PENYELIDIKAN JKA
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DALAM SUBJEK YANG MEMPUNYAI KONSEP PENGIRAAN ADALAH DI DORONG OLEH FAKTOR PENCAPAIAN DALAM SUBJEK MATEMATIK BAGI PELAJAR DKA3-S2 1
1
Nurfadzlina Binti Mohd Rozi Jabatan Kejuruteraan Awam,1Politeknik Kuching Sarawak. 1
[email protected]
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan dan mencari perkaitan samada pencapaian ini di dorong oleh faktor pencapaian pelajar dalam subjek matematik. Seramai 22 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam daripada semester tiga telah dipilih menjadi sampel kajian ini. Pencapaian akademik pelajarpelajar ini diukur berdasarkan keputusan-keputusan peperiksaan yang diambil daripada setiap semester dan berdasarkan matapelajaran-matapelajaran yang menggunakan pengiraan di dalam prinsip pembelajaran. Ujian Kesignifikanan Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk mencari perkaitan di antara pencapaian pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan dengan subjek matematik. Nilai CGPA juga adalah salah satu pembolehubah selain daripada faktor laterbelakang. Hasil analisis menunjukkan menunjukkan bahawa perkaitan wujud di antara keputusan peperiksaan bagi subjek yang menggunakan konsep pengiraan dengan subjek matematik (nilai p=0.00). Faktor-faktor lain seperti jantina dan bangsa tidak mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam subjek-subjek pengiraan yang telah dipilih (nilai p=1.87). Manakala CGPA mempunyai perkaitan yang signifikan dengan keputusan peperiksaan pelajar dalam subjek-subjek pengiraan (p=0.00).
PENGENALAN
dalam bilik darjah generalisasi bermaksud kemahiran boleh dipindahkan kepada beberapa mata pelajaran seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah yang lebih kurang sama dalam dalam fizik. Di dalam kajian ini, generalisasi boleh berlaku apabila pelajar mengaplikasikan konsep pengiraan di dalam matapelajaran-matapelajaran yang berlainan.
Pencapaian akademik pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan mempengaruhinya. Satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Nasir Khalid (1997) mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar adalah faktor-faktor seperti keyakinan pelajar, status sosio ekonomi, keluarga, jantina, kedudukan sekolah, persekitaran sekolah dan pencapaian matematik terdahulu adalah antara penganggar yang signifikan bagi pencapaian matematik bagi sekolah-sekolah di Malaysia.
PERNYATAAN MASALAH Teknologi Konkrit dan Mekanik Struktur adalah antara kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kuching Sarawak bagi memperoleh Diploma Kejuruteraan Awam. Kursus ini menekankan
Kajian ini dibuat berdasarkan teori Pavlov yang menyatakan bahawa generalisasi boleh berlaku di dalam proses pembelajaran. Di
1 DSPACE@Politeknik Kuching Sarawak
[email protected]
PENYELIDIKAN JKA
tentang konsep-konsep penting dalam pengiraan yang secara keseluruhannya memerlukan kemahiran pelajar di dalam matapelajaran matematik. Tinjauan awal yang dilakukan mendapati kebanyakan pelajar berpendapat bahawa kursus ini adalah antara kursus yang sukar kerana ia banyak menggunakan prinsip matematik di dalam proses pembelajarannya. Pencapaian akademik pelajar dalam subjek yang mempunyai kesamaan dalam konsep pembelajaran sering dikaitkan dengan asas kepada sesuatu subjek . Dalam kajian ini pengkaji melihat kepada pencapaian subjek iaitu Mekanik Struktur dan Teknologi Konkrit dimana subjek berkenaan mempunyai kesamaan dengan konsep pembelajaran subjek Matematik.
pendidikan. Perbezaan individu diperhatikan dalam pelbagai bidang seperti kurikulum, pengajaran guru, psikologi perkembangan dan sebagainya. Dalam kajian-kajian yang dijalankan, terdapat pelbagai penemuan yang amat berguna telah diperolehi terutamanya daripada segi usaha untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Ramai pengkaji bersetuju pangajaran dan pembelajaran yang berkesan harus dilihat daripada pelbagai perspektif. Faktor-faktor lain yang terlibat dalam pencapaian ini adalah persediaan dan pembelajaran pelajar itu sendiri. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran telah diaplikasikan dalam bilik darjah khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat kajian-kajian yang menghasilkan dapatan bahawa gaya pembelajaran berkaitan dengan pencapaian akademik. (Shahabuddin dan Rohizani,2003)
OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:
Teori pengajaran boleh didefinisikan sebagai usaha mengenal pasti kaedah yang dapat mewujudkan keadaan bagi membolehkan matlamat pembelajaran dicapai. Bagi menjamin keberkesanan teori pengajaran, ia perlu serasi dengan teori pembelajaran yang sedia ada. Dengan kata lain, teori pembelajaran menghuraikan hubungkait antara apa yang dipelajari dengan keadaan dalam mana pembelajaran itu berlaku. (Ee Ah Meng, 2002).
1. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang lemah di dalam beberapa matapelajaran yang menggunakan prinsip pengiraan sebagai asas pembelajaran. 2. Mengkaji samada generalisasi berlaku dikalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester 3 berdasarkan data-data yang diperolehi.
Generalisasi adalah kesesuaian dan pengekalan pembelajaran dengan pelbagai rangsangan iaitu kebolehan memindah kemahiran kepada beberapa keadaan dan situasi. Di dalam bilik darjah, generalisasi bermaksud kemahiran boleh dipindahkan kepada beberapa mata pelajaran seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah yang lebih kurang sama dalam dalam fizik. Generalisasi rangsangan berlaku apabila gerak balas terlazim tersebar kepada objek yang lebih kurang serupa dengan rangsangan terlazim atau aspek situasi di mana gerak balas itu mula dilazimkan. Secara ringkas prinsip generalisasi menyatakan apabila rangsangan terlazim
LITERATUR BERKAITAN Setiap masyarakat di dunia menyedari kepentingan pendidikan. Sejarah membuktikan sejak zaman dahulu lagi para ibu bapa, pendidik dan ahli psikologi sentiasa melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai disiplin pelajaran. Individu yang bergelar pelajar sememangnya mempunyai perbezaan daripada pelbagai segi. Kebolehan dan tahap pencapaian akademik juga mempunyai perbezaan. Perbezaan ini amat menarik perhatian kalangan pendidik untuk dikaji, khususnya ahli psikologi
2 DSPACE@Politeknik Kuching Sarawak
[email protected]
PENYELIDIKAN JKA
berpasnagn dengan rangsangan tak terlazim dan menghasilkan gerak balas, rangsangan lain yang berbeza tetapi mengikut dimensi yang sama seperti rangsangan terlazim boleh membangkitkan gerak balas terlazim.
Berbagai-bagai langkah dilakukan oleh guru untuk mewujudkan peneguhan di kalangan pelajar. Untuk mengubah tingkah laku pelajar dalam bidang pelajaran, guru kerap kali menyuruh mereka mengulang sesuatu tindakan itu. Mereka juga melakukan latih tubi pelajar sebagai tindakan peneguhan. Dari segi pembelajaran pula, peneguhan terhadap pengajaran guru adalah perlu agar pelajaran yang disampaikan oleh guru akan kekal dalam ingatan dan tersemat dalam hati pelajar. (Omardin Ashaari, 1999)
Tambahan lagi, lebih mirip rangsangan baru ini dengan rangsangan terlazim asal, lebih kuat gerak balas terlazim berlaku. Contohnya pelajar berasa risau apabila berhadapan dengan masalah tugas dalam matematik mungkin akan mengeneralisasikan perasaan risau terhadap aspek lain dalam matematik. Ataupun seorang pelajar diperkecilkan dalam satu kelas akan mengeneralisasikan perasaan rendah diri ini di dalamkelas lain. Di sini juga adalah penting untuk guru memberikan persekitaran bilik darjah yang positif untuk membantu pelajar mengaitkan perasaan keselesaan terhadap mata pelajaran dan kemahiran yang diajar. (Rahil et.al, 2000).
Rajah 1 menunjukkan satu model proses pendidikan yang dibina oleh Bryant (1974, dalam Alias Baba, 1989). Ianya menunjukkan secara keseluruhan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar.
Dalam pendidikan matematik, semakin banyak topik yang dipelajari, semakin banyak aktiviti pengiraan yang perlu dilakukan oleh pelajar. Bagi pelajar yang agak lemah dari segi pengiraan, mereka merasakan matapelajaran yang melibatkan pengiraan semakin sukar dan kadangkala timbul rasa putus asa untuk menyelesaikan sesuatu masalah pengiraan. Pelajar mmepelajari kemahiran mengira bukan sahaja untuk membuat pengiraan tetapi menggunakan kemahiran itu untuk menyelesaikan masalah dan meneroka idea baru dalam pengiraan.(Noraini, 2002) Rajah 1 : Model Proses Pendidikan
Pelaziman memang berlaku di dalam bilik darjah misalnya tidak terdapat perhubungan logik antara perasaan rendah diri seorang pelajar dengan ilmu hisab. Tetapi apabila dalam kelas ilmu hisab, pelajar tersebut dibuat berasa rendah diri beberapa kali, aktiviti yang berkaitan ilmu hisab menjadi hampirhampir tidak boleh dipisahkan dengan gerak balas emosi yang berkaitan dengan perasaan rendah diri. Pada lazimnya, peneguhan digunakan adalah untuk menggalakkan wujudnya tingkah laku positif dalam diri pelajar.
Dalam kajian ini, penyelidik menetapkan untuk mengkaji dua faktor yang dijangkakan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matapelajaran teknologi konkrit dan mekanik struktur. Faktor-faktor tersebut adalah latarbelakang pelajar dan keputusan peperiksaan matematik. Rajah 2 berikut menunjukkan kerangka teori bagi kajian ini yang menggambarkan hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pembolehubah tak bersandar. Pemboleh ubah bersandar dalam
3 DSPACE@Politeknik Kuching Sarawak
[email protected]
PENYELIDIKAN JKA
kajian ini adalah terdiri dari latarbelakang pelajar dan keputusan peperiksaan matematik. Manakala pembolehubah bersandar pula adalah keputusan peperiksaan bagi 2 matapelajaran yang telah dipilih iaitu Teknologi Konkrit dan Mekanik Struktur.
hubungan antara pemboleh ubahpembolehubah adalah lemah. Pekali korelasi -1 atau +1 pula menunjukkan hubungan yang sempurna di antara pembolehubahpembolehubah yang dikaji. Hubungan antara pembolehubah-pembolehubah adalah sangat teguh sekiranya pekali korelasi menghampiri -1 atau +1. (Mohd Majid Konting,1990) Dalam SPSS, prosedur bagi mengira pekali kebolehpercayaan boleh dilakukan dengan menggunakan subprogram REALIBILITY. Program ini akan menilai pelbagai butir dengan menggunakan pengiraan pekali keboleh percayaan. (Mohd Majid Konting,1990) DAPATAN
Rajah 2 : Model Kajian
Jaduai 1 di bawah menunjukkan keputusan peperiksaan akhir pelajar-pelajar daripada Diploma Kejuruteraan Awam Semester 3 Seksyen 2 (DKA3S2) yang diperolehi daripada Unit Peperiksaan Politeknik Kuching Sarawak. Secara pemerhatian didapati terdapat beberapa orang pelajar yang didapati mendapat markah yang kurang memuaskan di dalam subjeksubjek yang telah dipilih.
METODOLOGI KAJIAN Kajian ini berbentuk kajian pemerhatian berdasarkan keputusan peperiksaan bagi subjek-subjek yang telah dipilih. Ini bertujuan untuk mengenalpasti samada generalisasi berlaku di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester Tiga. Populasi yang digunakan untuk kajian ini adalah seramai 22 orang.
Di dalam ujian korelasi, pekali korelasi, r digunakan untuk menunjukkan sejauh mana kekuatan atau keteguhan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain. Pekali korelasi mempunyai nilai di antara negatif satu dan positif satu ( -1 ≤ r ≤ 1 ). Nilai sifar menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan linear di antara pembolehubahpembolehubah. Pekali korelasi yang menghampiri sifar menunjukkan bahawa
CGPA
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
No. Pend
C 2003
Bil.
C 3007
Pakej perisian Statistical Packages for the Social Science atau SPSS telah digunakan untuk menganalisis data kajian ini. Ujian statistic yang digunakan dalam analisis hipotesis kajian adalah korelasi Pearson, r untuk mendapatkan hubungan antara pembolehubah, Menurut Majid Konting (1994), ujian-t sangat berkuasa dalam menentukan perbezaan antara dua min pemolehubah.
B 3001
Jadual 1 : Keputusan peperiksaan akhir pelajar DKA3S2
05DKA06F047 05DKA06F030 05DKA06F025 05DKA06F033 05DKA06F045 05DKA06F031 05DKA06F038 05DKA06F032 05DKA06F044 05DKA06F024 05DKA06F034 05DKA06F028 05DKA06F046 05DKA06F026
79 74 72 79 78 75 61 52 64 82 76 57 60 52
71 84 69 67 60 62 74 68 73 66 50 64 62 63
93 74 86 68 65 87 69 86 57 84 65 70 81 79
3.51 3.46 3.45 3.42 3.36 3.35 3.25 3.24 3.24 3.20 3.12 3.11 3.06 3.05
4 DSPACE@Politeknik Kuching Sarawak
[email protected]
PENYELIDIKAN JKA
15 16 17 18 19 20 21 22
05DKA06F041 05DKA06F043 05DKA06F040 05DKA06F027 05DKA06F035 05DKA06F036 05DKA06F039 05DKA06F029
66 50 53 64 64 67 55 70
52 67 52 64 50 51 51 83
77 84 80 87 80 69 68 84
3.04 3.01 2.88 2.87 2.81 2.67 2.61 3.39
Carta 2 :Peratusan pelajar mengikut CGPA
Sumber :Unit Peperiksaan Politeknik Kuching Sarawak
Kajian melibatkan seramai 22 orang pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Awam Semester Tiga (DKA3S2) semester Julai 2007 yang terdiri daripada 12 orang lelaki mewakili 54.5% dan 10 orang perempuan mewakili 45.5%. Carta 1 menunjukkan jumlah responden yang terlibat di dalam kajian ini mengikut jantina.
Hasil Analisis Menggunakan Kesignifikanan Pekali Korelasi
Ujian
Jadual 2 menunjukkan nilai pekali kolerasi Pearson yang diperolehi daripada ujikaji yang telah dijalankan bagi mencari perkaitan antara subjek matematik dan subjek-subjek pengiraan yang lain.
Carta 1 :Jumlah responden mengikut jantina
12
Jadual 2 :Nilai pekali pearson 10
Count
8
6
Pembolehubah
1 2
Subjek matematik Subjek-subjek pengiraan yang lain
Nilai pekali kolerasi pearson,r 0.000 0.000
Daripada jadual di atas di dapati nilai r=0.000. Daripada nilai itu dapat dibuat kesimpulan bahawa memang wujud perkaitan yang kuat antara keputusan subjek matematik dengan subjek-subjek pengiraan yang lain. Sesuatu faktor dikatakan mempunyai hubungan yang signifikan sekiranya nilai r kurang daripada 0.05.
4
2
0 Lelaki
Bil
Perempuan
Jantina
Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik, pekali Cronbach’s Alpha digunakan. Semakin tinggi nilai pekali iaitu menghampiri 1 maka semakin baik sesuatu instrumen. Jadual 3 menunjukkan nilai pekali Cronbach’s Alpha yang diperolehi di mana bagi soalan-soalan di bahagian B adalah 0.969 manakala nilai pekali bagi soalan-soalan
Daripada kajian juga di dapati seramai 5 orang pelajar mendapat keputusan CGPA kurang daripada 3.0 dan 17 orang mendapat CGPA lebih atau sama dengan 3.0. Carta 2 di bawah menunjukkan peratusan pelajar mengikut CGPA.
5 DSPACE@Politeknik Kuching Sarawak
[email protected]
PENYELIDIKAN JKA
di bahagian C adalah 0.949. Daripada keputusan ini di dapati instumen soal selidik berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi.
Walaubagaimanapun, faktor latarbelakang seperti jantina dan bangsa tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan keputusan peperiksaan pelajar-pelajar DKA3S2 samada dalam subjek Matematik, Mekanik Struktur dan Teknologi Konkrit (p≥0.05). Hanya nilai CGPA didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan keputusan peperiksaan pelajar-pelajar bagi subjek Mekanik Struktur dan Teknologi Konkrit (p<0.05)
Jadual 3 : Nilai pekali Cronbach’s Alpha Soalan Kaji Nilai pekali N of Bil Selidik Cronbach’s Alpha items 1 Bahagian B 0.969 10 (Asas matematik) 2 Bahagian C 0.949 10 (Kesamaan dengan lainlain subjek perkiraan)
CADANGAN Daripada kajian yang dijalankan, di dapati pencapaian akademik pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan adalah di dorong oleh faktor pencapaian dalam subjek matematik dan seterusnya ini akan mempengaruhi keputusan CGPA mereka. Ini seterusnya membuktikan generalisasi berlaku di kalangan pelajar DKA3S2 dimana pelajar memindahkan kemahiran yang mereka ada dalam menyelesaikan masalah matematik kepada subjek-subjek lain yang memerlukan pengiraan sebagai konsep pembelajaran.
Di dalam kajian ini juga ujian-T telah dibuat untuk mencari perkaitan antara pembolehubah - pembolehubah. Perkaitan antara keputusan peperiksaan mekanik struktur dan pencapaian CGPA pelajar menunjukkan p ≤0.05. Oleh itu memang terdapat hubungan yang signifikan antara keputusan peperiksaan Mekanik Struktur dengan nilai CGPA pelajar. Manakala bagi subjek Teknologi Konkrit nilai p≤0.05. Ini menunjukkan bahawa keputusan bagi subjek Teknologi Konkrit juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan nilai CGPA pelajar.
Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar supaya mereka dapat mengenalpasti kecenderungan seseorang pelajar itu belajar. Dengan memahami gaya pembelajaran, guru dapat mempelbagaikan gaya pengajaran mereka supaya dapat menyesuaikan dan memenuhi pelbagai kehendak gaya pembelajaran pelajar-pelajar. Oleh kerana terdapat hubungan antara gaya pengajaran dan gaya pembelajaran, secara tidak langsung guru dapat memahami dan mengdiagnosis kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka. Jika ketidaksepadanan wujud antara gaya pengajaran dan gaya pembelajaran, berkemungkinan besar pelajar menjadi bosan dan menjadi pasif serta tidak responsif dalam kelas. Jika fenomena negatif ini tidak segera diperbaiki dan berlarutan, golongan pelajar itu berkecenderungan mendapat keputusan yang tidak cemerlang dalam peperiksaan atau ujian
KESIMPULAN Berdasarkan kajian yang dijalankan didapati sememangnya wujud generalisasi di dikalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Semester Tiga. Secara keseluruhan, di dapati pencapaian akademik pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan adalah di dorong oleh faktor pencapaian dalam subjek matematik dan seterusnya ini akan mempengaruhi keputusan CGPA mereka. Ini dapat diterangkan berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan di mana nilai r ≤ 0.05 yang menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar di dalam subjek yeng melibatkan konsep pengiraan mempunyai hubungan yang signifikan dengan keputusan mereka dalam subjek matematik.
6 DSPACE@Politeknik Kuching Sarawak
[email protected]
PENYELIDIKAN JKA
dan akhirnya persekolahan.
mereka
tercicir
daripada
Keyakinan diri juga amat penting untuk memastikan pelajar dapat menguasai pelajaran dengan betul. Dengan wujudnya keyakinan diri, pelajar akan dapat menghindarkan cengkaman belenggu perasaan rendah diri. Keyakinan diri juga dapat membangkitkan semangat kental di kalangan pelajar untuk belajar bersungguhsungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang. (Omardin, 1999) RUJUKAN EE AH MENG. (2002). Psikologi Pendidikan III . Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Pp 9-10 (136 pp) MOHD MAJID KONTING. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka NORAINI IDRIS. (2002). Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Jurnal Penyelidikan Pendididkan OMARDIN ASHAARI. (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka RAHIL MAHYUDDIN, JAMI’AH MOHAMAD DAN KASNANI AB KARIM. (2000). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur : Longman pp 3-5 (154pp) SHAHABUDDIN HASHIM DAN ROHIZANI YAAKUB. (2003). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd pp 52-66 (193pp)
7 DSPACE@Politeknik Kuching Sarawak
[email protected]