AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976
PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA 2005
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 113(3) Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], Jawatankuasa Kos Peguam Cara membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1.
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Saraan Peguam Cara 2005.
(2)
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2006.
Saraan
2.
Saraan seorang peguam cara berkenaan dengan urusan bukan berhujah
hendaklah -
(a)
berkenaan dengan jualan, pembelian atau bentuk pemindahhakan lain bagi menyelesaikan apa-apa transaksi yang melibatkan harta tak alih-
(i)
saraan peguam cara yang menjalankan transaksi sama ada bertindak bagi penjual, pembeli, pemindah atau penerima pindahan hendaklah mengikut Jadual Pertama;
(ii)
dalam hal apa-apa transaksi yang dokumen hakmilik individu atau hakmilik strata tidak dikeluarkan pada masa transaksi itu mula disempurnakan, saraan peguam cara yang menjalankan penyediaan dan penyempurnaan surat cara pindah hakmilik yang berikutnya hendaklah mengikut kaedah 2 atau 3 Jadual Keenam, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
2
(iii)
dalam hal apa-apa transaksi yang tiada perjanjian jual beli bertulis, atau perjanjian jual beli tidak disediakan oleh peguam cara itu dan peguam cara itu tidak dikehendaki menerangkan atau
menasihatkan
klien
mengenai
terma-terma
dan
syarat-syarat dalam perjanjian itu, atau pindah hakmilik dilaksanakan atas dasar kasih sayang atau tanpa balasan atau menurut suatu pengisytiharan amanah atau surat cara lain yang serupa, saraan peguam cara yang menjalankan penyediaan dan penyempurnaan surat cara pindah hakmilik itu hendaklah mengikut kaedah 4 Jadual Keenam;
(b)
berkenaan
dengan
penyewaan
atau
pajakan,
perjanjian
bagi
penyewaan atau pajakan dan perjanjian bagi mengekhaskan sewa, saraan bagi peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi itu hendaklah mengikut Jadual Kedua;
(c)
berkenaan dengan gadaian atau gadai janji, perjanjian bagi gadaian atau gadai janji, perjanjian bagi pembiayaan di bawah perniagaan bank Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perbankan Islam 1983 [Akta 276], debentur melalui gadaian tetap atau terapung, dan surat cara lain yang dilaksanakan melalui cagaran-
(i)
saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi itu sama ada bagi pembiaya, peminjam, pemegang gadaian atau penggadai hendaklah mengikut Jadual Ketiga; dan
(ii)
dalam hal apa-apa transaksi yang dokumen hakmilik individu atau hakmilik strata tidak dikeluarkan pada masa transaksi yang disebut dalam subperenggan (i) mula disempurnakan, saraan peguam
cara
yang
menjalankan
penyediaan
dan
penyempurnaan surat cara gadaian yang berikutnya hendaklah
3
mengikut kaedah 2 atau 3 Jadual Keenam, mengikut manamana yang berkenaan;
(d)
berkenaan
dengan
pelepasan
gadaian
atau
surat
ikatan
penyerahhakan semula mengenai harta yang digadai atau diserah hak, saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi itu hendaklah mengikut Jadual Keempat;
(e)
berkenaan dengan penyediaan, pemfailan atau penyaksian dokumen pelbagai, saraan peguam cara yang mengendalikan perkara-perkara sedemikian hendaklah mengikut Jadual Kelima; dan
(f)
berkenaan dengan kerja-kerja bukan berhujah yang tiada peruntukan dibuat untuk mengawal selia saraan peguam cara dengan cara skala atau fi tetap, saraan peguam cara hendaklah mengikut kaedah 1 Jadual Keenam dan berkenaan dengan kerja-kerja bukan berhujah yang tidak disempurnakan, saraan peguam cara hendaklah mengikut kaedah 5 Jadual Keenam.
Komposisi saraan
3.
(1)
Saraan yang dinyatakan dalam Jadual-Jadual tidak termasuk apa-apa
yang berikut:
(a)
fi yang kena dibayar bagi pendaftaran dokumen yang perlu didaftarkan;
(b)
duti setem atau fi;
(c)
fi peguam, fi pelelong atau penilai;
(d)
perbelanjaan perjalanan atau penginapan;
4
(e)
fi yang dibayar bagi carian;
(f)
kos bagi cabutan daripada mana-mana daftar atau rekod;
(g)
perbelanjaan lain yang dibayar dan ditanggung dengan munasabah dan wajar (yang hendaklah disenaraikan dalam apa-apa bil kos yang diserahkan oleh peguam cara kepada klien);
(h)
kos bagi apa-apa kerja tambahan;
(i)
fi yang berhubungan dengan apa-apa urusan berhujah;
(j)
fi yang berhubungan dengan apa-apa prosiding di mana-mana mahkamah; dan
(k)
(2)
perbelanjaan pelbagai yang tidak melebihi RM50.
Walau apa pun subperenggan (1), saraan yang dinyatakan dalam
Jadual-Jadual hendaklah termasuk–
(a)
elaun bagi masa peguam cara dan keraninya dan semua kehadiran biasa dan perlu; dan
(b)
caj bagi membuat salinan dan alat tulis yang lazim.
Usaha yang istimewa
4.
Berkenaan dengan apa-apa urusan bukan berhujah yang dikehendaki
dilaksanakan dalam ruang masa yang luar biasa singkatnya dengan usaha yang
5
istimewa, seorang peguam cara boleh mengenakan saraan tambahan bagi usaha yang istimewa itu mengikut hal keadaannya.
Bunga
5.
Seorang peguam cara boleh mengenakan bunga sebanyak lapan peratus
setahun ke atas perbelanjaan dan finya, sama ada ditetapkan oleh skala atau selainnya, mulai tamatnya tempoh satu bulan dari tuntutan yang dibuat terhadap kliennya dan dalam hal yang perbelanjaan dan fi itu kena dibayar oleh seorang budak atau daripada suatu kumpulan wang yang tidak ada sekarang ini, tuntutan itu boleh dibuat ke atas ibu bapa, penjaga, pemegang amanah atau orang lain yang bertanggungan. Tiada diskaun
6.
Diskaun tidak boleh diberi ke atas fi yang dinyatakan dalam Perintah ini.
Tidak boleh bertindak bagi lebih daripada satu pihak
7.
(1)
Dalam apa-apa transaksi yang disebut dalam Jadual Pertama, Kedua,
Ketiga dan Keempat, seorang peguam cara tidak boleh bertindak bagi lebih daripada satu pihak dalam suatu transaksi tertentu.
(2)
Walau apa pun subperenggan (1), seorang peguam cara boleh, jika
tiada percanggahan kepentingan, menyediakan, memfailkan atau menyaksikan dokumen pelbagai yang dinyatakan dalam Jadual Kelima bagi pihak yang satu lagi dalam transaksi itu. Pembatalan
8.
Perintah Saraan Peguamcara 1991 [P.U. (A) 475/1991] dibatalkan.
6
Peruntukan kecualian
9.
Walaupun Perintah ini mula berkuat kuasa, apa-apa urusan bukan berhujah
yang bermula sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah tertakluk kepada peruntukan Perintah Saraan Peguamcara 1991.
JADUAL PERTAMA [Perenggan 2(a)] Jualan dan Pindah Hakmilik
Balasan atau Nilai Yang Dihukumkan
Skala Fi
Bagi RM150,000 yang pertama
1.0% (tertakluk kepada
fi
minimum sebanyak RM300)
Bagi RM850,000 yang berikutnya
0.7%
Bagi RM2,000,000 yang berikutnya
0.6%
Bagi RM2,000,000 yang berikutnya
0.5%
Bagi RM2,500,000 yang berikutnya
0.4%
Jika balasan atau nilai yang dihukumkan
Boleh dirundingkan atas
itu melebihi RM7,500,000
lebihan (tetapi tidak boleh melebihi 0.4% daripada lebihan itu)
7
Walau apa pun kadar di atas, dalam hal apa-apa transaksi yang tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] atau apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu, saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi, sama ada bertindak bagi penjual atau pembeli, adalah–
(a)
RM250, sekiranya balasan adalah RM45,000 atau kurang;
(b)
75% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan melebihi RM45,000 tetapi tidak melebihi RM100,000;
(c)
70% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan melebihi RM100,000 tetapi tidak melebihi RM500,000; atau
(d)
65% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan melebihi RM500,000.
KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL PERTAMA 1.
Seorang peguam cara hendaklah bertindak hanya bagi penjual/pemindah
atau pembeli/penerima pindahan dan saraan peguam cara itu hendaklah mengikut skala fi berkenaan yang dinyatakan berdasarkan balasan, atau nilai yang dihukumkan, bagi transaksi itu.
2.
Seorang peguam cara yang bertindak bagi pembeli boleh juga bertindak bagi
kliennya dalam jualan yang berikutnya.
3.
Seorang peguam cara yang bertindak bagi pembeli boleh juga bertindak bagi
kliennya dalam transaksi pembiayaan.
8
4.
Dalam transaksi yang melibatkan harta yang ditawarkan oleh seorang
peguam cara untuk jualan secara lelong awam bagi pihak kliennya–
(a)
jika harta itu dijual-
(i)
saraan
peguam
cara
penjual
bagi
pengendalian
jualan
(termasuk menggubal dan menyelesaikan syarat-syarat jualan) hendaklah skala fi penuh yang dinyatakan berdasarkan harga jualan harta itu;
(ii)
jika peguam cara yang sama kemudiannya bertindak bagi penjual untuk menyempurnakan transaksi (termasuk menyemak hakmilik, menyediakan, meneliti dan menyempurnakan surat cara pindah hakmilik), saraan tambahannya hendaklah 50% daripada skala fi penuh yang dinyatakan berdasarkan harga jualan harta itu;
(iii)
saraan peguam cara pembeli hendaklah skala fi penuh yang dinyatakan berdasarkan harga jualan harta itu; dan
(iv)
jika harta yang dipegang di bawah hakmilik yang sama dibahagikan kepada beberapa lot untuk memudahkan penjualan dan pembeli yang sama membeli beberapa lot itu dan satu pindah hakmilik dilakukan berkenaan dengan lot-lot itu, saraan peguam cara yang dinyatakan dalam subperenggan 4(a)(i), (ii) dan (iii) hendaklah berdasarkan harga agregat lot-lot itu;
(b)
jika harta itu tidak dijual, saraan peguam cara penjual (termasuk menggubal dan menyelesaikan syarat-syarat jualan) hendaklah–
(i)
50% daripada skala fi penuh yang dinyatakan berdasarkan harga rizab;
9
(ii)
jika tidak ada harga rizab, 50% daripada skala fi penuh yang dinyatakan
berdasarkan
tawaran
yang
tertinggi
yang
diperakukan secara bertulis oleh pelelong; atau
(iii)
jika tidak ada harga rizab atau tidak ada tawaran, mengikut kaedah 1 Jadual Keenam;
(c)
jika harta itu tidak dijual pada percubaan pertama tetapi dijual pada percubaan berikutnya, saraan peguam cara penjual bagi percubaan pertama hendaklah mengikut subperenggan 4(b)(i), (ii) atau (iii), dan bagi percubaan berikutnya yang berjaya, saraan peguam cara penjual hendaklah skala fi penuh berdasarkan harga jualan harta itu; dan jika harta itu tidak dijual selepas dua percubaan atau lebih, saraan peguam cara
penjual
bagi
percubaan
pertama
hendaklah
mengikut
subperenggan 4(b)(i), (ii) atau (iii) dan bagi setiap percubaan berikutnya yang tidak berjaya, saraan peguam cara penjual hendaklah mengikut kaedah 1 Jadual Keenam; dan
(d)
jika sesuatu harta yang dipegang di bawah hakmilik yang sama dibahagikan kepada beberapa lot untuk memudahkan penjualan, saraan peguam cara penjual yang dinyatakan dalam subperenggan 4(b)(i) dan (ii) hendaklah berdasarkan agregat harga rizab, atau jika tidak ada harga rizab, agregat tawaran tertinggi yang diperakukan secara bertulis oleh pelelong.
5.
Skala fi dalam Jadual ini hendaklah juga terpakai bagi pemindahan gadaian
dan pajakan, berdasarkan balasan bagi pemindahan sedemikian atau nilai yang dihukumkan.
10
6.
Sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar kepada
seseorang peguam cara di bawah Perintah ini, seorang peguam cara yang mengaturkan–
(a)
suatu jualan bagi penjual (selain jualan secara lelong awam yang dalam keadaan itu kaedah 4 Jadual ini hendaklah terpakai); atau
(b)
suatu belian oleh pembeli,
dan merundingkan harga dan terma-terma dan syarat-syaratnya, hendaklah berhak kepada fi rundingan tambahan yang setara dengan skala fi penuh yang dinyatakan dalam Jadual ini.
7.
Saraan yang dinyatakan dalam Jadual ini hendaklah termasuk segala
kehadiran biasa dan perlu sehingga transaksi itu disempurnakan, termasuk penyediaan perjanjian jual beli dan penyediaan dan pendaftaran surat cara pindah hakmilik atau surat ikatan penyerahhakan sekiranya tiada dokumen hakmilik individu atau hakmilik strata dikeluarkan.
JADUAL KEDUA [Perenggan 2(b)]
Pajakan dan Penyewaan
Pajakan
Sewa bulanan
Skala fi
Bagi RM10,000 yang pertama
50% (tertakluk kepada fi minimum RM600)
11
Bagi RM90,000 yang berikutnya
20%
Jika sewa melebihi
Boleh dirundingkan atas lebihan
RM100,000
(tetapi tidak boleh melebihi 20% daripada lebihan itu)
Penyewaan
Sewa bulanan
Skala fi
Bagi RM10,000 yang pertama
25% (tertakluk kepada fi minimum RM300)
Bagi RM90,000 yang berikutnya
10%
Jika sewa melebihi
Boleh dirundingkan atas lebihan
RM100,000
(tetapi tidak boleh melebihi 10% daripada lebihan itu)
KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL KEDUA 1.
Seorang peguam cara hendaklah bertindak hanya bagi pemberi pajak/tuan
tanah atau penerima pajak/penyewa dan saraan peguam cara itu hendaklah mengikut skala fi yang berkenaan dalam Jadual ini.
2.
Apa-apa balasan dalam perjanjian pajakan atau penyewaan itu yang
dinyatakan sebagai kena dibayar selain melalui sewa (misalnya caj perkhidmatan, penyewaan perabot dan lekapan) hendaklah disifatkan sebagai sewa bagi maksud Jadual ini.
12
3.
Jika suatu sewa berubah kena dibayar, saraan peguam cara hendaklah
berdasarkan amaun sewa kena dibayar yang tertinggi.
4.
Jika balasan bagi suatu perjanjian pajakan atau sewaan dinyatakan sebagai
sebahagiannya untuk bayaran wang atau premium dan sebahagiannya lagi untuk sewa, saraan peguam cara hendaklah agregat–
(a)
skala fi bagi perjanjian jual beli berdasarkan amaun yang sama dengan bayaran wang atau premium sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; dan
(b)
skala fi berdasarkan sewa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual ini.
5.
Jika seorang peguam cara mewakili pemberi pajak atau tuan tanah berkenaan dengan pajakan atau penyewaan bagi sepuluh unit atau lebih di dalam suatu bangunan atau sebahagaian daripada suatu bangunan yang menggunakan bentuk perjanjian pajakan atau penyewaan yang standard, atau jika suatu perjanjian pajakan atau penyewaan diperbaharui atas termaterma dan syarat-syarat yang sama pada sebahagian besarnya, saraan peguam cara itu berkenaan dengan setiap pajakan atau penyewaan itu hendaklah 50% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual ini, tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM600 bagi pajakan dan RM300 bagi penyewaan.
13
JADUAL KETIGA [Perenggan 2(c)]
Gadaian, Debentur dan Dokumen Cagaran atau Pembiayaan lain
Amaun dicagar atau dibiayai
Skala Fi
Bagi RM150,000 yang pertama
1.0% (tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM300)
Bagi RM850,000 yang berikutnya
0.7%
Bagi RM2,000,000 yang berikutnya
0.6%
Bagi RM2,000,000 yang berikutnya
0.5%
Bagi RM2,500,000 yang berikutnya
0.4%
Jika amaun dicagar atau dibiayai
Boleh dirundingkan atas
melebihi RM7,500,000
lebihan (tetapi tidak boleh melebihi 0.4% daripada lebihan itu)
Bagi surat cara utama
Skala fi penuh
Bagi setiap surat cara subsidiari
10% daripada skala fi
mengikut pengertian
(tertakluk kepada fi minimum
subseksyen 4(3) Akta Setem 1949
sebanyak RM200 dan
[Akta 398]
fi maksimum sebanyak RM1,000)
14
Walau apa pun kadar di atas, dalam hal apa-apa transaksi yang tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu, saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi, sama ada bertindak bagi pembiaya/pemegang gadaian atau peminjam/penggadai, hendaklah-
(a)
RM250, jika balasan dan juga jumlah pinjaman ialah RM45,000 atau kurang;
(b)
75% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan dan juga jumlah pinjaman melebihi RM45,000 tetapi tidak melebihi RM100,000;
(c)
70% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan dan juga jumlah pinjaman melebihi RM100,000 tetapi tidak melebihi RM500,000; atau
(d)
65% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan dan juga jumlah pinjaman melebihi RM500,000.
KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL KETIGA
1.
Seorang peguam cara hendaklah bertindak hanya bagi pembiaya/pemegang
gadaian atau peminjam/penggadai dan saraan peguam cara itu hendaklah mengikut skala fi berkenaan yang dinyatakan berdasarkan amaun yang dicagar atau dibiaya.
2.
Jika kemudahan tambahan diberikan atas cagaran apa-apa gadaian atau
debentur sedia ada atau dokumen cagaran yang lain, yang disetemkan sebagai tambahan untuk meliputi kemudahan sedemikian, saraan peguam cara itu
15
hendaklah mengikut skala fi berkenaan yang dinyatakan berdasarkan amaun kemudahan tambahan itu.
3.
Berkenaan dengan penyediaan dokumen cagaran dan/atau perjanjian untuk
perniagaan bank Islam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perbankan Islam 1983-
(a)
skala fi yang dinyatakan bagi surat cara atau dokumen utama hendaklah berdasarkan amaun pokok yang diberikan atau dibiaya oleh pembiaya (tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM300); dan
(b)
fi bagi setiap surat cara subsidiari atau surat cara lain yang disediakan berhubung dengan transaksi pembiayaan itu (yang dibuat mengikut prinsip Syariah), untuk menjamin pembayaran balik wang yang diberikan atau dibiaya, hendaklah 10% daripada skala fi berkenaan, tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM200 dan fi maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap surat cara subsidiari atau surat cara lain.
JADUAL KEEMPAT [Perenggan 2(d)]
Pelepasan Gadaian dan Surat Ikatan Penyerahhakan Semula
Pelepasan Gadaian
Hakmilik pertama
RM300
Setiap hakmilik tambahan
RM50
dalam surat cara yang sama
16
Surat Ikatan Penyerahhakan Semula
Harta pertama
RM300
Setiap harta tambahan
RM50
dalam surat ikatan yang sama
Jika Surat Ikatan Penyerahhakan Semula itu termasuk Pembatalan Surat Kuasa Wakil, suatu fi tambahan sebanyak RM100 hendaklah kena dibayar kepada peguam cara itu.
KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL KEEMPAT
1.
Skala fi dalam Jadual ini hendaklah kena dibayar hanya kepada peguam cara
yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi itu.
2.
Dalam hal jika suatu pelepasan gadaian atau surat ikatan penyerahhakan
semula-
(a)
disediakan oleh peguam cara pembiaya/pemegang gadaian dan tandatangan wakil pembiaya/pemegang gadaian disaksikan oleh peguam cara tersebut, dan surat cara itu kemudiannya dihantar kepada peguam cara peminjam/penggadai untuk menyempurnakan transaksi itu, saraan peguam cara pembiaya/pemegang gadaian dan peguam cara peminjam/penggadai setiap satu hendaklah 50% daripada skala fi berkenaan dalam Jadual ini; atau
(b)
disediakan oleh peguam cara peminjam/penggadai dan surat cara itu dihantar kepada peguam cara pembiaya/pemegang gadaian hanya untuk
pengakusaksian
gadaian,
tandatangan
wakil
pembiaya/pemegang
peguam cara pembiaya/pemegang gadaian hanya boleh
17
mengenakan fi bagi pengakusaksian seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kelima, dan saraan peguam cara peminjam/penggadai hendaklah RM300.
JADUAL KELIMA [Perenggan 2(e)]
Menyediakan, memfailkan atau menyaksikan dokumen pelbagai
(a)
Bagi menyaksikan penyempurnaan
RM50 bagi salinan
sesuatu dokumen
pertama bagi
dan
setiap
RM10 salinan
berikutnya
(b)
Bagi menyaksikan penyempurnaan
RM100 bagi salinan
sesuatu dokumen dan memberikan
pertama dan RM10
perakuan pengakusaksian
bagi
setiap
salinan
berikutnya
(c)
Borang-borang di bawah seksyen 108-113
RM300 bagi setiap set
Akta Syarikat 1965 [Akta 125]
(d)
Cukai Keuntungan Harta Tanah borang 1
RM300 setiap borang
(CKHT 1)
(e)
Cukai Keuntungan Harta Tanah borang 2 (CKHT 2)
(f)
Permohonan kepada Pihak Berkuasa/ Badan Berkanun Negeri untuk mendapatkan keizinan bagi pemindahan
RM200 setiap borang
18
hakmilik/pajakan/gadaian
(i)
bagi harta yang balasan atau
RM200 setiap
jumlah pinjaman, mengikut
permohonan
mana-mana yang berkenaan, bernilai RM45,000 atau kurang
(ii)
bagi harta yang balasan atau
RM300 setiap
jumlah pinjaman, mengikut
permohonan
mana-mana yang berkenaan, melebihi RM45,000
(g)
Memfailkan apa-apa borang lain
RM100 setiap borang
dengan pihak berkuasa berkenaan
(h)
Memasukkan kaveat susulan daripada
RM200 bagi hakmilik
opsyen untuk membeli, perjanjian
pertama
jual beli atau transaksi pinjaman
bagi setiap hakmilik
dan
RM50
berikutnya
(i)
Penarikan kaveat
RM150 bagi hakmilik pertama
dan
RM50
bagi setiap hakmilik berikutnya
KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL KELIMA
1.
Seorang
pengakusaksian-
peguam
cara
tidak
berhak
kepada
fi
penyaksian
atau
19
(a)
dalam hal jika dia menyediakan, menyelesaikan atau meluluskan dokumen berkenaan dan dia diberikan saraan mengikut Perintah ini; atau
(b)
dalam hal jika dia bertindak bagi satu pihak dalam sesuatu transaksi dan menyaksikan atau mengakusaksikan tandatangan pihak yang lagi satu yang tidak diwakilinya.
2.
Jika peguam cara yang menyaksikan atau mengakusaksikan itu diminta
menerangkan atau memberikan nasihat mengenai kandungan apa-apa dokumen yang tidak disediakan olehnya, dia berhak kepada saraan mengikut kaedah 1 Jadual Keenam.
JADUAL KEENAM [Perenggan 2(f)]
KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL KEENAM
1.
Saraan seorang peguam cara bagi kerja-kerja bukan berhujah yang tiada
peruntukan dibuat secara skala fi atau fi tetap hendaklah suatu jumlah wang yang patut dan munasabah dengan mengambil kira semua hal keadaan kes itu, dan khususnya hal keadaan yang berikut:
(a)
mustahaknya perkara itu kepada klien;
(b)
kemahiran, tenaga, pengetahuan khusus dan tanggungjawab yang terlibat di pihak peguam cara itu;
(c)
kerumitan perkara itu atau kesukaran atau kebaharuan persoalan yang dibangkitkan;
20
(d)
jika wang atau harta terlibat, amaun atau nilainya;
(e)
masa yang dihabiskan oleh peguam cara itu;
(f)
bilangan dan mustahaknya dokumen yang disediakan atau diteliti oleh peguam cara itu;
(g)
tempat dan hal keadaan yang perkhidmatan atau urusan atau manamana bahagiannya diberikan atau ditransaksikan.
2.
Dalam hal jika seorang peguam cara telah mengendalikan sesuatu transaksi
dan tiada dokumen hakmilik individu atau strata dikeluarkan ketika transaksi itu disempurnakan pada mulanya-
(a)
jumlah saraan yang patut dan munasabah bagi peguam cara yang menyediakan dan menyempurnakan surat cara pindah hakmilik atau gadaian yang berikutnya hendaklah suatu fi yang tidak melebihi 25% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau Jadual Ketiga, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM200; dan
(b)
jika surat cara pindah hakmilik atau gadaian tersebut melibatkan lebih daripada satu dokumen hakmilik individu atau strata, saraan tambahan yang patut dan munasabah bagi peguam cara itu hendaklah RM50 bagi setiap hakmilik tambahan yang terlibat.
3.
Dalam hal jika seorang peguam cara mengendalikan sesuatu transaksi
setelah pengeluaran dokumen hakmilik individu atau strata, tetapi dia tidak mengendalikan transaksi itu pada ketika transaksi itu disempurnakan sebelum pengeluaran dokumen hakmilik individu atau strata itu-
21
(a)
saraan
yang
patut
dan
munsabah
bagi
peguam
cara
yang
menyediakan dan menyempurnakan surat cara pindah hakmilik atau gadaian yang berikutnya hendaklah fi yang tidak melebihi 50% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau Jadual Ketiga, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM200; dan
(b)
jika surat cara pindah hakmilik atau gadaian tersebut melibatkan lebih daripada satu dokumen hakmilik individu atau strata, peguam cara itu hendaklah berhak kepada saraan tambahan sebanyak RM50 bagi setiap hakmilik tambahan yang terlibat.
4.
Dalam hal apa-apa transaksi yang tidak ada perjanjian jual beli bertulis, atau
perjanjian jual beli tidak disediakan oleh peguam cara itu dan peguam cara itu tidak dikehendaki menerangkan atau menasihatkan klien mengenai terma-terma dan syarat-syaratnya, atau pindah hakmilik itu dilaksanakan atas dasar kasih sayang atau tiada balasan atau menurut suatu pengisytiharan amanah atau surat cara lain yang seumpamanya–
(a)
saraan yang patut dan munasabah bagi peguam cara yang menyediakan dan menyempurnakan surat cara pindah hakmilik itu hendaklah fi yang tidak melebihi skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM300; dan
(b)
jika surat cara pindah hakmilik tersebut melibatkan lebih daripada satu dokumen hakmilik individu, peguam cara itu hendaklah berhak kepada saraan tambahan sebanyak RM50 bagi setiap hakmilik tambahan yang terlibat.
5.
Dalam hal jika suatu transaksi itu tidak disempurnakan atau tidak diselesaikan
walau apa pun sebabnya, saraan yang patut dan munasabah bagi peguam cara itu
22
hendaklah fi yang tidak melebihi 50% daripada skala fi berkenaan, tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM200. Walau bagaimanapun, jika kerja yang perlu dibuat oleh peguam cara itu telah disiapkan sepenuhnya atau sebahagian besar daripadanya, peguam cara itu hendaklah berhak mengenakan skala fi penuh sebagai saraannya.
Dibuat [BC
Disember 2005 ; PN (PU2) 314/X]
Tan Sri Dato’ Siti Norma binti Yaakob Hakim Besar Malaya
Ragunath Kesavan Peguam Bela dan Peguam Cara
Dato’ Umi Kalthum binti Abd. Majid bagi Peguam Negara Malaysia
Sin Siew Kuen Peguam Bela dan Peguam Cara
Tengku Maimun binti Tuan Mat Ketua Pendaftar
Cheah Poh Gek Peguam Bela dan Peguam Cara
Woon Yeow Thong Peguam Bela dan Peguam Cara