Perhatian kepada semua pelajar, Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tan Sri Aisyah Ghani (MPKKG) akan menganjurkan program “Jom Hemoi” yang berbentuk aktiviti sukan . Butirannya adalah seperti berikut: Tarikh : 29/Julai/2007 Masa : 7pagi—7petang Tempat : Disekitar Kolej Kediaman Tan Sri Aisyah Ghani…
Dengan itu, penyertaan para pelajar dalam aktiviti ini adalah wajib untuk memeriahkan lagi Jom Hemoi ini….. Borang-borang penyertaannya boleh didapati di pejabat kolej kediaman…. Peryertaan dikenakan bayaran RM1.00 bagi setiap orang..., Jamuan disediakan Hadiah menarik menanti anda….....
Lampiran B TENTATIF PROGRAM
JOM HEMOI! AHAD (29 JULAI 2007) 7.00 pagi
:
Semua pelajar berkumpul.
7.30 pagi
:
Acara senamrobik dan poco-poco
:
Sarapan
:
Perlawanan Pusingan Pertama bagi acara yang
8.30 pagi
dipertandingkan 1.30 petang
:
Rehat.
2.00 petang
:
Perlawanan bersambung
5.45 petang
:
Ketibaan En. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah (Pengetua Kolej-Kolej Kediaman UniMAP)
6.00 petang
:
Ucapan Perasmian penutup.
6.15 petang
:
Upacara penyampaian hadiah.
7.00 petang
:
Majlis bersurai.
“ JOM HEMOI !!! ”… “ keringat di perah, ikatan terjalin “ SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PERATURAN UMUM “ JOM HEMOI !!! ’’…. 1. Penyertaan ini terbuka kepada semua warga kolej kediaman KKG sahaja. 2. Peserta haruslah membentuk pasukan sendiri yang terdiri daripada penghuni blok sendiri atau blok-blok lain. 3. Setiap peserta hanya dibenarkan bermain untuk satu pasukan sahaja. 4. Bayaran RM 1 akan dikenakan bagi setiap pemain sebagai yuran penyertaan. 5. Pakaian peserta semasa program dijalankan mestilah bersesuaian. 6. Borang penyertaan pertandingan bolehlah di peroleh di Pejabat Kolej Kediaman pada waktu pejabat. 7. Setiap pasukan yang bertanding wajib mematuhi jadual perlawanan. Mana-mana pasukan yang terlewat 5 minit dari jadual perlawanan dianggap kalah dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan. 8. Syarat-syarat dan peraturan permainan tertakluk kepada pihak penganjur. 9. Sebarang keputusan daripada pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan dan surat-menyurat tidak akan dilayan. 10. Borang yang lengkap di isi dan di sertakan bayaran hendaklah dihantar ke urusetia Karnival Sukan KKG pada atau sebelum 27 Julai 2007 pada jam 11.30 malam. Urusetia Karnival Sukan KKG: 1) Saudara Che Mohd Fadhlillah Bin Che Mohd Nawi (B2 A1 1C) 2) Saudara Mohd Fauzie Bin Idris (B4 A1 1F ) 3) Saudari Ilham Syafini Bt Ahmad Mahyudin(B6 A1 1C ) 4) Saudari Norantanum Bt Hj Abu Bakar (B5 A3 1C) 11. Hadiah akan di berikan kepada Johan dan Naib Johan sahaja. 12. Pemain-pemain yang berbakat akan di serap untuk mewakili UniMAP dalam acara-acara tertentu.
Bola Tampar 1. Penyertaan ini terbuka kepada semua warga kolej-kolej kediaman lelaki dan perempuan. 2. Setiap satu pasukan hanya terhad kepada 6 orang pemain sahaja. 3. Pihak penganjur akan menghadkan pasukan yang bertanding kepada enam hingga lapan pasukan sahaja bagi setiap kategori lelaki dan perempuan. 4. Format perlawanan akan di langsungkan secara liga atau kalah mati bergantung kepada pihak penganjur. Bola Jaring 1. Penyertaan ini terbuka kepada semua warga Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani perempuan sahaja. 2. Setiap pasukan terhad kepada 7 orang pemain sahaja. 3. Pihak penganjur akan menghadkan pasukan yang bertanding kepada enam hingga lapan pasukan sahaja. 4. Format perlawanan adalah mengikut format liga atau kalah mati. Sepak Takraw 1. Penyertaan ini terbuka kepada semua warga Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani lelaki sahaja. 2. Setiap pasukan terhad kepada 3 orang pemain sahaja. 3. Format perlawanan akan di langsungkan secara liga atau kalah mati. Ping Pong 1. Penyertaan ini terbuka kepada semua warga Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani lelaki sahaja. 2. Acara ini akan terbahagi kepada dua kategori iaitu acara perseorangan dan beregu. 3. Setiap pemain hanya boleh bermain satu kategori sahaja. 4. Pihak penganjur akan menghadkan bilangan penyertaan kepada tidak melebihi 30 orang bagi acara perseorangan dan tidak melebihi 18 pasukan regu. 5. Sesiapa yang mendaftar lebih awal akan berpeluang untuk menyertai acara ini.
6. Pada pusingan awal format perlawanan adalah kalah-mati. Seterusnya mengikut format suku akhir, separuh akhir dan akhir. Futsal 1. Penyertaan ini terbuka kepada semua warga Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani lelaki dan wanita. 2. Penyertaan adalah di hadkan kepada 16 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan. 3. Format perlawanan mungkin akan di langsungkan mengikut kaedah kalah mati atau liga mengikut kesesuaian pihak penganjur. Tarik Tali 1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan KKG. 2. penyertaan pasukan bertandinga dalah dihadkan sehingga 10 pasukan lelaki dan 6 pasukan perempuan. 3. Setiap pasukan hendaklah mempunyai kekuatan 10 orang sahaja. 4. Format perlawanan adalah mengikut format liga.
“Fair play please!!!! ”