ADAB MENJELASKAN HUKUM Oleh: Dr. Haji Juanda Bin Haji Jaya Pejabat Mufti Negeri Sarawak
Abstrak Tugas penjelas hukum agama adalah amat penting kerana mereka menjelaskan hukum Allah kepada orang yang bertanya. la hctmpir menyerupai kedudukan pemberi fatwa. Tugas ini amat mulia tetapi berisiko tinggi. Oleh itu ulama Salaf melarang keras menceburinya jika tidak memiliki keahlian dan ilmu mendalam kerana ia boleh membawa kepada penyelewengan. Oleh itu kaedah umum menjelaskan hukum seperti bebas daripada taklid buta, mengambil pendekatan memudahkan dan pertengahan, menggunakan bahasa yang difahami dan menjelaskan hukum secukupny a hendaklah dipatuhi. Manakala adab peribadi sebagai penjelas hukum seperti penampilan diri, tingkah laku, membersihkan niat, mengamalkan ilmu, menjelaskan hukum dalam keadcum tenang, suka berbincang dengan pakar dan menyimpan rahsia orang yang bertanya hendaklah sentiasa dijaga. Keadaan penyoal juga hendaklah diambilkira sewaktu menjawab. Manakala hukum yang dijelaskan atau jawapan hendaklah betul dan bermanfaat serta ia adalah jelas, ringkas dan memenuhi keperluan penyoal. PENDAHULUAN (I) Para Malaikat menjawab sewaktu ditanya tentang nama sesuatu perkara atau benda di dalam syurga yang mereka tidak ketahui jawapannya: ''')1 rclx.
I raOJ
Terjemahan: Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Baqarah Ayat 32). 41
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
(II) Sabda Nabi SAW:
)Lji Lc 4:971'1 L-"4-11
s 4971-1
Terjemahan: "Orang yang paling berani berfatwa (mengeluarkan hukum) di kalangan kamu adalah orang yang paling berani menghadapi (siksa) api neraka". Riwayat al-Darimi. Hadis Mursal daripada Ubaidillah bin Abi Ja'far (Al-Mausu'ah al-Fighiyyah: 23) (III) Tabi`in yang ulung, Abdul Rahman bin Abu Laila berkata: "Saya pernah menemui seramai 120 orang sahabat Rasulullak SAW dari kalangan Ansar, jika seorang antara mereka diajukan soalan (diminta fatwa) ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, orang yang kedua akan mengalihkannya kepada yang ketiga dan seterusnya sehingga pertanyaan tadi kembali lagi kepada yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya." (al-Nawawi: al-Majmuk 1/45 Kaherah: Maktabah al-Muniriah) (IV) Imam Malik berkata: Sesiapa yang mahu menjawab hukum, maka sebelum menjawab hendaklah dia mendedahkan dirinya kepada syurga dan neraka, apakah nasibnya nand, kemudian barulah ia menjawab (Al-Mausu'ah al-Fighiyyah: 24). Tulisan ini dikemukakan bagi menjelaskan beberapa adab yang perlu diambil perhatian oleh semua pembimbing dalam bidang agama. Kedudukan sebagai penjelas dan pembimbing bagi masalah berkaitan hukum agama adalah amat penting dan berbahaya kerana mereka merupakan penjelas bagi hukum Allah. Kedudukan ini adalah menyamai kedudukan memberikan fatwa walaupun ia dalam lingkungan yang terhad dan tertentu sahaja. Walau bagaimanapun tugas menjawab soalan dan menjelaskan hukum (al-Ifta') adalah menyamai tugas pemberi fatwa (Mufti). Tulisan ini menjadikan beberapa perbahasan berkaitan fatwa dan adab Mufti sebagai landasan bagi menjelaskan adab para pembimbing hukum agama memandangkan persamaan tugas, tanggungjawab dan akibat daripada tugas berkenaan.
TAKRIFAN Penjelas dan pembimbing hukum kepada penyoal hukum adalah menjalankan tugas sebagai pemberi fatwa. Ini sesuai dengan makna
42
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
fatwa dari sudut bahasa iaitu `memberikan jawapan bagi sesuatu masalah'. (al-Qaradhawy 1994). Dalam al-Mu'jam al-'Arabiy alAsasiy (hlm 916-917) kalimah ii membawa maksud menzahirkan , 0 " hukum, manakala °.+1 membawa maksud 4_21)- Dari sudut syarak fatwa bermaksud `memberikan penjelasan hukum syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan bagi sesiapa yang bertanya, baik secara bersendirian ataupun berkumpulan' (al-Qaradhawy 1994). Al-Mausu'ah al-Fighiyyah (1995: 20) pula menyatakan fatwa adalah penjelasan hukum syarak melalui suatu dalil bagi orang yang bertanya tentangnya. Hal ini mencakupi pertanyaan tentang sesuatu peristiwa dan sebagainya. Ringkasnya, penjelasan tentang hukum syarak adalah maksud bagi fatwa. Al-Quran menjelaskan tentang kaedah menjawab soalan melalui pelbagai ayat yang bermula dengan kalimah umpamanya L3 JILL: ' (al-Baciarah: 215) dan (al-Nisa': 76). Keduanya menjelaskan tentang bentuk soalan dan cara jawapan diberikan sama ada jawapan itu ringkas dan padat ataupun melalui penjelasan yang lengkap. 1a bergantung kepada keadaan semasa dan kedudukan penyoal. 3
KEAGUNGAN TUGAS PENJELAS HUKUM Tugas pembimbing hukum (fatwa) merupakan tugas mulia dan agung, serta mempunyai risiko yang amat tinggi. Hal ini kerana seorang pemberi fatwa menurut al-Imam al-Syatibi adalah menempati kedudukan Nabi SAW sebagai pengganti dan pewarisnya di dalam tugas menyampaikan ajaran-ajaran Allah SWT, mengajar, memberi petunjuk kepada umat manusia ke arah jalan yang benar, serta memberi peringatan kepada mereka clari ancaman siksa bagi mereka yang menyeleweng (Al-Qaradhawy 1994). Jelasnya, mengeluarkan hukum tanpa ilmu adalah haram kerana is bermaksud berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya serta menyesatkan manusia. Ini adalah termasuk dosa benar (Al-Mausu'ah al-Fighiyyah: 24). Nabi SAW bersabda:
oll; Lsic ,:A.S." Terjemahan: Sesiapa yang mengeluarkan hukum (berfatwa) tanpa dasar ilmu, maka dosa perbuatan yang dilakukan ditanggung oleh orang yang mengeluarkan hukum itu. (Riwayat al-Hakim daripada hadis Abu Hurairah dan disahihkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Juga diriwayat oleh Ahmad dan Ibnu Majah). 43
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Penjelas hukum bertanggungjawab menjelaskan hukum Allah dan cara pelaksanaannya oleh manusia. Ia bercakap atas nama Allah. Ia berkata kepada yang bertanyakan hukum: Kamu hendaklah melakukan begini ataupun Haram bagi kamu melakukan sedemikian. Imam al-Qarafi menyifatkan ia sebagai penterjemah kehendak Allah SWT (Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah: 23). Imam Sufyan dan Imam Sahnun berkata: Manusia yang bermudah mengeluarkan hukum (futya) adalah orang yang paling kurang ilmunya. Orang yang alim hendaklah berasa gerun untuk mengeluarkan hukum dan tidak berani mengeluarkannya melainkan hukum itu jelas daripada al-Quran dan al-Sunnah atau berlaku ijmak atasnya. Bagi perkara yang berlaku percanggahan pendapat dan wujud padanya serta tersembunyi hukumnya, ia hendaklah menyelidiknya hinggalah jelas bentuk jawapannya, jika tidak jelas hendaklah ia bertawaquf. (Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah: 24). GENTAR UNTUK MENJAWAB Ulama Salaf amat gentar untuk berfatwa (mengeluarkan hukum) dan menjauhkan diri daripadanya atau mengambil sikap diam. Mereka sangat menghargai orang yang berkata `Saya tidak tahu' tentang sesuatu masalah yang memang benar tidak diketahuinya. Sebaliknya mereka tidak menghargai orang yang sangat berani berfatwa tanpa rasa segan dan gementar melakukannya, kerana fatwa adalah suatu tugas yang sangat mulia, penting dan mempunyai risiko yang cukup tinggi. Para sahabat Nabi SAW termasuk para Khulafa' al-Rashidin amat gentar berfatwa. Mereka belajar daripada perlakuan Nabi SAW yang kadang-kadang menunggu wahyu Jibrail bagi menjawab persoalan yang tiada jawapannya. Seorang Tabiin, Utbah bin Muslim berkata: "Saya menemani Abdullah bin Umar RA selama 34 bulan lamanya, jika ditanya orang (tentang kemusykilan agama) beliau sering berkata: `Saya tidak tahu' . Kemudian beliau berpaling kepada saya seraya berkata: Tahukah kamu apa yang dimahukan oleh mereka itu, mereka mahu menjadikan belakang kita sebagai jambatan menuju neraka jahannam" (al-Khatib 1984: 154). Al-Qasim bin Muhammad (salah seorang Fuqaha' al-Sab' ah di Madinah) pernah berkata sewaktu didesak menjawab hukum suatu perkara yang tidak diketahuinya: "Wahai saudaraku, janganlah kamu lihat panjang janggutku, banyaknya orang di sekelilingku, demi Allah, aku tidak pandai tentang hal itu" . "Demi Allah, lebih baik lidahku dipotong 44
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
daripada aku berfatwa (dalam agama Allah) dengan apa yang tidak aku ketahui". Ulama Salaf menegah dan melarang keras orang-orang yang berani menceburi bidang fatwa (mengeluarkan hukum) tanpa memiliki persiapan ilmu yang mendalam dan keahlian yang cukup. Perbuatan seperti ini digolongkan dengan pekerjaan yang mencemarkan Islam dan merupakan perbuatan mungkar yang wajib dihalang dan ditegah. Namun ini semua bukanlah bererti tidak perlu menjawab persoalan berkaitan hukum agama, di mana orang yang alim enggan menjawab soalan hukum dengan alasan "tidak tahu", bahkan wajib baginya menyatakan apa yang diketahuinya. Dalam hadith Nabi SAW pernah mengancam orang yang menyembunyikan ilmuny a akan dikekang oleh Allah dengan kekangan api neraka pada hari kiamat nanti (al-Khatib 1984). PERSEDIAAN Lantaran tugas menjelaskan hukum syarak amat berisiko, maka beberapa persediaan perlu dilakukan, antaranya: a.
Menguasai hukum syarak secara jelas ataupun tahu punca yang boleh didapati hukum berkenaan.
b.
Mengetahui dan memahami realiti yang ditanyakan dan dinyatakan oleh penyoal. Jawapan yang diberi perlulah merangkumi sepenuhnya soalan yang diajukan dan bertanyakan orang lain jika perlu.
c.
Mengetahui kesan hukum terhadap perkara yang ditanyakan. (Al-Mausu'ah al-Fighiyyah: 25).
TIGA GOLONGAN Menurut al-Qaradhawy (1994: 47), terdapat 3 aliran di kalangan umat Islam masa kini dalam bidang pengeluaran hukum (fatwa): a. Golongan yang sangat berpegang teguh dengan semua aliran dan pendapat lama, tanpa memberikan sedikit ruang untuk hasil pemikiran baru. Meskipun kadang-kadang jelas aliran lama tadi mengandungi idea-idea yang kusut dan kadang kala menyeleweng. 45
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
b.
Golongan yang hanya memfokuskan fikiran dan aktivitinya hanya berdasarkan pandangan-pandangan baru sahaj a dengan segala kekurangan dan kelebihannya.
c.
Kelompok yang seimbang, menengah dan tidak berat sebelah. Mereka berpegang kepada prinsip: Berpegang teguh dengan aliran lama yang bermanfaat dan mengalu-alukan pemikiran baru yang baik.
PUNCA PENYELEWENGAN PENGELUARAN HUKUM Beberapa punca dikenalpasti sebagai jalan kearah penyelewengan hukum yang dikeluarkan, antaranya: a.
Jahil atau lupa terhadap nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Menjawab soalan hukum bukan semata-mata untuk menjawab dan memuaskan hati penyoal. Ia merupakan penjelasan hukum Allah. Ia tidak boleh dilakukan secara semberono dan gopoh.
b.
Pemahaman yang menyimpang Kesilapan dalam menyimpulkan sesebuah ketentuan hukum juga berlaku kerana pemahaman yang salah, tidak benar dan menyimpang daripada nas-nas yang sedia ada akibat dorongan nafsu, kepentingan peribadi, juga kerana bertaglid dengan pendapat orang lain secara membabi buta.
c.
Tidak dapat memahami realiti kehidupan/soalan yang sebenar Akibat tidak dapat memahami fakta dan realiti yang dinyatakan oleh penyoal, pembimbing akan silap dalam analisisnya mengakibatkan jawapan yang salah diberikan.
d.
Mengikut dorongan hawa nafsu Dorongan nafsu ini boleh datang daripada kedua pihak, penyoal dan pembimbing. Hal ini terjadi jika pembimking mencari simpati orang ramai dan mengikut kehendak merekp dengan cara bersikap sambil lewa memudah-mudahkan ataa mempersulitkan perkara agama.
e.
Bersikap jumud dengan fatwa-fatwa lama tanpa mengambil kira perubahan kedudukan dan keadaan semasa. Realiti kehidupan menunjukkan bahawa hajat keperluan 46
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
manusia sentiasa berubah dan berkembang dari hari ke hari. Keadaan hidup dan keperluan mereka selalu bertukar ganti sepanjang masa. Fenomena inilah yang banyak menyebabkan para ulama mengakui dan menyetujui sesuatu perkara yang pada masa dulunya mereka nafikan atas dasar bertolak ansur dengan keperluan semasa manusia zaman itu, di samping memberikan jawapan bagi realiti kehidupan semasa sesuai dengan jiwa syariat Islam yang menghendaki kemudahan dan kebaikan bagi hamba-hamba Allah, bukannya kesusahan dan bebanan yang memberatkan (Al-Qaradhawy 1994: 86). KAEDAH UMUM MENJELASKAN HUKUM a.
Bebas daripada asabiyyah dan taklid membuta tuli. Cara menghormati para fuqaha' yang terdahulu bukanlah dengan cara mesti bertaklid secara membuta-tuli dan mengikut sahaja semua pendapat mereka. Cara yang sebenarnya ialah dengan mengikut dan berjalan atas dasar, asas dan kaedah yang mereka pergunakan. Sesuatu pendapat yang diambil hendaklah didasari oleh dalil dan hujah yang kuat. Kemampuan melakukan tarjih (mencari pendapat yang lebih kuat) antara beberapa pendapat yang berbeza juga wajar dimiliki. Dengan itu pertimbangan terhadap kuat atau lemahnya dalil dapat dilakukan di samping merujuk dalil naqli dan aqli supaya hukum yang dikeluarkan lebih sesuai, dekat dengan nas syarak dan lebih memberikan kemaslahatan dan kebaikan bagi kehidupan manusia. Demikian juga memiliki kemampuan melakukan ijtihad juz'ie (dan lebih baik secara jama'ie) dalam masalah yang belum ada ketetapan oleh ulama terdahulu bagi hukum baru yang boleh diletak dalam kategori kandungan nas syarak yang thabit ataupun dengan melakukan qiyas bagi masalah baru dengan masalah yang hampir serupa yang telah ada ketentuan hukum oleh nas syarak.
b.
Memudahkan, bukan menyusahkan. Syariat Islam adalah berasaskan kemudahan dan menghilangkan kesusahan ke atas hamba-hamba Allah (Al-Baqarah: 185; Al-Maidah: 6; Al-Nisa': 28). Oleh itu perlu dielakkan sifat III dan
47
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Sahabat utama Imam al-Syafie, Imam Al-Muzani sewaktu memuji Imam al-Syafie berkata: Beliau adalah manusia yang paling ketat terhadap dirinya dalam menjaga wara', dan beliau paling longgar memberi kemudahan dalam hal itu terhadap manusia lain. Imam al-Nawawi pula menukilkan kata-kata Imam Sufyan al-Thawri, seorang yang wara', soleh lagi tinggi ilmunya sebagai berkata: Hanya sanya orang yang arif fikah itu ialah orang yang memberikan rukhsah keringanan, sedangkan menetapkan hukum yang berat itu boleh dilakukan oleh semua orang. Imam Muhammad Abu Zahrah (t.th: 402) berkata: Pintu rukhsah itu terbuka di hadapan setiap mufti (penjelas hukum) sewaktu menyelesaikan masalah manusia sekiranya dia melihat pengambilan hukum azimah akan membawa kepada kesulitan dan kesukaran. Sesungguhnya Allah suka diambil rukhsahnya sebagaimana la suka diambil azimahnya. Dalam keadaan azimah tidak membawa kepada kesukaranpun, rukhsah itu tetap disukai oleh Allah berbanding azimah kerana Allah sukakan kemudahan untuk hamba-hambanya dan tidak mahukan kesulitan. c.
Bercakap dengan bahasa semasa Hendaklah dijauhi istilah yang asing bagi penyoal agar penjelasan boleh difahami. Sampaikan jawapan secara logik dan diterima akal manusia. Di samping itu perlu dijelaskan tentang hikmah dan `illah ketetapan hukum berkenaan.
d.
Menghindari perkara yang tidak bermanfaat bagi manusia. Persoalan yang boleh mengundang pertikaman lidah kerana mahu menunjuk-nunjuk diri atau perkara-perkara pelik dan sangat aneh tidak perlu dipedulikan.
e.
Bersikap pertengahan antara kekerasan dan kemudahan. Perlulah menjauhi golongan yang selalu berusaha melepaskan diri dari ikatan nilai-nilai agama dan memuja pembaharuan dengan alasan perubahan zaman dan penyesuaian diri, dan golongan yang selalu bersikap keras untuk berpegang teguh hanya dengan semua pendapat lama dan terdahulu dengan hujah bahawa setiap yang lama itu benar dan suci. Ibnu al-Qayyim berkata: Seorang Mufti (penjelas hukum) dilarang atas nama Allah dan Rasul-Nya untuk menentukan hukum halal, 48
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
haram, wajib ataupun makruh terhadap sesuatu perkara tanpa pengetahuan dan keyakinannya bahawa perkara tersebut menepati nas al-Quran dan al-Sunnah yang menghalalkan, mengharamkan, mewajibkan atau memakruhkannya. Adapun ketentuan dan ketetapan hukum yang dibaca dari kitab karangan Imam yang menjadi ikutannya, tidak boleh dijadikan hujah hukum bagi manusia atas nama Allah dan Rasul-Nya, selagi is tidak mengetahui dan menguasai hukum Allah dan Rasul-Nya yang sebenar ke atas perkara-perkara tersebut (I'lam al-Muwaqqi'ein Juzuk 4: 175). f. Hukum mesti dijelaskan secukupnya. Dalam keadaan tertentu, hukum perlu dijelaskan secukupnya dengan mengambilkira penanya dan bentuk soalan berkenaan. Pembimbing adalah seorang mufti, guru dan penyuluh bagi masyarakat. Oleh itu penjelasan perlu dilakukan bagi soalan yang dikemukakan seperti dikemukakan dalil dan hujahnya, `illah dan rahsia di sebalik hukum serta menjelaskan kaitannya dengan hukum-hakam yang lain. (Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah; al-Qaradhawy 1994; Hassun 1999). ADAB PEMBIMBING Beberapa etika dan adab perlulah dimiliki oleh pembimbing hukum syarak, antaranya ialah; a.
Menjaga penampilannya menurut hukum syarak agar sentiasa bersih dan kemas.
b.
Memelihara tingkah laku, perbuatan dan perkataan agar menurut syariah kerana dia adalah contoh dalam perbuatan dan perkataannya dan pandangan manusia sentiasa melihat ke arahnya.
c.
Membersihkan niat dan sanubarinya serta berniat baik sewaktu menerangkan hukum kerana dia mewakili penjelasan syarak iaitu dari Allah dan Rasul-Nya. Penjelasannya akan menghidupkan pengamalan dengan al-Quran dan al-Sunnah dan membaikkan kehidupan manusia. Hendaklah memohon bantuan Allah untuk menunjukkan jalan lurus baginya dan hendaklah menolak niat buruk untuk meninggikan diri di muka bumi.
d.
Hendaklah dia sendiri mengamalkan hukum yang dikeluarkannya dan menjauhi larangan dan kemakruhan yang dinyatakannya 49
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
agar perbuatannya membenarkan perkataanya. Jika sebaliknya, maka dia berdusta atas dirinya sendiri. e.
Jangan mengeluarkan hukum dalam keadaan hati gelisah akibat terlalu marah, gembira, lapar, letih atau berubah sikap akibat mengantuk, sakit dan sebagainya yang menghalang kelancaran fikiran dan mengakibatkan kesilapan dalam hukum.
f.
Jika ada orang yang dipercayai ilmu dan agama bersamanya serta memiliki keahlian dalam bidang berkenaan walaupun ia lebih rendah taraf daripadanya atau sebagai muridnya, maka hendaklah dia berbincang dengannya dan janganlah bersendirian menjawab dengan mengenepikan perbincangan kerana ia mengurangkan keberkatan. Amalan berbincang adalah amalan Nabi SAW, kebanyakan para sahabat khususnya Umar RA dan para Salafus Soleh (Ibnu al-Sallah 1986).
g.
Hendaklah menyimpan rahsia orang yang bertanya. Pembimbing hukum adalah umpama doktor yang mengetahui rahsia dan keaiban manusia yang bertanya yang tidak perlu didedahkan kepada orang lain. Kemungkinan jika didedahkan ia akan memudaratkan. (Al-Mausu'ah al-Fighiyyah 37-38)
ADAB DENGAN PENYOAL Pembimbing hendaklah mengambilkira keadaan penyoal sewaktu menjawab kerana: a.
Jika penyoal itu lambat faham, pembimbing hendaklah bersabar dan bersikap lembut dengannya untuk memahami soalan dan memahamkan jawapan yang diberi khususnya mereka yang lemah dan Baru mendekati agama. (Al-Mausu'ah al-Fighiyyah; Ibnu al-Sallah 1986).
b.
Soalan hendaklah diteliti dengan baik terhadap setiap kalimahnya terutama kalimah yang terakhir kerana kebiasaannya di situlah soalan yang akan diajukan. Jika ada yang meragukan, maka pembimbing hendaklah meminta penjelasan penyoal. (Ibnu al-Sallah 1986).
c.
Jika perlu memahamkan perkara-perkara hukum lain yang berkaitan dengan soalan, hendaklah ia dijelaskan sebagai tambahan dan panduan pada masa hadapan. 50
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
d.
Jika penyoal meminta sesuatu tetapi dijelaskan larangan perkara berkenaan, maka pembimbing hendaklah menunjukkan alternatif sebagai gantinya. la samalah seperti doktor yang bijaksana yang melarang memakan ubat yang memudaratkan dengan mencadangkan ubat yang bermanfaat.
e.
Jika ditanya sesuatu yang belum berlaku dan masalah itu termasuk perkara ijtihadiyah, maka tidak perlu dijawab agar penyoal memahami soalan adalah bagi perkara yang perlu sahaj a.
f.
Jika dirasakan akal penyoal tidak dapat menerima jawapan, maka hendaklah ia tidak dijawab.
g.
Tidak perlu menjawab jika penjelas bimbang akibat buruk daripada jawapannya yang dirancang oleh penyoal. (AlMausu'ah al-Fighiyyah)
BENTUK JAWAPAN Bagi memastikan jawapan yang diberikan adalah betul dan bermanfaat, perkataan yang dipilih untuk menjawab hendaklah jelas agar ia tidak difahami secara salah. Pemilihan perkataan yang tepat adalah cukup penting. Penjelasan juga perlu bagi mengelakkan kekeliruan. Jika masalah itu perlu perincian, ia perlu diperincikan agar hukum yang tepat dapat disimpulkan. Adalah suatu kesilapan jika jawapan ringkas yang diberi (Ibnu al-Sallah 1986: 72). Jika ia membabitkan beberapa bahagian masalah maka jawapan yang diberi hanyalah untuk bahagian berkenaan sahaja. Hukum tidak boleh dijelaskan secara umum kerana ia akan menimbulkan keraguan kerana kebanyakan orang yang bertanya tidak tahu pendetilan dalam hukum syarak. Jawapan YA dan TIDAK hanya sesuai untuk orang awam. Namun penjelasan yang memenuhi keperluan penyoal juga perlu dilakukan terutama jika jawapannya perlukan perjelasan mengenai syarat dan rukun tertentu. Jika mampu, adalah lebih baik disertakan dalil daripada al-Quran atau hadith dalam jawapan yang diberikan. Juga dijelaskan `Utah dan hikmah hukum berkenaan. Ini akan mendatangkan keyakinan bagi penyoal. Sewaktu memberikan penjelasan terutama perkara ijtihadiyyah, jauhilah perkataan: Inilah hukum Allah dan Rasul-Nya ataupun inilah hukum syarak, melainkan jika 51
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
ada nas yang qat'ie. (Ibnu al-Sallah 1986; Al-Mausu'ah alFighiyyah) Hukum yang dijelaskan hendaklah dalam ungkapan yang jelas, ringkas dan memenuhi keperluan penyoal dalam soalannya. Elakkan jawapan yang meleret-leret, melainkan jika penyoal perlukan nasihat dan pengajaran. (Al-Mausu'ah al-Fighiyyah). Jika jelas bagi pembimbing bahawa jawapan yang diberi adalah salah, dia hendaklah segera rujuk daripada kesilapannya kerana dibimbangi dosa akibat penjelasannya itu dan memberitahu kepada penyoal jawapan yang sebenar (Ibnu al-Sallah). HUKUM Para ulama seperti Imam al-Syafie, Ahmad dan sebagainya meletakkan pelbagai syarat bagi penjelas hukum (Mufti). Syarat berkenaan meletakkan fatwa orang awam dan mugallid yang berfatwa dengan pendapat orang lain sebagai tidak sah. Realiti semasa menunjukkan syarat-syarat berkenaan juga amat sukar untuk dipenuhi. Lagipun kini ungkapan MUFTI digunakan untuk fakih mazhab yang mana tugas mereka hanyalah menukilkan nas kitab-kitab fikah. Penggunaan ini hanyalah secara majaz dan mengikut uruf yang menepati keadaan orang awam dan istilah pihak kerajaan (al-Zuhaili 1986; al-Baani 1997). Imam Ibnu al-Qayyim dalam I'lam al - Muwagqi'in menjelaskan tiga pendapat mengenai fatwa mugallid iaitu: a.
Tidak boleh berfatwa secara taglid kerana is bukanlah tanda ada ilmu. Ini adalah pendapat Jumhur al-Syafi'ieyah dan kebanyakan Hanabilah.
b.
Boleh bagi perkara berkaitan dirinya sendiri, manakala bagi diikuti oleh orang lain tidak boleh.
c.
Boleh sewaktu ada hajah dan tidak wujud alim mujtahid. Inilah pendapat yang paling sahih dan dipegang. Inilah juga yang menepati realiti kehidupan hari ini.
PENUTUP Tulisan ini adalah suatu usaha untuk mendedahkan kedudukan dan adab bagi pembimbing hukum agama. Walaupun kedudukan mereka bukanlah sebagai pemberi `fatwa' atau sebagai 'mufti hakiki', 52
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
namun kesan keagamaan akibat tindakan mereka adalah amat besar. la adalah berkaitan dengan urusan agama dan dunia mereka yang memerlukan bimbingan agama. Kedudukan rendah ini tidak menafikan kepentingan dan ketinggian kedudukan mereka. Pembimbing agama boleh berjaya jika benar-benar memahami Islam dan menjelaskannya dengan baik kepada umat Islam. Berinteraksi dengan semangat persaudaraan dan kasih sayang, bukannya dengan semangat meninggi diri atau merendahkan orang lain. Orang yang dibimbing perlu merasakan pembimbing sebagai bapa mereka, atau saudara tua mereka atau sahabat mereka, bukannya sebagai Polis yang mahu menangkap pesalah atau Pendakwa raya yang mahu mencari hukuman paling berat kepada mereka. Bahkan pembimbing adalah pembela orang yang dibimbing walaupun kadangkadang dia adalah Hakim yang menjatuhkan hukuman untuk mereka atau ke atas mereka. Pembimbing agama hendaklah melayan orang yang dibimbing seperti seorang ahli psikologi melayan pesakitnya. Mereka hendaklah percayakannya, yakin kepadanya, menyerahkan diri kepada bimbingannya dan meluahkan segala yang terbuku dalam hati mereka kepadanya (al-Qaradhawy 1986: 36).
53
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
RUJUKAN Al-Qaradhawy, Prof Dr Yusuf. 1986. Min Hadyi al-Islam Fatawa Mu'asarah. Kuwait: Dar al-Qalam. Al-Qaradhawy, Prof Dr Yusuf. 1994. al-Fatwa baina al-Indibat wa al-Tasaiyub. Kaherah: Dar al-Sahwah. Abu Zahrah, Muhammad. T.th. Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr al'Arabiy Al-Mu'jam al-'Arabiy al-Asasiy. T.th. Laros Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah. Juz 32. 1995. Kuwait: Wizarah al-Auqaf wa al-Shu'un al-lslamiyah Al-Khatib, Abdul Karim. 1984. Sadd Bab al-Ijtihad wa ma tarattaba `alaihi. Beirut: Muassasah al-Risalah. Dr Ahmad Badruddin Hassun, 1999. Al-Mausu'ah 6 Adab al-Fatwa. Al-Baani, al-'Allamah Muhammad Said bin Abdul Rahman. 1999. `Umdala al-Tahqiq fi al-Taqlid wa al-Talfiq. Damsyiq: Dar alQadiri. Al-Zuhaili, Dr Wahbah. 1986. Usul al-Fiqh. Damsyiq: Dar al-Fikr.
54