اﻟﺤﻤﺪ ﷲ رب اﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ واﻟﺼﻼة واﻟﺴﻼم ﻋﻠﻰ اﺷﺮف اﻻﻧﺒﻴﺎء واﻟﻤﺮﺳﻠﻴﻦ وﻋﻠﻰ اﻟﻪ وﺻﺤﺒﻪ اﺟﻤﻌﻴﻦ وﻣﻦ ﺗﺒﻌﻬﻢ ﺑﺎﺣﺴﺎن اﻟﻰ ﻳﻮم اﻟﺪﻳﻦ اﻣﺎ ﺑﻌﺪ
( NAHDLATUL ASYA’IRAH - NA ) Tujuan utama risalah ini adalah untuk meminta maaf dari Sahabatsahabat Ku (Orang-orang Tabligh), di atas percakapan-percakapan Riddah (Murtad) yang pernah disebutkan tatkala berada di dalam Usaha Tabligh.
“EDISI MAC 2009 M” ( Taubat Ke-1 – Adab Tidur Yang Sebenar ) Risalah ini boleh diminta melalui email:
[email protected] [email protected]
Bagi sesiapa yang sudah mengenali diri saya, baiklah. Tetapi, bagi yang belum mengenali diri saya, maka saya ini adalah : Nama Kursus Tempat Dapat Usaha Tabligh Tempat Buat Usaha Tabligh Tempoh Buat Usaha Tabligh Dilantik Dalam Usaha Tabligh
: FIRDAUS B. MAZLAN B. SIAM, : Pengajian Sarjana Muda Elektrik-Elektronik (SEL), : Sek. Men. Keb. Agama Johor Bahru (SMKA JB), : Kolej Perdana, UTM (2001-2006), : 7 Tahun, 3 kali keluar 40 Hari, 3 H tak ingat, : Amir Jemaah dan Jemaah Tasykil Kolej Perdana.
MUDAH-MUDAHAN SESIAPA YANG MEMBACA RISALAH INI, TERSELAMAT IA DARI MENSYIRIKKAN ALLAH TAALA, DAN TERSELAMATLAH IA DARI MENGHINA RASULULLAH SAW, PARA ANBIYA’ DAN JUGA PARA SAHABAT NABI SAW.
1
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata pengarang, A. Risalah ini adalah merupakan Hadiah yang sangat bernilai kepada orangorang Tabligh yang ; a. Cinta kepada Allah, cinta kepada Nabi saw dan cinta kepada ‘Alim Ulama’. b. Masih terbuka hatinya untuk menerima keterangan Nas Al-Quran dan AlHadis, Ijmak dan Qias yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis. c. Mahu menerima kebenaran yang di sampai oleh Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar) walaupun ia pahit menikam jiwa. Maka, orang Tabligh seperti di atas mempunyai harapan untuk berubah, dan kembali bertaubat di atas percakapannya yang membawa Murtad.
DAN, B. Risalah ini adalah merupakan Racun yang sangat berbisa kepada orangorang Tabligh yang ; a. Cinta kepada Allah, cinta kepada Nabi saw, dan bencikan para ‘Alim Ulama’. b. Sudah tertutup hatinya untuk menerima keterangan Nas Al-Quran dan AlHadis, Ijmak dan Qias yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis. c. Sudah tertutup hatinya untuk menerima kebenaran yang di sampai oleh Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar) walaupun ia manis seperti madu. Maka, orang Tabligh seperti di atas ini tiada harapan lagi untuk sembuh. Setiap hujjah atau dalil yang diberikan kepada mereka akan disangkal dan dilemparkan ke belakang mereka. Hanya alasan yang diberikan. C. Ingatkanlah pesanan ku ini! “Sangat buruk perilaku orang-orang yang berilmu, lagi sombong. Tetapi, lebih dahsyat lagi keburukan perilaku orang-orang yang bodoh, lagi sombong.” Bukanlah orang yang sombong itu disebabkan bangga di atas kekayaan hartanya.
2
Tetapi, orang yang sombong itu ialah, orang yang tidak mahu menerima kebenaran, walaupun telah sampai kepada mereka kebenaran.” D. Hari Pertama Aku mula belajar Kitab-kitab Muktabar ; a. Setiap kata-kata yang disampaikan oleh pengajar Kitab-kitab Muktabar itu semuanya benar walaupun ia pahit dan menikam jiwa. b. Aku mengaku segala kesalahan ku kerana berdakwah (cara Tabligh) hanya dengan menggunakan Aqal, dan mengikut kata-kata sahabat yang tidak pasti sumbernya benar atau salah. c. Tiada lagi hujjah yang boleh dilawan kerana segala penyampaian yang disampaikan kepada ku itu merupakan keterangan Nas Al-Quran dan AlHadis, Ijmak dan Qias yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis (Kitab-kitab Muktabar). d. Benarlah seperti apa yang disampaikan oleh Ulama’ dan Fuqaha’, jatuhnya seseorang itu ke dalam keburukan kerana ia jahil dan tidak mengenal akan keburukan itu. Yang Mencari Keredhaan dan Keampunan Allah, Firdaus bin Mazlan bin Siam. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
B. ADAB MEMBACA 1. Risalah ini selesai ditulis pada : - 01 Ramadhan 1428 H, Bersamaan 14 September 2007 M, Hari Jumaat. 2. Dari Kitab Ta’limul Muta’allim Tariqat Ta’allum, bagi Al-‘Allamah AsySyaikh Zarnuji, m/s 18, diterangkan bahawa :
3
- Dan, adalah tuan guru kami, Asy-Syaikh Al-Imam Sadiduddin AsySyiraziyy berkata ia, “Telah berkata oleh Tuan-tuan guru kami, barangsiapa yang berkehendak ia, akan bahawa, adalah anaknya itu menjadi orang ‘Alim (Berilmu Agama). Maka, sayugia hendaklah ia memelihara, atau meraikan akan orang-orang yang dagang daripada para Fuqaha’. (Orang yang pandai hukum Agama). Dan, memuliakan akan mereka itu. Dan, membesarkan akan mereka itu. Dan, memberi akan mereka itu akan sesuatu, iaitu bersedekah di atas mereka itu dengan sesuatu daripada hartanya. Sekalipun, adalah sesuatu barang yang disedekahkan itu, sedikit ia. Maka, jika tiada menjadi oleh anaknya orang yang ‘Alim, nescaya akan jadilah cucunya pula, orang yang ‘Alim.” Maka, zahirlah atau nyatalah daripada ini keterangan bahawasanya menta’zimkan dan memuliakan bagi ulama’ itu sesuatu perkara yang diterima, dan lagi memberi faedah, bagi contohnya seperti ini faedah. ................................. 3. Kebanyakan Ulama’ itu sudah mati, tetapi ilmunya tidak mati. Ilmu-ilmu para Ulama’ itu tertulis di dalam Kitab-kitab Muktabar. Dan, sesungguhnya, barang siapa yang menolak atau Menghina Kitab-kitab Muktabar, ini bermakna mereka juga telah menolak dan menghina para Ulama’ itu sendiri. 4. Ini adalah satu AMARAN yang amat besar, bagi mereka yang suka MENGHINA dan memperlecehkan Kitab-kitab MUKTABAR. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
C. SENARAI KITAB RUJUKAN YANG MUKTABAR A. Kitab-kitab Tauhid Yang Muktabar. (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam) 1. Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, – bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani. 2. Kitab Tuhfatul Murid, Hasyiah A’la Matni Jauharatit Tauhid, – bagi Asy-Syaikh Al-‘Allamah Ibrahim b. Muhamad Al-Bayjuri, 3. Kitab Hasyiah Tahqiqul Maqam A’la Kifayatil Awam Fi Ilmil Kalam, – bagi Asy-Syaikh Muhammad Al-Fudali.
4
4. Kitab Nuruzzalam Syarah ‘ala Aqidatil Awwam, 5. Kitab Fathul Majid Syarhun ‘Alad Durril Farid Fi ‘Aqaidie Ahlit Tauhid, 6. Kitab Mirqatu Su’udit Tasdiq Fi Syarhi Sullamit Taufiq Ila Mahabbatillahi ‘Alat Tahqiq, 7. Kitab Maraqil ‘Ubudiyyah, – bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari. 8. Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim, 9. Kitab Bughyatut Talib Li Ma’rifatil Ilmid Diniyyil Wajib, 10. Kitab Sarikhul Bayan Fi Raddi ‘Ala Man Khalafal Quran, 11. Kitab Al-Mathalibul Wafiyyah Syarhul ‘Aqidatin Nasafiyyah, – bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi. 12. Kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmu’minin Wama Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin, – bagi Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari. 13. Kitab Mabahis Fi ‘Aqaidie Ahlissunnah Al-Musamma Al-Muhannad ‘Ala Mufannad, – bagi Asy-Syaikh Khalil Ahmad As-Saharanpuriyyi Al-Hindiyyi. 14. Kitab Mursyidul Ha’ir Fi Hallil Al-Fazi Risalah Ibni Asakir, 15. Kitab Al-As’ilatul Mubassathah ‘Ala Syarhi Risalah Ibni Asakir, – bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ AlKhairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan. 16. Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq, – bagi Asy-Syaikh Hasan As-Sayyid Mutawalliyy. 17. Kitab Ad-Durarus Saniyyah Fir Raddi A’la Wahhabiyyah, – bagi Al-‘Alim Al-‘Allamah Min Aali Baitin Nubuwwah As-Sayyid Ahmad b. AsSayyid Zaini Dahlan. 18. Kitab Al-Ajwibatul Ghaliyyah Fi ‘Aqidatil Firqatin Najiah, – bagi Al-‘Allamah Ad-Da’ie Ilallah Al-Habib Zainul ‘Abidin Al-‘Alawiyyi. 19. Kitab Al-Farqu Bainal Firaq, – bagi Al-Imam ‘Abdul Qahir b. Tahir b. Mohd. Al-Baghdadiyyi. 20. Kitab Ahlus Sunnah Al-Asya’irah Syahadatu ‘Ulama’il Ummah Wa Adillatuhum, – bagi Asy-Syaikh Hamad As-Sinan dan Asy-Syaikh Fauzi Al-‘Anjariyyi. 21. Kitab Tahzibu Kitabil ‘Iktimad Fil ‘Iktiqad, – bagi Asy-Syaikh Abul Mahasin Muhammad Al-Qauqaji At-Tarablusiyyi AlHanafiyyi. 22. Kitab Maqsidut Talibin Fi Ajwibati Matnis Siratil Mustaqim, – bagi Majlis Ulama’ Darul Masyari’ (Darul Masyari’, Bairut, Lubnan). 23. Kitab Mursyidul Ha’ir Fi Halli Al-Faazi Risalah Ibni ‘Asaakir, – bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ AlKhairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan.
5
24. Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Muhammad Al-Amir ‘Ala Syarhi Asy-Syaikh Abdis Salam Ibni Ibrahim Al-Malikiyy Li Jauharah At-Tauhid Lil Imam Al-Laqqaniyy Wa Bi Hamisyiha “Ithaful Murid Syarah Asy-Syaikh Abdis Salam Al-Malikiyy ‘Ala Jauhatit Tauhid Al-Mazkurah.” B. Kitab-kitab Fiqh Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam) 25. Kitab Mat’laul Badrain Wa Majma’ul Bahrain, – bagi Al-Abdul Al-Faqir Al-Fani Muhammad b. Ismail Daud Al-Fathani. 26. Kitab Bughyatul Mustarsyidin Fi Talkhisi Fatawi Ba’dil Aimmati Minal Ulamail Mutaakhirin, – bagi Asy-Syaikh As-Sayyid Abdur Rahman b. Muhammad b. Husain b. Umar Al-Masyhur Ba ‘Alawi, Mufti Addiaril Hadramiyyah. 27. Kitab Sullamul Munajah, Syarhun ‘Ala Safinatis Solah, 28. Kitab Mirqatu Su’Udit Tasdiqi Fi Syarhi Sullamit Taufik Ila Mahabbatillah ‘Alat Tahqiq, – bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari. 29. Kitab Sabilul Muhtadin Littafaquhi Fi Amriddin, – bagi Asy-Syaikh Muhammad Arsyad b. ‘Abdullah Al-Banjari. 30. Kitab Hasyiatu E’anatut Tolibin ‘ala Halli Al-Faazi Fathil Mu’in Bi Syarhi Qurratil ‘Aini Bi Muhimmatid Din, – bagi As-Syed Abi Bakar Al-Masyhur dengan As-Syed Bakri Ibni Syyed Muhamad Syata Ad-Dimyati Al-Misri. 31. Kitab Ifadatus Saadatil Umad Bi Taqriri Ma’ani Nazmiz Zubad, – bagi Al-Imam Al-Faqih Al-‘Alamah As-Syarif Muhammad b. Ahmad b. Abdul Bariy Al-Ahdal. C. Kitab-kitab Tasawwuf Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam) 32. Kitab Maraqil Ubudiyyah, Syarhun ‘Ala Bidayatil Hidayah, – bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari. 33. Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah, – bagi Al-’Allamah Al-Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani. 34. Kitab Irsyadul ‘Ibad Ila Sabilir Rasyad, – bagi Asy-Syaikh Zainudin Ibni ‘Abdil ‘Aziz Ibni Zainiddin Al-Malibari. D. Kitab-kitab Sirah Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam) 35. Kitab Madarijus Su’ud Ila Iktisail Burud (Syarah Berzanji), 36. Kitab Fathus Samadil ‘Alim, Syarhun ‘Ala Maulid Asy-Syaikh Ahmad Ibni AlQasim, – bagi Al-‘Alim Al-Jalil Asy-Syaikh Muhammad An-Nawawi Ibni Umar Ibni ‘Arabiyy Al-Banteni.
6
37. Kitab Tahzibu Tarikhid Dualil Islamiyyah Bil Jadawilil Mardiah (Ringkasan Tarikh Kerajaan-kerajaan Islam Dalam Jadual-jadual Yang Di Redhai), – bagi Asy-Syaikh Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti As-Syafi’iah di Makkatal Mukarramah, dicetak oleh Darul Masyari’, Bairut, Lubnan. E. Kitab-kitab Tafsir Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam) 38. Kitab Tafsir Marah Labid Li Kasyfi Ma’na Quran Majid / Tafsir Al-Munir, – bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari. 39. Kitab Tafsir Al-Futuhatul Ilahiyyah Bi Taudihi Tafsiril Jalalain Lid Daqa Iqil Khafiyyah, – bagi Asy-Syaikh Sulaiman bin Umar Al-‘Ujaili As-Syafi’iyye (As-Shahir bil Jamal). 40. Kitab Syarah Tafsir Yassin Hamami, – bagi Asy-Syaikh Hamami Zadah. 41. Kitab Tafsirul Khazin Al-Musamma Lubabut Ta’wil Fi Ma’anit Tanzili, – bagi Al-Imam ‘Alauddin Ali bin Muhammad bin Ibrahim Al-Baghdadiyy. 42. Kitab Ad-Durrul Massun Fi Tafsiri Juzie ‘Amma Yatasa’alun Wa Suratil Fathihah, – bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ AlKhairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan. 43. Kitab Tafsir Al-Quran Al-‘Azim (Tafsir Ibni Katsir) – bagi Imam Abul Fida’ Al-Hafiz Ibni Katsir. 44. Kitab Tafsir Al-Qurtubi (Al-Jami’u Li Ahkamil Quran) – bagi Al-Imam Abu ‘Abdullah Al-Qurtubi. F. Kitab Khutbah Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam) 45. Kitab Khutabul Jum’ah, – bagi Qismul Abhas Waddirasatil Islamiyyah Fi Jam’iyyah Al-Masyari’ Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah, Bairut, Lubnan. G. Kitab Hadith Yang Muktabar (Di Pakai Oleh Ulamak Serata ‘Alam) 46. Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Ali As-Syinwani ‘Ala Mukhtasar Ibni Abi Jamrah Lil Bukhari. – bagi Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Ali As-Syinwani. 47. Kitab Bahrul Mazi, Syarah ‘Ala Muktasar Sahih Turmuzi, – bagi Asy-Syaikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari. 48. Kitab Fathul Bariyy Syarah Shahih Bukhari Ibnu Hajar Al-Asqalani – bagi Asy-Syaikh Ibnu Hajar Al-Asqalani. 49. Kitab Hayatus Sahabah (Kitab ‘Arab), 50. Kitab Muntakhab Al-Ahadith An-Nabawiyyah – bagi Asy-Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi. 7
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1. Jika para pembaca yang budiman di tanya orang, “Boleh tak sekiranya kita semua tidak mahu ambil tahu apa masalah Tabligh ini?” 2. Maka jawapannya, Boleh. Tidak mahu ambil tahu pun tidak mengapa. Tetapi, awas. 3. Telah dikhabarkan oleh Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, AlBanteni At-Tanari, di dalam Kitabnya, Mirqatu Su’udit Tasdiq Fi Syarhi Sullamit Taufiq Ila Mahabbatillahi ‘Alat Tahqiq, m/s 13, baris 8 dari bawah.
(Dan, demi sesungguhnya telah mengira, atau menyatakan oleh AsySyaikh Ahmad) - bin Muhammad (bin Hajar,) - Al-Haitamiyy (Dan juga oleh Al-Qadi ‘Iyad Rahimahumallahu Ta’ala, pada Kitab kedua-dua ulama tersebut iaitu; 1. Al-I’lam bil Qawati‘il Islam (Bagi Ibnu Hajar) 2. Asy-Syifa Fi Ahlaqil Mustafa (Bagi Al-Qadi ‘Iyad).) - Akan perkara-perkara yang termasuk di dalam Hukum Ar-Riddah (Murtad) yang banyak. (Maka, sayugialah membaca di atas kedua Kitab itu.) - iaitu digalakkan akan sebagai galakan yang bersangatan, lagi tiada elok atau tiada patut meninggalkan membacanya.
8
(Maka, kerana sesungguhnya, barangsiapa tiada mengenal oleh ia akan keburukan,) - iaitu Keji, dan Fasad (Rosak), dan Zalim,
(nescaya jatuh ia di dalamnya.) ............................... 4. Melihat keterangan di atas, maka nyatalah bagi kita bahawa, jika kita tidak mengenali sesuatu keburukan, maka kita akan jatuh ke dalam keburukan itu tanpa kita ketahui. 5. Begitu juga kepada sesiapa yang tidak mengenali apakah sebenarnya keburukan orang-orang Tabligh, maka ia akan mengikuti orang-orang Tabligh itu. Maka, jatuh ia ke dalam Tabligh kerana terkesan dengan penampilan Zahir yang Soleh. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------6. Apa yang lebih menyedihkan kami ialah, telah ramai di antara orang-orang Tabligh yang melawan hujjah dan keterangan Nas Agama yang disampaikan oleh kami sudah mati. Tetapi, tidak pernah bertaubat di atas segala percakapannya yang membawa Riddah (Murtad). 7. Malah, bangga dengan apa yang di dakwah dan di usahakan itu, iaitu menyesatkan manusia dengan cara halus dan lembut. 8. Ingatlah saudara dan saudari sekalian! Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar) telah menasihatkan kita, supaya jangan menilai seseorang hanya berdasarkan perwatakan Zahirnya yang soleh sahaja. Tetapi, mestilah menilai seseorang itu dengan memandang Aqidah yang di bawa olehnya. 9. InsyaAllah! Di dalam Risalah kami yang akan datang, kami akan menceritakan suatu kisah malang, yang berlaku kepada umat Islam dahulu (kira-kira satu ribu tahun yang lepas) kerana melanggar nasihat yang dinyatakan di atas. Wal Iyazubilhiminzalik..... (Minta lindung kita dengan Allah dari perkara ini.) --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9
PERINGATAN !!! 1. Tuan-tuan pembaca yang budiman, di dalam perihal menceritakan Tabligh ini, kami tidak menyatakan kesesatan Tabligh berpunca dari perkara-perkara di bawah ; a. Ustaz-ustaz Tabligh yang membuat dakwah menggunakan Kitab-kitab Muktabar, dan bukan berdasarkan Aqalnya semata-mata, b. Memakai serban, jubah, kayu Sugi, celak dan lota, c. Memasak dan makan mengikut Sunnah Nabi saw, d. Membelanjakan harta dan korban di jalan Allah, e. Mengajak dan menghidupkan solah berjemaah 5 waktu sehari semalam, f. Mengajak manusia kepada agama dengan berhikmah, g. Merendahkan dan menahan nafsu dari perkara yang tidak disukai Allah, h. Mendekatkan diri dan menangis kepada Allah, i. Menjauhkan diri dari wanita-wanita yang bukan Mahram, j. Memalukan dan menebalkan muka untuk mengajak manusia kepada Allah, k. Menutup muka dan memakai hijab bagi si isteri dan anak-anak perempuan, l. Hilang kawan kerana sentiasa kerap mengajak manusia kepada Agama, m. Memelihara Janggut, n. Mengamalkan dan menghidupkan Sunnah-sunnah Nabi saw yang lain, o. Sentiasa bermujahadah di jalan Alah selama 3 Hari, 40 Hari, 4 bulan, dan Setahun, p. Melagangkan usaha Tabligh adalah satu-satunya Usaha Dakwah yang bergerak ke serata Alam. 2. Kami juga tidak pernah mengatakan orang Tabligh itu sesat kerana menunjukkan amalan Zahir yang Soleh seperti apa yang dinyatakan di atas. 3. Tetapi sesungguhnya, punca sebenarnya Kesesatan Orang-orang Tabligh itu adalah terletak pada isi atau Intipati Penyampaian Dakwahnya itu. 4. Ingatlah sahabat-sahabatku, bahawa kami ini bukan melarang kerja atau Usaha Dakwah Nabi saw itu, tetapi kami melarang dan mengharamkan si jahil berkata-kata Agama tanpa belajar Ilmu Tauhid. 5. Ini adalah suatu Perintah Allah swt kepada kami agar melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf (Mengajak Manusia ke arah kebaikan) dan Nahyu Anil Munkar (Mencegah daripada Kemungkaran) yang berlaku kepada Ummat akhir zaman ini, lebih-lebih lagi di dalam Ilmu Tauhid. 6. Jangan lah ada di antara kita di sini memberi alasan bahawa, “Kami hanya Niat mahu Belajar cakap-cakap Agama.”
10
7. Kerana sesungguhnya, niat yang baik itu, tidak boleh menghalalkan cara. Kami tekankan sekali lagi kepada para pembaca yang budiman, bahawa ; “Tujuan risalah ini adalah sebagai Memberi Peringatan kepada mereka (Orang-orang Tabligh) yang banyak berkata-kata Agama walaupun di dalam keadaan Jahil Agama. ” -------------------------------------------------------------------------------------------------------------7. Jika ada orang Tabligh berkata lagi, “Ini pendapat kamu sahaja yang melarang kami berkata-kata agama di dalam keadaan Jahil. Ulama’ lain tak ada kata apa-apa pun?” 8. Baiklah, kami jawab perkataan mereka itu! 9. Saudara dan Saudari pembaca yang budiman, di dalam Cabang Ilmu Furu’ atau lebih dikenali sebagai Ilmu Fiqh. Terdapat di dalam kebanyakan Kitab Ilmu Fiqh, ada menerangkan Bab Riddah (Murtad). 10. Ini ditujukan khas kepada Muslimin dan Muslimat agar sentiasa menjaga dan memelihara lidah dari perkara-perkara yang boleh membawa Riddah (Murtad). Malah, inilah yang sering dilanggar dan sering berlaku kepada orangorang Tabligh yang jahil di dalam Ilmu Agama. 11. Untuk mempertegaskan dalil kami ini, marilah kita sama-sama menelaah Kitab Bughyatut Talib Li Ma’rifatil Ilmid Diniyyil Wajib, bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi, Juzu’ 1, m/s 71.
BABUR RIDDAH (BAB MURTAD) - Ini suatu fasal pada menyatakan tentang Riddah (Murtad). Wajiblah di atas setiap orang Islam menjaga keislamannya, dan memelihara keislamannya
11
daripada perkara yang merosakkan Islam, dan membatalkan Islam, dan memutuskan Islam, iaitu RIDDAH (MURTAD), Wal’iyazubillahi Taala. Dan telah berkata Imam Nawawi serta lain Ulama’,
“Bermula Riddah @ Murtad itu sekeji-keji perkara dari segala cabang kekufuran.” Dan, lagi pada Halaman 72.
Syarah : Pada ini zaman, ramai dari kalangan manusia menggunakan lidah-lidah mereka untuk bercakap dengan perkataan yang rosak, yang mengeluarkan daripada agama Islam. (Menyebabkan orang yang bercakap itu Murtad atau terkeluar dari Islam. – Pent.) Dan, tidaklah mereka memandang atau merasakan akan perkara yang demikian itu dapat mengeluarkan (diri mereka) daripada agama Islam. Bahkan, mereka juga tidak memandang atau merasakan akan perkara ini sebagai suatu dosa kesalahan. Dan, mereka masih merasakan bahawasanya diri mereka itu tetap sebagai orang Islam. Hal ini bertepatan dengan Sabda Nabi SAW,
12
“Sesungguhnya, seorang Hamba itu berani berkata-kata dengan sesuatu perkataan, yang mana ia tidak merasakan dengan perkataan itu sebagai suatu dosa, yang menyebabkan dia terhumban dengan sebab perkataan itu ke dalam Api Neraka Jahannam selama 70 tahun.” Hadis Hasan, Riwayat Tarmizi dalam Kitab Zuhud. Dan telah mengeluarkan Imam Bukhari di dalam Sahihnya, pada Bab Hifzul Lisan (Menjaga Lidah) dalam Kitab Ar-Riqaq.
“Sesungguhnya, seorang hamba itu berkata-kata dengan satu perkataan yang memisahkan (iman dan islam) pada perkataan itu. Tergelincir ia dengan sebab perkataan itu ke dalam api neraka, yang mana jaraknya (dalam neraka itu) lebih jauh daripada jarak timur dan barat.” ................................... 12. Kesimpulannya, inilah kesan berkata-kata agama di dalam keadaan Jahil. Tidak sedar sudah jatuh ke dalam keburukan, tetapi menyangka apa yang dibuatnya itu benar-benar agama. Malah, dilabelkan kata-kata Murtad dan Kufur itu sebagai Kata-kata Iman. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------13. Lalu, mereka (orang-orang Tabligh) melawan hujjah yang kami sampaikan ini dengan kata-kata seperti di bawah,
13
“Beranikanlah diri untuk bercakap agama apa sahaja. Dan, jangan takut tersalah cakap tentang agama. Kita ini hanya niat nak belajar-belajar cakap agama. Allah pasti ampunkan para Jemaah Tabligh yang telah terlalu banyak berkorban di Jalan Allah.” 14. Secara tidak langsung, mereka telah menafikan amaran yang telah disampaikan oleh Penghulu kita, iaitu Nabi saw sendiri dengan kata-kata hujjah aqal mereka sendiri. 15. Apakah musibah yang melanda ummat akhir zaman ini? Sehingga ada di antara manusia yang berani berkata-kata agama menggunakan Aqal sematamata, dan sanggup melemparkan Nas dan keterangan Agama di belakang mereka. 16. Maka, Adakah hukum Allah itu boleh disangkal dan boleh ditolak dengan “Keputusan Mesyuarat” ibarah sampah yang boleh dipijak-pijak sesuka hati?
17. Tidakkah para pembaca budiman melihat kesesatan mereka ini!!! Kesesatan Pertama! Melawan, malah engkar dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw, dan juga Ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar). -------------------------------------------------------------------------------------------------------------18. Antara contoh perkataan-perkataan orang Tabligh, yang banyak menyesatkan manusia-manusia yang awwam ialah, a. “Semua perkara itu telah Allah tetapkan, tetapi Iman masih belum Allah tetapkan, ianya bergantung sejauh mana kita berkorban di jalan Allah (Keluar Cara Tabligh).” b. “Allah Taala sangat mengasihi AGAMA-Nya lebih daripada NABI-NABINya, ALLAH Taala sanggup lihat Nabi-Nya disusah payahkan. Tetapi tuantuan, Allah Taala tak sanggup biarkan agamanya runtuh walau sedikit pun.” c. “Tuan-tuan, Iman itu hanya dapat ditingkatkan dengan perantaraan dakwah sahaja. Jadi InsyaAllah, sapa nak keluar 4 Bulan, 40 Hari, 3 Hari.. Sila bangun tuan-tuan bagi nama.....” d. “Tuan-tuan, sewaktu Nabi Ibrahim as masih kecil dan belum beriman, dia telah mengatakan Bulan, Bintang, dan Matahari itu Tuhan. Tetapi, selepas ia beriman,...”
14
e. “Kalau Allah swt tak boleh ubah Taqdir buruk (Kufur dan Maksiat) kita, maka Allah Taala bukan Tuhan. f. “Dalam Al-Quran ada perkataan Izin Allah, Tuan-tuan, kita ini melakukan sesuatu itu semua dengan Izin Allah. Tanpa Izin Allah, kita semua tak boleh bergerak. Daun-daun di hutan, sehinggakan pasir-pasir dilautan semua bergerak dengan Izin Allah.” g. “Maksud hadis lebih kurang; Abu Bakar ra tanya Nabi saw selepas masuk Islam; “Apa kerja aku?” Nabi saw bersabda; “Kerja tuan sama lah dengan kerja saya.” Abu Bakar ra faham bahawa kerja Nabi saw ada lah dakwah. Abu Bakar terus buat dakwah dan dapat mengislamkan 6 orang pada masa hari itu juga. Apa yang Abu Bakar ra belajar masa itu? Iman.. yakin bahawasanya ALLAH taala sahaja rob sekelian alam. Abu Bakar terus buat dakwah, ilmu satu inci pun tarak apa yang tau? "Allah maha kuasa makhluk tiada kuasa" lagi? kalimah toibah.” 19. Sila nyatakan Ayat Al-Quran dan Hadis yang menjelaskan perkara-perkara ini secara tepat, dari Kitab apa, karangan siapa, halaman dan juzu’ berapa, syarikat percetakan dan tahun percetakannya. 20. Jika kata-kata di atas tidak berdasarkan mana-mana sumber atau Kitab, maka ia merupakan pendustaan oleh orang-orang Tabligh di atas Kalimah “Dakwah Nabi saw.” 21. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Ini kerana, sumber utama bagi orangorang Tabligh untuk berkata-kata Agama ialah hanya dari sahabat-sahabatnya yang jahil, dan juga dari bayan-bayan yang didengarinya sebelum ini. 22. Sedangkan Ilmu Dakwah itu datangnya dari Nabi saw, turun ke Sahabat, turun ke Tabi’in dan turun ke ulama’ dan Fuqaha’ (Kitab-kitab Muktabar). 23. Ketahuilah oleh mu! Tiadalah “dakwah” itu digelar “dakwah” jika berkata-kata agama berdasarkan “Fikir-fikir Agama”, dan bukan sumbernya dari menelaah atau mengaji Kitab-kitab Muktabar. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------24. Jika ada orang-orang Tabligh berkata, “Tak kan salah, semua orang dah cakap macam tu. Kalau macam tu, satu dunia boleh Murtad lah. Zalimlah Allah Taala?” 25. Ya, jika satu dunia menyebut perkara-perkara yang melanggar batas Asasasas Agama (Usuliddin). Maka, satu dunia menjadi Murtad dan mesti bertaubat kembali. Allah Taala tetap tidak zalim.
15
26. Kita ini adalah milik Allah, jadi Allah bebas melakukan sesuatu perkara di atas diri kita. Inilah Haq Allah Taala. InsyaAllah, kami akan terangkan masalah ini di dalam Risalah yang akan datang. 27. Ketahuilah olehmu, di dalam Agama Islam, tiada perkataan Majoriti. Apa yang salah, ia tetap salah walaupun majoriti berkata begitu. Ini kerana, perkara Agama itu mesti bersumberkan Al-Quran dan Hadis, Ijmak dan Qias yang diambil dari Al-Quran dan Hadis. 28. Satu dalil dari Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak dan Qias sahaja sudah cukup untuk menghapuskan segala majoriti yang ada. 29. Mudah-mudahan kita semua mengambil berat akan sesuatu perkara agama, dan bukan menjadi orang yang bermudah-mudah di dalam berkata-kata agama. Islam itu mudah, tetapi jangan ambil mudah. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------30. Baiklah, para pembaca yang budiman! Kini, kami bawakan pula beberapa buah Kitab Muktabar yang menerangkan bahawa hukuman Haram, benar-benar jatuh kepada si Jahil yang suka berdakwah agama, seperti orang-orang Tabligh. 31. Tersebut lagi di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin, bagi Asy-Syaikh Nasar bin Muhammad bin Ibrahim As-Samarqandiyy (Uzbeckistan), m/s 33, baris 5 dari bawah.
- ...... Telah berkata Al-Faqih Abul Lais Ra, “Orang yang melakukan ‘AMAR BIL MA’RUF’ berhajat (perlu) kepada lima perkara. Pertama, Ilmu pengetahuan. Kerana bahawasanya, orang yang jahil tentang ilmu agama tidak layak sama sekali menjalankan kerja ‘Al-Amru Bil Ma’ruf.’ (Menyuruh berbuat kebaikan / Dakwah kepada kebaikan).” ............................... 10. Tersebut lagi di dalam Kitab Tuhfatul Murid, Hasyiah A’la Matni Jauharatit Tauhid, bagi Asy-Syaikh Al-‘Allamah Ibrahim b. Muhammad Al-Bayjuri, m/s
16
329, baris 7 dari atas. Cetakan Maktabah Darus Salam, Al-Qaherah, Jumhuriyyah Misr Al-‘Arabiyyah. Cetakan ke-3, 1427 H / 2006 M.
- Dan, ketahuilah oleh mu, bahawasanya Wajibnya kerja ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar’ dengan beberapa syarat. Pertama; Bahawasanya, hendaklah ada orang yang menjalankan kerja demikian itu (Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar), berilmu dengan apa yang disuruh dan dengan apa yang dilarang. Orang yang jahil tentang Ilmu Agama tidak halal (Haram) baginya melakukan kerja ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar.’ Tidak Halal bagi orang awam (Bukan dari golongan orang yang berilmu agama) melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar’ pada perkara yang ia tidak berilmu tentangnya. Adapun, pada perkara yang diketahui Hukumnya secara jelas oleh orang awam, dan orang yang berilmu Agama. Maka, bolehlah orang awam itu melakukan kerja ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf Wal Nahyu Anil Munkar’ pada perkara tersebut itu sahaja. ............................... 11. Tersebut di dalam Kitab Hasyiah Asy-Syaikh Muhammad Ibni Muhammad Al-Amir ‘Ala Syarhi Asy-Syaikh Abdis Salam Ibni Ibrahim Al-Malikiyy Li Jauharah At-Tauhid Lil Imam Al-Laqqaniyy Wa Bi Hamisyiha “Ithaful Murid Syarah Asy-Syaikh Abdis Salam Al-Malikiyy ‘Ala Jauhatit Tauhid AlMazkurah.”, m/s 161, baris 11 dari bawah.
17
-.....Dan sebahagian daripada syarat halalnya melakukan ‘Al-‘Amru Bil Ma’ruf’ iaitu bahawa hendaklah ada orang yang menyuruh dengan perkara Ma’ruf itu berilmu agama dengan apa yang disuruhnya akan dia, dan dengan apa yang dilarangnya akan dia. Maka, tiada halal (Haram) bagi si jahil tentang hukum hakam agama (aturan hukum agama) mencegah, atau melarang apa yang dia lihat akan dia. Dan, tiada halal (Haram) ia menyuruh dengan suatu perkara tentang agama, yang ia tidak berilmu tentangnya..... ......................... 32. Kesimpulannya, dapatlah diketahui bahawa Haram berdakwah di dalam keadaan Jahil. Dan, dakwah itu hanya boleh berjalan ke atas mereka yang tahu atau berilmu di atas perkara yang mahu didakwahkan. 33. Belajarlah sahabat-sahabat ku, belajarlah Tauhid!! Belajar dari Kitab-kitab Tauhid yang Muktabar supaya kita dapat mengenal keburukan dan menyelamatkan diri darinya. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------34. Sebagai memberi alasan, mereka mengatakan lagi, “Majlis kami bukan Majlis Ilmu, tapi majlis fikir-fikir Agama.” 35. Ketahuilah oleh mu, di majlis di mana menyebut nama Allah dan menceritakan perihal perkara-perkara Sam’iyyat (Perkara-perkara yang Ghaib), yang hanya dapat diketahui melalui keterangan-keterangan Al-Quran dan Al-Hadis. Maka, majlis itu adalah Majlis Ilmu Tauhid. 36. Dan, tidak ada jalan bagi aqal (fikir-fikir agama) boleh masuk pada memahami perkara-perkara Sam’iyyat, seperti wujudnya dosa dan pahala, syurga dan neraka, Masyhar dan Mizan, azab dan nikmat kubur, perjalanan ruh, dan hal ehwal huru-hara hari Qiamat melainkan dengan perkhabaran Syara’, iatu Al-Quran dan Hadis. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------37. Telah berkata lagi orang-orang Tabligh yang masih lagi tidak berpuas hati dengan penerangan kami, “Kalau kamu bertaubat, Allah pasti ampunkan. Kenapa kamu mesti menyebarkan keburukan Jamaah Tabligh?”
18
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------Peringatan Ke-2!! 1. Ketahuilah oleh mu wahai para pembaca yang Insaf, cara Taubat Iktiqad itu adalah berlainan dengan Taubat kesalahan yang tidak membawa Murtad. Maka, cara Taubat Iktiqad itu ialah Mengakui Kesalahan, Serta Menarik Balik Kenyataan atau Kepercayaan Yang Salah itu. 2. Perkara Taubat Iktiqad ini telah dinyatakan di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin b. Muhammad Al-Fathani, m/s 120, baris 3 dari atas.
- Dan lagi, disyaratkan rujuk (kembali) Ia (orang yang Murtad) daripada barang yang mengharus (mengboleh) ia akan dia (akan perkara yang haram) itu, serta mengucap dua kalimah itu. Jika adalah kufurnya dengan engkar akan (suatu) fardhu umpamanya, atau mengharuskan (membolehkan) apa yang diharamkan. Maka, hendaklah ia rujuk (kembali) pada ingkarnya, (Dengan menarik balik kata-kata yang engkar. – Pent.) serta mengucap 2 kalimah itu. ......................... 3. Panggillah beberapa Sahabat yang boleh dipercayai. Yang pertama, menarik kembali kata-kata yang SALAH itu semula seperti apa yang saya lakukan. Yang keduanya, mengucap dua Kalimah Syahadah. 4.
Ini satu Peringatan! Selagi saudara dan saudari pembaca tidak menarik kembali kata-kata yang Murtad itu, syarat Taubat masih belum sempurna.
5. Contoh terbaik dalam perkara Taubat dan rujuk kembali daripada keyakinan dan aqidah yang Salah ialah Qisah Taubat Al-Imam Abul Hasan Al-Asya’ari, 19
Imam Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Beliau mengisytiharkan Taubatnya pada Hari Jumaat di atas Mimbar Masjid Jamek di Basrah, Iraq. 6. Beliau telah memperincikan setiap kesalahan aqidah yang telah beliau anuti dan yang telah disebarkan kepada orang ramai. Apa yang lebih penting lagi, beliau karang Kitab tentang kesalahan dan kesesatan Aqidah yang beliau anuti sebelum Taubat itu dan Kitab itu disebarkan kepada orang ramai sebagai panduan. 7. Sila rujuk Kitab Muzakkiratut Tauhid Wal Firaq, bagi Asy-Syaikh Hasan AsSayyid Mutawalli, Juzu’ yang pertama, m/s 18-19. InsyaAllah, kami akan kisahkan perkara ini di dalam Risalah yang akan datang. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------8. Dan, inilah nasihat kami yang terakhir kepada semua manusia, istimewanya orang-orang Tabligh yang berdakwah (cara Tabligh) dan berkata-kata agama bersumberkan sahabat-sahabatnya yang Jahil. 9. Telah lalu disebut di dalam Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, bagi Al’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin b. Muhammad Al-Fathani, m/s 12, baris 15 baris dari atas.
.....(Sahdan) Telah berkata ‘Ulama, Haram belajar Ilmu Usuliddin (Asas Agama) daripada orang yang tiada mahir ilmunya. Dan, tiada mengambil daripada gurunya. Maka, adalah pada zaman sekarang ini, beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya ‘Alim yang mengajar ia akan manusia yang awam dengan pengajaran yang menyesatkan. (Dan setengah) Daripada mereka itu yang berpegang dengan Ayat AlQuran yang Mutasyabihat (yang samar2) atau Sunnah (hadis) yang Mutasyabihat (yang samar-samar). Pada hal, tiada dilintangkan dengan “Qawati’ a’liah” (Pemutus hukum akal) dan “Naqliah” yang Muhkamat (Ayat-ayat Al-Quran yang terang), tetapi mengambil
20
mereka itu dengan “Zawahir” (Zahir-zahir yang nyata) ayat Mutasyabihat (yang samar). Maka, jadi jatuh mereka itu pada laut kufur (kafir). Maka, sesat mereka itu, dan lagi menyesatkan mereka itu akan manusia yang awam. A’uzubillahi minzalik. Maka, adalah mereka itu seperti dajal atau terlebih jahat dari dajal.” ........................ 10. Sedarlah, jangan berkata-kata Agama jika kita merasakan kita jahil Agama. Janganlah hanya berdalih dengan mengatakan pelbagai alasan. 11. Kelak, kita ini akan menjadi seperti dajal, malah akan menjadi terlebih jahat dari dajal kerana menyesatkan manusia atas nama Dakwah Nabi Muhammad saw. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------BAIKLAH!!! SELEPAS INI. PENGARANG AKAN MENYATAKAN SEGALA PERKATAAN-PERKATAAN YANG PERNAH DISEBUTKAN DI KALA KEJAHILAN SEMASA MEMBUAT USAHA TABLIGH. 1. Perkara-perkara ini memang pernah di sebut oleh saya, dan juga sahabatsahabat saya yang pernah membuat Usaha Tabligh selama mana mereka berada di dalam Jamaah Tabligh. 2. Mudah-mudahan memberi petunjuk oleh Allah kepada kita bagi mengenal kesesatan-kesesatan yang halus lagi tersembunyi di akhir zaman ini. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DI BAWAH INI ADALAH FAHAMAN-FAHAMAN TAUHID YANG DI AJARKAN KEPADA SAYA SEMASA BERGERAK DI DALAM USAHA TABLIGH.
A. TAUBAT YANG PERTAMA. 1. Dahulu aku pernah menerangkan adab Tidur seperti di bawah ini; Contoh 1
21
- Tuan-tuan, adab Tidur yang datangnya dari Rasululah saw itu ada 2 cara; a. Cara Pertama ialah kita tidur di atas lambung kanan seperti keadaan mayat diletakkan di dalam kubur. Muka dan badan kita menghadap ke arah qiblat. b. Cara Kedua ialah tidur menegak, iaitu kita letakkan kepala ke arah qiblat, dan kaki ke arah yang berlawanan Qiblat. 2. Ayat-ayat yang saya katakan di atas seolah-olah seperti begini. -
Saya yakin kedua-dua cara tidur ini adalah cara atau Sunnah Nabi saw.
- Kaki tidak boleh menghadap ke arah Qiblat kerana ia merupakan suatu perbuatan yang tidak beradab dan juga merupakan suatu dosa jika dilakukan. Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku kerana menyampaikan sesuatu yang salah lagi menyesatkan ini kepada kamu semua. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. PENERANGAN TAUBAT PERTAMA 1. Para pembaca sekalian, jika kita tidak mengenal adab tidur yang sebenar. Maka, kita semua akan percaya dan mengikut seperti apa yang di sampaikan oleh orang-orang Tabligh ini. 2. Jatuh kita ke dalam keburukan kerana Jahil di dalam Agama, malah perkara yang sesat ini kita sampaikan kepada orang lain dengan sangkaan ini merupakan Sunnah Nabi saw yang sebenarnya. 3. Lalu, kita lagangkan perkara salah ini di atas nama Nabi saw tanpa sebarang bukti dan sumber rujukan. Maka! Satu lagi tiket ke Neraka Jahannam telah ditempah kepada si penyampai Adab Tidur yang dikatakan dari Nabi saw ini. 4. Kepada orang-orang Tabligh! Sila nyatakan Ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang menjelaskan perkara-perkara ini secara tepat, dari Kitab apa, karangan siapa, halaman dan juzu’ berapa, syarikat percetakan dan tahun percetakannya. 5. Jika kata-kata di atas tidak berdasarkan mana-mana sumber atau Kitab, maka ia merupakan pendustaan oleh orang-orang Tabligh itu sendiri. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
22
6. Untuk mengetahui adab Tidur yang sebenar, marilah kita sama-sama membuka Kitab Maraqil ‘Ubudiyyah, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 41, baris 15 dari bawah. Beginilah nas Ibarah Kitabnya,
- .....Dan, bermula mengadap Qiblat itu di atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya itu, mengadap Qiblat bagi orang yang hadir kepadanya oleh kematian. Dan, dia itu tidur terlentang di atas tengkuknya. Maka, bentuk mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu, bahawa adalah mukanya, dan kedua tapak kakinya mengadap ke arah Qiblat. ................................ 7. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Ihya’u Ulumiddin, bagi Al-’Alim Al-’Ulama Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, Juzu’ 1, m/s 349.
- ...Dan adab ke tujuh, bahawa tidur ia mengadap akan Qiblat. Dan, bermula mengadap Qiblat itu atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya, mengadap Qiblat orang yang hadir kepadanya kematian. Dan, yaitu terlentang di atas tengkuknya. Maka, mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu bahawa adalah mukanya, dan dua tapak kakinya mengadap ke Qiblat. ......................................
23
8. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah, yang diterjemah dari Kitab Lubabu Ihya’i Ulumiddin Al-’Alim Al’Ulama’ Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. Oleh Al-’Allamah Al-‘Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani Rahimahullah Hi Taala, Juzu’ 1, m/s 230, baris 11 dari atas.
- (Dan Adab yang ketujuh) Sunnah ia tidur mengadap Qiblat. Bermula mengadap qiblat itu atas dua bahagi. a. Pertama, seperti orang yang hampir mati iaitu terlentang di atas belakangnya. Dan, adalah mukanya, dan dua tapak kakinya itu, kepada qiblat itu. b. Kedua, menghadap qiblat seperti mayat di dalam kubur. Yaitu (Iaitu), dijadikannya akan lambungnya yang kanan itu ke bawah. Dan, adalah mukanya, dan dadanya itu, mengadap qiblat.” .......................... 9. Di sini, dapatlah difahami bahawa Adab Tidur yang sebenar ialah muka kita, dada kita dan kedua tapak kaki kita mestilah menghadap ke arah Qiblat. 10. Setelah diterangkan segala panjang lebar Nas Agama seperti di atas, tetapi tiba-tiba muncul seseorang manusia berkata, “Mana boleh, tidak elok kaki itu mengadap Qiblat.” 11. Ketahuilah olehmu, bahawasanya manusia yang muncul ini merupakan manusia yang suka mendahului aqalnya lebih dari Nas Agama. Maka, jauhkanlah diri kamu akan orang yang bersifat seperti ini. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
24
12. Ketahuilah wahai para pembaca yang cintakan Allah! Telah dikhabarkan kepada kami, bahawa kedudukan kita ini di Asia Tenggara adalah di bahagian Tenggara Kaabah. Dan, ia juga mengadap bahagian Al-Hajarul Aswad di sebelah tenggara Kaabah. 13. Binaan Kaabah atas bumi sememangnya begini. Empat segi mewakili empat arah. Kalau nak tengok peta, ada dalam Kitabnya bernama Sullamul Munajah Syarah ‘ala Syafinatus Solah, m/s 14. Ada gambar peta di situ, sudut AlHajarul Aswad tepat jatuh pada Banten Tanara, Pulau Jawa.
UTARA
BARAT
KAABAH
TIMUR
Al-Hajarul Aswad SELATAN
Rajah 1.0 Kedudukan Kaabah 14. Adalah salah satu Sunnah Nabi saw, bahawa kita melakukan perbuatan mengucup atau mencium Batu Al-Hajarul Aswad di Makkatul Mukarramah. Adalah satu kemulian juga bagi kita, jika kita dapat mengucup di tempat yang mana bibir Nabi Muhammad saw kucupi. Mudah-mudahan selamatlah kita dari api neraka. 15. Seperti apa yang dipelajari di atas, tatkala kita bangun dari tidur dan mengangkat badan kita. Maka, muka dan dada kita akan terus menghadap qiblat.
25
16. Bukanlah seperti apa yang diajarkan oleh orang-orang Tabligh, bila mana seseorang itu bangun dari tidurnya, punggung mereka telah awal-awal lagi sudah dihadapkan ke arah qiblat. Jadi, mereka telah membelakangi dan membuntuti Al-Hajarul Aswad. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
D. KESIMPULAN 1. Sedarlah wahai-wahai Sahabat-sahabatku yang takutkan Allah! Istimewanya, orang-orang Tabligh yang benar-benar ingin mencari Keampunan Allah! 2. Janganlah ada di antara kita di sini yang gemar berkata-kata Agama (Berdakwah) di dalam keadaan Jahil. Larangan berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil adalah merupakan larangan dari Nabi Muhammad saw sendiri. 3. Ketahuilah olehmu! Apabila seseorang berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil, maka telah jatuh (berlaku) ke atas diri mereka, melakukan perbuatan-perbuatan yang Bidaah pada Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan. 4. Marilah kita sama-sama mendengar dengan sepenuh perhatian dengan apa yang disampaikan oleh Tuan Guru kita yang sangat ‘Alim lagi ‘Allamah iaitu Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari, di dalam Kitabnya iaitu Kitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmu’minin Wama Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin, m/s 17, baris 11 dari bawah.
Ertinya,
26
(Hubaya-hubaya! Hai Tholib / Hati-hati! Wahai Penuntut.) Pelihara akan dirimu daripada Iktiqad (Aqidah dan Tauhid), dan Perkataan, dan Perbuatan yang Bidaah. ( Seperti apa yang kami terangkan mengenai Adab Tidur di atas, orang-orang Tabligh ini telah mereka suatu Bidaah pada Perbuatan. Orang-orang Tabligh ini juga banyak melakukan Bidaah dari Segi Perkataan pada Majlis Bayan (Penerangan) mereka. Dan, lantaran kerana banyak berkata-kata inilah, mereka jatuh kepada Bidaah yang lebih dahsyat, iaitu melakukan Bidaah pada Iktiqad (Iaitu, merekacipta Iktiqad (Keyakinan) yang menyalahi apa-apa yang dinyatakan di dalam Kitab Tauhid Al-Asya’irah.). – Pent.) (Dan) Janganlah bersahabat dengan Qaum yang mempunyai Bidaah lagi Dholalah (Sesat). Dan, janganlah muliakan mereka itu. (Kerana), Sabda Nabi saw,
Ertinya, “Barangsiapa memuliakan akan ahli Bidaah. (Dari Segi Iktiqad, Perbuatan dan Perkataan. – Pent.) (Maka, sa nya) Menolongi ia pada meruntuhkan Agama Islam.” Telah meriwayatkan akan Hadis ini Imam Baihaqiyy. (Dan) Lagi Sabda Nabi saw,
Ertinya, “Ahli Bidaah itu, sejahat-jahat Makhluq dan Tabiat (Perangai).” Telah meriwayatkan akan Hadis ini Abu Nu’aim. (Dan lagi) Sabda Nabi saw,
27
Ertinya, “Barangsiapa menghinakan Ahli Bidaah, nescaya disentosakan Allah Taala akan dia pada hari Qiamat, daripada haru hara terkejut yang amat besar. Dan, dipeliharakan Allah Taala akan dia, daripada bahaya.” (Ketahui) Olehmu Hai Tholib, bahawasanya semata daripada Kurnia Allah Taala, kepada segala Hambanya. Tiada jua Zahir (Muncul) Ahli Bidaah itu pada suatu tempat, melainkan dizahirkan (dimunculkan) Allah Subhanahu Ta’ala seorang Hambanya yang mendirikan Hujjah dan Dalil yang menolakkan Bidaah. (Yakni, seseorang yang akan bangun mendirikan Kebenaran dan menolak dari perkara Bidaah itu, adalah dari kalangan mereka sendiri. – Pent.) Seperti, Sabda Nabi saw,
Ertinya, “Tiada Zahir ahli Bidaah, melainkan adalah dizahirkan Allah Taala atas mereka itu seorang daripada Hambanya yang membangkitkan Hujjah, dan Dalil yang menolakkan Bidaah itu.” Telah meriwayatkan Hadis ini Ibnu Hakim. (Soal) Apa Murad (Maksud) daripada Bidaah itu. (Jawab) Bahawa, Murad daripada Bidaah itu, mengadakan dan membaharui suatu pekerjaan yang tiada daripada Agama Nabi kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam sama ada pekerjaan itu Iktiqad atau Perbuatan. ( Orang yang tidak pernah mengaji Agama, mereka hanya kenal perkara Bidaah Perbuatan sahaja. Sedangkan, ada juga Bidaah dari segi Iktiqad. Tidakkah kamu sedar wahai orang-orang Tabligh? Perbuatan kamu penuh dengan Perbuatan Sunnah Nabi saw. Tetapi, Iktiqad (Aqidah dan Kepercayaan) kamu adalah penuh dan sarat dengan Aqidah yang sesat, lagi bertentangan dengan Aqidah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. – Pent.). .................................................... 5. Sayugianya, peliharalah dan sampaikan peringatan ini kepada dirimu, keluargamu, dan saudara-saudaramu dari melakukan perkara-perkara Bidaah pada Iktiqad, Perbuatan dan Perkataan.
28
6. Dan, jika ada di antara mereka yang engkar dengan apa yang kamu sampaikan, maka janganlah kamu bersahabat dengan mereka. 7. InsyaAllah, di dalam risalah-risalah yang akan datang! Kami akan bangkitkan hujjah-hujjah dan dalil-dalil yang lebih banyak lagi, bagi menolak perkaraperkara Bidaah Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan yang berlaku di dalam Jamaah Tabligh, yang membawa kepada jatuhnya Hukum Riddah (Murtad). --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
E. Isi-isi Penting Risalah Ke-1 ini No.
Isi-isi Penting
1.0
Kata-kata pengarang, Firdaus bin Mazlan bin Siam.
02.
2.0
Senarai Rujukan Kitab-Kitab Muktabar.
04.
3.0
Boleh tak, sekiranya aku tidak mahu tahu apa masalah Tabligh ni?
08.
Kami tidak menyalahkan Tabligh di atas perkara ini, dan apakah sebenarnya masalah orang Tabligh ini?
09.
Peringatan kepada setiap Individu Tabligh yang membuat Kerja Agama.(Dakwah).
10.
Siapakah yang sebenarnya melarang orang-orang yang Jahil dari membuat kerja dakwah?
11.
7.0
Kesesatan yang Pertama dari orang-orang Tabligh!
14.
8.0
Menyangkal alasan Majoriti.
15.
9.0
Senarai Kitab-kitab Muktabar yang mengharamkan kerja dakwah di atas orang-orang Jahil Agama.
16.
Alasan mengatakan bukan Majlis Ilmu, tetapi hanya Majlis Fikir Agama.
18.
4.0 5.0 6.0
10.0
Muka Surat
11.0
Jika sudah berTaubat, kenapa mahu menyebarkan keburukan orang lain? Kenapa perlu disebarkan kepada umum? 18.
12.0
Cara Taubat Iktiqad di dalam Kitab ‘AqidatunNajin.
19.
13.0
Nasihat kami apabila seseorang yang ingin belajar Agama Islam.
20.
14.0
Taubat Ke-1 - Adab Tidur yang didustakan atas Nama Nabi saw?
21.
29
15.0
Kesimpulan! Nasihat yang baik oleh Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjariyy.
26.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------Jika ada sebarang kesulitan, pertanyaan dan sebagainya, sila hantarkan email kepada saya:
[email protected] ATAU
[email protected]
FARDHU AIN BELAJAR TAUHID IAITU MENGESAKAN ALLAH DARI SEGI ZAT, SIFAT DAN PERBUATAN ALLAH TA’ALA (SIFAT WAHDANIYYAH ALLAH TA’ALA) --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pantun Nasihat Guru Ku Pergi berburu ke padang datar, Dapat Rusa belang kaki, Kalau berguru kepalang ajar, Macam bunga kembang tak jadi.
30