ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, D/A KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, 81930 BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI, JOHOR email :
[email protected]
http://alumnikkbp.wordpress.com
Kepada,
AlumniKKBP.bil ( ) Tarikh :
Tuan/Puan/Dato’/Datin Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar 1 / 2012. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar 1/2012. 2.
Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar akan diadakan pada :
3.
Tarikh
: 10 Mac 2012.
Hari
: Sabtu.
Masa
: 2.00 petang.
Tempat
: Bilik Seminar KKBP.
Agenda mesyuarat : 3.1
Ucapan aluan Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar.
3.2
Taklimat Kertas Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
3.3
Perlantikan pengerusi mesyuarat.
3.4
Ucapan mesyuarat.
3.5
Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 1
3.6
Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
3.7
Perbincangan Perlembagaan Alumni KKBP.
3.8
Perbincangan aktiviti Alumni KKBP 4.7.1 Pendaftaran pertubuhan. 4.7.2 Pendaftaran ahli. 4.7.3 Majlis Ramah Mesra Alumni KKBP dan Kakitangan KKBP. 4.7.4 Aktiviti susulan.
3.9 4.
Hal-hal lain.
Sehubungan dengan itu, bersama ini dilampirkan Kertas Cadangan Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar sebagai makluman awal sebelum dibincangkan di dalam mesyuarat nanti. 3.
Kehadiran tuan/puan amat-amat diharapkan bagi merealisasikan penubuhan
Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. . Sekian, terima kasih
Saya yang menurut perintah, ………………………………….. ( SAHALANI BIN BASAR ) Pengarah, Kolej Komuniti Bandar Penawar.
2
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR 81930 BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR Pendahuluan Sebagai sebuah kolej yang telah lama ditubuhkan, Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) telah melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut. Bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi alam pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkuslumus menimba ilmu di kelas. Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas pelajarpelajar ini dalam satu organisasi. Idea penubuhan ini sebenarnya telah timbul sejak beberapa tahun lepas. Ada usaha bagi menubuhkan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar tetapi menghadapi kekangan dari segi masa dan kewangan. Justeru tindakan segera perlu diambil segera supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja. Semoga Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI KKBP.
3
Relevan Penubuhan Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelajar-pelajar dapat digunakan untuk memajukan kolej. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di KKBP. Dengan ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan kepada kolej khasnya dan komuniti amnya. Jika difikirkan semula, sebuah kolej yang telah berusia hampir 1 dekad sepatutnya mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas pelajarpelajarnya bagi memastikan kewujudan kolej ini sentiasa memberi faedah dan kebaikan kepada orang ramai di sekitarnya. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian terhadap isu-isu yang berlaku di kolej. Alumni perlu diberi peluang menyertai program dan aktiviti kolej bagi membawa impak yang lebih besar kepada kemajuan kolej kerana mereka dilihat sebagai satu lapisan yang satu hari nanti akan membarisi tampuk kepimpinan lembaga penasihat dan kolej. Apa yang diharapkan agar golongan ini akan dapat meneruskan malah memperkukuhkan perjuangan lembaga penasihat yang sedia ada. Pihak kolej sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak kolej mencapai visinya menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja. 4
Objektif Penubuhan Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar KKBP, malah membantu kolej untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan kepakaran. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni : 1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP. 2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada KKBP dalam memperbaiki sistem pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar dan alumni sentiasa diberi perhatian. 3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Kolej dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan kolej. 4. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak kolej. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik. 5. Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak Kolej sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut. 6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi KKBP. 7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan kolej dari segi akademik mahupun disiplin pelajar. 8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan.
5
Aktiviti Aktiviti alumni perlu ditumpukan kepada beberapa elemen penting:
•
Pembangunan sosial dan akademik pelajar.
•
Penjanaan Kewangan.
•
Perkongsian kepakaran.
•
Bakti Komuniti kepada masyarakat. Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan oleh Alumni:
1. Majlis ramah mesra Alumni dan Kakitangan KKBP bagi menjalinkan kembali hubungan keakraban bekas pelajar dengan kakitangan KKBP khususnya staf akademik. 2. Program pendidikan dan kerjaya boleh diadakan bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan pelajar KKBP. 3. Kempen dan promosi kemasukan pelajar baru ke KKBP. 4. Program Coaching dan Mentoring khas untuk melatih bekas pelajar menjadi seorang usahawan KKBP yang berjaya. 5. Program Bakti Komuniti kepada masyarakat bagi mendekatkan diri bekas pelajar dengan masyarakat berpaksikan slogan “Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada Masyarakat Kami Berbakti”. Penutup Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan Alumni adalah relevan dengan keperluan semasa KKBP. Melalui penubuhannya semua pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan samada secara langsung mahupun tidak langsung. Seharusnya semua pihak memberi bekerjasama agar penubuhan Alumni KKBP dapat direalisasikan dengan jayanya. 6
CARTA ALIRAN KERJA PENUBUHAN ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR 1.
Mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1
2.
Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni KKBP.
3.
Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1
4.
Mendraf perlembagaan Alumni KKBP.
5.
Proses pendaftaran Alumni KKBP
6.
Menjalankan aktiviti.
SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN PERSATUAN BIL
TINDAKAN
TANDA ( / )
1
Mesyuarat Penaja
2
Surat permohonan Penubuhan dan JK Penaja Pertubuhan
3
Surat Kelulusan Penubuhan
4
Perlembagaan
dan
peraturan-
peraturan persatuan 5
Senarai AJK Pertubuhan
6
Senarai
aktiviti
utama
pertubuhan 7
Surat pengesahan penubuhan dan pendaftaran pertubuhan
8
Perlaksanaan Persatuan
7
CATATAN
SENARAI JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR 81930 BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR
Penaung
: ……………………………………………………………………..
Pengerusi
: ……………………………………………………………………..
Naib Pengerusi
: ……………………………………………………………………..
Setiausaha 1
: …………………………………………………………………….
Setiausaha 2
: ……………………………………………………………………
Bendahari
: ……………………………………………………………………
Ahli Jawatankuasa : Biro Ketua Biro Ketua Biro Ketua Biro Ketua
…………………………………………………… : ………………………………………………………………………….. ………………………………………………….. : …………………………………………………………………………. …………………… : ………………………………………………………………………… …………………… : ………………………………………………………………………… 8
KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR 81930, BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR
FASAL 1 – NAMA 1.1. Organisasi bekas pelajar ini dikenali dengan nama ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR di dalam perlembagaan ini. FASAL 2 - ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN 2.1. Alamat Berdaftar 2.1.1 Alamat berdaftar Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar Kolej Komuniti Bandar Penawar, Jalan Ungku Abdul Aziz, 81930 Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. 2.2. Alamat Urusan 2.2.1 Alamat urusan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar ialah di: Kolej Komuniti Bandar Penawar, Jalan Ungku Abdul Aziz, 81930 Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. 2.3. Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Majlis Tertinggi.
9
FASAL 3 – LOGO DAN LAMBANG
ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR : Nama organisasi . Vektor Manusia : Melambangkan perpaduan, kerjasama dan permuafakatan sesama ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar Logo Kolej : Merupakan logo Kolej Komuniti JPKK Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia FASAL 4 – OBJEKTIF DAN MATLAMAT 4.1 Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP. 4.2 Sebagai satu mekanisma sokongan kepada KKBP dalam memperbaiki system pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar dan alumni sentiasa diberi perhatian. 4.3 Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Kolej dari segi sumber 10
pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan kolej. 4.4 Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak kolej. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik. 4.5 Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak Kolej sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut. 4.6 Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi KKBP. 4.7 Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan kolej dari segi akademik mahupun disiplin pelajar. 4.8 Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan. FASAL 5- KEAHLIAN 5.1 Ahli Berstatus Pelajar 5.1.1 Mana-mana pelajar yang pernah menuntut di Kolej Komuniti Bandar Penawar layak untuk mendaftar sebagai ahli. 5.1.2 Setiap ahli berstatus pelajar layak untuk mengundi dan diundi dalam setiap Mesyuarat Agung yang diadakan. 5.2 Ahli Berstatus Pensyarah 5.2.1 Mana-mana pensyarah yang pernah mengajar di layak untuk mendaftar sebagai ahli. 5.2.2 Setiap ahli berstatus pensyarah diberi pengecualian daripada membayar sebarang yuran yang ditetapkan oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
11
5.3 Prosedur Permohonan dan Penerimaan Keahlian Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 5.3.1 Mereka yang ingin memohon keahlian Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar perlu mengisi borang yang diterbitkan oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dan dihantar kepada Setiausaha Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar untuk diluluskan. 5.3.2 Pendaftaran juga boleh dilakukan secara online melalui laman blog Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar iaitu http://alumnikkbpe.wordpress.com. 5.3.3 Pemohon yang diluluskan permohonannya hendaklah membayar yuran pendaftaran serta yuran tahun pertama seperti yang telah ditetapkan dalam Fasal Yuran. 5.3.4 Pemohon yang diterima permohonannya juga dikehendaki mematuhi segala perkara yang termaktub dalam perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. FASAL 6: TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK AHLI 6.1 Setiap ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar mempunyai tanggungjawab seperti berikut: 6.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar serta peraturanperaturan lain yang dibuat untuk mencapai matlamat Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 6.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 6.1.3 Menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. 6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan ini setiap ahli berhak bersuara,memilih,dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan semua yurannya sama ada semasa atau tertunggak. 6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau tergantung keahlian Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar disebabkan pelanggaran peraturan dan perlembagaan ini tidak berhak : 12
6.4.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan dan pemilihan untuk sebarang jawatan di dalam Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 6.4.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 6.4.3 Memilih, mengundi dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam mana-mana Mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 6.4.4 Menggunakan sebarang kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras dengan hak-hak sebagai seorang ahli. FASAL 7 - PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 7.1 Pemberhentian secara sukarela 7.1.1 Segala bayaran tertunggak kepada Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang ditanggung oleh ahli yang ingin berhenti hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penyerahan surat pemberhentian. 7.1.2 Pihak Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli yang berhenti tetapi masih belum menjelaskan bayaran tertunggak dalam tempoh yang telah ditetapkan. 7.1.3 Mana-mana ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Majlis Tertinggi adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 7.2 Pemecatan ahli 7.2.1 Setiap ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Majlis Tertinggi. Sebelum tindakan sedemikian diambil, ahli berkenaan hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli berkenaan
hendaklah
diberi
peluang
untuk
membela
diri.
Pemecatan
atau
penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Majlis 13
Tertinggi. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Majlis Tertinggi.Ahli yang dipecat boleh membuat rayuan untuk menjadi ahli semula dengan bayaran RM 50. FASAL 8 – YURAN 8.1. Yuran Pendaftaran 8.1.1 Yuran pendaftaran yang telah ditetapkan ialah RM 50.00. 8.1.2 Yuran ini boleh dijelaskan oleh setiap ahli permohonan untuk menjadi ahli dibuat. 8.1.3
Yuran
pendaftaran
hendaklah
dijelaskan
sebelum
31
Disember
tahun
permohonan keahlian ahli tersebut diluluskan kepada Bendahari Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar atau melalui Jawatankuasa Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 8.2. Yuran Tahunan 8.2.1 Yuran tahunan yang telah ditetapkan ialah RM10.00 8.2.2 Yuran ini boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar ataupun kepada Jawatankuasa Kolej Komuniti Bandar Penawar. 8.2.3 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember setiap tahun. FASAL 9- PENAUNG ATAU PENASIHAT 9.1 Majlis Tertinggi berhak melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat atau penaung jika difikirkan perlu dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.
14
FASAL 10- MAJLIS TERTINGGI 10.1. Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada: a. Seorang (1) Pengerusi b. Seorang (1) Naib Pengerusi c. Seorang (1) Setiausaha 1 d. Seorang (1) Setiausaha 2 e. Seorang (1) Bendahari f. Seorang (1) ketua serta dua (2) orang ahli untuk setiap biro-biro yang berikut : i. Perlembagaan dan Alumni ii. Pembangunan Sumber Manusia iii. Akses dan Multimedia iv. Ekonomi v. Kebajikan dan Kerohanian vi. Perhubungan dan Urusan Luar vii. Publisiti dan Tugas-Tugas Khas viii. Sukan dan Rekreasi 10.2. Mana-mana pemegang jawatan yang didapati bersalah di mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta. 10.3. Majlis Tertinggi akan dirombak pada (3) tiga tahun sekali. 10.4. Presiden diberi kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha 1 dan Setiausaha 2. 10.5. Setiap ahli Majlis Tertinggi hendaklah seorang warganegara Malaysia. 10.6.
Pemilihan
semua
Ahli
Majlis
Tertinggi
hendaklah
dilakukan
malalui
undian.Keputusan adalah dengan undian terbanyak. Sekiranya jumlah undi yang diperoleh untuk sesuatu jawatan tersebut adalah sama,maka pengerusi mesyuarat ketika itu mempunyai undi pemutus (casting vote), di samping undinya sendiri. 10.7. Tugas-tugas Majlis Ahli Tertinggi ialah: 10.7.1. Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan 10.7.2. Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program organisasi. 15
10.7.3. Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan. 10.7.4. Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 10.7.5. Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur perjalanan Jawatan tersebut. 10.7.6. Boleh melantik penaung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 10.7.7. Meluluskan Belanjawan Kolej Komuniti Bandar Penawar. 10.8. Keahlian Majlis Tertinggi dalam 3 tahun pertama penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar ditentukan tanpa perlu melalui Mesyuarat Agung. Ahli-ahli majlis tertinggi adalah seperti berikut: Presiden :……………………………………………………………… Naib Presiden : ………………………………………………………. Setiausaha 1 : ………………………………………………………… Setiausaha 2 : ………………………………………………………… Bendahari : Biro Perlembagaan dan Alumni Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Pembangunan Sumber Manusia Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Akses dan Multimedia Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II 16
Biro Ekonomi Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Kebajikan dan Kerohanian Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Perhubungan dan Aktiviti Luar Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Publisiti dan Tugas-Tugas Khas Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II Biro Sukan dan Rekreasi Ketua Ahli Biro I Ahli Biro II FASAL 11- TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI 11.1 Presiden 11.1.1 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan pentadbiran, perjalanan dan hal ehwal Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar secara keseluruhannya. 11.1.2 Mempengerusikan semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, salah seorang daripada Naib Presiden akan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat. 11.1.3 Menandatangani minit-minit mesyuarat,cabutan-cabutan dan salinan-salinan rekod Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar bersama Setiausaha sekiranya perlu.
17
11.1.4 Tertakluk pada Fasal 10.4 di atas, Presiden mempunyai kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan Setiausaha 1 dan Setiausaha 2. 11.1.5 Memanggil sendiri atau melalui Setiusaha mesyuarat-mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi serta mesyuarat yang lain apabila perlu 11.1.6 Mengarah Juruaudit Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar supaya mengaudit akaun Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar pada bila-bila masa yang diperlukan dan melaporkan keputusan audit kepada Majlis Tertinggi bila perlu. 11.2 Naib Presiden 11.2.1 Dalam masa ketiadaan Presiden,seorang Naib Presiden akan mengambil alih dan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Presiden. 11.2.2 Membantu Presiden dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan. 11.2.3 Menjalankan sebarang tugasan yang telah diberikan oleh Majlis Tertinggi kepadanya dari semasa ke semasa. 11.3 Setiausaha 11.3.1 Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar Setiausaha bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden. Atas arahan Presiden, beliau akan memanggil dan menghadiri semua Mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar , Mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuaratmesyuarat yang diadakan dan sekiranya perlu, menyampaikan segala dokumendokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu. 11.3.2 Menyimpan dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku-buku dan laporan lain yang dikehendaki oleh pengurusan. 11.3.3 Menyimpan dan menjaga dengan selamat meterai Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . 11.3.4 Menyediakan laporan tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar untuk dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . 11.3.5 Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan harian sekretariat Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar serta kakitangan-kakitangan yang bekerja di sekretariat tersebut
18
11.3.6 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi kepadanya dari masa ke masa. 11.4 Setiausaha 2. 11.4.1 Di dalam ketiadaan Setiausaha 1, Setiausaha 2 akan menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada Setiausaha 1. 11.4.2 Membantu Setiausaha 1 menjalankan tugas. 11.5 Bendahari 11.5.1 Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh organisasi ini dan membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi. 11.5.2 Menyimpan ke dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Majlis Tertinggi atas nama Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar akan semua wang yang diterima oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar secepat mungkin selepas penerimaannya. 11.5.3 Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat lain mengikut arahan-arahan Majlis Tertinggi. 11.5.4 Menyelenggarakan dan menyimpan akaun-akaun Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemaskini supaya boleh diperiksa pada bila-bila masa. 11.5.5 Menyediakan penyata kewangan tahunan yang telah siap diaudit untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi. 11.5.6 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 11.5.7 Menjalankan sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan ke atas semasa ke semasa. 11.6 Biro dan Tugas-tugas Biro 11.6.1 Biro Akses dan Multimedia
19
11.6.1.1 Menyimpan maklumat ahli-ahli serta mengemaskini rekod keahlian persatuan dari semasa ke semasa. 11.6.1.2 Menubuhkan laman web atau blog persatuan serta mengemaskini lamanlaman tersebut dari semasa ke semasa. 11.6.1.3 Bertanggungjawab ke atas segala perihal multimedia yang berkaitan dengan persatuan. 11.6.1.4 Bekerjasama dengan Biro Kebajikan & Kerohanian dan Biro Perhubungan & Urusan Luar dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada ahli-ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawarmelalui medium multimedia. 11.6.1.5 Menjalankan sebarang tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini. 11.6.2 Biro Perlembagaan dan Alumni 11.6.2.1 Sentiasa memantau perlembagaan agar sentiasa relevan dengan kepentingan ahli-ahli persatuan. 11.6.2.2 Menerima segala aduan mengenai perlembagaan dan membentangkan cadangan pindaan perlembagaan dalam mesyuarat agung jika ada. 11.6.2.3 Memastikan tugas-tugas pentadbiran persatuan dibuat mengikut peruntukan perlembagaan. 11.6.2.4 Memahamkan dan memberi tafsiran yang benar terhadap mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perlembagaan sekiranya berlaku percanggahan tafsiran terhadap perlembagaan. 11.6.2.5 Menyediakan audit mengenai perihal harta benda milik persatuan kecuali kewangan untuk diserahkan kepada bendahari, setiausaha agung, dan presiden. 11.6.2.6 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini. 11.6.2.7 Bekerjasama dengan Biro Publisiti & Tugas-tugas Khas bagi merancang dan mengelolakan sebarang jenis mesyuarat atau perjumpaan rasmi antara ahli-ahli persatuan. 11.6.2.8 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.
20
11.6.3 Biro Ekonomi 11.6.3.1 Bertanggungjawab memastikan sumber kewangan yang berterusan untuk persatuan. 11.6.3.2 Menyediakan audit bagi kemasukan wang ke dalam dana persatuan untuk diberikan kepada bendahari,setiausaha agung,dan presiden setiap tiga bulan. 11.6.3.3 Mengenalpasti sumber-sumber kewangan yang strategik untuk menyalurkan wang ke dalam dana persatuan. 11.6.3.4
Merancang
projek-projek
bagi
meningkatkan
dana
persatuan
dan
mengelolakan projek-projek tersebut bersama Biro Publisiti & Tugas-tugas Khas, Biro Akses dan Multimedia, Biro Perhubungan dan Hubungan Luar dan Biro Pembangunan Sumber Manusia. 11.6.3.5 Menjalankan sebarang tugas yang difikirkan relevan oleh Majlis Tertinggi dengan biro ini. 11.6.4 Biro Kebajikan dan Kerohanian 11.6.4.1 Menjaga kebajikan ahli-ahli serta warga alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dengan menyalurkan bantuan material atau tenaga kepada mana-mana ahli atau pihak kolej sekiranya difikirkan perlu oleh ahli-ahli Biro Kebajikan & Kerohanian dan dipersetujui presiden. 11.6.4.2 Mengeratkan hubungan sesama ahli terutamanya diantara batch melalui program aktiviti yang sesuai dan dikelolakan bersama-sama Biro Publisiti & Tugastugas Khas. 11.6.4.3 Menghubungi pihak kolej dari semasa ke semasa dan mengenalpasti bantuanbantuan yang boleh disalurkan oleh persatuan kepada pihak kolej. 11.6.4.4 Megeratkan hubungan yang akrab antara pihak kolej dengan persatuan. 11.6.4.5 Menjadi pengantara antara Majlis Tertinggi Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dengan Jawatankuasa Batch dalam segala urusan rasmi berkaitan persatuan. 11.6.4.6 Menjalankan tugas yang yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini.
21
11.6.5 Biro Perhubungan dan Urusan Luar 11.6.5.1 Menjadi pengantara antara persatuan dengan pihak luar iaitu mana-mana pihak yang tidak berkaitan dengan organisasi persatuan selain pihak kolej. 11.6.5.2 Menyimpan butir-butir dan rekod perhubungan dengan pihak luar. 11.6.5.3 Mewujudkan hubungan dengan persatuan bekas-bekas pelajar yang lain dan persatuan-persatuan lain yang sah di sisi undang-undang demi kepentingan bersama. 11.6.5.4 Menjadi medium publisiti dan hebahan bagi pihak persatuan pada setiap masa. 11.6.5.5 Menjalankan tugas yang dipersetujui Majlis Tertinggi relevan dengan biro ini. 11.6.6 Biro Publisiti dan Tugas-tugas Khas 11.6.6.1 Bekerjasama dengan biro-biro lain dalam merancang dan mengelolakan aktiviti-aktiviti yang dapat mencapai objektif persatuan. 11.6.6.2 Menyediakan butiran-butiran aktiviti yang dirancangkan untuk dibentangkan kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskan. 11.6.6.3 Menjalankan sebarang tugas yang tidak tersenarai dalm peranan biro-biro lain. 11.6.6.4 Merangka jawatankuasa kerja bagi melaksanakan sesuatu aktiviti bagi dibentangkan kepada presiden untuk dipersetujui. 11.6.6.5 Menyediakan sebut harga dengan biro-biro lain yang berkaitan dalam menjayakan sesuatu aktiviti untuk dibentangkan kepada presiden untuk dipersetujui. 11.7 Tugas-tugas Majlis Tertinggi ialah: 11.7.1 Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan 11.7.2 Mengurus dan mentadbir organisasi serta menjalankan program-program organisasi 11.7.3 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan 11.7.4 Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan 11.7.5 Mengawal,mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang disabit dengan ahli,termasuk menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang
22
telah melanggar Perlembagaan ini,serta menentukan peraturan-peraturan dan prosedur perjalanan Jawatan tersebut. 11.7.6 Boleh melantik penaung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 11.7.7 Meluluskan Belanjawan Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. FASAL 12-MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 12.1 Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar merupakan forum tertinggi yang akan menentukan hala tuju dan wawasan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. Ahli-ahli dan ahli Majlis Tertinggi boleh hadir bagi menjalankan Mesyuarat Agung tahunan mengikut peraturanperaturan sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini. 12.2 Semua Ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli lain yang hadir berkuasa mengundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . 12.3 Korum untuk Mesyuarat Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dianggap cukup jika ahli yang hadir berjumplah sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi. 12.4 Jika korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat hendaklah ditangguhkan ke satu (1) jam seterusnya, dan jika korum masih tidak mencukupi setelah tempoh penagguhan tersebut, maka Majlis Tertinggi berkuasa untuk menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. 12.5 Agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar ialah: 12.5.1 Menerima laporan Setiausaha
berkenaan perjalanan Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar dalam tahun sebelumnya. 12.5.2 Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya. 12.5.3 Memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi dan dua orang juruaudit untuk tempoh tiga (3) tahun akan datang. 23
12.5.4 Menguruskan perkara-perkara selain daripada yang dibenarkan di dalam mesyuarat itu sepertimana yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi. 12.6 Notis awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang menyatakan tarikh, waktu, tempat serta jemputan mengemukakan cadangan untuk perbincangan (usul), meminda Perlembagaan dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada setiap Ahli Majlis Tertinggi tiga puluh (30) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat. Di samping itu satu (1) salinan notis yang sama hendaklah juga dipamerkan di pusat berdaftar Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . 12.7 Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan wakil dan pencalonan untuk pemilihan ahli Majlis Tertinggi serta cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung pada 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . 12.8 Mana-mana ahli yang ingin membuat pencalonan tanpa melalui ahli-ahli lain bolehlah membuat pencalonan dengan syarat hendaklah mencapai sekurangkurangnya lima belas (15) sokongan ke atas pencalonan tersebut. Pencalonan tersebut hendaklah dihantar kepada Setiausaha tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . 12.9 Setiausaha Agung hendaklah menghantarkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar notis peringatan beserta satu (1) salinan agenda, peringatan mesyuarat agung yang lalu, Laporan Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Penyata Kira-kira Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar bagi tahun lalu yang telah diaudit.
24
FASAL 13- MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI 13.1 Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali di dalam masa enam (6) bulan.Tiap-tiap pengumuman hendaklah diberikan kepada ahliahli tujuh (7) hari sebelumnya. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli Majlis Teringgi bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2) daripada bilangan ahli Majlis Tertinggi hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 13.2 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Majlis Tertinggi dan mesyuarat Majlis Tetinggi tidak boleh dijalankan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi melalui pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Majlis Tertinggi boleh dianggap sebagai boleh diterima: 13.2.1 Masalah yang dibangkitkan itu dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Majlis Tertinggi. 13.2.2 Sekurang-kurangnya satu per dua (½) bilangan ahli Majlis Tertinggi mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu. 13.2.3 Keputusan hendaklah mengikut bilangan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperoleh melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat. FASAL 14-KEWANGAN 14.1 Penyata wang diterima dan dibelanjakan beserta lembaran imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kirakira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli yang lain. 14.2 Kumpulan wang yang lebih daripada Ringgit Malaysia tiga ratus (RM 300.00) tidak boleh disimpan oleh Bendahari sebagai wang runcit. 25
14.3 Wang yang dimasukkan ke dalam bank hendaklah diletakkan di dalam akaun Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 14.4 Sesuatu perbelanjaan yang kurang daripada Ringgit Malaysia lima ratus (RM 500.00) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari 14.5 Perbelanjaan yang melebihi had ini perlu diluluskan oleh Majlis Tertinggi. 14.6 Segala cek atau penyata pengeluaran wang dari kira-kira Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari, maka bolehlah Majlis Tertinggi melantik sesiapa sahaja antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . 14.7 Pendapatan organisasi yang diperoleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai tujuan dan matlamat Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar seperti dinyatakan dalam Fasal 4. 14.8 Sumber-sumber kewangan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar diperoleh melalui: 14.8.1 Yuran pendaftaran dan tahunan ahli. 14.8.2 Derma dan tajaan. 14.8.3 Bantuan dari kerajaan dan badan-badan berkenaan. 14.8.4 Hasil perniagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . 14.8.5 Sumber-sumber lain yang dibenarkan undang-undang Negara. 14.9 Walaubagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. 14.10 Tahun kewangan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiaptiap tahun. FASAL 15-JURUAUDIT 15.1 Dua orang pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun dan tidak boleh dilantik semula secara berturut-turut. 26
15.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawarbagi setahun dan membuat laporan untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . Jika sekiranya diperlukan, mereka juga boleh diarahkan oleh Presiden untuk mengaudit kira-kira Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi. FASAL 16-PEMEGANG AMANAH 16.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada empat puluh satu (40) tahun bolehlah dilantik di dalam mesyuarat agung,dan mereka berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar . Harta boleh alih yang dimiliki oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar boleh diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani satu (1) Surat Ikatan Amanah. 16.2 Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik dan menukarkan harta kepunyaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar tanpa persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Majlis Tertinggi. 16.3 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Pemegang Amanah, Majlis Tertinggi berhak melantik penggantinya yang baru dan mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang diadakan pada tahun yang berikutnya hendaklah mengesahkan perlantikannya. 16.4 Seseorang pemegang amanah itu boleh dilucutkan jawatannya oleh Majlis Tertinggi atas sebab uzur kerana penyakit atau kerana sebab lain yang mengakibatkan tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaan dengan memuaskan.
27
FASAL 17- PINDAAN PERLEMBAGAAN 17.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah dan dipinda kecuali dengan keputusan mesuarat agung persatuan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Persatuan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar meluluskan perubahan atau pindaan itu hanya boleh berkuat kuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar pertubuhan. 17.2 Majlis Tertinggi pada tiga (3) tahun pertama penubuhan berhak meminda perlembagaan tanpa perlu melalui mesyuarat agung. FASAL 18-TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 18.1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar, Majlis Tertinggi boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan sekiranya perlu membuat keputusan berhubung perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan apa yang terlah ditetapkan di dalam mesyuarat agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar ,keputusan Majlis Tertinggi berkenaan perkara ini adalah muktamad,melainkan jika ia dibuat oleh keputusan mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
28
FASAL 19-PEMBUBARAN 19.1 Organisasi ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) jumlah ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Luar biasa yang dipanggil khusus kerananya. 19.2 Sekiranya Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas,maka segala hutang dan tanggungan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa. 19.3 Kenyataan mengenai pembubaran hendaklah disampaikan oleh Majlis Tertinggi kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh pembubaran itu. DISAHKAN OLEH: ……………………………………………………………… Presiden, Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar …………………………………………………………….. Setiausaha , Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar DISEDIAKAN OLEH: BIRO PERLEMBAGAAN DAN ALUMNI
29
BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN ALUMNI
gambar
KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR http://alumnikkbp.wordpress.com / email :
[email protected] Nama
: …………………………………………………………………………….
No. Kad Pengenalan
: …………………………………..…..
Tarikh Lahir
: ……………………………………….
Alamat 1
: …………………………………………………………………………….
( Kampung )
…………………………………………………………………………….
Alamat 2
: ……………………………………………………………………………
( Sekarang )
…………………………………………………………………………….
Pekerjaan
: ………………………………………………………..
Institusi
: …………………………………………………….( jika masih belajar )
Nombor Telefon
: ………………………………
Email: ……………………………
Program Pengajian dan Tahun di KKBP : ……………………….. -------------------------------------------Keratan Sumbangan Derma---------------------------------Bersama
ini
saya
sertakan
RM………………………..
(
Ringgit
Malaysia
:
………………………………………………….. ) sebagai sumbangan ikhlas saya bagi menjayakan penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. Saya yang benar, ………………………………………….. Nama : …………………………………………….. *** Borang diserahkan kepada : 1. Encik Azhar Bin Abd Hamid 2. Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan & Alumni KKBP.
30