197 BAB EMPAT PANDANGAN TERHADAP MASALAH MORAL DAN ORIENTASI MORAL PESERTA KAJIAN
4.0
Pengenalan Bab ini membincangkan pandangan peserta kajian tentang masalah
moral serta orientasi moral mereka. Perbincangan pada peringkat awal akan menyentuh tiga perkara yang menjadi topik utama dalam sesi temu bual iaitu pemahaman peserta kajian mengenai maksud masalah moral, pandangan mereka mengenai faktor-faktor yang menyebabkan masalah moral serta pendapat mereka tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah moral. Perbincangan seterusnya mengemukakan kategori-kategori orientasi moral serta persamaan dan perbezaan orientasi moral antara peserta. Persamaan dan perbezaan dilihat antara peserta lelaki salah laku dan tidak salah laku, peserta perempuan salah laku dan tidak salah laku, peserta lelaki salah laku dan perempuan salah laku, peserta lelaki tidak salah laku dan perempuan tidak salah laku.
4.1
Pemahaman Mengenai Maksud Masalah Moral Temu
bual
dan
perbincangan
tentang
maksud
masalah
moral
menunjukkan peserta mempunyai pandangan tersendiri. Mereka berpendapat masalah moral merupakan perbuatan yang menyalahi peraturan-peraturan
198 sekolah, keruntuhan akhlak atau kombinasi antara masalah sikap dan peraturan sekolah. Reza dan Raj berpendapat bahawa masalah moral melibatkan kegagalan seseorang pelajar mematuhi peraturan sekolah. Reza menjelaskan masalah moral sebagai “perkara yang menyalahi undang-undang sekolah seperti ponteng, bergaduh atau menghisap rokok” (Reza, sesi 2:35). Hal ini hampir sama dengan pandangan Raj, iaitu “masalah moral bermaksud perkara yang dilakukan salah dari segi peraturan atau undang-undang” (Raj, sesi 1:105-108). Ramai peserta yang mengaitkan masalah moral sebagai keruntuhan akhlak. Pendapat ini diutarakan oleh Chan, Yap, Siva, Nor, Gina, Dila dan Devi. Menurut Chan, masalah moral ialah “perkara yang tak baguslah, yang melibatkan perangai tak elok, sikap juga akhlak yang tak elok” (Chan, sesi 2:80). Yap juga memberikan maksud yang hampir sama, menurutnya masalah moral ialah hal-hal yang berkaitan dengan sikap. Siva pula menyatakan masalah moral ialah, “perangai yang tak baiklah, gaduh-gaduh, kasi pecah barang dalam sekolah, ponteng sekolah, macam itu tak elok punyalah” (Siva, sesi 1: 257-258). Peserta perempuan seperti Nor menggambarkan masalah moral sebagai masalah akhlak dan tingkah laku pelajar. Katanya, “Cara dia orang bergaul...pergaulan tak terbatas…pergaulan antara perempuan dan lelaki yang melampaui batas, tak muhrim (Nor, sesi 2:17-20). Gina, Dila dan Devi tidak dapat memberikan maksud masalah moral secara jelas sebaliknya hanya menganggap masalah moral berkaitan dengan sikap negatif. Gina mengaitkan masalah moral sebagai keadaan “gaduh-gaduh, tentang sikap, nilai dan
199 perangai” (Gina, sesi 2:73). Manakala, Dila menyatakan masalah moral sebagai “buat benda-benda yang tak eloklah” dan Devi mengaitkan maksud masalah moral sebagai sikap yang tidak baik seperti mengganggu pelajar perempuan. Terdapat juga peserta kajian yang mengaitkan masalah moral dengan dua situasi iaitu pelanggaran peraturan sekolah serta berkaitan dengan masalah sikap. Pandangan ini telah diberikan oleh Shah dan Fang. Shah berpendapat masalah moral adalah keadaan di mana seseorang “buat perangai yang tak baiklah, macam merokok, ponteng sekolah dan melanggar peraturan sekolah" (Shah, sesi 1:159). Di samping itu, dia juga berpendapat masalah moral berkaitan dengan, “pelajar yang sering membuli pelajar lain, terlibat dengan ponteng sekolah, sering menganggap diri mereka berkuasa di sekolah dan sikap tak baik” (Shah, sesi 1:160-161). Fang berpendapat masalah moral sebagai seorang “budak yang tak ada disiplin, buat perangai terpesong dari segi sosial, fikiran, emosi dan mental” (Fang, sesi 3: 9-12). Pandangan di atas menunjukkan setiap peserta memahami istilah masalah moral walaupun kurang membincangkannya secara jelas.
4.2
Punca Penglibatan Dalam Masalah Moral Perbincangan tentang faktor-faktor yang mendorong salah laku pelajar
menunjukkan peserta-peserta kajian berupaya memberikan pandangan masingmasing. Keseluruhannya terdapat tiga faktor utama yang dikemukakan, iaitu faktor pengaruh rakan sebaya, faktor diri sendiri dan faktor keluarga. Setiap faktor ini pula memberi beberapa sebab berlakunya masalah moral. Berdasarkan
200 jadual 4.0 di bawah, Reza telah menyebut beberapa punca yang menyebabkan penglibatan pelajar dalam masalah moral. Antaranya, pengaruh kawan. Persahabatan yang dibina dengan mereka yang sering terlibat dengan masalah moral, mampu meningkatkan peratusan diri untuk turut terikut dan terjebak dalam masalah moral. Hal ini demikian kerana desakan hati serta perasaan ingin mencuba. Reza berpendapat pada usia remaja, memang tidak dapat dinafikan seseorang suka mencuba perkara baru sehingga tidak dapat membezakan yang baik dengan yang buruk. Keluarga porak-peranda juga menyumbang kepada masalah moral kerana anak-anak merasakan tidak mendapat perhatian, kekurangan kasih sayang di samping didikan sempurna daripada keluarga dan kelima, kerana keturunan. Bagaimanapun, Reza berpendapat, pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama yang menyebabkan seseorang terjebak dalam masalah moral. Hal ini berlaku disebabkan oleh kesilapan diri mereka sendiri.
201 Jadual 4.0 Punca penglibatan pelajar dalam masalah moral dan pihak yang dipersalah Nama Peserta Reza
Chan
Punca 1. Pengaruh kawan 2. Perasaan ingin mencuba 3. Masalah keluarga 4. Kurang kasih sayang 5. Keturunan
Pihak yang dipersalahkan Diri sendiri
1. Pengaruh rakan sebaya 2. Tidak matang 3. Kesunyian dan kebosanan
Diri sendiri
Raj
1. Pengaruh kawan 2. Ibu bapa tidak mendidik
Ibu bapa
Shah
1. Pengaruh kawan 2. Ibu bapa tidak mendidik
Ibu bapa dan diri sendiri
Yap
1. Sakit hati 2. Perasaan terganggu 3. Tiada bimbingan ibu bapa 4. Kesunyian
Ibu bapa dan diri sendiri
Siva
1. Tiada didikan ibu bapa 2. Kurang kasih sayang 3. Keluarga berpecahbelah
Ibu bapa
Penglibatan dalam masalah moral boleh memberi kesan yang mendalam serta penyesalan, bagaimanapun menurutnya, pelajar terpaksa meneruskan aktiviti tersebut, seperti katanya,“sebab kita yang terlibat dan terjebak sendiri, kenapa nak salahkan diri orang lain, kalau kita dah terlibat baru kita rasa menyesal, tapi kita terpaksa ikut…terus ikut! ” (Reza, sesi 2:41- 43).
202 Reza berpendapat, penglibatan seorang kanak-kanak dalam masalah moral berkemungkinan disebabkan pengaruh rakan sebaya di samping kurang kawalan ibu bapa. Berbeza pula dengan remaja, segala kesilapan dan kesalahan terletak di atas bahu mereka, kerana menurut Reza remaja mempunyai keupayaan untuk berfikir, maka sekiranya terlibat dengan masalah moral, diri mereka sendiri harus dipersalah. Reza turut juga meletakkan kesalahan kepada ibu bapa kerana tidak membimbing dan memberi kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak. Seterusnya, Chan berpendapat punca masalah moral mempunyai kaitan dengan pengaruh rakan sebaya serta sikap individu yang membuta tuli dalam tindakan iaitu tidak mahu berfikir sebelum bertindak. Menurutnya,“tengok pelajarlah, kalau lebih bersikap rasional, taklah terlibat, tapi kalau jenis mainmain, ambil mudah, lebih mudahlah terpengaruh” (Chan, sesi 2:87-88). Justeru itu, menurutnya golongan yang berfikiran matang sering membuat pertimbangan sebelum bertindak. Chan juga memberi pandangan bahawa masalah remaja pada hari ini adalah kerana tidak matang dalam penyelesaian masalah. Ini menyebabkan remaja lalai dalam pelajaran, suka membuang masa dengan melepak dan tidak berminat untuk belajar. Dengan itu, beliau yakin kebanyakan pelajar menjadikan aktiviti melepak di kedai kopi dan di pusat snuker disebabkan ibu bapa sibuk bekerja dan tidak dapat meluangkan masa untuk anak-anak. Ini bermakna, kesunyian dan kebosanan mendorong anak keluar untuk berseronok dan akhirnya terpengaruh dengan masalah moral.
203 Apabila membincangkan mengenai punca masalah moral pelajar, Raj telah mengutarakan faktor pengaruh kawan sebaya sebagai faktor utama. Seperti katanya, “apabila seseorang pelajar merokok dan ponteng, dia akan memaksa kita untuk mengikut mereka... kalau tak pergi, mereka akan pukul, mereka ugut jadi kena pandai-pandai jaga diri” (Raj, sesi 1: 121-122). Walaupun Raj mengetahui kehebatan pengaruh rakan sebaya namun dia tetap bergaul dengan rakan-rakan yang tergolong dalam kumpulan pelajar salah laku. Bagaimanapun Raj tidak mudah terpengaruh dengan sikap mereka seperti katanya, “saya juga ada kawan yang bermasalah, tapi saya hanya ‘follow yang positive way’, yang negatif saya tak ikut (Raj, sesi 1:116-117). Raj berpendapat, ibu bapa memainkan peranan besar dalam mendidik anak-anak mereka, di mana menurutnya, “ibu bapa juga punca anak terlibat dengan masalah moral salah laku kerana ibu bapa tak ‘take care’, mereka tak jaga, tidak mengawal dan tidak mendidik anak mereka” (Raj, sesi 1:182-183). Menurut Raj, tugas ibu bapa yang utama, ialah mendidik anak-anak seperti katanya, “Jaga anak-anak walaupun bekerja, ajar nilai-nilai yang baik kalau
tak
mereka
akan
berjumpa
rakan
sebaya...mereka
akan
dipengaruhi...mereka tak akan tahu yang mana baik dan buruk” (Raj, sesi 1:191193). Tambahnya, ibu bapa yang bekerja ‘shif’ sukar sedikit melayan anak mereka. Hal ini demikian kerana waktu kerja yang tidak menentu. Namun ini tidak bermaksud mereka boleh membelakangkan anak-anak mereka atau lepas tangan.
204 Berbeza dengan Shah, beliau hanya mampu menyebut bahawa konflik keluarga mendorong pelajar terlibat dengan masalah moral. Shah tidak membuat sebarang huraian atau penjelasan bagi faktor yang telah dinyatakan. Sebaliknya menyalahkan kedua-dua ibu bapa serta diri sendiri sekiranya terlibat dengan masalah moral. Bagaimanapun, Yap mampu membincangkan soal ini. Beliau berpendapat kebanyakan pelajar terlibat dengan masalah moral adalah disebabkan mereka sakit hati, tersinggung perasaan serta tiada bimbingan kedua ibu bapa. Sikap tersebut akhirnya akan menjadi tabiat dan tidak mudah diubah lagi. Menurutnya, pelajar bermasalah moral berbeza dengan pelajar yang tidak bermasalah moral, di mana menurutnya pelajar tidak bermasalah moral sering menghabiskan masa dengan membaca buku serta kurang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sedangkan mereka yang bermasalah moral sering terlibat dalam aktiviti di luar sekolah seperti merayau-rayau, berhibur dan melepak. Yap berpendapat anak yang sering dibiarkan sendirian di rumah kurang mendapat bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar daripada kedua ibu bapa. Akibatnya, mereka akan berasa kesunyian dan terdorong mencari hiburan di luar seperti yang terjadi kepada dirinya. Siva
pula
berpendapat
masalah
moral
dalam
kalangan
pelajar
disebabkan oleh pengaruh kawan dan pada masa yang sama tidak mendengar nasihat ibu bapa. Beliau berpendapat, apabila ibu bapa tidak menjaga dan mendidik anak mereka, anak tersebut akan kehilangan kasih sayang dan menjadi penyebab kepada penglibatan aktiviti tidak bermoral. Siva juga
205 menegaskan bahawa untuk menjamin kebahagiaan keluarga, setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan masing-masing. Tambahnya, ibu bapa perlu juga menganggap anak-anak sebagai sahabat agar komunikasi menjadi lebih berkesan. Peserta-peserta kajian perempuan juga dapat membincangkan masalah moral dalam kalangan pelajar. Nor berpendapat pelajar-pelajar bermasalah moral sering kali datangnya daripada keluarga yang berpecah-belah, di mana anak-anak tiada tempat bergantung. Keadaan ini memudahkan rakan sebaya mempengaruhi mereka. Tambahnya, “mungkin juga faktor persekitaran yang menyebabkan mereka masuk dalam kancah itu” (Nor, sesi 2: 55-56). Menurut Nor seseorang pelajar terlibat dengan masalah moral mungkin juga disebabkan pergaulan yang tidak terbatas. Nor berpendapat “mereka mungkin menerima kebebasan dalam hidup, nak cuba sesuatu yang baru, serta nak dapatkan pengalaman” (Nor, sesi 1: 112-113). Nor juga berpendapat, dunia hari ini membuktikan terdapatnya anak yang terlalu sukakan kebebasan sedangkan keluarga bersikap terlalu mengongkong. Ini mendorong keinginan anak-anak untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik di belakang keluarga. Selain itu, Nor menjelaskan, keluarga yang tidak memberi kasih sayang juga boleh menyebabkan anak bermasalah. Menurutnya, ibu bapa tidak boleh bergaduh di hadapan anak-anak sebaliknya sentiasa memberi semangat kepada anak-anak mereka. Beliau berkata, “ibu bapa yang cerai berai, atau ada pergaduhan suami isteri, ini jadi tekanan dalam situasi di rumah, keluarga berpecah, mereka tak dapat beri kasih sayang, jadi anak akan
206 bermasalah moral…tapi ada keluarga baik, anak masih terlibat, ini salah diri sendiri” (Nor, sesi 2: 104-106). Menurut Nor lagi, jika seseorang pelajar terlibat dengan masalah moral, pelajar itu tidak boleh menyalahkan pihak lain kerana katanya, “diri sendirilah bersalah, sebab dah meningkat remaja, dah boleh fikir yang mana baik dan buruk” (Nor: sesi 2: 48-49).
Jadual 4.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah moral dan pihak yang dipersalahkan. Nama Peserta Nor
Faktor-faktor 1. Pengaruh kawan 2. Perasaan ingin mencuba 3. Masalah keluarga 4. Kurang kasih sayang
Siapa dipersalahkan Diri sendiri
Fang
1. Ibu bapa tidak mendidik 2. Ingin menarik perhatian 3. Ingin mendapatkan kasih sayang
Ibu bapa
Gina
1. Pengaruh kawan 2. Ibu bapa tidak mendidik
Ibu bapa
Dila
1. Pengaruh kawan 2. Ibu bapa tidak mendidik 3. Ingin mencuba
Ibu bapa
Kristina
1. Pengaruh kawan 2. Keturunan
Diri sendiri
Devi
1. Tidak ada didikan Ibu bapa 2. Pengaruh kawan
Diri sendiri
Fang pula mempunyai pandangan yang berbeza. Pada fikirannya, masalah moral berlaku disebabkan seseorang ingin menarik perhatian orang lain
207 seperti katanya “contoh sekarang kan budak buat bising (sengaja membuat bising) dalam kelas sebab cikgu tak masuk, jadi mereka nak cikgu masuk…tengok apa yang mereka buat dan bincang” (Fang, sesi 3:
15-16).
Menurutnya, individu yang cuba menarik perhatian pihak lain sama ada guru ataupun ibu bapa
untuk mendapatkan kasih sayang menyebabkan individu
tersebut terlibat dengan masalah salah laku dan juga masalah moral. Perbincangan tentang masalah moral pelajar pada masa ini, Fang berpendapat faktor utama seseorang terlibat dengan masalah moral ialah kerana keluarga mereka. Ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak mereka sedangkan anak-anak inginkan lebih perhatian, dan sekiranya tidak diberi perhatian mereka akan menjadi lebih ganas. Gina pula menegaskan bahawa pengaruh rakan sebaya dan kurang didikan ibu bapa adalah antara faktor yang menyebabkan seseorang terlibat dengan salah laku. Menurutnya, ibu bapa yang sibuk mencari kebendaan sering melupakan tanggungjawab mendidik anak. Menurutnya, anak terdedah kepada pengaruh rakan sebaya dan menjadi kewajipan ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka. Di samping itu, Gina percaya kebanyakan anak yang bermasalah sering terlibat dalam aktiviti ponteng, samseng dan suka bercinta (Gina, sesi 1:176-178). Menurutnya, remaja juga kurang arif dalam mengambil tindakan untuk kehidupan mereka. Dia menegaskan kegagalan membentuk dan mendidik anak menjadi manusia yang sempurna merupakan kesilapan ibu bapa. Dila, menerangkan penglibatan seseorang dengan salah laku adalah kerana kawan, seperti katanya, “...selalu kerana kawan, kalau dia berkawan
208 dengan pencuri, nanti kawan dia yang mencuri tu tunjuk hari ini dapat bendabenda ini, nanti tentu suka tengok, orang itu ada, dia tak ada…nanti lama-lama dia pun teringinlah, lepas lama-lama itu mencuri..(Dila, sesi 3:14-19). Menurutnya lagi, kadang kala keadaan juga menyebabkan seseorang itu terpaksa melakukan aktiviti tidak baik, seperti katanya, ...dulu dia mencuri sekarang dah tak, tapi bila dia nak kerja...orang tahu dia pencuri so tak nak ambil, dia jadi lama-lama dia mencurilah balik…” (Dila, sesi 3:14-19). Walau bagaimanapun, Dila tetap menegaskan bahawa punca utama seseorang pelajar terlibat dengan salah laku adalah kerana pengaruh kawan dan ditambah sikap ingin meneroka perkara baru, seperti katanya, “Saja suka-suka, cuba-cuba, lama-lama dah biasa…., seperti cikgu pernah kata tak boleh ponteng, tapi pasal nak cuba, ponteng sekolah jugak… rasa nak cuba, lepas itu kawan-kawan kata boleh pergi sana sini, boleh terlepas dari cikgu-cikgu… Masa ‘first time’ tu rasa takut tapi lepas waktu nak balik sekolah rasa seronok pulak, jadi ‘happy’, lamalama tak rasa bersalahlah,dah berjaya lakukan” (Dila, sesi 3:64-82). Dila juga berpendapat bahawa kesalahan tidak harus diletakkan pada pelajar sahaja, malah keluarga juga perlu disalahkan, kerana menurutnya, “Kalau jadi jahat, mungkin dalam keluarga, dia dilayan ‘ala’ kadar, bagi dia biasa-biasa sahaja, contoh bagi abang lebih, dia kurang atau kalau sayang lebih sangat, apa yang dia buat tak peduli pun” (Dila, sesi 3: 47-49). Sikap pilih kasih seperti ini telah menyebabkan anak-anak kecewa dan berkecil hati. Kristina pula mempunyai pandangan tersendiri. Katanya, pelajar yang terlibat dengan salah laku adalah disebabkan mengikut jejak bapa mereka atau
209 kerana pengaruh kawan. Bagi dirinya pelajar perempuan dan lelaki sama jahatnya. Kristina berpendapat, rakan sebaya berkemampuan memujuk kawankawan mereka yang terjebak dalam kes-kes tidak bermoral dan kes-kes salah laku. Menurut Kristina, beliau berpegang kepada prinsip bahawa dalam apa keadaan sekali pun, diri sendiri bertanggungjawab dalam segala hal. Menurutnya ibu bapa tidak boleh disalahkan jika anak terlibat dengan kes salah laku. Katanya, “Diri dia sendirilah, kenapa nak ikut kalau kawan-kawan buat, kita kenapa nak buatkan, keluarga mungkin jaga tapi kita tak tahu, sendiri saje lah salah” (Kristina, sesi 3: 22-25). Apabila membincangkan masalah moral dan salah laku remaja, Devi menyatakan bahawa penglibatan pelajar adalah disebabkan pengaruh kawan serta kegagalan ibu bapa menjaga dan menasihati anak mereka. Walaupun katanya, “Ibu bapa mesti bagi nasihat... tapi mereka tak dengar...mereka yang salah...sebab tak dengar nasihat ibu bapa” (Devi, sesi 2:80-81). Disebabkan itu, Devi tetap dengan pendiriannya, bahawa sekiranya anak terlibat dengan masalah moral, ini adalah berpunca daripada diri sendiri. Menurutnya anak-anak wajib mendengar nasihat ibu bapa jika ingin menjadi anak yang baik. Bagaimanapun, ibu bapa bukan penentu utama kerana di mana terdapat juga peserta salah laku dan tidak salah laku yang turut menyalahkan diri sendiri sekiranya terlibat dalam masalah moral. Ini mungkin dipengaruhi oleh latar belakang keluarga masing-masing. Peserta seperti Reza, Chan dan Nor yang mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa, tidak menyalahkan ibu bapa. Manakala, peserta seperti Shah, Yap dan Siva yang mempunyai masalah
210 dengan ahli keluarga telah menyalahkan ibu bapa sekiranya anak terlibat dengan masalah moral. Bagaimanapun, Shah dan Yap turut menyalahkan diri sendiri juga. Kesimpulannya,
perbincangan
bab
empat
menunjukkan
terdapat
beberapa persamaan juga perbezaan pendapat antara peserta salah laku dan tidak salah laku apabila membincangkan mengenai masalah moral. Hampir kesemua peserta bersetuju bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar serta penting untuk membentuk anak-anak yang tidak bermasalah moral. Secara keseluruhannya, didapati tiada perbezaan yang ketara antara peserta salah laku dan tidak salah laku dalam memperkatakan mengenai faktorfaktor yang menyebabkan masalah moral. Hampir kesemua peserta menyentuh faktor pengaruh rakan sebaya, diri sendiri serta keluarga telah mendorong kepada masalah moral di kalangan pelajar-pelajar. Pelbagai pandangan yang telah diutarakan dan dibincangkan memperlihatkan keupayaan dan kemampuan peserta kajian membincangkan topik yang diberikan. Ini dijangka mampu mempengaruhi orientasi moral peserta-peserta
kajian
tersebut sewaktu
membincangkan vignet-vignet dilema sebenar.
4.3
Kategori Orientasi Moral Bahagian ini akan memberi gambaran yang jelas tentang kategori
orientasi moral. Kategori telah ditentukan berdasarkan alasan-alasan yang diberikan oleh peserta apabila memberi respons kepada vignet dilema sebenar. Data yang diperoleh daripada temu bual telah diklasifikasikan kepada 17 kategori
211 yang dikumpulkan dalam empat orientasi moral. Orientasi moral tersebut ialah orientasi pertimbangan kendiri, orientasi keprihatinan, orientasi keadilan, dan orientasi gabungan (Jadual 4.2). Bagi orientasi pertimbangan kendiri, sebanyak empat alasan telah diberikan. Lima alasan diberikan untuk orientasi keprihatinan, lima alasan juga diberikan untuk orientasi keadilan manakala tiga alasan diberikan untuk orientasi gabungan.
212
Jadual 4.2 Jenis Orientasi dan Alasan ORIENTASI MORAL
ALASAN YANG DIBERI
Orientasi Pertimbangan Kendiri:(PK)
Contoh:
Alasan yang memberikan kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama. Mempamerkan perasaan peribadi serta cadangan alternatif yang menguntungkan dan memberikan kebaikan kepada watak utama.
(PK1)Kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama. (PK2)Manfaat dan kebaikan kepada watak utama (PK3)Perasaan peribadi kepada watak utama (PK4) Pertimbangan alternatif
Orientasi Keprihatinan:(K) Menyentuh mengenai perhubungan, pertalian, rasa tanggujawab watak utama terhadap orang lain di dalam vignet disuarakan
(K1)Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain (K2)Kesan sekiranya mengekalkan perhubungan (K3)Perasaan terhadap orang lain (K4)Menjaga kelakuan dan kehormatan diri (K5)Berkhidmat demi keharmonian
Orientasi Keadilan: (A) Merujuk kepada peraturan, undang-undang, (A1)Hak atau tugas seseorang kebenaran dan kesaksamaan watak utama di (A2)Mempertahankan keadilan atau suarakan membuktikan tidak bersalah (A3)Timbal balik (A4)Menurut perintah atau berbincang dengan individu (A5)Menyalahkan/menyetujui atau tidak menyalahkan/ tidak menyetujui Orientasi Gabungan: (G) Lebih daripada satu orientasi disuarakan
(G1) Orientasi Pertimbangan Kendirikeprihatinan (G2) Orientasi Pertimbangan Kendirikeadilan (G3) Orientasi Keprihatinan-keadilan
213
4.3.1 Orientasi Pertimbangan Kendiri Orientasi ini merujuk kepada alasan yang memberi kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama. Orientasi ini juga mempamerkan perasaan peribadi serta cadangan alternatif yang menguntungkan dan memberi kebaikan kepada watak utama.
Data yang diperoleh mempamerkan empat kategori bagi orientasi pertimbangan kendiri. (a)
Kesan fizikal atau kesan terus kepada watak utama (PK1)
Merujuk kepada alasan atau tindakan yang diberi bakal memberi kesan kepada diri atau anggota badan sama ada melibatkan perasaan ataupun
tidak. Di
bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Kalau kena marah kena pukul, saya fikir rasa marah sahaja...mati lagi bagus” (Kristina, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 34) “Takut dia panggil geng-geng dia mungkin lelaki, belasah saya, mungkin hari ini tak terancam tapi satu hari mungkin terancam..tugas itu mesti jalan tapi nyawa kena jagalah” (Fang, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 41-42) “Rasanya elok bagi tahu cikgu, mungkin akan dibelasah di luar sekolah tapi sekurang-kurangnya dia telah memberitahu cikgu sekurang-kurangnya boleh melindungi dia…dan ajar dia” (Fang, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 12-14)
214
(b)
Manfaat dan kebaikan kepada watak utama
Merujuk kepada keinginan bagi mendapatkan keselamatan, kebendaan dan emosi yang lebih baik. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. contoh: “Kerja dapat duit..masukkan dalam bank, janji ada kerja dapat duit” (Shah, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 63) “Lagi o.k kerja pensyarah…lagi baik daripada pasar malam..kerja ini mana untung” (Siva, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 31-32) “Paling baik pindah sekolah, saya rasa paling baik, takut masalah bertambahtambah lagi, dapat persekitaran yang baru, tak payah tengok yang sama” (Nor, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 35-36)
(c)
Perasaan peribadi pada watak utama (PK3)
Alasan yang diberikan merujuk terus kepada perasaan yang sedang dialami atau bakal dialami oleh watak utama. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Dia ini berada dalam keadaan “tension”...dia tak dapat bergaul dengan mereka, (cuma) beberapa minit sahaja so dia macam balas dendam, dia sepatutnya fahami situasi mak bapak dia” (Raj, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 7476)
215 “Perasaan dia sedih, kecewa, boring…pergi sekolah balik tak ada orang nak bercakap, seorang diri sahaja” (Reza, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 29-30) “Semua orang melakukan kerja yang sama setiap hari, kalau dia rasa kecewa maknanya semua orang pun rasa kecewa kerana semua orang pergi sekolah ke, tuisyen ke, belajar ke” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 3840)
(d)
Pertimbangan alternatif
Merujuk kepada alasan yang memberikan cadangan, pandangan atau pilihan lain yang boleh dilakukan oleh watak utama bagi menyelesaikan masalah. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Kena buat jadual harian….berniaga sampai pukul sepuluh…balik mandi, makan, tidur, besok pagi bangun pergi sekolah…berjalanlah di sekolah” ( Siva, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 50-52) “Tukar perniagaanlah, pergi ke pasar pagilah, kerja pagi hingga petang, tak kacau Limlah…nanti pagi Lim pergi sekolah, balik sekolah tolonglah sikit sampai pukul tujuh ke, tiga ke, malam boleh belajar” (Siva, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 66) “Mak dia patut duduk rumah jaga dia, beri lebih perhatian, ayah dia hari minggu bawak dia pergi berjalan-jalanke” (Dila, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 29-30)
216 4.3.2 Orientasi Keprihatinan Menyuarakan mengenai perhubungan, pertalian, kewajipan watak utama terhadap keluarga atau orang lain. Orientasi ini tidak mempunyai hubungan dengan peraturan atau undang-undang sebaliknya lebih menitikberatkan sikap mengambil berat dan rasa tanggungjawab sesama manusia.
Data yang diperoleh menunjukkan kehadiran lima alasan. Alasan yang diberikan ialah:
(a)
Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain (K1)
Alasan yang diberi merujuk kepada rasa tanggungjawab kerana mengenangkan perhubungan yang wujud antara diri dengan orang lain atau keluarga. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Tolong ibu bapa di pasar malam, siang belajar malam tolonglah…keluarga kena tolong sebab nak cari duit…kalau tak, nak makan apa” (Shah, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 72-73) “Kalau tak ada cara lain kena kerja, mungkin dia boleh tolong, tapi kalau ramai orang senang sikit, kalau tiga orang terpaksa tolong ibu bapa dia, sebagai anak kena tolong ibu bapa” (Raj, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 19-20)
217 (b)
Kesan sekiranya mengekalkan perhubungan (K2)
Alasan yang diberi mengutamakan kesan positif dalam hubungan dan mengelakkan hubungan yang tidak baik. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini.
Contoh: “Dengarlah, kita kena dengar cakap mak bapak…kerana kalau mak bapak tak restu…apa
yang kita nak buat tak akan jadi” (Dila, Vignet Dilema Sebenar
Keluarga Lim, 83-84) “Kalau nak orang senang hati dengan dia, janganlah tegas sangat, kalau ‘spot check’ tu ‘check’ biasa-biasa sahaja, nanti orang lebih ‘kamcing’ (baik) dengan dia” (Dila, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 55-56)
(c)
Perasaan terhadap orang lain (K3)
Tindakan dan alasan yang diberi mempamerkan perasaan kasih sayang, prihatin dan simpati terhadap orang lain. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Kalau membunuh diri itu pandangan yang sangat negatiflah, sebab membunuh diri mengecewakan kedua ibu bapa dan menyusahkan hati mereka” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 44-46)
218 “Ingat sebelum buat, kena fikir mak bapak dan adik-beradik, macamana dengan mereka nanti” (Dila, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 28) (d)
Menjaga kelakuan dan kehormatan diri (K4)
Alasan yang diberi mempamerkan kepentingan menjaga kelakuan dan maruah diri. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Dia kena ubah perangai, ubah sikaplah terutama jadi budak baik, baru boleh ‘ngam’ (sesuai) dengan keluarganya” (Gina, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 47) “Kurang sikitlah bercampur dengan kawan, tak perlulah berjumpa dengan kawan-kawan, kalau dia nak berubahlah” (Yap, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 55-56)
(e)
Berkhidmat demi keharmonian (K5)
Alasan yang diberi mengutamakan perasaan bertimbang rasa, memaafkan demi mengekalkan perhubungan semasa bertugas, di samping mengelakkan persengketaan semasa menjalankan tugas. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Kalau pertama kali buat salah beri peluang, beri nasihat, jangan terus ambil tindakan, kerana semua orang pun ada buat kesilapan, beri peluanglah, kalau tak serius punya perkara” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 26-28)
219 “Dalam situasi di mana pelajar-pelajar yang kasar, dia perlu lemah lembut sikit tidak mengambil tindakan tapi nasihati mereka” (Raj, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 27-28)
4.3.3 Orientasi Keadilan Alasan yang diberi untuk orientasi ini telah menyuarakan peraturan, kebenaran dan kesaksamaan watak utama. Data yang diperoleh menunjukkan terdapat lima alasan iaitu: (a)
Tugas dan tanggungjawab seseorang (A1)
Merujuk kepada hak, amanah atau tugas yang perlu dilakukan oleh watak utama bagi melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Kalau dia orang cakap mereka punya berani, kita kena tunjuk pada mereka ini tugas kita, kita kena selesaikan, jalankan tugas dengan baik sebab ini amanah yang kena jalankan” (Siva, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 51-53) “Saya rasa Lim perlu berpegang kepada prinsip dia, pegang cita-cita dia” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 36)
(b)
Mendapatkan Keadilan (A2)
Peserta memberikan alasan demi menegakkan kebenaran watak utama atau pihak lain dengan mengambil tindakan yang dijangka seadilnya. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini.
220 Contoh: “Kalau kita kena belasah teruk-teruk..ambil tindakan yang lagi keraslah, bukan kita yang cari pasal, kena berani kerana benar” (Raj, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 75-77) “Saya rasa dia tak boleh bantu ibu bapa dan meneruskan pelajaran pada masa yang sama, kalau ‘last’ sekali tak payah pergilah, sebagai peserta kajian dia tidak bersalah kalau tak tolong keluarga dia” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 75-76)
(c)
Timbal balik (A3)
Mengulangi tindakan yang sama seperti yang diperlakukan pada watak utama. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Tapi saya rasa mak bapak kena berkorban untuk besarkan anak-anak tapi kalau mak bapak dah uzur baru kita berkorban untuk mak bapak kita” (Reza, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 33-34). “Kita lawanlah...kalau saya, saya pukul balik, sebab mereka pukul sayalah, kalau saya lembut mereka lagi buli dan kacau saya” (Kristina, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 36-37)
221 (d)
Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan (A4)
Peserta kajian mengutarakan alasan di mana watak utama perlu mengikut kehendak autoriti atau berbincang untuk mendapatkan persetujuan. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Bincang dengan guru disiplin, macam mana nak selesaikan masalah, bincang juga dengan mereka yang lakukan kesalahanlah” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 30-31) “Kena jumpa cikgu mungkin dapat selesai masalah, bagi jalan nak buat macam mana, jumpa cikgu dulu, bincang…jumpa pelajar itu” (Nor, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 8-9)
e) Menyalahkan/menyetujui atau tidak menyalahkan/ tidak menyetujui (A5) Orientasi ini merujuk kepada alasan yang menyalahkan atau tidak menyalahkan pihak lain. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Boleh jadi jahat sebab pengaruh kawan dan kadang-kadang sebab mak bapak tak cakap, tak jaga atau tak nasihat mereka...boleh jadi jahat jugak” (Shah, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 43-44) “Ini masalah kecil, tapi orang lain bagi dia susah...tapi tak boleh bunuh diri, itu salah mak ayah dan kawan-kawan yang banding-banding” (Devi, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 57-58)
222 4.3.4 Orientasi Gabungan Orientasi gabungan merujuk kepada respons pelajar yang mempunyai dua alasan yang boleh dikategorikan dalam orientasi yang berbeza. Kehadiran dua kategori
yang berbeza ini menyebabkan berlakunya penggabungan dua
orientasi. Data menunjukkan wujudnya tiga orientasi iaitu:
(a)
Orientasi pertimbangan kendiri-Keprihatinan (G 1)
Orientasi ini menunjukkan wujudnya alasan-alasan yang dikategorikan kepada dua orientasi iaitu orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keprihatinan. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Berapa serius ke, membunuh diri itu tindakan yang sangat bodohlah, sebab apa perkara pun ada jalan, boleh diselesaikan, kalau bunuh diri itu tak berani, saya rasa seorang yang agak bodohlah, kerana ibu bapa yang melahirkan dia, kalau membunuh diri akan merosakkan hati ibu bapa dan juga tak bagus kerana mencederakan diri sendiri” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir, 55-59) Alasan pertama iaitu “Berapa serius ke, membunuh diri itu tindakan yang sangat bodohlah, sebab apa perkara pun ada jalan, boleh diselesaikan, kalau bunuh diri itu tak berani, saya rasa seorang yang agak bodohlah” merupakan orientasi pertimbangan kendiri manakala “..kerana ibu bapa yang melahirkan dia, kalau membunuh diri akan merosakkan hati ibu bapa dan juga tak bagus kerana mencederakan diri sendiri” merupakan orientasi keprihatinan.
223 (b)
Orientasi Pertimbangan Kendiri-Keadilan (G2)
Gabungan
ini
menunjukkan
terdapat
gabungan
alasan
bagi
orientasi
pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini. Contoh: “Tengoklah kalau serius sangat, mungkin orang ketawa tapi nyawa lagi penting...kalau cikgu mungkin pujuk…tapi nyawa lebih penting, cikgu memang pentingkan disiplin sekolah dan bukan anak didik mereka, macam nyawa tak berharga...biar mereka ejek-ejek, tapi buat tak tahulah, hingga mereka rasa boringlah” (Fang, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 64-68)
Alasan yang diberikan di atas iaitu: “Tengoklah kalau serius sangat, mungkin orang ketawa tapi nyawa lagi penting...kalau cikgu mungkin pujuk…tapi nyawa lebih penting, cikgu memang pentingkan disiplin sekolah dan bukan anak didik mereka, macam nyawa tak berharga” diletakkan dalam orientasi pertimbangan kendiri manakala alasan “..biar mereka ejek-ejek, tapi buat tak tahulah, hingga mereka rasa boringlah” pula berada dalam orientasi keadilan.
(c)
Orientasi keprihatinan-Keadilan (G3)
Orientasi ini menunjukkan kehadiran dua orientasi iaitu orientasi keprihatinan dan orientasi keadilan. Di bawah ditunjukkan contoh alasan yang termasuk dalam kategori ini.
224 Contoh: ”Kalau sebagai pengawas, pukul orang atau buat yang salah dari segi peraturan, tentu jawatan lucut dan imej pun dah tak baik, kalau ada ‘merit’ lagi teruk, rasa biarlah mereka, jangan peduli…kena bersabarlah (Fang, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 57-59) Alasan “Kalau sebagai pengawas, pukul orang atau buat yang salah dari segi peraturan, tentu jawatan lucut dan imej pun dah tak baik, kalau ada ‘merit’ lagi teruk,”. Alasan ini dikategorikan dalam orientasi pertimbangan keprihatinan manakala “rasa biarlah mereka, jangan peduli…kena bersabarlah” pula di letakkan dalam orientasi keprihatinan.
4.4
Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Penentuan orientasi moral berdasarkan vignet dilema sebenar akan
menjawab soalan kajian yang ke dua. Memandangkan terdapat empat vignet dilema sebenar yang ditemu bual maka persoalan kajian akan dijawab berdasarkan dapatan setiap vignet. Hal ini demikian kerana setiap vignet membawa isu yang berbeza.
4.4.1 Orientasi moral Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Dapatan kajian dimulakan dengan menentukan orientasi moral peserta kajian apabila memberi respons kepada Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi. Orientasi moral peserta kajian berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi akan digambarkan dalam jadual 4.3 dan 4.4 di bawah.
225 Peserta kajian Lelaki Jadual 4.3 Orientasi Moral Peserta Kajian Lelaki Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Kekerapan alasan Orientasi Moral Peserta kajian tidak salah Peserta kajian salah laku laku Reza Chan Raj Shah Yap Siva Orientasi pertimbangan 3 4 6 2 kendiri Orientasi keprihatinan 1 1 2 1 Orientasi keadilan 3 4 7 2 5 6 Orientasi gabungan -
Jadual 4.3 di atas menunjukkan kekerapan peserta kajian memberikan alasan untuk empat jenis orientasi. Peserta kajian lelaki tidak salah laku (Reza, Chan
dan
Raj)
memberikan
alasan
yang
seimbang
antara
orientasi
pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan. Bagaimanapun, Reza dan Chan masih memberikan satu alasan setiap seorang bagi orientasi keprihatinan. Peserta kajian tidak salah laku (Shah, Chan dan Raj) pula memberi alasan yang menjurus kepada orientasi keadilan. Bagaimanapun, Yap memberikan dua alasan bagi orientasi keprihatinan manakala Siva memberikan dua alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri dan satu alasan orientasi keprihatinan.
226 Peserta kajian Perempuan
Jadual 4.4 Orientasi Moral Peserta Kajian Perempuan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah Peserta kajian salah laku laku Nor Fang Gina Dila Kristina Devi Orientasi pertimbangan 2 2 7 4 4 kendiri Orientasi keprihatinan 2 1 1 Orientasi keadilan 2 6 5 6 5 4 Orientasi gabungan 1 Orientasi Moral
Jadual 4.4 menunjukkan jumlah alasan yang telah diberikan oleh peserta perempuan tidak salah laku dan salah laku apabila memberi respons kepada Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi. Peserta kajian perempuan tidak salah laku iaitu Nor memberikan dua alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan manakala satu alasan bagi orientasi gabungan. Fang dan Gina lebih banyak menggunakan orientasi keadilan. Fang telah memberikan 5 alasan manakala Gina memberi 6 alasan. Peserta kajian salah laku pula memberi jumlah alasan yang hampir di antara orientasi pertimbangan kendiri dengan orientasi keadilan. Terdapat 19 alasan telah diberikan untuk orientasi pertimbangan diri dan peserta salah laku telah memberikan 15 alasan daripada 19 alasan tersebut. Peserta salah laku juga telah memberikan 15 alasan daripada kesemua 28 alasan bagi orientasi keadilan.
227 4.4.1.1
Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Kendiri Moi Moi Kesemua peserta kajian lelaki kecuali dua orang (Shah dan Yap) memberi sekurang-kurangnya dua alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri. Kata-kata seperti “Perasaan dia sedih, kecewa, boring…pergi sekolah balik tak ada orang nak bercakap, seorang diri sahaja” (Reza, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 29-30) telah digunakan. Bagi Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi terdapat 15 alasan diberi daripada 45 alasan secara keseluruhannya. Empat alasan utama yang telah dikenal pasti ialah, kategori Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama (PK1) menunjukkan dua alasan diberi, satu oleh Chan dan satu lagi oleh Siva. Ungkapan seperti ”sangat berbahaya pada diri sendiri” (Chan) dan “nanti akan dikenakan tindakan disiplin” (Siva) menunjukkan PK 1 telah digunakan. Alasan seumpama ini diberikan apabila merujuk kepada tindakan Moi Moi melibatkan diri dengan aktiviti tidak bermoral. Bagi peserta perempuan pula hanya satu alasan telah diberikan iaitu oleh Dila.
228 Jadual 4.5 Kekerapan Alasan Bagi Kategori Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Alasan yang diberi R (PK1) Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama. (PK2) Manfaat dan kebaikan kepada watak utama (PK3) Perasaan peribadi pada watak utama (PK4) Pilihan Alternatif
C 1
Lelaki R S Y j
Si N 1
F
Perempuan G D K 1
1 3
Dv
1 5
1
2
2
2
3
4
3
2
Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
Kesemua peserta kajian lelaki kecuali dua orang (Shah dan Yap) memberikan sekurang-kurangnya dua alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri. Bagi vignet dilema sebenar kendiri Moi Moi terdapat 15 alasan diberi daripada 45 alasan secara keseluruhannya. Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama (PK1) memberikan dua alasan, satu oleh Chan dan satu lagi oleh Siva. Ungkapan seperti ”sangat merbahaya pada diri sendiri” (Chan) dan “nanti akan dikenakan tindakan disiplin” (Siva) menunjukkan PK 1 telah digunakan. Alasan seumpama ini diberikan apabila merujuk kepada tindakan Moi Moi melibatkan diri dengan aktiviti tidak bermoral. Bagi peserta perempuan pula hanya satu alasan telah diberikan oleh Dila. Hanya dua alasan sahaja yang telah diberikan untuk kategori Manfaat dan kebaikan kepada watak utama (PK2) setiap satu oleh Chan dan juga Dila. Kata seperti “bergaul dengan orang baik, pandai pilih kawan” menunjukkan kehadiran PK2.
229 Alasan PK3 iaitu Perasaan peribadi kepada watak utama diberi apabila ditanya mengapa Moi Moi terlibat dengan masalah moral. Alasan seperti “dia berada dalam keadaan tension’, “perasaan dia sedih, kecewa, boring” (Reza) dan ”dia rasa sunyi dan tersisih’ (Dila) kerap diberikan. Dua orang peserta lelaki dan lima
orang
peserta
perempuan
telah
menggunakan PK3 apabila
memberikan alasan kepada tindakan Moi Moi. Chan telah memberikan enam alasan, manakala Reza tiga alasan. Seramai lima peserta perempuan telah memberikan alasan PK3. Kristina memberikan empat alasan, diikuti oleh Dila dan Devi tiga alasan setiap seorang, manakala Nor dan Gina dengan dua alasan setiap seorang. Fang tidak memberi sebarang alasan bagi PK3.
PK4
Pertimbangan Alternatif adalah alasan yang kurang dikemukakan dalam menyelesaikan dilema Moi Moi. Hanya seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan berorientasikan PK4. Mereka ialah Chan dan Dila dengan dua alasan setiap seorang.
4.4.1.2
Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar
Kendiri Moi Moi Merujuk kepada jadual 4.6 di bawah, hanya 9 alasan yang berjaya dikumpulkan apabila memberi respons kepada Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi. Alasan seperti “Dia kena ubah perangai, ubah sikaplah terutama jadi budak baik, baru boleh ‘ngam’ (sesuai) dengan keluarganya” (Gina, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 47) telah diberikan. Dua alasan telah diberikan oleh dua peserta lelaki tidak salah laku iaitu Reza dan Chan. Setiap seorang
230 dengan satu alasan. Tiga alasan pula telah diberikan oleh dua orang peserta lelaki salah laku. Dua alasan oleh Yap dan satu alasan oleh Siva. Peserta kajian perempuan tidak salah laku (Nor dan Fang) pula telah memberikan satu alasan setiap seorang. Peserta perempuan salah laku pula telah memberikan tiga alasan di mana Kristina dengan dua alasan dan Devi dengan satu alasan. Kesemua alasan telah dikumpulkan dalam dua kategori iaitu K2 dan K4 seperti di jadual 4.6 Tiada sebarang alasan diberi untuk kategori Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain (K1), Perasaan terhadap orang lain (K3) dan Berkhidmat demi keharmonian (K5).
Jadual 4.6 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-Kategori Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Alasan yang diberi
LELAKI C R S Y j
PEREMPUAN F G D K Dv
R Si N K1 Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain K2 Kesan mengekalkan 1 perhubungan K3 Perasaan terhadap orang lain K4 Menjaga kelakuan dan 1 2 1 2 1 1 kehormatan diri K5 Berkhidmat demi keharmonian Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
Hanya
satu
alasan
diberikan
bagi kategori kesan
mengekalkan
perhubungan (K2). Alasan tersebut telah diberi oleh Chan. Persoalan ini merujuk kepada soalan sekiranya Moi Moi diberikan perhatian oleh keluarganya di mana,
231 “dia akan bergaul dengan orang lebih baik, tidak merokok, tidak ponteng dan tidak bergaduh lagi” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi, 61-62). Kategori menjaga kelakuan dan kehormatan diri (K4), peserta kajian memberikan alasan yang paling banyak untuk kategori ini. Keseluruhannya terdapat lapan alasan. Empat alasan diberi oleh peserta lelaki (Reza, Yap dan Siva) dan empat alasan oleh peserta perempuan (Fang, Gina dan Dila). Alasan ini diberikan apabila peserta kajian ditanya soalan mengenai tindakan yang perlu dilakukan oleh Moi Moi bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala tidak bermoral. Perkataan seperti ”dia kena berfikir matang”, (Reza) “jangan bergaul dengan pelajar nakal”, (Yap) “dia tak sepatutnya bersikap seperti itu, kerana menjatuhkan maruah” (Dila) telah diberikan oleh peserta kajian.
4.4.1.3
Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri
Moi Moi Merujuk kepada jadual 4.7, keseluruhannya sebanyak 25 alasan telah diberikan oleh kesemua peserta kajian lelaki dan 24 alasan telah diberikan oleh kesemua peserta kajian perempuan. Berdasarkan alasan yang diberikan oleh peserta kajian lelaki, Raj memberikan tujuh alasan, Siva memberikan enam alasan, Yap memberikan lima alasan, Reza dan Chan masing-masing memberikan tiga alasan dan Shah dengan dua alasan. Bagi peserta kajian perempuan, Fang memberikan enam alasan, Gina dan Kristina dengan lima alasan, Devi dan Dila masing-masing dengan tiga alasan. Kesemua alasan ini telah dikumpulkan dalam dua kategori sahaja iaitu Menurut perintah atau
232 mendapatkan persetujuan (A4) dan Menyalahkan atau tidak menyalahkan (A5). Kesemua peserta kajian lelaki dan perempuan telah memberikan alasan pada kategori A4 dan A5 seperti di bawah. Tiada sebarang alasan diberikan untuk kategori Tugas dan tanggungjawab seseorang (A1), kategori Mendapatkan keadilan (A2) dan Timbal balik (A3).
Jadual 4.7 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-Kategori Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi Alasan yang diberi R
C
LELAKI R S Y j 1
Si N
PEREMPUAN F G D K Dv
Tugas dan tanggungjawab seseorang(A1) Mendapatkan keadilan(A2) Timbal balik (A3) Menurut perintah atau 1 - 2 - 4 2 - 1 - 3 mendapatkan persetujuan (A4) Menyalahkan atau tidak 2 3 5 1 1 3 2 5 5 menyalahkan(A5) Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
1
4
3
Sebanyak 14 alasan telah dikategorikan di bawah A4 Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan di mana seramai tiga orang peserta kajian perempuan dan empat orang peserta kajian lelaki telah menggunakan alasan bagi kategori ini. Kategori A4 merujuk kepada kata seperti “Cakap pada keluarga untuk luangkan masa untuk dia, kalau nak buat apa-apapun dapatkan nasihat dan pandangan mereka” (Reza, Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi: 38-39) . Bagi peserta kajian perempuan, Dila telah memberikan tiga alasan manakala Fang dan Kristina memberikan satu alasan setiap seorang. Kesemua
233 peserta kajian lelaki kecuali Chan dan Siva telah memberikan sekurangkurangnya satu alasan dalam kategori ini. Yap telah memberikan empat alasan, manakala Raj dan Siva masing-masing dengan dua alasan. Reza dan Shah pula masing-masing dengan satu alasan. Respons bagi alasan Menyalahkan atau tidak menyalahkan A5 ini adalah yang paling tinggi untuk dilema Moi Moi. Keseluruhannya, terdapat 34 alasan di mana peserta kajian lelaki memberikan 15 alasan manakala peserta perempuan dengan 19 alasan. Kesemua peserta kajian lelaki ada memberi alasan bagi kategori ini. Raj ialah peserta kajian yang paling banyak menggunakan alasan ini. Sebanyak lima alasan telah diberikan. Alasan seperti “Keluarga dia sepatutnya menjaganya…tak boleh anggap dia dah besar…keluarga dia kena kawal dia” (Raj, 15-16) telah diberikan. Kemudian diikuti dengan tiga alasan oleh Chan dan Siva. Reza memberikan dua alasan. Manakala Shah dan Yap dengan satu alasan setiap seorang. Bagi peserta perempuan pula, lima daripada enam peserta perempuan telah menggunakan alasan ini kecuali Dila. Fang dan Gina telah memberikan lima alasan setiap seorang manakala Kristina memberikan empat alasan. Devi memberikan tiga alasan dan Nor memberikan dua alasan. Alasan yang paling banyak digunakan adalah menyalahkan orang lain apabila Moi Moi terlibat dengan salah laku.
234 4.4.1.4
Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar
Kendiri Moi Moi Merujuk kepada jadual 4.8 hanya satu alasan telah diberikan untuk orientasi gabungan. Alasan yang diberi adalah gabungan alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri dengan orientasi keadilan (G2). Tiada alasan direkodkan untuk
orientasi
pertimbangan
kendiri-keprihatinan
(G1)
dan
orientasi
keprihatinan-keadilan (G3). Orientasi G2 telah diberi oleh Nor apabila memberikan respons mengenai sikap Moi Moi seperti katanya, “Dia rasa sedih, cemburu dengan adik dia…so terlibat, ibu bapa tak boleh bersikap macam itu, kena take care untuk kesejahteraan anak dia” (Nor: 34-35)
Jadual 4.8 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-Kategori Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi
Alasan yang diberi
LELAKI R
C
R
S
PEREMPUAN Y
Si N
F
G
D
K
Dv
j Orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan (G1) Orientasi pertimbangan kendiri-keadilan (G2) 1 Orientasi keprihatinankeadilan (G3) Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
Keseluruhannya, seramai lima orang peserta kajian lelaki mendominasi alasan bagi orientasi keadilan. Mereka ialah Reza, Chan, Raj, Yap dan Siva. Chan merupakan peserta kajian yang paling banyak memberi alasan iaitu
235 sembilan alasan dan diikuti oleh Reza dengan tujuh alasan. Bagaimanapun, secara keseluruhannya, sebanyak 33 alasan telah diberikan oleh peserta kajian bagi orientasi keadilan. Sebanyak 24 alasan pula telah dikategorikan dalam orientasi pertimbangan kendiri. Reza dan Shah masing-masing dengan lima alasan, manakala bagi peserta salah laku Shah dan Siva dengan empat alasan dan tiga alasan. Sejumlah
lapan alasan orientasi keprihatinan diberi.
Bagaimanapun, Chan dan Siva tidak memberi sebarang alasan yang berorientasikan keprihatinan. Alasan bagi orientasi gabungan pula hanya diberikan oleh peserta kajian tidak salah laku (Reza, Chan dan Raj).
4.4.2 Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim Kekerapan alasan yang diberi untuk menentukan orientasi moral peserta kajian lelaki dan perempuan berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim dipaparkan dalam jadual 4.9 dan 4.10 di bawah. Peserta kajian Lelaki Jadual 4.9 Orientasi Moral Peserta kajian Lelaki Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim
Orientasi Moral
Orientasi pertimbangan kendiri Orientasi keprihatinan Orientasi keadilan Orientasi gabungan
Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah Peserta laku laku Reza Chan Raj Shah 5 5 3 4 2 7 1
9 1
2 6 2
3 2 -
kajian
salah
Yap 3
Siva 4
1 4 -
5 -
236 Berdasarkan jadual 4.9 didapati peserta lelaki telah menggunakan orientasi pertimbangan diri dan orientasi keadilan apabila memberi respons kepada vignet dilema sebenar keluarga Lim. Bagaimanapun, masih menggunakan orientasi keprihatinan dan orientasi gabungan walaupun dengan jumlah alasan yang kecil. Sebanyak 24 alasan berorientasikan pertimbangan diri dan 33 alasan berorientasikan keadilan.
Peserta kajian perempuan Jadual 4.10 Orientasi Moral Peserta Kajian Perempuan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim
Orientasi Moral
Orientasi pertimbangan kendiri Orientasi keprihatinan Orientasi keadilan Orientasi gabungan
Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah Peserta kajian salah laku laku Nor Fang Gina Dila Kristina Devi 1 5 2 3 1 1 6 1
2 -
2 1
2 2 1
4 -
2 3 -
Berdasarkan jadual 4.10, keseluruhannya sebanyak 12 alasan telah diberikan untuk orientasi pertimbangan kendiri, lima alasan untuk orientasi keprihatinan, 19 alasan untuk orientasi keadilan dan tiga alasan untuk orientasi gabungan. Bagi Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, Nor telah memberikan alasan yang lebih menjurus kepada orientasi keadilan dengan enam alasan. Fang pula telah memberikan lima alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri. Gina hanya memberikan dua alasan untuk orientasi keadilan dan satu alasan
237 orientasi gabungan. Peserta kajian salah laku telah memberi alasan yang memberat kepada orientasi keadilan. Dila lebih seimbang dalam memberikan alasan dengan dua alasan bagi tiga orientasi utama dan satu alasan bagi orientasi gabungan.
4.4.2.1 Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim
Kategori ini agak popular di mana sebanyak 25 alasan berjaya dikumpulkan. Sebanyak 13 alasan telah diberi oleh peserta kajian tidak salah laku manakala 11 alasan oleh peserta salah laku. Alasan seperti “Kerja dapat duit..masukkan dalam bank, janji ada kerja dapat duit” (Shah, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 63) telah digunakan.
Jadual 4.11 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim Alasan yang diberi R Kesan fizikal atau 1 terus pada watak
(PK1) kesan utama. (PK2) Manfaat dan kebaikan pada watak utama (PK3) Perasaan peribadi 1 pada watak utama (PK4) Pilihan Alternatif 3
C 1
Lelaki R S Y j 1
1 1
1
3
2
2
Si N
2
F 1
Perempuan G D K
1
2
Dv
3
1 2
1
2
3
Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
1
238 Alasan yang diberi agak sekata antara peserta di mana Reza dan Chan dengan lima alasan setiap seorang, Shah dan Siva, empat alasan setiap seorang. Raj serta Yap pula tiga alasan setiap seorang. Lima peserta kajian perempuan pula telah memberikan alasan PK1 Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama kecuali Gina. Sebanyak 12 alasan telah diberi kesemuanya. Fang telah memberikan lima alasan, Kristina dengan tiga alasan, Dila memberikan dua alasan manakala Nor dan Devi satu alasan setiap seorang. Hanya seorang peserta kajian perempuan dan tiga orang peserta kajian lelaki telah memberi alasan Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama (PK1). Setiap seorang telah memberikan satu alasan. Mereka ialah Reza, Chan, Shah dan Fang. Alasan yang diberi menitikberatkan kejayaan atau kegagalan seseorang. Penyataan seperti “ini merosakkan harapan dia” (Chan), “ini mengganggu pelajaran dia” (Shah) diberikan bila merujuk kepada soalan seperti, “Mengapa Lim tidak boleh membantu ibu bapanya”?. Seramai tiga orang peserta kajian lelaki dan tiga orang peserta kajian perempuan telah memberikan alasan merujuk kepada Manfaat dan kebaikan kepada watak utama (PK2). Ungkapan seperti “Pensyarah di universiti adalah lebih berjaya daripada penjaja di pasar malam” (Yap, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 28). ‘Lebih berjaya’ menunjukkan manfaat yang bakal diperoleh. Ketiga-tiga peserta adalah peserta lelaki salah laku. Yap dan Siva telah memberikan dua alasan manakala Shah dengan satu alasan. Tiga peserta perempuan pula telah memberi enam alasan keseluruhannya iaitu Kristina, tiga alasan, Dila dengan dua alasan dan Nor dengan satu alasan.
239 Seramai tiga peserta lelaki tidak salah laku dan seorang peserta perempuan tidak salah laku telah memberikan satu alasan setiap seorang untuk kategori Perasaan peribadi pada watak utama (PK3) ini. Mereka ialah Reza, Chan, Raj dan Fang. Alasan seperti di bawah dikategorikan PK3. Alasan seperti “Tak bagus jugak sebab dia tinggalkan keluarga dia, tak baguslah larikan diri daripada situasi dia, patut lebih positif, ini tindakan negatif, mungkin boleh sambung pelajaran tapi tak baguslah buat macam itu” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 88-90) telah dikategorikan dalam PK3. Alasan Pilihan alternatif pada watak utama (PK4) telah dinyatakan oleh kesemua peserta kajian lelaki dan dua orang peserta kajian perempuan. Reza, Chan dan Fang masing-masing telah memberikan tiga alasan. Raj, Shah dan Siva masing-masing dengan dua alasan. Yap dan Devi dengan satu alasan. Keseluruhannya peserta kajian lelaki telah memberikan 13 alasan manakala peserta kajian perempuan telah memberikan empat alasan.
4.4.2.2
Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar
Keluarga Lim
Keseluruhannya hanya tujuh alasan telah diberikan oleh peserta kajian lelaki dan lima alasan telah diberikan oleh peserta kajian perempuan. Alasan seperti “Tolong ibu bapa di pasar malam, siang belajar malam tolonglah…keluarga kena tolong sebab nak cari duit…kalau tak, nak makan apa” (Shah, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 72-73) diberikan. Seramai empat peserta kajian lelaki
240 telah memilih alasan bagi kategori K1 Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain. Manakala peserta kajian perempuan telah memberi respons pada K1 dan K2.
Jadual 4.12 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-Kategori Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim Alasan yang diberi
LELAKI C R S Y j 3 1 2
PEREMPUAN F G D K Dv 2
R Si N K1 Kewajipan watak utama 1 1 kepada keluarga atau orang lain K2 Kesan mengekalkan 2 perhubungan K3 Perasaan terhadap orang lain K4 Menjaga kelakuan dan kehormatan diri K5 Berkhidmat demi keharmonian Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
a)
Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain (K1)
Kewajipan watak utama digambarkan dalam penyataan berikut “Tolong ibu bapa dia di pasar malam, siang belajar, malam tolonglah…keluarga kena tolong sebab nak cari duit…kalau tak, nak makan apa” (Shah, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 75). Alasan ini diberi sebanyak tiga kali oleh Shah, dua kali oleh Raj dan satu kali oleh Reza serta Yap. Peserta kajian perempuan pula hanya Nor memberikan satu alasan manakala Devi memberikan dua alasan.
241 b)
Kesan mengekalkan perhubungan (K2) Hanya seorang peserta kajian yang telah memberikan alasan berikut.
Sebanyak dua alasan telah diberikan oleh Dila. Salah satu alasannya berbunyi, “kita kena dengar cakap mak bapak..kerana kalau mak bapak tak restu…apa yang kita nak buat tak akan jadi” (Dila, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 8384)
4.4.2.3
Orientasi
Keadilan
Berdasarkan
Vignet
Dilema
Sebenar
Keluarga Lim Peserta kajian telah memberikan alasan bagi kesemua kategori bagi orientasi keadilan. Keseluruhannya peserta kajian lelaki telah memberikan 34 alasan manakala peserta kajian perempuan 24 alasan. Ini merupakan orientasi pilihan peserta kajian. Bagi peserta kajian lelaki Chan telah memberikan alasan yang terbanyak iaitu sembilan diikuti oleh Reza dengan tujuh alasan. Yap dan Siva masing-masing dengan lima alasan. Shah pula memberikan dua alasan. Bagi peserta kajian perempuan pula, Nor memberikan alasan yang terbanyak iaitu lapan alasan. Diikuti oleh Gina dan Kristina dengan empat alasan. Dila serta Devi memberikan tiga alasan dan yang terakhir, Fang memberikan satu alasan.
242 Jadual 4.13 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-kategori Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim Alasan yang diberi R Tugas dan tanggungjawab 2 seseorang(A1)
C 2
Mempertahankan (A2)
1
keadilan 1
Timbal balik (A3)
1
Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan 2 (A4) Menyalahkan atau menyalahkan(A5)
LELAKI R S Y j 1 3
Si N 2 1
PEREMPUAN F G D K Dv 1
2
6
3
1
4
1
4
1
1
1
1
1
2
4
1
tidak 1
1
Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
a)
Tugas dan tanggunjawab seseorang (A1) Alasan seperti “dia kena buktikan pada ‘parent’ dia”, “kalau rajin boleh
berjaya” dan “dia perlu berpegang kepada prinsip dia, pegang cita-cita dia”. Kesemua penyataan ini menunjukkkan alasan A1 diberikan. Kesemua kecuali seorang peserta kajian lelaki iaitu Yap tidak memberikan sebarang alasan bagi kategori ini. Raj telah memberikan tiga alasan, Reza, Chan dan Siva masingmasing dengan dua alasan manakala Shah satu alasan. Hanya dua orang peserta kajian perempuan yang telah memberikan alasan ini iaitu Nor dan Devi dengan satu alasan setiap seorang.
243 b)
Mendapatkan keadilan (A2) Alasan yang diberi berbunyi “Saya rasa dia tak boleh bantu ibu bapa dan
hanya meneruskan pelajaran, kalau last sekali tak payah pergilah, sebagai pelajar dia tak bersalah kalau tak tolong keluarga dia” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 75-76). Alasan ini telah diutarakan oleh dua orang peserta kajian lelaki sahaja iaitu Reza dan Chan. Kedua-dua mereka memberikan satu alasan setiap seorang. Alasan ini diberikan bagi menegakkan keadilan bagi diri sendiri.
c)
Timbal balik (A3) Sebanyak tiga alasan telah diberikan. Alasan ini telah diberikan oleh dua
orang peserta kajian lelaki sahaja iaitu Reza dengan satu alasan dan Siva dengan dua alasan. Peserta kajian perempuan tidak mengutarakan sebarang alasan bagi kategori ini. Alasan yang berbunyi, “Tapi saya rasa mak bapak kena korbankan untuk besarkan anak-anak tapi kalau mak bapak dah uzur baru kita berkorban untuk mak bapak kita” (Reza, Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim, 33-34)
d)
Menurut perintah atau dapatkan persetujuan (A4) Kategori ini adalah yang paling banyak diberikan oleh peserta kajian.
Alasan yang paling kerap adalah meminta perbincangan dilakukan antara ibu bapa dan anak seperti kata Reza “Dia kena berbincang dengan mak atau ayah dia, kata tak boleh tumpukan perhatian pada pelajaran sebab kena tolong
244 dengan mak ayah dia” (6-7) atau kata Devi, “Dia kena cakaplah, bapak saya nak belajar, tak boleh kerja macam ini” (46). Keseluruhannya sebanyak 17 alasan telah diberikan oleh peserta kajian lelaki dan 13 alasan telah diberikan oleh peserta kajian perempuan. Chan paling banyak mengemukakan alasan ini iaitu 6 alasan, diikuti Yap(4), Raj(3), Reza(2), Shah(1) dan Siva(1). Kesemua peserta kajian perempuan telah memberi alasan untuk kategori ini. Nor dan Kristina dengan empat alasan, Dila memberi dua alasan. Manakala Fang, Gina dan Devi memberikan satu alasan setiap seorang.
e)
Menyalahkan atau tidak menyalah (A5) Seramai seorang peserta kajian lelaki dan empat orang peserta kajian
perempuan telah memberikan alasan bagi kategori ini. Setiap seorang telah memberikan satu alasan sahaja. Mereka ialah Reza, Nor, Fang, Gina dan Devi. Kebanyakan peserta kajian telah memberikan alasan yang menyalahkan pihak lain berbanding tidak menyalahkan. Alasan ini diberikan apabila merujuk kepada soalan mengapa Lim mungkin tidak berjaya mencapai cita-citanya. Alasan yang diberi Reza berbunyi, “sebab ibu bapa dia nak dia bekerja sahaja, so cita-cita dia musnahlah”. Devi pula mengatakan “bapak dia yang bersalah sebab tak bagi dia belajar”.
245 4.4.2.4
Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar
Keluarga Lim
Hanya tiga orang peserta kajian lelaki tidak salah laku (Reza, Chan dan Raj) dan tiga orang peserta kajian perempuan (Nor, Gina, dan Dila) telah memberi alasan yang dikategorikan dalam orientasi gabungan. Setiap seorang telah memberikan satu alasan.
a)
Orientasi Pertimbangan Kendiri-Keprihatinan Alasan kepada orientasi ini hanya diberikan oleh dua orang peserta kajian
perempuan sahaja iaitu Nor dan Gina. Setiap seorang dengan satu alasan. Alasan seperti, “Kalau terpaksa (tiada cara lain) kena pergilah, tolong ‘family’, pada masa yang sama baca bukulah” (Gina). Alasan ini menunjukkan K1 (tolong ‘family’) dan PK4 (masa sama baca bukulah) telah digunakan.
Jadual 4.14 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-kategori Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim Alasan yang diberi R Orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan (G1) Orientasi pertimbangan 1 kendiri-keadilan(G2) Orientasi keprihatinankeadilan (G3)
C
LELAKI R S Y j
Si N 1
PEREMPUAN F G D K Dv 1
1
1
2
Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
246 b)
Orientasi Pertimbangan Kendiri-Keadilan Alasan ini telah diberikan oleh dua orang peserta kajian lelaki tidak salah
laku (Reza dan Chan) serta seorang peserta kajian perempuan salah laku (Dila). Setiap seorang telah memberikan satu alasan. Alasan yang diberi Reza iaitu, “Saya cakap dengan mak bapak saya kalau tak boleh, saya cuba tapi kalau tak boleh saya jumpa kawanlah kalau pasal pelajaran”. Alasan ini menunjukkan penggabungan antara A4 dan PK4. Selain itu alasan oleh Chan iaitu, “Perlu (terus belajar), kerana kalau dia terus bercita-cita untuk menjadi pensyarah di Universiti, kalau terus belajar boleh dapat ilmu juga”. Alasan ini menunjukkan berlakunya penggabungan di antara A2 dan PK2.
c)
Orientasi keprihatinan-keadilan Orientasi ini telah digunakan oleh seorang peserta kajian lelaki sahaja
iaitu Raj. Alasan yang diberikan berbunyi, “Suruh seseorang bagi tahu ibu bapa dia, jangan suruh dia bekerja…kalau jadi pensyarah mungkin kemudian dia boleh tolong keluarga dia”. Alasan ini menunjukkan penggabungan antara A7 dan K1.
4.4.3 Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju
Seterusnya soalan kajian iaitu apakah orientasi moral pilihan peserta apabila memberi respons kepada dilema rakan sebaya akan dibentangkan di
247 bawah. Perbincangan dimulakan dengan orientasi moral peserta lelaki berdasarkan vignet dilema sebenar rakan sebaya Raju.
Peserta kajian Lelaki
Merujuk kepada jadual 4.15 di bawah, sebanyak 19 alasan telah dikategorikan untuk orientasi pertimbangan kendiri. Raj telah memberikan alasan tertinggi iaitu sebanyak lapan. Reza memberi lima alasan manakala Chan memberikan empat alasan. Shah dan Siva masing-masing memberikan satu alasan sahaja. Manakala hanya dua alasan dikategorikan bagi orientasi keprihatinan. Alasan ini telah diberikan oleh Raj (1) dan Chan (1). Sebanyak 35 alasan pula telah dikategorikan di bawah orientasi keadilan. Peserta kajian tidak salah laku telah memberikan 23 alasan dengan Raj memberikan 11 alasan, Reza dengan tujuh alasan dan Chan memberikan lima alasan. Peserta kajian salah laku pula telah memberikan 12 alasan kesemuanya di mana Yap telah memberikan lima alasan, Siva memberikan empat alasan dan Shah memberikan tiga alasan. Tiada sebarang alasan dikategorikan di bawah orientasi gabungan.
248 Jadual 4.15 Orientasi Moral Peserta Kajian Lelaki Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah Peserta kajian salah laku laku Reza Chan Raj Shah Yap Siva Orientasi pertimbangan 5 4 8 1 1 kendiri Orientasi keprihatinan 1 1 Orientasi keadilan 7 5 11 3 5 4 Orientasi gabungan Orientasi Moral
Peserta kajian perempuan Jadual 4.16 Orientasi Moral Peserta Kajian Perempuan berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju
Orientasi Moral
Orientasi pertimbangan Kendiri Orientasi keprihatinan Orientasi keadilan Orientasi gabungan
Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah Peserta kajian laku laku Nor Fang Gina Dila Kristina 3 3 2 2 6 -
7
4 -
1 9 -
6 1
salah Devi 2 7 -
Keseluruhannya, sebanyak 53 alasan telah diberikan bagi keempat-empat kategori. 23 alasan telah diberikan oleh peserta kajian tidak salah laku dan 30 alasan telah diberikan oleh peserta kajian salah laku. Merujuk kepada jadual 4.16, Nor memberikan alasan yang tinggi pada orientasi keadilan dengan sebanyak enam alasan. Sebanyak tiga alasan lagi bagi orientasi pertimbangan
249 kendiri. Fang pula telah memberikan tujuh alasan untuk orientasi gabungan dan tiga alasan untuk orientasi pertimbangan kendiri. Gina hanya memberikan empat alasan, kesemuanya untuk orientasi keadilan. Ketiga-tiga peserta salah laku pula telah memberikan alasan yang lebih tinggi untuk orientasi keadilan. Dila telah memberikan sembilan alasan, Kristina memberikan enam alasan dan Devi memberikan tujuh alasan. Bagaimanapun Dila telah memberikan dua alasan untuk orientasi pertimbangan kendiri dan satu alasan untuk orientasi keprihatinan. Kristina juga telah memberikan dua alasan untuk orientasi pertimbangan kendiri dan satu alasan bagi orientasi gabungan. Selain daripada orientasi keadilan, Devi juga telah memberikan dua alasan untuk orientasi pertimbangan kendiri.
4.4.3.1
Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Rakan Sebaya Raju
Keempat-empat kategori bagi orientasi ini telah digunakan oleh peserta kajian lelaki tetapi peserta perempuan hanya menggunakan tiga kategori sahaja iaitu PK1, PK2 dan PK3.
a)
Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama(PK1) Sebanyak lapan alasan telah diberikan oleh lima orang peserta kajian
lelaki kecuali Yap. Sebanyak tiga alasan telah diberikan oleh Raj, diikuti dua alasan oleh Reza dan satu alasan setiap satu oleh Chan, Shah dan Siva. Peserta kajian perempuan pula telah memberikan enam alasan kecuali Nor dan
250 Gina. Fang dan Devi pula telah memberikan dua alasan setiap seorang manakala Dila dan Kristina memberikan satu alasan setiap seorang. Petikan berbunyi, “Nanti mereka pukul dia, takut pelajaran dia tak baguslah” (Devi, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 32). Reza pula memberi alasan berbunyi, “Dia patut beritahu cikgu, untuk ambil tindakan sebab dia tak boleh ambil tindakan sebab kalau dia ambil tindakan nanti mereka akan conteng buku, kacau dia, just bagi nama kat cikgu supaya cikgu ambil tindakan”. (Reza, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 13-15)
b)
Manfaat dan kebaikan kepada watak utama(PK2) Seramai dua peserta kajian lelaki telah memberikan sebanyak tiga alasan
bagi kategori PK2. Mereka ialah Reza dengan satu alasan dan Raj dengan dua alasan. Hanya seorang peserta perempuan telah memberikan alasan untuk kategori ini iaitu Nor dengan tiga alasan. Alasan Nor berbunyi, “Lucut jawatan, dengan harapan mereka tak ganggu dia” (Dila, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 21)
251 Jadual 4.17 Kekerapan Alasan Kategori-kategori Bagi Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju Alasan yang diberi R kesan fizikal atau 2 terus pada watak
C 1
Lelaki R S j 1 3
Y
Si N 1
Perempuan F G D K 2 1 1
(PK1) kesan utama. (PK2) Manfaat dan kebaikan 1 2 2 3 kepada watak utama (PK3) perasaan peribadi 1 1 3 3 1 1 pada watak utama (PK4) Pilihan Alternatif 1 2 Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
c)
Dv 2
1
Perasaan peribadi kepada watak utama (PK3) Seramai tiga orang peserta kajian lelaki dan tiga orang peserta kajian
perempuan telah memberi alasan dalam kategori ini. Peserta kajian lelaki terdiri daripada Reza (1), Chan (1) dan Raj (3). Peserta kajian lelaki tidak salah laku tidak memberi sebarang alasan PK3. Peserta kajian perempuan yang memberi alasan PK3 ialah Fang, Dila dan Kristina. Setiap seorang dengan satu alasan. Alasan Fang berbunyi, “Itu biasalah, sebab mereka ‘jeolous’, pelajar
yang
pandai mereka biasalah ejek, mungkin mereka bodoh biasalah ‘ jeolous’ ” (8-9).
d)
Pertimbangan alternatif (PK4) Hanya dua orang peserta kajian lelaki tidak salah laku telah memberi
alasan bagi kategori ini. Mereka ialah Reza (1) dan Chan (2). Peserta kajian perempuan tidak memberi sebarang alasan bagi kategori ini. Contoh bagi
252 kategori ini ialah “Saya rasa letak jawatan itu perkara yang baik jugalah” (Chan, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 53)
4.4.3.2
Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar
Rakan Sebaya Raju
Dua orang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan telah memberi alasan yang dikategorikan dalam Orientasi keprihatinan. Chan, Raj dan Dila telah memberikan satu alasan setiap seorang. Alasan yang diberi berada dalam kategori K2 dan K5.
Jadual 4.18 Kekerapan Alasan Kategori-kategori Bagi Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju Alasan yang diberi R
C
LELAKI R S Y j
Si N
PEREMPUAN F G D K Dv
K1 Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain K2 Kesan mengekalkan 1 perhubungan K3 Perasaan terhadap orang lain K4 Menjaga kelakuan dan kehormatan diri K5 Berkhidmat demi 1 1 keharmonian Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
253 a)
Kesan sekiranya mengekalkan perhubungan(K2)
Alasan ini telah diberikan oleh Dila apabila memberi respons kepada soalan apa yang perlu dilakukan oleh Raju? Alasan Dila berbunyi, “Kalau nak orang senang hati dengan dia, janganlah tegas sangat, kalau ‘spot check’ tu ‘check’ biasabiasa sahaja..nanti orang lebih ‘kamcing’ dengan dia” (55-56). Alasan ini dikategorikan dalam K2.
b)
Berkhidmat demi keharmonian (K5)
Alasan ini telah diberi oleh Chan dan Raj. Hanya satu alasan telah diberikan oleh setiap seorang. Contoh alasan ialah “Dalam situasi di mana pelajar-pelajar yang kasar, dia perlu lemah lembut sikit tidak mengambil tindakan tapi nasihati mereka” (Raj, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 27-28)
4.4.3.3
Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Rakan
Sebaya Raju
Jadual 4.18 secara keseluruhannya menunjukkan kekerapan alasan yang diberikan oleh peserta lelaki dan perempuan bagi vignet dilema sebenar Raju adalah sebanyak 59 alasan. Peserta kajian lelaki telah memberikan 25 alasan dan peserta kajian perempuan sebanyak 31 alasan. Kekerapan alasan yang diberikan oleh peserta kajian lelaki ialah tujuh (Reza), Chan(4), Raj(9), Shah(3), Yap(5) dan Siva(4). Lima orang peserta kajian perempuan kecuali Fang telah
254 memberikan alasan untuk orientasi keadilan. Nor telah memberikan enam alasan, Gina (4), Dila (9), Kristina (6) dan Devi (6) alasan.
Jadual 4.19 Kekerapan Alasan Kategori-kategori Bagi Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju Alasan yang diberi R
C
Tugas dan tanggungjawab seseorang(A1) Mempertahankan keadilan (A2)
LELAKI R S Y j 1
Si 2
N
F
PEREMPUAN G D K 3 1
Dv 2
3
1
1
2
1
2
1
2
1
2
3
2
4
1
2
1
3
3
4
2
2
Menyalahkan atau tidak menyalahkan(A5) Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
-
-
Timbal balik (A3)
4
Menurut perintah (A4)
3
a)
4
1
Tugas dan tanggungjawab seseorang (A1) Seramai dua orang peserta kajian lelaki dan tiga orang peserta kajian
perempuan telah memberikan alasan kepada A1. Raj memberikan satu alasan manakala Siva memberikan dua alasan. Peserta kajian perempuan pula kesemuanya terdiri daripada peserta kajian salah laku yang mana Dila memberikan 3 alasan, Kristina memberikan satu alasan dan Devi memberikan dua alasan. Alasan yang diberikan dalam vignet ini merujuk kepada usaha watak utama untuk menuntut hak atau menjalankan tugas sebagai pengawas. Kata
255 Siva,”Sebagai pengawas dia kena jalankan tugas dia lah” (Siva, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 36). Raj memberi alasan “dia patut buat laporan pada guru disiplin” (17) Alasan seperti “Kalau dia orang cakap mereka punya berani, kita kena tunjuk pada mereka ini tugas kita, kita kena selesaikan, jalankan tugas dengan baik sebab ini amanah yang kena jalankan” (Siva, Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju, 51-53) diberikan.
b)
Mempertahankan keadilan (A2) Seramai tiga peserta lelaki dan dua peserta perempuan telah memberikan
alasan bagi kategori ini. Mereka ialah Raj (3), Shah (1) dan Yap (1). Peserta perempuan iaitu Nor memberikan satu alasan sahaja. Alasan seperti ‘buat repot polis’ atau ‘lapor pada guru disiplin’ diberikan.
c)
Timbal balik (A3) Seramai lima orang peserta kajian lelaki dan lima orang peserta kajian
perempuan telah memberikan alasan ini. Peserta kajian lelaki dan perempuan telah memberikan 20 alasan keseluruhannya. Sebanyak 10 alasan oleh peserta kajian lelaki dan 10 alasan oleh peserta kajian perempuan. Tiga peserta kajian lelaki iaitu Reza, Shah dan Siva memberikan tiga alasan setiap seorang. Manakala satu alasan oleh Raj dan tiga lagi oleh Yap. Chan tidak memberikan sebarang alasan. Bagi peserta perempuan pula, tiada alasan diberikan oleh Fang. Empat alasan diberikan oleh Nor, dua alasan setiap seorang oleh Gina dan Kristina. Di samping itu, Dila dan Devi memberikan satu alasan setiap
256 seorang. Persoalan seperti perlukah bergaduh dengan pelajar-pelajar dijawab dengan alasan seperti “kalau saya melawan baliklah” (Shah), “kita kena pertahankan diri” (Raj), menunjukkan kategori timbal balik (A3) digunakan.
d)
Menurut perintah (A4) Vignet dilema rakan sebaya Siva mempamerkan sebanyak 14 alasan oleh
peserta lelaki dan 14 alasan juga oleh peserta perempuan. Penggunaan alasan “kena ikut cakap mereka”, “mereka orang tua kita kena dengar cakap mereka” “kalau mereka suruh kita kena ikutlah” paling kerap digunakan. Kesemua peserta lelaki dan lima peserta perempuan telah memberikan alasan ini kecuali Fang. Reza dan Raj pula telah memberikan tiga alasan. Chan memberikan 4 alasan, Shah serta Siva telah memberikan satu alasan sahaja. Peserta kajian perempuan seperti Nor dan Gina telah memberikan tiga alasan, Dila memberikan empat alasan manakala Kristina dan Devi memberikan dua alasan setiap seorang.
e)
Menyalahkan atau tidak menyalahkan
Tiada sebarang alasan diberikan oleh peserta lelaki dan peserta perempuan bagi kategori ini.
257 4.4.3.4
Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar
Rakan Sebaya Raju
Cuma dua orang peserta kajian perempuan telah memberikan alasan yang berkategorikan orientasi gabungan. Mereka ialah Fang dan Kristina. Sebanyak tujuh alasan diberikan oleh Fang dan satu alasan diberikan oleh Kristina. Peserta kajian ini telah menggunakan dua kategori sahaja iaitu orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan dan orientasi pertimbangan kendirikeadilan. Jadual 4.20 Kekerapan Alasan Bagi Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju Alasan yang diberi R Orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan (G1) Orientasi pertimbangan kendiri-keadilan(G2) Orientasi keprihatinankeadilan(G3)
C
LELAKI R S Y j
Si N
PEREMPUAN F G D K Dv
5
1
2
Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
a)
Orientasi pertimbangan kendiri-Keprihatinan Tiada sebarang alasan diberikan untuk orientasi ini. Pelajar tidak
cenderung memilih alasan daripada gabungan orientasi ini.
258 b)
Orientasi pertimbangan kendiri-Keadilan Lima alasan telah diberikan oleh Fang dan satu alasan oleh Kristina.
Alasan yang telah diberikan oleh Fang contohnya, “Sebagai pengawas dia ada perasaan juga..dia hanya jalankan tugas..bukan suka-suka, dulupun saya pun tengok orang buat jahat, saya tak tegur…sebab kalau saya jahat, saya pun tak suka orang tegur saya, saya jeling aje” (22-24). Alasan di atas menunjukkan kehadiran dua kategori iaitu (PK3) Perasaan peribadi pada watak utama dan Timbal balik (A2).
c)
Orientasi keprihatinan-Keadilan
Hanya dua alasan yang telah diberikan oleh seorang peserta kajian perempuan iaitu Fang. “Kalau sebagai pengawas, buat macam itu, jawatan lucut dan imej pun dah tak baik kalau ada ‘merit’, kalau keluar sekolah makin teruk (K4), kena sabarlah, jalankan aje tugas dengan baik (59-60). Alasannya adalah merupakan kombinasi di antara K4 dan A5.
4.4.4 Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir Bahagian seterusnya ialah perbincangan soalan kajian iaitu apakah orientasi moral pilihan peserta kajian apabila memberi respons kepada dilema sebenar orang sekeliling Kabir. Orientasi moral peserta kajian berdasarkan vignet dilema sebenar orang sekeliling Kabir akan dijelaskan di bawah.
259 Peserta kajian Lelaki Jadual 4.21 Orientasi Moral Peserta Kajian Lelaki Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir
Orientasi Moral
Orientasi pertimbangan kendiri Orientasi keprihatinan Orientasi keadilan Orientasi gabungan
Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah Peserta kajian salah laku laku Reza Chan Raj Shah Yap Siva 3 5 3 1 2 8 -
1 3 1
4 -
7 -
5 -
3 -
Jadual 4.21 menunjukkan kekerapan peserta kajian lelaki dan perempuan memberikan alasan bagi Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir. Secara keseluruhan alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan paling banyak alasan diberikan. Seramai lima orang peserta kajian telah memberikan alasan yang lebih menjurus kepada orientasi keadilan di mana masing-masing memberikan bilangan alasan tertentu di mana Reza(8), Raj(4), Shah(7), Yap(5) dan Siva(3). Chan cuma memberikan tiga alasan bagi orientasi keadilan. Bagaimanapun, Chan telah memberikan alasan yang lebih menjurus kepada orientasi pertimbangan kendiri dengan lima alasan. Peserta kajian lain juga masih memberi alasan kepada orientasi pertimbangan kendiri di mana Reza(3), Siva(3), Shah(1) dan Yap(2). Siva tidak memberikan sebarang alasan kepada orientasi pertimbangan kendiri. Hanya seorang peserta kajian sahaja yang memberikan alasan untuk orientasi gabungan iaitu Chan. Tiada alasan yang diberikan untuk orientasi keprihatinan.
260 Peserta kajian perempuan
Jadual 4.22 Orientasi Moral Peserta Kajian Perempuan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir
Orientasi Moral
Orientasi pertimbangan kendiri Orientasi keprihatinan Orientasi keadilan Orientasi gabungan
Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah Peserta kajian laku laku Nor Fang Gina Dila Kristina 1 4 4 5 1 3 -
2
3 -
1 5 -
5 -
salah Devi 1 7 -
Jadual 4.22 menunjukkan dua orientasi yang paling banyak digunakan oleh peserta kajian perempuan. Orientasi tersebut ialah orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan. Keseluruhannya, 15 alasan telah diberikan untuk orientasi pertimbangan kendiri dan 23 alasan untuk orientasi keadilan. Orientasi keprihatinan cuma menpunyai dua alasan. Tiga orang peserta kajian iaitu Fang dan Gina telah memberikan empat alasan dan Dila telah memberikan lima alasan untuk orientasi pertimbangan kendiri. Dila dan Kristina pula memberikan lima alasan setiap seorang untuk orientasi keadilan. Manakala Devi telah memberikan tujuh alasan. Nor hanya memberikan empat alasan, satu untuk orientasi pertimbangan kendiri dan tiga untuk orientasi keadilan. Dila pula telah memberikan alasan yang sama banyak antara orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan dengan lima alasan. Kristina pula telah memberikan lima alasan untuk orientasi keadilan manakala satu alasan untuk orientasi
261 pertimbangan kendiri. Devi pula telah memberikan tujuh alasan untuk orientasi keadilan dan satu alasan untuk orientasi keprihatinan. Secara keseluruhannya, sebanyak 15 alasan telah diberikan untuk orientasi pertimbangan kendiri, tiga alasan untuk orientasi keprihatinan, 23 alasan untuk orientasi keadilan dan tiga alasan untuk orientasi gabungan.
4.4.4.1
Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Orang Sekeliling Kabir
Lima daripada enam peserta kajian lelaki dan enam peserta kajian perempuan telah memberikan alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri. Peserta kajian yang tidak memberikan alasan bagi orientasi ini ialah Siva dan Devi. Keseluruhannya 13 alasan telah diberikan oleh peserta kajian lelaki dan 15 alasan pula oleh peserta kajian perempuan bagi orientasi ini. Setiap kategori telah diberikan alasan kecuali kategori PK4 bagi peserta kajian perempuan.
a)
Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama (PK1) Hanya satu alasan telah diberikan. Alasan ini diberikan oleh Dila. Alasan
Dila berbunyi, “Ialah kalau terjun bangunan, kalau mati terus itu tak apa jugak, tapi terjun tak mati, cacatke, lumpuhke (58-59). Alasan ini menunjukkan PK1 telah digunakan.
262 Jadual 4.23 Kekerapan Alasan Kategori-kategori Bagi Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir Alasan yang diberi R
C
(PK1) Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama.
Lelaki R S Y j
Si N
F
Perempuan G D K 1
(PK2) Manfaat dan kebaikan kepada watak utama
1
(PK3) Perasaan peribadi 1 pada watak utama (PK4) Pilihan Alternatif
Dv
2
5
2
1
2
1
4
4
3
1
1
Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
a)
Manfaat dan kebaikan kepada watak utama Hanya Dila yang telah memberikan alasan bagi kategori ini. Alasan ini
merujuk kepada ungkapan, “Larilah dari rumah, mungkin dia tenang sikit dari duduk dalam rumah ”(31-34)
b)
Perasaan peribadi pada watak utama Alasan ini telah digunakan secara meluas oleh peserta kajian apabila
memberi respons kepada vignet dilema sebenar orang
sekeliling Kabir.
Sebanyak 10 alasan telah diberikan oleh empat peserta kajian lelaki iaitu Reza(1), Chan(5), Raj(2) dan Yap(2). Seramai lima peserta kajian perempuan pula telah memberikan 13 alasan di mana Nor(1), Fang(4), Gina(4), Dila(3) dan
263 Kristina(1). Keseluruhannya peserta kajian lelaki dan perempuan telah memberikan 23 alasan.
c)
Pilihan alternatif pada watak utama Alasan seperti, “kawan dia terlampau membandingkan dia sebenarnya,
Kabir ini patut cari orang yang bukan macam kawan yang ada…cari kawan yang baik dan yang tahu perasaan dia” (65-67). Alasan ini telah diberikan oleh tiga orang peserta kajian lelaki sahaja. Tiada sebarang alasan diberikan oleh peserta kajian perempuan. Reza telah memberikan dua alasan manakala Raj dan Shah telah memberikan satu alasan sahaja.
4.4.4.2
Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Orang
Sekeliling Kabir
Orientasi ini telah disuarakan oleh seorang peserta kajian lelaki dan dua orang peserta kajian perempuan. Mereka ialah Chan, Dila dan Devi. Setiap seorang telah memberikan satu alasan.
264 Jadual 4.24 Kekerapan Alasan Kategori-kategori Bagi Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir Alasan yang diberi R
C
Lelaki R S Y j
Si N
F
Perempuan G D K
K1 Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain K2 Kesan mengekalkan 1 perhubungan K3 Perasaan terhadap orang 1 lain K4 Menjaga kelakuan dan kehormatan diri K5 Berkhidmat demi keharmonian Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
a)
Dv 1
Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain (K1) Devi telah memberikan alasan K1 dengan merujuk kepada kewajipan
anak menurut kehendak orang tua seperti katanya, “ikut apa orang tua cakap…mesti betullah” (22)
b)
Kesan mengekalkan perhubungan (K2) Tiada sebarang alasan diberikan bagi kategori ini. Peserta tidak
cenderung untuk memilih kategori ini.
c)
Perasaan terhadap orang lain (K3) Chan dan Dila masing-masing telah memberikan satu alasan. Alasan
dikaitkan dengan tindakan untuk tidak mengecewakan ibu bapa. Kata Chan,
265 “Kalau membunuh diri itu pandangan yang sangat negatiflah, sebab membunuh diri mengecewakan kedua ibu bapa dan menyusahkan hati mereka. (44-46)
d)
Menjaga kelakuan dan kehormatan diri (K4) Tiada sebarang alasan diberikan untuk kategori ini. Peserta didapati tidak
cenderung memilih orientasi ini.
4.4.4.3
Orientasi Keadilan Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling
Kabir Enam orang peserta kajian lelaki dan lima orang peserta kajian perempuan telah memberikan alasan yang menjurus kepada orientasi keadilan. Sebanyak 31 alasan telah diberikan oleh peserta kajian lelaki dan 23 alasan oleh perempuan. Jumlah alasan yang telah diberikan oleh peserta kajian lelaki ialah lapan (Reza), tiga (Chan), empat (Raj), tujuh (Shah), enam (Yap) dan tiga (Siva). Peserta kajian perempuan pula seperti Nor dan Gina telah memberikan tiga alasan, Dila dan Kristina tiga alasan, Devi tujuh alasan dan Fang tidak memberikan sebarang alasan untuk orientasi ini. a)
Tugas dan tanggungjawab seseorang (A1)
Merujuk jadual 4.25 sebanyak tujuh alasan telah diberikan oleh peserta kajian lelaki dan empat alasan telah diberikan oleh peserta kajian perempuan. Reza dan Yap telah memberikan satu alasan, Shah telah memberikan dua alasan manakala Siva telah memberikan tiga alasan. Peserta kajian perempuan pula telah memberikan empat alasan iaitu satu alasan oleh Kristina dan tiga alasan
266 oleh Devi. Alasan yang diberi menunjukkan watak utama mempunyai tugas yang perlu dilakukan iaitu, “Tak patut bunuh diri sebab ada satu lagi peluang iaitu SPM, belajar dengan rajin dan tunjukkan yang dia bukan teruk, dia boleh buat buktikan kemampuan dia untuk berjaya dan tunjuk pada kawan, keluarga dan guru yang dia boleh” (12-14)
Jadual 4.25 Kekerapan Alasan Kategori-kategori Bagi Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir Alasan yang diberi R Tugas dan tanggungjawab 1 seseorang(A1) Mendapatkan keadilan(A2) Timbal balik (A3) Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan 3 (A4) Menyalahkan atau tidak menyalahkan(A5) 4
C
LELAKI R S Y j 2 1
Si N 3
PEREMPUAN F G D K Dv 1 3
1 2
1
2
1
2
2
4
2
3 1
2
2
2
1
1
1
4
Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
b)
Mendapatkan keadilan (A2) Peserta tidak cenderung untuk menggunakan orientasi ini. Tiada seorang
peserta pun memberikan alasan untuk orientasi ini. c)
Timbal balik (A3) Seramai tiga orang peserta kajian telah memberikan alasan untuk
kategori ini. Seorang lelaki iaitu Shah dan dua orang perempuan iaitu Dila dan Kristina. Shah telah memberikan satu alasan manakala Dila memberikan dua
267 alasan dan Kristina memberikan tiga alasan. Alasan timbal balik yang diberikan oleh Kristina berbunyi, “biarlah mereka banding-banding, saya akan marah balik kalau mereka asyik banding” (28).
d)
Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan (A4) Seramai lima orang peserta kajian lelaki dan empat orang peserta kajian
perempuan telah memberi alasan untuk kategori ini. Peserta kajian lelaki telah memberikan beberapa alasan di mana Reza (4), Chan (2), Raj (1), Shah (2) dan Yap (4) alasan. Alasan oleh peserta kajian perempuan pula terdiri daripada Nor (2), Gina (3), Dila (2) dan Kristina (1). Alasan yang diberikan oleh Raj berbunyi “sebaik-baiknya kita kenalah buat seperti apa yang disuruh,” menunjukkan kehadiran A4 iaitu menurut perintah.
e)
Menyalahkan atau tidak menyalahkan (A5) Seramai empat peserta kajian lelaki dan empat orang peserta kajian
perempuan telah memberikan alasan untuk kategori ini. Bagi peserta kajian lelaki dan perempuan, Reza serta Devi telah memberikan alasan yang terbanyak iaitu empat alasan. Dua alasan telah diberikan oleh Raj dan Shah. Manakala Chan, Nor, Gina dan Dila telah memberikan satu alasan setiap seorang.
268 4.4.4.4
Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar
Orang Sekeliling Kabir Terdapat dua kategori yang telah digunakan oleh peserta kajian iaitu orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan dan orientasi pertimbangan kendirikeadilan. Sebanyak tiga alasan telah diberikan oleh dua orang peserta kajian iaitu Chan dan Fang.
Jadual 4.26 Kekerapan Alasan Kategori-kategori Orientasi Gabungan Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir Alasan yang diberi R Orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan (G1)
LELAKI C R S Y 1 j
Orientasi pertimbangan kendiri-keadilan(G2)
Si N
PEREMPUAN F G D K Dv
2
Orientasi keprihatinan3 keadilan(G3) Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
a)
Orientasi pertimbangan kendiri-Keprihatinan Hanya satu alasan telah diberikan oleh seorang peserta kajian lelaki iaitu
Chan. Alasan yang diberikan oleh Chan berbunyi, “Kalau membunuh diri itu pandangan yang sangat negatiflah sebab membunuh diri mencederakan diri sendiri sahaja (PK1) dan mengecewakan kedua ibu bapa dan menyusahkan hati mereka” (K3).
269 b)
Orientasi pertimbangan kendiri-Keadilan Sebanyak dua alasan telah diberikan oleh seorang peserta kajian
perempuan iaitu Fang. Salah satu alasannya berbunyi,”Bergantung pada diri sendirilah, mungkin rasa sakit hati, walaupun tak suka, benci, masalah itu bergantung pada nasiblah (PK3) kena teruskan usaha juga, dah kerja kita (A1),” (Fang, 32-34).
c)
Orientasi keprihatinan-Keadilan Peserta tidak cenderung menggunakan orientasi ini. Tiada sebarang
alasan diberikan untuk kategori ini.
Setelah memberikan respons kepada keempat-empat vignet dilema moral, jadual 4.27 menunjukkan gambaran keseluruhan alasan yang diberikan oleh peserta-peserta.
270 Jadual 4.27 Kekerapan Alasan Bagi Setiap Kategori Bagi Empat Vignet Dilema Sebenar Alasan yang diberi (PK1) Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama. (PK2) Manfaat dan kebaikan kepada watak utama (PK3) Perasaan peribadi pada watak utama (PK4) Pilihan Alternatif
R 3
C 2
LELAKI Rj S Y 3 2
1
1
2
3
2
2
4
6
7
11 3
2
1
3
6
7
3
3
1
2
2
3
1
(K1) Kewajipan watak 1 utama kepada keluarga atau orang lain (K2) Kesan mengekalkan perhubungan (K3) Perasaan terhadap orang lain (K4) Menjaga kelakuan 1 dan kehormatan diri (K5) Berkhidmat demi keharmonian
Si N 2
6
6
3
4
3
7
6
2
3 1
1
3
1
4
1 4
1
2
1
1
3
2
1
2
1 5
1
3 2
1 1
7
12 10 4
6
4
(G1)Orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan (G2)Orientasi pertimbangan 1 kendiri-keadilan (G3)Orientasi keprihatinankeadilan
1
1
1
1
(A1)Tugas dan tanggungjawab seseorang (A2)Mendapatkan keadilan (A3)Timbal balik (A4)Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan (A5)Menyalahkan atau tidak menyalahkan
PEREMPUAN F G D K Dv 3 3 1 2
7
2
3
4
1
3
1 2
14 4
9
1
4
1 2
3
1
1
3
1
3
1
2
3
2
2
6
11 8
3
6
7
1
4
8
1
1
1 7 5
271
Jadual 4.28 Kekerapan Alasan Peserta Berdasarkan Empat Vignet Dilema Sebenar Orientasi Moral
Kekerapan alasan Siva Nor Fang
Reza
Chan
Raj
Shah
Yap
Guna
Dila
Kristina
Devi
Orientasi pertimbangan kendiri Orientasi keprihatinan
16
18
20
6
5
7
7
11
6
5
14
6
2
2
3
4
3
1
1
2
1
5
-
3
Orientasi keadilan
25
19
23
14
19
17
19
8
14
19
20
19
Orientasi gabungan
1
2
2
-
-
-
2
11
1
1
1
-
272 4.5
Orientasi Moral Peserta Kajian Orientasi moral peserta dapat ditentukan setelah kekerapan alasan bagi
keempat-empat vignet dilema sebenar dihitung. Walaupun keempat-empat vignet mempamerkan jenis dilema yang berbeza tetapi hasil dapatan menunjukkan terdapat kecenderungan peserta ke arah penggunaan orientasi tertentu seperti yang digambarkan dalam Jadual 4.28. Hasil
kajian
menunjukkan
peserta
lelaki
dan
perempuan
lebih
menggunakan orientasi keadilan. Peserta kajian perempuan tidak salah laku dan salah laku pula didapati lebih menggunakan orientasi keadilan kecuali Fang yang lebih menjurus ke arah orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi gabungan. Bagi orientasi pertimbangan kendiri didapati kesemua peserta perempuan tidak banyak bezanya daripada jumlah alasan yang diberi. Peserta lelaki tidak salah laku walaupun lebih menggunakan orientasi keadilan tetapi orientasi pertimbangan kendiri juga menjadi keutamaan. Ini berbeza dengan peserta lelaki salah laku yang jelas memfokus kepada orientasi keadilan
daripada
orientasi
pertimbangan
kendiri.
Bagaimanapun,
tiada
seorangpun peserta lelaki salah laku yang menggunakan orientasi gabungan apabila memberi respons kepada keempat-empat vignet dilema sebenar. Antara kesemua peserta lelaki dan perempuan cuma Fang yang lebih banyak menggunakan orientasi gabungan, ini mungkin kerana kemampuan Fang membincangkan setiap persoalan dalam vignet dilema sebenar daripada pelbagai sudut pandangan sehingga mampu memikir dan melahirkan pelbagai alasan.
273 4.6
Persamaan
dan
Perbezaan
Orientasi
Moral
antara
Peserta
Berdasarkan Empat Jenis Vignet Dilema Sebenar Untuk menentukan persamaan dan perbezaan orientasi moral antara peserta, jumlah kekerapan alasan bagi keempat-empat vignet bagi setiap peserta telah diambilkira. Beberapa perbandingan persamaan dan perbezaan antara peserta salah laku dan tidak salah laku berdasarkan jantina juga telah dilakukan. Perbandingan mengambil kira, persamaan dan perbezaan orientasi moral antara: a) Peserta kajian lelaki tidak salah laku dengan peserta kajian perempuan tidak salah laku. b) Peserta kajian lelaki salah laku dengan peserta kajian perempuan laku salah c) Peserta kajian lelaki tidak salah laku dengan peserta kajian lelaki salah laku. d) Peserta kajian perempuan tidak salah laku dengan peserta kajian perempuan salah laku.
Perbandingan yang dilakukan dihuraikan di bawah.
274 4.6.1 Perbandingan antara Peserta Lelaki Tidak Salah Laku Dengan Perempuan Tidak Salah Laku.
Dapatan kajian akan dibentangkan mengikut perbandingan antara kumpulan seperti dalam jadual 4.29 di bawah.
Jadual 4.29 Kekerapan Alasan Peserta Kajian Lelaki Tidak Salah Laku dan Perempuan Tidak Salah Laku Berdasarkan Empat Vignet Dilema Sebenar Kekerapan alasan Lelaki tidak salah laku Perempuan tidak salah laku Reza Chan Raj Nor Fang Guna Orientasi pertimbangan 16 18 20 7 11 6 kendiri Orientasi keprihatinan 2 2 3 1 2 1 Orientasi keadilan 25 19 23 19 8 14 Orientasi gabungan 1 2 2 2 11 1 Orientasi Moral
Berdasarkan jadual 4.29 di atas, sebanyak 124 alasan telah diberikan oleh peserta kajian lelaki tidak salah laku dan 83 alasan telah diberikan oleh peserta perempuan tidak salah laku bagi keempat-empat jenis orientasi. Jadual di atas menunjukkan peserta kajian lelaki dan perempuan tidak salah laku telah memilih alasan yang memfokus kepada orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan. Walaupun begitu, terdapat perbezaan yang ketara dalam jumlah alasan yang diberikan untuk orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan. Jumlah alasan yang diberikan oleh peserta kajian lelaki tidak salah
275 laku adalah lebih banyak berbanding peserta kajian perempuan bagi kedua-dua orientasi tersebut. a)
Orientasi pertimbangan kendiri Berdasarkan jadual di atas, didapati sebanyak 54 alasan telah diberi oleh
peserta lelaki dan 24 alasan oleh peserta perempuan. Terdapat perbezaan sebanyak 30 alasan antara kedua jantina ini. Walaubagaimanapun penggunaan alasan bagi orientasi pertimbangan kendiri menduduki tempat kedua bagi kesemua peserta kajian lelaki dan dua orang peserta kajian perempuan selepas orientasi keadilan. Bagaimanapun, penekanan alasan dalam setiap orientasi menunjukkan sedikit perbezaan antara peserta. Merujuk kepada jadual 4.28 Reza dan Chan lebih banyak memberi alasan berdasarkan PK3 iaitu Perasaan peribadi kepada watak utama dan PK4 iaitu Pertimbangan alternatif. Manakala Raj cuma berfokus kepada PK3 sahaja. Nor lebih menggunakan alasan PK2 iaitu Manfaat dan kebaikan kepada watak utama serta PK3. Fang telah menggunakan kesemua kategori alasan untuk orientasi pertimbangan kendiri tetapi penekanan lebih kepada PK3. Gina juga cenderung menggunakan PK3. Secara keseluruhannya, didapati peserta tidak salah laku lelaki dan perempuan lebih menggunakan kategori PK3. Ini menunjukkan peserta tidak salah laku sering melihat perasaan peribadi sebagai sesuatu yang penting apabila memberi respons kepada dilema sebenar.
276 Jadual 4.30 Kekerapan Alasan Bagi Kategori Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan Empat Vignet Dilema Sebenar Alasan yang diberi R 3
(PK1) Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama. (PK2) Manfaat dan kebaikan 1 kepada watak utama (PK3) Perasaan peribadi 6 pada watak utama (PK4) Pilihan Alternatif 6
C 2
Lelaki Rj S 3 2
Y
Si N 2
1
2
3
2
2
4
7
11 3
2
1
3
7
3
1
2
3
F 3
6
Perempuan G D K 3 1
6
3
4
3
7
6
2
Dv 2
3 1
Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi b)
Orientasi keprihatinan Cuma 13 alasan berjaya dikumpulkan bagi orientasi keprihatinan. Peserta
kajian lelaki memberikan sembilan alasan manakala peserta kajian perempuan memberikan empat alasan. Tiada sebarang perbezaan yang ketara antara peserta lelaki dan perempuan bagi orientasi ini. Tumpuan orientasi juga tidak khusus kepada kategori tertentu. Penekanan yang kurang kepada orientasi keprihatinan menyebabkan kategori pilihan peserta sukar dilakukan.
277 Jadual 4.31 Kekerapan Alasan bagi Kategori-kategori Orientasi Keprihatinan Berdasarkan Empat Vignet Dilema Sebenar Alasan yang diberi R 1
C
Lelaki R S Y j 3 1 2
Si N 1
F
Perempuan G D K
K1 Kewajipan watak utama kepada keluarga atau orang lain K2 Kesan mengekalkan 1 4 perhubungan K3 Perasaan terhadap orang 1 lain K4 Menjaga kelakuan dan 1 2 1 2 1 1 kehormatan diri K5 Berkhidmat demi keharmonian 1 1 Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
Dv 3
Berdasarkan jadual 4.31, didapati peserta memberi penekanan kepada K1 dan K4. Tidak terdapat suatu corak yang membezakan orientasi peserta dengan ketara.
c)
Orientasi keadilan Tiga peserta kajian lelaki telah menggunakan orientasi keadilan apabila
memberikan respons kepada vignet dilema sebenar. Manakala dua daripada tiga orang peserta kajian perempuan menggunakan orientasi ini. Sebanyak 67 alasan telah diberikan oleh peserta kajian lelaki dan 41 alasan telah diberikan oleh peserta kajian perempuan (Jadual 4.32). Ini menunjukkan tiada sebarang perbezaan yang ketara antara kedua kumpulan ini.
278 Jadual 4.32 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-kategori Orientasi Keadilan Berdasarkan Empat Vignet Dilema Sebenar Alasan yang diberi
Lelaki Perempuan R C Rj S Y Si N F G D K Tugas dan tanggungjawab 3 2 1 2 4 1 3 1 seseorang(A1) Mendapatkan keadilan(A2) 1 1 3 1 1 1 Timbal balik (A3) 5 2 1 2 3 2 1 2 3 Menurut perintah atau mendapatkan persetujuan 7 12 10 4 14 4 9 2 6 11 8 (A4) Menyalahkan atau tidak 6 4 7 3 1 3 4 6 7 1 4 menyalahkan(A5) Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
Dv 3
2 3 8
Kesemua peserta tidak salah laku kecuali Fang telah memberi penekanan kepada A4. Reza, Raj dan Nor telah menggunakan hampir kesemua kategori bagi orientasi keadilan. Fang pula telah memberi penekanan pada A5. Gina bagaimanapun lebih menggunakan A4 dan A5. A4 menjadi pilihan peserta kemungkinan kerana latar belakang peserta yang menghormati keluarga dan pihak autoriti. Fang pula yang didapati kurang menyenangi ahli keluarga menggunakan A5 yang melihat sesuatu situasi lebih kepada salah siapa. Sikap Gina yang suka bersemuka dengan pelajar yang menimbulkan masalah juga telah mendorong beliau memilih kategori A5. Ini mungkin kerana sikapnya yang sering ingin mendapatkan kepastian mengenai diri dan orang lain.
279 d)
Orientasi Gabungan Terdapat perbezaan yang ketara antara jumlah kekerapan alasan yang
diberikan oleh peserta kajian lelaki dan perempuan. Hal ini demikian kerana salah seorang peserta kajian perempuan (Fang) telah memberikan alasan yang tinggi bagi orientasi gabungan dengan sebanyak 11 alasan. Peserta kajian lelaki telah menggunakan lima alasan manakala peserta kajian perempuan telah memberikan 14 alasan.
Fang didapati lebih ketara menggunakan orientasi
gabungan G2 dan G3. Hal ini demikian kerana keupayaan Fang membincangkan sesuatu isu dan melihatnya daripada pelbagai sudut.
Jadual 4.33 Kekerapan Alasan Bagi Kategori-Kategori Orientasi Gabungan Berdasarkan Empat Vignet Dilema Sebenar Alasan yang diberi
Lelaki R
C
R
Orientasi pertimbangan kendiri-keprihatinan (G1) Orientasi pertimbangan kendiri-keadilan (G2) 1 Orientasi keprihatinankeadilan (G3)
1
j
1
S
Perempuan Y
Si N 1
1 2
F
G
D
K
1
1
1
7 5
Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
Dv
280 4.6.2 Perbandingan Orientasi Moral antara Peserta Kajian Lelaki Salah Laku Dengan Peserta Kajian Perempuan Salah Laku Jadual
4.34
menunjukkan
kedua
kumpulan
peserta
ini
banyak
menggunakan alasan bagi orientasi keadilan dan diikuti oleh orientasi pertimbangan kendiri, ketiga orientasi keprihatinan dan akhir sekali alasan yang menggunakan orientasi gabungan. Tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua kumpulan ini daripada jumlah alasan yang diberikan untuk kesemua orientasi.
Jadual 4.34 Kekerapan Alasan Peserta Kajian Lelaki dan Perempuan Salah Laku Berdasarkan Empat Vignet Dilema Sebenar Orientasi Moral
Orientasi pertimbangan kendiri Orientasi keprihatinan Orientasi keadilan Orientasi gabungan
a)
Kekerapan alasan Lelaki salah laku Perempuan salah laku Shah Yap Siva Dila Kristina Devi 6 5 7 5 14 6 4 14 -
3 19 -
1 17 -
5 19 1
20 1
3 19 -
Orientasi pertimbangan kendiri Peserta kajian lelaki salah laku telah menggunakan 18 alasan bagi
orientasi ini manakala peserta kajian perempuan salah laku telah menggunakan 25 alasan. Kesemua peserta kajian bagi kedua kumpulan telah menggunakan orientasi pertimbangan kendiri sebagai alasan yang kedua selepas orientasi keadilan. Terdapat perbezaan yang tidak ketara antara kedua kumpulan ini.
281 Berdasarkan jadual 4.35 peserta lelaki telah menggunakan hampir kesemua kategori, bagaimanapun peserta perempuan jelas menekankan PK3.
Jadual 4.35 Kekerapan Alasan Bagi Kategori Orientasi Pertimbangan Kendiri Alasan yang diberi (PK1) Kesan fizikal atau kesan terus pada watak utama. (PK2) Manfaat dan kebaikan kepada watak utama (PK3) Perasaan peribadi pada watak utama (PK4) Pilihan Alternatif
R 3
C 2
Lelaki Rj S 3 2
1
1
2
3
2
2
4
6
7
11 3
2
1
3
6
7
3
1
2
3
Y
Si N 2
Perempuan F G D K 3 3 1
6
6
3
4
3
7
6
2
Dv 2
3 1
Lelaki: R-Reza, C-Chan, Rj-Raj, S-Shah, Y-Yap dan Si-Siva Perempuan: N-Nor, F-Fang, G-Gina, D-Dila, K-Kristina dan Dv-Devi
Jika dilihat pada pilihan kategori bagi orientasi pertimbangan kendiri, didapati peserta lelaki salah laku telah menggunakan kesemua kategori secara konsisten, manakala peserta perempuan lebih menunjukkan fokus terhadap PK 3.
b)
Orientasi keprihatinan Terdapat persamaan dari segi jumlah kekerapan alasan yang diberi untuk
orientasi ini. Sebanyak lapan alasan semuanya telah diberi oleh setiap kumpulan. Bagaimanapun terdapat seorang peserta kajian perempuan yang tidak memberikan sebarang alasan yang berorientasikan keprihatinan.
282 c)
Orientasi keadilan Orientasi ini menunjukkan terdapat persamaan yang hampir antara kedua
kumpulan ini apabila menggunakan alasan bagi orientasi ini. Peserta kajian lelaki tidak salah laku telah memberikan 50 alasan manakala peserta kajian perempuan pula telah memberikan 58 alasan. Setiap peserta kajian telah memberikan alasan yang hampir sama jumlahnya.
d)
Orientasi gabungan Alasan yang diberi untuk orientasi ini adalah terlalu kecil atau tiada
diberikan oleh beberapa peserta kajian. Hanya dua orang peserta kajian perempuan yang memberikan satu alasan untuk orientasi gabungan setiap seorang. Peserta kajian lelaki tidak memberikan sebarang alasan untuk orientasi ini. Ini menunjukkan terdapat persamaan di antara peserta kajian lelaki dan peserta kajian perempuan salah laku. Peserta kajian lelaki telah menggunakan 50 alasan manakala peserta kajian perempuan telah menggunakan 58 alasan bagi orientasi keadilan.
4.6.3 Orientasi Moral Antara Peserta Kajian Lelaki Tidak Salah Laku Dengan Peserta Kajian Lelaki Salah Laku. Orientasi moral antara dua kumpulan dinyatakan di dalam jadual 4.36
283 Jadual 4.36 Kekerapan Alasan Peserta Kajian Lelaki Berdasarkan Empat Vignet Dilema Sebenar
Orientasi Moral
Orientasi pertimbangan kendiri Orientasi keprihatinan Orientasi keadilan Orientasi gabungan
a)
Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah Peserta laku laku Reza Chan Raj Shah 16 18 20 6 2 25 1
2 19 2
3 23 2
4 14 -
kajian
salah
Yap 5
Siva 7
3 19 -
1 17 -
Orientasi Pertimbangan Kendiri Berdasarkan jadual, jumlah alasan yang diberikan menunjukkan
terdapat perbezaan yang ketara antara peserta kajian lelaki tidak salah laku dengan peserta kajian lelaki salah laku. Peserta kajian tidak salah laku (Reza, Chan dan Raj) telah memberi 52 alasan kesemuanya berbanding peserta kajian salah laku cuma 18 alasan sahaja.
b)
Orientasi Keprihatinan Terdapat persamaan dalam jumlah kekerapan alasan bagi orientasi ini di
mana peserta kajian tidak salah laku memberikan tujuh alasan manakala peserta kajian salah laku memberikan lapan alasan.
c)
Orientasi Keadilan Tidak terdapat perbezaan yang ketara antara kedua kumpulan peserta
kajian ini apabila memberikan alasan bagi orientasi keadilan. Peserta kajian
284 tidak salah laku memberikan 67 alasan manakala peserta kajian salah laku memberikan 50 alasan.
d)
Orientasi Gabungan Terdapat perbezaan antara peserta kajian tidak salah laku dengan
peserta kajian salah laku di mana hanya peserta kajian tidak salah laku sahaja yang memberikan alasan berdasarkan orientasi gabungan iaitu sebanyak lima alasan. Keseluruhannya, jadual 4.36 menunjukkan peserta kajian tidak salah laku iaitu Reza, Chan dan Raj telah memberikan alasan yang menjurus kepada dua orientasi iaitu orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan sebaliknya peserta kajian salah laku lebih memfokus kepada satu orientasi iaitu orientasi keadilan. Walaubagaimanapun alasan bagi orientasi keprihatinan masih diberi walaupun tidak banyak. Cuma tiada alasan menggunakan orientasi gabungan yang diberi oleh peserta kajian salah laku.
4.6.4 Orientasi Moral Antara Peserta Kajian Perempuan Tidak Salah Laku dan Peserta Kajian Perempuan Salah Laku. Jadual 4.37 di bawah menunjukkan kekerapan alasan yang diberikan oleh peserta kajian perempuan berdasarkan keempat-empat vignet dilema sebenar.
285
Jadual 4.37 Kekerapan Alasan Peserta Kajian Perempuan Berdasarkan Empat Vignet Dilema Sebenar
Orientasi Moral
Orientasi pertimbangan kendiri Orientasi keprihatinan Orientasi keadilan Orientasi gabungan
a)
Kekerapan alasan Peserta kajian tidak salah Peserta kajian salah laku laku Nor Fang Guna Dila Kristina Devi 7 11 6 5 14 6 1 19 2
2 8 11
1 14 1
5 19 1
20 1
3 19 -
Orientasi Pertimbangan Kendiri Keseluruhannya terdapat persamaan antara peserta kajian perempuan
tidak salah laku dengan peserta kajian perempuan salah laku dalam jumlah alasan yang diberi untuk orientasi pertimbangan kendiri. Didapati peserta kajian perempuan tidak salah laku telah memberikan 24 alasan manakala peserta kajian salah laku telah memberikan 25 alasan.
b)
Orientasi Keprihatinan Keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang ketara bagi kedua
kumpulan untuk alasan ini. Peserta kajian tidak salah laku telah memberikan lima alasan manakala peserta kajian salah laku telah memberikan lapan alasan. Bagaimanapun seorang peserta kajian tidak memberikan sebarang alasan untuk orientasi ini iaitu Kristina.
286 c)
Orientasi Keadilan Orientasi ini menunjukkan perbezaan yang tidak ketara antara peserta. 41
alasan telah diberikan oleh peserta kajian tidak salah laku dan 58 alasan bagi peserta kajian salah laku. Seramai lima orang peserta kajian telah memberikan alasan yang tertinggi untuk orientasi keadilan kecuali seorang peserta kajian tidak salah laku iaitu Fang.
d)
Orientasi Gabungan Terdapat perbezaan yang ketara dalam jumlah alasan yang diberikan
oleh peserta kajian tidak salah laku dengan peserta kajian salah laku. Sebanyak 13 alasan telah diberikan oleh peserta kajian tidak salah laku dan dua alasan oleh peserta kajian salah laku. Seorang peserta kajian tidak memberikan alasan untuk orientasi ini iaitu Devi. Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang ketara antara peserta kajian perempuan tidak salah laku dengan peserta kajian perempuan salah laku dalam kesemua jenis orientasi moral. Jadual 4.37 menunjukkan peserta kajian tidak salah laku dan peserta kajian salah laku telah memberikan alasan yang lebih kepada orientasi keadilan kecuali seorang peserta kajian tidak salah laku iaitu Fang. Bagaimanapun Fang serta Kristina telah memberikan alasan yang hampir sama bagi dua orientasi iaitu orientasi pertimbangan kendiri dan orientasi keadilan. Setiap peserta kajian amat kurang memberikan alasan berorientasikan keprihatinan dan gabungan. Dua orang peserta kajian salah laku iaitu Kristina tidak memberikan sebarang alasan untuk
287 orientasi keprihatinan manakala Devi pula tidak memberikan sebarang alasan untuk orientasi gabungan.