1 TERHAD
STPM/S930
930/4
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4) PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2017
Buku panduan ini mengandungi 16 halaman bercetak ©Majlis Peperiksaan Malaysia 2017
2 KANDUNGAN Halaman 1
PENGENALAN
3
2
OBJEKTIF
3
3
2.1
Kemahiran kognitif
2.2
Kemahiran manipulatif
2.3
Kemahiran insaniah (soft skills)
PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH 3.1
Arahan Kerja Kursus Syariah
3.2
Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam
3.3
Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran
3.4
Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)
3.5
Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)
3.6
Tanggungjawab Calon
37
89
4
JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
5
FORMAT PENULISAN
9
6
STRUKTUR PENULISAN
10
7
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS SYARIAH
10 12
8
LAMPIRAN
13 16
3 1
PENGENALAN Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja Kursus Syariah (KKS)sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi Kerja Kursus adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran Kerja Kursus diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.
2
OBJEKTIF Kerja Kursus Syariah (KKS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam; 2.1
Kemahiran kognitif iaitu: (a) mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak; (b) mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit; (c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum; (d) membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah; (e) menganalisis isu yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh; (f)
2.2
mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan semasa dalam bidang Syariah.
Kemahiran manipulatif iaitu: (a) mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada daripada sumber primer atau sumber sekunder; (b) menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan bagi menyiapkan hasil kajian; (c) memproses dan menganalisis data.
2.3
Kemahiran insaniah iaitu: (a) mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan; (b) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan; (c) berupaya menyelesaikan masalah; (d) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif; (e) berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik; (f)
berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel;
(g) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi. 3
PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH 3.1
Arahan Kerja Kursus Syariah (a) wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua. (b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang dikenalpasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.
4 (c) Tema tersebut adalah seperti berikut: (i) Jual beli (ii) Khiyar (iii) Riba (iv) Ijarah (v) al-Rahn (vi) Syarikat (vii) Wakalah (viii) Wadi’ah (ix) Hibah (x) Wasiat (xi) Praperkahwinan (xii) Perkahwinan (xiii) Talak (xiv) ’Iddah dan Rujuk (xv) Konsep Mirath (xvi) Liabiliti Harta Pusaka (xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka (xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka (xix) Konsep jenayah (xx) Qisas (xxi) Diyat (xxii) Kaffarah (xxiii) Hudud (xxiv) Ta’zir 3.2
Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (a) Memastikan calon yang mengambil KKS telah dibimbing dan diselia oleh guru mata pelajaran (b) Mengesahkan penulisan KKS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan markah oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) (c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KKS (e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KKS kepada Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan (f)
Mengesahkan markah penulisan KKS yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission
(g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens penulisan KKS di sekolah (h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KKSdalam tempoh enam bulan dari tarikhkeputusan STPM diumumkan (i)
Memastikan evidens penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan
5 3.3
Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran (a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKS (b) Memuat turun Manual KKS dari portal MPM (c) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Syariah Kertas 4 (930/4) dan menghantarnya kepada MPM (up: Tuan Haji Kamarudin bin Kusni) (d) Memastikan calon menghasilkan penulisan KKS secara individu (e) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (f)
Memantau kemajuan kerja penulisan KKS calon mengikut masa yang ditetapkan
(g) Membimbing calon dari aspek yang berikut: (i) memilih tema, (ii) mengenal pasti isu, (iii) menetapkan tajuk dan skop KKS, (iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan. (h) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/ maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS (i)
Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKS
(j)
Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KKS
(k) Memastikan calon menghantar KKS pada masa yang ditetapkan (l)
Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KKS ke MPM dua minggu sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan
(m) Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (n) Menilai penulisan akhir KKS setiap calon, mengisi, dan memperakui BMKKC (Lampiran 4). Borang tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan (o) Memastikan markah kerja kursus calon hanya ditulis di dalam BMKKC dan tidak menulisnya di dalam evidens kerja kursus calon (p) Mengisi dan menghantar markah KKS calon melalui e-submission ke MPM mengikut tarikh yang ditetapkan (q) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu (r) Menghantar salinan BMKKC yang telah disahkan oleh pengetua ke MPM (u.p : Tuan Haji Kamarudin bin Kusni, Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM, Bgn. MPM, Persiaran 1, Bdr. Baru Selayang, 68100 Bt. Caves Selangor). Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKS dan dianggap tidak mengambil kertas 930/4 3.4
Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM (b) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti perkara4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
6 (c) Menyemak dan menilai penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon (d) Menghantar markah penulisan KKS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan. (e) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (f)
Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KKS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan
(g) Memastikan evidens penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan 3.5
Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM (b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KKS dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan (c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (d) Menyemak penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon (e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4) (f)
Menghantar markah penulisan KKS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(g) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah (h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KKS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan (i)
3.6
Memastikan evidens penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan
Tanggungjawab Calon (a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKS (b) Melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (c) Menghasilkan penulisan KKS secara individu (d) Melaksanakan tugas berikut: (i) memilih tema, (ii) mengenal pasti isu, (iii) menetapkan tajuk dan skop KKS, (iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan. (e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS (f)
Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentanganKKS
(g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
7 (h) Menghantar hasil KKS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (i)
Membentangkan hasil KKS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah
8
4
JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN Tarikh 13Jan 2017
01 Feb hingga 13 Mei 2017
Perkara
Tindakan Guru
Tindakan Calon
Muat naik Manual Kerja Kursus
Melayari portal MPM
Melayari portal MPM
Pengajaran dan Pembelajaran, Pelaksanaan, Penghantaran, Pemeriksaan, dan Pembentangan KKS
Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon Memaklumkan tarikh akhir penyerahan KKS mengikut arahan MPM Membimbing calon mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop KKS Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang dinilai Membimbing calon melaksanakan tugasan Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skill) Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan KKS Membimbing calon memproses dan menganalisis data Membimbing calon untuk menulis mengikut format yang ditetapkan Memantau kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan dengan merekodkan dan menandatangani Borang BRKKC (Lampiran 3) Membimbing calon membuat penambahbaikan Menerima KKS daripada calon Menilai pembentangan KKS mengikut skema yang ditetapkan oleh MPM
Menerima tugasan KKS dan pemakluman tarikh akhir penyerahan KKS Memahami skop KKS Membincangkan tema, isu, tajuk, dan skop KKS yang telah dikenal pasti, dipilih, dan ditetapkan bersamasama dengan guru Merancang jadual kerja Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber Menyusun dapatan (data dan maklumat) Memproses data dan maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian Membincangkan dapatan kajian dan menghubungkaitkannya dengan teori yang bersesuaian Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan KKS Menyerahkan KKS mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru Membentang KKS pada tarikh dan masa yang ditetapkan
9
Tarikh 18 Mei hingga 30 Mei 2017
15 Mac hingga 03 Mei 2017
Perkara
Tindakan Guru
Pengisian dan penghantaran markah melalui e-submission
Membuat semakan dan penyelarasan semula markah bagi setiap calon
Menghantar markah KKS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission
Pemantauan Kerja Kursus oleh MPM
Mengemukakan sampel KKS untuk pemantauan markah oleh MPM
15 Okt 2018
Tindakan Calon Tidak berkenaan
Tidak berkenaan
Penyimpanan evidens
* Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta 5
FORMAT PENULISAN 5.1
Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan.
5.2
Calon digalakkan untuk format berikut:
menggunakan komputer untuk menyediakan KKS mengikut
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan. 5.3
Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran.
5.4
Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5
Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang ditulis dalam satu perenggan.
5.6
Gaya penulisan rujukan dalam teks KKS hendaklah menggunakan sama ada sistem nota kaki atau sistem pengarang-tarikh.
5.7
Susunan penulisan KKS adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) (e) Kerja Kursus Syariah.
5.8
KKS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan seperti perkara 5.7 di atas.
10 6
STRUKTUR PENULISAN 6.1
Kandungan
6.2
Abstrak
6.3
Penghargaan
6.4
Pengenalan – latar belakang dan penyataan masalah kajian
6.5
Objektif kajian – penyataan objektif kajian
6.6
Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya
6.7
Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan dapatan kajian dengan menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam bidang Syariah
6.8
Rumusan dan cadangan
6.9
Senarai rujukan
6.10 Lampiran (jika ada) 7
GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS SYARIAH 7.1
MPM mengemukakan tiga tema.
7.2
Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih.
7.3
Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada kampung/bandar/daerah/negeri sekolah calon sahaja
Contoh: Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Syariah
Tema 1: Wasiat
Tema 2: Waris
Tema 3: Ta’zir
Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan
Calon pilih tema 3 Ta’zir
A
11
A
Calon mengenal pasti isu (Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan) Contoh: Masyarakat tidak mengetahui kewujudan Peruntukan Undang-undang mengenai kesalahan meninggalkan solat jumaat
Calon menentukan tajuk (Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti) Contoh: Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Kewujudan Peruntukan Undangundang mengenai kesalahan meninggalkan solat Jumaat di Jengka 13 Pahang
Calon menentukan skop tugasan (Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada Kerja Kursus yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan Kerja Kursus berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau limitasi penghasilan Kerja Kursusnya; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan limitasi tempat kajian) Contoh: 1. Sampel kajian Masyarakat Muslim Di Jengka 13 2. Tempoh kajian Dari Januari 2017 hingga Mac 2017 3. Limitasi tempat kajian – Jengka 13 Pahang
Calon menentukan objektif kajian (Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat dicapai pada akhir kajian. Pernyataan Pernyataan ini ini hendaklah hendaklah jelas, jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif Objektifhendaklah hendaklahmampu mampudicapai) dicapai) Contoh: Menjelaskan liabiliti kesalahan hartameninggalkan pusaka menurutsolat perspektif jumaat Islam menurut Islam dan Undang-undang Mengkaji tahap kefahaman masyarakat terhadap liabiliti harta pusaka di Tg. Mengkaji Karang Selangor tahap kesedaran masyarakat muslim jengka 13 Pahang mengenai kewujudan Peruntukan Undang-undang kesalahan meninggalkan solat jumaat.
B
12
B
Calon menentukan kaedah kajian Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat, antaranya adalah seperti berikut: 1. Kajian Dokumentasi Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti buku, majalah, akhbar, jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet. 2. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik digunakan untuk memudahkan kajian yang hendak dilakukan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. 3. Temu bual Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai maklumat mengenai bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian. Contoh temu bual secara formal seperti menemu bual Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Ketua Kampung, Ahli JKKR, Imam, Bilal dan lainlain. Manakala temu bual tidak formal seperti menemu bual ahli masyarakat dan orang awam di tempat kajian. 4. Pemerhatian Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui pemerhatian dan penelitian terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan kes, gelagat, dan sebagainya.
Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan menghubungkait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah disertakan dengan rujukan dan boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya.
Calon menghasilkan rumusan Kerja Kursus Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh menyatakan kepentingan (signifikan) kajian dan cadangan daripada hasil kajian yang telah dijalankan.
13 8 Lampiran Lampiran 1 TERHAD
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH TAJUK:
NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON
NAMA GURU/ PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH
TERHAD
14 Lampiran 2 TERHAD
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa Kerja Kursus calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan Kerja Kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk Kerja Kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat Kerja Kursus Calon Makluman kepada calon: Kerja Kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja Kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru Kerja Kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru Kerja Kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan Kerja Kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja KursusCalon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan Kerja Kursus............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ...................... di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa Kerja Kursus mata pelajaran ........................................ (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa Kerja Kursus............................................. telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa Kerja Kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, Kerja Kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh TERHAD
15 Lampiran 3 TERHAD BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ No.Kad Pengenalan: ...............................
Tarikh
Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (diisi oleh calon)
Ulasan Guru
Tandatangan Guru
Tandatangan Calon
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: ......................................... Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan Kerja Kursus bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2017 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ............................................. Nama Guru: ....................................................... Tarikh: ....................................... Cap Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan Kerja Kursus.
TERHAD
16 Lampiran 4 TERHAD
BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon: ..............................................................
Angka Giliran: .......................................
No.Kad Pengenalan: ................................................. (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Kriteria Penilaian A. Penulisan 1. Abstrak 2. Pengenalan 3. Objektif Kajian 4. Kaedah Kajian 5. Perbincangan dan Dapatan Kajian 6. Rumusan dan Cadangan 7. Senarai Rujukan 8. Kemahiran Manipulatif 9. Kemahiran Insaniah B. Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan Kerja Kursus 2. Soal Jawab 3. Kreativiti 4. Keterampilan Jumlah Markah
Markah Penuh
Markah Guru/Pemeriksa
Markah Penyelaras
4 4 4 4 20 4 3 3 4 4 2 2 2 60
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA
PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : .....................................
Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : ....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan. TERHAD