30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU 1. Elakkan tidur di waktu siang
Kebiasaannya, berat badan manusia akan mudah meningkat apabila kita kerap tidur di siang hari. Tidur di siang hari itu tidak menjadi kesalahan tetapi waktu dan masa anda tidur itu menjadi masalah. Waktu terbaik untuk melelapkan mata adalah antara pukul 12.00 tengah hari ke 1.00 petang dan tempohnya adalah antara 15 ke 20 minit. Itu sudah memadai kerana tujuannya sekadar merehatkan badan dan minda. Sekiranya anda tidur berlebihan di waktu siang, ia akan menyebabkan badan anda berasa lesu dan memberikan kesan yang boleh mengakibatkan minda menjadi lembab. Melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri, berat badan akan naik dengan sekelip mata apabila kita tidur di siang hari secara berlebihan selama beberapa hari.
2. Banyakkan meminum air putih (air kosong) suam Banyakkan meminum air suam atau paling kurang air kosong pada suhu bilik. Elakkan air sejuk atau air manis. Anda boleh makan sekerap mana yang anda suka tapi mesti disusuli dengan air suam supaya makanan yang anda makan mudah dihadam. Apabila makanan mudah dihadam, sisa-sisa makanan itu mudah untuk dicernakan dan tidak akan melekat pada usus kita yang boleh menyebabkan perut buncit. Air juga penting dalam sistem perkumuhan manusia. Jadi, minum banyak air supaya kita tidak terhidrat ketika proses perkumuhan itu berlaku dan memastikan proses itu berjalan dengan lancar.
3. Banyak berjalan. Ini adalah senaman yang paling simple yang anda boleh lakukan. Jika anda tiada masa untuk berjoging atau “brisk walk”, pergilah ke pusat beli belah atau shopping
mall.
Jika
anda
seorang yang berkerjaya, sekali sekala pilihlah tangga untuk naik atau turun daripada pejabat berbanding menggunakan lif. Dengan melakukan senaman ringan ini, anda boleh membakar kalori yang ada di dalam badan. Selain itu, ia juga membantu kecergasan diri anda untuk berasa lebih sihat. Daki 200 anak tangga sehari. Amalkan cara ini kerana ia paling berkesan untuk mengekalkan berat badan. Jika kerja anda memerlukan anda mengadap komputer sahaja, dan duduk di dalam ‘air cond’, anda wajib melakukan perkara ini untuk membuatkan badan anda sentiasa aktif. 4. Membuat kerja rumah. Ini adalah cara paling bagus untuk mengekalkan berat badan. Cara ini sesuai untuk suri rumah tangga sepenuh masa. Selain daripada rumah kelihatan lebih kemas, anda juga boleh mengeluarkan peluh. Persekitaran yang bersih mampu membuatkan kita berasa lebih positif dan sentiasa bermotivasi untuk kekal kurus. Rajinkan diri untuk melakukan aktiviti mengemas rumah setiap hari. Ini akan membantu anda untuk kekal kurus dan ramping. Ketika anda melakukan kerja-kerja rumah tersebut, kalori yang ada di dalam badan anda turut terbakar. Jadi berat badan anda akan kekal walaupun anda tak buat senaman berat.
5. Jangan baring selepas makan. Tidak kira anda baring-baring sahaja, bergolek-golek atau terus tidur melelapkan mata, amalan ini sangat buruk dan paling bahaya. Wajib elakkan perkara ini, selepas makan, berehat dulu 1 jam ke 1 jam setengah sebelum baring. Ini bagi memberi peluang makanan dihadam terlebih dahulu dan mengelakkan makanan daripada terkumpul di dalam usus.
Makanan
yang
tidak
dihadam
akan
menyebabkan makanan tersebut terkumpul di usus dan mengakibatkan perut menjadi buncit.
6. Ubah cara hidup kita. Cara hidup yang dimaksudkan apa yang kita selalu buat setiap hari. Jika kita suka makan nasi lemak dua pinggan setiap hari untuk sarapan, ubah kepada sepinggan sahaja. Kenapa perlu ubah? Sudah terbukti cara hidup yang anda lakukan sekarang menyebabkan berat badan anda bertambah. Anda mesti tahu cara hidup anda bagaimana, jadi ubah cara hidup atau ‘lifestyle’ itu kepada cara hidup sihat. Mungkin akan mengambil masa tapi ubah perlahan-lahan. 7. Kawal makan di luar. Andai kata sebelum ini anda makan diluar setiap hari untuk makan malam, cuba memasak di rumah. Ini kerana, jika kita makan diluar, pelbagai menu yang mengiurkan ada untuk dipesan. Jadi ini akan menyebabkan selera makan anda bertambah dan anda akan makan secara berlebihan. Jika anda memasak dirumah, anda boleh pilih untuk memasak satu jenis menu sahaja. Ini akan dapat mengehadkan selera anda disamping boleh menjimatkan duit. Boleh cuba resepi ‘GST’ Datuk Ahmad Bin Maslan :P
8. Kurangkan makanan masin. Masin yang dimaksudkan disini adalah makanan-makanan ringan yang mengandungi bahan perasa seperti sodium seperti snek, jajan dan sebagainya. Makanan ringan ini terbukti tidak sihat dan tidak mengenyangkan. Ini akan menyebabkan anda makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang bayak. Garam juga akan menyebabkan badan anda cepat terhidrat. Ini akan menjadikan badan anda letih dan lesu untuk melakukan aktiviti sihat. 9. Sarapan. Sarapan adalah perkara wajib dalam rutin pemakanan harian. Sarapan tidak boleh ditinggalkan atau ‘skip’. Ini akan menyebabkan anda makan secara berlebihan ketika waktu tengah hari. Sarapan adalah sumber
tenaga
daripada pagi
sehingga
petang.
Kebaikkan sarapan pagi yang perlu anda amalkan adalah kerana ia dapat membantu dalam mengurangkan berat
badan,
meningkatkan
prestasi
minda,
meningkatkan mood anda ketika melakukan aktiviti, memberi
tenaga,
mengurangkan
risiko
penyakit
merbahaya, dan juga meningkatkan metabolisma badan. 10. Berlari. Jika anda mempunyai masa di waktu petang, lakukan larian atau berjogging selama 20 minit. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk menampakkan kesan. Mungkin boleh dilakukan setiap petang hari bekerja ataupun setiap pagi di hari minggu. 11. Kurangkan gula dalam makanan.
Jauhkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi kerana seperti kek dan manisan. Jika anda mengambil gula secara berlebihan, sumber tenaga untuk badan telah menjadi berlebihan dan akan menyebabkan diet yang dilakukan tidak menjadi. Lemak yang terkumpul didalam badan tidak digunakan sebagai tenaga kerana telah mendapat sumber tenaga daripada gula yang anda ambil. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. 12. Hadkan makanan tinggi karbohidrat. Elakkan terlebih memakan nasi atau pun makanan yang mengandungi sumber karbohidrat yang tinggi. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat
kerana
badan
kita
masih
perlukannya sebagai sumber tenaga. 13. Makan banyak buah-buahan. Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, dan belimbing. Buah-buahan dapat membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit. Perut buncit juga terjadi akibat daripada sembelit yang berlarutan dan tidak lawas. Ini menyebabkan sisa makanan yang tidak dapat dicernakan terkumpul didalam perut dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit.
14. Kurangkan buah manis. Cuba kurangkan makan buahbuahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah. 15. Pilih menu makanan yang betul. Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.
16. Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat meningkatkan metabolism. Analoginya begini, anda diberi tugas untuk memecahkan 2 jenis batu, yang pertama seketul batu besar dan yang kedua beberapa ketul batu kecil. Anda diberi batu super besar, saiz 40-50 kali ganda dari batu kecik setiap 3-5 jam dan batu kecil setiap satu jam. Yang senang dipecahkan adalah batu kecil. Begitu juga dengan system penghadaman kita, jika saiz setiap hidangan itu kecil, lebih mudah makanan itu dicernakan berbanding saiz hidangan yang besar. 17. Elakkan minuman berkarbonat. Kandungan gula didalam segelas minuman berkarbonat adalah 4 kali ganda berbanding minuman lain. Hal ini memberi kalori yang berlebihan kepada tubuh dan antara salah satu punca obesity. Selain itu, minuman berkarbonat ini juga menyebabkan perut menjadi buncit.
18. Selepas bersenam, jangan minum air 100plus atau minuman tenaga lain.
Jangan meminum air 100plus atau minuman tenaga, cukup dengan air putih (mineral). Hal ini kerana, selepas anda bersenam, anda telah mengguna tenaga yang ada didalam badan, selepas tenaga itu habis digunakan, badan kita secara automatik akan menggunakan sumber tenaga daripada lemak. Jadi jika anda meminum air seperti 100plus, Revive dan sebagainya, badan kita ada sumber tenaga lain dan tidak akan menggunakan lemak dan akhirnya lemak itu tetap ada. Cuma sesuai untuk orang yang sudah kurus.
19. Berpuasa
Seperti yang kita tahu, berpuasa boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan. Anda wajib bersahur, kerana sahur itu menggantikan sarapan.
20. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan
pengambilan
makanan.
Selain
itu,
ia
akan
mempercepatkan proses penghadaman dan perut tidak berangin.
21. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
22. Jangan ‘skip’ makan malam. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
23. Kawal nafsu makan anda, Ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
24. Buat senaman 'sit up' dan 'push up'. Setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul. 25. Membuang Air Kecil. Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda jelas atau hanya mempunyai sedikit warna kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak. 26. Membuang Air Besar.
Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar degan mudah.
27. Bernafas. Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran seperti allergen. Bantu paruparu anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat. 28. Memakan Lebih Sayuran Sayur- sayuran adalah makanan sihat yang kaya dengan serat. Ia dapat membantu anda berasa kenyang dan membantu mengawal tahap kalori darah. Jadikan rutin harian anda dengan mengambil lebih sayuran untuk memastikan perkembangan yang sistematik. Ia juga akan membantu membakar lemak yang terkumpul di dalam badan. Sayuran dan buah-buahan beku juga adalah sangat baik. Ia mempunyai
konsentrasi nutrisi yang
sangat tinggi berbanding dengan yang segar. Ini adalah kerana, ia disimpan di dalam peti sejuk sebelum disediakan. 29. Mengambil Yogurt.
Mengambil yogurt dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan otot tanpa lemak. Satu kajian yang telah dijalankan melibatkan sekumpulan obese diberikan yogurt setiap hari selam 12 hari berturut- turut dapat mengurangkan sebanyak 22 peratus daripada berat badan mereka. 61 peratus dan 81 peratus lemak di dalam badan dan perut, masing- masing mengambil kalori yang sama tetapi tidak mengandungi produk tenusu. Elakkan daripada mengambil yogurt yang mengandungi kandungan gula. Menambah buah-buhan segar ke dalam yogurt juga adalah digalakkan. Ia dapat mengekalkan bekalan protein kepada badan anda. Kesimpulannya, dengan mengamalkan tiptip di atas anda akan berpuas hati melihat betapa cepatnya anda mendapatkan otot tanpa lemak. Mengamalkan diet yang sihat juga membatu anda mencapai objektif anda. 30. Tidur yang cukup. Tahukah anda? Tidur yang cukup mampu membakar kalori di dalam tubuh anda. Tidur yang cukup mampu mengembalikan kesegaran tubuh dan organ di dalam badan. Ini akan memberikan badan dan organ kita berfungsi dengan lebih baik dan seterusnya membakar kalori di dalam badan. Ia juga dapat meningkatkan imun anda untuk melawan penyakit. Oleh itu, dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti tetapi jangan berlebihan. Kebiasaan orang dewasa memerlukan 7 ke 8 jam waktu tidur.
MANUSIA MEMANG SUSAH NAK IKUT PERATURAN…SETUJU??? Saya tahu sebagai seorang manusia, memang susah nak ikut setiap cara yang diberikan. Jadi jika anda boleh praktikkan minimum 5 cara pun dah cukup bagus. Ehhh. Kejap….Tunggu dulu…..Nak Tips paling mudah tak?? Ada lagi
Tips yang
terakhir!!…. Jika anda seorang yang sangat susah mengikut peraturan, langkah terakhir adalah dengan menggunakan Fat Burner Mega 2.0. Fat Burner Mega 2.0 Yang Mempunyai 4 Khasiat Yang Berlainan pertama di Malaysia:- ✔ Ultimate Fat Burner ✔ Power Detox ✔ Collagen ✔ Triple Energy Booster
Fat Burner Mega 2.0 sangat best kerana:✔ Berat Badan Cepat Turun Walaupun Takde Masa Nak Bersenam & Diet ✔ Kulit Lebih Cerah, Bersinar & Masalah Jerawat Berkurang ✔ 'Membuang' Lebih Mudah. Tak Perlu Lepak Lama2 Dlm Toilet ✔ Daya Tahan Penyakit (Sistem Imun) Meningkat. ✔ Badan Sentiasa Bertenaga, Tidak Cepat Lesu & Letih. ✔ Selera Makan Terkawal. ✔ Harga Terlajak Murah Dengan pelbagai khasiat.
Inilah Hasilnya!!