DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING
WPK 1113
Psikologi Kognitif
Teori-Teori Kognitif Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri - PhD
Objektif Pembelajaran
Di akhir modul para peserta: 1. Memahami bahawa psikologi kognitif membantu melihat pembelajaran sebagai proses pembinaan. 2. Memahami bahawa psikologi kognitif menekankan kepentingan menstruktur pengetahuan. 3. Memahami bahawa psikologi kognitif mementingkan kesedaran diri dan pengawalan. 4. Memahami bahawa psikologi kognitif menekankan peranan interaksi sosial perkembangan kognitif
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
TEORI-TEORI PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN • Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. • Pada awalnya, idea idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. • Berikut dengan itu juga kajian mengenai sikap dan tingkah laku manusia dijalankan. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PENDEKATAN PSIKOLOGI KOGNITIF
•
Memberi penekanan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut.
• Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan otak memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. • Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif.
• Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir seharusnya dapat bertindak balas dengan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika didapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
TEORI-TEORI/MODEL PSIKOLOGI KOGNITIF
1 Model Respons Kognitif (Kognitif respons Theory) 2. Teori Kognitif Percanggahan (Percanggahan Cognitive Theory) 3. Teori Perkembangan Kognitif (Cognitive Development Theory)
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
MODEL RESPONS KOGNITIF (KOGNITIVE RESPONS THEORY) • Satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia memperoleh dan berubah sikap mereka apabila bertindak ke atas komunikasi berbentuk pemujukan. Teori ini memberi fokus kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan sekadar memberi tindak balas terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga menggerakkan pemikirannya terhadap maklumat tersebut. • Apabila seseorang menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba memberi mesej tentang sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung kaitkan dengan pengetahuan sedia-ada, menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif terhadap maklumat yang diterima. • Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada tahun 1930 an. Kajian beliau adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap ini berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi. Keistimewaan teori ini adalah teori ini diambil daripada teori-teori yang lain dan dengan mengumpulkan teori-teori ini, maka muncullah apa yang dikenali oleh Greenward sebagai Kognitif respons. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
KELEMAHAN MODEL KOGNITIF RESPONS • Satu masalah yang ketara dalam Model Kognitif respons ini ialah ia terlalu bergantung kepada teori-teori yang lain. • Satu teori tidak cukup untuk menerangkan perubahan sikap seorang dengan berkesan. Terdapat satu perasaan yang menyeluruh bahawa teori ini cuba memahami bagaimana perubahan sikap diperlukan, akan tetapi matlamat itu tidak jelas tercapai. • Ia kelihatan tidak mungkin untuk memahami dengan tepat bagaimana sikap berubah dan kemudian juga ia tidak realistik dan diterangkan ke atas semua perubahan sikap. • Selain itu, teori ini sangat bergantung kepada fakta bahawa perubahan dalam sikap adalah sebagai kesan akibat daripada kesedaran dan proses pemikiran yang aktif.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
TEORI PERCANGGAHAN PSIKOLOGI KOGNITIF • Bagaimana seseorang itu tergerak untuk bertindak? Sebenarnya terdapat satu daya dalaman dan proses yang kompleks dalam diri manusia untuk menyumbang ke arah terhasilnya tingkah laku. • Kajian telah membuktikan bahawa dalam menghasilkan sesuatu tingkah laku, banyak melibatkan akal, perasaan, interaksi dengan persekitaran. Proses tersebut melibatkan motivasi, kognitif dan pembelajaran. • Kognitif Percanggahan adalah keadaan ketidakselesaan atau ketegangan dalam individu tersebut bila individu berasa dirinya mempunyai idea atau tanggapan yang tidak selaras dengan orang lain. • Apabila munculnya situasi percanggahan ini, seseorang itu akan cuba mengurangkan jumlah ketegangan atau ketidakselesaan dengan mengubah kepercayaan atau mengubah pendapat mereka. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
TEORI PERCANGGAHAN PSIKOLOGI KOGNITIF • Percanggahan ini mungking berbentuk percanggahan di antara sikap dengan sikap atau tingkah laku dengan tingkah laku atau sikap dengan tingkah laku. • Misalnya, seseorang wanita menentang prejudis (sikap). Dia tidak sukakan pekerja lelaki bekerja di pejabatnya (sikap). Ini merupakan satu “percanggahan” antara sikap dengan tingkah laku. Contoh seterusnya, seorang ingin mengamalkan diet (sikap), tetapi setiap hari dia makan makanan pada kuantiti yang tinggi(tingkah laku). • Di sini, kita dapat lihat “percanggahan” antara sikap dengan tingkah laku seseorang. Gangguan seumpama ini akan mendorong seseorang untuk bertindak iaitu kenyataan yang bertentangan dengan kepercayaan dan tingkah lakunya. Bila seseorang diganggu dan didorong untuk bertindak, proses pembelajaran berlaku. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
EMPAT BIDANG KAJIAN PERCANGGAHAN KOGNITIF OLEH FESTINGER
Leon Festinger (1957) dalam bukunya A Theory of Cognitive Percanggahan membincang tentang empat bidang sebagai sokongan ke atas teorinya.
1 Percanggahan pos keputusan 2 Pematuhan Paksaan 3 Pendedahan kepada Informasi. 4 Sokongan
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
KESIMPULAN TEORI PERCANGGAHAN KOGNITIF
• Teori Percanggahan Kognitif adalah tidak selaras di antara dua atau lebih pendapat atau idea. Percanggahan boleh memotivasikan tingkah laku atau mengubah pendapat seseorang. • Kajian Festinger menunjukkan pendapat dan kepercayaan boleh diubah untuk memadai pelbagai situasi sosial. Berdasarkan pada prinsip-prinsip asas tentang Percanggahan kognitif bolehlah dikatakan bahawa berlakunya ketakserasian apabila wujudnya dua pemikiran atau kognitif yang bercanggah . • Percanggahan ini hanya boleh dikurangkan melalui perubahan sikap dan tindakan, mencari sokongan kognitif orang lain atau menolak segala ketakserasian yang dianggap tidak bersesuiaan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
CARA MEMPROSES MAKLUMAT
Adaptasi Keseimbangan
Skema
Memproses maklumat
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
CARA MEMPROSES MAKLUMAT
• • • •
Struktur kognitif berbentuk konsep dan idea Diguna untuk tafsir persekitaran Panduan tingkah laku Terbahagi kepada 3:
- Skema tingkah laku - Skema simbolik - Skema Operasi
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Adaptasi • Mengubah skema semasa menemui objek, maklumat atau pengalaman baru • Terdapat 2 proses: 1. Asimilasi Menambah maklumat baru atau perkaya struktur kognitif sedia ada. 2. Akomodasi Mengubahsuai skema sedia ada untuk memahami maklumat baru.
Keseimbangan • Keseimbangan adalah gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman. Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
TAHAP PERKEMBANGAN
Sensori Motor
Operasi Formal
Tahap Perkembangan
Pra Operasi
Operasi Konkrit
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
SENSORI MOTOR • Umur 0-2 tahun • Mengkordinasikan maklumat deria dengan kebolehan motor • Terdapat 6 sub-peringkat: Aktiviti refleks (0-1 bulan) Reaksi primary circular (1-4 bulan) Reaksi Tertiary Circulat (12-18 bulan) Menyelesaikan masalah simbolik (18-24 bulan)
Kemahiran Imitasi
- Meniru tingkah laku yang dilihat - Meniru tingkah laku yang tiada di depan mata Pengekalan Objek - Sedar bahawa objek tidak hilang walaupun tidak dapat dikesan Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PRA OPERASI • Umur 2-7 tahun • Perkembangan drastik dalam penggunaan symbol mental • Terdapat 2 bahagian: Pra Konsep (2-4 tahun) Intuitif (4-7 tahun) Kemahiran • Mengumpulkan objek ikut fungsi • Belum menguasai pengekalan isipadu • Berfikir satu hala – 7 tahun • Egosentrik dan anismisme • Pemusatan dan intuitif Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
OPERASI KONKRIT • Umur 7-11 tahun • Perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif • Aplikasi kemahiran bila berfikir
Kemahiran
Pengekalan • Isipadu dan berat • Melakukan proses kebalikan Mengklasifikasikan • Mengumpul benda-benda ikut ciri Perkaitan logik • Pemahaman yang lebih baik • Membuat pensirian secara mental • Berkebolehan dalam transviti Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
OPERASI FORMAL
• Umur 12 tahun ke atas • Boleh melakukan proses mental ke atas idea dan fakta serta andaian-andaian. • Boleh fikir tentang proses hipotetikal dan peristiwa secara logik.
Kemahiran
Penaakulan Hipotetikal deduktif Berfikiran seperti saintis
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
TEORI VYSGOTSKY
Faktor Sosiobudaya
• Kemahiran diperoleh melalui interaksi sosial. Contoh: Ibu bapa, guru. Org dewasa dan rakan sebaya
• Orang dewasa (alat mental) Bahasa sebagai alat mental
Zone of proximal development
kanak-
kanak; interaksi sosial. • Fungsi: selesaikan masalah • Private speech (org dewasa dan kanak-kanak matang)
• Definisi: jurang tahap kompetensi kanakkanak. • Interaksi: dapat kecilkan jurang • Scalfolding: bantuan yang diberikan
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Persamaan antara Teori Piaget dan Vygotsky
• Pemikiran
awal kanak-kanak pralinguistik diperhatikan melalui tindakan dan perlakuan.
• Mengakui peranan interaksi sosial terhadap perkembangan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Implikasi Teori Vysgotsky Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Scaffolding Bantuan diberikan kepada pelajar untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan belajar berdikari
Assisted Learning
Collaborative Learning
Pelajar dikehendaki menggunakan percakapan peribadi untuk bercakap pada diri sendiri apabila menyelesaikan masalah
Merupakan pembelajaran dalam satu kumpulan yang heteregenous Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Perbandingan Teori Piaget dan Vygotsky
Sosio budaya
Konstriktivi sme
Tahap
• Penekanan sedikit • Penekanan kuat • Kontruktivis kognitif • Konstruktivis sosial • Beberapa tahap (sensorimotor, pra operasi, opersai • Tidak ada tahap khusus
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
PERBINCANGAN KELOMPOK Kumpulan 1 Pada pandangan anda bagaimana psikologi kognitif dapat membantu melihat pembelajaran sebagai proses pembinaan. Kumpulanan 2 Psikologi kognitif menekankan kepentingan menstruktur pengetahuan. Bincangkan. Kumpulan 3 Psikologi kognitif mementingkan kesedaran diri dan pengawalan. Huraikan Kumpulan 4 Psikologi kognitif menekankan peranan interaksi sosial perkembangan kognitif . Jelaskan menurut pandangan Piagett dan Vygotsky.
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD
Ustazah Dr Nek Mah Batri - PhD