UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA MELALUI SALURAN KEDUA KEMASUKAN SEPTEMBER SESI 2011/2012 Universiti Utara Malaysia mengucapkan terima kasih dan menghargai minat anda memasuki Program Ijazah Pertama Universiti Utara Malaysia (UUM) Kemasukan September Sesi 2011/2012. Sehubungan itu, sila ambil perhatian ke atas perkaraperkara berikut semasa mengisi borang permohonan :
A
PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN
1)
Sila isi program pengajian yang dipilih beserta kod program. Pastikan kelayakan yang dimiliki dan keperluan beberapa mata pelajaran tertentu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memenuhi syarat-syarat kemasukan. Pemohon yang tidak memenuhi syarat kemasukan mengikut program tidak akan dipertimbangkan. Syarat-syarat kemasukan mengikut program dan kod program adalah seperti di lampiran.
2)
Anda boleh memilih lebih dari satu (1) program. Keutamaan pertimbangan ialah kepada program yang diletakkan di bawah pilihan pertama dan berkaitan dengan pengalaman kerja.
B 1)
C
MAKLUMAT PERIBADI Sila isi semua maklumat yang diperlukan dengan jelas. Nyatakan alamat dan nombor telefon yang mudah untuk dihubungi. UUM tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kegagalan penyampaian/penghantaran surat berdasarkan alamat yang diberikan.
MAKLUMAT SUAMI/ISTERI/WARIS
1)
Sila isi semua maklumat yang diperlukan dengan jelas.
2)
Nyatakan bilangan anak/tanggungan di bawah saudara/i.
1
D 1)
2)
3)
4)
MAKLUMAT AKADEMIK Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): -
Sila nyatakan tahun menduduki SPM dan pangkat yang diperolehi.
-
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda mengambil lebih dari sekali peperiksaan SPM, sila gunakan kelayakan SPM yang memenuhi syarat kemasukan mengikut program dan kelayakan tersebut diperolehi di dalam sekali peperiksaan. Gabungan kelayakankelayakan SPM yang diduduki lebih dari sekali peperiksaan tidak diambil kira.
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM): -
Sila nyatakan tahun menduduki STPM dan keputusan yang diperolehi di dalam sekali peperiksaan sekiranya ada.
-
Sekiranya anda menduduki lebih dari sekali peperiksaan STPM, sila isi kedua-dua ruangan disediakan. Buat lampiran sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
-
Sila ambil maklum bahawa kelayakan STPM bukanlah termasuk di dalam syarat kemasukan. Walau bagaimanapun, pemohon yang memiliki kelayakan tersebut akan diberi keutamaan.
Diploma atau kelayakan lain setaraf dengannya: -
Sila isi ruangan ini sekiranya anda memiliki kelayakan Diploma atau kelayakan-kelayakan lain.
-
Sila ambil maklum bahawa kelayakan Diploma atau kelayakan lain yang setaraf dengannya bukanlah termasuk di dalam syarat kemasukan. Walau bagaimanapun, pemohon yang memiliki kelayakan tersebut akan diberi keutamaan.
Malaysian University English Test (MUET): -
Sila nyatakan tarikh menduduki MUET dan tahap yang diperolehi.
-
Pemohon yang belum mengambil ataupun mempunyai keputusan MUET sebelum ataupun pada tarikh tutup permohonan adalah tidak layak untuk memohon
-
Pemohon yang dipertimbangkan.
tidak
memenuhi
2
syarat
ini
tidak
akan
SILA SERTAKAN SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM/STPM/DIPLOMA/MUET ATAU KELAYAKAN LAIN YANG SETARAF DENGANNYA (SEKIRANYA ADA) YANG TELAH DISAHKAN. E
PENGALAMAN KERJA
1)
Sila nyatakan pekerjaan/jawatan terdahulu hingga sekarang beserta tarikh mula dan akhir berkhidmat.
2)
Sila nyatakan tempoh perkhidmatan bagi setiap pekerjaan/jawatan.
3)
Sila ambil maklum bahawa pengalaman kerja yang diambil kira ialah pengalaman kerja setelah memiliki SPM seperti yang dinyatakan di Ruangan D: MAKLUMAT AKADEMIK.
4)
Sila sertakan salinan perakuan majikan/surat perlantikan/surat penghargaan perkhidmatan bagi pekerjaan/jawatan terdahulu. Salinan-salinan tersebut hendaklah disahkan.
5)
Bagi pekerjaan/jawatan sekarang, sila sertakan surat asal perakuan majikan. Jika salinan, pastikan ia disahkan.
6)
Sila sertakan senarai tugas bagi setiap pekerjaan/jawatan dan dapatkan pengesahan majikan bagi senarai tugas tersebut.
7)
Pengalaman kerja yang tidak disertakan dengan perakuan majikan/surat perlantikan/surat penghargaan perkhidmatan dan tidak disertakan senarai tugas tidak akan diambil kira di dalam tempoh perkhidmatan.
F
ANUGERAH/PENGHARGAAN
1)
Sila nyatakan anugerah/penghargaan yang diperolehi yang berkaitan dengan pengalaman kerja seperti dinyatakan di Ruangan E: PENGALAMAN KERJA. Anda boleh membuat lampiran mengikut 'format' sedia ada sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
2)
Sila sertakan salinan surat atau sijil anugerah/penghargaan yang telah disahkan.
3)
Sila ambil maklum bahawa anugerah/penghargaan ini bukanlah termasuk di dalam syarat kemasukan. Walau bagaimanapun, pemohon yang memperolehi anugerah/penghargaan yang berkaitan dengan pengalaman kerja akan diberi keutamaan.
3
G
KURSUS/SEMINAR
1)
Sila nyatakan kursus/seminar yang disertai yang berkaitan dengan pekerjaan/jawatan seperti dinyatakan di Ruangan E: PENGALAMAN KERJA. Anda boleh membuat lampiran mengikut 'format' sedia ada sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
2)
Sila sertakan salinan sijil penyertaan/penghargaan yang telah disahkan bagi kursus/seminar yang disertai. Penyertaan dalam kursus/seminar yang tidak disertakan salinan sijil penyertaan/penghargaan tidak akan diambil kira.
3)
Sila ambil maklum bahawa penyertaan dalam kursus/seminar bukanlah termasuk di dalam syarat kemasukan. Walau bagaimanapun, ia boleh membantu menyokong permohonan anda.
H
PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN
1)
Sila nyatakan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan sekiranya ada (termasuk yang berkaitan dengan pengalaman kerja). Anda boleh membuat lampiran mengikut 'format' sedia ada sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.
2)
Sila sertakan salinan surat akuan/penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan yang telah disahkan.
3)
Sila ambil maklum bahawa penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan bukanlah termasuk di dalam syarat kemasukan. Walau bagaimanapun, pemohon yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan akan lebih berpeluang memasuki beberapa program tertentu.
I 1)
J 1)
KECACATAN Sila nyatakan jenis kecacatan sekiranya anda mengalami sebarang kecacatan fizikal.
PERAKUAN Sila buat perakuan dengan menandatangani di ruangan yang disediakan setelah mengisi semua maklumat di atas.
4
K
PENGESAHAN
1)
Sila buat pengesahan dengan menandatangani ruangan yang disediakan.
2)
Sila ambil maklum bahawa pengesahan hanya boleh dibuat oleh manamana pegawai/kakitangan kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A).
CATATAN: 1)
Sila pastikan permohonan.
perkara-perkara
berikut
disertakan
bersama
borang
a)
Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
b)
Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan.
c)
Salinan Sijil/keputusan SPM yang telah disahkan.
d)
Salinan Sijil/keputusan STPM (sekiranya ada).
e)
Salinan Diploma atau kelayakan lain yang setaraf dengannya (sekiranya ada).
f)
Salinan Sijil/keputusan MUET yang telah disahkan.
g)
Surat asal/salinan yang disahkan perakuan majikan bagi setiap pekerjaan yang dinyatakan di Ruangan E: PENGALAMAN KERJA (termasuk pekerjaan sekarang).
h)
Salinan sijil anugerah/surat penghargaan yang telah disahkan bagi setiap anugerah/penghargaan yang diperolehi seperti dinyatakan di Ruangan F: ANUGERAH/PENGHARGAAN.
i)
Salinan sijil penyertaan/surat penghargaan bagi setiap kursus/seminar yang disertai seperti dinyatakan di Ruangan G: KURSUS/SEMINAR.
j)
Salinan sijil penyertaan akuan penglibatan yang telah disahkan bagi setiap aktiviti kemasyarakatan yang dinyatakan seperti di Ruangan H: PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN.
k)
Slip bayaran wang proses sebanyak RM100.00.
2)
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang telah disediakan. Pastikan semua dokumen yang disertakan bersama borang permohonan tidak dijilid (‘bind’).
3)
Permohonan yang dibuat tidak mengikut peraturan dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
5
4)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mei 2011. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
5)
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
6)
Temuduga akan diadakan di lokasi-lokasi yang ditentukan oleh UUM bergantung kepada bilangan pemohon.
7)
Permohonan dari pemohon yang gagal menghadiri temuduga akan ditolak.
8)
Perbelanjaan menghadiri pemohon.
9)
Keputusan Panel Temuduga adalah muktamad. akan dilayan.
10)
Program yang ditawarkan kepada pemohon yang berjaya adalah muktamad. Pemohon tidak dibenarkan sama sekali bertukar program.
11)
Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 30 Julai 2011 dianggap tidak berjaya.
12)
Pengambilan pelajar melalui Saluran Kedua ini tidak dibuka kepada guruguru yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
13)
Kakitangan Universiti Utara Malaysia hendaklah:
temuduga
adalah ditanggung sendiri
oleh
Sebarang rayuan tidak
a)
mematuhi kelulusan mengikuti Program Ijazah Pertama seperti surat jabatan Pendaftar UUM/PEN/P-39/24 bertarikh 26 September 2000.
b)
menyertakan surat sokongan dan perakuan Ketua Jabatan.
(Laporan prestasi akan diperolehi terus oleh Urusetia dari Jabatan Pendaftar). 14)
Maklumat lanjut boleh didapati di talian berikut 04-9283174/04-9243108/ 04-9283168.
SEKIAN DAN SELAMAT MAJU JAYA
6