TERHAD
1
2611/3
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015
2611/3
PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari – Julai
1.
Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.
2.
Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.
3.
Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.
2611/3
© 2015 Hak
Kertas ini mengandungi 20 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD
2
2611/3
ARAHAN KEPADA CALON 1.
Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2.
Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2015.
3.
Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
4.
Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
5.
Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
6.
Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
7.
Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
8.
Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.
9.
Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian. 11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya. 12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian. 13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria. 14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
3
2611/3
TUGASAN 1
BIDANG
:
KRAF TRADISIONAL
TAJUK
:
BATIK
PRODUK
:
PENGHADANG RUANG
SITUASI Sebuah klinik kesihatan mahu membuat penghadang ruang di antara ruang menunggu dengan ruang mengambil ubat. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk penghadang ruang yang menggunakan kraf batik dan bertemakan lanskap. Penghadang ruang tersebut mestilah hasilan batik dan ilustrasinya boleh melegakan ketegangan pesakit sementara menunggu masa untuk rawatan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.
Koleksi pelbagai gambar penghadang ruang sebagai sumber ilham.
2.
Lakaran reka bentuk penghadang ruang.
3.
Koleksi pelbagai gambar lanskap sebagai sumber ilham.
4.
Lukisan atau catan realistik lanskap yang dipilih.
5.
Lakaran olahan dan perkembangan idea lanskap dengan catatan.
6.
Kajian gubahan reka letak lanskap dengan catatan.
7.
Kajian warna pada gubahan reka letak yang dipilih dengan skema warna dan catatan.
8.
Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9.
Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
10. Gambar foto atau lukisan proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah TERHAD
TERHAD
4
2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, model penghadang ruang anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan
:
Kayu atau bahan yang bersesuaian (Bingkai) Kain yang bersesuaian
Saiz minimum
:
150 cm × 60 cm
Teknik
:
Batik lukis
Contoh:
Sumber : www.jonathanevans-batikart.com Nota: 1. 2.
2611/3
Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. Batik hendaklah dimatikan warna.
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
5
2611/3
TUGASAN 2
BIDANG
: REKA BENTUK
TAJUK
: REKA BENTUK INDUSTRI
PRODUK
: MODEL KIOS
SITUASI Sebuah gedung membeli belah ingin menyediakan kios perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di ruang legar pusat perniagaan mereka. Kios tersebut digunakan untuk memberi kemudahan kepada peniaga PKS berniaga dan memperkenalkan barangan mereka. TUGASAN Anda dikehendaki menghasilkan model kios perniagaan PKS. Kios tersebut mestilah bersifat mesra pengguna, mudah diurus, menjimatkan ruang dan menampakkan imej antarabangsa terhadap produk PKS. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.
Koleksi gambar pelbagai jenis kios perniagaan sebagai sumber ilham.
2.
Lukisan atau catan realistik kios perniagaan sedia ada.
3.
Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk kios perniagaan dengan catatan.
4.
Lukisan reka bentuk kios yang dipilih mengikut skala.
5.
Kajian warna kios yang dipilih dengan skema warna dan catatan.
6.
Lukisan tiga dimensi kios dari tiga sudut pandangan berbeza.
7.
Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
8.
Lukisan atau catan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
9.
Gambar foto atau lukisan proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah TERHAD
TERHAD
6
2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, model kios anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan
:
Bahan yang bersesuaian
Saiz minimum
:
30 cm × 25 cm × 10 cm
Tema
:
Mengikut kajian
Contoh:
Sumber : www.chadgoodman.com/page/3.html
Nota: 1.
2611/3
Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
7
2611/3
TUGASAN 3
BIDANG
: KRAF TRADISIONAL
TAJUK
: TEKAT
PRODUK
: BEG SISI (SLING BEG)
SITUASI Seni tekat merupakan satu kraftangan tradisional yang indah dan mewah kian dilupakan dalam masyarakat. Satu usaha perlu dilakukan untuk mempromosikan penggunaannya dalam kalangan masyarakat tempatan terutamanya golongan remaja dan pelancong luar. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah beg sisi dengan mengaplikasikan seni tekat tradisional sebagai hiasan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.
Koleksi gambar pelbagai produk seni tekat sebagai sumber ilham.
2.
Koleksi gambar pelbagai jenis flora sebagai sumber ilham.
3.
Koleksi gambar pelbagai jenis beg sisi sebagai sumber ilham.
4.
Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.
5.
Lakaran reka bentuk beg sisi dengan catatan.
6.
Lakaran olahan dan perkembangan idea motif flora yang dipilih serta catatan.
7.
Lakaran reka letak motif flora yang dipilih pada beg sisi.
8.
Kajian warna dengan catatan dan skema warna.
9.
Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah TERHAD
TERHAD
8
2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk beg sisi anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan
:
Kain yang bersesuaian Benang emas/benang perak/benang yang bersesuaian
Saiz minimum
:
Saiz beg – 25 cm × 20 cm Kedua-dua permukaan beg mestilah ditekat Saiz kawasan bertekat mestilah tidak kurang daripada 50% daripada permukaan beg
Bilangan Warna
:
Bebas
Tema
:
Flora
Teknik
:
Tekat
Contoh:
Nota: 1. 2.
2611/3
Beg sisi hendaklah dibuat sendiri. Proses tekat hendaklah mengaplikasikan proses tekat tradisional.
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
9
2611/3
TUGASAN 4
BIDANG
: REKA BENTUK
TAJUK
: HIASAN DALAMAN
PRODUK
: RUANG MAKAN RESTORAN
SITUASI Sebuah restoran mahu membuat hiasan dalaman bagi menaik taraf restorannya supaya dapat menarik ramai pelanggan untuk makan di situ. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dalaman restoran yang beridentitikan Malaysia, bersifat ceria dan eksklusif. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.
Koleksi gambar pelbagai jenis ruang makan restoran sebagai sumber ilham.
2.
Koleksi gambar pelbagai jenis perabot dan peralatan yang sesuai sebagai sumber ilham.
3.
Lukisan pelan lantai ruang makan restoran mengikut skala.
4.
Lakaran olahan dan perkembangan idea perabot serta peralatan dengan catatan.
5.
Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai dengan catatan.
6.
Kajian warna pada reka bentuk ruang makan restoran dengan skema dan catatan.
7.
Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza mengikut skala.
8.
Lukisan perspektif model dari sudut yang menarik.
9.
Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah TERHAD
TERHAD
10
2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, ruang makan restoran anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan
:
Bebas dan bersesuaian
Ukuran minimum
:
40 cm × 30 cm × 20 cm
Teknik
:
Bebas Kolaj hanya dibenarkan sebanyak 30% sahaja
Contoh:
Sumber: totalimagegraphics.com Sumber: totalimagegraphics.com
Nota: 1. 2.
2611/3
Hasil kerja anda hendaklah kukuh. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
11
2611/3
TUGASAN 5
BIDANG
: REKA BENTUK
TAJUK
: LANSKAP PERSEKITARAN
PRODUK
: TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
SITUASI QT Land Sdn. Bhd. adalah sebuah pemaju perumahan yang sedang membina kawasan perumahan baharu. Pemaju perumahan ini mahu membina sebuah taman permainan kanak-kanak untuk beriadah. Selain beriadah, kanak-kanak juga dapat mempelajari dan mengenal abjad serta nombor. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan model taman permainan kanak-kanak yang bertemakan abjad dan nombor. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.
Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham.
2.
Koleksi gambar pelbagai jenis alatan permainan kanak-kanak sebagai sumber ilham.
3.
Lakaran pelan konsep mengikut skala.
4.
Lakaran olahan dan perkembangan idea lanskap berdasarkan tema dengan catatan.
5.
Lakaran reka letak alatan permainan kanak-kanak dengan catatan.
6.
Kajian warna pada alatan permainan kanak-kanak yang dipilih dengan skema warna dan catatan.
7.
Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala.
8.
Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.
9.
Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah TERHAD
TERHAD
12
2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, model taman permainan kanak-kanak anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan
:
Bebas
Ukuran minimum
:
40 cm × 30 cm × 25 cm
Teknik
:
Bebas
Tema
:
Abjad dan nombor
Contoh:
Sumber: www.monstrum.dk/#/projekter/alfabet-legeplasen
Nota: 1. 2.
2611/3
Hasil kerja anda hendaklah kemas dan kukuh. Semua alat permainan hendaklah dibina sendiri.
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
13
2611/3
TUGASAN 6
BIDANG
: KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK
: ILUSTRASI
PRODUK
: POSKAD
SITUASI Anda adalah seorang pengumpul poskad. Hobi ini menyebabkan anda mempunyai ramai rakan dari pelbagai negara. Rakan-rakan anda dari luar negara begitu tertarik melihat keindahan Malaysia melalui poskad. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sekeping poskad yang dapat memperlihatkan keindahan Malaysia untuk diberikan kepada rakan-rakan anda. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.
Koleksi gambar pelbagai tempat pelancongan menarik di Malaysia sebagai sumber ilham.
2.
Koleksi gambar pelbagai jenis poskad sebagai sumber ilham.
3.
Lukisan atau catan realistik tempat pelancongan yang menarik dipilih sebagai sumber ilham.
4.
Lakaran reka bentuk poskad.
5.
Lakaran dan perkembangan idea ilustrasi pada poskad dengan catatan.
6.
Lakaran olahan tipografi dengan catatan.
7.
Lakaran reka letak ilustrasi dan tipografi dengan catatan.
8.
Kajian warna dengan skema warna dan catatan.
9.
Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah TERHAD
TERHAD
14
2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, model poskad anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan
:
Kertas yang bersesuaian
Ukuran
:
75 cm × 54 cm
Bilangan warna
:
Bebas
Teknik
:
Catan
Tema
:
Keindahan Malaysia
Kapsyen
:
Mengikut kajian anda
Contoh:
Hadapan
Sumber: www.visit-terengganu.net Belakang
Nota: 1. 2611/3
Hasil kerja anda hendaklah kemas. © 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
15
2611/3
TUGASAN 7
BIDANG
:
KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK
:
KRAF BUKU
PRODUK
:
BUKU CERITA KANAK-KANAK POP-UP
SITUASI Syarikat penerbitan QOLBI PRINTING SDN. BHD., mahu menghasilkan buku cerita kanak-kanak yang menarik. Buku cerita kanak-kanak ini berbentuk pop-up dan boleh menggalakkan kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun hingga 6 tahun minat dan seronok membaca. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan kraf buku cerita kanak-kanak pop-up bertemakan alam haiwan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.
Koleksi pelbagai jenis buku cerita kanak-kanak pop-up sebagai sumber ilham.
2.
Koleksi pelbagai jenis haiwan sebagai sumber ilham.
3.
Lukisan atau catan realistik haiwan yang dipilih untuk dijadikan watak.
4.
Lakaran tipografi untuk digunakan dalam buku cerita kanak-kanak dengan catatan.
5.
Lakaran olahan dan perkembangan idea watak-watak haiwan dengan catatan.
6.
Lakaran tiga idea papan cerita kanak-kanak dengan catatan.
7.
Kajian warna dengan skema warna dan catatan.
8.
Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9.
Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah TERHAD
TERHAD
16
2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, buku cerita kanak-kanak pop-up anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan
:
Kertas
Ukuran minimum
:
40 cm × 30 cm
Kapsyen
:
Mengikut kreativiti sendiri
Bilangan muka surat
:
7 termasuk muka hadapan dan belakang (minimum)
Contoh:
Sumber : warsonprinting.en.ecplaza.net Nota: 1. 2.
2611/3
Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan. Proses penghasilan buku cerita pop-up hendaklah dibuktikan menggunakan foto bergambar.
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
17
2611/3
TUGASAN 8
BIDANG
:
SENI HALUS
TAJUK
:
CETAKAN TIMBULAN
PRODUK
:
HIASAN DINDING
SITUASI Galeri seni Artlife Gallery mahu mengadakan satu pameran cetakan. 10% dari hasil jualan ini akan didermakan kepada badan kebajikan di Malaysia. Ramai artis ternama akan terlibat dalam pameran yang bertemakan “Berkarya Sambil Menderma”. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan timbulan untuk dipamerkan dalam pameran tersebut. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.
Koleksi gambar pelbagai cetakan timbulan sebagai sumber ilham.
2.
Koleksi gambar yang bertemakan kasih sayang sebagai sumber ilham.
3.
Lukisan atau catan realistik berdasarkan sumber ilham.
4.
Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan.
5.
Lakaran reka letak motif dengan catatan.
6.
Kajian warna dengan skema warna dan catatan.
7.
Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
8.
Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
9.
Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
10. Lampiran minimum tiga edisi cetakan mengikut urutan.
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah TERHAD
TERHAD
18
2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan
:
Kayu atau lino
Ukuran minimum
:
30 cm × 20 cm
Bilangan warna
:
Bebas
Teknik
:
Cetakan timbul
Tema
:
Kasih sayang
Contoh:
2/7
Nota: 1. 2. 3.
2611/3
Sayang
Dinna2015
Hasil kerja hendaklah mengikut disiplin cetakan. Anda boleh menukar media alternatif jika bersesuaian dalam proses penghasilan cetakan. Plat cetakan hendaklah disertakan bersama hasil karya.
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
19
2611/3
TUGASAN 9
BIDANG
:
SENI HALUS
TAJUK
:
ARCA
PRODUK
:
ARCA TIMBULAN
SITUASI Sempena pameran permotoran peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Malaysia, penganjur memerlukan satu arca timbulan yang akan diletakkan di pintu masuk sebagai daya penarik. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan arca timbulan yang bertemakan dunia permotoran. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1.
Koleksi gambar arca timbulan sebagai sumber ilham.
2.
Koleksi gambar pelbagai jenis kenderaan bermotor sebagai sumber ilham.
3.
Lukisan atau catan realistik kenderaan bermotor yang dipilih.
4.
Lakaran olahan dan perkembangan idea motif pilihan dengan catatan.
5.
Reka letak olahan idea dengan catatan.
6.
Kajian warna dengan skema dan catatan.
7.
Lukisan dari dua sudut pandangan menarik.
8.
Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9.
Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah TERHAD
TERHAD
20
2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, arca timbulan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan
:
Kayu/plaster of paris/bahan yang bersesuaian
Ukuran minimum
:
30 cm × 30 cm
Teknik
:
Bersesuaian
Tema
:
Dunia permotoran
Contoh:
Nota: 1.
Hasil kerja hendaklah dikemaskan.
TUGASAN TAMAT
2611/3
© 2015 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD