukan JKR tidak diseleweng
Antara pelajar sekolah yang hadir mendengar ceramah penemuan baru Sejarah Kedah Tua
Generasi baru dijinakkan dengan bahan sejarah
YB Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi Oleh leh MUSLIM ABDUL RAZAK ALOR LOR SETAR - Dakwaan bahawa Kerajaan Negeri egeri Kedah menyalahgunakan peruntukan menyelenggara jalan negeri yang diberikan oleh kerajaan Pusat untuk tujuan lain adalah tidak benar kerana peruntukan tersebut digunakan secara berperingkat dan mengikut amalan kerajaan terdahulu. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi berkata, perkara yang sama turut berlaku di seluruh negara apabila setiap peruntukan yang diterima dari kerajaan Pusat akan dimasukkan dalam satu akaun. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Mansor yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah menyalahgunakan peruntukan menyelenggara jalan negeri untuk tujuan lain.
“Apabila akaun kerjaan negeri menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat, wang tersebut sudah bercampur dengan wang sedia ada di d disebabkan di b bk Kedah d h tidak id k mempunyaii akaun lain untuk membolehkan peruntukan tersebut diasingkan,” ujarnya. Phahrolrazi berkata, memandangkan kerajaan negeri membelanjakan bemacammacam perkara sepanjang tahun maka amat sukar untuk memastikan bahawa peruntukan tersebut digunakan untuk menyelenggara jalan negeri. “Selain itu, urusan menyelenggara jalan negeri diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah sepenuhnya. “Jadi, isu penyalahgunaan peruntukan tidak seharusnya ditimbulkan,” ujarnya. Baru-baru ini Menteri Kerja Raya meyatakan bahawa Kedah dan Selangor dikenalpasti menggunakan peruntukan menyelenggara jalan negeri untuk tujuan lain.
Oleh AMELIA HASHIM O ALOR SETAR - Benarkah sejarah berupaya AL menanam semangat jati diri dan cintakan bangsa serta tanah air? Sama ada benar atau tidak, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah telah berjaya menarik para pelajar sekolah menengah sekitar Alor Setar mengikuti seminar yang berlandaskan sejarah serta ketamadunan tanah air. Usaha murni ini telah berjaya merapatkan generasi baru terutama para pelajar dengan generasi lama terdiri daripada pakar
E-Idaman lancar dua lori baru di Kubang Pasu JITRA – Bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kutipan sampah di Daerah Kubang Pasu, Syarikat Environment Idaman (E-Idaman) melancarkan 2 buah lagi Lori Kompator dan Tricycle baru. Ketua Pegawai Ekskutif Syarikat E-Idaman berkata, sebelum ini dalam satu-satu masa lori yang sedia ada hanya mampu membawa dua hingga tiga tan sampah sahaja, tetapi kini dengan
Prof Dr. Mokhtar Saidin
YDP MDKP, Dato’ Noh melancarkan lori baru E-Idaman
lori baru ianya mampu membawa sehingga 10 tan sampah dalam satu perjalanan. Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pelancaran Lori Kompator Baru dan Tricycle di Bandar Darul Aman. “Dengan penambahan lori ini menjadikan Kubang Pasu mempunyai empat buah lori berkapasiti 10 tan dan dua unit Lori Armroll. “Saya berharap ianya dapat mengurangkan masalah sampah yang tidak dapat dikutip sebelum ini,” terangnya. Tambah Saiful, bagi menjadikan perkh-
idmatan yang lebih berkesan dan sistematik pihaknya merancang untuk menyusun kembali dan menggabungkan laluan kutipan yang sedia ada. Secara tidak langsung kutipan jadual dapat disusun semula dan papan tanda kutipan akan diletakkan di setiap taman perumahan bagi memudahkan penduduk merujuk jadual berkenaan. Hadir melancarkan majlis tersebut, Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu, Dato’ Noh.
sejarah serta ahli-ahli persatuan sejarah. Sejarah akan berubah selagi ada pengkaji dan penemuan artifak baru-baru ini sangat menggemparkan kerana berjaya membuktimembukti kan tamadun Melayu Semenenjung bermula di Kedah semenjak abad ke-4 Masihi. Ini berdasarkan penemuan kilang melebur bijih di Kampung Cemara, Jeniang dalam Daerah Sik dan kompleks industri besi di Sungai Batu dalam Daerah Kuala Muda. Demikian diberitahu Prof Dr Mokhtar Saidin dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia pada ceramah Tamadun Kedah Sebelum Islam dengan tajuk ‘Sumbangan Kompleks Sungai Batu Kepada Kerajaan Kedah Tua Kurun Pertama hingga ke-4 Masihi’ di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Katanya, semua bukti itu lahir dalam bentuk struktur binaan dan barangan perdagangan seperti seramik, manik, kaca dan porselin. “Contoh batu-bata serta arang yang
terdapat di situ dihantar ke makmal di luar negara dan keputusan menunjukkan contoh itu terhasil pada awal abad ke-4 Masihi dan aktiviti peleburan besi sejak kurun pertama hingga ke-14 Masihi lagi,” katanya di hadapan para pelajar dan peminat sejarah berjumlah 200 orang. Menurutnya, struktur senibina pengkalan atau jeti tepi sungai menunjukkan aktiviti perdagangan yang pesat serta struktur organisasi masyarakat yang tinggi sehingga terdapat antara mereka ahli geologi yang mampu mengenal besi mentah untuk dilombong dan dibawa ke tapak Sungai Batu untuk dileburkan bagi pelbagai kegunaan. Masyarakat setempat ketika itu sudah ada yang bertindak sebagai arkitek membina jeti, bangunan beserta dewan, bilik makan selengkapnya selain bahan ini diniagakan kepada pedagang luar yang singgah di Sungai Batu. Berikutan itu katanya, penemuan itu mendedahkan kepentingan Kedah Tua di Lembah Bujang dalam kajian tamadun awal rantau ini khasnya dan dunia amnya. Katanya, rekod awal menyatakan kerajaan Kedah Tua meliputi keluasan sekitar 400 kilometer di sempadan bahagian Selatan Bukit Mertajam, Utara Bukit Choras, Barat Selat Melaka dan di Timur Lebuhraya Utara Selatan. “Kajian menunjukkan Kedah Tua berlangsung sejak akhir kurun ke 4 hingga ke la 14 Masihi dengan pembahagian kawasan mengikut masa. Perkembangannya dikaitkan m dengan bukti pelayaran Selat Melaka yang de digunakan sejak zaman sebelum Masihi medi mungkinkan Kedah Tua wujud sebelum abad m ke 4 Masihi lagi,” katanya. Bukti ini diperkukuhkan dengan kajian aras laut kuno di Kedah Tua didapati pada kurun pertama hingg ke-3 Masihi, muara Sungai Merbok letaknya di sekitar Sungai Batu. “Kajian yang dilakukan pada tahun 2007 menemukan jumpaan batu-bata di permukaan ladang kelapa sawit dan di kiri kanan jalan raya Semeling ke Merbok yang memberi sumbangan bukti Sungai Batu adalah kesan tinggalan tamadun Kedah Tua,” katanya. Seminar itu dirasmikan oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri YB Dato’ Dr Hamdan Mohamed Khalib yang diwakili oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah Dr Zahidi Dato’ Zainal Rashid. Turut hadir Yang Dipertua PSMCK Dato’ Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf.
Ribuan rakyat ha Rakyat Daerah P
YAB Ustaz Azizan bersama isteri mengikuti program ziarah
YAB Ustaz Azizan menerima cenderahati
YAB Ustaz Azizan merasmikan Program Mesra Rakyat
YB Lim Soo Nee turut mengikuti program ziarah
Sukaneka yang disertai oleh kaum wanita
NAKA – Walaupun tanpa hebahan meluas dan tiada publisiti di kaca televisyen serta di corong-corong radio, Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Padang Terap mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih daripada 3 ribu penduduk dari sekitar daerah Padang Terap. Hanya berpandukan ‘banner’ dan ‘streamer’ di sepanjang jalan ke Tapak Pasar Malam Pekan Naka, penduduk sanggup datang ke tempat program bagi melihat dengan lebih dekat ‘orang-orang’ penting dalam kerajaan negeri Kedah. Peluang sebegini perlu direbut oleh semua pemimpin sama ada wakil rakyat dan agensi-agensi kerajaan bagi menerangkan perkembangan kerajaan negeri serta menjelaskan isu-isu semasa sebagai kefahaman kepada rakyat yang inginkan maklumat yang benar daripada kerajaan. Daerah Padang Terap adalah destinasi keempat yang menjadi pilihan pihak penganjur bagi menemukan rakyat dengan pemimpin pilihan mereka. Seawal 8 pagi, orang ramai datang ke tempat program walaupun majlis perasmian oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bermula 11.00 pagi. Penantian mereka tidak dibiarkan ‘kosong’ begitu sahaja, aktiviti yang melibatkan penduduk turut diadakan. Antaranya sukaneka yang melibatkan kanak-kanak. Semua peserta begitu bersemangat dengan pelbagai permainan bagi merebut hadiah yang disediakan. Kepada golongan ibu turut diadakan aktiviti yang boleh disertai. Mereka
Pertandingan menganyam ketupat antara kaum wanita
Ketibaan YAB Ustaz Azizan disambut oleh orang ramai
Pengunjung mengambil peluang melihat pameran yang disediakan
YAB Ustaz Azizan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada penerima
Tetamu kehormat di pentas utama sempena Majlis Mesra Rakyat, Daerah Padang Terap Pemeriksaan kesihatan secara percuma turut disediakan oleh Jabatan Kesihatan
YAB Ustaz Azizan memetik mempelam sempena lawatan ke projek penanaman mempelam
Petugas Urusetia Penerangan sibuk menyediakan cenderamata kepada para pengunjung
Acara angkat berat turut disaksikan oleh YAB Ustaz Azizan
YAB Ustaz Azizan menerima buah tangan
diri Mesra Padang Terap
yang kebiasaannya sibuk dengan kerja-kerja rumah di waktu pagi tetapi pada hari ini, mereka dapat menunjukkan kemahiran memasak dan mengayam ketupat, hadiah turut disediakan kepada mereka yang menang. Kepada mereka yang ‘takut-takut’ dan ‘malu-malu’ serta ‘tiada masa’ hendak ke hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan, pada program mesra rakyat ini, semua sifat ini dibuang jauh-jauh bagi mendapat maklumat mengenai kesihatan mereka. Pemeriksaan kesihatan percuma yang dilakukan oleh petugas-petugas dari Klinik Kesihatan Padang Terap turut mendapat sambutan dari penduduk setempat. Terdapat juga di kalangan penduduk yang datang sebelum jam 8 pagi bertanya kepada pihak urusetia bilakah pemeriksaan kesihatan akan diadakan. Ketibaan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan diiringi oleh konvoi motosikal. Seramai 300 belia yang terlibat mengiringi beliau dari pekan Padang Terap hingga ke Tapak Pasar Malam, Pekan Naka. Selepas menyampaikan perkembangan terkini mengenai kerajaan negeri kepada penduduk yang hadir, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan turut menyampaikan geran tanah kepada 27 penduduk. Selain dari itu sumbangan kafalah kepada 25 penduduk serta bantuan lima kerusi roda turut disampaikan. Selepas perasmian, penduduk yang datang tidak pulang begitu sahaja, mereka dihidangkan dengan jamuan tengah hari yang disediakan secara gotong royong oleh penduduk setempat. Dua ekor lembu dikorbankan bagi hidangan kenduri rakyat ini. Setelah berehat dan mengerjakan solat zohor, pemimpin kerajaan serta wakil-wakil rakyat mempunyai agenda masing-masing. Rombongan Menteri Besar bersama-sama Exco Penerangan dan Exco Pertanian mengadakan lawatan ke tapak pertanian, tanaman mempelam dan nangka di Kampung Juluk. Manakala Exco-Exco serta wakil rakyat lain turut ditempatkan ke kampung yang berasingan bagi menziarah penduduk, mendekati masalah mereka serta menyampaikan sumbangan daripada kerajan negeri. Penduduk yang diziarah adalah mereka yang terdiri daripada orang tua, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang miskin dan orang kurang upaya. Bagi peminat bola sepak, pertandingan persahabatan antara Veteran Kedah dan Pilihan Padang Terap diadakan di Padang Awam Pekan Naka setelah selesai solat asar. Walaupun hanya sehari berkampung di Pekan Naka, kemesraan dan persaudaraan terjalin di antara pemimpin dan penduduk. Pertukaran pendapat, mendapat maklumat dari Menteri Besar sendiri serta meluahkan masalah adalah matlamat penganjuran program seumpama ini. Selepas ini, daerah-daerah lain turut akan dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin negeri bagi mendekati penduduk.
YB Ustazah Ashah beramah mesra dengan seorang OKU
YB Tan Chow Kang memberi sumbangan kepada ibu tunggal
YB Ustaz Abd Ghani juga mengikuti program ziarah bersama YB Dato’ Amiruddin
Acara sukaneka yang melibatkan pelajar sekolah
Pertandingan meniup belon turut dipertandingkan
Acara menyediakan pelbagai jenis lauk yang disertai kaum ibu
YB Ustaz Ghani menyampaikan hadiah kepada pemenang
Pemenang acara sukaneka wanita menerima hadiah yang disampaikan oleh YB Ustaz Abdul Ghani
Antara pemenang acara sukaneka pelajar sekolah
Pasukan Veteran Kedah menjuarai pertandingan bola sepak
Tetamu jemputan yang menghadiri Program Mesra Rakyat
Pasukan Gendang Silat mengiringi ketibaan Menteri Besar
Antara ribuan pengunjung yang hadir
Menteri Besar YAB Ustaz Azizan melawat ladang nangka
20 Berita Semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Permintaan rumah semakin tinggi Oleh WADIASSOFI JAAFAR
YB Dato’ Phahrolrazi menyempurnakan perasmian Pusat Pameran dan Pemasaran Hartanah dan Menandatangani MoU di antara DASB bersama REHDA ALOR SETAR – Keperluan rumah ketika ini adalah sebanyak 117,000 unit rumah sepertimana yang diperlukan oleh Jawatankuasa Perancang Bandar bagi memenuhi permintaan rakyat di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi, kawasan Daerah Kuala Muda dan Kulim terdapat bekalan perumahan yang berlebihan berbanding lainlain daerah di negeri ini. “Apa yang kita dapati, kadar perumahan belum memenuhi permintaan dan lebih 80 peratus rumah dibina oleh pemaju swasta dan 20 peratus lagi dibina oleh agensi kerajaan,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pusat Pameran dan Pemasaran Hartanah dan Menandatangani MoU di antara Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB) bersama Pemaju Hartanah dan
Perumahan Malaysia (REHDA) di Perkarangan Utama Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), di sini. “Ini tidak dikira pada tahun 2010 di mana hampir 60 peratus penduduk tinggal di taman-taman yang tersusun bukan di kampungkampung tradisi atau estet-estet,” katanya. Beliau yang mewakili Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu, keperluan rumah cukup meningkat dan secara purata 100,000 unit rumah perlu dibina bagi memenuhi permintaan rakyat di negeri ini. “Ini merupakan satu pertumbuhan ekonomi di negeri ini dan Kerajaan Negeri akan mempercepatkan permohonan kepada pemaju-pemaju bagi melaksanakan projek perumahan dan Rancangan Tempatan turut diluluskan mengikut zon-zon komersial,” jelasnya. Bagi memenuhi keperluan rakyat, ujarnya, daerah-daerah
lain juga turut dibangunkan dengan projek perumahan dalam usaha memberi keselesaan kepada rakyat di negeri ini. “Dengan adanya pusat pameran dan pemasaran hartanah, ia mampu memberi ruang kepada pemaju-pemaju untuk mempromosikan projek perumahan yang terkini kepada rakyat,” katanya. Sementara itu, Ketua Eksekutif PKNK, Dato’ Haji Abdul Rahmah Ibrahim dalam ucapannya menjelaskan, semenjak diperbadanankan pada 25 Ogos 1965 di bawah Enakmen No.5/1965 Kerajaan Negeri Kedah, PKNK melalui anak-anak telah banyak syarikat miliknya m dalam projek-projek pemterlibat da bangunan seperti pembangunan komersial hartanah, pembangunan p dan industri, indust pelancongan, sektor perkhidmatan, sektor pembuatan perkhidma sektor pembidan pengeluaran, penge naan dan kuari. “Selaras dengan matlamat korporat PKNK untuk meningkatkan prestasi Kumpulan, PKNK telah menceburkan diri dalam bidang penjualan dan pemasaran hartanah melalui anak syarikat milik penuh PKNK iaitu Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB) dengan modal berbayar sebanyak RM250,000,” ujarnya. Beliau berkata, PKNK juga turut dilantik sebagai agensi peneraju perumahan di negeri ini bagi melaksanakan projek-projek perumahan dengan penuh tanggungjawab untuk kemudahan rakyat di negeri ini. “Kita turut mewujudkan pusat pameran dan pemasaran hartanah bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah,” tambahnya.
Ibu bapa perlu pelajari psikologi mendidik anak Oleh AMELIA HASHIM ALOR SETAR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yakin kepentingan institusi keluarga semakin jelas dalam Pelan Intergriti Nasional yang bertujuan menggerakkan semua sektor masyarakat ke arah pembinaan masyarakat yang bermoral, beretika dan berintergriti. Oleh itu baginda menyeru ibu bapa berusaha memiliki kebolehan, pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam aspek keibubapaan dan psikologi anak-anak. “Kaedah Barat jangan dicampur dengan kaedah Islam. Didiklah anak-anak dengan pendidikan tauhid, ibadah, keimanan, akal, akhlak, jasmani, keterampilan dan kemasyarakatan supaya menjadi modal insan yang cemerlang mengikut acuan kita sendiri,” baginda bertitah demikian pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, di sini. Titah baginda lagi, tanggungjawab ini sesuai dengan firman Allah yang terdapat dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud; hendaklah ada antara kamu satu
umat yang menyeru kepada kebaikan, mereka menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Pelajar yang berkeperibadian tinggi, beriman dan berakhlak dapat dilahirkan menerusi pendidikan hasil dari kerjasama semua pihak termasuklah ibu bapa, guru dan ahli masyarakat. Baginda juga bertitah, selain pendidikan formal di sekolah, peranan ibu bapa sangat penting dalam usaha pembangunan diri secara positif. “Pada zaman ini ibu bapa terpaksa menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam usaha membesar anak-anak, mendidk serta membentuk sahsiah mereka, yang kebanyakan ibu bapa menyerahkan tanggungjawab ini seratus peratus kepada pihak skeolah dan hal ini tidak sepatutnya berlaku,” titahnya. Ibu bapa mestilah melaksanakakan amanah ini dan berusaha bersungguh-sungguh mendidik anak sejak kecil lagi dengan akidah, akhlak dan keagamaan bagi memperkukuh jati diri remaja.
Kedah dijangka tidak perlu import daging lembu Oleh SARINA ISMAIL BUKIT KAYU HITAM – Dijangka dalam tempoh lima tahun lagi, Negeri Kedah tidak perlu mengimpot daging lembu khususnya dari Negara Thai untuk bekalan kepada rakyat Kedah. Pengurus Operasi, Encik Mohd Ariffin Ismail berkata, dalam tempoh lima tahun lagi, Kedah tidak perlu lagi bergantung bekalan daging lembu dari Negara Thai kerana projek ternakan lembu yang dilaksanakan sekarang mampu melakukan sedemikian dalam tempoh tersebut. Penternakan lembu di bawah anak Syarikat Kumpulan Ladang, Perbadanan Kedah Sdn.Bhd yang terletak di Laka Tenim telah mula beroperasi pada bulan April 2009. Menurut Mohd Ariffin lagi, ternakan lembu tersebut terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kuarantin,
fidlot dan ladang makanan. Setakat ini jumlah di fidlot sebanyak 243 ekor dan di kuarantin sebanyak 123 ekor. Sementara itu, 100 ekor dari kuarantin telah dijual. “Kita mempunyai 300 ekar ladang makanan untuk menampung makanan ternakan dan semua makanan untuk ternakan lembu di sini diproses sendiri. “Makanan lembu-lembu di sini semuanya berasaskan ubi kayu dan dicampur dengan petai belalang,” ujarnya. Tambah beliau, kelebihan makanan yang berasaskan ubi kayu dapat menghasilkan kualiti daging yang kurang lemak dan kolestrol. Semua makanan untuk ternakan ditanam dan diproses sendiri. Mereka mendapat peruntukan sebanyak RM500 juta dan seterusnya membuat pinjaman dari Agro Bank sebanyak RM2 juta untuk projek
YAB Menteri Besar melawat ladang lembu milik Kumpulan Ladang-Ladang PKNK di Laka Temin tersebut. Katanya lagi, dua lagi kawasan penternakan terdapat di Sungai Ular dan Pendang. Persediaan untuk melengkapkan tempat tersebut
sebagai ladang ternakan telah bermula, walau bagaimana pun di Sungai Ular ternakan telah bermula lebih awal. “Selain itu, 2 buah ladang di
Aman Jaya dan Pinang Tunggal telah dipilih untuk dijadikan projek pembiakan. “Pada tahun ini kita mula menternak lembu daging baka baru, di mana berat seekor lembu boleh mencecah sehingga 1000 kilo,” terangnya. Beliau menjangkakan, 2000 ekor lembu boleh dibekalkan menjelang Hari Raya Korban pada tahun ini. Ternakan lembu Kumpulan Ladang ini merupakan projek di bawah anak syarikat kerajaan negeri. Kepada orang ramai yang ingin membuat tempahan untuk korban, aqiqah, kenduri, belian pukal dan perayaan boleh menghubungi 047311933/6, 019-3354589 (Firdaus) atau 019-4430006 (Azizi) Atau layari
[email protected] maklumat lanjut.
Usahawan 21
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Manikumar ambil tindakan aduan rakyat
YB S Manikumar Oleh WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, YB. S. Manikumar menafikan dakwaan beliau tidak mengambil perhatian berhubung masalah titi reput di Kampung Titi Panjang, Bukit Selambau sebagaimana dakwaan segelintir penduduk kampung itu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam berkata, isu itu telah diadukan seorang penduduk kepada pembantu khasnya, K Suppaiyah pada 5 Mei 2011 yang mendakwa keadaan titi sungai berjarak lebih kurang 100 meter dan berusia puluhan tahun itu tidak memuaskan dan membahayakan keselamatan penggunanya. Menurutnya, pengadu itu turut mendakwa dirinya mengalami kecederaan setelah terjatuh dari titi itu dan menggesa pegawai di jabatan berkenaan hadir meninjau dan memperbaiki segera keadaan titi itu. “Pada 6 Mei 2011 pula, saya menghantar Suppaiyah bersama Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Zon Titi Panjang, Sang Wang untuk memperincikan isu itu dan mereka mendapati keadaan titi itu kurang memuaskan dan boleh menyebabkan kemalangan kepada penggunanya,” ujarnya. YB. S. Manikumar turut difahamkan perkara itu diajukan kepada jurutera Jabatan Kerja raya (JKR) Kuala Muda dan keesokannya, jurutera terbabit memberi notifikasi bahawa kerja membaik pulih titi itu bawah kelolaan JKR Daerah Baling. Beliau memberitahu, JKR Daerah Baling yang diberi makluman berhubung masalah itu telah memberi komitmen positif akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah itu selewat-lewatnya 19 Mei 2011. Tambahnya, pihaknya tidak pernah mengemukakan janji untuk membina titi baru kepada penduduk Titi Panjang dan beliau meminta pihak terlibat menyiasat dahulu sebelum membuat tuduhan. “Saya minta semua pihak bersabar dan jangan menerima maklumat daripada pihak salah,” jelasnya. Pada masa sama, beliau turut meminta jabatan kerajaan yang terlibat untuk mengambil tindakan segera sebelum sesuatu tragedi tidak diingini berlaku.
Masalah air diatasi ke akar umbi Oleh AMELIA HASHIM PENDANG-Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah melaksanakan tanggungjawab mempertingkatkan bekalan air yang berkualiti kepada seluruh rakyat Kedah dan kini mengambil inisiatif yang efisien mendekati pengguna dengan mewujudkan Rakan Sada. Rakan Sada dianggotai oleh Ahli Majlis Komuniti Ketua Kampung (MKK) seramai 2000 orang yang bertindak sebagai penghubung antara orang ramai dengan pihak SADA. Berucap pada majlis pelancaran itu Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengucap tahniah kepada semua ahli MKK atas pelantikan ini dan menyeru mereka supaya memberi kerjasama dengan jujur dan amanah demi kepentingan masyarakat setempat yang diwakili. “Ketua Kampung yang lebih tahu rumah siapa yang tidak mendapat air atau paip bocor dan silalah laporkan kepada SADA supaya masalah ini dapat diatasi,” katanya pada majlis pelancaran Rakan Sada dan Hari Terbuka Loji sempena Hari Air Sedunia 2011 di Loji Bukit Junun Baru, Pendang. Menurutnya, pelantikan Rakan Sada bertujuan sebagai penyalur maklumat dari rakyat kepada kerajaan dan maklumat ini penting bagi SADA untuk membantu memperkemaskan proses aduan SADA. “Kerajaan sedar betapa penting penglibatan rakyat dalam menyampaikan maklumat berkaitan sebarang masalah membabitkan bekalan air setempat seperti tekanan air rendah, paip pecah, keualiti air tidak mencapai tahap yang ditetapkan dan kecurian air oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. Oleh itu beliau memuji langkah melantik MKK sebagai Rakan Sada seluruh negeri kerana mereka adalah ketua dalam komuniti di tempat masing-masing dan lebih menge-
Dato’ Adzmi Din, Ketua Pegawai Eksekutif SADA tahui permasalahn tempat mereka. Menteri Besar juga memberitahu Loji Bukit Junun Baru yang menjadi lokasi pelancaran Rakan Sada itu berkapisiti 50 juta liter padu sehari yang disalurkan ke Gurun, Yan, Kangkong dan Batas Paip manakala penduduk Pendang menerima air dari Loji Bukit Junun Lama. Beliau juga memberitahu masalah bekalan air di Universiti Utara Malaysia akan selesai pada 15 Mei ini, apabila air dari Loji Padang Sanai yang berkapisiti 50 juta liter padu sehari akan dilepaskan ke UUM dan Bukit Kayu Hitam. Selain itu beliau juga mengumumkan SADA melalui Kerajaan Negeri telah membeli 15 lori tangki air baru sebagai persediaan menghadapi musim kemarau. Pada majlis itu Menteri Besar Kedah mengucapkan terima kasih kepada SADA kerana menyumbang sebanyak RM3 juta bagi menampung perbelanjaan tahunan termasuk RM1 juta bagi membiayai menghantar pelajar Kedah meneruskan pelajaran ke Mesir berikutan rusuhan yang mengakibatkan Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Turut hadir pada majlis itu Exco Kerajaan Negeri YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi, Ahli Parlimen Pendang YB Dr Mohd Hayari Othman, Ketua Pegawai Eksekutif SADA Dato’ Adzmi Din, ketua-ketua jabatan dan penduduk setempat.
“
Rakan Sada dianggotai oleh Ahli Majlis Komuniti Ketua Kampung (MKK) seramai 2000 orang yang bertindak sebagai penghubung antara orang ramai dengan pihak SADA.
Laporkan bencana ke saluran yang betul PANTAI MERDEKA – Majlis Ketua Kampung (MKK) berperanan melaporkan kepada penghulu mukim mengenai bencana yang berlaku di kampung masing-masing daripada terus membuat kenyataan media. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kulim, Badrulhisham Sulaiman berkata, MKK tidak perlu membuat kenyataan media terlebih dahulu sebelum sesuatu bencana sampai ke pengetahuan Pegawai Daerah mahupun penghulu mukim. “Jangan terus lapor kepada media apabila berlaku kepada sesuatu bencana, kadang-kadang penghulu mahupun pegawai daerah sendiri pun tak tahu mengenai bencana yang berlaku, tetapi di akhbar dah keluar kenyataan. “Apabila keluar di akhbar, ianya sampai ke pengetahuan umum, kita yang di pejabat daerah pun tak tahu apa yang berlaku hinggakan Menteri Besar tanya Pegawai Daerah, beliau sendiri tak dapat beri kenyataan kerana tiada makluman daripada pelapor,” ujar beliau pada Seminar Ketua Kampung/ Komuniti daerah Kulim yang diadakan di Pantai Merdeka Beach Resort.
Antara MKK Daerah Kulim yang hadir Tambah beliau, MKK perlu kenalpasti penduduk mahupun mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut untuk tindakan selanjutnya. “MKK perlu tahu jumlah mangsa yang terlibat terutama di kampung sendiri, jantina serta umur mangsa untuk kita bertindak menyelamatkan mereka. Perlu kenal pasti beberapa pusat pemindahan yang sesuai
kepada mangsa,” ujar beliau. Selain itu, MKK perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam menghadapi bencana dalam usaha membantu mangsa dan pemulihan tempat selepas bencana. Menurut beliau, di daerah Kulim terdapat 16 sungai, 10 taman perumahan dan 52 kampung yang berisiko tinggi kepada banjir.
22 Berita semasa
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Kondominium ‘Amansuri Residences’ dibina di Alor Setar
YAB Menteri Besar menyaksikan perjanjian usahasama pembangunan kondominium Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM A L O R S E TA R – Pe m b i n a a n Kondominium ‘Amansuri Residences’ usahasama antara Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan anak syarikat Belleview, Belleview Bina Sdn Bhd bakal menukar pemandangan Bandaraya Alor Setar, di samping meningkatkan pendapatan kerajaan melalui hasil cukai dan sebagainya. Pengerusi BDB, Dato’ Paduka Mohd Saad Endut berkata, idea
untuk membangunkan kondominium ini di atas tanah yang tidak diusahakan selama 16 tahun timbul serentak dengan cadangan pembangunan semula Kompleks Plaza Tunku Yaakob dan juga hotel bertaraf antarabangsa di atas tanah kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). “Ketiga-tiga projek ini adalah berdekatan di antara satu sama lain dan berada di lokasi di sepanjang jalan yang sama. “Projek ini merangkumi dua
blok kondominium, 22 dan 25 tingkat dengan jumlah sebanyak 277 unit termasuk 6 unit penthouse, disediakan kemudahan parker yang mencukupi, kolam renang yang termoden, dewan serbaguna, pavilion, gymnasium. “Ianya merupakan kondominium yang berprestij dan berkualiti tinggi dan bakal menjadi kondominium pertama yang dibina di bandaraya Alor Setar,” jelas beliau pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pembangunan Kondominium di antara Bina Darudan Belleview Bina laman Berhad Ber diadakan di ruang Sdn Bhd yang y legar Menara Mena BDB, di sini. Tambah beliau, kerja-kerja Tamba pembinaan akan diberi kepada pembinaa Kedah Sato Sat Sdn Bhd yng dijangka bermula pada November 2011 dan bakal siap pada 2014 dianggarkan menelan kos RM110 juta turut memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. “Kondominium ini sama taraf dengan yang terbaik di negara ini serta dilengkapi sekuriti yang tinggi piawaiannya, berpagar dan berpengawal. “Walaupun belum ditetapkan
Proses ambil tanah untuk projek Tunku Yaakob Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Pembangunan emula Plaza Tunku Yaakob yang semula erbengkalai selama 30 tahun, kini terbengkalai telah elah memasuki proses pengambilan tanah dan projek dijangka bermula sejurus proses tersebut selesai. Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, surat pengambilan tanah telah dihantar kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk diwartakan. “Bila kita ambil alih pentadbiran negeri, kita teruskan projek pembangunan untuk dilaksanakan, seperti kita bangunkan semula Plaza Tunku Yaakob, projek yang dijangka mula dilaksanakan penghujung tahun lepas terpaksa berhadapan beberapa kekangan. “Ianya bukan berpunca daripada pihak perancang, tetapi
Tetamu yang hadir di Majlis menandatangani perjanjian usahasama pembinaan kondominium
beberapa masalah teknikal dan perundangan menyebabkan ianya lewat sedikit. “Kita telah hantar surat pengambilan tanah kepada pejabat SUK untuk diwartakan dan perbincangan dengan keluarga terbabit telah diadakan, dan dijangka Ogos ini proses pengambilan dimulakan,” ujar beliau pada sidang media selepas menyaksikan perjanjian usahasama pembangunan kondominium antara Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Belleview Bina Sdn Bhd. Beliau turut menafi dakwaan sesetengah pihak YA B M e n t e r i B e s a r b e r g a m b a r ke n a n g a n berlatarbelakangkan ilustrasi kondominium mengatakan kera-
jaan negeri enggan melakukan pembangunan. “Ada sesetengah pihak menganggap Kedah tak minat dengan pembangunan, kita akan terus laksanakan agenda yang telah dijadualkan, tetapi kita mengambil kira keperluan-keperluan rakyat dalam setiap pembangunan agar semua menikmati kesejahteraan. “Adalah menjadi dasar kerajaan negeri memastikan semua rakyat di Kedah mempunyai rumah, ini adalah tanggungjawab semua kerajaan. “Namun, kita juga tak halang orang-orang yang ada duit untuk buat rumah, ini kerana kita bertanggungjawab untuk pastikan semua dapat hak masing-masing,” jelas beliau yang turut memberi sokongan kepada pembinaan kondominium Amansuri Residences.
lagi, saya yakin harga penjualan adalah lebih rendah kalau dibandingkan dengan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, meskipun kemudahan yang disediakan adalah setanding dengan kondominium di kedua-dua negeri tersebut,” jelas beliau. Pada majlis itu, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz
Azizan Abdul Razak menyaksikan perjanjian itu. BDB diwakili oleh Pengerusi, Dato’ Paduka Mohd Saad dan Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak, manakala Belleview Bina Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan Belleview, Dato’ Sony Ho Kiong Chan dan Pengarah, Geh Yean Chang.
Ustaz Azizan menyampaikan sijil hak milik tanah kepada penduduk
Pe Penduduk lega kerajaan ne negeri beri tanah Oleh SARINA ISMAIL S SIK – Proses penyerahan tanah P daripada daripa Perbadanan Kemajuan Negeri Neger Kedah (PKNK) amat penting pentin kepada penduduk yang sekian lama menanti diberi hak milik tanah kediaman serta ladang yang telah diperuntukkan. Penduduk yang terlibat dengan projek Empangan Beris lebih sepuluh tahun yang lalu menarik nafas lega kerana proses penyerahan tanah tersebut membolehkan proses pengeluaran hak milik dapat disegerakan. Penduduk hanya perlu membayar premium apabila notis daripada pejabat tanah dikeluarkan kelak. Menurut Pegawai Daerah Sik, Dato’ Haji Ismail Said, terdapat banyak cadangan lokasi seperti di Cheba dan Chenderai tetapi akhirnya kerajaan negeri memilih Sungai Pau sebagai lokasi penempatan memandangkan kedudukannya yang strategik serta berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam. “Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam menyediakan kemudahan dan prasarana yang lengkap. Menjadi tanggungjawab penduduk untuk menjaga dan manfaatkannya supaya masyarakat penempatan ini
“
Menjadi tanggungjawab penduduk untuk menjaga dan manfaatkannya supaya masyarakat penempatan ini dapat menjadi contoh terbaik
dapat menjadi contoh terbaik dalam segala aspek kehidupan,” ujarnya lagi. Seramai 49 orang menerima geran tanah masing-masing daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak dalam majlis tersebut. Majlis penyerahan tanah tersebut adalah lanjutan dari projek Empangan Beris kirakira sepuluh tahun lalu yang melibatkan tanah seluas 486.4 hektar merangkumi tiga bidang tanah hak milik penduduk kampung. Penduduk yang terlibat telah diberi pampasan dengan dihadiahkan dengan tanah kediaman, rumah dan ladang getah yang sedia untuk ditoreh. Majlis diadakan di Dewan Bandar Baru Beris Jaya, Sungai Pau, Sik. Kira-kira 1500 orang hadir di majlis tersebut.
Berita Semasa 23
WARTA DARUL AMAN Keluaran Mei / Jun 2011
Bandar Sejahtera yang diimpikan
Pserta simposium Bandar sejahtera Oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM ALOR SETAR – Bandar yang sejahtera merupakan bandar yang mampu memberi keamanan, keselesaan, selamat didiami, bersih, indah dan dapat memberi kenikmatan hidup dalam suasana riang gembira serta dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, setiap pembangunan perbandaran perlu dilihat dan diberi
penekanan ke arah mewujudkan persekitaran yang dapat merealisasikan komuniti dan kehidupan yang sejahtera. “Keseimbangan dalam setiap pembangunan, sama ada dari aspek fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar perlu dititikberatkan. “Visi bandar sejahtera yang saya impikan adalah sebuah bandar yang selesa didiami, pembangunannya dapat memenuhi citarasa
MPSPK bertindak segera terhadap aduan MKK Oleh AZMAN AHMAD SUNGAI PETANI - Kecekapan dan kerjasama di antara penduduk tempatan, MKK dan PBT amat penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Setiap kumpulan mempunyai peranan tersendiri bagi merealisasikan objektif kakitangan kerajaan iaitu berkhidmat untuk rakyat. Pengerusi Majlis Ketua Komuniti Taman Ria Jaya Rajanthiran Sangaran, menyatakan kegembiraannya apabila Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) bertindak membuang sepohon pokok kekabu yang mengancam keselamatan penduduk setempat dengan segera selepas dilaporkan.
Menurut Rajanthiran, beliau telah membuat laporan kepada MPSPK berhubung pokok tersebut yang terlalu besar yang dikuatiri mengancam keselamatan orang ramai terutama apabila berlaku ribut atau hujan lebat. Hasil dari laporan yang di buat, MPSPK telah bertindak membuang pokok tersebut dalam masa beberapa hari selepas laporan dibuat. Rajanthiran turut melahirkan rasa bangga di atas ketekunan kakitangan MPSPK menjalankan tugas. Menurutnya, kakitangan MPSPK bukan sekadar menebang pokok tersebut, malah turut membersihkan kawasan sekitar pokok tersebut bagi memberi keselesaan kepada penduduk.
Kakitangan MPSPK bertindak segera setelah mendapat maklumat
semua kalangan masyarakat dari pelbagai agama, bangsa dan peringkat umur. “Pembangunan perbandaran perlulah tidak mengorbankan alam sekitar, kehidupan-kehidupan sungai dan laut, flora dan fauna dan kehidupan insan itu sendiri,” jelas beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Simposium Bandar Sejahtera yang diadakan di Dewan Besar Majlis Bandaraya Alor Setar. Tambah beliau, dalam memberi keselesaan kepada rakyat ber yang semakin bertambah, semua yan jentera pentadbiran negeri perlu jen membuat perancangan teratur me bagi memenuhi kemudahan, pelubag ang pekerjaan, rawatan kesihatan, kemudahan pengangkutan dan jalanraya. “Wawasan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua telah digubal dan dibentangkan dalam Pelan Startegik Kedah Sejahtera bagi menetapkan halatuju pembangunan perbandaran, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. “Justeru itu, mewujudkan sebuah bandar yang berkomuniti dan kehidupan yang sejahtera menerusi pembangunan perbandaran yang mampan perlu menjadi agenda utama setiap pihak berkuasa tempatan,” ujar beliau. Sehubungan itu, tanah-tanah pertanian perlu dikekalkan sebagai sumber makanan utama rakyat Kedah dan juga Malaysia dan juga penglibatan rakyat kepada pembangunan bandar juga penting demi kesejahteraan semua.
YAB Ustaz Azizan bersama dengan YB Dato’ Wira Rasli Basir dan Dato’ Khazali Din di majlis perasmian Simposium Bandar Sejahtera
MBAS anjur Simposium Bandar Sejahtera ALOR SETAR – Julung kalinya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menganjurkan Simposium Bandar Sejahtera berjaya menghimpunkan 400 golongan professional bagi membincangkan pembangunan perbandaran demi kesejahteraan rakyat. Ini merupakan usaha gigih MBAS bagi mewujudkan satu platform perbincangan dari kalangan pemimpin rakyat, pentadbir, pelaksana dasar, pegawai-pegawai perancang, pegawai kerajaan, para professional dan cendikiawan serta penggiat-penggiat sosial yang telah lama berkecimpung dalam memajukan bandar dan masyarakatnya. Tema bagi simposium ini adalah ‘Antara Keperluan dan Keinginan’ bagi membincangkan dan memberi pemahaman kepada para peserta tentang hala tuju sebenar sesebuah bandar bagi mencapai taraf bandar
yang dikatakan ‘Sejahtera’. ‘Sejahtera’ dapat memberi pelbagai makna dari pelbagai sudut kehidupan. ‘Antara Keperluan dan Keinginan’ juga memberi seribu pengertian dan perbezaan pendapat di mana kadang-kadang menjadi halangan kepada sesebuah bandar dalam mencapai taraf sejahtera. Hadir pada majlis ilmu ini adalah Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selaku perasmi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seraja Setia Dato’ Paduka Rasli Basir dan Datuk Bandar MBAS, YBhg Dato’ Khazali Din. Majlis tersebut diadakan di Dewan Besar MBAS, di sini.
MKK adakan hari Bertemu Pelanggan Oleh SARINA ISMAIL TANDOP – Majlis Ketua Kampung (MKK) Tandop mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang memberi kemudahan kepada penduduk sekitar menjelaskan bil-bil semasa selain merapatkan hubungan dengan agensi kerajaan serta swasta. Program julung kali ini diadakan di Pasar Pagi Tandop dan telah dirancang sebulan yang lalu. Menurut Setiausaha MKK Tandop, Abdul Latif Shafie, antara agensi yang terlibat termasuklah Syarikat Air Darul Aman (SADA), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Pejabat Pos, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan syarikat telekomunikasi. “Sambutan dari penduduk setempat amat menggalakkan terutamanya golongan warga emas. Lokasi yang kita pilih juga sangat
Kawasan Pasar Hari Tandop dijadikan tempat bertemu pelanggan strategik kerana ia menjadi tumpuan penduduk terutama diwaktu pagi,” terangnya. Selain di Tandop, beliau juga memaklumkan aktiviti sedemikian akan diperluaskan di seluruh mukim di Pengkalan Kundor. “Mungkin di masa akan datang, selain dari memberi khidmat untuk pembayaran bil-bil setempat, ru-
ang pameran turut dirancang untuk membolehkan penduduk kampung mendapat lebih banyak maklumat dan maklum balas,” ujarnya lagi. Tambahnya, program sedemikian selain memberi kemudahan kepada penduduk setempat ianya juga memberi peluang kepada MKK mendekatkan diri dengan penduduk.
RM3,000 untuk pemenang pingat emas Sukma
YB Dato’ Dr Hamdan berbual dengan beberapa atlet Kedah yang menyertai SUKMA
Oleh WADIASSOFI JAAFAR
pada temasya sukan berkenaan. “Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) berharap agar atlet-atlet negeri Kedah yang bertanding pada temasya sukan berkenaan dapat memberi cabaran yang terbaik dalam usaha menaikkan imej sukan di negeri ini,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kepada Kontinjen Negeri Kedah yang akan bertanding di kejohanan SUKMA 2011 di Kompleks Hijau Kuning, di sini. “Kontinjen Kedah menghantar seramai 248 orang melibatkan atlet serta pegawai dan juga Ketua Kontinjen Negeri Kedah, Tuan Syed Khairul Anuar Syed Abidin,” katanya. Dr. Hamdan memberitahu, Kontinjen Kedah akan bertolak pada 1 Jun 2011 dan berkampung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. “Sebanyak 129 pingat emas, 129 pingat perak dan 190 pingat gangsa dipertandingkan pada temasya sukan berkenan,” jelasnya. Tambahnya, antara acara YB Dato’ Dr Hamdan menyampaikan kelengkapan pakaian sukan sukan yang dijangka mampu kepada Ketua Kontinjen Kedah, Syed Khairul Anuar ALOR SETAR - Atlet-atlet Kedah yang berjaya memperolehi pingat emas pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2 hingga 12 Jun 2011 akan menerima insentif sebanyak RM3,000. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, setiap daripada atlet perlulah menunjukkan semangat yang tinggi dan berusaha bersungguhsungguh bagi membawa pulang pingat emas
menyumbang pingat emas ialah bina badan, lumba basikal trek, silambam, ping pong, bola jarring, bola tampar pantai dan kabadi. “Pada tahun ini, kita tidak meletakkan sasaran pingat emas kerana temasya yang diadakan itu hanya melibatkan 15 acara sukan yang dipertandingkan berbanding pada tahun lalu,” katanya. Sementara itu, Syed Khairul Anuar Syed Abidin menjelaskan, MSNK telah mengadakan persiapan awal dalam menghadapi temasya SUKMA 2011. “Sejarah Kedah setakat ini yang terbaik ialah ketika menjadi tuan rumah iaitu sebanyak 30 pingat emas pada tahun 2006,” ujarnya. Syed Khairol berkata, keupayaan terbaik Kedah ialah pada tahun 2008 iaitu sebanyak 29 pingat emas dan kedudukan antara negeri, Kedah berada di kedudukan kelima daripada 15 kontinjen pada tahun 2010. Beliau yang juga Pengarah MSNK berharap agar atlet-atlet negeri Kedah dapat berusaha bersungguh-sungguh dalam memburu pingat emas pada temasya sukan berkenaan. “Saya berharap kita dapat meneruskan usaha melahirkan atlet-atlet yang berbakat dalam menghadapi temasya sukan yang dipertandingkan agar kecemerlangan sukan dapat dikekalkan,” jelasnya.
Bagi atlet bina badan Negeri Kedah, Muhammad Asyraf Azfar, 20 tahun ketika ditemui berharap agar dapat membawa pulang pingat emas bagi kategori 60 kilogram ke bawah. “Saya akan membuat yang terbaik selepas mendapat latihan yang secukupnya dalam masa dua bulan melalui tunjuk ajar jurulatih yang amat tegas iaitu Izaham Abdul Rani,” katanya. Manakala rakannya, Aizad Ahmad Kamal, 20 tahun yang juga atlet bina badan bagi kategori 60 hingga 70 kilogram turut meletakkan sasaran dalam memburu pingat emas pada temasya sukan berkenaan. “Saya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi membawa pulang pingat emas dan apa yang saya tahu, penyertaan dalam acara bina badan pada kali ini agak kurang,” tambahnya. Ketua pasukan Silambam, Ramasamy a/l Poongavanam, 40 tahun berharap agar atlet-atlet yang bertanding dalam acara sukan silambam dapat menyumbang tiga atau empat pingat emas pada kejohanan SUKMA 2011. “Menjadi harapan saya agar atlet-atlet yang akan bertanding dalam acara sukan silamban dapat menunjukkan prestasi yang terbaik bagi memungut pingat emas,” katanya.
Para atlet Kedah menjulang harapan untuk memburu pingat ALOR SETAR: Kontinjen Negeri Kedah berjaya meraih empat pingat emas, dua perak dan 11 gangsa pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2011) yang diadakan di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 2 hingga 12 Jun 2011. Kontinjen Kedah meraih tiga emas dalam acara Silambam dan satu emas dalam acara berbasikal. Ketua Kontinjen Negeri Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin yang juga Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) berkata,
Kedah menduduki tempat kesepuluh daripada empat belas kontinjen yang mengambil bahagian. “Pada tahun ini, MSNK tidak meletakkan sasaran pingat emas kerana temasya yang diadakan itu hanya melibatkan 15 acara sukan yang dipertandingkan berbanding pada tahun lalu,” jelasnya. Sebanyak 129 pingat emas, 129 pingat perak dan 190 pingat gangsa dipertandingkan pada temasya sukan berkenaan.
Kedah hanya seri dengan NS ALOR SETAR - Pasukan Kedah hanya mampu seri dengan Negeri Sembilan didalam siri Liga Super 2011. Perlawanan siri ke-26 itu berlangsung di Stadium Darul Aman dan disaksikan kirakira empat ribu penonton. Pasukan Kedah yang memperolehi gol
di separuh masa ke-dua melalui Badrul Bakhtiar, bagaimana pun hampa apabila pasuka Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit 80. Walaupun berkesudahan dengan seri, Kedah tetap mengekalkan kedudukan tempat ke empat liga.