BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK? Sila baca peringatan ini dahulu.
SURUHANJAYA TENAGA Tingkat 13, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : 603 2612 5400 | Faks : 603 26937741 | E-Mail :
[email protected] | Url : www.st.gov.my
BERMINAT UNTUK MEMBELI KELENGKAPAN ELEKTRIK? Sila baca peringatan ini dahulu.
3
PERINGATAN
01
Jadikan amalan untuk membeli kelengkapan elektrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan ia boleh dikenalpasti dengan adanya label SIRIM di kelengkapan tersebut. PERINGATAN
02
Jadikan amalan untuk membaca buku panduan yang disertakan sebelum menggunakan mana-mana kelengkapan elektrik. Pastikan penggunaannya adalah mengikut arahan daripada pembuatnya.
PERINGATAN
03
Jadikan amalan untuk memastikan voltan dan frekuensi yang diperlukan oleh kelengkapan tersebut adalah sama dengan apa yang dibekalkan di Malaysia sebelum ianya dipasang. 4
PERINGATAN
04
Jadikan ia satu amalan untuk tidak menarik wayar elektrik jika hendak menanggalkan palam kuasa daripada soket alir keluar. Sebaliknya tutup suis kelengkapan tersebut dahulu, kemudian tutup suis soket alir keluar, barulah dipegang palam kuasa dengan kemas dan ditarik keluar daripada soket alir keluar. Berhati-hati agar tidak terpegang pin-pin palam kuasa semasa menarik keluar daripada soket alir keluar.
PERINGATAN
05
Jadikan amalan untuk menanggalkan palam kuasa daripada soket alir keluar semasa waktu hujan terutama jika terdapat kilat dan petir berlaku atau sekiranya ia tidak digunakan untuk jangka masa yang lama. 5
PERINGATAN
06
Jadikan amalan untuk memastikan wayar kuasa tidak terjuntai sehingga boleh dicapai oleh kanak-kanak. Juga pastikan ia tidak menyentuh kawasan yang panas seperti dapur masak dan sebagainya.
PERINGATAN
07
Pastikan juga Peranti Arus Baki (PAB/ELCB) berkepekaan 30mA atau 10mA dipasang semasa menggunakan kelengkapan yang dipegang dengan tangan. PERINGATAN
08
Pastikan kelengkapan elektrik tidak dibuka, diperbaiki atau diubahsuai. Jika ia tidak berfungsi dengan baik atau wayar, palam kuasa atau lainlain telah rosak atau pecah, jangan guna kelengkapan tersebut atau hantar kepada pusat perkhidmatan syarikat yang membekalkan kelengkapan tersebut untuk diperbaiki. 6
PERINGATAN
09
Pastikan kelengkapan elektrik mudah alih tidak direndamkan ke dalam air atau digunakan di dalam bilik air atau berdekatan dengan kawasan berair seperti sinki. Jika kelengkapan elektrik telah terjatuh ke dalam air hantar kepada pusat perkhidmatan syarikat tersebut untuk dibaiki. PERINGATAN
10
Jika kelengkapan mudah alih yang terpasang palam kuasanya kepada soket alir keluar terjatuh ke dalam air, JANGAN di ambil kelengkapan berkenaan daripada takungan air tersebut walaupun kelengkapan itu telah di off kan. Pastikan suis soket alir keluar di off kan dan palam kuasanya ditanggalkan daripada soket alir keluar secepat mungkin sebelum kelengkapan itu di keluarkan dari takungan air tersebut. Pastikan juga kelengkapan tersebut diperiksa oleh mereka yang bertauliah sebelum digunakan semula.
7
PERINGATAN
11
Jangan gunakan kelengkapan yang mana wayar atau palam kuasanya telah terkoyak atau pecah. Pastikan ia daripada boleh dirosakkan oleh benda tajam dan haba yang panas semasa menggunakannya.
PERINGATAN
12
Jadikan amalan tidak menggunakan soket alir keluar yang longgar atau pecah. Pastikan ianya dibaiki oleh mereka yang bertauliah sebelum digunakan semula. PERINGATAN
13
Pastikan peredaran udara disekeliling kelengkapan elektrik adalah berkeadaan baik. Jangan terlalu dirapatkan ke dinding. Elakkan dari meletak kelengkapan elektrik secara bertingkat-tingkat atau diletakkan di tempat yang terlalu sempit. 8
PERINGATAN
14
Ketika mencuci badan kelengkapan elektrik, gunakan kain yang kering. Sila rujuk kepada buku panduan bagi mendapatkan cara-cara yang dibenarkan jika ingin menggunakan air yang banyak.
PERINGATAN
15
Adalah dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan terhadap sistem pendawaian rumah bagi pendawaian yang telah melebihi 15 / 20 tahun oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan peralatan perlindungan keselamatan, sambungan dan penebatnya masih dalam keadaan baik dan tidak pecah, rosak dan sebagainya. PERINGATAN
16
Pastikan permainan kanakkanak tidak digunakan di tempat yang ada air seperti air minuman dan sebagainya atau kawasan yang berair. Seelokeloknya pastikan ia di bawah pengawasan orang dewasa jika kanak-kanak menggunakan kelengkapan elektrik
PERINGATAN
17
Matikan suis kelengkapan elektrik jika ianya tidak digunakan. 9
Periuk Nasi 1. Pastikan badan luar periuk pemanas adalah kering semasa memasukkannya ke dalam periuk nasi elektrik. 2. Wap yang panas akan keluar semasa memasak dan pastikan wap ini tidak mengenai palam kuasa atau soket alir keluar. 3. Tanggalkan palam kuasa jika periuk pemanas tersebut tiada di tempatnya atau semasa ianya tidak digunakan 4. Gunakan kain yang lembap jika hendak mencuci badan luaran periuk nasi elektrik. Jangan rendamkan periuk nasi elektrik ke dalam air.
Seterika 1. Pastikan tiada kelengkapan lain yang berkuasa tinggi seperti cerek elektrik dan sebagainya menggunakan soket alir keluar yang sama. 10
2. Jangan tinggalkan seterika yang masih menerima bekalan tanpa awasan sesiapa walaupun untuk jangkamasa yang singkat. Ia boleh membahayakan kanak-kanak dan boleh menyebabkan kebakaran. 3. Jadikan amalan untuk melaraskan tahap kepanasannya kepada yang terendah sebelum ianya dimatikan. Tanggalkan palam kuasa daripada soket alir keluar apabila ianya tidak digunakan.
Peti Sejuk 1. Pastikan terdapat ruang yang mencukupi disekelilingnya bagi memastikan ia mempunyai peredaran udara yang baik 2. Letakkan ia di tempat yang kering dan bebas daripada sinaran terus matahari. 3. Jauhkan ia daripada kawasan berair seperti sinki dan haba seperti ketuhar. 4. Elakkan mengisi peti sejuk terlampau penuh. Ianya akan mengurangkan ruangan udara di dalam peti sejuk yang mana akan menyebabkan peredaran udara sejuk adalah 11
terbatas. Ini akan mengurangkan kesan penyejukan dalam peti sejuk dan memerlukan tenaga elektrik yang tinggi untuk menyejukkannya. Oleh itu ia akan mengurangkan kecekapan proses penyejukkan. 5. Jangan masukkan terus barangan yang panas ke dalam peti sejuk. Ini akan menyebabkan pemeluwapan akan berlaku dan memerlukan tenaga elektrik yang lebih banyak untuk menyejukkannya kembali. Disamping itu juga ia akan mengurangkan kecekapan proses penyejukkan.
Pencuci Hampagas 1. Jauhkan ia dari tempat yang panas atau mendapat sinaran terus matahari. 2. Jangan biarkan ia beroperasi berterusan tanpa ada awasan. 3. Matikan suis soket alir keluar pencuci hampagas dahulu sebelum palam kuasanya ditanggalkan dari soket alir keluar. 4. Jika ia digunakan dalam jangka masa yang lama, motor tersebut akan menjadi panas. Pastikan ianya tidak terlalu panas sehingga sistem perlindungan habanya berfungsi. Jika sistem perlindungan habanya berfungsi beri masa untuk ia sejuk kembali sebelum digunakan semula. 5. Jadikan amalan untuk menanggalkan palam kuasa daripada soket alir keluar apabila ia tidak digunakan. 12
Televisyen 1. Jangan dengan sengaja membuka penutup belakang televisyen. 2. Jika air tertumpah atau terdapat benda jatuh ke dalam televisyen, JANGAN hidupkan dan dapatkan khidmat dari wakil-wakil yang bertauliah untuk mengeluarkannya. 3. Pastikan ianya di tempatkan di tempat yang tidak mendapat sinaran terus matahari, hujan atau kelembapan yang tinggi bagi mengelakkan kebakaran dan kejutan elektrik. 4. Pastikan ianya di tempatkan dikawasan yang stabil, mendapat pengedaran udara yang baik, tidak terlalu dekat dengan dinding dan jauh daripada mainan kanakkanak. 5. Jadikan amalan untuk menanggalkan palam kuasa daripada soket alir keluar semasa waktu hujan terutama jika terdapat kilat dan petir berlaku atau sekiranya ia tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.
13
Pengisar Makanan 1. Jangan letakkan atau mengangkat bekas kaca pengisar tersebut bila motor sedang berpusing bagi mengelakkan kerosakkan kepada komponen yang berpusing 2. Jika ia digunakan dalam jangka masa yang lama, motor tersebut akan menjadi panas. Pastikan ianya tidak terlalu panas sehingga sistem perlindungan habanya berfungsi. Jika sistem perlindungan habanya berfungsi beri masa untuk ia sejuk kembali sebelum digunakan semula.
Mesin Basuh 1. Jangan menyentuh palam kuasa, wayar dan soket alir keluar dengan tangan yang basah bagi mengelakkan diri dari mendapat kejutan elektrik. 2. Pastikan wayar kuasanya tidak tertindih dengan benda yang berat. 14
3. Pastikan saluran air ke mesin basuh dan soket alir keluar dijarakkan supaya jika berlaku kebocoran air soket alir keluar tidak akan terkena air. 4. Pastikan ianya di tempatkan di kawasan yang tidak mendapat sinaran terus matahari, hujan atau kelembapan yang tinggi bagi mengelakkan kebakaran dan kejutan elektrik. 5. Tempatkan ia di kawasan yang rata. 6. Jika ia mengeluarkan bunyi, bau atau asap, matikan suis soket alir keluar dan tanggalkan palam kuasa. Hubungi wakil-wakil yang bertauliah secepat mungkin untuk membaiki kerosakkan tersebut.
Ketuhar 1. Pastikan kelengkapan telah ditanggalkan palam kuasa dari soket alir keluar dan sejuk sebelum ianya dicuci dan dibersihkan. 2. Cuci dengan kain yang kering. Rujuk kepada buku panduan yang disertakan untuk memastikan kerja pembersihan dibuat mengikut arahan yang ditetapkan oleh pengeluar. 15
3. Jauhkan ia daripada kawasan atau permukaan yang tidak mudah terbakar seperti kertas dan sebagainya bagi mengelakkan berlaku kebakaran. 4. Jangan letakkan apa-apa benda diatas unit ini bagi memastikan udara panas dapat keluar dengan mudah.
Pemanas Air Seketika 1. Pastikan Peranti Arus Baki (PAB/ELCB) tambahan berkadar 10mA dipasang pada litar kuasa pemanas air seketika. 2. Matikan bekalan kepada pemanas air seketika setiap kali selepas digunakan atau sekiranya tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.
3. Sentiasa menguji Peranti Arus Baki dari masa ke semasa bagi memastikan ianya berfungsi. 16
Radio Mudah Alih 1. Jangan menyimpan dan memasang radio berdekatan dengan sinki, tub mandi atau dilantai kolam renang berhampiran dengan permukaan air. 2. Jangan memasang radio di dalam bilik air terutama semasa sedang mandi. Jika terpaksa memasang radio di dalam bilik air, radio yang menggunakan bekalan dari bateri sahaja boleh digunakan, walaubagaimanapun jauhkan ia daripada terkena percikan air dan letakkan ia di tempat yang tinggi. 3. Jangan gunakan radio mudah alih di luar rumah ketika hujan dan apabila terdapat kilat dan petir.
Pengering Rambut 1. Pastikan palam kuasa ditarik keluar daripada soket alir keluar jika tidak digunakan. 2. Jangan gunakan kelengkapan semasa mandi. 3. Jangan menyimpan dan memasang kelengkapan berdekatan dengan sinki, tub mandi dan kolam renang bagi mengelak ia terjatuh ke dalamnya. 17
4. Jika kelengkapan terjatuh ke dalam air, JANGAN mengambil kelengkapan berkenaan daripada takungan air tersebut walaupun kelengkapan telah di off kan. Padamkan suis soket alir keluar dan tanggalkan palam kuasa daripada soket alir keluar tersebut secepat mungkin sebelum mengambilnya daripada takungan air tersebut. Pastikan juga kelengkapan tersebut diperiksa oleh mereka yang bertauliah sebelum digunakan semula. 5. Biarkan pengering rambut sejuk dahulu sebelum ianya disimpan bagi setiap kali ianya digunakan. 6. Jika kelengkapan ini dilengkapi dengan fius haba, maka ia akan memutuskan bekalan elektrik jika ia menjadi terlampau panas. Matikan bekalan ke kelengkapan tersebut dan biarkan ia sejuk sehingga fius tersebut berada dalam keadaan normal. Kelengkapan itu seterusnya boleh digunakan semula. 18
Kelengkapan Tiruan 1. Kelengkapan tiruan kadang kala sukar untuk dikenalpasti dan hanya boleh dikenalpasti oleh pengeluar dengan melihat komponen di dalam kelengkapan tersebut. 2. Kelengkapan tiruan mempunyai mutu yang rendah dan tidak menitik beratkan keselamatan pengguna-pengguna. 3. Kelengkapan tiruan boleh menjadi panas atau menyebabkan litar pintas yang mana akan menyebabkan kebakaran dan renjatan elektrik.
4. Sebagai contoh Peranti Arus Baki tiruan tidak akan terpelantik jika terjadinya arus bocor kebumi disebabkan komponen dalamannya tidak mematuhi standard yang ditetapkan. Wayar elektrik tiruan kemungkinan adalah lebih halus daripada sepatutnya dan boleh membawa bahaya kepada pengguna. 5. Cara-cara untuk mengelak membeli kelengkapan tiruan a. Beli kelengkapan yang berlabel SIRIM; b. Berhati-hati apabila membeli kelengkapan yang menawarkan harga murah daripada biasa; dan c. Beli daripada pembekal berlesen yang dilantik oleh pengilang atau pengeluar kelengkapan tersebut. 19
Penggunaan Kod Sambungan (Extension Cord) Yang Betul
1. Pastikan wayarnya tidak menghalang laluan yang mana menyebabkan seseorang itu tersadung/terlanggar atau terlalu kendur sehingga ianya boleh ditarik secara tidak sengaja. 2. Pastikan wayar tersebut tidak terkena air atau haba panas seperti ketuhar dan sebagainya.
20
3. Elakkan membaiki wayar yang telah pecah atau terkoyak, gantikan ia dengan yang baru. 4. Jangan sambungkan kepada banyak kelengkapan sehingga melampaui beban yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan wayar tersebut menjadi panas dan ia boleh menyebabkan kebakaran. 5. Kod sambungan direkabentuk hanya untuk pendawaian sementara. Ia digunakan apabila diperlukan dan simpan semula apabila penggunaannya selesai. Jika ia digunakan secara berterusan maka gantikan ia dengan pendawaian kekal yang mana soket alir keluar yang baru dipasang
21
mengantikan kod sambungan tersebut. Pastikan ia dipasang oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
6. Jangan lalukan wayar tersebut di bawah permaidani dan sebagainya semasa digunakan agar pengedaran haba dapat berjalan dengan baik. Ini bagi mengelakkan daripada kebakaran. 7. Pastikan palam kuasa kelengkapan dipasangkan ke soket alir keluar kod sambungan sebelum palam kuasa kod sambungan dipasang ke soket alir keluar di dinding. 8. Bagi penggunaan di luar rumah, pastikan mengguna kelengkapan yang telah direkabentuk untuk kegunaan diluar rumah. Walaubagaimanapun berhati-hati bagi mengelakkan terkena kejutan elektrik. 9. Elakkan wayar tergilis/digilis oleh tayar dan sebagainya.
22