Dasar baru elak projek terbengkalai PERCUMA 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015, 4 - 11 Rabiulawal 1436 www.selangorkini.net
Kelonggaran bekerja dari rumah
Waktu anjal untuk wanita “Kira-kira 93 peratus mahu kembali bekerja tetapi 63 peratus daripadanya sukar berbuat demikian atas kekangan tertentu.” LAPORAN LANJUT di muka 2
“Pemaju atau tuan tanah tidak dibenar k an me mulakan kerja tanah di tapak sehingga mereka selesaikan pembayaran premium tanah berke naan.”. BERITA di muka 2
Elaun lebih sesuai untuk ketua kampung Kenaikan RM100 untuk 2015 sebelum ini sebagai penghargaan atas perkhidmatan mereka. Katanya, Kerajaan Negeri juga akan mempertimbang sagu hati berbentuk pampasan kepada ketua kampung yang menamat perkhidmatan, selain bantuan kebajikan. BERITA di muka 3
CEGAH... Kerajaan Negeri giat melancarkan pelbagai program bagi membanteras wabak denggi
yang menular di Selangor berikutan musim tengkujuh yang sesuai bagi nyamuk membiak. Dilaporkan setakat 29 November 2014, sebanyak 48,691 kes dilaporkan dengan 70 kematian direkodkan di Selangor
Gambar oleh Asrie Sapfie
MB tumpu isu maqasid syariah Sebarang cadangan berkaitan masa depan Pakatan Rakyat termasuk isu Hudud perlu dibincang melalui mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Pakatan memberi tumpuan kepada isu dalam maqasid syariah seperti ekonomi, sosial dan keselamatan. BERITA di muka 4
Utama 2
Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
Bayar premium sebelum mulakan projek
Dasar baru elak projek terbengkalai PUCHONG Kerajaan Selangor memperkenal dasar baru pemaju atau pemilik tanah perlu membayar premium tanah terlebih dahulu sebelum memulakan kerja. Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata dasar itu bertujuan bagi melindungi kepentingan pembeli unit sesebuah projek di negeri itu. Ia berikutan sikap tidak bertanggungjawab pemaju yang enggan membayar premium tanah bagi memperoleh lebih keuntungan tetapi menyebabkan pembeli unit sukar mendapat hak milik unit kediaman. “Pemaju atau tuan tanah tidak dibenarkan memulakan kerja tanah di tapak sehingga mereka selesaikan pembayaran premium tanah berkenaan. “Ini termasuk menyelesaikan bayaran caruman parit atau bayaran lain bagi mengelak projek terbengkalai hingga membawa masalah kepada pembeli,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Borang 5A bagi Projek Coral Land Corporation Sdn Bhd dan Penyerahan Surat Hak Milik Pembangunan Lestari Perdana, 21
Disember lalu. Kata Mohamed Azmin, dokumen hak milik hartanah penting kerana tanpanya, urusan jual beli, turun milik akibat kematian atau urusan gadaian kepada institusi kewangan, tidak boleh dibuat pemilik. Hal itu didaftar mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara dan mendatangkan masalah kepada penduduk Lestari Perdana ekoran ketiadaan dokumen berkenaan. “Pengeluaran hak milik individu bagi pembangunan Lestari Perdana tertangguh hampir 10 tahun walaupun bangunan sudah siap?” katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, masalah hak milik pembeli rumah teres di Zon 6, 7 dan 9, Lestari Perdana dapat diselesaikan sejak 2008. Mohamed Azmin berkata, 215 daripada 334 pembeli memperoleh hak milik individu selepas membuat permohonan ke Pejabat Tanah Daerah Petaling. Baki 119 orang, katanya belum membuat permohonan walaupun notis pemberitahuan sudah dihantar, manakala masalah 301 pembeli kedai pejabat dua tingkat di zon 3, 3B dan zon 19B, selesai.
Perkenal waktu kerja anjal wanita bekerja dari rumah Oleh AFEEQA AFEERA SUBANG JAYA - Wanita yang bekerja dalam sektor kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh bekerja dari rumah atau menggunakan waktu kerja anjal. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia sebagai pilihan terkini dan masa hadapan bagi membendung kehilangan bakat wanita dalam sektor tenaga kerja mahir. Berdasarkan kajian, katanya, kira-kira 93 peratus wanita mahu kembali bekerja tetapi 63 peratus daripadanya sukar berbuat demikian atas kekangan tertentu. “Negara melakukan pelaburan tinggi terhadap wanita melalui pendidikan rendah hingga peringkat tertinggi. Mengabai pelaburan itu adalah tragedi kolektif. “Kita perlu rumuskan dasar, reformasi dan anjakan baru dalam cara pekerjaan seperti memperkenal waktu anjal untuk wanita dan bekerja dari rumah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor 2014 di Hotel Holiday Villa, 23 Disember lalu. Hadir sama, isteri Dato’ Menteri Besar, Shamshida Taharin dan Exco Kesihatan,
Kita perlu rumuskan dasar, reformasi dan anjakan baru dalam cara pekerjaan MOHAMED AZMIN Dato’ Menteri Besar
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi. Mohamed Azmin, berkata kemudahan wifi percuma de-ngan prasarana 2,500 hotspot disediakan sebagai sistem sokongan bagi memudahkan wanita bewkerja dari rumah. Selain itu, beliau juga berharap lebih ramai wanita diberi peluang menjadi calon pilihan raya umum akan datang berikutan jumlah perwakilan wanita di Parlimen direkod terendah di Asean. "Hanya 10.4 peratus berbanding Thailand (13.3 peratus), Indonesia (18 peratus), Filipina (22.1 peratus), Singapura (22.2 peratus) dan Vietnam (22.4 peratus),” katanya.
180 projek terbengkalai zaman BN
BERGAYA...
Warga emas ini tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam pertandingan pakaian beragam sewaktu sambutan Hari Warga Emas 2014 peringkat Negeri Selangor yang bertemakan ‘Budimu Kusanjungi’ di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK. Lebih 700 warga emas dirai
PUCHONG - Pakatan Rakyat (PR) berusaha menyelesaikan 180 projek terbengkalai dan isu hak milik, masalah warisan pentadbiran BN. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, antara punca utama ialah amalan ke-rajaan BN sebelum 2008 meng-anugerah tanah dan memberi kelulusan kebenaran merancang sebelum pemaju membayar premium tanah. “Ada pemaju mengutip bayaran penuh daripada pembeli dan selepas selesai mereka hilang. Kononnya, bankrap dan gulung tikar,” katanya. Beliau berkata demikian pa-da Majlis Penyerahan Borang 5A bagi Projek Coral Land Corporation Sdn Bhd dan Penyerahan Surat Hak Milik Pembangunan Lestari Perdana di Puchong Perdana, 21 Disember lalu.
Tempatan Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
Elaun lebih sesuai untuk ketua kampung
TINJAUAN KETUA KAMPUNG Pembangunan infrastruktur menjadi permintaan utama di kampung tradisi bagi menambah baik kemudahan sedia ada. Beberapa ketua kampung sudah menghantar permohonan membaik pulih keperluan infrastruktur seperti jalan raya, longkang dan balai raya, selain mengharapkan peruntukan lebih besar. Infrastruktur kita banyak lagi yang terbengkalai. Kalau dapat peruntukan yang lebih sikit, benda ini dapat dibaik pulih seperti longkang, jalan dan sebagainya. Jadi, peruntukan yang besar diharapkan untuk tahun 2015.” Adnan Mohd Yatim, 66, Ketua Kampung Baru Batu Caves
Muhamed Azmin bersalaman dan beramah mesra dengan ketua kampung Oleh AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mempertimbang kenaikan elaun lebih sesuai dengan bidang tugas dan tanggungjawab ketua kampung bagi tahun 2016. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kenaikan RM100 untuk 2015 sebe-
lum ini sebagai penghargaan atas perkhidmatan mereka. Katanya, Kerajaan Negeri juga akan mempertimbang sagu hati berbentuk pampasan kepada ketua kampung yang menamat perkhidmatan, selain bantuan kebajikan. “Ada rayuan jika perkhidmatan ditamat, ada sedikit pampasan daripada Kerajaan
Negeri berdasarkan khidmat yang diberi. “Saya terima dan kita kena teliti dengan implikasi kewangan, termasuk soal kebajikan ketua kampung,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor di Hotel De Palma, 19 Disember lalu.
Ikuti perkembangan teknologi terkini SHAH ALAM - Peranan ketua kampung dalam menyampai maklumat berkaitan dasar Kerajaan Selangor perlu mengikut peredaran zaman, kata Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. “Cabaran ketua kampung kini jauh lebih besar berbanding dahulu. Definisi kampung sekarang tidak sama 10 atau 20 tahun dulu. “Harapan dan permintaan juga berbeza, khususnya anak mereka yang mendapat pendidikan sama ada dari dalam dan luar negara “Permintaan mereka selari dengan perkembangan teknologi masa kini,” katanya pada Majlis Penghargaan Perkhidmatan Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor, 19 Disember lalu. Beliau menyerahkan sijil
Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan dan jasa ketua kampung penghargaan perkhidmatan kepada sembilan ketua kampung yang bakal menamat perkhidmatan bagi sesi tahun 2014. Ada 368 ketua kampung di Selangor. Mohamed Azmin turut menyentuh soal pembangunan infrastruktur dengan pertambahan peruntukan hampir 300
peratus bagi tahun 2015. Antaranya keadaan balai raya usang yang perlu dibaiki, jalan raya yang perlu diturap semula dan soal kebersihan sekitar. Beliau turut menggesa Exco dan Adun memberi peruntukan kepada ketua kampung bagi membantu mereka melaksanakan program rakyat.
Beberapa jalan ladang yang digunakan pengusaha pertanian perlu dibaik pulih bagi memudahkan pengutipan hasil. Mutakhir ini sebahagian daripadanya sudah diperbaiki untuk memudahkan ahli kariah. Apabila jalan kurang baik, lori tidak boleh masuk dan hasil tidak boleh keluar.” Baharom Hussien, 52, Ketua Kampung Parit Mahang, Ijok
Kerajaan Negeri perlu beri peruntukan bagi pembinaan balai raya baru di Jalan Bandar Lama. Ketiadaan balai raya menyukarkan penduduk untuk menganjurkan pelbagai aktiviti terutama golongan belia.” Abu Hassan Lebam, 67, Ketua Kampung Teluk Panglima Garang
3
Utama 4
Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
MB: Tumpu isu maqasid syariah Oleh AFEEQA AFEERA SUBANG JAYA - Sebarang cadangan berkaitan masa depan Pakatan Rakyat (PR) termasuk isu hudud perlu dibincang melalui mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan memberi tumpuan kepada isu dalam maqasid syariah seperti ekonomi, sosial dan keselamatan. Sekalipun menghormati Enakmen Jenayah Syariah II yang diluluskan Kerajaan Kelantan pada 1993 sebelum pembentukan Barisan Alternatif, katanya, hudud bukan dasar bersama dalam Pakatan. Bagaimanapun, beliau berkata jika ada cadangan baru, ia perlu dibawa dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan awal Januari depan.
“Kita akan bincang beberapa perkara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), ekonomi merudum, mata wang lemah termasuk isu Hudud jika dibangkitkan. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor di Hotel Holiday Villa, 23 Disember lalu. Dato' Menteri Besar itu berkata, Hudud bukan isu baru, bahkan pernah dibangkitkan PAS kerana ia dibincang dalam kalangan pemimpin Pakatan sebelum ini. “Itu (Hudud bukan dasar bersama Pakatan) pendirian yang kita ambil beberapa tahun dahulu, yang mendiang Karpal Singh juga hadir dalam mesyuarat berkenaan di ibu pejabat PAS. “Exco Kelantan juga memberi penjelasan mengenai
Sebahagian daripada perserta yang menghadiri Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor di Hotel Holiday Villa enakmen yang diluluskan pada 1993. Selepas berbincang panjang, baru kita mengambil muafakat,” katanya.
Jadikan Shah Alam bandar raya kreatif Mohamed Azmin dibawa melawat pameran Hijau anjuran MBSA
SHAH ALAM - Bandar raya ini berpotensi merancakkan sektor seni melalui penghasilan produk budaya, pengeluaran dan pemindahan ilmu, hiburan serta sukan. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ia berikutan bandar raya ini memiliki ‘brain and talent capital’ dengan kewujudan beberapa insititusi pengajian tinggi. Beliau berkata, semua pihak harus membina persekitaran dan prasarana yang merangsang kreativiti, seterusnya menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya kreatif.
“PBT (Pihak berkuasa tempatan) dan masyarakat perlu memiliki sinergi baik untuk menterjemah gagasan menjadikan Bandaraya Shah Alam sebagai kota untuk anak muda. “Shah Alam perlu meneroka bidang baru bukan sekadar menambah baik prasarana fizikal tetapi mempertingkat kebudayaan, keilmuan dan kesukanan,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penganugerahan Zon Mini Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Shah Alam di Hotel Concorde, 23 Disember lalu.
Memberi contoh, Mohamed Azmin berkata, Yusof Ghani adalah nama besar yang cukup terkenal sebagai pelukis prolifik kerana menghasilkan karya bertaraf antarabangsa. Katanya, Yusof asalnya seorang artis grafik yang beralih kepada seni halus selepas menerima geran kerajaan untuk mengkaji seni di Universiti George Mason, Virginia pada 1979. "Perlu bijak gunakan potensi pelukis bertaraf antarabangsa, Yusof Ghani untuk merancakkan industri seni di Selangor," katanya.
Mengulas cadangan Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Talib yang mahu pemimpin beragama Islam
menyokong pelaksanaan Hudud, beliau berkata, semua keputusan terikat dengan dasar Pakatan.
Komposisi anggota PAC kekal SHAH ALAM - Komposisi anggota Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan (PAC) Selangor kekal biarpun pembangkang mahu perubahan mengikut kehendak mereka. Dato’Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata desakan BN untuk mengubah komposisi tidak akan berlaku kerana Selangor sebuah negeri demokratik. “Itu pendirian negeri demokratik yang amalkan demokrasi. Kita mahu demokrasi dalam negeri dan juga dalam dewan itu disuburkan. “Peranan ketua pembangkang kita iktiraf. Sebab itu, kita beri semua kemudahan selayaknya termasuk kenderaan, elaun, pemandu, dan kemudahan lain kepada Adun pembangkang,” katanya selepas pertandingan Grand Slam GP Selangor 2014, 22 Disember lalu. Komposisi PAC merangkumi lima Adun Pakatan Rakyat dan dua BN. Mohamed Azmin berkata, Umno patut mengambil peluang untuk membuktikan kewibawaan pembangkang dalam
Peranan ketua pembangkang kita iktiraf. Sebab itu, kita beri semua kemudahan selayaknya Mohamed Azmin Dato’ Menteri Besar
sistem demokrasi. “Kedudukan ketua pembangkang sebagai pengerusi sudah tentu mempunyai peranan cukup besar untuk menjalankan tanggungjawab. “Kita ada beberapa jawatankuasa dewan lain seperti Selcat dan jawatankuasa pilihan lain yang dianggotai pembangkang. Jadi peranan itu mesti dibuktikan terlebih dahulu,” katanya. Kerusi Ketua Pembangkang kosong berikutan peletakan jawatan Datuk Mohd Shamsuddin Lias pada 8 Disember lalu selepas menolak lantikan automatik sebagai pengerusi PAC negeri.
Tempatan Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
Akhirnya Penduduk Kampung Lembah Jaya dapat geran tanah Oleh NAEEM RAFFI KUALA SELANGOR - Hasrat 56 penduduk Kampung Lembah Jaya di sini, untuk memiliki geran tanah tercapai apabila menerima Surat Kelulusan dan Borang 5A dari Kerajaan Selangor. Majlis disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada program turun padang ke Kuala Selangor. “Pemilikan tanah penting. Kita berusaha pastikan penduduk yang layak menerimanya sebagai jaminan untuk diduduki anak mereka pada masa depan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan dan
borang 5A kepada penduduk Kampung Lembah Pantai, di Balai Penghulu Tanjong Karang, 19 Disember lalu. Hadir sama, Exco Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi, Elizabeth Wong, selain Adun Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias dan YDP MDKS, Noraini Roslan. Borang 5A adalah surat tawaran milikan tanah dari Kerajaan Negeri kepada seseorang individu. Penerima tawaran hanya dikenakan premium RM1,000. Berbanding era BN, penerima borang 5A perlu membayar premium 20 peratus dari nilai tanah yang membebankan penerima tawaran khususnya golongan berpendapatan rendah.
Dato’ Menteri Besar dan pimpinan Kerajaan Negeri bergambar dengan penerima Borang 5A
Penjawat awam perlu sedia suasana ekonomi getir
TINJAUAN ORANG RAMAI Lebih 14 tahun, saya hidup berteka-teki. Tak tahu untung nasib duduk di atas tanah yang tidak ada hitam putih. Terima kasih kerajaan Selangor yang prihatin dan memudahkan urusan rakyat memiliki tanah kediaman.
Abdullah Hussin, 64, penduduk Ini bukti jelas Kerajaan Negeri prihatin kepada masalah rakyat walaupun ia berlaku di kawasan pembangkang (Tanjong Karang). Dengan adanya geran sendiri, hidup saya dan keluarga lebih terjamin. Syukur dan berterima kasih Kerajaan Selangor.
Saamah Ismail, 67, penduduk
KUALA SELANGOR - Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta penjawat awam mengamal budaya hemah berbelanja sebagai persediaan menghadapi cabaran ekonomi getir. Ia berikutan beberapa petunjuk ekonomi termasuk laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menganjurkan ekonomi dunia tumbuh pada kadar 3.8 peratus sahaja pada 2015.
Katanya, Belanjawan 2015 lebih mencabar untuk direalisasi dalam suasana ekonomi sedemikian jika amalan hemah berbelanja tidak dipraktik. “Jangan padang mudah pada ekonomi 2015, kita perlu bersedia hadapinya. Sebab itu, saya minta kita amal budaya berjimat. “Kerajaan Negeri tunjuk teladan dengan memotong elaun Menteri Besar dan Exco. Saya juga tolak cenderamata ketika
5
turun padang. Itu semua mesej menuntut kita semua berjimat. “Ini termasuk jamuan makan, kurangkan menu. Kalau jamuan minum petang cukup sekadar dua jenis kuih,” katanya pada Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Daerah Kuala Selangor, 19 Disember lalu. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Kushrin Munawi dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Suliman Abd Rahman.
SIDANG PENGARANG KETUA PENGARANG: Fazallah Pit PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar & Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim WARTAWAN: Afeeqa Afeera:
[email protected], Hafizan Taib:
[email protected], Naeem Raffi:
[email protected], Afix Redzuan :
[email protected], Lizawati Madfa :
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Nazli Ibrahim :
[email protected], Norfarahidayu Baharudin :
[email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Tempatan 6
Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
Latih usahawan capai RM3,000 Oleh NAEEM RAFFI KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor akan menyegerakan kelulusan guna pakai tanah terbiar bagi pembangunan sektor penternakan khusus untuk golongan belia. Untuk itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kerjasama dengan Akademi Usahawan Ternak, MJ Fatonah Sdn Bhd, dibuat. “Ramai belia tiada pekerjaan. Saya minta Exco Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib meneliti dan memilih peserta belia dari desa untuk dilatih di akademi itu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika melawat Ladang MJ Fatonah di kampung Teluk Penyamun dalam sesi turun padang ke daerah Kuala Selangor, 20 Disember lalu. Mohamed Azmin turut menyampaikan Bantuan Rangsangan Usahawan Peransang Selangor kepada 30
Sembilan bulan untuk dalamkan sungai KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor memberi kelulusan segera RM1.2 juta bagi mendalamkan muara Sungai Parit 3, Sungai Burong di sini. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata ia bertujuan membantu kumpulan nelayan yang sekian lama berdepan kesukaran turun ke laut. Beliau berkata, kerja mendalamkan dasar sungai yang tertimbus pasir itu dijadual siap sepenuhnya dalam tempoh sembilan bulan. “Setelah berbincang dengan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Selangor, kita putuskan untuk hulurkan bantuan segera menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). “Masalah itu cukup mendesak dan JPS memberi jaminan kerja mendalamkan muara dimulakan segera,” katanya ketika melawat muara Sungai Parit 3 di sini, 20 Disember lalu. Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias. “Saya tidak mengira sama ada wakil rakyat dari parti mana kerana sebagai Menteri Besar, saya bertanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira ideologi politik,” katanya. Sebelum ini, nelayan terpaksa menanggung kerugian kerosakan enjin sampan (kipas) bernilai ratusan ringgit setiap kali sampan tersangkut di timbunan pasir. Ia juga menyebabkan air sungai cetek dan memaksa nelayan menolak sampan ke jeti. Malah, waktu tangkapan ikan terpaksa diawal dua jam bagi mengelak sampan terkandas di tengah sungai.
peserta Akademik Ternak MJ Fatonah bernilai RM223,800 merangkumi peralatan, rumah perindukan dan makanan ternak. MJ Fatonah ialah akademi usahawan ternak yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia sebagai penyedia latihan penternakan. Ia berbentuk 70 peratus latihan amali berbanding teori (30 peratus). Seramai 2,650 peserta dari seluruh Malaysia sudah dilatih, malah usahawan mampu meraih pendapatan RM3,000 sebulan. Akademi itu dinobat sebagai pemenang Anugerah Khas Perdana Menteri 2014 di MAHA 2014, Serdang, baru-baru ini. “Akademi itu sudah buktikan menerusi ilmu, latihan dan kemahiran, peserta boleh berdikari dengan pendapatan lumayan,” kata Mohamed Azmin.
Selangor sumbang 42.7 peratus pertanian negara SABAK BERNAM - Selangor menjadi negeri penyumbang tertinggi bagi hasil pertanian apabila mengeluarkan 42.7 peratus atau RM32 juta daripada keseluruhan keluaran negara. Negeri ini turut menerajui pengeluaran padi negara apabila merekod hasil purata pengeluaran padi 6.4 juta tan setahun. Keluasan penanaman padi mencapai 19,857.47 hektar berbanding pengeluaran hasil padi negara 4.4 tan setahun. Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ia dicapai hasil usaha gigih petani di samping penggunaan teknologi moden dengan bimbingan jabatan berkaitan. “Biarpun tanah di Selangor terhad tetapi kita buktikan pencapaian tinggi diperoleh dengan memaksimum
Kita perlu contohi Belanda, sebuah negara lebih kecil dari Pahang tetapi menjadi negara kedua terbesar di dunia dalam sektor pertanian. Tidak mustahil Selangor jadi peneraju rantau Asia jika usaha digembeleng semua pihak Mohamed azmin Dato’ Menteri Besar
setiap ruang dengan penggunaan teknologi terkini. “Kita perlu contohi Belanda, sebuah negara lebih kecil dari Pa-
Kanak-kanak ini teruja melihat haiwan ternakan yang turut dipamerkan
hang tetapi menjadi negara kedua terbesar di dunia dalam sektor pertanian. “Tidak mustahil Selangor jadi peneraju rantau Asia jika usaha digembeleng semua pihak,” katanya ketika merasmikan Pesta Agrofest Selangor 2014 di Stadium Sungai Besar, 20 Disember lalu. Mohamed Azmin turut menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah petani, penternak dan nelayan Selangor 2014. Pemenang kategori usahawan ternakan, akuakultur, tanaman dan industri asas tani terbaik masingmasing menerima RM5,000, tempat kedua (RM4,000) dan ketiga (RM3,000), selain piala dan sijil perhargaan. Kumpulan MJ Fatonah dari Kampung Teluk Penyamun, Bestari Jaya, dinobat sebagai pemenang Anugerah Khas Selangor Agrofest 2014 dengan menerima RM5,000 beserta piala dan sijil perhargaan. Agrofest Selangor 2014 kali keempat sejak 2011 itu berlangsung dari 18 hingga 22 Disember lalu. Hadir sama, Exco Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohamad Roslan Sakiman. Mohamed Azmin berkata, sejumlah RM14.47 juta diperuntuk kepada pembangunan sektor pertanian manakala RM15.3 juta khusus bagi pembangunan nelayan dan petani.
Tempatan Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
Oleh HAFIZAN TAIB SABAK BERNAM - Sistem pendidikan bersepadu bercitra Islam semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata ia perkembangan baik bagi dunia pendidikan. Katanya, Kerajaan Selangor mengalu-alukan usaha pembangunan sekolah tahfiz dan sedia membantu dalam perkara yang perlu. “Sekolah menengah agama atau sekolah berasas integrasi tahfiz secara umum permintaannya cukup tinggi. “Kita juga berharap badan bukan kerajaan (NGO) turut menubuh pusat pendidikan seumpama ini,” katanya ketika melawat Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS), 18 Disember lalu. Yunus kata, KITTIS dalam tempoh singkat tersenarai antara Sekolah Menengah Agama (SMA) terbaik di Selangor. “Dalam tiga tahun, KITTIS
7
Permintaan tinggi untuk sekolah integrasi tahfiz mendapat pengiktirafan membanggakan dengan jumlah pelajar walaupun kecil hanya 129 orang tetapi ia menunjukkan satu kekuatan. “Sistem pendidikan Islam diketengahkan ini dikira baik, mungkin cuma ia tidak pernah diuar-uarkan,” katanya. Katanya, permintaan KITTIS untuk menambah bilangan pelajar dan kemudahan bangunan berhampiran Sekolah Rendah Agama Sekendi yang terletak di Masjid Sekendi, akan dipertimbang. Beliau berkata, bangunan sekolah tidak diguna pakai lagi itu dalam keadaan baik dan ia suatu kerugian jika tidak digunakan. “Secara asasnya, ia di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana kedudukannya dalam kawasan masjid yang pentadbirannya di kawal selia JAIS.
Dr Yunus meninjau keadaan bangunan lama yang masih boleh diguna pakai
Hudud tidak sesuai di Selangor SABAK BERNAM - Pelaksanaan hukum hudud belum sesuai di Selangor berikutan komposisi kaum dan keadaan semasa negeri ini. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata
pelaksanaan hukum itu memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek. Katanya, pemahaman hal berkaitan termasuk penerangan dan pendidikan perlu supaya ia difahami dan tidak disalah erti. “Di Selangor, saya kira kita
masih belum bersedia kerana untuk melaksanakannya ialah memahami sepenuhnya berhubung perkara itu. “Pendidikan kepada masyarakat bukan sahaja kepada bukan Islam tetapi orang Islam sendiri,” kata Bendahari PAS Selangor itu.
Jais terima banyak aduan tarekat menyeleweng
Dr Yunus menerima cek sumbangan Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor untuk sekolah-sekolah Rendah Agama terpilih di Selangor
BANGI - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan membanteras penyelewengan ajaran Islam, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. Katanya, taklimat khas dan dialog bersama pengamal ta-rekat dibuat supaya mereka mematuhi garis panduan yang diwujudkan Jabatan Mufti Selangor. “Ini bagi memastikan pengamal tarekat tidak menyalah guna nama atau silsilah tarekat yang diiktiraf atau membina jaringan silsilah sendiri tanpa asas. "Ia boleh mengakibatkan penyelewengan dan unsur bidaah sesat serta khurafat,” katanya pada penutupan Simposium Tarekat Tasawuf Negeri Sela-ngor 2014 di Kolej Universiti Islam Antarabang-
sa (Kuis), 18 Disember lalu. Hadir sama, Pengarah Jais, Datuk Zaharin Mohd Saad; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad AlBakri. Penganjuran itu insiatif Kerajaan Selangor dan pelbagai organisasi Islam sebagai panduan keilmuan untuk memahami selok belok persoalan berkaitan akidah, tasawuf dan tarekat. Terdahulu, Zaharin berkata, Jais kerap menerima aduan berkaitan dakwaan penyelewengan amalan tarekat di Selangor yang ajarannya bercanggah Islam. “Ada mendakwa diri sebagai wali, akhlak tidak sopan, taksub melampau, pengorbanan berbentuk wang dan ada silsilah terus kepada Rasulullah SAW," katanya.
Seni 10
Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
Catatan saat menjengah teman, isteri penyair hilang
Dalam Sipon ada Thukul Oleh Sharifah Nursyahidah Syed Annuar
B
ersama-sama beberapa rakan ke Solo, Indonesia, 20 November lalu. Ajakan datang dari Febrian yang pernah menulis mengenai penyair terkenal Indonesia yang hilang, Wiji Thukul untuk tesis doktoralnya. Dari Jogjakarta, kami berangkat ke Solo dengan kereta api dan perjalanan itu mengambil masa hampir dua jam. Lokasi pertama ialah rumah Halim HD, aktivis jaringan seni dan kebudayaan, yang menemukan Thukul sekitar awal tahun 80-an. Waktu itu Thukul ahli kumpulan Teater ‘Sarang JAGAT’ pimpinan Lawu. JAGAT ialah singkatan bagi Jejibahan Agawe Genepe Akal Tumindak. Di JAGAT, Thukul belajar tentang teater, puisi, dan ‘ngamen sastra’. Cerita Halim, Wiji Thukul hebat kerana orang-orang di sekeliling termasuk isterinya, Sipon. Jua Lawu. Merekalah yang menjadikan Thukul menjadi Thukul. Nama sebenar Wiji Thukul ialah Wiji Widodo. Tetapi Lawu menggantikan Widodo dengan Thukul. Wiji Thukul bermakna biji tumbuh. Mungkin itu yang diharapkan Lawu - supaya Thukul terus tumbuh dan berkembang. Thukul memang luar biasa keinginannya dalam melawan dan menjadi terkedepan. Halim dan Thukul pernah tinggal bersama. Thukul rajin membaca dan banyak meminjam bahan bacaan Halim. De-
ngan Sipon pula, mereka mendirikan Sanggar Suka Banjir. Sipon sendiri seorang anak teater. Thukul sebenarnya pelat. Ada abjad tidak dapat dituturkannya dengan jelas. Semasa membaca puisi, dia menyebut r menjadi l. Tetapi kekurangan itu tidak meluntur keghairahan Thukul dalam menyemarak puisi perlawanan. Malah terus mara dan karyanya menggentarkan penguasa. Kemudian, kami ke rumah Sipon. Kedatangan kami disambut anak lelaki dan cucu perempuan Thukul-Sipon. Wani sudah keluar awal-awal lagi. Cuma Fajar ada di rumah, di bilik bermain gitar dengan kawankawannya. Wajahnya seiras Thukul. Rumah Sipon penuh dengan kain dan pakaian yang siap dijahit. Seperti yang ditulis pada kad ‘Penjahit Nganti Merah’, Sipon menerima pesanan ‘kaos olahraga, tas, bedcover, pakaian pria dan wanita’. Hasil kerja tangannya kemas dan ia menjadi punca saraan keluarganya. Di sudut dinding, ada foto perkahwinan ThukulSipon, anak-anak dan piagam kehormatan Thukul. Sipon tidak duduk diam di rumah kecil itu. Sampai hari ini, dia tetap kuat meneruskan perjuangan Thukul. Tidak pernah menyerah untuk menuntut tanggungjawab negara atas hilangnya suami dan bapa kepa-
Hujan Malam Disember Malam. Hujan. Dan aku terfikir tentang kamu. Disember. Hujan. Kau bersimpuh dan berdoa agar kita abadi. Aku terfikir, mengapa perlu abadi? Malam. Icarus terbakar. Disember. Aku mengenangmu di balik jendela. Mungkinkah waktu ini kau juga mengenangku? Malam. Disember. Jebat luka dikeris Tuah. Angin menerpa. Wajahmu jauh. Disember. Hujan. Kita menolak untuk bersatu, bahkan dalam kenangan. Hujan di luar jendela. Malam. Aziz Zabidi disember 2014
da dua anaknya itu. Meskipun setia menunggu Thukul, bermacam-macam fitnah dituju kepada Sipon. Dia disangka sebagai pelacur dan gila. Bahkan, dia pernah dibawa ke rumah sakit jiwa kerana masih mencari suami walaupun sudah bertahun-tahun berlalu. Sipon mengaku ada menawarkannya bekerja sebagai pekerja seks, tukang urut dan sebagainya tetapi menolaknya. Dia tidak selemah itu. Sipon perempuan bermartabat. Menjadi istri Thukul bukan hal yang mudah, bukan calang-calang pengorbanan. Dia dan anak-anak sering dikejutkan dengan berita mengenai keberadaan Thukul. Ada yang menyebut masih di Indonesia, tidak kurang juga mengatakan Thukul di Belanda, Jerman ataupun Australia. Bahkan, ada tuduhan Thukul sudah berkahwin lain. Sipon juga selalu didatangi pelbagai pihak – polis, wartawan, tentera mahupun orang kenamaan. Malah, interogasi hal biasa baginya. Semua menanyakan soalan sama: Di mana Thukul? Sedangkan Sipon sendiri tidak punya jawapan itu. April 2000, Sipon melapor kehilang-
an suaminya kepada Komisi untuk Orang Hilang dan Korban Tindak Kekerasan (Kontras). Sipon percaya Thukul masih hidup. Dan kalau itu benar, harapannya, Thukul dalam keadaan baik. Malah, Sipon juga aktif dalam IKOHI (Ikatan Keluarga Orang Hilang Indonesia), berjuang untuk aktivis yang hilang diculik atau penghilangan paksa sekitar 1996-1998. Selain Thukul, ada 12 lagi yang tidak diketahui nasib mereka. Kepada kami, Sipon menunjukkan foto seorang lelaki tak dikenali. Ada orang mendakwa lelaki itu Wiji Thukul. Namun, bukan dia. Sipon kenal benar suaminya. Masakan Sipon tidak tahu sosok yang menjadi nadi kekuatannya. Sepanjang berbicara, Sipon sentiasa tenang dan ceria. Raut wajahnya terserlah betapa Sipon sangat mencintai Thukul.
Sampai bila-bila, kasihnya takkan berubah. Dia ‘kan tetap menunggu. Sebelum berpisah, Sipon memberi beberapa t-shirt tertulis ‘Berjuang untuk Pemenuhan Hak-Hak Korban’ yang dibikinnya sendiri. Dalam perjalanan pulang pula, lagu ‘Bengawan Solo’ seakan-akan mengiringi kami, terngiang-ngiang kalimat satu puisi Thukul: Wani, bapakmu harus pergi kalau teman-temanmu tanya kenapa bapakmu dicari-cari polisi jawab saja: karena bapakku orang berani kalau nanti ibu didatangi polisi lagi menangislah sekuatmu biar tetangga mengira ada pencuri masuk rumah kita…
Cerpen Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
Oleh Hafiz Zainuddin
P
agi-pagi lagi dia sudah bangun sewaktu matahari masih bermalas-malas. Dia bangun dengan sepotong senyuman yang galak terukir tanda puas. Kemudian, mengeliat. Kedua-dua tangannya diregang dan tubuhnya dilentik ke kiri, ke kanan, seperti seekor kucing yang tidur dengan perut menadah langit. Acap kali pun begitu. Dia bangun tidur dengan senyuman kerana mimpinya sentiasa indah-indah. Kemudian, bangun dari tilam buruknya memulai hari menyantap sebatang rokok sambil membuka jendela kayu bilik. Dari jendela, dia merenung laman kecil itu, memerhati orang lalu-lalang dan kawanan ayam yang takkan lupa mengais-ngais tanah; juga dengan senyuman. Begitu rutin paginya. Malam tadi, dia bermimpi mendapat pekerjaan yang baik. Dia ditawarkan sebagai pegawai penyelia di sebuah syarikat multinasional yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kelmarin, dia bermimpi berjabat tangan dengan seorang menteri yang paling kacak dalam barisan kabinet. Minggu lalu, dia bermimpi tidur di katil deluxe yang dipenuhi wang kertas seratus bertemankan beberapa wanita. Semuanya cantik-cantik, wajah mereka pula sesuai menjadi ibu kepada anakanaknya. Sebab itu dia akan sentiasa tersenyum tiap kali bangun pagi. Mimpi indah itu cukup untuk hari ini, esok, akan datang lagi mimpi indah yang lain. Hal ini jauh berbeza dengan teman-temannya yang sehendak boleh mahu tidur sampai tengah hari kerana tubuh mereka kehausan mimpi yang sempurna. Dia berbangga tiap kali ditegur kawan-kawan. Kata mereka wajahnya sentiasa berseri dan menawan meski tidak bekerja dan banyak menghabiskan masa memancing dan kadang kala se-
Mencari mimpi
cara sukarela membantu Mak Cik Susan basuh pinggan mangkuk di restoran. "Umur sudah 35, bujang, menganggur pulak. Tapi kenapa selalu aje kau nampak relaks, macam tak ada masalah. Kerja tak ada pun kau okay. Anak bini tak ada pun kau okay. Keluarga kau pun bukan orang senang, apa rahsia kau?" soal Lan, teman baiknya sejak sekolah. Lan kuat bekerja. Selesai pejabat, dia mengajar tuisyen subjek bahasa Melayu. Tiap-tiap Ahad pula, dia, isteri dan dua anaknya turun pasar pagi jual produk kesihatan. Jadual hidupnya sentiasa penuh. Dia bekerja demi menampung kehidupan yang semakin menekan apalagi selepas berkuatkuasanya GST dan TPPA. Gajinya besar, namun, keperluan untuk hidup dan masa depan terus bertambah, mencengkam leher. Dia terpaksa buat beberapa jenis kerja meskipun isterinya turut bekerja. Sesekali, dia berasa Tuhan tidak berlaku adil kepadanya. Wajahnya makin menua bukan kerana usianya sudah lanjut, tetapi akibat tekanan kerja dan tanggungjawab. Melihat temannya yang bahagia, dia hairan. Lebih-lebih pula temannya itu semakin tampak berseri, bertenaga dan bersemangat. Mendengarkan soalan Lan, dia menghela nafas, merenung anak mata Lan hingga temannya itu berasa janggal dan pelik. Pada mata temannya itu sudah tergambar keluh kesah, susah gelisah yang membelenggunya. Bahagia tidak pernah sampai dalam hidup Lan. Justeru, apa yang dikerjakan Lan nampaknya mempersenda kehidupannya sendiri. Begitu telahannya. Mungkin benar, mungkin tidak. "Lan, aku tak ada rahsia, aku cuma mimpi. Bermimpi. Aku ada mimpi yang bagus." Lan membulatkan mata sambil mengerut dahi. Seperti dalam drama televisyen, dia membetulkan punggungnya di kerusi kayu restoran Mak Cik Susan. Menyalakan rokok, kemudian tangannya memegang dagu seperti sedang mengusap janggut. "Mimpi?"
"Ya. Hampir tiap malam aku akan bermimpi yang bagus-bagus, indah-indah dan seronokseronok. Jadi, mimpi itulah yang buat aku rasa semangat, ceria, happy macam sekarang." Lan mengangguk-angguk, dahinya berkerut, tangannya masih memegang dagu yang licin. Sesekali, dia menyapu kumis-
Lan tidak sempat bermimpi. Dia tiada mimpi indah. Jika ada, itu dulu, itu pun hanya mimpi yang ngeri-ngeri. Dia pernah bermimpi dibunuh perompak, dibakar hidup-hidup, bankrap, ditinggalkan isteri atau dikejar hantu nya yang halus. Matanya terus mengecil memberi tumpuan pada temannya itu. Dia mahu seperti temannya itu yang sentiasa tampak berseri dan ceria. Jauh dari masalah dan celaka yang tidak diketahui. Tidak seperti dirinya yang semakin terhimpit dan tertekan. Lan tidak sempat bermimpi. Dia tiada mimpi indah. Jika ada, itu dulu, itu pun hanya mimpi yang ngeri-ngeri. Dia pernah bermimpi dibunuh perompak, dibakar hidup-hidup, bankrap, ditinggalkan isteri atau dikejar hantu. Mimpi Lan mimpi buruk; dan menambah pilu, di luar mimpi dia berhadapan dengan realiti perit kehidupan. Isteri dan anakanaknya terpaksa berkorban masa yang sepatutnya dipenuhi di rumah dengan kerja part time menjual produk penjagaan kesihatan setiap hari Ahad. Mereka tidak pernah sekalipun ponteng berniaga sepanjang lima tahun disebabkan terlalu komited dengan kehidupan dan keperluan keluarganya. Perkara itu juga menyebabkan hubungan Lan dan sanak-saudaranya lain renggang. Lan suka cipta peluang, tambah keperluan. "Kenapa kahwin adik kau tak
datang Lan?" "Pak cik kamu meninggal sampai hati tak ziarah." "Kamu mata duitan!" Semua kata-kata ini begitu memakan rasa. Mereka semua tidak tahu apa yang sedang dia perjuangkan. "Aku buat semua ini kerana janji kepada isteriku. Aku berjanji untuk menjaga mereka dan melengkapkan kehidupan mereka dengan segala yang terbaik. Aku buat semua ini sebab aku sayang." "Hmm Lan, kata-kata itu betul semuanya. Kau tak salah dan tak pernah salah dalam hal ini tapi jika nak jadi macam aku, kau perlu bermimpi." "Memang itu yang aku nak! Macam mana?" kata Lan bersemangat. "Kau perlu kurangkan keperluan. Keperluan itu ciptaan kau dan iklan. Keperluan itulah yang sebenarnya memakan mimpimimpi kau yang sepatutnya. Mereka ciptakan mimpi baru untuk kau hingga buatkan kau jadi angau." "Habis? Takkan kau nak sara anak isteri aku. Aku perlukan duit yang lebih tiap bulan untuk tampung belanja. Kau mana tau sebab kau tak pernah berkahwin dan ada anak. Kau tak ada tanggungan kereta, motor, rumah, wifi, telefon." "Lan! Kalau kau terus dengan sikap macam ni, aku minta maaf. Kau tak akan dapat mimpi macam aku. Kau takkan jadi macam aku. Sikit pun tidak? "Takkan tak ada cara lain?" soal Lan dalam nada kecewa. "Tak ada Lan, kalau kau mau bermimpi. Mimpi yang sempurna macam aku. Kau kena ikut cara aku, kalau kau tak mampu ikut, itu bukan masalah aku. Aku minta maaf."
11
Lan tiada pilihan lain untuk dapatkan mimpi indah melainkan mengikut kata temannya itu. Namun, dia tak mampu. Dia mengetap bibirnya sambil tertunduk kemudian mengeluh panjang menoleh ke angkasa yang sudah samar-samar cerah. Dia begitu cemburu dengan temannya itu yang hidupnya menghitung mimpi sempurna hampir setiap kali nyenyak, sedangkan dia terpaksa menghitung tunai dan waktu untuk dikerjakan. Senja itu, Lan pulang rumah membawa sepotong kata hampa-kecewa kerana tidak mungkin mendapat kurnia seperti temannya itu. Mat, itu nama temannya yang sentiasa dihujani mimpi indah lagi sempurna. Lan duduk di sofanya yang baru dibeli, memegang kepala, memicit-micit kepalanya. Seperti biasa, isterinya membawakan secangkir kopi. "Kalah banyak ya?" soal isteri. "Tak kalah, belum menang aje..." Tangan yang memicit-micit kepalanya itu dihala kepada secangkir kopi di depan meja. Dia menenung kopi legam itu sambil ditiup-tiup perlahan. Satu deguk, dua deguk, tiga deguk. "Ahh.." Lan dapat idea! Idea itu semacam terpancut dari dalam kopi masuk ke mulutnya dan memberi syarat kepada bahagian otaknya yang paling dalam. Lan mengelamun sendiri berfikir untuk mencuri mimpi Mat. Bermula hari itu, dia sudah ada mimpi.
Album 12
Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, bersama penerima sumbangan beg sekolah di Bandar Tun Razak. Program berlangsung di Bandar Sri Permaisuri
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR KENYATAAN TENDER Tender adalah dipelawa kepada perseorangan BUMIPUTERA warga negara Malaysia untuk Tawaran Jualan Bagi Lot Banglo Di Taman Kuang Raya, Pekan Kuang, Daerah Gombak Secara Tender bagi tapak dan kawasan seperti berikut:BUTIR-BUTIR TAWARAN
KELUASAN LOT
JENIS PAJAKAN
JENIS PAJAKAN
HARGA REZAB
TAPAK LOT BANGLO, NO. 2 JALAN KUANG RAYA 1, TAMAN KUANG RAYA, PEKAN KUANG, DAERAH GOMBAK.
818 meter persegi / 8,804.87 kaki persegi
99 Tahun (berakhirpada 23 Mei 2111)
RM42.00 sekaki persegi
21 Januari 2015 Jam 12.00 Tengahari
777 meter persegi / 8,363.56 kaki persegi
99 Tahun (berakhir pada 23 Mei 2111)
RM42.00 sekaki persegi
21 Januari 2015 Jam 12.00 Tengahari
NO. HAKMILIK : HS(D) 73680 PT 1116 TAPAK LOT BANGLO, NO. 1 JALAN KUANG RAYA 2, TAMAN KUANG RAYA, PEKAN KUANG, DAERAH GOMBAK. NO. HAKMILIK : HS(D) 73681 PT 1117
Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali, menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan anak-anak yatim kariah Sungai Udang di Masjid Darul Muttaqin Sg Udang
1. Bayaran Dokumen Tawaran adalah RM 50.00 dan hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank atau Wang Pos di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (bayaran ini tidak akan dikembalikan). Dokumen Tawaran boleh didapati di Bahagian Perolehan Tingkat 7, Menara HPAIC SEKSYEN 13 SHAH ALAM. 2. Naskah Dokumen Meja Tawaran boleh di semak di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada waktu pejabat bermula 02 JANUARI 2015. 3. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada perseorangan yang sah sahaja. Sekiranya ingin menghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa. Wakil dikehendaki membawa SURAT PERWAKILAN KUASA semasa membeli dokumen tender. 4. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap di isi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri berserta wang deposit sebanyak RM 5,000.00 dalam bentuk Draf Bank atau Wang Pos di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR dan di masukkan kedalam Peti Tender di alamat:BAHAGIAN PEROLEHAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR TINGKAT 7 MENARA HPAIC, LAMAN SERI BUSINESS PARK, NO.7, PERSIARAN SUKAN SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN No. Tel : 03-55201234 http://etender.pkns.gov.my 5. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidakakan di layan. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling Tinggi atau sebarang tawaran lain.
Bersama ketua kampung dan petugas Pusat Khidmat DUN, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman (bertopi) meninjau kerja-kerja pemasangan paip air ke perkampungan Orang Asal Sungai Buloh
Tempatan Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
MBSA perangi rasuah dalaman SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) muncul sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT)pertama yang mempunyai Pelan Strategik Pencegahan Rasuah. Timbalan Pengarah Korporat, Shahrin Ahmad berkata, inisiatif itu diambil sebagai langkah menangani gejala rasuah dan masalah integriti di kalangan kakitangan MBSA. Katanya, langkah itu juga bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran berhubung kesalahan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang boleh menggugat kepentingan orang ramai. “Pelaksanaan pelan ini juga bertujuan melahirkan warga MBSA yang berintergriti tinggi serta berpegang teguh kepada undang-undang, peraturan dan etika organisasi. “Di samping itu, kita juga mahu mendidik dan menimbulkan kesedaran di kalangan kakitangan MBSA terhadap kepentingan sikap kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas harian dan mempunyai sifat kepunyaan atau sense of belonging terhadap organisasi MBSA,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Pelan Strategik Pencegahan Rasuah 2014-2016 MBSA yang diadakan di Auditorium MBSA, baru-baru ini.
13
Program latihan usahawan PKNS berkesan Oleh LIZAWATI MADFA SHAH ALAM - Usaha Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyediakan platform dan latihan kepada usahawan muda nyata berbaloi. Melalui program Graduate Realising Opportunity and Way Forward (GROW), Mohd Fakaruddin Yusoff 27, mampu meraih jualan hampir setengah juta ringgit hasil perniagaan makanannya. Katanya, GROW banyak beri peluang kepadanya menimba ilmu perniagaan terutama mengenai kepentingan pengurusan kewangan. “Kita diberi banyak pendedahan yang sukar kita perolehi di luar, contohnya, kita diberikan kursus pengurusan kewangan yang sememangnya penting dalam sesuatu perniagaan. “Alhamdulillah saya kini dapat usahakan sendiri perniagaan kafe dan
berharap dapat buka cawangan lain pada masa hadapan,” katanya selepas majlis graduasi GROW 2014 di Bangunan Bizpoint. Majlis yang disempurnakan Pengurus Besar PKNS, Azlan Alifiah itu menyaksikan Fakaruddin menerima anugerah graduan cemerlang dengan nilai jualan tertinggi. Beliau kini mengusahakan Fafa Cafe Restaurant & Catering yang terletak di Dataran Cendekia UiTM Shah Alam dengan bantuan 10 pekerja. Sementara itu, seorang lagi graduan
GROW, Mohd Badrul Amril Biduzodin 29, mengingatkan rakan-rakan lagi terutama para graduan untuk menceburi dan merebut peluang dalam bidang keusahawanan. “Sekarang banyak peluang yang disediakan sepertimana platform di PKNS, jadi jangan malu dan segan untuk rebut peluang yang ada," katanya.
Tempatan 14
Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
Gempur struktur tanpa izin KLANG- Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertindak tegas ke atas beberapa struktur binaan tanpa izin, termasuk kediaman yang dijadikan pusat mencuci kenderaaan di Taman Sentosa, Taman Seri Andalas dan Taman Bunga Raya. Notis pemberitahuan di bawah Seksyen 70, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133)
untuk merobohkan struktur dikeluarkan kepada pemilk tanah/pengusaha dari Ogos 2014. Sementara notis kedua dikeluarkan kepada pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha di bawah Seksyen 72(1) dan 72(6) Akta yang sama pada Oktober 2014. Tempoh pematuhan yang diberi ialah 30 hari dan
tamat November 2014. Lawatan terakhir selepas tamat tempoh tersebut mendapati arahan Majlis masih belum dipatuhi. Operasi yang diselaraskan Jabatan Bangunan itu turut disertai Jabatan Penguat Kuasa, Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) dan Jabatan Kejuruteraan serta turut mendapat kerjasama daripada polis dan
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (SELANGOR STATE DEVELOPMENT CORPORATION)
KENYATAAN TENDER PRA-KELAYAKAN
Pra-Kelayakan adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan, Serta sudah membuat pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:MEMBINA DAN MENYIAPKAN 176 UNIT RUMAH LINK 2 TINGKAT (20’X70’) FASA 3C, SESEBUAH PENCAWANG ELEKTERIK SERTA KERJA-KERJA INFRASTRUKTUR YANG BERKAITAN DI KOTA PUTERI, MUKIM RAWANG, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN BIL
PEKARA
Huraian
1
Skop Kerja
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Kerja-kerja Awalan Kerja-kerja Cerucuk Kerja-kerja Bangunan Kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal Kerja-kerja Infrastruktur Kerja-kerja Landskap Kerja-kerja lain yang berkaitan
2
Syarat-syarat Pra-Kelayakan
1. Syarat pendaftaran adalah berdaftar dengan CIDB Gred G7 Pengkhususan B04, CE21 2. Perakuan Pendaftaran Kontraktor Bertaraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) (Kontraktor berdaftar yang telah digantung oleh CIDB dari memasuki tender tidak layak untuk memasuki Pra-Kelayakan) 3. Berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia didalam GST 4. Mempunyai Pengalaman ‘Qlassic’ atau ‘CONQUAS’ bagi projek perumahan 5. Mempunyai pensijilan dan pengalaman kerja seperti yang disenaraikan di bawah : i) Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2008) ii) Amalan kerja yang baik berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001:2007) iii) Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001:2004) (Salinan sijil atau apa jua bukti hendaklah dikemukakan bersama dokumen Pra-Kelayakan) 6. Mempunyai keupayaan kewangan dan keupayaan Teknikal i) Nilai ‘Nett Worth’ melebihi RM 3.0 Jutaatau Modal Pusingan melebihi RM 1.5 Juta ii) Nilai tahunan keseluruhan kerja yang telah dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh lima (5) tahun lepas tidak kurang daripada RM 20 Juta iii) Rekod prestasi kerja yang memuaskan dalam tempoh lima (5) tahun lepas dari segi tempoh penyiapan dan mutu kerja iv) Pengalaman projek sebanding
3
Borang Pra-Kelayakan
Borang Pra-Kelayakan boleh diperolehi di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tingkat 7, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park, No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dari 30 Disember 2014 sehingga 20 Januari 2015 sema sawaktu pejabat, tidak lewat dari 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat.
Penguatkuasa merobohkan struktur khemah tanpa izin yang digunapakai sebagai pusat mencuci kereta Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Syabas. MPK sememangnya akan beri perhatian terhadap isu struktur haram termasuk kediaman yang diubah suai menjadi premis perniagaan kerana
ia melibatkan pelbagai isu termasuk kebersihan dan ketenteraman awam dan Majlis tidak akan berkompromi bahkan operasi seperti ini akan diteruskan daripada semasa ke semasa.
Juara GP bawa pulang wang tunai RM40,000 SHAH ALAM - Juara Pertandingan memancing Grand Slam GP Selangor, Jaafar Abdul Halim, 36, dari Ipoh, berjaya mendaratkan patin seberat 5.2 kilogram, sekali gus membawa pulang wang tunai RM40,000. Pemenang tempat kedua pula membawa pulang wang tunai RM8,000 dan tempat ketiga RM4,000. Pertandingan anjuran kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dikendalikan Wakjali Event Management
selaku pengurus acara di Tasih Shah Alam, 21 Disember. Turut hadir Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bersama Timbalan Datuk Bandar, Mokhtar Hani. Pertandingan kali ini bukan sahaja menawarkan wang bernilai RM121,000, malahan penganjuran dan syarat penyertaan dijalankan berlandaskan syariat Islam. Selain itu, Proton Saga dan motosikal antara hadiah menarik untuk pemenang cabutan bertuah.
Borang Pra-Kelayakan hanya akan dikeluarkan kepada Kontraktor atau wakil yang sah sahaja. Sekiranya pihak Kontraktor ingin menghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa dan membawa bersama sijil asal pendaftaran serta pengesahan pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Bayaran Dokumen Pra-Kelayakan RM 50.00 yang perlu disediakan dalam bentuk Wang Posatau Bank Draf atas nama : PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR. (Bayaran ini tidak akan dikembalikan) 4
Penyerahan Dokumen
Borang yang telah lengkap dengan CV terperinci berserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dimasukkan kedalam sampu lsurat yang dimeterai dan bertulis dengan jelas tajuk projek hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di pejabat :Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tingkat 7, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park, No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. No. Tel : 03-55201234 atau layari Web Tender PKNS di http://etender.pkns.gov.my
4
Tarikh Tutup Penyerahan Pra-Kelayakan
21 Januari 2015 sebelum jam 12.00 Tengahari
• Dokumen yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan. Hanya Kontraktor-kontraktor yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan dan layak keperingkat Tender seterusnya
Jaafar menerima wang tunai daripada Mohamed Azmin
Tempatan Selangorkini 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015
15
WAKTU SOLAT Selangor 26 Disember 2014 - 2 Januari 2015 4 - 11 Rabiulawal 1436H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
26 Jumaat 27 Sabtu 28 Ahad 29 Isnin 30 Selasa 31 Rabu 01 Khamis 02 Jumaat
Imsak 5:45 5:45 5:46 5:46 5:47 5:47 5:48 5:48
26 Jumaat 27 Sabtu 28 Ahad 29 Isnin 30 Selasa 31 Rabu 01 Khamis 02 Jumaat
Imsak Subuh 5:47 5:57 5:47 5:57 5:48 5:58 5:48 5:58 5:49 5:59 5:49 5:59 5:48 5:59 5:48 5:59
Oleh HAFIZAN TAIB KUALA LUMPUR - Pembangunan Datum Jelatek di Taman Keramat di sini, diyakini memberi pulangan besar kepada pelbagai pihak termasuk penduduk sekitar. Ia berikutan projek Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp) itu dijangka melonjak nilai hartanah melebihi 50 peratus. Ketua Pegawai Operasi DatumCorp, Shytul Shahryn Shaari, berkata kemudahan kediaman, komersil, komponen runcit dan pejabat, bakal memangkin pertumbuhan ekonomi. “Nilai hartanah diramal meningkat. Untuk rumah teres
setingkat di Jalan Enggang, nilai harganya dijangka naik antara RM800,000 hingga RM1 juta,” katanya. Pembangunan Datum Jelatek ialah perkongsian antara PKNS, Kerajaan Selangor dan penduduk setempat untuk membaiki kualiti rakyat sekitar. Ia sejajar dengan usaha memperbaharui bangunan usang di bandar yang membabitkan RM25 juta untuk pempasan penduduk dan RM52 juta untuk premium tanah. Shytul berkata, masyarakat setempat melalui sesi perjumpaan dan taklimat turut memberi reaksi baik. “Ini membuktikan projek terbabit mendapat sokongan,” katanya.
Keuntungan biayai Rumah Mampu Milik KUALA LUMPUR - Keuntungan Datuk Jelatek digunakan untuk membiayai program perumahan rakyat PKNS, kata Ketua Pegawai Operasi DatumCorp, Shytul Shahryn Shaari. Katanya, ia berikutan PKNS memegang teguh dasar keuntungan satu unit Rumah Kos Tinggi dapat membiayai 10 unit Rumah Mampu Milik (RMM). Antaranya, kata beliau, ialah pembangunan berperingkat
11,000 unit RMM berkualiti tinggi dengan subsidi RM1.1 bilion sehingga 2020. "Subsidi RM800 juta untuk bina 1,422 unit RMM di Bukit Botak, Selayang dan subsidi RM4.2 juta bagi membina 129 unit rumah berkembar satu setengah tingkat di Antara Gapi di Hulu Selangor. "Juga peruntukan menaik taraf 600 unit flat lama AU3 dengan persetujuan penduduk," katanya.
Syuru' 7:17 7:18 7:18 7:19 7:19 7:20 7:20 7:20
Zuhur 1:16 1:17 1:17 1:18 1:18 1:19 1:19 1:20
Asar Maghrib Isyak 4:39 7:13 8:27 4:39 7:13 8:28 4:40 7:14 8:28 4:40 7:14 8:29 4:41 7:15 8:29 4:41 7:15 8:30 4:42 7:16 8:30 4:42 7:16 8:31
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Tapak Datum Jelatik yang bakal dibangunkan menjadi kawasan komesial
Nilai hartanah melonjak lebih 50 peratus
Subuh 5:55 5:55 5:56 5:56 5:57 5:57 5:58 5:58
Syuru' 7:19 7:20 7:20 7:21 7:21 7:22 7:20 7:20
Zuhur 1:18 1:19 1:19 1:20 1:20 1:21 1:21 1:21
Asar Maghrib Isyak 4:41 7:14 8:29 4:41 7:15 8:30 4:42 7:15 8:30 4:42 7:16 8:31 4:43 7:16 8:31 4:43 7:17 8:32 4:43 7:17 8:32 4:43 7:17 8:32
Penduduk Kampung Lembah Nilai hartanah melonjak lebih 50 peratus Jaya dapat geran tanah Projek Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi DaPemilikan tanah penting. Kita berusaha pastikan penduduk yang layak menerimanya sebagai jaminan untuk diduduki anak mereka pada masa depan’
tumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp) itu dijangka melonjak nilai hartanah melebihi 50 peratus. Nilai hartanah diramal meningkat. Untuk rumah teres setingkat di Jalan Enggang, nilai harganya dijangka naik antara RM800,000 hingga RM1 juta.
muka 15
muka 5
Talian bebas tol pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK)
1800-88-2824 MENARIK... Selain pameran produk industri asas tani dan haiwan ternakan, rangka ikan paus jenis ‘Balaenoptera Borealis’ yang dijumpai terdampar di Pulau Carey pada 2005 mencuri tumpuan pengunjung Pesta Agrofest di Stadium Sungai Besar. Dalam program yang berlangsung selama lima hari itu turut diumumkan penerima anugerah petani, penternak dan nelayan Selangor 2014.
Oleh HAFIZAN TAIB SHAH ALAM - Selangor bakal melahirkan atlet cemerlang jika pembangunan sukan dibuat berterusan dan tersusun, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali. Katanya, Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor akan membuat pelbagai perubahan termasuk mengukuhkan fungsi Majlis Sukan Daerah (MSD). Diwakili Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, beliau berkata, MSD mampu melahirkan atlet baharu tetapi peranannya tidak diberi perhatian. “Ia memerlukan proses berterusan bagi melahirkan atlet dan pasukan cemerlang,” katanya pada penutupan Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) ke-10, 22 Disember lalu. Katanya, Sukses medan terbaik untuk atlet baru menonjolkan potensi diri kerana mereka akan digilap untuk mewakili Selangor. “Dengan segala yang k ita ada, kita mampu menjadi jaguh dalam Sukan Malaysia (Sukma) akan datang,” katanya.
Aktifkan fungsi Majlis Sukan Daerah Kata Amirudin, program pembangunan sukan mendapat peruntukan besar pada Belanjawan Selangor 2015 iaitu RM17 juta, selain aspek infrastruktur (RM12 juta) Sukses, sukan dwitahunan berlangsung antara 15-21 Disember lalu membabitkan penyertaan atlet bawah 21 tahun. Petaling muncul juara apabila meraih 24 emas, 21 perak dan 12 gangsa, diikuti Klang (naib juara melalui 23 emas, 11 perak dan 15 gangsa) dan Gombak (ketiga melalui 13 emas, 13 perak dan enam gangsa). Mohamad Amir Imran No rahdi, 16, atlet lumba basikal mewakili Klang muncul Olahragawan Sukses manakala Farina Shawati Mohd Adnan, 18, (lumba basikal, Petaling) Olahragawati Sukses (gambar).
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd (140879-U), No. 8, Jalan Sekinchan 26/9, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-51929800 Faks: 03-51929819