BAB III PERATURAN BAIAT TALAK TIGA PAS A. Sekilas Tentang PAS (Parti Islam Se-Malaysia) 1. Sejarah Parti Islam Se-Malaysia Kemunculan Parti Islam Se-Malaysia telah bermula sejak 23 Agustus 1951 apabila para ulama yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju untuk membuat sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya ditukar menjadi Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) pada 24 November 1951. Dalam satu persidangan ulama Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai, Pulau Pinang, Malaysia. Itulah permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulama yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah persatuan politik-dakwah yang penting di Malaysia. Partai PAS adalah sebuah partai Islam oposisi dan memposisikan sebagai pembela Islam.1 Namun terdapat pengkaji sejarah mengatakan PAS menyertai politik di Malaysia pada tahun 1955.2 Partai PAS ini dikatakan hasil daripada pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jama’at Islami di Pakistan. Ketiga pengaruh ini telah masuk ke semenanjung Malaysia melalui para ulama yang belajar di Mesir, 1
Achmad Kemal Riza, ‚Dinamika Pemikiran Hukum Islam Di Malaysia‛, AL-HUKAMA<, No. 1, Vol. 4 (Juni, 2014), 33. 2 Portal Rasmi PAS,‛Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS)‛, dalam, http://www.pas.org.my/info/parti /sejarah, diakses pada 23 Desember 2016.
46
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
47
Mekah, India dan Indonesia. Pada awalnya, para ulama serta umat Islam berfikir untuk memerlukan sebuah persatuan atau badan yang dapat mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan yang pada masa itu sedang dijajah oleh Inggeris. Ide ini kemudian diteruskan dengan mengasas Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada tahun 1947 kemudian diikuti oleh Hizbul Muslimin pada tahun 1948 kesan daripada usaha Dr.Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu-Baqir. Namun gerakan Islam yang diasaskan tersebut telah bubar karena penetapan Ordinan Darurat pada Juni 1948.3 Hasil daripada peristiwa tersebut para ulama berbeda pendapat untuk
‘tawakuf’ daripada politik kepartaian tetapi memberi kasadaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Ada para ulama mengambil sikap untuk menyertai partai nasionalis UMNO agar dapat menyatakan masalah rakyat. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Fuad Hassan telah menyertai partai nasionalis. Para ulama Malaya kemudian mengatur beberapa persidangan untuk membolehkan ulama mengasaskan persatuan. Haji Ahmad Badawi, seorang ulama dari Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ‘Mannifesto al-Badawi’ dengan tema ‘Ulamak ke Jalan Allah’ bagi menyambut persidangan untuk mendirikan PAS pada November 1951. Mereka menetapkan agar PAS menjadi sebuah partai politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi.
3
Ibid, 1.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
48
Para ulama menolak bentuk-bentuk perjuangan yang berdasarkan ideologi ciptaan manusia serta penjajah.4 Semenjak itu, PAS muncul sebagai sebuah partai politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan pesan dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak tahun 1963.5 Apabila Dr.Burhanuddin al-Helmy menjadi presiden PAS pada akhir 1956, PAS mula memfokus perjuangan terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap masih kosong dari maklumat sebenar karena mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. Antara kata-kata Dr.Burhanuddin al-Helmy:‛Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai
kemerdekaan, kita telah dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas ideologi Islam yang maha suci.‛PAS secara ringkas bertujuan untuk meng-Islamisasi kerajaan.6 Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang ‚Dipertua Agung‛/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr.Haji Abbas Alias (1953-19456), Professor Dr Haji Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusuf Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) Datuk Seri Tuan Guru 4
Ibid, 1. Alias Mohamed, ‚Kelantan Under PAS‛ (Kuala Lumpur: Insular Publishing House, 1983), 18. 6 Ibrahim Ahmad, ‚KONFLIK UMNO PAS DALAM ISU ISLAMISASI ‛ (Selangor: IBS Buku, 1989), 27. 5
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
49
Haji Abdul Hadi Awang (2002-kini). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan yaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1989-sekarang). Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan yaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990sekarang). Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fase iaitu fase penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fase pencernaan ideologi (1958-1982) dan fase pengukuhan ideologi (1982-1995). 2. Tujuan Didirikan Parti Islam Se-Malaysia. a. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukumhukumnya menuju keredhaan Allah. b. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.7 3. Usaha-Usaha Parti Islam Se-Malaysia a. Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah Rasulnya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
7
Portal Rasmi Pas, ‚Misi, Dasar dan Seruan‛, dalam http://www.pas.org.my/info/parti/misi-dasarseruan, diakses pada 23 Desember 2016.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
50
b. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai pedoman berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di semua bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. c. Mengajak dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan dalam kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.8 d. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, persatuan-persatuan dan orangorang perorangan bagi mengenali dan mamahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam. e. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya. f. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS ketika dan selama ianya penting dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara. g. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama negara Malaysia yang tunggal amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa alQuran.
8
Ibid, 2.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
51
h. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara Malaysia. i. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara
tanpa
mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara. j. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perbudakan dan penindasan di kalangan umat manusia. k. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.9 B. Peraturan Baiat Talak Tiga Parti Islam Se-Malaysia. Peraturan baiat talak tiga Parti Islam Se-Malaysia adalah sebuah peraturan yang dibuat oleh partai politik PAS di sebagian negara bagian di Malaysia yang bersetuju untuk menetapkan sebuah peraturan dimana dalam aturan tersebut terdapat baiat atau sumpah yang berisi bahwa setiap anggota legislatif yang sedang
9
Ibid, 2.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
52
mewakili PAS tidak boleh meninggalkan partai politik PAS lalu menyertai partai politik lain. Apabila anggota legislatif itu tadi menyertai partai politik lain maka jatuhlah talak tiga istri anggota legislatif PAS yang telah berbaiat/sumpah dan menyertai partai politik lain tersebut itu tadi. Peraturan tersebut tidak lagi berlaku jika waktu/tempoh menjadi anggota legislatif selesai. Peraturan tersebut hanya berlaku di sebagian negara bagian di Malaysia saja yang ingin menggunakan peraturan tersebut. Parti Islam Se-Malaysia telah menerapkan baiat talak tiga dalam partai politik tersebut. Menurut Ketua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun sebagaimana dikutip Hans Yusoff, aturan tersebut sebenarnya bukanlah aturan yang baru.10 Namun aturan tersebut tidak banyak orang yang mengetahuinya karena aturan tersebut tidak terkait dengan anggota-anggota biasa dalam partai dan tidak melibatkan anggota partai lain tetapi aturan tersebut hanya melibatkan urusan antara ‘individu tertentu’ dengan partai sahaja.11Individu tertentu yang dimaksudkan adalah anggota legislatif dari PAS. Terdapat sejarah atau peristiwa di sebalik penetapan aturan baiat tersebut. Pada tahun 1990 terdapat seorang ulama Islam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Malaysia dari partai PAS telah dilantik sebagai ‘Menteri Besar’ atau gubernur negara bagian Kelantan. Beliau seorang yang sangat dihormati oleh anggota PAS dan anggota dari partai-partai lain. Selepas beberapan tahun daripada 10 11
Hans Yusoff,‛Cerai isteri talak tiga jika sertai GHB‛, asto awani (19 Juli 2015), 4. Ahmad Hisham, Wawancara, Kelantan, 2 Desember 2016.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
53
perlantikan tersebut, beliau telah merasa risau bimbang terhadap anggota legislatif dari partai PAS di Kelantan. Lalu beliau menyatakan bahwa beliau pernah menemui aturan seperti baiat tersebut di dalam kitab mazhab Hanafiah. Kemudian beliau menetapkan aturan tersebut untuk anggota-anggota legislatif dari partai PAS di Kelantan. Lalu beberapa negara bagian lain di Malaysia dari PAS menetapkan untuk menggunakan aturan yang sama.12 PAS juga telah menetapkan aturan tersebut dengan bersandarkan alasanalasan tertentu sama ada dari dalil-dalil daripada al-Quran dan Sunnah maupun bersandarkan dari aspek tanggungjawab sebagai seorang politikus yang berlatar belakang dari partai yang memperjuangkan Islam. Namun dalam partai politik PAS juga ada menetapkan sebuah baiat lain yang dikhususkan untuk semua anggota partai PAS sama ada anggota tersebut berstatus pimpinan atau anggota biasa.13 Baiat yang lain tersebut berbeda dengan baiat talak tiga. Aturan baiat talak tiga hanya ditetapkan untuk anggota legislatif PAS. Untuk mengetahui lebih mendalam aturan baiat talak tiga yang ditetapkan oleh PAS tersebut akan dinyatakan oleh peneliti secara detail. 1. Isi Aturan Berikut ini adalah aturan yang berisi:
12 13
Abdul Hadi Awang, Wawancara ‚Mukhayyam Tarbawi PAS Daerah Machang‛, 3 September 2015. Hans Yusoff,‛Cerai isteri talak tiga jika…, 4.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
54
Parti Islam Se-Malaysia Majelis Syura’ Ulama Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang Baiat dan Sumpah Bahwa saya…………………….berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul-Nya dan patuh kepada arahan ketua pemimpin partai yang tidak bercanggah dengan dengan Ajaran Islam. Dan bahwa saya bersumpah dengan nama Allah, Demi Allah, WaBillahi, WaTallahi sekiranya saya meninggalkan atau menyertai ke partai lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi anggota legislatif maka akan tertalaklah istri/istri-istri saya dengan tiga talak dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan uang gaji sebagai anggota legislatif tersebut adalah haram dan bahwa saya juga bersumpah dengan nama Allah Demi Allah, WaBillahi, WaTallahi untuk melepaskan jawatan dari menjadi anggota legislatif tersebut apabila saya keluar atau dipecat dari partai Demi Allah Yang Menjadi Saksi Apa Yang Telah Aku Katakan
Disaksikan oleh:
Saya yang bertandatangan di bawah ini:
…………………………….
….…………………………………….
Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan
(Terjemahan Sumpah dan Baiat Talak Tiga PAS Kelantan)
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
55
Aturan yang disebutkan sebelumnya berisi: Pada awal daripada lembar/formulir baiat dan sumpah PAS tersebut menyebut ’Parti Islam Se-Malaysia’ yang bermaksud aturan tersebut hanya berlaku untuk anggota yang menyertai partai PAS dan sama sekali tidak terkait dengan mana-mana anggota dari partai lain kecuali jika si suami tersebut merupakan anggota PAS tetapi istrinya merupakan anggota daripada partai politik lain maka istrinya juga akan terkait dalam aturan baiat yang telah dilakukan oleh suaminya itu. Seterusnya dalam lembaran tersebut menyebut ‘Majelis Syura Ulama’. Majelis Syura Ulama PAS merupakan sub dari PAS yang bertanggungjawab melakukan sebuah putusan atau penetapan yang terkait dengan aturan-aturan dan prinsip partai ini. Segala putusan ataupun penetapan yang telah dikeluarkan bersifat valid dan harus dipatuhi oleh semua anggota partai walaupun anggota partai tersebut berbeda negara bagian di Malaysia.14 Kemudian disebutkan ‘Bahwa saya…(nama anggota legislatif PAS yang bersumpah dan berbaiat)….berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan
Rasulnya dan patuh kepada arahan ketua/akar pemimpin partai yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.’ Ayat tersebut bermaksud bahwa setiap anggota yang berbaiat atau bersumpah harus mengikuti segala hukum-hukum Islam yang telah dicontohi oleh Rasulullah SAW. Selain itu anggota yang berbaiat tersebut
14
Zainal, Wawancara, Kuching, 5 Desember 2016.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
56
haruslah mengikuti segala arahan dan penetapan yang dikeluarkan oleh pimpinanpimpinan tertinggi partai selagi tidak bercanggah dari ajaran Islam. Yang dimaksudkan dengan pimpinan tertinggi partai adalah seperti presiden partai, ‘mursyidul am’ ataupun ketua umum’, aturan-aturan dari Majelis Syura Ulama PAS dan lain-lain. Ajaran Islam yang dimaksudkan disini adalah ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Seterusnya adalah dinyatakan ‘Dan bahwa saya bersumpah dengan nama
Allah. Demi Allah, WaBillahi, WaTallahi sekiranya saya meninggalkan partai atau menyertai partai lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi anggota legislatif maka akan tertalaklah istri/ istri-istri saya dengan talak tiga’. Ayat tersebut bermaksud bahwa jika ada anggota yang berbaiat tersebut meninggalkan partai politik PAS atau menyertai partai politik lain secara pilihan sendiri dan dengan kerilaan hati bukan dengan paksaan oleh mana-mana anggota lain maka secara otomatis jatuhlah talak terhadap istri orang yang berbaiat itu. Jika yang berbaiat itu mempunyai istri lebih daripada satu maka talak tersebut berlaku kepada kesemua istrinya itu. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagaimana dikutip Isma bahwa talak yang ditetapkan dalam baiat tersebut adalah talak tiga.15 Dengan ini bermaksud bahwa jika anggota PAS yang tertalak hasil daripada meninggalkan partai PAS itu ingin menikah kembali dengan bekas istrinya yang lama, maka bekas istrinya itu harus menikah dengan orang lain serta
15
Isma, ‚Lafaz Cerai Talak Tiga‛, Islam dan Melayu (2 September 2016), 1.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
57
sudah melakukan hubungan dengan suaminya yang baru tersebut lalu bercerai dengan suaminya yang baru. Kemudian barulah anggota partai ini boleh menikah kembali dengan bekas istrinya itu tetapi dengan akad dan mahar yang baru. Perlu diingat bahwa anggota yang berbaiat tersebut hanya berlaku dan dikhususkan kepada anggota partai yang berstatus anggota legislatif ataupun anggota yang telah dipilih oleh PAS untuk mewakili partai dalam suatu pilihan raya di Malaysia sama ada pilihan raya tersebut bertipe pilihan raya daerah atau pilihan raya negara bagian. Maka anggota biasa di dalam partai sama sekali tidak terlibat dengan aturan baiat tersebut karena ia hanya melibatkan antara individu anggota legislatif dan pimpinan-pimpinan tertinggi partai.16 ‚Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan uang gaji sebagai
anggota legislatif tersebut adalah haram‛. Ayat tersebut bermaksud setiap anggota legislatif yang berada dalam tanggungjawab partai PAS akan menerima gaji yang diberikan oleh partai PAS. Apabila anggota legislatif itu meninggalkan partai atau menyertai partai politik lain, maka gaji yang diterima itu akan dikira haram sebagai akibat melanggar aturan baiat talak tiga tersebut. Turut dimasukkan ayat ‘dan bahwa saya juga bersumpah dengan nama
Allah, WaBillahi, WaTallahi untuk melepaskan jawatan dari menjadi anggota legislatif tersebut apabila saya meninggalkan atau dipecat dari partai ’. Ayat tersebut mempunyai makna bahwa jika seorang anggota legislatif yang mewakili
16
Mohd Nassuruddin Daud, Wawancara, Kelantan, 1 September 2015.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
58
partai PAS di sesebuah daerah atau negara bagian meninggalkan partai atau menyertai partai politik lain secara sukarela dan atas pilihan sendiri maka anggota
legislatif
yang
mewakili
PAS
tersebut
haruslah
melepaskan/meninggalkan jawatan-jawatan ataupun tidak menjadi anggota legislatif di daerah atau negara bagian yang pernah diwakili atas nama partai PAS.17 Namun anggota legislatif tersebut boleh menjadi wakil rakyat atau anggota legislatif di kawasan yang pernah dikuasai atau diwakili itu tetapi apabila setelah meninggalkan partai PAS dan mewakil partai lain untuk bertanggungjawab di daerah atau negara bagian yang pernah dikuasai/diwakili oleh anggota legislatif tersebut. Selain itu turut dimasukkan ayat ‘Demi Allah Yang Menjadi Saksi Apa
Yang Telah Aku Katakan’ pada penghujung sumpah dan baiat. Ayat tersebut menyatakan bahwa sumpah dan baiat tersebut religis dan sakral karena ianya melibatkan antara politik dan agama Islam. Dengan ini juga bermaksud aturan ini bersifat sangat serius dan ‘berat’. Akhir sekali dinyatakan ayat ‘Disaksikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri
Kelantan’ dan ‘Saya yang bertandatangan di bawah ini’. Ayat pertama tersebut bermaksud bahwa baiat dan sumpah itu akan disaksikan serta ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri yang menetapkan aturan tersebut. Pesuruhjaya PAS pada negara bagian merupakan individu yang mewakili presiden partai PAS pada
17
Ibid, 3.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
59
suatu negara bagian. Dalam lembaran tersebut menyatakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan karena PAS Negeri Kelantan merupakan negeri yang menetapkan aturan sumpah dan baiat tersebut secara rasmi. Namun terdapat PAS di negara bagian yang menetapkan dan menggunakan aturan tersebut secara rasmi namun tidak dinyatakan secara umum atau ia lebih bersifat tertutup.18 Setiap PAS negara bagian yang sepakat untuk menggunakan aturan sumpah dan baiat tersebut haruslah mendapat persetujuan daripada Majlis Syura’ Ulama di Kuala Lumpur. Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi sebagaimana dikutip oleh Muhammad Syamsul Abdul Ghani telah menyatakan secara rasmi bahwa setiap PAS negara bagian boleh menetap dan menggunakan aturan baiat talak tiga tersebut.19 Namun Majlis Syura’ Ulama PAS juga menyatakan bahwa aturan tersebut tidak bersifat wajib dan mubah kepada setiap PAS negara bagian di Malaysia. PAS dari mana-mana negara bagian berhak untuk tidak menggunakan aturan tersebut. PAS Kelantan menetapkan dan menggunakan aturan tersebut karena negara bagian Kelantan merupakan kawasan yang sudah lama dikuasai oleh partai PAS. Boleh dikatakan bahwa Kelantan adalah jantung kepada partai PAS di Malaysia. Bagi mengelakkan negara bagian Kelantan dikuasai serta jatuh kepada partai politik lain maka aturan sumpah dan baiat tersebut akan mengikat setiap anggota
18
Abdul Hadi Awang…, Wawancara. Muhammad Syamsul Abdul Ghani, ‚Sepuluh Fakta Sumpah Baiah PAS‛, Sinar Harian (26 Juli 2016), 3. 19
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
60
legislatif yang mewakili PAS untuk tetap setia kepada partai. Aturan tersebut hanya berlaku selama masih menjadi anggota legislatif saja. Jika tempoh atau waktu menjadi anggota legislatif sudah selesai, maka aturan tersebut tidak berlaku lagi. Manakala ayat ‘Saya yang bertandatangan di bawah ini’ bermaksud bahwa anggota legislatif yang mewakili PAS haruslah menandatangani lembaran peraturan baiat dan sumpah baiat talak tiga yang telah disediakan secara rasmi dan berformat oleh mana-mana kantor PAS negara bagian yang menetapkan dan menggunakan aturan tersebut.20 Ayat ini juga bermaksud anggota legislatif yang berbaiat itu haruslah hadir secara rasmi dan tidak boleh mewakilkan orang lain untuk menandatangani aturan baiat itu serta tidak dibenarkan menyetujui aturan tersebut hanya melalui sistem pesanan ringkas, telepon atau media sosial lainnya. C. Perkara yang Terkait Dengan Peraturan Baiat. Apabila seseorang anggota legislatif yang mewakili PAS yang telah berbaiat talak tiga meninggalkan partai maka akan terjatuhlah talak tersebut. Namun terdapat pelbagai pandangan mengenai hukum yang jatuh dari peraturan baiat tersebut. Fenomena mengenai peraturan sumpah dan baiat talak tiga tersebut mulai diketahui apabila pada penghujung tahun 2015. Ketika wujudnya sebuah partai politik baru yang bersifat partai oposan dan bersikap terbuka kepada partai-partai oposan lain. Kemudian banyak anggota partai PAS menyertai partai baru tersebut
20
Mohd Nassuruddin Daud…, Wawancara.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
61
atau partai politik yang lain.21 Partai politik baru itu dikuasai oleh sebagian bekas anggota PAS yang berlatar anggota legislatif, golongan profesional maupun anggota biasa. Akibat daripada peristiwa tersebut, pimpinan-pimpinan tinggi PAS mengingatkan kepada semua anggota legislatif yang pernah mewakili partai PAS agar mengingat kembali baiat dan sumpah baiat talak tiga yang pernah dipersetujui bersama. Antara anggota legislatif yang pernah mewakili PAS namun telah meninggalkan partai PAS adalah Ahli Parlimen (anggota legislatif) Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan Dato’ Husam Musa. Anggota legislatif Kuala Krai Dr Hatta Ramli sebagaimana yang dikutip Zulaikha Zulkifli, tersebut telah mengeluarkan pernyataan dalam rapat media bahwa beliau menyatakan untuk menggunakan hukum aturan baiat dan sumpah talak tiga tersebut boleh diganti serta dihapus dengan membayar kafarah atau denda.22 Beliau juga berkata bahwa pandangan yang mengatakan aturan baiat dan sumpah talak tiga tersebut dapat diganti dan dihapus dengan membayar kafarah pernah dikeluarkan oleh ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Yusuf alQaradhawi dan ulama-ulama Islam lainnya.23 D. Dasar Hukum Peraturan Baiat Talak Tiga PAS Aturan baiat dan sumpah talak tiga PAS sebagaimana yang diketahui ramai bahwa peraturan baiat tersebut sebenarnya sudah lama namun baru diketahui 21
Hans Yusoff,‛Cerai isteri talak tiga jika…,4. Zulaikha Zulkifli,‛Tak Betul Jatuh Talak Tiga‛, Malaysiakini (2 September 2015), 2. 23 Wan Syamsul Amly,‛Bai’ah talak tiga:Tolong pergi Tanya orang PAS-Dr Hatta‛. Astroawani (2 September 2015), 1. 22
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
62
ramai pada hujung tahun 2015 apabila terdapat anggota legislatif yang mewakili PAS menyertai partai politik lain dan membuat sebuah partai baru serta tidak mahu ‘meniggalkan kerusi’ atau tidak mau meletakkan jawatan sebagai anggota legislatif di suatu kawasan yang pernah diwakili atas nama PAS. Partai
PAS merupakan sebuah partai
Islam
dan berusaha untuk
mengislamisasi kerajaan Malaysia. Maka segala prinsip dan aturan yang telah ditetapkan oleh Parti Islam Se-Malaysia tidak terlepas daripada menggunakan dasar-dasar hukum Islam dan kemaslahatan di suatu tempat serta waktu yang tertentu. Oleh itu, penetapan terhadap aturan baiat talak tiga PAS yang telah dibuat oleh beberapa negara bagian di Malaysia yang menggunakan aturan baiat talak tiga dengan bersandarkan kepada dasar-dasar hukum Islam dan disetujui oleh Majlis Syura Ulama PAS yang berperan dalam membuat suatu putusan kepada seluruh kantor PAS negara-negara bagian di seluruh Malaysia. Segala dasar yang digunakan PAS dalam membuat peraturan ini telah diterangkan oleh Presiden Partai PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika berucap di Mukhayyam Tarbawi PAS di Machang, Terengganu pada 3 September 2015. Antara dasar hukum yang digunakan PAS adalah: 1. Dasar pertama yang digunakan adalah dengan menafsirkan Surah al-Fath ayat 10:
ِ ِ إِ َّن الَّ ِذين ي بايِعونَك إََِّّنَا ي بايِعو َن اَلل ي ُد ث َعلَى نَ ْف ِس ِه َوَم ْن أ َْو ََف ِِبَا ُ ث فَِإََّّنَا يَْن ُك َ اَلل فَ ْو َق أَيْدي ِه ْم فَ َمن نَّ َك َ َ ََ ُ َُ َ ُ َُ َ ِ ِِ يما َ َع ْ اَللَ فَ َسيُ ْؤتيه أ َ ُاه َد َعلَْيه ً َجًرا َعظ
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
63
Artinya‛ bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu Sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, Maka Barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan Barangsiapa menepati janjinya kepada Allah Maka Allah akan memberinya pahala yang besar‛. 24 Menurut Ibnu Katsir, beliau telah menafsirkan ayat tersebut dalam tafsirnya yang berjudul Tafsir al-Quran al-Azim dengan maksud sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya telah mentaati Allah. Allah (ilmu-Nya) hadir bersama mereka, mendengar seluruh ucapan mereka, melihat tempat-tempat mereka dan mengetahui apa yang mereka sembunyikan di dalam hati mereka serta apa yang mereka tampakkan. Maksud dari ayat tersebut juga adalah sesiapa yang melanggar janji, akibat buruk akan kembali kepada pelanggarnya sedangkan Allah tidak membutuhkannya dan siapa yang menepati janji maka akan mendapat pahala yang melimpah.25 Ibnu Katsir telah menafsirkan bahwa ayat tersebut diturunkan ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Pada mulanya Rasulullah SAW ingin menunaikan umrah di Mekah, kemudian Baginda telah menemui Umar alKhattab r.a. lalu beliau mencadangkan agar mengutus Utsman bin Affan r.a. karena Utsman r.a. seorang yang sangat dihormati dan disayangi oleh penduduk Mekah ketika itu. Maka Rasulullah SAW mengutus Utsman r.a. ke Mekah untuk menyampaikan surat dari Rasulullah SAW yang berisi muslimin mau datang 24 25
untuk
berziarah
ke
Baitullah
dalam
rangka
mengagungkan
Departemen Agama, 512. Ibnu Katsir, Tafsir al-Quran al-Azim (Riyadh: Maktabah ar-Rashid, 2011) jilid 4, 505.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
64
kehormatannya. Kemudian Utsman r.a. ditahan di Mekah lalu Rasulullah SAW dan para sahabat menyangka bahwa Utsman r.a. telah dibunuh. Lalu Rasulullah SAW dan para sahabat yang ketika itu berjumlah 1400 orang berbaiat di bawah sebuah pohon yang sedang Nabi tempati di Hudaibiyah. Baiat tersebut dinamakan dengan Baiat al-Ridhwan. Baiat tersebut dilakukan untuk membalas atas perkabaran kematian Utsman r.a. ketika diutus untuk menyampaikan surat dari Rasul kepada pembesar-pembesar di Mekah.26 Dalam baiat tersebut Baginda mengajak orang Islam berjihad dan mati syahid di jalan Allah. Mereka berjanji tidak lari dari medan perang. Penentuannya adalah sama ada diadakan perdamaian ataupun mati syahid.27Maka dengan itu Allah telah menurunkan ayat ini dengan menyuruh muslimin berjanji setia kepada Allah dan tidak melanggar janji. Melalui ayat dari surah al-Fath dan peristiwa Baiat al-Ridhwan tersebut, maka pimpinan PAS dari Kelantan telah memulai dan menyamakan baiat yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan oleh para sahabat dengan baiat talak tiga yang telah ditetapkan oleh PAS. Pimpinan PAS tersebut menyatakan dalam baiat al-Ridhwan tersebut berisi suatu yang tidak dilarang agama. Namun Baginda
memasukkan
perkara
tersebut
dalam
baiat
tersebut
untuk
mengukuhkan umat Islam dan menunjukkan perkara tersebut sangat penting.
26 27
Ibid, 506. Mustafa as-Syibaie, Sirah Nabawiyyah (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2010), 105.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
65
PAS telah menyatakan bahwa suatu baiat itu dibuat dalam keadaan bahaya atau darurat seperti ketika di peristiwa di Perjanjian Hudaibiyah. PAS juga menyatakan bahwa suatu baiat boleh dilakukan ketika melantik pemimpin negara dan juga menandakan sebuah kesetiaan. PAS menyatakan sebuah baiat yang dilakukan haruslah terkait dengan ummat. Oleh itu alasan yang digunakan adalah baiat talak tiga yang ditetapkan untuk ‘mengikat’ anggota legislatif dari PAS agar senantiasa bersama PAS dalam membantu rakyat.28 2. Dasar yang digunakan oleh PAS juga adalah dengan menyamakan baiat talak tiga PAS dengan baiat yang telah dilakukan oleh penduduk Madinah sebelum kedatangan Islam bersama Rasulullah atau baiat yang lebih dikenali dengan nama Baiat Aqabah. Baiat Aqabah sendiri terbagi menjadi dua. Baiat Aqabah satu dan Baiat Aqabah dua. Baiat Aqabah bermula apabila sekelompok penduduk Madinah dari kaum Khazraj telah menziarahi Mekah pada musim haji lalu Rasulullah SAW telah berdakwah kepada mereka untuk memeluk agama Islam. Keduanya bersetuju untuk memeluk Islam dan akan menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah yang lain. Rasulullah SAW juga telah berpesan agar mendatangi Baginda lagi pada musim haji pada tahun hadapan. Pada musim haji tahun berikutnya, dua belas laki-laki Anshar telah datang menemui Rasulullah SAW di Aqabah. Kemudian mereka berbaiat kepada Baginda. Inilah asal usul daripada Baiat Aqabah pertama. Terdapat beberapa
28
Abdul Hadi Awang, Wawancara, Terengganu, 3 September 2015.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
66
kesepakatan yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW bersama mereka. Antara yang telah disepakati adalah tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak, tidak berdusta yang dibuat dengan sengaja oleh diri sendiri dan tidak melakukan maksiat serta berbuat kebaikan.29 Setelah terjadinya Baiat Aqabah yang pertama, Rasulullah SAW telah mengutus sahabat untuk membantu memberi kefahaman mengenai Islam serta menyebarkan Islam di Madinah. Sahabat yang dimaksudkan adalah Mus’ab bin Umair r.a.. Banyak penduduk Madinah memeluk Islam selepas daripada Baiat Aqabah yang pertama. Pengiriman Mus’ab bin Umair juga telah memberikan kesan yang sangat besar bagi aktivitas penyebaran Islam di Madinah. Pada musim haji tahun 13 kenabian, Mus’ab bin Umair telah kembali ke Madinah bersama muslim dari Madinah. Kurang lebih 70 orang muslim dari Madinah telah datang ke Mekah untuk menunaikan manasik haji. Apabila muslim dari Madinah telah tiba di Mekah, sebuah perjanjian secara rahasia telah diatur untuk menemukan muslim Madinah dengan Rasulullah SAW. Sebanyak 30 laki-laki dan 2 wanita telah mendatangi perjanjian tersebut. Pada perjanjian tersebut, sebuah baiat telah dilakukan bersama. Baiat tersebut dinamakan dengan Baiat Aqabah yang kedua. Rasulullah SAW telah berbaiat kepada semua yang hadir di perjanjian tersebut termasuk terhadap dua 29
Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri, Terjemahan Arrahiq al-Makhtum (Jakarta: Ummul Qura, 2014), 274.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
67
wanita itu. Terdapat beberapa kesepakatan yang telah dipersetujui bersama antara mereka yaitu mendengarkan dan taat kepada Rasulullah SAW di dalam kondisi semangat maupun tidak, berinfak di dalam masa sulit dan senang, berbuat amar makruf dan mencegah mungkar, teguh di jalan Allah serta tidak peduli terhadap celaan pencela selama dilakukan di jalan Allah dan akhir sekali yaitu menolong Rasul ketika Rasul datang kepada mereka serta melindungi Rasulullah SAW.30 Pimpinan PAS telah menyamakan baiat talak tiga PAS dengan Baiat Aqabah. Pihak PAS telah menyatakan bahwa baiat Aqabah dilakukan karena untuk menguatkan kesetian. Maka PAS telah menetapkan baiat talak tiga terhadap anggota legislatif dari partai PAS agar tetap setia kepada PAS dan perjuangannya. Selain itu PAS juga menyatakan dalam Baiat Aqabah turut disertakan apa yang diingini oleh Rasulullah SAW. Dengan itu PAS telah menyertakan juga apa yang diingini oleh partai PAS dalam baiat talak tiga tersebut. Pihak PAS telah menyatakan bahwa baiat lebih kuat dari sumpah. Baiat PAS melibatkan isteri anggota legislatif dengan alasan setiap isi yang terkandung dalam setiap baiat adalah suatu yang sangat penting, maka menunjukan juga bahwa istri juga adalah suatu yang penting.31 3. Dasar yang seterusnya adalah dengan menyamakan peristiwa yang berlaku terhadap Saidina Utsman r.a. ketika rumah beliau telah dikepung oleh musuh30 31
Ibid, 281. Ibid, Abdul Hadi Awang…, wawancara.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
68
musuh Islam. Peristiwa pengepungan rumah Saidina Utsman r.a dikatakan berlaku selama 40 hari dan ada yang yang mengatakan lebih daripada 40 hari. Mereka mengepung rumah Saidina Utsman r.a. karena ingin beliau meletak jawatan sebagai khalifah. Dan ada yang berpendapat bahwa pengepungan itu juga dengan bertujuan untuk memaksa Saidina Utsman r.a. menyerahkan Marwan bin al-Hakam kepada mereka.32 Walaupun Saidina Utsman r.a. telah dipaksa untuk meletakan jawatan sebagai khalifah namun beliau tetap mempertahankan jawatan tersebut dengan berkata ‚adapun keinginan mereka agar aku mengundurkan diri maka aku tidak akan melepaskan pakaian yang telah dipakaikan Allah SWT untukku‛. Melalui kata Saidina Utsman r.a. tersebut, PAS menjadikan peristiwa dan kata-kata Saidina Utsman tersebut sebagai dasar baiat PAS dengan alasan partai PAS adalah seperti sebuah jemaah Islam yang melindungi umat Islam di Malaysia. Maka tidak boleh meninggalkan amanah sebagai anggota legislatif di kursi PAS dengan sewenangnya sepertimana yang telah dinyatakan oleh Saidina Utsman r.a dengan ‘aku tidak akan melepaskan pakaian yang telah dipakaikan Allah SWT untukku.’.33 4. Menggunakan hukum Islam yang pernah dikeluarkan oleh mazhab Hanafiyah mengenai baiat talak tiga dengan pernyataan bahwa dibolehkan berbaiat. Baiat tersebut digunakan PAS untuk ‘mengikat’ anggota legislatifnya agar tidak mengkhianati partai dan menyertai partai lain selama masih menjadi anggota 32 33
Ibnu Katsir, Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung (Jakarta: Darul Haq, 2012), 521. Ibid, Abdul Hadi Awang…, wawancara.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id
69
legislatif.34Dengan menyatakan bahwa dalam mazhab Hanafi membolehkan perkara seperti itu dilakukan, maka PAS membuat peraturan tersebut. 5. Menggunakan serta menyamakan dasar yang digunakan pada zaman Dinasti Umayyah yaitu ketika Khalifah al-Mahdi pernah membaiat anaknya yaitu Harun al-Rasyid dengan jaminan menceraikan istri dan memerdekakan budak.35Dasar terakhir yang digunakan dalam membuat peraturan tersebut adalah dengan menyatakan bahwa ketika pemerintahan Umawiyyah baiat seperti itu telah dibuat, maka PAS mengikuti peraturan tersebut.
34 35
Ibid, Wawancara. Abdul Hadi Awang, ‚Mukhayyam Tarbawi PAS Daerah Machang‛, 3 September 2015.
digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id