cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008
SMC SKUDAI, JOHOR 2014
Bahagian A : SISTEM BAHASA [ 25 Markah ] Soalan 1 : Kesalahan Bahasa 4 soalan : 8 MARKAH 1. Tugasan itu dibuat dengan berdasarkan kepada nota yang ada dalam buku panduan. Formula : KKTT
ber……kan
=
KN
2. Sejak berkhidmat di syarikat ini,saya turut terlibat di dalam kerja-kerja sosial seperti membantu mangsa banjir serta membantu golongan daif. Formula :
di dalam ( lubang / ruang ) dalam ( abstrak / tidak nampak)
3. Pulau Langkawi adalah di antara destinasi pelancongan yang terkenal di negara kita.
Formula : antara
= ( bukan tempat)
di antara = ( tempat / jarak )
Formula : ialah
= ( di hadapannya perlu ada kata atau frasa nama) adalah = ( di hadapannya perlu ada kata atau frasa sendi dan adjektif)
4. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang perkara itu lebih awal.
5. Angkasawan Negara menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas dengan penuh keceriaan.
Formula : MeN-…-kan(Tidak perlu ada perkataan di hadapan ) KKT – Terus objek ( kata nama )
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008 6.
SMC SKUDAI, JOHOR 2014
Pengerusi telah memberitahu ahli mesyuarat tentang aktiviti lawatan sambil belajar dalam agenda hal-hal lain.
Formula : Hukum DM
D= Diterang ( Fokus – apa yang hendak diperkatakan) M=Menerang ( Huraian Fokus- huraian tentang apa yang diperkatakan)
cth : telur kuning - telur yang berwarna kuning kuning telur - bahagian kuning di dalam telur.
7. Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia bertambah yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Formula : .
se…… / se…..se = 2x ( Perlu seimbang )
8. Pelumba basikal itu saling kejar-mengejar di antara satu sama lain semasa menuju ke garisan penamat.
Formula : saling = 1 x, ( tidak perlu diikuti kata ganda saling)
9. Pengetua menerima panggilan dari peguamnya yang memaklumkan bahawa tuduhan yang dikenakan terhadap syarikatnya telah digugurkan. Formula : Dari Daripada
-diikuti masa,tempat dan arah -membuat perbandingan -menyatakan maksud sumber ( manusia,haiwan,objek,sumber )
Soalan 2 : Kesalahan Ejaan 3 Soalan : 3 Markah a) Kesalahan ejaan { susunan vokal a, e ,i,o , u } cth : Pelancung ( salah ) Pelancong ( Betul )
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008
SMC SKUDAI, JOHOR 2014
b) Kesalahan ejaan { kata pinjaman Bahasa Inggeris} cth : bowling ( salah ) boling ( betul
)
c) Kesalahan ejaan yang menguji kefahaman{ Kata majmuk mantap dan tidak mantap } cth : Jawatankuasa ( Betul ) Jawatan kuasa ( Salah )
Soalan 3 : Sintaksis [10 markah] ( Ayat aktif dan Pasif ,Menggabungkan ayat, mencerakinkan ayat ,Pola ayat dan Cakap ajuk dan Cakap Pindah ). 1) Menggabungkan ayat - pelajar perlu gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk. contoh : Pulau Peranginan itu Cantik.( Ayat tunggal ) Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik. (Ayat tunggal ). Jawapan : Pulau peranginan itu cantik tetapi tidak dijaga dengan baik.
Contoh : Suriya sedang membaca buku. ( Ayat Tunggal ) Vijay sedang menulis karangan.( Ayat Tunggal) Jawapan : Suriya sedang membaca buku manakala vijay sedang menulis karangan.
2) Mencerakinkan Ayat -Mencerakinkan ayat majmuk menjadi dua ayat tunggal. contoh : Murid yang sakit itu telah pulang. ( Ayat Majmuk ). a) Murid itu sakit. b) Murid itu telah pulang.
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008
SMC SKUDAI, JOHOR 2014
contoh : Walaupun Pak Mail hidup sebatang kara namun dia tidak pernah meminta-minta daripada sesiapa. a) Pak Mail hidup sebatang kara. b) Dia tidak pernah meminta-minta daripada sesiapa.
Nota :gugurkan kata hubung semasa cerakinkan ayat
Soalan 4 : Peribahasa ( 4 markah ) Arahan :Pelajar perlu tulis peribahasa yang sesuai dengan gambar yang diberikan. Cth :
Jawapan : Bagai katak di bawah tempurung.
Jawapan : Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008
SMC SKUDAI, JOHOR 2014
Bahagian B ( 30 markah ) Soalan 5 - Petikan Pemahaman [ cerpen , prosa klasik dan drama ] 10 markah Soalan 6- Puisi ( Puisi moden atau tradisional ) 10 Markah Soalan 7- Novel ( 10 Markah ) Ramalan novel. Tajuk Latar Masyarakat
CPU
Pengajaran
CPU
Perwatakan watak Utama DSW
Jawapan Masyarakat orang asli yang bersatu hati. Contoh: Masyarakat orang asli di kampung kuala Batu bergotng-royong mengadakan kenduri untuk menyambut kedatangan pegawai pertanian. Mayarakat yang bertanggungjawab Contoh :En.Hasrul sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan orang asli di kawasan pedalaman setelah dinaikkan pangkat Masyarakat yang percya kepada dukun Contoh: Walaupun satiah menghidap penyakit barah paru-paru,Pak Morit tetap percaya dukun berupaya mengubati penyakit anaknya itu. Kita hendaklah menghormati ibu bapa kita Contoh : Hartini dan adik-adiknya amat menghormati ibu bapa mereka.Mereka tidak pernah meninggikan suara dan melawan cakap dengan ibu bapa Kita hendaklah membantu orang kurang berada Contoh : Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah sebagai anak angkat dan membiayai kos pendidikan dan rawatannya. Kita hendaklah mengotakan janji yang dibuat. Contoh :sebagai contoh,En.Hasrul mengotakan janji untuk mengadakan kenduri kesyukuran selepas kejayaan Hartini dan rakan-rakannya dalam peperiksaan PMR. Seorang yang berhemah tinggi.Contohnya, Doktor Fikri bersopan santun ketika bercakap dengan ibu bapa,guru-guru dan rakan-rakannya. Seorang yang tabah menghadapi cabaran Contoh : Doktor Fikri tabah menghadapi dugaan hidup meskipun diejek oleh rakan-rakan di sekolah kerana kecacatannya. Seorang yang berdikari. Contoh : Doktor Fikri menanam sayur-sayuran di belakang rumahnya dan hasil tanaman itu dijual di Pekan Tamu menggatal.
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008
SMC SKUDAI, JOHOR 2014
Bahagian C [ 15 Markah ] Lihat gambar tentang langkah-langkah menjaga kesihatan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut,tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Rumus : - Ayat topik + huraian - 5 isi tersirat - 3 isi tersurat - pendahuluan ( Ayat Topik ( isi tersirat ) -Kesimpulan ( Ayat kesimpulan( isi tersirat ) - 8 hingga 10 ayat Pendahuluan :( isi tersirat ) Rumus : Penanda Wacana + topik + huraian( isi tersirat ) Marcapada , penjagaan kesihatan amat signifikan untuk membolehkan kita melakukan pelbagai pekerjaan dengan sempurna dan efisien.(15pp) ( isi tersurat ) Huraian isi = isi tersurat + cth + isi tersirat ( ayat kesan) Pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan akan mencergaskan badan kita ( isi tersirat).Beriadah( isi tersurat) turut membolehkan kita kekal sihat dengan membakar lemak yang berlebihan dalam tubuh( isi tersirat). Selain itu, rehat yang mencukupi( isi tersurat) seperti tidur antara enam hingga lapan jam juga amat perlu dalam mengekalkan kesihatan.Natijahnya,masalah stres dan tekanan dapat dikurangkan. ( isi Tersirat). ( 51pp) Tuntasnya, setiap individu seyogianya menjaga kesihatan agar dapat mengelakkan diri daripada penyakit kronik. Oleh itu, amalkanlah peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. (22pp). ( 90 PP )
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008
SMC SKUDAI, JOHOR 2014
Bahagian D [ 30 Markah ] TEMA KEREMAJAAN Cara-cara menjadi Remaja Berdisiplin / berguna 1. Menetapkan dan mempunyai matlamat hidup untuk Berjaya. -belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kecemerlangan dalam akademik -berusaha dengan gigih untuk mengecapi kejayaan Peribahasa : kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya. -cekal dan tabah menghadapi cabaran -tidak mudah putus asa Peribahasa :membujur lalu melintang patah 2. Mentaati dan mematuhi ajaran agama -mematuhi dan mengikut suruhan agama -suruhan agama akan menjadi benteng dan memperkukuh keimanan Cth : rajin menunaikan solat dan mengaji al-quran -membibitkan nilai-nilai murni yang ditekankan oleh agama -menjauhi perbuatan mungkar / jahat Peribahasa :ambil yang jernih buang yang keruh 3. Bergaul dan memilih rakan sebaya yang baik -berkawan dengan seseorang sahabat yang berakhlak mulia dan bersahsiah terpuji. -memilih seorang sahabat yang boleh membimbimng kita kea rah positif. -Gurindam Fasal keenam mengatakan bahawa ‘pilihlah seorang sahabat yang boleh dijadikan ubat’. -berbincang dan berdiskusi tentang sesuatu topic secara berhemah. 4. Memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya. -meluangkan masa dengan mempraktikkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. -menepati dan menghargai masa. -tidak membazirkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti berpeleseran dan melepak di pusat beli – belah,kerap melayari media social. -Ingatlah ‘ masa itu emas ‘.
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008
SMC SKUDAI, JOHOR 2014
TEMA KEKELUARGAAN
Contoh pendahuluan : Remaja, Ingatlah masa depanmu, Kenanglah, Jasa ibu dan ayahmu, Susah payah mereka membesarkan kita.
Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa. Umum mengetahui,para remaja marcapada terlalu leka dan lalai dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen sosial sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Justeru,ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah pertuturan dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja. PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA. Pendahuluan : -
Pembangunan negara Malaysia semakin pesat dan rancak dasawarsa ini,sehingga kita duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Namun begitu,semasa kita menari bersama bayang-bayang pemodenan,polemik-polemik tentang keluarga bahagia menjadi mauduk diskusi di dewan parlimen mahupun di kedai mamak. Satu soalan yang terlintas dan bersipongang di benak kita,yakni apakah penawar yang paling mujarab untuk( TAJUK ) / merealitikan konsep ‘Rumahku syurgaku’ atau ‘Baiti Jannati’ dalam kalangan mujtamak di nusa tercinta kita ?
Isi : Ibu bapa perlu mengambil berat terhadap anak-anak mereka -
Sebagaimana yang telah kita ketahui,keluarga bahagia dapat ditakrifkan sebagai institusi keluarga yang mapan dan sentiasa diselubungi perasaan kasih sayang. Dalam konteks ini,ibu bapa perlu memikul dan menggalas obligasi yang signifikan untuk memastikan prestij negara yang telah terukir di seantero dunia ini tidak tercalar. Ibu bapa seyogianya mengambil berat akan anak-anak mereka yang baru berumur setahun jagung. Mereka yang selalunya sibuk mengejar material yang berkaitan dengan kebendaan duniawi harus melapangkan masa untuk mendengar omelan anggota keluarga mereka terutamanya anak-anak mereka.
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008 -
SMC SKUDAI, JOHOR 2014
Anak-anak diibaratkan kain putih yang suci dan ibu bapalah yang disandarkan kewajipan untuk mencorakkannya supaya menjadi insan yang mempunyai jati diri yang unggl. Ibu bapa perlu mendengar isi hati anak-anak mereka tanpa mengira keadaan di rumah atau di sekolah. Lantaran itu,anak-anak yang mengharungi zaman memberontak tidak akan tersisih sehingga tersasar haluan bagai layang-layang terputus tali. Natijahnya,( TAJUK ) jika ibu bapa mengambil perhatian dan mendengar keluhan anak-anaknya. Isi : ibu bapa perlu mengawasi dan memantau gerak-geri anak-anak mereka.
-
-
-
Jika ditinjau dari dimensi lain pula,pemantauan gerak-geri anak-anak oleh ibu bapa juga merupakan strategi yang maslahat dalam usaha menghasilkan keluarga yang bahagia. Mereka perlu mengetahui perilaku anak-anak di luar rumah sama ada positif atau negatif.Amalan yang suka memanjakan anak-anak perlu dikikis. Pujian perlu diberikan kepada anak-anak jika mereka sentiasa berfikiran positif dan mempunyai sikap mahmudah. Jika ibu bapa gagal memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak dari semasa ke semasa nescaya anak-anak zaman ini terutama muda-mudi biasanya terpesong kea rah kancah kedurjanaan dan kebejatan sosial. Remaja yang kurang diawasi dan dipantau akan terlibat dalam masalah sosial. Hal ini pastinya akan mengekang terbinanya sebuah mahligai kebahagiaan.
ISi : ibu bapa juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dan ajaran agama dalam diri anak-anak mereka. -
-
Ibu bapa seharusnya mengindoktrinasikan nilai-nilai murni dalam dir anak-anak sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan ini dapat menjana pewaris negara yang memiliki akhlak yang mulia dan memacu negara ke mercu kegemilangan.selain itu,ajaran agama juga perlu tersemat di dalam kalbu anak-anak oleh ibu bapa. Hal ini kerana didikan agama merupakan perisai yang paling kukuh untuk membantu seseorang menempuh segala anasir jahat Rentetan itu,ibu bapa dan anak-anak berada dalam keadaan yang bahagia,saling sandarmenyandar dan menghormati antara satu sama lain. Izharlah bahawa anak-anak yang mempunyai didikan agama akan membentuk keluarga yang bahagia.
Kesimpulan : -
Tuntasnya ,keluarga yang bahagia merupakan elemen penting untuk membina insane yang warak,soleh dan kamil demi mengemudi bahtera negara. Manusia yang berstatus sebagai ibu bapa perlulah mentarbiah dan mendidik anak-anak dengan sempurna agar sebuah keluarga bahagia dan sejahtera dapat dizahirkan.
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008 -
SMC SKUDAI, JOHOR 2014
Keluarga yang bahagia akan menjana dan memacu pembangunan negara dan seterusnya segala aspirasi kerajaan dapat ditunaikan dan direalitikan.
TEMA TEKNOLOGI MAKLUMAT Kebaikan dan keburukan Internet 1.
Kebaikan- memudahkan perhubungan dan komunikasi - perhubungan dan komunikasi melalui panggilan suara dan video - Menggunakan aplikasi seperti facebook, Twitter,Skype dan Yahoo Messenger. -dapat berhubung tanpa mengira jarak dan waktu. -secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim dan ukhuwah antara ahli ahli keluarga dan sahabat.
2.
Kebaikan- Mempercepat dan memudahkan pencarian maklumat. -segala maklumat akan berada di hujung jari -Pencarian maklumat melalui enjin carian seperti google,Yahoo dan sebagainya. -dapat meluaskan horizon pemikiran para remaja Peribahasa : seperti katak di bawah tempurung. -pelajar boleh mengakses internet untuk memuat turun pelbagai maklumat
3.
Kebaikan-Menambahkan pendapatan -menggunakan internet untuk perniagaan atas talian. -menggunakan internet untuk menawarkan perkhidmatan profesional. - menggunakan internet untuk urusan jual beli. -menggunakan internet untuk menyewa tapak iklan. Peribahasa :sambil menyelam minum air
4.
Keburukan- Mengakibatkan kebejatan sosial -meracuni pemikiran para pelajar - mendorong dan mempengaruhi pemikiran pelajar melayari laman sesawang lucah. -Natijahnya,pelajar akan ponteng sekolah dan berlepak di kafe siber. -menyebabkan pelajar tidak memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Contoh :penagihan dadah, merokok
5.
Keburukan-Memudahkan penyebaran maklumat palsu dan berunsur fitnah -dikirimkan melalui laman sosial dan blog. -disebarkan secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab -menyebabkan kekecohan dan salah faham -menjejaskan keharmonian dan keamanan negara.