8.0 Analisis
ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
data
merupakan
satu
kaedah
untuk
mengawal
dan
mempersembahkan data serta prosedur statistik (Bhasah, 2007). Dalam kajian tindakan ini, saya menganalisis semua data yang telah dikumpulkan seperti ujian, soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif telah dianalisis secara pola, kandungan atau dalam bentuk graf. Setelah menganalisis kesemua data, saya telah mengintepretasi setiap data dengan jelas untuk menjawab semua soalan kajian yang telah dikemukakan.
8.1
Ujian Bagi ujian pra dan ujian pasca, soalan telah disediakan dalam bentuk
subjektif. Terdapat empat jadual sifir darab yang perlu dilengkapkan oleh murid seperti sifir darab 2 hingga 5. Jumlah bilangan soalan daripada empat jadual sifir adalah empat puluh soalan. Berdasarkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul, satu formula digunakan untuk mengira markah peserta dan menentukan pencapaian secara jelas. π΅πππππππ π πππππ π¦πππ πππ‘π’π Γ 100% = 40 Oleh itu, bilangan jawapan soalan yang betul telah dikira dalam bentuk peratusan (%) dan gred. Perbandingan peratusan (%) dan gred bagi ujian pra dan ujian pasca turut dilakukan untuk membuat perbandingan antara perkembangan murid dalam penguasaan kemahiran sifir 2-5 melalui teknik ENIS. Hasil dapatan
46
bagi kedua-dua ujian tersebut telah dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Jadi, keseluruhan markah ujian pra dan pasca bagi empat orang peserta telah dalam bentuk jadual dan graf. Selepas saya menjalankan ujian pra dan pasca, saya telah merekod markah ujian peserta dalam borang permarkahan. Gred ditentukan berdasarkan markah yang diperoleh. Panduan penentuan gred dan interpretasi ditunjukkan di dalam Jadual 4. Jadual 4 Panduan Penentuan Gred dan Intepretasi Markah 80 - 100 65 - 79 45 - 64 25 - 44 0 - 24
Gred A B C D E
Intepretasi Cemerlang, berjaya menguasai Baik, boleh menguasai Memuaskan, kurang menguasai Lemah, masih belum menguasai Sangat lemah, tidak menguasai
Tujuan saya berpandukan kepada Jadual 4 adalah untuk melihat sama ada peserta berjaya atau tidak dalam menguasai sifir 2 hingga 5 pada sebelum dan selepas teknik ENIS diperkenalkan. Markah keputusan yang diperolehi oleh peserta dapat menonjolkan keupayaan murid menguasai sifir darab secara jelas. Jadual 5 dan Jadual 6 pula menunjukkan pencapaian empat orang peserta dalam ujian pra dan ujian pasca. Jadual 5 Pencapaian Empat Orang Peserta dalam Ujian Pra Nama Peserta Janet Zoey Alex Brian
Sifir 2
Sifir 3
Sifir 4
Sifir 5
2/10 0/10 1/10 2/10
0/10 0/10 0/10 0/10
0/10 0/10 0/10 0/10
2/10 0/10 0/10 1/10
Jumlah bilangan soalan Gred yang betul, (%) 4/40 (10.0%) E 0/40 (0%) E 1/40 (2.5%) E 3/40 (7.5%) E
47
Berpandukan kepada Jadual 5, setiap peserta didapati memang lemah dalam menguasai sifir 2 hingga 5 dengan hanya memperoleh markah peratusan di antara 0% hingga 11%. Terutamanya, Zoey gagal menjawab soalan dan mendapat 0% markah dalam ujian pra ini. Manakala, Alex hanya dapat menjawab satu soalan yang betul dan memperolehi 2.5% sahaja. Janet dan Brian masing-masing dapat menjawab empat dan tiga soalan daripada empat puluh soalan dan mendapat skor 10.5% dan 7.5%. Setiap peserta juga telah menunjukkan prestasi yang amat ketara lemah dalam menguasai sifir 3 dan 4. Keempat-empat orang peserta telah memperoleh gred E dalam ujian pra. Oleh itu, ia jelas menunjukkan bahawa murid masih tidak menguasai sifir darab 2 hingga 5. Jadual 6 Pencapaian Bagi Empat Orang Peserta dalam Ujian Pasca Nama Peserta Janet Zoey Alex Brian
Sifir 2
Sifir 3
Sifir 4
Sifir 5
10/10 10/10 10/10 10/10
10/10 10/10 10/10 10/10
9/10 10/10 10/10 10/10
10/10 10/10 10/10 10/10
Jumlah bilangan soalan Gred yang betul, (%) 39/40 (97.5%) A 40/40 (100%) A 40/40 (100%) A 40/40 (100%) A
Daripada Jadual 6, ia menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian yang sangat tinggi dalam ujian pasca ini. Terdapat tiga orang peserta iaitu Zoey, Alex dan Brian telah berjaya menjawab empat puluh soalan dan melengkapkan empat jadual sifir dengan betul. Mereka juga memperoleh markah 100% dalam ujian pasca. Manakala, Janet hanya menjawab satu soalan dengan salah untuk jadual sifir 4 dan telah memperoleh 97.5% dalam ujian ini. Kesilapan Janet disebabkan kecuaian dalam membilang jumlah bilangan kumpulan objek semasa dia menjawab soalan ujian. Namun begitu, Janet masih berjaya menjawab sifir 2, 3 dan 5 dengan betul. Keempat-empat orang murid juga memperoleh gred A dalam ujian pasca. Ini 48
bermakna peserta telah berjaya menguasai kemahiran sifir darab 2 hingga 5 dengan baik. Secara keseluruhan, ia jelas menunjukkan bahawa penggunaan teknik ENIS telah berjaya membantu mereka menguasai kemahiran sifir 2-5. Selain itu, saya juga telah membuat satu perbandingan markah peserta bagi ujian pra dan ujian pasca. Tujuannya adalah untuk menganalisis peningkatan yang wujud di antara ujian pra dan ujian pasca. Rajah 10 menunjukkan perbandingan markah peserta bagi ujian pra dan ujian pasca.
Markah Ujian (%)
120 100 80 60 40 20 0
Janet
Zoey
Alex
Brian
10
0
2.5
7.5
Ujian Pasca
97.5
100
100
100
Peningkatan
87.5
100
97.5
92.5
Ujian Pra
Rajah 10. Perbandingan markah peserta dalam ujian pra dan ujian pasca. Daripada Rajah 10, kita dapat melihat bahawa Zoey merupakan peserta kajian yang menunjukkan peningkatan yang amat tinggi. Dari keputusan ujian pranya, dia memperoleh 0% dan gagal menguasai sifir 2 β 5 sebelum teknik ENIS diperkenalkan. Setelah Zoey menguasai teknik ENIS, dia dapat berjaya melengkapkan semua sifir dan mendapat 100% dalam ujian pasca. Oleh itu, keputusan Zoey telah membuktikan bahawa dia telah menunjukkan kemajuan yang sangat baik dalam sepanjang proses pembelajaran sifir melalui teknik ENIS.
49
Di samping itu, Alex dan Brian juga menunjukkan peningkatan yang baik dalam ujian pasca ini seperti 97.5% dan 92.5%. Sebelum mempelajari sifir melalui teknik ENIS, Alex dan Brian gagal menguasai sifir 3 dan 4 serta memperoleh markah yang terendah dalam kelas. Setelah mereka belajar sifir secara berperingkat, mereka telah berjaya menguasai sifir tersebut. Kini, hasil peningkatan mereka telah menunjukkan bahawa mereka menguasai kemahiran sifir 2-5 dengan baik. Walaupun Janet telah menunjukkan peningkatan yang rendah berbanding dengan peserta lain iaitu 87.5%, dia tetap berjaya melengkapkan semua jadual sifir dengan baik. Hanya disebabkan sifat kecuaian menyebabkan Janet tidak dapat memperolehi 100% dalam ujian pasca. Kesimpulannya, prestasi pencapaian yang baik bagi keempat-empat orang murid telah menunjukkan bahawa teknik ENIS berjaya membantu mereka menguasai kemahiran sifir 2-5.
8.2
Dokumen (Lembaran Kerja) Setelah saya mengumpulkan dokumen yang dihasil oleh peserta, saya telah
membuat analisis yang jelas dalam bentuk jadual. Tujuan saya menganalisis hasil lembaran kerja adalah untuk membanding beza perkembangan murid menguasai kemahiran sifir darab 2-5. Hasil analisis dokumen dapat membantu saya menilai kesesuaian teknik ENIS dalam membantu murid menguasai kemahiran sifir darab dan kefahaman konsep pendaraban. Dalam proses menganalisis hasil lembaran kerja murid, saya telah mendapati beberapa jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh empat orang murid. Kemudiannya, saya mengkategorikan jenis-jenis kesilapan dalam kategori tertentu. Saya juga telah meringkaskan jenis-jenis kesilapan dalam bentuk jadual untuk
50
memudahkan saya lebih menumpukan perhatian terhadap masalah kesilapan yang sering dihadapi oleh murid. Jadual 7 Jenis-jenis Kesilapan Murid Jenis-jenis Kesilapan 1. Tidak membilang jumlah kumpulan objek dengan betul
Janet οΌ
Zoey οΌ
Alex -
Brian οΌ
Jumlah 3
2. Tidak faham konsep kumpulan
-
οΌ
-
-
1
3. Cuai ο· Tersilap pandang nombor pada soalan ο· Tersilap melihat nombor soalan ο· Tulis nombor terbalik
οΌ
-
οΌ
-
2
Berdasarkan kepada Jadual 7 telah menunjukkan bahawa terdapat tiga orang murid iaitu Janet, Zoey dan Brian sering melakukan kesilapan membilang jumlah kumpulan objek. Kesilapan ini telah menyebabkan murid tidak dapat memberi jawapan yang betul semasa membuat latihan. Manakala, jenis kesilapan 2 sering dilakukan oleh Janet dan Alex iaitu cuai dalam tersilap pandang nombor soalan atau menulis nombor secara terbalik. Kesilapan yang jarang berlaku dalam hasil kerja rumah murid iaitu terlebih melukis konsep kumpulan. Kesilapan ini telah didapati daripada hasil kuiz Zoey. Saya juga telah mengenal pasti sebab Zoey terlebih melukis bentuk kumpulan semasa menjawab soalan kerana dia ingin menjawab soalan dengan cepat tanpa membuat semakan semula. Contoh-contoh jenis kesilapan ditunjukkan dalam bentuk Rajah 11.
51
ο· Zoey dapat melukis perwakilan rajah tetapi dia terlebih melukis konsep kumpulan dan tidak dapat memberi jawapan yang betul.
Rajah 11. Contoh jenis kesilapan murid (1). Berdasarkan Rajah 11, ia jelas menunjukkan bahawa Zoey dapat melukis perwakilan rajah dengan kemas dan cantik tetapi dia terlebih melukis konsep kumpulan dan menyebabkan dia tidak dapat memberi jawapan yang betul. Manakala Gambar (a) dan (b) telah menunjukkan kesilapan yang telah dilakukan oleh Janet seperti yang ditunjukkan di Rajah 12. Gambar (a)
ukkan di Rajah 12.
Gambar (b)
ο· Janet berupaya menulis ayat matematik bagi kumpulan darab dengan ahli bilangan dalam setiap kumpulan tetapi dia tidak dapat memberi jawapan yang betul. ο· Janet tidak membilang jumlah kumpulan objek dengan betul.
Rajah 12. Contoh kesilapan murid (2). Berpandukan Rajah 12, gambar (a) dan (b) telah menunjukkan Janet tidak membilang jumlah kumpulan objek dengan betul. Daripada hasil kerja Janet, dia 52
berupaya menulis ayat matematik dengan bentuk tetapi disebabkan tidak membilang jumlah bilangan kumpulan objek yang betul dan menyebabkan dia gagal menjawab soalan dengan betul. Akan tetapi, setelah memberi bimbingan kepada murid pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, murid memberi perhatian dan bersikap cermat melakukan pengiraan. Hasil peningkatan menjawab soalan lembaran kerja juga dapat ditunjukkan dalam Jadual 8. Jadual 8 Hasil Peningkatan Menjawab Soalan Lembaran Kerja bagi Empat Orang Peserta
Nama Peserta Janet Zoey Alex Brian
Jumlah Bilangan Soalan Yang Dijawab Dengan Betul Lembaran Kerja Lembaran Kerja Lembaran Kerja 1 2 3 6/10 8/10 10/10 3/10 7/10 10/10 8/10 10/10 10/10 5/10 8/10 9/10
Daripada Jadual 8, saya mendapati setiap orang peserta menunjukkan peningkatan dalam penguasaan konsep mendarab dan kemahiran sifir 2-5. Melalui teknik ENIS yang diperkenalkan, setiap peserta telah memberi usaha untuk menggunakan teknik melukis untuk melakarkan perwakilan rajah berpandukan soalan yang diberi. Merujuk kepada lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2, murid dikehendaki melatih diri menggunakan teknik melukis untuk melukis konsep kumpulan objek bagi menguasai kemahiran sifir. Hasil telah menunjukkan bahawa Alex mampu menggunakan teknik melukis untuk menjawab semua soalan yang betul pada lembaran kerja 2. Hal ini disebabkan lukisan konsep pendaraban yang dihasilkan oleh Alex telah membantunya mendapat jumlah hasil jawapan yang betul. Oleh itu, teknik ENIS dapat membantu murid menguasai konsep mendarab dengan baik melalui teknik melukis. Bagi peserta yang lain, mereka juga menunjukkan 53
peningkatan tetapi sering melakukan kesilapan semasa menjawab soalan disebabkan cuai dan sifat keinginan menjawab soalan cepat. Manakala bagi lembaran kerja 3, ia adalah latihan yang mengukuhkan kemahiran murid menulis ayat matematik dengan tepat. Dalam lembaran kerja 3 ini, Janet, Zoey dan Alex telah berjaya menulis ayat matematik dengan betul. Namun, Brian hanya menjawab satu soalan yang salah kerana cuai dalam membilang jumlah kumpulan objek melalui perwakilan rajah yang diberi. Oleh itu, Brian hanya menjawab sembilan soalan daripada sepuluh soalan dengan betul. Secara jelasnya, saya dapat merumuskan bahawa keempat-empat orang peserta berjaya menguasai kefahaman konsep sifir atas sebab peningkatan yang jelas daripada lembaran satu ke lembaran kerja ketiga. Kesimpulannya, hasil tersebut menunjukkan bahawa keempat-empat orang murid mampu menguasai kefahaman konsep pendaraban dengan baik.
8.3
Borang Pemerhatian Bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya laksanakan,
saya telah menganalisis semua gerak balas peserta terhadap penguasaan kemahiran dan konsep sifir melalui teknik ENIS melalui borang pemerhatian. Data-data yang diperoleh dalam borang pemerhatian telah dianalisis secara jelas berdasarkan tingkah laku dan perkembangan peserta serta refleksi diri terhadap kesesuaian teknik ENIS ini digunakan dalam kajian ini. Rajah 13 menunjukkan contoh cara menganalisis borang pemerhatian.
54
Rajah 13. Contoh cara menganalisis borang pemerhatian. Berpandukan kepada Rajah 13, cara saya menganalisis kandungan borang pemerhatian iaitu membaca teliti kandungan pemerhatian, fokus kepada aspek yang hendak diketahui, analisis kandungan dengan menghitamkan dan membulatkan isi-isi penting atau maklumat yang berhubung dengan soalan kajian tindakan ini. Setelah saya menganalisis kesemua kandungan borang pemerhatian, saya merujuk semula maklumat yang ditandakan dan tentukan maklumat tersebut dalam kategori yang sesuai.Setiap aspek telah diberi satu tema dan kod namanya. Bagi peringkat yang 1, saya telah mengkategorikan kandungan pemerhatian kepada beberapa tema. Kemudiannya, tema dianalisis secara ringkas dalam bentuk huraian untuk memudahkan saya menginterpretasikan setiap aspek dengan berkesan. Jadual 9 menunjukkan pembinaan kategori tema-tema untuk peringkat enaktif.
55
Jadual 9 Pembinaan Kategori Tema-tema untuk Peringkat Enaktif Tema (Kod) Mentor (M)
Huraian ο· Meminta bantuan kawan mengajar. ο· Berbincang dengan kawan. ο· Menerangkan konsep pendaraban kepada rakan.
Minat (MT)
ο· Meminta latihan tambahan daripada guru. ο· Terlibat secara aktif dalam aktiviti hands-on dan minds-on. ο· Suka belajar dengan menggunakan bahan konkrit iaitu Joyboard. ο· Berusaha membilang butang yang disusun di atas Joyboard.
Seronok (SK)
ο· Meluahkan perasaan gembira dan seronok apabila dapat menyusun konsep. pendaraban dan mendapat jawapan betul. ο· Menyatakan bahawa teknik ENIS adalah sangat mudah untuk belajar sifir. ο· Boleh belajar sambil bermain.
Kecerdasan Pelbagai (KP)
ο· Visual spatial :Jawapan boleh dilihat secara jelas di Joyboard. ο· Kinestetik: boleh menguasai cara menyusun konsep pendaraban di Joyboard. ο· Matematik-logikal : Mencari jawapan dengan menggunakan Joyboard lebih senang berbanding menghafal sifir.
Menguasai Konsep (MP)
ο· Penjelasan tentang strategi menyusun konsep di Joyboard adalah tepat. ο· Murid dapat menyusun konsep pendaraban dengan mengikut kumpulan dan bilangan ahli dalam setiap kumpulan. ο· Murid menggunakan dua jenis warna butang untuk membezakan konsep kumpulan dan bilangan ahli dalam setiap kumpulan.
Menguasai Kemahiran (MK)
ο· Murid dapat memberi jawapan dengan pantas dan betul. ο· Murid dapat menunjukkan cara pengiraan jumlah bilangan butang yang betul. ο· Murid dapat menjawab semua soalan dengan betul dalam lembaran kerja.
56
Pemikiran Konstruktivis (PK)
ο· Semasa menyusun konsep di Joyboard, murid mendapati sifir darab adalah asas bentuk daripada penambahan secara berulangan. ο· Sifir darab boleh disusun dalam pelbagai bentuk untuk mendapat jawapan yang sama.
Daripada Jadual 9 telah menghuraikan tema-tema secara ringkas tentang perkembangan dan tingkah laku murid belajar sifir darab dalam sepanjang masa peringkat Enaktif ini dijalankan. Melalui peringkat enaktif, murid telah menguasai cara menyusun butang di Joyboard dengan berpandukan kepada konsep pendaraban. Ada dua orang murid telah memainkan peranan sebagai mentor untuk menerangkan setiap langkah penyusunan konsep dengan jelas kepada rakannya. Hasil permerhatian ini telah menunjukkan bahawa teknik ENIS membantu murid menguasai konsep pendaraban dan mempunyai kemampuan untuk menerangkan konsep pendaraban kepada rakannya. Daripada permerhatian saya, penggunaan teknik ENIS juga mewujudkan suatu semangat koperatif dan kolaborasi dalam kalangan murid. Murid suka berkongsi ilmu dengan rakan dan sentiasa bersedia untuk membantu rakannya apabila mereka tidak tahu menyelesaikan soalan sifir. Sehubungan dengan ini, murid berkebolehan berfikir secara konstruktivis untuk menyusun jawapan di Joyboard serta menjawab soalan sifir dengan cepat dan tepat. Keseluruhan suasana pembelajaran menjadi aktif, seronok dan berjaya menimbulkan minat murid serta membantu murid boleh belajar sambil bermain untuk menerokai konsep pendaraban dengan menggunakan teknik ENIS. Bagi peringkat 2 pula, saya juga mengkategorikan segala tindakan yang dilakukan oleh empat peserta semasa belajar sifir darab melalui teknik melukis
57
konsep pendaraban. Jadual 10 menunjukkan pengkategorian tema-tema untuk peringkat Ikonik. Jadual 10 Pembinaan Kategori Tema-tema untuk Peringkat Ikonik Tema (Kod) Aktif (A)
Huraian ο· Memberi gerak balas yang pantas dan tepat. ο· Asyik mengangkat tangan untuk memberi jawapan.
Minat (MT)
ο· Meminta guru memberi contoh soalan. ο· Tidak berputus asa dalam melukis konsep pendaraban walaupun melakukan sedikit kesilapan. ο· Memberi perhatian yang sepenuhnya apabila guru sedang memberi penjelasan.
Seronok (SK)
ο· Menunjukkan perasaan gembira apabila dapat melukis konsep pendaraban dengan betul. ο· Cara melukis konsep lagi cepat mendapat jawapan berbanding dengan menyusun butang di Joyboard. ο· Mendapat jawapan dengan pantas dan mengira dengan tepat.
Koperatif (K)
ο· Menyemak jawapan bersama-sama dengan rakan. ο· Berbincang jawapan dengan rakan tanpa meniru. ο· Menunjukkan cara melukis konsep yang betul kepada rakan.
Pemikiran Reflektif (PR)
ο· Membuat pembetulan terhadap soalan yang dibincang. ο· Mereflek jawapan sendiri dari segi kesilapan membilang jumlah kumpulan objek.
Berpandukan kepada Jadual 10 telah menunjukkan perkembangan dan tingkah laku murid yang positif semasa belajar cara melukis konsep pendaraban. Aspek-aspek yang telah diperhatikan dalam peringkat ikonik ini merangkumi aktif, minat, seronok, koperatif dan pemikiran reflektif murid. Kesemua aspek ini dapat membantu menilai kesesuian teknik ENIS ini digunakan untuk menguasai konsep mendarab dan kemahiran sifir darab 2-5.
58
Secara keseluruhan, murid menunjukkan minat terhadap penggunaan cara melukis konsep pendaraban serta meminta guru memberi latihan tambahan untuk mengukuhkan kefahaman konsep pendaraban. Namun begitu, ada seorang murid sering cuai melakukan kesilapan semasa melukis konsep pendaraban. Antara sebabsebabnya ialah membilang jumlah bentuk bulat yang salah dan tersilap melihat nombor soalan atau nombor yang diberi pada soalan. Impaknya ialah sifat cuai murid telah menyebabkan dia gagal memberi jawapan yang betul. Manakala pada peringkat simbolik, murid telah mempelajari cara menulis ayat matematik berpandukan kepada gambar rajah yang diberikan ataupun susunan konsep pendaraban di Joyboard. Segala perlakuan tindakan telah dikategorikan kepada dua tema iaitu menguasai kemahira, konsep dan suka. Jadual 11 menunjukkan pencategorian tema-tema untuk peringkat simbolik. Jadual 11 Pembinaan Kategori Tema-tema untuk Peringkat Simbolik Tema (Kod) Huraian Menguasai ο· Boleh menulis ayat matematik dengan tepat. Kemahiran ο· Dapat memberi jawapan yang tepat. dan Konsep ο· Mendapat jawapan yang betul dengan memilih cara penyusunan (MK/MP) atau melukis konsep pendaraban. ο· Dapat menerangkan konsep pendaraban secara spontan. ο· Tidak berasa takut kerana tidak perlu bergantung kepada kaedah penghafalan sifir atau nyanyian untuk menjawab soalan pendaraban. Suka (S)
ο· Suka menjawab soalan sifir dengan bantuan penggunaan Joyboard. ο· Tidak pernah belajar sifir dengan menggunakan bahan konkrit. ο· Menimbulkan perasaan ingin tahu yang kuat untuk menerokai konsep pendaraban di Joyboard. ο· Jimatkan masa: menggunakan teknik melukis semasa menjawab soalan kuiz. ο· Tidak perlu menghafal sifir. 59
ο· Mudah faham konsep pendaraban.
Daripada Jadual 11, perkembangan murid menguasai konsep mendarab dan kemahiran sifir semakin meningkat. Melalui pemerhatian saya, murid menjadi lebih yakin semasa menulis ayat matematik dengan betul. Mereka juga menunjukkan reaksi bangga diri apabila berjaya menjawab soalan dengan betul. Murid diberi peluang menggunakan kemahiran menyusun konsep pada Joyboard atau teknik melukis konsep pendaraban untuk menjawab soalan. Selain itu, murid yang berjaya menguasai konsep mendarab, mereka mampu menerangkan konsep kepada guru dan rakan secara spontan. Bagi murid yang telah menguasai kemahiran sifir, mereka boleh menyiapkan latihan dengan usaha sendiri tanpa dibantu dengan bahan konkrit dan teknik melukis. Daripada pemerhatian saya, murid didapati lebih meminati teknik ENIS kerana mereka tidak pernah diajar dengan menggunakan teknik ini. Berbanding dengan dahulu, murid hanya diajar dengan menghafal sifir dan menyanyikan sifir, kaedah ini kurang menegaskan kepada kepentingan pemahaman konsep dan kemahiran. Dengan adanya penguasaan teknik ENIS, murid tidak berasa bimbang dan takut kerana mereka tidak perlu bergantung kepada hafalam sifir semata-mata untuk menjawab soalan. Selain itu, teknik ENIS yang menggunakan bahan konkrit dapat menimbulkan perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri seseorang murid. Oleh kerana, mereka boleh menerokai konsep dan membina kefahaman sendiri dengan menyusun butang pada Joyboard. Hasil susunan yang dihasilkan oleh murid dapat memudahkan mereka melihat dan memahami konsep pendaraban dengan baik. Manakala berbanding dengan kaedah hafalan, ia
lebih menumpukan kepada mengingati
nombor yang tidak memberi makna kepada murid. 60
Melalui kaedah analisis permerhatian, ia membantu saya menganalisis dan mengintepretasi perkembangan dan tingkah laku murid dengan baik semasa menjalankan kajian tindakan ini. Segala perlakuan yang ditunjukkan oleh murid dapat membantu saya menjawab soalan kajian dengan baik. Bagi menjawab soalan kajian ini, saya telah merumuskan analisis pengkategorian tema-tema untuk setiap peringkat dalam satu bentuk jadual. Tujuannya adalah membantu pembaca memahami tema-tema yang dihuraikan adalah berkaitan dengan soalan kajian tindakan ini serta mendapat pemahaman yang dalam tentang kesesuaian penggunaan teknik ENIS ini. Jadual 12 Rumusan analisis pembinaan kategori tema-tema untuk menjawab setiap soalan kajian. Jadual 12 Rumusan Analisis Pembinaan Kategori Tema-Tema untuk Menjawab Setiap Soalan Kajian Soalan Kajian Tema/ Kod 1. Adakah teknik ENIS dapat membantu ο· Menguasai Kemahiran (MK), murid Tahun 3 menguasai kemahiran Yakin (Y), Pemikiran sifir darab 2-5? Konstruktivis (PK)
2. Adakah teknik ENIS dapat membantu murid Tahun 3 menguasai kefahaman konsep pendaraban?
ο· Mentor (M), Menguasai Konsep (MP), Aktif (A), Yakin (Y)
3. Apakah persepsi murid Tahun terhadap penggunaan teknik ENIS?
ο· Minat (MT), Seronok (SK), Aktif (A), Koperatif (K), Suka (S), Kecerdasan Pelbagai (KP)
8.4
3
Soal Selidik Soal selidik telah dijalankan pada peringkat 4. Tujuan soal selidik dianalisis
adalah untuk menentukan persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS dan 61
kebolehan murid menguasai kemahiran sifir darab 2-5. Hasil data soal selidik telah dianalisis dari segi minat, perasaan dan pemahaman peserta terhadap penggunaan teknik ENIS. Seterusnya, pilihan jawapan peserta juga dianalisis sama ada memilih βYaβ atau βTidakβ untuk menunjukkan pendapat mereka dalam bentuk peratusan (%) seperti yang ditunjukkan di Jadual 13. Jadual 13 Hasil Dapatan Analisis Soal Selidik Bil
Item-item
Peratusan, (%) Kekerapan (Ya) 100% (4) 100% (4)
Peratusan, (%) Kekerapan (Tidak) 0% 0% -
1.
Saya faham cara cikgu mengajar.
2.
Saya gembira kerana dapat menjawab soalan operasi darab.
3.
Saya suka menggunakan papan Joyboard untuk mencari jawapan.
100% (4)
0% -
4.
Saya suka melukis gambar bagi mewakili konsep pendaraban.
100% (4)
0% -
5.
Saya boleh menulis ayat Matematik.
100% (4)
0% -
6.
Saya dapat melengkapkan jadual sifir darab dengan betul.
100% (4)
0% -
7.
Cara menyusun butang mengikut kumpulan objek di papan Joyboard telah memudahkan saya faham sifir darab 2 hingga 5 dengan baik.
100% (4)
0% -
8.
Saya yakin apabila menjawab soalan operasi darab dengan betul melalui teknik ENIS.
100% (4)
0% -
9.
Saya seronok dapat belajar sifir melalui teknik ENIS selain daripada kaedah hafalan dan nyanyian.
100% (4)
0% -
100% (4)
0% -
10. Teknik ENIS ini mudah saya faham sifir darab 2 hinga 5 dengan jelas.
62
Berdasarkan kepada Jadual 13, ia telah membuktikan bahawa empat orang peserta yang terlibat dalam kajian tindakan ini mempunyai persepsi yang positif dan baik terhadap teknik ENIS. Setiap item juga memperoleh 100% dan menonjolkan respon daripada empat orang peserta adalah bersetuju dengan setiap item soal selidk yang menggambarkan pendapat mereka secara jelas semasa dalam pelaksanaan tindakan ini. Dalam menganalisis kandungan data soal selidik yang dikumpul, saya meneliti setiap item dengan membuat garisan tentang aspek yang penting untuk menjawab soalan kajian tindakan ini iaitu penggunan teknik ENIS membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5 dan menentukan persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS dalam proses pembelajaran sifir. Oleh itu, kedua-dua aspek ini telah yang saya analisis sebagai dua tema untuk mengkategorikan item-item soal selidik dalam satu kumpulan supaya dapat melihat secara jelas tentang pendapat peserta yang berkaitan dengan soalan kajian tersebut. Jadual 14 Pengkategorian Item Soal Selidik Mengikut Soal Kajian Soalan Kajian/Tema Soalan Kajian 1: Teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir darab 2-5 Tema: Menguasai kemahiran sifir
Item-item 1. Saya faham cara cikgu mengajar. 2. Saya gembira kerana dapat menjawab soalan operasi darab. 3. Saya boleh menulis ayat Matematik. 4. Saya dapat melengkapkan jadual sifir darab dengan betul.
Soalan Kajian 3: Persepsi murid terhadap teknik ENIS Tema : Berminat, perasaan suka
1. Saya suka menggunakan papan Joyboard untuk mencari jawapan. 2. Saya suka melukis gambar bagi mewakili konsep pendaraban.
63
3. Cara menyusun butang mengikut kumpulan objek di papan Joyboard telah memudahkan saya faham sifir darab 2 hingga 5 dengan baik. 4. Saya yakin apabila menjawab soalan operasi darab dengan betul melalui teknik ENIS.
5. Saya seronok dapat belajar sifir melalui teknik ENIS selain daripada kaedah hafalan dan nyanyian. 6. Teknik ENIS ini mudah saya faham sifir darab 2 hingga 5 dengan jelas.
Berpandukan kepada Jadual 14 menunjukkan item-item soal selidik dikategorikan adalah bersesuaian mengikut tema-tema yang berkaitan dengan soalan kajian. Tema yang pertama berkaitan dengan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai sifir 2-5 telah mendapat maklum balas yang aktif daripada empat orang murid. Mereka menyatakan pendapat bahawa mereka faham cara guru mengajar dengan menggunakan teknik ENIS dan membantu mereka dapat menjawab soalan sifir dengan betul. Secara beransur maju, murid dapat menulis ayat matematik dan melengkapkan jadual sifir 2-5 dengan berjaya pada peringkat terakhir. Apabila murid boleh menguasai kemahiran sifir 2-5, mereka menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan pendaraban. Justeru, murid melahirkan perasaan minat belajar sifir dengan menggunakan teknik ENIS. Tema yang kedua berkaitan dengan persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS. Murid telah memberi respon yang positif dan menyatakan bahawa mereka suka belajar sifir darab melalui penggunaan Joyboard untuk menyusun konsep kumpulan dan bilangan ahli serta melukis gambar untuk mewakili konsep pendaraban. Setelah peserta menguasai teknik ENIS, ia memudahkan mereka menjawab soalan sifir darab dengan cepat dan tepat. Sehubungan dengan itu, teknik 64
ini berjaya meningkatkan keyakinan peserta semasa membuat lembaran kerja atau menjawab soalan ujian. Kesimpulannya, hasil analisis soal selidik menunjukkan keempat-empat orang murid mempunyai persepsi yang positif dan baik terhadap penggunaan teknik ENIS.
8.5
Temu Bual Data yang diperolehi melalui temu bual telah ditukarkan dalam bentuk
transkrip. Tujuan saya menganalisis gerak balas dan maklum balas peserta melalui transkrip adalah untuk memudahkan saya mengkategorikan isi-isi penting dan menilai sama ada peserta memberikan gerak balas yang positif atau negatif terhadap penggunaan teknik ENIS serta kesesuaian teknik ENIS membantu murid menguasai kefahaman konsep pendaraban. Kemudiannya, saya membaca seluruh transkrip untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang isi penting yang hendak disampaikan oleh peserta melalui temu bual. Salah satu cara analisis saya ialah membaca berulang kali dengan menggariskan dan menghitamkan kata kunci yang terdapat dalam transkrip tersebut. Apabila saya membaca sekali lagi, saya lebih menumpukan perhatian kepada aspek-aspek yang hendak dibincang dengan mengkategorikan maklumat dalam kategori yang tertentu. Di samping itu, saya membentuk tema yang bersesuaian dengan aspek yang digariskan. Sekiranya terdapat beberapa tema yang mempunyai maksud yang sama, saya menggabungkan tema-tema tersebut dalam satu kategori utama selepas saya semak semula tema-tema yang telah dibuat. Tema-tema yang dikategorikan telah diberi satu kod nombor khas untuk memudahkan saya mengintepretasi maklumat dengan jelas. Contoh pembinaan kategori dalam transkripsi temu bual ditunjukkan 65
dalam Lampiran L. Pembinaan kategori dalam setiap transkripsi dapat membantu menghuraikan isi-isi penting dengan jelas. Terdapat sebanyak sembilan transkripsi telah dikategorikan dengan kod nombor khas untuk sebagai satu penentuan bagi setiap tema yang berbeza. Jadual 15 menunjukkan contoh penentuan kod nombor khas untuk tema-tema yang digariskan. Jadual 15 Contoh Penentuan Kod Nombor Khas bagi Tema-tema Temu Bual Kod Nombor Khas 1
Tema
Huraian
ο·
Kefahaman
ο· 2
Menguasai mendarab
konsep
ο· ο· ο·
Memberi penerangan yang jelas tentang konsep pendaraban Berbincang dengan kawan Menunjukkan cara penyusunan konsep pendaraban di Joyboard Menunjukkan cara melukis konsep pendaraban Menunjukkan cara melengkapkan jadual sifir
3
Minat
ο· ο· ο·
Menunjukkan keseronokan belajar Menyatakan perasaan suka Menunjukkan persepsi positif
4
Aktif
ο·
Memberi respon yang positif
Daripada Jadual 15 telah menunjukkan cara menganalisis setiap transkripsi untuk peringkat bagi memahami pendapat dan perasaan murid terhadap penggunaan teknik ENIS serta tahap murid dalam penguasaan kemahiran dan konsep pendaraban. Dalam kajian ini, terdapat sembilan transkrip dianalisis dengan mengikut temanya sendiri. Jadual 16 adalah ringkasan penentuan tema bagi sembilan transkripsi temu bual. 66
Jadual 16 Ringkasan Penentuan Tema bagi Sembilan Transkripsi Temu Bual Tema
Jumlah bilangan kod nombor dikenal pasti dalam transkripsi temu bual
Menguasai konsep mendarab
8
Minat
6
Perasaan suka
8
Persepsi Positif
8
Kefahaman
8
Gembira
7
Seronok
7
Daripada Jadual 16 telah menunjukkan kekerapan tema yang didapati dalam kesembilan-sembilan transkripsi yang dihasilkan. Kekerapan tema yang paling banyak didapati ialah kefahaman, perasaan suka, persepsi positif dan kebolehan menguasai konsep mendarab. Melalui temu bual dengan murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, murid menyatakan perasaan dan pendapat mereka terhadap teknik ENIS. Empat orang murid juga bersetuju bahawa mereka amat menyukai teknik ENIS kerana membantu mereka menguasai konsep mendarab dan kemahiran sifir dengan baik. Mereka juga membuat perbandingan antara teknik ENIS dengan kaedah penghafalan dan kaedah nyanyi sifir. Semua murid telah menyokong bahawa teknik ENIS lebih memudahkan mereka memahami dan menguasai sifir berbanding mengingati sifir yang melibatkan nombor besar. Oleh itu, murid lebih suka mengaplikasikan teknik ENIS ini semasa menjawab soalan sifir. Secara keseluruhannya, kaedah menganalisis semua data yang dikumpul telah membuka minda saya terhadap kesesuaian penggunaan teknik ENIS ini sesuai digunakan untuk mengajar murid menguasai kemahiran dan konsep pendaraban. 67
Daripada kesemua hasil analisis ini, teknik ENIS dapat membantu empat orang murid menguasai konsep mendarab dan kemahiran sifir 2-5 dengan baik serta mendapat persepsi yang positif terhadap penggunaan teknik ENIS dalam proses pembelajaran tajuk pendaraban. Dari segi peningkatan pencapaian murid yang baik dalam ujian pasca, ia jelas menunjukkan bahawa teknik ENIS membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5 dengan baik. Berbanding dengan dahulu, keempat-empat murid gagal melengkapkan jadual sifir 2-5. Kini, murid mampu melengkapkan jadual sifir 2-5 dengan betul dan baik melalui penggunaan teknik ENIS. Dari segi keupayaan murid menguasai konsep mendarab telah dinilai melalui analisis dokumen dan permerhatian. Hasil analisis dokumen juga menunjukkan perkembangan murid yang maju dalam menjawab soalan serta berkolaborasi dengan rakan sebaya untuk menyemak jawapan soalan. Murid mampu menggunakan teknik melukis untuk melukiskan konsep pendaraban semasa menjawab soalan sifir. Hasil lukisan juga membantu murid menjawab soalan dengan betul. Melalui pemerhatian, murid dapat menunjukkan strategi menyusun konsep pendaraban di Joyboard dan menerangkan konsep pendaraban secara spontan kepada guru dan rakan. Ia juga membuktikan bahawa teknik ENIS dapat membantu murid membina kefahaman konsep yang betul dan kukuh dalam pemikiran mereka. Melalui hasil analisis soal selidik, 100% peserta menyatakan bahawa mereka berminat menggunakan teknik ENIS untuk belajar sifir. Manakala analisis temu bual telah menunjukkan bahawa semua peserta menunjukkan perasaan suka yang tinggi terhadap teknik ENIS melalui peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Kesimpulannya, persepsi murid terhadap penggunaan teknik ENIS adalah positif kerana mereka berjaya menggunakan Joyboard untuk mencari jawapan, melukis gambar bagi 68
mewakili konsep pendaraban serta mampu menulis ayat matematik yang betul dan melengkapkan jadual sifir 2-5. Ia juga melahirkan perasaan suka, gembira, minat, seronok, yakin dan aktif dalam kalangan murid semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran sifir. Justeru, penggunaan teknik ENIS membolehkan murid berinteraksi aktif dan membentuk pemikiran murid yang kreatif serta memperkembang lagi kecerdasan pelbagai murid untuk menguasai konsep mendarab dan kemahiran sifir.
69
70