¾ËWh¸?Âh¸??¾lG ()
Terjemahan ayat Dan serulah kepada manusia supaya mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka itu datang kepada engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta kurus, yang datang dari segenap ceruk rantau yang jauh untuk menyaksikan beberapa manfaat bagi mereka dan menyebut (mengingati) nama Allah pada hari-hari yang ditentukan atas rezeki yang Allah berikan kepada mereka dari binatang ternakan. Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan golongan fakir miskin yang menderita. surah al Haj ayat 27-28 Erti perkataan Ertinya Dan serulah Kepada manusia Dengan mengerjakan haji Nescaya mereka itu datang kepada engkau Dengan berjalan kaki Dan mengendarai unta kurus Mereka itu dating Dari segenap ceruk rantau Yang jauh Untuk menyaksikan
Perkataan
ÃeAÈ n@Á¸?Ь U
@G ·ÉKBÊ Ù@Sg h¼@wº´Ð¹¤È KBÊ U¬º´Â¼ ²Ë½¤
Ertinya Beberapa menfaat bagi mereka Dan menyebut nama Allah Pada hari-hari Yang ditentukan Atas rezeki yang telah Allah berikan kepada mereka Daripada binatang ternakan Makanlah kamu daripadanya Dan berilah makan Golongan fakir miskin yang menderita
Perkataan
¾¦Á¼ ?¾k??Èh´fÊÈ ¿@ÊAЬ M¼É¹¥¼ ¾ÅÁ°ig@¼Ð¹¤ ¾¥ÀÛ?ϽËÅG¼ @ÅÁ¼?ɹµ¬ ?É¥Ë}AÈ ±¸?mÓ@H¸?
?ÈdÅp˸
Maksud potongan ayat
U
@Gn@Á¸?ЬÃe?È Ertinya: Dan serulah kepada manusia supaya mengerjakan ibadah haji. Huraiannya : Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya menyeru dan mengajak semua manusia pergi ke Baitullah al Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadah haji yang menjadi rukun Islam kelima. Perintah ini kemudiannya disambung oleh Nabi Muhammad s.a.w.
h¼@wº´Ð¹¤ÈÙ@Sg·ÉKBÊ Ertinya: Nescaya mereka datang kepada engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus. Huraiannya: Mereka sudah tentu akan datang untuk mengerjakan ibadah haji dengan pelbagai cara sama ada dengan berjalan kaki ataupun dengan menunggang unta yang kurus (menunjukkan perjalanan yang jauh) dan menggunakan kenderaan yang lain.
¾¦Á¼?ÈdÅp˸ Ertinya: Untuk menyaksikan beberapa perkara yang menfaat bagi mereka. Huraiannya: Apabila mereka pergi menunaikan ibadah haji, mereka dapat juga melihat tempat-tempat yang berfaedah yang menunukkan kebesaran Allah seperti makam para syuhada, makam Nabi Ibrahim, Bukit Safa dan Marwah dan lain-lain lagi untuk mengukuhkan keimanan.
M¼É¹¥¼¿@ÊAЬ?¾k??Èh´fÊÈ Ertinya: Dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan. Huraiannya: Semasa mengerjakan haji umat Islam dapat berzikir, bertahmid memuji-muji kebesaran Allah di tempat-tempat tertentu seperti Arafah, Mina, Muzdalifah atau semasa tawaf di Baitullah, semasa mengerjakan saie dan lain-lain lagi pada hari-hari yang ditentukan.
¾¥ÀÛ?ϽËÅG¼¾Å°ig@¼Ð¹¤ Ertinya: Atas rezeki yang telah Allah berikan kepada mereka daripada binatang ternakan. Huraiannya: Umat Islam digalakkan mengerjakan korban dengan menyembelih seekor kambing atau kibas atau unta sebagai lambang kebesaran Allah pada Hari Raya Adha terutama ketika berada di kota Mekah.
±¸?mÓ@H¸??ɽ¥}AÈ@ÅÁ¼?ɹµ¬ Ertnya: Maka makanlah dan berilah makan golongan fakir miskin yang menderita. Huraiannya: Daging yang dibuat korban itu bolehlah dimakan dan sebahagiannya disedekahkan kepada fakir miskin yang dalam kesusahan dan kepayahan serta menanggung berbagai-bagai penderitaan.
Kefardhuan Ibadah Haji 12-
Difardhukan semenjak Nabi Ibrahim a.s lagi (setelah Allah memerintahkan membina kaabah dan mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. Kemudian kefardhuan haji di sambung oleh Nabi Muhammad s.a.w (disyariatkan pada tahun ke 6 hijrah).
Hukum-hukum yang terdapat di dalam ayat 1234-
Wajib mengerjakan haji sekali seumur hidup. Sunat mengerjakan korban pada hari-hari tasyriq. Sunat dimakan oleh pembuat korban sebahagian daripada daging korbannya. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.
Faedah/hikmah mengerjakan ibadah haji 1234567-
Dapat mengukuhkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah kerana berada di sisi Kaabah dan melihat kesan-kesan sejarah. Menghilangkan sifat-sifat tamak dan pentingkan diri kerana hatinya telah tunduk kepada kebesaran Allah. Ibadah haji dapat melatih diri bersifat jujur, rendah diri dan sabar kerana di sana seseorang itu berhadapan dengan pelbagai ujian Allah. Dengan memakai pakaian ihram, setiap individu itu merasakan bahawa manusia disisi Allah adalah serupa. Maka akan hilanglah perasaan sombong, angkuh dan bangga diri. Umat Islam dari serata dunia datang berkumpul di sana. Mereka dapat berkenal mesra, maka terjalin tali persehabatan di antara mereka. Dapat memperingati kembali sejarah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah supaya mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Semasa melakukan ibadah haji, umat Islam berpeluang melihat tanda kebesaran Allah dan kekuasaannya seperti pemandangan di Padang Arafah yang dapat menambahkan keimanan dalam diri manusia.
Pengajaran Ayat 1234567-
Ayat ini menjadi dalil wajibnya ibadah haji ke atas kita orang-orang Islam. Ibadah haji telah diwajibkan sejak Nabi Ibrahim a.s. kemudian disambung oleh Nabi Muhammad s.a.w. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyeru umatnya mengerjakan haji di makah dan memberi jaminan kepadanya bahawa mereka akan menyahut seruannya itu dengan datang beramai-ramai dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Ibadah haji mengandungi banyak faedah dan hikmah yang besar kepada mereka yang sempurna mengerjakannya. Faedah yang diperolehi daripada ibadah haji bukan sahaja dari segi ugama dan pahala tetapi juga dari segi pendidikan, sejarah, ekonomi dan kemasyarakatan. Orang-orang fakir miskin mendapat faedah daripada ibadah haji (seperti mendapat daging sembelihan korban). Ibadah haji diwajibkan hanya sekali seumur hidup.
TAFSIR II : SURAH AL QASHAS (AYAT 77)
¾ËWh¸?Âh¸??¾lG TERJEMAHAN AYAT Dan hendaklah kamu cari apa yang telah diberi oleh Allah kepada kamu tentang kehidupan hari akhirat dan janganlah kamu lupakan nasib bahagian daripada kehidupan di dunia ini. Dan hendaklah kamu membuat baik sebagaimana yang Allah telah berbuat baik kepada diri kamu serta janganlah kamu mencari kejahatan dimuka bumi ini kerana sesungguhnya Allah tidak sukakan orang-orang yang melakukan kejahatan . (Surah alQashas ayat77)
ERTI PERKATAAN Ertinya Hendaklah kamu cari apa-apa yang telah Allah beri kepada kamu
Perkataan
?¶K?Ò@½Ë¬õªáLG?áÈ
Îh_Û?g?d¸?
Kehidupan hari akhirat Dan janganlah kamu lupakan nasib bahagian kamu
¶HËtÀmÁKÙÈ @ËÀd¸?¼
Daripada kehidupan di dunia ini Dan hendaklah kamu membuat baik sebagaimana Allah membuat baik kepada kamu Dan janganlah kamu mencari kejahatan di atas muka bumi ini Sesungguhnya Allah tidak sukakan orang-orang yang melakukan kejahatan
¶Ë¸E?ÂlWA@½´ÂlWAÈ |gÛ?Ьc@l¸?ªHKÙÈ\ ÂÊdl?IÙ?ÃE
MAKSUD POTONGAN AYAT
Îh_Û?g?d¸??¶K?Ò@½Ë¬õªáLG?áÈ Ertinya: Dan hendaklah kamu cari apa yang telah diberi oleh Allah kepada kamu tentang kehidupan hari akhirat Huraiannya : Nikmat yang Allah sediakan kepada umat Islam terlau banyak, maka hendalah dipergunakan nikmat-nikmat itu dengan sebaik-baiknya supaya mendapat ganjaran yang baik juga pada hari akhirat.
@ËÀd¸?¼¶HËtÀmÁKÙÈ Ertinya: dan janganlah kamu lupakan nasib bahagian daripada kehidupan di dunia ini. Huraiannya: Umat Islam hendaklah berusaha mendapatkan habuan yang telah sedia ada di duni dengan bekerja dan berusaha dengan cara yang diredhai. Semoga kita mendapat kenikmatan hidup yang sewajarnya.
¶Ë¸E?ÂlWA@½´ÂlWAÈ Ertinya: Dan hendaklah kamu membuat baik sebagaimana yang Allah telah berbuat baik kepada diri kamu Huraiannya: Umat Islam disuruh berbuat baik dengan melakukan segala perintahnya dan tinggalkan larangannya sebagaimana Allah berbuat baik dengan memberi berbagai-bagai kenikmatan.
|gÛ?Ьc@l¸?ªHKÙÈ Ertinya: serta janganlah kamu mencari kejahatan dimuka bumi ini. Huraiannya: Umat Islam dilarang membuat kejahatan iaitu melakukan perkara yang ditegah kerana perbuatan tersebut membawa kerosakan yang boleh menyebabkan masyarakat menjadi porak peranda.
SURUHAN ALLAH DALAM AYAT 1. Umat Islam dikehendaki menggunakan segala kenikmatan yang telah Allah kurniakan untuk kebaikan akhirat. 2. Allah menyuruh umat Islam berusaha mendapatkan rezeki di dunia. 3. Allah menyuruh umat Islam melakukan kebaikan seperti yang digariskan dalam Islam.
LARANGAN ALLAH TERHADAP MANUSIA Allah melarang manusia daripada melakukan kerosakan di muka bumi ini. Ini boleh menyebabkan berlaku kepincangan dalam masyarakat. Contohnya: berlakunya rasuah, pecah amanah, penipuan dan sebagainya.
HIKMAT LARANGAN MEMBUAT KEROSAKAN 1. Perbuatan itu boleh membahayakan dan merosakkan diri sendiri. 2. Masyarakat akan menjadi porak peranda dan permusuhan sentiasa berlaku. 3. Negara menjadi tidak setabil dan keamanan tergugat. DASAR HIDUP YANG DIKEHENDAKI DALAM ISLAM BAGI PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1. Umat Islam diperintahkan oleh Allah supaya menikmati kebahagiaan yang dapat menjamin kebahagiaan di akhirat. 2. Umat Islam diingatkan supaya tidak lupa akan pemberian Allah dengan berusaha untuk mendapatkan nikmat yang disediakan oleh Allah. 3. Umat Islam hendaklah bersama-sama mengambil bahagian untuk membangunkan Negara supaya umat Islam dipandang tinggi oleh orang lain. 4. Dasar berbaik-baik diantara satu dengan yang lain, untuk membentuk umat Islam yang bersatu dalam ikatan persaudaraan. CARA UNTUK MENDAPATKAN KEBAHAGIAAN HIDUP Dengan menggunakan nikmat yang Allah kurniakan untuk kebahagian akhirat. Dengan berusaha dan bekerja untuk mendapat nikmat yang disediakan oleh Allah dalam usaha mencapai kebahagiaan hidup. Dengan melakukan kebaikan semasa manusia seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jangan sekali-kali melakukan angkara yang dilarang oleh Allah yang boleh merosakkan kebahagiaan hidup. CARA MENGGUNAKAN NIKMAT KURNIAAN ALLAH UNTUK AKHIRAT Membelanjakan harta bagi keperluan diri dan tanggungan seperti makan, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya yang diredhai oleh Allah. Menggunakan sebahagian harta untuk membuat amal jariah seperti bersedekah, mewakafkan untuk kepentingan Islam atau menderma untuk kebajikan. Menggunakan harta untuk menunaikan ibadat wajib kepada Allah seperti menunaikan fardhu haji, mengeluarkan zakat dan sebagainya. PENGHAYATAN KONSEP BERBAIK-BAIK SESAMA SENDIRI DALAM MASYARAKAT ISLAM Setengah masyarakat Islam di Negara kita mempraktikkan penghayatan seperti yang dianjurkan dalam Islam dengan menjalankan kehidupan berjiran, Namun begitu ada sebahagian masyarakat Islam yang masih mementingkan diri tanpa mengambil tahu soal kerjasama sesama ahli masyarakat. Diperingkat antarabangsa, penghayatan Islam yang sebenar tidak dipraktikkan dengan sempurna dalam membentuk kesatuan Negara-negara Islam yang bersatu padu. Sebaliknya masing-masing mementingkan kedudukan sendiri dan ini menyebabkan hilangnya semangat perpaduan dikalangan masyarakat Islam di seluruh dunia. Pengaruh kebendaan, pangkat dan darjat yang masih diagungka dalam diri individu menjadi punca perpecahan dan permusuhan sesama sendiri dalam masyarakat dan Negara Islam. CARA UNTUK MENGEMBALIKAN MASYARAKAT KE ARAH PENGHAYATAN ISLAM Usaha-usaha dakwah dan penerangan hendaklah dilakukan supaya umat Islam dapat memahami ajaran Islam yang sebenar. Menanamkan konsep takwa dan iman dalam diri mereka dengan menjalankan aktiviti-aktiviti Islam seperti usrah, qiamullail, ceramah, forum, muzakarah dan sebagainya. Berusaha membasmi unsur-unsur yang boleh merosakkan masyarakat yang bertentangan dengan perintah Allah.
PENGAJARAN AYAT 1. Umat Islam hendaklah menggunakan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka di dunia untuk kebahagiaan di akhirat. 2. Umat Islam disuruh berusaha untuk mendapat kebahagiaan di dunia dengan mengatur kehidupan yang lebih baik. 3. Umat Islam hendaklah berbuat baik sesama sendiri dan elakkan Angkara yang menimbulkan kerosakkan dalam masyarakat. 4. Allah tidak suka orang yang melakukan kejahatan dan mereka akan menerima balasan yang setimpal di akhirat kelak.
TAFSIR 3 : AN NAHL (AYAT 125)
¾ËWh¸?Âh¸??¾lG TERJEMAHAN AYAT hendaklah kamu berseru kepada jalan (ugama) Tuhan kamu dengan cara yang bijaksana dan nasihat yang baik, maka hendaklah kamu berhujjah dengan mereka dengan cara yang lebih baik, bahawasanya Tuhan kamu dialah yang lebih mengetahui sesiapa yang telah sesat daripada ugamanya dan dia juga amat mengetahui akan orang-orang yang telah mendapat petunjuk.(Surah An Nahl 125)
ERTI PERKATAAN Ertinya
Perkataan
¶GgºËHk?§c?
Hendaklah kamu berseru kepada ugama Tuhan kamu
ÏÁl
?Ï¡¤É?ÈϽµ
@G
Dengan cara yang bijaksana dan nasihat yang baik Dan berhujjah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.
ÂlWAÐÄÐL¸@G¾dSÈ
Sesungguhnya Tuhan kamu itu dialah yang lebih mengetahui
¾¹¤AÉĶGgÃE ƹËHk¤ºwÂ
Orang-orang yang telah sesat daripada ugamanya Dan dialah juga yang mengetahui akan orang-orang yang telah mendapat petunjuk.
ÂÊdLÅ@G¾¹¤AÉÄÈ
MAKSUD POTONGAN AYAT
¶GgºËHk?§c? Ertinya: Hendaklah kamu berseru kepada ugama Tuhan kamu. Huraiannya: Umat Islam mempunyai tanggungjawab menjalankan dakwah untuk menyebarkan ajaran Islam kepada mereka yang belum menerimanya.
ÂlWAÐÄÐL¸@G¾dSȶÏÁl
?Ï¡¤É?ÈϽµ
@G Ertinya: Dengan cara yang bijaksana dan nasihat yang baik, dan berhujjah kamu dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Huraiannya: Umat Islam dikehendaki menjalankan dakwah dengan cara yang sebaik-baiknya iaitu: a)
Dengan kebijaksanaan, supaya dakwah yang disampaikan bersesuaian dengan pemikiran, tabiat, perasaan dan keadaan orang yang diseru.
b)
Dengan memberi pengajaran dan nasihat yang baik dengan menceritakan kebaikan dan keindahan Islam yang dapat menarik minat mereka, di samping itu pendakwah hendaklah mempunyai ciri-ciri akhlak yang tinggi.
c)
Berdebat dengan mereka berlandaskan cara yang baik. Pendakwah hendaklah menggunakan hujjah-hujjah yang bernas yang dapat meyakinkan mereka. Dengan itu pendakwah hendaklah petah bercakap, sabar, bertatasusila dan pandai menangkis hujjah pihak lawan.
ƹËHk¤ºw¾¹¤AÉĶGgÃE Ertinya: Sesungguhnya Tuhan kamu itu Dialah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang telah sesat daripada ugamanya. Huraiannya: Tugas setiap umat Islam hanyalah menyeru manusia kepada agama Islam. Oleh itu terserahlah kepada Allah untuk menentukan sama ada mereka sesat kerana tidak mahu menurut perintah Allah atau memberi petunjuk kepada mereka jalan yang benar.
Orang-orang yang bertanggungjawab menyebarkan Islam: i. ii. iii. iv. v.
Nabi Muhammad S.A.W. Para sahabat Nabi. Setiap alim ulama. Setiap pemerintah. Setiap individu muslim.
Cara berdakwah yang dikehendaki Islam: i. ii. iii.
Dengan cara yang bijaksana. Dengan memberi pengajaran dan nasihat yang baik. Berdebat dengan mereka dengan cara yang baik dengan memberi hujjah yang bernas.
Sikap manusia terhadap seruan Islam: i.
Mereka yang sesat dari jalan Allah akan menolak seruan Allah dan mereka terus ingkar.
ii.
Mereka yang mendapat petunjuk Allah akan menerima seruan Allah dengan rela hati.
PENGAJARAN AYAT 1-
Islam ialah agama seruan dan bukan agama paksaan.
2-
Umat Islam perlu berdakwah dengan bijaksana dan menyampaikan pengajaran serta berdebat denag cara yang baik.
3-
Umat Islam tidak seharusnya kecewa kerana tugasnya hanya berdakwah dan Allah yang menentukan sama ada mereka menerima atau menolaknya.
4-
Allah menyuruh Nabi Muhammad supaya menyiarkan Islam dengan cara yang bijaksana dan nasihat-nasihat yang baik supaya manusia tertarik hati untuk menerima ajaran-ajarannya itu.
5-
Menyeru manusia dengan lemah lembut dan dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang baik adalah lebih berkesan dan mendapat kejayaan yang lebih besar daripada menyeru mereka dengan cara kekerasan, undang-undang atau paksaan.
6-
Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, seseorang itu hendaklah bersifat bijaksana, sabar, tekun, bertimbang rasa, bertolak ansur dan pandai mengambil hati orang-orang bawahannya.
7-
Allah amat mengetahui hamba-hambanya yang mendapat petunjuk dan hidayat dan juga hamba-hambanya yang ingkar dan enggan menerima ajaran ugamanya.
Sikap manusia terhadap seruan Islam: i.
Mereka yang sesat dari jalan Allah akan menolak seruan Allah dan mereka terus ingkar.
ii.
Mereka yang mendapat petunjuk Allah akan menerima seruan Allah dengan rela hati.
PENGAJARAN AYAT 1-
Islam ialah agama seruan dan bukan agama paksaan.
2-
Umat Islam perlu berdakwah dengan bijaksana dan menyampaikan pengajaran serta berdebat denag cara yang baik.
3-
Umat Islam tidak seharusnya kecewa kerana tugasnya hanya berdakwah dan Allah yang menentukan sama ada mereka menerima atau menolaknya.
4-
Allah menyuruh Nabi Muhammad supaya menyiarkan Islam dengan cara yang bijaksana dan nasihat-nasihat yang baik supaya manusia tertarik hati untuk menerima ajaran-ajarannya itu.
5-
Menyeru manusia dengan lemah lembut dan dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang baik adalah lebih berkesan dan mendapat kejayaan yang lebih besar daripada menyeru mereka dengan cara kekerasan, undang-undang atau paksaan.
6-
Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, seseorang itu hendaklah bersifat bijaksana, sabar, tekun, bertimbang rasa, bertolak ansur dan pandai mengambil hati orang-orang bawahannya.
7-
Allah amat mengetahui hamba-hambanya yang mendapat petunjuk dan hidayat dan juga hamba-hambanya yang ingkar dan enggan menerima ajaran ugamanya.