279
BAB KETIGA • Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain Di Kubur Mereka • Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah Yang Dimiliki • Mencium Tangan Dan Mencari Berkat Dengan Peninggalan Orang-orang Soleh
Kandungan
281
FASAL 1
KEHIDUPAN PARA NABI DAN LAIN-LAIN DI KUBUR MEREKA
A
llah mengutamakan pengetahuan tentang hal-hal yang ghaib dan menyembunyikannya daripada makhlukNya. Akibatnya, ilmu itu tertutup dan menjadi tanda tanya sehingga akhirnya makhluk alpa tentang apa yang dikehendaki Allah daripada mereka. Para Nabi dan Rasul semuanya akan dihadapkan untuk memberi laporan mengenai apa yang mereka ketahui. Apabila mereka mendedahkan dengan cahaya basirah, akan tampaklah rahsia-rahsia yang tersimpan. Apabila diberi pengarahan dengan halus maka telah memberi dari pancaran dengan ukuran apa yang dicurahkan dengan jabatan tabligh. Para syuhada’ senantiasa hidup di sisi Tuhannya. Hal ini telah pun dimaklumi, meskipun mereka berada jauh dari kehidupan dunia, sebab mereka sememangnya sudah memasuki fasa kehidupan abadi hari pembalasan. Mereka hidup di sisi Tuhan dan mendapat keutamaan yang hakiki. Sebab di belakang mereka adalah Allah dan sesiapa yang dibelakangnya adalah Allah maka dia tidak mati. Apabila para wali Allah yang soleh meninggal dunia, yang lenyap daripada diri mereka hanyalah kewujudan fizikalnya. Sedangkan hakikat dirinya masih ada dan hidup di dalam kuburnya. Tidak hilang sesuatu pun dari ilmu dan akalnya; bahkan setelah meninggal, ruh basirah, ilmu, serta kehidupan rohaninya akan bertambah. Dia akan menuju kepada Allah. Dan tidak mungkin kalbu orang-orang yang arif berkata-kata tanpa memahami maknanya.
281
Kandungan
282
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Para wali hidup di kubur mereka dari suatu alam ke alam yang lain. Penghargaan kepada mereka pada masa kematian adalah seperti penghargaan kepada mereka pada masa hidup. Adab kepada mereka setelah mati sama seperti adab kepada mereka pada masa hidup. Tentang hidupnya para Nabi dan orang-orang lain di dalam kubur telah tertera melalui banyak hadis-hadis sahih yang kuat yang menunjukkan bahawa para Nabi yang telah wafat menjalani kehidupan khusus di kubur mereka, sebagimana ruh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam kembali kepadanya. Baginda mampu mendengar dan menjawab salam. Oleh kerana itu, kita perlu meneliti kehidupan para Nabi, syuhada’ dan orang-orang mati. Pertama sekali marilah kita bicarakan dahulu :
KEHIDUPAN PARA NABI DI KUBUR MEREKA Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tetap hidup dikuburnya, begitu juga dengan semua Nabi sebelumnya. Kehidupan para nabi di kubur adalah suatu yang pasti lagi mantap dasarnya. Hal itu tidak diragukan oleh orang-orang yang rela menerima Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Hal tersebut sudah pasti dan dapat dimaklumi sebab terdapat dalil-dalil yang mendukung, bukti-bukti yang menguatkan dan keyakinan yang memperkukuhkan. Beritaberita tentang penyelidikan dan riwayat daripada orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian banyak jumlahnya, dan buku-buku yang telah dicetak sejak dahulu sehingga kini semuanya telah membahaskan masalah ini dengan pelbagai riwayat dan sanad. Di antara berita yang benar yang menunjukkan bahawa para Nabi hidup di kuburnya adalah yang dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, daripada Anas Radiallahu‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pada malam Isra’ menemui Musa ‘Alaihissalam ketika beliau sedang berdiri untuk melakukan solat di kuburnya.
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
283
Dikeluarkan daripada Abu Ya’la di dalam Musnadnya dan Al-Baihaqi dalam kitab Al-Hayat Al-Anbiya’ daripada Anas Radiallahu‘anhu katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Para Nabi hidup di kuburnya dan mendirikan solat.’
Al-Baihaqi menyebutkan dengan sanad sahih bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Aku telah melihat jamaah para Nabi Musa ‘Alaihissalam berdiri tegak untuk melakukan solat dan ternyata beliau adalah seorang yang berambut ikal dan berkulit coklat seperti orang Syanu’ah. Ketika itu juga ‘Isa bin Maryam berdiri untuk melakukan solat, beliau adalah di antara orang yang mirip sekali dengan ‘Urwah bin Mas’ud al-Thaqafi. Ibrahim pula bangun untuk melakukan solat, orang yang menyerupai beliau ternyata adalah sahabat kamu sendiri – yakni Nabi Muhammad –. Kemudian tiba waktu solat, maka aku mengimamkan mereka semua. Setelah selesai melaksanakan solat, seseorang berkata kepadaku: ‘Wahai Muhammad, inilah Malik penjaga api neraka.’ Kemudian aku memberi salam kepadanya dan aku menoleh kepadanya. Beliau mendahului aku memberi salam.’
Kandungan
284
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Di dalam hadis Sa’id bin Musaiyyab dan lain-lain dikatakan bahawa sesungguhnya mereka bertemu di Baitul Maqdis. Di dalam hadis Abu Zar tentang sifat Mi’raj dikatakan : ‘Sesungguhnya Baginda bertemu dan berbicara dengan mereka di langit. Semua itu adalah benar. Tidak ada perbezaan antara satu dengan yang lain. Baginda telah melihat Musa ‘Alaihissalam berdiri untuk menunaikan solat dikuburnya. Kemudian Nabi kita Sallallahu ‘alaihi wasallam berjalan malam (isra’) bersama Musa ‘Alaihissalam ke Baitul Maqdis dan lain-lain, lalu Mi’raj (naik) ke langit. Mereka melihat sebagimana yang telah dikhabarkan.’ Mereka tinggal di tempat yang berbeza-beza. Keadaan mereka diriwayatkan oleh insan yang paling jujur, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang menjadi dalil tentang kehidupan mereka. Di antara dalil yang membenarkan hal ini adalah sanad yang diriwayatkan daripada Aus bin Aus katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Hari-hari kamu yang paling afdhal adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan diwafatkan. Pada hari itulah ditiupkan sangka kala dan terjadi kehancuran maka perbanyakkanlah selawat kepadaku. Selawat kamu diperlihatkan.’ Seseorang bertanya : ‘Bagaimanakah selawat kita boleh diperlihatkan kepada anda, sedangkan jasad anda sudah reput?’ Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan tanah memakan jasad para nabi.’ (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi)
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
285
Daripada Abu Mas’ud Al-Anshari katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat, sebab sesungguhnya tidak ada orang yang berselawat atasku pada hari Jumaat kecuali diperlihatkan kepadaku.’
Daripada Abi Umamah katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada hari Jumaat. Maka sesiapa yang banyak berselawat kepadaku dialah yang paling dekat kedudukannya dengan aku.’ Daripada Malik bin Dinar katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di antara kamu pada hari Qiamat di semua tempat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku selama di dunia. Maka sesiapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat dan pada malamnya, Allah akan menunaikan seratus keperluannya, tujuh puluh dari keperluan akhirat dan tiga puluh dari keperluan dunia. Kemudian Allah mewakilkan satu malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku, sepertimana kamu menerima hadiah-hadiah. Malaikat itu
Kandungan
286
Hakikat Tawassul dan Wasilah
memberitahu kepadaku siapakah yang berselawat atasku dengan namanya dan menisbahkannya kepada kaumnya, kemudian dicatat di sisiku di suatu lembaran yang putih.’
Daripada Abu Darda’ katanya : ‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia akan menjadi bukti yang disaksikan oleh malaikat. Setiap orang yang berselawat kepadaku maka akan ditunjukkan selawatnya itu kepadaku sehingga ia selesai mengucapkannya.’ Lalu aku bertanya : ‘Meskipun setelah mati?’ Rasulullah menjawab : ‘Dan setelah mati, sesungguhnya Allah telah mengharamkan tanah memakan jasad para Nabi. Maka Nabiyullah adalah hidup dan mendapat rezeki.’ (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Di antara yang menunjukkan bahawa mereka hidup adalah riwayat yang dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam Sahihnya :
‘Kelihatan Musa berada di sisi ‘Arasy, maka aku tidak tahu apakah beliau adalah orang yang sedar sebelum aku atau orang yang dikecualikan oleh Allah ‘Azzawajalla.’
Al-Baihaqi mengatakan di dalam kitabnya, Hayah alAnbiya’ bahawa Allah mengembalikan roh-roh para NabiNya adalah perkara benar. Mereka hidup di sisi Allah seperti syuhada. Apabila ditiup sangkakala yang pertama mereka binasa bersama
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
287
semua makhluk, kemudian tidak ada lagi makna kematian yang lain kecuali hilangnya perasaan, dan Musa ‘Alaihissalam adalah termasuk yang dikecualikan oleh Allah dengan firmanNya :
‘…kecuali apa yang dikehendaki Allah.’ (Al-An’am: 128)
Pada waktu itu perasaan Musa ‘Alaihissalam tidak hilang, lalu beliau dihisab dengan tiupan pada hari Thuur. Telah ditetapkan di dalam sahih tentang hadis-hadis isra’ bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bertemu Adam ‘Alaihissalam di langit dunia. Sabda Baginda tentangnya : ‘Kelihatan seorang lelaki yang di sebelah kanan dan kirinya terdapat singa-singa. Apabila dilihat dari sisi kanan tampak ia ketawa dan apabila di lihat dari sisi kiri tampak ia menangis’, kemudian dia berkata : ‘Marhaban Nabi yang soleh dan anak yang soleh.’ Kemudian Baginda bertemu Ibrahim ‘Alaihissalam di langit ke tujuh sedang meletakkan punggungnya di al-Bait Al-‘Atiq AlMa’mur. Hal ini tidak dikatakan sebagai mimpi tetapi sabda Baginda : ‘Dan diperlihatkan kepadaku…’ mengisyaratkan kepada tidur sedangkan Isra’ yang disepakati kebanyakan ulama dahulu dan yang kemudian adalah dalam keadaan sedar dan mengenali apa yang benar. Sekalipun dikatakan Baginda di dalam keadaan tidur, maka sesungguhnya mimpi para Nabi adalah hak dan benar. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam: ‘…diperlihatkan kepadaku..’ tidak menjadi dalil bahawa Baginda tidur kerana terdapat dalil dari sabda Baginda : ‘Dia melihatku di Hijir...’. Ini menunjukkan bahawa Baginda sedar sebagaimana yang kita perhatikan pada sabda Baginda yang selanjutnya. Apabila dikatakan bahawa mereka berhaji dan bertalbiyah sedangkan mereka mati dan berada di akhirat, bukan di dunia, maka jawapannya terdiri dari beberapa kemungkinan :
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
288 Pertama
Mereka adalah syuhada atau lebih utama daripada syuhada’. Telahpun dikatakan bahawa para syuhada’ itu hidup di sisi Tuhannya. Maka mungkin sahaja mereka mengerjakan haji dan melakukan hal-hal sebagimana disebutkan di dalam hadis-hadis lain. Mereka juga boleh jadi bertaqarrub kepada Allah dengan kemampunan yang ada pada mereka, sebab walaupun sudah wafat mereka masih berada di Darul ‘Amal sehingga tamat masanya, barulah diikuti dengan kehidupan akhirat yang merupakan Darul Jaza’ di mana terputusnya segala amalan. Kedua Amal akhirat adalah berupa ucapan dan doa. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman :
‘Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan, wahai Tuhan!’ (Yunus: 10)
Ketiga Bila dianggap sebagai ru’ya (mimpi) yang berlaku ketika tidur, ini bererti mereka tidak berada pada malam Isra’ itu. Keempat Diperlihatkan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam hal ehwal kehidupan mereka dan bagaimana gambaran keadaan mereka. Apa yang berlaku dan bagaimana supaya ini semua menjadi hujjah dan ketetapan bagi mereka. Kelima Merupakan berita terhadap apa yang diwahyukan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tentang hal ehwal mereka dan yang terjadi pada diri mereka meskipun tidak melihat dengan mata kepala sendiri. Kemungkinan pertama dan kedua mewajibkan adanya kehidupan, yang ketiga tidak terjadi pada malam isra’, sedangkan
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
289
yang keempat dan yang kelima adalah berkenaan haji dan talbiyah dan lain-lain. Kalau apa yang terkandung di dalamnya (haji dan talbiyah ) dibawa pada malam isra’ maka tidak mungkin. Jawab yang benar dalam soal selawat dan yang lain, kita katakan bahawa alam barzakh itu berdasarkan hukum dunia, apabila mereka memperbanyakkan amal dan menambahnya dengan ganjaran dan pahala. Apabila kita katakan bahawa yang terputus di akhirat itu hanyalah tugas-tugas, telah terdapat amal-amal di luar tugas, berdasarkan bukti mereka bersenang-senang dengannya dan tunduk kepada Allah. Justeru, mereka bertasbih, berdoa dan membaca Al-Quran. Tengoklah sujud Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam ketika bersyafaat. Bukankah itu ibadah dan amalan? Berdasarkan dua perkara ini, bolehlah dikatakan di dalam barzakh masih memungkinkan untuk melakukan amal-amal tertentu. Dan telah dibenarkan daripada Thabit Al-Banani seorang tabi’in bahawa beliau berkata : ‘Ya Allah, apabila Engkau mengizinkan seseorang untuk solat di kuburnya maka berilah keizinan itu kepadaku.’ Ternyata setelah mati beliau tampak melakukan solat di kuburnya. Memadailah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat Nabi Musa ‘Alaihissalam berdiri dan melakukan solat di kuburnya. Ini kerana Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan para Nabi yang lain tidak mati kecuali setelah ditawarkan kepada mereka untuk hidup di dunia atau di akhirat, lalu mereka memilih akhirat. Tidak syak lagi, seandainya mereka terus tinggal di dunia akan bertambahlah amalan soleh yang mereka lakukan. Kemudian berpindah ke syurga, meskipun tidak tahu bahawa perpindahannya kepada Allah adalah pilihan yang paling sempurna. Di samping itu, perpindahan mereka dari dunia ini membuat mereka tidak dapat memilih cara lain untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
290
Demikianlah di antara hadis sahih yang menggambarkan kehidupan para Nabi di kubur-kubur mereka. Al-Quran yang mulia juga menunjukkan hal yang sama seperti firman Allah:
‘Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki…’ (Ali ‘Imran: 169)
Jika hal sedemikian ditetapkan bagi para syuhada’, maka hak yang ditetapkan bagi Rasulullah tentulah lebih utama. Ianya boleh dilihat dari beberapa sisi: Pertama Ayat tersebut menerangkan kedudukan terhormat yang diberikan kepada para syuhada’ sebagai suatu kurniaan untuk mereka. Sedangkan para Nabi, tidak ada yang melebihi kedudukan mereka. Dengan demikian keadaan para nabi pastilah lebih tinggi dan lebih sempurna daripada keadaan para syuhada’. Oleh itu, mustahil para syuhada’ diangkat dengan darjat kesempurnaan melebihi para Nabi. Tambahan pula, kesempurnaan ini wajib mendapatkan darjat taqarrub yang lebih, pengembalian kenikmatan dan kesejahteraan daripada Yang Maha Tinggi. Kedua Kedudukan ini diperolehi oleh para syuhada’ sebagai pahala atas jihad dan pengorbanan jiwa mereka kepada Allah. Sedangkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan, mengajak dan memberi hidayah kepada kita dengan izin dan taufiq Allah. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
291
‘Sesiapa yang membuat ikutan yang baik, ia mendapat pahala perbuatan (dari perbuatannya) dan pahala dari orang yang melakukannya (kerana mengikutinya) sehingga hari kiamat. Dan sesiapa membuat ikutan yang buruk, ia mendapat dosa dari (perbuatannya) dan dosa orang yang melakukannya (kerana mengikutinya sehingga hari kiamat.’ (Hadis Riwayat Ath-Thabrani dalam Al-Mu’jam al-Kabir)
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Sesiapa yang mengajak kepada hidayah, ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikitpun. Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, ia akan mendapat dosa seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi dari dosa mereka sedikitpun.’
Terdapat banyak lagi hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan hal yang sama. Semua pahala yang diberikan kepada para syuhada’ turut diberikan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam kerana Baginda juga melakukan usaha yang sama. Kehidupan adalah pahala. Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mendapat lebih dari yang dikhususkan bagi dirinya kerana hidayah pada yang mendapatkan hidayah dan apa yang didapatinya dari pahalapahala dan kebaikan yang khusus dari amalan ma’rifat dan keadaan yang tidak sampai kepada semua umat yang mengetahui penyebarannya dan tidak sampai sepersepuluh dari sepuluhnya. Ada tambahan pahala yang khusus dari diri atas hidayahnya, bagi yang memberikan hidayah, dan kepada harta atas pahalapahala kebajikannya yang khusus dari amalan-amalan, serta pemberitahuannya yang tidak sampai pemberitahuannya kepada umat yang mengetahui pengirimannya yang tidak mencapai sepuluh peratus.
Kandungan
292
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Kita tidak akan menyentuh dengannya nikmat yang lahir dan yang tertanam. Bagi kita ada bahagian dalam agama atau dunia atau angkatan atas kita dari semua keburukan di dalamnya atau salah satu keburukan didalamnya, kecuali Rasulullah penyebabnya. Tidak menyentuh kepada kita nikmat yang lahir atau yang batin. Bagi kita juga ada bahagian di dalam agama atau dunia. Atau akan menimpa ke atas kita apa yang kita benci di dalamnya kecuali Rasulullah penyebabnya. Oleh kerana itu, semua kebaikan, amalan-amalan kita yang baik dan soleh serta ibadah setiap Muslim, tercatat di lembaran Nabi kita, Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam beserta tambahan pahalanya. Dengan demikian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mendapatkan pahala sebanyak jumlah umatnya, bahkan lebih dari itu, yang tidak boleh dihitung kecuali oleh Allah. Akal tidak akan mampu mencapainya. Untuk setiap petunjuk dan orang yang mengikuti petunjuk tersebut akan mendapatkan pahala tersebut sampai hari Qiamat. Kalau orang biasa mampu mendapatkan seperti itu, lebih-lebih lagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Setiap kali seseorang mendapatkan satu pahala, maka pahala Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam juga akan ditambah. Begitu seterusnya sampai hari Qiamat. Hal ini tidak boleh dihitung kecuali oleh Allah dan akal juga tidak mampu memahami hakikatnya. Lalu bagaimana kalau Baginda menerima kebanyakan sahabat, tabi’in dan Muslimin di setiap zaman. Setiap seorang Muslim, Baginda akan mendapatkan sejumlah pahala yang diatur baginya, berdasarkan perilaku orang tersebut sampai hari Qiamat. Semua hasil yang diperolehi oleh para sahabat juga akan diberikan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Di sinilah letaknya ketinggian kedudukan orang yang terdahulu berbanding orang yang kemudian hari. Setiap kali pahala orang yang dahulu bertambah, maka bertambahlah juga pahala orang yang terdahulu dan seterusnya. Dengan memahami pengertian ini beserta rezeki dan taufiqNya, maka akan timbul semangat untuk mengajar dan menyebarkan agama ini agar pahalanya bertambah.
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
293
Ketiga Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah saksi. Itu sebabnya ketika dihidangkan kepada Baginda daging domba yang beracun dan boleh menyebabkan kematian, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam terselamat, sedangkan Bisyr Al-Barra’ tumpas. Ini merupakan mukjizat pada haknya, namun demikian rasa ngeri akibat racun itu terus mengikutinya sampai Baginda menderita sakit yang membawa kepada kematiannya. Baginda bersabda: “Masih kurasa kesakitan di tubuhku akibat hidangan yang ku makan di Khaibar, maka inilah saatnya racun itu memutuskan tali-tali jantungku.” Para ulama berpendapat bahawa Allah menyatukan nubuwat dan syahadat di dalam diri Rasulullah dan menjadikan kehidupan yang tetap bagi syahadat yang tidak dikhususkan hanya bagi orang-orang yang mati di medan pertempuran, tetapi mensyaratkan hal itu dalam hukum-hukum duniawi seperti mandi dan solat, sedangkan akhirat tidak demikian. Al-Bukhari dan Al-Baihaqi mengeluarkan dari ‘Aisyah Radiallahu‘anha, katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda di dalam sakit yang menyebabkan kematiannya : ‘Masih kurasakan pedihnya hidangan yang kumakan di Khaibar. Itulah saat aku merasakan tali-tali jantungku putus kerana racun itu.’ Dengan semua penjelasan ini, terbukti bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam hidup di kuburnya iaitu berdasarkan nas Al-Quran yang menunjukkan keumuman lafaz atau dari pemahaman ijma’. Al-Baihaqi mentakwil kehidupan para Nabi di kubur mereka dan menulis di dalam kitabnya, Al-I’tiqad bahawa ruh para Nabi akan dikembalikan kepada mereka setelah dicabut. Maka mereka itu hidup di sisi Tuhannya seperti para syuhada’. Al-Qurtubi di dalam kitab At-Tazkirah mengutip hadis AsSoi’qah : ‘Kematian bukanlah sekadar kebinasaan, ia adalah perpindahan dari hal yang satu ke hal yang lain.’ Atas dasar itu, ditunjukkan bahawa mereka mendapatkan syahadah setelah mati dan meninggalkan kehidupan. Mereka mendapatkan rezeki,
Kandungan
294
Hakikat Tawassul dan Wasilah
bergembira dan mengajak-ajak. Ini adalah sifat kehidupan dunia. Kalau orang-orang yang mendapatkan syahadah seperti itu keadaannya, maka para Nabi lebih berhak dan lebih utama. Telah dibenarkan pula bahawa tanah tidak akan memakan jasad para Nabi, dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bertemu dengan para Nabi ketika malam isra’ di Baitul Maqdis dan di langit. Baginda melihat Musa ‘Alaihissalam melakukan solat di kuburnya. Dijelaskan juga bahawa Baginda menjawab salam semua orang yang memberikan salam kepadanya. Dengan demikian kalau dikatakan bahawa para Nabi wafat sesungguhnya mereka hanya dilenyapkan dari penglihatan kita, di mana kita tidak berupaya menyusuli mereka, meskipun mereka ada dan hidup. Persoalannya seperti yang terjadi pada malaikat. Mereka ada dan hidup, tetapi manusia tidak ada yang mampu melihat mereka, kecuali yang dikurniakan karamah khusus oleh Allah. Al-Barizi bertanya tentang Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam : ‘Apakah Baginda hidup setelah wafatnya?’ Dijawab: ‘Sesungguhnya Baginda hidup.’ Abu Mansur Al-Baghdadi, ahli usul fiqeh yang terdahulu dari mazhab Syafie berkata, kawan-kawannya berkata : ‘Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam hidup setelah wafatnya. Baginda merasa gembira dengan ketaatan umatnya dan merasa sedih dengan kemaksiatan umatnya. Baginda pun menerima selawat dari umatnya yang mengucapkan selawat dan bersabda bahawa jasad para Nabi tidak hancur dan tanah pun tidak mahu memakan jasad mereka. Bayangkan Musa ‘Alaihissalam telah wafat pada zamannya tetapi Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata bahawa Baginda melihatnya sedang solat di kuburnya.’ Disebutkan di dalam hadis tentang Mi’raj bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam melihat Musa ‘Alaihissalam di langit ke empat dan Adam ‘Alaihissalam di langit dunia. Baginda juga melihat Ibrahim ‘Alaihissalam yang berkata kepadanya: ‘Marhaban anak yang soleh dan Nabi yang soleh.’ Apabila sumber hadis ini benar, maka boleh kita katakan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam telah hidup setelah
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
295
wafatnya. Baginda berada di dalam nubuwwah dan melanjutkan sunnahnya. Al-Hafiz pemuka sunnah, Abu Bakar Al-Baihaqi di dalam kitab Al-‘Itiqad menulis bahawa Nabi kita melihat sekelompok Nabi kemudian menjadi imam solat dan memberitahu bahawa berita tentang hal ini benar. Bahawa selawat dan salam kita disampaikan kepadanya, sedangkan Allah mengharamkan tanah memakan jasad Nabi-Nabi tersebut. Syeikh Tajuddin Al-Fakihani Al-Maliki mengatakan bahawa Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan Abu Daud mengeluarkan daripada Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Tidak ada seorang Muslim yang memberi salam kepadaku kecuali akan kujawab, dan Allah akan mengembalikan ruhku sampai aku menjawab.’ Daripada hadis tersebut kita mengetahui bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam selalu hidup. Dalam pada itu, mustahil di dunia ini ada waktu yang kosong dari bacaan selawat kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam daripada seorang Muslim, baik pada siang hari atau malam hari. Padahal Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam selalu menjawab orang yang mengucapkan selawat dan salam kepadanya, sedangkan untuk menjawab itu harus ada jasad dan ruh pada saat yang sama. Bererti jasad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah kosong tanpa ruh. Dengan kata lain, hidup. Beliau senantiasa hidup. Sedangkan kutipan daripada berita-berita tentang hal ehwal Baginda dan para Nabi lainnya di barzakh menunjukkan dengan jelas bahawa mereka berbicara sebagaimana yang mereka inginkan. Bahkan mereka berbincang-bincang dengan para syuhada’ dan kaum Mukminin yang lain di alam barzakh. Tidak ada sesuatu pun yang dilarang dan tidak pula mereka menolak siapa sahaja yang berbicara di barzakh. Asy-Syeikh Taqiyyuddin As-Subki berkata : ‘Sesungguhnya kehidupan para Nabi dan syuhada’ di kubur mereka adalah seperti kehidupan mereka di dunia. Sebagai bukti adalah solat
Kandungan
296
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Musa ‘Alaihissalam di kuburnya sebab solat memerlukan jasad yang hidup. Begitu juga sifat-sifat yang digambarkan pada malam Isra’. Semuanya adalah sifat-sifat jasmani. Namun di dalam kehidupan yang hakiki itu, meskipun berupa jasad dan ruh, mereka tidak memerlukan makanan dan minuman sebagaimana lazimnya di dunia. Yang tetap adalah kesedaran pancaindera mereka, seperti penglihatan pendengaran dan lainlain.’ Makna kembalinya ruh adalah bahawa para Nabi itu boleh bebas melihat amal-amal umatnya memohonkan ampun bagi dosa-dosa mereka, berdoa untuk menjauhkan bencana daripada mereka serta memenuhi bumi dengan berkahnya. Begitu juga dengan kehadiran jenazah orang-orang yang soleh di antara umat. Demikianlah mereka berjalan di alam Barzakh, sebagimana tertera di dalam hadis dan athar. Mengucapkan salam bagi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan amal yang paling baik dan yang paling mulia, yang merupakan taqarrub yang dikhususkan bagi seorang Muslim atas dirinya. Taqarrub ini merupakan penghargaan baginya sehingga Baginda pun mencurahkan perhatian untuk menjawab salam dari umatnya. Yang dimaksudkan dengan ruh adalah ketenteraman sebagaimana tercantum dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala :
‘Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan, rezeki serta kenikmatan syurga…’ (Al-Waqiah : 89)
‘Dia’ di sini maksudnya adalah ruh dengan dhammah pada haruf ‘ra’. Maknanya, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam merasa gembira ketika menerima salam daripada umatnya, sehingga membuatnya ingin menjawab salam tersebut. Mungkin juga yang dimaksukan dengan ruh adalah rahmat yang terjadi dari pahala selawat. Kata Ibn Atsir di dalam An-
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
297
Nihayah, kata ruh di dalam hadis dipakai sebagimana di dalam Al-Quran, pengertiannya boleh bermacam-macam tetapi kebanyakan diertikan sebagai ruh yang bersatu dengan jasad. Erti yang lain adalah Al-Quran, wahyu, rahmat dan Jibril. Ibn Munzir mengatakan di dalam Tafsirnya, dari Hasan Basri bahawa dia membaca firman Allah ‘farauhun wa raihan’ dengan dhammah pada ‘ra’. Kebiasaan yang dimaksudkan dengan ruh adalah rahmat, seperti yang telah disebutkan sebelumnya, di dalam hadis Anas Radiallahu‘anhu : ‘Bacaan selawat diterima oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam di kuburnya sebagaimana kamu, di saat menerima hadiah.’ Dan yang dimaksudkan dengan pahala selawat itu adalah rahmat Allah dan kurniaNya. Ruh boleh diertikan sebagai malaikat yang mewakili Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dikuburnya untuk menyampaikan salam. Ruh dinamakan juga malaikat selain Jibril. Menurut Ar-Raghib: ‘Malaikat-malaikat yang mulia dinamakan ruh. Maka maksud ‘Allah mengembalikan kepadaku ruhku’ adalah Allah mengutus malaikat untuk terus mengikuti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam untuk menyampaikan salam.’ Kata Ar-Raghib Al-Asbahani : ‘Mengembalikan boleh diertikan menyerahkan.’ Bila dikatakan : ‘Aku kembalikan hukum dalam masalah ini kepada fulan.’ Ertinya diserahkan kepadanya. Allah berfirman :
‘Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya.’ (An-Nisa’ : 59)
Allah berfirman :
Kandungan
298
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘…padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa).’ (An-Nisa’ : 83)
Yang dimaksudkan di sini adalah menyerahkan kepada Allah jawaban salam daripada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Jadi yang dimaksudkan dengan ruh di sini adalah rahmat juga. Maka seolah-olah seorang muslim dengan keislamannya mengajukan permohonan selawat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala seiring dengan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :
‘Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka Allah akan membalasnya sebanyak sepuluh kali.’
Ertinya selawat adalah rahmat. Maka pasrahkanlah kepada Allah masalah rahmat kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam agar Baginda mendoakan balasan bagi kaum Muslimin. Selanjutnya Dialah yang bertanggung jawab tentang balasannya yang pasti. Dengan demikian, rahmat itu berhasil diperolehi oleh kaum Muslimin dengan berkat doa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan salam baginya. Syafaatnya pun turun bersamaan dengan diterimanya salam dari kaum Muslimin. Kesimpulan hadis tersebut adalah bahawa hendaknya kaum Muslimin menyerahkan kepada Allah masalah rahmat yang didapatkan dengan perantaraan Baginda, kemudian Baginda berdoa dengannya dengan mengucapkan lafaz salam supaya dibalas sesuai dengan kedudukan salam dan doa baginya. Jadi, yang dimaksudkan dengan ruh yang ada di dalam hati Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah kasih sayang Baginda kepada umatnya dan kelembutan yang mengelilinginya. Dalam beberapa kesempatan adakalanya Baginda marah sebab besarnya kesalahan umatnya atau melanggar larangan-larangan Allah. Kemudian selawat atas Rasulullah disebabkan oleh ampunan dosa-dosa seperti dalam hadis :
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
299
‘Jika begitu cukuplah kepedihan ini dan Allah mengampuni dosa-dosamu.’
Lebih lanjut lagi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mengkhabarkan bahawa tidak ada seorang pun yan memberi salam atasnya sekalipun dosanya sebesar apa pun, kecuali akan kembali kepadanya rahmat yang mengubah keadaan tersebut, sehinggakan dia menjawabnya sendiri, dan tidak ada dosa yang menghalangi. Ini merupakan keuntungan yang mulia dan berita yang besar. Maksud hadis tersebut adalah memberitakan bahawa Allah mengembalikan ruhnya setelah wafat sehingga menjadi hidup untuk selamanya. Bahkan kalau seseorang memberi salam Baginda boleh menjawab salamnya. Ini petanda adanya kehidupan dan menjadi sepadanlah hadis-hadis tentang hidupnya Baginda di dalam kuburnya. Bagi Allah segala puji dan harapan. Tidak syak lagi, hal ini dinisbahkan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, dan juga syuhada’ yang gugur dalam peperangan. Adapun syuhada’ lain yang ditetapkan oleh syariat misalnya orang yang terbunuh, orang yang mati di dalam perut binatang, orang yang tenggelam dan lain-lain, apakah mereka hidup di sisi Tuhannya seperti kehidupan syuhada’ yang tewas di jalan Allah? Soal ini memerlukan penjelasan tersendiri. Kita telah menetapkan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam hidup di kuburnya, begitu pula para syuhada’ mahupun orang mati. Hal ini memerlukan penafsiran. Tentang Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, para ulama’ AsySyafi’iyyah berpendapat bahawa segala sesuatu yang merupakan hak milik Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam setelah wafatnya tetap dianggap sebagai nafkah dan miliknya. Imam Al-Haramain mengatakan, apa yang ditinggalkan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam hendaknya dibiarkan sebagimana ketika Baginda masih hidup. Itu sebabnya Abu Bakar as-Siddiq menanggung harta benda Rasulullah Sallallahu
Kandungan
300
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘alaihi wasallam, dibiarkan sebagaimana adanya dan dianggap tetap sebagai milik Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan alasan bahawa para Nabi itu hidup. Pendapat ini memerlukan dalil bahawa hidup para Nabi dipandang dengan ketetapan hukum dunia. Bererti kehidupan mereka melebihi para syuhada’. Al-Quran Al-Karim menggambarkan wafat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam firmanNya:
‘Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.’ (Az-Zumar : 30)
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Sesungguhnya (nyawaku) dicabut.’ Sedangkan As-Siddiq berkata: ‘Sesungguhnya Muhammad telah wafat.’ Dan kaum Muslimin semuanya menyatakan hal yang sama. Apabila kita mendengar kata-kata tersebut, nescaya akan kita katakan bahawa itu adalah kematian. Sesungguhnya Allah menghidupkan mereka setelah mati, sedangkan rasa sakit dan lain-lain menjadi lenyap setelah kematian. Tak syak lagi, hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam ini lebih tinggi dan sempurna daripada kehidupan para syuhada’. Ruhnya tetap kuat dan kembali kepada jasadnya tanpa kesulitan atau kelelahan, sebab telah dikatakan bahawa jasad para Nabi tidak rosak. Dikatakan pula bahawa proses kembalinya ruh ke jasad kasar ini terjadi pada semua orang mati, apalagi para syuhada’ terlebih lagi para Nabi. Sesungguhnya fungsi pancaindera ada pada jasad, sehingga jasad boleh hidup dengan fungsi sebagaimana kehidupannya di dunia, ataupun hidup tanpa fungsi tersebut apabila Allah menghendaki. Pendek kata, soal ruh yang menunggu untuk dihidupkan di dalam jasad kasar ini adalah masalah biasa dan sangat masuk akal. Telah disebutkan soal ini oleh para ulama’. Di samping itu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam diriwayatkan melihat Musa ‘Alaihissalam sedang melakukan
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
301
solat dikuburnya, padahal aktiviti solat memerlukan jasad yang hidup. Demikian pula gambaran Baginda tentang para Nabi pada malam Isra’, semuanya merupakan sifat-sifat jasmaniah. Namun demikian bentuk kehidupan mereka, adalah kehidupan yang hakiki, sehingga jasad tidak memerlukan makan minum seperti sewaktu di dunia. Kehidupan mereka terkongkong oleh hijab yang ketat tidak dapat dilihat sebab yang berlaku atas diri mereka adalah hukum yang lain. Sedangkan kesedaran ilmu dan fungsi pancaindera tidak ada yang berubah, baik pada orangorang biasa yang mati mahupun pada para Nabi.
KEHIDUPAN PARA SYUHADA’ DI KUBURNYA Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala :
‘Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.’ (Ali Imran: 169- 170)
Sebelum ini kita telah membahaskan tentang hidup para Nabi di kubur-kubur mereka. Maka sekarang kita beralih pula
Kandungan
302
Hakikat Tawassul dan Wasilah
kepada perbahasan tentang hidup para syuhada’ di kubur-kubur mereka. Kata ‘syahid’ boleh bermakna maf’ul. Dari yang bermakna fa’il didapatkan keterangan dari An-Nadhar bin Syamil bahawa orang yang mati syahid itu hidup. Sebab, yang tadinya hidup menjadi syahid atau masyahid dari keadaan sekitarnya. Dan syahid itu hidup kembali setelah terbunuh. Berdasarkan batasan ini, maka menurut syariat seorang yang syahid ditetapkan dalam keadaan hidup. Ini adalah makna syahid dengan pengertian fa’il. Mereka akan menjadi saksi atas umat yang hidup sekarang ini pada hari kiamat, juga menjadi saksi tentang kelembutan dan rahmat Allah. Sedangkan syahid yang bererti maf’ul, maka Malaikat Rahmat akan hadir dan mengangkat ruhnya kepada kedudukan yang kudus. Semua makna ini wujud di dalam hak Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Para ulama sudah sepakat bahawa syahid itu hidup, seperti yang telah dijelaskan Al Qur’an dalam ayat yang lalu, juga dalam surah Al Baqarah. Yang menjadi perselisihan dalam hal ini adalah, apakah kehidupan itu bersifat hakiki, atau majazi? Apabila hakiki, apakah hal itu terjadi sekarang, atau setelah hari kiamat nanti? Apabila terjadi sekarang, apakah kehidupan itu bagi ruh saja atau dengan jasadnya? Dari pertanyaan-pertanyaan tersebut, yang paling lemah adalah yang menyatakan bahawa para syuhada’ itu hidup setelah hari kiamat, bukan saat ini. Pendapat seperti ini bathil, sebab firman Allah menyatakan:
‘…bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya…’ (Al-Baqarah : 154)
Perlu dibahas oleh kaum Mukminin, mengapa mereka tidak menerima kenyataan bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
303
Allah itu hidup padahal semua Mukmin menyedari dan mengetahui bahawa semua manusia akan dihidupkan pada hari kiamat. Adalah aneh bila mereka tidak boleh menerima bahawa para syuhada’ itu hidup sekarang ini. Firman Allah yang bermaksud: ‘...dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka…’ Maksudnya adalah orang-orang yang belum mati. Dan erti : ‘Mereka memberi khabar gembira tentang keadaan yang mereka lihat kepada Mukminin yang belum mati’ adalah bahawa mereka akan dibangkitkan dalam keadaan aman pada hari kiamat. Allah telah memberi khabar gembira itu, sehingga mereka berharap orang-orang mahu mengikuti jejak mereka. Penggelaran mereka sebagai syuhada’ serta harapan mereka tentang orang-orang yang ada di belakang mereka diharapkan menjadi pendorong bagi orang-orang yang masih hidup agar mahu berjihad dengan kesungguhan hati dan kemahuan serta keinginan untuk mencapai kehidupan syuhada’, yang sentiasa hidup di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah sendiri mengulang-ulang berita gembira ini bagi mereka dan menjelaskan bahawa berita gembira tersebut tidak mengandung ketakutan dan kesedihan, melainkan mengandung kenikmatan yang besar yang tidak boleh disamai atau dinilai ganjarannya, iaitu pahala amalan mereka. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang bermaksud: ‘Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati….’, orang-orang yang memerhatikan firman tersebut mengatakan bahawa kata musta’naf ditarik untuk menjelaskan bahawa keadaan terbunuh yang ditakuti dan dielakkan oleh manusia itu sesungguhnya tidak perlu dikhuatirkan. Justeru, mereka seharusnya mencari dan memintanya, bahkan bersaing merebutnya. Dijelaskan pula bahawa mengelakkan diri atau terlalu khuatir tentang hal tersebut sama sekali tidak ada manfaatnya. Sebab jangan dianggap bahawa mereka itu mati, kemudian ruhnya lenyap begitu saja. Mereka itu hidup di sisi Tuhannya, lebih hidup dari
Kandungan
304
Hakikat Tawassul dan Wasilah
apa yang disebut sebagai kehidupan, sebab mereka didekatkan ke sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala disebabkan pengorbanannya di jalan Allah. Maksudnya bukanlah ruh-ruh mereka tinggal dan kembali kepadanya untuk menyertai ruh-ruh lainnya. Dalam hal itu pengertian : ‘…mereka mendapatkan rezeki…’ maksudnya rezeki dari orang-orang yang hidup. Bukan rezeki maknawi, melainkan rezeki hakiki. Dari sini, dikeluarkan hadis-hadis sahih. Di antaranya adalah yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dari Ibn ‘Abbas Radiallahu‘anhu. Bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
‘Ketika saudara-saudara kamu gugur di Uhud, Allah meletakkan ruh-ruh mereka di dalam tembolok burungburung hijau yang berterbangan di atas sungai-sungai syurga dan makan dari buah-buahnya dan tinggal di Qanadil (sebangsa tanaman yang menjalar) di bawah naungan ‘arsy. Ketika menemukan kelazatan minuman dan makanan beserta indahnya tempat yang mereka tinggal mereka berkata, ‘Kalau saudara-saudara kita mengetahui apa yang berlaku atas diri kita, nescaya mereka tidak akan zuhud terhadap syurga dan tidak akan mundur dalam peperangan.’ Maka Allah berkata, ‘Aku akan menyampaikan perkataan kamu.’
Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menurunkan surah Ali Imran :
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
305
‘Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.’ (Ali Imran : 169-171)
Imam Muslim dalam Sahihnya mengutip dari Masruq yang berkata : ‘Kami bertanya kepada Abdullah bin Mas’ud tentang ayat Al-Quran : ‘Janganlah kamu menganggap orang yang gugur di jalan Allah (syahid)’. Dia menjawab, ‘Saya telah menyatakan tentang hal itu, lalu dijawab bahawa ruh-ruh mereka diletakkan di dalam perut burung-burung berwarna hijau dan tinggal dibawah ‘Arsy Ar Rahman di Qanadil yang bergantungan. Mereka berterbangan di syurga dengan bebas, kemudian kembali ketempatnya. Selanjutnya mereka ditanyai oleh Tuhan mereka : ‘Apa yang kalian inginkan?’ Mereka menjawab : ‘Apalagi yang
Kandungan
306
Hakikat Tawassul dan Wasilah
perlu kami minta, sedangkan kami sekarang selalu mengelilingi syurga?’ Pertanyan itu terus diulang-ulang, sehingga akhirnya mereka berkata : ‘Ya Rabbi, kami ingin agar jiwa dikembalikan ke dalam tubuh kami sehingga kami terbunuh sampai seribu kali dijalanMu.’ Setelah tidak ada jawapan, maka ditinggalkan.’ Dari Jabir bin Abdullah, katanya :
‘Aku bertemu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, Baginda bertanya kepadaku: ‘Mengapa kulihat engkau bersedih?’ Aku menjawab : ‘Wahai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, ayahku mati syahid pada hari Uhud dengan meninggalkan banyak keluarga dan hutang.’ Baginda berkata : ‘Tidakkah engkau suka kuberitahu tentang bagaimana Allah menyambut ayahmu?’ Aku menjawab : ‘Tentu saja, ya Rasulullah.’ Baginda menerangkan : ‘Sesungguhnya Allah tidak mengajak bicara seseorang kecuali dari belakang hijab, kecuali ayahmu.’ Dia diajak berbicara secara langsung dan dikatakan kepadanya : ‘Wahai hambaKu, engkau boleh meminta apa saja, nescaya Aku akan mengabulkannya.’ Dia menjawab : ‘Ya Rabbi, hidupkanlah aku lagi. Aku ingin berkorban dan mati syahid dijalanMu.’ Allah menjawab : ‘Kalau soal ini, sudah Kutetapkan bahawa kamu tidak akan kembali.’ Dikatakan : ‘Lalu turunlah ayat ini :( )
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
307
Kata-kata menunjukkan kehidupan yang baru, sementara ruhnya tetap, tidak mati. Maka kehidupan baginya adalah untuk menyempurnakan jasad, atau terpisahnya jasad. Selanjutnya akan saya sebutkan lebih dahulu keadaan semua orang yang mati. Keadaan mereka di dalam kuburnya ada dua macam, iaitu; yang mendapat nikmat dan yang mendapat seksa. Dari dalil-dalil di atas diketahui, kehidupan itu dijalankan oleh para syuhada’ pada saat ini. Namun orang berpendapat bahawa kehidupan tersebut bermakna majazi sehingga muncul beberapa kemungkinan : Pertama, kerana mereka, sesuai dengan hukum Allah, berhak mendapatkan kenikmatan di syurga. Kedua, kerana cita-cita mereka tetap. Ketiga, atau majazi-majazi yang lain, yang semuanya lemah, sebab terlepas dari hakikat majazi tanpa didasari oleh dalil. Para syuhada itu tidak terseksa, tetapi hidup pada saat ini. Mereka betul-betul hidup secara hakiki. Demikianlah pendapat jumhur ulama. Namun apakah kehidupan itu berlaku atas ruh saja atau dengan jasadnya, ada dua pendapat : Pertama Kehidupan itu berlaku bagi ruh saja, sebagaimana disebutkan di dalam hadis Ibn ‘Abbas dan Ibn Mas’ud Radiallahu‘anhum, bahawa ruh mereka berada di dalam perut burung-burung berwarna hijau. Sedangkan jasad hanya disebut hidup apabila ruhnya kembali kepadanya. Kedua Kehidupan itu berlaku bagi ruh dan jasad. Hal ini berlaku atas semua orang mati, dan telah ditetapkan bahawa mereka itu hidup di kuburnya, sedangkan seksa dan nikmat kubur berlaku atas jasad dan ruh. Kalau nikmat kubur juga dialami oleh orang yang tidak mati syahid, maka kenikmatan orang yang syahid tentunya lebih sempurna dan lebih utama.
Kandungan
308
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Al Qurthubi menyebutkan bahawa jasad para syuhada’ tidak hancur. Telah sah berita dari Jabir Radiallahu‘anhu, bahawa ayahnya dan ‘Amru bin Jamuh r.a. – keduanya gugur dalam perang Uhud - dimakamkan bersama dalam satu liang lahat. Suatu ketika, banjir menyebabkan kubur mereka terbuka, dan ditemukan bahawa jasad keduanya tidak rosak. Hanya saja salah satu dari keduanya terluka, dan tangannya dalam keadaan menutupi lukanya. Ketika hendak dikebumikan kembali, posisi tangannya dibetulkan, tetapi ternyata kembali sebagaimana semula. Sedangkan antara peristiwa itu dengan perang Uhud berjarak 46 tahun. Begitu juga saat Muawiyah r.a. membuat saluran mata air keluar dari Madinah, iaitu 50 tahun setelah perang Uhud. Jenazah-jenazah terpaksa dipindahkan. Namun tatkala tidak sengaja cangkul mengenai kaki Hamzah r.a., tenyata darah mengalir darinya. Ditemui betapa ‘Abdullah bin Haram seolaholah baru dikuburkan. Diriwayatkan juga oleh seluruh penduduk Madinah bahawa ketika dinding kubur Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam retak pada masa Al Walid, terlihatlah kaki ‘Umar bin Khatthab yang dahulunya terbunuh sebagai syahid. Tidak perlu kita panjangkan bahasan ini, sebab sudah jelas bahawa jasad para Nabi tidak dimakan oleh tanah, begitu pula jasad para syuhada’. Yang dimaksud dengan syahid adalah orang yang berjuang untuk meninggikan kalimat Allah. Telah dibenarkan bahawa para syuhada berkata : ‘Kami ingin ruh-ruh kami dikembalikan ke tubuh kami.’ Inilah yang dimaksudkan oleh orang-orang yang berpendapat bahawa para syuhada itu hidup dengan jasad dan ruhnya seperti di dunia. Hanya, kehidupannya pada saat ini berbeza dengan kehidupan duniawiyah, sebab telah diriwayatkan bahawa ruh para syuhada itu berada di dalam tembolok burung-burng hijau yang berterbangan kemana saja yang dikehendakinya disyurga, kemudian kembali ke Qanadil yang bergantungan di bawah ‘Arasy. Sebahagian ulama berkata bahawa ruh para syuhada’ berada di dalam tembolok burung-burung di syurga, sedangkan ruh
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
309
Mukminin berada di kubur mereka. Diantaranya yang mengatakan hal itu adalah Al Qurthubi di dalam kitabnya, At Tazkirah. Ada pula yang berkata bahawa ruh-ruh itu tidak berada di dalam tembolok burung, melainkan burung-burung itu sendirilah yang merupakan penjelmaan ruh-ruh syuhada. Pendapat ini didasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam:
‘Roh orang-orang yang beriman adalah laksana burung yang berterbangan.’
Dikatakan pula bahawa keadaan para syuhada itu berbezabeza. Ada yang berupa burung-burung yang bertenggek di pepohonan syurga, ada yang berada di dalam tembolok burungburung yang berwarna hijau, ada yang pulang ke Qanadil di bawah ‘Arasy, ada yang berada di dalam tembolok burung-burung yang berwarna putih, ada yang berada di dalam tembolok burungburung seperti Zarazir, ada yang berada di dalam gambargambar syurga, ada yang berada di dalam gambaran berupa bajubaju amalan mereka, dan ada yang berbolak-balik mengunjungi bangkainya. Selain itu, ada pula yang berada di bawah naungan Mikail a.s., ada yang berada di bawah naungan Adam a.s., ada yang berada di bawah naungan ‘Ibrahim a.s. Al Qurthubi berkata : ‘Ini adalah perkataan yang baik, dan sesungguhnya dia mengumpulkan berbagai berita sampai tidak ada bantahan tentang hal itu. Dan Allahlah yang Mahu Tahu.’ Yang masih menjadi pertanyaan adalah, apakah para syuhada’ itu juga ditanyai? Telah dijelaskan oleh sejumlah ulama’, diantaranya Imam Al Qurthubi, bahawa para syuhada’ itu tidak ditanya. Dalil yang dipakai adalah hadits Muslim :
Kandungan
310
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya : ‘Apakah para syuhada’ itu terkena fitnah (ditanya)?’ Dijawab oleh Baginda : ‘Cukuplah baginya kilatan pedang yang berkilauan di atas kepalanya itu sebagai fitnah.’
Al-Qurthubi berkata bahawa pertanyaan di dalam kubur dimaksudkan untuk menguji kejujuran iman orang-orang Mukmin dari orang-orang munafik. Dalam hal ini, ketabahannya menghadapi kilatan pedang merupakan bukti paling nyata tentang kejujuran imannya. Pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur tidak berlaku secara umum bagi semua makhluk, melainkan dikecualikan bagi para syuhada’. Maka ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya apakah para syuhada itu diuji di kuburnya, Baginda menjawab : ‘Cukuplah baginya kilatan pedang yang berkilauan di atas kepalanya itu sebagai fitnah.’ Al Qurthubi di dalam kitab At-Tazkirah, mengutip dari AlHakim At-Tirmizi, yang mengatakan : ‘Maksud perkataan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam itu adalah bahawa seandainya ada di dalam diri seseorang sifat nifak, nescaya dia akan melarikan diri pada saat dua pasukan bertemu dan pedangpedang berkilauan. Sebab salah satu ciri dari golongan munafik adalah melarikan diri di dalam keadaan seperti itu, sedangkan kebiasaan orang yang beriman adalah rela berkorban dan berserah diri kepada Allah. Kerana kejujuran diri seorang Mukmin telah terbukti di dalam pertempuran, maka pertanyaan di dalam kubur tidak berlaku baginya, sebab pertanyaan itu dimaksudkan untuk menguji mana Muslim yang jujur dan mana yang munafik. Apabila orang syahid tidak ditanya, sesungguhnya kesyahidannya itu sudah merupakan bukti kejujuran (iman)nya.’ Adapun para syuhada’ yang dikecualikan dari hal itu, ertinya tetap ditanyai, diantaranya adalah seperti yang telah disebutkan di dalam hadis-hadis, iaitu orang yang mati di suatu daerah yang terkena wabak tha’un dalam keadaan bersabar, dan orang yang mati kerana sebab-sebab tertentu yang telah dijelaskan oleh syariat. Diriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika mengebumikan puteranya, ‘Ibrahim, di atas
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
311
kuburnya, berkata : ‘Wahai puteraku, hati ini berduka dan mata ini berlinangan, tetapi kami tidak akan mengatakan sesuatu yang membuat Allah murka. Sesungguhnya segala sesuatu adalah milik Allah, dan sesungguhnya kepadaNyalah tempat kembali. Wahai puteraku, katakanlah : ‘Allah adalah Tuhanku, Islam adalah agamaku, dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah ayahku.’ Kemudian Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melihat ke sekelilingnya, dan para sahabat menangis. ‘Umar bin Khattab menangis dan para sahabat menyertainya. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya : ‘Wahai ‘Umar, apa yang menyebabkan engkau menangis?’ ‘Umar menjawab : ‘Wahai Rasulullah, ini adalah putera anda dan masih belum cukup umur, belum dicatat amalnya. Lalu bagaimana dengan ‘Umar yang telah dewasa dan telah dicatat amal-amalnya, tetapi tidak memiliki seseorang yang memberi talqin seperti anda? Bagaimana rupanya dalam keadaan seperti itu?...’ Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam pun menangis dan para sahabat menangis bersamanya, sehingga Jibril a.s. turun dan bertanya kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang sebab tangisan mereka. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengulangi apa yang dikatakan ‘Umar bin Khattab beserta jawaban Baginda kepadanya. Kemudian Jibril naik dan turun lagi seraya berkata : ‘Tuhanmu memberi salam dengan firmanNya :
‘Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat.’ (Ibrahim : 27)
Yang dimaksudkan dengan ayat di atas adalah pada waktu kematian dan saat diajukannya pertanyaan di dalam kubur. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam membacakan ayat tersebut kepada mereka, sehingga hati mereka menjadi tenang dan bersyukur kepada Allah.
Kandungan
312
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Gambaran hakiki tentang hidupnya syuhada di kuburnya adalah Allah memberi takziah kepada Nabi dan wali-waliNya. Maka terbunuh di jalanNya adalah takziah yang paling utama. Dikatakan pula tentang kerelaan mereka terhadap apa yang ditetapkan atas mereka dengan firmannya :
‘Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.’ (Ali Imran : 169-171)
Kemudian mereka dikumpulkan didalam kehidupan yang abadi dan hampir kepadaNya. Mereka adalah hamba-hambaNya, dan bagi mereka ada rezeki yang mengalir terus-menerus serta kegembiraan terhadap kurnia yang diberikan kepada mereka, iaitu di atas keredhaan, bahkan keredhaan yang paling tinggi.
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
313
Mereka mengkhabarkan berita gembira kepada kawan-kawan mereka yang berkumpul bersama-sama, dan menyempurnakan kegembiraan dan kenikmatan mereka bersama dengan kawankawan mereka itu, juga berita gembira tentang kenikmatan dan kurnia yang terus silih berganti setiap waktu. Disebutkan oleh Allah pada masa sulit ini tentang apa yang lebih besar, iaitu kurnia dan kenikmatan sebagai balasan atas segala kesulitan yang mereka alami. Disamping kurnia dan kenikmatan tersebut, bagi mereka juga diutus seorang Rasul dari kalangan mereka yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, menguji dan mengajarkan Al Kitab dan hikmah kepada mereka, menuntun mereka dari kesesatan dan berjalan menuju hidayah, mengeluarkan mereka dari kesengsaraan menuju keberhasilan, dari kegelapan menuju cahaya dan terang, dan dari kebodohan menuju kecerdasan. Cubaan dan kesulitan yang diderita oleh hamba-hamba Allah ini menghasilkan kebajikan yang tinggi. Ini merupakan masalah yang sangat mudah di samping kebaikan yang banyak, sebagaimana orang-orang yang terganggu oleh hujan, sementara orang-orang yang lain mendapatkan kebaikan. Oleh sebab itu, diberitahukan bahawa suatu musibah terjadi akibat sikap mereka sendiri, supaya mereka waspada terhadap ketetapan dan takdirNya. Hendaknya mereka mendekatkan diri dan bertawakal kepadaNya, tidak merasa takut kepada selainNya, dan memberitahu hukum-hukum didalamnya agar tidak menyesali ketetapan dan takdirNya, serta agar mengetahui sifat-sifat dan asma Allah. Oleh sebab itu, mereka kemudian dihiburkan dengan sesuatu yang lebih mulia dan lebih agung. Bahaya telah dilenyapkan dari kalangan mereka, diganti dengan kemenangan dan ghanimah. Sedangkan mereka yang gugur diberi ganjaran pahala dan kurniaNya agar mereka bersaing untuk mendapatkannya dan tidak lagi bersedih atas kematian mereka. Maka bagiNyalah segala puji-puji yang layak, yang memang seharusnya diberikan kebijakan, kedermawanan, kemuliaan, dan kejayaanNya.
Kandungan
314
Hakikat Tawassul dan Wasilah
KEHIDUPAN SEMUA ORANG MATI DIKUBURNYA Ibn Majah r.a. dan Al Baihaqi r.a. mengeluarkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda :
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
315
‘Sesungguhnya apabila mayat itu telah diletakkan di dalam kuburnya, dia dapat mendengar suara alas kaki mereka (iaitu orang-orang yang ikut mengiringi jenazahnya), ketika mereka hendak meninggalkan kuburnya. Apabila mayat tadi seorang Mukmin, maka solatnya berada di arah kepalanya, puasanya berada di sisi kanannya, zakatnya berada disisi kirinya sedangkan semua amal kebaikan seperti: sedekah, silaturahim, amal baik, dan ihsan kepada manusia, berada di dekat kedua kakinya. Dia kemudian didatangi dari arah kepalanya, maka solatnya berkata : ‘Dari arah sini tidak ada jalan.’ Ketika didatangi dari sisi kanannya, maka puasanya berkata : ‘Dari arah sini tidak ada jalan.’ Ketika didatangi dari sisi kirinya, maka zakatnya berkata : ‘Dari arah sini tidak ada jalan.’ Ketika didatangi dari arah kakinya, maka amal baiknya akan berkata : ‘Dari arah sini tidak ada jalan.’ Akhirnya dikatakan kepadanya : ‘Duduklah.’ Maka mayat itu pun duduk dan terlihatlah matahari sudah hampir terbenam. Lalu ditanykan kepadanya : ‘Orang ini, bagaimana pendapatmu tentang dirinya?’ Maka dijawab : ‘Biarkanlah aku mengerjakan solat dulu.’ Mereka berkata kepada mayat itu : ‘Nanti engkau boleh melakukan solat, tetapi jawablah dulu perkara-perkara yang akan kami tanyakan kepadamu.’ Tanyanya : ‘Apa hendak kalian tanyakan?’ Jawab mereka: ‘Bagaimana pendapatmu tentang orang yang diutus kepada kamu itu? Bagaimana persaksianmu tentang dirinya?’ Dia menjawab : ‘Aku bersaksi bahawa dia adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang datang membawa kebenaran dari sisi Allah.’ Dikatakan kepadanya : ‘Memang, dalam keadaan itulah engkau dihidupkan, demikian pula engkau dimatikan, dan begitu pula nantinya Insya Allah engkau akan dibangkitkan.’ Selanjutnya dibukakanlah salah satu pintu syurga, dan dikatakan : ‘Lihatlah tempat tinggalmu di syurga dan apa saja yang telah disediakan untukmu didalamnya.’ Maka mayat itu semakin senang dan gembira, kemudian kuburnya diperluas 70 hasta dan diterangi. Selanjutnya jasadnya dikembalikan seperti semula.
Kandungan
316
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Kemudian ruhnya dimasukkan ke dalam ruh-ruh yang baik, yakni wujud seekor burung yang bergantung disalah satu pohon syurga.’
Di bawah pancaran cahaya hidayah Nabawi yang indah beserta gemerlap rahmat dan kasihNya, kita boleh memahami bahawa semua orang mati dapat mendengar, berbicara, dan mengetahui. Kehidupan di dalam kubur tetap bagi mereka, dan ruh akan kembali kepada jasad mereka. Tentang mendengar dan berbicaranya orang mati, Al Bukhari meriwayatkan di dalam Sahihnya dengan sanad dari Anas Radiallahu‘anhu, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
‘Seorang hamba apabila jenazahnya diletakkan di dalam kuburnya dan ditinggalkan oleh sanak keluarganya, dia dapat mendengar bunyi alas kaki mereka. Kemudian datanglah dua malaikat. Mayat itu didudukkan, kemudian keduanya bertanya : ‘Bagaimana pendapatmu tentang Muhammad?’ Dia menjawab : ‘Aku bersaksi bahawa dia adalah Rasul Allah dan HambaNya.’ Kemudian dikatakan kepadanya : ‘Lihatlah tempatmu dineraka yang telah diganti dengan syurga.’ Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Maka dia melihat kedua tempat itu.’
Apabila mayat yang ditanya adalah orang yang kafir dan munafik, maka dia akan menjawab : ‘Aku tidak tahu, aku mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh orang ramai.’ Lalu
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
317
dikatakan : ‘Engkau tidak tahu dan tidak mengenalnya.’ Kemudian dia dipukul satu kali dengan besi ditelinganya. Maka teriakannya dapat didengar oleh semua makhluk kecuali dua jenis (iaitu manusia dan jin) Kemudian diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya dari hadits Asma’ :
‘ Orang yang munafik atau murtad menjawab : ‘Tidak tahu’.’
Di dalam Sunan At-Tirmizi dikatakan bahawa kedua malaikat itu berkata kepada orang yang beriman :
‘Tidurlah sebagaimana tidurnya pengantin, yang tidak dikejutkan melainkan oleh anggota keluarganya yang paling dicintai.’
Adapun Al Imam Al Bukhari mengeluarkan dari Sa’id Al Maqbari dari ayahnya, bahawa ia mendengar Abu Sa’id Al Khudry berkata : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
‘Apabila jenazah itu sudah diletakkan (di dalam usungan) dan diangkat oleh orang-orang di atas bahunya, kalau termasuk orang yang soleh, maka akan berkata : ‘Segerakanlah olehmu.’ Kalau dia bukan orang yang soleh, maka dia akan berkata : ‘Celaka! Hendak dibawa ke manakah aku ini?’ Dia berteriak-teriak sehingga didengar oleh semua
Kandungan
318
Hakikat Tawassul dan Wasilah
makhluk kecuali dua jenis iaitu manusia dan jin. Seandainya kedua jenis makhluk itu mendengar nescaya mereka juga akan pengsan.’
Demikianlah berita dari hadis-hadis sahih yang tidak diragukan, yang menunjukkan dengan jelas bahawa orangorang yang mati boleh mendengar dan berbicara. Perkataan mereka pun mantap dan hakiki, bukan majazi. Seandainya tidak demikian halnya, maka perkataan tersebut boleh diucapkan dengan lisan. Namun hal ini tidak layak, sebab ucapan lisan adalah kenyataan yang berlaku di antara manusia yang hidup, namun tidak diragukan bahawa perkataan mereka adalah hakiki. Dari hadis-hadis yang sahih yang telah disepakati diterangkan tentang panggilan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada ahli Al Qulaib, katanya : ‘Kamu tidak lebih mendengar daripada mereka tentang apa yang kukatakan.’ Ditunjukkan pula oleh hadis-hadis tersebut soal seksa kubur. Diriwayatkan oleh Al Bukhari, Muslim, dan lain-lain, di mana Ahli Sunnah bersepakat tentangnya, dan hadis-hadis tentang hal itupun mutawatir. Di antara yang paling baik adalah diriwayatkan oleh Abu Daud At Thayalisi dari Abu Bakrah Radiallahu‘anhu, katanya :
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
319
‘Suatu ketika aku berjalan bersama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan Baginda berjalan diantara kita, lalu melewati dua buah kubur. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Sesungguhnya penghuni kedua kubur ini terseksa pada saat ini di kuburnya. Siapa yang boleh mengambilkan untukku daun pohon kurma itu?’ Maka aku berebut dengan sahabat-sahabatku sehingga menang dan lebih cepat dalam membawakan (apa yang diminta) kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian daun itu dibelah dua, dipacakkan separuh ke kubur yang satu, separuh ke kubur lainnya, dan beliau berkata : ‘Hal itu meringankan mereka selama daun itu belum layu. Mereka itu diseksa kerana ghibah dan air kencing.’
Dalam riwayat ini tampak bahawa seksa itu terjadi pada saat itu, saat si mati berada di kuburnya. Diriwayatkan pula oleh Al Bukhari dan Muslim di dalam Sahihnya dari Al Barra’ bin ‘Azib bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
‘Seorang Muslim apabila ditanya di kubur akan bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.’
Allah telah berfirman :
‘Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat.’ (Ibrahim : 27)
Telah diperolehi dari Al Barra’ bin ‘Azib sekumpulan hadis yang panjang yang menerangkan tentang hukum-hukum orang mati. Di dalamnya dijelaskan lagi bahawa ruh itu akan kembali
Kandungan
320
Hakikat Tawassul dan Wasilah
ke jasadnya. Dan lafaznya dari Al Barra’ bin Azib : ‘Kami keluar bersama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, mengusung jenazah seorang Ansar sampai ke kubur, dan kuburnya belum digali. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian duduk, dan kami ikut duduk di sekelilingnya seakan-akan di atas kepala kami ada burung-burungnya, kemudian Baginda mendongak ke langit dan memejamkan matanya, selanjutnya Baginda memandang ke tanah seraya berkata : ‘Aku berlindung kepada Allah dari seksa api neraka.’ Kalimat ini diucapkan berulangulang. Kemudian bersabda lagi : ‘Seorang hamba yang beriman bahawa ketika menghadapi akhirat dan terputus dari urusan dunianya akan didatangi malaikat yang duduk dikepalanya seraya berkata : ‘Keluarkanlah nyawamu, wahai jiwa yang tenang kepada ampunan dan redha Allah.’ Maka nyawanya keluar dan menjadi cair laksana cairnya hujan. Turunlah malaikat dari syurga dengan wajah yang putih bersih laksana matahari yang cerah. Mereka membawa kafan dari kafan-kafan syurga dan tenunan dari tenunan-tenunan syurga. Selanjutnya mereka duduk disampingnya sepanjang penglihatan, dan setelah ditarik, tidak dibiarkan ditangannya walau sejenak.’ Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala :
‘Sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).’ (Al-An’am : 61)
Dikatakan : ‘Maka dikeluarlah jiwanya yang berbau sangat harum, dan dibawa naik oleh malaikat. Setiap kali melalui sekelompok malaikat di antara langit dan bumi, mereka bertanya: ‘Ruh siapakah ini?’ Dijawab: ‘Ruh si fulan (dengan panggilan yang baik)…’. Demikian seterusnya sampai mencapai pintu langit yang dibuka, kemudian ruh tersebut dikawal dari pintu ke pintu yang lain oleh malaikat yang mengawalnya sampai ke tujuh lapis langit, kemudian dikatakan : ‘Catatlah dia di ‘Illiyyin.’
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
321
Firman Allah s.w.t. :
‘Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia ‘Illiyiin’ itu? Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan disisinya.’ (Al-Muthaffifin : 19-21)
Kemudian dicatat di ‘Illiyyin dan dikatakan : ‘Kembalikanlah ke bumi, sebab Kami berjanji : ‘Darinya Kami menciptakannya, kedalamnya Kami mengembalikannya, dan darinya Kami membangkitkannya kembali.” Maka dikembalikan ruhnya ke bumi, ke jasadnya semula. Setelah itu datanglah dua Malaikat yang keras. Dia didudukkan kemudian ditanya : ‘Siapakah Tuhanmu? Dan apakah agamamu?’ Si ahli kubur menjawab : ‘Allah adalah Tuhanku, dan Islam adalah agamaku.’ Ditanya lagi oleh Malaikat : ‘Lalu bagaimana pendapatmu tentang orang yang diutus kepada kalian itu?’ Dia menjawab : ‘Dia adalah Rasul Allah.’ Tanyanya lagi : ‘Dari mana engkau tahu?’ Jawabnya : ‘Dia datang kepada kami dengan buktibukti yang jelas dari Tuhan kami, maka aku beriman kepadanya dan membenarkannya.’ Dikatakan :
‘Dan itulah yang dikatakan oleh Allah ‘Azza wa Jalla : ‘Allah meneguhkan (iman) orang-orang Mukmin dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan dunia dan di akhirat…’ (Ibrahim : 27)
Dikatakan : Kemudian terdengar panggilan dari langit: ‘Telah jujur hambaKu, maka berilah dia pakaian dari syurga dan perlihatkanlah kedudukannya.’ Maka mayat itu diberi pakaian dari syurga dan melihat rumahnya di syurga. Kuburnya diluaskan seluas pandangannya, dan amal perbuatannya diperlihatkan kepadanya dalam wujud seseorang berwajah
Kandungan
322
Hakikat Tawassul dan Wasilah
tampan, berbau harum dan berpakaian indah, kemudian dikatakan: ‘Berbahagialah dengan apa yang disediakan oleh Allah bagimu. Beritakanlah kerelaan Allah dan syurga yang didalamnya terdapat kenikmatan yang kekal.’ Kemudian ahli kubur berkata : ‘Semoga Allah mengkhabarkan berita gembira tentang kebaikan. Siapakah engkau? Wajahmu telah datang membawa kebaikan.’ Orang itu menjawab : ‘Inilah hari yang dijanjikan kepadamu. Aku adalah amalanmu yang soleh, demi Allah tidak ada yang kuketahui kecuali bahawa engkau bersegera dalam ketaatan kepada Allah, dan lambat apabila melakukan maksiat kepada Allah, maka terima kasih banyak.’ Si ahli kubur berkata : ‘Ya Rabbi, segerakanlah kiamat agar aku cepat kembali kepada keluarga dan hartaku.’ Dikatakan : ‘Apabila ahli kubur adalah seorang yang durhaka, maka setelah berangkat ke akhirat dan terputus dari dunia, datanglah kepadanya Malaikat kemudian duduk di kepalanya dan berkata : ‘Keluarlah, wahai jiwa yang busuk! Terimalah berita tentang murka dan amarah Allah.’ Selanjutnya turunlah Malaikat-Malaikat yang berwajah hitam, mereka membawa pakaian dari bulu kesat, maka setelah dicabut ruhnya tidak akan dilepaskan dari tangannya sekejap pun.’ Dikatakan : ‘Maka ruh itu terpisah dari jasadnya, dan dikeluarkan sepotong demi sepotong dengan urat-urat dan pengikat di dalam pakaian berupa kain yang lebar dari bulu yang basah. Selanjutnya diambil oleh Malaikat itu dan keluarlah dengan bau yang sangat busuk. Maka setiap kali melalui sekelompok malaikat di antara langit dan bumi, mereka bertanya : ‘Bau apakah yang sangat busuk ini? Siapakah dia?’ Dijawab : ‘Ini adalah si fulan (dengan julukan yang buruk).’ Setelah sampai di langit dunia dikatakan : ‘Kembalikanlah ke bumi yang kami janjikan : darinya Kami menciptakannya, ke dalamnya Kami mengembalikanya, dan darinya Kami membangkitkannya kembali.’ Dikatakan: ‘Kemudian ruhnya dilemparkan dari langit dan dibacakan ayat berikut :
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
323
‘…barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah dia seolah-olah jatuh dari langit, lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.’ (Al-Haj : 31)
Dikatakan : ‘Kemudian dia dikembalikan ke bumi dan dikembalikan ruhnya. Setelah itu datanglah dua Malaikat yang keras dan mengherdiknya, dia didudukkan dan ditanya : ‘Siapakah Tuhanmu? Apa agamamu?’ Dia menjawab : ‘Tidak tahu.’ Malaikat bertanya lagi : ‘Bagaimana pendapatmu tentang orang yang diutus kepada kamu itu?’ Dia menjawab : ‘Aku tidak tahu. Hanya orang-orang mengatakan hal itu.’ Malaikat berkata: ‘Jadi engkau tidak tahu?!’ Maka disempitkanlah kuburnya sampai remuk tulang-tulangnya, kemudian amalannya diperlihatkan dalam wujud seseorang yang buruk rupa, berbau busuk, lagi jelek pakaiannya, dan dikatakan : ‘Tunggulah seksa dari Allah.’ Kemudian si ahli kubur bertanya kepada orang itu : ‘Siapakah engkau? Wajahmu datang dengan penuh kejahatan.’ Orang itu menjawab : ‘Aku adalah amalanmu yang buruk, dan demi Allah yang kuketahui adalah bahawa engkau sangat lambat dalam mentaati Allah, dan bersegera untuk melakukan maksiat kepada Allah.’ Kemudian dikatakan : ‘Lalu datanglah Malaikat A’shom (tuli) dan Abkam (bisu) yang membawa cemeti. Seandainya dia dipukul dengan itu, nescaya akan lebur menjadi tanah atau hangus. Dia lalu diajar dengan satu pukulan, maka teriakannya dapat didengar oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin. Berikutnya ruhnya dikembalikan dan dipukul lagi.’ Dikeluarkan oleh Al-Baghawi dalam Syarah Sunnah dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
‘Sesungguhnya mayat itu mendengar suara alas kaki ketika ditinggalkan oleh para pengusungnya, kemudian dia duduk dan meletak kafannya di lehernya lalu ditanya.’
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
324
Oleh sebab itu, maka Ahli Sunnah sepakat untuk menetapkan bahawa di dalam kubur ada kehidupan, sebagaimana tertera dalam hadis-hadis sahih yang telah disebutkan. Imam Al Haramain berkata di dalam kitab Asy Syamil: ‘Umat-umat terdahulu telah bersepakat tentang ketetapan seksa kubur, orang-orang mati yang hidup kembali di kuburnya dan dikembalikannya ruh-ruh mereka.’ Al Faqih Abu Bakar Al ‘Arabi di dalam kitabnya, Al Amadul Aqsha, dalam bab : Tafsir Al Asma’ul Husna menuliskan : ‘Tidak ada perbezaan di antara ahli sunnah tentang hidupnya mukallafin di kubur mereka dan bahawa mereka semua ditanya.’ Saifuddin Al-Amidi di dalam kitab Abkarul Afkar berkata: ‘Umat-umat terdahulu telah bersepakat tentang ketetapan hidupnya orang-orang yang mati di kubur mereka, masalah dua malaikat yang menyoal mereka, dan ketetapan seksa kubur bagi orang-orang mujrimin dan kafirin. Mereka bersepakat jauh sebelum munculnya orang-orang yang menentang.’ Allah s.w.t. berfirman :
‘…Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali…’ (Ghafir : 11)
Maksudnya adalah kehidupan di kubur dan kehidupan di mahsyar, sebab keduanya merupakan kehidupan di mana mereka mengetahui kehadiran Allah secara langsung, sedangkan kehidupan yang pertama di dunia tidak mengenal Allah secara langsung. Al-Qurthubi berkata : Mengimani hal itu merupakan mazhab Ahli Sunnah dan dipakai oleh jema’ah Ahli Millah. Pemahaman mereka tentang para sahabat yang menerima Al Qur’an dengan lisan dan bahasa mereka dari Nabi mereka tidak lain dari itu, begitu pula para tabi’in setelah mereka. Berdasarkan hal ini, maka urusan tersebut termasuk kehendak Allah dan telah tertera di dalam berita yang sahih,
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
325
sehingga wajib dipercaya. Diputuskan bahawa kehidupan ini kembali kepada kematian. Tentang adakah kematian yang kedua setelah kematian yang pertama ini, tidak ada penjelasan di dalam hadis-hadis, tetapi Allah s.w.t. berfirman :
‘Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali…’ (Ghafir : 11)
Firman tersebut menimbulkan perbezaan di antara mufassirin. Ada yang mengatakan bahawa seksa kubur berlangsung berulang-ulang, dan untuk ini diperlukan hadis yang sahih sebagaimana mulanya, dan yang daripadanya : ‘Inilah tempatmu sampai Allah membangkitkanmu,’ beserta firman Allah s.w.t. :
‘Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang.’ (Ghafir : 46)
Telah dibenarkan oleh Muslim dari Zaid binThabit r.a., katanya :
Kandungan
326
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Tatkala Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menunggang keldainya di sisi tembok Bani Najar dan kami menyertainya, lalu melalui lima atau enam kuburan, Baginda bertanya : ‘Siapakah yang mengetahui keluarga kubur-kubur ini?’ Seseorang menjawab : ‘Aku’ Baginda bertanya lagi : ‘Bagaimana kematiannya?’ Dijawab : ‘Mereka mati dalam kemusyrikan.’ Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, bersabda : ‘Semua orang ini terseksa dikuburnya. Seandainya tidak khuatir bahawa kamu akan mati, nescaya aku akan berdoa agar seksa kubur yang kudengar juga diperdengarkan kepada kamu.’
Ini merupakan dalil tentang terus berlangsungnya seksa kubur. Dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya :
‘Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam mendengar suara dari kubur, lalu mereka berkata : ‘Mereka ini di kubur pada masa jahiliyah.’ Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Seandainya kamu tidak akan dikuburkan, nescaya aku akan berdoa agar kepada kamu diperdengarkan seksa kubur.’
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman :
‘Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?’ (Yasin : 52)
Menunjukkan bahawa si ahli kubur merasakan kehidupan, sebab tidur adalah istilah yang berlaku bagi orang-orang hidup. Penafsiran dari ayat ini adalah bahawa seksa diangkat dari ahli kubur diantara tiupan ketakutan, tiupan kiamat, dan tiupan
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
327
kebangkitan. Dalam waktu-waktu itu tidak ada seksa atas ahli kubur kecuali bagi orang yang membunuh Nabi, atau dibunuh oleh Nabi, atau mati dalam peperangan melawan Nabi. Penafsiran yang lain adalah bahawa seksa kubur itu tidak berlangsung terus menerus, melainkan hanya pada pagi dan petang hari, sedangkan di luar waktu itu bebas. Kerana hari kiamat tiba pada siang hari, maka kebangkitan si ahli kubur terjadi sewaktu dia terbebas dari seksa. Banyak hadis yang benar ketetapannya, yang menunjukkan bahawa sebahagian dari orang yang mati dijauhkan oleh Allah dari fitnah kubur. Di antaranya adalah: para syuhada, orang yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat, dan lain-lain, yang juga tertera di dalam hadis-hadis yang sahih. Walaupun mereka dikecualikan dari pertanyaan, kenikmatan dan kehidupan boleh dirasakan sepenuhnya oleh mereka. Telah diketahui semua orang mati itu hidup dengan ruh dan jasad mereka di dalam kuburnya. Hal ini tidak perlu diragukan lagi. Begitu juga tentang berlangsungnya seksa dan nikmat kubur setelah selesai ditanya. Ketika hal ini ditetapkan, maka kita merasa yakin bahawa semua orang yang mati menjalani kehidupan di dalam kubur dan dapat mendengar perkataan orang hidup, sebagaimana disebutkan di dalam hadis-hadis yang mulia. Al-Bukhari dan Muslim, juga Ashab As-Sunnah mengeluarkan hadis dari Ibn ‘Umar Radiallahu‘anhu, katanya :
‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengetahui penghuni kubur Al Qulaib dan bersabda : ‘Sudahkah kamu menemukan bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan kamu itu benar?’ Maka ditanyakan kepada Baginda : ‘Apakah
Kandungan
328
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Rasulullah mengajak mereka berbicara, padahal mereka itu sudah berupa bangkai-bangkai?’ Baginda menjawab : ‘Kamu tidak lebih mendengar daripada mereka, tetapi mereka tidak boleh menjawab.’
Imam Muslim mengeluarkan di dalam Sahihnya hadis dari ‘Aisyah Radiallahu‘anha, katanya : ‘Mahukah kalian kuceritakan tentang Rasulullah dan diriku?’ Kami menjawab : ‘Tentu sahaja’. Dia bercerita : ‘Ketika tiba malam giliranku, Rasulullah mendekatiku, kemudian membelakangiku untuk menanggalkan baju dan sepatunya, dan meletakkannya di arah kakinya. Baginda menghamparkan tepian selimutnya di atas ranjangnya dan berbaring. Tidak lama setelah dirasakan aku sudah tidur, Baginda mengambil bajunya kembali perlahan-lahan dan memakai sepatunya perlahan-lahan. Kemudian Baginda membuka pintu dan keluar, lalu pergi diam-diam. Maka aku segera mengenakan kerudung di kepalaku dan memakai baju lalu bergegas mengekorinya sampai di Al Baqi’.’ ‘Baginda berdiri lama sekali dan mengangkat tangannya tiga kali, kemudian Baginda pergi dan aku ikut pergi. Baginda mempercepatkan langkahnya dan aku ikut mempercepatkan langkahku. Baginda berlari-lari kecil dan aku mengikutinya pula. Ketika Baginda sampai, aku juga sampai, dan segera mendahului masuk ke kamarku dan berbaring. Kemudian dia masuk dan bertanya : ‘Kenapa engkau, hai ‘Aisyah, seperti orang bingung dan gelisah?’ Maka dia menjawab : ‘Tidak ada apa-apa.’ Baginda berkata lagi : ‘Katakanlah terus terang. Kalau engkau diam, maka Yang Maha Lembut dan Maha Tahu akan memberitahu kepadaku.’ Maka Aisyah menjawab : ‘Akan kukatakan, ya Rasulullah, demi ayah bondaku.’ Lalu aku pun menjelaskan semuanya. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata : ‘Kalau begitu engkaulah bayangan hitam yang berada didepanku tadi.’ Aku menjawab : ‘Benar.’ Lalu aku merasakan gementar di dadaku dan debar-debar yang menyakitkan. Lalu Baginda berkata : ‘Apakah engkau merasakan bahawa Allah dan RasulNya mengelabui dirimu?’ Aku berkata di dalam hatiku: ‘Walaupun manusia menutupinya, nescaya Allah akan mengetahuinya.’ Maka kujawab : ‘Benar.’ Baginda berkata : ‘Jibril
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
329
telah datang kepadaku. Ketika aku melihatnya, dia memanggil dan disembunyikan dari penglihatanmu, lalu aku menjawab dan disembunyikan darimu. Tidak ada yang masuk atasmu di mana engkau telah melepaskan bajumu, lagipun aku merasa engkau sudah tidur, sehingga aku enggan untuk membangunkanmu dan khuatir engkau akan bingung kerana aku. Lalu Jibril berkata : ‘Tuhanmu menyuruhmu untuk mendatangi penghuni Al Baqi’ dan memintakan istighfar bagi mereka.’ Dikatakan : ‘Aku bertanya kepada Baginda : ‘Apa yang harus kukatakan kepada mereka, wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab : ‘Katakanlah :
‘Semoga kesejahteraan terlimpah atasmu, wahai ahli kubur dari Mukminin dan Muslimin. Allah memberikan rahmat kepada orang-orang yang mendahului kamu dan yang akan menyusul kamu, dan kami Insya Allah akan menyusul kamu.’
Abu Nu’aim di dalam kitabnya, Al Hilyah, mengeluarkan hadis dari Ibnu Umar, katanya :
‘Rasulullah melalui kubur Mush’ab bin Umair r.a. ketika pulang, lalu berhenti di atasnya bersama-sama sahabatsahabatnya dan bersabda : ‘Aku bersaksi bahawa kamu hidup di sisi Allah. Maka berziarahlah kamu kepada mereka dan berilah salam ke atas mereka. Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanNya, setiap orang yang memberi salam
Kandungan
330
Hakikat Tawassul dan Wasilah
kepada mereka akan mendapatkan balasan sampai hari kiamat.’
Dari ‘Atha’ bin Khalid, katanya : ‘Aku mendapat cerita dari ibu saudara ayahku, dan dia adalah orang yang suka berziarah. Katanya : ‘Aku telah datang ke kubur Hamzah dan berselawat kepadanya. Demi Allah, dilembah itu tidak ada orang yang memanggil dan yang menjawab, sementara pembantuku memegang kepala kudaku. Ketika aku membaca selawatku : ‘Assalamu’alaikum’, lalu kudengar jawapan salam bagiku dari bawah tanah. Aku pasti akan hasil itu, sebagaimana aku mengetahui bahwa Allahlah yang menciptakan aku. Maka aku merasakan bulu romaku berdiri, sehingga kupanggil pembantuku, kemudian aku menaiki kudaku dan pergi.’ Dalam Sahihain terhadap hadis dari Anas bin Abi Thalhah r.a., katanya :
‘Sesungguhnya Rasulullah memanggil mereka : ‘Wahai Abi Jahal bin Hisyam, wahai Umayyah bin Khalaf, wahai ‘Utbah bin Rabi’ah, bukankah kalian sudah menemukan apa yang dijanjikan oleh Allah, dan aku sudah menemukan bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhanku itu benar?’ Lalu Umar berkata : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana anda mengajak bicara jasad-jasad yang sudah menjadi bangkai?’ Maka Baginda menjawab : ‘Demi jiwaku yang berada didalam genggamanNya, kamu tidak lebih mendengar daripada mereka tentang apa yang kukatakan kepada mereka.’
Al Ashbahani mengutip sanad dari ‘Ubaid bin Marzuq, katanya : ‘Ada seorang wanita di kota Madinah yang biasa dipanggil Ummu Mahjan. Dia biasa mengurus masjid dan
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
331
meninggal tanpa diketahui oleh Rasulullah. Ketika lalu di kuburnya, Baginda bertanya : ‘(Kubur) siapakah ini?’ Orang menjawab : ‘Ini adalah Ummu Mahjan.’ Tanya Baginda : ‘Yang biasa mengurus masjid?’ Orang menjawab : ‘Ya.’ Maka orangorang mengatur saf dan mendirikan solat baginya. Selanjutnya Rasulullah bersabda : ‘Amal apakah yang kau temukan paling utama?’ Para sahabat bertanya : ‘Wahai Rasulullah, apakah dia mendengar?’ Rasulullah menjawab : ‘Kamu tidak lebih mendengar daripada dia,’ dan menyebutkan bahawa sesungguhnya dia menjawab kepada Baginda.’ Diriwayatkan dari ‘Aisyah Radiallahu‘anha, bahawa ketika dia mendengar ada orang yang mengingkari hadis yang menjelaskan bahawa orang-orang mati boleh mendengar, dia berkata : ‘Bagaimana mungkin Rasulullah mengatakan hal itu, sedangkan Allah berfirman :
‘…dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya)…’ (Fatir : 22)
Tidak ada ketetapan tentang hal itu di sisi ‘Aisyah, sebagaimana dikutip oleh Ibn Taimiyah dalam sebahagian fatwanya. Yang lain tidak dikecualikan seperti itu, kerana masalah ini difahami sebagai darurat dalam urusan agama, sehingga seorang pun tidak boleh mengingkarinya. Atas dasar bahawa ‘Aisyah r.a. telah meriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagaimana disebutkan oleh Ibn Rajab tentang kesulitan kubur, bahawa ia berkata : ‘Sekarang mereka tahu bahawa apa yang kukatakan kepada mereka adalah benar.’ Riwayat ini menguatkan riwayat tentang kemampuan si mayat untuk mendengar. Apabila si mayat boleh mengetahui segala sesuatu, maka secara langsung, dia boleh mendengar. Apabila ditetapkan bahawa mereka boleh mengetahui, maka harus juga ditetapkan bahawa mereka boleh mendengar.
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
332 Firman Allah s.w.t. :
‘(Maka janganlah engkau berdukacita - wahai Muhammad terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya).’ (Ar-Rum : 52)
Bukan merupakan dalil atas penolakan mutlak tentang kemampuan orang mati untuk mendengar, tetapi menunjukkan penolakan bahawa orang mati itu boleh mengambil manfaat dari hal-hal yang didengarnya. Itulah yang dimaksud dengan ‘...di dalam kubur...’ di dalam ayat yang pertama. Orang-orang mati itu dimisalkan rosak telinganya kerana mereka kafir. Mereka diumpamakan sebagai mayat-mayat yang dikubur. Orang-orang mati tidak memiliki pendengaran yang bermanfaat maksudnya dia hanya boleh mendengar tetapi tidak boleh menjawab. Demikian pula orang-orang kafir. Mereka tidak memiliki pendengaran yang bermanfaat tentang ayat-ayat yang mengancam mereka yang diucapkan oleh Nabi, atau pendengaran yang bermanfaat yang boleh membawanya kepada iman. Orangorang kafir mendengar apa yang disampaikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam., tetapi mereka tidak mahu memanfaatkan apa yang didengar. Penjelasan ini dikuatkan oleh firman Allah s.w.t. :
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
333
‘Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas.’ (An-Naml : 81)
Dan firman Allah s.w.t. :
‘Dan kalaulah Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentulah Ia menjadikan mereka dapat mendengar; dan kalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar juga (dengan keadaan yang demikian), nescaya mereka tidak menerimanya sambil memalingkan diri.’ (Al-Anfal : 23)
Maka yang dimaksudkan dengan kalimah adalah pendengaran yang bermanfaat, sedangkan kalimat adalah pendengaran yang tidak bermanfaat. Kalau tidak demikian : ‘Seandainya Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka...’, sedangkan makna seperti ini mustahil. Sebagaimana kita ketahui, tidak mungkin Allah tidak mengetahui apabila mereka memang memilliki kebaikan. Allah Maha Suci dari semua itu dengan ketinggian dan ilmuNya. Di dalam dua ayat yang terdahulu terdapat penafsiran yang kedua, iaitu bahawa yang dimaksudkan dengan pendengaran yang ditolak di dalamnya adalah pendengaran terhadap hidayah, sebagaimana ditunjukkan oleh dua ayat di atas. Maka ertinya menjadi : ‘Engkau sendiri tidak boleh memberi hidayah kepada orang-orang kafir, sebab mereka itu laksana mayat, dan engkau tidak boleh mendengar mayat-mayat itu. Yang mendengarkan mereka adalah Allah.’ Ini selaras dengan firmanNya :
Kandungan
334
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).’ (Al-Qasas : 56)
Begitu pula hadis-hadis yang mengatakan bahawa kuburkubur itu merupakan salah satu taman syurga atau salah satu liang neraka. Sedangkan yang merasakan nikmat atau siksa di dalamnya adalah ruh dan jasad bersama-sama. Ruh-ruh itu mendengar dan menjawab serta membalas salam orang yang memberi salam. Dari ‘Uthman bin Affan Radiallahu‘anhu, katanya:
‘Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila selesai menguburkan jenazah, baginda berdiri sejenak dan mengatakan: ‘Beristighfarlah kepada kamu dan mohonkanlah ketabahan baginya, sebab sesungguhnya dia sekarang disoal.’
(Hadis riwayat At-Tirmizi, Abu Daud, An Nasa-i, dan Ibnu Majah dalam Sunan-Sunan mereka dari ‘Utsman bin Affan r.a.) Imam Muslim mengeluarkan hadis dari ‘Amr bin Ash r.a., katanya : ‘Apabila kamu mengebumikanku, tinggallah sejenak di sekelilling kuburku selama kira-kira biri-biri korban telah
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
335
selesai dipotong, dibuang kulit, dan dibahagikan, agar aku merasa senang dengan keberadaan kamu, dan mengetahui dengan apa aku menjawab kepada utusan-utusan Allah itu.’ Diantara doa Rasulullah bagi jenazah yang disolatkan adalah:
‘Jauhkanlah ia dari seksa kubur.’(Hadis riwayat Muslim)
Dan katanya:
‘Ya Allah jauhkanlah dia dari fitnah kubur dan dari seksa Jahanam. Ya Allah, tabahkanlah dia sehingga dapat menjawab pertanyaan dengan lancar, dan jangan Engkau buat dia gelisah di dalam kuburnya.’
Pensyarah Ath-Thahawiyah berkata : ‘Telah tersebar beritaberita dari Rasulullah tentang ketetapan seksa dan nikmat kubur bagi yang layak menerimanya, beserta pertanyaan dari dua malaikat. Kita harus percaya, yakin, dan beriman tentang hal itu. Tidak perlu membahaskan tatacara, sebab hal itu bukan bahagian akal, mengingat bahawa tidak ada orang yang mengalaminya di dunia ini. Syariat tidak membawa hal-hal yang dikhayalkan oleh akal saja, tetapi ia juga membawa hal-hal yang membingungkan akal dan yang dapat dicapai oleh akal.’ Ibn Taimiyah berkata di dalam Al Fatawa : ‘Umat mahupun ulama dahulu berpendapat bahawa seksa atau nikmat kubur dirasakan oleh jasad si mati. Setelah terpisah dari jasad, ruh akan tetap dapat merasakan nikmat atau seksa, dan masih dapat berhubungan dengan orang hidup.’ Selanjutnya : ‘Maka tampaklah bekas-bekas ma’rifat tentang maut dan orang-orang mati; dan keadaan sahabat-sahabatnya
Kandungan
336
Hakikat Tawassul dan Wasilah
di dunia diperlihatkan juga kepadanya. Dia mengetahui apa yang dilakukan oleh orang hidup, dia merasa gembira apabila yang dilakukan adalah kebaikan, dan merasa sedih apabila yang dilakukan adalah keburukan. Keadaan berkumpulnya ruh orang-orang mati itu, ruh yang mulia menindih ruh yang hina, dan bukan sebaliknya.’ Kalau sudah ditetapkan bahawa orang mati itu hidup di kuburnya dan akan menghadapi pertanyaan segera setelah dikuburkan, maka ditalqinkan baginya setelah dikuburkan secara masyru’, ada manfaatnya dan menyakinkan si mati. Orang mati itu merasa senang dan terhibur dengan zikir tentang berita-berita yang diucapkan, sebagaimana dikutip oleh Ibnu ‘Abiddin dalam syarahnya tentang kitab Ad Dur dan diberi perhatian jumhur ulama Asy Syafi’iyah, dan dipilih oleh Ibnu Shalah, sebagaimana disebutkan oleh Imam An Nawawi dalam Al Majmu’, dan juga Al Qadhi dan Abul Khatab dari ulamaulama fiqh golongan Hanabilah. Ibn Taimiyah pernah ditanya soal talqin ini dan menjawab di dalam Al Fatawanya : ‘Sekelompok sahabat-sahabat menetapkan hal itu, misalnya Abu Umamah Al Bahili, dan lainlain, tetapi banyak dari mereka tidak melakukannya. Oleh kerana itu, Imam Ahmad dan lain-lain berkata bahawa hal itu tidak apa-apa apabila dilakukan. Sedangkan segolongan dari sahabat Asy Syafi’i dan Ahmad menganjurkannya.’ Telah ditetapkan dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa orang mati itu ditanya dan diuji di kuburnya. Oleh kerana itu, Baginda memerintahkan agar si mati didoakan supaya beroleh ketabahan. Sabdanya kepada sahabatsahabatnya : ‘…mohonkanlah ketabahan baginya, sebab sesungguhnya dia sekarang sedang disoal.’ Rasulullah bersabda : ‘Sesungguhnya mayat itu mendengar panggilan.’ Rasulullah bersabda : ‘Dia mendengar suara alas kaki manusia.’ Juga bersabda : ‘Kamu tidak lebih mendengar tentang apa yang kukatakan dari mereka.’
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
337
Baginda memerintahkan untuk memberi salam kepada orang-orang mati itu dan memberitahu bahawa ruh mereka akan menjawab salam tersebut. Itu sebabnya talqin sangat bermanfaat baginya. Al Alusi berkata di dalam Tafsirnya : ‘Orang-orang yang mati mendengar kata-kata. Allah menciptakan pada sebahagian jasad si mati kekuatan untuk mendengar bila saja dia kehendaki seperti salam dan lain-lain. Atau mungkin juga ruh itu yang boleh mendengar tetapi tidak merasakan sesuatu, setelah terpisah dari jasad, tanpa perantaraan yang kuat. Bagaimanapun kita tidak mengetahui mana yang benar di antara keduanya dan bagaimana caranya. Hanya Allah yang tahu apakah kemampuan mendengar itu dengan seluruh jasad atau sebahagian saja setelah mati. Hal ini tidak boleh disamakan seperti di dunia. Allah menjalankan kehendakNya dengan memberi orang-orang yang mati itu mampu untuk mendengar, dan diciptakan bagi mereka ketika ziarah kubur, ketika jenazahnya diangkat, dan ketika dimandikan.’ Maka si mati terseksa dengan kembalinya ruhnya ke dalam jasadnya, dan penyeksaan tersebut tidak boleh dilihat oleh manusia. Itu sebabnya, tidak boleh menghukumi si mati secara adat duniawi dengan melihat, sebab hukuman duniawi didasarkan pada kebiasaan dalam segala urusannya, dan bukan benar-benar kerana kekurangannya. Urusan ini tidak dapat dicapai oleh akal, sebab termasuk di dalam jangkauan qudrat Ilahiyah sepenuhnya. Allah s.w.t. berfirman :
‘Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: “ Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.’ (Yasin : 82)
Oleh kerana itu kita wajib mengimani apa yang dibawa oleh As-Sadiqul Masduq, Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Kandungan
338
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Ruh berada di barzakh sejak kematiannya hingga hari kebangkitan dan hari Hasyr dalam keadaan tetap hidup dan sedar, mendengar, melihat, serta bertasbih di Malakut Allah menurut kehendak dan takdirNya. Ruh-ruh itu saling berhubungan satu sama lain, saling memanggil dan berbincang-bincang tentang suatu urusan, baik ruh-ruh itu mati atau hidup. Mereka akan merasakan nikmat atau seksa, kelazatan atau kepedihan, sesuai dengan keadaan masing-masing, bergantung kepada kepercayaan dan amalnya di dunia. Telah diketahui bahawa ruh-ruh yang Muslim akan menjawab salam dan akan diperlihatkan tempatnya di syurga atau di neraka. Di dalam barzakh, ruh-ruh itu tinggal di tempat yang berbeza-beza, sesuai dengan keadaan, keyakinan dan amalannya di dunia. Maka ruh para Nabi bersemayam di tempat yang paling tinggi, serta dapat berhubungan dengan jasad-jasad mereka yang mulia, yang darinya keluar cahaya laksana sinar suria di wajah yang sederhana. Ada pula yang berpindah ke jasad-jasad mereka yang suci dalam sekejap mata, kemudian menjawab salam. Sementara itu, ruh para syuhada’ tinggal di syurga, berkeliling di sungai-sungainya dan berteduh di Qanadil-Qanadil yang bergantungan di ‘Arasy Ar Rahman. Sedangkan tempat ruh orang yang beriman berada di syurga dan mendatangi liang-liang kubur dan rumah-rumah sebagaimana disebutkan. Sedangkan tempat ruh-ruh orang kafir berada di Sijjin. Kita tidak tahu apa itu Sijjin. Ruh-ruh yang mendapatkan nikmat dan merasa gembira tampil dalam bentuk yang berbeza-beza menurut tingkatannya masing-masing. Begitu pula ruh-ruh yang terseksa dan diseksa. Semua itu terjadi dalam kelembutan Rabbaniyah, tidak dibatasi tempatnya, tidak dibatasi oleh perisai, pun tidak dilihat oleh mata sebagaimana kita melihat secara zahir. Di dalam kitab Zadul Ma’ad tulisan Ibnul Qayyim disebutkan bahawa ruh-ruh orang mati itu menghampiri dan
Kandungan
Kehidupan Para Nabi Dan Lain-lain...
339
mendatangi kubur mereka pada hari Jumaat. Mereka mengenali orang-orang yang berziarah kepadanya, orang yang lalu disampingnya, orang yang memberi salam kepadanya, lebih banyak dari apa yang mereka ketahui di lain hari. Bertemu didalamnya orang-orang yang hidup dan yang mati. Abu Hamid Al Ghazali Radiallahu‘anhu di dalam kitab Al Ihya’ menyebutkan hujjah-hujjah Islam yang membawa kebenaran, yang didasarkan kepada ayat-ayat dan berita-berita, bahawa kematian adalah berpindah berubahnya keadaan. Sedangkan ruh itu tetap setelah terpisah dari jasad, baik yang mendapat nikmat atau seksa. Terpisah dari jasad bererti berhenti perbuatannya namun ruh masih dapat mengetahui, merasa sedih dan senang, meskipun telah terpisah dari jasad. Dia tidak lain adalah sebagai perantara untuk menggerakkan angota tubuh, seperti memukul dengan tangan, mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata. Kematiannya di batalkan apabila ruh dikembalikan ke jasad. Kesedarannya iaitu kemampuan untuk mendengar dan melihat tanpa bantuan tertentu, seperti menyedari adanya malaikat dan jin merupakan satu bahagian dari pengetahuan yang tetap baginya. Selama Allah Al-Haq itu tetap dan kebenaran bahawa Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka tidak ada sesuatu yang menakjub dan menghairankan terutama tentang nas-nas yang sahih yang telah pasti kebenaran dan kejujurannya.
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
340
FASAL 2
WALI-WALI ALLAH Beserta Ketetapan Karamah Yang Dimiliki
C
ahaya subuh tidak tampak, sebab yang melihatnya buta matanya. Pedang-pedang tak berguna ketajamannya, sebab yang memakainya anak-anak belaka. Lalu dari mana seseorang menerima hidayah apabila disesatkan oleh Allah, walaupun dia cerdas? Maka orang yang buta matanya boleh melihat dengan batinnya dan orang yang tuli telinganya boleh mendengar dengan kalbunya. Tidak ada dalil untuk menyaksikan rahsia takdir perbuatan seseorang. Tidak pula cahaya firasatnya menunjukkan hal-hal yang ghaib dari kalbunya. Maka dia tidak menerima istijabah bagi aspek-aspek syariah dan hukum agar dengan sedar mengangkat apa yang diwajibkan atasnya dari tuntutan waktu.
Kalau pemahaman seseorang tentang kebenaran dengan hukum inayah tidak sampai, maka tidak ada gunanya nasihat makhluk pada akhirnya. Dan barangsiapa tidak boleh dibantu oleh kebenaran untuk melenyapkan kebathilan di dalam dirinya, maka tidak ada manfaatnya nasihat-nasihat makhluk dalam keadaannya itu. Apabila Allah menghendaki suatu kaum itu berada dalam kesesatan, maka tidaklah benar kalau dikatakan bahawa mereka mendapat hidayah. Seseorang dikatakan melihat apabila dia melihat kebenaran perbuatannya dengan ‘Ilmul Yaqin, menyaksikan sifatNya dengan ‘Ainul Yaqin, dan melihat zatNya dengan Haqqul Yaqin. Segala yang ghaib boleh dilihatnya, yang tertutup terbuka baginya. Maka orang yang mendengar hendaknya tidak
340
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
341
mendengarkan ketetapan nafsunya, tidak pula mendengarkan was-was syaitan, tetapi mendengarkan dengan pemahaman yang mantap bisikan-bisikan kebenaran yang keluar secara tersembunyi. Semua ini tidak sama dan tidak boleh bertemu di satu jalan. Allah s.w.t. berfirman :
‘Perbandingan kedua golongan itu (orang-orang kafir dan orang-orang Mukmin) seperti orang buta dan tuli dengan orang yang dapat melihat dan dapat mendengar. Adakah kedua golongan itu sama keadaan dan sifatnya? Maka tidakkah kamu mengambil pelajaran dari perbandingan itu?’ (Hud : 24)
Maka bagi orang yang menginginkannya haruslah mendirikan bangunannya di atas keyakinan yang jujur tentang apa yang diyakininya dan tentang keikhlasannya dalam semangat, tidak kembali sebelum sampai dari jalan yang dilalui, kemudian menariknya dari semua cita-cita syahwat dan kehendaknya. Selanjutnya dia membina tujuannya dengan terus memikirkannya agar tidak terhalang oleh kealpaan. Juga selalu memperhatikan hak-hak Muslimin dan mengutamakan kebaikan mereka dengan mengorbankan kepentingannya sendiri. Barangsiapa menghilangkan ushul pada awal mulanya, maka dia diharamkan untuk sampai ke akhirnya. Barangsiapa tidak menanamkan hukum di akar-akar pembinaan, maka laksana langit-langit yang runtuh diatas dindingnya. Dan barangsiapa tidak ikhlas dalam perbuatannya, maka hatinya tidak akan tenang atau riang kerana kecapaian dan kesulitan yang dialaminya. Kehendak lahiriah mengajaknya untuk melencong, dan apa yang dilakukannya menjadi saksi yang benar atas pembelokannya tersebut. Maka pokok agama akan menyingkir dari musuh dan mendampingi para wali. Padahal wali-wali itu tidak dekat dengannya dan bukan pula merupakan pelindung, kawan, atau keturunannya.
Kandungan
342
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Kalau mewalikan, maka akan diperintahkan; kalau memusuhi, maka akan ditegur. Tuhan berbuat dan memilih sesuai dengan kehendakNya sendiri. Siang berhiaskan cahaya, sementara malam berhiaskan kegelapan. Ini menunjukkan dalil bahawa penolakan dan penerimaan, larangan dan penyampaian, tidaklah terikat dengan sebab, dan bukan hasil dari masalah yang ada hasilnya, tetapi ia adalah iradat dan kehendak, serta hukum dan ketetapan. Maka sesuailah apabila kita sekarang bericara tentang wali dan wilayah. Al wali, sebagaimana diterangkan di dalam kitab As-Sohah, adalah lawan dari al’adu (musuh), dan wilayah adalah lawan dari al ‘adawah (permusuhan). Asalnya, wilayah bererti kecintaan dan taqarrub (pendekatan diri), sedangkan asal kata al ‘adawah adalah kebencian dan penjauhan diri. Auliya’ adalah bentuk jamak dari wali, iaitu orang yang arif akan Allah dan sifat-sifatNya, sesuai dengan kesanggupannya untuk memelihara ketaatan dan menjaga diri dari kemaksiatan, serta menjauhi sikap berlebihan dalam kelazatan dan syahwat. Kata al wali boleh diertikan sebagai fi’il yang bermakna fa’il, sama seperti lafazh al’aliim, al qadiir. Dan pengertian wali menjadi: orang yang berpendirian taat dan tidak diperbolehkan melakukan maksiat. Dan al wali boleh pula diertikan sebagai fi’il dengan makna maf’ul, iaitu orang yang dilindungi oleh Allah kerana berhak atas perlindungan. Allah tidak menciptakan baginya kehinaan yang ditakdirkan untuk ditentangnya. Inilah pengertian wilayah secara khusus. Adapun pengertian wilayah yang umum adalah semua orang yang beriman. Allah berfirman :
‘Allah Pelindung orang-orang yang beriman…’ (Al-Baqarah : 257)
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
343
Pendapat Ibn Taimiyah tentang pengertian wali mengandungi kata-kata yang sangat berharga, di mana dia berkata : ‘Wali-wali Allah adalah orang yang bertakwa, yang mengambil suri tauladan dari Nabi s.a.w., melakukan apa yang diperintahkan olehnya dan menjauhi apa yang dilarang dan dicelanya, serta mengikuti penjelasan-penjelasannya. Selanjutnya dia didukung oleh Malaikat dan ruhNya, sedangkan Allah memancarkan ke dalam kalbu mereka sebahagian dari cahayaNya.’ ‘Ada karamah yang diberikan oleh Allah kepada wali-walinya yang bertakwa dan yang baik. Karamah mereka adalah sebagai hujjah dalam agama atau untuk keperluan kaum Muslimin, sebagaimana memberikan mukjizat kepada NabiNya.’ (Dari kitab Al Furqan Baina Auliya Ir-Rahman Wa Auliya Isy-Syaithan tulisan Ibn Taimiyah) Al Imam Al Qusyairi berkata : ‘Sesungguhnya wali adalah orang yang memelihara ketaatannya tanpa dicemari oleh pembangkangan. Atau boleh juga dikatakan bahawa dia adalah orang yang memelihara kebajikan dan keutamaan Allah, yang maksudnya bahawa dalam keseluruhan keadaannya, dia terpelihara dari kesulitan mahupun ujian perbuatan maksiat yang paling keras. Allah juga melindunginya sehingga jarang membuat kesalahan.’ Hampir sama dengan ini adalah kewujudan Nabi s.a.w. yang ma’shum, yang lebih terpelihara dari kesalahan daripada para wali. Perbezaannya antara mahfudz (yang terpelihara) dan ma’shum (yang dijauhkan) adalah bahawa orang yang ma’shum tidak melakukan dosa sama sekali, sedangkan orang yang mahfudz adakalanya berbuat kesalahan untuk sekali waktu, hanya tidak berlarut-larut dalam kesalahannya. Mereka itu :
‘…Mereka itu bertaubat dengan segera.’ (An-Nisa’ : 17)
Sesuai dikatakan bahawa bagi mereka tidak memiliki rasa takut di dunia, pun tidak ada rasa sedih tentang akibat-akibat
Kandungan
344
Hakikat Tawassul dan Wasilah
yang terjadi. Namun yang perlu diketahui pertama kali adalah bahawa orang-orang yang khawas (wali-wali terdahulu) dari mereka tidak pernah merasa takut dalam segala hal. Sebab hakikat ketakutan itu terletak di dalam ketetapan-ketetapan yang terlarang, atau pengawasan orang yang dicintainya, yang tidak ada penggantinya. Mereka tidak perlu melihat kepada hari kemudian. Kesedihan yang terjadi akan diterima didalam dirinya. Jiwanya berada dalam kerelaan terhadap segala hal yang berlaku, sehingga pada hakikatnya mereka tidak mengenal kesedihan. Tidak akan menjadi wali kecuali apabila seseorang mampu menyerasikan seluruh ketaatan yang diharuskan, ma’shum dari semua kesalahan di segala segi, kecuali kalau semua orang sepakat untuk patuh kepadanya. Semua ciri yang terpuji boleh dianggap sebagai sifat-sifat mereka, sehingga boleh dikatakan bahawa itu adalah sifat-sifat para wali. Dengan kata lain, boleh dikatakan bahawa wali adalah seseorang yang pada dirinya terdapat sifat-sifat tersebut. Seorang wali tidak akan mengurangi kebenaran dan tidak akan menangguhkan penegakkan kebenaran itu atas makhluk. Hal itu dilakukan bukan kerana takut seksa, tidak pula kerana menghendaki balasan kebaikan. Dia akan bertindak terhadap seseorang apabila dipandang benar-benar wajib untuk ditindak, dan tidak membalas seseorang atas haknya, tidak memaki, tidak memiliki rasa dendam, tidak menirukan seseorang, tidak sombong dengan dirinya. Itulah sifat-sifat wali. Beriman dalam segala hal, menjauhi syirik, beriman dengan hatinya kerana ma’rifatnya, dan istiqamah dalam menjalankan tugas-tugasnya. Kalau menegakkan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang, maka mereka kemudian diberitakan oleh syariat dengan keluar dari janji kepatuhan. Diberitakan juga dengan hakikat dan istijabah kebijaksanaannya dengan segala pengertian yang mereka buka. Inilah yang dimaksudkan dengan berita gembira di dunia bagi mereka. Kalau berita gembira pada hari kiamat kelak, Allahlah yang berkuasa atas pemberitahuannya.
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
345
‘Tuhan mereka menggembirakanya dengan memberikan rahmatNya, keredhaan-Nya,…’ (At-Taubah : 21)
Maka berita gembira yang agung yang mereka temukan didalam hati mereka adalah tercapainya cita-cita mereka. Dan pemilikan terhadap segala apa yang lebih sempurna, tercapainya cita-cita dan keredhaan terhadap apa saja. Imam Al Hafizh Ibnu Hajar Al Asqalani di dalam Fathul Bari juga mengemukakan definisi tentang wali. Yang dimaksudkan dengan waliyullah adalah orang yang ‘alim akan Allah, yang memelihara ketaatannya, dan ikhlas dalam ibadahnya. Dan inilah tafsir dari kata al wali yang sesuai dengan makna wali yang disandarkan kepada Allah, dan hal itu ditunjukkan dengan firman Allah s.w.t. :
‘Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati, (iaitu) orang-orang yang beriman dan selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan akhirat, tidak ada perubahan terhadap janji Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.’ (Yunus : 62 – 64)
Kandungan
346
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).’ (Al-Baqarah : 257)
“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orangorang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (PemberianNya) lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan yang menunaikan zakat, dan tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mencintai Allah RasulNya, dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya mengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.’ (Al Maa-idah : 54-56).
Dan ayat-ayat Al Qur’anul Karim yang lain. Maka wali-wali Allah adalah hamba-hambaNya yang khusus yang menegakkan ketaatannya dan ikhlas dalam ibadahnya.
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
347
Adapun wali-wali Allah adalah para Nabi. Sedangkan yang paling mulia dari para Nabi dan paling utama dari para Rasul adalah ‘Ulul Azmi, iaitu Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan Nabi Muhammad s.a.w. Sementara, yang paling utama dari ‘Ulul Azmi adalah Nabi Muhammad s.a.w., iaitu yang difirmankan oleh Allah di dalam Al Quran :
‘Katakanlah : ‘Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku….’ (Ali Imran : 31)
Dengan demikian, maka Allah menjadikan kebenaran cinta kepadaNya dengan mengikuti RasulNya, dan mengikutnya itu menyebabkan diperolehnya kecintaan Allah kepadanya. Golongan Yahudi dan Nasrani telah mendakwa bahawa mereka adalah anak-anak kesayangan dan wali-wali Allah. Maka Allah berfirman dengan tegas:
‘Katakanlah : ‘Maka Allah menyiksa kamu kerana dosadosamu?’ (Kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasihkekasihNya); tetapi kamu manusia biasa di antara orangorang yang diciptakanNya. Dia mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya, dan kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada di dalamnya. Dan kepada Allahlah kembali (segala sesuatu).’ (Al-Maidah : 18)
Kandungan
348
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Namun mereka mengakui bahawa tidak akan masuk syurga kecuali yang berasal dari kalangan mereka :
‘Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata : ‘Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi dan Nasrani.’ Demikian itu (hanya) angan-angan mereka belaka. Katakanlah : ‘Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.’ (Tidak demikian), bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.’ (Al-Baqarah : 111-112)
Hal itu juga disangka oleh musyrikin Arab, sebagaimana dikisahkan oleh Allah s.w.t. :
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
349
‘Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata : ‘Sesungguhnya kami mendengarnya, kalau kami menghendakinya nescaya kami dapat membacakan seperti (Al-Quran) ini. Ini hanyalah dongengan purbakala.’ Dan (ingatlah) ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata : ‘Ya Allah, jika betul (Al-Quran) dialah yang benar di sisi Engkau, maka hujanilah kami batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih.’ Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun. Kemapa Allah tidak mengazab mereka padahal mereka menghalangi orang untuk (mengunjungi) Masjidil Haram, dan mereka bukan orangorang yang berhak menguasai(nya)? (Orang-orang yang berhak menguasainya) hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.’ (Al-Anfal : 30-34)
Mereka pada hakikatnya adalah wali-wali syaitan, seperti di dalam firman Allah s.w.t. :
‘Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
350
perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan adalah lemah.’ (An-Nisa’ : 76)
Dan Allah s.w.t. berfirman :
‘Apabila kamu membaca Al-Quran, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya hanya terhadap orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.’ (An-Nahl : 98-100)
Allah s.w.t. berfirman pula :
‘Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat : ‘Sujudlah kamu kepada Adam,’ maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin. Maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.’ (Al-Kahfi : 50)
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
351
Selain itu masih banyak ayat Al Quranul Karim yang disebutkan oleh Allah tentang wali-wali syaitan. Wali-wali Allah berasal dari golongan lelaki yang berada di wilayah yang paling tinggi darjatnya. Di atas meraka tidak ada darjat lain kecuali darjat nubuwat. Inilah yang dimaksudkan dengan maqam taqqarub di dalam wilayah. Ciri-ciri mereka adalah sebagaimana tertera di dalam Al Quran :
‘... tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.’ (Al Baqarah : 112)
Allah telah menyebut mereka dengan gelaran Rijalullah yang didekatkan kepadaNya, dijagaNya, disucikanNya, dan ditahanNya di dalam khemah-khemah kecemburuan Ilahiyah, di alam kekhawatiran bahawa mereka akan dirayu oleh orangorang yang bermaksud memfitnah mereka. Makhluk tidak memliliki kemampuan untuk melawan kebenaran yang dikibarkan oleh golongan ini kerana ketinggian darjatnya. Hamba-hamba itu akan terhenti di suatu tempat yang sama sekali tidak boleh dijangkau. Secara lahiriah, mereka ini kelihatan terkongkong di dalam Khaimatul ‘Adat wal ‘Ibadat: dari amal-amal yang zahir dilanjutkan dengan faraidh dan nawafil. Mereka tidak pernah didengar melanggar kebiasaan, tidak mengagungkan, tidak ditunjuki kepada kebaikan dalam pengertian yang umum, tidak pula membuat kerosakan. Mereka menyembunyikan diri sebagai manusia-manusia yang suci dan amanah di alam ini, yang menutup mata terhadap apa yang berada ditangan manusia. Rasulullah menyebut firman Tuhannya ‘Azza Wa Jalla :
Kandungan
352
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Wali-waliKu yang paling utama di sisiKu adalah mereka yang berserah diri, beriman, ringan dalam memperbanyak solatnya, memperindah ibadah bagi Tuhannya, taat dalam keadaan tersembunyi maupun terang-terangan, serta menutup mata terhadap sesuatu yang dimiliki orang lain.’
Maka para wali yang utama adalah mereka yang hidup sendiri, ertinya tidak suka menampilkan kewaliannya, sebab mereka mengetahui bahawa Allah tidak menciptakan mereka untuk diri mereka sendiri atau siapa pun dari makhlukNya, melainkan diciptakan bagi Allah sendiri. Maka tidak layak apabila mereka kemudian menyibukkan diri di luar penciptaan dirinya. Apabila Allah bermaksud menampakkan kewalian mereka tanpa mereka kehendaki, sehingga menjadikan mereka memiliki nilai tersendiri di hati makhluk-makhlukNya, maka itu merupakan hakNya sendiri, tidak ada hubungan dengan mereka. Sedangkan kalau kewalian mereka tersembunyi sehingga tidak ada orang yang mengagungkan mereka, maka itu juga merupakan kehendak Allah jua. Tidak ada pilihan bagi mereka kecuali apa yang dipilih Allah. Maka mereka berhak mendapatkan berita gembira dari Allah, sebab mereka lebih suka tersembunyi dari makhluk dan hanya berserah diri kepada Allah. Tatkala mereka dalam keadaan tersembunyi kewaliannya, maka kedudukan mereka yang sebenarnya tersimpan dalam jiwa mereka. Bagaimana pula dengan yang lain? Dalam memenuhi kewajiban-kewajibannya di dunia ini, para wali tersebut bergaul dengan manusia kebanyakan. Mereka terlihat seperti penduduk setempat dan tidak beribadah secara tetap di masjid tertentu. Solat Jumaat pun dilakukan di masjid yang berbeza-beza sehingga tidak dikenali oleh masyarakat. Mereka melayani pembicaraan orang lain, tetapi selalu ingat bahawa Allah mengawasi bicaranya. Dia juga mendengar perkataan orang lain, tetapi membatasi diri dalam bergaul, kecuali dengan tetangga dekatnya. Semua itu dilakukan agar manusia tidak mencurigai kewaliannya. Dia memenuhi
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
353
keperluan rakyat kecil dan para janda, serta melayani anak-anak, tetapi tidak keluar dari batas-batas yang diredhai Allah dan tidak mengatakan sesuatu kecuali kebenaran. Apabila keberadaan mereka di suatu tempat diketahui, maka mereka harus pindah ke tempat lain. Kalau hal itu tidak boleh dilakukan, mereka perlu menggunakan tenaga orang lain untuk memenuhi keperluan masyarakat sampai orang-orang melupakan mereka dan tidak menghendaki kehadiran mereka lagi. Demikianlah semuanya. Allah tidak menghendaki kewalian mereka sampai terbongkar dan mereka menjadi termasyhur tanpa menyedarinya. Kelompok mulia ini mendapatkan kedudukan sedemikian di sisi Allah kerana mereka sentiasa menjaga hati mereka agar tidak dimasuki oleh selain Allah, dan tidak bergantung kepada apa saja di alam ini selain Dia. Mereka tidak mengadakan pertemuan kecuali dengan Allah dan tidak berbicara kecuali dengan Allah. Dengan Allah mereka tegak, di jalan Allah mereka melihat, kepada Allah mereka kembali, tentang Allah mereka berbicara, dari Allah mereka mengambil bahan, kepada Allah mereka bertawakal, dan di sisi Allah mereka menjadi manusia-manusia tekun. Mereka tidak punya harapan dan keinginan kecuali Allah, mereka tidak punya saksi kecuali Allah. Mereka menjaga diri dari diri mereka sendiri. Anda tidak akan mengetahui citacita mereka kerana mereka selalu tenggelam dalam keghaiban dan menutup diri. Mereka menjunjung kebenaran dengan ikhlas, makan makanan, berjalan di pasar dengan cara berjalan seseorang yang tertutup, suka mengenakan hijab dan sitir (penutup). Demikianlah keadaan kelompok yang kita bahaskan dalam bab ini. Bagaimanapun juga, para wali tersebut mengikuti Rasul dan Nabi s.a.w. Berdasarkan hidayah, tuntunan dan bashirahnya. Sedangkan Allah mengutus semua RasulNya dengan membawa syariat dan kebenaran. Maka mereka, para wali itu, adalah pengikut-pengikut yang jujur, yang menegakkan perintah dari satu sumber dari mana seluruh Nabi dan Rasul mensyariatkan. Selama para wali itu mengikutinya, bererti
Kandungan
354
Hakikat Tawassul dan Wasilah
mereka adalah pengikut ‘… dengan hujjah yang nyata...’ (Yusuf: 108). Mereka mengetahui apa yang diikutinya dan dengan apa yang mengikutinya. Mereka mengetahui tentang kedudukan para Rasul dan manhaj-manhaj yang diperbolehkan yang berasal dari Allah, beserta nilai mereka di sisi Allah.
‘…Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar).’ (Al-Ahzab : 4)
Syeikh Muhammad ‘Abdullah Asy Syakaz berkata : ‘Di antara orang yang dicari-cari adalah empat golongan, iaitu :
‘…orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah…’ (Al-Ahzab : 23)
Mereka adalah Rijaluzh Zhahir, syuhada’ yang pemberani dalam jihadnya. Kemudian:
‘…laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah…’ (An-Nur : 37)
Mereka adalah Rijalul Bathin, orang-orang yang tak pernah memutus hubungannya dengan Al Haq s.w.t. Juga Rijalul A’raaf, orang-orang yang faham akan hukum dan balasan, di mana Allah berfirman tentang mereka :
‘…dan di atas A’raaf itu ada orang-orang...’ (Al A’raf : 46)
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
355
Yang termasuk golongan yang istimewa dan terpilih; yang tidak disifatkan secara jelas. Ada pula orang-orang yang apabila dipanggil oleh kebenaran, bersegera memenuhinya, walaupun dengan berjalan kaki tanpa kenderaan :
‘Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji..’ . ( Al Haj : 27)
Mereka adalah orang-orang yang menonjol. Maka Rijaluzh Zhahir adalah mereka yang melakukan perbuatan tertentu yang boleh dilihat secara jelas di alam Mulk dan mendapatkan syahadah. Selanjutnya Ibn Taimiyah membahagikan para wali kepada dua bahagian, katanya : ‘Para waliyullah itu pada hakikatnya terbahagi dua, iaitu Sabiqun Muqarrabun dan Abrar Ashab Yamin Muqtashidun. Allah menyebutkan tentang mereka dibeberapa tempat di dalam KitabNya. Diantaranya adalah dibahagian awal dan akhir surah Al-Waqi’ah, di surah Ad-Dahr, surah Al-Muthaffifin, surah Al Fathir. Mereka dipanggil dengan nama-nama yang paling mulia. Barangsiapa berusaha untuk mencapainya, maka dia akan mencapainya, dan barangsiapa ingin memutusnya akan diputus olehNya. Ayat-ayat semacam : ‘Barangsiapa menyambung shaf, maka dia akan disambung oleh Allah; dan barangsiapa memotong shaf, maka dia akan dipotong oleh Allah’ sangat banyak.’ Adapun tentang jenis-jenis wali, Allah banyak menyebut tentang wali-wali-Nya yang muqtashidun dan sabiqun di dalam surah Al Faathir :
Kandungan
356
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya dirinya sendiri, dan di antara mereka ada yang pertengahan, dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar.’ ‘(Bagi mereka) syurga ‘Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.’ ‘Dan mereka berkata : ‘Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) dengan kurniaNya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu.’ (Al-Faathir : 32-35)
Ketiga golongan orang yang disebutkan di dalam surat di atas adalah umat nabi Muhammad s.a.w.., khususnya seperti yang difirmankan : ‘Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami…’ Umat Nabi kita, Muhammad s.a.w., adalah orang-orang yang mewarisi Kitab (Al Quran) setelah umat-umat terdahulu. Tidak hanya khusus orang-orang yang menjaga dan menghafalkan Al Quran, melainkan semua orang yang beriman terhadap Al Quran. Di antara mereka ada yang menganiaya dirinya, ada yang pertengahan (muqtashidun), dan ada yang lebih dulu berbuat kebaikan (sabiqun). Berbeza dengan ayat-ayat yang ada di surah
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
357
Al-Waqiah, Al-Muthaffifin, Al-Infithar, dan Ad-Dahr. Yang disebutkan di situ mencakup semua orang yang beriman serta umat-umat terdahulu, baik yang kafir mahupun yang Mukmin. Sedangkan sebahagian yang diberikan kepada umat Muhammad adalah: Orang yang menganiaya dirinya sendiri, iaitu orang-orang yang sombong dengan dosa-dosa yang dibuatnya; Orang yang pertengahan (muqtashidun), iaitu yang menunaikan semua kewajiban dan menjauhi seluruh kejahatan yang diharamkan; Orang yang lebih dahulu dalam berbuat kebaikan (sabiqun), iaitu yang menunaikan kewajibankewajibannya ditambah nawafil, dan menjauhi semua keburukan yang diharamkan. Selanjutnya Allah menyebutkan keutamaan para waliNya yang beriman di dalam firmanNya :
‘Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih besar keutamaannya.’ (Al-Isra’ : 21)
Namun Allah s.w.t. juga menjelaskan perbezaan yang ada di antara para NabiNya, iaitu :
‘Rasul-Rasul itu Kami lebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia), dan sebahagiannya Allah meninggikannya beberapa darjat. Dan Kami berikan
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
358
kepada Isa putera Mariam beberapa mukjizat serta Kami perkuatkannya dengan Ruhul Qudus…’ (Al-Baqarah : 253)
serta firmanNya :
‘…Dan sesungguhnya telah Kami lebihkan sebahagian NabiNabi atas sebahagian (yang lain), dan Kami berikan Zabur kepada Daud.’ (Al-Isra’ : 55)
Wali-wali Allah selain para Nabi tidak bersifat ma’shum. Berlaku atas mereka semua yang berlaku atas seluruh hamba Allah yang beriman, tetapi mereka berada dalam kedudukan yang tinggi lagi terhormat. Sedikit sekali kemungkinannya bahawa mereka akan menentang kebenaran. Kalaupun hal itu terjadi pada diri mereka, maka tidak menyebabkan mereka keluar dari kedudukannya sebagai wali Allah. Sama halnya dengan seorang Mujtahid yang boleh saja salah, tetapi tetap mendapatkan pahala atas kesalahannya, sebagaimana disebutkan di dalam khabar. Allah telah memaafkan umat ini dari sifat salah dan lupa, sebagaimana firmanNya :
‘…Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah…’ (Al-Baqarah : 286)
Tercantum pula di dalam Sahih :
‘Telah diangkat dari umatku kesalahan dan kealpaan.’
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
359
Hadis tersebut diriwayatkan dari banyak cara sehingga menjadi sebahagian dari keindahan kebaikan di atas yang lain, sebagaimana ia terkenal di antara ornag-orang pada zaman seni itu. Setelah persoalan ini telah menjadi jelas, mari kita alihkan perhatian kita kepada hadis-hadis tentang sifat kasyaf para wali. Kasyaf yang benar bagi para wali merupakan cahaya yang diperolehi oleh orang yang menempuh jalan mereka untuk menuju kepada Allah, membuka bagi mereka tabir perasaan dan melenyapkan sebab pokok yang menghasilkan akibat dari perjuangan, zikir, dan menyepinya mereka. Maka penglihatan mereka pun berubah menjadi bashirah-bashirah, sehingga mampu melihat dengan cahaya Allah. Tampaklah di hadapan mereka ukuran-ukuran ruang dan waktu, kemudian naik ke alam perintah-perintah Allah dengan pandangan yang tidak boleh dicapai oleh orang yang masih terikat dengan syahwat dan waswas. Kalbu-kalbunya lapang, bercahaya, terang, dan bersih. Lenyaplah darinya kegelapan dunia, dan terkuaklah baginya kulit-kulit yang zahir. Barangsiapa memejamkan matanya dari hal-hal yang diharamkan, menahan dirinya dari syahwat, menutup batinnya dengan memusatkan perhatian kepada Allah, serta membiasakan diri untuk selalu makan sesuatu yang halal, maka dia tidak melalui awal dan firasat yang salah. Barangsiapa melepaskan pandangannya terhadap hal-hal yang haram maka dia bernafas dengan nafas kegelapan cermin hatinya, sehingga cahayanya pun padam. Kembali ke awal, bahawa seorang hamba yang kembali dari perasaan lahiriah kepada perasaan batiniah, maka ruhnya akan menang melawan nafsu kebinatangan yang bersemayam ditubuhnya. Bila sudah demikian, maka dia akan mendapatkan kasyaf dan bertambahlah ilham yang diterimanya. Para wali adalah satu di antara golongan–golongan yang melarutkan dirinya ke dalam mujahadah, beri’tikaf dengan kalbunya dalam zikirnya, menutup penglihatannya dari hal-hal yang diharamkan, menahan dirinya dari syahwat, serta
Kandungan
360
Hakikat Tawassul dan Wasilah
menyuburkan batinnya dengan perasaan batiniah menjaga Allah, sehingga perasaan lahiriahnya kembali kepada perasaan batiniah dan ruhnya mampu menguasai dirinya, maka dia akan mendapatkan penglihatan kasyaf dan menerima dari Allah ilham yang benar. Dengan demikian, tidaklah layak apabila ada orang yang mengingkari wali-wali Allah yang memiliki penglihatan yang benar dan sesuai dengan kenyataan. Hal ini telah dibuka oleh Sayyidina Muhammad s.a.w. Sebagaimana ditetapkan didalam Shahihain bahwa Baginda bersabda :
‘Di setiap umat sebelum kalian terdapat ahli-ahli hadis, dan sesungguhnya di antara umatku ada salah seorang di antara mereka. Maka ‘Umar adalah salah seorang di antara mereka.’
Didalam sebuah hadis sahih juga dikatakan :
‘Sesungguhnya di dalam umat ini ada ahli-ahli hadis, dan sesungguhnya di antara mereka adalah ‘Umar.’
Al muhaddis adalah orang yang benar persangkaannya, yang mendapatkan ilham dalam firasatnya. Maka di dalam hadis yang sahih dikatakan :
‘Perhatikanlah firasat orang-orang yang beriman, sebab mereka melihat dengan cahaya Allah.’ (Hadis riwayat At Tirmidzi)
Adakalanya seseorang yang dijadikan oleh Allah sebagai muhaddis menjadi mukasyaafah,dan thariqah ini ditetapkan oleh syara’ serta didukung oleh dalil-dalil yang benar. Biasanya hal ini tidak terjadi kecuali pada orang-orang beriman yang khalis,
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
361
sebagaimana dikatakan didalam hadis : ‘Perhatikanlah firasat orang-orang yang beriman…’ Ia merupakan sesuatu yang telah tertulis baginya, yang diuntukkan oleh Allah di batinnya, yang kemudian sesuai dengan kenyataan yang terjadi. Ia bukan merupakan sebahagian dari perbomohan , nujum, atau ramal-meramal, tidak pula dari talqin setan, melainkan firasat orang yang beriman, sebagaimana yang terjadi pada diri ‘Umar bin Khathab r.a. Di dalam satu hadis sahih dikatakan :
‘Tidak ada batasnya penghampiran seseorang hamba denganKu dengan nawafil sampai Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Aku menjadikan pendengaran yang digunakan untuk mendengarkan, mata yang digunakan untuk melihat, tangan yang digunakan untuk msemukul, dan kaki yang dipakainya untuk berjalan.’
Di dalam Al-Quran yang mulia, perkara ini diutarakan dengan baik sekali, seperti firman Allah s.w.t. :
‘Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu Nabi-Nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid,dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.’ (An-Nisa’ : 69)
Para sahabat adalah orang-orang yang tinggi ketaatannya kepada Allah dan taqarrubnya kepada-Nya. Oleh kerana itu, bagi
Kandungan
362
Hakikat Tawassul dan Wasilah
mereka ada bahagian yang sangat banyak dari apa yang dicintai dan disukai oleh Allah. Itu sebabnya, zaman mereka ditetapkan sebagai abad yang terbaik, sebagaimana dijelaskan didalam hadis-hadis sahih yang diriwayatkan pada banyak wajah. Di antaranya Rasulullah bersabda :
‘’Janganlah kamu mencela sahabat-sahabatku. Demi jiwaku dalam genggamanNya, seandainya kamu menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, nescaya tidak akan mencapai satu cupak dari pemberian mereka, dan tidak pula separuhnya.’
Maka tengoklah ciri yang agung, perbezaan yang besar, serta kekhususan yang banyak dari mereka, yang infaknya tidak boleh disamai, separuhnya sekalipun, oleh generasi-generasi lainnya meskipun mereka berinfak emas sebesar gunung Uhud. Allah redha terhadap para sahabat itu, dan mereka pun redha terhadap Allah. Mereka adalah wali-wali Allah yang paling utama, dan paling tinggi kedudukannya disisiNya, iaitu mereka yang beramal dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Oleh kerana itu, orang-orang setelah mereka tidak akan menjadi wali bagi Allah kecuali mereka mengikuti Rasulullah, mengambil petunjuk dengan hidayahnya, dan meneladani perkataan serta perbuatannya. Penjelasan paling penting tentang wali-wali Allah supaya dakwahnya bersahut adalah keredhaan dari Allah ‘Azza wa Jalla di semua halnya, menegakkan fara-idh Allah, meninggalkan larangan-larangan-Nya, bersikap zuhud tehadap ketinggian dunia yang direbutkan oleh manusia, serta melewatkan kesempatan untuk merebutkan kepimpinan dan kekuasaan. Mereka menolak pekerjaan-pekerjaan yang memburu kesenangan duniawi, tidak tertarik untuk memperbanyak-
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
363
kannya, dan tidak pula ingin mendapatkan sumber-sumber kekayaan dan harta. Apabila mendapatkan sedikit, mereka bersabar. Apabila mendapatkan banyak, mereka bersyukur. Sama sahaja bagi mereka celaan dan pujian, kepapaan dan kekayaan, kemasyhuran dan kehinaan. Mereka tidak kagum dengan soal-soal kekuasaan yang berasal dari Allah. Kalau Allah menambahkan kemasyhuran kepada diri mereka, maka mereka juga menambahkan kerendahan hati, keredhaan, kebaikan akhlak, kemuliaan persahabatan, dan keagungan kebijaksanaannya. Kalau Allah memberi banyak beban, maka mereka bersabar. Mereka menyibukkan diri dalam apa yang dikehendaki Allah dan diperintahkan-Nya kepada hambahambaNya. Barangsiapa sempurna dalam ciri-ciri seperti ini, bersifat dengan sifat-sifat seperti ini, dan tampil dengan penampilan seperti ini, maka dia adalah wali Allah yang agung. Setiap Mukmin harus mengakui kebaikannya dan mencari berkat dengan melihat dan mendekatinya. Barangsiapa memiliki sebahagian dari ciri-ciri seperti ini serta bersifat dengan sebahagian sifat seperti ini, maka dia mendapatkan wilayah dari rezeki dan dikurniai sebahagian dari kebaikan dan keindahanNya menurut kadar yang diberikan oleh Allah. Adapun pintu besar menuju lapangan wilayah adalah iman kepada Allah, sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah tatkala ditanyai tentang keimanan :
‘Engkau harus beriman kepada Allah, malaikatmalaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-RasulNya, serta takdirNya yang baik mahupun yang buruk.’
Yang paling sulit dari hal-hal tersebut adalah beriman kepada takdir, sebab kalau seseorang boleh menerima semua takdirnya, maka akan tunduklah segala masalah dan akan mudahlah ia menghadapi serta mengatasi penderitaan hatinya
Kandungan
364
Hakikat Tawassul dan Wasilah
atas takdir yang baik atau yang buruk yang diturunkan kepadanya. Rasulullah juga tidak luput dari itu, sehingga Baginda selalu berlindung kepada Allah dari qadha’ yang buruk. Telah ditetapkan dalam sahih bahawa di antara doa-doa nabawiyah beliau adalah :
‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari buruknya qadha’, datangnya celaka, sulitnya bala’, dan kekejaman musuh.’
Telah ditetapkan pula oleh Nabi s.a.w. bahawa baginda selalu membaca di dalam qunut witirnya :
‘Jauhkanlah aku dari kepedihan yang Kau tetapkan.’
Para wali Allah bertahap-tahap didalam wilayah dengan kekuatan rezeki iman yang diberikan Allah. Maka barangsiapa bertambah kuat imanya, dia lebih agung wilayahnya, lebih besar nilainya, lebih dekat taqarrubnya kepada Allah, dan mendapatkan karamah disisiNya. Sementara, keimanan yang kuat akan berlanjutan dengan amal-amal yang benar dan kecintaan kepada Allah serta RasulNya. Allah berfirman :
‘Katakanlah : ‘Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihimu…’ (Ali Imran : 31)
Setiapkali seorang hamba makin hampir kepada Allah enggan fardhu-fardhuNya, menjauhi larangan-laranganNya dengan amal-amal nawafil, serta memperbanyakkan zikirnya
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
365
kepadaNya, maka Allah akan semakin mencintainya dan membukakan baginya pintu-pintu kebaikan. Maka seorang wali wajib mendasarkan semua amalnya kepada Kitab dan Sunnah, baik berupa perkataan mahupun perbuatan, baik dalam bergerak mahupun dalam diam. ‘Umar bin Khatthab r.a. dalam kedudukannya sebagai seorang ahli hadis, seperti yang ditetapkan oleh nas nabawi, mengajar para sahabat untuk bermusyawarah dan diajak bermusyawarah, menuntut para sahabat dan dituntut para sahabat, serta berhujjah atas mereka dengan Kitab dan Sunnah. Dalam semua hal yang sulit, ketika timbul sengketa di antara mereka, mereka selalu kembali kepada keduanya. Demikian pula bila muncul khilaf tentang apa yang diperintahkan oleh Allah, hendaknya kaum Muslimin kembali kepada Allah dan kepada RasulNya. Maksudnya, kembali kepada KitabNya dan kembali kepada RasulNya. Kerana Baginda telah pulang, maka kita kembali kepada sunnah-sunnahnya yang suci dan benar. Maka para wali itu, meskipun maqam wilayahnya paling tinggi dan kedudukannya pun paling tinggi, harus pula mentaati dan mengambil suri tauladan dari Al Kitab yang mulia dan sunnah yang suci, serta mengukur dan menimbang amal perbuatannya sesuai dengan syariat yang suci. Mereka harus tegak di dalam batas-batas yang telah ditentukan dan tidak boleh memalsukan salah satu dari urusannya. Telah ditetapkan oleh Rasulullah di dalam Sahih dari Sunnahnya bahawa Baginda bersabda :
‘Setiap urusan yang tidak sesuai dengan urusan (yang kami tetapkan) tertolak.’
Apabila urusan seseorang bertentangan dengan syariat, maka harus ditolak dan diyakini bahawa hal itu berasal dari syaitan. Kita harus berusaha menolaknya dengan segala kemampuan dan dengan jalan apa saja yang boleh dicapai. Allah berfirman :
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
366
‘Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu…’ (At-Taghabun : 16)
dan berfirman pula :
‘Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, Kami tidak memikulkan kewajipan kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal didalamnya.’ (Al-A’raaf : 42)
Kalau ada orang yang disebut wali menentang hal ini, maka dia bukan termasuk wali Allah yang baik. Alangkah indahnya apa yang dikatakan oleh Abu Sulaiman Al-Darani r.a. : ‘Sesungguhnya akan jatuh satu dari noda-noda kaumnya di dalam kalbunya. Maka aku tidak akan menerimanya kecuali bila disertai oleh dua saksi yang murni dan suci, iaitu Al Kitab dan Sunnah.’ Sementara itu, Al Junaid r.a. berkata : ‘Kita mengetahui bahawa hal-hal itu terikat dengan Al-Kitab dan Sunnah. Maka barangsiapa tidak membaca Al-Quran dan mencatat hadis, dia tidak dibenarkan ikut berbicara di dalam ilmu kita.’ Sedangkan Abu Uthman An Nisaburi r.a. berkata : ‘Barangsiapa memimpin dirinya dengan syariat, baik dalam berkata maupun berbuat, dia akan berbicara dengan penuh hikmah. Barangsiapa memimpin dirinya dengan hawa nafsu, baik dalam berkata maupun berbuat, dia akan berbicara dengan bid’ah, sebab Allah s.w.t. berfirman :
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
367
‘…dan jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk…’ (An-Nur : 54)
Berkata Abu ‘Amru bin Najd r.a. : ‘Setiap keinginan yang tidak disaksikan oleh Al-Kitab dan Sunnah adalah bathil.’ Berdasarkan ini, maka dasar untuk mengetahui kebenaran wilayah seorang wali adalah apakah dia berbuat berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya atau tidak, apakah dia menggunakan dan menghendaki Kitabullah dan Sunnah RasulNya di dalam semua urusannya atau tidak. Kalau dia berpaling dari keduanya, maka berpaling pula wilayah dari dirinya. Cuba anda lihat apa yang tercantum di dalam ayat mulia ini. Ia merupakan mauizhah bagi orang yang berkesadaran dan ‘ibrah bagi orang yang ingin mendapatkan pelajaran. Maka isinya dimulai dengan sumpah Rabbani, di mana Allah ‘Azza wa Jalla bersumpah dengan diriNya sendiri dan menyucikannya, kemudian memuliakan Rasulullah dengan mendampinginya dengan rububiyyah atasnya. Dia juga dengan tegas menolak iman orang yang menentang sumpah Rabbani ini dengan firmanNya :
‘Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman…’ (An-Nisa’ : 65)
Kemudian ayat tersebut bertindak sebagai penengah bagi hal-hal yang dipersengketakan oleh hamba-hambaNya. Belum cukup dengan hal ini, Allah masih melanjutkan firmanNya :
‘...kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan...’ (An-Nisa’ : 65)
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
368 FirmanNya lagi :
‘...dan mereka menerima...’ (An-Nisa’ : 65)
Maka tidak ada manfaat yang boleh diambil kecuali apabila mereka mahu bertahkim kepadanya. Ketetapan yang dihasilkan tidak akan menyulitkan mereka jika mereka mahu menerima dan melaksanakannya. Atau dengan kata lain, penerimaan terhadap ketetapan apapun yang datang dari Rasulullah s.a.w. pasti mendatangkan manfaat. Itu sebabnya Allah s.w.t. berfirman:
‘...dan mereka menerima dengan sepenuhnya.’ (An-Nisa’ : 65)
Dengan keadaan demikian, maka bagaimana mungkin di dada seorang wali Allah ditemukan permusuhan terhadap orang yang menuntut hak, bahawa dia boleh terbebas darinya, atau permusuhan terhadap ketetapan yang diputuskan atasnya? Itu bukan perbuatan seseorang yang beriman kepada Allah, apatah lagi seorang wali yang telah menyinar imannya, yang memiliki wilayah serta kemuliaan Rabbaniyyah yang layak baginya. Namun jika lawan mengetahui bahawa dia memiliki hak untuk menuntut, dan hak itu tetap baginya, maka hal itu tidak mustahil, sebab seorang hakim hanya memutuskan berdasarkan syariat yang bersifat lahiriah. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam Sahihain dan lain-lain :
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
369
‘Sesungguhnya kamu mengadu kepadaku, dan mungkin salah satu dari kamu lebih mampu mengemukakan alasannya daripada lawannya. Sesungguhnya aku menghukum berdasarkan apa yang kudengar. Maka bagi seseorang yang kumenangkan perkaranya sedangkan hak itu seharusnya diberikan kepada lawannya, saudaranya yang Muslim, maka janganlah diambil, sebab keputusanku itu berasal dari api neraka.’
Demikianlah Rasulullah telah memberitahu kita bahawa apabila Baginda memutuskan suatu perkara berdasarkan halhal yang didengarnya, padahal hakikatnya tidak seperti itu, maka janganlah keputusan Baginda diikuti, sebab ia merupakan sepotong api neraka. Lalu bagaimana orang yang dipersalahkan, sementara pihak yang salah dibenarkan? Bagaimana pula dengan hakim yang tidak punya cukup pengetahuan tentang suatu perkara, tidak ada wahyu yang turun baginya untuk menjelaskan hal itu? Di dalam Shahihain dan lain-lain, Rasulullah bersabda:
‘Apabila seorang hakim berijtihad dan benar, maka baginya dua pahala; dan apabila berijtihad tetapi salah, maka baginya satu pahala.’
Maka semua hakim dari kalangan Muslimin yang ragu-ragu tentang kebenaran keputusan yang dibuatnya tetap akan mendapatkan pahala walau bagaimanapun, sebab dia difardhukan oleh kewajiban yang dipikulkan diatas bahunya. Namun pihak yang dibenarkan secara keliru itu tidak dihalalkan untuk mengambil hak milik lawan perkaranya, sebagaimana Rasulullah menetapkan didalam hukumnya yang suci. Lalu bagaimana dengan keputusan -keputusan lain dari hakim-hakim yang termasuk umat beliau? Telah ditetapkan didalam Sunnah dan lain-lain bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
Kandungan
370
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Hakim itu terbahagi kepada tiga golongan, dua berada di neraka dan satu berada di syurga. Yang berada di syurga adalah seseorang yang mengetahui kebenaran dan melaksanakannya. Sedangkan dua yang berada di neraka: seseorang yang memutuskan di antara manusia dengan kebodohan, dia berada di neraka; serta seseorang yang mengetahui kebenaran tetapi memutuskan dengan sebaliknya, dia berada di neraka.’
Berdasarkan hal ini diketahui bahawa penentangan terhadap keputusan-keputusan hukum dari para wali, apabila seseorang mengetahui bahawa dia tidak berhak atas sesuatu, sedangkan tuntutannya bathil, maka dia termasuk orang yang dikatakan oleh Rasulullah : ‘Barangsiapa memusuhi para waliKu...’ kerana gugatannya terhadap para wali bathil dan permusuhannya terhadap mereka jelas, maka orang seperti itu patut diperangi, sebagaimana dijanjikan dan diancam oleh Allah didalam hadis tersebut. Berbeza dengan hakim yang memutuskan sesuatu dengan apa yang disangkanya benar dan sesuai dengan Al-Kitab mahupun Sunnah, kemudian dia berijtihad dalam perbahasan dan penelitian perkara yang ditanganinya. Bererti dia adalah seorang yang ahli didalam hukum, dan tidak termasuk sebagai musuh para wali. Tidak atasnya suatu aniaya didalam keputusannya, sebab dia sudah berusaha menghukum berdasarkan syariat yang suci. Oleh kerana itu, dia berhak menerima satu atau dua pahala. Dia telah menggunakan petunjuk dari insan paling jujur, Rasulullah s.a.w. Tinggallah untuk kita katakan sebagai penerang bagi orangorang yang memiliki kalbu dan menggunakan pendengarannya, firman Allah dalam sebuah hadis qudsi :
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
371
‘Barangsiapa memusuhi waliKu, bererti dia telah siap berperang melawanKu…’
Permusuhan boleh terjadi didalam dua segi. Salah satu dari wujud orang-orang yang memusuhi para wali disebabkan para wali itu biasa mendahulukan kebijaksanaan, maaf, dan kerelaan terhadap orang-orang yang mengenalnya. Dari sisi ini, permusuhan yang dilakukan tidak terbatas pada pergulatan dan pergaulan keduniawian, melainkan adakalanya timbul dari sikap fanatik, seperti Ar Rafidhi dalam memusuhi Abu Bakar ra., atau kebencian sementara pihak terhadap orang-orang Sunni sehingga berlangsung permusuhan dan tindak-tindak aniaya dari kedua belah pihak. Kalau dari samping para wali, permusuhan terjadi kerana Allah dan di jalan Allah. Dan kalau dari segi lain, maka seperti yang disebutkan sebelumnya. Demikian pula orang yang fasik, yang terang-terangan memperlihatkan kebenciannya kepada wali, yang kemudian diikuti dengan pengingkarannya terhadap kewalian, dan tetap bertahan dengan larangan syahwat. Di satu pihak dengan perbuatan, dan di pihak lain dengan kekuatan. Sudah dimaklumi umum bahawa kebanyakan permusuhan agama tidak terjadi kecuali antara mutabi’ dengan mubtada’, antara orang mukmin dengan orang fasik, antara orang soleh dengan orang keji, antara orang alim dengan orang jahil, dan antara wali-wali Allah dengan musuh-musuh Allah. Huraian ini sudah cukup jelas sehingga tidak menimbulkan pertanyaan ataupun pengekangan. Bahawa sesungguhnya seseorang tidak menjadi wali Allah sehingga dia membenci, memusuhi, dan menolak musuh-musuh Allah. Permusuhan dan penolakannya atas mereka merupakan sebahagian dari kesempurnaan wilayahnya dan kebenaran yang tersusun atasnya. Wali-wali Allah adalah hamba Allah yang paling berhak untuk menegakkan di dalam maqam ini suri tauladan dari
Kandungan
372
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Rasulullah. Maka apabila dia marah kerana Allah, wajahnya menjadi merah dan suaranya meninggi. Begitulah sikap yang diambil oleh orang mukmin terhadap orang fasik, dan orang fasik terhadap orang mukmin. Orang yang Mukmin memusuhi hal-hal yang diwajibkan Allah untuk dimusuhi dan membenci hal-hal yang menyebabkan timbulnya maksiat kepada Allah, hal-hal yang menerjang apa yang diharamkan Allah, serta hal-hal yang melanggar batasbatasNya. Permusuhan terhadap orang-orang yang fasik dilancarkan kerana kemungkarannya terhadap Allah dan ketakutannya terhadap ditegakkannya hukum-hukum Allah atas dirinya. Di samping itu, telah umum diketahui bahawa orang-orang fasik itu biasa menyesatkan dan memperolok-olok orang yang banyak taat kepada Allah. Mereka memandang kehidupan yang bersih dan manhaj yang dipilih oleh orang-orang yang berakal itu sebagai permainan dan senda-gurau. Mereka yang menganggap orang-orang yang beramal dengan ketaatan kepada Allah itu sebagai orang-orang yang riya’ dan penipu yang ingin mengaut harta. Tentang permusuhan antara orang yang alim dengan orang yang jahil sudah jelas. Orang yang alim hanya menghendaki Allah, sehingga bercakaran dengan orang jahil disebabkan kebodohannya dalam agama dan kejahilannya dalam menegakkan hal-hal yang diperlukan sebagai seorang Muslim. Sedangkan orang yang jahil memusuhi orang yang alim kerana keberhasilannya mencapai kelebihan yang mulia dan tanda-tanda kebaikan, yang merupakan keperibadian yang utama dan ciri-ciri khusus dalam agama. Adapun permusuhan antara mutabi’ dengan mubtada’ masaalahnya lebih terang daripada matahari. Mutabi’ memusuhi mubtada’ kerana bid’ahnya, sedangkan mubtada’ memusuhi mutabi’ kerana mengikutinya walaupun dia benar. Keteguhannya dalam bid’ah akan membutakan bashirah kawankawannya, lalu dia menganggap bahawa kesesatan yang ditelusurinya adalah benar, tak ada keraguan atau kepalsuan
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
373
di dalamnya. Dia mengikuti Al-Kitab dan Sunnah di dalam kesesatan. Diantara permusuhan yang terjadi antara mutabi’ dan mubtada’ adalah seperti permusuhan golongan Yahudi dan Nasrani. Tak diragukan bahawa wali Allah ada kedudukan iman, ilmu, ittiba’ bagi yang banyak dan lebih baik. Musuhnya yang banyak, sebanding dengan besarnya kesucian yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Kedengkian terhadapnya melebihi kedengkian yang ditujukan kepada orang-orang baik lainnya. Sebab di dalam dirinya terkumpul kemenangan dalam hal hampirnya dengan Allah, dengan apa-apa yang dibukakan oleh Allah kepadanya kerana ketaatannya dalam menjalankan faraidh dan nawafilnya. Dia juga membenci musuh-musuh Allah sebagai hasil yang di terima akal dari kesempurnaan iman, ilmu, amal soleh, serta ketakwaannya kepada Allah. Maka apabila dia memujuk anda tentang hal ini, lihatlah penggambaran yang mendekatkannya kepada anda. Sesungguhnya dia seperti seseorang yang beruntung memiliki kekuasaan, banyak musuh yang iri hati terhadapnya kerana kedudukan duniawiyah yang dimilikinya. Barangsiapa menjadi pangkal ilmu, maka dia akan dimusuhi oleh kebanyakan orang yang suka mengurangi, apalagi menolak, apa yang diyakininya dengan benar. Orang-orang awam mengikuti wali kerana memandang ramai jumlah kelompok ini. Di samping itu, mereka memerlukan fatwa-fatwa dan hukum-hukum dari si wali. Meskipun demikian, terkadang ada pula pemalsuan yang dilakukan oleh orang alim ini untuk menutupi kejahilannya tentang sesuatu hal, dan tidak tepat pada sasaran yang mereka tuju. Setidaknya, hal itu berbeza dengan adat kebiasaan bapa-bapa serta nenek moyang mereka. Dan walaupun ada penentangan terhadap keburukan si alim, hal tersebut biasanya gagal kerana orang-orang awam itu telah menerima keberadaannya sebagai orang berkedudukan tinggi. Hal semacam ini boleh melahirkan kejahatan yang tak boleh dinilai kadarnya. Dan ini adalah tradisi dikebanyakan masa dan biasa dilakukan manusia.
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
374
Berkata Ibn Hubairah di dalam Al Idhah : ‘Permusuhan terhadap wali, sepanjang penglihatan saya, biasanya disebabkan oleh wilayahnya. Diperlukan kewaspadaan terhadap gangguan hati para wali Allah. Kalau memang keadaan memaksa adanya sengketa di antara dua wali, maka harus dikembalikan kepada kebenaran, tak boleh ada tabir yang menutupi kebenaran. Perselisihan seperti ini juga pernah terjadi antara Abu Bakar r.a. dan `Umar r.a., antara`Abbas r.a. dan Ali r.a., dan banyak lagi.’ Al Fakahani berkata bahawa permusuhan terhadap wali tidak boleh difahami kecuali dari jalan kedengkian, di mana masing-masing ingin menjatuhkan wilayah pihak lainnya. Hal itu jauh sekali dari hak wali. Ibn Hajar berkata : ‘Dan dalil-dalil yang diajukan tadi mampu diandalkan.’ Adapun sengketa dalam soal harta dan darah bukanlah hal yang utama, baik antara dua wali atau di antara wali dengan orang lain. Barangsiapa menuduh yang lain melepaskan diri dari syariat, dan bukan kerana keangkuhan, maka menjadi hak bagi si wali untuk melepaskan diri dari apa yang diharuskan baginya. Tak perlu dia merasa kesal dan panas hati, kerana merasa terluka akibat terbebas dari hak yang wajib bukanlah kebiasaan seorang wali. Allah s.w.t. berfirman :
‘Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
375
merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.’ (An-Nisa’ : 65)
Keputusan Rasulullah merupakan keputusan dari syariat yang suci dan tertera di dalam Kitabullah dan Sunnah Nabi s.a.w., yang akan tetap abadi di antara umat Islam. Ulama yang arif tentang hal tersebut tersebar di semua wilayah di bumi ini. Oleh sebab itu, apabila seorang hakim mengambil keputusan atas wali berdasarkan sesuatu yang disukai dan diwajibkan dari Kitabullah dan Sunnah RasulNya, maka mematuhi keputusan itu lebih wajib daripada melakukan hal yang lain. Ini disebabkan ketinggian martabat Kitabullah dan Sunnah Rasul tersebut, ditambah pula dengan kekhususannya sebagai wali, sebab dia menjadi wali kerana Allah. Maka kalau di dalam dirinya tumbuh rasa dengki, itu merupakan kemerosotan wilayahnya sebagai wali, dan bukan kerana orang yang menentangnya atau hakim yang menghukum atasnya keliru.
KARAMAH PARA WALI Allah berfirman :
‘Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Bagi mereka kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada sebarang
Kandungan
376
Hakikat Tawassul dan Wasilah
perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.’ (Yunus : 62-64)
Al-Quran Al-Karim tidak mengandungi sebarang kebatilan sama ada di masa hadapan atau di masa silam. Ia membimbing kepada perkara-perkara kebaikan dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman. Siapa yang mengikutnya tidak akan sesat. Tetapi sebaliknya mereka yang mengikut hawa nafsunya dan mengikut petunjuk selain daripada Al-Quran tidak akan berjaya. Namun begitu sebagaimana wujudnya golongan yang tidak terpengaruh dengan benda-benda keduniaan untuk mengingati Allah, terdapat juga golongan mereka yang mengikut kebatilan dan tidak mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu keburukan dan kehancuran. Kita sering bertemu dengan mereka yang menolak karamah para wali malah menolak para wali itu sendiri secara mutlak. Sebahagian daripada mereka mendustai para wali atau mendustai karamahnya sementara sebahagian yang lain pula hanya mempercayai sebahagian daripadanya. Dewasa ini ramai yang sering mempersoalkan: Apakah ianya (karamah wali) termasuk di dalam lingkungan syariat? Apakah terdapat dalil yang membenarkannya di dalam Al-Kitab yang mulia dan AsSunnah yang suci? Apakah hikmat di sebalik berlakunya karamah pada diri para wali dan hamba-hamba Allah yang soleh dan bertaqwa? Dan sebagainya. Kebelakangan ini, fahaman materialisme, atheisme, jalan yang sesat dan meragukan, telah mula menguasai minda kebanyakan pemuda-pemudi Islam. Ideologi-ideologi ini, telah menyesatkan ramai orang tanpa mereka menyedarinya, sehingga menyebabkan apabila mereka berhadapan dengan persoalan karamah: maka ada yang bermati-matian menolaknya, ada yang merasa bimbang dan gusar, malah merasa bingung dan termanggu-manggu. Semuanya adalah disebabkan oleh lemahnya iman mereka kepada Allah dan ketentuanketentuanNya, serta nipisnya keyakinan dan kecintaan mereka terhadap para wali dan hamba-hambaNya yang bertaqwa.
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
377
Allah berfirman:
‘Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun)’. ( Al-Israa: 20 )
Karamah adalah perkara luar biasa yang Allah tunjukkan melalui hambaNya yang beriman, yang mengikut jejak langkah Rasulullah menegakkan syariat Allah dengan keimanan yang sebenar dan amal yang soleh sama ada ianya diketahui oleh orang lain atau tidak. Karamah bukanlah suatu perkara yang mustahil. Kebarangkalian berlakunya adalah harus. Ia tidak sering berlaku kerana ia bukannya suatu kejadian yang mengikut adat kebiasaan. Oleh itu, maka karamah yang berlaku tidak semestinya dapat dipertimbangkan dengan akal fikiran kerana kejadian yang berlaku adalah luar daripada adat kebiasaan. Kejadian luar biasa seperti ini jika berlaku kepada para Nabi disebut sebagai Mukjizat samada ia diperlihatkan daripada kemampuan Nabi itu sendiri atau salah satu daripada kemampuan umatnya. Sedangkan apabila ia berlaku kepada wali disebut karamah yang diperlihatkan daripada kemampuan wali itu sendiri. Dan sekiranya ia berlaku ke atas yang selain daripada keduanya, ia disebut sebagai khazalan dan istidraj. Seorang Nabi dari ilmunya diketahui adalah Nabi sehingga perlu baginya menunjukkan hal-hal yang aneh-aneh yang mengandung hikmah. Itu merupakan mukjizat. Berbeza dengan wali dan karamahnya. Memiliki karamah tidak selalunya menyenangkan, sebab dikhuatiri bahawa ia akan berubah menjadi istidraj. Sedangkan orang yang mendapatkan istidraj itu mereka merasa senang dengan kemampuan yang dimilikinya, dan pada saat yang sama menghina serta merendah-rendahkan orang lain. Oleh kerana itu, apabila yang tampak adalah keadaan seperti yang disebutkan belakangan, maka ia merupakan istidraj,
Kandungan
378
Hakikat Tawassul dan Wasilah
dan bukan karamah. Itu sebabnya para ulama berkata: ‘Kebanyakan terputusnya hubungan dari hadhrat Allah terjadi pada maqam karamah. Justeru, ulama takut kepada karamah sebagaimana takutnya mereka pada macam-macam bencana.’ Karamah diteguhkan oleh diri para wali. Oleh sebab itu, ada orang-orang yang sebenarnya memiliki karamah tetapi tidak mahu menunjukkannya kerana mereka tidak memerlukannya. Inilah alasannya mengapa munculnya karamah dari kalangan sahabat dan tabi’in yang soleh dalam rangka yang sedikit sekali. Seorang ulama ditanya : ‘Untuk apa di zaman akhir ini ada lebih banyak karamah daripada zaman dahulu?’ Maka dia menjawab : ‘Hal itu disebabkan lemahnya keyakinan orangorang dewasa ini, sehingga dirasakan perlu untuk menarik mereka dengan karamah. Dengan demikian, mereka menjadi percaya kepada orang-orang yang soleh. Adapun orang-orang dahulu tidak memerlukan keadaan seperti itu sebab keyakinan mereka mengikut neraca syariat.’ Demikianlah penjelasan menurut jalan yang bersih bagi orang yang mencari kebenaran, menghendaki ma’rifat manhaj yang lurus, terkuaknya kebenaran, pembelaan terhadap syariat Allah, serta pengakuan terhadap ketentuan Yang Maha Mampu yang menghidupkan tulang belulang yang telah lapuk. Tidak ada larangan bagi karamah, kecuali untuk mengatasi masalahmasalah ini sesuai dengan ditetapkan oleh Al-Kitab yang mulia dan Sunnah Rasulullah yang mulia. Maka kita katakan bahawa karamah adalah ketetapan dari Kitabullah, Sunnah NabiNya yang mulia, serta athar daripada sahabat Rasulullah. Berita tentangnya sampai kepada kita pada hari ini, dan diakui oleh jumhur ahlus sunnah wal jama’ah dari kalangan fuqaha, muhaddis serta ushuliyyin. Barangsiapa mahu melihat kitab-kitab orang-orang salaf yang benar dan terpercaya nescaya akan menemukan kesaksian tentang hal itu, bahkan ada bukti yang biasa dilihat secara jelas bahawa karamah wali ada di sepanjang zaman Islam. Tidak ada yang mengingkari hal itu selain ahli bid’ah yang lemah imannya tehadap Allah, sifat-sifat serta perbuatanNya.
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
379
Imam Al-Yafi’i Radiallahu‘anhu berkata di dalam kitabnya, Raudhur Rayahin : ‘Manusia berbeza-beza dalam mengingkari karamah. Ada yang mengingkari karamah para wali secara mutlak, dan dari mereka ini adalah pengikut mazhab yang terkenal yang tersingkir taufiknya. Ada yang mendustakan karamah wali yang hidup sezaman dengannya, tetapi mempercayai karamah para wali yang tidak sezaman dengannya, seperti Ma’ruf Al-Karkhi, Imam Junaid, Sahl At Tusturi dan sebagainya.’ Mereka itu, sebagaimana dikatakan oleh Abu Al-Hasan AsySyazili Radiallahu‘anhu : ‘Demi Allah, hal itu tidak lain adalah Israiliyat, percaya terhadap Musa a.s. tetapi mendustakan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam hanya kerana Baginda hidup sezaman dengan mereka.’ Ada pula orang yang percaya bahawa Allah menganugerahkan karamah kepada wali-waliNya, tetapi mereka tidak percaya kepada seorang yang terpercaya dari kalangan orang-orang yang sezaman dengannya. Dalil tentang terjadinya karamah yang berasal dari AlQuranul Karim diantaranya adalah kisah Maryam. Dia menggoncang pohon kurma yang kering, kemudian pohon itu menghijau dan berguguran rhutabnya. Allah berfirman :
‘Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.’ (Maryam: 25)
Diceritakan Allah di dalam KitabNya yang suci bahawa Zakaria a.s. setiapkali masuk ke bilik Maryam melihat banyak makanan didalamnya, pada hal tidak ada seorang pun yang diizinkan masuk ke situ kecuali Zakaria a.s. Al-Quran telah menceritakan di dalam firman :
Kandungan
380
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘… dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiaptiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: ‘Wahai Maryam, dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?’ Maryam menjawab : ‘Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.’ (Ali Imran: 37)
Maksudnya, Allah membesarkan Maryam dengan pertumbuhan yang sempurna dan memperelokkan ciptaannya. Perkembangannya benar-benar terjaga laksana bayi hingga usia satu tahun. Dia dipelihara oleh Zakaria a.s., tidak ada orang lain yang boleh memasuki biliknya. Namun demikian, Zakaria a.s. mendapati buah-buahan musim panas pada waktu musim dingin, dan buah-buahan musim dingin ketika musim panas. Begitu pula kisah Ashabul Kahfi yang terdiri dari tujuh orang pembesar bangsa Romawi yang hidup setelah zaman Isa a.s. Mereka bimbangkan keimanannya dari raja mereka, sehinga akhirnya mereka pergi dari negeri mereka. Suatu saat, mereka menemukan sebuah gua lalu masuk ke dalamnya dan tinggal di situ tanpa bekal makanan atau minuman. Dan ternyata, mereka mendiami gua tersebut selama 309 tahun dalam keadaan tertidur. Mereka tetap hidup dan terhindar dari segala kerosakan. Allah melindungi mereka dari terik sinar matahari yang membakar. Al-Quran telah menceritakan kisah ini di dalam surah AlKahfi sebagai berikut :
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
381
Kandungan
382
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘Ashaabul Kahfi’ dan ‘Ar-Raqiim’ itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa : ‘Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami.’ Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata : ‘Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.’ (Mereka berkata pula sesama sendiri) : ‘Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah. Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
383
dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna.’ Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, condong ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya : ‘Berapa lama kamu tidur?’ (Sebahagian dari) mereka menjawab : ‘Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari.’ (Sebahagian lagi dari) mereka berkata : ‘Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur…’ (Al-Kahfi : 9-19)
Juga kisah Ashif, wazir Sulaiman a.s. yang mengetahui Ismul A’dzam. Kepada Sulaiman a.s., dia berkata : ‘Lihatlah ke langit’. Sulaiman a.s melihat ke arah langit, sementara Ashif segera berdoa dengan Ismul A’zham, memohon Allah mendatangkan singgahsana Ratu Balqis ke tempat itu. Allah mengabulkan doanya, sehingga ketika Sulaiman a.s. kembali memandangnya, singgahsana itu sudah di hadapannya. Adapun dalil tentang tetapnya karamah pada diri para wali dari sunnah-sunah yang mulia di antaranya adalah kisah tentang Juraij, seorang ‘abid yang pernah berbicara dengan bayi yang
Kandungan
384
Hakikat Tawassul dan Wasilah
masih berada dalam buaian. Kisah ini tertera di dalam hadis sahih yang dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda : ‘Tidak ada bayi yang berbicara sewaktu masih dalam buaian kecuali tiga, di antaranya ‘Isa a.s., yang terjadi di kalangan Bani Israil, dan yang terjadi pada seorang lelaki bernama Juraij.’ Ketika sedang melakukan solat, Juraij dipanggil oleh ibunya, sehingga dia bingung : ‘Apakah aku harus menjawab panggilan ibuku, atau meneruskan solat?’ Akhirnya, Juraij meneruskan solatnya sehingga ibunya marah dan berdoa : ‘Ya Allah, janganlah Kau matikan dia sebelum kau perlihatkan kepadanya wajah seorang perempuan lacur.’ ‘Maka sewaktu Juraij berada di tempat ibadahnya, datanglah seorang wanita mengajaknya berbincang-bincang, tetapi dia menolaknya. Wanita itu kemudiannya berhubungan dengan seorang gembala sampai melahirkan seorang bayi, tetapi mengatakan bahawa bayi tersebut adalah hasil perbuatannya dengan Juraij. Maka orang-orang menjadi marah, kemudian beramai-ramai menghancurkan tempat ibadah Juraij. Mereka mengeluarkan Juraij dari tempat itu dan mengata-ngatanya.’ ‘Juraij lalu mengambil air wudhu dan ditanyainya : ‘Siapakah ayahmu?’ Bayi itu menjawab : ‘Si pengembala’. Mendengar hal itu, orang-orang berkata : ‘Bolehkah kami membangunkan untukmu tempat ibadah dari emas?’ Juraij menolak : ‘Tidak perlu, cukup perbuatkanlah dari tanah saja.’ Kisah lain tentang berbicaranya seorang bayi yang masih berada dalam buaian, untuk menyempurnakan hadis yang telah disebutkan di atas, adalah seperti berikut : ‘Seorang wanita dari Bani Israil sedang menyusu bayinya, ketika seorang penunggang kuda lalu di hadapannya, wanita itu berkata : ‘Ya Allah, jadikanlah anakku seperti dia.’ Tiba-tiba si bayi melepaskan puting susu ibunya dan mendatangi si penunggang kuda, lalu dia berdoa : ‘Ya Allah, janganlah kau jadikan aku seperti dia.’ Kemudian dia kembali ke buaiannya dan melanjutkan menyusu.’ Abu Hurairah berkata : ‘Seolah-olah aku melihat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. menghisap-hisap jarinya.’
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
385
Selanjutnya lalulah di depan wanita itu seseorang yang lain, lalu dia berkata : ‘Ya Allah, janganlah jadikanlah anakku seperti (orang) ini.’ Maka si bayi berhenti menyusu dan berkata : ‘Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.’ Maka bertanyalah wanita itu : ‘Mengapa begitu?’ Si bayi menjawab : ‘Yang menunggang kuda tadi adalah orang yang kejam, dan budaknya ini dikatakan sebagai pencuri dan penzina, padahal dia tidak melakukannya.’ ( Al Bukhari di dalam Sahihnya dan Imam Muslim) Begitu juga kisah tentang tiga orang lelaki yang terperangkap di dalam gua, hingga akhirnya batu yang menyumbat mulut gua itu terbuka sehingga mereka boleh keluar dari situ. Lafaznya dari Abu ‘Abdurrahman ‘Abdullah bin ‘Umar bin Khattab Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Aku mendengar Rasulullah bersabda : ‘Telah pergi tiga orang sebelum kamu, kemudian mereka berteduh di dalam sebuah gua. Tiba-tiba jatuhlah sebongkah batu besar menutup mulut gua, lalu mereka berkata : ‘Tidak ada jalan untuk menyelamatkan kita dari batu ini kecuali kita berdoa memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan perantaraan amal-amal baik yang pernah kita lakukan.’ Maka berkatalah seorang dari mereka : ‘Ya Allah, aku memiliki ayah ibu yang sudah tua, dan aku tidak pernah makan atau minum mendahului mereka, begitu pula anak isteriku. Pada suatu hari, aku terlambat pulang kerana satu pekerjaan. Begitu datang, aku segera menyiapkan susu untuk mereka, tetapi mereka telah tertidur dengan nyenyaknya, dan aku tidak suka membangunkan keduanya. Maka aku menunggu dengan kedua gelas di tanganku sampai mereka bangun. Ketika fajar menyingsing, mereka pun bangun, dan kuberikan minuman itu kepada mereka. Ya Allah, kalau aku melakukan hal itu kerana baktiku padaMu dan untuk mendapatkan keredhaanMu, maka selamatkanlah kami dari bencana ini.’ Maka batu besar itu bergerak sedikit, tetapi mereka belum boleh keluar.’ Rasulullah melanjutkan kisahnya dengan mantap : ‘Orang yang kedua pun berkata : ‘Ya Allah, aku mempunyai anak saudara perempuan yang sangat ku cintai. Ketika dia memerlukan wang sebanyak seratus dua puluh dinar, aku meminta imbalan supaya diberikan kesempatan untuk dilayani olehnya. Kerana memerlukan wang, maka dia pun datang
Kandungan
386
Hakikat Tawassul dan Wasilah
menyerahkan dirinya kepadaku. Tatkala aku hendak melakukannya, dia berkata : ‘Engkau tidak berhak melakukan hal itu melainkan dengan hakNya.’ Dengan penuh kesedaran, aku menahan diri dari kehinaan itu. Maka kutinggalkan dia, padahal dia adalah wanita yang paling ku cintai, dan wang itu kuberikan kepadanya. Ya Allah, kalau aku melakukan hal itu kerana mencari keredhaan dan rahmatMu, selamatkanlah kami dari kesulitan ini.’ Batu itu bergerak sedikit lagi, tetapi mereka masih belum dapat keluar dari gua itu.’ Rasulullah melanjutkan kisahnya : ‘Maka orang yang ketiga berkata : ‘Ya Allah, aku pernah memanfaatkan tenaga orang lain dengan upah tertentu. Pada waktu pembayaran upah, semua pembantuku datang kecuali seorang yang menghilang begitu sahaja. Maka aku mengembangkan upahnya sehingga menjadi banyak. Selang beberapa waktu, orang itu datang dan berkata : ‘Wahai hamba Allah, berikanlah kepadaku upahku.’ Maka aku menjawab : ‘Seluruh upahmu terdiri dari unta, lembu, biri-biri dan budak itu.’ Dia berkata : ‘Wahai hamba Allah, janganlah memperolok-olok diriku.’ Aku menjawab : ‘Sungguh,aku tidak memperolok-olok dirimu.’ Maka dia mengambil semuanya tanpa meninggalkan satu pun. Ya Allah, kalau aku melakukan semua itu kerana mengharapkan Mu, maka selamatkanlah kami dari bencana ini.’ Batu itu bergerak sehingga terbuka jalan bagi mereka keluar dengan selamat.’ (Hadis riwayat Al-Bukhari dalam kitab Al-Ijarah, dan Muslim dalam kitab Az Zikir) Ada juga kisah tentang seekor lembu yang berbicara dengan tuannya. Ini merupakan hadis yang sahih. Kisahnya adalah seperti berikut : Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya: Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Seseorang menunggu seekor lembu yang sudah dimuati beban, lalu si lembu itu tibatiba berkata : ‘Sesungguhnya aku tidak diciptakan untuk ini, aku hanya diciptakan untuk pertanian.’ Maka berkatalah orangorang : ‘Subhanallah! Lembu ini berkata-kata?!’ Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam kemudian bersabda : ‘Aku percaya akan hal itu, begitu pula Abu Bakar dan ‘Umar.’ (Hadis riwayat Al-Bukhari dalam kitab Al-Ijarah, Muslim dalam kitab Fadhailus Shahabah, dan At Tarmizi dalam kitab Al Manakib)
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
387
Beralih kepada dalil-dalil yang berasal dari athar dari para sahabat, kita dapat menemui banyak hal tentang mereka yang dapat dikutip. Misalnya kisah Abu Bakar dan tamu-tamunya ketika makan bersama. Setelah makan, makanan tersebut menjadi lebih banyak daripada awalnya. Hadis tentang kisah ini sahih, dikeluarkan oleh Al Bukhari di dalam Sahihnya dengan lafaz seperti berikut : Abu Bakar sedang menerima banyak tetamu di rumahnya. Mereka juga dihidangkan makanan. Ketika dimakan, hidangan tersebut tumbuh dari bawah sampai mereka semua merasa kenyang. Maka bertanyalah Abu Bakar kepada isterinya : ‘Wahai saudari bani Firas, apa ini?’ Isterinya menjawab : ‘Wahai penyejuk mataku, makanan kita lebih banyak daripada saat sebelum mereka makan.’ Dan seterusnya hingga akhir kisah. Kisah lain ialah tentang ‘Umar Radiallahu‘anhu ketika dia berada di mimbar di Madinah, dan dapat melihat dari jarak satu bulan. Dia berseru : ‘Hai Sariyyah...., gunung!’ Sariyyah mendengar suara ‘Umar tersebut, lalu berlindung ke arah gunung. Mereka kemudian bertempur melawan musuh sampai mendapatkan kemenangan. Ada pula kisah ‘Uthman Radiallahu‘anhu bersama orang yang mendatanginya kemudian diberitahu tentang apa saja yang dilihatnya di jalan ketika melihat wanita-wanita asing. Sementara itu, ‘Ali bin Abi Thalib Radiallahu‘anhu pernah bercakap-cakap dengan orang-orang mati. Dikeluarkan oleh Al Baihaqi dari Sa’id bin Musayyab, katanya : ‘Kami masuk ke perkuburan Madinah bersama ‘Ali r.a., kemudian beliau berkata : ‘Wahai ahli kubur, assalamu’alaikum wa rahmatullah, berilah kami berita, atau kami yang membawa berita bagi kamu?’ Dikatakan : ‘Tiba-tiba kami mendengar suara : ‘Wa’alaikumsalam wa rahmatullah wa barakatuh. Wahai Amirul Mukminin, ceritakanlah apa yang terjadi sepeninggal kami.’ Jawab ‘Ali r.a. : ‘Isteri-isteri kamu sudah menikah lagi, harta benda kamu sudah dibahagi-bahagi, anak-anak kamu sudah menjadi yatim dan rumah-rumah yang kalian dirikan telah diduduki oleh musuh-musuh kamu. Itulah berita dari kami, lalu bagaimana pula berita kamu?’ Mayat-
Kandungan
388
Hakikat Tawassul dan Wasilah
mayat itu menjawab : ‘Kain-kain kafan kami telah menjadi compang-camping, perasaan telah hancur luluh, kulit-kulit telah tercabik-cabik, pipi-pipi telah cengkung, leher-leher penuh nanah dan belatung. Apa yang pernah kami lakukan di dunia, kami dapatinya di sini, apa yang kami tinggalkan, kami sesali, dan kami hidup dalam teka teki.’ Ada juga kisah tentang Khubaib r.a yang ditemukan makan anggur di luar musimnya. Dikeluarkan sebuah hadis sahih oleh Al Bukhari di dalam Shahihnya pada bab perang Ar Raji dengan lafaz seperti berikut : Dari Abu Hurairah r.a. : ‘Sesungguhnya Khubaib menjadi tawanan keluarga Al Harith di Makkah. Di dalam suatu kisah yang panjang, puteri Al Harith berkata : ‘Aku tidak pernah melihat tawanan sebaik Khubaib. Aku melihatnya makan anggur, padahal di Mekkah ketika itu tidak ada anggur yang berbuah, dan sesungguhnya dia dalam keadaan terbelenggu. Hal itu tidak lain adalah rezeki dari Allah yang dilimpahkan kepadanya.’ Lainnya adalah kisah tentang Sa’ad dan Sa’id r.a. yang masing-masing pernah mendoakan orang yang mendustakannya, kemudian doanya dikabulkan. Sebagaimana yang dikeluarkan oleh Al Bukhari dan Muslim di dalam Sahihnya : Pertama tentang Sa’ad bin Abi Waqasash r.a. Dikeluarkan oleh Al Syaikhani dan Al-Baihaqi dari jalan Abdul Malik bin Umair dari Jabir ra., katanya : ‘Ada penduduk Kufah yang mengadukan perihal Sa’ad bin Abi Waqqash r.a. kepada Umar. Maka dia mengirimkan utusan bersamanya untuk menyelidiki hal itu di Kufah. Utusan tersebut berkeliling ke masjid-masjid Kufah, tetapi tidak ada yang mengatakan sesuatu (tentang Sa’ad bin Abi Waqqash r.a.) kecuali kebaikan semata, sampai selesai satu masjid. Kemudian berkatalah seseorang yang bernama Abu Sa’adah : ‘Kalau ditanyakan kepada kami, sesungguhnya Sa’ad tidak adil bila membahagi dan tidak sama kalau memberi.’ Maka Sa’ad langsung berdoa : ‘Ya Allah, apabila dia berdusta, maka panjangkanlah usianya, panjangkanlah kemiskinannya dan jadikanlah dia umpan bagi fitnah-fitnah.’ Berkatalah Ibn Umar : ‘Maka aku melihat seseorang yang sudah tua renta, telah turun alis di atas matanya, kemiskinan
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
389
tampak jelas mewarnai keadaannya dan wanita-wanita jariyah di jalanan selalu memperolok-olokkannya.’ Apabila ditanyakan kepadanya : ‘Kenapa engkau ini?’ Dia menjawab : ‘Seorang tua bangka yang terkena fitnah gara-gara doa Sa’ad.’ Kisah kedua adalah tentang Sa’id bin Zaid r.a. Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya, Al Masaqah, dari Urwah bin Zubair r.a. : ‘Sesungguhnya Urwa binti Uwais menuduh Sa’id bin Zaid r.a. mengambil sesuatu dari tanah miliknya, sehingga dilaporkannya hal itu kepada Marwan bin Al Hakam. Maka Sa’id berkata : ‘Sesungguhnya aku tidak mengambil sesuatu dari tanahnya sesudah apa yang ku dengar dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.’ Marwan bertanya : ‘Apa yang engkau dengar dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam itu?’ Jawab Sa’id : ‘Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa mengambil sejengkal tanah secara zalim, dia akan dibelenggu sehingga tujuh petala bumi.’ Maka Marwan berkata : ‘Aku tidak akan meminta bukti darimu selepas ini.’ Selanjutnya Sa’id bin Zaid berdoa : ‘Ya Allah, bila wanita ini berdusta, maka butakanlah matanya dan binasakan dia di tanahnya.’ Dikatakan : ‘Maka dia tidak mati sampai buta matanya dan sewaktu berjalan-jalan di tanahnya, dia terperosok ke dalam sebuah lubang sehingga mati.’ Ada juga kisah Al ‘Ala’ bin Al Hadhrami ra. yang menyeberangi samudera dengan menunggang kudanya dan air boleh terpancut kerana doanya . Dikeluarkan oleh Ibnu Sa’id di dalam Ath Thabaqat dengan lafaz sebagai berikut : Abu Hurairah r.a. berkata : ‘Aku melihat dari diri Al ‘Ala’ bin Al Hadhrami tiga hal yang tidak akan hilang kekagumanku selamanya : ‘Aku melihatnya melintasi samudera di atas kudanya pada perang Darain. Pasukan datang dari Madinah dan hendak menuju ke Bahrain . Ketika tiba di Ad Dahna’, persediaan air mereka habis. Dia (Al ‘Ala’) lalu berdoa kepada Allah lantas menyemburlah bagi mereka air dari bawah pasir. Mereka pun minum sepuas-puasnya dan langsung berangkat. Kemudian seseorang terlupa membawa sebahagian barangnya sehingga dia kembali untuk mengambilnya. Ternyata dia tidak melihat ada air di situ. Aku ikut keluar bersamanya bergabung dengan pasukan Basrah, ketika kemudian Balyas
Kandungan
390
Hakikat Tawassul dan Wasilah
meninggal sedangkan kami tidak memiliki air. Maka Allah menampakkan mendung kepada kami lalu hujan turun sehingga kami boleh memandikan jenazahnya . Kami pun menggali lubang dengan pedang-pedang kami dan belum menguburkannya. Namun ketika kami kembali untuk menguburkannya, kami tidak menemukan tempat kuburnya.’ Berikutnya adalah kisah Khalid bin Al Walid r.a. yang meminum racun, sebagaimana dikeluarkan oleh Al Baihaqi, Abu Nu’aim, Ath Thabrani dan Ibn Sa’ad dengan sanad sahih. Lafaznya adalah sebagai berikut : Dikeluarkan oleh Al Baihaqi, Abu Nu’aim dan Ibn Sa’ad dengan sanad shahih dari Abu Safar, katanya : ‘Khalid bin Al Walid turun ke Al Hirah kemudian dikatakanlah kepadanya : ‘Waspadalah terhadap racun, jangan meminum pemberian orang-orang Ajam.’ Maka Khalid bin Al Walid berkata : ‘Bawa saja kemari. Diraihnya gelas minuman seraya mengucapkan ‘Bismillah’, lalu diminumnya dan ternyata tidak mengakibatkan suatu apa pun pada dirinya.’ (Hadis Riwayat Al-Baihaqi, Abu Nu’aim, Ath-Thabrani dan Ibn Sa’ad dengan sanad sahih. Peristiwa ini juga disebut oleh Ibn Hajar Al Asqalani dalam kitab Tahzibut Tahzib) Yang lain adalah mengenai Hamzah Al-Aslami r.a. yang jarijemarinya menyala di tengah malam gelap gelita. Dikeluarkan oleh Al-Bukhari di dalam At-Tarikh tentang Hamzah AlAslami, katanya : ‘Kami menyertai Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam perjalanan, kemudian kami terpisah di tengah malam yang sangat gelap. Tiba-tiba jari-jemariku menyala sehingga semua boleh bersatu kembali dan tidak ada yang terpisah, sedangkan jari-jariku terus menyala.’ ( Dari kitab Tahzibut Tahzib oleh Ibnu Hajar) Selanjutnya adalah kisah tentang Ummu Aiman dan bagaimana dia kehausan sewaktu dalam perjalanan hijrahnya, kemudian turunlah setimba air dari langit sehingga dia boleh minum. Berkatalah Uthman bin Qasim : ‘Keluarlah Ummu Aiman untuk berhijrah kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Dia pergi dari Mekah ke Madinah dengan berjalan kaki tanpa membawa apapun, padahal dia sedang berpuasa pada
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
391
hari yang sangat panas. Dia merasa dahaga yang amat sangat hingga terasa hampir mati kehausan sewaktu sampai di Al Rauha’ atau dekat situ. Tatkala matahari terbenam, dia berkata: ‘Lalu aku merasa ada sesuatu di atas kepalaku sehingga aku menengadah. Ternyata ada sebuah timba dari langit yang tergantung pada seutas tali berwarna putih. Timba itu terus dekat sampai aku boleh mencapainya. Maka aku pun mengambilnya kemudian meminum airnya sampai puas.’ Katanya lagi : ‘Maka pada hari yang panas itu aku berjalan di bawah sinar matahari sehingga kehausan, kemudian tidak pernah lagi terasa haus sesudahnya.’ (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim di dalam Al-Hilyah) Salah seorang sahabat pernah mendengar bacaan surah Al Mulk dari dalam kubur setelah tanpa sengaja memasang khemah di atasnya. Dikeluarkan oleh At-Tirmizi dari Ibnu Abbas r.a., katanya : ‘Salah satu sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam telah memasang khemah di atas kuburan tanpa mengira bahawa tempat itu adalah kuburan. Kemudian dari kubur tersebut terdengar seseorang membaca surah ‘Tabarakallazi biyadihil mulku’ sampai selesai. Maka dia melaporkan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata : ‘Wahai Rasulullah, saya memasang khemahku di atas kuburan, sedangkan aku tidak tahu bahawa tempat itu adalah kuburan. Tiba-tiba dari dalamnya terdengar seseorang membaca surah ‘Tabarakallazi biyadihil mulku’ sampai habis. Maka bersabda Rasulullah : ‘Itu adalah perisai. Itu adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari siksa kubur.’ (Hadis Riwayat At-Tirmizi dalam kitab Fadhailul Quran, dan dikatakan sebagai hadis hasan gharib) Kisah lain adalah tentang bertasbihnya sebuah mangkuk besar yang digunakan untuk makan oleh Salman Al-Farisi dan Abu Darda’, dan kedua orang tersebut boleh mendengar tasbihnya. Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu’aim dari Qais yang berkata : ‘Sewaktu Abu Darda’ dan Salman makan dari sebuah mangkuk besar, keduanya mendengar tasbih dari mangkuk besar itu berserta seluruh isinya.’ Dari Muhammad bin Al Munkadir dari Safinah, maula Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, katanya : ‘Aku sedang
Kandungan
392
Hakikat Tawassul dan Wasilah
mengharungi samudera kemudian kapal yang ku tumpangi pecah berantakan. Aku lalu berpegangan pada selembar papan pecahan kapal tersebut dan akhirnya terdampar di sebuah hutan yang banyak dihuni singa. Seekor darinya datang untuk memakanku, kemudian aku berkata : ‘Wahai Abu Al-Harith, aku adalah maula Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.’ Maka dia menundukkan kepalanya hingga menghampiriku. Dia mendorongku dengan bahunya sampai aku berjaya keluar dari hutan itu, dan meletakkanku di jalan. Dia kemudian meraung, ku kira sebagai tanda minta diri kepadaku. Maka itulah akhir pertemuanku dengannya.’ (Hadis riwayat Al-Hakim dalam Al Mustadrak, dikatakan sahih atas syarah Muslim; dan Abu Nu’aim dalam Al Hilyah). Safinah nama sebenarnya adalah Qais bin Farj, sedangkan jolokannya adalah Abu ‘Abdur Rahman. Demikianlah beberapa paparan tentang karamah para sahabat Rasullullah dan tabi’in. karamah itu terus berlanjutan pada generasi tabi’it tabi’in sampai dewasa ini, sehingga terlalu banyak untuk dihitung dan sulit untuk dihimpun. Berkatalah At Tajus Subki di dalam Ath-Thabaqatul Kubra : ‘Karamah itu bermacam-macam jenisnya, seperti : menghidupkan orang mati, berbicara dengan mayat, berjalan di permukaan air, terbaliknya mata, bergesernya tanah, berbicaranya binatang dan benda-benda mati, menyembuhkan sakit, menjinakkan binatang, terlipatnya waktu, tersebarnya waktu, membisunya lisan, dan sebagainya, sampai dihitung ada dua puluh lima macam. Bagi setiap jenis karamah tersebut disertai dengan contoh dan kisah yag berlaku pada para ulama dan syeikh-syeikh sufiyyah.’ Berbagai ulama telah menyusun berjilid-jilid buku yang menerangkan tentang tokoh-tokoh imam mereka beserta karamah yang dimiliki. Antara lain adalah seperti berikut : Fakhruddin Al-Razi dalam Tafsirnya tentang surah Al Kahfi: ‘Yang menunjukkan tentang sifat harus dari karamah para wali adalah Al Quranul Karim, akhbar, athar serta ma’qul (diterima akal).’ Abu Bakar Al-Baqilani, Imam Al-Haramain, Abu Bakar AlFurak, Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali, Nasiruddin Al-
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
393
Baidhawi, Hafizhuddin An Nisfi, Tajuddin As-Subki, Abu Bakar Al-Asy’ari, Abul Qasim Al-Qusyairi, An-Nawawi, Yusuf AnNabhani dan ulama muhaqqin yang tak mampu dihitung. Dengan demikian, hal itu menjadi ilmu yang kukuh, yang tidak mendatangkan keraguan atau syubhat serta tidak menimbulkan tuduhan dan buruk sangka. Terkadang orang bertanya : ‘Mengapakah karamah sahabat lebih sedikit bilangannya daripada karamah para wali yang hidup sesudahnya?’ Salah satu jawapan dari Tajuddin As-Subki di dalam Ath Thabaqatul Kubra, seperti berikut : ‘Jawapan bagi pertanyaan ini boleh diceduk dari Imam yang terhormat, Ahmad bin Hanbal r.a., tatkala diajukan kepadanya soalan seperti ini menjawab : ‘Para sahabat itu sangat kuat imannya sehingga tidak memerlukan tambahan-tambahan karamah yang meyertainya. Adapun iman generasi-generasi sesudahnya kian lemah sampai tidak mampu mencapainya kecuali setelah menyaksikan berbagai karamah.’ Dalam pada itu, hikmah dari terjadinya karamah atas diri para wali adalah sebagai kebijaksanaan Allah untuk menghargai kekasih-kekasihNya dan wali-waliNya dengan berbagai keanehan yang luar biasa. Ini menjadi penghargaan atas iman mereka dan keikhlasan mereka, untuk mengukuhkan jihad dan pembelaan mereka terhadap agama Allah, sekaligus menunjukkan kekuasaan dan kemampuan Allah, sehingga bertambahlah iman manusia kerananya. Perlu dijelaskan bahawa kebiasaan dan hukum alam merupakan ciptaan dan takdir Allah. Sebab-sebab itu tidaklah mempengaruhi secara pribadi, tetapi Allah menciptakan akibat dari sebab-sebab yang tidak biasa. Demikianlah mazhab ahlus sunah wal jamaah. Seseorang yang menentang hal ini mengatakan bahawa dukungan Allah, kebenaran dan penyebaran agama Allah tidaklah terjadi akibat adanya hal-hal yang luar biasa, melainkan kerana adanya dalil-dalil yang logik dan bukti-bukti yang diterima akal.
Kandungan
394
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Maka kita boleh mengatakan kepadanya : Benar, agama ini beserta ajaran-ajarannya perlu didukung oleh akal yang bersih, logik yang benar serta dalil yang kukuh. Meskipun demikian, fanatisme dan kesombongan manusia perlu ditekan dengan cara membakar adat kebiasaan dengan karamah. Sama halnya dengan perlunya hikmah Allah untuk mengukuhkan Nabi-Nabi dan Rasul-RasulNya dengan mukjizat. Tujuannya adalah untuk membuktikan kejujuran mereka sebagai salah satu bentuk dukungan bagi dakwah mereka. Dengan demikian boleh membuka akal dan nurani agar keluar dari kematiannya dan terbebas dari fanatismenya, kemudian berfikir dengan akal budi yang jernih lagi lurus, sehingga sampailah manusia kepada darjat iman yang tinggi dan keyakinan yang kukuh. Dari sini dapat diketahui bahawa karamah tidak terjadi kecuali pada diri wali, sedangkan karamah bagi wali adalah mukjizat bagi Nabi. Maka para wali yang mendapat kurniaan agung dan diutamakan dengan sifat-sifat yang elok ini tidaklah jauh dari kita, meski pun mereka tidak menolak untuk menampakkan karamah yang tidak diingkari oleh syariat dan kelihatan kepada makhluk-makhluk Allah secara halus. Dia akan menjawab apabila dipanggil, dan akan memberi apabila dimintai. Dia tidak menghalangi penzahiran karamah dari kebanyakan wali yang mampu memotong jarak yang jauh dan memiliki penglihatan-penglihatan batin yang tepat. Mereka pun biasanya mampu mengalahkan manusia yang didukung oleh kekuatan syaitan dan iblis-iblis yang merupakan dosa besar. Tidak hairanlah, sebab mereka adalah orang-orang yang mustajab doanya. Allah tidak menolak permohonan mereka untuk mengurniakan kemampuan menempuh jarak yang jauh, yang biasanya dicapai setelah berjalan berbulan-bulan, dalam waktu yang singkat. Dia Maha Kuasa lagi Maha Perkasa. Apa yang dikehendaiNya pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan terjadi. Hinggakan Allah mengabulkan doa para waliNya yang mengajukan permohonan kepadaNya, boleh dikatakan : ‘Orang-orang ini didahulukan oleh Allah untuk memperoleh keutamaan-keutamaan tertentu. Tidak ada yang boleh menyamai sesuatu yang didapatkan oleh mereka.’
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
395
Dengan membaca kitab-kitab seperti Al-Hilyah tulisan Abi Nu’aim, Shifatush Shafwah karangan Ibnul Jauzi, serta kitabkitab Ath Thabaqat lainnya, nescaya anda akan mengetahui kebenaran hal-hal yang saya jelaskan.
‘Kepada setiap golongan kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).’ (Al Isra’ : 20)
Karamah yang terjadi pada diri para sahabat sukar untuk dihitung. Seandainya tidak ada di antara mereka kecuali terkabulnya seruan dan doa-doa mereka saja sudah cukup. Ijabah doa itu sendiri sudah merupakan karamah paling besar yang dianugerahkan Allah. Betapa tidak, mereka boleh berdoa untuk memohon apa saja yang dikehendaki, dan Allah akan sentiasa mengabulkannya, baik dalam masalah yang besar atau yang kecil, yang baik maupun yang buruk. Di dalam kitab-kitab Hadis dan Sirah boleh ditemui banyak kisah tentang kebaikan yang utama dan cerita tentang para waliyullah yang soleh di antara umat-umat para Nabi terdahulu. Kita boleh mengutipnya dari Nabi kita Sallallahu ‘alaihi wasallam, sebagaimana yang dikisahkan oleh Taurat, Injil dan Zabur tentang nubuwwah Nabi-Nabi Bani Israil. Walhasil, Allah mempersilakan hamba-hambaNya untuk mengajukan permohonan, sedangkan kehendak dan kurnia berada di tanganNya. Orang yang dikehendaki akan diberiNya, dan yang tidak dikehendaki tidak akan diberiNya. Dalam hal ini, kita tidak boleh mengingkari kecuali hal-hal yang diingkari oleh syariat yang suci. Apa-apa yang bertentangan dengannya itulah yang kita tolak. Menghindarkan diri dari apa yang diberikan Allah kepada sebahagian hambaNya merupakan masalah yang besar. Allah mengurniakan kepada hamba-hambaNya tambahan kekuatan,
Kandungan
396
Hakikat Tawassul dan Wasilah
keutamaan yang banyak, dan pemberian-pemberian yang baik, yang diperhitungkan berdasarkan prinsip keadilan. Banyak kita jumpai, seseorang penakut tidak boleh menerima cerita-cerita tentang para pahlawan yang gagah berani melawan orang-orang yang kejam. Cerita-cerita seperti itu menyesakkan dadanya, dan dia akan menganggapnya perbualan kosong belaka. Penyebabnya tidak lain adalah kerana jiwa orang penakut memiliki tahap keberanian pada tingkat tertentu, sehingga dia tidak boleh menerima hal-hal yang berada jauh di atas tahap dirinya tersebut. Demikian pula orang kikir yang kepadanya dikisahkan tentang orang-orang dermawan yang tidak sayang untuk menabur kebajikan dan menghambur-hamburkan hartanya bagi orang lain. Dia akan menganggap kisah semacam itu sebagai dongeng belaka yang menumbuhkan angan-angan kosong bagi para penganggur. Untuk mendapatkan pemahaman yang benar, orang-orang ini perlu banyak belajar dari tokoh-tokoh ulama tentang berbagai ilmu, sehingga wawasannya menjadi luas dan pemahamannya menjadi benar sebagaimana seharusnya. Maka kurniaan Allah atas hambaNya bukan ditujukan untuk menjauhkan orang-orang yang menjauh, atau menimbulkan keraguan terhadap orang yang meragukan. Allah telah mengurniakan sebahagian hambanya dengan nubuwat, memilihnya untuk mengembangkan risalahNya, dan menjadikannya perantara antara dia dengan hamba-hambaNya. Allah juga mengurniai sebagian hambaNya dengan kekuasaan meskipun mereka tidak memohon kekuasaan itu kepadaNya, dan memilih mereka dari antara orang-orang yang tidak berasal dari keturunan yang mulia dan agung. Maka sebaiknya anda tidak memuliakan manusia berdasarkan keadaan-keadaan yang ditentukan oleh akal, tetapi beralih kepada kepelbagaian ragam makhlukNya. Sebab, ambillah contoh, keberanian yang dimiliki oleh seekor harimau atau singa tidak sebanding dengan Bani Adam dalam jumlah yang banyak. Ini merupakan kurnia dari Allah. Begitu banyak binatang yang memiliki keistimewaan yang khusus. Ada yang bertubuh banyak, ada yang bertubuh indah, ada yang boleh
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
397
terbang meniti angin, ada yang berjalan di air, ada pula yang memerlukan alunan gelombang. Berapa banyak kurnia yang boleh dihitung dari Maharaja Yang Maha Pemurah, Maha Kuasa KemampuanNya, lagi Maha Suci. Alangkah agungnya perbuatanNya, alangkah mulia kekuasaanNya, dan alangkah indahnya kebajikanNya. Ini merupakan tentangan untuk mendekatkan apa yang dikurniakan Allah atas hamba-hambaNya yang jujur dan ikhlas kepada otak-otak yang beku dan tabiat yang rendah, sehingga menggoncangkan keingkaran. Sesungguhnya Tuhanmu menciptakan apa yang diinginkan dan dipilihNya. Apabila kita lihat apa yang diberikan olah Allah kepada para sahabat tidak berbeza sedikit pun dari apa yang diberikan oleh Allah kepada para waliNya. Hal itu sulit dibatasi kerana banyaknya. Saya telah mengajukan tanda-tanda karamah mereka dan kita ingat sekarang sebahagian dari keseluruhan karamah mereka. Di antaranya ialah yang terjadi pada Usaid bin Hudhair r.a tatkala membaca surah Al Kahfi, kemudian turunlah kepadanya sakinah dari langit yang wujud seperti payung yang didalamnya seperti lampu-lampu, yang sebenarnya adalah para malaikat. Ketika dia mengutarakan hal itu kepada Rasulullah, Baginda menjawab: ‘Seandainya engkau melanjutkan bacaanmu, maka sakinah itu berhenti dan tinggal bersamamu.’ Para malaikat selalu mengirim salam kepada ‘Imran bin Husain. Sedangkan Salman Al-Farisi dan Abu Darda’ pernah makan dengan sebuah mangkuk, kemudian mendengar tasbih dari mangkok tersebut. Adapun ‘Ubbad bin Bisyr pernah keluar bersama Usaid bin Hudhair dari tempat Rasulullah di tengah kegelapan malam, kemudian hujung cemetinya bercahaya menyinari mereka. Ketika keduanya berpisah, maka berpisah pula cahaya itu dari mereka. As-Siddiq r.a. pernah makan bersama para tamunya dari sebuah talam. Setiap kali mereka makan sesuap, maka tumbuhlah makanan baru dari bawahnya dalam jumlah yang lebih banyak, sehingga mereka boleh sampai kenyang, sementara isi talam tersebut lebih banyak dari semula. Sementara itu, Khubaib bin ‘Adi r.a. tatkala berada dalam tawanan kaum musyrikin boleh
Kandungan
398
Hakikat Tawassul dan Wasilah
memakan anggur, padahal pada saat itu bukan musim anggur. Setelah gugur, jasad ‘Amir bin Fuhairah dijaga oleh burung-burung yang ganas, sehingga kaum musyrikin tidak berani mendekat. Pada akhirnya, jasadnya lenyap ditelan banjir. Ummu Aiman berpergian dalam keadaan puasa dan tidak punya makanan atau pun minuman. Di tengah perjalanan, dia diserang dahaga sampai setengah mati. Ketika waktu berbuka tiba, dirasakannya ada sesuatu di atas kepalanya. Ternyata ada setimba air tergantung dari langit. Dia pun minum sepuasnya, dan sejak saat itu dia tidak pernah terasa haus. Ada pula cerita tentang Safinah, pembantu Rasulullah, yang berkata-kata kepada singa yang akan menerkamnya. Dia mengaku sebagai pembantu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian singa itu memandunya sampai menemukan tempat yang aman di dalam hutan tersebut. Al Barra’ bin Malik bila bersumpah selalu dikabulkan oleh Allah. Maka apabila perang berkobar sedangkan pasukan Muslimin terdesak, mereka akan berkata : ‘Wahai Barra’, berdoalah kepada Tuhanmu.’ Lalu dia berdoa : ‘Aku memohon kepadaMu ya Allah, agar engkau memberi kami kemenangan, dan jadikanlah aku sebagai syahid yang pertama.’ Ternyata pasukan Muslimin berhasil memenangkan pertempuran, sedangkan Al Barra’ menemui syahidnya.’ Khalid bin Al Walid pernah mengepung salah satu benteng, kemudian penghuni benteng itu berkata : ‘Kami tidak akan masuk Islam sebelum engkau meminum racun ini.’ Maka racun itu diminumnya dan ternyata tidak menimbulkan mudharat baginya. ‘Umar bin Al Khattab pernah mengirimkan pasukan Sariyah. Ketika pasukan melalui lereng gunung, ‘Umar yang saat itu berkhutbah berteriak dari atas mimbar : ‘Hai Sariyah,…gunung?! Hai Sariyah,…gunung?!’ Ketika utusan pasukan tersebut datang dan ditanyai oleh ‘Umar, dia menjawab : ‘Wahai Amirul Mukminin, kami didesak oleh musuh dan mereka nyaris menghancurkan pasukan kami, ketika kami mendengar sesuatu suara : ‘Hai Sariyah,…gunung?! Hai Sariyah,…gunung?!’ Maka
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
399
kami berlindung di gunung itu sehingga berhasil mengalahkan mereka.’ Seorang sahabat wanita pernah disiksa sampai buta, lalu orang-orang musyrik berkata : ‘Dia terkena sumpah Latta dan ‘Uzza.’ Sahabat wanita itu menjawab : ‘Tidak demi Allah.’ Tibatiba matanya kembali sihat seperti sedia kala. Sa’ad bin Abi Waqqash mustajab doanya, setiap kali berdoa selalu dikabulkan Allah. Begitu pula Sa’id bin Zaid yang mendoakan seorang wanita yang menuduhnya curang : ‘Ya Allah, apabila dia berdusta, maka butakanlah matanya, dan matikanlah dia di tanah miliknya.’ Ternyata wanita itu menjadi buta dan mati setelah terperosok di tanah miliknya. Doa Al ‘Ala’ bin Al Hadrami kepada Allah agar diberi air untuk minum dan berwudhu (ketika kehabisan air) dan tidak bersisa terkabul. Kemudian dia juga berdoa agar boleh menyeberangi lereng laut. Ternyata mereka boleh menunggang kuda melintasi permukaan air. Dia juga berdoa kepada Allah agar tidak diketahui jasadnya apabila mati. Dan benarlah, jasadnya tidak ditemukan di dalam liang lahadnya. Para tabi’in juga memiliki karamah yang terkenal di dalam kitab-kitab tentang hal ini. Ada seorang tabi’i yang dicampak ke dalam api, kemudian tenyata berdiri untuk menegakkan solat di dalamnya. Dia adalah Abu Muslim Al Khaulani. Ketika dia datang di Madinah, Abu Bakar berkata : ‘Segala puji bagi Allah yang tidak mematikan aku sebelum aku melihat salah satu umat Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam yang diperlakukan sebagaimana Nabi ‘Ibrahim a.s.’ Dia pun pernah mendoakan seorang wanita durhaka yang mengganggu isterinya, sehingga wanita itu menjadi buta. Setelah wanita tersebut bertaubat, maka dia mendoakan lagi supaya penglihatannya dikembalikan. Ada seorang yang meletakkan kakinya di leher singa sehingga kafilah-kafilah boleh lalu tanpa terhalang olehnya. Dia adalah ‘Amir bin Qais. Ada pula orang yang kudanya tewas dalam peperangan, kemudian dia berdoa : ‘Ya Allah, jangan jadikan aku di atas
Kandungan
400
Hakikat Tawassul dan Wasilah
makhluk selain dia.’ Kemudian kuda itu dihidupkan kembali oleh Allah. Sesampainya di rumah, orang itu berkata pada puteranya : ‘Hai anakku, lepaskanlah kuda ini, kerana ia adalah titipan.’ Lalu dia melepaskan kuda itu dan tak lama kemudian kuda itu mati. (Pemilik kuda itu adalah Silah bin Ash Shiyam). Sa’id bin Musayyab ketika sedang menyendiri di masjid pada hari Al Hurrah telah mendengar suara azan dari kubur Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. ‘Umar bin ‘Utbah bin Farqad solat pada hari yang sangat panas, kemudian dinaungi awan. Mathraf bin ‘Abdullah Asy Syakir apabila masuk ke rumahnya, maka ikut bertasbihlah semua perabut yang berada di dalamnya. Tatkala Al Ahnaf bin Qais wafat, topi seseorang terjatuh di atas kuburnya. Ketika turun untuk mengambilnya, orang itu melihat kubur Al Ahnaf meluas sampai sejauh mata memandang. Sewaktu Uwais Al Qarni wafat, ditemukanlah kafan yang tidak pernah ia miliki sebelumnya dan liang lahat yang sudah digali di dalam batuan gunung. Maka dia dikafani dengan kain itu dan dimasukkan ke dalam liang lahat yang telah tersedia. Ibrahim At-Taimi pernah tinggal satu dua bulan tanpa makanan. Akhirnya dia keluar untuk mencari makan bagi keluarganya, tetapi tidak berhasil menemukannya. Kemudian diambilnya segenggam tanah merah dan dibawanya pulang kepada keluarganya. Ternyata tanah itu berubah menjadi tepung merah, dan apabila ditanam akan tumbuh tangkai-tangkai dan cabang-cabang yang dipenuhi dengan butir-butir gandum. Walhasil, yang digolongkan sebagai wali adalah orang yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-RasulNya, dan qadar yang baik mahu pun yang buruk, istiqamah dalam menjalankan apa yang diwajibkan oleh Allah serta meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah, dan memperbanyak ketaatannya. Orang seperti itu sudah digolongkan sebagai waliyullah. Sedangkan karamah yang tampak pada dirinya yang tidak melanggar syariat merupakan pemberian dari Allah. Seorang Muslim tidak boleh ingkar akan hal itu. Orang yang memiliki sifat-sifat yang sebaliknya bukan termasuk wali-wali Allah, dan bukan wilayah Rahmaniyah, melainkan wali-wali syaitan, dan karamahnya merupakan
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
401
perhiasan syaitan atasnya dan atas orang-orang lain. Hal seperti ini tidak aneh dan tidak perlu diingkari. Nyatanya ramai manusia yang menjadi orang upahan jin atau yang lain, kemudian makhluk-makhluk halus tersebut membantunya mendapatkan apa yang diinginkan, termasuk hal-hal yang diharamkan. Telah saya katakan bahawa sesuatu yang tidak akan rosak dan neraca yang jujur adalah neraca Al-Kitab dan Sunnah. Barangsiapa mengikuti keduanya dan menyandarkan diri kepadanya, maka karamah dan semua hal ehwalnya berada di bawah naungan Rahmaniyyah. Sedangkan orang yang tidak berpegang kepada keduanya dan tidak berdiri di dalam batasbatasnya, maka hal ehwalnya adalah syaithaniyyah. Apabila diketahui bahawa seorang wali harus menjadi teladan dalam perkataan maupun perbuatan berdasarkan Al-Kitab dan Sunnah, maka akan tampaklah kebenaran dan kebathilan. Jadi, barangsiapa melihat sesuatu yang berbeza dari itu, hendaknya dia mengembalikannya pada Allah. Tidak boleh seseorang meyakini bahawa ia adalah wali Allah, sebab hal-hal semacam ini terkadang merupakan perbuatan syaitan. Kita boleh melihatnya pada orang-orang yang memelihara jin. Dia membawa sesuatu yang disangkanya karamah, tapi pada hakikatnya adalah rayuan iblis. Kejadian semacam ini dapat juga dilihat pada ahli bid’ah dari golongan yang kufur dan meninggalkan fardhu-fardhu Allah serta menodai dirinya dengan maksiat, sebab syaitan lebih condong menyertai mereka untuk menentang Allah dalam apa-apa yang disyariatkan Allah kepada hamba-hambaNya. Adakalanya seseorang melakukan sesuatu yang disangkanya sebagai karamah dari ahli riyadhah. Dia mengurangi makan dan minum sehingga tidak sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang. Ada pula orang-orang yang tidak makan kecuali pada hari-hari tertentu. Dari semua yang dilakukan itu, dia lalu mengetahui hal-hal yang tidak diketahui oleh orang lain. Sesungguhnya bukan yang seperti ini yang disebut karamah, meskipun karamah Ilahiyah juga tidak muncul dari musuh-musuh Allah. Bahkan ada pula yang menyangka bahawa sebahagian orang gila itu memiliki karamah. Dasar pemikirannya adalah
Kandungan
402
Hakikat Tawassul dan Wasilah
para wali itu mungkin menyamar sebagai orang gila dan mengelabui orang-orang yang berakal. Hingga pada akhirnya terbukalah kebenaran bahawa ternyata apa yang mereka lakukan justeru berlumur najis, padahal orang-orang menyangka bahawa mereka termasuk wali-wali Allah. Ini adalah sangkaan yang benar-benar bathil. Mereka pada hakikatnya bukan wali Allah dan bukan pula musuhNya.
KARAMAH PARA WALI SETELAH WAFATNYA Kita telah berbicara tentang karamah para wali beserta dalildalil pensyariatannya. Dalilnya telah jelas, tentang karamah itu boleh terjadi, baik dalil dari Kitab mahupun Sunnah yang didokong oleh athar umat yang terdahulu dari para sahabat, tabi’it tabi’in dan seterusnya. Pada akhirnya kita dapat mengatakan bahawa karamah para wali boleh terjadi setelah wafat dan tidak khusus sewaktu hidupnya sahaja. Dalilnya adalah bahawa karamah setelah mati adalah hal yang mungkin terjadi dan kerana semua hal yang mungkin itu boleh terjadi, maka karamah setelah mati boleh terjadi. Walaupun kita berbicara tentang tidak adanya kemungkinan terjadinya karamah, perlu diingat bahawa kedudukan si wali adalah sebagai makhluk Allah, sehingga kemampuankemampuan yang ditunjukkannya hanya boleh terjadi dengan kekuasaan Allah. Tidak dikatakan karamah-karamah itu tidak harus terjadi. Untuk itu apakah dalil tentang terjadinya ? Saya boleh memberi contoh dalil atas terjadinya karamah adalah seperti yang dikutip oleh Al Hafizh Al Munziri dari Ibn Abbas r.a katanya: ‘Seorang sahabat mendirikan khemah di atas kubur tanpa mengetahui bahawa tempat itu adalah kubur. Tibatiba terdengarlah dari salah satu kubur bacaan surah Al Mulk dari awal hingga akhir. Maka sahabat tersebut datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan melaporkannya : ‘Wahai Rasulullah, aku telah mendirikan khemah di atas kubur tanpa mengetahui bahawa tempat itu adalah kubur. Ternyata dari
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
403
kubur tersebut terdengar seseorang yang membaca surah Al Mulk sampai selesai.’ Rasulullah menjawab : ‘Itu adalah perisai dan itu adalah pengaman dari siksa kubur.’ (Hadis riwayat At Tarmizi di dalam Sunannya, Al Hafizh Al Munziri dalam kitab At Tarhib, Al Hakim dalam kitab Al Mustadrak ) Dengan demikian, dalil atas terjadinya karamah setelah mati diakui oleh Rasulullah sebab Baginda mengakui adanya mayat yang membaca surah Al Mulk dan bersabda : ‘Itu adalah perisai dan itu adalah pengaman dari siksa kubur.’ Pengakuan Rasulullah adalah dalil syar’i yang dikukuhkan dengan hukumhukum sebagaimana menetapkan kitab ushul dalam tempatnya. Tidak ada nas jelas yang mengatakan bahawa karamah akan terputus oleh kematian dan hanya dikhususkan untuk orang yang masih hidup, kerana dunia bagi semua makhluk memiliki pokok dan tujuan sebelum daarul akhirah, maka yang dimaksudkan dengan dunia dalam perbicaraan ini adalah apa yang menuju kepada akhirat dan hal itu adalah setelah kebangkitan dari kubur bukan sebelumnya, meliputi apa yang terjadi setelah kematian hingga saat kebangkitan. Selanjutnya Ibn Qayyim mengutip dari Abu Ya’la bahawa siksa kubur adalah termasuk dunia, kerana batasnya adalah sebelum kebangkitan dengan kiamat dan kita tidak boleh mengetahui berapa lama masa itu terjadi. Pendapat ini didukung oleh Al-Jalal dalam Syarah Ash Shudur, yang dikuatkan dengan apa yang dikeluarkan oleh Hanad bin As Siri di dalam perbahasan tentang kezuhudan para mujahid yang berbicara dengan orang-orang kafir. Seorang mujahid terbaring di kuburnya dan merasa tidur sehingga hari kiamat, maka ketika pagi menjelang (hari kebangkitan) bagi ahli kubur, berkatalah orang-orang kafir kepada ahli kubur : ‘Celaka! Siapa yang membangkitkan kita dari tidur kita?’
‘Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?’ (Yasin : 52)
Kandungan
404
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Sementara itu orang-orang Muslim dan orang-orang Mukmin berada disampingnya.
‘Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh RasulRasul.’ (Yasin : 52)
Di dalam kitab Al Mawahibul Ladunniyah terdapat hadis bersanad sahih tentang ‘Ikrimah maula Ibnu Abbas. Sesungguhnya dia bertanya tentang hari kiamat, apakah termasuk dunia atau akhirat, maka dijawab : ‘Sesetengahnya yang pertama termasuk dunia, iaitu yang terjadi atasnya putusan dan hisab dari dunia dan sesetengahnya yang kedua adalah akhirat iaitu jatuhnya keputusan untuk dikembalikan ke neraka atau syurga.’ Hari kiamat terjadi dengan hancurnya barzakh dan hukum yang berhubungkait tentang separuh yang pertama termasuk sebagian dari dunia. Dengan menghukumi barzakh sebagai sebahagian kedua dari dunia, bererti karamah para wali boleh terjadi walaupun mereka telah wafat, sebab mereka masih berada di dunia. Dengan demikian setelah ini tidak ada lagi penghalang untuk menolak penjelasan bahawa karamah terputus oleh kematian, khususnya darul jaza’ adalah tempat pemberian bagi semua orang Mukmin. Berkatalah As-Syeikh As-Samhudi : ‘Seharusnya muncul karamah bagi mereka setelah matinya, lebih utama daripada munculnya karamah pada masa hidupnya, sebab nafsu tetap bersih dari noda, cubaan dan lain-lain. Hal ini banyak terjadi kepada mereka setelah wafatnya. Maka jelaslah orang yang berhujah tentang putusnya karamah oleh kematian sampai dinisbahkan kepada Al Imam Abu Hanifah merupakan alasan yang batil.’ Al Imam Abu Hanifah sendiri memiliki karamah setelah wafatnya sebagaimana diriwayatkan oleh para Imam : ‘Ketika jenazah beliau diletakkan di dalam keranda, maka terdengar
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
405
suara panggilan : ‘Wahai orang yang bangun malam, yang suka beribadah, memperbanyakkan tahajjud, suka berpuasa, engkau dipersilakan oleh Allah menuju Darus Salam.’ Apabila jenazah diletakkan di liang lahat terdengar suara yang berkata :
‘Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan.’ (Al- Waaqiah :89)
Inilah dalil yang berkaitan dengan tidak terputusnya karamah kerana kematian dan apa yang berkaitan dengan perbuatan. Perbuatan para wali yang termasuk karamahnya pada masa hidupnya banyak ditemui di semua zaman .Tidak ada yang perlu diragukan di dalamnya. At Tajus Subki mengatakan bahawa perbuatan (karamah) para wali pada masa hidupnya dan setelah wafatnya hanya boleh terjadi dengan izin dan iradah Allah. Tidak ada sekutu bagiNya dalam iradahNya sewaktu menciptakan atau mengadakan sesuatu. Allah telah memberi kurnia kepada para wali sehingga mampu berbuat dan berkata-kata di luar kebiasaan. Adakalanya melalui ilham, adakalanya melalui mimpi, adakalanya melalui doa mereka, adakalanya melalui perbuatan dan ikhtiar mereka, adakalanya tanpa ikhtiar tanpa tujuan dan tanpa sengaja tanpa perasaan tetapi muncul dari seorang anak yang telah mumayyiz, adakalanya dengan bertawassul kepada Allah dengan perantaraan mereka baik pada masa hidup mereka mahupun setelah wafatnya. Itu semua termasuk kemampuan Ilahiyyah yang dikurniakan kepada mereka. Orang-orang tidaklah memohon kepada mereka sebelum wafatnya, sebab mereka tidak boleh menciptakan atau mengadakan pertolongan dan tidak pula bebas bertindak. Hal seperti ini tidak menjadi tujuan seorang Muslim dan tidak pula terfikir oleh seorang awam. Permohonan hanya ditujukan kepada Allah. Bagaimana mungkin kita mengkafirkan orang yang berpendapat bahawa karamah para wali berlaku pada masa hidup mereka mahupun setelah wafatnya sedangkan semua itu merujuk kepada kekuasaan Allah?
Kandungan
406
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Bagaimana mungkin hal itu masih dipertikaikan, padahal buku-buku jumhur Muslimin penuh dengan perbahasan tentangnya? Karamah itu boleh terjadi dan memang terjadi, tidak ada pembohongan di dalamnya dari semua segi. Karamah diberikan kerana dharurah (satu keperluan) tetapi dengan keutamaan iaitu dimaksudkan sebagai penghargaan bagi para wali Allah dari umat ini pada masa hidup mereka mahupun setelah wafatnya. Termasuk dalam hal ini adalah mukjizat Nabi s.a.w yang membuktikan kebenaran nubuwatnya serta kesyumulan syariatnya yang abadi setelah wafatnya. Tidak ada yang boleh menentang mukjizat tersebut mahupun menentang karamah pada setiap masa hingga hari kiamat. Kemudian muncullah orang-orang yang mengingkari karamah setelah kematian dan perbuatan yang dilakukan pada masa hidup dan setelah mati, baik mereka mempercayai adanya karamah para wali mahupun mendustakannya. Bagi orang-orang yang mendustakan karamah para wali kita tidak perlu membahaskannya, sebab dia telah mendustakan apa yang ditetapkan oleh Sunnah dengan dalil yang jelas. Sedangkan bagi orang yang mempercayainya kita boleh mengatakan bahawa karamah setelah mati mahupun tindakantindakan orang mati yang dilakukan seperti layaknya orang hidup, termasuk macam-macam karamah itu sendiri. Imam Ibn Hajar berkata : ‘Bukan hal yang menakjubkan apabila golongan Muktazilah mengingkari karamah sebab apa yang biasa mereka bicarakan lebih buruk dari itu. Mereka mengingkari banyak nas yang datang dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Namun amat menghairankan sekali bila Ahlus Sunnah juga mengingkari karamah. Nasib buruk akan menimpa mereka kerana mereka akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang celaka dan orang-orang yang binasa, mereka itu terbagi-bagi : Sebahagian dari mereka mengingkari golongan para syaikh sufiyah beserta pengikutnya. Sebahagian lagi hanya mempercayai karamah secara am. Apabila melihat seseorang yang memiliki salah satu tanda-tanda karamah mereka mengingkarinya.’
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
407
Al Hafiz Ibnu Hajar berkata pula : ‘Dengan membaca kitab Shafwatush Shafwah, kita mendapatkan ilmu tentang terjadinya karamah secara dharuri. Kita juga telah melihat karamah para wali yang masih hidup dan yang sudah wafat. Maka tidak ada yang mengingkarinya kecuali orang-orang yang hina yang rosak kepercayaannya atas wali Allah dan hambahambaNya yang istimewa. Semoga Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengizinkan kita mengambil manfaat dari mereka.’ Sa’adduddin At Taftazani berkata di dalam kitabnya, Syarhul Maqashid : ‘Menurut perhitungan, tampak bahawa karamah para wali hampir sama dengan mukjizat para Nabi. Tidak menghairankan bila para ahli bid’ah mengingkari hal tersebut sebab mereka tidak melihat hal itu terjadi pada diri mereka dan tidak pula mendengar dari para pemimpin mereka beserta ijtihadnya di dalam ibadah dan menjauhi keburukan padahal para wali Allah Subhanahu wa Ta‘ala berhak memiliki karamah. Maka orang-orang seperti itu perlu diberi tunjuk ajar supaya terbina kebersihan akidahnya, kesucian jiwanya dan mengikuti tariqah .’ Imam An-Nawawi berkata di dalam Syarah Muslim : ‘Karamah itu terkeluar dari adat kebiasaan tetapi hati manusia mampu membenarkannya.’ Imam Al Haramain berkata : ‘Penyakit yang biasa muncul di antara kita adalah menganggap hal-hal yang tidak sesuai dengan adat kebiasaan sebagai penampilan karamah, padahal sesungguhnya hal itu tidak lebih dari keanehan biasa yang jauh dari dakwah nubuwat.’ Benar, adakalanya sebahagian mukjizat ditolak oleh nas kerana seseorang tidak membawa sesuatu yang asas, misalnya seperti Al-Quran dan dia tidak menolak hukum bahawa semua mukjizat bagi Nabi boleh menjadi karamah bagi wali sebab menolak bererti menentang. Misalnya adalah Isra’ dan Mikraj yang dilakukan dengan jasad dan ruh yang mengandung hakikat yang diutamakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Karamah yang terkandung di dalamnya antara lain berita tentang hal-hal yang ghaib dan
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
408
kasyaf yang pada masa sekarang banyak sekali yang terbukti kebenarannya dan tidak ada orang yang menentangnya. Firman Allah s.w.t. :
‘Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, melainkan kepada para Rasul yang diredhaiNya.’ (Al Jin : 26-27)
Kerana pengertian ghaib itu tidak berlaku secara umum, maka kita boleh mengkhususkannya sebagai kiamat melalui petunjuk yang tampak yang dimaksudkan adalah bahawa petunjuk-petunjuk tersebut boleh dilihat oleh siapa sahaja dan tidak ada yang menolaknya. Firman Allah s.w.t. :
‘Katakanlah lagi : ‘Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!’ (An-Naml : 65)
Tidak ada yang menentang ilmu para wali kerana ia merupakan pemberian Allah bagi mereka. Kita mengetahuinya kerana mereka memberitahu kita dan hal itu lain dari ilmu Allah yang dimilikiNya sendiri dan sifat azali yang bersih dari kepalsuan untuk selamanya. Berbagai kejadian, perpaduannya, bahagian-bahagiannya, kekurangan mahupun kelebihannya, merupakan satu kesatuan ilmu. Para wali mengetahui setiap bahagian darinya kerana diberitahu oleh Allah. Oleh kerana itu kita tidak mengatakan bahawa mereka mengetahui hal-hal ghaib sebab mereka memang tidak memiliki sifat itu dalam ilmunya.
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
409
Mereka juga tidak mengatur melainkan hanya diberitahu. Mereka pun tidak mengetahui hal-hal ghaib sama sekali sebab pengetahuan akan hal tertentu diperolehi melalui malaikat atau seumpamanya. Jadi pemberitahuan Allah kepada para waliNya tentang halhal yang ghaib tersebut bukan suatu hal yang mustahil. Oleh kerana itu pengingkaran terhadapnya boleh dianggap sebagai penentangan. Semenjak awal kita tidak bermaksud menyekutukan Allah dalam ilmu yang merupakan kepunyaanNya sendiri. Kalau begitu maka Allah berkuasa memberitahu sebahagian waliNya atas sebahagian hal-hal yang ghaib. Masalah ini mungkin terjadi baik secara akal mahupun secara syar’i dan terjadi sebagaimana dikutip dari ulama fuqaha muhaddis dan usuliyyin dari golongan jumhur ahlul sunnah wal jamaah. Maka hal-hal yang ghaib itu merupakan sebahagian dari ketetapan karamah para wali yang merupakan hadiah dan kejadian yang keluar dari adat kebiasaan. Dalam hal ini tidak ada bezanya dengan mukjizat kecuali dalam soal penentangan dan dakwah nubuwat. Di antara salah satu berita ghaib itu adalah berita yang didapatkan oleh Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu‘anhu tatkala menderita sakit yang membawa kepada kematiannya, iaitu bahawa sepeninggalannya nanti dia akan mendapat kurnia seorang anak. Dari sini diketahui bahawa karamah bagi wali tidak dikaitkan dengan kesempurnaan hidup dan tidak terputus oleh maut. Lain dengan mukjizat bagi Nabi yang pada hakikatnya dianggap sebagai perpaduan dakwah nubuwat, yang diperlihatkan ketika ada perlawanan dari orang-orang yang menentangnya. Maka, keluarbiasaan yang muncul setelah wafatnya para Nabi adalah karamah bukan mukjizat. Namun orang yang mengatakan hal itu sebagai mukjizat masih boleh dimaafkan. Lain pula dengan karamah para wali yang tidak pernah dianggap sebagai dakwah wilayah (kewalian) dan tidak memiliki tujuan khusus diperlihatkannya karamah tersebut. Karamah
Kandungan
410
Hakikat Tawassul dan Wasilah
bukan merupakan hasil perbuatan dan ikhtiar hamba melainkan hasil perbuatan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sedangkan wali adalah perantara untuk menampilkan karamah tersebut. Dalam hal ini tidak ada bezanya apakah wali tersebut masih hidup ataupun sudah wafat. Bererti diri peribadi seorang wali tidak berperanan dalam hal ini. Allahlah yang menetapkan hajat melalui dirinya sebagaimana disebutkan dalam hadis yang dikeluarkan oleh Abu Nu’aim di dalam kitab Al Hilyah: ‘Sesungguhnya Allah berfirman : ‘Wahai Jibril, penuhilah keperluan hambaku.’ Sedangkan Al-Baghawi berkata : ‘Di dunia ini ada empat malaikat iaitu Jibril a.s., Mikail a.s., Malaikat Maut a.s. dan Israfil a.s. Mikail a.s. bertugas dalam soal rezeki, Jibril a.s. tugasnya mengatur angin dan pasukan, Malaikat Maut a.s. tugasnya mencabut roh dan Israfil a.s. menunggu perintah untuk diturunkan kepada mereka.’ Maka tindakan atas hamba-hambaNya dilakukan melalui utusan-utusan. Apabila Allah menerima puji-pujian itu adalah keutamaan bagiNya dan kalau yang dilakukan adalah kejahatan, Dia pun menurunkan siksa atasnya secara adil. Demikianlah hukum Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia. Dari sini saya melihat jalan yang luas untuk melawan mereka yang menolak dan menghalangi permohonan terhadap wali Allah. Mereka berpegang kepada sabda Rasulullah : ‘Apabila meminta, maka mintalah kepada Allah.’ Saya boleh mengatakan bahawa tidak ada hujah bagi mereka yang menghalangi hadis ini, justeru ia bergerak di antara kaum Muslimin agar mengajukan permohonan kepada kawannya pada had kemampuannya dalam perbuatan atau pun dalam perkataan. Atau di sini ada kesalahan dalam menempatkan hadis pada halhal yang sudah jelas keburukannya, seseorang tidak dibenarkan untuk meminta kepada selain Allah. Orang yang memahami hadis ini mengetahui maksud hadis ini agar seorang yang bodoh bertanya kepada seorang yang pandai. Seorang yang terkena musibah meminta tolong orang yang boleh menolongnya, seorang meminjam kepada orang yang
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
411
boleh memberi pinjaman, seorang meminta nasihat kepada orang yang boleh menasihati. Pemahaman yang pincang tentang hadis di atas akan menyebabkan semua yang kita sebutkan itu tidak benar. Padahal didalamnya termasuk permintaan sedekah orang papa kepada orang kaya, permintaan rakyat kepada pemerintah agar mengatasi masalah-masalahnya dan seterusnya. Hal-hal semacam itu tidak menyalahi pemahaman tentang hadis di atas. Hadis tersebut tidak lain adalah jawapan atas pertanyaan Ibn Abbas ketika sedang rindu untuk bertanya kepada Rasulullah. Beliau bersabda kepadanya : ‘Hai anak, mahukah ku ajarkan kepadamu kalimat yang bermanfaat bagimu untuk Allah?’ Tawaran mana yang lebih indah dari ini? Maka Ibn Abbas menjawab : ‘Tentu, ya Rasulullah.’ Kemudian Rasulullah menjawab dengan hadis di atas. Kalau mereka berkata penolakan itu hanya khusus bagi para Nabi dan orang-orang soleh dari ahli kubur di alam barzakh, dengan alasan mereka sudah mati sehingga tidak boleh mendengar atau tidak boleh melakukan apa-apa maka bacalah risalah, nescaya akan diketahui bahawa para wali Allah dan para Nabi itu hidup di alam barzakh. Kenyataan ini didokong oleh sunnah yang mutawatir, iaitu kaum Mukminin yang mati menjalani kehidupan barzakhiah, mereka mengetahui, mendengar, melihat dan mampu mendoakan. Pengaduan kepada mereka dari kezaliman orang yang zalim adakalanya menguntungkan. Bagi mereka ada tindakan yang dikehendaki dari Allah. Dengan ini terungkaplah bahawa maksud dari hadis tersebut bukanlah seperti yang digambarkan melainkan sebagai ancaman pada orang yang suka meminta-minta harta orang lain meskipun tidak ada hajat memujuk supaya bersikap qana’ah terhadap apa yang dipermudahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dari kebaikan walaupun sedikit dan menahan diri dari keperluan terhadap sesuatu yang ada di tangan orang lain. Dari sinilah difahami sabda Rasulullah s.a.w. :
Kandungan
412
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Apabila kamu (ingin) meminta pertolongan, maka mintalah kepada Allah.’
Di dalam hadis, telah dijelaskan bahawa meminta bantuan kepada para wali yang anda yakini bahawa mereka itu hidup dan hanya bertindak dengan kekuasaan Allah bukanlah sesuatu yang berbentuk syirik sebab syirik adalah keyakinan bahawa di dalam diri para wali itu terdapat sifat ketuhanan (rububiyah). Apabila anda meminta bantuan kepada mereka atas dasar bahawa mereka menjadi sebab terkabulnya sesuatu permohonan maka tidak ada sesuatu yang terlarang di dalamnya dan tidak menolak hadis tersebut secara mutlak. Maka maksudnya adalah melarang untuk melupakan bahawa kebaikan itu bukan berasal dari wali melainkan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, juga memerintahkan agar menyedari bahawa kenikmatan yang diterima oleh makhluk berasal dari Allah. Apabila anda ingin meminta pertolongan kepada salah satu makhluk, maka jadikanlah Allah sendiri sebagai andalan anda. Dialah yang memudahkan anda dan memenuhi segala kehendak anda. Berwaspadalah, jangan sampai anda terpukau oleh orang yang menjadi wasilah sehingga melupakan sebab yang pokok iaitu Allah. Hadis tersebut telah menunjukkan pemahaman ini sebagaimana dikatakan pada akhir hadis :
‘Ketahuilah bahawa seandainya umat ini berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya tidak akan bermanfaat bagimu kecuali sesuatu yang telah ditentukan Allah bagimu. Dan seandainya umat ini berkumpul untuk memberi mudharat kepadamu dengan sesuatu, nescaya tidak akan mendatangkan mudharat bagimu kecuali sesuatu yang telah ditentukan Allah bagimu.’
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
413
Maka manfaat dan mudharat yang dialami oleh mereka hanya pada had yang telah ditetapkan oleh Allah. Pengertian ini boleh menjelaskan kepada anda maksud dari kalimat :
‘Apabila meminta, maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah.’
Tidak boleh difahami bagaimana pemahaman mereka sehingga boleh berpandangan seperti itu, padahal di dalam Sahihain dikatakan :
‘Barangsiapa berada di dalam (menunaikan) hajat saudaranya, maka Allah akan berada di dalam (menunaikan) hajatnya.’
Sedangkan di dalam hadis Sahih Muslim tercantum :
‘Allah akan menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya.’
Maka orang-orang yang menggunakan para Nabi dan wali sebagai wasilah kepada Allah untuk menarik manfaat atau menolak mudharat bererti dia memohon kepada Allah. Yang dilakukannya adalah menggunakan para Nabi dan wali tersebut sebagai wasilah yang digunakan oleh Allah sebagai fungsi keberhasilan si hamba dalam memenuhi keperluan dan mewujudkan tujuannya. Hal itu termasuk Sunnah Ilahiyah di mana Allah memerintahkan hamba-hambaNya untuk melakukannya. Sunnah yang diletakkan oleh Allah ini boleh menurunkan rahmatNya dan menolak murkaNya. Barangsiapa mengambil sunnah (aturan) yang diletakkan oleh Yang Maha Pemurah dan melakukan sunnah yang
Kandungan
414
Hakikat Tawassul dan Wasilah
diperintahkan dengan akhlaknya untuk mendapatkan kurnia dan kedermawananNya maka dia tidak meminta kepada sunnahsunnah lain, melainkan meminta kepada yang menetapkannya, tidak menyembah sunnah-sunnah melainkan menyembah Yang Menyuruh melakukannya. Seandainya masalah tidak seperti ini, pastilah para ulama yang utama akan memperbolehkan manusia, khususnya seperti Imam Ahmad, untuk meminta selain dari Allah. Para Nabi juga tidak diperbolehkan memberitahu umatnya agar meminta bantuan dan petunjuk kepada selain Allah. Sesungguhnya Allah sangat dekat dengan hambaNya, maka bagaimana mungkin seorang hamba hendak meminta sesama hamba dan meninggalkan Yang Maha Kuasa, yang segala sesuatu berada di tanganNya? Dari semua makhlukNya, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah yang paling mengetahui tentang Allah. Baginda mengetahui bahawa Allah akan menjalankan semua ini dengan perhitungan. Anda boleh melihat seorang hamba Allah kepada Allah dengan dua sunan, tetapi tidak dikabulkan sehingga melalui sebab makhlukNya. Dan hal ini banyak sekali terjadi di mana Allah mengikat sebab-sebab dengan musabbab, dengan hikmah yang hanya diketahui olehNya. Di dalam kitab Al Mawahibul Ladunniyah tulisan Al Qasthalani dan buku-buku Sirah Nabawiyah dikisahkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu‘anhu adalah sahabat yang paling tabah hatinya pada hari wafatnya Rasulullah. Dia langsung masuk ke bilik Rasulullah, sementara Baginda membujur dengan burdahnya. Dia kemudian membuka penutup wajah beliau dan mencium beliau seraya berkata : ‘Demi ayah bundaku, wahai Rasulullah, engkau elok dalam hidupmu dan matimu. Ingatlah kami di sisi Tuhanmu di mana engkau menjadi pintunya.’ Sementara itu, tatkala memerangi orang-orang Yamamah, pengikut Musailamah Al-Kazzab yang murtad, para sahabat menggunakan syiar dengan mantap : ‘Ya Muhammadah…ya Muhammadah…’
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
415
Jelaslah bahawa itu bukanlah merupakan ratapan, melainkan sebagai pengobar semangat dan harapan akan turunnya kemenangan dari Allah, serta memantapkan jiwa dengan menyebut nama NabiNya, sebab mereka adalah pengikutnya. Di dalam Manaqib ‘Uqbah bin ‘Amir Radiallahu‘anhu disebutkan bahawa utusan yang menyampaikan berita keberhasilan Muslimin merebut Damaskus kepada ‘Umar bin Khattab sampai di Madinah dalam tujuh hari perjalanan. Namun dia kembali dari Madinah ke Damaskus dalam waktu dua setengah hari saja, berkah doanya di kubur Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sehingga perjalanannya menjadi dekat. Ada pun perilaku orang-orang mati dan hal ehwal dari diri mereka yang tampak setelah kematian mereka berasal dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala sendiri. Telah ditetapkan bahawa roh telah berhubungan dengan jasad dan mendapat izin untuk berbuat sesuatu, kemudian kembali ke tempatnya di ketinggian atau di Sijjin. Apabila mayat dipindahkan dari kuburnya ke kubur lainnya, maka hubungan itu terus berlaku. Demikian juga, meskipun jasadnya berserakan dan terpisah-pisah sebahagian. Hal ini dikuatkan oleh Ibnu ‘Asakir dari jalan Ibnu Ishaq yang berkata : Diceritakan oleh Husain bin ‘Abdullah bin ‘Abbas bahwa Rasulullah bersabda setelah gugurnya Ja’far :
‘Telah lalu di hadapanku malam ini, Ja’far diikuti sekelompok malaikat, dia memiliki dua sayap yang berlumuran darah, mereka menuju ke rumahnya.’
Sedangkan Ibn ‘Adi mengeluarkan hadith dari ‘Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Aku melihat di dalam rombongan malaikat yang memberi khabar gembira kepada keluarganya di Baisyah ( Yaman ) dengan hujan.’
Kandungan
416
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Juga apa yang dikeluarkan oleh Al-Hakim dari Ibn ‘Abbas r.a. katanya : ‘Di antara kami, duduk Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sementara Asma’ binti ‘Umais berada dekat sekali dengannya. Terlihat Baginda menjawab salam, lalu berkata : ‘Wahai Asma’, itu Ja’far bersama Jibril dan Mikail lalu, kemudian memberi salam kepada kita dan memberitahukan bahawa dia telah menghadapi orang-orang musyrik pada hari ini dan hari ini.’ Dikatakan oleh Ja’far : ‘Tubuhku terkena tujuh puluh tikaman dan sebatan, kemudian aku mengangkat panji-panji Islam dengan tangan kanan, dan tanganku pun dipancung dengan pedang sehingga putus. Selanjutnya aku mengambil panji-panji dengan tangan kiri dan kemudian dipancung pula hingga putus. Maka Allah menggantinya dengan sayap di kanan dan di kiri, sehingga aku boleh terbang ke sana ke mari bersama Jibril dan Mikail. Aku juga turun dari syurga ke mana saja yang ku kehendaki sambil makan dan minum dari buah-buahnya sesuka hatiku.’ Maka Asma berkata : ‘Layaklah Ja’far menerima kebaikankebaikan yang diberikan kepadanya tetapi aku khuatir kalaukalau ada orang tidak mempercayaiku. Kemudian aku naik ke mimbar untuk memberitahu orang-orang. Setelah bertahmid dan memuji kebesaran Allah aku berkata : ‘Sesungguhnya Ja’far bin Abi Thalib menyertai Jibril dan Mikail, kedua tangannya diganti oleh Allah dengan dua sayap dan mengucapkan salam kepadaku.’ Dia pun mengkhabarkan sepertimana yang dikhabarkannya.’ Dari hadis-hadis tersebut, terlihat bahawa Allah memberi izin kepada hamba-hambaNya yang syahid mahupun orang-orang yang soleh lainnya dalam beberapa masalah yang bermanfaat bagi manusia dan athar-athar semacam ini banyak disebutkan oleh ulama hadis terdahulu. Nas-nas yang ada menunjukkan tentang kesedaran orangorang mati, pertanyaannya di dalam kubur mereka, nikmat dan siksa mereka, ziarah di antara mereka, mengucapkan salam atas mereka, perbicaraan mereka, sampai dengan bicaranya orang yang hadir dan berakal. Juga pengetahuan mereka tentang penghuni dunia, kegembiraan dan kesedihan mereka atas orang
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
417
lain. Apa yang mengganggu mereka semasa hidupnya, juga mengganggu mereka setelah matinya. Hal-hal seperti itu menjadi panjang kalau disebutkan semua.Yang jelas, seluruhnya menunjukkan bahawa karamah para wali itu tetap. Para ulama dan cendiakawan yang mulia terdahulu mahupun kebelakangan menulis tentang karamah para wali yang tetap berlaku meskipun mereka telah mati. Orang-orang yang cermat dalam membaca kitab-kitab para ulama akan menemukan hal-hal yang menguatkan hal itu. Imam Ibn Taimiyah mengatakan suatu hal yang sangat penting tentang para wali beserta karamah mereka. Saya akan mengutipnya di sini kerana kata-katanya perlu diketahui oleh kita semua iaitu : •
‘Karamah para wali Allah hanya terjadi kerana berkat mengikut Rasulullah. Maka pada hakikatnya, karamah itu termasuk mukjizat Rasulullah, seperti :
•
Terbelahnya bulan (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik),
•
Bertasbihnya batu-batu di tangannya semasa di Kufah (Hadis riwayat Al Bazzar dari Abu Zar),
•
Pepohon berjalan mendatangi Baginda (Hadis riwayat Muslim dari Jabir),
•
Tiang-tiang merasa rindu kepada Baginda (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim dari Jabir),
•
Pemberitaan tentang malam Isra’ dan Mikraj yang menyebutkan tentang Baitul Muqaddis (Hadis riwayat AlBukhari, Muslim dan Al-Tirmizi dari Jabir), beserta berita tentang apa yang terjadi, yang dibawa di dalam Al-Kitab yang agung. (Hadis riwayat Muslim dari Amru bin Akhthab),
•
Makanan dan minuman berlipat ganda dalam beberapa kejadian yang di antaranya pernah mengenyangkan orangorang di Khandaq (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim dari Jabir),
•
Makanan pasukan tidak berkurang meskipun sudah dimakan, seperti yang tertera di dalam hadis Ummu Salamah
Kandungan
418
Hakikat Tawassul dan Wasilah
yang masyhur dan riwayat pasukan perang Khaibar, di mana persediaan air bertambah dan tidak berkurang (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Jabir), •
Boleh memenuhi catuan makanan pasukan dalam perang Tabuk, makanan yang sedikit tidak berkurang walaupun dimakan oleh tiga puluh ribu orang.
•
Memancarnya air dari jari jemari Rasulullah sampai beberapa kali sehingga mencukupi orang-orang yang menyertainya, seperti yang terjadi semasa perdamaian Hudaibiyah yang pesertanya berjumlah 1400 atau 1500 orang (Hadis riwayat Al-Bukhari dari Jabir),
•
Ketika mata Qatadah keluar sampai ke pipi, Rasulullah mengusapnya sehingga penglihatannya lebih terang dari sebelumnya (At-Thabrani dan Abu Ya’la dari Qatadah),
•
Tatkala Muhammad bin Maslamah diutus untuk membunuh Ka’ab bin Asyraf, dia terjatuh sampai kakinya patah, kemudian dibetulkan oleh Rasulullah sehingga sembuh;
•
Memberi makanan (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim dari Abdul Rahman bin Abu Bakar As Siddiq) sebanyak 130,000 orang berupa hidangan kambing, dibahagi menjadi dua bahagian yang dimakan oleh semua orang tetapi masih ada sisanya (Hadis riwayat Al Bukhari di dalam Sahihnya).
•
Abdullah bin Jabir pernah berhutang kepada seorang Yahudi 30 wasq kurma. Jabir berkata : ‘Perintahkan kepada orang Yahudi itu untuk mengambil kurmanya.’ Tetapi orang itu tidak mahu. Kebetulan Rasulullah berjalan melewati mereka, lalu Baginda bersabda kepada Jabir : ‘Timbangkanlah baginya 30 wasq.’ Dan ternyata masih tersisa 17 wasq lebih. Contoh mukjizat seperti ini banyak terjadi.
Karamah para sahabat, tabi’in dan orang-orang soleh setelah itu di antaranya adalah seperti yang terjadi pada diri Usaid bin Hudhair ra tatkala membaca surah Al-Kahfi, kemudian dari langit turun semacam belon-belon yang bersinar yang sebenarnya adalah malaikat yang hadir untuk mendengar bacaannya. (Hadis riwayat Al Bukhari dari Usaid)
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
419
Malaikat juga memberi salam kepada Imran bin Husain. Abu Darda’ dan Salman Radiallahu‘anhuma pernah makan dari sebuah mangkuk besar yang isinya bertasbih. Ubbad bin Bisyr dan Usaid bin Hudhair pulang dari tempat Rasulullah di malam yang sangat gelap.Tiba-tiba dia melihat suatu cahaya kalau zaman sekarang seperti lampu suluh. Mereka mengikuti cahaya itu dan begitu mereka terpisah, cahaya itu pun terpisah dari mereka. (Hadis riwayat Al Bukhari dan lainlain). Dan kisah Abu Bakar As Siddiq r.a. di dalam Sahih Al Bukhari dan Muslim ketika pulang bersama tiga orang tamu ke rumahnya. Sewaktu mereka makan sesuap, makanan itu terus tumbuh dari bawah sampai semua merasa kenyang, tapi isi talam itu lebih banyak dari awal. Abu Bakar dan isterinya melihat hal itu, di mana makanan mereka menjadi banyak. Kemudian dia mengangkat talam tersebut dan membawanya kepada Rasulullah, maka beberapa orang datang untuk memakannya sampai kenyang. Khubaib bin Adi pernah menjadi tawanan orang-orang musyrik di Mekah. Allah menghormatinya dan memberinya anggur untuk dimakan padahal di Mekah saat itu tidak ada anggur. (Hadis riwayat Al Bukhari di dalam kitab Al Maghazi) Amir bin Fuhairah terbunuh sebagai syahid. Ketika jasadnya dicari ternyata tidak boleh ditemui.Ternyata sesaat setelah terbunuh jasadnya langsung diangkat ke langit. Amir bin Thufail melihatnya sedangkan Urwah berkata bahawa dia melihat malaikat mengangkatnya. (Hadis riwayat Ibnu Ishaq di dalam kitab Maghaziyah) Ummu Aiman keluar untuk berhijrah tanpa membawa makanan dan minuman. Dia hampir mati kehausan ketika waktu Maghrib tiba, sedangkan dia sedang berpuasa. Didengarnya sesuatu di atas kepalanya. Ketika menengadah, dia melihat setimba air. Maka diangkat dan diminumnya isinya sampai puas. Sejak saat itu dia tidak pernah lagi merasa haus. (Hadis riwayat Ibnu Saad dan Ibnu Sakan)
Kandungan
420
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Safinah, maula Rasulullah, pernah mengatakan kepada seekor singa bahawa ia adalah pembantu Rasulullah. Maka singa itu mengawalnya menuju tempat yang aman. (Hadis riwayat Al Bazzar dan At Thabrani) Al Barra’ bin Malik apabila bersumpah kepada Allah, nescaya akan selalu dikabulkan. Maka ketika dalam peperangan, kaum Muslimin terdesak, mereka berkata kepada Al Barra’ : ‘Wahai Al-Barra’, bersumpahlah kepada Tuhanmu.’ Dia pun mengangkat tangannya seraya berdoa : ‘Ya Rabbi, aku bersumpah agar Engkau memberikan kemenangan kepada mereka dan berhasil mengalahkan musuh.’ Maka tidak lama berselang, musuh pun berhasil dikalahkan. (Hadis riwayat At Tirmizi di dalam Sunannya) Pada perang Qadisiyyah, dia memohon : ‘Aku bersumpah kepadaMu, Ya Rabbi, anugerahkanlah kemenangan kepada mereka, dan jadikanlah aku syahid yang pertama.’ Maka pasukan benar-benar mendapat kemenangan sedangkan Al Barra’ gugur sebagai syahid. Khalid bin Al-Walid pernah mengepung sebuah benteng yang kukuh lalu penghuninya berkata : ‘Kami tidak akan menyerah sampai engkau mahu minum racun.’ Maka dia meminum racun tersebut dan ternyata tidak menjadikannya mudharat. Saad bin Abi Waqqas mustajab doanya. Setiap kali dia berdoa pasti akan dikabulkan oleh Allah. Dialah orang yang menghancurkan Kisra Persia dan membuka Iraq. (Hadis riwayat Al-Tirmizi) Umar bin Khattab mengirimkan pasukan Sariyah. Ketika sedang berkhutbah di atas mimbar, mendadak dia berteriak: ‘Hai Sariyah…, gunung!’ Maka pasukan tersebut kemudian berlindung ke gunung dan Allah mengalahkan musuh-musuh mereka. (Hadis riwayat Waqidi dan Al Baihaqi di dalam kitab Ad Dalail dan Ibn Hajar berkata bahawa sanad hadisnya hasan) Ketika pasukan itu datang dan ditanyai, mereka menjawab: ‘Kami sedang menghadapi musuh, wahai Amirul Mukminin, lalu terdengar suara, ‘Hai Sariyah…, gunung! Hai Sariyah…, gunung!’
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
421
Maka kami berlindung ke gunung, lalu mereka kami kalahkan dengan izin Allah.’ Tatkala Zanirah diseksa dalam Islam di jalan Allah sampai buta matanya, maka orang-orang musyrik berkata : ‘Dia terkena murka Latta dan Uzza.’ Maka dia menjawab : ‘Tidak, demi Allah!’ Maka Allah mengembalikan penglihatannya. (Hadis riwayat Muslim) Al-‘Ala’ bin Al Hadhrami, utusan Rasulullah di Bahrain, selalu berkata di dalam doanya : ‘Ya A’lim, Ya Halim, Ya ‘Ali, Ya A’zim,’ maka doanya dikabulkan. Dia juga pernah kekurangan air untuk berwuduk dan minum pada waktu hari panas terik. Kemudian dia memohon kepada Allah dan doanya dikabulkan. Ketika terhalang samudera kemudian dia berjalan bersama kuda-kudanya di atas permukaan air, tapak-tapak kudanya tidak basah. Dia juga memohon kepada Allah agar jenazahnya kalau mati tidak ditemukan di dalam lahatnya. (Hadis riwayat At Thabhrani di dalam kitab Ma’ajimatuts Thalathah) Abu Muslim Al-Khaulani pernah dimasukkan ke dalam api, pernah pula berjalan bersama pasukannya di permukaan sungai Dajlah. Dia berpaling kepada sahabat-sahabatnya : ‘Adakah di antara kamu yang kehilangan sesuatu sehingga boleh dipohon kepada Allah?’ Seorang berkata : ‘Aku kehilangan kuali.’ Demikian juga dengan yang lain. Dia berkata : ‘Ikuti aku.’ Mereka mengikutinya dan mendapati semua barang mereka yang hilang kemudian diambil oleh mereka. Dia pernah ditanya oleh Al-Aswad Al-Ansi, katanya : ‘Apakah engkau bersaksi aku adalah Rasulullah?’ Dia menjawab : ‘Aku tidak mendengar.’ Tanyanya lagi : ‘Apakah engkau bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah?’ Dia menjawab : ‘Ya, aku bersaksi.’ Maka disiapkanlah unggun api kemudian Abu Muslim dicampakkan ke dalamnya. Ternyata apabila ditemui dia sedang tegak berdiri menunaikan solat. Api menjadi dingin baginya sehingga dia selamat.
Kandungan
422
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Ketika dia datang ke Madinah setelah wafatnya Rasulullah, Umar Radiallahu‘anhu mendudukkannya di antara dirinya dan Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu‘anhu dan berkata : ‘Segala puji bagi Allah yang tidak mematikan aku sehingga aku melihat umat Muhammad yang diperlakukan seperti perlakuan terhadap Nabi Ibrahim a.s. Khalilullah.’ Khadam wanitanya pernah meletakkan racun di dalam makanannya dan tidak menjadikan mudharat baginya. Seorang wanita pernah mengganggu isterinya, kemudian dia berdoa sehingga wanita itu langsung menjadi buta. Setelah wanita itu minta maaf dan bertaubat, dia mendoakannya kembali dan Allah pun mengembalikan penglihatan wanita itu. ‘Amir bin Abdi Qais mengambil upahnya sebesar dua ribu dirham yang disimpan di kantung bajunya. Setiap kali ada orang yang meminta di jalanan diberinya. Ketika sampai di rumahnya, dia menghitung kembali upahnya dan ternyata jumlahnya tetap. Suatu kali sebuah kafilah dihadang oleh seekor singa. Dia menghampiri singa itu sampai binatang tersebut menjilati bajunya. Lalu diletakkan kakinya di leher singa itu seraya berkata : ‘Engkau adalah salah satu anjing Ar-Rahman dan aku malu terhadap Allah apabila merasa takut kepada selain dia.’ Kemudian kafilah itu meneruskan perjalanannya. Dia pernah memohon kepada Allah supaya meringankan dirinya untuk bersuci pada waktu musim dingin, maka tersedia untuknya air panas secara ajaib. Dia juga berdoa kepada Tuhannya agar menolak syaitan dari hatinya, tetapi tidak boleh. Hasan Al-Basri r.a. pernah lenyap dari pandangan Al-Hajjaj. Orang-orang Al-Hajjaj memasuki rumahnya untuk mencarinya selama enam kali tetapi tidak ditemukan, berkat doanya kepada Allah. Dia juga mendoakan beberapa orang Khawarij yang suka mengganggu orang lain. Tidak lama kemudian orang itu ditemui mati terlungkup. Kuda Shilah bin Ash-Shiman mati dalam pertempuran, lalu dia berkata : ‘Ya Allah, janganlah menjadikan aku menunggang
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
423
makhluk selain dia.’ Maka Allah menghidupkan kembali kudanya. Sesampainya di rumah, dia berkata kepada anaknya : ‘Wahai puteraku, bawalah kuda ini keluar kerana ia adalah pinjaman.’ Kuda itu dibawa keluar dan mati di jalan. Pada suatu hari, dia kelaparan di kota Al-Ahwaz, lalu berdoa kepada Allah agar memberinya makanan. Tiba-tiba jatuhlah di belakangnya sebatang pohon yang penuh ruthab (kurma yang matang) di dalam sehelai kain sutera. Maka dia memakan kurmanya dan memberikan kainnya kepada isterinya. Pernah datang seekor singa ketika dia sedang solat di tengah malam di dalam hutan, lalu dia berkata : ‘Carilah rezekimu di tempat lain!’ Maka singa itu pergi sambil meraung. Said bin Musayyab pada hari Al-Hurrah mendengar suara azan dari kubur Rasulullah ketika tiba waktu-waktu solat. Ketika itu, Masjid sudah kosong dan tinggal dia sendiri di situ. (Hadis riwayat Az Zabir bin Bakar) Seorang Badwi memiliki keldai yang mati di jalan. Sahabatsahabatnya berkata : ‘Angkatlah barang-barangmu ke kenderaan kami.’ Dia berkata : ‘Beri aku waktu sebentar.’ Lalu dia berwuduk dengan baik dan melakukan solat dua rakaat. Kemudian dia berdoa kepada Allah. Secara mendadak, keldainya hidup kembali dan mereka pun meneruskan perjalanan bersama-sama. Ketika Uwais Al Qarni wafat (Uwais Al Qarni adalah tabi’in yang diberitakan oleh Rasulullah seperti yang tertera dalam Sahih Muslim), ditemukan di dalam bajunya kain kafan yang sebelumnya tidak ada. Ditemukan pula liang lahat yang telah digali di dalam batu-batu. Maka jenazahnya dimasukkan ke situ dan dikafani dengan kain itu. ‘Amru bin ‘Uqbah bin Farqad melakukan solat pada suatu hari yang sangat panas, lalu dia dinaungi oleh awan. Singa-singa juga selalu melindunginya sementara dia mengurus kenderaan kawan-kawannya. Sahabat-sahabat mensyaratkan dia supaya menguruskan mereka di medan perang. Mathraf bin Abdullah bin Shakhir apabila masuk ke rumahnya, bertasbihlah semua perabot dalam rumahnya.
Kandungan
424
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Bersama seorang kawannya yang suka berpergian di tengah malam, dia mendapatkan penerangan dari cemeti-cemetinya. Ketika Al-Ahnaf bin Qais wafat, songkok seseorang terjatuh di kuburnya. Saat orang itu masuk untuk mengambilnya, dia melihat kubur Al-Ahnaf meluas sejauh pandangannya. Ibrahim At Taimi pernah tinggal sebulan atau dua bulan tanpa makan apa-apa. Dia kemudian keluar untuk mencari makanan bagi keluarganya, tetapi tidak berhasil. Ketika berjalan di atas lembah tanah merah, diambilnya tanahnya dan dibawa pulang kepada isterinya. Ternyata tanah tersebut berubah menjadi tepung merah yang kalau ditanam keluarlah biji gandum yang bertumpuk-tumpuk. Utbah Al-Ghulam meminta tiga hal kepada Tuhannya iaitu suara yang indah, air mata yang mulia dan mendapatkan makanan tanpa kesulitan. Maka setiap kali membaca (Al Quran), dia menangis. Air matanya mengalir dengan deras. Saban kali dia pulang ke rumahnya untuk mengambil makanan yang tidak diketahui dari mana datangnya. Abdul Wahid bin Zaid menderita linu. Dia memohon kepada Tuhannya agar melepaskan penyakitnya sewaktu berwuduk. Maka apabila dia sedang berwuduk, sakitnya hilang. Kalau sudah selesai maka kembali lagi. Bab ini sangat luas apabila kita hendak membentangkan karamah para wali. Masih banyak contoh selain dari contohcontoh yang telah dikemukakan. Keperluan untuk mengetahui wujudnya karamah ini adalah lantaran hal tersebut adakalanya mencukupi keperluan manusia, misalnya bagi orang yang lemah iman atau kekurangan. Sedangkan orang yang telah sempurna wilayahnya dari Allah tidak memerlukannya. Tidak datang seperti misalnya ketinggian darjat atau kekayaan yang tidak mengurangi wilayahnya. Masalah ini lebih banyak terjadi di antara golongan tabi’in daripada golongan sahabat dengan perbezaan keanehankeanehan yang keluar dari tangan mereka untuk memberi petunjuk kepada makhluk-makhluk dan kerana keperluan mereka. Maka mereka berada pada darjat yang tinggi.’ (Lihat
Kandungan
Wali-wali Allah Beserta Ketetapan Karamah...
425
kitab Al Furqan Baina Auliya Ar Rahman Wa Auliya As Syaitan tulisan Imam Ibn Taimiyah) Demikianlah Imam Ibn Taimiyah beserta hakikat akidahnya serta fahamnya yang benar bagi wali-wali Allah, sebagaimana kita lihat dengan jelas dari celah-celah katanya. Juga kemantapannya dalam menetapkan mukjizat bagi Rasulullah yang disertai oleh banyak contoh yang menjelaskan tentang hal itu. Sama terangnya dengan cahaya pengakuan dan ketetapan bagi karamah para wali Allah yang soleh di hadapan kita. Contohcontoh tentang hal itu pun banyak, mantap dan sahih yang menjelaskan tentang apa yang diberikan oleh Allah kepada para sahabat, tabi’in dan lain-lain. Setelah dibentangkan semua perbahasan ini, dapatkah dibenarkan orang mengingkari karamah berdasarkan dalil perkataan Al-Imam Ibn Taimiyah sedangkan Imam Ibn Taimiyah berada dalam kebenaran? Kebenaran ini sungguh jelas dan kuat, mengubah kemantapan atau pemandangan orang-orang yang mengkhuatirkan orang lain supaya tidak takut kepada siapa pun kecuali Allah.
Kandungan
Hakikat Tawassul dan Wasilah
426
FASAL 3
MENCIUM TANGAN DAN MENCARI BERKAT Dengan Peninggalan Orang-orang Soleh
B
anyak pertanyaan orang tentang hukum mencium tangan, khususnya kebelakangan ini. Ramai yang mengikuti hawa nafsu dan berpendapat yang tidak didukung oleh ilmu secara benar. Orang-orang yang meneliti hakikat dan kembali kepada hadis-hadis sahih yang berasal dari Sunnah yang suci, athar dari para sahabat yang mulia dan perkataan para imam dan ulama’ yang ‘amilin menemukan bahawa mencium tangan para ulama, orang-orang soleh dan kedua orang tua dibolehkan secara syar’i, bahkan hal itu merupakan penampilan adab Islami yang menunjukkan penghargaan kepada orang-orang yang bertakwa. Nas-nas sahih yang menetapkan hal itu terdapat dalam Sunnah yang mulia, perkataan para sahabat dan lain-lain. Dari hadis yang suci di antaranya adalah berasal dari Safwan bin A’sal, katanya :
‘Seorang Yahudi berkata kepada kawannya, ‘Marilah kita pergi kepada Nabi itu.’ Lalu mereka datang kepada Rasulullah dan bertanya tentang sembilan ayat bayyinah dan seterusnya dikatakan : ‘... Lalu keduanya mencium tangan dan kaki Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata, ‘Kami bersaksi bahawa engkau adalah Rasulullah.’
426
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
427
( Hadis riwayat Imam Ahmad dan At Tirmizi dan di tashih oleh An Nasai dan lain-lain). Dan diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ummu Aban binti Al Waza’ bin Zara’ dari datuknya, Zara’ dan dia adalah utusan Abdul Qais, katanya : ‘Lalu kami cepat-cepat menuju ke kenderaan kami setelah mencium tangan dan kaki Rasulullah.’ Seperti yang telah diriwayatkan oleh Al-Baihaqi sebagaimana tercantum di dalam Sirah As Syamiyah. Di dalamnya : ‘…kemudian datanglah Munzir Al-Asyaj meraih tangan Rasulullah dan menciumnya, dan dia adalah pemimpin para utusan.’ Di dalam Syarah Al-Bukhari bagi Al-Hafizh Ibn Hajar AlAsqalani dikatakan bahawa Abu Lubabah, Ka’ab bin Malik beserta kedua kawannya mencium tangan Rasulullah ketika mereka bertaubat kepada Allah. Abu Daud mengeluarkan di dalam Sunannya beserta sanad bahawa Abdul Rahman bin Abi Laila bercerita bahawa Abdullah bin Umar r.a. menceritakan kisah itu dan berkata : ‘…lalu kami mendekatinya dan lalu kami mencium tangannya.’ (Hadis riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah. Al-Tirmizi berkata hadis tersebut hasan.) Imam Ahmad mengeluarkan di dalam kitabnya, Thulathiyat : ‘Dari Sufyan bin Uyainah dari Ali bin Zaid bin Jud’an, katanya : ‘Thabit Al-Banani berkata kepada Anas bin Malik Radiallahu‘anhu dan Ibnu Jud’an mendengar : ‘Hai Anas, apakah engkau menyentuh Rasulullah dengan tanganmu?’ Anas menjawab kepada Thabit : ‘Benar, aku menyentuh Rasulullah dengan tanganku.’ Thabit berkata : ‘ Tunjukkan bagaimana aku menciumnya.’ Dan dita’liq oleh Syeikh Muhammad Al-Asfariyani AlHambali lalu dikatakan : Berkatalah guru besar Ibnu Muflih di dalam kitab Adabul Kubra : ‘Diperkenankan berpelukan dan mencium tangan serta kepala di dalam agama sebagai penghargaan dan penghormatan dan penampakannya tidak diperkenankan untuk urusan dunia.’
Kandungan
428
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Al-Maruzi berkata : Aku bertanya kepada Abu Abdullah, yakni Imam Ahmad r.a. tentang cium tangan, lalu dia menjawab: ‘Kalau dilakukan untuk tujuan agama maka tidak apa-apa. Abu Ubaidah pernah mencium tangan Umar bin Khattab. Kalau untuk tujuan duniawi, janganlah dilakukan, melainkan seseorang takut kerana pedang dan cemetinya.’ Tamim bin Salamah, seorang tabi’i, berkata : ‘Ciuman itu sunnah.’ Al-Imam Ibn Taimiyah berkata : ‘Mencium tangan tidak dijadikan sebagai kebiasaan kecuali sedikit.’ Para sahabat mencium tangan Rasulullah dan para ulama’ memberi izin, misalnya Imam Ahmad dan lain-lain, atas dasar agama. Al-Hasan Al-Basri r.a. berkata : ‘Mencium tangan seseorang yang adil merupakan satu bentuk ketaatan.’ Ali bin Abi Thalib r.a. berkata : ‘Ciuman kedua orang tua atas anaknya adalah rahmat, ciuman anaknya atas tangan kedua orang tua adalah ibadat, ciuman wanita adalah syahwat, ciuman atas seseorang kepada sahabatnya adalah agama.’ (Lihat Thulathiyat Imam Ahmad). Ditanyakan kepada Asy- Syeikh Muhammad Abid Al-Ansari: ‘Apakah tertera di dalam hadis bahawa para sahabat mencium tangan Rasulullah yang mulia, atau kepalanya atau kakinya yang suci atau bahagian-bahagian tubuh lainnya yang suci?’ Dia menjawab : ‘Ciuman secara mutlak, baik atas kepala, tangan, mata ataupun anggota tubuh yang lain tidak sepi dari syahwat. Adapun ciuman yang bersyahwat adalah jelas pengharamannya, kecuali ciuman terhadap isteri atau orang yang halal baginya.’ ‘Sedangkan ciuman yang menandakan kecintaan atau kasih sayang seperti ciuman orang tua kepada anaknya adalah dibolehkan, misalnya ciuman Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam terhadap perut Al-Hasan, ciuman Abu Bakar As-Siddiq ke pipi ‘Aisyah Ummul Mukminin ketika puterinya sedang sakit panas.’ ( Hadis riwayat Abu Daud).
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
429
Berikutnya adalah ciuman yang menunjukkan kasih sayang, di antaranya ciuman Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam terhadap Jaafar bin Abi Thalib r.a. di antara kedua matanya. ( Hadis riwayat Abu Daud Al Baihaqi di dalam kitab Sya’bil Iman) Adapun ciuman yang dimaksudkan untuk mengagungkan seseorang tidak dibolehkan kecuali bagi seorang ‘alim, guru, penguasa yang adil, seseorang yang memiliki kehormatan agama, atau penghargaan terhadap Rasulullah s.a.w. Selain dari itu dianggap haram dan tidak ada dalam syariat. Tidak ada nas yang menjelaskannya kecuali apa yang telah disebutkan. Tidak ada alasan bagi seseorang untuk mengingkari perbuatan cium tangan adalah salah satu dari yang telah disebutkan kerana banyak dalil yang kuat menjelaskan para sahabat mencium tangan dan kaki Rasulullah s.aw. Di antaranya adalah yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan Al-Bukhari dari Zara’ Radiallahu‘anhu, dan dia adalah utusan Abdul Qais. Katanya : ‘Ketika tiba di Madinah, kami bergegasgegas turun dari kenderaan kami lalu mencium tangan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.’ Dikeluarkan pula oleh Abu Daud di dalam Sunannya dari hadis Abdullah bin Umar Radiallahu‘anhu yang telah menceritakan kisahnya berkata : ‘Lalu kami mendekati Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan mencium tangannya.’ Juga dikeluarkan oleh Abu Daud r.a. dari Aisyah Radiallahu‘anha :
‘Sesungguhnya Fatimah Radiallahu‘anha, apabila Rasulullah datang ke rumahnya (Fatimah), beliau menyambut tangannya dan menciumnya.”
Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Ka’ab bin Malik Radiallahu‘anhu bahawasanya sewaktu berdekatan dengan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, dia mengambil tangan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan menciumnya.
Kandungan
430
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dikeluarkan pula oleh At-Tirmizi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari Safwan : ‘Sesungguhnya orang-orang Yahudi mencium tangan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dan kakinya.’ (AtTirmizi berkata : ‘Hadis ini hasan dan sahih.’) Dikeluarkan oleh Al-Hakim dan dibenarkan di dalam Mustadrak dari Buraidah :
‘Sesungguhnya seseorang datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam lalu mencium kepala dan kakinya.’
Sekiranya ada di antara para sahabat yang mencium kaki dan tangan Rasulullah dalam suatu keadaan, maka ini merupakan dalil yang mantap tentang dibolehkan mencium tangan orang alim, penguasa yang adil, orang terhormat dan mencium kakinya juga. Sebab hal itu terjadi pada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, yang di dalam dirinya terkumpul semua kebajikan yang murni, manaqib yang terpuji dari ilmu ladunni dan paling tinggi kedudukannya dalam amanah dan kemuliaan nasabnya. Tidak ada yang menyamainya dalam salah satu perbuatan dan tanda-tandanya yang khusus. Kita menilai dari masing-masing tanda khusus itu tentang diperkenankan mencium tangan seseorang yang diagungkan oleh Allah dengan salah satu dari tiga tanda khusus, misalnya secara umum dengan firman Allah s.w.t. :
‘Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.’ ( Al-Ahzab : 21 )
Dan firman Allah secara umum :
Katakanlah : ‘ Jika kamu (benar-benar)mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.’ ( Ali Imran : 31)
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
431
Dan firman Allah secara umum:
Dan apa jua perintah yang di bawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.’ ( Al-Hasyr :7 )
Di dalam hadis berikut tidak dikatakan bahawa cium tangan itu dikhususkan bagi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. At-Tirmizi mengeluarkan dengan sanad hasan dari Anas bin Malik Radiallahu‘anhu, katanya : “ Telah datang seseorang kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya : ‘Wahai Rasulullah, jika seseorang bertemu dengan kawannya atau saudaranya, adakah dia harus membongkok kepadanya?’ Baginda menjawab : ‘Tidak.’ Tanyanya lagi : ‘Adakah memeluk dan menciumnya?’ Baginda menjawab : ‘Tidak.’ Tanyanya lagi : ‘Adakah memegang tangannya untuk bersalaman?’ Baginda menjawab : ‘Benar.’ Saya ingin mengatakan bahawa hadis ini boleh digunakan untuk orang yang tidak ‘alim dan orang-orang yang tidak boleh kita cium tangannya sebagaimana yang telah dijelaskan. Saya mengatakan hal itu kerana ada ketetapan dalam hal itu iaitu Zaid bin Harithah ketika datang ke Madinah dipeluk oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia mencium tangan Baginda. (Hadis riwayat At- Tirmizi). Ada pula penjelasan tentang Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang mencium pipi Abu Bakar As- Siddiq Radiallahu‘anhu setelah memeluknya ketika dia datang. Saat itu Ali berdiri menyertai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, maka Ali Radiallahu‘anhu bertanya : ‘Anda mencium bibir Abu Bakar?’ Baginda menjawab : ‘ Wahai Abal Hasan, kedudukan Abu Bakar disisiku adalah seperti kedudukanku disisi ayahku.’ Berita tersebut menjelaskan bahawa ciuman Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam kepada para sahabatnya merupakan pengecualian. Dan perkara tersebut berasal dari Nabi Sallallahu
Kandungan
432
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘alaihi wasallam sendiri, bukan hanya cerita-cerita di antara kita. Maka boleh dikatakan bahawa tindakan para sahabat yang mencium tangan dan kaki Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam itu merupakan satu pengecualian, begitulah juga pelukan dan ciuman Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam kepada para sahabatsahabatnya. Maka dari mana datangnya dalil bahawa mencium orang ‘alim dan berkedudukan itu diperintahkan atau diperbolehkan? Hal itu tidak difahami dan tidak berlaku kecuali berdasarkan kepada hadis-hadis yang menunjukkan bahawa para sahabat melakukan perbuatan itu di antara mereka dan tidak ada yang mencela hal tersebut. Pendapat lain adalah bahawa pengecualian itu tidak menutup ihtimal. Apa yang dilakukan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam boleh dianggap sebagai pengecualian selama tidak ada ketetapan tentang dalil yang mensyariatkannya. Ini merupakan khilafiyah dalam memandang firman dan kalam Allah, serta khilafiyah dari sudut pandangan ulama muhaqqiqun dari ulama ahli ‘aql dan nuqul. Bahawa sesungguhnya golongan yang melarang ciuman hanya berlandaskan kepada pemikiran bahawa hal itu merupakan bentuk pengagungan kepada selain Allah, sedangkan pengagungan kepada selain Allah adalah haram. Seandainya hal itu benar, maka Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam lebih utama untuk disucikan dari larangan itu. Sebab disamping itu ada dalil-dalil yang jelas bahawa para sahabat melakukan di antara mereka tanpa ada yang mencela dan mengingkarinya. Ini termasuk yang dikeluarkan oleh At-Thabrani dari Yahya bin Al-Haris yang berkata : ‘Aku bertemu Wathilah bin Al Asqa’ lalu bertanya : ‘Apakah engkau berbai’ah kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan tanganmu?’ Dia menjawab: ‘Benar.’ Aku mengatakan : ‘Hulurkanlah tanganmu, aku akan menciumnya.’ Itulah yang ku lakukan.’ Al-Haithami berkata bahawa orang yang mendukung hadis tersebut dipercayai.
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
433
At-Thabari menukil di dalam kitabnya, Ar Riyadhun Nadhirah, dari Abi Raja’ Al-Atharidi, dia berkata : ‘Aku masuk ke Madinah dan melihat orang-orang sedang berkumpul. Ku lihat seseorang datang lalu mencium kepala seorang yang lain seraya berkata : ‘Aku berkorban untukmu. Kalau tidak kerana engkau, maka aku akan binasa.’ Maka aku bertanya : ‘Siapakah yang mencium dan siapakah yang dicium itu?’ Dijawab : ‘Itu adalah Umar Radiallahu‘anhu yang mencium Abu Bakar As Siddiq Radiallahu‘anhu yang memerangi Ahli Riddah yang menolak membayar zakat, sampai mereka datang dengan penuh kepasrahan dan tunduk.’ Al-Hafiz menukil di dalam kitab Al-Ishabah dari Asy-Sya’bi, katanya : ‘Aku meninggalkan Zaid bin Thabit ketika Ibn Abbas memegang pemacu kudanya. Maka Zaid bin Thabit berkata : ‘Jangan engkau lakukan hal itu, wahai putera bapa saudara Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.’ Dia menjawab : ‘Beginilah kita diperintahkan untuk berbuat kepada ulama-ulama kita.’ Maka Zaid menerima, lalu mencium tangan Ibn Abbas dan berkata pula : ‘Beginilah kita diperintahkan untuk berbuat kepada keluarga Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.’ Hadis-hadis tersebut menjelaskan bahawa para sahabat tidak mengingkari ciuman. Lebih dari itu kata-kata Zaid bin Thabit : ‘Beginilah kita diperintahkan…’ sampai habis menunjukkan bahawa ciuman ke atas tangan orang yang memiliki kehormatan diperintahkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sebab katakata sahabat : ‘Beginilah kita diperintahkan’ memiliki hukum meninggikan apabila dilakukan terhadap selain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Para ulama termasuk dalam kategori orang yang boleh dicium tangannya tanpa ada kesombongan satu atas yang lain, dan tidak ada perselisihan dalam hal ini. Diriwayatkan bahawa Sufyan berkata : ‘Mencium tangan para ulama dan penguasa yang adil adalah sunnah.’ Maka Abdullah bin Mubarak bangkit dan mencium kepala Sufyan seraya berkata : ‘Siapa yang lebih baik dari ini selain engkau.’
Kandungan
434
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Adapun kisah Muslim bin Al-Hajjaj yang mencium AlBukhari di antara kedua matanya dan ingin pula mencium kakinya. Berita tentang hal ini masyhur. Di antara yang menyetujui ciuman bagi seorang ‘alim adalah apa yang dikeluarkan oleh Al-Bukhari tentang Abu Bakar AsSiddiq Radiallahu‘anhu yang mencium Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, setelah wafatnya, serta Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang mencium Uthman bin Mazh’un setelah meninggalnya. Para imam, mengambil hikmah dari perbuatan itu untuk membolehkan mencium mayat. Maka kalau mencium mayat dibolehkan, bagaimana sangkaan orang yang menentang ciuman orang ‘alim yang masih hidup, yang ajarannya bagi manusia tentang soal agama kita manfaatkan, sedangkan kita juga tidak mencium kecuali untuk mengagungkan ilmunya yang suci? Kita kembali kepada hadis-hadis suci yang sahih dan athar yang mantap untuk mengambil dalil tentang dibolehkan mencium. Soal ini tertera didalamnya dan tidak diragukan cahaya kebenarannya. Al-Bukhari mengeluarkan di dalam kitab Adabul Mufrad tentang riwayat Abdul Rahman bin Razin, katanya : ‘Salamah bin Al-Akwa mengeluarkan tangannya yang besar seperti telapak tangan unta. Maka kami bangkit dan menciumnya.’ (Dikeluarkan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari). Dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya dengan sanad dari Ummul Mukminin ‘Aisyah Radiallahu‘anha, bahawa ia berkata : ‘Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling mirip dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam diamnya, tunduknya dan hidayahnya kecuali Fatimah Radiallahu‘anha. Apabila dia masuk, maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menyambutnya, memegang tangannya dan menciumnya, lalu mendudukkannya di tempat duduk. Dan kalau Baginda masuk, maka Fatimah Radiallahu‘anha akan menyambutnya, memegang tangannya dan menciumnya, lalu mendudukkannya di tempat duduk.’
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
435
(Berkatalah penulis Aunul Ma’bud bahawa maksudnya adalah mencium anggota tubuhnya yang suci dan bersih iaitu tangan yang paling mulia). At-Tirmizi mengeluarkan dari Aisyah Radiallahu‘anha, katanya : ‘Zaid bin Harithah datang ke Madinah ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berada di rumahku. Maka Baginda menyambutnya sewaktu dia mengetuk pintu. Baginda berlari dengan menyinsingkan bajunya, kemudian memeluk dan menciumnya.’ (At-Tirmizi berkata bahawa hadis ini hasan) Abu Daud mengeluarkan di dalam Sunannya dengan sanad dari Al-Barra bin Azib Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Aku bersama Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu‘anhu adalah orang pertama yang masuk Madinah. ‘Aisyah Radiallahu‘anha, puterinya, sedang berbaring kerana sakit panas. Maka Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu‘anhu menghampirinya dan bertanya : ‘Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?’ seraya mencium pipinya.’ Ali Mala Al-Qary menta’liq hadis ini dan berkata: ‘Mencium pipi adalah untuk marhamah dan mawaddah atau pemeliharaan atas Sunnah.’ Abu Daud mengeluarkan di dalam Sunannya dengan sanad dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu yang berkata :
‘Sesungguhnya Al-Aqra bin Habis melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mencium Hussein, lalu berkata: ‘Aku memiliki sepuluh orang anak, tetapi aku tidak pernah melakukannya (ciuman) atas satupun dari mereka.’ Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Barangsiapa tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.’ (Hadis riwayat Al Bukhari, Muslim dan At Tirmizi)
Kandungan
436
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Al-Bukhari dan Muslim dan Abu Daud mengeluarkan di dalam Sunan mereka dengan sanad dari ‘Urwah dari ‘Aisyah Radiallahu‘anha, katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Ada berita gembira bagimu, wahai ‘Aisyah! Sesungguhnya Allah telah menurunkan firmanNya tentang kesucianmu.’ Kemudian Baginda membaca ayat Al-Quran AlKarim tentang persoalan Aisyah Radiallahu‘anha.’ Ayah bondaku berkata : ‘Bangunlah wahai Aisyah dan ciumlah kepala Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. ‘Maka aku berkata : ‘Aku bertahmid kepada Allah bukan kepada kamu.’ (Hadis riwayat Al Bukhari, Muslim dan Abu Daud ) Seandainya keduanya menolak ciuman, tentunya Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu‘anhu tidak akan menyuruh Aisyah Radiallahu‘anha untuk mencium kepala Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Sementara itu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri juga berdiam diri mendengar kata-kata Abu Bakar As-Siddiq Radiallahu‘anhu. Diamnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan pengakuan dan ketetapan dan ia termasuk Sunnah yang suci. Abu Daud mengeluarkan di dalam Sunannya dengan sanad dari Abdul Rahman bin Abi Laila dari ‘Usaid bin Hudhair Radiallahu‘anhu, bahawa dia sedang berbincang dan bergurau di antara mereka ketika Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menyodok perutnya dengan sesuatu. Maka dia berkata : ‘Aku akan menuntut balas.’ Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : ‘Kalau engkau hendak membalasku, lakukan saja.’ Dia berkata : ‘Tetapi engkau berpakaian sedangkan aku tidak berpakaian.’ Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam membuka pakaiannya, kemudian ‘Usaid memeluk dan menciumnya (antara perut dengan tulang rusuk bahagian bawah). Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam kehairanan. ‘Usaid lalu berkata : ‘Yang ku inginkan adalah hal ini, wahai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam .’ Dari Jamilah, ibu dari putera Anas bin Malik, katanya : ‘Sesungguhnya apabila Thabit mengunjungi Anas, maka Anas berkata : ‘Hai Jariyah, bawakan kemari minyak wangi untuk
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
437
menggosok tanganku, sebab kalau Thabit datang kemari, dia tidak mahu mencium tanganku.’ (Hadis riwayat Abu Ya’la dan orang-orangnya dapat diandalkan). Abu Daud mengeluarkan di dalam Sunannya dengan sanad dari Ummu Aban binti Al Waza’ bin Zara’ dari datuk Zara’, utusan Abdul Qais berkata : ‘Ketika datang ke Madinah, kami bergegas turun dari kenderaan kami untuk mencium tangan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan kakinya.’ Al-Asyja Munzir menanti sampai Uyainah datang dan memakai bajunya, lalu datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda berkata kepadanya : ‘Sesungguhnya di dalam dirimu ada dua hal yang disukai Allah dan RasulNya, iaitu kebijaksanaan dan ketenangan.’ Dia menjawab : ‘Wahai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, aku memiliki dua sifat itu ataukah Allah yang menjadikanku memiliki kedua sifat itu?’ Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : ‘Benar, Allah menjadikanmu memiliki kedua sifat itu.’ Dia menjawab : ‘Segala puji bagi Allah yang menciptakanku dengan dua sifat yang disenangi oleh Allah dan RasulNya.’ (Dikeluarkan oleh Abu Qasim Al-Baghawi di dalam kitabnya, Majma’ Ash-Shahabah dan Aunul Ma’bud) Sebabnya adalah sebagaimana disebutkan oleh penulis Syarah Al-Misykah: ‘Dia sebagaimana Abdul Qais bergegasgegas turun dari kenderaan sehingga terjatuh ke tanah, lalu melakukan apa yang dilakukan dan diakui oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bahawa yang menjadi pemimpin mereka bernama Al-Asyja. Dia terlebih dulu pulang ke kediamannya, lalu mandi dan mengenakan pakaian putih. Selanjutnya dia masuk ke masjid, solat dua rakaat dan berdoa dengan singkat, barulah berjumpa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan sikap tunduk, tekun dan lemah lembut. Melihat sikapnya, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam memuji adabnya : ‘Sesungguhnya di dalam dirimu ada dua hal yang disukai Allah, iaitu kebijaksanaan dan ketenangan.’ Maksudnya, dia tidak terburu-buru dan halus sikapnya, sehingga terlihat kebaikan dan keteguhannya. Kemudian penulis Aunul Ma’bud menta’liq di dalam hadis tentang dibolehkan mencium kaki.
Kandungan
438
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Al-Hafiz Abu Bakar Al-Ashbahani Al-Mukri menyusun rukhsah-rukhsah dalam mencium tangan. Hal itu disebutkan di dalam hadis Ibn Umar, Ibn Abbas, Jabir bin Abdullah, Buraidah bin Al-Hashib, Safwan bin Asal, Buraidah Al-Abdi, Al Zara’ bin Amir Al-Abdi. Disebutkan di dalamnya athar-athar yang shahih dari sahabat dan tabi’in. Dan disebutkan sebahagian bahawa Imam Malik tidak menyukai hal itu, sedangkan yang lain-lain menyetujuinya. Dikatakan kepada Al-Abhari : ‘Sebenarnya yang dibenci oleh Imam Malik adalah kalau hal itu dilakukan dengan dasar untuk membesarkan dan mengagungkan. Maka apabila seseorang mencium tangan, wajah atau bahagian tubuh orang lain yang bukan aurat sebagai taqarrub kepada Allah kerana agama, ilmu atau kehormatannya, maka hal semacam itu dibolehkan. Mencium tangan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam juga boleh dianggap taqarrub kepada Allah. Apabila yang dilakukan termasuk penghormatan secara duniawi atau kekuasaan atau syubhat dari kesombongan maka tidak dibolehkan.’ Di antara riwayat yang menggelikan hati adalah yang terjadi sebagaimana dikeluarkan oleh Al-Baihaqi di dalam Asy-Sya’bi dan Ibnu Asakir dari Abi Rafi’, katanya : ‘Umar Al-Khattab Radiallahu‘anhu memimpin pasukan menuju Rumawi. Di dalam pasukan tersebut ada seorang yang bernama Abdullah bin Huzaifah dari sahabat-sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Orang-orang Rumawi berjaya menawannya, lalu dibawa menghadap Kaisar mereka. Kepada si Kaisar dikatakan : ‘Ini adalah salah satu sahabat Muhammad.’ Maka Kaisar berkata : ‘Mahukah engkau memeluk agama Nasrani lalu ku jadikan sebagai pemimpin di dalam wilayah kekuasaan dan kerajaanku?’ Dia menjawab : ‘Andaikata engkau memberikan seluruh milikmu dan semua yang memiliki bangsa Arab dengan tujuan agar aku keluar dari agama Muhammad, maka sedikit pun tidak akan ku lakukan.’ Kata Kaisar : ‘Kalau begitu aku akan membunuhmu.’ Dia menjawab : ‘Silakan saja.’ Kemudian dia diperintahkan untuk disalib, lalu dikatakan kepada orang-orang yang lalu di situ
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
439
supaya dia dilontari pada dekat tangan dan kakinya. Di samping itu Kaisar terus menawarkan agama Nasrani, tetapi Abdullah menolak. Dia kemudian diturunkan dan dihadapannya diletakkan bekas yang berisi air mendidih. Selanjutnya Kaisar minta dua tawanan Muslimin dan salah satunya diperintahkan untuk dilemparkan ke dalam bekas yang mendidih itu. Sementara si Kaisar terus menawarkan agama Nasrani, namun Abdullah tetap menolak. Akhirnya si Kaisar memerintahkan agar dia dimasukkan ke dalam bekas itu. Dia diheret mendekati bekas itu, Abdullah menangis sehingga si Kaisar merasakan bahawa dia takut. Katanya kemudian : ‘Bawa dia kembali ke mari.’ Lalu kepadanya ditawarkan kembali agama Nasrani, tetapi dia tetap menolak. Kaisar bertanya : ‘Lalu mengapa engkau menangis?’ Dia menjawab : ‘Aku berkata kepada diriku sendiri, sekarang engkau akan dimasukkan ke dalam bekas dan binasa, padahal aku ingin agar setiap bulu di tubuhku berubah menjadi jiwajiwa yang dimasukkan ke dalam bekas di jalan Allah dan kerana Allah.’ Maka si Kaisar berkata : ‘Mahukah engkau mencium kepalaku, lalu engkau aku bebaskan bersama seluruh tawanan Muslimin?’ Dia menjawab : ‘Baik, bersama seluruh tawanan Muslimin.’ Dia berkata kepada dirinya sendiri : ‘Seorang musuh Allah harus ku cium kepalanya untuk membebaskan tawanan Muslimin? Aku tidak peduli.’ Lalu dia mendekati dan mencium kepala si Kaisar. Selanjutnya seluruh tawanan diserahkan kepadanya lalu Abdullah membawa kembali kepada Umar AlKhattab Radiallahu‘anhu. Setelah dia menceritakan kejadiannya, Umar Al-Khattab Radiallahu‘anhu berkata : ‘Hak bagi setiap Muslim untuk mencium kepala Abdullah bin Huzafah.’ Lalu Umar Al-Khattab Radiallahu‘anhu maju dan mencium kepalanya. (Dari kitab Kunzul Amal dan dicatat oleh Al-Hafiz di dalam terjemahan Al Ishabah dan disebutkan bahawa AlBaihaqi mengeluarkan dari jalan Dhirar bin Amru dari Rafi’ dan dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dengan kesaksian dari hadis Ibnu Abbas). Berkatalah Ibnu Kathir dalam Tarikhnya di dalam kitab Fathu Baitul Maqdis atas tangan Umar Al-Khattab Radiallahu‘anhu setelah berbicara : ‘Begitu Umar Al-Khattab
Kandungan
440
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Radiallahu‘anhu sampai di Syam, dia disambut oleh Abu Ubaidah beserta tokoh-tokoh pemimpin seperti Khalid bin Walid dan Yazid bin Abi Sufyan. Abu Ubaidah turun dari kenderaannya sementara Umar juga turun. Kemudian Abu Ubaidah terlihat hendak mencium tangan Umar sedangkan Umar hendak mencium kaki Abu Ubaidah. Akhirnya Abu Ubaidah menahan diri dan Umar pun menahan diri.’ (Dari kitab Al Bidayah Wan Nihayah) Al-Hafiz Ibn Jauzy berkata di Manaqib Ashabul Hadis: ‘Seharusnya setiap pelajar merendahkan dirinya kepada orang alim. Dia harus tunduk dan merendahkan diri dengan mencium tangannya sebagaimana Sufyan bin Uyainah dan Fudhail bin Iyadh. Yang seorang mencium tangan Al-Husain bin Ali Al Ja’fi, manakala seorang lagi mencium kakinya.’ (Lihat Syarah Manzhumatul Adab) Abu Ma’la di Syarah Al Hidayah berkata : ‘Apabila mencium tangan orang alim dan orang dermawan itu dilakukan untuk menyambutnya, maka hak itu dibolehkan. Namun apabila menciumnya adalah kerana kekayaan seorang yang kaya, maka telah diriwayatkan : ‘Maka dia telah melenyapkan sepertiga agamanya.’ Anda sudah tahu bahawa para sahabat mencium tangan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam seperti di dalam hadis Ibn Umar sewaktu terjadinya perang Mu’tah. Adapun pandangan Imam yang empat di dalam hukum mencium adalah seperti berikut : Pertama (Ulama Al-Hanafiah) Berkatalah Ibnu Abidin dalam komentarnya tentang kata-kata penulis Ad-Dur yang terpilih : ‘Tidak mengapa soal mencium tangan seorang alim dan yang sederhana dengan dasar untuk mencari berkat. Dikatakan bahawa hal itu sunnah dan telah diketahui tarikan hadis-hadis tentang sunnahnya atau nadabnya sebagaimana diisyaratkan oleh Al-Aini.’ Di dalam komentar Ath-Thahawi atas kitab Maraqil Falah dikatakan : ‘Telah sangat jelas keterangan bahawa diciumnya tangan orang alim atau penguasa yang adil dibolehkan.’
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
441
Dan tertera di dalam hadis yang disebutkan oleh Al-Badrul Aini : ‘…kemudian dikatakan : Dari majmu’ yang kita sebut, mencium tangan dibolehkan.’ Kedua (Ulama Al-Malikiah) Berkatalah Imam Malik Radiallahu‘anhu : ‘Mencium tangan seseorang untuk mengagungkan atau memuliakan adalah makruh. Sedangkan kalau berdasarkan keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah kerana agamanya atau kerana ilmunya dan syariatnya, maka diperbolehkan.’ (Fathul Bari karangan Ibn Hajar Al-Asqalani) Ketiga (Ulama Asy-Syafi’iyah) Imam An-Nawawi berkata : ‘Mencium tangan seseorang kerana zuhudnya, kebaikannya, ilmunya, kehormatannya atau semacamnya dari masalah agama tidak dibenci, melainkan disenangi. Tetapi kalau mencium tangan seseorang kerana kekayaannya, kedudukannya, kekuasaannya atau semacamnya dari masalah duniawi maka itu sangat dibenci.’ (Lihat kitab Fathul Bari) Keempat (Ulama Hanabilah) Di dalam kitab Ghaza ul Al Albab Syarah Manzhumatul Adab, Al-Asfariyani Al-Hanbali berkata : ‘Al-Maruzi berkata : ‘Aku bertanya tentang hal itu kepada Abu Abdullah(Imam Ahmad bin Hanbal), dia berkata : ‘Kalau hal itu dilakukan atas dasar agama, maka tidak menjadi soal, seperti Abu Ubaidah Radiallahu‘anhu yang mencium tangan Umar Al-Khattab Radiallahu‘anhu. Kalau dilakukan berdasarkan pertimbangan duniawi, maka tidak boleh.’ Maka ditetapkan hukum bahawa ciuman tangan dibolehkan bagi ulama’ dan orang-orang yang soleh dan yang berilmu mahupun kedua orang tua. Itu termasuk adab Islami yang dianjurkan. Di dalam kitab fiqh berbagai mazhab menjadi nas dibolehkan mencium tangan mereka itu. Dinukil oleh ulama fiqh Asy-Syarbini : ‘Disunnahkan bagi seseorang untuk berdiri menyambut ulama dan orang yang utama dalam kebaikan dan kehormatan atau semacam itu, tanpa diikuti
Kandungan
442
Hakikat Tawassul dan Wasilah
riya’ dan pengagungan. Dikatakan di dalam kitab Al-Raudhah : ‘Telah ditetapkan di dalamnya hadis-hadis sahih.’ Imam An-Nawawi memiliki risalah khusus yang berjudul Risalatul Tarkhish Bil Qiyam li Zil Fadhli, yang membolehkan seseorang berdiri untuk menyambut orang yang datang. Dalil tentang hal itu adalah hadis-hadis seperti : Dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya : ‘Bahawa sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam duduk-duduk pada suatu hari, kemudian datanglah ayah susuannya. Maka Baginda menghamparkan sebahagian pakaiannya untuk diduduki. Lalu datang pula ibu susuannya, maka dihamparkannya sebahagian pakaian di sisi yang lain. Lalu datang saudara susunya, maka Baginda bangkit untuk menyambut dan mendudukkannya di sampingnya.’ Imam Malik mengeluarkan kisah Ikrimah bin Abi Jahal ketika melarikan diri ke Yaman pada hari Fathu Makkah. Isterinya menyusulnya dan mengajaknya kembali ke Mekah sebagai Muslim. Kedatangannya dilihat oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, maka dia disambut dengan gembira dan Baginda memberikan jubahnya kepada Ikrimah. Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bangkit untuk menyambut Ja’far Radiallahu‘anhu tatkala datang dari Habsyah seraya berkata :
‘Aku tidak tahu apa yang membuatku gembira, kedatangan Ja’far atau kemenangan ke atas Khaibar.’
Di dalam hadis Aisyah Radiallahu‘anha dikhabarkan :
‘Telah datang Zaid bin Harisah di Madinah, sementara Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam berada di rumahku. Ketika dia
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
443
mengetuk pintu, Baginda bangkit dan menyambutnya dengan memeluk dan menciumnya.’
Abu Daud mengeluarkan dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sedang bercerita, kemudian beliau berdiri. Maka kami pun bangkit sampai melihat Baginda benar-benar masuk ke rumahnya.’ (Nas-nas ini merupakan misalan mazhab Syafi’iyah dalam hal berdiri) Ulama fiqh yang teliti, Ibn Abidin, mengutip ketika penulis Ad-Dur berkata : ‘Boleh berdiri sebagai penghormatan terhadap orang yang datang, sebagaimana boleh berdiri walaupun bagi orang yang sedang membaca di dalam majlis ilmu, di hadapan para ulama. Dikatakan di dalam kitab Al-Qaniyah : ‘Orang yang duduk di masjid boleh berdiri untuk menghormati orang yang memasuki masjid dan orang yang membaca Al-Quran pun boleh berdiri untuk menghormati orang yang datang. Semua itu tidak dibenci kalau sekadar sebagai penghargaan yang layak.’ Di dalam Musykilul Athar tertulis : ‘Pada dasarnya, berdiri bagi orang lain tidaklah dibenci .Yang dibenci adalah kesukaan seseorang bagi orang yang berdiri baginya dan sesungguhnya orang yang berdiri bagi orang yang tidak berdiri baginya dibenci.’ Berkatalah Ibnu Wahban : ‘Aku berkata bahawa pada zaman ini kita harus mengetahui hal itu. Ertinya, berdiri itu boleh menghapuskan dengki, benci dan permusuhan, apalagi kalau berlangsung pada kesempatan-kesempatan di mana orang biasa berdiri. Apa yang terpapar tentang kebiasaan orang yang suka berdiri dengan berpegangan tangan ialah, sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Turki dan ‘Ajam.’ Berkatalah Abu Sulaiman Al-Khatabi Asy-Syafi’i untuk menerangkan hadis : Abu Daud meriwayatkan dari Abu Said Khudri Radiallahu‘anhu : ‘Sesungguhnya ketika Bani Quraizah menyatakan tunduk kepada hukum Saad, Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengutus (Saad) kepada mereka. Dia datang, Baginda bersabda : ‘Berdirilah, sambutlah pemimpin (sayyid) kamu atau orang yang terbaik dari kamu.’ Lalu dia datang dan duduk di sisi Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.’
Kandungan
444
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Al-Khatabi berkata : ‘Diketahui bahawa panggilan seseorang kepada kawannya : ‘Ya sayyidi’ tidak dilarang asalkan kawannya seorang yang baik dan terhormat. Namun hal itu dibenci apabila dilakukan kepada orang fajir.’ Termasuk di dalamnya berdirinya orang bawahan untuk menyambut orang atasannya yang terhormat dan wali yang adil dan berdirinya pelajar untuk menyambut gurunya adalah dipuji dan tidak dibenci. Yang dibenci adalah orang-orang yang memiliki sifat sebaliknya. Al-Khatabi berkata pula di dalam syarah hadis Abu Daud yang diriwayatkan oleh Muawiyah, katanya :
‘Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa suka membuat orang-orang berdiri baginya, hendaknya dia menyiapkan dirinya di dalam api neraka.’
‘Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam “membuat” maksudnya orang-orang berdiri mengadap kepadanya dan bertujuan untuk menyuruh mereka melakukan hal itu bahkan mengharuskan mereka, berdasarkan kesombongan dan kebongkakan.’ Di dalam Musnad Imam Ahmad dikatakan : ‘Berdirilah bagi pemimpin kamu dan sambutlah dia.’ Tetapi pada akhir beritanya, dia membela masalah berdiri ini dengan mengajukan dalil : ‘Ada pemuda-pemuda dari Bani Abdul Asyhal yang berkata : ‘Kami berdiri di atas kaki kami dengan membentuk dua barisan, sehingga setiap orang dari kami selesai memberi hormat kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.’ Selanjutnya mari kita akhiri perbahasan ini dengan hadis tentang Hajar Aswad kerana sesuai dengan topik ini, juga menjelaskan tentang dibolehkan menciumnya. Dari Abu Said, katanya : ‘Aku berhaji bersama Umar AlKhattab Radiallahu‘anhu. Ketika memulai tawaf, dia menghadap Hajar Aswad dan berkata :
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
445
‘Aku tahu engkau ini batu hitam yang tidak memberikan mudharat atau manfaat. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menciummu, maka aku tidak akan menciummu.’ Lalu dia menciumnya.’
Kemudian Ali berkata : ‘Tetapi, wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya batu itu memberi mudharat dan manfaat.’ Umar Al-Khattab Radiallahu‘anhu bertanya : ‘Dengan apa?’ Ali menjawab : ‘Dengan Kitabullah.’ Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman :
‘Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya) : ‘Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab : ‘Benar (Engkaulah Tuhan kami)’ (Al-A’raf:172)
Allah menciptakan Adam lalu mengusap punggungnya dan menetapkan kepada mereka bahawa Dia adalah Tuhan mereka, sedangkan mereka adalah hamba-hambaNya. Dia mengambil janji dan sumpah serta menuliskan hal itu di amad. Maka dengan ini, batu tersebut mempunyai mata dan lisan. Dikatakan kepadanya : ‘Bukalah.’ Dikatakan : ‘Lalu dia membuka dan menelan amad itu.’ Kemudian berkata : ‘Aku bersaksi bahawa orang yang memenuhimu akan ku penuhi pada hari kiamat.’ Dan aku bersaksi aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Hajar aswad akan didatangkan
Kandungan
446
Hakikat Tawassul dan Wasilah
pada hari kiamat dengan memiliki lisan yang jelas dan bersaksi bagi orang yang mendatanginya dengan tauhid.’ Itulah, wahai Amirul Mukminin, mudarat dan manfaatnya.’ Kata Umar AlKhattab Radiallahu‘anhu : ‘Aku berlindung kepada Allah supaya tidak hidup di antara orang-orang yang anda tidak berada di dalamnya, wahai Abal Hasan.’ (Hadis riwayat Al Hakim di dalam kitab Al Mustadrak dan diakui oleh Al-Hafiz Az-Zahabi di dalam kitab At-Talkhis)
MENCARI BERKAT DENGAN ATHAR ORANG-ORANG SOLEH Perhatian yang penuh dan analisa yang cermat tentang amalan para sahabat memberikan gambaran kepada kita tentang kepercayaan mereka yang benar dan jujur atas Sayyidina Muhammad beserta ajarannya yang murni. Kitab-kitab Sahih tentang hadis-hadis yang suci, sejarah Islam, sirah dan jihad memberi gambaran kepada kita tentang bagaimana mereka bergaul dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, bagaimana mereka mensucikannya serta bagaimana mereka mencari berkat dengannya di dalam semua urusan kehidupan mereka. Di antara hal dan masalah Muslim berkenaan dengan perbuatan para sahabat dan meneliti kepercayaan mereka adalah apabila ada bayi mereka yang lahir pada waktu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berada di Madinah Al-Munawarah, mereka membawa si bayi kepada Baginda, kemudian Beliau menyuapinya dengan kurma, menyisir rambut kepalanya dengan tangannya yang suci dan mendoakannya. Mereka memandang hal itu sebagai hal yang penuh berkat dan berbangga dengannya. Ibnu Hajar Al Asqalani berkata :
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
447
‘Sesungguhnya setiap bayi yang lahir pada masa hidup Baginda selalu diketahui olehnya, sebab setiap orang Ansar selalu membawa anak-anaknya kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam untuk ditahnik dan diberkati.’
Para ahli Sunnah Nabawiyah mengutip bahawa ketika Rasulullah menguasai Makkah, orang-orang Makkah selalu datang dengan anak dan bayi-bayi mereka, agar kepalanya diusap dengan tangan mulia Rasulullah dan didoakan dengan keberkatan. Tidak diragukan lagi bahawa athar Rasulullah, iaitu makhluk pilihan yang paling sempurna, paling mulia, bahkan paling utama di antara para Nabi dan Mursalin telah menetapkan wujud sebutan yang paling masyhur dan paling kelihatan berkatnya. Sesungguhnya Baginda lebih utama dan lebih layak berkatnya. Hal ini telah disaksikan oleh ramai sahabatnya dan semua berijma’ untuk mengambil berkat darinya dan dari athar serta memberi perhatian dalam hal ini. Padahal mereka adalah ahli hidayah yang mendapat petunjuk contoh tauladan orangorang yang soleh. Telah ditetapkan mereka mencari berkat dan redha Allah melalui rambut Rasulullah, sisa wuduknya, keringatnya yang suci, pakaiannya yang bersih, peralatannya, sentuhan tubuhnya dan lain-lain. Itulah yang diketahui dari athar-atharnya yang benar dari berita orang-orang yang baik dan dipercayai. Berita yang sahih tentang soal mengambil berkat dari Rasulullah dan athar-athar yang baik banyak sekali, Al-Bukhari mengeluarkan dengan sanad dari Abi Juhaifah, katanya :
‘Rasulullah telah keluar menemui kami pada suatu siang yang panas. Seseorang membawakan air wuduk kemudian Baginda berwuduk. Selanjutnya orang-orang mengambil sisa
Kandungan
448
Hakikat Tawassul dan Wasilah
air wuduknya dan mengusapkannya ke tubuh masingmasing.’
Dari Abu Musa Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. memanggil dan meminta satu gelas air kemudian mencuci tangan dan wajahnya serta mengadunkan air tersebut. Sabdanya : ‘Minumlah kamu berdua lalu habiskan untuk mengusap wajah dan leher kamu.’ Dari As-Saib bin Yazid berkata :
‘Aku diajak oleh ibu saudaraku pergi ke Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu ibu saudaraku berkata : ‘Wahai Rasulullah, ini putera saudariku.’ Maka Baginda mengusap kepalaku dan mendoakan keberkatan bagiku, kemudian Baginda berwuduk dan aku meminum air wuduknya.’
Al-Bukhari meriwayatkan dengan sanad dari Jabir Radiallahu‘anhu. Katanya :
‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah datang mengunjungiku, sedangkan waktu itu aku kehilangan ingatanku. Kemudian Baginda berwuduk dan dari air wuduknya aku sembuh. Aku bertanya : ‘Wahai Rasulullah, untuk siapakah harta warisan itu?’ Baginda menjawab : ‘Sesungguhnya yang mewarisi aku adalah kalalah.’ Maka turunlah ayat faraidh.’
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dengan sanad dari Al-Miswar bin Makhramah dan Marwan, masing-masing mempercayai perkataan kawannya tentang kisah Al-Hudaibiyah, di dalamnya disebutkan :
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
449
‘Urwah kembali kepada sahabat-sahabatnya dan berkata : ‘Saudara-saudara, demi Allah, aku pernah menjadi utusan kepada raja-raja, aku mendatangi Kaisar, Kisra dan An-Najasyi. Demi Allah, aku tidak melihat seorang raja pun yang disayangi dan dihormati oleh sahabat-sahabatnya seperti pengagungan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Muhammad terhadap Muhammad. Demi Allah, tidak ada setitis pun keringatnya yang jatuh kecuali di atas tangan salah seorang dari mereka, kemudian diusapkan ke wajahnya atau ke kulitnya. Apabila dia memerintahkan, mereka siap melaksanakan perintahnya dan apabila dia hendak berwuduk, mereka seakan–akan sampai bermusuhan kerana merebutkan air wuduknya. Dan kalau berbicara, mereka merendahkan suara di hadapannya. Mereka juga tidak pernah menajamkan matanya apabila memandang kepadanya kerana mengagungkannya.’ Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dengan sanad dari Kabsyah Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Telah masuk kepada Rasulullah, kemudian meminum dari qirbah yang tergantung, kemudian aku bangkit dan memutuskan pergantungannya.’ (Sebagaimana telah di keluarkan oleh Ibn Majah di dalam Sunannya dan AtTirmizi di dalam Sunannya dan At-Tirmizi berkata bahawa hadis tersebut adalah hadis hasan) Imam An-Nawawi berkata : ‘Sesungguhnya pemotongan (tali penggantung qirbah) dimaksudkan untuk menjaga tempat bekas mulut dan bibir Rasulullah agar boleh diambil berkatnya, sekaligus menjaga qirbah itu agar tidak digunakan lagi.’ Imam Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Sahihnya dengan sanad Jabir bin Abdullah Radiallahu‘anhu. katanya :
Kandungan
450
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Aku menyertai Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sampai waktu ‘Asar sementara kami tidak mempunyai air kecuali satu gelas sahaja. Maka air itu dituang ke dalam timba, kemudian Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam datang dan memasukkan tangan ke dalamnya. Beliau membuka jarijarinya seraya berkata : ‘Ayuh! Berwuduklah,’ dan berkat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, aku melihat air mengalir dari jari-jarinya. Orang-orang pun berwuduk dan minum. Aku tidak pernah haus selepas itu, maka dari itu, aku tahu bahawa ia benar-benar berkat.’
Imam Muslim mengeluarkan di dalam Sahihnya dengan sanad dari Abdullah, pembantu Asma’ binti Abi Bakar, katanya : ‘Asma’ mengutusku untuk pergi kepada Abdullah bin Umar dan berpesan : ‘Bawakan berita kepadaku bahawa engkau telah memuliakan tiga perkara di antaranya : ‘Maka Abdullah berkata kepadaku : ‘Mitharah ini berbau harum. Bererti ini adalah mitharah Abdullah apabila baunya harum.’ Maka aku kembali kepada Asma’ dan memberitahukan hal itu, lalu dia berkata : ‘Ini adalah jubah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.’ Lalu dia mengeluarkan jubah seperti kisra yang berupa selimut bersulamkan benang sutera. Dia berkata : ‘Benda ini pada Aisyah, lalu aku menyimpannya. Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam memakainya, sehingga kami mencucinya bagi orangorang yang sakit dan banyak yang sihat kerananya.’ Imam An-Nawawi berkata : ‘Di dalam hadis terdapat dalil tentang disukai sesiapa mencari berkat denagan athar dan pakaian orang–orang soleh.’ Imam Ahmad meriwayatkan di dalam Musnadnya dengan sanad dari Anas r.a.: ‘Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam suka masuk ke rumah Ummu Sulaim kemudian tidur di atas pembaringannya ketika dia tiada. Kemudian pada suatu hari beliau datang dan tidur di atas pembaringannya. Tatkala Ummu Sulaim datang, dia diberitahu : ‘Ini Nabi Sallallahu ‘alaihi
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
451
wasallam sedang tidur di atas pembaringanmu.’ Maka dia pun semakin hampir, pada waktu itu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam berkeringat. Dia mengusap keringat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan sepotong kain, lalu membuka botolnya dan memerah kain tersebut sehingga keringat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengalir ke dalamnya. Maka Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya : ‘Apa yang kau lakukan itu, wahai Ummu Sulaim?’ Dia menjawab : ‘Wahai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, kami menginginkan berkatnya bagi anak-anak kami.’ Maka Baginda menjawab : ‘Benar itu.’ (Dikeluarkan oleh Imam Muslim) Al-Qadhi Iyadh menyebut bahawa Malik bin Sinan menghisap darah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam pada hari Uhud. Maka Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
‘Dia tidak akan disentuh oleh api neraka.’
Abdullah bin Zubair minum darah bekam Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan perbuatannya itu tidak ditolak oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Seorang wanita meminum air kencing Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda : ‘Engkau tidak akan sakit perut sama sekali.’ (Hadis sahih dikeluarkan oleh AdDaruquthni, dan Al-Bukhari serta Muslim mengeluarkan di dalam Sahih mereka) Di dalam Musnad Imam Ahmad dijelaskan bahawa seorang wanita dari Bani Ghiffar yang bernama Hani Ummayyah bin Abish Shalt berkata bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. telah memberinya kalung yang berasal dari anak muda Khaibar dan mengalungkan sendiri dengan tangannya yang suci di lehernya. Dia pun berkata : ‘Demi Allah, kalung ini tidak akan berpisah dariku sama sekali.’ Sewaktu hendak meninggal, wanita itu berwasiat agar kalung tersebut dikuburkan bersamanya. Al-Qadhi Iyadh di dalam kitab Asy-Syifa’ menulis bahawa di dalam penutup kepala Khalid bin Walid terdapat beberapa
Kandungan
452
Hakikat Tawassul dan Wasilah
helai rambut Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika penutup kepalanya terjatuh di tengah medan perang, dia lalu bertempur dengan ganas sehingga sahabat-sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menolak perbuatannya kerana banyak yang tewas kerananya. Maka dia berkata : ‘Aku tidak melakukannya melainkan kerana penutup kepala itu, kerana di penutup kepala itu, terdapat rambut Sallallahu ‘alaihi wasallam dan aku tidak mahu kehilangan berkatnya dan ia jatuh ke tangan orang-orang musyrik.’ Barangsiapa membaca tentang kehidupan para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan tabi’in, nescaya akan mengetahui bahawa mereka mengambil berkat dari air wuduk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan mencela orangorang yang tidak mendapatkannya, melainkan mengambil dari kawan-kawannya yang basah dan apa sahaja yang boleh diambil dari tubuhnya. Berkat tersebut boleh diambil dari air liurnya, rambutnya ataupun keringatnya. Mereka yang mengubati orang yang sakit dengan air cucian simpanan pakaian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sehingga menjadi sembuh. Hal-hal ini laksana samudera yang tidak bertepi. Maka kita boleh mencari hal-hal yang boleh diambil berkatnya. Semua itu mengarahkan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan apa yang ada sangkut pautnya dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, termasuk bendabenda yang tidak bernyawa. Tidak digambarkan daripadanya doa bagi orang yang mencari berkat dengannya. Maka kalau benar, diturunkannya rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada benda-benda mati itu, tertakluk pada jauh dekatnya benda tersebut dengan zatnya yang mulia, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang merupakan kekasihNya. Telah dibenarkan dari Urwah bin Mas’ud Ath-Thaqafi di dalam riwayat Al-Bukhari dan lain-lain, bahawa dia berkata benar ketika menasihati orang-orang Quraisy sewaktu menjadi utusan mereka kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dalam peristiwa perdamaian Hudaibiyah : ‘Wahai kaumku, demi Allah aku pernah menjadi utusan untuk menghadap Kaisar, Kisra dan Najasyi. Maka aku tidak pernah
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
453
melihat seseorang yang mengagungkan orang lain sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat Muhammad kepada Muhammad. Dia tidak pernah tertawa sehingga mengeluarkan air liur, kecuali mereka berebut untuk menadahnya di tangan mereka, kemudian disapukan pada wajah atau kulit mereka. Dan tidak ada sisa-sisa air wudhuknya, kecuali mereka berebut untuk mengambilnya, demi mengharapkan berkat darinya.’ Dibenarkan oleh Imam Al-Bukhari dan lain-lain bahawa para sahabat berdesak-desakan menghampiri tukang cukur Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sewaktu dia sedang memotong rambut di kepala Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia, lalu membahagi-bahagikan potongan rambutnya. Di dalam Sahih Muslim dikatakan sewaktu dicukur, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan rambutnya kepada Abu Talhah dan bersabda : ‘Bahagikanlah kepada semua orang.’ Di dalam kitab Asy-Syifa’ tulisan Al-Qadhi ‘Iyadh dikatakan bahawa Ibn Umar Radiallahu‘anhu meletakkan tangannya di atas tempat duduk Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam di mimbar kemudian diusap ke wajahnya. Berkat lain biasanya diperolehi dengan menyentuh pakaian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Asy-Syihab berkata di dalam syarah tentang hal itu yang diriwayatkan oleh Ibn Sa’ad yang menunjukkan bolehnya mencari berkat dari para Nabi dan orang-orang soleh serta atharatharnya dan apa sahaja yang ada hubungannya dengan mereka. Tiada contoh pengingkaran tentang hal itu bagi orang-orang bodoh pada zaman kita ini. Sesungguhnya tindakan Umar Radiallahu‘anhu menebang pohon yang di bawahnya pernah digunakan untuk bai’ah adalah kerana kentalnya perilaku jahiliyyah pada diri kebanyakan orang pada ketika itu. Umar melakukan hal tersebut untuk mencegah syirik yang masih bersisa di dalam jiwa-jiwa mereka, dan bukan bererti melarang sama sekali mencari berkat darinya. Mencari berkat termasuk salah satu cara untuk mengukuhkan keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan kudratNya.
Kandungan
454
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Ini merupakan dalil terus berlangsungnya athar-athar amalan soleh. Tindakan Umar hanya merupakan ijtihad di dalam hukum untuk menghilangkan penyebab dan bukan mensyariatkannya. Di dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan dari Asma’ bte Abu Bakar yang telah berihram dengan jubah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Dia berkata : ‘Benda ini ada pada Aisyah, lalu aku menyimpannya. Kami mencucinya bagi orang-orang yang sakit untuk menyembuhkan mereka dengannya.’ Dikeluarkan di dalam Al Jama’ Bainash Shahihain tulisan Al Hafizh Al Humaidi dari ‘Abdullah bin Muhid, katanya : ‘Aku diutus kepada Ummu Salamah, isteri Nabi s.a.w., untuk membawa satu teko air, lalu membawa sebuah mangkuk dari perak yang di dalamnya terdapat beberapa helai rambut Nabi s.a.w. Apabila ada orang yang sakit mata atau kerasukan syaitan, maka mangkuk itu akan diisi air, lalu diaduk dan diminum airnya.’ Di dalam Shahih Muslim dan Syama-il At Tirmizi dijelaskan bahawa apabila Nabi s.a.w. solat siang, maka datanglah para pembantu Madinah membawa mangkukmangkuk berisi air. Setiap kali ada yang datang, tangannya yang suci dicelupkan ke dalam mangkuk. Peristiwa ini banyak terjadi pada siang hari musim dingin. Nabi s.a.w. selalu memasukkan tangannya di dalam air itu dan tidak ada yang dibiarkan pulang sia-sia oleh Baginda. Bab ini sangat luas, bahawa pengembaliannya mengarah kepada Allah. Orang yang meminta berkat mencurahkan di setiap apa yang tergantung pada diri Rasulullah, dan mereka tidak menolak perbuatan itu selama kehidupan Nabi s.a.w. Tidak ada pula sahabat atau tabi’in yang mengingkarinya setelah wafatnya, bahkan mereka sendiri melakukan hal itu. Imam Ahmad di dalam Thulathiyatnya mengatakan bahawa Marwan bermaksud mengutus seseorang agar mengirimkan mimbar Nabi s.a.w. kepada Muawiyah. Tiba-tiba terjadi gerhana matahari sampai bintang-bintang kelihatan, sehingga kota Madinah menjadi gelap gelita, ditambah munculnya angin taufan akibat kejadian tersebut.
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
455
Dikatakan di dalam Zubdahul A’mal : ‘Bahawa mimbar yang diperbaiki oleh Muawiyah selamanya menjadi rebutan. Sebahagian Khalifah Bani Abbas memperbaharui mimbar tersebut, dan memanfaatkan sisa-sisa kayu dari mimbar Nabi s.a.w. sebagai sisir untuk mencari berkat. Keadaan tetap berlangsung seperti itu sampai terbakarnya Masjid An-Nabawi.’ Setelah mimbar terbakar serentak dengan terbakarnya Masjid An Nabawi pada tahun 654 H, para penziarah pun kehilangan kesempatan untuk menyentuh hujung mimbar tempat Rasulullah biasa meletak tangan atau telapak kakinya yang suci. Saya kembali menyatakan bahawa mencari berkat dengan peninggalan yang suci dari Rasulullah menjadi sunnah para sahabat, dan mengikuti jejak mereka dalam soal itu termasuk minhaj para tabi’in dan orang-orang soleh selanjutnya. Mencari berkat dengan sebahagian athar Rasulullah pada masa hidupnya dulu telah biasa terjadi dan diakui oleh para sahabat. Tidak ada yang menolak hal itu seorang pun. Maka hal itu menjadi dalil yang kuat, yang jelas dan yang luas atas syariatnya. Kalau perbuatan ini tidak disyariatkan, tentulah mereka akan melarang dan mengancam orang-orang yang melakukannya. Berita-berita sahih dan ijma’ para sahabat menunjukkan disyariatkannya mencari berkat dengan athar-atharnya, sekaligus menunjukkan kuatnya iman para sahabat dan besarnya cinta mereka dalam mengikuti Rasulullah. Mencari berkat ini tidak dilakukan dengan sebahagian atharnya saja, melainkan dengan semua atharnya. Rasulullah pun menyetujui perbuatan mereka. Bahkan masalahnya terus berlangsung dan terus dilakukan atas dasar kesesuaian yang dipercayai dan dilihat dalam mencari berkat. Misalnya soal menggosok langit-langit mulut anak-anak. Hal itu merupakan saksi dan bukti yang paling nyata tentang amalan sahabat dan amalan Rasulullah beserta ketetapannya. Di antara hadis-hadis yang tertera dan berita-berita sahih yang kuat di dalam bab ini adalah sebagai berikut :
Kandungan
456
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf r.a., katanya : ‘Tidak ada bayi yang lahir dari seseorang kecuali dibawa kepada Nabi s.a.w. lalu didoakan.’ (Dikeluarkan oleh Ibn Hajar Al Asqalani dalam Al Ishabah dan Al Hakim dalam Al Mustadrak) Dari Muhammad bin ‘Abdul Rahman dari maula Abu Thalhah r.a., katanya : ‘Ketika Muhammad bin Thalhah lahir, aku membawanya kepada Nabi s.a.w. untuk ditahnik (digosok langit-langit mulutnya) dan didoakan. Begitu pula yang dilakukan terhadap bayi-bayi kaum Muslimin.’ (Ibn Hajar Al Asqalani dalam Al Ishabah) Dari ‘Aisyah r.a., katanya : ‘Sesungguhnya dibawakan kepada Rasulullah, anak-anak agar didoakan keberkatan dan digosok langit-langit mulutnya.’ (Musnad Imam Ahmad dan Al Bukhari) Imam Muslim mengeluarkan di dalam Sahihnya: ‘Bahawa Rasulullah telah meludah di mulut bayi yang masih menyusu. Maka ludahnya menenangkan mereka sampai malam hari.’ Diriwayatkan oleh Ummu Qais : ‘Sesungguhnya dia datang bersama bayinya yang belum makan makanan pada Rasulullah, lalu didudukkan di pangkuan Baginda, dan ia kencing di atas bajunya. Baginda minta air, dan bekas kencing itu disiram begitu saja tanpa dicuci.’ (Al Ishabah Ibn Hajar) Nas-nas ini menunjukkan sirah yang selalu dilakukan oleh orang-orang Ansar mahupun Muhajirin, sebagaimana menunjukkan perbuatan yang selalu dilakukan oleh Rasulullah dan ketetapan tentang akidah ini bagi mereka. Adakah keraguan setelah ini tentang diperkenannya mencari berkat dengan peninggalan Rasulullah? Bolehkah seseorang membantah atau merasa ragu, setelah para sahabat Rasulullah melakukan hal itu, atau Rasulullah sendiri berbuat dan menetapkan hal itu? Namun yang jelas, mencari berkat dengan Nabi s.a.w. adalah termasuk urusan iman, tanda-tanda dan kekhususan tauhid, serta bekas-bekasnya. Perlu diingat di sini tentang adanya bahagian lain yang besar dari athar-athar yang menunjukkan tentang berkat para sahabat.
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
457
Para ulama menyebutkan bahawa ramai sahabat yang dulu pernah digosok langit-langit mulutnya, diusap kepalanya, diludahi dimulutnya, dan didoakan oleh Rasulullah, di antaranya: ‘Abdullah bin Zubair. Sebagaimana diriwayatkan, dia adalah bayi pertama yang lahir dalam Islam, dari golongan Muhajirin setelah hijrah. Kemudian ibunya, Asma’ binti Abi Bakar membawanya kepada Nabi s.a.w., atau dibawa ‘Aisyah binti Abi Bakar, kemudian diletakkan dipangkuannya. Rasulullah kemudian meminta sebiji kurma dan mengunyahnya, kemudian menggosokkannya ke langit-langit mulut anak itu. Maka benda pertama yang masuk ke dalam perutnya adalah ludah Rasulullah. Dikatakan : ‘Lalu digosokkan langit-langit mulutnya dengan kurma dan didoakan.’ (Dalam Asadul Ghabah, Al Ishabah, Al Isti’ab, dan Sahih Muslim dengan sanad yang banyak. Juga dalam Sirah Al Halabiyah dan Musnad Ahmad) Abdullah bin Abi Thalhah Al Ansari demikian juga ketika lahir langsung digosok langit-langit mulutnya oleh Rasulullah dengan kurma. Diriwayatkan dari Anas bin Malik, katanya : ‘Aku pergi membawa ‘Abdullah bin Abi Thalhah Al Anshari ketika lahir, sedangkan Rasulullah di dalam ‘iba’ah menundukkan untanya, lalu Baginda bertanya : ‘Apakah engkau membawa kurma?’ Aku menjawab : ‘Ya.’ Lalu aku memberikan kepadanya, dan Baginda mengambil beberapa biji untuk dikunyah di dalam mulutnya dan digosokkan kedalam mulut bayi itu. Beliau membuka mulut si bayi dan memasukkannya ke mulutnya, lalu si bayi pun mulai menghisap. Baginda bersabda : ‘Kesukaan golongan Ansar adalah kurma.’ Dan bayi itu dinamakan ‘Abdullah.’ Setelah ‘Ibrahim bin Abi Musa Al Asy’ari lahir, dia dibawa oleh ayahnya kepada Rasulullah, lalu dinamai ‘Ibrahim dan digosok dengan kurma, dan dia anak yang paling besar. (Al Bukhari, Sahih Muslim, Al Ishabah, Musnad Ahmad, dan Asadul Ghabah) Mengenai Al Munzir bin Abi Usaid As Sa’idi, nama kecilnya adalah Malik bin Rabi’ah. Berkatalah Sahal bin Sa’ad : ‘Al Munzir bin Abi Usaid As Sa’idi dibawa kepada Nabi s.a.w. ketika lahirnya, lalu diletakkan oleh Nabi s.a.w. di atas pehanya. Abu
Kandungan
458
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Usaid pun duduk. Setelah itu, kepada Nabi s.a.w. dibawakan sesuatu di tangannya. Baginda menyuruh Abu Usaid mengangkat puteranya. Bayi itu diangkat dari peha Nabi s.a.w. lalu ditelangkupkan. Kemudian Baginda tersandar dan berkata: ‘Mana anak itu?’ Abu Usaid menjawab : ‘Saya telangkupkan.’ Tanya Nabi s.a.w. : ‘Siapa namanya?’ Abu Usaid menjawab: ‘Fulan, ya Rasulullah.’ Beliau berkata : ‘Bukan, tetapi namanya adalah Al Munzir.’ Maka sejak itu namanya menjadi Al Munzir.’ (Shahih Muslim, Asadul Ghabah, Al Ishabah) ‘Abdullah bin ‘Abbas lahir sementara Nabi s.a.w. dan keluarganya masih berada di Makkah. Bayi itu dibawa kepada Nabi s.a.w. dan digosok langit-langit mulutnya. Dan itu terjadi tiga tahun sebelum hijrah. (Asadul Ghabah, Dakha-irul ‘Uqbi, As Sirah Al Hanabilah) Dari Ibn ‘Umar r.a. : ‘Dia mendekati Ibn ‘Abbas dan berkata : ‘Aku melihat Nabi s.a.w. memanggilmu, lalu mengusap kepalamu dan menciummu dimulutmu.’ Dari Ibnu ‘Abbas : ‘Rasulullah berdoa untukku lalu mengusap ubun-ubunku dan berkata : ‘Ya Allah, ajarkanlah kepadanya hikmah.’ Dari ‘Ikrimah, - di dalam hadis - : ‘Lalu dipanggil dan didudukkan di pangkuannya, diusap kepalanya, serta didoakan dengan ilmu.’ (Al Ishabah, Al Isti’ab, Asadul Ghabah, Ath Thabaqat, dan Musnad-Musnad) Amirul Mu’minin ‘Ali bin Abi Thalib r.a. dari Zamakhsyari : ‘Sesungguhnya Nabi s.a.w. dikuasakan untuk diberi nama ‘Ali, dan memberi makan dari ludahnya yang penuh berkat dan dihisap oleh lidahnya. Fatimah binte Asad, ibunda ‘Ali, berkata : ‘Ketika aku melahirkan si bayi diberi nama ‘Ali, lalu diludahinya didalam mulut dan menyuapi mulutnya, dan dia terus mengisapnya sampai tertidur. Keesokaan harinya kami mencari orang yang mahu menyusuinya, tetapi tidak ada yang bersedia, kemudian kami mengambil Muhammad dan disuapi mulutnya dan dia tertidur.’ (Sirah Al Hanabilah dan Yanabi’ul Mawaddah) Dari Muhammad bin Thalhah bin ‘Ubaidillah, dikeluarkan oleh Ibn Syahin di dalam kitab Ash Shahabah, di dalam
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
459
terjemah Muhammad bin Thalhah dari Zhi’ra bin Muhammad, katanya : ‘Ketika Muhammad bin Thalhah lahir, aku membawanya kepada Nabi s.a.w. untuk digosok langit-langit mulutnya, diludahi, dan didoakan. Begitulah yang diperbuat terhadap anak-anak.’ As’ad bin Sahal bin Hanif Al Anshari Abu Umamah lahir dua tahun sebelum Nabi s.a.w. wafat. Dia dibawa kepada Nabi s.a.w. lalu digosok langit-langit mulutnya dan diludahi serta dinamai dengan nama datuk ibunya. (Al Isyabah, Asadul Ghabah, dan Al Isti’ab) Dari Abu Daud di dalam Asadul Ghabah : ‘Sesungguhnya sahabat Nabi s.a.w. berbaiah, mentahnik, dan mencari berkat kepadanya.’ ‘Abdullah bin ‘Amir bin Kariz Al Qarasyi, anak paman ‘Othman, lahir pada zaman Rasulullah s.a.w. kemudian dibawa kepadanya, ia masih kecil. Lalu diludahi oleh Rasulullah dan dipohonkan perlindungan. Maka ‘Abdullah menghisap ludah Nabi s.aw. (Al Isti’ab, Al Ishabah, Asadul Ghabah, Ath Thabaqat, dan Al Bihari) Safan bin Salamah digosok langit-langit mulutnya oleh Nabi s.a.w. dan didoakan. (Al Isti’ab dan Al Ishabah) Dari Sa’ad bin Abil Ghadiyah Al Muzni : Nabi s.a.w. tidak melihat Abu Ghadiyah di dalam solat. Setelah datang, dia ditanya : ‘Mengapa engkau lambat?’ Dia menjawab : ‘Aku mendapat rezeki anak.’ Nabi s.a.w. bertanya : ‘Sudahkah engkau memberi namanya?’ Jawabnya : ‘Belum, Rasullulah.’ Maka anak itu dibawa kepada Nabi s.a.w. dan diusap kepalanya dan diberi nama Sa’ad.’ (Al Ishabah) Dari ‘Abdullah bin Tha’labah bin Shaghir- dikatakan Ibn Abi Shaghir Al ‘Udzri, dikatakan : ‘Dia dilahirkan setelah Hijrah, dan sewaktu Rasulullah wafat, dia berusia empat tahun, dan dikatakan juga tujuh tahun. Dia dibawa kepada Rasulullah dan diusap kepala dan wajahnya pada waktu Fath.’ (Al Ishabah) ‘Abdullah bin Harith bin ‘Amru Al-Adawi lahir pada masa Rasulullah s.a.w. dan digosok langit-langit mulutnya. (Al Isti’ab, Al Ishabah dan Asadul Ghabah)
Kandungan
460
Hakikat Tawassul dan Wasilah
‘Abdullah bin Harith bin Nufail Al Hasyimi lahir dua tahun sebelum Rasulullah wafat. Dia dibawa kepada Baginda, kemudian digosok langit-langit mulutnya dan didoakan. (Al Isti’ab dan Asadul Ghabah) ‘Abdurrahman bin Zaid bin Khatthab bin Al ‘Adawi, iaitu anak saudara ‘Umar bin Khatthab r.a., dibawa oleh Abu Lubabah kepada Nabi s.a.w. Baginda berkata : ‘Ini bukan anakmu, hai Abu Lubabah.’ Jawabnya : ‘Benar. Dia adalah anak dari puteriku, wahai Rasulullah.’ Nabi s.a.w. berkata : ‘Aku tidak pernah melihat bayi yang lebih kecil dari dia.’ Lalu bayi tersebut digosok langit-langit mulutnya, diusap kepalanya, dan didoakan keberkatan. Ketika Rasulullah wafat, dia berusia dua tahun.’ (Al Isti’ab, Al Ishabah dan Asadul Ghabah) Muhammad bin Thabit bin Qais lahir pada masa Rasulullah. Dia diberi nama Muhammad, digosok langit-langit mulutnya dengan kurma, dan gugur pada hari Al Hurrah. (Al Isti’ab, Al Ishabah dan Asadul Ghabah) Muhammad bin Anas bin Fudhalah Azh Zhafari Al Anshari berkata : ‘Nabi s.a.w. telah datang ke Madinah ketika aku berusia dua minggu, lalu aku dibawa oleh ayahku kepada Nabi s.a.w. dan Baginda mengusap kepalaku.’ Yunus berkata : ‘Ayahku telah lanjut usia sampai rambutnya memutih, dan tidak ada orang tua yang diusap dan disentuh oleh Rasulullah.’ (Al Isti’ab, Al Ishabah, Asadul Ghabah dan Tarikh Al Bukhari) Muhammad bin Nabith bin Jabir disebut oleh Ibn Syahin dalam kitab Ash Shahabah dari Abu Daud dari Ibn Qadah, katanya : ‘Dia digosok langit-langit mulutnya oleh Rasulullah pada hari lahirnya dan disuapi kurma, kemudian diberi nama Muhammad.’ (Al Ishabah dan Asadul Ghabah) Yahya bin Khalad Az Zarqi, diriwayatkan dari ‘Ali bin Yahya bin Khalad, dari ayahnya, dari datuknya, bahawa dia dibawa kepada Rasulullah pada saat lahirnya dan digosok langit-langit mulutnya dengan kurma. (Al Isti’ab, Al Ishabah dan Asadul Ghabah)
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
461
An Nu’man bin Basyir, ibunya bernama ‘Umrah bin Rawahah, saudara perempuan ‘Abdullah bin Rawahah, ketika melahirkan An Nu’man bin Basyir dibawa kepada Nabi s.a.w., kemudian Baginda minta kurma, dikunyah lalu digosok langitlangit mulutnya. (Al Isti’ab, Hamasy Al Ishabah) Al Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah yang paling tua, diriwayatkan dari Saudah, katanya : ‘Aku adalah di antara orang yang menyaksikan Fathimah ketika dilahirkan. Dia melahirkan seorang bayi laki-laki, kemudian bayi itu diletakkan di atas sehelai kain berwarna kuning, selanjutnya Rasulullah bersabda : ‘Bawalah dia kemari.’ Maka aku membungkusnya dengan secarik kain berwarna putih, kemudian bayi itu diludahi di mulutnya, dan diminumi dari ludah Baginda yang suci.’ (Al Isti’ab, Hamisy Al Ishabah dan Asadul Ghabah) Al Hussain bin ‘Ali bin Abi Thalib digosok langit-langit mulutnya dengan ludahnya, diazankan ditelinganya, dan diludahi mulutnya. (Al Ishabah dan Asadul Ghabah) Apa yang saya sebutkan di atas sudah mencukupi bagi orang yang mahu meneliti, menyedari, menyelidiki, atau mempersulit. Namun kalau anda menghendaki yang lebih banyak dari itu, maka anda boleh membaca dan mencari di berbagai sumber tentang para sahabat, yang mencari berkat dari usapan Rasulullah atas kepala dan wajah mereka. Ummu Jamil binti Aus Al Mar’iyah berkata : ‘Aku datang kepada Nabi s.a.w. bersama ayahku dengan rambut dikepang dan diikat, yang dipotong dengan bentuk jahiliyah. Rasulullah berkata : ‘Bawalah dia kemari.’ Lalu ayahku membawaku dan mencukurku, kemudian membawaku kembali kepada Nabi s.a.w. Baginda mendoakan aku dan mengusap kepalaku dengan tangannya.’ (Al Ishabah, Tarikh Ath Thabari dan Thabaqat Ibn Sa’ad) Ziyad bin ‘Abdullah datang sebagai utusan kepada Rasulullah. Dia kemudian menjumpai Maimunah, isteri Rasulullah, lalu Nabi s.a.w. menyusul masuk. Maimunah berkata: ‘Wahai Rasulullah, ini adalah putera saudara perempuanku.’ Lalu Baginda keluar menuju masjid disertai oleh
Kandungan
462
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Ziyad dan melakukan solat Zuhur. Kemudian Baginda mendekati Ziyad dan menaruh tangannya di atas kepalanya, lalu mengusap sampai di atas ujung hidungnya, maka Bani Hilal berkata : ‘Kami masih melihat berkat di wajah Ziyad.’ (Ath Thabaqat dan Al Ishabah) Rasulullah mengusap wajah Khuzaimah bin Sawad, maka bekas usapannya menjadi jambul berwarna putih. (Ath Thabaqat) As Sa’ib bin Yazid sedang menderita sakit, kemudian dibawa oleh ibu saudaranya kepada Nabi s.a.w., katanya : ‘Wahai Rasulullah, puteriku sakit.’ Lalu kepalanya diusap oleh Nabi s.a.w. dan didoakan keberkatan. Baginda berwudhu lalu dia minum dari wudhunya. (Asadul Ghabah, Tarikhul Islam Adz Dzahabi, Tabarrakush Shahabah Al Bukhari, Shahih Muslim, Fathul Bari, At Tirmidzi, Al Ishabah, Al Isti’ab dan Hamisy Al Ishabah) Ibunda Hasan bin Syidad At Tamimi Ath Thahawi menjadi utusan untuk menghadap Rasulullah, dia berkata : ‘Wahai Rasulullah, aku diutus kepada anda dengan puteraku ini, maka doakanlah agar Allah menjadikan keberkatan.’ Dikatakan: ‘Rasulullah lalu berwudhu dan sisa air wudhu’nya diusap ke wajahnya lalu berdoa : ‘Ya Allah, berkatilah dia dengannya.’ (Al Ishabah dan Asadul Ghabah) Ibunda As Saib bin Al Aqra’ Ath-Thaqafiyah menjual minyak wangi kepada Nabi s.a.w. Baginda berkata : ‘Hai pengisi botol kosong!’ Jawab wanita itu : ‘Ya.’ Baginda berkata : ‘Bicaralah, nanti aku akan penuhi.’ Namun wanita itu menolak, katanya : ‘Tidak, demi Allah, kecuali anda mendoakan puteraku ini.’ (Bersamanya ada seorang anak yang masih kecil). Maka Nabi s.a.w. menghampirinya, mengusap kepalanya, dan mendoakannya. (Asadul Ghabah, Al Ishabah dan Al Isti’ab Hamisy Al Ishabah) Dari Ya’la bin Murrah r.a., katanya : ‘Sesungguhnya Nabi s.a.w. meneliti wajah-wajah kami di dalam solat dan memberkati kami.’ Dikatakan : ‘Pada suatu hari, Baginda datang dan meneliti wajah-wajah di samping kanan dan kiriku dan melewatiku.’
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
463
(Musnad Ahmad dengan dua sanad, dan Al Bidayah wan Nihayah) Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya : ‘Aku solat bersama Rasulullah s.a.w. solat yang pertama. Baginda kemudian keluar menjumpai keluarganya dan aku keluar bersamanya. Lalu Baginda dihampiri oleh dua orang anak dan Baginda menciumi pipi mereka secara bergantian.’ Dikatakan : ‘Kalau aku, maka diusap pipiku.’ (Sahih Muslim, Al Bidayah wan Nihayah, Ad Dala-ilun Nubuwwah) Dari Abi Juhaifah Wahab bin’ Abdullah As Sawa’i, katanya : ‘Orang-orang berdiri dan bersalaman dengan Baginda, lalu Baginda mengusap wajah-wajah mereka.’ Dikatakan : ‘Maka aku meraih tangannya dan kuusapkan ke wajahku. Aku merasakan lebih dingin dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi.’ (Tabarrakush Shahabah, Al Bidayah Wan Nihayah, dengan sanad bermacam-macam, Shafwatush Shufwah, Tarikhul Islam Adz Dzahabi, Al Bukhari) Dari Jabir bin Yazid bin Aswad As Sawa-i dari ayahnya: ‘Sesungguhnya dia solat bersama Rasullulah pada waktu subuh. Lalu disebutkan di dalam hadis, katanya : ‘…Maka aku mengangkat tangannya dan kuusapkan ke wajahku. Ternyata kutemukan lebih dingin dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi.’ (Musnad Ahmad, Ad Dala-ilun Nubuwwah, Al Isti’ab) Huyas bin Zaid Adh-Dhabi menjadi utusan kepada Nabi s.a.w. setelah saudaranya, Al Harith, meninggal. Maka wajahnya diusap dan didoakan supaya terhibur. (Al Ishabah, Asadul Ghabar) ‘Aisyah berkata : ‘Aku ingin memerdekakan anak Isma’il dengan sengaja.’ Maka Rasullulah berkata pada ‘Aisyah : ‘Tunggulah sampai tawanan ‘Anbar datang besok.’ Ketika datang, Rasullulah bersabda : ‘Ambillah empat.’ Atha’ berkata : ‘Maka aku mengambil datukku, Ruwaihan, dan anak pakcikku, Samurah, anak pakcikku, Ruhah, dan pakcikku, Zabiba. Kemudian Nabi s.a.w mengusap kepala mereka dan mereka diberkati.’ (Al Ishabah dan Asadul Ghabah)
Kandungan
464
Hakikat Tawassul dan Wasilah
Salim bin Harmalah telah diutus kepada Nabi s.a.w. ketika dia masih sangat muda dan berjambul. Dia hampir balik, kemudian menyucikan diri dari sisa air wudhu Rasullulah dan disukai oleh Rasulullah serta didoakan. (Al Ishabah, Asadul Ghabah) Salamah bin ‘Aradah telah berselisih dengan ‘Uyainah bin Husain tentang sisa air wudhu Rasullulah. Maka beliau bersabda : ‘Biarkanlah anak muda itu berwudhu.’ Lalu dia berwudhu dan meminum sisa airnya, dan diusap wajahnya oleh Baginda dengan tangannya. (Al Ishabah, Asadul Ghabah) Salim Al’Adawi diutus kepada Nabi s.a.w. sedangkan dia masih muda belia dan berjambul. Rasulullah mendoakannya. Maka dia langsung menyucikan dirinya dengan sisa wudhu Rasulullah. (Al Isti’ab, Asadul Ghabah, Al Ishabah) Tatkala Sam’an bin Khalid Al Kilabi menjadi utusan Bani Quraizhah, dia didoakan oleh Rasulullah dengan keberkatan dan Baginda mengusap ubun-ubunnya. Sahal bin Shakhar berkata : ‘Aku masuk menjumpai Rasulullah bersama ayahku, kemudian aku ditanya : ‘Siapa namamu, hai anak?’ Aku menjawab : ‘Aku Sahal.’ Kata Rasululah : ‘Majulah ke hadapanku.’ Lalu Rasululah mengusap kepalanya. (Al Ishabah, Ath Thabaqat) Munqiz bin Hayan diutus oleh’ Abdul Qais kepada Rasulullah, lalu Rasulullah mengusap wajahnya. (Al Ishabah, Asadul Ghabah) Ketika ‘Amir bin Luqaith Al Amiri diutus kepada Nabi s.a.w., Baginda berkata kepadanya : ‘Engkau yang menjadi utusan yang mulia. Allah memberkati dirimu.’ Lalu dia diajak bersalaman dan Rasulullah s.a.w. mengusap ubun-ubunnya. (Al Ishabah) Sa’ad bin Tamim As Sakuni telah menjumpai Nabi s.a.w. dan dikatakan bahawa Nabi s.a.w. telah mengusap kepalanya dan mendoakannya. (Al Ishabah) ‘Ubadah bin Sa’ad bin ‘Uthman Al Anshari mengikut Rasulullah s.a.w. kerana disuruh oleh ayahnya. Maka Baginda mengusap kepalanya dan mendoakannya. (Asadul Ghabah, Al-Isti’ab, Hamisy Al Ishabah)
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
465
Nabi s.a.w. melihat Sa’ad bin Hubtah pada hari Khandaq bertempur dengan ganas, padahal dia masih muda. Rasullulah memanggilnya dan bertanya : ‘Siapakah engkau, wahai anak muda?’ Dia menjawab : ‘Aku Sa’ad bin Hubtah.’ Beliau berkata : ‘Semoga Allah menerima sepak terajangmu. Cubalah hampir kemari.’ Ketika hampir, Rasullulah mengusap kepalanya.’ (Al Ishabah, Asadul Ghabah) Diriwayatkan tentang ‘A’idz bin Sa’id, katanya : ‘Kami diutus kepada Nabi s.a.w. Kemudian’A-idz maju dan berkata : ‘Wahai Rasullulah, usaplah wajahku dan doakanlah supaya aku mandapat berkat.’ Dikatakan : ‘Maka hal itu dilakukan Rasullulah dan wajah ‘A’idz menjadi cerah dan berseri-seri.’ Rasullulah mengusap kepala ‘Abdullah bin Mas’ud dalam suatu kisah yang panjang yang disebutkan oleh Abu ‘Umar. (Al Isti’ab, Hamisy Al Ishabah, As Sirah Hanabilah dan Musnad Ahmad) ‘Abdullah bin ‘Abdul Hilal Al Anshari berkata : ‘Aku tidak lupa ketika aku dibawa oleh ayahku kepada Rasullulah dan berkata : ‘Wahai Rasullulah, doakanlah dia dan berkatilah dia.’ Dikatakan : ‘Maka tidak akan ku lupakan rasa dingin tangan Rasullulah di atas ubun-ubunku sama sekali.’ (As Sirah Al Hanabilah, Al Ishabah, Asadul Ghabah, Al Isti’ab) Berkatalah ‘Abdullah bin ‘Uthban bin Mas’ud : ‘Sesungguhnya Rasulullah meletakkan tangannya di atas kepalaku, kemudian aku didudukkan di atas pangkuannya, dan Baginda mengusap wajahku serta berdoa.’ (Al Isti’ab , Asadul Ghabah) ‘Abdullah bin Hisyam Al Qarasyi At Tamimi lahir pada tahun 4H dan dibawa oleh ibunya, Zainab binti Hamid, kepada Rasulullah dan berkata : ‘Wahai Rasulullah, terimalah bai’ahnya.’ Baginda menjawab : ‘Dia masih kecil.’ Lalu diusap kepalanya dan didoakan. (Asadul Ghabah, Al Ishabah, Al Isti’ab) ‘Abdurrahman bin Abi Qurad Al Anshari berkata : ‘Bahawa pada suatu hari, Rasulullah berwuduk, lalu orang-orang mengusap sikunya. Baginda bertanya : ‘Mengapa mereka melakukan hal itu?’ Mereka menjawab : ‘Barangsiapa yang suka
Kandungan
466
Hakikat Tawassul dan Wasilah
dicintai Allah dan RasulNya hendaklah dia jujur dalam bicara.’ (Al Ishabah, Asadul Ghabah) ‘Abdurrahman bin Malik Al Hamdani, namanya Abu Malik Hani, datang kepada Rasulullah lalu diseru kepada Islam. Maka dia memeluk Islam dengan baik. Kemudian Rasulullah mengusap kepalanya dan mendoakan keberkatan baginya. (Al Ishabah) ‘Utban bin ‘Ubaid Al ‘Abdi diutus oleh ‘Abdul Qais kepada Nabi s.a.w., sementara di sisi Baginda ada seorang Yahudi yang mengajak bicara. Dikatakan : ‘Lalu aku legar di punggungnya dan melihat Al Khatim. Baginda pun meletakkan tangannya di atas dahiku dan mengusap kepalaku.’ (Al Ishabah) Rasulullah s.a.w. mengusap dada Abu Bakar As Shiddiq r.a. (Al Ishabah, Asadul Ghabah) ‘Amru bin Harith Al Qarasyi Al Makhzumi melihat Rasulullah dan telah mendengar tentang Baginda. Baginda mengusap kepalanya, dan mendoakan keberkatan baginya. (Al Isti’ab, Asadul Ghabah, At Tirmidzi) ‘Amru bin Akhtab bin Rifa’ah Al Ansari telah berperang bersama Rasulullah sebanyak tiga belas kali. Baginda mengusap kepalanya dan berdoa : ‘Ya Allah, indahkanlah dia.’ (Al Isti’ab, Al Ishabah, At Tirmidzi, Musnad Ahmad) Imam Ahmad menambahkan : ‘Dia mencapai usia seratus tahun lebih, tetapi tidak ada uban di kepala dan janggutnya kecuali sedikit sekali, sedangkan wajahnya berseri-seri dan kulitnya tidak berkedut sehinggalah ia meninggal.’ Diriwayatkan tentang Amru bin Tha’labah Al Juhani, bahawa tatkala dia masuk Islam, Rasulullah mengusap wajahnya dan mendoakan keberkatan baginya. (Al Isti’ab, Asadul Ghabah, Al Ishabah) Rafi’ bin ‘Amru Al Muzni berkata : ‘Aku sedang menunaikan haji wada’ dan bersama lima atau enam orang. Ayahku memegang tanganku sampai kami hampir kepada Nabi s.a.w. di Mina pada hari Nahr. Maka aku melihat Baginda berpidato di atas untanya, Asy Syahba’. Aku bertanya kepada ayahku : ‘Siapakah ini?’ Dia menjawab : ‘Ini adalah Rasulullah.’ Maka aku hampir kepadanya
Kandungan
Mencium Tangan Dan Mencari Berkat...
467
sampai boleh memegang pahanya, kemudian aku mengusap sampai jari-jari sandalnya.’ (Al Ishabah, Asadul Ghabah) ‘Ubad bin Amru Al Uzdi atau As Salami membantu Rasulullah lalu duduk di hadapannya. Rasulullah meletaknya di atas kepalanya, kemudian disapukan melalui wajah dan dadanya. Di dalam riwayatnya : ‘Lalu meletak tangannya di atas dahinya dan mengusapnya sampai batas sarungnya (pusat).’ (Al Ishabah) ‘Abdur Rahman dan ‘Abdullah bin Al Harith datang menemui Rasulullah s.a.w. Baginda mengusap kepala mereka. Maka apabila keduanya mencukur kepalanya, rambut yang disentuh Rasullulah s.a.w. akan tumbuh mendahului rambut kepala yang lain. (Al Ishabah) CLICK HERE TO CONTINUE...
Kandungan